23
Rosxy Sandom PISMP Pra Sekolah Ambilan Januari 2009 TUGASAN Soalan 3: Tamadun-tamadun di dunia ini telah mengalami pelbagai proses interaksi. Jelaskan proses interaksi yang berlaku Pengenalan: Setiap tamadun mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang menyebabkan berlakunya interaksi di antara tamadun-tamadun. Tamadun-tamadun ini tentunya mempunyai pencapaian dan keunikan yang berbeza antara satu sama lain. Interaksi budaya yang berlaku iaitu bermula dengan proses pembudayaan yang menggabungkan masyarakat berbilang etnik sebelum membentuk interaksi tamadun. Proses interaksi ini membawa kepada perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan. Terdapat pelbagai cara dan sebab berlakunya interaksi tamadun. Interaksi ini kemudiannya akan melahirkan kesan positif atau negatif kepada tamadun-tamadun yang terlibat. Namun, interaksi antara tamadun sebenarnya dapat memperkayakan tamadun daripada berbagai-bagai aspek dan mengelakkan tamadun itu menjadi jumud yakni kaku dan kolot. Faktor berlakunya interaksi tamadun: Interaksi tamadun berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang boleh dilihat dari pelbagai sudut. Secara umumnya, interaksi tamadun ini disebabkan sifat toleransi dan sikap saling hormat-menghormati di antara tamadun. Manakala, secara khususnya, interaksi di antara tamadun adalah berpunca daripada aspek seperti kepimpinan, sikap golongan agama, kedudukan geografi, perkahwinan, perdagangan dan misi politik. Faktor kepimpinan memainkan peranan yang amat penting di dalam proses interaksi tamadun. Sifat pemimpin akan mempengaruhi proses interaksi yang dilakukan. Ini bermakna, sekiranya pemimpin bersikap adil, bertoleransi dan menghormati kebudayaan lain, proses interaksi akan berjalan dengan lancar yakni aman dan damai. Contoh

INTERAKSI TAMADUN

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: INTERAKSI TAMADUN

Rosxy Sandom PISMP Pra Sekolah Ambilan Januari 2009

TUGASAN

Soalan 3: Tamadun-tamadun di dunia ini telah mengalami pelbagai proses

interaksi. Jelaskan proses interaksi yang berlaku

Pengenalan:

Setiap tamadun mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang

menyebabkan berlakunya interaksi di antara tamadun-tamadun. Tamadun-

tamadun ini tentunya mempunyai pencapaian dan keunikan yang berbeza antara

satu sama lain. Interaksi budaya yang berlaku iaitu bermula dengan proses

pembudayaan yang menggabungkan masyarakat berbilang etnik sebelum

membentuk interaksi tamadun. Proses interaksi ini membawa kepada

perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan.

Terdapat pelbagai cara dan sebab berlakunya interaksi tamadun.

Interaksi ini kemudiannya akan melahirkan kesan positif atau negatif kepada

tamadun-tamadun yang terlibat. Namun, interaksi antara tamadun sebenarnya

dapat memperkayakan tamadun daripada berbagai-bagai aspek dan

mengelakkan tamadun itu menjadi jumud yakni kaku dan kolot.

Faktor berlakunya interaksi tamadun:

Interaksi tamadun berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang boleh

dilihat dari pelbagai sudut. Secara umumnya, interaksi tamadun ini disebabkan

sifat toleransi dan sikap saling hormat-menghormati di antara tamadun.

Manakala, secara khususnya, interaksi di antara tamadun adalah berpunca

daripada aspek seperti kepimpinan, sikap golongan agama, kedudukan geografi,

perkahwinan, perdagangan dan misi politik.

Faktor kepimpinan memainkan peranan yang amat penting di dalam

proses interaksi tamadun. Sifat pemimpin akan mempengaruhi proses interaksi

yang dilakukan. Ini bermakna, sekiranya pemimpin bersikap adil, bertoleransi

Page 2: INTERAKSI TAMADUN

dan menghormati kebudayaan lain, proses interaksi akan berjalan dengan lancar

yakni aman dan damai. Contoh interaksi tamadun yang berlaku dengan aman

ialah melalui pemimpin Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak menyekat orang

Yahudi dan Kristian dalam pemerintahan Madinah. Sebaliknya hak golongan ini

dilindungi oleh undang-undang. Tetapi, sekiranya pemimpin bersikap kuku besi,

interaksi tamadun juga akan memberi kesan negatif. Antaranya, sikap tidak

bertoleransi Sultan Shamsuddin Altamish di India terhadap penganut Hindu.

Seterusnya, faktor yang sangat banyak mempengaruhi proses interaksi di

antara tamadun ialah sikap golongan agama. Sikap golongan agama ini menjadi

penentu kepada hidup beragama secara harmoni di mana kerukunan hidup

bersama-sama insan yang mempunyai agama yang berbeza diterapkan. Dalam

Tamadun Islam, golongan agama merupakan para ulama manakala Tamadun

India yang berteras kepada agama Hindu, minoriti kasta Brahmin menjadi

tunggak kepada agama. Golongan agama dalam kepercayaan Buddha pula

didukung oleh sami sementara paderi menguasai fahaman Kristian.

Sikap golongan agama yang berakhlak seperti yang dipamerkan ulama

Islam di Alam Melayu memudahkan proses interaksi dan Islamisasi berlaku.

Mereka berjaya memberikan tasawwur Islam (pandangan Islam) yang sebenar

sehingga terbentuknya pendidikan formal melalui institusi seperti pondok,

pesantren, madrasah dan dayah (Acheh). Kesannya, Hamzah Fansuri, Abdul

Rauf al-Singkeli dan beberapa ulama lain terkenal di rantau Melayu.

Namun demikian, terdapat juga golongan agama yang mencetuskan

konflik seperti tindakan Paus Urban II yang mengadakan perjumpaan besar-

besaran dengan penganut Kristian di Perancis pada tahun 1095 M untuk

memerangi orang Islam yang dikatakan bertindak zalim kepada penganut

Kristian. Konflik ini juga berlaku ketika pemerintahan Dinasti Han apabila

seorang pemerintah memenjarakan segolongan sami dan penganut Buddha.

Namun, konflik yang berlaku tidak menghilangkan kepercayaan dalam kalangan

masyarakat Asia kerana agama dan penguasanya tetap berada pada kedudukan

yang tinggi.

Page 3: INTERAKSI TAMADUN

Seperti yang diketahui, sejarah sering menyebut tentang pentingnya

kedudukan geografi yang strategik dan menjadi laluan utama dalam aktiviti

perdagangan. Hal ini juga turut memberi kesan yang sama sehingga berlakunya

interaksi tamadun. Contohnya, Tamadun China berinteraksi dengan pelbagai

tamadun lain kerana terdapat dua laluan utama iaitu laluan sutera yang

menggunakan jalan darat dan laut. Laluan sutera darat menghubungkan China

dengan Khurasan, Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking. Manakala, laluan laut

pula merentasi Laut Arab ke Benua Kecil India, Kepulauan Melayu hingga ke

Canton di Tenggara China. Kedua-dua laluan ini membolehkan negara-negara

terlibat berinteraksi dan menjalankan aktiviti perdagangan. Pelabuhan Melaka

juga terkenal kerana kedudukan geografinya yang strategik dan terlindung dari

angin monsun. Pelabuhan ini menjadi tumpuan dan persinggahan para

pedagang. Aktiviti perniagaan berlaku di Pelabuhan Melaka disebabkan ramai

pedagang yang singgah.

Dalam pada itu, perkahwinan juga antara faktor penting dalam proses

interaksi tamadun. Contohnya, perkahwinan Megat Iskandar Shah dan Puteri

Pasai dalam kalangan golongan bangsawan dan pemerintah. Di rantau Alam

Melayu juga, berlakunya interaksi di antara penduduk tempatan dengan

pedagang Arab dalam tempoh mereka bermukim di situ sementara menunggu

angin monsun. Perkahwinan ini juga membawa kepada Islamisasi kerana gadis

tempatan perlu diislamkan terlebih dahulu sebelum berkahwin dengan pedagang

Arab. Malahan, ahli keluarga gadis tersebut juga turut sama menerima Islam

dalam kehidupan mereka.

Hubungan perdagangan di antara Arab dan China memang membuktikan

perdagangan sebagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya interaksi.

Hubungan kedua buah negara tersebut bermula sejak 3 Masihi lagi. Malah,

pedagang Arab dan Parsi membina penempatan di Kwang Cho (Canton), Chang

Page 4: INTERAKSI TAMADUN

Chow dan Chuan Chow. Masjid turut didirikan di Guangzhou yang membuktikan

berlaku Islamisasi di wilayah tersebut.

Alam Melayu turut berinteraksi dengan Arab secara tidak langsung

apabila pedagang Arab singgah sementara menunggu angin yang sesuai

sebelum ke China. Catatan Marco Polo tentang pengislaman Perak pada tahun

1292 M menunjukkan berlakunya proses Islamisasi. Selain itu, Tamadun India

berinteraksi dengan rantau Melayu sejak kurun pertama Masihi lagi di mana

nama wilayah Asia Tenggara seperti yang tercatat di dalam kitab Ramayana

seperti Suvarnadvipa1 dan Suvarnabhumi2.

Misi politik yang dimaksudkan ialah hubungan diplomatik seperti Alam

Melayu dengan China. Hubungan diplomatik dengan China berlaku sejak 1404

M seperti yang tercatat dalam sejarah Melaka. Tujuan Melaka mengadakan

hubungan diplomatik ini adalah untuk mendapatkan perlindungan dari ancaman

Siam. Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam dihantar ke Melaka yang

secara tidak langsung menggalakkan Islamisasi di rantau Alam Melayu.

Perlindungan ini juga memberi kesan yang sama kepada negeri-negeri di

Kepulauan Melayu seperti Kedah, Johor, Kamar dan sebagainya.

Kesan positif interaksi tamadun

Interaksi Tamadun India dengan China telah membawa kesan positif

seperti penyebaran agama Buddha di negara China. Agama Buddha dibawa

masuk ke China pada kurun pertama Masihi. Ketika itu, maharaja China

menghantar wakil ke India untuk mendalami ajaran agama ini dan

menyesuaikannya dengan budaya masyarakat Cina seperti doktrin (prinsip)

Daoisme dan Konfusianisme. Sami dari China menetap di India untuk

mempelajari kitab Buddha yang menggunakan bahasa Sanskrit dan Pali

sehingga berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi yang digelar

Tripitaka.

1 Suvarnadvipa bermaksud Semenanjung Emas.2 Suvarnabhumi bermaksud Bumi Emas.

Page 5: INTERAKSI TAMADUN

Selain itu, pelbagai kemahiran juga diperkembangkan dalam sains dan

teknologi seperti teknologi membuat gula daripada tebu dan bidang astronomi

diperkembangkan oleh India kepada China. Karya perubatan India diterjemah ke

dalam bahasa Cina selain daripada 60 koleksi ilmu astronomi India turut melalui

perkara yang sama. Manakala, Tamadun India melalui perkembangan teknologi

membuat kertas, bahan letupan, percetakan dan penggunaan kompas dari

Tamadun China.

Dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan kesenian; Tamadun China turut

menerima banyak keuntungan melalui interaksinya dengan India. Bidang fonetik

di China menggunakan teknik daripada ilmu fonetik Sanskrit yang dipelajari

melalui ajaran Buddhisme. Disebabkan itu, perbendaharaan kata bahasa

Sanskrit dan Pali banyak mempengaruhi kesusasteraan China. Malahan, alat

muzik China seperti pipa dan konghou juga berasal dari India. Interaksi di antara

kedua-dua tamadun ini berlangsung secara aman melalui hubungan

perdagangan dan keagamaan.

Tamadun India3 turut melalui interaksi dengan Tamadun Islam apabila

negeri Sind dan selatan Punjab dikuasai oleh orang Muslim pada tahun 712

Masihi. Penyebaran agama Islam4 dilakukan oleh orang Turki. Walaupun

berlakunya asimilasi budaya, wujud satu budaya yang bersifat budaya komposit

iaitu Indo-Muslim yang merupakan hasil campuran budaya Hindu dan Islam.

Identiti kedua-dua budaya tetap dikekalkan.

Hasil daripada budaya komposit ini, berlaku perubahan pada unsur-unsur

budaya seperti bahasa. Satu bahasa yang dikenali sebagai Zaban-e-Hindawi

iaitu Urdu muncul. Bahasa Urdu mempunyai tatabahasa Prakrit dengan

perbendaharaan kata Parsi, Arab dan Turki. Bahasa ini ditulis dengan skrip Arab

tetapi, diubah untuk mewakili bunyi bukan Arab. Urdu di kawasan-kawasan lain

disebut Urdu Dekani dan Urdu Lucknowi, tetapi yang menjadi dominan ialah

3 Nama Tamadun India pada zaman klasik ialah dalam bahasa Sanskrit iaitu Bharata-Varsha atau Bhrarata-Khanda yang diambil sempena nama pemerintah India, Bharata. Orang Greek menamakannya sebagai Indu sehingga terbitnya nama India seperti sekarang.4 Penganut agama Islam merupakan penduduk kedua teramai di India selepas penganut agama Hindu dengan hampir 150 juta orang daripada hampir 1 billon penduduk India.

Page 6: INTERAKSI TAMADUN

Urdu Kerajaan Moghul. Bahasa ucapan disebut Hindustani dan contoh bagi

perbendaharaan kata Urdu ialah wajib dan munsyi. Dalam bahasa Urdu majalah

dan surat khabar sangat banyak diterbitkan oleh umat Islam di India. Antaranya

ialah majalah al-Ma’arif yang diterbitkan oleh Darul Mushannifin di kota

Azamgarh yang diterbitkan sejak tahun 20an sehingga hari ini. Seterusnya ialah

majalah al-Hilal yang diterbitkan di Calcutta oleh Maulana Abu Kalam Azad dan

kawan-kawannya serta majalah Ta’mir Hayat yang diterbitkan oleh Nadwatul

Ulama’ Lucknow. Majalah ini memuatkan rencana ilmiah dan perkembangan

yang terjadi di dalam dunia Islam

Pendidikan juga turut dipengaruhi oleh budaya Indo-Muslim apabila dasar

pendidikan yang baru diperkenalkan oleh Akbar, pemerintah teragung zaman

Mughul. Orang Hindu berpeluang mempelajari bahasa Persia dan cemerlang di

madrasah-madrasah sehingga ada yang menjadi guru. Malahan, buku sains

perubatan turut ditulis dalam bahasa Persia oleh ahli-ahli fizik Hindu. Manakala,

dalam bidang sejarah pula Tarikh-i-Muzaftarim oleh Muhammad Ali Ansari, Ibrat-

Nama oleh Khairuddin, Sair-ul-Mutakherin oleh Ghulam Husain dan Imad-ur-

Saadat oleh Ghulam Ali Naqvi adalah antara karya-karya penting pada zaman

pemerintahan Islam di India.

Ketika zaman pemerintahan Akbar juga, gaya lukisan Hindu telah

mendominasi gaya lukisan Parsi kerana kehadiran pelukis Hindu yang ramai di

istananya. Kemudian, Institut Lukisan Mughul diasaskan yang bertujuan

mengabungkan gaya lukisan Islam dan Hindu. Setelah kematian Akbar, lukisan

Mughul terus dipengaruhi oleh elemen-elemen Hindu dan pemerintah-

pemerintah menggalakkan pelukis menggambarkan kehidupan Akbar dalam seni

lukis mereka. Institut Lukisan Moghul telah mencerminkan aspirasi politik Akbar.

Keadaan ini dapat dilihat melalui lukisan dinding yang berkembang maju di ibu

kota Akbar iaitu Fathpur Sikri (1570-85). Pelukis handalan Hindu yang terlibat

ialah Basavan, Lal dan Dasvanth. Terdapat juga lukisan dalam Razm-Nama

iaitu terjemahan Mahabharata dalam bahasa Parsi.

Seterusnya, persajakan juga merupakan unsur-unsur budaya komposit

Indo-Muslim. Dalam bidang persajakan dan sastera, karyawan terulung ialah

Page 7: INTERAKSI TAMADUN

Amir Khusraw (1253-1325) seorang Indo-Muslim. Nuh Siphr (The Nine Skies),

ialah karya beliau yang memberi corak kehidupan masyarakat India, iklim,

bunga-bungaan, binatang, agama serta bahasa-bahasa di India. Khawaja Najm-

ud-din Hasan yang turut dikenali sebagai Mir Hasan Dihlvi merupakan penyajak

Hindi yang terkenal. Ghazal Persia beliau amat menarik dan mudah difahami

yang banyak membuatkannya terkenal. Sementara itu, Ghalib pula seorang

penyair Urdu yang cemerlang. Sehingga kini, ghazal ciptaan beliau masih

popular.

Seni bina merupakan unsur budaya komposit terakhir daripada interaksi

Tamadun India dan Tamadun Islam. Bidang seni bina mengalami

perkembangan yang pesat pada zaman Mughul dengan pembinaan bangunan

Kabuli Bagh di Panipat, Jami Masjid di Sambal dan sebuah masjid di Agra.

Salah satu daripada tujuh keajaiban di dunia iaitu Taj Mahal dibina oleh Shah

Jahan5 adalah berdasarkan konsep dan gaya Islam. Namun demikian,

penggunaan bahan, kerja-kerja ukiran dan motif-motif bunga-bungaan lebih

bercirikan seni bina Hindu.

Interaksi di antara Tamadun India dengan Tamadun Barat bermula

dengan Portugal yang merupakan kuasa Eropah pertama yang datang ke India.

Pada tahun 1498, Vasco da Gama sampai ke Calicut di Kerala yang

menggunakan bahasa Portugis sebagai bahasa perdagangan di situ. Tujuan

Barat ke India ialah untuk memperoleh rempah dan meyebarkan agama Kristian.

Pada tahun 1810-1820-an, sekolah-sekolah Inggeris, mubaligh-mubaligh Kristian

dan buku-buku Inggeris memonopoli sistem pendidikan di India. Menurut

Thomas B. Macauay, tujuan pendidikan di India ialah mewujudkan satu kelas

India dalam darah dan warna; manakala Inggeris melalui rasa, pandangan, moral

dan intelek.

Interaksi kedua-dua tamadun ini mempengaruhi sastera di India apabila

pada akhir abad ke-19, sastera India telah dipengaruhi oleh pendidikan Inggeris.

Dalam pada itu, orang India sendiri mula hilang minat kepada sastera mereka

5 Shah Jahan merupakan salah seorang pemerintah Islam di India pada tahun 1627-1658.

Page 8: INTERAKSI TAMADUN

sendiri kerana tidak bersesuaian dengan perubahan zaman. Genre sastera

tradisional India seperti kavya, campu dan drama lebih sesuai untuk kisah-kisah

seperti epik, agama dan dharma. Sudah tentulah ini tidak sesuai dengan

kehendak sosial dan politik yang membawa nafas baru sehingga turut

munculnya sajak-sajak romantik.

Interaksi Tamadun India dan Tamadun Barat mempengaruhi hubungan

sosial dan budaya di antara bandar dan kampung. Perhubungan di antara

penghuni bandar yang kebanyakkan berhijrah dari kampung masih erat dengan

kaum keluarga mereka yang berada di kampung. Selain itu, media elektronik

seperti panggung wayang, radio dan televisyen mula menggantikan alat

komunikasi tradisional seperti wayang kulit dan drama. Bandar menjadi pusat

reformasi dalam aspek agama dan tradisi di kampung. Sekolah-sekolah, buku-

buku, kuil-kuil, upacara umum agama dan media massa memperkenalkan

tafsiran yang baru dalam masyarakat kampung sehingga berlaku desakan agar

pembentukan keseragaman dalam amalan budaya dan agama dilakukan.

Bahasa Inggeris turut diakui oleh Perlembagaan India yang digunakan

untuk tujuan rasmi selama 15 tahun. Malah, dua pertiga daripada rakyat India

tidak menggunakan bahasa Hindi dalam komunikasi mereka. Namun demikian,

terdapat juga negeri di India yang mengenakan syarat supaya menggunakan

bahasa Hindi dalam pentadbiran seperti di Rajasthan, Uttar Pradesh, Bihar dan

Haryana. Manakala, kawasan seperti Punjab, Kerala, Tamil Nadu, Gujarat dan

Bengal Barat menggunakan bahasa Inggeris.

Interaksi tamadun seterusnya ialah di antara Tamadun Islam dengan

Yahudi dan Kristian yang berlaku semasa zaman kemunculan Islam di Tanah

Arab yang telah membawa beberapa kesan positif. Dalam Perlembagaan

Madinah (Sahifah Madinah) yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. di

Madinah, hak-hak orang Kristian dan Yahudi serta penganut-penganut agama

lain telah diberikan perlindungan. Hak ini adalah berkaitan dengan kebebasan

mengamalkan tuntutan agama mereka tanpa gangguan oleh umat Islam yang

lain termasuklah Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Hal ini terus diikuti oleh

Page 9: INTERAKSI TAMADUN

pemerintah-pemerintah Islam ketika zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umaiyah,

Abbasiyah, Uthamaniyah dan kerajaan-kerajaan Islam di India. Penganut-

penganut Kristian dan orang Yahudi turut mendapat kedudukan yang tinggi

dalam pentadbiran beberapa buah kerajaan Islam. Misalnya, ketika zaman

pemerintahan Abbasiyah, tokoh-tokoh intelektual Yahudi dan Kristian telah

memberikan sumbangan mereka dalam penterjemahan buku-buku Greek ke

dalam bahasa Arab. Di Andalusia, Sepanyol juga ramai penulis dan ahli

intelektual dari kalangan individu-individu Yahudi dan Kristian.

Tamadun Islam juga turut berinteraksi dengan Tamadun China yang

berlaku secara aman melalui perdagangan, perkahwinan, politik dan sifat

pendakwah agama Islam. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi banyak

memainkan peranan dalam proses interaksi ini. Disebabkan terdapat komuniti

Arab –Islam yang menetap di situ, berlakulah perkahwinan campur antara

pedagang dengan wanita tempatan. Hasilnya, penyebaran agama Islam

kemudiannya mewujudkan komuniti Islam tempatan China.

Semasa zaman pemerintahan dinasti-dinasti Tang, Sung, Yuan dan Ming,

muncul beberapa tokoh Islam yang memainkan peranan penting dalam

pentadbiran. Kemudian, muncul pula cendikiawan-cendikiawan Islam tempatan

yang mashyur seperti Liu Zhi dan Mha Zhu. Mereka mencari keselarian ajaran-

ajaran dan nilai Islam dengan Konfusianisme. Agama Islam diperkenalkan

kepada masyarakat China6 melalui konsep hubungan kekeluargaan, ketaatan

kepada ibu bapa dan raja serta nilai-nilai moral yang terdapat dalam ajaran

Konfusianisme. Hal inilah yang meyebabkan ajaran Islam tidak mendapat

tentangan daripada ahli-ahli Konfusianisme seperti yang telah dihadapi oleh

agama Buddha. Melalui interaksi ini juga, berlakunya pertembungan seni bina

Arab-Islam dengan seni bina China yang dapat dilihat menerusi masjid-masjid di

China hari ini.

Dinasti Tang, Dinasti Sung dan terutamanya Dinasti Yuan melahirkan

ramai tokoh Islam terkenal yang mengamalkan budaya China dan kesetiaan

6 Penganut agama Islam berbangsa Cina dikenali sebagai Hui.

Page 10: INTERAKSI TAMADUN

terhadap negeri China tanpa berbelah bahagi. Antaranya ialahh Prof.

Muhammad Pai Shao Yi yang menyebabkan Islam di negeri China

memperolehi kekuatan di peringkat akar umbi. Masyarakat Islam berjaya

menubuhkan institusi pengajian agama di masjid-masjid dan akhirnya

pendidikan agama dilakukan di sekolah-sekolah.

Ketika interaksi kedua-dua tamadun ini berlaku, terdapat juga penerbitan

media massa dalam kalangan masyarakat Islam di negeri China. Lebih daripada

70 Review Islam telah diterbitkan dan Review Bulanan Islam di Yunan dalam

tahun 1915 adalah yang terawal diterbitkan. Review yang paling lama bertahan

ialah ‘The Crescent-Bulan Sabit’ dan ‘The Light Of The Crescent-Cahaya Bulan

Sabit’ (Yueh Hwa) di Bei Jing dan juga ‘Islamic Review’ di Shang Hai. Antara

penulis yang terkenal dalam bidang penerbitan ialah Elias Wang Ching Chai dan

Muhammad Yang Chong Ming. Mereka ini juga merupakan penterjemah al-

Quran ke dalam bahasa Mandarin dan kamus Arab-China

Dalam bidang kesusasteraan, terdapat juga masyarakat Cina Islam yang

aktif seperti Lee Yen Shen yang terkenal pada zaman Dinasti Tang. Lee Hsiun

dan Lee Shun Hsuan pula merupakan penyair-penyair besar manakala Mi Fei

seorang penyair dan penulis kaligrafi yang terkenal dalam dunia penulisan Cina .

Kaligrafinya yang berbentuk bulat pada hujung tulisan masih digunakan sebagai

model oleh orang-orang Cina, Korea dan juga Jepun.

Ketika zaman Dinasti Manchu pula, terdapat ahli falsafah Islam yang

terkenal seperti Ma Ming Loong, Sheikh Wang Tai Yu dan dan P’u Sung Ling.

P’u Sung Ling telah menulis cerita ‘Liao Ch’ai’ yang bermaksud ‘rumah yang

tidak dikehendaki’ atau ‘rumah perbualan’. Cerita ‘Liao Ch’ai’ dianggap setaraf

dengan cerita Arab, Seribu Satu Malam. P’u Sung Ling dianggap sebagai salah

seorang penulis besar China. Dari aspek kesenian pula, Syed Omar

Shamsuddin, putera Hsien Yang Dinasti Yuan merupakan orang yang membuat

lukisan Yin dan Yang.

Interaksi tamadun ini juga telah melahirkan ramai negarawan Cina dan

tentera Cina adalah beragama Islam. Antaranya ialah Takutur Khan, iaitu cucu

kepada Jenghis Khan dan Laksamana Cheng Ho yang nama asalnya ialah

Page 11: INTERAKSI TAMADUN

Muhammad Ma Ho dilahirkan di Yunan. Jeneral Muhammad Tso Pao Kwei pula

merupakan seorang jeneral yang terlibat dalam peperangan antara tentera

China dan Jepun pada tahun 1894. Jeneral Omar Pai Chung-His merupakan

Marshal tentera empat bintang yang meninggal dunia di Taipei pada 2 Disember

1966 dan Jeneral Muhammad Ma Chi Yuan, orang yang menumpaskan tentera

Komunis di wilayah Kansu pada tahun 1948.

Tamadun Islam turut berinteraksi dengan Tamadun Melayu yang juga

berlaku secara aman menerusi perdagangan. Dikatakan bahawa pengaruh

Islam di Asia Tenggara khususnya Kepulauan Melayu datang dari tiga kawasan

berbeza iaitu dari Arab dan Parsi, dari India serta dari China. Namun kesan

positif iaitu dengan tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu adalah kesan

yang paling menonjol. Lalu, muncul pula kerajaan Islam tempatan seperti Pasai,

Melaka, Aceh, Johor-Riau, Brunei, Patani, Sulu, Banten, Demak, Tuban,

Mataram dan banyak lagi. Interaksi ini juga turut membawa tulisan jawi yang

banyak mempengaruhi perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu.

Kesan positif yang dapat dilihat termasuklah pengaruh dari segi perundangan,

kesusasteraan, kesenian, kebudayaan berupa pakaian dan makanan serta

penggunaan istilah-istilah Arab dalam bahasa Melayu.

Rekod rasmi China yang menyatakan Kedah pernah menjalinkan

hubungan diplomatik dengan China dan kehadiran pedagang Kedah ke China

yang bertarikh 638 M menunjukkan interaksi di antara Tamadun Melayu dan

Tamadun China. Kesan daripada interaksi ini, penyebaran agama Islam di

Tanah Melayu di peringkat awal dikatakan datang dari Tanah Besar China

ekoran daripada hubungan perdagangan kedua-dua belah pihak. Hal ini terbukti

dengan penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048) dan

di Laren, Jawa (1082) yang mengatakan Islam datang dari Canton dan Hainan

pada kurun ke-9.

Selain itu, Tamadun Melayu juga mewarisi Cina Peranakan yang dikenali

sebagai Baba dan Nyonya. Kebudayaan Baba dan Nyonya mempunyai unsur-

Page 12: INTERAKSI TAMADUN

unsur kebudayaan Melayu. Bahasa Melayu Baba pula banyak dipengaruhi oleh

perkataan Hokkien, salah satu cabang dalam bahasa Cina. Cina Peranakan

juga turut dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan mereka juga biasa makan

menggunakan tangan. Malahan, golongan ini menggunakan kebaya dan kain

sarong sebagai pakaian mereka seharian.

Dalam interaksi kedua-dua tamadun ini, unsur kebudayaan juga

dipengaruhi oleh kebudayaan masing-masing. Disebabkan oleh pertukaran

barang yang dijadikan sebagai hadiah, Tamadun Melayu telah diperkenalkan

dengan pelbagai jenis tekstil seperti kain sutera dan kain kapas, barangan

porselin, tembikar dan logam serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu.

Malahan, adat memberi ang pau yang bermaksud sampul merah ketika

perayaan Tahun Baru Cina juga diperkenalkan.

Tamadun Melayu turut memperoleh keuntungan dari aspek perubatan dan

teknologi yang dibawa oleh Tamadun China. Seperti yang kita ketahui, rawatan

akupuntur dan herba adalah sangat mujarab dan bertujuan menyeimbangkan yin

dan yang mengikut kepercayaan masyarakat Cina. Perubatan herba Cina

menggunakan lebih seribu jenis herba juga dapat mengubati penyakit seperti

asma, anemia dan kanser. Teh Cina iaitu teh hijau juga mempunyai banyak

khasiat kepada tubuh badan. Dalam bidang teknologi, Tamadun China

membawa teknologi membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu seperti di

Jawa selain daripada penghasilan barangan lain seperti kertas, kain, bahan

letupan dan lilin.

Seterusnya ialah interaksi di antara Tamadun Melayu dengan Tamadun

India. Interaksi kedua-dua tamadun ini telah bermula sedari abad ke-3 SM.

Buktinya, bahan bertulis dari India ada menyebut tentang Malayadvipa yang

bermaksud Semenanjung Melayu. Para pedagang dari India ke Tanah Melayu

bagi mendapatkan emas sementelah mereka menggelarkan Tanah Melayu

Suvarnabhumi yang bermaksud tanah emas. Hasil daripada interaksi ini, agama

Hindu dan Buddha telah disebarkan dan menjadi pegangan penduduk tempatan

yang sebelumnya memegang kepercayaan animisme. Antara tinggalan

Page 13: INTERAKSI TAMADUN

pengaruh ajaran Hindu ialah Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang ketika

kerajaan Chola menguasai Kedah.

Sistem pemerintahan kita pada hari ini juga mempunyai unsur-unsur

konsep ketuhanan agama Hindu. Keadaan ini berdasarkan konsep ”Dewaraja”7.

Warisan yang masih dikekalkan berdasarkan konsep ini ialah membesarkan

keagungan dan kedudukan Raja dalam upacara pertabalan baginda.

Struktur masyarakat dalam masyarakat Melayu juga dipengaruhi oleh

sistem kasta. Sistem ini ialah susun lapis dalam masyarakat di mana terdapat

pemisahan yang jelas di antara golongan atasan atau bangsawan dengan rakyat

biasa. Keadaan ini membawa kepada kemunculan masyarakat feudal dalam

kehidupan masyarakat Melayu.

Adat resam dan budaya masyarakat Melayu juga turut menerima

pengaruh daripada agama Hindu iaitu amalan jampi dan mantera. Ini dapat

dilihat daripada golongan bomoh atau dukun ketika melakukan upacara yang

berkenaan. Amalan seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan

berinai serta mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi dalam

masyarakat Melayu juga dipengaruhi oleh amalan masyarakat India.

Bahasa adalah unsur yang ketara dipengaruhi oleh interaksi kedua-dua

tamadun ini. Tamadun Melayu menerima pengaruh bahasa Sanskrit yang

diubah sedikit menjadi kosa kata bahasa Melayu. Penemuan Batu Bersurat

Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) dan Batu Bersurat

Karang Berahi (692 M) membuktikan pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa

Melayu kuno ketika itu. Dalam Batu Bersurat Terengganu, 29 perkataan bahasa

Sanskrit turut ditemui bersama bahasa Arab. Antara contoh bahasa Sanskrit

yang mempengaruhi bahasa Melayu lama ialah bhakti (bakti), prakara (perkara)

dan vela (bila).

Unsur terakhir yang dipengaruhi dalam interaksi ini ialah kesusasteraan.

Contohnya, kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana dan Mahabhrata.

Hikayat Seri Rama diinspirasikan daripada Epik Ramayana manakala versi

tempatan bagi Epik Mahabhrata ialah Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pandawa,

7 Dewaraja ialah bahasa Sanskrit yang bermaksud God King.

Page 14: INTERAKSI TAMADUN

Hikayat Panda Delima dan Hikayat Sang Boma. Karya sastera Melayu

tradisional begitu mementingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-

raja serta penyelitan unsur mitos dan epik. Karya sastera ini turut diadaptasi ke

dalam wayang kulit.

Dalam interaksi di antara Tamadun China dan Tamadun Jepun, banyak

kesan positif yang dapat diperhatikan. Jepun mendapat banyak faedah daripada

hubungan ini kerana beberapa sumbangan penting dari Tamadun China.

Antaranya ialah dari segi agama dan tulisan8. Tamadun China mengembangkan

agama Buddha di Jepun dan diasimilasikan dengan agama asal Jepun iaitu

Shinto. Asimilasi ini langsung tidak mengubah identiti ajaran Buddha. Malah

kuil-kuil Buddha didirikan di Jepun dan mencapai zaman kemuncaknya pada

zaman Nara dan Heian. Melalui aspek tulisan pula, tulisan Cina menjadi asas

kepada pembentukan tulisan Jepun iaitu Hiragana dan Katakana9. Pengaruh

tulisan ini juga memberi kesan kepada perkembangan intelektual dan

kesusasteraan Tamadun Jepun.

Selain itu, Tamadun China turut meninggalkan unsur kebudayaannya10

seperti upacara minum teh11, seni taman dan struktur pembinaan bandar. Begitu

juga ajaran falsafah Konfusianisme yang diasimilasi dalam Tamadun Jepun.

Ajaran Konfusianisme memberi penekanan kepada institusi kekeluargaan dan ini

memberi kesan kepada pemantapan institusi keluarga di Jepun. Manakala,

konsep mandat dan syurga pula memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun

yang dipercayai berasal dari keturunan Dewi Amaterasu.

Tamadun Jepun juga turut berinteraksi dengan Tamadun Barat. Interaksi

kedua-dua tamadun ini berlaku secara tidak sengaja apabila tiga orang Portugis

yang menumpang sebuah kapal Cina dari Melaka hanyut berdekatan Pulau

8 Negara Jepun dikatakan mempunyai kadar celik huruf tertinggi di dunia iaitu 98 peratus.9 Selain daripada tulisan Hiragana dan Katakana, dua lagi tulisan Jepun ialah Kanji dan Romanji.10 Kini, Jepun merupakan antara pengeksport budaya pop yang terbesar seperti anime, manga, fesyen dan permainan video.11 Upacara minum teh di Jepun dipengaruhi oleh mazhab Zen Buddhisme. Mutu istimewa teh Jepun dihasilkan dengan mengeringkan daunnya tanpa penapaian.

Page 15: INTERAKSI TAMADUN

Kyushu pada tahun 1542. Hal ini menyebabkan orang Portugis mula berdagang

di Kagoshima apabila mereka bertapak di Macao pada tahun 1557. Mereka turut

menyebarkan agama Kristian di Kagoshima. Kemudian, penyebaran ini lebih

giat dilakukan ketika Revolusi Pertanian dan Perindustrian di Eropah kerana

Jepun menitikberatkan pertanian ketika itu. Bandar Nagasaki seolah-olah

diperintah oleh orang Kristian dan paderi-paderi mempunyai kuasa yang agak

besar. Mereka telah mengambil sebahagian daripada keuntungan jualan

barang-barang muatan kapal Portugis untuk meluaskan gereja-gereja dan

sekolah-sekolah Kristian. Penyebaran ini banyak dipengaruhi oleh kebolehan

mereka berbahasa Jepun dan ketinggian peribadi yang menyebabkan mereka

mudah diterima oleh golongan bangsawan dan maharaja.

Tamadun Barat turut mempengaruhi Tamadun Jepun dari aspek

kebudayaan. Daripada memusuhi dunia luar, Jepun menukarnya kepada ‘dasar

buka pintu’. Orang Jepun mula tertarik dengan kasut-kasut dari Barat yang

menggantikan penggunaan terompah, pemakaian cara Barat menggantikan

kimono, menjadikan daging dan susu sebagai makanan seharian, penggunaan

sudu dan garpu menggantikan penyepit serta penggunaan lampu elektri dan jam

dari Barat. Namun begitu, orang Jepun tetap mengekalkan adat dan sopan

dalam kehidupan seharian terutama golongan atasan. Dalam pada itu, kelas

sosial12 juga telah ditamatkan perbezaannya dengan penguatkuasaan undang-

undang. Masyarakat Jepun menganggap semua masyarakat sama taraf

walaupun pekerjaan mereka berbeza.

Dalam bidang ekonomi pula, interaksi di antara Jepun dan Barat

menyebabkan sistem bank yang moden ditubuhkan yang berperanan

memulihkan nilai mata wang Jepun. Penubuhan bank ini pada tahun 1872

adalah dengan mencontohi bank-bank di Amerika Syarikat. Perdagangan Jepun

dengan dunia luar juga membawa banyak keuntungan kerana pengaliran mata

wang asing ke Jepun.

12 Perbezaan kelas berpunca daripada golongan tuan tanah yang hidup di atas sewa yang dibayar kepada mereka dan penyewa yang tiada bertanah.

Page 16: INTERAKSI TAMADUN

Selain itu, dalam bidang pemilikan tanah, Jepun juga telah mengubah

cara pemilikan tanah mereka dan menurut cara Barat. Dalam sistem tradisi,

tanah adalah milik pembesar-pembesar sahaja, tetapi kini hak milik tanah

diberikan kepada semua termasuklah golongan petani. Sistem bayaran cukai

kepada golongan feudal juga diganti dengan pembayaran cukai tanah kepada

kerajaan.

Kesan negatif interaksi tamadun

Tidak semua interaksi di antara tamadun menghasilkan kesan yang

positif. Terdapat juga yang menyebabkan kesan negatif berlaku sama ada pada

peringkat awal interaksi atau sebahagian daripada kesan interaksi yang telah

berlaku.

Umpamanya, hubungan orang Islam dan Kristian ketika Zaman

Pertengahan di Eropah. Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah

melancarkan Perang Salib ke atas orang Islam. Ramai orang Islam dan Yahudi

yang terkorban akibat perang ini disebabkan faktor perbezaan agama, ekonomi

dan politik.

Seterusnya ialah ketika interaksi di antara Tamadun India dan Tamadun

Islam. Hubungan penganut agama Islam dan Hindu di India berada dalam

ketegangan. Orang Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan raja-raja

India yang beragama Hindu. Begitu juga pemerintah-pemerintah Islam telah

memusnahkan kuil-kuil Hindu dan orang Hindu dibunuh. Contohnya, raja-raja

Islam dalam Kesultanan Dehli13 telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan

upacara keagamaan Hindu.

Konflik turut wujud ketika agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam

masyarakat China semasa zaman pemerintahan Dinasti Han Timur semasa

13 Semasa zaman pemerintahan Moghul, raja Moghul, Aurangzeb telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil baru, upacara mandi suci di Sungai Jamuna dan mengharamkan upacara Sati.

Page 17: INTERAKSI TAMADUN

interaksi di antara Tamadun India dan China. Hal ini disebabkan pengaruh

cendikiawan Konfusianisme dalam pentadbiran Dinasti Han. Tentangan mereka

menyebabkan sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha

dimusnahkan.

Interaksi di antara Tamadun Islam dengan China juga menimbulkan

konflik seperti rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang

bertentangan. Penduduk Han di Tenggara China mewujudkan permusuhan

dengan orang Islam kerana tidak puas hati terhadap kemewahan orang Islam

dalam aktivti perdagangan. Pemberontakan kemudian berlaku pada tahun 758

Masihi dan 876 Masihi menyebabkan orang islam dibunuh dan ramai yang

melarikan diri ke Asia Tenggara seperti Palembang dan Kedah. Selain itu, rasa

tidak puas hati orang Islam turut muncul apabila ajaran Konfusianisme

diutamakan pada pemerintahan Dinasti Ching. Rasa tidak puas hati14 orang

Islam disokong oleh gerakan Kaum Muda (Wahabi) dalam kalangan orang Cina

beragama Islam.

Persamaan dan perbezaan antara tamadun

Semua tamadun menekankan perihal kerohanian, mempunyai doktrin dan

amalan-amalan tertentu yang berbentuk ritual dan spiritual. Demikian juga

kepercayaan tentang kehidupan selepas mati, pembalasan terhadap perbuatan

manusia dan pelbagai aspek lainnya. Namun begitu, terdapat juga perbezaan

yang berpunca daripada manifestasi ketuhanan yang ada pada setiap agama.

Contohnya, persamaan dan perbezaan doktrin karma dalam kepercayaan

agama Hindu dan Buddha. Doktrin karma kedua-dua agama ini berkait rapat

dengan konsep reinkarnasi15. Dalam agama Hindu, reinkarnasi membawa

maksud seseorang akan menjelma semula selepas kematiannya dalam bentuk

manusia. Ini berdasarkan konsep penjelmaan semula dewa-dewa Hindu. Bagi

agama Hindu, kehidupan merupakan kesengsaraan dan kelahiran semula 14 Beberapa siri pemberontakan telah berlaku akibat rasa tidak puas hati orang Islam seperti Pemberontakan Sinkiang 1 (1756 Masihi), Kebangkitan Yussof Syamsuddin (1828-31 Masihi) dan Pemberontakan Yunan (1850-68 Masihi).15 Reinkarnasi ialah kelahiran semula atau penjelmaan semula.

Page 18: INTERAKSI TAMADUN

dianggap kesengsaraan yang dikenali sebagai Samsara. Penganut agama

Hindu berharap terlepas dari reinkarnasi dengan mencapai tahap mokhsya.

Ajaran agama Buddha pula untuk melenyapkan karma, memutuskan lingkaran

Samsara dan mencapai Nirwana. Cara mencapai pembebasan mutlak ini

disebut Empat Kebenaran Utama16.

Persamaan antara tamadun juga meliputi peraturan hidup bermasyarakat.

Perbezaan dalam peraturan ini hanyalah dari segi sumber, penguatkuasaan dan

aspek-aspek lain. Umpamanya, Tamadun Islam bersumberkan wahyu dalam

bentuk Al-Quran dan Al-Sunnah. Sementara, Tamadun China berasaskan

kepada falsafah Kung Fu Tze dan Taoisme serta ajaran Gautama Buddha.

Dalam Tamadun Melayu pula, orang Melayu memiliki peraturan hidup

bermasyarakat yang disebut hukum adat atau sistem nilai Melayu.

Dalam aspek etika, perbezaan dari sudut sumber dan pandangan

sarwajagat setiap tamadun boleh dilihat dari aspek politik dan pemerintahan.

Kebanyakan tamadun menekankan aspek moral dan akhlak sebagai asas politik

dan kerajaan. Contohnya Islam mengutamakan politik dan kepimpinan dengan

Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai rujukan dalam pemerintahan. Prinsip utama

yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w. ialah prinsip syura, ‘adalah, musawah

dan hurriyah. Dalam tradisi Islam, raja atau pemerintah perlulah berlaku adil dan

mengelakkan kezaliman.

Aspek pendidikan juga merupakan aspek penting dalam etika.

Pendidikan dapat membentuk peribadi insan yang diharapkan dapat

menyebarkan ilmu pengetahuan kepada orang lain. Dalam ajaran agama

Buddha dan Hindu, aspek pendidikan yang ditekankan ialah proses mencari diri

sendiri iaitu self-discovery. Dalam pada itu, kedua-dua agama ini juga

menekankan elemen ilmu dan amalan kerohanian dalam melahirkan seorang

insan yang baik.16 Empat Kebenaran Utama dalam agama Buddha ialah hidup adalah penderitaan, penderitaan disebabkan keinginan memenuhi keperluan dunia, penderitaan dapat dihapuskan dengan menindas hasrat atau kehendak dan cara menyingkirkan hasrat adalah melalui Astamarga atau Jalan Lapan Lapis.

Page 19: INTERAKSI TAMADUN

Dalam aspek ekonomi pula, semua tamadun menolak amalan rasuah,

penipuan dan penindasan. Kegiatan ekonomi seperti membuat kebajikan,

bersedekah dan membela golongan miskin amat digalakkan. Ekonomi ketika

Tamadun Barat berasaskan pemikiran sekular dan ideologi manusia yang telah

memperkenalkan sistem ekonomi kapitalis. Sistem ini lebih mengutamakan

keuntungan material dan kebangkitan individu atau kumpulan tertentu sebagai

kuasa pasaran. Sistem ini berdasarkan teori Adam Smith (1723-1790 Masihi)

yang mengatakan sistem pengeluaran sesebuah negara terdiri daripada unsur

sumber alam, sumber manusia dan stok barang yang ada. Pengalaman sistem

kapitalis telah menyebabkan penubuhan institusi kewangan (bank) di Barat

seawal tahun 1587 Masihi.

Aspek kekeluargaan juga aspek penting di dalam etika yang dianggap

sebagai asas pembentukan sesebuah masyarakat. Ajaran Konfusius dalam

Tamadun China menekankan pentingnya hubungan kasih sayang. Kasih sayang

dapat mewujudkan hubungan harmoni dalam masyarakat. Konfusius telah

memperkenalkan konsep alai yang menekankan hubungan sesama manusia

seperti hubungan maharaja dengan rakyat, hubungan bapa dengan anak,

hubungan abang dengan adik, hubungan suami dengan isteri dan hubungan

kawan dengan kawan.

Seterusnya ialah aspek kesenian dan kebudayaan. Seni menurut agama

Buddha terdiri daripada keindahan perhiasan, keindahan jasmani, keindahan

tingkah laku dan keindahan batin. Manusia dapat memiliki keindahan melalui

dua Darma indah iaitu Khanti dan Soracca. Dalam seni Islam pula, falsafah seni

Islam berteraskan tauhid walaupun terhasil pada pelbagai aneka karya seni.

Dalam Tamadun China pula, karya seni merangkumi seni lukis dan seni kaligrafi

yang menjadikan unsur alam sebagai tema utama.

Aspek alam sekitar juga merupakan aspek penting yang tergolong dalam

etika. Islam menghargai alam sekitar yang merupakan tanda-tanda kewujudan

Allah SWT. Menurut doktrin Hindu pula, alam semesta ini terdiri daripada

Jamudvipa. Lao Tze telah mengemukakan falsafah tao sebagai kekuatan di

mana manusia cuba menjalin dirinya dengan alam. Konsep ini serupa dengan

Page 20: INTERAKSI TAMADUN

konsep Wu-Wei dalam aliran Konfusius yang mentafsir kehidupan di alam ini

adalah hasil dari pergerakan alam yang berterusan. Seseorang dianggap dapat

berhubung denganalam apabila berjaya menghubungkan diri dengan tao melalui

pembersihan jiwa atau mengosongkan diri dari dua perkara yang keterlaluan.

Aspek terakhir yang terkandung dalam etika ialah aspek institusi agama.

Masjid17 merupakan institusi agama Islam yang menjadi institusi penting dalam

pendidikan sama ada berkenaan ilmu Islam atau informasi setempat. Kuil dan

candi pula rumah ibadat penganut agama Hindu dan Buddha. Kuil menjadi

pusat pendidikan oleh sami-sami Hindu dan Buddha. Candi pula bangunan yang

berkait dengan aspek keagamaan seperti Candi Borobudur. Gereja pula

berperanan sebagai tempat ibadat penganut Kristian, pusat pendidikan agama

Kristian dan untuk aktiviti masyarakat setempat. Perkembangan ini melahirkan

sekolah-sekolah missionari yang mendapat pembiayaan pihak gereja.

Nilai-nilai Universal Antara Tamadun Asia

Terdapat beberapa nilai-nilai yang menjadi prinsip asas ketika berlakunya

interaksi tamadun. Pertamanya ialah berlandaskan idea keagamaan kerana nilai

ini mambantu memantapkan lagi struktur sosial dan intelektual sesebuah

tamadun. Semua tamadun Asia menjunjung tinggi doktrin keagamaan yang juga

penyumbang kepada wujudnya kebudayaan dan sains. Contohnya dalam

Tamadun China yang percaya kepada Tuhan walaupun mempunyai pelbagai

aliran anutan seperti Konfucius, Daoisme atau Taoisme dan Buddhisme. Mereka

juga mempunyai satu konsep iaitu tian yang bermaksud langit yang merujuk

kepada dewa yang terpenting. Konsep ini berasaskan yang baik dibalas baik,

yang jahat dibalas jahat. Maka, mereka berusaha mengawal tingkah laku untuk

mengelakkan balasan daripada tian.

Nilai kekeluargaan dan kemanusiaan juga menjadi prinsip utama. Dalam

Islam, menjaga akhlak antara sesama manusia termasuklah ibu bapa, guru,

kawan, jiran sesama Islam dan bukan Islam serta musuh Islam adalah

17 Tujuh bentuk seni bina masjid iaitu Maghribi, Andalusia, Mesir, Turki Saljuk, India, Iran Safawi dan Turki Uthmani.

Page 21: INTERAKSI TAMADUN

ditekankan. Dalam aspek pergaulan juga, syariat Islam diturunkan agar

kepentingan lima hak asasi manusia terlaksana yang meliputi hak beragama,

menjaga kewarasan akal, manjaga nyawa, harta benda dan maruah diri.

Seterusnya ialah nilai dari aspek tatacara dan etika dalam kehidupan.

Dalam Tamadun China, terdapat konsep Dao18 dan pemikiran tentang Li19.

Konfusius menekankan peraturan berasaskan kepada perhubungan manusia

dengan Tuhan, manusia dengan manusia dan perhubungan politik. Selain itu,

konsep zhong yong juga dititikberatkan oleh Konfusius yang mahukan

kesederhanaan dan tidak menggunakan kekerasan sebagai jalan penyelesaian.

Dalam pada itu, interaksi tamadun juga mementingkan kebijaksanaan

pemimpin. Contoh paling ketara ialah kepimpinan dalam Islam yang berteraskan

‘pemimpin adalah khalifah di muka bumi’. Islam menggunskan sistem berpolitik

seperti tauhid, risalah dan khilafah. Dalam politik, prinsip yang ditekankan ialah

keadilan, kesamaan, syura dan akuauntabiliti. Sumber dalam politik Islam ialah

kitabu’Llah dan sunnah rasul-Nya selain daripada ijtihad dan ijma’ ulama.

Nilai menghargai alam sekitar juga terdapat dalam semua tamadun di

Asia. Malahan dalam ajaran Tao, alam dianggap sebagai ibu atau dao. Dalam

Buddhisme dan Shinto pula, hubungan manusia dan alam ditekankan melalui

konsep esho fui yang menegaskan manusia dan alam saling memerlukan.

Nilai yang terakhir yang menjadi pegangan setiap tamadun ialah

pentingnya ilmu dan orang yang berilmu. Konsep ulama dalam Islam berkait

rapat dengan individu yang berilmu yang ilmunya itu sempurna dan tercermin

melalui kewibawaan personaliti diri dalam segala aspek. Ulam menjadi

pembimbing umat, penyelesai masalah, pakar rujuk dan tauladan masyarakat

Islam.

18 Dao bermaksud jalan dalam konsep Konfusius.19 Aspek li pula berkaitan dengan tatasusila.

Page 22: INTERAKSI TAMADUN

Secara umumnya, tamadun Asia mempunyai kekuatan nilai sejagat dan

sifat sepunya yang membawa keharmonian dalam interaksi di antara tamadun

walaupun mempunyai agama dan budaya yang berbeza.

BIBLIOGRAFI

Afifah Abu Yazid, (2004). Pengajian Tamadun Asia. Pahang Darul Makmur:

PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Faizurah Hj. Basri et.al, (2008). Tamadun Islam dan Tamadun Melayu:

Perkembangan dan Isu Kontemporari. Selangor Darul Ehsan: Pusat

Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM.

http://72.14.235.132/search?q=cache:MsFlx1H4GZgJ:www.ppl.upm.edu.my/index.php%3Foption%3Dcom_docman%26task%3Ddoc_download%26gid%3D2550%26Itemid%3D176+interaksi+tamadun&hl=en&ct=clnk&cd=25&gl=my

Page 23: INTERAKSI TAMADUN

http://ipkt.edu.my/naim/?_page=2

http://members.tripod.com/man999/Tamadun_Islam.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun_Islam

http://tamadun-islam551.blogspot.com/2008/06/interaksi-antara-tamadun.html

http://titas-haba.blogspot.com/2008_12_02_archive.htmlhttp://www.geocities.com/durontekno/TAMISLAM.htm#TAJUK-TAJUK

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=interaksi+tamadun&btnG=Search&meta=

http://www.ums.edu.my/ppib/sarip_notaringkasTITAS.htm