of 38/38
Nama: Liow See Yeng No i.c: 900109-12-6090 Opsyen: Pendidikan Prasekolah Kumpulan: pismp sem 1 2011 Nama pensyarah pembimbing: EN. MOHD. HAIRUDIN BIN AMIN Tarikh serahan: 28 FEBRUARI 2011 Pendahuluan 1

50993151 TITAS Interaksi Antara Tamadun Assignment

  • View
    360

  • Download
    9

Embed Size (px)

DESCRIPTION

titas

Text of 50993151 TITAS Interaksi Antara Tamadun Assignment

Nama: Liow See YengNo i.c: 900109-12-6090Opsyen: Pendidikan PrasekolahKumpulan: pismp sem 1 2011Nama pensyarah pembimbing: EN. MOHD. HAIRUDIN BIN AMINTarikh serahan: 28 FEBRUARI 2011PendahuluanSetiap tamadun yang muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian-pencapaian dan keunikan yang tersendiri. Namun demikian, ia tidak bermakna sesebuah tamadun itu tertutup dan tidak menerima pengaruh luar sebaliknya terdapat interaksi yang berlaku antara tamadun. Proses interaksi bermula dengan proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik. Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat tamadun. Interaksi antara tamadun ini berlaku di peringkat nilai, idea, institusi dan insan. Ia berlaku sepanjang sejarah. Interaksi ini melahirkan kesan-kesan positif dan negatif. Interaksi antara tamadun berlaku melalui proses yang tertentu dan juga dengan pelbagai cara yang berbeza. Interaksi antara tamadun ini terjadi kerana wujudnya sifat toleransi yang tinggi dan sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan tamaudun yang lain. Sifat terbuka sesebuah tamaudn ini memberi peluang kepada berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun tersebut dalam pelbagai aspek. Hal ini dapat mengelakkan sesebuah tamadun itu daripada menjadi beku dan jumud yang akhirnya boleh meruntuhkannya.

INTERAKSI ANTARA TAMADUNKesan PositifInteraksi antara Tamadun Islam, Yahudi dan Kristian semasa zaman kemunculan Islam di Tanah Arab telah memberi beberapa kesan positif. Dalam Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah) yang digubal oleh Nabi Muhammad (saw), di Madinah hak-hak orang Kristian dan Yahudi serta penganut-penganut agama lain telah diberi perlindungan. Mereka telah diberi kebebasan mengamalkan tuntutan agama mereka tanpa sebarang gangguan baik daripada Nabi Muhammad (saw), ataupun umat Islam yang lain. Hal yang sama telah diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umayyah, Abbasiah, Uthmaniah dan kerajaan-kerajaan Islam di India. Malah dalam beberapa buah kerajaan Islam, individu-individu Yahudi dan Kristian telah mendapat kedudukan tinggi dalam pentadbiran, contohnya dalam kerajaan Abbasiah, tokoh-tokoh intelektual Yahudi dan Kristian telah memberikan sumbangan mereka dalam penterjemahan buku-buku Greek ke dalam bahasa Arab. Begitu juga di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis dan ahli intelektual daripada kalangan individu-individu Yahudi dan Kristian.Interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun China telah memberi kesan positif kepada kedua-dua Tamadun. Agama Buddha disebarkan ke Negara China melalui interaksi ini. Di samping itu, terdapat kemahiran-kemahiran lain yang diperkembangkan, contohnya teknologi membuat gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China. Bidang astronomi India turut diperkembangkan di Negara China oleh ahli-ahli astronomi India. Beberapa perbendaharaan kata bahasa Pali dan Sanskrit turut mempengaruhi kesusasteraan China. Kesan positif kepada Tamadun India ialah berkembangnya teknologi membuat kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas dari Tamadun China ke dalam Tamadun India. Interaksi antara Tamadun India dengan China berlaku secara aman melalui hubungan perdagangan dan keagamaan.Antara interaksi Tamadun Islam dengan China yang turut memperlihatkan kesan positif ialah proses interaksi secara aman, iaitu melalui perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini. Hasil daripada interaksi ini terdapat komuniti Arab-Islam yang menetap di Negara China. Berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan. Semasa zaman pemerintahan dinasti-dinasti Tang, Sung, Yuan dan Ming telah muncul beberapa orang tokoh Islam yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran. Kesan penting yang terhasil dariapda interaksi ini ialah penyebaran agama Islam di Negara China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan Cina. Perkembangan seterusnya menyebabkan munculnya cendekiawan-cendekiawan Islam tempatan yang mashyur seperti Liu Zhi dan Mha Zhu. Cendekiawan-cendekiawan tempatan ini telah mencari keselarian ajaran-ajaran etika dan nilai Islam dengan Konfusianisme. Konsep-konsep hubungan keluarga, ketaatan kepada kedua ibu bapa dan raja dan nilai-nilai moral yang terdapat dalam ajaran Konfusianisme telah dijadikan landasan untuk memperkenalkan agama Islam kepada masyarakat Cina. Kesejajaran inilah yang menyebabkan ajaran Islam tidak mendapat tentangan daripada ahli-ahli falsafah Konfusianisme seperti yang dihadapi oleh ajaran agama Buddha. Di samping itu, interaksi ini turut menemukan seni bina Arab-Islam dengan seni bina China, contohnya dalam bentuk masjid-masjid di China hari ini.Hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah meninggalkan kesan yang amat ketara. Interaksi antara kedua-dua tamadun ini berlaku secara aman, iaitu melalui perdagangan. Namun demikian kedatangan pengaruh Islam di Asia Tenggara ataupun khususnya ke Kepulauan Melayu dikatakan dari tiga kawasan yang berbeza, iaitu dari Arab dan Parsi, dari India dan Negara China. Teori-teori ini telah diperbincangkan dengan hangat dan beberapa bukti yang berkaitan telah dikemukakan oleh pendokong-pendokongnya bagi menyokong pendapat mereka. Namun apa yang lebih penting ialah kesan yang didapati daripada hubungan ini. Kesan yang paling menonjol ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Kesan positif boleh juga dilihat pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan, dan istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu turut melahirkan kesan positif tetapi ia tidak melibatkan pemikiran dan falsafah sebaliknya melibatkan kemahiran dan teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat gula daripada tebu ke Kepulauan Melayu, contohnya di Jawa. Begitu juga kemahiran dalam perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam. Di samping itu,, terdapat juga beberapa jenis makanan masyarakat Cina yang diperkenalkan kepada masyarakat Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh dan sebagainya. Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu berlaku melalui dua cara, iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik, contohnya kemuncak hubungan diplomatik Negara China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melaka. Manakala hubungan yang bercorak konflik peperangan berlaku semasa pemerintahan Dinasti Yuan/ Monggol (1279-1368 Masihi) yang pernah menyerang Myanmar (Kemboja) dan Jawa pada abad ke-13 Masihi.Kesan positif daripada interaksi antara tamadun ini juga boleh dilihat pada hubungan antara Tamadun China-Jepun. Tamadun China telah menyumbangkan beberapa perkara penting ke dalam Tamadun Jepun. Sumbangan yang penting ialah dari segi agama dan tulisan. Agama Buddha dari Negara China telah dikembangkan dalam Tamadun Jepun. Ajaran-ajaran Buddha ini telah diasimilasikan dengan agama asal orang Jepun, iaitu agama Shinto. Walaupun asimilasi ini berlaku tetapi ia tidak mengubah identiti ajaran Buddha. Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Agama Buddha telah mencapai zaman kemuncak semasa zaman Nara dan Heian. Di samping agama, tulisan adalah satu lagi kesan penting yang dibawa oleh Tamadun China ke Jepun. Tulisan Cina telah menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun, iaitu Hiragana dan Katakana. Pengaruh tulisan Cina telah memainkan peranan kepada perkembangan intelektual dan kesusasteraan dalam Tamadun Jepun. Di samping dua kesan positif yang penting ini, Tamadun China turut meninggalkan pengaruhnya ke atas upacara-upacara tertentu di Jepun, contohnya upacara-minum teh, seni taman, serta struktur pembinaan bandar. Ajaran falsafah Konfusianisme dari China turut diasimilasikan dalam Tamadun Jepun. Ajaran Konfusianisme yang memberi penekanan kepada institusi keluarga telah memantapkan lagi institusi keluarga Jepun. Manakala, konsep mandat dari syurga telah memperkukuhkan lagi kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal daripada keturunan Dewi Amaterasu. Interaksi antara Tamadun China dan Jepun telah berlaku secara aman dan asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah memperkukuhkan identiti Tamadun Jepun.Kesan NegatifDi Eropah, misalnya hubungan antara orang-orang Kristian dengan Yahudi telah mengalami kemerosotan sejak awal lagi. Kesan daripada hubungan yang tidak baik ini menyebabkan berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9 dan ke-18 Masihi. Perkara ini berlaku akibat daripada faktor-faktor perbezaan agama, ketidakseimbangan ekonomi dan sosial.Begitu juga halnya dengan hubungan orang-orang Islam dengan Kristian dalam Zaman Pertengahan di Eropah. Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah bertindak melancarkan beberapa siri peperangan ke atas orang-orang Islam yang dikenali sebagai Perang Salib. Peperangan tersebut telah mengorbankan ramai penganut Islam dan Yahudi. Peperangan ini turut dicetuskan oleh faktor-faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik.Di India juga, hubungan antara penganut Islam dengan Hindu sentiasa berada dalam keadaan tegang. Terdapat peristiwa-peristiwa yang mana orang-orang Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama Hindu. Keadaan yang sama juga berlaku kepada penganut-penganut agama Hindu dan kuil-kuil Hindu yang dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah Islam. Contohnya, raja-raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil yang baru, mengharamkan upacara mandi suci di Sungai Jamuna, mengharamkan upacara sati dan lain-lain lagi.Dalam hubungan antara Tamadun India dengan Tamadun China juga kita dapat melihat wujudnya konflik terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam masyarakat Cina pada zaman pemerintahan Dinasti Han Timur. Kemasukan agama tersebut telah mendapat tentangan cendekiawan Konfusianisme yang amat berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti Han. Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha dimusnahkan untuk menghalang perkembangan agama tersebut.Kesan negatif turut berlaku dalam hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun China. Contohnya pada tahun 751 Masihi, tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih telah mengalahkan angkatan perang China yang dipimpin oleh Kao Hsien chih sedangkan pada masa tersebut kerajaan Islam Abbasiah mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang di Negara China. Permusuhan antara orang Islam dengan orang Cina juga dicetuskan oleh rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan. Contohnya, pada abad ke-8 Masihi penduduk Han di tenggara Negara China telah mewujudkan permusuhan dengan orang Islam kerana iri hati terhadap kemewahan yang dinikmati oleh orang Islam yang kebanyakannya terlibat dalam aktiviti perdagangan. Pada tahun-tahun 758 Masihi dan 876 Masihi telah berlaku pemberontakan-pemberontakan yang menyebabkan ramai orang Islam dibunuh dan melarikan diri dari Canton. Pemberontakan pada tahun 876 Masihi bukan sahaja bersifat anti-Islam tetapi juga anti orang asing. Pemberontakan ini menyebabkan lebih kurang 120 000 hingga 200 000 orang asing telah dibunuh termasuk orang Islam. Kesan daripada peristiwa tersebut menyebabkan ramai orang Islam telah melarikan diri dari China dan berhijrah ke Asia Tenggara terutamanya di Palembang dan Kedah. Hubungan orang Islam dengan penduduk tempatan China turut terjejas semasa pemerintahan Dinasti Ching yang memberi keutamaan kepada pengukuhan ajaran Konfusianisme. Orang Islam mendapat layanan yang tidak adil daripada pemerintah Ching. Rasa tidak puas hati penganut-penganut Islam disokong pula oleh perkembangan pengaruh gerakan Kaum Muda ataupun Wahabi di kalangan orang Cina Islam. Rasa tidak puas hati orang Islam telah menyebabkan berlakunya beberapa siri pemberontakan semasa pemerintahan Dinasti Ching, iaitu Pemberontakan Sinkiang I (1756 Masihi), Pemberontakan Kansu (1781 Masihi), Pemberontakan Yunan (1850-68 Masihi), Pemberontakan Shensi dan Kansu (1862 Masihi) dan Kebangkitan Sinkiang (1864-77 Masihi).

Faktor Yang Mempengaruhi Hubungan Antara TamadunKepimpinan merupakan faktor penting yang mempengaruhi interaksi antara tamadun. Interaksi antara tamadun dapat berlaku dalam suasana aman apabila terdapatnya seorang pemimpin atau raja yang bersikap toleran dan adil. Sebaliknya seorang pemerintah atau raja yang zalim dan tidak mempunyai sifat toleran akan menyukarkan interaksi antara tamadun.Dalam mengkaji interaksi antara tamadun kita menemui banyak contoh pemimpin atau raja yang mempunyai sikap toleransi. Nabi Muhammad (saw) contohnya ialah seorang pemimpin yang mempunyai sikap toleransi yang tinggi. Baginda tidak menyekat kegiatan agama penganut-penganut Yahudi dan Kristian semasa pemerintahan Islam di Madinah sebaliknya hak mereka telah dilindungi secara perundangan. Hal yang sama berlaku semasa zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin dan kerajaan-kerajaan Islam selepasnya. Dalam orang raja daripada kerajaan-kerajaan Islam seperti Ghaznawi, Delhi dan Moghul telah bersikap toleran kepada penganut agama Hindu dan penganut-penganut agama lain. Malah sultan-sultan daripada kerajaan Islam turut melantik pegawai-pegawai daripada kalangan penganut Hindu, contohnya, semasa pemerintahan Masud dalam kerajaan Ghaznawi, beliau telah melantik Tilak seorang jeneral beragama Hindu sebagai pemerintah Wilayah Punjab. Kemuncak kepada sikap toleran ini ditunjukkan oleh Akbar Agung (1556-1605 Masihi), iaitu salah seorang raja Moghul. Dasar pemerintahan baginda tidak mendiskriminasikan antara penganut-penganut Islam dengan penganut penganut Hindu dan agama lain. Cita-cita baginda adalah untuk menyatupadukan rakyat India yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan.Bagi mewujudkan satu ikatan yang kuat dengan daerah-daerah jajahannya, baginda telah menggalakkan perkahwinan politik antara putera-putera dan kerabatnya dengan kerabat diraja Hindu. Baginda sendiri telah mengahwini puteri Raja Bhagwan Das. Sementara puteri Raja Marwar dikahwinkan dengan puteranya Jahanghir. Bagi baginda, agama bukanlah pemisah antara dua kelompok masyarakat terbesar di India, iaitu masyarakat Islam dan orang-orang Hindu. Bagi mendapat kefahaman semua agama, baginda telah mendalami semua agama. Akhirnya, baginda telah mewujudkan satu agama baru hasil gabungan doktrin kesemua agama yang dipelajari oleh baginda, iaitu agama Islam, Zoroaster, Hindu, Jain dan Kristian. Agama tersebut dikenali sebagai Din-Illahi (Kesatuan Ketuhanan) yang diumumkan oleh baginda pada tahun 1581 Masihi. Walaupun tindakan baginda ini dilihat sebagai kemuncak toleransi seorang pemimpin tetapi sikap ini telah mendatangkan padah kepada baginda kerana penyatuan ajaran ini menyebabkan Akbar dianggap telah merosakkan semua agama tersebut. Tindakan Akbar mendapat bantahan daripada alim ulama Islam, sami-sami Hindu dan Buddha serta paderi-paderi Kristian, Zoroaster dan golongan agama Majusi. Agama baru ciptaan baginda ternyata tidak mendapat sambutan.Dalam interaksi antara Tamadun India dengan China, raja-raja China dari Dinasti-dinasti Wei Utara, Han dan Tang telah menyumbangkan peranan penting. Raja-raja Wei Utara dan Tang terutamanya telah memberi peluang kepada perkembangan agama Buddha yang datang dari India. Semasa zaman pemerintahan Dinasti Tang, aktiviti penterjemahan kitab-kitab Buddha telah berlaku secara aktif.Bagi interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Jepun, peranan putera Shotoku Taishi (593-622 Masihi) tidak dapat diremehkan. Baginda telah berperanan mengembangkan agama Buddha, iaitu elemen penting daripada Tamadun China yang meresap ke dalam Tamadun Jepun. Beliau ialah wali pertama agama Buddha di Jepun.Di samping sikap toleransi pemimpin yang menjadi penggalak kepada proses interaksi antara tamadun terdapat juga pemimpin yang bersikap zalim dan tidak mempunyai toleransi sehingga mewujudkan konflik di kalangan masyarakat. Dalam interaksi antara Tamadun Islam dengan Hindu di India kita dapati beberapa orang raja Islam seperti Sultan Shamsuddin Altamish (1211-36 Masihi), Sikunder Lodi (1489-1517 Masihi) dan Aurangzeb (1658-1707 Masihi) yang bertindak keras terhadap penganut-penganut Hindu. Mereka bertindak mengharamkan beberapa upacara keagamaan Hindu, memusnahkan kuil-kuil dan patung-patung Hindu.Manakala, dalam interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun China juga kita dapati terdapat di kalangan pemerintah China yang tidak bersikap bertolak-ansur, contohnya Han Wu Ti semasa pemerintahan Dinasti Han yang mengamalkan dasar memihak kepada cendekiawan-cendekiawan Konfusianisme berbanding dengan sami-sami Buddha.Faktor kedua yang turut mempengaruhi interaksi antara Tamadun ialah sikap golongan agama seperti sami, paderi dan alim ulama. Lazimnya golongan ini berusaha untuk mewujudkan suasana harmoni dan memberi penekanan kepada sifat keinsanan.Namun demikian terdapat juga contoh-contoh yang menunjukkan bahawa golongan agama turut mewujudkan konflik antara masyarakat yang berbeza tamadun. Konflik ini lazimnya dikaitkan dengan perbezaan agama. Contohnya, Paus Urban II dalam perjumpaan besar-besaran penganut Kristian di Clermont, Perancis pada tahun 1095 Masihi telah menyeru orang Kristian agar berperang dengan orang Islam yang dikatakan bertindak zalim ke atas penganut-penganut Kristian. Begitu juga peranan St. Bernard dari Clairvaux dan Pope Eugene III yang memberi sokongan moral kepada tentera Kristian agar terus mara dalam Perang Salib II. Dalam interaksi antara Tamadun India dengan China, ahli-ahli falsafah Konfusianisme yang berpengaruh semasa zaman pemerintahan Dinasti Han telah menyebabkan ramai sami dan penganut agama Buddha ditangkap dan dipenjarakan. Begitu juga semasa zaman pemerintahan Dinasti Moghul di India pengaruh alim ulama Islam terutamanya semasa pemerintahan Aurangzeb telah menjadi kuat. Golongan ini tidak berpuas hati dengan tindakan Akbar yang terlalu liberal dalam hal keagamaan.

BAGAIMANA INTERAKSI ANTARA TAMADUN BERMULA?Interaksi Antara Tamadun India dan ChinaMengikut rekod sejarah China, interaksi Antara Tamadun China dengan India telah berlaku kira-kira pada abad ke-2 S.M melalui hubungan perdagangan. Hubungan ini telah dilaporkan oleh sumber-sumber China klasik. Hasil yang didapati daripada interaksi antara kedua-dua tamaduan pada ketika itu kurang jelas. Penyebaran agama Buddha ke Negara China pada masa pemerintahan Dinasti Han merupakan kemuncak kepada interaksi antara Tamadun India dengan China. Ajaran Buddha sendiri ialah penghasilan daripada Tamadun India yang disebarkan ke dalam masyarakat Cina. Oleh sebab Buddhisme muncul dalam kerangka budaya masyarakat India, ia telah berkongsi banyak aspek kebudayaan dengan agama Hindu dan aspek-aspek budaya India seperti kesusasteraan, kesenian, muzik dan sebagainya. Jalan Sutera juga telah menjadi laluan kepada para pedagang. Hal ini terjadilah satu saluran interaksi antara tamadun India dan China. Pada kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara tamadun Cina dan tamadun India di rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan ini. Interaksi Antara Tamadun Islam dan IndiaHubungan antara orang Arab dengan India telah berlaku sejak zaman kerajaan Main dan Saba (1200-115 S.M.) di Arab Selatan. Hubugan awal tersebut ialah hubungan perdagangan. Komoditi perdagangan yang dibawa oleh pedagang-pedagang Islam termasuklah kain, pedang dan yang paling utama ialah hasil rempah. Pada abad ke-5 Masihi, telah terdapat petempatan orang Arab di pesisir pantai India. Agama Islam telah bertapak di India sejak abad pertama Hijrah, namun demikian kedudukannya masih lagi lemah. Penyebaran pengaruh Islam di India melalui pelbagai cara. Perdagangan merupakan cara yang paling awal dan aman. Di samping itu, pengaruh Islam juga tersebar ke India melalui peperangan. Tentera Islam telah sampai ke kawasan pantai Sind di India sejak zaman Khalifah Umar bin al-Khattab. Angkatan Islam telah berusaha menawan Thana pada tahun 636-37 Masihi tetapi gagal. Semasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, sekali lagi tentera Islam telah menyerang Sind, iaitu pada tahun 644 Masihi melalui jalan darat. Pemimpin tentera Islam ialah Abdullah bin Amir. Dalam serangan tersebut, Sistan dan Makran telah berjaya ditawan. Serangan ke atas Sind dilakukan semula pada tahun 659 Masihi di bawah pimpinan al-Haris tetapi peperangan tersebut dihentikan apabila beliau meninggal dunia di medan perang pada tahun 662 Masihi. Pada abad ke-8 Masihi, tentera Islam telah berjaya menguasai Sind semula. Tentera Islam juga berjaya menakluki Kabul dan Lahore di sempadan India semasa zaman Umayyah. Muhammad al-Qaisim, iaitu pemimpin perang Islam semasa zaman pemerintahan al-Walid telah memainkan peranan penting dalam usaha penaklukan ke atas India. Beliau telah berjaya menakluki kawasan-kawasan penting di India seperti Debal/Dewa/Daibul (Pelabuhan bagi Sind), Dahir, Rawar, Brahmanabad, Aror dan Multan. Selepas Muhamad al-Qasim meninggal dunia semasa zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman usaha-usaha penaklukan India oleh tentera Arab-Islam telah berhenti. Walaupun usaha-usaha penaklukan India dihentikan tetapi orang-orang Arab yang menetap di Multan kemudiannya telah menubuhkan sebuah kerajaan Islam. Penaklukan Islam ke atas India kemudiannya telah dilakukan oleh pemerintah-pemerintah keturunan Turki dan Parsi-Islam.Operasi ketenteraan tersebut telah memberi peluang kepada kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di India. Antara kerajaan tersebut ialah kerajaan Ghaznawi (997-1150 Masihi), Kerajaan Ghori (1155-1206 Masihi), kesultanan Delhi (1206-1351Masihi) dan kerajaan Moghul (1526-1857 Masihi).Interaksi Antara Tamadun Islam dan IndiaHubungan orang Arab dengan Negara China telah berlaku sejak abad ke-3 Masihi apabila dilaporkan bahawa telah ada utusan Parsi yang pertama dihantar ke istana kerajaan Wei. Orang Arab menggunakan dua laluan penting untuk ke Negara China, iaitu melalui jalan sutera darat yang merentasi Khurasan, Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking dan juga jalan laut yang digunakan pada abad ke-5 Masihi merentasi Laut Arab ke Benua Kecil India, Kepulauan Melayu hingga ke Canton di tenggara China. Dalam catatan-catatan China mengatakan bahawa kapal-kapal China telah pun sampai di Teluk Parsi dan berdagang di pelabuhan Siraf pada abad ke-5 Masihi. Menjelang abad ke-7 Masihi, ramai orang Arab yang membuat petempatan di daerah-daerah di tenggara China seperti Kwang Cho (Canton), Chang Chow dan Chuan Cow.Hubungan perdagangan antara Tanah Arab dengan Negara China menjadi semakin rancak pada abad ke-8 Masihi melalui jalan darat dan laut. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi telah mendirikan masjid di Guangzhou dan Guanzhou. Walaupun terdapat usaha-usaha mengembangkan Islam di Negara China berlaku pada abad ke-8, tetapi ia hanya berjaya selepas beberapa abad kemudian, iaitu dengan usaha beberapa orang tokoh Muslim tempatan Cina seperti Wang Daiyu, Ma Zhu, Liu Zhi dan Ma Dexin.Namun begitu, hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun China adalah bermasalah, contohnya pada tahun 751M, di mana Panglima Ziyad bin Saleh telah menyerang Negara China sedangkan pada masa itu hubungan baik wujud antara Empayar Abbasiyah dengan Dinasti Tang. Masalah cemburu dengan kemakmuran orang Islam di Negara China pada zaman Dinasti Han dan masalah perbezaan agama juga menyebabkan berlaku pemberontakan dan penghijrahan orang Islam Cina ke Asia Tenggara. Interaksi Antara Tamadun Melayu dan ChinaRekod rasmi China bertarikh 638M mencatatkan Kedah pernah menjalin hubungan diplomatik dengan China dan para pedagang Kedah berdagang ke China. Pada masa itu, negeri Kedah telah dijadikan sebagai pusat perhentian utama bagi sami Buddha dari China yang belayar melalui Selat Melaka untuk India.Selain itu, pada zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dengan China telah dilaksanakan agar Melaka selamat dari ancaman musuh. Laksamana Cheng Ho membawa perutusan pengiktirafan Parameswara sebagai pemerintah Melaka oleh Maharaja China. Untuk menjalinkan hubungan yang baik antara dua negara, Maharaja China telah menghantar puterinya, Hang Li Po untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Syah. Kelompok yang berasal daripada keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya ataupun Peranakan. Awal abad ke-19- setelah kedatangan kuasa British dan penubuhan Negeri-negeri Selat, berlaku pertambahan bilangan orang Cina iaitu segolongan peniaga yang berjaya dan dikenali sebagai Cina Selat ataupun Straits Chinese.

Interaksi Antara Tamadun China dan JepunInteraksi antara Tamadun China dengan Negara Jepun berlaku melalui Korea semasa zaman Raja Pakche memerintah Korea. Korea telah menerima pengaruh China sejak abad ke-2 Masihi lagi. Raja Pakche pernah meminta bantuan Jepun untuk mengatasi pihak utara pada abad ke-2 Masihi. Penglibatan tentera Jepun yang ramai di Korea pada masa tersebut telah menyebabkan unsur-unsur Tamadun China yang terdapat dalam budaya Korea telah meresapi budaya Jepun. Pada tahun 405 masihi, Raja Pakche telah menghantar beberapa orang penasihat ke istana Yamato. Penasihat-penasihat tersebut terdiri daripada penulis-penulis istana yang mahir dalam tulisan Cina dan bertindak membantu kerajaan Jepun menyediakan rekod-rekod istana. Golongan-golongan penasihat ini juga membawa bersama mereka tukang-tukang mahir dalam peleburan logam dan lain-lain. Tahap ini menjadi tahap penting dalam perkembangan intelektual Jepun. Perkembangan penting berlaku pada pertengahan abad ke-5 Masihi apabila Raja Pakche telah mengirimkan pemberian doktrin dan patung Buddha ke Jepun. Pemberian ini telah menarik minat maharaja Jepun walaupun ditentang oleh menteri-menterinya. Asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah diperkukuh identiti oleh Tamadun Jepun.

NILAI-NILAI UNIVERSAL ANTARA TAMADUNDalam interaksi antara pelbagai tamadun, ia mempunyai nilai yang sama telah berlaku pada setiap interaksi tersebut. Nilai tersebut ialah nilai keterbukaan yang telah diamalkan oleh setiap tamadun apabila sesuatu interaksi berlaku padanya. Prinsip bertolak ansur telah diamalkan dalam menggarap idea dari tamadun lain. Sebagai contohnya, tamadun Yunani rela berkongsi peradaban mereka yang unik dengan tamadun lain seperti India, China dan Iran. Sifat keterbukaan bagi tamadun Islam juga menyebabkan mereka menerima idea dari luar walaupun menapisnya terlebih dahulu, misalnya kubah masjid adalah berasal dari seni bina Graeco-Roman.Selain itu, nilai kesejagatan juga telah berlaku pada setiap tamadun yang sanggup berinteraksi dengan tamadun lain. Nilai ini telah mengimbangi tamadun dengan sifat semula jadi manusia dan mengiktiraf keistimewaan manusia. Sebagai contoh, falsafah Yunani telah mempengaruhi serba sedikit terhadap Islam namun begitu perbahasannya tentang falsafah dan kekuatan akal orang Yunani masih tidak dapat menandingi peranan wahyu dalam Islam. Kesejagatan juga menunjukkan bahawa keperluan manusia untuk hidup aman damai perlu diiktiraf oleh seluruh tamadun manusia dan bukannya berperang sahaja untuk mendapatkan sesuatu daripada tamadun lain.Dari segi agama dan kerohanian, penganut Islam bertunang dan berpaksikan kepada konsep tauhid. Asas agama Islam adalah akidah, syariah dan akhlak. Sumber dalam tamadun Islam adalah sumber naqli iaitu sumber wahyu. Manakala sumber sekunder pula ialah sumber aqli yang berdasarkan akal. Keseluruhannya, aspek kerohanian (spiritual) dan kebendaan (material) dalam agama Islam mestilah seimbang dan bersepadu untuk mencapai keredaan Allah. Dalam tamadun China pula, orang China lebih percaya kepada konsep ketuhanan walaupun terdapat pelbagai agama yang menjadi anutan mereka. Antaranya ialah penyembahan roh nenek moyang, fahaman Konfusius, Daoisme atau Taoisme dan Buddhisme. Kesemua agama ini menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian yang menjanjikan balasan baik bagi perbuatan baik dan sebaliknya kecuali Buddhisme. Bagi tamadun Hindu pula, kepercayaan Hindu menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian. Antaranya ialah percaya kepada ketuhanan Brahmin (Tuhan Pencipta), Vishnu (Tuhan Pemelihara) dan juga Siva (Tuhan Pemusnah) dalam kepercayaan mereka.Dalam aspek institusi kekeluargaan, kita boleh mengetahui bahawa tamadun Islam adalah berasaskan ajaran al-Quran yang memberi kepentingan dalam hubungan kekeluargaan. Hubungan anak-anak dengan ibu bapa adalah berasaskan kepada hak dan tanggungjawab. Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan sejak anak itu di dalam kandungan. Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak merangkumi pendidikan agama dan kemahiran. Bukan hanya ibu bapa sahaja yang mesti melaksanakan tanggungjawabnya tetapi anak-anak juga mesti melaksanakan tanggungjawab yang menjadi hak bagi ibu bapa mereka. Anak-anak mesti membuat kebaikan kepada ibu bapa dan tidak boleh menderhaka kepada keduanya. Ikatan ibu bapa dan anak-anak tidak hanya diikat dengan ikatan hak dan tanggungjawab tetapi juga diikat dengan perasaan kasih saying dan rasa hormat. Konsep keadilan menjadi asas perjalanan sistem keluarga Islam. Penafian hak ahli keluarga adalah bertentangan dengan konsep keadilan. Keluarga merupakan unit asas yang penting dalam tamadun China. Ajaran Confucius menjadi asas kepada tamadun China iaitu kepentingan hubungan kasih saying dan hierarki kuasa yang dititikberatkan dalam ajaran tersebut. Konsep li telah menekankan lima jalinan hubungan sesama manusia. Antaranya adalah berikut:i. Hubungan maharaja dengan rakyat.ii. Hubungan bapa dengan anak.iii. Hubungan suami dengan isteri.iv. Hubungan abang dengan adik.v. Hubungan kawan dengan kawan.Seperti dengan tamadun Islam, anak-anak juga tidak boleh menderhaka kepada kedua ibu bapanya, ia akan mendapat balasan jika berbuat demikian. Konsep ketaatan yang kental kepada ibu bapa menyebabkan masyarakat Cina mengadakan upacara mengingati nenek moyang, ini adalah bertujuan mengucapkan terima kasih dan menunjukkan ketaatan kepada nenek moyang ataupun ibu bapa yang telah meninggal dunia. Selain itu, orang India pula juga mementingkan institusi kekeluargaan seperti tamadun lain. Pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian, di samping menjadi penerus zuriat mengikut tradisi mereka. Keluarga bersama merupakan bentuk yang paling menonjol dalam sistem kekeluargaan India. Walaupun hubungan darah yang dikira daripada anggota lelaki dariapda keluarga yang sama merupakan asas ikatan kekeluargaan tetapi yang lebih penting ialah ikatan yang didasarkan oleh perasaan kasih sayang dan rasa hormat.Komuniti ataupun sistem sosial adalah unit yang penting dalam tamadun Islam. Ikatan sesama anggota komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan kekerabatan, malah hubungan sesama agama (ukhwah) dan hubungan sesama manusia yang merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yang bukan Islam. Tamadun Islam telah menggariskan hak dan tanggungjawab individu Islam terhadap jirannya dan peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran tersebut. Hubungan sesama anggota masyarakat berasaskan konsep egalitarian bermaksud sama rata. Dalam pengertian sebenar ajaran Islam, ia tidak wujud sistem kelas dalam masyarakat, ini bermaksud ia tidak membezakan kedudukan lelaki dan wanita. Konsep sama rata telah membawa makna kepada kaum wanita iaitu fungsi dan peranan wanita adalah merangkumi bidang pekerjaan yang sesuai dengan sifat kewanitaan dan fizikalnya. Manakala bagi tamadun China pula, pembentukan komuniti Cina telah banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan masyarakat Cina iaitu kuasa lelaki dan bapa. Mereka lebih mementingkan sistem kekerabatan yang berasaskan hubungan darah. Sistem kelas dalam komuniti pula ditentukan oleh tahap pendidikan dan kemahiran. Oleh itu, orang Cina amat mementingkan pendidikan kepada anak-anak supaya mereka mendapat layanan yang adil dan baik apabila dewasa kelak. Berbeza daripada tamadun lain, komuniti dalam tamadun India mempunyai peraturan yang lebih ketat. Sistem sosial dan komuniti berasaskan sistem kasta. Penentuan kasta seseorang adalah secara ascribed iaitu diwarisi daripada nenek moyang. Sistem kasta turut menentukan jenis pekerjaan yang boleh dilakukan dan layanan yang patut diberikan kepada individu tersebut dan mempengaruhi semua aktiviti kehidupan dalam komuniti. Konsep dharma pula ditekankan dalam hubungan sesama anggota masyarakat. Dharma menggariskan fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh setiap anggota.Dalam aspek etika ataupun tatasusila, syariat Islam telah mengatur hubungan manusia dengan Allah melalui pengamalan ibadat dan hubungan manusia sesama manusia melalui pelaksanaan muamalat, munakahat dan jinayat. Syariat Islam juga merangkumi akhlak yang mulia bagi penganut Islam. Akhlak Islam bersifat syumul iaitu meliputi akhlak dengan Allah SWT, Rasulullah SAW, sesama manus terutamanya ibu, bapa,guru jiran dan termasuk sesama manusia walaupun dengan bukan Islam. Demikian juga akhlak Islam termasuk dengan alam persekitaran seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Rasulullah merupakan model akhlak yang terbaik kepada umat Islam dan manusia seluruhnya.Bagi tamadun China pula, Konfusius menekankan peraturan akhlak dan peraturan kehidupan menerusi konsep Dao berasaskan 3 perkara berikut:i. Peraturan perhubungan manusia dengan Tuhan.ii. Peraturan perhubungan manusia dengan manusia.iii. Peraturan perhubungan politik.Selain itu, Konfusius juga menekankan konsep zhong yong iaitu kesederhanaan. Segala perlakuan manusia perlulah sederhana dan tidak setuju kekerasan sebagai jalan penyelesaian.Dalam Hinduisme pula ia berpaksikan idea dharma (tanggungjawab) dan karma iaitu doktrin perbuatan; baik akan mendapat balasan yang baik. Demikian juga sebaliknya, melakukan sesuatu yang buruk akan dibalas buruk. Masyarakat perlu mematuhi etika yang ditetapkan agar kehidupan barunya lebih baik dan mendapat matlamat dalam mencapai mokhsa.Persamaan dan perbezaan antara tamadunTamadun mempunyai dua bentuk yang penting, iaitu tamadun spiritual dan tamadun material. Tamadun-tamadun utama di dunia mempunyai persamaan dan perbezaan baik dalam aspek spiritual mahupun material. Persamaan dan perbezaan antara tamadun ini boleh dilihat dalam pelbagai segi meliputi aspek-aspek teologi, etika, pemikiran, kebudayaan dan kesenian serta pencapaian-pencapaiannya. Etika terbahagi kepada beberapa perkara yang penting,iaitu keluarga dan kemasyarakatan, alam sekitar, kebudayaan, idea intelektual, agama (teologi), pendidikan dan ekonomi.Teologi Kepercayaan kepada Tuhan merupakan asas yang utama dalam Islam, Kristian, Yahudi dan Hinduisme. Konsep monoteisme terdapat dalam agama Islam, Kristian, Yahudi dan Hinduisme. Namun demikian manifestasi konsep monoteisme Kristian, Yahudi dan Hinduisme adalah berbeza dengan Islam. Agama Islam, Kristian dan Yahudi telah dikembangkan oleh nabi-nabi yang mendapat wahyu daripada Allah (saw). Sebaliknya kewujudan agama Hindu agak kabur dan agama ini tidak mempunyai pengasas ataupun nabi. Hubungan yang rapat antara Islam dengan Kristian dan Yahudi dijelaskan dalam al-Quran serta penganut-penganut agama Kristian dan Yahudi dikenali sebagai Ahl-al-Kitab. Teologi ialah aspek tamadun spiritual yang penting bagi sesebuah masyarakat. Sementara Buddhisme bukanlah satu doktrin agama ataupun metafizik tetapi lebih merupakan sebuah ajaran moral dan etika. Dalam ajaran Buddhisme tidak membincangkan mengenai konsep ketuhanan sebaliknya membincangkan perilaku-perilaku yang sepatutnya diamalkan oleh manusia demi untuk melepasi kesengsaraan hidup dan mencapai pembebasan diri ataupun nirvana. Oleh sebab Buddhisme terbentuk dalam kerangka sosiobudaya masyarakat India, maka tidak dapat dinafikan terdapat beberapa konsep Buddhisme yang dapat dicari persamaannya dalam ajaran-ajaran Hinduisme.Ciri-ciri persamaan antara tamadun dalam aspek teologiSemua agama menekankan kepada konsep ketuhanan kecuali agama Buddha yang menekankan kepada falsafah moral dan etika. Dalam ajaran Buddhisme tiada konsep ketuhanan. Semua agama juga mempunyai doktrin dan amalan-amalan tertentu dalam agama yang perlu dilaksanakan oleh pengikut-pengikutnya seperti sembahyang lima waktu, puasa pada bulan Ramadan, mengerjakan haji bagi orang Islam, upacara-upacara tertentu bagi penganut-penganut Hindu, sembahyang di gereja bagi penganut Kristian. Doktrin ini terkandung dalam kitab-kitab suci agama-agama tersebut, iaitu al-Quran bagi umat Islam, Taurat bagi penganut Yahudi, Injil bagi penganut Kristian dan kitab-kitab Ved bagi penganut agama Hindu. Aspek-aspek tertentu dalam agama Islam, Kristian dan Yahudi mempunyai persamaan, iaitu contohnya dari segi hidup selepas mati dan balasan di akhirat. Begitu juga dengan konsep-konsep syurga, neraka, hari perhitungan dan pembalasan. Selain itu, dalam beberapa aspek konsep-konsep Buddhisme mempunyai persamaan dengan Hinduisme kerana Buddhisme terbentuk dalam kerangka Hinduisme sehinggalah ianya mempunyai bentuk yang tersendiri kemudiannya. Dalam agama Hindu dan Buddhisme terdapat konsep kelahiran semula. Konsep karma dalam agama Hindu juga mempunyai persamaan dengan konsep karma dalam agama Buddhisme. Karma ialah konsep yang berkaitan dengan pembalasan yang setimpal dengan usaha dan perlakuan manusia.Ciri-ciri perbezaan antara tamadun dalam aspek teologiManifestasi ketuhanan yang berbeza dalam agama tersebut, contohnya monoteisme dalam Islam adalah berbeza dengan konsep monoteisme dalam agama Kristian dan Yahudi. Dalam agama Kristian, konsep trinity adalah berbeza dengan ketunggalan Tuhan dalam Islam. Begitu juga asosiasi nabi-nabi tertentu dengan tuhan dalam agama Yahudi dan Kristian adalah bertentangan dengan monoteisme agama Islam yang mengaku hanya Allah (swt) Tuhan yang sebenar dan Allah (swt) tidak boleh dikaitkan atau disekutukan dengan manusia mahupun benda. Sementara konsep monoteisme dalam agama Hindu membolehkan tuhan digambarkan dengan pelbagai bentuk dan penjelmaan dewa sehingga melahirkan pelbagai bentuk patung sembahan. Kesukaran untuk memahami Hinduisme menyebabkan ramai berpendapat bahawa konsep ketuhanan dalam agama tersebut adalah bersifat politeisme.Di samping itu, wujud juga perbezaan antara agama Hindu dan Buddhisme, antaranya ialah tentang konsep reinkarnasi ataupun penjelmaan semula. Konsep ini hanya terdapat dalam agama Hindu. Penjelmaan semula bermaksud, seseorang itu akan menjelma semula selepas kematiannya tetapi dalam bentuk-bentuk yang berbeza dan tidak semestinya dalam bentuk manusia. Konsep ini asalnya hanya digunakan untuk penjelmaan semula dewa-dewa Hindu tetapi perkembangan sejarah agama Hindu kini memperlihatkan bahawa konsep ini juga sering kali dikaitkan dengan seseorang manusia.EtikaInsititusi kekeluargaan adalah unit asas yang penting bagi semua tamadun. Persamaan yang ada pada semua tamadun ialah semua tamadun menekankan pembinaan nilai dan etika yang baik, ia adalah penting dalam sesebuah masyarakat yang bertamadun. Walaupun ajaran Islam, Buddha dan Konfusian berbeza namun pandangan hampir sama dalam membicarakan hal kekeluarga dan kemasyarakat. Bagi agama Confucius, ia meletakkan lima hubungan asas antara manusia dengan manusia (konsep li), iaitu anak patuh pada ibu bapa, adik patuh pada abang, isteri patuh pada suami, murid patuh pada guru dan rakyat patuh pada raja. Agama Islam pula menyeru kepada perkara yang sama iaitu pentingkan kekeluargaan berdasarkan al-Quran. Mereka menegaskan bahawa hubungan anak dan ibu bapa berdasarkan hak dan tanggungungjawab. Tamadun India juga mementingkan institusi kekeluargaan , pembinaan keluarga India mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian serta penerus keturunan.Manakala bagi persamaan kemasyarakatan pula, ikatan masyarakat tamadun Islam bukan setakat sesama kerabat tetapi sesama agama dan sesama manausia iaitu orang Islam dan bukan Islam. Penganut Islam amat mementingkan ikatan kasih saying, bertolak ansur ketika berhubungan dalam masyarakat serta juga mementingkan konsep sama rata antara lelaki dan perempuan. Tamadun Islam juga tidak mewujudkan kelas hamba iaitu semua manusia adalah sama walaupun takwa yang membezakan. Bagi tamadun China pula, pembentukan masyarakat banyak dipengaruhi sistem kekeluargaan mereka iaitu kuasa bapa atau lelaki adalah penting. Sistem kekerabatan berasaskan hubungan darah penting dalam pembentukan masyarakat Cina. Sistem kelas dalam masyarakat juga ditentukan oleh tahap pendidikan dan kemahiran. Selain itu, masyarakat tamadun India juga memainkan peranan yang penting, ia berbeza dengan tamadun lain bahawa masyarakat India mempunyai peraturan-peraturan yang lebih ketat. Sistem sosial dalam masyarakat iaitu sistem kasta yang rigid dan penentuan kasta itu adalah diwarisi oleh nenek moyang. Sistem kasta menentukan pekerjaan dan layanan kepada individu dan ia membawa pengaruh yang ketara kepada semua aktiviti pada zaman awal perkembangan tamadun Islam. Konsep dharma diberikan penekanan penting dalam hubungan sesama anggota dalam masyarakat.Namun begitu, ia terdapat juga perbezaan kekeluargaan dan kemasyarakatan antara tamadun. Contohnya Islam amat menekankan tentang kasih sayang dan hormat-menghormati dari aspek kekeluargaan. Ajaran agama-agama lain pula menyeru untuk mewujudkan suasana harmoni dalam hubungan kekeluargaan dan masyarakat seperti Confusius sedangkan matlamat agama Islam lebih jauh lagi untuk mendapat keredhaan dan keberkatan Allah s.w.t.Dalam aspek alam sekitar pula, persamaan alam sekitar antara tamadun ialah kebanyakan tamadun bersetuju alam sekitar penting dan perlu dijaga untuk hidup bersama dengan manusia. Pada pendapat Confusius ialah alam perlu dijaga agar tidak menjejaskan kehidupan keseluruhan. Dalam masyarakat Jepun tradisional pula, unsur alam perlu diberi penghormatan secara berlebihan seperti sembah batu dan pokok dianggap sebagai kuasa ketuhanan iaitukami. Tamadun Islam juga lebih jelas tentang kepentingan menjaga alam sekitar kerana ia adalah kurniaan Allah yang digunakan untuk faedah dan kepentingan hidup manusia. Manakala perbezaan alam sekitar pula, ia terdapat beberapa tamadun yang memelihara alam sekitar diberikan penafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah dan dianggap sebagai Divine PowerIa terdapat persamaan kebudayaan dalam budaya makan. Misalnyamasyarakat tamadun Islam, China dan juga India menjadikan gandum sebagai makanan ruji mereka. Hal ini berlaku apabila setiap tamadun terpaksa menerima pengubahsuaian apabila berlaku emigrasi dan perluasan empayar. Namun begitu, perbezaan kebudayaan juga berlaku pada sebahagian tamadun mengikut agama mereka. Contohnya, dalam tamadun Islam ada konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Bagi tamadun India pula, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu.Dari segi idea intelektual juga dapat ditinjau melalui idea para intelektual dalam tamadun masing-masing. Walaupun berbeza tamadun namun telah menyuarakan pendapat yang sama dalam beberapa perkara penting seperti soal kerajaan dan sistem pemerintahan. Falsafah tradisional menekankan moraliti atau akhlak sebagai asas kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab pemerintah. Raja mempunyai gelaran yang tertinggi, sebagai seorang raja yang mulia mestilah bersikap adil dan ada akhlak yang baik. Kun Fu Tze (Confucious) telah memperkenalkan kod 17 perkara. Tamadun India pula memperkenalkan Kautilya. Penulis-penulis tamadun Islam seperti al-Farabi, al-Ghazali merupakan tumupan kepada pemimpin dan kepimpinan. Ia bersandar agama tidak boleh dipisahkan dengan politik dan berbeza dengan sekularisme. Al Quran dan al-Hadis sebagai panduan kepada penganut-penganut Islam. Dalam tamadun Melayu pula, rakyatnya amat setia pada raja mereka, ia telah mewujudkan satu ungkapan iaitu takkan melayu menderhaka pada zaman tradisional seperti Hang Jebat. Sistem pemerintahan seperti Socrates dan Plato (Greek dan Yunani) telah melahirkan idea sistem pemerintahan demokrasi, perbuatan ini telah menghapuskan sistem pemusatan kuasa sebelumnya.Selain itu, semua agama menekankan konsep ketuhanan. Contohnya agama Islam, Kristian dan Hindusisme percaya kepada konsep monoteisme. Semua agama itu mempunyai doktrin dan amalan yang tertentu. Yahudi, Kristian dan Islam mempunyai beberapa aspek tertentu dan sama seperti konsep syurga, neraka, hari pembalasan dan sebagainya. Konsep Buddihisme juga sama dengan Hinduisme iaitu percaya pada kelahiran semula dan karma. Akan tetapi, ia terdapat perbezaan terhadap agama Islam iaitu penganut-penganut Islam hanya percaya wujudnya satu kuasa pencipta, manakala agama Buddha pula menolak konsep tuhan tetapi mahu pengikutnya menghindar kemewahan dunia. Bagi agama Hindu pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahma, Vishnu dan Siva. Manifestasi ketuhanan yang berbeza dan juga monoteisme Islam, Kristian, Hindu adalah berbeza. Wujudnya perbezaan agama Hindu dan Buddhisme tentang konsep reinkarnasi dan setiap agama juga ada institusi keagamaan sendiri.Pendidikan merupakan aspek yang penting dalam setiap tamadun. Pendidikan bertujuan untuk membentuk peribadi seseorang individu. Berasaskan matlamat ini menjadikan tugas mengembangkan ilmu pengetahuan adalah suatu tanggungjawab yang mulia. Kesedaran ini menjadikan dimensi inner being diberi kepentingan dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hindu dan agama-agama lain. Transformasi dalaman mestilah dilakukan atau berlaku pada seseorang sebelum dia menguasai persekitaran luarnya. Apa yang membezakan antara agama-agama dengan tamadun tersebut ialah cara bagaimana transformasi itu berlaku dan apakah elemen-elemen yang dipentingkan. Walau bagaimanapun, persoalan tauhid memainkan peranan yang penting dalam trasformasi manusia dalam agama Islam. Sebaliknya dalam ajaran-ajaran Buddha dan beberapa ajaran Hindu, trasformasi sifat (character) dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri (self -discovery).Kegiatan ekonomi dalam tamadun-tamadun awal berlangsung dalam konteks Moral semesta. Oleh itu muncul konsep hak-hak kehidupan dalam ajaran Buddha sebagaimana yang termaktub dalam salah satu daripada ajaran jalan lapan lapis. Setiap tamadun menekankan pentingnya etika dalam menjalankan perniargaan. Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia. Konsep wang, laba, ganjaran, pasaran dan sebagainya sangat dipengaruhi oleh pertimbangan-pertimbangan moral. Penipuan, riba, rasuah dan bentuk-bentuk penyelewengan lain amat ditegah dalam Islam. Sementara Tamadun Chin yang kuat dipengaruhi oleh falsafah Konfusianisme memberi perhatian kepada kepentingan golongan petani. Falsafah Konfusianisme memandang rendah kepada golongan pedagang kerana golongan ini dikatakan sentiasa terlibat dengan penipuan dan untung yang merupakan elemen-elemen yang buruk mengikut ajaran Konfusianisme. Dalam tamadun Eropah zaman pertengahan, kita dapati bahawa ajaran agama Kristian amat mempengaruhi kegiatan ekonomi. Sepertimana ajaran Islam unsur-unsur rasuah, riba dan penipuan adalah dilarang dalam ajaran Kristian. Kegiatan ekonomi yang dijalankan juga terikat dengan konsep halal dan haram.

Institusi KeagamaanAgama merupakan unsur yang penting dalam tamadun. Setiap agama mempunyai institusinya yang tersendiri, contohnya masjid dalam agama Islam, gerja dalam agama Kristian, kuil bagi agama Hindu dan Buddha. Institusi ini memainkan peranan penting dalam tamadun-tamadun tersebut.Institusi-institusi ini mempunyai peranan yang sama dalam masyarakatnya. Institusi-institusi tersebut berperanan sebagai tempat ibadah dan upacara-upacara keagamaan tertentu. Di samping peranan tersebut, institusi-institusi ini juga mempunyai fungsi-fungsi sosial, ekonomi dan sosial. Masjid merupakan tempat perhimpunan penting bagi umat Islam. Dalam tamadun Islam, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dilakukan di masjid. Nabi Muahammad (saw) telah menjadikan masjid sebagai pusat pentadbiran Islam semasa zaman pemerintahan Islam di Madinah. Baginda juga menjadikan masjid sebagai pusat ilmu pengetahuan yang mana Baginda sendiri telah menjadikan masjid sebagai tempat mengajar, apabila rumahnya sudah tidak dapat memuatkan jemaah-jemaah yang belajar dengan Baginda.Begitu juga dengan peranan gereja dalam Tamadun Barat. Gereja bukan hanya menjadi tempat ibadat tetapi juga merupakan pusat kegiatan sosial masyarakat setempat. Di samping itu, gereja juga memainkan peranan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Barat. Paderi-paderi adalah golongan cendekiawan yang menjadi guru mengajar kanak-kanak setempat. Perkembangan inilah yang kemudiannya melahirkan sekolah-sekolah missionary yang mana sekolah-sekolah dalam bentuk yang formal tetapi dibina dan dibiayai oleh pertubuhan-pertubuhan agama Kristian.Kuil dalam agama Hindu dan Buddha juga memainkan peranan yang sama. Pada peringkat awal perkembangan kedua-dua agama ini, kuil-kuil bukan hanya merupakan tempat beribadat tetapi juga berfungsi sebagai pusat pendidikan bagi mengajar ilmu-ilmu keagamaan. Bagi agama Hindu, golongan Brahmin, iaitu sami-sami Hindu adalah golongan terpelajar. Sumber-sumber ajaran agama Hindu dalam kitab-kitab Veda, Mahabharata dan Ramayana yang ditulis dalam bahasa Sanskrit hanya boleh difahami oleh golongan tersebut. Oleh itu, golongan memainkan pernana yang penting dalam perkembangan pendidikan. Hal yang sama berlaku kepada kuil-kuil Buddha yang mana sami-sami Buddha yang fasih berbahasa Pali dan Sanskrit merupakan sumber untuk masyarakat memahami ajaran-ajaran Buddha.

Azhar Hj. Mad. Aros (2004), Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Bab 4, Interaksi antara Tamadun. Amanizaini (31 Julai 2010) dilayari pada 22 Januari 2011 daripada blogspot http://notapismp.blogspot.com/2009/04/tamadun-islam-dan-tamadun-asia.html Interaksi Pelbagai Tamadun Haba (3 Desember 2008) dillayari pada 22 Januari 2011 daripada blogspot http://titas-haba.blogspot.com/2008/12/topik-3-interaksi-pelbagai-tamadun.html Interaksi antara Pelbagai Tamadun (Melayu, China dan India). Hidayah 29 Oktober 2008 dilayari pada 22 Januari 2011 daripada blogspot http://bmm222.blogspot.com/2008/10/bab-2-interaksi-antara-pelbagai.html Interaksi antara Tamadun. Muhammad Faizzudin bin Othman. (etc. al) dilayari pada 22 Januari 2011 daripada Scribd, http://www.scribd.com/doc/36660739/Interaksi-Antara-Pelbagai-Tamadun Nilai-nilai Universal Antara Tamadun. Haba (4 Desember 2008) dilayari pada 23 Januari 2011 daripada blogspot http://titas-haba.blogspot.com/2008/12/nilai-nilai-universal-antara-tamadun.html Nilai-nilai Unversal antara Tamadun dilayari pada 23 Januari 2011 daripada scribd. http://www.scribd.com/doc/13270162/Bab-5-Nilai-Nilai-Universal-Antara-Tamadun-V2 Persamaan dan Perbezaan. Tanpa pengarang (Oktober 2008) dilayari pada 24 Januari daripada oocities http://www.oocities.com/tamadunislam/persamaan_dan_perbezaan.htm Aspek-aspek persamaan dan perbezaan antara tamadun dilayari pada 24 Januari 2011 daripada scribd http://www.scribd.com/doc/29214297/Aspek-Persamaan-Dan-Perbezaan-Tamadun

27