Islam Dlm Tamadun Melayu

  • View
    27

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

TITAS

Text of Islam Dlm Tamadun Melayu

BAB 3 : ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

OBJEKTIFDi akhir bab ini, pelajar dapat1. Mengetahui beberapa teori kedatangan Islam ke Alam Melayu.2. Memahami kesan dan pengaruh agama Islam dalam kehidupan masyarakat Melayu.3. Mengetahui bagaimana proses Islamisasi berlaku dalam masyarakat Melayu.SINOPSIS BAB I~Bab ini membincangkan beberapa teori kedatangan Islam ke Alam Melayu, Perbahasan mengenai teori ini dapat disimpulkan dengan pendapat yangmengatakan bahawa Islam datang dari India, Cina dan negara Arab. Ia juga turut membincangkan kesan dan pengaruh agama Islam dalam tamadun Melayudari pelbagai aspek iaitu agama dan kepercayaan, pendidikan, bahasa dan I kesusasteraan, perundangan, politik dan pemerintahan, sistem kekeluargaan dan adat serta cara hidup. Kedatangan Islam juga telah menyebabkan berlakunya proses Islamisasi ke atas masyarakat Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan yang pada asalnya mengamalkan budaya hidup yang berasaskan kepada Hindu-Buddha dan animisme telah berubah kepada kehidupan kerohanian yang berasaskan ajaran Islam.

5.1 PENGENALAN

Agama Islam menjadi asas utama dalam pembentukan tamadun Melayu. Islam telah menjadi agama rasmi sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Islam juga menjadi anutan yang tidak boleh dipisahkan daripada tamadun Melayu. Dalam perkembangannya, tamadun Melayu semakin mantap dengan kedatangan agama Islam dan kewujudan adat istiadat Melayu. Islam dan adat budaya Melayu telah berinteraksi dan berintegrasi antara satu sarna lain serta saling melengkapi antara keduanya dalam tamadun Melayu.

Kedatangan Islam telah menyebabkan berlaku proses Islamisasi di Alam Melayu dengan kesan-kesannya sebagaimana yang dilihat dalam sejarah. Antaranya, berlaku perubahan akidah Melayu kepada kehidupan kerohanian. Namun, masih ada unsurunsur budaya Hindu-Buddha dan animisme yang masih diamalkan. Proses Islamisasi dalam masyarakat Melayu telah merubah pelbagai aspek kehidupan seperti rohani, intelektual dan kemasyarakatan.

5.2 ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

Penerimaan Islam ke dalam masyarakat Melayu adalah secara damai dan sejahtera. Tidak terdapat bukti sejarah yang mengatakan masyarakat Nusantara menerima kemasukan Islam secara paksa. Jika ada pun, perselisihan yang wujud adalah bersifat setempat dan tidak menyeluruh disebabkan faktor keengganan menerima perubahan. Misalnya, peperangan di antara Raja Raden Fattah (Ciri) dengan Prabu Udara (Majapahit) pada awal abad ke-16 M (Hamka, 1965 : 488-493).

Islam datang ke Nusantara pad a awal abad 1 Hijrah (kurun 7 dan 8M) (Harnka, 1965 : 433-434). Islamisasi semakin pesat apabila kerajaan Islam berpusat di Baghdad jatuh ke tangan tentera Monggol pada tahun 1258M. Ini menyebabkan usaha Islamisasi terbuka ke kawasan-kawasan baru termasuklah Nusantara. Selepas 1258M, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara tidak dapat dibendung lagi. Antaranya, Kerajaan Aceh, Terengganu, Melaka, Patani, Banten, Mataram, Brunai, Sulu dan sebagainya.

Secara keseluruhannya, Islam telah membawa perubahan besar kepada masyarakat Nusantara selepas itu. Contoh yang paling jelas adalah Kerajaan Melaka, Aceh dan Johor-Riau yang secara terang membuka minda masyarakat Nusantara dari pelbagai sudut seperti pentadbiran, 'pendidikan, perundangan, ekonomi dan agama.. Kesan perubahan ini masih berterusan walaupun Nusantara selepas itu melalui proses penjajahan Barat bagi satu tempoh masa yang panjang bermula kejatuhan Kerajaan Islam Melaka pada 1511 sehingga kemerdekaan Malaysia dicapai pada 1957 selain beberapa bahagian wilayah Nusantara yang lain turut mengalami kemerdekaan sebelum dan selepas itu.

Pengaruh Islam tetap bertapak dan terus diasimilasi bersama-sama kehidupan masyarakat Nusantara sehingga Islam dijadikan 'ad-deen' sebagai cara hidup dari semua aspek keperluan masyarakatnya. Contoh yang dapat digambarkan menerusi wasiat Sultan Mansur Syah kepada anaknya; Sultan Alauddin Riayat Syah (Sejarah Melayu (ed), 1948: 140) adalah seperti berikut:

u .. .hendaklah engkau berbuat sabar serta adil sangat-sangat, dan jangan tamakkanharta orang..... Melainkan dengan izin tuannya. Jangan lagi khali engkau,keluar dihadap orang, kerana hamba Allah banyak terserah kepadamu, jikalau kesukaran baginya hendaklah engkau tolong; jikalau teraniaya ia, hendaklah engkauperiksa baik-baik....... kullukum ra'in wa kullukum mas'ulun 'an ra'iyatihi ... u

Wasiat ini menjelaskan bahawa ajaran Islam dihayati dan diamalkan oleh masyarakat sebagai satu cara hidup.

5.3 TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU

Pada umumnya terdapat tiga teori utama tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara iaitu Islam datang dari Tanah Arab, China dan negara India. Mengenai kedatangan Islam ke Tanah Melayu para sejarawan berpendapat, Melaka merupakan negeri yang mula-mula menerima ajaran Islam dan raja Melaka yang pertama iaitu Parameswara dikatakan telah memeluk Islam pada tahun 1414. Teori kedatangan Islam ke Alam Melayu adalah seperti berikut:

Islam Datang Dari Tanah Arab

Di Tanah Melayu terdapat bukti-bukti yang kuat bahawa agama Islam itu dibawa secara langsung dari tanah Arab oleh bangsa Arab. Sebagai contohnya Maharaja Derbar Raja II, raja Kedah telahpun diislamkan pada tahun 531 H/1136 M, oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad al-Qaumiri al- Y amani seorang ulama berbangsa Arab yang datang dari Yaman (Abdullah Ishak, 1990 : 60).

Menurut satu catatan yang ditemui, terdapat sebuah perkampungan Islam di Sumatera Utara yang diberi nama 'Tashih' telah ditemui pada tahun 650 Masihi bersamaan 30 Hijrah. Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang Arab yang datang ke Sumatera pada abad ke-7 Masihi (Abdullah Ishak, 1990 : 35). S.M. Naquib al-Attas menegaskan juga bahawa kandungan persuratan Melayu Islam dengan istilah dan konsep serta tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya (Hashim Musa, 2001: 165).

Hubungan perdagangan telahpun terjalin antara Alam Melayu dengan Tanah Arab sejak sebelum kelahiran Islam lagi dan ia berterusan selepas kelahirannya. Penyebaran Islam di Tanah Arab telah begitu meluas dan termasuklah di Yaman yang mempunyai pelabuhan perdagangan yang penting. Pedagang-pedagang Islam yang bertumpu di Yaman turut menjalankan aktiviti perdagangan dengan Asia Tenggara terutama untuk mendapatkan barangan seperti kapur barus, kemenyan dan sebagainya.

Islam Datang Dari India

Para sarjana seperti S.Q. Fatimi, Morison Harison, RA. Kern dan Snouck Hurgronje berpendapat bandar pelabuhan Gujerat di India memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui perdagangan. Mereka juga berpendapat ramai pemimpin Abbasiyah dan Umaiyah di Andalus melarikan diri daripada tindakan pihak berkuasa, sebagai pelarian politik dan mendapatkan perlindungan di India dan juga di Alam Melayu. Hujah mereka adalah berpandukan kepada persamaan mazhab yang dianuti iaitu mazhab Syafie. B. Harrison berpendapat masyarakat Nusantara memandang ke India bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal perniagaan dan kebudayaan. MeperusL hubungan dua hala itu penduduk Nusantara berminat dengan Islam yang telahpun dianuti oleh pedagang-pedagang India (Abdullah Ishak, 1990 : 61).

Pendapat di atas dibuktikan melalui penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh, Raja Samudera yang bertarikh 1297 Masihi. Batu nisan ini didakwa dibawa dari Gujerat berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di kedua-dua tempat tersebut (D.G.E. Hall, 1987 : 253). Walau bagaimanapun, sarjana-sarjana tersebut telah bersetuju Islam dibawa ke Pasai melalui perdagangan dan batu nisan itu adalah sebagai buktinya.

Islam Datang Dari China

Menurut sejarah, Islam telah sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti Tang iaitu sekitar tahun 650 Masihi dan Canton menjadi kawasan tumpuan utama para pendakwah Islam (Azhar, 2000 : 256). Terdapat beberapa teori yang turut menyokong kedatangan Islam dari China. Emanuel Godinho De Evedia mengatakan Islam datang ke Nusantara dari China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9 Masihi. Pendapat ini terbukti hasH penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu yang terletak di pantai Timur Tanah Melayu (Othman Soh, T.t : 72). '

Pada tahun 878 Masihi pula telah berlaku pemberontakan di Canton yang menyebabkan seramai 100 000 orang asing terbunul).. Akibat peristiwa ini telah menyebabkan ramai orang Arab-Islam yang melarikan diri ke Kedah dan Palembang. Dalam masa yang sarna catatan Dinasti Sung pula mengatakan bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu melalui sepanjang pantai Laut China Selatan dan dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari China pada awal977 (Azhar Hj. Mad Aros, 2000: 256).

Bukti kedatangan Islam dari China dapat dilihat melalui hubungan perdagangan antara orang-orang Arab dengan China yang dikatakan telah berlaku sejak sebelum kelahiran agama Islam lagi. Mereka membawa barang-barang dagangan seperti mutiara, sutera dan tembikar dari China. Perdagangan antara Arab dengan China secara tidak langsung mewujudkan hubungan antara China dengan Kepulauan Melayu. Menurut laporan orang-orang China Islam, bahawa orang-orang Arab Islam telahpun datang ke negara China semasa zaman pemerintahan Maharaja Tai Tsung dari Dinasti Pang (627-650M) (Abdullah Ishak, 1990 : 65).

5.4 KESAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

Kedatangan Islam telah memberi kesan yang besar terhadap masyarakat Melayu. Kesan ini juga jelas dilihat di dalam kehidupan" seharian masyarakat Melayu. Kehidupan masyarakat Melayu banyak didasari adat dan ajaran agama Islam. Kesan dan pengaruh Islam dalam tamadun Melayu adalah seperti berikut:

Agama dan Kepercayaan

Kesan utama yang dibawa oleh Islam ialah terhadap akidah dan kepercayaan. Sebahagian daripada masyarakat Melayu telah meninggalkan ajaran agama HinduBuddha dan kepercayaan animisme. Mereka percaya kepada