View
404
Download
15
Embed Size (px)
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
1/93
Puisi Tradisional
Pantun Empat Kerat (Muafakat)
Maksud
Rangkap 1
Kesungguhan dalam melakuka sesuatu perkara secara bersama akan membawa kejayaan.
Rangkap 2
Manusia akan bersatu padu apabila bermuafakat.
Rangkap 3
Sikap bekerjasama antara penduduk akan melahirkan kehidupan yang bahagia.
Rangkap 4
Masyarakat bermuafakat akan melahirkan Negara yang aman dan sejahtera.
Rangkap 5
Sikap saling mempercayai adalah asas untuk melahirkan permuafakatan yang berkekalan
dalam masyarakat.
Rangkap 6
Sikap toleransi dan saling menghormati amat penting untuk mengukuhkan perpaduan.
Tema
Tema pantun ini ialah amalan hidup bermuafakat dalam masyarakat menjamin
kesejahteraan.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
2/93
Persoalan
1. Kepentingan amalan mempraktikkan bergotong-royong.
2. Sikap saling mempercayai asas permuafakatan. .
3. Sikap toleransi dan saling menghormati mengukuhkan perpaduan .
Bentuk
1. Bentuk pantun terikat.
2. Mempunyai 6 rangkap.
3. Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap.
4. Dua baris di atas pembayang dan dua baris di bawah maksud.
5. Jumlah perkataan antara 3 hingga 4 perkataan sebaris.
Contoh: ke lurah sama diharungi.
6. Terdiri daripada 9 hingga 13 suku kata sebaris.
Contoh: per/ca/ya/ mem/per/ca/ya/i/ a/sas/ ber/pe/gang/ (13 suku kata)
7. Rima akhir abab.
Gaya bahasa
1. Anfora
Bulat air oleh pembetung
Bulat manusia oleh muafakat
(pengulangan perkataan bulat pada awal baris)
2. Repitisi.
Hidup muafakat hidup bahagia
3. Peribahasa.
Bulat air oleh pembetung
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
3/93
Bulat manusia oleh muafakat
4. Inversi
bergotong-royong penduduk sekampung.
5. Imej alam.
kangkung, bunga melati paya, sawah padi
Unsur bunyi
1. AsonansiBuah salak di dalam kantung ( pengulangan vokal a)
2. Aliterasikulitnya keras isinya kelat (pengulangan konsonan k)
Nilai
1. Bekerjasama .
2. Toleransi.
3. Percaya mempercayai
4. Hormat-menghormati.
Pengajaran
1. Kita haruslah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
2. Kita hendaklah bertolak-ansur antara satu sama lain.
3. Kita hendaklah saling mempercayai antara sama lain.
4. Kita perlulah saling menghormati dalam kalangan masyarakat.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
4/93
PUISI TRADISIONAL
(Pantun Nasihat)
MAKSUD
Rangkap 1
Sesuatu pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jikalau dillakukan secara bersama.
Rangkap 2
Pesanan untuk gadis supaya pandai menjaga diri agar keselamatan terjamin.
Rangkap 3
Sesuatu perkara yang dilakukan mengikut hawa nafsu akan merosakkan diri.
Rangkap 4
Generasi muda diingatkan agar menjaga tutur kata kerana ketelanjuran kata akan memberi
kesan kepada diri.
Rangkap 5
Kita hendaklah berguru ketika menuntut ilmu supaya tidak terpesong.
Rangkap 6
Kita diingatkan supaya menjaga tatasusila dalam pergaulan.
TEMA
Tema pantun ini ialah nasihat - menasihati dalam kehidupan seharian akan membawa
kebaikan dan kesejahteraan hidup.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
5/93
PERSOALAN
Permuafakatan akan memudahkan sesuatu pekerjaan.
Tangungjawab menjaga maruah diri.
Bertindak tidak mengikut hawa nafsu.
Bertutur kata dengan sopan
kegigihan ilmu dengan betul.
Menjaga adab dalam pergaulan.
BENTUK
Bentuk terikat.
Mempunyai 6 rangkap.
Mempunyai 4 baris dalam satu rangkap
Dua baris di atas pembayang dan dua baris di bawah maksud.
Rima akhir abab.
Suku kata 8 hingga 11 suku kata dalam satu baris.
Contoh : ja/ngan/ i/kut ha/wa naf/su (8 suku kata)
Antara 4 hingga 5 patah perkataan.
Contoh : Jangan ikut hawa nafsu (4 perkataan )
GAYA BAHASA
Repitisi bunga melati bunga pandan.
Responsi Gunung Tahan sama didaki
Sungai Pahang sama direnangi
Peribahasa kerana mulut badan binasa.
Imej alam nyiur muda , gunung, telaga, tanjung, pohon ara.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
6/93
Unsur bunyi
AsonansiMelangir keris pusaka hikmat ( pengulangan vokal i)
Aliterasi - Bunga melati bunga pandan ( pengulangan konsonan n.)
NILAI
Bekerjasama
Bermoral
Rasional
Bijaksana
Kegigihan
Berbudi bahasa
PENGAJARAN
Kita perlulah bekerjasama .
Kita mestilah menjaga maruah diri.
Kita hendahlah bersikap rasional dan tidak mengikut hawa nafsu.
Kita hendaklah menjaga tutur kata .
Kita hendaklah gigih menuntut ilmu.
Kita hendaklah sentiasa berbudi bahasa .
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
7/93
Puisi Tradisional
Pantun Berkait (Bekerja)
Maksud
Rangkap 1
Penulis menyeru sahabat agar segera bangun untuk bekerja.
Rangkap 2
Melakukan pekerjaan dan membuang semua sifat malas dalam diri.
Rangkap 3
Buang semua sikap malas dan mengetahui segala pekerjaan.
Rangkap 4
Setiap orang perlulah menguasai bidang tugas masing-masing.
Rangkap 5
Setiap pekerjaan perlulah dilakukan dengan teliti.
Rangkap 6
Apabila pekerjaan yang dilakukan dengan teliti , kerja yang berat akan menjadi mudah.
Rangkap 7
Hati menjadi senang setelah pekerjaan yang berat dapat diselesaikan.
Rangkap 8
Penat tidak akan terasa sekiranya pekerjaan berhasil.
Tema
Tema pantun ini ialah semangat untuk melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
8/93
Persoalan
1. Ketekunan dalam menjalankan sesuatu pekerjaan.
2. Kerajinan penting dalam memastikan kesempurnaan dalam pekerjaan.
3. Berkemahiran dalam sesuatu pekerjaan.
4. Keigigihan berusaha dapat membuahkan hasil.
Bentuk
1. Bentuk pantun terikat.
2. Merupakan pantun berkait.
3. Mempunyai 8 rangkap.
4. Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap.
5. Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris.
Contoh: bangkit segera kita berjuang (4 perkataan)
6. Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata sebaris.
Contoh: wa/hai/ ra/kan/ han/dai/ dan/ tau/lan/
7. Rima akhir abab.
Gaya bahasa
1. Sinkof
Tidaklah bimbang barangkan hilang (rangkap 5 baris 1)
2. Inversi
bangkit segera kita berjuang (rangkap 1 baris 4)
3. Repitisi
Perahu layar mudik ke pangkalan
Sampai di pangkalan memunggah barang
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
9/93
Unsur bunyi
Asonansiwahai rakan handai dan taulan (Rangkap 1 baris 3)- pengulangan vokal a
Aliterasitiadalah tinggal terbuang penat (Rangkap 8 baris 4)-
pengulangan konsonan t
Nilai
1. Kerajinan
2. Ketekunan
3. Kegigihan
4. Bersyukur
Pengajaran
1. Kita haruslah rajin dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
2. Kita hendaklah dalam pekerjaan.
3. Kita perlulah gigih berusaha.
4. Kita mestilah bersyukur setelah berhasil melakukan pekerjaan.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
10/93
PUISI TRADISIONAL
(Syair Panduan Untuk Para Remaja)
MAKSUD
Rangkap 1
Penyair berpesan kepada generasi muda agar jangan berbohong dan memperdaya
orang,Generasi muda juga diingatkan agar tidak hanya mementingkan kekayaan dan bersifat
boros.
Rangkap 2
Generasi muda dingatkan agar mengelakkan diri daripada perbuatan mengumpat, sombong
dan memungkiri janji.
Rangkap 3
Generasi muda diingatkan supaya tidak main judi , minum arak dan tidak terlibat dengan
perkara-perkara yang negatif kerana mereka akan menerima kebinasaan.
Rangkap 4
Generasi muda diingatkan supaya tidak berhutang dan mengharapkan bantuan daripadaorang lain. Orang yang tidak berhutang dan bergantung harap kepada orang lain pasti akan
senang hidupnya.
Rangkap 5
Generasi muda diingatkan agar mengelakkan diri daripada sikap suka meminjam ataupun
memberi pinjam serta berhutang. Sikap ini boleh menyebabkan hubungan antara sahabat
akan menjadi renggang.
Rangkap 6
Generasi muda diingatkan tidak mengharapkan bantuan. Hal ini kerana orang yang terlalu
mengharapkan bantuan akan hilang kepercayaan dan kemampuan kepada diri sendiri.
Rangkap 7
Generasi muda diingatkan agar berdikari dalam melakukan sesuatu dan tidak membezakan
kedudukan atau taraf.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
11/93
Rangkap 8
Penyair berpesanan kepada generasi muda. Semoga dengan keizinan Allah pasti belia hari ini
akan menjadi generasi yang berguna kepada bangsa dan negara.
TEMA
Tama syair ini ialah panduan kepada generasi muda untuk menghadapi dunia yang penuh
dugaan ini dengan bermoral.
PERSOALAN
1. Berdikari dalam kehidupan tanpa mengharapkan bantuan dan pertolongan daripada orang
lain.
2. Menjauhkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara negatif yang merosakkan diri.
3. Menunaikan janji kerana kegagalan menepati janji akan menghilangkan kepercayaan
orang terhadap kita.
4. Mengelakkan diri daripada berhutang kerana hubungan persahabatan akan renggang.
GAYA BAHASA
1. Anafora - Jangan fikir kasihkan kaya.
Jangan boros yang sia-sia.
2. RepitisiJangan mengata jangan mengeji
3. InversiJudi dan arak jangan biasa, sepatutnya jangan biasa judi dan arak.
Unsur bunyi
Asonansi Barang dipinjam kerap kehilangan ( pengulangan vokal a).
Aliterasi - Jangan biasakan meminta tolong (pengulangan konsonan n).
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
12/93
BENTUK
1. Bentuk terikat.
2. Mempunyai 8 rangkap
3. Mempunyai 4 baris dalam setiap rangkap.
4. Semua baris ialah maksud.
5. Suku kata 9 hingga 12.
Contoh : ja/ngan/ tak/bur/ di/ri/ di/pu/ji (9 suku kata)
6. Antara 4 hingga 5 patah perkataan.
Contoh : Ingat pesanku wahai belia (4 perkataan)
NILAI
Berdikari
Menepati janji
Merendah diri.
Bersyukur
PENGAJARAN
1 Kita hendaklah berdikari dan jangan terlalu bergantung kepada orang lain .
2. Kita hendaklah menunaikan janji
3. Kira hendaklah merendah diri dan tidak sombong.
4. Kita hendaklah sentiasa bersyukur kepada Tuhan.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
13/93
Puisi Tradisional
[Berbuat Jasa]
Maksud
Rangkap 1
Generasi muda disarankan supaya berbuat jasa kerana jasa tetap akan dikenang walaupun
sudah tiada.
Rangkap 2
Generasi muda diseru supaya berbuat jasa dan menyerahkan semuanya kepada Tuhan
kerana setiap jasa yang dicurahkan akan menerima balasan di akhirat kelak.
Rangkap 3
Generasi muda diingatikan tidak mensia-siakan kehidupan sebaliknya berbuat jasa kerana
jasa yang baik akan dikenang selama-lamanya.
Rangkap 4
Generasi muda diseru agar bersungguh-sungguhlah berbuat jasa supaya segala kebaikan
dapat dimanfaatkan oleh orang lain.
Rangkap 5
Generasi ditegah mengharapkan balasan dan pujian kerana keadaan sedemikian akan
menyebabkan timbulnya perasaan tamak.
Rangkap 6
Generasi muda diingatkan agar tidak mengharapkan balasan dan penghormatan memadai
jasa yang dicurahkan boleh dimanfaatkan.
Rangkap 7
Rakan taulannya diseru supaya sentiasa berbuat baik walaupun tidak diketahui orang kerana
Tuhan lebih mengetahui.
Tema
Tema syair ini ialah kepentingan berbuat jasa.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
14/93
Persoalan
1. Keikhlasan dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
2. Menghargai orang yang telah berbuat jasa.
3. Kesanggupan untuk berkorban.
4. Budi yang baik akan dikenang selama-lamanya.
Bentuk
1. Bentuk syair terikat.
2.Mempunyai 7 rangkap.
3.Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap.
4.Semua baris adalah maksud.
5.Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris.
Contoh: buatlah jasa wahai teruna (4 perkataan )
6.Terdiri daripada 9 hingga 12 suku kata sebaris.
Contoh: cu/kup/lah/ di/si/tu/ mu/la/i/ ter/gan/tung (12 suku kata )
7. Rima akhir aaaa.
Gaya bahasa
1. Sinkof
Kamu yang mati jasa tak fana
2.Inversi
Buatlah baik wahai rakan
3. Imej alam
Bintang, ikan
4. Perlambangan
Buahnya , sumbu pelita
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
15/93
Unsur bunyi
Asonansibuatlah jasa wahai teruna(Pengulangan vokal a)
Aliterasibuatlah bakti budi utama (pengulangan konsonan b)
Nilai
1. Baik hati
2. Pengorbanan
3. Keikhlasan .
4. Mengenang jasa.
5. Kebijaksanaan
Pengajaran
1. Kita hendaklah memiliki sifat baik hati.
2. Kita perlu sedia berkorban.
3. Kita haruslah ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
4. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah menabur jasa kepada kita.
5. Kita perlulah bijak sana sebelum mengambil sebarang tindakan.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
16/93
PUISI TRADISIONAL
SYAIR LI-ATTAR GHIB
Maksud
Rangkap 1
Penyair berpesanan kepada semua insan yang menjalani kehidupan bersama-sama dalam
setiap pekerjaan di dunia.
Rangkap 2
Atas takdir Tuhan dua orang saudara telah meninggal dunia. Walaupun bersedih, namun
tiada apa-apa dapat dilakukan kerana itu kehendak Tuhan yang Esa.
Rangkap 3
Setiap umat manusia perlu bersabar menerima ketentuan Tuhan walaupun hakikatnya
terlalu sukar untuk dihadapi.
Rangkap 4
Semua orang yang ada di muka bumi ini pasti akan menghadapi kematian tanpa memilih
pangkat dan darjat.
Rangkap 5
Setiap insan perlu mengambil pengajaran daripada generasi terdahulu yang telah meninggal
dunia agar kita beroleh kebahagiaan
Rangkap 6
Kebajikan rakyat jelata mestilah diambil kira atau diambil berat dan keluarga sendiri perlu
dijaga agar tidak ditimpa kesusahan
Rangkap 7
Para nabi menuntut kita agar memuliakan ilmu yang benar. Ilmu yang dituntut perlulah
diamalkan agar tidak menjadi sia-sia
Rangkap 8
Semua orang diseru supaya mengambil pengajaran atas kematian generasi terdahulu kerana
kita juga akan menghadapinya.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
17/93
Tema
Tema syair ini ialah mengambil pengajaran daripada peristiwa kematian yang dilalui ole
orang lain.
Persoalan
1. Kematian yang tidak dapat dielakkan.
2. Kepentingan menuntut ilmu pengetahuan.
3. Keinsafan menghadapi kematian.
Bentuk
1. Bentuk syair terikat
2. Mempunyai 8 rangkap
3. Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap
4. Semua baris adalah maksud.
5. Jumlah perkataan antara 4 hingga 6 perkataan sebaris
Contoh: dengan kehendak Tuhan yang mulia (5 perkataan)
6. Terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata sebaris.
Contoh: li/hat/ ke/pa/da/ da/tuk/ ne/nek/ yang/ su/dah/-su/dah (14 suku kata)
7. Rima akhir aaaa
Gaya bahasa
1. Responsi
Kerana ilmu mulia anbia.
Tuntut ilmu jangan sia-sia
2. Repitisi
Segala pekerjaan segala perkara .
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
18/93
3. Inversi
kita sepertinya akan datangkan
Unsur bunyi
1. Asonansisebab bersama-sama mengembara
( pengulangan vokal a)
2. Aliterasihendaklah kita tunduk terngadah .
(pengulangan konsonan d)
Nilai
1. Keinsafan
2. Kesyukuran
3. Kerajinan
4. Bertanggungjawab
5. Kesabaran
Pengajaran
1. Kita haruslah insaf ketika berhadapan dengan kematian .
2. Kita hendaklah bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup.
3. Kita hendaklah rajin dalam mencari ilmu pengetahuan.
4. Kita hendaklah bertanggungjawab dengan memelihara kesenangan yang diwarisi.
5. Kita perlulah sabar menerima segala dugaan dan ujian dari Tuhan.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
19/93
FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPAN
(Shamsudin Othman)
Maksud
Rangkap 1
Dadah ialah musuh utama negara, perosak jiwa manusia dan telah membunuh banyak
nyawa.
Rangkap 2
Penyalahgunaan dadah menyebabkan kehancuran generasi muda bakal pewaris negarawan,
seniman, ahli sukan, peniaga, sasterawan, ahli akademik dan pejuang negara.
Rangkap 3
Dadah meracuni hidup manusia sejak dahulu tanpa mengira sesiapapun . Dadah telah
meracuni manusia.Sejarah telah membuktikan, kejatuhan kota Melaka dan kota-kota lain di
dunia adalah kerana dadah sehingga menghancurkan sebuah tamadun bangsa dan negara.
Rangkap 4
Penyajak berdoa kepada Tuhan agar diberi kekuatan iman untuk menghadapi hidup
mendatang yang penuh dengan dugaan dan cabaran demi mengejar cita-cita dan demi
kemajuan negara.
Rangkap 5
Penyajak menyeru generasi agar memilih jalan yang betul dan bukannya jalan yang salah.
Tema
Tema sajak ini ialah dadah musuh negara. Dadah mengakibatkan kemusnahan kepada
manusia, agama, bangsa dan negara.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
20/93
Persoalan
1. Negara bangsa musnah akibat dadah.
2. Penyalahgunaan dadah akan membawa kesengsaraan diri.
3. Generasi yang sihat dan bebas dadah dapat membangunkan negara.
4. Kekuatan iman dalam menangkis cabaran.
Gaya Bahasa
1. Anafora
adalah dadah itu perosa jiwa
adalah dadah itu pembunuh semata-mata.
2. Repitisi
Jatuh kota Melaka dan musnah kota merdeka
3. Responsi
Rimba di depan kita masih luas terbentang
Mari kita pilih jalan lurus ke syurga
4. Sinkope
- Kau racun dalam khayal yang tidak terduga
5. Metafora
lorong hidup , laut masa depanmu, lorong hitam.
6. Personifikasi
Bertahun-tahun kau hidup meracuni manusia.
7. Simile
Seperti tercatat dalam sejarah
8. Inversi
angkara dadah telah mati seorang angkasawan.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
21/93
9. Imej alam
Laut, rimba, duri
Unsur Bunyi
1. Asonansiseperti tercatat dalam sejarah. (pengulangan vokal e)
Aliterasimaka seorang pujangga pun berkata.( pengulangan konsonan g)
Nada - Sinis
Bentuk
1. Bebas.
2. Terdapat lima rangkap.
3. Rima akhir baris-baris ayat.
Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
Rangkap 2 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya aaaaaaaa.
Rangkap 3 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabaca.
Rangkap 4 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya abcdaee.
Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcc.
Nilai
1. Kegigihan
2. Rasional
3. Keimanan
4. Semangat Patriotik
5. Bertanggungjawab
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
22/93
Pengajaran
1. Kita hendaklah gigih menjauhi najis dadah .
2. Kita hendaklah menguatkan iman di dada dalam mengharungi cabaran dan dugaan hidup.
3. Kita hendaklah sentiasa beriman untuk melalui liku-liku hidup.
4. Kita mestikan mempertahankan negara.
5. Kita hendaklah bertanggungjawab memilih haluan kehidupan yang sebenar.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
23/93
KATA-KATA
(Hashim Yaacob)
Maksud Sajak
Rangkap 1
Apabila dihina, janganlah kita berdiam diri. Kita seharusnya mempertahankan maruah
dengan membalas balik kata-kata tersebut.
Rangkap 2
Apabila diherdik, kita janganlah berdiam diri. Sebaliknya kita perlu mempertahankan diri.
Rangkap 3
Martabat dan kedaulatan negara kita harus dipertahankan dengan kebijaksanaan berkata-
kata dan berhujah dengan spontan.
Rangkap 4
Negara kita telah mencapai kemerdekaan bukan melalui kekerasan, sebaliknya kerana
kepintaran kata-kata di meja perundingan.
Rangkap 5
Penyajak menyeru generasi muda supaya bijak berkata-kata jika mereka inginkan kehidupan
mereka terbela.
Tema
Tema sajak ini ialah maruah dan jati diri yang perlu dipertaruhkan dengan kebijaksanaan
kata-kata.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
24/93
Persoalan
1. Kebijaksanaan berbahasa untuk membidas hujah lawan.
2. Mempertahankan diri apabila dihina dengan menggunakan kata-kata yang santun.
3. Berkata-kata perlu menggunakan akal fikiran
4. Kemerdekaan negara boleh diperoleh menerusi rundingan dan tanpa peperangan.
Gaya Bahasa
Anafora
Kita merdeka bukan kerana senjata
Kita merdeka kerana bijak kata
Repitisi
Lawan kata dengan kata
Responsi
Kalau kita dicerca dengan kata
Jangan kita diam tak terkata
Epifora
Ini martabat bangsa kita
Ini kedaulatan negara kita
Sinkope
Jangan kita diam tak terkata
Unsur Bunyi
AsonansiPertahankanlah maruah kita(pengulangan vokal a)
AliterasiJanganlah kita diam tak terkata.(pengulangan konsonan t)
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
25/93
Bentuk
Bebas.
Terdapat lima rangkap.
Rima akhir baris-baris ayatSeparuh terikat.
Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
Rangkap 3 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
Rangkap 4 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya aa.
Rangkap 5 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya aaa.
Nilai
Kebijaksanaan
Hemah tinggi
Kigigihan
Patriotik
Pengajaran
1. Kita hendaklah bijak berkata-kata dan berhujah.
2. Kita hendaklah berhemah tinggi ketika berkata-kata.
3. Kita hendaklah gigih mempertahankan maruah diri dan maruah negara.
4. Kita mestilah berani mempertahankan negara.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
26/93
KEUSANGAN BUDAYA
(Roshilawati Razlan)
Maksud Sajak
Rangkap 1
Pada zaman dahulu gadis Melayu begitu bersopan santun berpakaian tradisional.
Rangkap 2
Pada zaman dahulu pemuda Melayu mengamalkan budaya Melayu dan gigih meneroka
hutan. Pemuda pada zaman itu juga bermain alat muzik seruling dengan lagu-lagu yang
merdu dan mengasyikkan.
Rangkap 3
Pada masa ini sukar untuk bertemu gadis atau pemuda yang masih mengamalkan budaya
kemelayuan sejati. Yang ada cuma pemuda dan pemudi yang tidak lesu dan tidak
bersemangat.
Rangkap 4
Pada masa ini anak-anak muda lebih menggemari alunan muzik rancak manakala muzik yang
melambangkan kebudayaan Melayu telah ditinggalkan. Begitu juga pakaian tradisional telah
dipinggirkan.
Rangkap 5
Golongan tua sahaja yang masih mempertahankan seni tradisional. Mereka hanya mampu
merenung nasib permainan tradisional seperti wayang kulit semakin dilupakan.
Tema
Tema sajak ini ialah budaya bangsa Melayu yang semakin luput ditelan zaman.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
27/93
Persoalan
1. Generasi muda yang meminggirkan amalan budaya Melayu.
2. Ketinggian budaya Melayu dalam kehidupan seharian.
3. Pengaruh budaya asing .
4. Harapan dan impian golongan tua untuk melihat budaya Melayu diamalkan semula.
Gaya Bahasa
1. Anafora
tubuh-tubuh lesu
tubuh-tubuh kaku
2. Responsi
Ayahanda bonda di pondok
Memalu nobat di sisi
3. Hiperbola
Irama gamat menodai kedamaian
4. Personifikasi.
seruling bambu diam keusangan,
5. Inversi
melihat sayu Sang Sita Dewi.
Unsur Bunyi
Asonansibersalut songket tenunan Melayu(pengulangan vokal u)
Aliterasi -irama gamat menodai kedamaian.( pengulangan konsonan m)
Nada - melankolik
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
28/93
Bentuk
1. Bebas.
2. Terdapat lima rangkap.
3. Rima akhir baris-baris ayatSeparuh terikat.
Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaab.
Rangkap 2 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcc.
Rangkap 3 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abcdbb.
Rangkap 4 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abbb.
Nilai
1. Kesopanan
2. Menghargai budaya
3. Patriotik
4. Bertanggungjawab
Pengajaran
1. Kita hendaklah sentiasa bersopan santun.
2. Kita mestilah menghargai kebudayaan kita sendiri.
3. Kita hendaklah mempertahan budaya kita daripada dicemari budaya asing.
4. Kita hendaklah bertanggungjawab memelihara permainan tradisional .
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
29/93
SEORANG INSAN ISTIMEWA
(Natasya Puteri)
Maksud Sajak
Rangkap 1
Seseorang itu tidak pernah meminta untuk dilahirkan menjadi cacat. Namun siapalah dirinya
untuk melawan takdir Tuhan. Segalanya telah ditakdirkan sejak azali lagi dan dia perlu
meneruskan kehidupan seharian.
Rangkap 2
Seorang insan istimewa perlu reda dalam menanggung segala kepayahan walaupun dalam
keadaan terpaksa. Walaupun ada orang yang bersimpati dengan nasib yang menimpa diri,
namun segalanya tidak dapat dibandingkan dengan penderitaan yang dialaminya.
Rangkap 3
Kehidupa sebagai insan istimewa dianggap sebagai anugerah dan ujian Tuhan kepada
hamba-hambanya. Biarpun sukar, mereka tetap mempunyai peluang untuk meneruskan
kehidupan di dunia ini.
Rangkap 4
Orang yang normal harus membantu dan membimbing insan istimewa dengan hati yang
ikhlas kerana setiap kebaikan kita lakukan pasti mendapat keredaan Allah.
Tema
Tema sajak ini ialah dugaan hidup sebagai golongan istimewa. Golongan istimewa telah
menempuh pelbagai dugaan dalam meneruskan kelangsungan hidup.
Persoalan
1. Ketabahan dalam menghadapi ujian Tuhan.
2. Tanggungjawab membantu sesama manusia.
3. Bersyukur walaupun dilahirkan sebagai insan istimewa.
4. Keyakinan diri dapat mengatasi segala halangan dan dugaan.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
30/93
Bentuk
Bebas.
Terdapat empat rangkap.
Rima akhir baris-baris ayatSeparuh terikat.
Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya aabacd.
Rangkap 2 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabcdc.
Rangkap 3 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya abbbacbb.
Rangkap 4 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abb.
Gaya Bahasa
1.Parelleisme
Seorang insan istimewa.
2. Anafora.
Sebuah suratan tertulis sudah
Sebuah kehidupan tetap harus diteruskan
3. Responsi.
Anugerah suatu ujian
Anugerah suatu tuntutan
4.Inversi
Sebuah suratan tertulis sudah
5.Paradoks
Menggalas payah dalam senyum terpaksa
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
31/93
Unsur bunyi
1. Asonansimeneruskan kehidupan. (pengulangan vokal e)
2. Aliterasibantulah, bimbinglah. (pengulangan konsonan b)
3. Nada - melankolik
Nilai
Keredaan
Saling membantu
Keikhlasan
Bertanggungjawab
Pengajaran
Kita haruslah reda menerima takdir
Kita perlu bersedia membantu golongan kurang upaya .
Kita haruslah ikhlas menghulurkan bantuan .
Kita mestilah bertanggungjawab membantu golongan kurang upaya seikhlas hati.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
32/93
RUMPUT
(Khadijah Hashim)
Maksud Sajak
Rangkap 1
Keluhan insan yang yang nasibnya ibarat rumput. Sebelum sempat untuk bangun sudah
ditindas seseorang. Sebelum sempat dia menonjolkan kelebihan diri, dia dihina oleh orang
lain. Ditambah pula dengan persekitaran yang serba kekurangan dan tidak selesa. Namun
demikian, masih ada yang bersimpati dengan kesusahannya.
Rangkap 2
Kesenangan golongan miskin kebiasaannya tidak lama kerana ada sahaja orang yang akan
kesempatan. Ada golongan yang mengambil kesempatan yang menggunakan orang miskin
untuk kepentingan dirinya.
Rangkap 3
Nasib orang miskin sentiasa yang tiada tempat berlindung lebih malang berbanding orang
miskin yang masih ada tempat berlindung.
Tema
Tema sajak ini ialah rintihan nasib golongan miskin yang hina dan dipandang rendah.
Persoalan
Sikap saling menghormati sesama insan .
Menghargai orang lain walaupun miskin.
Perbezaan darjat manusia.
Cabaran dalam menghadapi kesusahan dan keperitan hidup.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
33/93
Bentuk
1. Bebas.
2. Terdapat tiga rangkap.
3. Rima akhir baris-baris ayatSeparuh terikat.
Rangkap 1 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya aaabcddd.
Rangkap 2 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya ababcc.
Rangkap 3 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya ab.
Gaya Bahasa
1. Anafora
Cepat panjang
Cepat dapat wang
2. Pengulangan
Baru saja hendak
3. Sinkope.
tak.
4. Personifikasi.
tangan hendak menari.
5. Simile
bagai menunggu mati.
Unsur Bunyi
Asonansidiserbu debu menutup muka. (pengulangan vokal u)
Aliterasiditambah lagi bau busuk asap lori. (pengulangan konsonan b)
Nada - Melankolik
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
34/93
Nilai
Ketabahan
Kegiigihan
Hormat-menghormati
Bertimbang rasa
Pengajaran
Kita janganlah menghina orang susah.
Kita perlulah mempunyai sifat saling menghormati.
Kita harus menghargai bakat orang lain..
Kita janganlah menutup peluang golongan susah atau miskin.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
35/93
ORANG TUA
(Puspa Rani a/p Munusamy)
Maksud Sajak
Rangkap 1
Mengisahkan seorang perempuan tua yang hidup merempat di tepi jalan. Dirinya kotor ,
tidak terurus dan hidupnya sebatang kara.
Rangkap 2
Mengisahkan seorang lelaki tua di hujung jalan . Dirinya kotor dan berseluar koyak rabak. Dia
duduk di tangga menanti sisa makanan daripada restoran mamak untuk mengalas perut.
Rangkap 3
Mengisahkan mayat seorang tua yang berlumuran darah terbiar di jalan raya. Apabila di bilik
mayat pula , tiada waris yang menuntut mayatnya.
Rangkap 4
Warga muda harus sedar bahawa warga emas juga insan ciptaan Allah seperti mereka.
Warga tua ditinggalkan oleh anak-anak yangtidak bermoral dan tidak mengenang budi.
Tema
Tema sajak ini ialah Kehidupan warga emas yang merempat akibat diabaikan oleh anak-
anak.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
36/93
Persoalan
Sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri
Sikap anak-anak yang tidak mengenang jasa ibu bapa.
Tanggungjawab membantu warga emas.
Bentuk
1. Bebas.
2. Terdapat empat rangkap.
3. Rima akhir baris-baris ayat tidak terikat
Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abcdee.
Rangkap 2 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abcdce.
Rangkap 3 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abacbb.
Rangkap 4 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abccda.
Gaya Bahasa
Parellelisme/pengulangan keseluruhan baris
Nampakkah kau
Sinkope :
Contoh : kau
Simile :
Nampakkah ia sepertimu?
Peribahasa
Mengalas perut
Perlambangan
Beg usang(Perlambangan kemiskinan)
Baju kotor seluarnya rabak (Perlambangan kemiskinan)
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
37/93
Unsur Bunyi
Asonansibebas dari belenggu penjajah. (pengulangan vokal e)
Aliterasipertahankanlah kedaulatannya.( pengulangan konsonan n)
Nada - Sinis
Nilai
Kasih sayang. Keprihatinan Kesabaran Bersyukur Bertanggungjawab
Pengajaran
1. Kita mestilah memiliki sifat kasih sayang.2. Kita mesti prihati terhadap fakir miskin.3. Kita haruslah bersabar dalam menghadapi dugaan hidup.4. Kita mestilah sentiasa bersyukur kepada Allah.5. Kita perlu menjadi anak yang bertanggungjawap terhadap ibu bapa.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
38/93
Prosa Tradisional
(Hikayat Seri Kelantan)
Tema
Tema prosa tradisional ini ialah seorang puteri yang cantik dan mempunyai keisimewaan
luar biasa
Persoalan
1. Keinginan merampas hak orang.
2. Kasih sayang antara suami dengan isteri.
3. Perpaduan dalam mempertahankan negara.
4. Semangat bermuafakat dalam melaksanakan pekerjaan.
5. Ketaatan kepada raja.
6. Berdiplomasi dalam menyelesaikan persengketaan.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
1. Tuan Puteri Sadung
Anak perempuan raja Jembal.
Anak angkat kepada Encik Siti Wan Kembang.
Dikatakan berasal daripada keturunan orang tuha-tuha yang berdarah putih dan bertulang
tunggal.
Rupa paras yang sangat cantik. Kecantikannya banyak menyebabkan orang tergila-
gilakannya sehingga Raja Siam terlalu ingin memilikinya.
Memiliki kesaktian yang luar biasa. Dapat menjadikan seluruh Kota Jelasin dan mahligainya
ghaib lalu jatuh ke dalam hutan ketika hendak menyelamatkan diri daripada pasukan tentera
Siam.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
39/93
Sangat sayang akan suaminya. Tuan puteri berasa sangat sedih serta serba salah ketika
hendak berpisah dengan Sultan Abdullah.
Sanggup berkorban. Tuan puteri sanggup mengikut Tuk Ca dan menjadi milik Raja Siam demi
menyelamatkan negerinya daripada musnah.
Taat setia akan suaminya. Tuan puteri tidak membantah cadangan Sultan Abdullah untuk
menjadi milik Raja Siam kerana takut dimurkai Sultan Abdullah.
Bijaksana. Tuan puteri mencadangkan Sultan Abdullah supaya berjumpa dengan Tuk Ca
untuk bertanya tentang hajat sebenar raja Siam menyerang Kota Jelasin.
Memelihara kehormatan diri. Tuan puteri tidak sanggup menjadi milik Raja Siam kerana
mahu menjaga maruah dan kehormatannya sebagai seorang isteri.
Akhirnya menjadi milik Raja Siam. Tuan puteri mengikut Tuk Ca belayar ke benua Siam.
Watak Sampingan
1.Sultan Abdullah
Anak raja Jembal.
Nama asal Raja Abdullah.
Berkahwin dengan Tuan Puteri Sadung.
Menjadi pemerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.
Membina Kota Jelasin atas arahan ibu mentuanya, Encik Siti Wan Kembang.
Berpendirian tegas. Sultan Abdullah berasa marah apabila mengetahui Raja Siam ingin
memiliki isterinya lalu terus menghalau keluar utusan Siam.
Sangat sayang akan isterinya. Sultan Abdullah berasa sangat sedih apabila terpaksa berpisah
dengan isterinya.
Berani. Sultan Abdullah sanggup berhadapan dengan tentera Siam yang menyerang Kota
Jelasin.
Sanggup berkorban. Sultan Abdullah sanggup menyerahkan isterinya untuk menjadi milik
Raja Siam demi menyelamatkan negerinya.
Bijak dalam mengambil tindakan. Sultan Abdullah sanggup berunding dengan Tuk Ca setelahmahligainya dikepung oleh tentera Siam untuk mengelakkan negerinya musnah.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
40/93
Akhirnya terpaksa berpisah dan menyerahkan isteri kesayangannya, Tuan Puteri Sadung
kepada Raja Siam.
2.Cik Siti Wan Kembang
Raja Perempuan.
Memerintah kerajaan Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.
Belum berkahwin dan mempunyai anak.
Mengambil Tuan Puteri Sadung sebagai anak angkat.
Sangat sayang akan anak angkatnya. Banyak orang tergila-gila akan tuan puteri tetapi tidak
berani mendekatinya kerana Encik Siti terlalu mengasihinya.
Mengahwinkan Tuan Puteri Sadung dengan Raja Abdullah, anak raja Jembal. Encik Siti
mengahwinkan Tuan Puteri Sadung kerana ingin mencari pewaris kepada kerajaannya.
Berpindah ke Gunung Ayam dan menjadi raja di situ setelah Tuan Puteri Sadung berkahwin.
3.Tuk Ca
Ahli nujum kepada Raja Siam.
Taat kepada raja. Turut belayar bersama-sama dengan raja, menteri dan pegawai Siam
setelah diperintahkan oleh Raja Siam.
Memiliki kesaktian. Tuk Ca dapat mengetahui tempat persembunyian Tuan Puteri Sadung
dan Sultan Abdullah berdasarkan ilmu nujum yang dimilikinya.
Bijak dalam sebelum bertindak. Tuk Ca mencadangkan pasukan Siam bersiap sedia menuju
ke arah selatan agar Tuan Puteri Sadung dapat ditangkap.
Tidak mudah gelabah. Tuk Ca meminta raja-raja, pegawai dan hulubalang Siam bertenang
setelah Tuan Puteri Sadung, Sultan Abdullah, dan mahligai ghaib.
Bertolak ansur. Tuk Ca berunding secara damai dengan Sultan Abdullah untuk mendapatkan
Tuan Puteri Sadung yang ingin dimiliki oleh Raja Siam.
Berjaya memperoleh Tuan Puteri Sadung dengan mudah dan membawanya pulang ke
benua Siam.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
41/93
Latar
Latar Masa
Zaman pemerintahan kerajaan Kelantan Purba.
40 hari 40 malam. Persediaan untuk majlis perkahwinan Tuan Puteri Sadung dengan Sultan
Abdullah.
Waktu malam. Ketika utusan Siam berjumpa dengan Sultan Abdullah untuk menyampaikan
hasrat Raja Siam yang ingin memiliki Tuan Puteri Sadung.
Waktu siang. Raja dan pegawai sebelah Raja Siam menyedari bahawa Kota Jelasin telah
ghaib.
Latar Tempat
Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.
Kota Jelasin..
Cerang Bahana.
Gunung Ayam.
Istana/mahligai.
Perahu jong.
Latar Masyarakat
Masyarakat zaman sistem beraja / Masyarakat feudal .
Masyarakat yang taat setia kepada pemerintah.
Masyarakat yang sanggup berkorban untuk mempertahankan negara.
Masyarakat yang memiliki kesaktian yang luar biasa.
Masyarakat yang bersabar.
Masyarakat yang tidak bersatu padu.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
42/93
Gaya Bahasa
Bahasa Istana
Contoh: sultan, baginda, titah, murka, ayahanda, bonda
Bahasa Melayu Klasik
Contoh: jemelah, suak, cerang, cetera, tuha-tuha, al-kisah,
Bahasa Arab
Contoh: mustaib, Allah subhanahu wa taala
Dialek Kelantan
Contoh: beroyat
Pribahasa
Contoh : anak angkat
Nilai
Kasih sayang
Taat setia
Berkorban
Nilai bertolak ansur
Berani
Cinta akan negara
Bermuafakat
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
43/93
Pengajaran
Kita hendaklah saling menyayangi suami isteri. Kita hendaklah taat setia kepada raja. Kita hendaklah sanggup berkorban demi mempertahankan negara. Kita hendaklah bijak bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Kita hendaklah bersatu padu untuk menjaga kedaulatan negara. Janganlah kita merampas hak orang lain. Kita hendaklah berunding secara damai untuk menyelesaikan sebarang
persengketaan.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
44/93
Prosa Tradisional
( Hikayat Patani )
Tema
Tema hikayat ini ialah asal usul pemerintahan dan pembukaan Negeri Patani. Phaya Tu
Naqpa berasa kagum dengan pelanduk putih yang dikejar anjing tetapi berjaya
menghilangkan diri. Oleh itu, raja berasakan bahawa tempat tersebut sangat sesuai untuk
dijadikan negeri. Raja Phaya Tu Naqpa telah bertemu dengan sepasang suami isteri dan
setelah mengetahui asal-usulnya, lalu dibuka negeri baharu yang diberi nama Patani Dar al-
Salam sempena nama Encik Tani.
Persoalan
1. Cara pembentukan sebuah kota (bekerjasama)
2. Keberanian dalam menegakkan kebenaran.
3. Kebolehan luar biasa dalam mengubati penyakit.
4. Menunaikan janji yang telah dibuat.
5. Pengislaman seorang pemerintah.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Phaya Tu Naqpa
Nama asalnya Phaya Tu Antara
Nama sewaktu menjadi raja ialah Phaya Tu Naqpa
Nama Islamya Sultan Ismail Syah Zillullah Fil-Alam
Seorang yang tidak berpegang pada janji
Akur kepada janji setelah ditimpa musibah.
Mempunyai tiga cahaya mata iaitu Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai, dan Mahacai
Pailang.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
45/93
Watak Sampingan
Syeikh Said
Berpegang teguh pada ajaran agama Islam
Berkebolehan mengubati penyakit.
Tegas pendirian dalam membuat sesuatu keputusan.
Berani kerana benar. Buktinya Syeikh Said bertegas sekiranya raja tidak menunaikan
janjinya, dia tidak akan mengubati baginda lagi walaupun dia dihukum bunuh.
Mengislamkan Phaya Tu Naqpa.
Kerub Picai Paina
Anak sulung kepada Phaya Tu Naqpa ( Phaya Tu Antara )
Menggunakan gelaran Sultan Mudaffar Syah setelah memeluk agama Islam.
Tuanku Mahacai
Anak perempuan kepada Phaya Tu Naqpa
Anak kedua daripada tiga adik beradik
Menggunakan gelaran Raja Aisyah setelah peluk agama Islam
Mahacai Pailang
Anak bongsu kepada Phaya Tu Naqpa
Menggunakan gelaran Sultan Manzur Syah setelah memeluk agama Islam.
Tuk Besar
Orang yang bertanggungjawab mengebumikan mayat Syeikh Gambak dan Abdul
Mukmin
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
46/93
Latar
Latar Tempat
Jambatan KediTempat Encik Tani turun ke laut
.Pintu Gajah
Tempat pelanduk putih menghilangkan diri
Sebuah pangkalan di tepi laut.
Tempat hukuman bunuh dijalankan ke atas Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin.
Kampung orang PasaiTempat tinggal Syeikh Said.
Balairung istanaTempat raja, menteri , hulubalang dan semua rakyat menjalankanproses pengislaman.
SungaiTempat mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihanyutkan.
Latar Masa
i) Zaman pemerintahan Phaya Tu Naqpa menerima pengaruh Islam.
ii) Malam
iii) Bulan Ramadan.
Latar Masyarakat
Masyarakat feudal
Masyarakat yang taat setia kepada pemerintah.
Masyarakat yang menerima pengaruh agama Islam.
Masyarakat yang tidak berpegang teguh pada janji.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
47/93
Gaya Bahasa
Bahasa istana
Contoh : baginda, sultan, ayahanda, patik, hulubalang, titah dan bersemayam.
Bahasa Arab
Contoh : karar, syafaat, takdir
Nilai
Bekerjasama.
Ketegasan
Keberanian.
Berpendirian tegas.
Menepati janji.
Keinsafan.
Pengajaran
Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.
Kita hendaklah tegas menguatkuasakan undang-undang.
Kita hendaklah berani dalam menegakkan kebenaran.
Kita hendaklah tegas dalam membuat sesuatu keputusan.
Kita hendaklah menepati janji.
Kita hendaklah insaf apabila menyedari diri telah melakukan kesilapan.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
48/93
Prosa Tradisional
(Hikayat Marakarma)
Tema
Tema hikayat ini ialah hubungan erat antara kerabat diraja.Peperangan yang berlaku antara
Maharaja Marakarma dengan Maharaja Indera Dewa telah dapat menyatukan Puteri Nila
Cahaya dengan Raja Bujangga Indera melalui ikatan perkahwinan. Selain itu, Puteri Cahaya
Khairani telah dapat bertemu semula dengan saudaranya, Raja Bujangga Indera serta
ayahanda dan bondanya setelah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma.
Persoalan
1. Keberanian untuk menempuh rintangan.
2. Kebijaksanaan dalam meluaskan kawasan jajahan.
3. Kesabaran dalam menghadapi penderitaan hidup.
4. Tanggungjawab seorang bapa menjaga anak.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
1. Maharaja Marakarma
Putera kepada Maharaja Indera Angkasa.
Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raja Mengindera Sari.
Berkahwin dengan Tuan Puteri Cahaya Khairani.
Taat. Patuh akan perintah ayahanda baginda supaya berperang menentang
Maharaja Indera Dewa.
Mahir memanah. Berjaya membunuh Maharaja Indera Dewa dengan kemahiran
memanah yang dimiliki oleh baginda.
Berani. Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
49/93
Bertanggungjawab. Menjalankan tugas sebagai ayah kepada Puteri Nila Cahaya
dengan baik.
Ditabalkan sebagai maharaja di negeri Mercu Indera.
Watak Sampingan
1.Raja Mengindera Sari
Putera kepada Maharaja Indera Angkasa.
Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Maharaja Marakarma.
Menjadi raja di negeri Pelanggam Cahaya.
Taat. Patuh akan perintah ayahanda baginda supaya berperang menentang
Maharaja Indera Dewa.
2.Puteri Nila Cahaya
Puteri kepada Maharaja Indera Dewa.
Seorang anak yang manja.
Penyayang. Berasa sedih apabila mendengar berita kemangkatan ayahanda dan
bondanya.
Bernasib baik. Walaupun pada asalnya hidup menderita namun akhirnya mendapat
kebahagiaan.
Berkahwin dengan Raja Bujangga Indera.
3. Puteri Cahaya Khairani
Berkahwin dengan Maharaja Marakarma.
Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raja Bujangga Indera.
Penyayang. Berasa gembira apabila dapat bertemu kembali dengan adindanya.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
50/93
4. Raja Bujangga Indera
Bersaudara dengan Tuan Puteri Cahaya Khairani
Berkahwin dengan Tuan Puteri Nila Cahaya
Ditabalkan menjadi Maharaja Anta Beranta
Penyayang. Berasa gembira apabila dapat bertemu kembali dengan kakandanya.
Latar
Latar Masa
I.Pagi
II.Empat puluh hari empat puluh malam
Latar Tempat
I.Negeri Puspa Sari
II.Negeri Anta Beranta
III.Negeri Mercu Indera
Latar Masyarakat
I. Masyarakat feudal
II. Masyarakat yang penyayang
III. Masyarakat yang taat setia.
IV. Masyarakat yang bertanggungjawab
V. Masyarakat yang berani.
VI. Masyarakat yang bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.
Contoh: Seluruh rakyat bersama-sama keluar untuk berperang.
VII. Masyarakat yang mengamalkan kepercayaan karut.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
51/93
Gaya Bahasa
I. Bahasa Istana
Contoh: baginda ,ayahanda, bonda, baginda, titah, bersemayam, singgahsana
II. Bahasa Sanskrit
Contoh: ratna mutu manikam
III. Bahasa Arab
Contoh: maghrib, masyrik
IV. Bahasa Melayu Klasik
Contoh: rata, lebu duli, anak keti
V. Hiperbola :
Lalu ia memanah ke udara dan menjadi api seperti unung besar.
Nilai
Keberanian.
Amanah.
Kerjasama
Ketaatan
Bertanggungjawab
Kebijaksanaan
Pengajaran
1.Kita hendaklah berani untuk menentang musuh.
2.Kita hendaklah amanah dalam menjalankan tugas yang diberikan.
3.Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga..
4.Kita hendaklah taat akan perintah ibu bapa.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
52/93
Prosa Tradisional
(Hikayat Inderaputera)
Tema
Tema hikayat ini ialah keberanian dan kesaktian seorang anak raja.Inderaputera meminta
keizinan bondanya untuk keluar mengembara seorang diri dengan tujuan berdikari dan
mengenali erti kehidupan yang sebenar dan disebabkan kesaktian yang terdapat pada
dirinya jugalah Inderaputera berjaya bertemu Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.
Persoalan
a. Keberanian menentang musuh.
b. Bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan dapat
meringankan beban.
c. Bertutur dengan sopan dapat melembutkan hati orang
sekeliling..
d. Budi pekerti yang mulia
e. Bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan Tuhan.
Watak utama
Inderaputera
Seorang putera raja kepada Bikrama Buspa.
Bondanya bernama Puteri Seganda Cahaya Iram.
Sangat kacak/tampan rupa parasnya.
Bersifat berani.
Mempunyai budi pekerti yang mulia.
Mempunyai hati yang bersih.
Menggunakan kelebihan diri untuk membantu orang lain.
Satu-satunya putera raja yang berjaya bertemu dengan Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
53/93
Mempunyai kelebihan menghidupkan orang yang telah mati dengan menggunakan Bedi
Zahar.
Watak Sampingan
1.Puteri Seganda Cahaya Iram
Bonda kepada Inderaputera
Isteri/Permaisuri kepada Raja Bikrama Buspa.
Sangat bimbangkan akan keselamatan anaknya.
Buktinya sukar melepaskan anaknya pergi mengembara seorang diri.
2.Janggi Gerdana
Seekor kuda hijau yang terdapat di dalam gua Perbendaharaan Raja Baharum Tabiq
Seekor haiwan yang pandai berkata-kata menggunakan bahasa jin
Patuh dan akur kepada kelembutan dan pujian.
Buktinya apabila Inderaputera menggunakan bahasa jin dengan lemah lembut maka
kuda hijau yang pada asalnya berdengus kuat terus tunduk dan akur akan kehendak
Inderaputera yang ingin menjadikannya sebagai sahabat.
3.Ular Mamdud
Seekor ular besar yang panjang dan mempunyai kesaktian.
Buktinya, di kepalanya terdapat suatu cembul putih dan di dalamnya terdapat (Bedi Zahar)
yang mampu menghidupkan orang mati. Malah manusia dan binatang yang telah tanggaltulangnya juga mampu dihidupkan semula dengan izin Tuhan.
4.Raja Puspa Pandai
Seorang raja yang memerintah negeri Zainun.
Bangsanya berasal daripada jin Islam
Bangsa isterinya pula berasal daripada manusia
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
54/93
Mempunyai dua orang anak
Puteranya bernama Dinar Pandai
Puterinya bernama Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela
Isterinya/Permaisuri bernama Tuan Puteri Seri Gading
Rakyatnya terdiri daripada rakyat kera pada waktu siang dan bertukar menjadi manusia
pada waktu malam
Seorang ayah yang bertanggungjawab.
5.Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela
Puteri kepada Puspa Pandai
Mempunyai rupa paras yang cantik menawan
Sudah dewasa dan patut mempunyai teman hidup
Tinggal di dalam mahligai indah yang telah dibina atas perintah ayahandanya, Puspa
Pandai
Ditemani oleh seekor burung tiung dan bayan yang berkebolehan berkata-kata
Sukar untuk didekati dan dimiliki.
Berjaya bertemu dengan Inderaputera dan membawa pulang bertemu ayahandanya di
negeri Zainun.
Latar
Latar Masa
I.Zaman feudal. Zaman pemerintahan diraja.
II.Waktu siang. Rakyat Raja Puspa Pandai menjadi kera, beruk, lotong karkah(cikah),
kongkang dan siamang.
III.Waktu malam. Manakala pada waktu malam seluruh rakyat yang menjadi kera dan beruk
bertukar menjadi manusia.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
55/93
Latar Tempat
I.Gua yang dikenali sebagai Perbendaharaan Raja Baharum Tabiq.
II.Padang Anta Berahi.
III.Mahligai.
IV.Tangga emas.
V.Istana.
VI. Negeri Zainun.
Latar Masyarakat
I.Masyarakat feudal.
II.Masyarakat manusia dan binatang yang mempunyai cirri-ciri kesaktian.
III.Masyarakat yang patuh kepada pemerintah.
Gaya Bahasa
Bahasa istana.
Contoh : bonda, hamba
Penggunaan pantun
Contoh : Penjahat di atas pintu,
Dulang tiris mari dirapat;
Orang muda sahaja begitu,
Orang yang arif maka mendapat
Simile
Contoh: hidungnya itu laksana kuntum melur dan telinganya seperti telepok.
Metafora
Contoh: maka anak raja itu pun seperti lenyaplah rasa ia dalam laut berahi itu.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
56/93
Nilai
I. Keberanian.
II.Bertanggungjawab
III.Bekerjasama.
IV.Kesyukuran.
V.Menghargai jasa
VI.Kasih sayang.
Pengajaran.
I Kita haruslah mempunyai semangat yang cekal dan berani untuk menghadapi sebarang
halangan.
II. Kita haruslah bertanggungjawab kepada anak.
III.Kita haruslah sentiasa bekerjasama untuk meringankan beban.
IV.Kita hendaklah sentiasa merendahkan suara ketika bercakap.
V.Kita hendaklah bekerjasama dalah menjalankan tugas supaya meringan beban.
VI.Kita hendaklah mengagungkan kebesaran Tuhan.
VI.Kita hendaklah menghargai jasa orang yang telah menaburkan budi.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
57/93
CERPEN : MUTIARA BONDA
[Osman Ayob]
Tema
Tema cerpen ini ialah kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anaknya hingga berjaya
dalam pelajaran.
Persoalan
1. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
2. Bertawakal dan berdoa kepada Tuhan.
3. Kepentingan menuntut ilmu pengetahuan dalam kehidupan.
4. Keciciran pelajar luar bandar.
5. Gejala sosial dalam kalangan remaja.
6. Tekanan hidup anak bekas banduan.
7. Keinsafan dalam kehidupan.
Plot
i. Permulaan
Bonda yang sangat gembira menerima surat daripada anaknya, Mohd Harazz yang sedang
melanjutkan pelajaran di Jordan. Bonda mengimbas kembali saat-saat ketika membesarkan
adik sehingga berjaya . Ketika Mohd Harraz berusia 10 hingga 12 tahun dia sangat nakal dan
degil.
ii. Perkembangan
Gambaran kenakalan dan kedegilan Mohd Harraz sehingga dia mengambil keputusan
berhenti sekolah ketika berada dalam darjah enam. Namun ibunya tetap sabar melayani
kerenahnya.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
58/93
iii. Konflik
Konflik timbul apabila Mohd Harraz memberitahu bahawa dia mahu berhenti sekolah . Kak
Cik tidak bersetuju dan sering tidak berpuas hati dengan sikap ibu yang selalu memberimuka kepada Mohd Harraz.
iv. Klimaks
Ketika adik hendak bertemu dengan kawannya dia terlibat dalam kemalangan jalan raya .
Pondok dusun yang hendak dikunjungi adik telah diserbu oleh pihak polis. Adik bernasib
baik kerana dia tidak berada di situ ketika serbuan tersebut.
v.Peleraian
Adik bersyukur kerana tidak berada dipondok itu, dia telah insaf atas kesilapannya dan
menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajarannya semula. Akhirnya ,Mohd Harraz
berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Bayt, Jordan.
Teknik Plot
1. Pemerian
Adik berlari keluar. Saya menjerit memberikan amaran, tetapi tenggelam oleh deruman
ganas enjin motor.
2. Dialog
Adik nak berhenti sekolah. Bosanlah kena belajar selalu.
3. Imbas Kembali
Sejak dimasukkan kea lam persekolahan, awal-awal lagi sudah terserlah kemalasan dan
ketidaksungguhan adik terhadap ilmu
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
59/93
4. Monolog dalaman
Ah, tiada sejurungpun ihsan adik berrtamu! Saya betul-betul sakit hati . Berasap-asap bara
meluat saya.
5. Kejutan
Adik terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika hendak pergi ke dusun bertemu
rakannya.
6. Suspens
Pembaca tertanya-tanya adakah Mohd Harraz akan berubah sikap selepas terlibat dalam
kemalangan jalan raya.
Watak dan Perwatakan
Watak utama
Adik
Nama penuhnya Mohd Harraz bin Lebai Sidi
Anak lelaki tunggal daripada empat orang adik-beradik.
Seorang yang degil dan keras hati.
Malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial .
Seorang yang panas baran.
Insaf setelah terlibat dalam kemalangan.
Melanjutkan pelajar di Universiti al-Bayt, Jordan.
Watak Sampingan
Bonda
Seorang ibu tunggal .
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
60/93
Mempunyai empat orang anak, tiga perempuan dan seorang lelaki.
Gigih membesarkan anak-anak.
Mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa anak-anaknya akan berjaya dalam hidup..
Mendidik anak dengan lembut.
Sangat sabar menghadapi kerenah anak lelaki tunggalnya.
Kak Cik
Anak ketiga daripada empat orang adik-berad
Kurang sabar dan agak pemarah dengan kerenah adiknya.
Sering menenangkan bonda apabila bonda kesedihan.
Latar
Latar Masa
1. Waktu pagi
2. Waktu senja
3. Waktu malam
Latar Tempat
1. Rumah Bonda
2. Pondok Dusun
3. Hospital
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang gigih mendidik anak.
2. Masyarakat yang terlibat dakam penagihan dadah.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
61/93
3. Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.
4. Masyarakat yang mementingkan nilai kasih sayang.
Gaya Bahasa
1. Personifikasi
Timbul rasa kagum akan kecekalan sang suria menghadapi bilah-bilah hari.
2. Hiperbola
kata-kata berapi yang membakar kepala,
berasap-asap bara meluat saya
3. Metafora
Setem duka, album pengalaman, sampul kehidupan
4. Sinkope
Bonda yang berdosa sebabtak pandai ajar anak
-
5. Simile
bonda bagai tercampak ke pulau hana
ibarat mengumpul setem
6. Peribahasa
mengembalikan manikam ke dalam cembulnya
bersengkang mata
benderea putih
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
62/93
Nilai
1. Kasih sayang.
2. Bertanggungjawab.
3. Kesabaran.
4. Kegigihan.
5. Keinsafan.
6. Ketabahan.
Pengajaran
1. Kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak.
2. Kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak.
3. Kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar luar bandar.
4. Kita hendaklah mementingkan kasih sayang dalam keluarga.
5. Kita haruslah sabar dalam menghadapi segala kerenah ahli keluarga.
6. Kita haruslah tabah menghadapi dugaan .
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
63/93
Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana
[Zainal Rashid Ahmad]
Tema
Tema cerpen ini ialah tradisi kehidupan dalam masyarakat Melayu tradisional di kampung.
Persoalan
Kepentingan alam semula jadi dalam masyarakat kampung. Pendidikan agama dalam masyarakat Taatan kepada guru Kemiskinan masyarakat di kampung Mengenang jasa.
Plot
Permulaan
Penulis mengingat zaman kehidupannya dan rakan-rakannya semasa mereka membesar dikampung.
Perkembangan
Penulis menceritakan kepentingan tumbuh-tumbuhan untuk mengubat pelbagai penyakit
bagi menggantikan ubat-ubatan moden yang lebih mahal dan tidak mampu dibayar oleh
penduduk kampung.
Puncak
Kematian Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong, kedua-dua orang yang paling disayangi dan
dihormati oleh mereka.
Peleraian
Penulis menganggap bahawa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong merupakan dua orang
yang tidak akan dilupakan oleh mereka.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
64/93
Teknik Plot
Pemerian
Orang tua-tua yang lahir dan bakal mati sebagai simiskin, dan selamanya takkan mampu
pergi ke klinik kala jatuh sakit
Imbas Kembali
Waktu masih kecil dan baru masuk sekolah, di rumah Hajah Tom, guru Quran tempat kami
mengaji, dua tiga orang teman mengadu
Dialog
Untuk beroleh berkat, amalkan dengan tawakal, berserah , dan berdoalah dengan kalimat
hanya Allah Yang Maha Berkuasa, kata Hajah Tom
Kejutan
Solat ini terakhir untuk guru Quran yang tercinta
Tak lama selepas itu, pada awal Ramadan kemudiannya, kami solat terakhir untuk Haji Salleh
Pumpong pula.
Watak dan Perwatakan
Aku/kami
Penulis merupakan anak kampung yang miskin .
Penulis rajin membantu sebarang kerja yang diminta oleh Hajah Tom dan imam Haji
Salleh Pumpong
Penulis taat kepada Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.
Penulis rajin dan bertanggungjawab
Hajah Tom
Guru Quran
Suaminya meninggal akibat ditembak komunis di Gubir.
Tinggal sendirian dikampung
Bertubuh kecil serta berkulit putih licin seperti langsat matang
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
65/93
Kuat agama dan sentiasa menasihatkan anak-anak kampung agar sentiasa mengingati
Tuhan.
Baik hatibeliau akan memasakkan mereka makanan seandainya dilihat murid-
muridnya sangat letih kerana belum makan .
PemurahBeliau menjamu penulis dan rakan-rakannya selepas membantu Haji Salleh
Pumpong membersihkan surau akibat musim air pasang.
PenyayangBeliau sentiasa mengalu-alukan kedatangan penulis dan rakan-rakannya
kerana beliau tidak mempunyai anak/penulis dan rakan-rakan telah khatam al-Quran
beberapa kali di rumah Hajah Tom .
Imam Haji Salleh Pumpong
Imam tua di kampung penulis.
Berpengetahuan luasimam yang paling tahu segala perkara yang berkaitan dengan
agama .
Pembersihsentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu telah uzur
Penyayangmenyangi kanak-kanak .
Latar
Latar Masa
Waktu subuh
Malam-malam pertengahan Ramadhan
Awal Ramadhan
Latar Tempat
Kampung .
Surau
Gubir
Rumah Hajah Tom
Latar Masyarakat
Masyarakat kampung
Masyarakat kampung yang miskin
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
66/93
Masyarakat kampung yang taat kepada guru agama.
Masyarakat yang prihatin .
Masyarakat yang mengutamakan kebersihan
Masyarakat yang mengenang jasa.
Gaya Bahasa
Penggunaan bahasa Arab.
Insyaalah, surah , khatam
Simile
Umpama menghadap raja
Personafikasi
lumpur pula melumuri tangga dan beranda
Peribahasa
Sekangkang kera
Pengulangan kataKalau dia kata jangan, maka segera kami jauhi; kalau katanya
mesti, maka cepat-cepat kami patuhi.
Nilai
Ketaatan
Keprihatinan.
Baik hati .
Mengenang jasa .
Kasih sayang.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
67/93
Pengajaran
1. Kita hendaklah taat kepada guru.
2. Kita haruslah prihatin terhadap orang lain.
3. Kita perlulah mengamalkan sikap baik hati sesama manusia.
4. Kita hendaklah mengenang jasa..
5. Kita hendaklah menyayangi antara satu sama lain.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
68/93
CERPEN HARGA SEBUAH LUKISAN
Baharudin A. Manan
Tema
Tema cerpen ini ialah keluhuran hati dalam persahabatan.
Persoalan
Kesungguhan untuk menghasilkan karya yang terbaik. Keikhlasan dalam persahabatan. Kesabaran dalam menghadapi masalah. Cepat menginsafi kesalahan yang telah dilakukan Baik hati dan berlapang dada memaafkan kesilapan orang.
Plot
(i) Permulaan
Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan artis-artis tersohor untuk mencari ilhamyang akan dilukiskan dalam pertandingan lukisan yang akan disertainya. Pembaca dikenalkan
dengan watak Kamal Hijaz sebagai pelajar yang hebat dalam lukisan di sekolahnya.
(ii) Pengembangan
Sebelum pertandingan lukisan dimulakan Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen
terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi oleh Maryati dan Norlela.Mereka bertegur sapa
dan usik-mengusik dengan isu yang berkisar dengan pertandingan melukis yang akan disertai
oleh mereka sebentar lagi. Sejurus kemudian, Maryati mengeluarkan bekas makanan dan
mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka. Pada mulanya, Kamal Hijaz agak
keberatan dan malu untuk menerima pelawaan Maryati, tetapi atas permintaan mereka
untuk kali yang terakhir, Kamal Hijaz mengalah. Setelah selesai makan, Kamal Hijaz dan
Norlela pergi mencuci pinggan dan gelas di kantin.
Semasa pertandingan berlangsung , Kamal Hijaz keresahan kerana kertas lukisannya
bermasalah dan sukar untuk diwarnai kerana telah disapu lilin. Dia terpaksa menukar kerta
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
69/93
lukisan. Sekali gus dia mengubah fikiran,lalu melukis melukis Hang Tuah bertikam dengan
Hang Jebat. Tatkala itu, fikirannya berkonflik; berfikir tentang kisah sejarah Hang Tuah dan
Hang Jebat
(iii) Puncak
Pada perhimpunan mingguan di sekolah, dia diumumkan sebagai pemenang
Pertandingan Melukis Peringkat Daerah, manakala Maryati sebagai pemenang kedua.
(iv) Peleraian
Hari terakhir persekolahan Kamal Hijaz diberi peluang memberikan ucapan perpisahan.
Ucapannya amat menyentuk hati Maryati, dan Maryati berasa bersalah dan kesal. Maryati
menemui Kamal Hijaz untuk ,meminta maaf kerana dia telah menukar kertas lukisan Kamal
ketika Kamal mencucui pinggan di kantin. Kamal Hijaz memaafkan Maryati dan
menghadiahinya sebuah lukisan.
Teknik Plot
1. Pemerian
Walau apa-apapun, Kamal Hijaz akan berlatih untuk membuat kedua-duanya sekali , tetapi
dia tidaklah mahu melukis
2. Monolog dalaman.
Patutlah begitu. Tetapi kenapakah jadi begitu? Telah disemak ketika di rumah tadi,
semuanya dalam keadaan elok.Mengapakah tiba-tiba jadi begini? Hatinya mula diserang
goyah.
3. Dialog
Marilah kita sama-sama menjamu selera, Kamal. Tangan Maryati pantas, memenuhi
pinggan dengan sate ayam, kuah , dan nasi himpit.
4. Imbas kembali
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
70/93
Sebenarnya, akulah yang menukar kertas lukisanmu ketika kamu pergi ke kantin dulu.
Sengaja aku tukar supaya kamu menggelabah dan tidak memenangi hadiah, tetapi kamu
memamg handal.
5. Imbas muka
Ya, tahun depan kita akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah . Semoga
kita akan sama-sama mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Watak dan Perwatakan
Kamal Hijaz
Berusia 14 tahun
Pelajar Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.
Berbakat dan berminat dalam lukisan/ sentiasa mendapat markah A dalam mata
pelajaran Lukisan.
Pelajar yang gigih dan bersungguh-sungguh.
Tekun mencari ilham untuk persediaan pertandingan melukis.
Berjiwa mulia kerana menyumbangkan hadiah yang diperoleh kepada PIBG bagi
membantu rakan-rakan yang kurang bernasib baik.
Tabah dan tenang ketika menghadapi masalah. Dia tetap bersabar dan meneruskan
lukisannya yang kedua sehingga berjaya.
Bersikap terbuka dan pemaaf
Maryati
Berusia 14 tahun
Rakan sekelas Kamal Hijaz.
Seorang yang peramah dan mudah mesra. Hal ini terserlah sewaktu dia dan Norela
bertemu dengan Kamal Hijaz sebelum pertandingan melukis.
Hasad dengi dan telah menggunakan tektik kotor untuk mengalahkan Kamal Hijaz
dalam pertandingan melukis.
Mudah insaf dan menyesali kesilapannya.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
71/93
Gaya Bahasa
Penggunaan bahasa Inggeris
- Water colour, poster colourSimlile
Macam nenek kebayan
Unsur peribahasa
Lurus bendul, membuta tuli
Personifikasi
Kekecewaan menghambat perasaannya
Unsur hiperbola
Menusuk rongga hidung
Unsur bahasa asing
Water colour
Latar Tempat
Di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa ; Di taman mini sekolah Di tapak perhimpunan dan di kantin sekolah.
Latar Masa
Hari sabtu semasa pertandingan lukisan diadakan. Hari Isnin semasa perhimpunan
Latar Masyarakat
Latar masyarakat yang berbakat dalam melukis. Latar masyarakat yang ikhlas dalam persahabatan. Latar masyarakat remaja yang gigih berusaha. Latar masyarakat remaja yang menghargai sejarah. Latar masyarakat remaja yang mengkhianati rakan untuk memenangi dalam
pertandingan.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
72/93
Nilai
1. Kegigihan2. Kesyukuran.3. Bersemangat tinggi4. Bersabar5. Keinsafan6. Baik hati.
Pengajaran
Kita hendaklah gigih berusaha untuk berjaya. Kita hendaklah bersyukur akan nikmat Tuhan. Kita hendaklah bersemangat untuk berjaya. Kita hendaklah bersabar dan bertenang. Kita hendaklah menginsafi kesilapaan sendiri. Kita hendaklah berhati mulia.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
73/93
CERPEN BUDI SEMANGKUK DAGING
(Amy Suzani Ainuddin)
Tema
Kepentingan semangat kejiranan dalam kehidupan seharian tanpa mengira kaum.
Persoalan
1. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama hidup dalam harmoni.
2. Ketidakfahaman tentang budaya bangsa lain boleh menimbulkan prasangka buruk.
3. Dendam boleh mengakibatkan permusuhan.
4. Remaja yang ringan tulang .
Plot
(i) Permulaan
Puan Ainun memasak daging masak Minang.
(ii) Perkembangan
Puan Ainun meminta anak-anaknya menghantar masakan tersebut kepada tiga orang
jirannya iaitu Puan Cheng, Cik Punita dan Puan Salbiah.
(iii) Konflik/Perumitan
Konflik timbul apabila, Cik Punita mengembalikan semula masakan tersebut menyebabkan
Puan Ainun berkecil hati dan berdendam kepada kepada Cik Punita.
(iv) Klimaks
Puan Ainun akhirnya mengetahui punca Cik Punita mengembalikan masakannya melalui
penjelasan suaminya. Cik Punita tidak makan daging kerana dia penganut agama Hindu yang
dilarang makan daging lembu.
(v) Peleraian
Puan Ainun sedar akan kesilapannya dan menghantar sendiri bubur kacang kepada CikPunita.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
74/93
Teknik Plot/Penceritaan
1. Pemerian
Puan Ainun tersenyum puas. Bau harum masakkanya memenuhi ruang udara dapur.
2. Dialog
Tak mengapa! Ada ubi ada batas. Hari ini engkau buat pada aku. Esok lusa , aku akan buat
begitu pada engkau pula, kata Puan Ainun dala hati.
3. Imbas Kembali
Puan Ainun mengingati kembali peristiwa dia tidak membeli produk barangan kesihatan
yang dijual oleh Cik Punita.
4. Monolog
Orang lain pun berniaga juga,taklah macam dia. Nak paksa-paksa orang pula, rungut Puan
Ainun lagi.
5. Monolog dalaman
Biarkan daging itu empuk untuk beberapa minit lagi, fikir Puan Ainun.
6. Suspens
Puan Ainun duduk sambil menongkat dagu di atas meja. Fikirannya ligat mencari jawapan
tentang punca jiran di sebelah kanan rumahnya itu menolak pemberiannya.
7. Kejutan
Puan Ainun terkejut mendengar penjelasan suaminya . Rupa-rupanya Cik Punita tidak makan
daging kerana penganut agama Hindu tidak dibenarkan makan daging lembu.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
75/93
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Puan Ainun
Isteri kepada Encik Hilal
Ibu kepada Shafiq dan Hanif
Berjiran dengan Cik Punita, Puan Cheng dan Puan Salbiah
Mempunyai semangat kejiranan dan suka menolong jiran.
Gemar memasak dan memberi masakan kepada jiran-jirannya.
Berperasangka buruk.
Seorang yang mudah berkecil hati dan pendendam.
Insaf akan kesilapannya
Watak Sampingan
1. Punita
Jiran Puan Ainun yang berketurunan India dan beragama Hindu.
Berusia 30-an tetapi belum berkahwin.
Fasih berbahasa Melayu.
Berasal dari Ipoh.
Menjual barangan kesihatan keluaran syarikat jualan langsung.
Patuh pada ajaran agamanya .
Mempunyai semangat kejiranan .
2. Encik Hilal
Suami kepada Puan Ainun.
Bapa kepada Shafiq dan Hanif.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
76/93
Suami yang penyabar dan berjaya menyedarkan kesilapan isterinya.
Memahami adat dan budaya masyarakat kaum lain .
Latar
Latar Masa
1. Waktu pagi
2. Waktu tengah hari
3. Waktu petang
Latar Tempat
1. Rumah Pun Ainun
2. Kawasan Perumahan
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.
2. Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan .
3. Masyarakat remaja rajin menolong jiran.
4. Masyarakat remaja yang taat kepada ibu bapa.
5. Masyarakat yang prihatin terhadap adat ,budaya dan agama pelbagai kaum.
6. Masyarakat yang berprasangka dan berdendam.
Gaya Bahasa
1. Penggunaan bahasa Inggeris
Best
2. Simile
Sakit hati Puan Ainun makin bertambah bagai dicucuk dengan duri.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
77/93
3. Peribahasa
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Nilai
1. Bantu-membantu
2. Hormat-menghormati
3. Baik hati
4. Kepatuhan
5. Keinsafan.
6. Prihatin
Pengajaran
1. Kita mestilah bantu-membantu sesama jiran.
2. Kita hendaklah menghormati jiran dan amalan kepercayaan bangsa lain..
3. Kita hendaklah berprasangka baik sesama jiran.
4. Kita mestilah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai yang baik.
5. Kita mestilah menginsafi kesilapan diri dan cari jalan penyelesaian.
6. Kita mestilah prihati dengan adat dan kepercayaan jiran.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
78/93
CERPEN : MENCARI NAFAS BARU
[Ayusari mj]
Tema
Tema cerpen ini ialah kegigihan seorang guru yang mengajar di kawasan pedalaman.
Persoalan
1. Kasih sayang seorang guru terhadap muridnya.
2. Kesungguhan guru menaikkan prestasi sekolah.
3. Ketabahan guru yang mengajar di pedalaman.
4. Kepentingan perubatan moden.
Plot
1. Permulaan
Cikgu Ana mengingati kisah ketika mengajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Chat. Cikgu
Ana telah mengambil keputusan untuk bertukar sekolah selepas kematian Milah. Milah
merupakan anak murid kesayangannya yang dianggap seperti adiknya meninggal dunia
kerana menghidap penyakit leukemia.
2. Perkembangan
Pada bahagian ini, Cikgu Ana mengimbas kembali saat-saat dia dihantar. bertugas di SekolahKebangsaan Kampung Chat, Pahang.
Cikgu Ana amat menyayangi Milah, salah seorang muridnya yang dianggap seperti adiknya
sendiri.
3. Konflik
Konflik timbul apabila Milah tidak hadir ke sekolah lebih dari tiga hari. Milah disahkan
menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL).
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
79/93
4. Klimaks
Milah meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang Cikgu Ana.
5. Peleraian
Cikgu Ana reda dengan ketentuan Ilahi dan mengambil keputusan untuk bertukar ke
tempat kelahirannya.
Teknik Plot
1. Pemerian
Kini segala-galanya hanya tinggal kenangan. Ana sudah mengambil keputusan. Keputusan
yang diambilnya ini bukan bermakna Ana kecewa tetapi itu ialah cara yang terbaik..
2. Dialog
Belum. Ayah Molah dan cari air penawar, tetapi tak kurang-kurang demamnya. Risau pula
kakak dibuatnya! keluh emak Milah.
3. Monolog
Ya AAlah , sekiranya ini yang terbaik bagi Millah dan orang di sekelilingnya, maka kami
terima dengan penuh keredaan Soal hidup dan mati terletak pada tangan-Mu! Ana
mengangkat tangan memohon restu Illah.
4. Imbas Kembali
Ana masih teringat lagi akan detik-detik yang begitu mendebarkan apabila dia ditempatkan
untuk mengajar di Kampung Chat, Hulu Pahang.
5. Suspens
Cikgu Ana gelisah apabila sudah tiga hari Milah tidak hadir ke sekolah.
6. Kejutan
Milah menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL)dan meninggal dunia.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
80/93
Watak dan Perwatakan
Watak utama
Cikgu Ana
Guru lulusan universiti pendidikan tempatan.
Berkhidmat di Sekolah Kampung Chat, Hulu Pahang.
Gigih melaksanakan tugas.
Bertanggungjawab terhadap anak didiknya
Prihatin masalah kesihatan anak muridnya.
Baik hati untuk menderma sumsum tulang untuk anak muridnya.
Penyayang.
Watak Sampingan
Milah
Murid tingkatan 3.
Murid di sekolah Ana .
Anak sulung daripada enam orang adik-beradik.
Ibunya berniaga secara kecil-kecilan
Ayahnya penangkap ikan.
Seorang pelajar yang rajin dan aktif bersukan.
Menghidap penyakit leukemia.
Meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang daripada Cikgu Ana.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
81/93
Latar
Latar Masa
1. Waktu pagi Sabtu
2. Waktu petang
3. Pada hari Jumaat.
Latar Tempat
1. Kampung Chat, Hulu Pahang.
2. Sekolah kebangsaan Kampung Chat.
3. Kampung Lenjun
4. Hospital Daerah, Kuala Lipis
Latar Masyarakat
1. Masyarakat guru yang bertanggungjawab terhadap anak muridnya.
2. Masyarakat guru yang penyayang.
3. Masyarakat yang murid yang gigih dalam pelajaran dan kokurikulum.
4. Masyarakat kampung di pedalaman.
5. Masyarakat yang tabah menghadapi takdir Tuhan.
6. Masyarakat guru yang ikhlas sebagai pendidik.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
82/93
Gaya Bahasa
1. Penggunaan istilah Sains
Vincristine, Cytosine Arabinoside,
2. Personifikasi
keindahan hutan dara yang menghijau disulami nyanyian unggas dan percikan air jeram
semasa menyusuru Sungai Kuah benar-benar menggamit Ana
3. Simile
Tanpa suara manja Milah bagaikan lagu berirama.
Nilai
1. Bertanggungjawab
2. Kasih sayang.
3. Pengorbanan.
4. Kerajinan.
5. Bersimpati.
Pengajaran
1. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
2. Kita hendaklah mengasihi sesama insan .
3. Kita hendaklah berkorban untuk kebahagiaan semua.
4. Kita hendaklah rajin membantu untuk meringankan beban orang lain.
5. Kita hendaklah bersimpati dengan nasib malang yang menimpa orang lain.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
83/93
Drama Sebuah Perjuangan
(Ab Manaf Kamarudin)
Tema
Tema drama ini ialah semangat patriotik anak watan menentang penjajahan.
Persoalan
1. Kepentingan mempertahankan hak kebebasan memerintah di negara sendiri.2. Pengkhianatan terhadap bangsa sendiri untuk kepentingan diri sendi3. Bekerjasama dalam mempertahankan tanah air.4. Peperangan banyak membawa kemusnahan.5. Bijak membuat menuyusun strategi..
Plot
Pembinaan plot
(i) Permulaan
Semasa ucapan , Pangeran Syahbandar menyeru penduduk kampung menentang kompeni
Inggeris kerana daerah ini ialah kawasan mereka.
(ii) Perkembangan
Di pejabat Pegawai Inggeris, Jahul melaporkan berita tentang Pangeran Syahbandar yang
mendakwa beliau berkuasa di Sungai Padas. Sungai Padas telah dipajak kepada kompeni
Inggeris oleh Sultan Brunei. Pangeran Syahbandar mendakwa Sungai Padas tidak termasuk
dalam kawasan pajakan Inggeris.
Pangeran Syahbandar meluahkan perasaan marah terhadap kompeni Inggeris dan
menyatakan bahawa kompeni tidak akan berjaya menghasut penduduk kampung.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
84/93
Pertempuran berlaku antara orang kampung dengan sekumpulan pembelot. Pangeran
Syahbandar telah mengarahkan pengikut-pengikutnya memburu dan menangkap pembelot-
pembelot.
Pegawai Inggeris membuat bantahan kepada Sultan Brunei supaya menghentikan tindakan
Pangeran Syahbandar menentang kompeni.
Tunku Sultan mengarahkan Pangeran Syahbandar membebaskan tawanan dan
menghentikan penentangan terhadap kompeni tetapi tidak diendahkan. Awang
menerangkan bahawa perjuangan mereka adalah untuk menegakkan hak dan kebebasan.
(iii) Konflik
Pertempuran dan tembak-menembak antara Pangeran Syahbandar dan polis-polis kompeni.
Pangeran Syahbandar mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya menyerang, membunuh
dan merampas senjata api orang Inggeris. Ramai polis kompeni dibunuh dan senjata api
dirampas.
Tindakan Pangeran Syahbandar menyebabkan pegawai Inggeris mendapatkan kebenaran
daripada Tuan Residen untuk menyerang balas Kota Manggalela iaitu kubu kuat Pangeran
Syahbandar.
Keadaan kelam kabut berlaku apabila serangan sekali lagi dilakukan oleh kompeni Inggeris
dengan bantuan polis Sikh. Bilangan polis kompeni lebih ramai pada kali lagi. Awang berasa
cemas tetapi pangeran syahbandar member kata semangat supaya berjuang habis-habisan
(iv) Klimaks
Pangeran Syahbandar bersetuju berunding dengan pihak Inggeris.
.
(v) Peleraian
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
85/93
Pangeran Syahbandar dan pengikut-pengikutnya keluar dari kubu dan menyerah diri kepada
pihak kompeni Inggeris.
Teknik Penceritaan
Teknik Pemerian
Di tengah pentas kelihatan Pangeran Syahbandar sedang memberikan ucapan kepada
penduduk kampung dalam suatu perhimpunan.
Imbas kembali
Jahul: Begini tuan, semalam Pangeran dan pengikut-pengikutnya telah menyerang dan
menawan penduduk yang menjadi rakyat kompeni itu, tuan.
Imbas muka
Awang: Tapi, apa Pangeran? Ada baiknya kita menyahut saja seruan Gabenor baharu
kompeni itu. Bukankah dia mengajak kita berunding dan menghentikan peperangan?
Daripada kita semua terkorban tanpa warisan, baik kita berdamai, Pangeran.
Teknik kejutan
Pihak Inggeris datang menyerang dengan tiba-tiba selepas tembakan daripada polis-polis
tidak ada seketika.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Pangeran Syahbandar
Ketua penentang
Tokoh pejuang di Sungai Padas.
Berani menentang kompeni Inggeris.
Berfikiran matang dan rasional dalam membuat keputusan .
Pemimpin yang berkarisma.
Bijak mengatur strategi peperangan .
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
86/93
Bersemangat kental
Watak Sampingan
Awang
Pembantu kepada Pangeran Syahbandar.
Bersemangat patriotik.
Berfikiran jauh.
2. Jahul
Pengkhianat bangsanya sendiri.
Tali barut Inggeris.
Seorang yang senang dipujuk apabila menerima ganjaran.
Latar
Latar Masa
Berlaku hampir 4 bulan Waktu malam Waktu pagi
Latar Tempat
Di kawasan sungai Padas. Pejabat Pegawai Inggeris Kubu Kota Manggalela
Latar Masyarakat
Masyarakat kampung yang sanggup patriotik . Masyarakat yang mengkhianati bangsanya sendiri. Masyarakat penjajah yang suka campur tangan dalam hal-hal pentadbiran orang-
orang tempatan.
Masyarakat yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Masyarakat yang bertimbang rasa.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
87/93
Gaya bahasa
1. Penggunaan bahsa Inggeris
what, special for you, coming
2. Peribahasa
Tali barut , Biar berputih tulang, jangan berputih mata
Alang-alang mandi biar basah
Nilai
Patriotisme. Kesetiaan .. Bersatu padu. Keberanian.
Rasional Keikhlasan
Pengajaran
1. Kita haruslah memiliki semangat cinta akan negara.2. Kita hendaklah setia kepada ketua.3. Kita hendaklah bersatu dalam menghadapi musuh.4.
Kita hendaklah berani menentang penjajah.
5. Kita hendaklah berfikiran rasional dalam tindakan.6. Kita perlulah ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
88/93
Drama Cabaran
[A.Ghaafar Ibrahim]
Tema
Trama ini ialah perubahan sikap dan pemikiran generasi muda untuk mencapai kemajuan diri
dan bangsa .
Persoalan
1. Masyarakat yang menentang arus perubahan.
2. Pemimpin yang tidak berpegang pada janji.
3. Masyarakat yang tidak jujur .
4. Masyarakat yang mahu memajukan bangsa
.
Plot
Pembinaan plot
1. Permulaan
Perbualan antara Yahya, Mariah, Firdaus, Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang
dihadapi oleh masyarakat sekarang iaitu cabaran dalam kemajuan, ekonomi dan pelajaran.
2. Perkembangan
Perbualan antara Yahya dan Mariah tentang sikap anak-anak muda mereka yang berbual
kosong. Yahya mencadangkan penubuhan satu yayasan sebagai dana untuk membantuanak-anak ke universiti.
Barisan Pembela Rakyat Desa ditubuhkan untuk mengutip wang bagi tabung pelajaran yang
dapat membela nasib rakyat desa.
Rancangan ini dimulai dengan penubuhan kelas pemimpin dan Kedai Syarikat Kerjasama.
Hani menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang sikap pemuda yang suka berlepak pada hal
mereka harapan bangsa. Mereka juga harus sanggup berubah ke arah kebaikan.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
89/93
Firdaus berpendapat bahawa hidup mestilah percaya kepada diri sendiri untuk maju serta
berfikir dahulu sebelum membuat keputusan.
3. Konflik
Yahya menyindir sikap pemimpin yang sudah lupa pada orang bawahan. Yahya teringatkembali ucapan pemimpin yang berjanji untuk menolong orang bumiputera.
Zainal bersikap dan berpandangan negatif tentang perniagaan. Buktinya syarikat kilang padi
yang ditutup kerana pekerja yang tidak amanah.
4. Klimaks
Yahya gembira kerana rancangan mereka berjaya hasil permuafakatan. Kejayaan mereka
terpapar di surat khabar.
5. Peleraian
Zainal menyedari kesilapannya dan sedar akan kekuatan permuafakatan.
Teknik Penceritaan
Imbas Kembali
Yahya teringat ucapan Yang Berhormat Encik Osman semasa berkempen menjelang pilihanraya sedikit masa dahulu.
Monolog
Yahya: (Berdiri, katawa dan bercakap pada diri sendiri) Yang Berhormat Encik Osman tak
dapat datang. Tak dapat datang ke kampung ini. Maklmumlah. Orang besar banyak urusan.
Hai , yalah dah banyak berpangkat sikit, lupa kepada orang-orang bawah! Memandang bulan
di langit, lupa akan rumput di bumi.
Suspen
Husin : (Menjerit. Berjalan tak tentu arah) Ooo, kita berjaya! ( Membentangkan surat
khabar) Yahya, lihat gambarkau pun ada di samping gambar dia.
4. Kejutan
Yahya : (Senyum megah. Surat khabar di tangan) Suatu kegemparan. Ya, satu negeri
gempar! Rancangan kita berjaya. Ya , kita berjaya! Kita semua rakyat jelita. Kita berhak untuk
menuntut hak kita. Mana boleh jadi pak turut saja. Angguk kepala dengan tidak tentu hujung
pangkalnya.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
90/93
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Yahya
Ketua Pemuda Parti.
Pemuda kampung yang mempunyai semangat yang tinggi untuk berubah ke arah
kemajuan.
Pemuda yang berpandangan jauh dan berpendirian tegas.
Pemuda yang gigih berusaha untuk menubuhkan kelas pemimpin dan Kedai Syarikat
Kerjasama.
Yahya percaya bahawa setiap usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan berjaya.
Watak Sampingan
I Firdaus
Pemimpin muda yang sentiasa mempunyai idea yang positif.
Firdaus sentiasa mengeluarkan pendapat yang bernas tentang perubahan masyarakat
dan menerima adat resam lama yang boleh membawa kebaikan.
Mahu mencipta satu generasi baru yang dinamis, progresif, dan maju.
Kata-katanya selalu memberi motivasi kepada rakan-rakan lain.
II Zainal
Sentiasa berfikiran negatif tentang kemajuan.
Mementingkan diri sendiri.
Berfikiran sempit.
Seorang yang keras hati.
III Osman
Seorang ahli parlimen.
Pemimpin yang pandai berjanji tetapi tidak menunaikan janji tersebut.
Pandai berkata-kata.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
91/93
Pandai mempengaruhi orang lain.
Latar
Latar Masa
Malam - Di rumah Yahya, Yahya dan adiknya Mariah berbual-bual tentang penubuhan
barisan Pembela Rakyat Desa.
Petang - Di balai raya mereka berbual-bual tentang berita yang tersiar di dada akhbar
tentang kerugian syarikat kilang padi.
Latar Tempat
Rumah Yahya
Rumah Firdaus
3. Balai raya
Latar Masyarakat
1 Masyarakat yang tinggal di kampung.
2. Masyarakat muda yang mahukan perubahan.
3. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri..
4. Masyarakat muda yang berusaha membela nasib bangsa sendiri.
5. Masyarakat yang suka membuang masa .
6. Masyarakat yang mementingkan agama.
8/13/2019 Komsas Tingkatan 3
92/93
Gaya bahasa
1. Penggunaan bahasa Inggeris
Flasback, transistor
Simile
Engkau semua terlalu besar cita-cita. Macam harimau lapar saja.
Peribahasa
Hangat-hangat tahi ayam , cakap besar, keras hati.
4. Personifikasi
Hawa nafsu bermaharajalela dalam dada.
Nilai
1. Kerajinan.
2. Bekerjasama.
3. Keberanian
4. Rasional
5. Bersatu padu
6. Berwawasan.
Pengajaran
1. Kita hendaklah rajin berusaha untuk kesenangan hidup.
2. Kita mestilah bekerjasama kea rah kebaikan.
3. Kita hendaklah berani men