17
HARGA SEBUAH LUKISAN Komsas Tingkatan 3 Penulis : Baharudin A. Manan ADIBA YUSRA BINTI MOHD YUSOF

Harga Sebuah Lukisan KOMSAS Tingkatan 3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

komsas tingkatan 3.

Citation preview

Page 1: Harga Sebuah Lukisan KOMSAS Tingkatan 3

HARGA SEBUAH LUKISANKomsas Tingkatan 3

Penulis : Baharudin A. Manan

ADIBA YUSRA BINTI MOHD YUSOF

Page 2: Harga Sebuah Lukisan KOMSAS Tingkatan 3

SINOPSIS

Kamal Hijaz akan berpindah ke Terengganu kerana mengikut bapanya. Dia seorang pelajar yang berbakat dalam lukisan. Dua minggu sebelum berpindah, dia menyertai pertandingan melukis. Pada pagi hari pertandingan, Kamal Hijaz didatangi kawannya, Maryati dan Norlela. Mereka bersarapan bersama-sama di taman mini sekolah. Maryati mengkhianati Kamal Hijaz dengan menukar kertas lukisannya.Walau bagaimanapun, Kamal Hijaz berjaya juga memenangi hadiah pertama dalam pertandingan itu. Akhirnya, Maryati mengaku bahawa dialah yang berbuat khianat terhadap Kamal Hijaz. Dia meminta maaf, dan Kamal Hijaz menghadiahi Maryati sebuah lukisan.

Page 3: Harga Sebuah Lukisan KOMSAS Tingkatan 3

TEMA

Keluhuran hati dalam persahabatan. Keluhuran hati Kamal Hijaz terserlah apabila dia bersikap tenang dan memaafkan Maryati yang telah mengkhianatinya. Pada hari pertandingan, Maryati telah menukar kertas lukisan Kamal Hijaz ketika dia ke kantin untuk membersihkan bekas makanan.

Page 4: Harga Sebuah Lukisan KOMSAS Tingkatan 3

PERSOALANI.            Kesungguhan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.

Contoh : Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea yang akan dijadikan model dalam pertandingan melukis.

      II.            Keharmonian dalam kehidupan bersahabat.

Contoh : Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi oleh Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan dengan berbual mesra.

     III.            Baik hati dalam kalangan murid sekolah.

Contoh : Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka.

  

Page 5: Harga Sebuah Lukisan KOMSAS Tingkatan 3

   IV.            Kekuatan semangat menghadapi cabaran hidup.

Contoh : Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat kertas lukisannya yang disabotaj, Kamal Hijaz masih mampu bertenang dan meneruskan lukisannya dengan yakin dan berjaya.

    V.            Keinsafan akibat kesilapan yang dilakukan.

Contoh : Maryati berasa bersalah dan menginsafi kesalahannya mengkhianati Kamal Hijaz dan seterusnya dia meminta maaf.

    VI.            Kemuliaan hati dalam memaafkan seseorang.

Contoh : Kamal Hijaz memaafkan kesalahan Maryati yang mengkhianatinya dan menghadiahkan sebuah lukisan.

Page 6: Harga Sebuah Lukisan KOMSAS Tingkatan 3

PLOTi. Permulaan

Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari ilham yang akan dilukiskan dalam pertandingan melukis yang akan disertainya. Pembaca diperkenalkan dengan watak Kamal Hijaz sebagai pelajar yang hebat dalam lukisan di sekolahnya.

ii. Perkembangan

Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi oleh Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan usik-mengusik tentang isu yang berkisar dengan pertandingan melukis yang akan disertai oleh mereka sebentar lagi. Sejurus kemudian, Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka. Pada mulanya, Kamal Hijaz agak keberatan dan malu untuk menerima pelawaan Maryati, tetapi atas permintaan mereka untuk kali yang terakhir, Kamal Hijaz mengalah. Setelah selesai makan, Kamal Hijaz dan Norlela pergi ke kantin untuk mencuci pinggan dan gelas.

Page 7: Harga Sebuah Lukisan KOMSAS Tingkatan 3

iii. Puncak

Pertandingan melukis bermula, Kamal Hijaz keresahan kerana kertas lukisannya telah disabotaj sehingga sukar untuk diwarna. Dia terpaksa menukar kertas lukisan. Sekaligus dia mengubah fikiran, lalu melukis gambaran Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat. Tatkala itu, fikirannya berkonflik, berfikir tentang kisah sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat. Pada perhimpunan mingguan di sekolah, dia diumumkan sebagai pemenang Pertandingan Melukis Peringkat Daerah, manakala Maryati sebagai pemenang kedua.

iv. Peleraian

Pada hari terakhir persekolahan, Kamal Hijaz diberi peluang memberikan ucapan perpisahan. Ucapannya amat menyentuh hati Maryati, dan Maryati berasa bersalah dan kesal. Maryati menemui Kamal Hijaz untuk meminta maaf. Kamal Hijaz memaafkan Maryati dan menghadiahkan sebuah lukisan.

Page 8: Harga Sebuah Lukisan KOMSAS Tingkatan 3

TEKNIK PLOTi. Pemerian

Contoh: Penulis memerihalkan peristiwa ketika Kamal Hijaz yang dicemburui oleh kawan-kawannya kerana kebolehannya melukis.

ii. Monolog Dalaman

Contoh: Penulis menggambarkan Kamal Hijaz bermonolog dalaman semasa melukis gambaran pahlawan sedang bertikam di pertandingan melukis peringkat daerah.

iii. Dialog

Contoh: Teknik ini digunakan semasa Maryati meminta maaf kerana telah mengkianati Kamal Hijaz semasa pertandingan melukis.

Page 9: Harga Sebuah Lukisan KOMSAS Tingkatan 3

GAYA BAHASAi. Peribahasa. Contoh : Membulatkan hatinya

ii. Hiperbola. Contoh : Menusuk rongga hidung

iii. Pengaruh bahasa asing. Contoh : Penggunaan bahasa Inggeris - water colour

iv. Simile. Contoh : macam nenek kebayan

v. Kata ganda. Contoh : Kamal Hijaz merenung muka Maryati dan Norlela bergilir-gilir.

Page 10: Harga Sebuah Lukisan KOMSAS Tingkatan 3

WATAK DAN PERWATAKAN Watak Utama : Kamal Hijaz

I. Pelajar Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.

II. Berbakat dan berminat dalam lukisan dan sentiasa mendapat markah A dalam Mata Pelajaran Lukisan.

III. Pelajar yang berusaha dengan gigih. Dia tekun mencari ilham sebagai persediaan menyertai pertandingan melukis.

IV. Berjiwa mulia kerana menyumbangkan hadiah yang diperoleh kepada PIBG bagi membantu rakan-rakan yang kurang bernasib baik.

V. Tabah dan tenang ketika menghadapi masalah. Dia tetap bersabar dan meneruskan lukisannya yang kedua sehingga berjaya.

VI. Bersikap terbuka dan pemaaf. Dia memaafkan Maryati yang telah mengkhianatinya.

Page 11: Harga Sebuah Lukisan KOMSAS Tingkatan 3

Watak Sampingan : Maryati

I. Rakan kepada Kamal Hijaz.

II. Seorang yang peramah dan mudah mesra. Hal ini terserlah sewaktu dia dan Norela bertemu dengan Kamal Hijaz sebelum pertandingan melukis.

III. Berjiwa kecil. Dia sanggup menggunakan taktik kotor untuk Kamal Hijaz dalam pertandingan melukis.

IV. Mudah insaf dan menyesali kesilapannya. Dia berasa bersalah dan meminta maaf kepada Kamal Hijaz atas kesalahannya menukar kertas lukisan.

Page 12: Harga Sebuah Lukisan KOMSAS Tingkatan 3

LATAR MASA I. Hari Isnin. Hari Perhimpunan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.

Contoh: Pengetua menyampaikan amanatnya dan mengumumkan keputusan pertandingan yang diadakan.

II. Hari Sabtu. Hari cuti persekolahan.

Contoh : Pada hari pertandingan melukis di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.

III. Dua minggu.

Contoh : Tempoh antara hari pertandingan melukis dengan pengumuman keputusan pertandingan diumumkan.

IV. Tiga hari

Contoh : Tempoh Kamal Hijaz berlatih melukis gambar pemandangan di sawah padi dan gambaran dua pahlawan sedang bertikam.

Page 13: Harga Sebuah Lukisan KOMSAS Tingkatan 3

LATAR TEMPAT I. Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa. Tempat pertandingan

melukis dijalankan.

Contoh : Di Sekolah Menengah Kebangsaan itulah akan dilangsungkan pertandingan melukis itu.

II. Taman mini sekolah. Tempat Kamal Hijaz menunggu sebelum pertadingan dimulakan.

Contoh : Kamal Hijaz duduk bersandar pada bangku simen terazo yang terletak berhampiran taman mini sekolah.

III. Kantin sekolah. Latar tempat yang digunakan watak untuk membersihkan bekas makanan.

Contoh :“Kalau sudah begitu kata kamu, terpulanglah. Tapi, Norlela tentu boleh membantu kamu mencuci pinggan dan gelas di kantin,”

Page 14: Harga Sebuah Lukisan KOMSAS Tingkatan 3

LATAR MASYARAKATI. Golongan pendidik. Golongan yang berilmu dan bertanggungjawab

mendidik anak-anak tempatan.

Contoh : Cikgu Salina yang memaklumkan kepada pelajar tentang pertandingan melukis peringkat daerah.

II. Golongan pelajar. Sekumpulan anak-anak yang menuntut ilmu secara formal di sekolah.

Contoh : Kamal Hijaz, Maryati dan Norlela merupakan contoh murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.

III. Golongan yang gigih berusaha.. Terdapat individu yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya.

Contoh : Tiga hari Kamal Hijaz berlatih melukis gambar pemandangan di sawah padi dan gambaran pahlawan sedang bertikam.

IV. Golongan yang sanggup mengkhianati orang lain. Terdapat individu yang sanggup mengkhianati kawan demi kepentingan sendiri, tidak terkecuali

pelajar.

Contoh : Maryati sanggup menukar kertas lukisan Kamal Hijaz sebelum pertandingan bermula.

Page 15: Harga Sebuah Lukisan KOMSAS Tingkatan 3

NILAI

I. Nilai persahabatan.

Contoh : Meskipun Maryati pernah mengkhianati Kamal Hijaz, mereka tetap bersahabat dan akan terus bertukat-tukar kertas soalan setelah mereka berpisah nanti.

II. Nilai ketabahan.

Contoh : Ketabahan Kamal Hijaz sewaktu menghadapi masalah dengan kertas lukisannya. Dia tetap tabah dan gigih meneruskan lukisan keduanya.

III. Nilai kesabaran.

Contoh : Kesabaran Kamal Hijaz menerima pengakuan Maryati yang menukar kertas lukisannya sebelum pertandingan melukis.

IV. Nilai kegigihan.

Contoh : Kamal Hijaz membelek helaian buku lukisan, dan berlatih tiga hari melukis pemandangan di sawah padi dan pahlawan sedang bertikam.

Page 16: Harga Sebuah Lukisan KOMSAS Tingkatan 3

PENGAJARANI. Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang

terbaik.

Contoh : Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea yang akan dilukiskan dalam pertandingan melukis.

II. Kita hendaklah berbudi bahasa.

Contoh : Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka.

III. Kita hendaklah bersemangat tinggi.

Contoh : Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat daripada kertas lukisannya yang dikhianati, Kamal Hijaz masih mampu bertenang dan meneruskan lukisannya dengan yakin dan berjaya.

IV. Kita hendaklah menginsafi dan mengakui kesilapaan sendiri.

Contoh : Maryati berasa bersalah dan insaf akan kesalahannya mengkhianati Kamal Hijaz dan seterusnya dia meminta maaf.

V. Kita hendaklah berhati mulia.

Contoh : Kamal Hijaz memaafkan kesalahan Maryati yang telah mengkhianatinya dan menghadiahkan sebuah lukisan.

Page 17: Harga Sebuah Lukisan KOMSAS Tingkatan 3

TERIMA KASIH