Titas-Interaksi Anatar Tamadun

  • View
    103

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of Titas-Interaksi Anatar Tamadun

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA(WAJ 3101)

PENSYARAH PEMBIMBING :

USTAZ MOHAMAD HAFEDZ BIN SALLEH

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

SETIAP TAMADUN YANG MEMPUNYAI KEISTIMEWAAN YANG BERBEZA SALING BERINTERAKSI. ANTARANYA BERASASKAN : I. AGAMA II. BUDAYA III. PERADABAN IV.SISTEM HIDUP DISAMPING ITU WUJUD JUGA HUBUNGAN TIDAK LANGSUNG ANTARA BANGSA BANGSA DI DUNIA KERANA INGIN MEMENUHI KEPERLUAN MASING MASING.

ANTARA BUDAYA DAN TAMADUN YANG BERBEZA DALAM LINGKUNGAN BUDAYA YANG SAMA ANTARA TAMADUN YANG KUAT DAN LEMAH

JENIS JENIS INTERAKSI

INTERAKSI DALAM LINGKUNGAN BUDAYA YANG SAMA

Merujuk kepada hubungan satu budaya dalam sesuatu kaum. Seperti melayu yang terdiri daripada pelbagai suku kaum seperti bugis,jawa,banjar dll. Cina pula terdiri daripada suku hakka,kantonis,hainan,teowchew dll.

INTERAKSI ANTARA BUDAYA DAN TAMADUN BERBEZA

Interaksi ini berlaku antara kaum yang berlainan budaya dan kepercayaan agama. Misalnya,masyarakat islam berinteraksi dengan masyarakat Buddha di Thailand dan Kemboja. Walaupun berlainan agama dan budaya hidup tetapi hak agama buddha untuk mengamalkan budaya hidup mereka masih dihormati di negaran yang kebanyakkannya penduduknya beragama islam.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN YANG KUAT DAN YANG LEMAH

Pada zaman dahulu,ia berlaku antara Islam dan Yahudi serta antara Islam dan Kristian. Berdasarkan Piagam Madinah yang telah digubal oleh Rasulullah,hak masyarakat Yahudi dan masyarakat lain diberi perlindungan. Tempat ibadat mereka juga diberi perlindungan

GEOGRAFIIKLIM,CUACA,SUM BER KEHIDUPAN ,BENTUK TANAH,KEPERLUA N AIR

EKONOMISUMBER PENCARIAN,BEKALA N MAKAN,KESEJAHTE RAAN HIDUP

POLITIKPENGUASAAN TANAH DAN KAWASAN,HUBUNGAN SEJAGAT,PENYEBARA N AGAMA,PENJAJAHAN

KESAN INTERAKSI

POSITIF POSITIF

NEGATIF

NEGATIF

9

Kesan Positif Pertembungan Antara Tamadun

Tamadun Barat dengan Tamadun IslamSemasa kelahiran Islam di Semenanjung Arab berlaku interaksi Islam dengan Yahudi dan Islam antara Kristian Contohnya tamadun Islam dengan Yahudi Arab dalam Perlembagaan Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Mereka memberi perlindungan, keamanan dan kemakmuran kepada semua rakyatnya tanpa mengira agama, budaya dan bangsa. Hak masyarakat Yahudi, Kristian dan kelompok kaum-kaum yang lain diberi jaminan perlindungan dalam piagam Madinah

Pada zaman pemerintahan Umayyah sehingga zaman pemerintahan Uthmaniyyah, masyarakat Yahudi dan Kristian hidup harmoni dan damai di tengah-tengah masyarakat Muslim yang merupakan majoriti. Selain bebas mengamalkan agama masingmasing, beberapa individu Yahudi dan Kristian diberi kepercayaan menduduki jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan Islam terutamanya di Andalusia (Sepanyol). Penulis dan sarjana daripada kalangan masyarakat Yahudi dan Kristian terus memberi sumbangan kepada perkembangan pemikiran agama dan bangsa khasnya dan tamadun Islam setempat.

Tamadun India dengan Tamadun ChinaPenyebaran agama Buddha. Di China agama Buddha dikenali sebagai Buddhisme dan proses penerimaan berlaku secara beransur-ansur. Peranan sami dan penziarah-penziarah Cina melakukan penterjemahan kitab. Perkara ini berlarutan sehingga, kurun ke-13.

Teknologi melibatkan seni mempertahankan diri, teknologi pengeluaran gula dari tebu, astronomi. Kesusastraan India Kesesusteraan India yang dikembangkan dinegara China. Terdapat bahasa dan ilmu fonetik China yang menunjukkan wujudnya ciri-ciri kebudayaan India.

Tamadun Cina telah mencipta pelbagai alatan sampingan yang berguna kepada perkembangan tamadun manusia.

Pengetahuan membuat kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas

dapat dipelajari oleh tamadun India

Pedagang Arab-Parsi dengan negara China mengembangkan perdagangan dan ekonomi. Lebih daripada itu, ramai pedagang Arab telah menetap di negara dan berkahwin dengan wanita tempatan. melalui perkahwinan, mereka menjadi sebahagian daripada masyarakat tempatan.

Pada zaman pemerintahan Dinasti Tang, Sung,Yuan dan Ming, telah muncul beberapa orang tokoh pemimpin Islam dalam pemerintahan negara China.Terdapat dalam kalangan mereka menjadi gabenor wilayah dan juga yang ditugaskan menjadi penglima tentera laut seperti Zhenghe.

Tokoh-tokoh Islam juga turut memberi sumbangan dalam bidang astronomi, seni bina dan juga penghasilan peralatan ketenteraan.

Selain itu, beberapa orang tokoh Islam seperti Liu Zhi dan Ma Zhu memberi sumbangan kepada pemikiran Konfusianisme.sarjana-sarjana Cina yang beragama Islam mendapati bahawa dalam bidang etika, wujud kesejajaran antara pengajaran Islam dan pengajaran Konfusianisme.

Tamadun China dengan Tamadun MelayuInteraksi antara dua tamadun ini berlaku melalui misi diplomatik, migrasi dan perdagangan.

tamadun Cina telah memperkenalkan sutera, porselin, tembikar dan makanan seperi taugeh, tauhu, kicap dan beberapa jenis sayuran kepada masyarakat Melayu.

Beberapa teknologi seperti perlombongan, pertukangan logam dan kertas turut diperkenalkan.

Barangan dan perdagangan seperti gula, sutera dan tembikar, dan logam datangnya dari tamadun China.

Hubungan diplomatik negara China dengan Melayu semakin berkembang, khususnya pada zaman Dinasti Yuan dan Ming serta Kesultanan Melayu Melaka.

melalui kemunculan komuniti Baba dan Nyonya terutama sekali di Melaka dan Cina peranakan di Kelantan.Dengan demikian proses pembudayaan Melayu telah berlaku ke atas mereka lalu melahirkan budaya kacukan Cina-Melayu yang unik dinamakan Baba dan Nyonya

orang Cina telah menetap tahun 1613 di Melaka dan membentuk komuniti tersendiri dan telah berkahwin dengan wanita tempatan.

Oleh sebab itu mereka terpaksa menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja semasa berjual beli tetapi juga semasa berinteraksi dengan sesiapa

Tamadun India dengan Tamadun Melayu Interaksi tamadun India dengan tamadun Melayu boleh dikesan dalam bahasa dan kesusasteraan, institusi pemerintahan, dan istiadat Raja-raja Melayu serta adat resam dan hiburan.

Dalam bidang bahasa kemasukan konsep dan idea baru yang didukung oleh istilah dan perkataan baru dari budaya India diserap masuk menjadi unsur pinjaman. Sejumlah besar kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan sedikit daripada bahasa Tamil. Sebagai contoh perkataan pinjaman daripada Sanskrit iatu bhumi bhasa, arthah

Kesusasteraan Melayu juga mempunyai pengaruh daripada tradisi kesusasteraan India. Cerita-cerita yang bersumberkan kitab agama Hindu seperti epik Seri Rama dan Mahabrata menarik minat masyarakat Melayu. Begitu juga unsur mitos dan lagenda dalam karya sejarah Melayu berkaitan dengan tradisi mitos India yang tersebar luas di Asia tenggara sejak beberapa abad masihi lagi.

Tamadun China dengan Tamadun Jepunnegara China telah membantu masyarakat Jepun dalam aspek falsafah, agama, kesusasteraan, pertanian dan penggunaan logam.

Hasilnya negara Jepun menjadi negara yang mempunyai ekonomi yang kuat di dunia dan menguasai sains dan teknologi dunia. Keadaan ini disebabkan oleh interaksi Tamadun Jepun dengan tamadun luar.

Kepelbagaian ajaran dan anutan menyebabkan perbezaan timbul dalam seseuatu ajaran dan anutan. Akibatnya wujud kesangsian diantara suatu sama lain lantas mencetuskan masalahSeperti kes di India, di mana penganut agama Islam dan Hindu sering berperang, tegang dan berbunuhan. Selain itu, hubungan antara tamadun India dengan China juga menimpulkan masalah. Pada peringkat awal perkembangan agama Buddha di negara China, ia mendapat tentangan hebat daripada penganut Confucius. Para sami Buddha telah ditangkap, dipenjarakan. dan kuil-kuil Buddha telah dimusnahkan.

kepelbagaian adat dan tatacara dalam amalan harian disebabkan pegangan dan kepercayaan yang saling berbeza sekaligus telah menyebabkan berlakunya beberapa perkara yang mengundang pertentangan nilai antara bangsa dan kaum.

Hal ini berlaku pada Zaman Pertengahan di Eropah. Telah berlaku Perang Salib diantara orang Islam dan dengan penganut agama Kristian dan faktor lain termasuk politik , ekonomi dan sosial.

Penduduk Kristian Eropah telah membunuh orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9, ke-18 dan Perang Dunia Kedua. Ini disebabkan oleh faktor agama, falsafah, ketidakseimbangan ekonomi dan sosial.

Hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun China menimbulkan masalah.

Contohnya pada tahun 751 Masihi, Panglima Ziyad bin Salleh telah menyerang negara China sedangkan pada masa itu hubungan baik wujud antara Empayar Abbasiyah dengan Dinasti Tang.

Berlaku pemberontakan disebabkan masalah perbezaan agama dan masalah cemburu dengan kemakmuran orang Islam di negara China pada zaman Dinasti Han berlaku serta penghijrahan orang Islam China ke Asia Tenggara.

KESIMPULAN Setiap tamadun yang mempunyai keistimewaan yang berbeza saling berinteraksi. Interaksi antara tamadun berlaku kerana ingin memenuhi keperluan masing masing. Bersikap terbuka dan bersedia menerima perubahan membolehkan interaksi antara tamadun berlaku

Sekian, Terima Kasih