34
www.sibermerdeka.com.my oleh : Abdul Ghafar Ibrahim Nama kumpulan : Ummu Hani 1. Ayu Norfatihah binti Abd Wahab 2. Nurul Syahirah binti Airul Rizal 3. Nurhidayah binti Abdul Kudus

KOMSAS :

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KOMSAS :

www.sibermerdeka.com.my

oleh: Abdul Ghafar IbrahimNama kumpulan : Ummu Hani

1. Ayu Norfatihah binti Abd Wahab

2. Nurul Syahirah binti Airul Rizal

3. Nurhidayah binti Abdul Kudus

Page 2: KOMSAS :

RANGKAP 1

Dalam kebun diriku

aku tanam saujana rancangan

untuk memerdekakan warga

susahku

hidup menentang senja dan

malam.

Page 3: KOMSAS :

MAKSUD RANGKAP 1

Penyajak memulakan muhasabah

(cermin diri, introspektif) dengan

suatu tekad untuk membebaskan

diri daripada kesukaran

menghadapi pengisian selepas

waktu siang.

Page 4: KOMSAS :

RANGKAP 2

Dalam parlimen diriku

aku bahas isu onak dan enak

untukku merdekakan warga fikirku

mengelak hidup dikotak-katikkan.

Page 5: KOMSAS :

MAKSUD RANGKAP 2

Dalam benak penyajak berlaku

pertentangan antara cabaran dengan

keselesaan. Penyajak mahukan

kebebasan berfikir supaya tidak mudah

diinjak / diganggu oleh pengaruh luaran

dirinya.

Page 6: KOMSAS :

RANGKAP 3

Dalam laut diriku

ombak gelora menampar pantai

aman

untuk menguji amal dan iman.

Page 7: KOMSAS :

MAKSUD RANGKAP 3

Dalam jiwa penyajak pelbagai dugaan

datang untuk menggugat kekuatan,

ketahanan dan keutuhan diri, serta

pelaksanaan kewajipan diri dan

kepercayaan.

Page 8: KOMSAS :

RANGKAP 4

Dalam gergasi diriku

terpedaya jua oleh permainan si

kancil

namun sempat sedar dan

beringat lagi.

Page 9: KOMSAS :

MAKSUD RANGKAP 4

Dalam ego / kemegahan diri, penyajak

berasa tertipu juga dengan perangkap

pihak yang disangka bijaksana, tetapi

masih peka dan mampu berjaga-jaga

terhadapnya.

Page 10: KOMSAS :

RANGKAP 5

Dalam pentas diriku

aku berlatih menangkis angin

aku berlatih memunggah awan

menghayati skrip demi skrip

yang tak diduga klimaksnya.

Page 11: KOMSAS :

MAKSUD RANGKAP 5

Di dalam hati, penyajak bersungguh-

sungguh mahu menentang

ketidakpastian, meneroka kebenaran,

mentelaah / menekuni setiap perkara

yang tidak diketahui kesudahannya.

Page 12: KOMSAS :

RANGKAP 6

Dalam dewan diriku

aku tak cemas lagi

oleh kata yang mengekang

aku tak lemas lagi

oleh kata yang menyerang.

Page 13: KOMSAS :

MAKSUD RANGKAP 6

Di dalam dada, penyajak sudah berasa

tidak gentar dengan segala bisikan

yang menghalang, serta tidak mudah

mengalah oleh cakap-cakap berbentuk

provokasi / percubaan menjatuhkan.

Page 14: KOMSAS :

RANGKAP 7

Apabila sibermerdeka sampai

ke rumah cabaranku

aku panggil diriku bermesyuarah

menyokong, berkecuali atau

menentang

aku ambil keputusan

waktu itu aku tak kenal batas diri

untuk tidak mengulangi kekalahan.

Page 15: KOMSAS :

MAKSUD RANGKAP 7

Maka, ketika peranti internet berada di

hadapan mata, penyajak membuat

keputusan yang teguh supaya tidak

sekali-kali berasa lemah untuk mudah

dipengaruhi (oleh maklumat yang

dipaparkan).

Page 16: KOMSAS :

RANGKAP 8

Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan

usia

aku turun darinya menghadapi hidup

nyata

peristiwa datang peristiwa pergi

bagai siang memanggil malam

dan sibermerdeka terus berkaca

terus mengalirkan arus ingatan

elakkan dirimu menjadi sia-sia

hamparkan dirimu di persada Tuhan.

Page 17: KOMSAS :

MAKSUD RANGKAP 8

Akhirnya, penyajak menyedari bahawadirinya telah banyak menghabiskanwaktu melayan media baharu itu. Penyajak pun kembali dengan kegiatanseharian seperti biasa. Pelbagaikejadian terus memenuhi ruang internet untuk menggamit perhatian penyajak. Namun, penyajak mengukuhkankeazaman / tekad untuk tidakmembuang waktu tanpa faedah, sebaliknya mahu mendekatkan diri di sisi Ilahi

Page 18: KOMSAS :

TEMA

Tema sajak ini ialah ketabahan seorang

insan untuk mendepani dugaan

hidup.Hal ini demikian, kerana penyajak

pernah terpedaya oleh itu muslihat yang

licik tetapi sabar menghadapinya.Selain

itu,penyajak juga tabah menghadapi

dugaan dalam hidup dan berjanji untuk

tidak mengulangi kesalahan yang

pernah dilakukannya.

Page 19: KOMSAS :

PERSOALAN

1) Perlunya perancangan dan

persediaan untuk mengharungi

cabaran hidup.

Di dalam rangkap pertama,penyajak

telah membuat perancangan bagi

menghadapi pelbagai cabaran yang

mendatang dalam kehidupannya.

Page 20: KOMSAS :

2) Kehidupan ini penuh dengan tipu

muslihat dan pancaroba.

Di dalam rangkap kedua,penyajak

memikirkan perihal susah senang bagi

mengelakkan dirinya daripada

dipermain-mainkan.

Page 21: KOMSAS :

3) Keinginan untuk tidak mengulangi

kesilapan.

Dalam rangkap ketiga,penyajak

menempuh pelbagai dugaan dan

cabaran yang telah menguji

keimanannya.

Page 22: KOMSAS :

4) Keinsafan untuk membaiki sisa-

sisa kehidupan.

Dalam rangkap keempat,penyajak

berhasrat bagi membaiki kehidupannya

setelah terpedaya oleh tipu muslihat

yang begitu licik.

Page 23: KOMSAS :

5) Kekuatan diri dalam melawan

musuh.

Dalam rangkap kelima,penyajak telah

memberanikan dirinya bagi menghadapi

sesuatu yang tidak dijangka akan terjadi

dalam kehidupannya.

Page 24: KOMSAS :

6) Keyakinan untuk menghadapimasa hadapan apabila memilikipendirian yang teguh.

Dalam rangkap keenam,penyajak tidaklagi berasa takut oleh halangan danrintangan yang memburuk-burukkannya.Dalam rangkapketujuh,penyajak memiliki pendiriantersendiri dan mengambilanpendekatan yang terbaikbagimenangani masalah yang akandihadapinya.

Page 25: KOMSAS :

7) Keinginan untuk mendekatkan diri

kepada tuhan.

Dalam rangkap kelapan,penyajak telah

menempuh pelbagai peristiwa pahit

manis sepanjang kehidupannya. Dalam

usia yang sudah meningkat

tua,penyajak tidak lagi mempersia-

siakan kehidupan sebaliknya mengisi

masa tersebut untuk menambahkan

amal ibadat kepada tuhan.

Page 26: KOMSAS :

BENTUK SAJAK

Sajak ini berbentuk ………….

Sajak ini terdiridaripada….............rangkap.

Bilangan barisnya…….. ;rangkappertama ada……….baris,rangkapkedua ada………baris,rangkap ketigaada……..baris,rangkap keempatada………baris,rangkap kelimaada……….baris,rangkap keenamada……..baris,rangkap ketujuhada……..baris,dan rangkap kelapanada……..baris.

Page 27: KOMSAS :

Jumlah patah kata dan suku kata

dalam setiap baris sajak ini

juga………. Misalnya,pada rangkap

kelapan baris pertama ada ………

patah kata dengan ……. suku

kata.Sebaliknya pada rangkap

pertama baris pertama ada……….

Patah kata sahaja dengan ………

suku kata.

Rima akhir rima sajak ini

bebas;abac,abac,abb,abc,abbcd,abcb

c,abcdeae,aabcadab.

Page 28: KOMSAS :

GAYA BAHASA DAN

KEINDAHAN BUNYI Pemilihan kata yang indah dan ayat atau

baris yang dibentuk adalah puitis.Contohnya:………………..

AnaforaContohnya:…………………

……………Contohnya:yang tak diduga klimaksnya-

rangkap 5, baris 5 Personifikasi

Contohnya: …………………….-rangkap 3,baris 2 ……………………-rangkap 8,baris 8

Page 29: KOMSAS :

Metafora

Contohnya:

kebun diriku

arus ingatan

parlimen diriku

………………

……………….

Page 30: KOMSAS :

Asonansi(perulangan bunyi ………)

Contohnya:

Aku tanam saujana rancangan

Dalam contoh ini terdapat perulangan

bunyi vokal ‘a’ sebanyak 9 kali.

Aliterasi(perulangan bunyi ……….)

Contohnya:

peristiwa datang peristiwa pergi.

Dalam contoh ini,terdapat perulangan

bunyi konsonan ‘p’ sebanyak 2 kali.

Page 31: KOMSAS :

NADA

Sajak ini bernada …………

Nada ……… sesuai dengan sajak

tersebut yang menggambarkan

perasaan penyajak berusaha untuk

menghadapi pelbagai cabaran hidup

yang akhirnya ingin menghambakan

diri kepada Tuhan yang esa.

Page 32: KOMSAS :

NILAI

Rasional

Contoh:…………………………

………….

Contohnya:Penyajak tidak mahukehidupannya dipermain-mainkan.

Keinsafan

Contoh:…………….

…………….

Contoh:Penyajak akan berhujah dengandirinya sebelum membuat sesuatukeputusan.

Page 33: KOMSAS :

Berwaspada

Contoh:………………..

…………..

Contoh:Penyajak tidak mahu hidup ini

dipersia-siakan.

Ketakwaan

Contoh:……………………..

Page 34: KOMSAS :

PENGAJARAN

Kita hendaklah rasional dalammengambil sesuatu tindakan.

???????? ???????? Kita perlulah berwaspada akan tipu

muslihat pihak lawan.

Kita hendaklah menghargai umuryang diberikan oleh Tuhan.

Kita perlulah bertakwa kepada Tuhan.