Author
rahmatina2811
View
465
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASEMESTER MEI 2011HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYUPUSAT PEMBELAJARAN:PUSAT PEMBELAJARAN NEGERI SEMBILANHBML 3103Isi Kandungan1.0 Pengenalan 1.1 Persejarahan KOMSAS pra 1.2 Pascatahun 2000 1.3 Kewajaran KOMSAS dalam subjek bahasa Melayu 2 3 42
(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER MEI 2011
HBML 3103
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU
NO. MATRIKULASI : 830706055058002
NO. KAD PENGENALAN : 830706-05-5058
NO. TELEFON : 012-2305360
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN NEGERI
SEMBILAN
HBML 3103
Isi Kandungan
1.0 Pengenalan
1.1 Persejarahan KOMSAS pra 2
1.2 Pascatahun 2000 3
1.3 Kewajaran KOMSAS dalam subjek bahasa Melayu 4
2.0 Isi Kandungan
2.1 Persejaran KOMSAS pra dan pasca tahun 2000 dan kewajaran 5
KOMSAS dalam subjek bahasa Melayu
2.2 Kepentingan pengajaran KOMSAS bagi membentuk jati diri 9
bangsa Malaysia yang merdeka
3.0 Kesimpulan 11
4.0 Rujukan 12
1
HBML 3103
1.0 Pengenalan
Menurut Aziz Deraman (1999), dasar pendidikan kebangsaan adalah untuk
menyatukan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Pendidikan
kesusasteraan yang berkesan dapat membantu proses ini dengan membina dan
memperkukuhkan pengetahuan asas kepada cita rasa warisan bangsa Melayu, supaya lahir
kesedaran rasa hormat kepada nilai-nilai Melayu, sambil menanamkan bibit-bibit
penghayatan kesusasteraan kebangsaan yang dapat melahirkan rasa keinginan untuk
menyumbang kepada khazanah kesusasteraan kebangsaan yang dimiliki bersama itu.
Oleh yang demikian, satu rombakan telah dibuat terhadap kurikulum bahasa Melayu
sekolah menengah yang telah digunakan selama lebih sepuluh tahun. Ia bertujuan untuk
memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
menyediakan murid bagi menghadapai cabaran pendidikan pada abad ke 21 (Abdul Shukor
2000). Perubahan kurikulum tersebut akan tetap mengekalkan matlamat asal pendidikan
bahasa Melayu yang bertujuan untuk mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Justeru itu, semua murid di sekolah rendah mahu pun di sekolah menengah akan
mendapat pendedahan asas tentang sastera tanpa mengira kaum, agama, budaya dan aliran.
Ini jelas menunjukkan bahawa sastera merupakan mata pelajaran yang merentasi kurikulum
dan ia boleh membantu mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia.
1.1 Persejarahan KOMSAS pra
Pendidikan sastera Melayu (kebangsaan) sudah bermula sejak sebelum zaman perang
dunia kedua lagi. Subjek ini diajar kepada murid di sekolah-sekolah rendah Melayu, maktab-
maktab perguruan Melayu dan juga di sekolah-sekolah Inggeris hingga ke tingkatan lima.
Kesusasteraan Melayu pula merupakan satu subjek yang telah diperkenalkan sejak tahun
1957. Subjek sastera ini diajar kepada pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima di sekolah-
sekolah menengah seluruh Malaysia. Kesusasteraan Melayu merupakan subjek pilihan dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
2
HBML 3103 Menengah (KBSM), kesusasteraan Melayu diajar sebagai subjek elektif di peringkat
menengah atas iaitu bagi tingkatan empat dan tingkatan lima.
Pada tahun 1988, pelajar-pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima telah
diperkenalkan dengan unsur kesusasteraan Melayu dalam subjek bahasa Melayu melalui
Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Kerajaan telah memperuntukkan satu waktu
dalam seminggu khusus untuk menggunakan bahan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran
dan pembelajaran subjek bahasa Melayu. Setahun sebelum KBSM dilaksanakan, penggunaan
unsur kesusasteraan Melayu dalam subjek bahasa Melayu telah pun wujud melalui Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu. Teks sastera yang dipelajari bukan merupakan subjek teras.
Kesusasteraan Melayu yang dipelajari adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-
pelajar tentang nilai-nilai kemasyarakatan, kemanusiaan dan kebudayaan yang terdapat dalam
karya-karya sastera. Selain itu, pelajar-pelajar juga dapat menerap nilai-nilai moral yang
dicerminkan, menganalisis bentuk dan memahami isi kesusasteraan serta menghargai nilai
keindahan bahasa dan kesusasteraan Melayu.
1.2 Pasca tahun 2000
Komponen kesusasteraan Melayu (KOMSAS) telah dijadikan komponen wajib dalam
mata pelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah bermula pada bulan Mac tahun
2000 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Komsas bukanlah merupakan suatu perkara yang
baru, malah ia merupakan lanjutan daripada unsur sastera dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu yang diperkenalkan pada tahun 1988.
Guru-guru bahasa Melayu diwajibkan untuk mengajar semua genre sastera iaitu prosa
tradisonal, puisi tradisional dan moden, novel, cerpen dan drama kepada pelajar-pelajar
sekolah menengah dari tingkatan satu hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi.
Pembelajaran sastera diterapkan dalam kurikulum bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar
adalah untuk membolehkan mereka meningkatkan dan mengukuhkan minat dalam membaca
bahan bacaan yang terdiri daripada pelbagai jenis genre sastera. Berdasarkan Sukatan
Pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah yang diterbitakan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum pada tahun 2002, Komsas tergolong dalam hasil pembelajaran bidang estetik.
Bidang estetik ini memfokuskan kepada keupayaan pelajar untuk menguasai aspek
3
HBML 3103 kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh
pelajar ialah untuk memahami dan juga memberi respon peribadi tentang karya sastera iaitu
dengan menguasai laras bahasa dalam karya kreatif dan bukan kreatif serta menghasilkan
karya kreatif dan bukan kreatif.
Perlaksanaan kesusasteraan melayu sebagai komponen wajib dalam matapelajaran
bahasa Melayu akan memberikan pendedahan yang meluas kepada pelajar sekolah menengah
tentang aspek-aspek asas dalam memahami genre sastera yang dipelajari. Antara pendedahan
yang akan diterima oleh pelajar-pelajar ini ialah bagaimana cara untuk mereka mengenal
genre cerpen, novel, prosa tradisional, puisi moden dan puisi tradisional. Mereka juga boleh
menambah pengetahuan mereka dalam memahami istilah-istilah kesusasteraan bagi prosa dan
puisi, binaan dan teknik plot sesebuah penceritaan. Selain itu, mereka juga dapat mengasah
pemikiran mereka dalam menilai dan menaakul tema tentang mesej, pengajaran, nilai-nilai
kemanusiaan dan kemasyarakatan berdasarkan genre sastera yang dibaca. Bukan itu sahaja, ia
juga adalah untuk membolehkan pelajar memberikan pendapat dan hujah yang kritis dan
analitis dalam pelbagai situasi serta dapat membuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang
wajar ke atas pelbagai bahan yang dibaca.
1.3 Kewajaran KOMSAS dalam subjek bahasa Melayu
Objektif utama komponen sastera diajar kepada pelajar adalah untuk meningkatkan
dan mengukuhkan ketrampilan berbahasa, memupuk budaya membaca, menghayati karya
sastera, menerapkan nilai-nilai murni dan pengajaran, mengenal tokoh (pengarang) dan
sejarah perkembangan sastera, menghayati keindahan bahasa dalam karya dan
mengaplikasikannya dalam penulisan dan menghasilkan karya sastera seperti cerpen, pantun,
syair, seloka, gurindam, sajak dan skrip drama.
Kewajaran komponen sastera (KOMSAS) dalam subjek bahasa Melayu adalah untuk
mendorong para pelajar membangkitkan minat dan kesedaran mereka tentang bentuk bahasa
yang komunikatif dengan kepelbagaian kosa kata, frasa, ungkapan dan struktur ayat. Kedua,
bagi membentuk kepekaan murid tentang kelainan, keindahan, kekreatifan, kerasionalan,
keintelektualan, kesaintifikan, keunikan dan kebitaraan mutu dan gaya bahasa kesusasteraan
4
HBML 3103 Melayu yang memiliki ciri menghibur dan sebagainya. Ketiga, bagi meningkatkan kesedaran
dan menghayati nilai-nilai moral dan etika yang wujud dalam teks-teks kesusasteraan Melayu
klasik dan moden waima yang berbentuk prosa mahupun puisi. Keempat, memupuk dan
membangkitkan minat membaca karya-karya lain. Kelima, memperlihatkan isi dan mesej
yang sesuai dan mudah difahami. Keenam, menyedari kepentingan ilmu pengetahuan dan
cerita tentang pelbagai aspek budaya dan kehidupan masyarakat. Akhir sekali ialah supaya
pelajar dapat menguasai bahasa figuratif secara tersurat dan tersirat baik yang berhubungan
dengan aspek fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, pragmantik dan selok-belok bahasa
Melayu yang lain.
2.0 Isi Kandungan
2.1 Persejaran KOMSAS pra dan pasca tahun 2000 dan kewajaran KOMSAS
dalam subjek bahasa Melayu
Sebelum tahun 2000, mata pelajaran Komsas belum lagi diwujudkan. Pada masa itu,
pelajar-pelajar di sekolah menengah hanya mempelajari tentang kesusasteraan Melayu.
Kesusasteraan Melayu di ajar kepada pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima di sekolah-
sekolah menengah seluruh Malaysia. Mata pelajaran ini telah mula diperkenalkan sejak tahun
1957 lagi. Bermula pada tahun 1988, unsur sastera telah diperkenalkan secara formal dalam
mata pelajaran bahasa Melayu dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Tetapi, teks sastera
tersebut tidak dijadikan sebagai komponen wajib. Ini bermakna, ia tidak termasuk dalam
mana-mana peperiksaan awam seperti SPM atau PMR bagi mata pelajaran bahasa Melayu.
Ini kerana, teks sastera yang dicadangkan dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu itu
hanyalah tertakluk kepada pilihan yang dibuat oleh pihak sekolah untuk diajar dalam kelas.
Teks sastera yang diajar juga adalah dalam konteks unsur sastera dan bukannya komponen
wajib yang perlu dipelajari oleh semua pelajar di sekolah menengah. Pada peringkat
menengah tinggi, kesusasteraan Melayu hanyalah sebagai komponen dalam kertas bahasa
Melayu. Ia merupakan subjek elektif bagi pelajar-pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima.
Bermula pada tahun 1992, kesusasteraan Melayu telah dinaik taraf sebagai mata pelajaran
prinsipal di peringkat STPM.
5
HBML 3103
Sukatan pelajaran kesusasteraan bahasa Melayu yang telah dikeluarkan pada tahun
1984 oleh Kementerian Pendidikan telah menggariskan beberapa objektif yang perlu diikuti
oleh pelajar-pelajar agar mereka boleh memahami tentang nilai-nilai kemasyarakatan,
kemanusiaan dan kebudayaan yang terdapat dalam karya-karya sastera. Selain itu, pelajar-
pelajar juga dapat menerap nilai-nilai moral yang dicerminkan, menganalisis bentuk dan
memahami isi kesusasteraan serta menghargai nilai keindahan bahasa dan kesusasteraan serta
membuat penilaian terhadap mutu sesebuah karya sastera dan seterusnya boleh menghasilkan
karya sastera yang sesuai dengan kemampuan mereka. Objektif pengajaran dan pembelajaran
subjek kesusasteraan bahasa Melayu mementingkan perkembangan afektif dari segi
penentuan sikap, perkembangan daya pemikiran yang kritis serta penikmatan.
Manakala subjek Komponen Kesusasteraan Melayu (Komsas) pula mula
diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada bulan Mac tahun 2000.
Subjek ini bukanlah merupakan suatu subjek yang baru, malah ia merupakan lanjutan
daripada unsur sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang diperkenalkan pada tahun
1988. Komsas dilaksanakan secara berperingkat di sekolah menengah mulai bulan Mac 2000
bagi pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat. Pada tahun berikutnya, Komsas dilaksanakan
pula untuk murid tingkatan dua dan tingkatan lima dan pada tahun 2003, untuk murid
tingkatan tiga pula. Bagi murid sekolah rendah pula, program pembelajaran sastera dalam
bahasa Melayu pula dilaksanakan pada tahun 2005 untuk murid-murid tahun empat, tahun
2006 untuk murid-murid tahun lima dan tahun 2007 untuk murid-murid tahun enam secara
program rintis. Pembelajaran sastera diterapkan dalam kurikulum bahasa Melayu kepada
pelajar-pelajar adalah untuk membolehkan mereka meningkatkan dan mengukuhkan minat
dalam membaca bahan bacaan yang terdiri daripada pelbagai jenis genre sastera.
Komsas meliputi lima genre iaitu sastera, novel, puisi (prosa tradisional, puisi),
cerpen, prosa tradisional dan drama. Berdasarkan huraian sukatan pelajaran bahasa Melayu
tingkatan empat tahun 2000, tertulis bahawa pelajar-pelajar juga berupaya untuk mengenal
dan menggunakan disiplin instrinsik sastera di samping menghayati nilai murni dan
pengajaran daripada karya sastera yang dibaca untuk dijadikan iktibar dan panduan hidup.
Perlaksanaan Komsas di sekolah-sekolah di Malaysia bermula pada bulan Mac 2000 iaitu
6
HBML 3103 sebanyak 56 waktu dalam tempoh 26 minggu dalam setahun. Kementerian pelajaran
Malaysia telah memperuntukan waktu yang sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di
sekolah menengah dengan menggunakan konsep 4+2 iaitu empat waktu untuk aspek bahasa
dan dua waktu lagi untuk komsas bagi sekolah tajaan Kerajaan Persekutuan. Manakala bagi
sekolah-sekolah yang ditaja oleh kerajaan negeri, waktu pengajaran untuk komsas hanya satu
waktu dalam seminggu. Setiap pelajar akan membaca 130 karya sastera dalam tempoh lima
tahun persekolahan iaitu daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima. Karya-karya sastera
yang dipilih adalah berdasarkan kepada beberapa ciri seperti isi kandungan, nilai dan
pengajaran yang baik serta aspek gaya bahasa.
Kewajaran komsas dalam subjek bahasa Melayu pula ialah dengan mendorong para
pelajar membangkitkan minat dan kesedaran mereka tentang bentuk bahasa yang komunikatif
dengan kepelbagaian kosa kata, frasa, ungkapan dan struktur ayat. Ini kerana, kesemua bahan
komsas mengandungi bahasa-bahasa yang indah dan puitis. Pelajar-pelajar dapat melatih diri
mereka menggunakan pelbagai kosa kata, frasa, ungkapan dan struktur ayat dengan betul dan
seterusnya mengaplikasikanya dalam kehidupan seharian mereka. Contoh bahan sastera yang
dapat memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang kosa kata, struktur ayat dan
sebagainya ialah cerpen ”Diari Seorang Pengawas”. Cerpen ini memaparkan secara langsung
tentang dunia pelajar sekolah. Pengarang mengemukakan watak pelajar yang
bertanggungjawab terhadap tugasnya dan seterusnya ia boleh dijadikan sebagai satu ”role
model” yang bagus bagi pelajar-pelajar di sekolah (Sehijau Warna Daun, 2002:50). Cerpen
ini sesuai dibaca oleh pelajar kerana ia menggunakan bahasa yang mudah difahami dan dapat
membantu mereka mengenal perkataan dan ayat yang digunakan.
Kedua, bagi membentuk kepekaan murid tentang kelainan, keindahan, kekreatifan,
kerasionalan, keintelektualan, kesaintifikan, keunikan dan kebitaraan mutu dan gaya bahasa
kesusasteraan Melayu yang memiliki ciri menghibur dan sebagainya. Sebagai contoh,
Kesusasteraan Melayu tradisonal mempunyai motif untuk menghiburkan mereka yang
membaca karya tersebut. Contohnya ialah cerita penglipur lara dan cerita binatang seperti
Sang Kancil dan Pelanduk Jenaka. Walaupun karya-karya ini menghiburkan, namun isi di
dalamnya mengandungi mesej yang boleh memberi teladan dan nasihat kepada pembacanya.
7
HBML 3103 Ketiga, bagi meningkatkan kesedaran dan menghayati nilai-nilai moral dan etika yang
wujud dalam teks kesusasteraan Melayu klasik dan moden waima yang berbentuk prosa
mahupun puisi. Antara contoh bahan sastera tersebut ialah sajak “Di Ruang Gemanya” yang
dinyatakan oleh penyair akan kesetiannya yang tidak berbelah bagi pada Malaysia dan
cintanya tak perlu disangsikan pada negara (Kerusi, 2002:13). Sajak sebegini mampu
memberikan nilai-nilai moral dan etika yang baik kepada pelajar terhadap kecintaan mereka
kepada negara mahupun bangsa mereka.
Keempat, memupuk dan membangkitkan minat membaca terhadap karya-karya lain.
Kepelbagaian genre sastera yang dipelajari di sekolah dapat membantu untuk memupuk
minat membaca di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Antara bahan-bahan sastera tersebut
ialah sajak ”Di Ruang Gemanya” (Kerusi, 2002:13), cerpen ”Diari Seorang Pengawas”
(Sehijau Warna Daun, 2002:50), Pantun empat kerat (Sekalung Budi Sekalung Bahasa,
2002:38), Syair Pembunuhan Angreni (Anak Laut 2002:5) dan sebagainya. Kepelbagaian
dalam pembacaan bahan sastera yang berlainan dapat mengelakkan pelajar daripada berasa
bosan dan tidak memberikan perhatian sewaktu guru mengajar.
Kelima, memperlihatkan isi dan mesej yang sesuai dan mudah difahami. Kesesuaian
bahan yang dipelajari dengan tahap kognitif murid telah terbukti apabila bahan komsas yang
diberikan kepada murid tingkatan satu adalah lebih mudah daripada bahan untuk pelajar
tingkatan empat dan lima. Contohnya ialah pemilihan puisi tradisional yang mengandungi
pantun dua kerat, empat kerat dan syair. Puisi-puisi tersebut bersesuaian dan dapat dihayati
dengan baik oleh pelajar-pelajar tingkatan satu. Bahasa yang digunakan juga tidak terlalu
puitis dan berbunga-bunga. Contoh puisi tersebut ialah pantun kanak-kanak yang yang
dipetik daripada antologi Sehijau Warna Daun.
Jangan gergaji pokok talas,
Nanti lesung dimakan pahat;
Jangan menjadi orang malas,
Perut kosong badan tak sihat.
Bintang tujuh sinar berseri,
Bulan purnama datang menerpa;
8
HBML 3103 Ajaran guru hendaklah dicari,
Apa yang dapat jangan dilupa.
Terang bulan di malam sepi,
Cahaya memancar ke pokok kelapa;
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada saudara ibu dan bapa.
(Sehijau Warna Daun, 2002: 5)
Keenam, pelajar dapat menyedari kepentingan ilmu pengetahuan dan cerita tentang
pelbagai aspek budaya dan kehidupan masyarakat. Hasil daripada pembacaan genre sastera
yang pelbagai dapat memberikan ilmu pengetahuan dan cerita-cerita yang menarik daripada
pelbagai kisah. Pelajar juga dapat menambah pengetahuan kosa kata mereka dengan
pembacaan bahan-bahan yang pelbagai. Mereka juga boleh mengaplikasikan teladan dan
nasihat yang diperoleh sewaktu pembacaan mereka dalam kehidupan seharian.
Akhir sekali ialah supaya pelajar dapat menguasai bahasa figuratif secara tersurat dan
tersirat baik yang berhubungan dengan aspek fonologi, morfologi, sintaksis, semantik,
pragmantik dan selok-belok bahasa Melayu yang lain. Pelajar dapat mempelbagaikan
pengetahuan mereka tentang kisah-kisah dahulu dan gaya penulisan yang klasik. Contohnya
ialah seperti mitos asal usul nama negeri Melaka, Sejarah Melayu dan sebagainya.
2.2 Kepentingan pengajaran KOMSAS bagi membentuk jati diri bangsa
Malaysia yang merdeka
Pengajaran Komsas di sekolah mempunyai kepentingan dalam membentuk jati diri
bangsa Malaysia yang merdeka. Antara kepentingan-kepentingan tersebut ialah dengan
menerapkan minat membaca pelbagai bahan sastera di kalangan pelajar, mempertingkatkan
kemahiran berbahasa, merangsang kemahiran menilai dan mengkritik pelbagai karya sastera
dan memupuk semangat yakin diri. Kepentingan pertama pengajaran komsas bagi
membentuk jati diri bangsa Malaysia yang merdeka ialah dengan menerapkan minat
membaca pelbagai bahan sastera di kalangan pelajar sekolah. Seperti yang kita semua sedia
9
HBML 3103 maklum, generasi muda sekarang jarang membaca bahan bacaan yang berunsur sastera.
Mereka lebih menggemari bahan bacaan yang berunsur hiburan. Disebabkan perkara inilah,
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memasukkan komponen sastera (KOMSAS) dalam
subjek bahasa Melayu di sekolah. Melalui komsas, pelajar didedahkan dengan bahan sastera
yang terdiri daripada pelbagai genre. Antara bahan sastera yang perlu dibaca ialah sajak,
puisi, cerpen, pantun dan sebagainya. Pendedahan ini berupaya untuk memberi pengetahuan
tentang penceritaan sesebuah karya yang dibaca dan seterusnya untuk membentuk jati diri
bangsa Malaysia yang merdeka. Penghayatan dan pemahaman mereka terhadap karya yang
dibaca mampu memberikan mereka pemahaman dan ideologi tentang betapa bertuahnya
mereka berada di bumi yang aman damai ini. Selain itu, melalui teknik pengajaran yang
berkesan oleh guru, diharap terdapat percambahan minat pelajar dalam membaca dan
menghayati karya sastera yang dipelajari dan seterusnya dapat membentuk masyarakat
Malaysia yang cintakan negaranya.
Kepentingan pengajaran komsas yang kedua ialah dengan mempertingkatkan
kemahiran berbahasa. Kemahiran berbahasa merupakan salah satu elemen penting dalam
berkomunikasi. Penggunaan bahasa yang betul dapat memberikan maklumat yang tepat
kepada penerimanya. Walau pun begitu, hampir kebanyakan masyarakat di Malaysia ini tidak
lagi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara mereka. Mereka lebih selesa
mencampur-adukkan bahasa Melayu dengan bahasa inggeris. Pembacaan bahan sastera
secara langsung mampu mengelakkan perkara ini terjadi. Ini kerana, bahan sastera yang
diberikan kaya dengan bahasa-bahasa yang indah dan menarik. Oleh sebab itu, adalah penting
bagi pelajar di sekolah untuk mempelajari dan mempertingkatkan kemahiran berbahasa
mereka supaya jati diri mereka sebagai rakyat Malaysia dapat dipertahankan. Bak kata
pepatah, “Bahasa Menunjukkan Bangsa”.
Kepentingan pengajaran komsas yang ketiga ialah dengan merangsang kemahiran
menilai dan mengkritik pelbagai karya sastera. Melalui bahan sastera yang dibaca, pelajar
dikehendaki untuk menilai, mengkaji dan memberikan pandangan mereka. Melalui
perbincangan yang dilakukan di dalam kelas juga, pelajar-pelajar ini akan dipandu oleh guru
untuk mengkritik, menyokong dan memberikan pandangan terdapat sesuatu bahan sastera
yang dibaca. Pelajar juga akan membuat penilaian terhadap bahan sastera tersebut dari
pelbagai sudut supaya mereka benar-benar memahami bahan yang dibaca. Proses ini akan
10
HBML 3103 dapat membentuk jati diri bangsa Malaysia yang merdeka dan seterusnya mampu untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman.
Kepentingan terakhir pengajaran komsas bagi membentuk jati diri bangsa Malaysia
yang merdeka ialah dengan memupuk semangat yakin diri. Semangat yakin diri dapat
dipupuk di kalangan pelajar sekolah melalui proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Teknik pengajaran yang dijalankan oleh guru melalui subjek komsas mampu meningkat
keyakinan diri para pelajarnya. Ini kerana, terdapat sesetengah pelajar yang kurang
berkeyakinan dalam memberi pendapat terhadap suatu isu yang diketengahkan. Mungkin
kerana kurangnya pengetahuan mereka atau mereka tidak mahu dipersendakan oleh rakan
sekiranya mereka membuat salah. Jadi, untuk memupuk semangat yakin diri mereka, guru
perlu memberikan bahan bacaan yang dapat membantu mereka meningkatkan keyakinan diri.
Terdapat bahan-bahan sastera yang mempunyai isi yang boleh mengubah perspektif
seseorang terhadap sesuatu perkara. Jadi, adalah penting bagi pelajar yang kurang
berkeyakinan untuk terus membaca bahan sastera yang diberikan supaya mereka dapat
meningkatkan keyakinan diri dan seterusnya dapat membentuk jati diri bangsa Malaysia yang
merdeka.
3.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, komponen kesusasteraan Melayu yang diajar di sekolah-sekolah
seluruh Malaysia merupakan satu komponen yang sangat penting untuk dipelajari oleh
pelajar-pelajar. Ini kerana, melalui pembacaan genre sastera yang pelbagai dapat membantu
para pelajar untuk menambah pengetahuan mereka terhadap kosa kata dan maksud yang
tersurat mahu pun yang tersirat suatu bahan yang dibaca. Selain itu, komsas juga penting
dalam membina manusia yang seimbang dan harmonis, prihatin, beretika tinggi dan matang
dalam menjalani kehidupan. Pengajaran dan pembelajaran komsas bukan sahaja untuk
menjadikan bahan sastera sebagai agen untuk memupuk minat membaca di kalangan pelajar,
malah ia juga bertujuan untuk untuk memartabatkan karya sastera tersohor tanah air. Ini
kerana, karya-karya komsas yang diberikan kepada pelajar juga merupakan karya yang kaya
dengan khazanah ilmu, nilai, budaya, pengalaman dan sebagainya. Oleh itu, adalah penting
11
HBML 3103 bagi guru untuk menambah pengetahuan mereka tentang komponen sastera yang diajar
kepada pelajar-pelajar mereka supaya objektif pembelajaran dapat dicapai sepenuhnya.
(2909 patah perkataan)
RUJUKAN
1. Chew Fong Peng. 2009. “Pendidikan Sastera Perpaduan Menerusi KOMSAS Tingkatan 4: Perlaksanaan dan Kesannya”. Jurnal Pendidikan Malaysia.
2. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. Maridah Binti Haji Alias. 2005. ”Kesesuaian Novel Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu”. Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia. 4. Mohd Rasdi Bin Saamah. “Perlaksanaan Komsas dalam Pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah: Satu Tinjauan”. Jabatan Pengajian Melayu, Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan.
5. Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir. 2007. ”Kewajaran Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu”. Jurnal Institut Peradaban Melayu Jilid 5. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
http://www.docstoc.com/docs/64038743/13-2
http://news.faisunan.com/search/kesusasteraan-melayu-sebagai-komponen/
12
HBML 3103
13