70
NOTA KOMSAS TINGKATAN EMPAT-ANTOLOGI Maksud Rangkap Satu Pertanyaan tentang harga remaja yang tidak mengalami kekecewaan. Rangkap 2 Pertanyaan tentang kewajaran remaja menerima kesusahan, iaitu sana ada disebabkan perasan cinta yang belum masanya atau ilmu yang ditimba selama ini. Rangkap 3 Remaja amat berharga dan tidak dapat dibandingkan dengan perjanjian dlam percintaan yang belum masanya. Remaja yang baik ialah remaja yang berani dan memiliki ilmu. Rangkap4 Remaja hendaklah mengetahui arah tuju kehidupannya. Tema Ketinggian nilai remaja yang berilmu Persoalan (a) Kekecewaan golongan remaja. (b) Percintaan remaja semasa usia muda (c) Berani menempuh pelbagai cabaran dan mencuba sesuatu yang baru. (d) Keyakinan diri dalam melakukuan sesuatu tindakan dan teguh pendirian demi melangkah arah tuju yang diingini. (e) Menimba ilmu tanpa had sebagai bekalan masa depan yang cemerlang. Bentuk dan Ciri-Ciri sajak (a) Terdiri daripada empat rangkap (b) Bilangan barisnya tidak sama; rangkap pertama (enam baris) , rangkap kedua (enam baris), rangkap ketiga (enam baris), rangkap keempat (dua baris). (c) Rima akhirnya bebas/tidak sama; abacad,abcdce,aa Gaya Bahasa (a) Simile Contoh Bagai kehujiaun daun Bagai kesegaran pohon (b) Metafora . Conth cuka kesangsian, madu ajaran (c) Asonansi. (pengulangan vocal e- Berapakah sebenarnya harga remaja) (d) Aliterasi. (pengulangan konsonan t- dengan ketentuan tuju)

Nota Komsas Tingkatan Empat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KOMSAS T4

Citation preview

Page 1: Nota Komsas Tingkatan Empat

NOTA KOMSAS TINGKATAN EMPAT-ANTOLOGI

Maksud

Rangkap SatuPertanyaan tentang harga remaja yang tidak mengalami kekecewaan.

Rangkap 2Pertanyaan tentang kewajaran remaja menerima kesusahan, iaitu sana ada disebabkan perasan cinta yang belum masanya atau ilmu yang ditimba selama ini.

Rangkap 3Remaja amat berharga dan tidak dapat dibandingkan dengan perjanjian dlam percintaan yang belum masanya. Remaja yang baik ialah remaja yang berani dan memiliki ilmu.

Rangkap4Remaja hendaklah mengetahui arah tuju kehidupannya.

TemaKetinggian nilai remaja yang berilmu

Persoalan(a) Kekecewaan golongan remaja.(b) Percintaan remaja semasa usia muda(c) Berani menempuh pelbagai cabaran dan mencuba sesuatu yang baru.(d) Keyakinan diri dalam melakukuan sesuatu tindakan dan teguh pendirian demi melangkah arah tuju yang diingini.(e) Menimba ilmu tanpa had sebagai bekalan masa depan yang cemerlang.

Bentuk dan Ciri-Ciri sajak(a) Terdiri daripada empat rangkap(b) Bilangan barisnya tidak sama; rangkap pertama (enam baris) , rangkap kedua (enam baris), rangkap ketiga (enam baris), rangkap keempat (dua baris).(c) Rima akhirnya bebas/tidak sama; abacad,abcdce,aa

Gaya Bahasa(a) Simile ContohBagai kehujiaun daunBagai kesegaran pohon(b) Metafora . Conth cuka kesangsian, madu ajaran(c) Asonansi. (pengulangan vocal e- Berapakah sebenarnya harga remaja)(d) Aliterasi. (pengulangan konsonan t- dengan ketentuan tuju)

NadaSajak ini bernada didaktik

Nilai(a) Rajin(b) Berani(c) Gigih berusaha(d) Bijaksana(e) Bercita-cita tinggi

Page 2: Nota Komsas Tingkatan Empat

Pengajaran(a) Remaja hendaklah menjaga diri agar tidak mengalami kekecewaan.(b) Elakkan bercinta sewaktu remaja kerana tidak membawa faedah.(c) Remaja hendaklah menjadi golongan yang mencitai ilmu.(d) Remaja perlu bersikap berani kerana benar. 

Prosa Tradisional(Pelayaran Yang Penuh Peristiwa)

Sumber : Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)  Sinopsis Kisah bermula apabila Awang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan menaiki geliung (kapal) menuju dari Negeri Bandar Mengkalih menuju ke Negeri Semarang di Tanah Jawa. Geliung itu bergerak terlalu laju menyebabkan semua anak kapal mabuk-mabuk dan muntah-muntah lalu tidak sedarkan diri kecuali tiga orang iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menggantikan jurumudi kapal, Si Kembang Cina, dan Awang Sulung Merah Muda yang menyamar sebagai budak comot dan hitam. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung menggantikannya sebagai jurumudi dengan memberi alasan bahawa dia sudah keletihan. Pada mulanya Awang Sulung tidak bersetuju tetapi setelah dipujuk dengan lembut akhirnya Awang Sulung mengambil alih tugas sebagai jurumudi. Anehnya, Awang Sulung tidak memegang kemudi sebaliknya menyeru geliung itu supaya belayar mengikut tiupan angin. Setelah tiga hari belayar, geliung itu hendak berlabuh di Pulau Tapai untuk mengambil kayu api dan air tetapi gagal kerana laut bergelora. Sekali lagi Awang Sulung menggunakan kesaktiannya dengan mencampakkan tulang pelanduk putih menyebabkan air menjadi tenang. Setelah beberapa lama berlabuh barulah penghuni geliung tersedar daripada pengsan. Sebaik sedar, jurumudi menikam seekor ayam dengan kerisnya lalu pergi berjumpa Tuanku Nakhoda Tua dan menyatakan bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah. Tuanku Nakhoda Tua percaya kata-kata jurumudi kerana sewaktu kejadian baginda juga pengsan. Geliung itu berlabuh selama tiga hari tiga malam di Pulau Tapai. Tuanku Nakhoda Tua telah berjanji akan mengahwinkan sesiapa sahaja yang berjaya membawa geliung itu selamat sampai ke Tanah Jawa dengan puteri baginda iaituTuan Puteri Dayang Seri Jawa. Jurumudi menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap Awang Sulung kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sebaliknya dia dimarahi oleh tuan puteri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa cuba menguji kehebatan Awang Sulung dengan menyuruhnya mengambil air dan mencari kayu. Perkara pelik dilakukan oleh Awang Sulung kerana dia mengambil air di tengah laut di tempat arus yang deras. Awang Sulung tidak mengambil kayu bakau dan temu laut seperti yang diminta oleh tuan puteri, sebaliknya mengambil batang nipah. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memarahi Si Kembang Cina yang mengikut arahan jurumudi kerana memberikan sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung sebaliknya Tuan Puteri memerintahkan Si Kembang Cina menyiapkan hidangan istimewa kepada Awang Sulung. Berlaku satu lagi keanehan apabila air masin yang diambil oleh Awang Sulung yang dimasukkan ke dalam buyung suasa bertukar menjadi air manis.

Page 3: Nota Komsas Tingkatan Empat

 Semasa hendak meneruskan pelayaran, Tuanku Nakhoda Tua memanggil semua anak kapal memaklumkan bahawa mereka akan melalui kawasan Laut Sekona Lingga yang banyak lanun. Tuanku Nakhoda berjanji sesiapa yang dapat menyelamatkan baginda dan puterinya daripada serangan lanun, dia akan dikahwinkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Semua anak kapal berasa takut, namun jurumudi telah mengambil kesempatan dengan menonjolkan diri bahawa dia yang akan melawan lanun-lanun itu. Semasa melintasi perairan Pulau Salah Nama, lanun menyerang. Anak-anak kapal termasuk jurumudi lari menyelamatkan diri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Awang Sulung menentang lanun tetapi Awang Sulung membuat helah mengatakan beliau tidak layak kerana kaki dan tangannya sakit. Apabila mendengar alasan itu, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina memberikan limau selimpat pagar dan sabun wangi untuk Awang Sulung mandi. Selepas mandi dan memakai persalinan pakaian pusaka tua warisan bonda dan menyisip keris serta menyarung pedang sakti, terserlahlah ketampanan Awang Sulung. Semasa lanun-lanun cuba menaiki geliung, Awang Sulung melaungkan nama-nama ketua lanun dan menyindir mereka supaya menawan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Mendengar suara Awang Sulung, lanun-lanun itu ketakutan kerana mereka mengenali Awang Sulung dan berjanji untuk menyelesaikan hutang Awang Sulung kepada Datuk Batin Alam dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Geliung itu telah dipenuhi dengan wang batu dan wang emas. Setelah menyelesaikan semua hutang, Awang Sulung berhasrat untuk pulang ke Bandar Mengkalih menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sedih dan mengambil tindakan untuk terjun ke laut tetapi sempat dihalang oleh hulubalang yang ada di situ. Tuan puteri pengsan tetapi sedar apabila mendengar Awang Sulung berpantun dengan Si Kembang Cina lalu tuan puteri berbalas pantun pula dengan Awang Sulung. Setelah dijamu makan dan minum serta memenuhkan geliung dengan wang, lanun-lanun itu kembali ke bahtera masing-masing. Selepas lanun-lanun itu pergi, jurumudi membuat helah sekali lagi dengan mengaku dirinyalah yang menyelamatkan geliung itu daripada serangan lanun kepada Tuanku Nakhoda. Dia menunjukkan kerisnya yang berdarah selepas dia menikam seekor ayam. Tuanku Nakhoda Tua percaya penipuan jurumudi dan memerintahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa begitu geram dengan tindakan ayahandanya yang tidak usul periksa. Apabila mengetahui perkara sebenar Tuanku Nakhoda Tua memohon maaf kepada Awang Sulung yang juga berketurunan raja dan mengahwinkannya dengan tuan puteri. Beberapa hari selepas mereka berkahwin, geliung meneruskan pelayaran merentasi beberapa pulau sehinggalah sampai ke Negeri Pati Talak Terangganu. Awang Sulung dijemput naik ke darat oleh raja negeri tersebut. Semasa naik ke darat Awang Sulung ditemani oleh jurubatu dan Bujang Selamat. Mereka membawa bersama ayam Awang Sulung yang bernama Kinantan Suci. Kedatangan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak menimbulkan kehairanan rakyat negeri tersebut apabila segala alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi . Awang Sulung meminta kebenaran daripada raja untuk menyabung ayam. Pada peringkat awal pertarungan, Kinantan Suci hampir tewas tetapi setelah diseru oleh Awang Sulung ayam itu berjaya menaji ayam lawan sehingga terputus kepala. Selesai menyabung ayam barulah Awang Sulung naik ke balairung seri, disambut oleh pembesar dan rakyat negeri itu. Tema Kelebihan dan kehebatan anak rajaAwang Sulung Merah Muda digambarkan memiliki kelebihan dan kehebatan seperti boleh menggerakkan geliung tanpa memegang kemudi, menenangkan air laut dengan mecmpakkan tulang pelanduk putih, menukarkan air laut yang masin menjadi

Page 4: Nota Komsas Tingkatan Empat

manis, semasa ketibaan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak Terengganu, alat-alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi seolah-olah menyambutnya . Satu lagi kelebihannya, ketika ia menyeru ayamnya Kinantan Suci yang hampir tewas semasa menyabung sehingga akhirnya dapat mengalahkan lawannya, Si Jalak . Persoalan 1. Persoalan cinta tidak mengenal rupa paras.Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung kerana melihat kelebihan yang dimiliki oleh Awang Sulung walaupun ketika itu Awang Sulung comot dan hitam. 2. Persoalan perasaan dengki dan iri hatiJurumudi sangat dengki kepada Awang Sulung yang mendapat layanan yang baik daripada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sehingga sanggup menyuruh Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung. 3. Persoalan kewibawaan dan pengaruh yang kuatLanun-lanun tidak berani menyerang geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa apabila mendengar suara Awang Sulung Merah Muda. 4. Persoalan menipu untuk mencapai sesuatu tujuanJurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua dengan mengatakan dialah yang menyelamatkan geliung daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan daripada serangan lanun dengan menunjukkan keris yang berdarah ayam. Tujuannya supaya dia dapat berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. 5. Persoalan menghormati tetamuAwang Sulung disambut oleh pembesar istana dan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu semasa naik ke balairung seri. 

Watak dan Perwatakan Watak Utama Awang Sulung Merah Muda Berasal dari Negeri Bandar Mengkalih Anak kepada Tuanku Si Helang Laut Cucu kepada Tuanku Si Helang Mawai Menyamar sebagai budak hitam yang comot dan hodoh di geliung Tuan Puteri Dayang Seri Jawa Berwajah tampan – setelah mandi dengan menggunakan limau selimpat pagar dan sabun wangi terserlahlah ketampanannya . Memiliki keris dan pedang sakti Memiliki gigi yang cantik bercahaya Berhutang dengan Nakhoda Tua dan Datuk Batin Alam Berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa Ditakuti lanun Memiliki pelbagai kesaktian – Dia dapat menenangkan air laut yang bergelora, menukarkan air masin menjadi manis dan tidak perlu memegang kemudi untuk menggerakkan geliung. Patuh kepada peraturan - Dia meminta Bujang Selamat bertanyakan adat bergelanggang sebelum menyabung ayam. Merendah diri – apabila disuruh mengemudi geliung menggantikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dia mengatakan sekiranya berada di daratan bolehlah dia menjadi

Page 5: Nota Komsas Tingkatan Empat

penghalau ayam, penunggu itik atau tukang sapu rumah . Watak Sampingan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa Anak Tuanku Nakhoda Tua Mengemudi geliung setelah jurumudi pengsan Mudah jatuh cinta - Jatuh hati kepada Awang Sulung Merah Muda setelah melihat kelebihan dan kehebatan Awang Sulung Suka menguji - dia menguji kelebihan Awang sulung dengan menyuruhnya mengambil air Prihatin - Marah apabila Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi dalam tempurung berbulu dan ketika jurumudi dengki kepada Awang Sulung Sensitif – dia cuba membunuh diri hendak terjun ke laut apabila mendengar Awang Sulung hendak kembali ke Bandar Mengkalih. Jurumudi Jjurumudi geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa Penipu - Menipu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung dengan menunjukkan keris berdarah Pendengki – Dia berasa dengki kepada Awang Sulung Pengecut - Lari menyelamatkan diri semasa serangan lanun Tuanku Nakhoda Tua Ayahanda kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa Mudah terpedaya – terpedaya dengan penipuan jurumudi. Insaf - berasa kesal dengan kesilapannya yang memandang rendah kepada Awang Sulung Menepati janji - Dia mengahwinkan puterinya dengan Awang Surung Merah Muda yang berjaya menyelamat baginda dan puterinya daripada serangan lanun. Si Kembang Cina Orang suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa Taat perintah – Taat akan suruhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa Pandai memujuk – Dia memujuk Awang Sulung sehingga bersetuju untuk mengemudi geliung Latar Latar Tempat Geliung panjang Tuan Puteri Dayang Seri Jawa belayar menaiki geliung panjang dari Bandar Mengkalih menuju ke negeri Semarang di Tanah Jawa.Pulau Tapai Tempat Geliung berlabuh di Pulau Tapai untuk mendapatkan kayu dan air. Pada mulanya geliung tidak boleh berlabuh kerana laut bergelora. Awang Sulung menggunakan kelebihannya dengan mencampakkan tulang pelanduk putih yang diikat dengan benang banyak warna. Akhirnya air laut menjadi tenang dan geliung dapat berlabuh.Pulau Salah Nama Sekumpulan lanun menyerang geliung di Pulau Salah Nama. Anak-anak kapal lari menyelamatkan diri termasuk jurumudi. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta bantuan Awang Sulung menentang lanun. 

Page 6: Nota Komsas Tingkatan Empat

Negeri Pati Talak Terangganu Awang Sulung menyabung ayamnya Kinantan Suci . Latar Masa Tiga hari tiga malam semasa geliung berlabuh di Pulau Tapai. Waktu siang - ketika anak-anak kapal mencari kayu api dan air di pulau. Latar Masyarakat Golongan bangsawan – Awang Sulung, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Tuanku Nakhoda Tua, Tuan Puteri Pinang Masak, Raja Negeri Pati Talak Terengganu. Golongan bawahan – anak-anak kapal Masyarakat lanun yang melakukan rompakan di laut Golongan taat kepada perintah – Si Kembang Cina dan Bujang Selamat taat akan perintah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dan Awang Sulung Merah Muda. Masyarakat penipu – jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung dengan menunjukkan keris berdarah Masyarakat yang suka menyabung ayam - Awang Sulung Merah Muda menyabung ayam dan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu Gaya Bahasa  Bahasa klasik – geliung Bahasa istana - beta, santap, kakanda, ayahanda Peribahasa – enau mencari sigai, dan lesung mendapatkan antan, berkecil hati Simile – bagai pucuk dilancarkan, bagai air di kuali, bagai purnama empat belas har ibulan, bagai kilat sembur-menyembur Puisi : Pantun :Bintang tujuh tinggal enam,Jatuh satu ke Gunung Daik;Bercahayalah sepuh hilang senamItulah tanda emas yang baik. Seloka:Nobat merpati di gunung,Memberi salam murai di pintu,Berbega burung di bumbungan,Berkokok si tambang denak,Membalas kinantan suci,Bertutu ketitir jantan,Berkokok balam tembaga tiga gaya,Berbunyi sekalian bunyi-bunyian. Nilai  Nilai merendah diri – contohnya Awang Sulung yang berketurunan raja sanggup menyamar sebagai budak hitam yang comot Nilai keyakinan – contoh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sanggup mengambil alih mengemudi kapal sewaktu jurumudi pengsan Nilai berani – contoh Awang Sulung berani menentang lanun yang cuba menyerang geliung kenaikan Tuan puteri Dayang Seri Jawa. Nilai kasih Sayang – contoh Awang Sulung dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa saling menyayangi selepas berkahwin. Nilai bertimbang rasa- contohnya Awang Sulung membantu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengemudi geliung. Nilai keinsafan – contoh Tuanku Nakhoda Tua insaf dan memohon maaf atas kesalahan kepada Awang Sulung.

Page 7: Nota Komsas Tingkatan Empat

Nilai rasional – contoh Tuanku Nakhoda Tua sanggup menerima pandangan puterinya agar tidak terpengaruh dengan kata-kata jurumudi. Nilai hormat kepada raja – contoh lanun tidak menyerang geliung setelah mendapati Awang Sulung berada di atas geliung tersebut. Pengajaran  Kita hendaklah sentiasa merendah diri di mana-mana sahaja kita berada supaya kita akan dihormati. Kita hendaklah berani menghadapi pelbagai rintangan demi mencapai matlamat. Kita hendaklah bijak agar dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Kita hendaklah bersedia memberi bantuan terhadap orang yang memerlukan pertolongan. Kita hendaklah berani mengaku kesalahan yang dilakukan agar tidak menimbulkan kekesalan pada masa hadapan.

 Prosa Tradisional

(Merah Silu)Sumber : Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) 

 Sinopsis Kisah bermula apabila Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Pada awalnya Merah Gajah tidak mengetahui isterinya mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah kepala sehingga beliau terpandang isterinya menyikat rambut. Merah Gajah mahu mencabut rambut tersebut tetapi dihalang oleh isterinya. Sewaktu Puteri Betong tidur, Merah Gajah telah mencabut rambut tersebut menyebabkan keluar darah dari liang-liang rambut sehingga menyebabkan kematiannya. Berita kematian Puteri Betong telah menimbulkan kemarahan ayahandanya Raja Muhammad dan mengambil tindakan membunuh Merah Gajah. Ayahanda Merah Gajah iaitu Raja Ahmad telah bertindak balas menyerang Raja Muhammad sehingga berlaku peperangan sengit menyebabkan kedua-duanya terbunuh termasuk sebilangan besar rakyat. Hanya yang tinggal Merah Silu dan Merah Hasum serta beberapa rakyat yang masih hidup dan mengaku taat setia kepada kedua-duanya untuk terus tinggal di negeri Semerlanga itu. Merah Silu dan adiknya Merah Hasum berhasrat meninggalkan negeri itu kerana tidak ada sesiapa lagi kaum kerabatnya yang tinggal. Mereka berdua keluar meninggalkan negeri Semerlanga menuju ke sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan di tepi sungai. Suatu hari ketika di sungai, Merah Silu terlihat banyak ikan dan dia pergi ke hulu sungai menahan bubu. Beberapa kali bubu yang ditahannya dipenuhi dengan cacing gelang-gelang. Akhirnya dia mengambil keputusan membawa balik cacing gelang-gelang itu dan merebusnya di dalam kawah. Cacing itu telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan Merah Silu menjadi kaya. Merah Hasum hanya diam apabila mendengar berita Merah Silu menjadi kaya. Pada suatu hari , Merah Silu menangkap kerbau liar tetapi tindakannya itu tidak disenangi oleh Merah Hasum kerana pada pendapatnya kerja itu tidak berfaedah dan hanya memalukan dirinya sebagai saudara kepada Merah Silu. Merah Hasum telah meminta Merah Silu menghentikan perbuatan tersebut dan menyuruh Merah Silu keluar dari negeri itu jika tidak mahu mendengar katanya. Akhirnya Merah Silu mencari petempatan baru dengan membawa segala harta dan kerbaunya. Merah Silu tiba di

Page 8: Nota Komsas Tingkatan Empat

hulu Karang dan menetap di situ tetapi kehadirannya tidak disenangai oleh penduduk kampung kerana kerbau-kerbau itu memakan tanaman mereka. Merah Silu berpindah lagi ke sebuah negeri bernama Buluh Telang. Di sini beliau bertemu dengan Megat Iskandar dan menyatakan hasratnya untuk tinggal di negeri tersebut dan menganggap Megat Iskandar sebagai bapanya. Megat Iskandar bersetuju membenarkan Merah Silu tinggal di situ dan boleh memelihara kerbau kerana ada ladang yang luas. Merah Silu suka menyabung ayam dan selalu memberi kerbau sebagai hadiah kepada sesiapa yang menyabung ayam dan yang menontonnya. Megat Iskandar dengan persetujuan pembesar dan rakyat telah melantik Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun. Sultan Maliku’l- Nasar tidak bersetuju dan menyerang Merah Silu. Beberapa siri peperangan berlaku antara Merah Silu dengan Sultan Maliku”l- Nasar dan akhirnya sultan tewas dan Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun. Tema Ketabahan seorang anak raja dalam menghadapi cabaran hidup.Merah Silu menjadi yatim piatu setelah kematian kedua-dua ibu bapa dan terpaksa merantau dengan adiknya Merah Hasum meninggalkan Semerlanga dan membuka petempatan baru di Beruana. Merah Silu terpaksa berpindah lagi kerana sikapnya tidak disenangi oleh adiknya. Dia berpindah ke Hulu Karang tetapi tidak disukai oleh penduduk di situ kerana kerbau-kerbaunya telah merosakkan tanaman mereka. Merah Silu menetap pula di Buluh Telang apabila dipelawa oleh Megat Iskandar. Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Maliku’l-Nasar sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun. Persoalan 1. Persoalan perselisihan antara adik-beradikPerselisihan faham antara Merah Silu dengan Merah Hasum kerana tindakan Merah Silu yang menangkap kerbau liar tidak disukai oleh Merah Hasum dan dianggap memalukannya. 2. Persoalan perkara di luar logik akalKeistimewaan seseorang keturunan raja digambarkan dengan peristiwa aneh misalnyanya cacing gelang-gelang yang direbus oleh Merah Silu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak. 3. Persoalan keberanian anak rajaMerah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Maliku’l-Nasar sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun. 4. Persoalan sikap pemurah dalam kalangan masyarakatMerah Silu yang suka menyabung ayam memberi hadiah seekor kerbau kepada orang yang terlibat menyabung ayam dan juga kepada yang hanya datang melihat sahaja malah dia juga memberi semula wang pertaruhan kepada mereka yang kalah. 5. Persoalan kegemaran berjudi dalam kalangan masyarakatMerah Silu suka menyabung ayam dan mengunakan wang pertaruhan . Watak dan Perwatakan Watak Utama 

Page 9: Nota Komsas Tingkatan Empat

Merah Silu Anak sulung Merah Gajah dengan Puteri Betong Mempunyai saudara bernama Merah Hasum Menjadi yatim piatu sejak kecil setelah kematian ibu dan ayahnya Kaya - Cacing gelang-gelang yang direbusnya bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Suka menyabung ayam – Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu. Seorang yang tidak berputus-asa- Merah Silu berulang kali menahan bubu walaupun hasilnya hanya cacing gelang-gelang. Seorang yang berani- Merah Silu terlibat dalam beberapa siri peperangan. Seorang yang pemurah- Merah Silu suka memberi hadiah kerbau kepada sesiapa yang terlibat dalam sabung ayam. Watak Sampingan 1. Merah Hasum Adik kepada Merah Silu Menghormati saudara- Dia bersetuju dengan pandangan Merah Silu untuk berpindah dari negeri Semerlanga. Tidak suka perkara sia-sia- Dia marahkan Merah Silu kerana menangkap kerbau liar. Bersikap tegas – Dia menyuruh Merah Silu meninggalkan Beruana jika tidak mahu menghentikan perbuatan menangkap kerbau liar. 2. Megat Iskandar Saudara kepada Megat Kedah dan Sultan Maliku”l-Nasar. Tinggal di Buluh Telang. Mempunyai ladang yang luas. Bapa angkat kepada Merah Silu. Tetap pendirian - Dia berperang di Kumat dengan saudaranya Sultan Maliku’l-Nasar yang tidak bersetuju Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun Seorang yang menghormati tetamu - Dia menjamu Merah Silu semasa kedatangan Merah Silu ke Buluh Telang. 3. Sultan Maliku”l- Nasar Adik kepada Megat Iskandar dan Megat Kedah Tegas- Dia tidak bersetuju dengan tindakan Megat Iskandar untuk melantik Merah Silu di Rimba Jerun. Mempertahankan haknya sebagai raja di Rimba Jerun Berani – Dia berperang dengan Megat Iskandar di Kumat. Latar Latar Tempat 1. Negeri Semerlanga Peperangan antara Raja Ahmad dengan Raja Muhammad menyebabkan kedua-duanya terbunuh. Tempat asal Merah Silu dan Merah Hasum sebelum keluar merantau. 2. Beruana Perkampungan baru yang dibuka oleh Merah Silu dan Merah Hasum. Cacing gelang-gelang yang memenuhi bubu Merah Silu yang ditahannya di hulu sungai telah direbus dan bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan Merah Silu menjadi kaya.

Page 10: Nota Komsas Tingkatan Empat

 3. Kerbau Kampung Tempat Merah Silu menangkap kerbau liar. 4. Hulu Karang Merah Silu tidak disukai oleh penduduk di situ kerana kerbau-kerbau Merah Silu merosakkan tanaman padi dan pisang mereka. 5. Negeri Buluh Telang Menetap di situ setelah dipelawa oleh Megat Iskandar. Tempat Merah Silu mengamalkan hobinya menyabung ayam. 6. Rimba Jerun Peperangan antara Sultan Maliku”l-Nasar dengan Merah Silu. Merah Silu menjadi raja di sini setelah Sultan Maliku’l-Nasar ditewaskan oleh Megat Iskandar di Kumat. Latar Masa 1. Bermula dari kelahiran Merah Silu hingga dilantik menjadi raja di Rimba Jerun.2. Waktu malam – semasa Puteri Betong tidur dan Merah Gajah mencabut sehelai rambut Puteri betong yang berwarna keemasan menyebabkan kematiannya.3. Waktu siang - Merah Silu pergi ke tepi sungai dan ternampak banyak ikan. Latar Masyarakat 1. Golongan bangsawan – Merah Silu, Merah Hasum, Puteri Betong, Merah Gajah, Raja Ahmad, Raja Muhammad, Megat Iskandar,Megat Kedah, Sultan Maliku’l-Nasar2. Masyarakat yang suka menyabung ayam - Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu.3. Golongan bawahan – orang yang diupah untuk mengorek lubang besar (anderak) bagi menangkap kerbau liar Golongan askar – golongan yang terlibat dalam beberapa siri peperangan. Masyarakat yang suka membantu - Megat Iskandar mempelawa Merah Silu menetap di situ. Gaya Bahasa 1. Bahasa Klasik – anderak, dibantunnya), senawat2. Bahasa istana - baginda, adinda, kakanda , anakanda3. Bahasa Arab – berkat , Allah Taala4. Personifikasi – matahari mati5. Metafora – kerbau jalang6. Hiperbola- Bukit yang dilalui Merah Silu menjadi lekuk bekas kerbau itu berjalan .- Besarnya anderak itu sekadar muat kerbau dua tiga ratus. Nilai 1. Nilai Taat Setia – rakyat mematuhi perintah raja untuk berperang sehingga melibatkan banyak kehilangan nyawa.2. Nilai Murah Hati - Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada setiap orang yang hadir ke gelanggang sabung ayam.3. Nilai Keberanian - - Merah Silu berani berperang menentang Sultan Maliku’l-Nasar untuk menjadi raja di Rimba Jerun.

Page 11: Nota Komsas Tingkatan Empat

4. Nilai Berdikari – Merah Silu keluar mencari petempatan baru sendirian setelah dihalau oleh Merah Hasum. Pengajaran  Kita hendaklah menyelesaikan masalah yang timbul melalui rundingan bukannya peperangan. Kita hendaklah berani mempertahankan maruah supaya hak kita tidak diganggu- gugat. Kita hendaklah menghormati tetamu. Kita janganlah menganiayai binatang. Kita hendaklah menyelidik dahulu sesuatu perkhabaran sebelum mengambil sebarang tindakan.

 

Prosa Tradisional(Hikayat Khoja Maimun)

Sumber : Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)  Sinopsis Bab 1 :Khoja Maimun yang berasal dari negeri Ajam, mempunyai seorang isteri yang cantik bernama Bibi Zainab. Pada suatu hari, mereka pergi ke pekan lalu membeli seekor burung Bayan jantan dengan harga seribu dinar. Burung itu sungguh istimewa kerana boleh membuat ramalan. Menurut ramalannya, dalam masa tiga hari lagi Khoja Maimun akan mendapat keuntungan hasil daripada menjual sanbal ( wangi-wangian). Hasil keuntungan tersebut, Khoja Maimun turut membeli seekor burung tiung betina.Khoja Maimun keluar berniaga dan meninggalkan isteri tercintanya di rumah. Pemergiannya menyebabkan Bibi Zainab berasa sunyi lalu duduk di tepi jendela. Pada ketika itu dia terpandang anak raja negeri yang sangat kacak dan mereka saling jatuh hati. Bibi Zainab ingin berjumpa dengan anak raja itu lalu meminta nasihat burung tiung. Namun, tiung melarangnya dengan memberi nasihat bahawa perbuatan tersebut bertentangan dengan hukum Allah. Bibi Zainab amat marah mendengar nasihat itu, lantas menghempas tiung sehingga mati. Seterusnya, dia meminta pandangan daripada Bayan pula. Bayan berusaha melalaikan Bibi Zainab dengan bercerita kepadanya. Bab 2: Cetera PertamaCetera pertama berkisar tentang Kisah Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Isteri saudagar berbuat demikian kerana mengesyaki bahawa Bayan telah membocorkan dia telah bermukah dengan seorang fakir kepada suaminya. Bayan menyembunyikan dirinya di dalam saluran tempat membuang air beras menyebabkan isteri saudagar tersebut mengganggap Bayan telah mati Isteri saudagar menberitahu kepada suaminya bahawa bayan telah mati akibat dimakan kucing. Namun, helah itu diketahui suaminya menyebabkan saudagar tersebut marah dan menghalau isterinya. Dia telah pergi ke kubur Tuan Sheikh Wali Allah untuk memohon doa agar suaminya menerimanya kembali. Setelah bulu bayan tumbuh kembali, dia keluar dari tempat persembunyian lalu terbang ke kubur Tuan Syeikh untuk menyuruh isteri saudagar bertaubat. Bayan menyuruh isteri saudagar mencukur rambut dan bulu kening kerana ingin membalas dendam. Bayan menyatakan hasrat untuk membantu isteri saudagar agar dapat kembali ke pangkuan suaminya. Bayan menemui saudagar dan menjelaskan bahawa bukan isterinya yang

Page 12: Nota Komsas Tingkatan Empat

membunuh Bayan, menyebabkan isterinya diterima kembali. Bayan menyuruh Bibi Zainab menemui anak raja yang dicintainya, malangnya hari telah siang. Pada hari yang lain Bibi Zainab sekali lagi ingin keluar menemuai anak raja itu, namun Bayan telah bercerita tentang Hikayat Taif untuk melalaikannya. Bab 3: Cetera KeduaTaif menemui Raja Tabristan kerana Raja Arab tidak menghargai jasa yang dicurahkannya selama ini. Kehadirannya dialu-alukan dan Raja Tabristan yang menganugerahinya emas, perak dan tempat penginapan. Dalam suatu majlis keramaian, Taif telah menyatakan hasrat untuk melawan Isteri Syah Alam sehingga menyebabkan rajanya murka. Suatu malam ketika Taif sedang berkawal, Raja Tabristan terdengar suara perempuan. Raja menitahkan Taif untuk menyiasat perkara tersebut. Menurut perempuan itu, jika Taif inginkan daulat raja Tabristan bertambah dan umur baginda dipanjangkan, dia harus membunuh anaknya sendiri. Taif begitu setia dan rela melakukan perkara tersebut, namun dihalang oleh perempuan itu kerana dia sebenarnya hanya ingin menguji Taif. Peristiwa itu sebenarnya diintip oleh Raja Tabristan. Ketaatan Taif menyebabkan dia dianugerahi sebuah negeri dan harta yang banyak. Cerita itu sekali lagi melalaikan Bibi Zainab menyebabkan dia tidak berkesempatan untuk bertemu kekasihnya. Malam berikutnya, Bayan bercerita lagi. Bab 4 : Cetera KetigaTerdapat seorang suami yang begitu mencemburui isterinya menyebabkan segala tindak tanduk isterinyanya dikawal. Isterinya telah bercerita tentang seorang suami yang terlalu memahami isterinya dan tidak akan marah walaupun isterinya berlaku sumbang terhadapnya. Hal ini demikian kerana, dia pernah melihat suami yang cemburu turut diduakan oleh isterinya. Akibat terlalu cemburu si suami sanggup menjadikan dirinya seekor gajah untuk membawanya berjalan-jalan, kerana bimbang isterinya akan bersenda gurau dengan lelaki lain. Isteri kepada suami yang cemburu itu selalu menegaskan kepada suaminya bahawa dia setia, namun kesetiaannya masih diragui. Oleh sebab itu, dia membekalkan bunga dan sehelai kain kesumba ketika suaminya pergi belayar. Jika isterinya curang, bunga itu akan layu dan kain itu akan lunturBunga yang dibawa oleh saudagar (suami) itu tidak layu walaupun ketika itu musim kemarau. Raja di negeri itu tertanya-tanya akan keunikan bunga itu menyebabkan saudagar itu menceritakan hal sebenar. Kebijaksanaan isteri saudagar itu menyebabkan Raja ingin menguji kesetiaan isteri saudagar dengan menghantar seorang hamba raja menemuinya namun gagal. Seterusnya, tiga orang hamba dihantar untuk menguji kesetiaan isteri saudagar tadi, namun turut mengalami kegagalan. Akhirnya raja sendiri yang pergi untuk menguji isteri saudagar tadi. Isteri saudagar menasihati Raja agar takut akan azab Allah dan segera bertaubat. Sekali lagi Bibi Zainab gagal menemui kekasihnya. Hajatnya masih tidak kesampaian apabila Bayan bercerita pula kisah Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Akhirnya, Bibi Zainab insaf dan sedar bahawa seorang perempuan mestilah taat kepada suaminya. Nilai etika yang harus diutamakan oleh golongan wanita terutamanya para isteri. 

Page 13: Nota Komsas Tingkatan Empat

Tema  Cerita-cerita yang disampaikan oleh Bayan berkisar tentang pentingnya kesetiaan seseorang isteri dan perlu memiliki etika yang murni untuk menghindarkan daripada berlaku curang. Persoalan  1. Persoalan kebijaksanaan melaksanakan sesuatu tindakan.Apabila melihat Bibi Zainab menghempas burung tiung sehingga mati, bayan berpura-pura tidur.

2. Persoalan kecurangan seorang isteriSemasa ketiadaan suami, Bibi Zainab jatuh hati dengan anak raja. 3. Persoalan kewajipan menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga.Khoja Maimun keluar berniaga untuk mencari rezeki. 4. Persoalan kejujuran dalam sebuah perhubunganIsteri saudagar jujur terhadap suaminya walaupun banyak lelaki cuba mendekatinya. Plot  Secara keseluruhannya plot prosa tradisional digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:  i. PermulaanKhoja Maimun digambarkan sebagai seorang saudagar yang kaya dan memiliki isteri yang cantik bernama Bibi Zainab. Mereka membeli burung bayan jantan dan tiung betina. Khoja Maimun mengusahakankan perniagaannya di tempat lain tanpa membawa isterinya. ii. PerkembanganBibi Zainab rindu akan suaminya yang pergi belajar. Bibi Zainab jatuh hati kepada anak raja. Dalam Cetera Pertama, Bayan bercerita kisah seekor burung Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Manakala dalam cetera kedua, Bayan bercerita kisah Taif dengan Raja Tabristan. Seterusnya dalam Cetera Ketiga, Bayan bercerita kisah suami yang amat cemburu kepada isterinya. iii. KonflikBibi Zainab ingin bertemu dengan anak raja semasa ketiadaan suaminya. iv. KlimaksBibi Zainab berpakaian cantik untuk bertemu kekasihnya. Bayan menasihati Bibi Zainab supaya tidak berpakaian yang keterlaluan kerana boleh mendatangkan fitnah.Plot v. PeleraianBibi Zainab melupakan hasrat untuk bertemu kekasihnya kerana lebih berminat dengan cerita Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Akhirnya Bibi Zainab insaf kerana berniat curang terhadap suaminya. Watak dan Perwatakan Watak Utama

Page 14: Nota Komsas Tingkatan Empat

 Burung Bayan Bersaiz kecil Taat pada tuannya – Burung Bayan cuba mengelakkan Bibi Zainab daripada berlaku curang kepada tuannya Khoja Maimun. Pandai membuat ramalan – Ramalan Burung Bayan bahawa akan datang kafilah untuk membeli sanbal benar-benar terjadi. Bijak bercerita – Cerita yang disampaikan Bayan menarik hati Bibi Zainab sehingga dapat mengelakkannya daripada berlaku curang. Watak Sampingan Bibi Zainab Cantik Penyayang terhadap suami – Dia ingin bersama-sama suaminya pergi berlayar. Curang – Dia jatuh hati kepada putera raja dan ingin berjumpa pada waktu malam. Kejam - Dia membunuh Tiung yang cuba menasihatinya. Khoja Maimun Bertanggungjawab – Dia pergi belayar demi mencari rezeki. Penyayang – Dia terlalu kasih akan isterinya Bibi Zainab. Bijak – Khoja Maimun bijak menjalankan perniagaan. Taif Setia – Taif tetap berbakti kepada raja walaupun dimurkai oleh raja. Rela berkorban - Dia sanggup kematian anaknya demi Raja Tabristan. Taat perintah – Taif menurut perintah Raja Tabristan yang mahu dia menyiasat tentang bunyi suara yang didengar. Latar  Latar Masa Waktu malam Bibi Zainab berhias dengan cantik untuk menemui kekasih hatinya.Waktu pagi Bayan selesai bercerita pada waktu pagi . Latar Tempat i. Negeri Ajam Khoja Maimun menetap di situii. Pekan Khoja Maimun dan Bibi Zainab membeli burung bayan dan tiung di pekan.Latariii. Jendela tempat Bibi Zainab melihat anak rajaiv. Kubur Tuan Syeikh Isteri saudagar berdoa di kubur dan bertemu semula dengan Bayan. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang mementingkan ajaran agama -Isteri saudagar menasihati raja agar bertaubat2. Masyarakat yang menurut hawa nafsu - Bibi Zainab tidak dapat menahan perasaan

Page 15: Nota Komsas Tingkatan Empat

berahinya terhadap anak raja3. Masyarakat yang pemurah - Raja Tabristan menganugerahi Taif pelbagai hadiah.4. Masyarakat yang jujur memikul amanah yang diberikan - Taif begitu setia dan jujur kepada Raja Tabristan. Teknik Plot / Teknik Penceritaan  PemerianPengarang menceritakan suasana ketika Khoja maimun hendak pergi belayar –Setelah sudah maka Khoja Maimun pun bermohonlah kepada isterinya lalu dipeluk diciumnya akan isterinya yang cantik molek itu, muda molek dengan kelakuannya yang baik dengan tiada yang tidak baiknya itulah adanya, antara keduanya itu bertangisan dengan air matanya serta menaruh akan dua ekor burung itu. Maka Khoja maimun pun pergilah belayar. DialogDialog antara Khoja Maimun dengan penjual burung bayan di pekan –“Hendakkah tuan hamba membeli Bayan?”Maka sahut Khoja Maimun, “Berapa harganya?” Maka kata orang itu, “Seribu dinar Bayan hamba ini harganya.” Monolog dalamanTaif pun fikir di dalam hatinya, “Jikalau aku katakan yang sebenarnya pada raja bahawa sekali-kali raja tiada percaya seperti kataku. Jikalau demikian baik aku katakan yang lainlah.” Gaya Bahasa   a) Simile….dan ia seumpama air yang masin…kuning seperti muka orang durjanab) Penggunaan bahasa ArabAllah azzawajallac) Perlambangan….emas itu berkuasa….d) Inversi“ seribu dinar bayan hamba ini harganya” Nilai  1. Nilai kasih sayang terhadap pasanganContoh: Khoja Maimun menyayangi isterinya Bibi Zainab sepenuh hati.

2. Nilai ketaatan terhadap ketuaContoh: Taif begitu taat akan perintah Raja Tabristan sehingga rela membunuh anaknya. 3. Nilai prihatin terhadap keluargaContoh: Khoja Maimun dan saudagar prihatin dengan tanggungjawab untuk mencari nafkah buat keluarga 4. Nilai keinsafan atas kesalahan yang dilakukan -Contoh: Bibi Zainab insaf atas kesalahan yang dilakukan kerana cuba menduakan suaminya. Pengajaran 

Page 16: Nota Komsas Tingkatan Empat

 1. Kita mestilah patuh kepada perintah Allah agar dapat menghindarkan diri daripada kemungkaran2. Kita haruslah berusaha untuk mencari rezeki buat keluarga agar kehidupan lebih sejahtera.3. Kita perlulah menyayangi ahli keluarga dengan sepenuh hati agar memperoleh kebahagian yang berkekalan.4. Kita mestilah bijak menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi agar tidak mendatangkan kemudaratan.

 

Prosa Tradisional(Hikayat Indera Nata)

Sumber : Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)  Sinopsis Kisah bermula bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian lama mengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar . Bondanya bertanya tentang Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu bahawa Si Piatu itu sebenarnya adalah Indera Nata yang berani dengan segala binatang buas dan boleh bercakap dengan segala binatang. Indera Nata telah menyeberangi lautan dengan bantuan ular sakti ke negeri Pattani. Indera Nata juga telah menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas. Tuanku Syah Alam mengkagumi Indera Nata apabila mendengar cerita daripada Indera Jenaka. Kisah selanjutnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak sebuah bukit yang terlalu tinggi dan terdapat sebuah rumah di situ. Di sebelah rumah tersebut terdapat sebuah mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di dalamnya . Indera Nata memperkenalkan dirinya sebagai anak Raja Rom dan memberitahu tujuannya datang atas perintah ayahandanya mencari gajah bergadingkan emas. Puteri-puteri itu gembira dengan kedatangan Indera Nata dan memperkenalkan diri mereka yang berasal dari negara yang berlainan. Salah seorang puteri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu mereka telah ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila mereka dewasa. Puteri Cedera Kesuma bercadang meminta pertolongan raksasa untuk mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata mendapatkan gajah itu segera. Apabila raksasa pulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas dan puteri-puteri itu membuat helah kepada raksasa dengan mengatakan jika hendakkan mereka cepat dewasa dan boleh dimakan hati mereka , perlulah mencari gajah bergading emas. Raksasa pergi ke hutan mencari gajah bergading emas dan secara kebetulan terserempak dengan Raja Rom yang menaiki gajah bergading emas dan pengikut-pengikutnya pergi berburu . Raksasa berasa gembira dan telah membunuh mereka semua dan membawa balik gajah bergading emas.Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari kijang putih bertanduk emas dan memberikan kain hitam untuk dicuci sampai putih sebagai tanda sayang raksasa kepada mereka. Raksasa lelaki keluar mencari kijang putih bertanduk emas sementara raksasa perempuan pergi mencuci kain hitam supaya menjadi putih. Pada masa itulah, Indera Nata membawa ketujuh-tujuh puteri melarikan diri dengan menaiki gajah bergading emas bersama semua harta dalam mahligai itu. Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih bertanduk emas dan memutihkan

Page 17: Nota Komsas Tingkatan Empat

kain yang hitam, mereka kembali ke mahligai dan mendapati gajah bergading emas dan ketujuh-tujuh puteri telah hilang. Kedua-dua raksasa terlalu marah dan segera mengikuti kesan tapak kaki gajah dan akhirnya ternampak ketujuh-tujuh puteri bersama Indera Nata di atas gajah. Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menangis ketakutan apabila mendengar suara raksasa sehingga sampai ke tepi pantai. Indera Nata meminta Betara Gangga dengan menggunakan gemala hikmat dan Betara Gangga mengarahkan ular sakti dan naga membawa Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menyeberangi lautan. Ular sakti dan naga tersebut membawa mereka semua ke seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai cuba menarik Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan naga telah menarik raksasa ke tengah laut menyebabkan kedua-dua raksasa itu mati. Indera Nata bersama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh hari tujuh malam sehingga sampai ke rumah bondanya Tuan Puteri Cenderawati. Bondanya sangat gembira melihat kedatangan mereka. Indera Nata menceritakan semua peristiwa yang berlaku dan ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang diri mereka kepada Tuan Puteri Cederawati. Mereka semua tinggal bersama Tuan Puteri Cenderawati. Tema Pengembaraan Anak Raja Menempuh Pelbagai CabaranIndera Nata mengembara mencari gajah bergading emas atas perintah ayahandanya, Raja Rom. Pelbagai cabaran dihadapi dalam pengembaraan tersebut antaranya menemui binatang buas di dalam hutan, mendaki bukit yang terlalu tinggi, menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa, dan hampir ditangkap dan dibunuh oleh raksasa. Persoalan 1. Persoalan keberanian dan kehebatan anak raja Indera Nata berani menentang binatang buas dan menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas yang terdapat di dalam hutan. Indera Nata berani masuk ke mahliga raksasa dan menyelamatkan tujuh orang puteri. Indera Nata mempunyai kebolehan bercakap atau berinteraksi dengan haiwan. 2. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya Si Batu Kembar memeluk dan mencium anaknya Indera Jenaka yang baru balik darpada mengembara. Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih ketika menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara. 3. Persoalan kebijaksanaan untuk mendapatkan sesuatu dan menyelamatkan diri Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah dengan menyuruh raksasa mencari gajah bergading emas sekiranya raksasa mahukan mereka cepat besar, tetapi sebenarnya dia bertujuan membantu Indera Nata mendapatkan gajah bergading emas segera. Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah sekali lagi dengan menyuruh raksasa lelaki mencari kijang putih bertanduk emas dan raksasa perempuan mencuci kain hitam menjadi putih sebagai tanda sayang kepada mereka. Sebenarnya dia bertujuan untuk melarikan diri bersama Indera Nata dan puteri-puteri yang lain semasa ketiadaan raksasa. 4. Persoalan tolong-menolong sesama manusia Indera Nata membantu menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang

Page 18: Nota Komsas Tingkatan Empat

buas di hutan. Indera Nata membantu menyelamatkan ketujuh-tujuh puteri daripada tawanan raksasa. Watak dan Perwatakan Watak Utama Indera Nata Anak kepada Raja Rom dan Tuan Puteri Cenderawati Digelar Si Piatu Sangat disayangi oleh ibunya - Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih ketika menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara. Mempunyai kesaktian – Indera Jenaka hairan melihat kelakuan Indera Nata yang boleh bercakap dengan binatang. Seorang yang berani –Menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas Seorang yang baik hati - Menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa. Watak Sampingan Tuan Puteri Cendera Kesuma Anak Raja Mesir Memiliki rupa paras yang cantik Menjadi tawanan raksasa . Petah berkata-kata -Tuan Puteri bukan sahaja cantik malah pandai berkata-kata dan berpantun. Bijaksana – pandai membuat helah untuk membantu Indera Nata dan untuk menyelamatkan diri daripada raksasa Raksasa suami isteri Tinggal di mahligai di atas sebuah bukit yang tinggi. Kejam – menawan tujuh orang puteri untuk dijadikan makanan. Besar, kuat dan gagah. – gerakan mereka berbunyi seperti rebut Pemarah dan ganas – membunuh semua rombongan Raja Rom yang pergi berburu untuk mendapatkan gajah bergading emas yang dinaiki oleh Raja Rom Mudah diperdaya – percaya helah yang dibuat oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma Indera Jenaka Anak Tuanku Syah Alam dan Si Batu Kembar Menghargai jasa – Indera Jenaka menghargai Indera Nata dengan menceritakan kebaikan dan kelebihan Indera Nata kepada kedua-dua ibu bapanya. Seorang yang berterus terang - Memberitahu kedua-dua ibu bapanya siapa sebenarnya Si Piatu iaitu Indera Nata. Latar Latar Tempati. Negeri Rom (rumah Si Batu Kembar) Indera Jenaka menceritakan kepada ibu bapanya siapa Si Piatu dan darihal Indera Nataii. Negeri Pattani Indera Nata menentang haiwan buas dan menyelamatkan Indera Jenaka dan Indera

Page 19: Nota Komsas Tingkatan Empat

Nata boleh bercakap dengan haiwan.iii. Sebuah bukit yang tinggi Tempat tinggal sepasang raksasa suami isteri di sebuah mahligai yang indah bersama-sama tujuh orang puteri yang ditawan.iv. Sebuah peti emas Tempat Indera Nata disembunyikan oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma semasa raksasa balik ke mahligai.v. Tepi Laut / Pantai Tempat isteri raksasa mencuci kain hitam supaya menjadi putih.Rumah Bonda Indera Nata (Tuan Puteri Cenderawati) Kepulangan Indera Nata bersama tujuh puteri. Ketujuh-tujuh puteri menetap di situ. Latar Masa Waktu pagi – raksasa keluar mencari kijang putih bertanduk emas. Waktu petang – raksasa tidur. Waktu siang – raksasa keluar mencari gajah bergading emas. Tujuh hari tujuh malam – perjalanan Indera Nata pulang ke rumah bondanya bersama tujuh puteri. Waktu tengah malam – Indera Nata tiba di rumah bondanya bersam tujuh puteri. Latar Masyarakat Golongan bangsawan – Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Tuan Puteri Cenderawati, Tuan Puteri Cendera Kesuma Golongan bawahan – rakyat yang mengikut Raja Rom pergi berburu yang semuanya dimakan oleh raksasa Masyarakat taat kepada perintah – Indera Nata mengikut perintah Raja Rom mengembara mencari gajah bergading emas Masyarakat yang memiliki kesaktian dan hikmat- Indera Nata boleh berinteraksi dan bercakap dengan haiwan, mempunyai gemala hikmat yang boleh menyeru dan meminta bantuan Betara Gangga. Masyarakat raksasa – sepasang suami isteri raksasa yang tinggal di atas sebuah bukit. Masyarakat haiwan – gajah bergading emas, ular sakti dan naga Gaya Bahasa  Bahasa Klasik – sebermula, hatta Bahasa istana - tuanku , kakanda , anakanda . Simile – maka ia mendengar bunyi seperti ribut , ia berani dengan segala binatang itu adalah ia berkata-kata seperti ia berkata dengan manusia juga. Puisi – pantun contoh:Ikan pari bertelur beribuBertelur sejengkal juga;Hujan arah ke langit biru,Tawakalku dapat juga. Bahasa Arab – Allah Hiperbola – gajah bergadingkan emas , kijang putih bertandukkan emas , parasnya gilang-gemilang, cahayanya kilau-kilauan.  Nilai  Nilai Bijaksana – Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah untuk melepaskan diri.

Page 20: Nota Komsas Tingkatan Empat

Nilai Keberanian – Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan menyelamatkan tujuh puteri. Nilai Kasih Sayang – Tuan Puteri Cenderawati amat menyayangi Indera Nata. Nilai Tolong-menolong - Indera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada tawanan raksasa dan Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata. Pengajaran  Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihajati. Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain supaya dapat hidup harmoni. Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah yang timbul. Kita mestilah menghargai budi yang diterima dan membalas dengan sebaik-baiknya. Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.

 Gelanggang Tuk Wali

(Ismail Kassan)Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) 

 Sinopsis Babak 1 Ripin telah pergi ke rumah Tuk Wali, untuk memaklum jemputan bersilat di majlis perkahwinan rumah Haji Kodri. Kedatangannya disambut oleh Mak Umi. Tuk Wali mahu memenuhi jemputan tersebut walaupun demam,. Tuk Wali juga berbual dengan Ripin tentang kerakusan manusia yang menyebabkan kepupusan spesies pokok-pokok herba di hutan sebagaimana yang dilakukan oleh Si Guan. Tuk Wali kesal oleh sebab harga akar-akar kayu semakin rendah Tuk Wali meminta Ripin memastikan murid-murid silat berkumpul kerana wartawan akan datang pada malam itu. Babak 2 Tuk Wali bersiap-siap untuk pergi ke rumah Haji Kodri dengan berpakaian baju Melayu yang lengkap dengan samping dan bersongkok. Tidak lama kemudian, Imam dan Siak berkunjung ke rumah Tuk Wali. Kedatangan mereka disambut oleh Mak Umi. Siak menyatakan perasaan tidak senang kerana, dia masih bersilat di gelanggang. Baginya Tok Wali sepatutnya menghabiskan masa di masjid. Mak Umi mempertahankan suaminya kerana selama ini suaminya tidak pernah tinggal solat berjemaah di masjid malah mengerjakan solat sunat setiap malam. Bagi Mak Umi, Tuk Wali hanya memenuhi hajat orang untuk memeriahkan majlis, tidak melanggar adat dan agama. Mak Umi meminta Imam dan Siak bercakap dengan Tuk Wali sendiri tentang hal itu. Dia juga akan memaklumkan nasihat Siak dan Imam kepada Tok Wali. Babak 3 Tuk Wali meluahkan rasa tidak senangnya terhadap Piee cucu tirinya, Piee yang telah memalukan dirinya di rumah Haji Kodri. Mak Umi mahu Tuk Wali mengubatkan Piee yang menagih dadah. Tuk Wali menyuruh Mak Umi menghalau Piee jika datang ke rumah itu lagi. Tuk Wali terlalu marah kepada Piee kerana dia telah mencuri wang tambang Tuk Wali ke Mekah yang berjumlah RM2000.00. Mak Umi memaklumkan nasihat Imam dan Siak kepada Tok Wali. Tuk Wali mengatakan bahawa dia boleh duduk berzikir di masjid tetapi dia juga perlu mengubatkan orang yang patah kaki, terseliuh, dan histeria. Tuk Wali mengimbas dirinya ketika muda dahulu sering

Page 21: Nota Komsas Tingkatan Empat

dipuji,dan dianggap hebat. Apabila dia sudah tua segala yang dilakukannya dipandang tidak elok. Mak Umi mencadangkan anak-anak muridnya seperti Ripin menggantikan tempatnya untuk bersilat di majlis kahwin. Tuk Wali mengatakan bahawa silat sudah sebati dengan dirinya. Tok Wali dikunjungi oleh Ripin dan Mariam. Tuk Wali menyarankan Ripin dan Mariam mengambil tempatnya untuk mengajar silat tetapi mereka berdua tidak bersedia Mereka merayu agar Tuk Wali terus mengajarkan silat. Tuk Wali mengambil sebilah keris dan menceritakan asal usul keris tersebut Tok Wali merasakan Ripinlah yang layak untuk menjadi pewaris keris itu. Dua orang wartawan dari majalah Pejuang, iaitu Halim dan Jamil datang ke rumah Tuk Wali untuk menemu ramahnya.. Piee cucu tiri Tuk Wali yang baru keluar dari pusat pemulihan muncul. Setelah kedua-dua wartawan itu pulang, Tuk Wali menampar dan memarahi Piee kerana masuk ke dalam biliknya. Empat orang pemuda telah datang ke rumah Tuk Wali. Menyangka Tuk Wali tiada di rumah mereka bermain gitar, menyanyi sambil menari-nari. Tuk Wali memarahi mereka. Salah seorang pemuda telah ditampar oleh Tuk Wali kerana bersikap biadap. Babak 4 Siak datang ke rumah Tuk Wali dan mencabar Tuk Wali agar bersilat dengannya. Siak berasa marah kerana Tuk Wali telah menampar cucunya yang mahu belajar silat. Mereka bertarung menggunakan sundang. Mak Umi mencari Ripin untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Ripin berjaya mengunci pergerakan Siak. Ripin mencadangkan Tuk Wali dan Siak menyelesaikan masalah dengan cara berunding.. Mak Umi menyuruh Ripin menghantarnya ke rumah Berahim kerana dia tidak mahu melihat pergaduhan antara Tuk Wali dengan Siak. Siak akhirnya meninggalkan rumah. Tuk Wali yang kepenatan dan akhirnya terlena dibuai mimpi indah. Babak 5 Piee masuk ke rumah Tuk Wali dan mengambil biola serta sebilah keris yang tersisip di dinding beranda itu. Tuk Wali menyedari perkara itu dan marahi Piee Kemudian berlaku pergaduhan dan pertikaman antara Tuk Wali dengan Piee. Semasa Tuk Wali ingin mengambil biola yang dijatuhkan oleh Piee, Tuk Wali ditikam oleh Piee. Tikaman itu terkena di perut Tuk Wali. Tuk Wali dapat mengambil keris daripada tangan Piee. Tuk Wali semakin lemah apabilabanyak darah keluar daripada lukanya. Ripin terkejut apabila melihat Tuk Wali yang terbaring berlumuran darah. Ripin mahu menghantar Tuk Wali ke hospital tetapi Tuk Wali enggan. Tuk Wali sempat menyerahkan keris tersebut kepada Ripin sebelum meninggal. Ripin ingin menuntut bela atas kematian Tuk Wali. Dia menyangka Siak yang membunuh Tuk Wali. Siak dan Imam muncul dan melihat Ripin memegang keris dalam keadaan Tuk Wali telah terbujur kaku. Imam menyangka bahawa Ripin telah membunuh Tuk Wali. Berlaku tuduh menuduh antara Siak dan Ripin Mariam dan Mak Umi sampai lalu menerpa ke arah mayat Tuk Wali. Mak Umi dan Mariam ingin tahu orang yang membunuh Tuk Wali. Siak dan Ripin saling menuduh sekali lagi. Mak Umi menafikan Ripin membunuh Tuk Wali. Pemikiran Drama: Pemikiran drama Tok Wali ialah perjuangan mempertahankan warisan budaya bangsa.Tok Wali mengajarkan ilmu persilatan sejak 50 tahun lalu kepada pemuda-pemudi kampung. Dia juga mematuhi pantang larang mencari pokok-pokok kayu herba di hutan demi memelihara warisan hutan tersebut pada masa akan datang. Persoalan:

Page 22: Nota Komsas Tingkatan Empat

 1. Persoalan sikap hormat –menghormati dalam kalangan masyarakat terhadap orang yang berilmuRipin amat menyanjung tinggi Tok Wali yang telah mengajarnya ilmu silat. 2. Persoalan budaya warisan bangsa yang diremehkan.Ada sesetengah penduduk kampung yang mencemuh Tok Wali kerana bersilat dalam majlis perkahwinan. 3. Persoalan masalah penagihan dadah yang sukar dirawat.Piee yang baru keluar dari pusat pemulihan kembali menagih kerana tidak dipantau oleh ibu bapanya. 4. Persoalan perasaan dengki dan khianat.Ada pihak yang dengki kepada Tok Wali lalu menghalau Piee dari majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri. 5. Persoalan dendam yang berpanjangan.Siak masih menyimpan perasaan dendam kepada Tok Wali kerana Tok Wali berkahwin dengan bekas tunangnya 6. Persoalan keprihatin dan dalam kalangan masyarakat.Tok Wali merawat orang sakit, menguruskan jenazah dan perkara-perkara lain tanpa meminta sebarang upah. Plot: Jenis Plot :Bersifat kronologi – peristiwa berkembang mengikut urutan waktu babak demi babak. Walau bagaimanapun terdapat unsur imbas kembali, contohnya sejarah keris yang diwarisi oleh Tok Wali. Pembinaan Plot: Terdapat empat peringkat binaan plot iaitu (i) Permulaan Pembaca diperkenalkan dengan watak utama iaitu Tok Wali dan watak-watak sampingan iaitu Mak Umi dan Ripin. Tok Wali diundang membuat pertunjukan silat di majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri. (ii) Perkembangan Tok Siak berkunjung ke rumah Tok Wali dan berjumpa dengan Mak Umi. Mereka berhasrat menasihati Tok Wali agar berhenti bersilat kerana usia Tok Wali telah lanjut dan tidak manis dipandang jika masih lagi bersilat di gelanggang.Tok Wali kesal kerana peranannya tidak lagi dihargai oleh orang-orang kampung. Berlaku pertarungan antara Siak dan Tok Wali kerana Tok Wali telah menampar anak saudara Tok Wali. (iii) Klimaks Tok Wali telah ditikam oleh Piee semasa Piee mencuri keris dan biola milik Tok Wali. Tok Wali mati setelah sempat menyerahkan keris kepada Ripin.

Page 23: Nota Komsas Tingkatan Empat

 (iv) Peleraian Berlaku tuduh-menuduh antara Ripin dan Siak tentang pembunuh yang telah menikam Tok Wali. Teknik Penceritaan: 1. Teknik pemerianPengarang menggambarkan ruang hadapan rumah Tok Wali yang dipamer dengan pelbagai jenis senjata lama. 2. Teknik dialogSebahagian besar drama disampaikan dalam bentuk dialog antara watak. 3. Teknik imbas kembaliTok Wali menceritakan peristiwa dia menewaskan 4 orang perompak kedai emas .Secara kebetulan dia sedang duduk di bangku kedai emas tersebut. 4. Teknik suspens.Pembaca tertanya-tanya pihak yang akan menang dalam pertarungan antara Siak dan Tok Wali. Watak dan Perwatakan 1. Tok Wali1. Watak utama2. Nama sebenarnya ialah Wak Raja Waliudin bin Raja Agus.3. Dia berumur dalam lingkungan 70-an.4. Dia merupakan guru silat yang membuka gelanggangnya sendiri di halaman rumah.5. Dia merupakan tukang urut, penggali kubur, tok mudim, dan boleh merawat beberapa jenis penyakit.6. Dia seorang yang tegas dengan pendirianTok Wali tetap mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri walaupun dinasihati oleh isterinya, Siak dan Imam.7. Dia seorang yang berani.Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.8. Dia seorang yang pantas bertindakTok Wali pantas dan cekap menewaskan perompak yang cuba merompak kedai emas.9. Dia seorang yang taat akan perintah agama.Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat.10. Dia seorang yang suka membantu orang lainTok Wali melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti memandikan jenazah tanpa meminta upah. 2. Ripin1. Anak murid Tok Wali2. Berusia dalam lingkungan 30-an3. Anak murid yang dipercayai oleh Tok Wali untuk mewarisi kerisnya.4. Dia seorang yang menghormati orang tuaRipin sangat menghormati Tok Wali dan bersopan ketika bercakap dengan Tok Wali.5. Dia seorang yang taat suruhan gurunya.Apabila disuruh oleh Tok Wali mengumpulkan anak-anakmuridnya kerana ada

Page 24: Nota Komsas Tingkatan Empat

pemberita datang, Ripin patuh akan kehendak Tok Wali6. Dia seorang pendendamRipin mahu menuntut bela atas kematian Tok Wali. 3. Mak Umi1. Dia ialah isteri Tok Wali.2. Berusia dalam lingkungan 50-an.3. Dia mahir ilmu persilatan semasa muda.4. Dia seorang yang bijakMak Umi bijak membalas percakapan Siak dan Imam yang mahu menasihati Tok Wali.5. Dia seorang yang penyabarMak Umi sabar melayan kerenah Tok Wali yang membidas kata-katanya.6. Seorang yang prihatinMak Umi mengambil berat tentang Piee yang menjadi penagih dadah. Latar Latar masa1. Pada waktu pagiKetika Ripin datang ke rumah Tok Wali.2. Pada waktu petangKetika Tok Wali bersiap sedia hendak pergi ke majlis kenduri di rumah Haji Kodri.3. Pada waktu malamKetika Tok Wali bermain biola dan berbual-bual dengan Mak Umi. Latar tempat1. Di rumah Tok Wali2 orang pemberita datang menemu ramah Tok Wali di rumahnya.2. Di gelanggang silatTok Wali bertarung dengan Siak di gelanggang silat. Latar masyarakat1. Masyarakat yang mempertahankan warisan bangsa.Tok Wali mengajarkan ilmu silat supaya dapat diwarisi oleh anak-anak muda kampungnya.2. Masyarakat yang beradab.Tok Wali memenuhi jemputan Haji Kodri supaya membuat pertunjukan silat di majlis kenduri di rumahnya.3. Masyarakat yang saling menghormatiRipin menghormati Tok Wali kerana memiliki ilmu persilatan dan melayan percakapan Tok Wali dengan sopan.4. Masyarakat yang hipokritSiak menggunakan alasan agama untuk mengurangkan pengaruh Tok Wali di kampung itu.5. Masyarakat yang tidak berakhlak.Piee menjadi penagih dadah dan sukar dipulihkan lagi.6. Masyarakat yang taat perintah agama.Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid. Gaya bahasa 1. Penggunaan bahasa ArabAssalamualaikum Insya-Allah , Astagfirullahal’azim 2. Bahasa Inggeris

Page 25: Nota Komsas Tingkatan Empat

Sorryl-ah.. 3. Bahasa IndonesiaBisa copot jantungku 4. SinkopeYang itu tak pulak disebut!.Kerana dah tualah tak jadi manis tu! 5. SimileKawannya macam lalatibarat burung dalam sangkar yang terbuka pintunya.macam rimau tak ada gigi 6. Simpulan bahasakambing hitam 7. kata gandabertalu-talu, gegak-gempita Nilai 1. Nilai ketegasanTok Wali tegas dengan pendiriannya mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri kerana baginya perbuatannya itu tidak salah. 2. Nilai keberanianTok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya. 3. Nilai taat akan perintah agamaTok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat. 4. Nilai hormat-menghormatiRipin menghormati Tok Wali yang tinggi ilmu persilatan dan merupakan guru silatnya. 5. Nilai bertanggungjawabTok Wali berasa dirinya bertanggungjawab meneruskan usaha mengajarkan ilmu silat kepada anak-anak muda kampung tersebut. 6. Nilai tolong-menolongRipin membantu Mak Umi yang memanggilnya supaya menamatkan pergaduhan antara Tok Wali dan Siak. 7. Nilai keprihatinanTok Wali sering melakukan kerja kemasyarakatan tanpa mengharapkan upah seperti menggali kubur dan memandikan jenazah. Pengajaran: 1. Kita hendaklah mempertahankan warisan bangsa agar generasi akan dating berpeluang mendapat manfaatnya.2. Kita hendaklah menghormati guru dan orang yang lebih tua daripada kita kerana mereka banyak berjasa kepada kita.3. Kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain tanpa

Page 26: Nota Komsas Tingkatan Empat

mengharapkan balasan agar masyarakat hidup harmoni.4. Janganlah kita bersikap hipokrit dalam hidup kerana sikap itu memberi kesan yang negatif.5. Setiap masalah yang dihadapi haruslah diselesaikan secara rundingan supaya tidak berlaku kecederaan atau pertumpahan darah.6. Kita mestilah bersabar atas ujian yang menimpa kita supaya kehidupan lebih sejahtera.7. Kita hendaklah bijak menangani masalah yang timbul agar tidak menimbulkan kesusahan kepada diri sendiri kelak. 

 Drama Forum Remaja 2020

(Sharif Shaary)Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM) 

  Sinopsis Forum Remaja 2020 memaparkan peranan dan tanggungjawab tiga orang remaja iaitu Salmah, Chandran dan Chong menjelang tahun 2020. Mereka berjumpa dengan dua orang makhluk Utopia yang yang datang ke bumi untuk menjayakan satu misi. Kedatangan mereka didorong atas rasa tanggungjawab moral untuk mengingatkan makhluk bumi bahawa situasi kini sudah mencapai tahap kritikal ke arah kemusnahan. Makhluk Utopia memilih Malaysia kerana Malaysia berpotensi untuk dimajukan sebagai sebuah negara model dunia dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat. Mereka berpendapat segala pembangunan sekarang bukan sumbangan generasi muda yang diwakili oleh Salmah, Chandran dan Chong tetapi sumbangan generasi yang terdahulu. Generasi muda kini belum berbuat apa-apa. Sebagai bakal pemimpin masa depan, remaja perlu mempunyai jati diri yang kental, berilmu pengetahuan dan memiliki moral yang tinggi bagi merealisasikan matlamat tersebut.Masalah keruntuhan moral generasi muda berada dalam satu era kritikal dari segi moral, sosial dan mental. Mereka mesti bersatu padu sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersemangat patriotik dan mengamalkan nilai keagamaan dalam aspek kehidupan. Apabila kedua-dua makhluk Utopia itu beredar, ketiga-tiga remaja itu pun tersedar dan mereka rupanya bermimpi. Ketiga-tiga remaja itu berbincang tentang kritikan yang diberi oleh makhluk Utopia dan mereka menyetujuinya. Sebagai remaja, mereka perlu merancang strategi kepimpinan untuk merealisasikan pembangunan negara di samping melahirkan generasi yang berdisiplin . Pemikiran Peranan dan tanggungjawab remaja untuk merealisasikan Wawasan 2020 yang diwakili oleh watak Salmah, Chandran dan Chong. Persoalan 1. Persoalan remaja sebagai pemimpin negara pada masa hadapan.2. Persoalan tentang kepentingan ilmu pengetahuan dalam diri remaja.3. Persoalan tentang kepentingan penghayatan nilai keagamaan dalam kehidupan.4. Persoalan semangat patriotik sebagai pegangan untuk mewujudkan sebuah negara bangsa.

Page 27: Nota Komsas Tingkatan Empat

5. Persoalan tentang jati diri, moral dan ilmu pengetahuan sebagai teras kepada remaja untuk merealisasikan Wawasan 2020. Plot Plot drama ini digarap secara kronologi, melalui empat peringkat: 1. Permulaan Plot dimulakan dengan perbincangan serius antara Salmah, Chandran dan Chong sehingga mereka tertidur. 2. Perkembangan Kedatangan dua makhluk Utopia ke bumi dengan membawa misi suci dan memilih Malaysia kerana Malaysia mempunyai potensi yang boleh dimajukan sebagai sebuah negara model dunia. Chong berhujah tentang Malaysia yang sudah mempunyai kualiti pembangunan dan bangsa Malaysia mempunyai etika kerja berdasarkan slogan Bersih, Cekap dan Amanah. Salmah turut mengemukakan hujah bahawa rakyat Malaysia hidup dalam suasana yang muhibah di samping bangunan pencakar langit yang setanding negara maju. Chandran mahukan penjelasan sebab mereka dipilih untuk berdialog. Makhluk Utopia menjelaskan bahawa mereka merupakan bakal pemimpin negara. Perdebatan sengit berlaku antara tiga sahabat dan dua makhluk Utopia. Hujah tentang keagamaan dan ketuhanan turut diperkatakan oleh Salmah. Agama sepatutnya diutamakan dan dipraktikkan dengan fikiran yang rasional dan niat yang ikhlas serta suci. Perkara yang membimbangkannya ialah keadaan anak muda sekarang yang longgar kepercayaan agamanya yang menjadi punca kemerosotan moral. 3. Konflik Pada peringkat ini konflik timbul apabila Chandran merasai bahawa mereka sedang bermimpi. Chong berpendapat kemungkinan makhluk itu menyamar. Bagi Salmah, mereka meragui tentang makhluk itu kerana pendapat-pendapat yang bersanggah. 4. Klimaks Salmah, Chandran dan Chong akhirnya bersetuju akan perkara-perkara yang dihujahkan oleh makhluk Utopia. 5. Peleraian Akhirnya, tiga sahabat ini menjelaskan bahawa mereka harus merancang strategi kepimpinan untuk merealisasikan perkara yang dihujahkan. Mereka mesti menyelesaikan masalah kemerosotan moral generasi muda dan memperkemaskan disiplin supaya setiap yang dirancang akan lebih berkesan. Mereka harus memulakannya dari sekarang. Teknik Plot 1. Teknik dialogDialog antara watak Salmah, Chandran dan Chong, contohnyaChandran:Ah, Makhluk Utopia yang berdebat dengan kita tadi tu!Chong: Entah, aku rasa macam mimpi saja.Salmah:Tapi, takkanlah ketiga-tiga kita bermimpi serentak?

Page 28: Nota Komsas Tingkatan Empat

 2. Teknik suspensKedatangan dua Makhluk Utopia dan menghampiri Salmah, Chandran dan Chong. Mereka hendak lari. Watak dan Perwatakan Watak Utama 1. Salmah Mahasiswa berusia 22 tahun Wajah tipikal seorang gadis Melayu dan berkulit sawo matang Berfikiran objektif, terbuka ,petah dan berani mengemukakan pendapat - Salmah berdialog dengan Chong yang menegaskan bangsa yang maju ialah bangsa yang sanggup menerima kritikan. 2. Chandran Mahasiswa berusia 22 tahun Wajah tipikal seorang pemuda India dan fasih berbahasa Melayu Berperawakan sederhana. Bijak berhujah,kritis dan banyak memberikan pendapat - Chandran menyatakan pendapatnya bahawa generasi dewasa harus bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku kepada generasi muda. 3. Chong Mahasiswa berusia 22 tahun Wajah tipikal seorang pemuda Cina fasih berbahasa Melayu dan bijak berhujah Mudah emosional dan cepat sejuk - Chong marah kerana tidak bersetuju dengan pendapat Makhluk Utopia bahawa generasi mereka belum buat apa-apa. Watak Sampingan 1. Makhluk Utopia I dan II Makhluk asing dari planet Utopia Watak mereka muncul dalam mimpi Bijak mengemukakan pendapat - Makhluk Utopia memberikan pendapat bahawa makhluk bumi berada dalam situasi yang kritikal ke arah kemusnahan. Latar Latar masa  waktu petang pada tahun 2020Latar tempat Kampus universiti tempat Salmah, Chandran dan Chong belajar Latar masyarakat 1. Masyarakat kampus - Salmah, Chandran dan Chong.2. Masyarakat dari planet Utopia - Makhluk Utopia 1 dan 2.3. Masyarakat yang bijak berhujah - Salmah dan Chandran berhujah dengan makhluk Utopia.4. Masyarakat remaja yang cinta akan negara - hujah-hujah Chong menunjukkan cintanya kepada tanah air. 

Page 29: Nota Komsas Tingkatan Empat

Gaya Bahasa

Kata ganda, contohnya bangunan-bangunan Sinkope, contohnya tak ada satu pun yang baik Peribahasa, contohnya bersatu kita teguh, bercerai kita roboh Nilai 1. Nilai keberanian - Tiga sahabat berani berhujah dengan makhluk Utopia tentang cabaran untuk membangunkan negara.2. Nilai cinta akan tanah air - Tiga sahabat menunjukkan kecintaan akan negara dan mahu menjadi pemimpin pada masa akan datang.3. Nilai baik hati - Makhluk Utopia baik hati dengan menasihati dan memberi teguran kepada penduduk bumi. Pengajaran 1. Kita hendaklah mengutamakan perpaduan kaum dan mengamalkannya dalam hidup bermasyarakat seperti yang ditunjukkan oleh Salmah, Chandran dan Chong.2. Remaja hendaklah memahami, menghayati dan mengamalkan nilai keagamaan dalam kehidupan.3. Remaja hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab dan memiliki jati diri yang kental.4. Remaja hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan untuk membangunkan negara pada masa hadapan.

 

Drama Cempaka Berdarah(A.Rahim Abdullah)

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)  Sinopsis Babak 1Drama Cempaka Berdarah mengisahkan Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Kemudiannya, mereka terdengar orang memanggil di luar rumah. Mereka mengintai melalui lubang pintu dan mendapati seorang lelaki Orang Putih muncul. Mak Jah menyuruh Cempaka masuk ke biliknya. Orang Putih itu memperkenalkan dirinya sebagai Prof. Peter , pensyarah Antropologi dan Sosiologi dan merupakan pensyarah Zaman di universiti. Dalam perbualan mereka, Prof. Peter meminta Mak Jah menasihati Zaman supaya belajar betul-betul sekiranya hendak berjaya. Prof. Peter bertanya tentang Cempaka apabila melihat gambar Cempaka di dinding. Babak 2Semasa Zaman dan Cempaka mengambil buah bidara dan akar kayu di sebuah belukar, zaman menyuruh Cempaka pulang untuk mengambil parang. Mereka berbincang tentang bonsai dan ukiran akar kayu. Semasa Cempaka pulang mengambil parang, Prof. Peter muncul ditemani oleh Malik. Berlaku pertengkaran kecil antara mereka. Ketika Zaman mengambilkan Cempaka bunga kenanga, Prof. Peter dan Malik muncul semula. Berlaku lagi pertengkaran antara Prof. Peter dan Zaman. Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang berwarna perang. Zaman membuat kesimpulan, Maliklah yang menjadi orang perantaraan Prof. Peter. Dia juga mendakwa Cempaka ialah adiknya yang dicari-cari selama ini. Semasa perang Jepun,

Page 30: Nota Komsas Tingkatan Empat

ibunya telah menyembunyikan adiknya di tebing sungai Bukit Putih dan ditemui oleh Mak Jah. Dia hendak mengambil Cempaka dan mahu adiknya itu hidup dalam keluarganya. Sewaktu pertengkaran berlaku, Prof. Peter ternampak seekor ular lalu melepaskan tembakan. Cempaka rebah berlumuran darah. Mak Jah meraung melihat keadaan Cempaka. Zaman berasa marah dan berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Prof. Peter telah melarikan diri ke dalam hutan. Zaman mengejarnya dengan parang. Tiba-tiba terdengar satu das tembakan dan semuanya tercengang. Mak Jah bersyukur kerana Zaman selamat dan mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan diri itu. Pemikiran Keberanian mempertahankan hak dan maruah keluarga daripada dirampas oleh orang luar. Zaman bertindak dengan berani dan bersungguh-sungguh ketika bertengkar dengan Prof. Peter. Persoalan 1. Persoalan kasih sayang sesama insan tidak mengenal agama dan keturunan.2. Persoalan pendidikan penting untuk mengubah dan membela nasib diri dan keluarga.3. Persoalan mempertahankan hak dengan cara yang betul.4. Persoalan peperangan yang menyebabkan perpisahan antara ahli keluarga.5. Persoalan tentang usaha mencari adik kandung yang hilang semasa perang Jepun. Plot Plot drama ini terbahagi kepada dua babak cerita. 1. Permulaan Plot bermula di rumah Mak Jah yang sederhana di sebuah kampung. Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah sementara menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur. 2. Perkembangan Plot berkembang apabila kedatangan Prof. Peter ke rumah Mak Jah. Tujuannya adalah untuk membuat penyiasatan kerana dia ialah Profesor Antropologi dan Sosiologi. Prof. Peter juga memperkenalkan bahawa dia ialah pensyarah Zaman. Peristiwa Prof. Peter melihat gambar Cempaka yang menarik perhatiannya. Plot terus berkembang apabilaZaman dan Cempaka masuk ke pinggir belukar di kampungnya untuk mengambil buah bidara, akar kayu dan bunga kenanga. 3. Konflik Pada tahap perumitan, Zaman bertemu dengan Prof.Peter yang diiringi Malik dan berlaku pertengkaran. Prof.Peter dan Malik beredar untuk menembak burung dan kera di bukit. Sejurus selepas itu, mereka datang semula iaitu semasa Zaman cuba mengambilkan Cempaka bunga kenanga. Berlaku lagi pertengkaran yang lebih hebat apabila Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang berwarna perang.Prof. Peter mendakwa Cempaka ialah adiknya. Mak jah datang dan memarahi Prof. Peter. 4. Klimaks 

Page 31: Nota Komsas Tingkatan Empat

Klimaks cerita ialah peristiwa Prof. Peter yang hendak menembak ular di atas kepala Cempaka tetapi tertembak Cempaka. Seterusnya, berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Zaman mencuba merampas senapang Prof. Peter. 5. Peleraian Prof. Peter melarikan diri ke dalam belukar. Zaman mengambil parangnya mahu mengejar Prof. Peter. Tiba-tiba terdengar satu das tembakan letupan senapang yang menyebabkan mereka tercengang. Akhirnya, Zaman berjalan ke arah ibunya semula dan ibunya bersyukur kerana Zaman selamat. Zaman dan Mak Jah mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan diri.  Teknik Plot 1. Teknik pemerianPengarang memerihalkan watak Mak Jah dan Cempaka,contohnya :Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menunggu kepulangan Zaman yang belajar di sebuah university di Kuala Lumpur.(ms 243) 2. Teknik imbas kembaliPengarang telah menggunakan teknik ini semasa dialog antara Prof. Peter dan Mak Jah tentang adiknya yang telah disembunyikan semasa Perang Jepun.Contohnya:Aku tahu, Mak Jah. Ibuku telah menyembunyikan adikku di tebing sungai Bukit Putih sebelum orang Jepun menyerang dan membunuh bapa dan ibuku.(ms257)  Watak dan Perwatakan 1. Zaman Watak utama Anak Mak Jah dan abang angkat kepada Cempaka. Dia merupakan penuntut di university di Kuala Lumpur. Dia merupakan tukang urut, penggali kubur, tok mudim, dan boleh merawat beberapa jenis penyakit. Dia seorang yang penyayang.Zaman amat menyayangi adiknya Cempaka dan ingin memenuhi hajat adiknya untuk mendapatkan bunga kenanga akar dan buah bidara di pinggir belukar. Dia seorang yang berani.Zaman berani bergaduh dengan Prof. Peter kerana mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter.. Dia seorang yang bijakZaman bijak menghidu niat sebenar Prof. Peter yang mahu membuat kajian di kampungnya. Dia seorang yang keras hati.Zaman dikatakan keras hati oleh Prof. Peter dan diakui oleh Mak Jah kerana suka menentang cakap orang lain.. Dia seorang yang tekun belajarZaman tekun belajar kerana berada pada tahun akhir dan akan menghadapi peperiksaan diuniversitinya. 2. Mak Jah

Page 32: Nota Komsas Tingkatan Empat

  Ibu Zaman dan ibu angkat kepada Cempaka Dia seorang yang penyayangMak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun hanya anak angkat. Dia seorang yang tegas.Mak Jah tetap dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu anaknya walaupun diterangkan oleh Prof. Peter. Dia seorang yang bertanggungjawab.Mak Jah bertanggungjawab memastikan keselamatan Cempaka dan menyuruh Cempaka masuk apabila Prof. Peter datang ke rumahnya. 3. Prof.Peter  Seorang lelaki Inggeris Pensyarah sosiologi di sebuah universiti tempatan.. Dia seorang yang bijakDia menggunakan alasan sedang membuat kajian sejarah dan melindungi tujuan sebenar mencari adiknya yang hilang. Dia seorang yang sombongProf Peter mengatakan bangsa Melayu berfikiran sempit dan pengotor. Seorang yang tegasProf. Peter tegas dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu adiknya. Seorang yang sanggup berkorban.Prof.Peter sanggup bekerja di Malaysia semata-mata untuk mencari adiknya yang hilang semasa zaman Jepun. Latar Latar masa 1. Pada sekitar tahun 60-an2. Pada waktu menjelang tengah hariMak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah dan menunggu Zaman pulang dari Kuala Lumpur.3. Pada waktu petangKetika Zaman dan Cempaka berada di pinggir hutan dan terserempak dengan Malik serta Prof.Peter. Latar tempat  1. Di rumah Mak JahProf.Peter datang ke rumah Mak Jah untuk menyiasat tentang adiknya.2. Di pinggir belukar dalam kampungZaman dan Prof. Peter bertengkar tentang Cempaka. Latar masyarakat 1. Masyarakat yang mempertahankan hak.Mak Jah dan Zaman mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter kerana Cempaka telah dipelihara sejak kecil oleh Mak Jah.2. Masyarakat yang penyayangMak Jah menyayangi anak-anaknya.Prof Peter juga menyayangi adiknya .3. Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan wanitaMak Jah tidak menghantar Cempaka bersekolah tinggi.

Page 33: Nota Komsas Tingkatan Empat

4. Masyarakat yang tidak menghormati budaya masyarakat tempatan.Prof.Peter bersikap biadap kerana merendahkan orang Melayu dan tidak berunding secara berhemah dengan Mak Jah dan Zaman.5. Masyarakat yang prihatinMak Jah telah mengambil Cempaka sebagai anak angkat setelah ibu Cempaka terpaksa meninggalkannya. Gaya bahasa 1. SinkopeTuan nak buat apa di sini?Mak Jah tak adakah anak lelaki? 2. PeribahasaKeras hati, keras kepala 3. Kata gandabetul-betul, lihat-lihat 4. SinkopeYang itu tak pulak disebut!. Nilai 1. Nilai kasih sayangMak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun Cempaka hanya anak angkat. 2. Nilai keberanianZaman berani mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof Peter. 3. Nilai hormat-menghormatiMah Jah menghormati tetamunya Prof. Peter dan melayannya dengan ramah. 4. Nilai bertanggungjawabZaman bertanggungjawab memenuhi keinginan adiknya Cempaka untuk mengambil bunga kenanga akar. 5. Nilai kerajinanZaman rajin belajar sehingga tahun ketika itu berada dalam tahun akhir pengajian. Pengajaran: 1. Kita hendaklah berusaha mempertahankan apa-apa yang menjadi hak kita dengan cara yang betul agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.2. Kita hendaklah menghormati masyarakat tempatan jika kita berkunjung ke tempat mereka supaya kita tidak mendapat kesusahan.3. Janganlah kita menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerana perbuatan itu membahayakan kita.4. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mengubah corak hidup supaya tidak terus dibelenggu kemiskinan.5. Setiap ahli keluarga hendaklah melindungi keluarganya yang lain kerana hal itu merupakan tanggungjawab mereka.6. Kita perlu berwaspada terhadap orang yang tidak kita kenali agar tidak diperdayakan oleh mereka.7. Kita berfikir secara bijak untuk menyelesaikan sesuatu masalah agar hasrat yang

Page 34: Nota Komsas Tingkatan Empat

diinginkan akan memperoleh kejayaan.

 Pemain Catur

(Zaharah Nawawi)Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum 

 Sinopsis  Enam beradik daripada keturunan ternama dalam permainan catur iaitu Uj, Ul, Us, Uk, Ur dan Um. Mereka terkenal kerana berketurunan al-Hakam iaitu rakan sepermainan Abu Bakar Muhammad Yahya as-Suli, iaitu salah seorang daripada dua pemain shatrani yang disegani di dunia. Uj merupakan anak sulung dalam keluarga tersebut mengajak Um adik bongsunya berlawan permainan catur. Bagi Uj, Um ialah adik yang paling mudah untuk dibentuk berbanding adik-beradiknya yang lain. Dia berharap Um dapat menggantikannya sebagai tonggak keluar. Um semakin berminat untuk bermain catur setelah mendengar kisah kehebatan pemain catur ternama di dunia. Kempen Uj berhasil. Uj mengajak Um berlawan catur untuk menguji pengetahuan. Um menolak dengan alasan bahawa dia hilang fokus ketika bermain kerana memikirkan soal ibunya yang sedang sakit. Um terpaksa menerima cabaran Uj untuk berlawan catur secara terbuka. Perlawanan berlangsung dengan sengit. Ahli keluarga yang lain tidak menyenangi perlawanan tersebut. Uj hampir kalah. Um berkalih untuk minum. Beberapa detik kemudian buah caturnya telah berubah. Um segera mengalih semula buah catur tersebut. Uj tidak berpuas hati lalu menjerit dan menghentak meja. Uj menuduh Um penipu dan memaksa Um mengaku kalah. Um ke bilik air mencuci muka untuk menenangkan diri. Sekembalinya ke meja apabila duduk, kakinya terkuis sebotol asid di bawah meja. Um berasa amat sakit. Ibunya yang ketika itu sedang sakit berasa amat hiba sehingga diserang angin ahmar. Keadaan semakin haru-biru, tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab meletakkan botol asid itu. Berlaku tuduh menuduh antara Um dengan Uj. Ibu meminta mereka bertenang namun, diabaikan. Keluarga tersebut mula berpecah kepada dua, iaitu ada yang menyokong Uj dan ada yang menyokong Um. Tema  Keruntuhan moral dalam institusi kekeluargaan yang menyebabkan berlakunya perpecahan.Sikap tidak mahu mengalah dan bertolak ansur menyebabkan berlakunya pergaduhan antara Uj dengan Um. Mereka sanggup bertelingkah hanya kerana permainan catur. Malah pergaduhan itu juga telah menyebabkan perpecahan dalam keluarga mereka. Ibu mereka yang sedang sakit juga telah diabaikan. Persoalan 1. Persoalan sikap bangga yang menguasai diri.Sikap Uj dan Um yang tidak mahu mengalah dan mahu menang menyebab mereka bertelagah. Sedangkan hubungan mereka adalah sedarah iaitu adik-beradik. 2. Persoalan keharmonian dalam keluarga harus diutamakan.Ibu yang sedang sakit amat risau tentang pergaduhan anak-anaknya yang boleh menyebabkan keharmonian terganggu. 

Page 35: Nota Komsas Tingkatan Empat

3. Pengkhianatan sesama ahli keluarga.Ahli keluarga terutama Uj dan Um bertindak di luar batasan semata-mata untuk menentukan kehebatan mereka dalam permainan catur. Plot  Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: (i) Permulaan Cerita dimulakan dengan apabila Um mengajak Uj berlawan catur bagi menentukan siapa yang lebih hebat. (ii) Perkembangan Uj berusaha menanam semangat dalam permainan catur kepada adiknya agar mengulangi sejarah kecemerlangan keluarga mereka sebagai pemain catur terhebat. Cerita diteruskan lagi dengan Uj dan Um mula berlawan catur. Perlawanan berlangsung dengan sengit untuk mencari kemenangan. (iii) Konflik Uk berbisik kepada Uj kononnya Um sedang membaca buku catur besar dan tebal yang dibelinya dari luar negara untuk mengalah Uj dan mendapatkan kehormatan keluarga. (iv) Klimaks Pengkhianatan berlaku apabila kaki Um terkena asid yang diletakkan di bawah meja catur. (v) Peleraian Ibu mereka diserang angin ahmar dan keluarga mereka berpecah kepada dua. Satu pihak menyokong Um dan satu pihak lagi menyokong Uj. Watak dan Perwatakan  Watak Utama Uj Abang sulung yang menjadi ketua keluarga. Mempunyai lima orang adik dan pandai bermaina catur. Beliau juga adalah penyadang anugerah IGM dalam pertandingan catur. Pemarah – cepat panas baran apabila berhadapan dengan cabaran terutama ketika bermain catur. Berbangga akan keturunan - Mendedahkan keturunannya yang hebat iaitu al-Hakam juara catur terbaik dunia pada kurun ke-17 kepada Um. Bersemangat tinggi - sentiasa mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan yang disertai, serta mahu menaikan nama keluarganya setaraf dengan pemain catur ternama dunia. Pilih kasih - hanya mengagungkan adik-beradiknya yang pandai bermain catur sahaja untuk mewarisi penguasaan keluarganya. 

Page 36: Nota Komsas Tingkatan Empat

Watak Sampingan 1. Um Adik bongsu kepada Uj. Masih muda dan berpotensi dalam permainan catur. Mempunyai semangat juang yang tinggi - sanggup membaca buku dari luar negara untuk mendalami permainan catur. Berani – sanggup menyahut cabaran abangnya walaupun sudah mengetahui akan kehebatan Uj dalam permainan catur. Mengambil berat – Um sentiasa berfikir tentang kesihatan ibunya sedang sakit darah tinggi. Mementingkan diri sendiri – Um tetap bertelingkah dengan Uj walaupun, telah dilarang oleh ibunya sehinggakan ibunya mengalami angin ahmar. Teknik Penceritaan / Teknik Plot  1. PemerianPengarang menceritakan tentang watak Uj yang telah berjaya memperoleh gelaran IGM dalam permaian catur.

2. DialogPerbualan di antara Uj dengan Um ketika hendak memulakan perlawanan catur sehingga menceritakan akan kehebatan keluarga mereka. 3. Imbas KembaliMengimbas kembali akan moyang mereka iaitu keturunan al-Hakam yang amat terkenal dalam permainan catur pada kurun ke 17. 4. SuspensPembaca tertanya-tanya akan keputusan perlawanan catur antara Uj dengan Um yang tidak berkesudahan. Latar Latar masa Berlaku selama tiga hari tiga malam semasa pertandingan berlangsung antara Uj dengan Um. Latar tempat Rumah keluarga Uj Biliik air Latar masyarakat Masyarakat yang mahir dalam permainan catur contohnya keluarga Uj. Masyarakat yang bangga dengan keturunan contohnya Uj yang seringkali menceritakan kehebatan keluarganya bermain catur kepada Um. Masyarakat yang kaya raya contohnya Uj dan adik beradiknya menugaskan dua orang doktor untuk merawat ibu mereka yang sakit Gaya Bahasa  1. Bahasa asing contohnya bahasa Indonesia (ruwet), bahasa Arab (kudrat)2. Metafora contohnya cahaya kepintaran3. Simile contohnya … Abang Uj seperti David the Gnome…

Page 37: Nota Komsas Tingkatan Empat

4. Sinkope contohnya … kota saya tadi di kanan, ni kenapa di kiri pula? …5. Peribahasa contohnya … batu api …. Nilai 1. Nilai keberanian contohnya Um menyahut cabaran abangnya Uj untuk bertanding catur.2. Nilai kegigihan contohnya Um berusaha bersungguh-sungguh menelaah buku tentang permainan catur.3. Nilai kasih sayang contohnya Uj menyayangi adiknya Um. Pengajaran  1. Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh agar berjaya dalam hidup2. Semangat keberanian perlulah dimiliki oleh setiap individu agar semua cabaran yang ditempuh dapat diatasi dengan baik.3. Kita hendaklah saling menyayangi antara adik-beradik kita agar kehidupan bahagia dan harmoni

Cerpen Memori Seorang Tua(Zahari Affandi)

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum   Sinopsis Pak Itam digambarkan seorang sebagai pejuang yang cekal. Dia telah beberapa kali keluar masuk penjara kerana penentangannya terhadap Inggeris. Beliau berhasrat untuk mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85. Beliau turut bercadang untuk menjemput wartawan, mahasiswa universiti serta para penduduk Langat ke majlis berkenan bagi berkongsi kisah perjuangannya. Ketika Pak Itam membaca majalah Mastika lama, beliau tersentuh akan paparan Siti Nurhidayah yang menuntut fasakh ketika beliau ditahan di penjara Singapura. Itulah kali terakhir beliau menatap wajah dua orang anaknya, Izwan dan Nuryani Iman. Tuk Mat merupakan orang yang banyak membantu Pak Itam menguruskan segala persiapan untuk majlis itu dan turut dibantu beberapa orang pemuda kampung seperti Isa, Latif dan Jali. Pada hari yng ditetapkan, Pak Itam lengkap berbaju Melayu menyambut tetamu. Orang kampung memenuhi tempat berlangsungnya majlis tersebut, namun Pak Itam kecewa kerana tetamu dari jauh masih belum sampai. Tambah mengecewakan Pak Itam kerana wartawan akhbar dan televisyen tidak muncul.Pak Itam merasakan segala pengorbanannya selama ini telah dilupakan. Apabila tiba waktu Zuhur, Pak Itam masuk untuk menunaikan solat. Kaih yang cemas cuba memberitahu perkara yang berlaku kepada Pak Itam. Apabila Tuk Mat mendekati Pak Itam yang terbaring di sejadah, beliau dilihat sudah meninggal dunia. Tetamu yang hadir membacakan surah Yasin untuk jenazah. Pada ketika itu, datang seorang perempuan tua mendekati jenazah membawa sejambak ros. Tatkala orang ramai tercengang memikirkan identiti perempuan tersebut, Tuk Mat menyapu air matanya dan menganggap hajat Pak Itam untuk bertemu isterinya, Siti Nurhidayah telah tercapai. Tema Semangat patriotik, iaitu tentang keinginan seorang tokoh yang ingin berkongsi memori lampaunya dengan masyarakat.

Page 38: Nota Komsas Tingkatan Empat

Pak Itam ingin berkongsi perjuangan yang telah dilaluinya dengan anak cucunya dalam usaha beliau membebaskan negara ini daripada penjajahan. Persoalan 1. Persoalan kesediaan menghadapi cabaran.Pak Itam terpaksa menempuh halangan dalam perjuangannya, iaitu terpaksa keluar masuk penjara kerana perjuangannya bertentangan dengan dasar pemerintahan pada masa itu. 2. Persoalan rasa tanggungjawab terhadap nasib yang akan dialami oleh anak bangsa.Atas dasar tanggungjawab, Pak Itam berjuang untuk bangsa Melayu kerana dia ingin melihat bangsanya mendapat pendidikan yang tinggi serta tidak menjadi hamba di negara sendiri. 3. Persoalan jati diri yang teguh.Pak Itam mempunyai jati diri dan pendirian yang teguh dari usia muda sehingga usianya mencecah 85 tahun. Plot Binaan Plot (i) Permulaan Mengisahkan kehidupan zaman muda Pak Itam yang sering keluar masuk penjara kerana menentang penjajah. Perjuangan untuk memartabatkan orang Melayu amat menebal dalam jiwa Pak Itam. (ii) Perkembangan Pak Itam melahirkan hasrat beliau untuk mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85 tahun. Sambutan yang julung kali diadakan ini turut bertujuan untuk berkongsi pengalamannya sebagai seorang pejuang. Pak Itam juga turut menyatakan harapannya untuk melihat anak bangsanya hidup dengan sempurna dan bebas daripada sebarang bentuk penjajahan. Tetamu yang hadir pada sambutan majlis hari jadinya agak kurang dan ini menjadikan Pak Itam berasa sedih dan beranggapan bahawa pengorbanannya selama ini kian dilupakan. (iii) Klimaks Pak Itam menghembuskan nafas terakhirnya di atas sejadah. Orang ramai yang hadir membaca surah Yasin untuknya. (iv) Peleraian Kehadiran seorang wanita yang sudah berumur pada hari kematiannya membawa sejambak ros merah menjadikan penduduk kampung tertanya-tanya. Hanya Tuk Mat mengerti dan berfikir dalam hatinya, hajat Pak Itam kesampaian juga. Teknik Penceritaan 1. PemerianPak Itam toleh kiri kanan. Pokok pisang, pokok lengkuas, serai, betik dan rumput-

Page 39: Nota Komsas Tingkatan Empat

rampaisekitar rumahnya mengangguk perlahan ditiup angin pagi. Nyaman benar hidup di perkampungan, tetapi… 2. Dialog“Dah kaujemput budak-budak suratkhabar?” tanya Pak Itam.“Sudah!” jawab Tuk Mat. 3. Imbas KembaliTiba-tiba hatinya dipintali kesayuan. Di mana Siti Nurhidayah? Di mana Izwan dimana Nuryani Iman? Sudah berpuluh tahun berpisah. 4. Monolog dalamanPak Itam sudah berfikir-fikir, budak-budak surat khabar sudah tentu akan mengerumuninya, menghulur berbelas, mungkin berpuluh kaset perakam suara mahu menemuramahnya. Watak dan Perwatakan Watak Utama Pak Itam 1. Berasal dari Kuala Semantan, Pahang.2. Berumur 85 tahun.3. Mempunyai isteri iaitu, Siti Nurhidayah dan dua orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani Iman yang terpisah sejak isterinya meminta fasakh ketika dia di penjara.4. Mempunyai seorang anak angkat bernama Sidah.5. Suka membaca. -, Pak Itam suka membaca akhbar dan majalah di kerusi malas di kaki lima rumahnya.6. Seorang nasionalis tulen. - Pak Itam berjuang bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk bangsanya.7. Seorang yang taat akan perintah agama.- Pak Itam sentiasa beribadat dan menggunakan waktu malam untuk mendekatkan diri kepada tuhan.8. Baik hati - Pak Itam bersedia melayan tetamu yang datang untuk bertemu dengannya di rumah. Watak Sampingan Tuk Mat1. Bekas anggota polis.2. Jiran Pak Itam.3. Bertubuh sasa, kulit dan batang lengannya masih pejal dan kemas.4. Rajin. - beliau banyak membantu Pak Itam dalam usaha mengadakan sambutan hari lahirnya.5. Boleh diharapkan dan berdisiplin -, hal ini diakui oleh Pak Itam apabila membandingkan sifat anak-anak muda seperti Isa dan Latif dengan watak Tuk Mat. Siti Nurhidayah1. Bekas isteri Pak Itam yang menuntut fasakh ketika Pak Itam berada di dalam penjara.2. Sempat hadir pada hari kematian Pak Itam.3. Mempunyai dua orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani Iman. Latar

Page 40: Nota Komsas Tingkatan Empat

 Latar Masa1. Sehari sebelum hari lahir Pak Itam yang ke-85 tahun- Tuk Mat dan penduduk kampung sibuk menguruskan persiapan untuk majlis kenduri sempena hari jadi Pak Itam.2. Sebelum Zuhur - Pak Itam masih menanti. Dia amat kecewa. Tuk Mat menyuruhnya berehat.3. Selepas Zuhur - Kiah menjerit memberitahu Tuk Mat bahawa Pak Itam sakit. Pak Itam meninggal dunia dan bacaan Yasin diadakan. Latar Tempat1. Kediaman Pak Itam dan halaman rumahnya- tempat majlis kenduri sempena hari jadi Pak Itam dan pameran diadakan .2. Di kaki lima rumah Pak Itam - tempat Pak Itam duduk sambil membaca akhbar dan majalah seharian di atas kerusi malas.3. Kampung Pak Itam di Hulu Langat- perkampungan yang nyaman tetapi mula tercemar apabila dua buah kilang dari Korea dan Jepun mula beroperasi.4. Penjara di Singapura - Siti Nurhidayah, isteri Pak Itam datang bersama dua orang anaknya membawa surat kadi meminta fasakh ketika Pak Itam meringkuk di situ. Latar Masyarakat1. Masyarakat pejuang yang mencintai bangsa dan negara.Pak Itam sanggup keluar masuk penjara kerana menentang Inggeris demi sayang akan bangsa dan negara. 2. Masyarakat penulis dan wartawan.Pak Itam mewakili golongan masyarakat yang menentang penjajah menggunakan mata pena. 3. Masyarakat kampung yang masih mengamalkan amalan gotong royong serta bekerjasama.Tuk Mat dan beberapa orang pemuda kampung yang membantu Pak Itam mengadakan majlis sambutan hari jadi Pak Itam secara besar-besaran.

Gaya Bahasa1. Simile - …kian mengecil seperti sebiji debu2. Peribahasa - seperti enau di belukar3. Metafora -tangisan ketakwaan4. Penggunaan Bahasa Inggeris - vision, Happy Birthday To You5. Personifikasi - Pungguk di belakang rumah terus merintih, merindu bulan… Nilai 1. Nilai pengorbanan.Pak Itam sanggup menolak jawatan sebagai majistret demi cinta akan bangsa dan negara. 2. Nilai cinta akan negara.Pak Itam berjuang untuk membebaskan anak bangsanya daripada dibelenggu kemiskinan dan mahu melihat anak bangsanya mendapat pendidikan tinggi. 3. Nilai bekerjasama.Semua penduduk kampung tidak kira muda atau tua berganding bahu menjayakan persiapan majlis sambutan hari jadi Pak Itam. 

Page 41: Nota Komsas Tingkatan Empat

Pengajaran 1. Kita hendaklah cinta akan bangsa dan negara agar tidak dijajah oleh bangsa lain.2. Kita wajarlah saling membantu dalam setiap usaha agar pekerjaan menjadi mudah.3. Kita hendaklah sentiasa mentaati perintah tuhan dengan meningkatkan amal ibadah agar mendapat kesenangan di kemudian hari.4. Kita haruslah mengenang jasa tokoh yang banyak berkorban untuk bangsa dan negara walaupun masa berubah.

 Mellisa

(Abdullah Hussain)Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum  (KPM)

 Sinopsis Mellisa, seorang gadis Cina, berasa menyesal kerana mengikut ajakan Farid ke pejabat surat khabar yang menyebabkan dia berkenalan dengan Syahid. Peristiwa itu telah membuatkan dia teringat akan Hisyam. Wajah Syahid menyerupai wajah Hisyam iaitu kawannya sewaktu kecil dahulu. Mellisa terkenang akan kemesraannya bersama-sama dengan Hisyam. Mereka selalu bermain bersama-sama dan Hisyam pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Mellisa apabila mereka sudah besar nanti. Malangnya Hisyam telah terkorban dalam peristiwa 13 Mei. Peristiwa hitam itu sukar luput daripada ingatan Mellisa. Justeru, dia memilih peristiwa 13 Mei sebagai latihan ilmiah untuk sarjana muda dalam bidang Sejarah. Mellisa jatuh hati kepada Syahid kerana keberaniannya dan hubungan mereka semakin rapat. Namun, keakraban Mellisa dan Syahid tidak lama kerana Mellisa meninggalkan Syahid. Dia mengambil keputusan itu kerana tugas dan tanggungjawabnya kepada tanah air. Dia amat cinta akan negaranya dan memilih untuk mengetepikan perasaan hatinya. Dia menjadi anggota tentera kerana tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang lagi. Tema Percintaan antara dua insan yang berbeza budaya.Mellisa seorang gadis berketurunan Cina, pernah menyulam kasih semasa zaman kanak-kanaknya dengan budak keturunan Minang namun kecundang kerana kematian menjemput Hisyam akibat rusuhan 13 Mei. Setelah dewasa, Mellisa jatuh cinta dengan Syahid yang juga pemuda Melayu dan seiras Hisyam namun akhirnya terpaksa meninggalkan Syahid tanpa berita kerana telah dipanggil bertugas sebagai tentera. Persoalan 1. Persoalan pengorbanan demi cinta akan negara.Mellisa sanggup mengorbankan keperluan dirinya dengan meninggalkan orang yang dicintai untuk menyahut panggilan mempertahankan negara. 2. Persoalan persengketaan antara kaumHasyim dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan Petaling semasa dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negara. 3. Persoalan kesedaran terhadap sejarah negara.

Page 42: Nota Komsas Tingkatan Empat

Mellisa yang pernah melalui zaman 13 Mei mengkaji sejarah peristiwa itu melalui tesisnya hingga menimbulkan rasa tanggung jawab kepada negara dan tanah air. Plot Binaan Plot 1. Permulaan Mellisa atau Mei terperanjat melihat Syahid yang persis Hisyam kekasih zaman kanak-kanaknya setelah diperkenalkan oleh Farid di pejabat surat khabar. Bagi Mei, Hisyam seolah-olah wujud dalam diri jejaka itu menyebabkan mereka mudah mesra dan akhirnya Mei menerima pelawaan Syahid untuk makan tengah hari. Mei seolah-olah telah jatuh cinta pandang pertama kepada Syahid. 2. Perkembangan Mei teringat akan Hisyam, hero masa kecilnya yang selalu bermain dan menjaga keselamatannya. Hisyam juga sering menyatakan hasratnya akan mengahwini Mei apabila dewasa kelak. Kematian Hisyam dalam rusuhan kaum 13 Mei cukup berbekas dalam dirinya menyebabkan dia sering dihantui pertanyaan demi pertanyaan tentang punca peristiwa tersebut boleh meletus dalam kehidupan masyarakatnya. Akhirnya,persoalan tersebut mendapat penjelasan apabila Mei menjalankan latihan ilmiah untuk ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah. Hubungan kilatnya dengan Syahid semakin akrab. 3. Klimaks Mei mendapat panggilan menjadi tentera setelah selesai menghabiskan pengajiannya dalam bidang Sejarah. Keputusan Mei meninggalkan Syahid untuk mencapai impiannya membuahkan perasaan marah dalam diri Syahid kerana Syahid berasa seolah-olah dipermain-mainkan oleh Mei. 4. Peleraian. Akhirnya gadis keturunan Cina ini melupakan keperluan dan angan-angannya untuk menjadi kekasih yang baik dan isteri yang taat demi ingin melihat negara dan rakyatnya hidup dengan aman damai dan harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka. Yang penting sekali agar peristiwa 13 Mei itu tidak akan berulang lagi. Teknik penceritaan 1. Imbas kembali“Mei, Mei!” kata Hisyam.“Apabila aku sudah bekerja nanti kita kahwin.Mak aku pasti suka. Aku akan ajar kau agama Islam.”Dia tersenyum. Terhibur dengan ingatannya masa kecil-kecil dahulu. 2. Teknik PemeriaanDalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis dan komputer bercampur baur dengan deringan telefon dan suara manusia, seorang lelaki berjalan ke arahnya yang sedang berdiri di samping Farid. 3. Teknik Monolog DalamanAku tidak pernah bertemu dengan orang ini sebelum ini, bawah sedarnya berbisik. 

Page 43: Nota Komsas Tingkatan Empat

4. Teknik Dialog“Siapa?”“Mei! Ada telefon.”“Okey.Saya datang.” Watak dan Perwatakan Watak Utama Mellisa1. Nama panggilannya ialah Mei.2. Gadis berketurunan Cina dan nenek moyangnya berasal dari Guangdong.3. Seorang yang lincah, suka bercakap dan bersifat terbuka.4. Bersemangat patriotikMellisa seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan diri semata-mata kecintaannya terhadap negara dengan menjadi tentera.5. Mempunyai daya ingatan yang tinggi.Ingatan Mellisa terhadap semua peristiwa yang pernah berlaku pada zaman kanak-kanaknya bersama Hisyam seolah-olah baru berlaku sedangkan pada masa itu dia baru berumur 5 tahun. Ingatannya ini juga yang menyebabkan dia nekad mencari jawapan punca rusuhan yang meragut nyawa „hero‟nya berlaku.6. Seorang yang terpelajar.Mellisa merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera. Watak Sampingan Hisyam1. Berketurunan Minang.2. Seorang yang warak - rajin ke masjid terutama pada waktu maghrib.3. Penyayang - amat menyayangi Mellisa.4. Rajin – sering membantu ibunya menjual kuih koci dan nasi lemak setiap pagi.5. Bercita-cita tinggi – dia ingin menjadi peguam atau tentera. Syahid1. Pengarah Syarikat surat khabar2. Wajahnya persis Hisyam.3. Berani – dia berani menghulurkan salam perkenalan kepada Mellisa.4. Suka berterus terang – dia berterus terang tentang perasaannya terhadap Mellisa. Latar Latar Masa 1. Siang - Pertemuan antara Farid dan Mellisa dengan Syahid di syarikat surat khabar.2. Senja atau waktu Maghrib - Hisyam ke masjid untuk sembahyang berjemaah.3. 13 Mei – berlakunya rusuhan kaum yang telah mengorbankan Hisyam. Latar Tempat 1. Pejabat Syahid - Mellisa dan Farid berjumpa atas urusan kerja2. Rumah Mellisa, - Hisyam menumbuk anak orang putih yang memegang tangan Mellisa.3. Kampung Baru- tempat responden Mellisa menghantar sahabat baiknya balik ke rumah pada 13 Mei 1969, yang akhirnya menyebabkan tunangnya meninggal dunia dan mukanya berparut semasa bergelut dengan perusuh.

Page 44: Nota Komsas Tingkatan Empat

4. Jalan Petaling, tempat berakhirnya riwayat Hisyam dan ibunya yang dibunuh perusuh. Latar Masyarakat 1. Masyarakat muda yang amat cinta akan negaraMellisa amat cinta akan negara lebih-lebih lagi setelah mengetahui peristiwa yang menyebabkan rusuhan kaum yang berlaku pada zaman kanak-kanaknya dahulu. 2. Masyarakat berbilang kaum yang hidup harmoniKeluarga Mellisa yang berketurunan Cina duduk sekampung dengan keluarga Hisyam dengan aman dan damai sehinggalah peristiwa berdarah 13 Mei berlaku. 3. Masyarakat pelajar yang gigih.Mellisa amat tekun menyiapkan tesisnya dengan membuat rujukan terperinci dengan menyemak pelbagai dokumen, buku, akhbar dan majalah. 4. Masyarakat miskinHisyam tinggal di rumah setinggan. 5. Masyarakat majmuk yang bersengketaAkibat sentimen yang ditanam oleh penjajah kepada penduduk Tanah Melayu menyebabkan rusuhan kaum berlaku. Gaya bahasa 1. SimileKumisnya yang kecil bak satu garis hitam 2. PeribahasaBertegang urat leherTidak lari gunung dikejar. 3. PesonifikasiAngin utara itu telah menyerbu masuk ke dalam biliknya. 4. MetaforaBisul rusuhan Nilai 1. Nilai kasih sayangMellisa amat menyayangi Hisyam iaitu hero zaman kanak-kanaknya dan tetap terkenang akannya walaupun peristiwa yang meragut nyawa Hisyam telah lama berlalu. 2. Nilai kegigihan.Mellisa amat tekun dan gigih mencari maklumat tentang peristiwa yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969, dengan mengumpul bukti bukan sahaja melalui pembacaan daripada pelbagai dokumen, tetapi melalui pertemuan bersama-sama responden yang terlibat secara terus dengan peristiwa berdarah itu. 3. Nilai keberanian.Hisyam amat berani melindungi Mellisa. Hisyam telah menumbuk anak orang Inggeris yang memegang tangan Mellisa.

Page 45: Nota Komsas Tingkatan Empat

 4. Cinta akan tanah airMellisa seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan diri semata-mata kecintaannya terhadap negara dengan menjadi tentera Pengajaran 1. Kita haruslah menyedari bahawa pertelingkahan antara kaum hanya akan menimbulkan masalah.2. Kita haruslah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara agar pekerjaan yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang memuaskan.3. Kita janganlah mudah menyimpan dendam terhadap mereka yang melakukan kesalahan terhadap kita.4. Kita mestilah mempunyai semangat cinta akan negara kerana dengan semangat inilah kita boleh hidup dengan aman dan sejahtera.

 

Cerpen Israk(Erda Roslan Khairi)

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum  (KPM)  Sinopsis  Cerpen Israk mengisahkan Adam iaitu anak tunggal Wah, telah balik ke kampung bersama-sama isterinya Siti Hawa dan anak-anaknya, Israk dan Mikraj di Kampung Sayong Perak. Keadaan rumah yang serba kekurangan dari segi kemudahan asas dan keselesaan menyebabkan anaknya Israk berasa kurang senang dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung . Namun adiknya Mikraj suka akan suasana kampung dan menyebabkan mereka sering bertikam lidah. Hal ini berlaku kerana Israk telah dibesarkan di luar negara.Tindakan Israk yang sering menghina dan menggores perasaan Wah menimbulkan rasa kurang senang Mikraj dan dia sering mempertikaikan perbuatan Israk terhadap Wah. Perbezaan pendapat ini telah mencetuskan perang mulut antara mereka. Namun Wah tidak suka mereka bertengkar bagai anjing dengan kucing dan mahu mereka berbaik-baik semula walaupun hati Wah terluka. Suatu hari, bekalan air paip di kampung Sayong telah terputus menyebabkan Mikraj mencadangkan agar abangnya mandi di sungai. Namun, Israk telah terjatuh dan Wahlah yang berusaha menyelamatkan Israk sehingga naik ke tebing. Akhirnya, Israk insaf dan berubah. Dia mula memakai baju Melayu, makan nasi, dan mencari jering serta tempoyak untuk dimakan. Tema Perbezaan budaya dan kehidupan dalam sebuah keluarga sehingga mencetuskan pertentangan pandangan dan nilai.Israk yang dibesarkan di Perth, Australia mempunyai pandangan yang berbeza dengan adiknya tentang kampung, kehidupan dan diri neneknya Wah. Persoalan 1. Persoalan jati diriIsrak yang dibesarkan di Perth Australia tidak mempunyai jati diri ketimuran akibat persekitaran dan cara dia dibesarkan. Hal ini bertentangan dengan sifat adiknya Mikraj yang lebih kukuh dan teguh jati dirinya dengan adat ketimuran.

Page 46: Nota Komsas Tingkatan Empat

 2. Persoalan kasih sayang seorang nenek terhadap cucunya.Wah seorang nenek yang menyayangi cucunya, walaupun cucunya amat ego dan selalu melukakan hatinya namun Wah tetap sabar.Hal ini terpancar apabila Wah menyelamatkan Israk yang hampir lemas dengan tenaga tuanya. 3. Persoalan tanggungjawab bapa terhadap keluarga.Adam menjalankan tanggungjawabnya kepada anak-anak. Dia membiasakan anak-anak dengan kehidupan kampung di tempat dia dibesarkan agar anak-anaknya tidak sombong dan lupa diri kerana biasa hidup mewah di bandar. Plot Binaan Plot 1. Permulaan Adam, Siti Hawa, Israk dan Mikraj telah pulang ke rumah Wah di Kampung Sayong. Israk anak teruna Adam, kelihatan kurang selesa dengan suasana di kampung kerana selama ini dia dibesarkan oleh datuknya di Perth Australia. 2. Perkembangan Mikraj, adik kepada Israk seorang remaja yang mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampong. Israk pula ego dengan statusnya sebagai orang bandar dan bakalbergelar ahli korporat. Perselisihan pendapat antara dua beradik ini semakin memuncak apabila kelakuan dan tingkah laku Israk semakin keterlaluan terhadap Wah. Israk tidak patut menyakiti hati Wah kerana Wahlah yang menjaganya sejak berumur sehari. Pertikaman lidah antara dua beradik itu berlarutan dan telah menyebabkan Wah masuk campur serta menasihati kedua-dua cucunya agar jangan bertekak pasal dirinya lagi. 3. Klimaks Keputusan air di kampung Sayong telah memaksa Israk ke sungai untuk mandi, setelah dicabar oleh adiknya Mikraj. Israk telah terjatuh ke dalam sungai dan telah diselamatkan oleh neneknya. 4. Peleraian Israk keluar dari bilik dengan berpakaian baju Melayu telah mengejutkan keluarganya. Israk mulai mencedok nasi dan gulai malah mencari jering dan tempoyak yang merupakan makanan yang paling tidak disukainya. Teknik Penceritaan 1. Teknik Dialog“Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang menjadi ahli korporat nanti,” rayu Mikraj.“Tak perlu!” Israk menghayun kata-kata 2. Teknik Imbas KembaliMikraj teringat akan peristiwa yang berlaku pada Wah semasa muda.Ketika Wah masih remaja (tidak seperti remaja pada masa kini), Lebai Saleh pernah

Page 47: Nota Komsas Tingkatan Empat

bertakhta di hati Wah. Tetapi terpisah setelah Lebai Saleh mengaji di Mesir………….Mikraj tersentak daripada lamunan yang melangit ketika Wah mengacannya. 3. Teknik PemerianPagi nirmala. Camar menyanyi mesra bersaing dengan cengkerik menunjuk ketangguhan. Daun-daun melambai-lambai setenang air Sungai Perak. Bot tambang sudah mula beroperasi. Watak dan Perwatakan Watak Utama Israk1. Anak teruna Adam dan Siti Hawa.2. Merupakan cucu sulung Wah.3. Ego dan sombong - Israk tidak selesa tinggal di kampung dan makan makanan kampung. seperti petai dan jering.4. Biadap – Dia sering menyindir dan merungut tentang ketidakselesaan tinggal sehingga menyakiti hati neneknya.5. Degil – Dia tidak menghormati Wah sebagai neneknya walaupun dinasihati oleh Mikraj.6. Insaf – Dia sedar akan kesalahannya setelah dia jatuh ke dalam sungai dan diselamatkan oleh Wah. Mikraj1. Anak kedua pasangan Adam dan Siti Hawa.2. Adik perempuan Israk dan cucu kedua Wah.3. Berjiwa seni – dia berminat dalam bidang sastera dan mengajak Israk berkenalan dengan alam.4. Penyayang - dia amat menyayangi Wah.5. Bertanggungjawab - Tidak suka akan tindakan dan sikap abangnya yang keterlaluan terhadap neneknya Wah. Wah1. Merupakan ibu kepada Adam dan nenek kepada Israk dan Mikraj.2. Sudah lanjut usia tetapi masih kuat dan bertenaga.3. Alim dan taat akan agama – dia sentiasa berwuduk .4. Penyayang - dia amat menyayangi cucu-cucunya.5. Tabah - Wah memelihara anaknya seorang diri setelah kematian suaminya yang meninggal dunia sebelum kelahiran anak mereka. Latar Latar Masa 1. Musim durian2. Pada waktu pagi - Israk jatuh di sungai ketika hendak mandi akibat ketiadaan air paip.3. Kebanyakan peristiwa berlaku pada waktu siang. Latar tempat1. Kampung Sayung iaitu tempat tinggal Wah.2. Sungai Perak iaitu sungai yang terletak di tepi rumah Wah.3. Rumah kayu milik Wah.

Page 48: Nota Komsas Tingkatan Empat

 Latar Masyarakat1. Masyarakat yang menghormati orang tua – Mikraj amat menghormati Wah 2. Masyarakat muda yang sukar menyesuaikan diri dengan suasana kampung.Israk tidak selesa tinggal di kampung dan makan makanan kampung. seperti petai dan jering. 3. Masyarakat yang bertanggungjawabMikraj tidak suka akan tindakan dan sikap abangnya yang keterlaluan terhadap neneknya Wah. 4. Masyarakat yang penyayangWah amat menyayangi cucu-cucunya. Gaya bahasa 1. Simile……pantas dan teratur sekali laksana seorang primadona. 2. Dialog“Lama sampai?” aju Wah dan salam dihulurkan oleh tetamu dari Bukit Antarabangsa itu disambut dengan pantas.“Baru”.Adam, anak tunggal Wah, segera menjawab. 3. PeribahasaSudah terhantuk baru terngadahMacam anjing dengan kucing .Bagai air dengan minyak. Entah bila akan bercantum.Cari-cari bulu ayam bercantum jua akhirnya. 4. PesonifikasiDaun pokok pisang melambai-lambainya seolah-olah mengeji. 5. MetaforaBara kata-kata Nilai 1. Nilai menghormati ibu bapa.Israk menolak baik pelawaan ayahnya untuk makan durian bersama-sama keluarganya2. Nilai ketabahan.Wah amat tabah membesarkan anaknya tanpa kehadiran suami.3. Nilai keprihatinanMikraj amat prihatin akan perasaan neneknya yang sentiasa terguris dengan perbuatan dan kata-kata abangnya yang seolah-olah mengejek dan memperlekehkan kehidupan miskin neneknya.4. Nilai kasih sayangWah amat menyayangi anak cucunya, sehingga sanggup menggunakan tenaga tuanya untuk menyelamatkan cucunya yang jatuh ke dalam sungai walaupun Israk selalu menyakiti hatinya. Pengajaran 

Page 49: Nota Komsas Tingkatan Empat

1. Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita terutama dari segi percakapan dan perbuatan kita.2. Kita mestilah mengetahui asal usul kita agar kehidupan kita selari dengan kehendak agama dan masyarakat.3. Kita haruslah menjaga perlakuan dan kata-kata kita terhadap sesiapa sahaja agar orang di sekeliling kita tidak merasa tersinggung dan kurang senang kepada kita.4. Kita haruslah sentiasa bersyukur terhadap apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita.5. Kita mestilah berterima kasih terhadap apa-apa bantuan yang telah diterima.

 Cerpen Ibu dan Ceper

(Shahnon Ahmad)Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum  (KPM) 

 Sinopsis Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan berliku-liku, samalah seperti ibu yang sentiasa aktif melakukan aktiviti bersawah. Pada waktu malam, Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. Pada sebelah malam, ibu berehat dan esoknya kembali cergas. Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat dan melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung makan ubi gadung kerana padi musnah. Selepas Ceper melimpahkan air, tiba pula musim kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah kering sehingga menyebabkan ibu menggunakan telaga sebagai sumber. Keadaan ini ialah keadaan 40 tahun yang lalu, iaitu semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda. Kini, ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud tetapi sudah mula berubah sejak ibu terjatuh, lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu sepuluh tahun sebelum ibu meninggal. Pada masa itulah, keluarga aku menderita dan aku berkahwin dengan gadis di kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila burung lagi sebaliknya dia hanya menjaga cucu dan menjaga ibu. Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya mengalir lesu bersama-sama sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu. Aku dan isteri telah tua dan kini duduk di rumah menjaga cucu. Pada masa ini, Ceper telah mati dan tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud, tidak seperti ibu yang telah tiada di dunia ini. Tema Kegigihan seorang ibu dalam mengharungi kehidupanIbu gigih mencari rezeki dan banyak bergantung kepada Sungai Ceper yang berfungsi sebagai sumber air kepada tanaman. Persoalan 1. Persoalan kepentingan air dalam kehidupan.Air Sungai Ceper yang deras dan jernih digunakan oleh ibu untuk mengairi sawahnya. 2. Persoalan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar.

Page 50: Nota Komsas Tingkatan Empat

Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam sampah sedangkan sungai ini semakin cetek dan tidak berdaya membawa sampah yang ada di dalamnya 3. Persoalan kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam.Kasih sayang aku kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di kampungnya.  Plot Binaan Plot (i) Permulaan Aku menerangkan perasaan sayang dan cinta akan Sungai Ceper dan ibu yang banyak berjasa kepadanya.Aku terkenang akan sungai ini yang jernih ,tenteram, deras dan menjadi lubuk ikan. Ibu juga seperti Ceper yang aktif bersawah dan bekerja. Namun, ibu berehat pada waktu malam manakala Ceper sama sahaja pada siang atau malam. (ii) Perkembangan Kemarahan ibu kepada Sungai Ceper yang melimpah akibat hujan lebat sehingga memusnahkan tanaman . Ibu juga memarahi sikap suaminya yang sambalewa terhadap tanggungjawab keluarga dan asyik dengan ketitir. Kemarahan ibu semakin memuncak apabila Sungai Ceper semakin cetek akibat kemarau. Hal ini menyebabkan sawah-sawahnya kering , sumber makanan dan minuman terjejas sehingga memaksa ibu menggunakan telaga sebagai sumber air. Setelah 40 tahun berlalu,Sungai Ceper semakin tercemar akibat pengabaian masyarakat. Ibu dan ayah sudah meninggal dunia dan aku telah pun berkeluarga dan mempunyai cucu. (iii) Klimaks Ibu meninggal dunia dan Sungai Ceper semakin sakit. Sungai ini semakin cetek, alirannya lambat dan banyak sampah daripada pelbagai bahan buangan berada di perutnya. Airnya busuk kerana bangkai binatang , kain-kain buru , plastik, dan sisa-sisa makanan dibuang ke dalamnya. Bapa juga telah meninggal dunia. (iv) Peleraian Sungai Ceper masih mengalir tetapi amat lambat. Keadaannya semakin parah. Aku dan isteri telah tua dan anak-anak pula menggantikan kami. Ceper dikatakan sudah mati kerana airnya sudah tidak bergerak dan timbunan sampah tindih-menindih. Ibu benar-benar telah mati tetapi Ceper walaupun masih wujud tetapi sudah tidak berfungsi lagi. Teknik Penceritaan 1. PemerianCeper pun serupa. .Ia memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas dari busurnya.Dan pancutan itu menebuk tebing hingga mencipta lubuk yang dalam-dalam, menyusur dasar bersama-sama ikan yang bercahaya matanya, bersama anak-anak dan bapa-bapa udang, bersama lumut yang lembut kehijau-hijauan dan bercahaya seperti manik-manik dipanah cahaya lampu.

Page 51: Nota Komsas Tingkatan Empat

 2. Dialog“Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita, awak masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ini!” 3. Imbas KembaliAku masih ingat waktu itu ibu pun mengamuk juga.Dia marah sangat kepada Ceper sampai menyumpah-nyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas. Watak dan Perwatakan Watak Utama Ibu 1. Cekap bekerja.Ibu boleh melakukan sesuatu kerja dengan cepat bermula selepas Subuh sehingga hampir Maghrib, malah ibu melakukan hampir semua jenis kerja.2. Rajin .Ibu rajin membuat pelbagai kerja menggunakan tulang empat keratnya, tanpa bantuan suaminya yang menjadi kaki burung.3. Bermasyarakat.Walaupun ibu sibuk bekerja, dia tidak lupa untuk menghadiri kenduri-kendara di kampungnya dan menziarahi orang yang meninggal dunia.4. Kuat semangat.Walaupun Sungai Ceper telah memusnahkan padinya akibat banjir namun ibu tidak berputus asa untuk mengusahakan sawahnya semula. Watak Sampingan Aku 1. Anak tunggal dalam keluarga.2. Mewarisi pekerjaan keluarga sebagai pesawah.3. Sudah berumah tangga .4. Penyayang.Aku merupakan seorang anak yang penyayang kerana masih mengingati pengorbanan ibunya walaupun telah 40 tahun berlalu.5. Bertanggungjawab.Aku bertanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh dan ayahnya yang tua. Latar   Latar Tempat  Sungai Ceper 1. Panjang, berliku-liku, jernih, pasir-pasir berbiji halus dan kelikirnya berkilat.2. Sumber air bagi kehidupan di sekelilingnya.3. Tercemar kerana menjadi tempat pembuangan sampah sarap. Latar Masa 1. Masa kini - Aku telah tua, ada anak yang telah besar dan telah bercucu.2. 10 tahun yang lalu setelah ibu jatuh, lumpuh dan meninggal dunia-ibu sudah tidak

Page 52: Nota Komsas Tingkatan Empat

dapat bergerak lagi dan kerja-kerja di sawah diteruskan oleh aku dan isteri.3. 40 tahun yang lalu - Ketika ibu masih muda dan aku masih teruna.4. Siang - sewaktu ibu turun mengerjakan sawah padinya.5. Malam - gambaran tentang Sungai Ceper yang tetap cergas. Latar Tempat 1. Di sebuah desa - tempat tinggal ibu, aku dan ayah.2. Kawasan sawah padi - tempat ibu dan orang kampung bekerja.3. Sebatang sungai - tempat anak-anak kampung merangau ikan.4. Telaga - tempat ibu mengambil air ketika kemarau.5. Rimba belantara - tempat bapa berdenak ketitir.6. Sungai Ceper - tempat penduduk kampung termasuk ibu mendapat sumber air. Latar Masyarakat 1. Masyarakat petaniMereka mengusahakan tanaman padi secara tradisional. Keluarga aku mewakili sebahagian daripada anggota masyarakat yang mengusahakan tanaman padi secara tradisional seperti menajak dan menyisir selut. 2. Masyarakat yang menghadapi kepayahan hidup.Penduduk di desa aku mengalami kesempitan hidup apabila Sungai Ceper melimpah kerana banjir dan airnya kering sehingga tidak dapat mengairi sawah ketika musim kemarau. 3. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab.Bapa sanggup menghabiskan masa mendenak burung ketitir di rimba sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarganya.  Gaya Bahasa 1. Kata ganda - kehijauan-hijauan2. Simpulan bahasa - naik angin3. Simile - Ibu tidak lagi cergas waktu malam kerana ibu tidur tergolek bagaikan batang pisang4. Personifikasi - ….kudengar ngauman Ceper5. Hiperbola - …Ceper yang memukul dan membedal tebing hingga runtuh tanah-tanah, hingga terbongkeh perdu-perdu buluh yang mengapuk tebing Nilai 1. Nilai bertanggungjawab.Sikap bertanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri yang ditunjukkan oleh ibu yang mengusahakan sawah padi bagi menampung kehidupan keluarganya. 2. Nilai kegigihan.Walaupun terpaksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja menyara keluarga. 3. Nilai kesabaran.Ibu terpaksa bersabar melayani kerenah suaminya yang kurang memberikan perhatian terhadap kebajikan keluarga. 

Page 53: Nota Komsas Tingkatan Empat

Pengajaran 1. Kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga agar mereka tidak hidup dalam kesusahan.2. Kita hendaklah menjaga kerukunan rumah tangga agar tidak berlaku perselisihan faham antara suami dengan isteri.3. Kita mestilah menyayangi ibu bapa yang telah tua agar kebajikan mereka terpelihara.4. Kita janganlah mencemarkan alam sekitar kerana perbuatan itu akan membawa keburukan kepada masyarakat.

 Biarkan Samudera(Raihanah Salleh)

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum  (KPM)  Sinopsis  Mir atau Amirah mengalami tekanan jiwa. Penyakit tersebut menyebabkan Mir tidak berminat terhadap banyak perkara dan sering menyisihkan diri daripada kawan-kawan serta masyarakat. Mir sering bercakap sendirian dan perlakuan peliknya itu telah disedari oleh sahabat baiknya Hakimah. Semuanya berpunca daripada rumahnya yang dahulu yang terletak di tepi pantai sudah dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan. Disebabkan itu, kehidupannya yang lampau hanya tinggal kenangan. Dia sering teringatkan masa silam bersama ayahnya yang bekerja sebagai nelayan serta pesanan-pesanan ayahnya. Keadaan Mir semakin membimbangkan disebabkan oleh ibunya juga telah meninggal dunia sejak dia kecil lagi. Semuanya datang menghantuinya. Menyedari hal itu, Hakimah sebagai kawan baik mengajak Mir ke kampungnya ketika cuti semester. Hakimah berusaha membantu Mir yang mengalami konflik jiwa itu dengan bantuan ibunya. Ibu Hakimah yang tahu keadaan Mir yang sering menyendiri itu, lalu menghadiahkan telekong berenda. Ibu Hakimah mahu Hakimah membantu Mir mengenali Tuhan yang satu. Kesannya, Mir mula beransur pulih daripada konflik jiwa yang dihadapinya itu. Mir berjanji akan menggunakan telekong pemberian ibu Hakimah. Keadaan ini menggembirakan Hakimah apabila melihat Mir semakin tenang dan beransur pulih. Tema  Konflik dalaman yang dihadapi oleh seorang pelajar.Konflik dalaman yang dihadapi oleh pelajar yang bernama Amirah atau Mir adalah disebabkan oleh rumah ayahnya akan dirobohnya untuk dijadikan tempat peranginan. Oleh itu, beliau sering memikirkan akan kesan kehilangan rumah tersebut yang akan menyebabkan kenangan bersama ayahnya juga akan hilang. Jadi beliau sering menyendiri sehingga ada kalanya bercakap sendirian sehinggakan kaunselor menganggap kelakuan tersebut sebagai penyakit skizofrenia. Persoalan 1. Persoalan kemiskinan para nelayanKehidupan nelayan yang digambarkan melalui watak ayah Amirah terlalu daif melalui keadaan rumah dan juga tempoh masa ayahnya yang berada di lautan. Malah segala-galanya serba kekurangan. 2. Persoalan keikhlasan dalam persahabatanKeprihatinan seorang sahabat untuk membantu rakannya yang mengalami tekanan

Page 54: Nota Komsas Tingkatan Empat

perasaan dapat dilihat melalui usaha ikhlas Hakimah. Hakimah membawanya pulang ke kampung untuk bercuti. Malah, dengan bantuan ibunya yang menghadiahkan telekung akhirnya Amirah beransur pulih daripada tekanan perasaan tersebut. 3. Persoalan keinsafan untuk mendekati ajaran agama.Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung kepada Amirah agar beliau dapat mendekatkan diri kepada Tuhan. Usaha itu amat berkesan apabila Amirah mula berubah tingkah laku. 4. Persoalan kepetingan menjaga alam sekitarBapa Amirah sering berpesan kepadanya agar sentiasa menghargai lautan yang mempunyai banyak kepentingan kepada manusia. Oleh itu, Amirah sering membayangkan akan keindahan pantai dan bunyi ombak dalam kehidupannya. Plot  Secara keseluruhannya plot cerpen digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: (i) Permulaan Cerita dimulakan dengan memperkenalkan watak Amirah yang mengalami tekanan perasaan. Amirah dapat melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan tinggal bersama seorang rakan bernama Hakimah. (ii) Perkembangan Amirah sering memikirkan kehidupan ayahnya di kampung yang telah berpindah ke rumah panjang kerana rumah mereka di tepi pantai akan dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan. Dia juga sering teringat akan pesanan ayahnya untuk menjaga pantai daripada sebarang pencemaran. Sahabatnya Hakimah cuba membantu dengan cara membawanya pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibunya. (iii) Konflik Sikap Amirah semakin berubah kerana fikirannya semakin bercelaru memikirkan masalah keluarganya. (iv) Klimaks Ibu Hakimah menyuruhnya mengajar Amirah mendekati diri Tuhan lalu, Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung. (v) Peleraian Amirah berjanji akan menggunakan kain telekung tersebut. Akhirnya Amirah sembuh dan kembali seperti biasa. Teknik Plot / Teknik Penceritaan  1. PemerianPengarang memerikan perihal kehidupan ayah Amirah yang bekerja sepanjang hari di dalam lautan mencari rezeki. 2. Dialog

Page 55: Nota Komsas Tingkatan Empat

Perbualan antara Amirah dengan Hakimah membincangkan soal lautan dan juga ombak yang sering didengari oleh Amirah. 3. Imbas KembaliMir mengimbas kembali kata-kata ayahnya yang menyuruh dan memesannya agar menjaga lautan daripada pencemaran. 4. SuspensPengarang membiarkan pembaca tertanya-tanya perkara yang berlaku kepada rumah Mir di tepi pantai. 5. Monolog DalamanMulut Mir terkumat-kumit mengingati tentang khazanah kehidupan nelayan yang perlu dijaga untuk kelangsungan ekosistem. 6. Monolog LuaranMir mengulangi kata-kata ayahnya tentang apa yang harus dilakukan ketika rumah kesayangan mereka dirobohkan. “apa yang harus kulakukan?” Watak dan Perwatakan  Watak Utama Mir / Amirah  Anak seorang nelayan yang menuntut ilmu di universiti tempatan. Ibunya telah meninggal dunia ketika dia dilahirkan. Anak tunggal. Mengidap penyakit skizofrenia yang menyebabkan Mir menjadi pendiam. Memiliki rambut yang cantik. Seorang yang penyayang - Amirah anak yang baik kerana sentiasa memikirkan nasib dan pesanan ayahnya yang tinggal di rumah panjang.Watak dan Perwatakan Suka menyendiri - Amirah mula berubah sikap mengasingkan kerana tekanan perasaan. Tabah - Amirah tetap meneruskan pembelajaran walaupun, dihimpit oleh kesusahan hidup keluarganya. Watak Sampingan 1. Hakimah  Gadis yang sedang menuntut di universiti tempatan bersama-sama dengan Amirah. Ibu yang tinggal di kampung. Sahabat yang baik - Sentiasa bersedia membatu rakannya yang mengalami tekanan perasaan. Prihatin - Membawa Amirah pulang ke kampungnya untuk bertemu dengan ibunya. Penyayang - Hakimah amat baik dengan ibunya dan sentiasa berkongsi segala masalah kepada ibunya. 2. Ayah  Ayah kepada Amirah. Bekerja sebagai nelayan. Sudah tua

Page 56: Nota Komsas Tingkatan Empat

Tinggal di rumah panjang di kampung. Badannya agak kurus. Kehidupannya miskin - Rumah yang dibina di atas tanah kerajaan akan dirobohkan untuk pembangunan Redha dengan takdir Tuhan - Menerima nasib dirinya yang terpaksa berkongsi rumah panjang kerana rumahnya di tepi akan dirobohkan. Gigih - Ayah seorang yang kuat semangat untuk terus mencari rezeki di laut bagi menampung kehidupan dia dengan anaknya. 3. Ibu  Ibu kepada Hakimah Tinggal di kampung. Seorang yang baik hati - menghadiahkan Amirah telekung dengan niat agar Amirah mendekatkan diri dengan Tuhan. Penyayang - Mendidik anaknya dengan baik sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Prihatin - Menyedari sahabat Hakimah sakit lalu ibu membantu Amirah agar mendekati diri dengan Tuhan. Patuh kepada ajaran agama - Sentiasa mengingati Hakimah agar mengajar Amirah membaca al-Quran dan mengenali Tuhan yang satu.  Latar Latar Masa  Waktu Hujan - Ketika itu Amirah kembali teringat kata-kata dan juga pesanan ayahnya. Hari Sabtu - Hakimah mengajak Amirah berjalan-jalan di kota untuk menenangkan fikiran. Latar Tempat  Di laut- tempat ayah Amirah yang menjadi nelayan mencari rezeki. Di rumah Hakimah – Hakimah membawa Amirah bercuti juga menceritakan masalah Amirah. Di Kampung - Bapa Amirah tinggal di rumah panjang di kampung. Di Kampus - Tempat Amirah dan Hakimah belajar. Latar Masyarakat  Masayarakat yang saling sayang menyayang - Amirah menyayangi ayahnya yang tinggal di kampung. Masyarakat yang prihatin - Hakimah mengambil berat soal kesihatan sahabatnya yang mengalami tekanan perasaan. Masyarakat yang berpendidikan tinggi - Amirah dan Hakimah menuntut di Intitusi Pendidikan tinggi tempatan. Masyarakat yang miskin - Ayah amirah mewakili sekumpulan nelayan yang tinggal di rumah panjang secara berkongsi dan miskin. Masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama - Ibu Hakimah meminta Hakimah menghadiahkan telekung agar Amirah kembali kepada Tuhan yang satu. Gaya Bahasa  

Page 57: Nota Komsas Tingkatan Empat

1. Simile - “Ayah sayangkan laut itu seperti ayah sayangkan kau Mir”.2. Sinkope – kau, ku dan tak3. Repitasi - Berpintal-berpintal dan bergulung-gulung. Berpintal-pintal dan bergulung-gulung.4. Peribahasa - hati perut.5. Hiperbola - “Aku bercakap dengan ombak dengan samudera.” Nilai 1. Nilai kasih sayang - Kasih sayang Amirah kepada ayahnya tidak pernah berbelah bahagi.2. Nilai prihatin - Hakimah dan ibunya membantu Amirah untuk kembali sihat kerana kasihan kepadanya.3. Nilai kesabaran – Hakimah kelihatan sabar menghadapi dugaan yang melanda hidupnya apabila rumah mereka akan dirobohkan.4. Nilai rasional - Ayah Amirah rela menerima suratan takdir yang rumahnya akan dirobohkan untuk pembangunan.5. Nilai patuh kepada agama – Ibu Hakimah digambarkan sentiasa berpegang kepada ajaran agama sehinggakan menghadiahkan tudung kepada Amirah. Pengajaran  1. Kita hendaklah tolong-menolong sesama manusia terutama terhadap sahabat yang sedang dalam kesusahan.2. Kita mestilah sentiasa mengingati Tuhan kerana dengan mengingati Tuhan jiwa akan tenang untuk melalui kehidupan seharian.3. Kita haruslah berfikiran rasional dalam menghadapi sebarang ujian daripada Tuhan agar kita tidak bertindak di luar batasan.4. Kita hendaklah menjaga hubungan kekeluargaan terutama dengan ibu dan bapa yang keseorangan di kampung.5. Kita haruslah menyayangi ibu dan bapa yang telah bersusah payah menjaga dan memberi pendidikan kepada kita.