interaksi antara tamadun islam dengan tmdun melayu

  • View
    2.471

  • Download
    15

Embed Size (px)

Text of interaksi antara tamadun islam dengan tmdun melayu

BAB 1 PENDAHULUAN

1

1.0 DEFINISI TAMADUN. Secara keseluruhannya takrif tamadun boleh dilihat dari beberapa aspek bahasa. Dalam bahasa Arab, terdapat empat istilah yang digunakan dalam mendefinisikan makna tamadun. Istilahistilah yang dimaksudkan itu ialah tamadun, umran dan hadharah, madaniyyat, dan thaqafah. Tamadun atau tamaddun adalah istilah yang berasal daripada perkataan maddana dan madana. Perkataan madana membawa maksud pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal, membangun sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Madana juga bermaksud sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan, perbandaran, serta kehalusan budi pekerti. Perkataan maddana dan madana juga mempunyai kaitan dengan perkataan madinah yang bermaksud bandar, perkataan madani atau al-madaniyyah yang bermaksud peradaban dan kemakmuran hidup yang merujuk kepada kebendaan yang dicapai oleh masyarakat, serta perkataan mudun pula bererti kota-kota yang memiliki ciri-ciri tamadun. Oleh hal yang demikian, perkataan madinah, madani atau al-madaniyyah, serta mudun, kesemuanya membawa maksud kehidupan di bandar-bandar yang masih dikaitkan dengan satu corak hidup yang maju dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Manakala istilah umran dan hadharah merupakan istilah yang paling awal digunakan untuk mentakrif maksud tamadun. Istilah ini digunakan oleh Ibn Khaldun pada 14M. Umran merupakan kata terbitan amara yang bermaksud kawasan tanah atau rumah yang didiami, diduduki orang, tempat tinggal yang tetap bagi segolongan penduduk yang menetap dan seumpamanya dalam suatu keadaan yang berkembang subur lagi makmur dari keadaan kering tandus atau terbiar dan seterusnya menjadi sebuah bandar. Manakala istilah hadharah pula bererti kehidupan menetap, dan lawan kepada istilah badawiah yang bererti nomad, dan berpindah randah. Hadharah juga ditakrifkan sebagai suatu wilayah, daerah atau bahagian dari ibukota-ibukota atau bandar-bandar atau kampung-kampung yang diusahakan. Istilah thaqafah pula mempunyai sama maksud dengan culture yang mana merupakan satu ramuan untuk melahirkan tamadun secara ringkas. Perkataan madaniyyah mula diperkenalkan oleh Farid Wajdi (al-Madaniyyat wa al-Islam) 1899 dan Syaikh Muhammad Abduh (al-Islam wa al-Nasraniyyat Maa al-Ilm wa al-Madaniyyat) pada kurun kedua puluh. Dalam bahasa Melayu pula, tamadun dilihat dari dua aspek iaitu peradaban dan kebudayaan. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan pengertian tamadun dalam Kamus Dewan. Maksud tamadun yang dipetik dari Kamus Dewan ialah keadaan masyarakat manusia

2

yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik), negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, budaya dan corak hidup. Dalam bahasa Inggeris pula, makna tamadun dilhat dari aspek epitesmologi yang mana perkaitan civilization berkait rapat dengan urbanization. Istilah civilization digunakan oleh barat sekitar 19 Masihi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin iaitu civic yang bermaksud bandar. Oleh itu, civilization pula membawa maksud keadaan yang bersifat kebandaran atau kemajuan. Selain istilah civilization, istilah-istilah lain turut digunakan untuk menggambarkan makna tamadun. Antaranya ialah civiltas yang bermaksud tiap-tiap perubahan adalah jelas pertumbuhannya di bandar-bandar besar dan ciri-ciri asas manusia lebih mudah ditemui di bandar. Istilah Renainssance juga dipakai dalam mentakrifkan makna tamadun. Dalam bahasa Cina pula, istilah Wen Ming digunakan dalam menghuraikan maksud tamadun. Istilah diambil daripada kata akar ming yang bermaksud cerah, terang dan bercahaya. Wen Ming bermaksud unsur-unsur material dan spiritual dariapda pencapaian sejarah perkembangan manusia. Dalam bahasa cina juga tamadun digambarkan sebagai satu amalan yang perlu dipraktikkan , pemikiran yang bijaksana, pemahaman yang jelas dan tutur kata secara terbuka. Menurut pandangan sarjana Islam, Ibn Khaldun dalam Muqaddimah, perkataan madani membawa maksud masyarakat dan apabila digabungkan dengan umran, ia bermaksud masyarakat madani atau masyarakat yang bertamadun yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Menurut Syed Mohamad Naquib al-Attas pula, tamadun ialah keadaan kehidupan bermasyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur dalam masyarakatnya. Abu Bakar Hamzah pula menjelaskan maksud tamadun dalam bukunya Sejarah Kebudayaan Islam sebagai sesuatu yang lahir dan berkembang seiring dengan kehidupan manusia dan perkembangan yang berupa material mahupun abstrak. Menurut pandangan salah seorang sarjana Barat, iaitu Clive Bell, bliau mendefinisikan tamadun sebagai tamadun merupakan suatu ciri masyarakat yang membezakan sebuah masyarakat maju dengan masyarakat mundur adalah tamadunnya. Roberti Haini pula menjelaskan tamadun ialah suatu cara hidup yang dapat dicirikan. Bagi Arnold Tonybee, beliau mengatakan tamadun ialah sejenis kebudayaan yang wujud di bandar-bandar dan disimpulkan sebagai tatacara hidup yang dicetuskan oleh orang-orang yang hidup di bandar. Pandangan ini amat menepati dengan kenyataan yang diutarakan oleh Ibn Khaldun. M.A.Beg membuat kesimpulan bahawa tamadun

3

terdiri daripada rangakaian fenomena masyarakat seperti bandar, huruf, senibina, agama, undangundang dan rangkaian dasar politik. 1.1 TAMADUN ISLAM. Islam mula diperkenalkan kepada manusia pertama iaitu Nabi Adam. Selepas itu, risalah Islam diturunkan kepada rasul-rasul sesuai dengan suasana dengan zaman, jumlah manusia dan kebudayaan umat pada ketika itu. Tujuan Islam diturunkan kepada manusia untuk membimbing mereka ke jalan yang benar supaya mencapai kesejahteraan hidup, dunia dan akhirat. Tamadun Islam boleh ditakrifkan sebagai pencapaian umat Islam dalm bidang kerohanian dan kebendaan yang mana bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah serta berasaskan akidah, syarak, dan akhlak. Al-Quran dan as-Sunnah merupakan wahyu daripada Allah S.W.T dan menjadi sumber utama dalam tamadun Islam. Di samping merupakan wahyu daripada Allah S.W.T , alQuran merupakan mukjizat paling besar yang pernah diturunkan oleh Allah kepada manusia di muka bumi ini dengan tujuan untuk mengurus dan menggariskan batas-batas tamadun Islam secara umum dan menyeluruh. As-sunnah pula merupakan wahyu yang kedua selepas al-Quran. Oleh sebab itulah kedudukan as-Sunnah sebagai sumber tamadun Islam amat penting di samping alQuran. As-sunnah merealisasikan segala ajaran al-Quran dalam bentuk nyata dan datang daripada Rasulullah s.a.w sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan atau pengakuan. Tamadun Islam wujud serentak dengan penurunan wahyu kepada Rasulullah s.a.w yang bermula pada malam 17 Ramadan tahun 61 Masihi dan berterusan selama 23 tahun sehingga tahun 632 Masihi iaitu tahun kewafatan Rasulullah s.a.w. Tamadun Islam bermula di Makkah dan mempunyai tapak yang kukuh di Madinah. Bukan itu sahaja, Madinah sering sahaja dirujuk sebagai negara Islam yang pertama dalam perkembangan sejarah tamadun Islam. Antara ciri-ciri tamadun Islam ialah kota raya, kesenian, seni bina, ilmu pengetahuan, dan sains dan teknologi. Kota raya berjaya mewujudkan keamanan dan kemakmuran dalam tamadun Islam walaupun mempunyai kapasiti penduduk yang ramai. Hal ini kerana kota raya diasaskan bersandarkan undang-undang yang mantap iaitu syariah Islamiah. Perkembangan kesenian sejajar dengan perkembangan tamadun yang mana tertumpu ke arah peningkatan keimanan, ketakwaan, dan amal soleh seperti seni khat, seni ukiran kayu, tekstil dan tembikar. Akhirnya ilmu pengetahuan sama ada ilmu fardu ain atau ilmu fardu kifayah terutamanya ilmu sains dan teknologi berkembang dengan pesatnya dan bertanggungjawab mempertingkatkan lagi pencapaian tamadun Islam.

4

Tamadun Islam menjadi tamadun yang paling unggul kerana mempunyai sifat-sifatnya yang tersendiri. Sifat pertama bagi tamadun Islam ialah kesejagatan. Ini bermakna tamadun Islam tidak terikat dengan bangsa tertentu atau disandarkan kepada tempat tertentu. Ini kerana tamadun Islam adalah milik manusia yang berpegang kepada al-Din dan dapat dilihat di mana sahaja tanpa ada sempadan geografi. Sifat keterbukaan yang ada pada tamadun Islam telah menjadikannya sebuah tamadun yang unik dan istimewa. Keterbukaan yang dimaksudkan di sini ialah tamadun Islam itu tidak terbatas kepada hak tertentu dan ia diletakkan di atas garis panduan yang tetap dan berkembang mengikut arus perubahan semasa. Disebabkan sifat keterbukaan ini juga tamadun Islam terbuka kepada semua tamadun selagi ia tidak bercanggah dengan sebarang bentuk tamadun selain Islam boleh diteruskan dan dimajukan selagi ia tidak betentangan dengan garis panduan syarak. Malahan Islam itu sendiri menggalakkan penerusan tamadun yang membawa kebaikan kepada manusia dengan tidak menjejaskan hak orang lain. Tamadun Islam juga bersifat sepanjang zaman. Perkembangannya bermula dengan penurunan wahyu pertama dan tidak pernah terhent serta tiada batas sempadan dan waktu dan terus berkembang shingga ke hari ini. Sifat tolenrasi yang ada pada tamadun Islam sama ada terhadap agama dan budaya telah menjadikannya sebuah tamadun yang diterima baik oleh tamaduntamadun lain. Hal ini kerana walaupun tamadun Islam berkembang dalam dunia yang tidak dikenali, ia tetap mempertahankan sifat tolak ansurnya terhadap agama dan budaya Islam. Buktinya, masyarakat bukan Islam yang berada di bawah perkembangan tamadun Islam tidak disekat untuk mengamalkan agama dan budaya mereka dengan mengekalkan hubungan baik terhadap masyarakat. Kesatuan dalam kepelbagaian juga merupakan salah satu sifat tamadun Islam. Sebarang bentuk kemajuan yang dicapai oleh tamadun Islam dalam pelbagai bidang disatukan oleh akidah Islam yang menjurus ke arah meng-Esakan Tuhan. Ini bermakna sebarang bentuk penemuan dan hasil ciptaan baharu yang dicapai oleh manusia dikembalikan kepada kebesaran Tuhan pencipta alam seluruhnya. 1.2 TAMADUN MELAYU Kemunculan