19
INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN INDIA INSTITUT PERGURUAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN, PENANG. DISEDIAKAN OLEH : UMMU SARAFILZA BT ZAMRI 1 PISMP KS2

INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN INDIA

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN INDIA

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

MELAYU DAN INDIA

INSTITUT PERGURUAN GURUKAMPUS TUANKU BAINUN, PENANG.

DISEDIAKAN OLEH :UMMU SARAFILZA BT ZAMRI

1 PISMP KS2

Page 2: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN INDIA
Page 3: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN INDIA

• Setiap tamadun mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang menyebabkan berlakunya interaksi di antara tamadun. Tamadun-tamadun ini mempunyai pencapaian dan keunikan yang berbeza antara satu sama lain, kemudiannya akan melahirkan kesan positif atau negatif .

Page 4: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN INDIA

India negara yang mempunyai tinggalan tamadun sejarah tertua sekali di dunia. Perkembangan

tamadun India dibahagikan kepada 3 zaman utama, bermula

zaman prasejarah,diikuti oleh zaman protosejarah , & zaman

sejarah awal

• Ahli kaji purba berpendapat Tamadun India telah muncul lebih kurang tahun 2500 S.M , ia berakhir sekitar 1500 S.M. Penemuan tinggalan arkeologi di Harappa dan di Mohenjo- daro…….

• Tamadun Indus mengalami keruntuhan , dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang membawa tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus. Tahap ini dikenali Zaman Vedik. Kemudian, masyarakat beralih ke Lembah Ganges……

Page 5: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN INDIA
Page 6: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN INDIA

• Tahun 321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India semasa pemerintahan Dinasti Maurya. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka. 

• Kitab Dharma Sastra dianggap kitab undang-undang Hindu paling tua dalam tamadun ini. Segala titah perintah maharaja diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi. Tiang itu dikenali sebagai Tiang Asoka…….

• Pada tahun 300 S.M - 600 T.M, lahirnya Dinasti Gupta. Zaman ini digelar Zaman Keemasan. Selepas jatuhnya empayar ini, lahir pula Dinasti Sangam, diikuti oleh Dinasti Pallava dan akhir sekali Dinasti Chola………..

Page 7: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN INDIA

(Afifah, 2003)

Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok

manusia yang digolongkan sebagai orang-orang melayu. Tamadun Melayu

boleh dilihat melalui dua dimensi utama iaitu rumpun bahasa bangsa dan rumpun kawasan–wilayah

2 ciri utama tamadun Melayu…

AGRARIA

MARITIM

Page 8: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN INDIA

• Pusat-pusat tamadun Melayu yang wujud sebelum kedatangan Islam - Funan, Srivijaya, Lembah Bujang dan Majapahit.….

• Penyebaran Islam dalam masyarakat Melayu berlaku secara damai. Tiada satu pun catatan menunjukkan kemasukan Islam berlaku secara paksa ke atas masyarakat Tanah Melayu dan Asia Tenggara. (Mahyuddin, 1998)……

• Kewujudan pusat-pusat tamadun Melayu telah menaikkan martabat dan keupayaan bangsa Melayu dan tamadun Melayu di mata dunia. (Mohamad Khadafi, 2003)……….

Page 9: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN INDIA
Page 10: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN INDIA

1.0 Zaman Pra-Penjajahan Barat

- Interaksi tamadun India dan tamadun-tamadun Asia bermula kira-kira 2000 tahun yang lalu. Faktor perdagangan memainkan peranan penting dalam interaksi tersebut. Zaman kesultanan Melayu Melaka, pedagang India merupakan golongan pedagang utama…………..

- Ada yang menetap di Melaka, sesetengahnya berkahwin dengan wanita dari golongan bangsawan Melayu seterusnya diterima dalam kalangan pembesar Melaka.

- Khoja Hasan berasal daripada Parsi atau Utara India telah berkahwin dengan anak Hang Tuah dan dilantik menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah. (Sazelin Arif ,2007) ……………

Page 11: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN INDIA

2.0 Zaman Penjajahan Barat

- Kedatangan orang India ke Semenanjung Tanah Melayu bermula abad ke-19 selepas Perjanjian Inggeris-Belanda. Diperlukan sebagai buruh di ladang tebu, kopi dan teh. Pihak Inggeris turut membawa masuk orang Ceylon dan Malayalee…….

- Sehingga tahun 1931 terdapat seramai 132,277, orang India di negeri-negeri Selat, di negeri-negeri Melayu Bersekutu seramai 379,996 dan di negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu seramai 110,951 orang (Malaysia Kita, 2000)

- Kedatangan kaum India pada zaman penjajah British berbeza dengan pada zaman Srivijaya dan Kesultanan Melaka……..

Page 12: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN INDIA
Page 13: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN INDIA

1.0 Bahasa dan Kesusasteraan Melayu

- Kemasukan konsep baru yang didukung oleh istilah dari budaya India diserap masuk. Terdapat penggunaan bahasa Sanskrit seperti syurga, neraka, sukma dan sebagainya yang kekal digunakan sehingga hari ini (Sazelin Arif, 2007)………..

- Kesusasteraan Melayu juga terdapat pengaruh daripada tradisi kesusasteraan India. Wayang kulit bersumberkan kitab agama Hindu seperti epik Seri Rama dan Mahabrata

Page 14: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN INDIA

2.0 Agama dan Kepercayaan

- Agama Hindu dan Buddha telah berkembang luas di Asia Tenggara dengan wujudnya kuil dan candi. Agama Hindu adalah agama yang terbesar di India selama beberapa abad.

- Brahmin atau sami Hindu/budhha sangat berpengaruh di istana berperanan menonjolkan kesaktian raja melalui cerita-cerita mitos, dongeng dan lagenda………………

- Sebelum kedatangan agama Islam di tanah Melayu, masyarakat Melayu dipengaruhi oleh konsep ketuhanan agama Hindu.. Hikayat-hikayat Melayu juga banyak dipengaruhi oleh kepercayaan agama Hindu………..

Page 15: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN INDIA

3.0 Institusi Pemerintahan dan Istiadat Raja-raja Melayu

•Nama-nama pembesar negeri adalah pinjaman daripada unsurIndia iaitu Seri Nara Diraja yang bertugas mengisytiharkanPelantikan Raja, Bendahara sebagai menteri, Laksamana sebagaiketua tentera.

•Sistem pemerintahan kita pada hari ini juga mempunyai unsur- unsur konsep ketuhanan agama Hindu. Keadaan ini berdasarkan konsep ”Dewaraja” . (Hashim, 2004).

Page 16: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN INDIA

- Struktur masyarakat dalam masyarakat Melayu juga dipengaruhi oleh sistem kasta. Sistem ini ialah susun lapis dalam masyarakat di mana terdapat pemisahan yang jelas di antara golongan atasan atau bangsawan dengan rakyat biasa.

- tamadun India turut mempengaruhi sistem undang-undang tamadun Melayu. Contohnya terdapat kaedah undang-undang Hindu yang digunakan dalam Undang-Undang Melaka dan Perundang-undangan Majapahit (Azhar Hj. Mad Aros, 2001).

Page 17: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN INDIA

4.0 Adat Resam dan Hiburan

- Pengaruh India boleh dikatakan menyerap hampir keseluruhan adat resam Melayu. Contohnya dalam soal kehamilan dan kelahiran serta upacara peminangan dan perkahwinan………..

- Di samping itu pengaruh India dalam hiburan dapat dilihat melalui tarian dan muzik yang masih wujud dalam masyarakat Melayu antaranya ronggeng, boria, wayang kulit dan mak yong (Afifah, 2003).

Page 18: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN INDIA

5.0 Seni Bina

- unsur-unsur seni bina India telah bercampur dengan unsur-unsur senibina Melayu sehingga menghasilkan senibina yang unggul, contohnya Angkor Wat dan Candi Borobudur.

-Terdapat 4 struktur penting dalam Senibina Hindu seperti Shikhara (bentuk kereta kuda), Vimana (menara pyramid), Ratha (batu tunggak) dan Gopuram (pintu masuk).

Page 19: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN INDIA

- Interaksi antara tamadun adalah suatu pertembungan yang saling memperkayakan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain. Hasil daripada kreativiti yang tinggi melahirkan banyak manfaat kepada semua orang tanpa mengira latar belakang anutan agama, bangsa mahupun budaya. (Azhar Hj. Mad Aros, 2001).

-Interaksi sesebuah masyarakat bukanlah bersifat tertutup, sebaliknya bersifat terbuka. Sifat inilah yang memberi peluang kepada berlakunya interaksi antara tamadun

-Ia merupakan satu proses yang lumrah dalam mana-mana tamadun di dunia ini.