Interaksi Pelbagai Tamadun

  • View
    289

  • Download
    1

Embed Size (px)

Text of Interaksi Pelbagai Tamadun

INTERAKSI PELBAGAI TAMADUN

INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUNWAJ3101 TITAS Minggu 3

PENGENALANProses interaksi bermula dengan proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang kaum atau etnik.Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat tamadun.Perdagangan memainkan peranan yang penting dalam proses interaksi antara tamadun.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN INDIA DAN CHINAMenurut rekod sejarah China, interaksi antara Tamadun India dan Tamdun China berlaku melalui hubungan perdagangan seawal kurun ke-2 SM.Jalan Sutera adalah saluran interaksi yang menjadi laluan para pedagang.Selain daripada barang dagangan, agama Buddha merupakan komoditi terpenting yang dibawa ke China.Para kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara tamadun Cina dan tamadun India di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan.

Kesan-kesanPenyebaran Agama BuddhaDibawa masuk ke China pada kurun pertama masihi.Maharaja menghantar wakil ke India untuk memahami dan mendalami ajaran.Agama Buddha disesuaikan dengan tradisi budaya masyarakat Cina: doktrin Daoisme & Konfusianisme.Sami dari China menetap di India & mempelajari kitab Buddha. (Bahasa Sanskrit & Pali)Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi. (Tripitaka)

2. Sains dan TeknologiTeknologi pembuatan kertas, tembikar, bahan letupan, percetakan dan kompas dari China.Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi penghormatan yang tinggi di India.Teknologi India untuk menghasilkan gula daripada tebu, 60 koleksi ilmu astronomi India telah diterjemah ke dalam bahasa Cina dan ahli astronomi India pernah berkhidmat di China.Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke dalam Bahasa Cina.

3. Bahasa, Kesusasteraan dan KesenianIlmu fonetik Cina mengguna pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit yang dipelajari melalui ajaran Buddhisme.Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina.Alat muzik Cina yang berasal dari India seperti Pipa dan konghou.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN INDIABermula seawal abad ke-3 SM.Bahan bertulis dari India ada menyebut tentang Malayadvipa. (Semenanjung Melayu)Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu adalah untuk mendapatkan emas.Gelaran Suvarnabhumi (tanah emas) diberi kepada Tanah Melayu.

Kesan-kesanPenyebaran AgamaAgama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan animisme.Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang pula merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu kerajaan Chola ketika menguasai Kedah.

2. Sistem PemerintahanKonsep Dewaraja (dalam bahasa Sanskrit yang bermakna God King) adalah konsep ketuhanan agama hindu yang membesarkan keagungan dewa-dewi dan dikaitkan dengan kedudukan serta status Raja sebagai jelmaan Tuhan.Upacara pertabalan adalah untuk mengekalkan status tinggi Raja.Panca Persada yang seperti Gunung Mahameru, memperlihatkan pengaruh kosmologi Hindu-Buddha.

3. Struktur MasyarakatAkibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat), terdapat pemisahan jelas golongan atasan dan bangsawan yang dianggap lebih mulia dengan golongan rakyat biasa.Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat feudal dalam kehidupan masyarakat Melayu.

4. Adat Resam & BudayaKedatangan agama Hindu telah mempengaruhi kehidupan dan adat resam masyarakat melayu seperti amalan jampi dan mentera.Amalan adat dalam kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi.Masyarakat India Chittyan memperlihatkan persamaan dengan kebudayaan Melayu.

5. BahasaPengaruh bahasa Sanskrit.Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683M), Batu Bersurat Tuwo (684M), Batu Bersurat Kota Kapur (686M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692M) buktikan pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu .Batu Bersurat Terengganu, selain daripada perkataan Arab, turut ditemui 29 perkataan dari bahasa Sanskrit.

Pengaruh Dari Bahasa Sanskrit (Perbandingan Bahasa Melayu lama dengan baru)Bhakti = baktiBhumi = bumiDosa = dosaDrohaka = derhakaMaharddhika = merdekaPrakara = perkaraRupa = rupaSamicra = mesraTathapi = tetapiVela = bila

6. Kesusasteraan Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana & Mahabharata.Karya sastera Melayu tradisional mementingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja serta menyelitkan unsur epik dan mitos.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN CHINARekod rasmi China bertarikh 648M mencatatkan Kedah pernah jalin hubungan diplomatik dengan China dan para pedagang Kedah berdagang ke China.Kedah merupakan pusat perhentian utama bagi sami Buddha dari China yang belayar melalui Selat Melaka untuk ke India sekitar tahun 250M.Pada zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dengan China penting agar Melaka selamat dari ancaman musuh.

Laksamana Cheng Ho bawa perutusan pengiktirafan Parameswara sebagai pemerintah kerajaan Melaka oleh Maharaja China.Maharaja China menghantar puterinya, Hang Li Po untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Syah.Kelompok yang berasal daripada keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya atau Peranakan.Pada awal abad ke-19, setelah kedatangan kuasa British dan penubuhan Negeri-negeri Selat, berlaku pertambahan bilangan orang China yang terdiri daripada golongan peniaga yang berjaya dan dikenali sebagai Cina Selat atau Straits Chinese.

Kesan-kesanPenyebaran AgamaIslam di Tanah Melayu di peringkat awalnya dikatakan datang dari Tanah Besar China ekoran hubungan perdagangan.Islam yang datang melalui para pedagang dari Canton dan Hainan pada kurun ke-9 dibuktikan dengan penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048), di Laren, Jawa (1082).

2. Warisan Cina PeranakanDikenali sebagai Baba dan Nyonya.Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu.Bahasa Melayu Baba banyak mengandungi perkataan Hokkien.Cara masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan menjadi kebiasaan bagi mereka makan guna tangan.Pakaian kebaya dan kain sarong.

3. KebudayaanPertukaran barangan sebagai hadiah melalui misi diplomatik memperkenalkan pelbagai tekstil (kain) dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu.Adat memberi ang pau yang bermaksud sampul merah.

4. Perubatan dan TeknologiRawatan akupuntur dan herba bertujuan mengeimbangkan yin dan yang.Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1000 jenis mengubat penyakit seperti asma, anemia dan kanser.The Cina atau green tea.Teknologi perlombangan, pertanian dan pertukangan.Teknologi baru seperti menghasilkan barangan termasuklah gula, kertas, kain, bahan letupan dan lilin.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN CHINA DAN TAMADUN JEPUNBerlaku secara aman.Asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah diperkukuhkan identiti oleh Tamadun Jepun.Dari segi agama dan tulisan,Agama Buddha diperkembangkan dalam Tamadun Jepun. (Agama Shinto)Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun. (Hiragama Kalakana)

Perkembangan intelektual dan kesusasteraanUpacara seperti upacara minum the dan seni tanam.Struktur pembinaan bandar.Ajaran falsafah Konfusianisme seperti penekanan kepada institusi keluarga.Konsep mandat dari Syurga telah memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal daripada keturunan Dewi Amaterasu.Sistem pemerintahan berpusat.

Nilai-nilai Universal Antara TamadunInstitut Keluarga Tamadun IslamMemberi kepentingan dalam hubungan kekeluargaan. Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskan kepada hak dan tanggungjawab. Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan sejak anak itu di dalam kandungan;Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak-merangkumi pendidikan agama dan kemahiran.Anak-anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu bapa.Konsep keadilan menjadi asas di dalam sistem keluarga Islam.

Institut Keluarga Tamadun ChinaUnit asas dalam Tamadun China. Ajaran Confucius menjadi asas kepada Tamadun China.Konsep li menekankan 5 jalinan hubungan sesama manusia:hubungan maharaja dengan rakyathubungan bapa dengan anakhubungan abang dengan adikhubungan suami dengan isterihubungan kawan dengan kawanAnak-anak tidak boleh menderhaka kepada kedua ibu bapa.Konsep ketaatan yang kental kepada ibu bapa menyebabkan masyarakat cina mengadakan upacara mengingati nenek moyang.

Institut Keluarga Tamadun IndiaUnit penting dalam Tamadun India. Membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian, di samping menjadi penerus zuriat. Keluarga bersama ialah bentuk yang paling menonjol dalam sistem kekeluargaan India. Walaupun hubungan darah yang dikira daripada anggota lelaki daripada keluarga yang sama merupakan asas ikatan kekeluargaan tetapi yang lebih penting ialah ikatan yang didasarkan oleh perasaan kasih sayang dan rasa hormat.

Komuniti Tamadun Islam Unit yang penting dalam Tamadun Islam.Ikatan sesama anggota komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan kekerabatan, malah hubungan sesama agama (ukhwah) dan hubungan sesama manusia yang merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yang bukan Islam.Menggariskan hak dan tanggungjawab individu Islam terhadap jirannya dan peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran tersebut.

Dalam pengertian sebenar ajaran Islam, tidak wujud sistem kelas dalam masyarakat-tidak membezakan kedudukan lelaki dan wanita. Konsep sama rata wanita dalam Islam ialah berdasarkan konsep keadilan.

Komuniti Tamadun ChinaPembentukan komuniti Cina banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan masyarakat Cina.Kuasa lelaki dan bapa. Sistem kekerabatan berasaskan hubungan darah.Sistem kelas dalam komuniti ditentukan oleh tahap pendidikan dan kemahiran.