231
1 1 Analisis NOVELSILIR DAKSINA Normarjana Ibrahim Zaleha Masiman jANUARI 2016 NOVEL SILIR DAKSINA OLEH NIZAR PARMAN BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA SINOPSIS Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat. Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika Uminya membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya tentang ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiaql menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan

KOMSAS 2016 NOVEL TINGKATAN 5 ZON JOHOR: SILIR DAKSINA (NIZAR pARMAN )

Embed Size (px)

Citation preview

1

1Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

NOVEL SILIR DAKSINAOLEH NIZAR PARMAN

BAB 1: TERSINGKAP RAHSIASINOPSIS Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58

muka surat. Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan,

nama yang pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika Uminya membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya tentang ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiaql menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan

PERSOALAN

1.RAHSIA SEJARAH HIDUP YANG MENGHANTUI DIRI SEORANG ANAK Haikal mula berasa perlu menggali sejarah hidup ayahnya setelah membaca

manuskrip karya ayahnya dan bertekad untuk mencari ayahnya yang telah lama terpisah dengannya.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak utama: WATAK YANG MENDOKONG TEMA DAN PESOALAN-PERSOALAN DALAM PLOT

Watak Sampinagn watak yang membantu watak utama bergerak dalam plot

PERWATAKANSIFAT DAN SIKAP WATAK

HAIKAL HAKIMI watak utama Abdullah Kayan dan Rafiqah penyayang

2.Umi.. ibu kandung Haikal Penyayang

2

2Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

LATARLATAR TEMPAT

1.RUMAH HAIKAL Di dalam biliknya Haikal membaca manuskrip yang diterima Haikal teringat sewaktu dia berusia enam tahaun ibunya memberitahunya

bahawa Abdul Fatah bukan ayah kandungnya. Uminya memberitahu ayah kandungnya berada jauh daripada mereka.

LATAR MASA

1. LEWAT MALAM , 3.00 PAGI Haikal masih tidak dapat melelapkan mata Haikal membaca manuskirp yang diterimanya.

LATAR MASYARAKAT

1. REMAJA Haikal seorang remaja

NILAINILAI KEMANUSIAAN

1.KASIH SAYANG Haikal amat menyayangi ibunya

NILAI KEMASYARAKATAN

1.HORMAT- menghormati Haikal menghormati ibunya dengan tidak lagi bertanya tentang ayahnya

sehingga dia tamat pengajian STPMnya

NILAI KEROHANIAN/KEAGAMAAN

1.KETAATAN

3

3Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Haikal taat akan kemahuan ibunya agar tidak bertanya tentang ayahnya ketika berusia 6 tahun dan hanya akan mengetahuinya apabila dia dewasa.

PENGAJARAN1. KITA HENDAKLAH MENYAYANGI IBU KITA DENGAN SEPENUH HATI. Haikal menyatakan dia sayang akan ibunya apabila ibunya bertanya kepadanya

pada suatu malam sebelum diberitahu tentang ayah kandungnya.

2, KITA HENDAKLAH MENGHORMATI IBU BAPA KITA . Haikal tidak pernah bertanya tentang ayahnya lagi setelah ibunya memintanya

berbuat demikian sehingga dia dewasa.

3. KITA HENDAKLAH TAAT AKAN PERINTAH IBU BAPA Haikal taat akan kemahuan ibunya yang tidak mahu dia bertanya lagi tentang

ayahnya.

BAB 2: KISAH SEORANG TEMANSINOPSIS

Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan sekelasnya di sekolah.

4

4Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya.

Sementara itu Haikal meneruskan pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik.

Haikal memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. Sambil mereka bersiar-siar di pantai ,Haikal cuba menghayati pertemuan cinta

ayah dan ibunya.. Ratna tiba-tiba ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu

kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa beralamat Kampung Seri

Purnama Batu Pahat Johor.

PERSOALAN1. CITA-CITA MASA DEPAN YANG MENJADI IMPIAN GOLONGAN

ANAK MUADA/REMAJA Haikal bercita-cita meneruskan pelajaran di bidang sastera yang diminatinya.

Ratna bercita-cita membesarkan perniagaan ibunya megimpikan sebuah restoran di bandar Kuala Terengganu

2. PERSAHABATAN IKHLAS Haiqal dan Ratna bersahabat baik sejak di bangku sekolah. Haikal sering

mengunjungi gerai makanan Ratna jika ada kelapangan

WATAK DAN PERWATAKAN

1. RATNA Rakan baik Haikal Membantu ibu mengurus gerai keropok lekor Rakan sekelas di Tingkatan Lima

PERWATAKAN1. Prihatin Prihatin akan masalah yang mengganggu Haikal.

2.Bercita-cita tinggi Ingin memiliki sebuah restoran di bandar Kuala Terengganu

3.Rajin Rajin membantu mengurus gerai ibunya di tepi pantai.

ONG SWEE HWA

5

5Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Gadis Cina yang mengirim manuskrip milik Abdullah Kayan kepada Haikal

LATAR

LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT

1.PETANG , HUJAN RENYAI2.DI TEPI PANTAI BATU BURUK DAN GERAI PERNIAGAAN IBU RATNA Ratna sibuk melayan pelangan ketika Haikal tiba di gerainya. Haikal mengajak Ratna menemaninya bersiar-siar di tepi pantai Haikal memberitahu Ratna bahawa dia teringat kepada ayahnya apabila berdiri di

tepi pantai itu. Haikal teringat akan perpisahan ibu bapanya kerana berlainan budaya dan latar

hidup Ratna bertanya Haikal punca perpisahan ibu dan bapanya, Haikal memberitahu Ratna jawapannya hanya akan diketahui apabila dia selesai

membaca manuskrip yang baru diterimanya. Haikal teringat hasratnya bertanya umi tetapi dibatalkan kerana tidak mahu

mengganggu emosi umi yang sudah bahagia dengan walid. Haikal teringat yang dia telah menyimpan manuskrip itu dengan hati-hati di

dalam laci berkunci khuatir dijumpai oleh umi atau Mak Lijah , orang gaji mereka.

Haikal memberitahu Ratna, pengirimnya bernama Ong Swee Hwa.

LATAR MASYARAKAT Melayu dan Cina Ratna dan Haikal berbangsa Melayu Ong Swee Hwa berbangsa Cina

1.PENIAGA KECIL TEMPATAN Ibu Ratna mengusaha gerai jualan makanan di tepi Pantai Batu Buruk

2.REMAJA Haikal dan Ratna

NILAI

NILAI KEMANUSIAAN

1.PRIHATIN Ratna amat prihatin akan masalah yang dihadapi Haikal iaitu tentang rahsia

6

6Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

hidup ibu dan ayahnya yang terpisah

2.KASIH SAYANG Ibu Haikal , ayah tirinya dan adiknya Nurul Aisyah hidup gembira dan penuh

kasih sayang

NILAI KEMASYARAKATAN

1.AMANAH Ong Swee Hwa menunaikan amanah menyerahkan manuskip Abullah Kayan

kepada Haikal

PENGAJARAN

1. KITA JANGAN CEPAT BERPUTUS ASA APABILA MENGHADAPI KEGAGALAN. Ratna terus membuat keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang

perniagaan selepas keputusan peperiksaan SPMnya tidak begitu baik. Ratna mmembantu ibunya mengurus gerai makanan di Pantai Batu Buruk dan akhirnya diberi kepercayaan mengurus gerai makanan itu.

2. KITA HENDAKLAH SALING NASIHAT-MENASIHATI DALAM PERSAHABATAN Haikal menasihati Ratna agar tidak kecewa dengan keputusan peperiksaan

SPMnya yang tidak begitu baik.

3. KITA HENDAKLAH MEMELIHARA KEHARMONIAN DAN KEBAHAGIAAN KELUARGA Haikal tidak mahu bertanya kepada uminya tentang ayah kandungnya kerana

khuatir akan mengganggu emosi dan kebahagiaan rumah tangga umi bersama-sama walid , Nurul Aisyah dan Haikal sendiri.

4.KITA MESTI AMANAH APABILA DIBERIKAN TANGGUNGJAWAB. Ong Swee Hwa menunaikan amanah pemilik manuskrip kepadanya. Ong Swee

Hwa mengirim sebuah manuskrip kepada Haikal melalui pos laju.

BAB 3 ; SENASHKAH MANUSKRIP LAMASINOPSIS

Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka.

7

7Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Aku menawarkan perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman yang seusiadengan Ai Ling.

Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim.

Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah dari kampung halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar berjudi.

Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang digunakan untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di bandar.Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya.

Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya dalam bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu.

Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat kepada Aiman.

Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana keretanya tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan bateri..

Ai Ching diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim menganggap belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak penting. Yang penting anak-nanaknya belajar dengan rajin.Aku mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang-bayang Aiman di dalam pakaian sekolahnya.

Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah

8

8Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam.

Aku menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa.

ii

Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak mahu menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan persekolahan anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam perbelanjaan. Dia hanya menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke Lim mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas jasa aku menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling menjenguk dari muka pintu dan aku berasa alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu Aiman.

Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak malu menerima tawaran aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang sering membantunya ketika dia susah dahulu.

Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang kerinduannya terhadap Aiman. Setelah Tauke Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke sekolah. Tauke Lim meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri. Tauke Lim meminta aku bersabar dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari nanti.

Bagi menenangkan perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat sayang akan aku. Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi popular.

iii

Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai Ling begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji Salam memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai Yayasan Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri akan membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai satu rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk memberi persembahan terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur begitu lama . Hal ini kerana perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan menyiapkan atur cara majlis. Tauke Lim bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian tetamu. Aku terus berbincang dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis tersebut.

9

9Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Abang Bakir mencadangkan slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku ( yang dipanggil Zam ) uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus merajuk sehingga tidak lagi meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya kepada dirinya sendiri sama ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan masalah hidupnya sendiri.

iv

Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15 orang pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu.. Semasa di dalam kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi. Ai Ling memberitahu aku yang dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca buku puisi.Ai Ling berasa takut tetapi aku meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi sajak pada petang itu.

Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya Ai Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat persembahan deklamasi sajak.

Setelah tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa sunyi lantas tersebut nama Aiman di bibirnya,

V

Ai Ling memenangi cara deklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua pelanggan di warung Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku. Tauke Lim memuji-muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku kembali membaca puisi di balai raya seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu akan suara aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda kembali berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-cita aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang guru yang hebat.

Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa orang pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang melucukan.

10

10Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Aku masih bercelaru fikirannya. Sehingga lewat malam aku masih berterusan memikirkan kata-kata Abang Bakir. Sama ada aku masih meajuk . Aku tidak pernah bercerita tentang keresahan hatinya sejak berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang menguburkan semangatnya untuk berkarya.

Aku terus dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki sekeping potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai menguasai hidup aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling

vi

Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan malam itu. Kawasan balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling mula mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati terhadap Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin D’Purnama memulakan persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn iaitu gendang kecil yng panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri amat gembira dengan usaha penduduk kampung.

Majlis tamat pada pukul 12.15 malam. Tetamu dan penduduk dijamu dengan makanan tradisional Melayu. Sementara para pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan tersebut kumpulan D’Purnama akan dapat membeli alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu bekerja keras menarik golongan pelapis muda untuk menyertai program budaya di kampung itu. Aku memberi keyakinan anak-anak muda akan menyertai mereka jika golongan dewasa berkawan dengan remaja ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan peranannya dalam bidang sastera dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup.

vii

Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun kesihatan aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan penduduk kampung.

Suatu hari aku membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis. Di situ Ai Ling bertanya kepada aku tentang kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku memberitahu bahawa sudah 3 tahun tidak berkunjung ke situ.Aku terkesima apabila Ai Ling bertanya tentang anaknya Aiman yang seusia

11

11Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

dengan Ai Ling Ai Ling berasa simpati akan aku . Ai Ling memberitahu aku bahawa arwah ayahnya amat sayang akan aku. Aku terus dihurung keresahan dan kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam rumahtangganya.

viii

Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB DUN bersetuju mendeklamsikan sasak.

Persiapan semakin rancak. Semua penduduk kampung yang terlibat bersungguh-sungguh menjalani latihan . Kumpulan zapin juga berlatih dua atau tiga kali seminggu. Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf buku program yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan yang kurang baik hanya berdoa Allah memberikan kekuatan kepadanya .

Ai Ling datang ke rumah aku membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim. Mereka berbua-bual sambil menikmati apam balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi orang pertama yang membaca manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan menghargai saat bersama-sama bersama-sama Ai Ling.

Suatu ketika Ai Ling bertanya kepada aku tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku yang sentiasa termenung jauh mengingati Aiman. Aku hanya diam.

ix

Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk membuat persiapan untuk Malam Sekampung Puisi.. Aku berharap Aksara yang menjadi impiannya akan tercapai dengan program itu. Aku hanya berharap mampu menyudah puisi untuk dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan sebahagian lagi manuskrip dan disimpan di dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin kerap menyerang Dalam keadaan ini aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku menangis .

PERSOALAN

1.KERINDUAN KEPADA DARAH DAGING SENDIRI Aku sering teringat akan anaknya Aiman. Memandang potret anaknya sambil

menyeru nama Aiman pada suatu malam. Aku amat rapat dengan Ai Ling anak Tauke Lim yang seusia Aiman kerana Ai

Ling banyak mengingatkannya kepada Aiman.

12

12Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

2. SEMANGAT KEJIRANAN YANG ERAT ANTARA PELBAGAI BANGSA Tauke Lim sentiasa memberi sokongan kepada semua aktiviti di Kampung Seri

Purnama, Dia menaja jamuan makana tetamu bagi malam puisi sekampung nanti.

3. SEMANGAT KERJASAMA DALAM MASYARAKAT Penduduk Kampung bekerjasama membuat persiapan bagi merealisasikan sambutan program Malam Sekampung Puisi.

4.KESUNGGUHAN UNTUK MENCAPAI CITA-CITA MEMARTABATKAN BUDAYA BANGSA SENDIRI Aku bersungguh-sungguh menyusun program Malam Sekampung Puisi. Aku

menyemak atur cara majlis yang disediakan Mazli. Aku sendiri berusaha mencipta puisi untuk dideklamasi oleh Ai Ling . Aku mengetepikan sakitnya

demi kejayaan program itu.

5. PERPECAHAN YANG MENYEBABKAN BUDAYA BANGSA PUPUS Akibat perpecahan Kumpulan Zapin D’Purmana , tarian zapin jincat yang menjadi identiti kampung Sri Purnama terkubur.

6. KEPENTINGAN SOKONGAN GOLONGAN PEMIMPIN MENGHIDUPKAN KHAZANAH BANGSA YB Samsuri, ADUN bagi kawasan kampung Sri Purnma menghadiri sendiri

menyaksikan tarian zapin jincat. Beliau akan melaporkan hasil lawatannya kepada Menteri Besar nanti.

7. TANGGUNG JAWAB GURU MENGEMBANGKAN POTENSI DAN BAKAT PELAJAR Aku bertanggungjawab melatih Ai Ling mendeklamasi sajak sehingga Ai Ling

memenangi acara deklamasi sajak Tahap Satu.

8. TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAP ANAK MURID Cikgu Latifah sering pulang lewat kerana mengadakan kelas bimbingan

Matematik bagi pelajar-pelajar yang lemah dalam subjek tersebut.

9.TABIAT BURUK YANG MEMECAHKAN KELUARGA Akibat sangat suka berjudi. Semua harta pusaka ayah Tauke Lim dijual oleh

abangnya yang tahi judi. Akibatnya Tauke Lim hidup susah dan berhijrah ke bandar Parit Raja sementara ibunya dijaga oleh kakaknya di Kuala Kangsar.

10. KEGIGIHAN SEORANG KETUA KELUARGA MEMBINA KEHIDUPAN KELUARGA YANG SELESA

13

13Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Tauke Lim mengambil upah menoreh getah di kebun ayah aku. Tauke Lim juga meraih hasil pertanian penduduk kampung untuk dijual di bandar.

Akhirnya tauke Lim mampu membeli sebidang tanah milik ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan.

11. KEPENTINGAN PELAJARAN ANAK-ANAK Tauke Lim tidak mahu membeli kereta baharu kerana mahu menggunakan hasil

pendapatannya untuk pelajaran anak-anaknya.

12. PERANAN GOLONGAN DEWASA DALAM MASYARAKAT Golongan dewasa iaitu Pak Haji Salam, Haji Kemat (AJKK), Wak Arif, Wak Parmin dan Abang Bakir bersungguh-sungguh menghidupkan semula Kumpulan Zapin D’Purnama sehingga anak-anak muda kampung D’Purnama yang diketuai oleh Abang Bakir menjadi berminat dengan tarian zapin.

13. PERSEKITARAN SETEMPAT YANG MEMBENTUK PERIBADI MASYARAKAT Ai Ling yang dibesarkan dalam suasana budaya Melayu di Kampung Seri

Purnama amat meminati tarian zapin dan ikut serta melihat penduduk kampung berlatih menari zapin.

14. PERASAAN BANGGA AKAN BUDAYA BANGSA SENDIRI Tetamu dijamu dengan makanan tradisional seperti ubi kayu rebus, pisang

goreng, keledek goreng, keladi goreng air kopi dan air teh. WATAK DAN PERWATAKAN

1. AKU/CIKGU AMIRULNIZAM Guru Bahasa Melayu di Sekolah Sri Purnama Mempunyai seorang anak lelaki bernama Aiman Berpisah dengan isteri dan Aiman sejak Aiman berusia setahun Banyak memendam perasaan/perahsia Meminati bidang sastera Melayu

PERWATAKANPENYAYANG Terlalu menyayangi Aiman dan sering menyebut-nyebut nama AimanBERTANGGUNGJAWAB Membimbing Ai Ling belajar mendeklamasi sajak sehingga Ai Ling berjaya menjuarai pertandingan deklamasi pusi Tahap Satu di Sekolah Seri Purnama

SUKA MENOLONG Aku membantu Tauke Lim membeli bateri keretanya yang rosak di pekan.

14

14Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

PERAHSIA Tidak memberitahu kepada sesiapapun tentang sakit yang dihidapi. Sebaliknya

hanya memakan ubat untuk sakit kepala yang menyucuk-nyucuk yang dibekalkan oleh hospital.

TABAH Menjalani hidup keseorangan tanpa anaknya Aiman selepas berpisah dengan

isterinya Dia juga hidup sendiri selepas ibu dan ayahnya meninggal dunia di rumah

pusaka ayahnya bersebelahan rumah Tauke Lim Dia tidak pernah menceritakan kepedihan hatinya menanggung rindu terhadap

anaknya.

2.AI LING Anak bongsu Tauke Lim Murid Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama Meminati tarian zapin Berbakat mendeklamasi sajak Melayu Sangat rapat dengan arwah ayah aku Sangat rapat dengan aku

PERWATAKAN

Prihatin Prihatin akan wajah aku yang pucat dan risau aku mungkin sedang sakit lalu

menyarankannya ke hospital

Gigih Ai Ling gigih berlatih mendeklamsi sajak dengan aku. Waktu petang dia ke

rumah aku untuk menjalani latihan. Semasa program Malam Sekampung Puisi ,Ai Ling gigih berlatih mendeklamasi

sajak ciptaan aku

Pandai mengambil hati Memuji teh tarik yang aku sediakan

Jujur Bertanya kepada aku tentang Aiman dengan berterus terang tanpa ada rasa

prejudis. Secara jujur Ai Ling menyatakan hasrat untuk berkawan dengan Aiman

Sabar Sabar menunggu aku yang berbincang lama dengan Cikgu Zanariah tentang

program deklamasi puisi Tahap Satu selepas sesi persekolahan

15

15Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Bijak mengurus masa Ai Ling membaca buku semasa menunggu aku berbincang dengan Cikgu

Zanariah selepas sesi persekolahan

Taat akan ibu bapa Tidak membuat sendiri keputusan untuk menaiki kereta aku ke sekolah

sebaliknya kebenaran daripada mama dan papanya terlebih dahulu.

3.TAUKE LIM

Bapa kepada Ai Ling Ai Ching dan Ah Chong Suami kepada Puan Kim Jiran aku Penoreh getah ketika mula berhijrah ke kampung itu Peraih hasil tanaman penduduk kampung

PERWATAKANi.Rajin Rajin berkerja menoreh getah di waktu pagi dan meraih hasil tanaman penduduk

kampung pada waktu petang

ii.Bertanggungjawab Sangat menjaga tanggungjawab perbelanjaan persekolahan anaknya sehingga

tidak mahu menukar kereta baharu sedang kereta lamanya rosak

iii.Jimat Membeli pakaian baharu hanya semasa perayaan Tahun Baru Cina Balik menziarahi ibu di Kuala Kangsar dengan menaiki bas sahaja.

iv.Peramah/gemar bergurau Amat peramah dan mesra dengan orang-orang kampung walaupun berlainan

bangsa. Berbual tanpa segan silu dengan kawan-kawan Melayu di Warung Abang Dolah.

Aku ketawa apabila Tauke Lim mengatakan orang boleh pengsan jika melihat dia menari zapin kerana perutnya yang buncit.

v.Pemurah Membelanja semua pelanggan di warung Abang Dollah bagi meraikan

kemenangan Ai Ling dalam pertandingan Mendeklamasi Sajak sekolahnya Menaja jamuan makan tetamu sempena lawatan YB Samsuri pada malam

persembahan zapin jincat.

vi.Sentiasa mengenang jasa

16

16Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Tauke Lim sentiasa ingat akan kebaikan arwah ayah aku. Arwah ayah aku sering membantu Tauke Lim sesama dia mula-mula sampai ke kampung dahulu. Arwah ayah aku kadang kala tidak mengambil wang bahagiannya daripada kerja menoreh getah yang dibuat oleh Tauke Lim.

NILAI

NILAI KEMANUSIAAN

1. Kasih Sayang Aku mencurahkan kasih sayang seorang bapa kepada Ai Ling kerana rindu akan

anak kandungnya Aiman yang berada jauh di Terengganu.

2. Kegigihan Ai Ling gigih berlatih mendeklamasi sajak di balai raya bersama-sama dua orang

pelajar sekolah menengah sempena program Malam Sekampung Puisi

3. Belas kasihan Ai Ling berasa kasihan melihat aku tinggal seorang diri sejak kematian ayahnya

maka dia menemani aku berbual-buaal di pantai atau di rumah aku.

4. Keikhlasan Aku dengan sukarela dan ikhlas membimbing Ai Ling mendeklamasi sajak

5. Kesungguhan Pak Haji Salam , Abang Bakir, Wak Aruf, Wak Parmin dan aku bersungguh-

sungguh berlatih menari zapin jincat di balai raya kerana akan membuat persembahan di hadapan YB Samsuri .

6. Ketabahan Aku tabah menjalani hidup keseorangan selepas berpisah dengan isteri dan

anaknya Aiman. Aku tabah menahan kerinduan terhadap anaknya yang sudah bertahun-tahun terpisah dan hanya ditemui ketika berusia 6 tahun.

Aku tabah melawan penyakit di kepalanya tanpa memberitahu sesiapa pun.

NILAI KEMASYARAKATAN1. Kerjasama Penduduk Kampung Seri Purnama bekerjasama dan bergotong royong membuat

persiapan bagi Malam Sekampung Puisi. Ada yang menyiapkan balai raya dan pentas persembahan. Mazli menyiapkan aturcara majlis bersama-sama aku Tauke Lim menaja makanan tetamu

17

17Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Nazim mengurus pakaian penari-penari zapin.

2. Keprihatinan Tauke Lim menasihati aku agar menjaga kesihatan kerana dia mendapati aku

bekerja tanpa rehat, siang mengajar di sekolah , malam pula sering berjaga hingga lewat malam

Ai Ling bimbang melihat wajah aku yang pucat lantas bertanya tentang kesihatan aku ketika mereka minum petang di rumah aku

3. Kesopanan Ai Ling memberi ucapan selamat petang kepada aku apabila sampai di hadapan

rumah aku sebelum naik ke rumah aku.

4. Tanggungjawab Cikgu Latifah sering pulang lewat untuk membimbing pelajar Tahun Enam yang

lemah dalam subjek matematik.

NILAI KEAGAMAAN/KEROHANIAN

i. Ketaatan Pada waktu malam aku sering melakukan solatt sunat sebelum tidur untuk

mendapatkan ketenangan daripada Allah. Pak Haji Dollah bersolat Isyak berjemaah di masjid bersama-sama Haji Kemit

(AJKKK)

PENGAJARAN

1. KITA HENDAKLAH MELAKSANAKAN TUGAS DALAM KERJAYA DENGAN PENUH DEDIKASI Cikgu Latifah sering pulang kerana membuat kelas bimbingan bagi pelajar Tahun

Enam yang lemah dalam subjek Matematik.

2.KITA MESTI MENGHARGAI KHAZANAH BUDAYA BANGSA SENDIRI Pak Haji Salim amat menghargai tarian zapin jincat sehingga berusaha

memperkenalkan dan mempersembahkannya di hadapan YB Samsuri.. YB Samsuri berjanji akan mempersembahkan zapin jincat kepada Menteri Besar

untuk diwartakan sebagai sala satuh rentak asli zapin dan dipopularkan.

3. KITA MESTI BERSUNGGUH-SUNGGUH APABILA MELAKSANAKAN SESUATU TUGAS Ai Ling bersungguh-sungguh berlatih apabila dipilih menyertai Pertandingan

Deklamasi Sajak Tahap Satu di sekolahnya Ai Ling membaca buku sajak ketika menunggku aku berbincang dengan Cikgu

18

18Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Zanariah selepas waktu sekolah Ai Ling menjalani latihan deklamasi sajak di rumah aku pada waktu petang

4. KITA MESTI MEREBUT PELUANG YANG ADA DEMI MENCAPAI CITA-CITA DAN HASRAT/IMPIAN Abang Bakir dan Pak Haji Jamal bersungguh-sungguh berlatih tarian zapin jincat

untuk ditunjukkan kepada YB Samsuri kerana menyedari itu ialah peluang untuk mengembalikan zaman kegemilanganl kumpulan zapin D’Purnama yang popular dengan zapin jincat suatu masa dahulu.

Aku menggunakan persetujuan Tauke Lim membenarkan Ai Ling menumpang keretanya ke sekolah untuk mendekati Ai Ling kerana Ai Ling banyak mengingatkannya kepada anaknya Aiman.

Aku mendekati Ai Ling dengan menjadi pembimbing kepada Ai Ling yang amat berminat dalam bidang sajak sebagai melepaskan rindunya akan Aiman.

5. KITA MESTI MENJAGA HUBUNGAN HARMONI DALAM MASYARAKAT BERBILANG BANGSA Tauke Lim amat mengambil berat tentang aktiviti-aktiviti yang diadakan di

Kampung Seri Purnama. Tauke Lim menaja makanan tetamu semasa majlis persembahan zapin di hadapan YB Samsuri.

Tauke Lim dan Ai Ling turut serta menyaksikan latihan zapin di balai raya kampung.

6.KITA HENDAKLAH MENJADI PEMIMPIN YANG PEKA/MENGAMBIL BERAT AKAN KEHENDAK RAKYAT YB Samsuri peka akan hasrat penduduk kampung Seri Prunama yang mahu

mengembalikan kegemilanagn zapin jincat. YB Samsuri datang menyaksikan persembahan zapin jincat dengan membawa bersama-sama pegawai Yayasan Warisan negeri untuk tujuan penyelidikan.

YB Samsuri berjanji akan membawa seni zapin jincat ke pengetahuna Menteri besar untuk digazetkan sebagai salah satu rentak asli zapin

7.KITA MESTI AMANAH APABILA MENDAPAT KEPERCAYAAN Ong Swee Hwa menunaikan amanah aku untuk mengirimkan manuskrip yang

ditulisnya kepada Haikal8. KITA MESTI BERUSAHA MENGHAMPIRKAN DIRI DENGAN TUHAN APABILA MENGHADAPI MASALAH Aku melakukan solat sunat sebelum tidur untuk menenangkan diri kerana aku

berasa Allah amat hampir dengannya apabila dia bersolat sunat sebelum tidur.

LATAR

19

19Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

LATAR MASA1. MALAM Latihan tarian zapin jincat oleh Kumpulan D’Purnama Maljis Malam Sekampung Puisi kampung Seri Purnama Ai Ling mendeklamasikan sajak ciptaan aku Pak Haji Salam mengendalikan mesyuarat kerja bagi majlis persembahan zapin

di hadapan YB Samsuri Aku mendakap gambar Aiman yang masih kecil kerana terlalu merindui anaknya

itu

2. PETANG Ai Ling datang membawa sebungkus apam balik yang dibeli tauke Lim untuk

minum petang bersama-sama aku Aku membawa Ai Ling dan Ai Ching bersiar-siar di Pantai Punggur Aku dan Ai Ling berbual-bual tentang Aiman

3. BULAN OGOS Kampung Seri Purnama dipilih sebagi tuan rumah acara sambutan kemerdekaan

peringkat mukim Malam Sekampung Puisi diadakan pada bulan Ogos

LATAR TEMPAT

1. BALAI RAYA KAMPUNG SERI PURNAMA Latihan tarian zapin jincat oleh Kumpulan D’Purnama Maljis Malam Sekampung Puisi kampung Seri Purnama Ai Ling mendeklamasikan sajak ciptaan aku Pak Haji Salam mengendalikan mesyuarat kerja bagi majlis persembahan zapin

di hadapan YB Samsuri YB Samsuri mengucapkan tahniah kerana kejayaan aku kerana usahanya

mengemudi persembahan pada majlis pertunjukan zapin. YB Samsuri meminta aku mencungkil bakat anak muda dalam tarian zapin.

2. SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PURNAMA Aku berbincang dengan Cikgu Zanariah tentang pertandingan Deklamasi Sajak

Tahap Satu sekolahnya yang disertai Ai Ling

3. RUMAH AKU Ai Ling menjalani latihan deklamasi sajak bagi menyertai pertandingan itu di

Sekolah Seri Purnama

20

20Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Ai Ling bertanya tentang kesihatan aku kerana kelihatan pucat Tauke Lim meminta bantuan aku menumpangkan Ai Ling dan Ai Ching menaiki

keretanya kerana keretanya rosak

4. RESTORAN MAMAK DI PEKAN Tauke Lim membelanja aku minum petang kerana menumpankan anak-anaknya

ke sekolah dengan kereta aku Tauke Lim mengingat kembali kebaikan arwah ayah aku yang selalu

menolongnya ketika dia susah Tauke Lim bersetuju membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku untuk ke sekolah

5.WARUNG PAK DOLAH Tauke Lim membelaanja semua orang kerana meraikan kemenangan Ai Ling

dalam pertandingan mendeklamasi sajak Sekolah Kebangsaan Sri Purnama Tauke Lim dan meminta aku aktif semula dalam aktiviti bersajak, dan menulis

cerpen Pak Dolah menyatakan kegembiraannya melihat aktiviti khazanah bangsa seperti

berkompang, bergurindam, berseloka dan berpuisi hidup semula di kampung Seri Purnama dan disertai oleh anak-anak muda

Tauke Lim menyampaikan pujian Ai Ling kepada aku iaitu aku seorang guru yang hebat

6. PANTAI PUNGGUR Aku membawa Ai Ling dan Ai Ching bersiar-siar di Pantai Punggur Ai Ling bertanya tentang anak aku, Aiman Ai Ling memberitahu Aku bahawa ayah aku memberitahunya bahawa dia amat

sayang akan aku. Ai Ling berjanji akan sentiasa menemani aku kerana kasihan akan keadaan aku

yang hidup sebatang kara Aku teringat bahwa di Pantai Punggur itu dia mula berjinak-jinak dengan bidang

penulisan Aku terkenang rumahtangganya yang hancur kerana darjat dan cita-cita yang

berbeza antara aku dan bekas isterinya.

LATAR MASYARAKAT

1. Pelajar Ai Ling murid di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama Ai Ching pelajar sekolah menengah dan akan mengambil peperiksaan SPM

21

21Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

2. Golongan Pendidik Aku mengajar subjek Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama Cikgu Zanariah mengajar subjek Bahasa Melayu Cikgu Latifah mengajar Matematik pelajar Tahun Enam

3. Penduduk Pelbagai Kaum Tauke Lim dan keluarga berbangsa Cina sudah hampir 10 tahun tinggal di

Kampung Sri Purnama Kaum Melayu merupakan penduduk majoriti Kampung Sri purnama Kaum mamak menjalankan perniagaan restoran di pekan

4. Golongan Petani/Usahawan Tani Ayah aku mengusahakan kebungetaah dan kelapa sawit Tauke Lim menraih hasil tani penduduk kaampung untuk dijual di pekan

5. Golongan Peniaga Pak Dollah mengusahakan warung makanan di kampung Sri Purnama

BAB 4: DESAKAN HATISINOPSIS

Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan

22

22Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

halangan paling besaar iaitu uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu.

Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal memberitahu Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang dikarang ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu makna Aksara yang menjadi impian ayahnya

Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa ayahnya. Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna ,berdasarkan manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi johan peringkat daerah dan negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan pencapaiannya.

Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya tentang ayahnya.

PERSOALAN

1. RAHSIA HIDUP YANG MENJADI TANDA TANYA DAN PERSOALAN KEPADA SEORANG ANAK Haikal bingung dan tertanya-tanya tentang manuskrip yang dibacanya. Haikal berasa kisah dalam manuskrip itu ada kaitan dengan dirinya.

Haikal keliru dan berada dalam dilema apabila terpaksa membuat pilihan sama ada mahu pulang ke kampung ayahnya bagi merungkai misteri di sebalik manuskrip yang dibacanya.

WATAK DAN PERWATAKAN

1. Haikal Meminati bidang sastera Banyak memenangi pertandingan puisi cerpen peringkat daerah dan negeri

2. Ratna Kawan baik Haikal

23

23Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

3. Umi Ibu kandung Haikal Pengusaha batik

4. walid Ayah tiri Haikal Pengusaha batik

5. Nurul Adik seibu Haikal

NILAI

NILAI KEMANUSIAAN

1.Keprihatinan Haikal sangat prihatin akan penderitaan ayahnya setelah membaca manuskrip

ayahnya, Ratna begitu prihatin akan masalah yang dihadapi Haikal dan mencadangkan

Haikal beterus terang dengan uminya tentang hasratnya hendak ke kampung ayahnya.

2.Kejujuran Ratna dengan jujur memuji bakat sastera dalam diri Haikal. Ratna dengan jujur menmberitahu Haikal bahawa bakat ayahnya kini mengalir

dalam diri haikal.

NILAI KEMASYARAKATAN1.SETIAKAWAN Ratna seorang kawan yang setia dan akrab dengan Haikal. Haikal Ratna sentiasa

mendengar keluhan Haikal tentang arwah ayah dan uminya. Ratna menasihati Haikal agar merbincang dengan uminya tentang manuskrip yang diterimanya. Ratna sentiasa member semangat kepada Haikal yang dia mampu menghadapi semuanya.

PENGAJARAN

1.KITA MESTILAH PRIHATIN AKAN MASALAH ORANG DI SEKELILING KITA. Ratna amat prihatin akan dilema yang dihadapi Haikal antara desakan hati untuk

mengcungkil rahsia hidup ayah kandungnya dengan sikap ibunya yang tidak mahu menceritakan punca sebenar mereka berpisah.

24

24Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

2. KITA MESTILAH JUJUR DALAM PERSAHABATAN Ratna dengan jujur memberitahu Haikal agar berterus terang dengan uminya

tentang desakan hatinya mahu mengcungkil rahsia hidup ayahnya

LATAR

LATAR MASA

1. Waktu malam Haikal bertemu Ratna untuk meluahkan masalahnya tentang manuskrip ayahnya

yang baru selesai dibacanya

LATAR TEMPAT

1. RUMAH IBU HAIKAL Haikal memberitahu ibnya bahawa dia mahu berjumpa dengan kawannya pada

malam itu.

2. GERAI RATNA DI PANTAI BATU BURUK Haikal memberitahu Ratna tentang manuskrip ayahnya yang dirasakan seperti

sejarah hidupnya sendiri.

LATAR MASYARAKAT

1.GOLONGAN PENIAGA Ratna mengusahakan gerai makanan di Pantai Batu Buruk Ibu dan walid Haikal menjalankan perniagaan batik

2.GOLONGAN PENCINTA SASTERA Haikal berbakat dalam penulisan cerpen dan puisi. Haikal memenangi

pertandingan menulis puisi dan cerpen di peringkat daeah dan negeri.

BAB 5: RINDUSINOPSIS

Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup

25

25Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu kelak.

Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan UPSR.

Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu kepada umi.

PERSOALAN

1. KERINDUAN YANG AMAT MENDALAM SEORANG ANAK KEPADA AYAH KANDUNG Haikal terlalu merindui arwah ayahnya yang terpisah sejak kecil sehingga

membayangkan kehidupan dan aktiviti zapin di Kampung Seri Purnama , kampung ayahnya

2. HALUAN CITA-CITA YANG BERBEZA Haikal begitu seronok dan teruja membayangkan kegiatan seni tarian zapin yang

digambarkan oleh manuskrip ayahnya tetapi tidak meminati bidang perniagaan yang diusahakan oleh uminya

Uminya pula mahu Haikal mewarisi perniagaan batik di Pasar Payang yang langsung tidak diminatinya.

WATAK DAN PERWATAKAN1. Haikal

PERWATAKAN

1. MATANG Haikal memikirkan sama ada tindakannya bertanya tentang perpisahan umi dan

ayahnya dianggap biadap oleh uminya.

26

26Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

2. TAAT Haikal taat akan uminya.Haikal hanya menurut sahaja keputusan uminya apabila

berkait dengan ayahnya. Uminya tidak membenarkan Haikal menziarahi jenazah ayahnya walaupun dirayu Haikal.

NILAI

1. NILAI KEMANUSIAAN

KASIH SAYANG Haikal terasa terlalu kasih akan arwah ayahnya setelah membaca manuskrip

ayahnya. Haikal berasa limpahan kasih sayang walid walaupun hanya ayah tirinya.

KETAATAN/KEPATUHAN Haikal amat taat akan kehendak uminya yang tidak mahu dia menziarahi jenazah

ayahnya tujuh tahun yang lalu

2. NILAI KEMASYARAKATANSIMPATI Guru pengawas peperiksaan UPSR memujuk Haikal untuk mententeramkannya

kerana Haikal menangis kesedihan tidak dapat pulang ke kampung arwah ayahnya untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah ayahnya pada hari kematian arwah ayahnya.

PENGAJARAN

1. KITA MESTI MENYAYANGI DARAH DAGING SENDIRI WALAUPUN TERPISAH Haikal terasa amat menyayangi arwah ayahnya walaupun tidak pernah bersua

sejak kecil setelah membaca manuskrip ayahnya.

2. KITA PERLU MENGHARGAI KASIH SAYANG AHLI KELUARGA SENDIRI Haikal amat menghargai kasih sayang walid ayah tirinya yang memeliharanya

sejak kecil

3. KITA MESTI MENGHORMATI PERASAAN ORANG YANG LEBIH DEWASA Haikal amat menghormati perasaan uminya sehingga dia berasa serba salah

untuk bertanyakan punca perpisahan umi dan ayahnya.

27

27Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

LATAR

LATAR MASA

1.MALAM Haikal tidak dapat melelapkan mata kerana masih teringat-ingat tentang kisah

yang ditulis dalam manuskrip arwah ayahnya Haikal terbayang-bayang situasi meriah di Sri Purnama sehingga berasa

terpanggil untuk ke sana Haikal terdengar-dengar irama zapin dan kehebatan ayahnya menari zapin

2.TUJUH TAHUN LALU Haikal menangis kerana tidak dibenarkan oleh umi mengikutinya menziarahi

jenazah ayahnya di Johor kerana menduduki peperiksaan UPSR.

LATAR MASYARAKAT

1.GOLONGAN PENIAGA Umi dan walid berniaga batik di Pasar Payang

2.GOLONGAN PENCINTA SENI BUDAYA MELAU Haikal dapat merasakan ayahnya seorang pencinta tarian zapin yang hebat

seperti digambarkan dalam manuskripnya.

LATAR TEMPAT

1. DI RUMAH HAIKAL Haikal serba salah untuk menyatakan hasratnya kepada umi untuk pulang ke

kampung ayahnya bagi mengcungkil kisah sebenar dalam manuskrip yang diterimanya.

2. DI DALAM DEWAN PEPERIKSAAN Haikal yang menangis kerana tidak boleh pulang ke Johor untuk memberi

penghormatan terakhir kepada arwah ayahnya , ditenteramkan oleh pengawas peperiksaan.

28

28Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

BAB 6: SATU KETENTUAN

SINOPSIS

Haikal bertekad untuk pulang ke kampung ayahnya. Walaupun berasa bimbang akan nasibnya di sana Haikal tetap dengan keputusannya. Haikal tetap akan pergi walaupun uminya membantah keras. Hasrat Haikal mencetuskan pertengkaran antara dia dan umi. Pertengkaran menyebabkan umi membuka punca perpisahannya dengan Abdullah Kayan,

29

29Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Umi menganggap ayah Haikal seorang yang mementingkan diri sendiri dan hanya hidup dalam dunianya tanpa mempedulikan perasaan umi.Umi tidak mahu Haikal menjadi seperti Abdullah Kayan. Sebaliknya Haikal berasa tindakan ayahnya pulang ke kampung halamannya kerana tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Umi terkejut apabila Haikal mempertikaikan tindakan umi menghalang ayahnya daripada bertemunya ketika ayahnya datang berziarah . Bagi Haikal umilah punca perpisahan antara mereka.

Akhirnya dengan penuh kemarahan umi membenarkan Haikal pulang ke kampung ayahnya . Walid memujuk Haikal dan merestui keputusan Haikal. Walid berjanji memberi perbelanjaan untuk Haikal apabila tinggal di sana nanti

PERSOALAN

1. KETIDAKSESUAIAN HIDUP AKIBAT CITA-CITA YANG TIDAK SEHALUAN Abdullah Kayan berpisah hidup dengan Rafiqah kerana Rafiqah tidak dapat

menerima sikap Abdullah Kayan yang terlalu meminati dunia sastera yang dianggapnya hidup dalam khayalan

WATAK DAN PERWATAKAN

1. HAIKAL

TEGAS Haikal bertegas untuk pulang ke kampung ayahnya bagi merungkai rahsia di

sebalik manuskrip ayahnya walaupun uminya keras membantah

BERANIHaikal berani mempersoalkan tindakan uminya yang tidak mahu dia menjadi seperti ayahnya. Haikal dengan berani menyatakan darah yang mengalir dalam dirinya ialah darah ayahnya.2. UMI Ibu kandung Haikal Peniaga batik di Pasar Payang Isteri kepada walid

TEGAS Umi seorang ibu yang tegas. Dia tidak membenarkan langsung Haikal pulang ke

kampung ayahnya.

KERAS HATI Umi seorang ibu yang keras hati. Umi tidak mahu memberi perbelanjaan kepada

Haikal jika Haikal tetap mahu pulang ke kampung ayahnya

30

30Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

.PERAHSIA Umi tidak pernah bercerita kepada Haikal tentang kisah hidupnya dengan ayah

Haikal. Umi terkejut apabila Haikal mengungkit tentang tindakan umi yang menentang keputusan ayahnya untuk pulang ke kampungnya kerana tanggungjawabnya sebagai anak.

3. WALID Suami umi Ayah tiri Haikal Peniaga batik di Pasar Payang

BERFIKIRAN TERBUKA Walid memahami hasrat Haikal untuk mencari kisah hidup ayah kandungnya.

Walid merestui pemergian Haikal ke Johor

BERTANGGUNGJAWAB Berjanji membekalkan wang perbelanjaan Haikal di Johor nanti.

NILAINILAI KEMANUSIAAN1. KETEGASAN Haikal tegas dengan keputusannya untuk pulang ke kampung ayahnya bagi

mencari memori hidup ayahnya. Umi tegas dengan keputusannya tidak membenarkan Haikal pulang ke kampung

ayahnya

2. KEBERANIAN Haikal berani mempersoalkan alasan uminya yang tidak mahu dia pulang ke

kampung ayahnya walaupun ayahnya sudah lama meninggal dunia.NILAI KEMASYARAKATAN

1. KETANGGUNGJAWABAN Walid seorang ayah tiri yang bertanggungjawab. Walid bersedia membekalkan

wang perbelanjaan kepada Haikal sepanjang dia berada di kampung ayahnya

NILAI KEAGAMAAN

1. KETAATAN Haikal mendirikan solat Maghrib setelah pulang dari bertemu Ratna

31

31Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

PENGAJARAN

1. KITA JANGANLAH MEMISAHKAN IKATAN KASIH SAYANG SESAMA MANUSIA Umi cuba memisahkan Haikal daripada ayah kandungnya, namun Haikal

bertekad untuk pulang ke kampung ayahnya.

2. KITA PERLU TEGAS MEMBUAT KEPUTUSAN DEMI KEBAIKAN MASA DEPAN Haikal bertegas untuk menyusuri kisah hidup ayahnya walaupun dia perlu

melukakan hati ibunya sehingga berlaku pertengkaran apabila Haikal mahu pulang ke kampung ayahnya.

3. KITA JANGAN BERFIKIRAN SEMPIT APABILA BERHADAPAN DENGAN PERKARA YANG KITA BENCI Umi tidak mahu langsung menerima hakikat bahawa darah seni yang mengalir

dalam diri Haikal ialah warisan bakat seni ayah Haikal .

4. . KITA HENDAKLAH BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN DEMI MENCARI KEBENARAN Haikal berani membuat keputusan untuk pulang ke kampung ayahnya walaupun

ditentang hebat oleh uminya demi mengcungkil kisah hidup sebenar ayahnya.

LATAR1.LATAR MASA

WAKTU PETANG Haikal berbual-bual dengan Ratna tentang hasratnya mahu ke kampung arwah

ayahnya. SELEPAS SOLAT MAGHRIB Haikal dan umi bertengkar sebaik sahaja Haikal menyampaikan hasratnya untuk

pulang ke kampung ayahnya di Johor

LATAR TEMPAT

1.GERAI RATNA Ratna bersetuju untuk menghantar Haikal ke stesen bas ekspres pada malam esok

. Ratna mengingatkan Haikal agar pandai membawa diri apabila berada di Johor

nanti. Ratna meyakinkan Haikal bahawa dia boleh menyesuaikan diri di kampung

arwah ayahnya kerana Haikal dianggapnya bagai penglipur lara.

2.RUMAH UMI/HAIKAL

32

32Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Walid merestui hasrat Haikal untuk pulang ke Johor bagi mencari rahsia hidup ayah kandungnya.

Umi terkenang kata-kata Abdulah Kayan bahawa darahnya ada mengalir dalam diri Haikal semasa umi dan Haikal bertengkar.

LATAR MASYARAKAT

1.GOLONGAN PENIAGA Abang Ratna mengurus gerai makanan di Pantai Batu Buruk

BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH

SINOPSISWalaupun walid mahu menghantarnya namun ditolak oleh Haikal kerana khuatir tindakan walid akan menaikkan lagi kemarahan uminya. Ketika keluar dari rumah, hanya walid dan Nurul Aisyah yang menghantarnya di muka pintu.. Uminya tidak kelihatan. Haikal berasa uminya masih marah dan jengkel akan Abdullah Kayan. Haikal berharap agar segera sampai ke destinasinya.

PERSOALAN

1.TEKAD DAN KESUNGGUHAN Haikal tekad bermusafir seorang diri ke Johor demi mencari kebenaran tentang

kisah hidup ayahnya

33

33Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

WATAK DAN PERWATAKAN1.UMI Ibu kandung Haikal

PERWATAKAN

KERAS HATI Tidak mahu melihat pemergian Haikal ke Johor. Haikal menmandang ke arah

tingkap rumah tetapi kelibat ibunya tidak kelihatan

2.WALID Bapa tiri Hikal

PERWATAKAN

BERTANGGUNGJAWAB/BAIK HATI Mahu menghantar Haikal ke stesen bas untuk ke Johor tetapi ditolak oleh Haikal.

NILAI

NILAI KEMANUSIAAN

1.KEBERANIAN Haikal memberanikan diri bermusafir seorang diri ke Johor demi amanat arwah

ayahnya.2.KECEKALAN Dengan hati yang cekal , Haikal membuat keputusan untuk ke kampung ayahnya

seorang diri walaupun dia tidak tahu apa-apa tentang kampung ayahnya kerana tidak pernah ke sana.Haikal juga tidak mengenali sesiapa di sana.

NILAI KEMASYARAKATAN

1.SETIAKAWAN Haikal berjanji akan pulang semula ke Kuala Terengganu apabila selesai

tugasnya di Johor.

2.KESOPANAN/BERBUDI BAHASA Haikal bersalam dengan walid dan Nurul Aisyah sebelum bergerak ke stesen bas.

PENGAJARAN1.KITA MESTI BERANI DEMI CITA-CITA Haikal berani bermusafir seorang diri ke Johor demi menunaikan amanat

ayahnya.

34

34Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Kita mesti setia dalam persahabatan Haikal berjanji kepada Ratna bahawa dia akan pulang ke Kuala Terengganu

apabila selesai menunaikan amanat arwah ayahnya di Johor. Kita hendaklah menghormati ahli keluarga kita sendiri Haikal amat menghormati walid , dia bersalam dengan walid sebelum berangkat

ke stesen bas

LATARLATAR MASA

1.MALAM Haikal menaiki bas ekspres menuju Johor

LATAR TEMPAT

1.DI DALAM BAS EKSPRESHaikal terkenang sikap umi yang begitu jengkel, marah dan mungkin benci akan ayahnya entah sampai bila.

BAB 8: TIBA DI KAMPUNGSINOPSISHaikal tiba di stesen bas Batu Pahat pada pukul 5.30 pagi. Selesai memunaikan solat subuh berjemaah di surau, Haikal mendapatkan perkhidmatan teksi untuk ke Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi, Pak Cik Salleh bersetuju membawa Haikal ke sana.

Ketika Pak Cik Salleh memberitahu Haikal mereka sudah sampai ke pekan Parit Raja, hati Haikal berdebar-debar. Debaran makin kencang apabila dia sampai ke kampung Seri Purnama. Pak Cik Salleh membantu Haikal untuk sama-sama mencari rumah ayahnya.

Mereka tiba di sebuah warung. Apabila lelaki separuh umur yang sedang menebar roti canai melihat Haikal masuk ke warung dia kehairanan. Sebaik sahaja mengetahui Haikal ialah anak Cikgu Abdullah, Haikal terus dipelawa makan roti canai sementara menunggu Tauke Ong tiba untuk membawanya ke rumah arwah ayahnya. Lelaki itu memperkenal diri sebagai Wak Min dan isterinya Mak Menah. Haikal tertanya-tanya sama ada Tauke Ong ialah Tauke Lim seperti yang digambarkan oleh arwah ayahnya dalam manuskripnya.

Ketika Haikal menunggu Tauke Ong, ada pelanggan-pelanggan yang masuk ke

35

35Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

warung memandang-mandang wajah Haikal dan ada yang berbisik-bisik sesama sendiri. Ketika itu, seorang lelaki Cina masuk ke warung. Dia kelihatah amat mesra dengan pelanggan-pelanggan yang lain. Sebaik sahaja mengetahui Haikal ialah anak Cikgu Abdullah, Tauke Ong terus berjanji akan membawa Haikal ke rumah arwah ayahnya yang telah diamanahkan oleh arwah ayahnya untuk dijaga oleh Tauke Lim sehingga Haikal sampai ke kampung itu.

Di rumah arwah ayahnya, Haikal mendapat tahu bahawa manuskrip itu diberi kepada Ong Swee Hwa dua hari sebelum ayahnya meninggal dunia. Ong Swee Hwa amat sayang akan manuskrip tersebut. Akan tetapi perlu memunaikan amanah menyerahkannya kepada Haikal.apabila Haikal dewasa.

Ketika ditinggalkan bersendirian oleh Tauke Ong, Haikal tertarik dengan sijil-sijil yang bergantungan di dinding. Dilihatnya satu persatu. Ayahnya seorang yang lebih hebat dari yang disangkakannya. Hati Haikal sebak mengenangkan sikap umi yang tidak merestui perjuangan seni ayahnya. Matanya beralih melihat sekeping gambar di atas sebuah almari perhiasan di ruang tamu. Gambar ayahnya sedang menerima anugerah daripada seorang sasterawan negara.

Setelah puas menatap gambar, Haikal mengalihkan pandangan ke rumah Tauke Ong. Dia mencari-cari sesuatu.PERSOALAN1.KEHARMONIAN HIDUP MASYARAKAT PELBAGAI KAUM Tauke Ong begitu mesra bergelak ketawa dengan pelanggan-pelanggan lain di

warung Wak Min.

2.AMANAH DALAM PERSAHABATAN Tauke Ong menjaga rumah pusaka arwah Cikgu Abdullah dengan kemas dan

bersih sehingga Haikal tiba di Kampung Seri Purnama. Tauke Ong menyerahkan rumah tersebut untuk Haikal tinggal.

3.PERJUANGAN ANAK SENI YANG TERSISIH DARIPADA KELUARGA SENDIRI Setelah Haikal menatap sijil-sijil penghargaan atas kejayaan ayahnya dalam

dunia sastera , dia berasa sedih dan sebak mengenangkan sikap uminya yang langsung tidak merestui aktiviti ayahnya sehingga ayahnya tidak lagi meneruskan minatnya.

WATAK DAN PERWATAKANWATAK

1.TAUKE ONG Ayah Ong Swee Hwa Berjiran dengan arwah Cikgu Abdullah/ayah Haikal

36

36Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

2.MUDAH MESRA Berbual dengan pelanggan-pelanggan lain di warung Wak Min sambil bergelak

ketawa.

3.AMANAH Tauke Ong menjaga rumah peninggalan Cikgu Abdullah dengan baik bersih dan

kemas sehingga Haikal tiba ke Kampung Seri Purnama.

4.ONG SWEE HWA Anak perempuan Tauke Ong

5. AMANAH Ong Swee Hwa menyimpan manuskrip Cikgu Abdulah dengan baik dan

mengirimkannya kepada Haikal apabila Haikal dewasa seperti permintaan Cikgu Abdullah dua hari sebelum dia meninggal dunia.

6.PAK CIK SALLEH Pemandu teksi di bandar Batu Pahat Tukang rumah Ada 5 orang anak

PERAMAH Berbual mesra dengan Haikal . Bercerita tentang lima orang anaknya, sambil

bertanya pula tentang Haikal.

BAIK HATI Membantu Haikal mencari rumah arwah ayahnya di Kampung Seri Purnama.

RAJIN Pak cik Salleh melakukan dua jenis kerja untuk perbelanjaan keluarga. Pemandu

teksi dan tukang rumah.

NILAINILAI KEMANUSIAAN

1.KERAJINAN Pakcik Salleh rajin melakukan dua jenis kerja untuk perbelanjaan keluarga.iaitu

sebagai pemandu teksi dan tukang rumah

2.KEJUJURAN Tauke Ong menjaga rumah pusaka Cikgu Abdullah dengan baik, bersih dan

37

37Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

kemas sebelum diserahkan kepada Haikal. Ong Swee Hwa menyimpan manuskrip Cikgu Abdullah dengan baik sebelum

diserahkan kepada Haikal.

3.KEIKHLASAN Pak Cik Salleh dengan rela hati dan ikhlas membantu Haikal mencari rumah

ayahnya di Kampung Seri Purnama.

NILAI KEMASYARAKATAN

1. KEHARMONIAN Penduduk Kampung Seri Purnama hidup harmoni. Tauke Ong amat mesra

dengan pelanggan-pelanggan di warung Wak Min. Mereka berbuakl sambil bergelak ketawa.

NILAI KEAGAMAAN

1.KETAATAN Haikal menunaikan solat subuh berjemaah di surau stesen bas Batu Pahat

sebelum ke Kampung Seri Purnama.

PENGAJARAN1.KITA HENDAKLAH JUJUR DAN AMANAH APABILA DIBERI KEPERCAYAAN Tauke Lim menjaga rumah arwah Cikgu Abdullah dengan baik, kemas dan

bersih seperti yang diminta oleh arwah dan segera menyerahkannya kepada Haikal sebaik dia tiba di Kampung Seri Purnama.

Ong Swee Hwa, menyimpan manuskrip Cikgu Bdullah dengan baik dan menyerahkannya kepada Haikal walaupun dia amat menyayangi manuskrip itu.

2.KITA HENDAKLAH MEMBANTU ORANG YANG MEMERLUKAN PERTOLONGAN Pak Cik Salleh membawa Haikal ke Kampung Seri Purnama dan membantunya

mencari rumah arwah ayahnya.

3. KITA JANGAN MENGABAIKAN SURUHAN AGAMA DI MANA-MANA SAHAJA Haikal tetap bersolat subuh berjemaah sebaik tiba di Batu Pahat sebelum

bergerak mencari rumah arwah ayahnya.

4. KITA HENDAKLAH RAJIN BERUSAHA UNTUK KESELESAAN

38

38Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

KELUARGA Pak Cik Salleh melakukan dua jenis pekerjaan untuk menampung perbelanjaan

anak-anaknya yang masih belajar. Dia memandu teksi dan menukang rumah.

LATARLATAR TEMPAT

1. STESEN BAS BATU PAHAT Haikal tiba di sstesen Batu Pahat Haikal menunaikan solat subuh berjemaah di surau di tingkat atas stesen bas. Haikal mendapatkan perkhidmatan teksi yang dipandu Pak Cik Salleh.

2. DI DALAM TEKSI PAK CIK BAKAR Pak Cik Bakar berbual-bual dengan Haikal tentang diri dan keluarganya. Dia

seorang tukang rumah juga. Ada lima orang anak. Haikal memberitahu Pak Cik Salleh dia sedang menunggu keputusan STPM Haikal memberitahu Pak Cik Bakar dia mahu ke Kampung Seri Purnama tetapi

tidak tahu untuk ke sana kerana tidak pernah sampai ke situ. Pak Cik Bakar menerangkan beberapa pembangunan yang berlaku di Batu Pahat

seperti kawasan perindustrian. Pak Cik Salleh dengan ikhlas membantu Haikal mencari rumah arwah ayahnya

3.WARUNG WAK MIN Haikal bertanya penebar roti canai tentang rumah Cikgu Abdullah Kayan. Haikal memperkenalkan diri sebagai anak Abdullah Kayan kepada Wak Min Wak Min meminta Haikal makan roti cnai dahulu sementara menunggu Tauke

Ong datang untuk membawanya ke rumah arwah ayahnya. Beberapa orang pelanggan yang masuk ke Warung Wak Min memandang Haikal

dan berbisik-bisik sesama sendiri. Tauke Ong sampai di warung Wak Min lalu mendekati Haikal dan berjanji akan

membawa Haikal ke rumah arwah ayahnya.

3. RUMAH ABDULLAH KAYAN / ARWAH AYAH HAIKALGambaran fizikal Rumah papan separuh batu Ada tujuh jendela Bertangga darpada papan yang tebal Halaman yang bersih Ada sebuah meja kayu dan empat buah kerusi

Tauke Ong bertanya sama ada Haikal kenal akan Swee Hwa anaknya. Haikal memberitahu Tauke Ong dia tidak mengenali Swee Hwa tetapi

memberitahu Tauke Ong, Swee Hwalah yang menghantar manuskrip kepadanya. Tauke Ong memberitahu Haikal manuskrip itu diserahkan kepada Swee Hwa

39

39Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

oleh arwah ayahnya dua hari sebelum dia meninggal dunia. Tauke Ong memberitahu Haikal Swe Hwa amat sayang akan menuskrip itu dan

terlalu berat hati untuk melepaskannya. Haikal melihat beberapa keping sijil yang dibingkaikan, Haikal mendapati arwah

ayahnya telah mencipta nama yang besar dalam dunia sastera dan kebudayaan. Haikal sebak apabila terkenang sikap uminya yang sanggup mematahkan

perjuangan ayah dan cita-cita arwah ayahnya. Haikal memandang ke arah rumah batu sederhana besar berbumbng biru milik

Tauke Ong, matanya melilau mencari sesuatu.

LATAR MASA

1. WAKTU PAGI Haikal sampai di stesen bas Batu Pahat Haikal bersolat subuh berjemaah di tingkat atas stesen bas. Haikal mengambil teksi untuk ke Kampung Seri Purnama Haikal masuk ke warung Wak Min untuk bertanya arah ke rumah arwah ayahnya Haikal memperkenalkan dirinya sebagai anak Cikgu Abdullah Kayan Haikal diperkenalkan kepada Tauke Ong Tauke Ong membawa Haikal ke rumah arwah ayahnya Haikal melihat-lihat sijil-sijil penghargaan yang diterima oleh ayahnya Haikal mendapati ayahnya seorang yang hebat dalam dunia sastera dan

kebudayaan Haikal sebak mengenangkan sikap ibunya yang tidak menghargai cita-cita dan

perjuangan ayahnya.

LATAR MASYARAKAT

1. GOLONGAN PENIAGA Wak Min dan isterinya Menah mengusahakan warung makanan di Kampung Seri

Purnama

2. GOLONGAN PETANI Pelanggan yang masuk ke dalam warung Wak Min berpakaian untuk berkebun.

3.MASYARAKAT YANG RAJIN BERKERJA Pak Cik Salleh menjalankan dua kerja bagi menambah perbelanjaan keluarga

tanggungannya. Dia berkerja membawa teksi dan menukang rumah.

3. MASYARAKAT BERBILANG KAUM YANG AKRAB/HARMONI/MESRA Pelanggan yang masuk ke dalam warung Wak Min berjabat tangan sebelum

memesan makanan Tauke Ong sampai di warng Wak Min kelihatan amat mesra dengan pelanggan-

pelanggan yang lain. Tauke Ong ketawa terbaha-bahak apabila diusik oleh

40

40Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

seorang rakannya.

4. MASYARAKAT YANG AMANAH Tauke Ong sangat amanah menjaga rumah arwah ayah Haikal sehingga Haikal

datang ke Kampung seri Purnama. Dua hari sekali Swee Hwa mengemas rumah arwah ayah Haikal dengan

kakaknya. Swee Hwa memegang amanah arwah ayah Haikal untuk menjaga manuskripnya

dan menyerahkannya kepada Haikal.

BAB 9: PERTEMUAN

SINOPSISTepat pukul 11.30 pagi, Tauke Ong datang menjemput Haikal untuk makan tengah hari di pekan. Tauke Ong datang bersama-sama anak gadisnya. Haikal yakin itulah Swee Hwa. Haikal cuba mengawal kegelisahannya. Dalam perjalanan ke pekan, Tauke Ong memberitahu Haikal bahawa dia akan menyerahkan semua urusan berkaitan arwah ayahnya kepada Haikal. Haikal diberitahu oleh Tauke Lim bahawa sepanjang peninggalan arwah ayahnya, Tauke Lim diberi amanah untuk menguruskan tanah di baruh, kelapa sawit, kebun getah dan buku bank arwah ayahnya. Tauke Ong juga mengimbas kembali kebaikan arwah ayahnya kepada keluarganya. Dia berasa tidak terbalas sehingga mati. Sesampai di pekan, Tauke Lim meninggalkan Swee Hwa dengan Haikal untuk makan tengah hari di sebuah restoran mamak.

Swee Hwa memecah kebungkaman dengan memberitahu Haikal bahawa dia tidak pernah ke Terengganu. Swee Hwa hanya mendengar kisah Terengganu melalui cerita Cikgu Abdullah. Haikal menyambut perbualan Swee Hwa dengan memuji kebudayaan dan pejuang bangsa yang lahir dari Johor. Swee Hwa juga fasih berbahasa Melayu. Melihat penampilan Swee Hwa, Haikal teringat akan Ratna yang masih belum dihubungi. Haikal juga kagum melihat Swee Hwa tidak kekok makan dengan tangan. Selesai makan Swee Hwa memberitahu Haikal bahawa arwah ayahnya pandai memasak.Haikal terasa betapa bertuahnya Swee Hwa dapat merasai kasih sayang ayahnya berbanding dirinya. Haikal yakin Swee Hwa banyak menyimpan rahsia hidup ayahnya. Haikal yakin Swee Hwa ialah watak yang dicipta oleh ayahnya dalam manuskrip itu.

Selesai makan tengah hari, mereka ke kedai buku untuk membeli novel. Mereka meminati penulis dan sasterawan negara yang sama. Swee Hwa terus menyatakan

41

41Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

minat Haikal diwarisi daripada arwah ayahnya. Haikal berasa bahawa dia amat mesra dengan Swee Hwa walaupun baru berkenalan. Mungkin manuskrip itu telah member gambaran tentang Swee Hwa.

Petang itu, Haikal menerima pesanan SMS daripada NuruI Aisyah. Terbayang kesedihan dan kesunyian adiknya itu. Haikal terasa sebak kerana dialah tempat adiknya mengadu jika ada masalah. Haikal menjadi rindu akan adiknya juga rindu akan keluarga dan Ratna tetapi itulah pengorbanan yang mesti dihadapi Haikal.

PERSOALAN1.PENGORBANAN SEORANG ANAK DEMI MENCARI KEBENARAN TENTANG ORANG YANG DISAYANGI Haikal berkorban meninggalkan adiknya Nurul Aisyah, Ratna dan keluarganya

dan kembali ke Kampung Seri Purnama untuk mengesan kisah hidup ayahnya, Cikgu Abdullah.

2. PERSOLAN TENTANG AMANAH DAN KEPERCAYAAN Tauke Ong menjaga baruh, kelapa sawit kebun getah dan akaun buku bank arwah

Cikgu Abdullah dengan jujur dan amanah malah telah bersedia menyerahkannya kepada Haikal sebaik sahaja Haikal sampai di Kampung Seri Purnama.

3.ASIMILASI BUDAYA DALAM MASYARAKAT BERBILANG KAUM Swee Hwa gemar makan kari kepala ikan yang pedas, yang dijual di kedai

mamak di pekan Swee Hwa gemar ikan haruan masak cili api yang dimasak Cikgu Abdullah Swee Hwa fasih berbahasa Melayu Swee Hwa meminati penulisan sasterawan negara seperti Shahnon Ahmad. Swee Hwa berbual dengan Rahman pembantu restoran dengan ramah seperti

sahabat yang baik. Tauke Ong membahasakan dirinya pak cik semasa berbual-bual dengan Haikal

4.PERASAAN KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA/KEAKRABAN SESAMA SAUDARAHaikal kembali merindui adiknya Nurul Aisyah, Ratna dan keluarga yang ditinggalkan di Kuala Terengganu.

WATAK DAN PERWATAKAN1.TAUKE ONG Ayah Swee Hwa

42

42Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Penjaga tanah di baruh, kelapa sawit, kebun getah, rumah dan buku bank arwah Cikgu Abdullah.

JUJUR DAN AMANAHSejak Cikgu Abdullah meninggal dunia, Tauke Ong menjaga tanah di baruh, kelapa sawit, kebun getah, rumah dan buku akaun bank dengan amanah dan segera mahu menyerahkannya kepada Haikal sebaik Haikal sampai ke Kampung Seri Purnama

2.SWEE HWA Anak perempuan Tauke Ong Fasih berbahasa Melayu Minat novel Melayu dan Shakespeare Gemar masakan Melayu dan mamak Berlesung pipit

1.PERAMAH Swee Hwa perbualan dengan Haikal tanpa rasa kekok walaupun baru kenal akan

Haikal. Dia rancak bercerita tentang keenakan kari kepala ikan dan kepandaian Cikgu Abdullah memasak ikan haruan masak cili api.

NILAINILAI KEMANUSIAAN

1.KEJUJURAN/AMANAH Tauke Ong dengan amanah dan jujur menjaga harta peninggalan arwah Cikgu

Abdullah selepas kematian Cikgu Abdullah. Tauke Ong memberitahu Haikal ,Cikgu Abdullah memberi kepercayaan

kepadanya untuk mengurus menjaga dan mengurus harta pusakanya selepas dia meninggal dunia

2.KASIH SAYANG Haikal amat mengasihi adiknya Nurul Aisyah. Dia amat nerindui Nurul Aisyah

dan terkenang-kenang akan kemanjaan keletah adiknya.

NILAI KEMASYARAKATAN

1.SEMANGAT KEMASYARAKATAN/ KEJIRANAN YANG ERAT Haikal melihat Seee Hwa begitu akrab dengan Rahman , pelayan di restoran

mamak itu. Swee Hwa ketawa apabila diusik olrh Rahman sambil tersenyum

2.BERHEMAH TINGGI/BERBUDI BAHASA Rahman mengalu-alu kedatangan Haikal ke negeri Darul Takzim. Rahman berharap Haikal sentiasa gembira di negeri darul takzim

43

43Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

NILAI KEAGAMAAN

1.KETAATAN Haikal turun ke bilik air untuk berwuduk bagi menunaikan solat asar pada petang

itu..

2.KESYUKURAN/MENGENANG BUDI Haikal mengucapkan terima kasih kepada Tauke Ong kerana menjaga harta

pusaka ayahnya dengan baik.

PENGAJARAN1. KITA HENDAKLAH MENJAGA HUBUNGAN KELUARGA DAN SAHABAT AGAR TIDAK PUTUS Nurul Aisyah menghantar pesanan melalui telefon bimbit kepada abangnya

Haikal untuk bertanya khabar Haikal di Johor. Haikal membalas pesanan adiknya dan dia mulai rasa rindu akan keluarganya di Terengganu.

2.KITA HENDKLAH MEMIKUL AMANAH DENGAN JUJUR APABILA DIBERI KEPERCAYAAN Tauke Ong mengurus kelapa sawit, kebun getah, tanah, di baruh, rumah dan

akaun bank arwah Cikgu Abdullah dengan jujur dan amanah demi kepercayaan yang dberi oleh arwah Cikgu Abdullah sebelum dia meninggal dunia

3. KITA HENDAKLAH MENERIMA KEDATANGAN TETAMU DENGAN BAIK DAN MESRA Rahman mengucapkan selamat datang kepada Haikal sebaik sahaja Swee Hwa

mengenalkan diri Haikal kepadanya. Swee Hwa membawa Haikal makan kari kepala ikan di restoraan mamak di

pekan dan membawanya membeli novel di sebuah kedai buku.

LATARLATAR MASA1.11.30 PAGITauke Ong menjemput Haikal untuk makan tengah hari di pekan bersama-sama Swee Hwa.

2. 5.00 PETANG Haikal membacaSMSyang dihantar Nurul Aisyah adiknya, lantas terbayang

kesedihan adiknya. Haikal terkenang kemanjaan adiknya, Nurul Aisyah akan mengadu kepadanya

44

44Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

jika ada masalah. Haikal merindui adiknya Haikal ke bilik air untuk berwuduk dan mendirikan solat asar.

LATAR TEMPAT

1. DI DALAM KERETA TAUKE ONG Tauke Ong memberitahu Haikal mereka akan makan nasi daun pisang di pekan. Haikal memberitahu Tauke Ong yang dia akan berada di Kampung Seri Purnama

sehingga keputusan STPM diumumkan. Tauke Ong memberitahu Haikal dia akan menyerahkan harta arwah ayahnya

kepada Haikal setelah diamanahkan oleh ayahnya untuk menjaga kebun kelapa sawit, kebun getah ,rumah dan akaun bank

Tauke Ong memberitahu Haikal ayahnya telah mengamanahkan harta-harta itu untuk dijaga selepas kematiannya.

2. RESTORAN MAMAK Swee Hwa memesan kari kepala ikan merah untuk makan tengah hari mereka

berdua Swee Hwa memperkenal Haikal kepada Rahman, pelayan restoran mamakitu. Swee Hwa memberitahu Haikal bahawa arwah ayahnya pandai memasak ikan

haruan masak cili api Haikal berasa Swee Hwa beruntung dapat mengisi kekosongan jiwa ayahnya. Haikal ingin terus merapati Swee Hwa kerana yakin Swee Hwa banyak

menyimpan rahsia hidup arwah ayahnya.

3. KEDAI BUKU Haikal mebeli beberapa buah majalah sastera dan bahasa. Haikal memberitahu Swee Hwa mereka meminati penulis yang sama iaitu

Abdullah Hussain, Sahnon Ahmad dan A.Samad Said. Swee Hwa memberitahu Haikal bahawa Haikal mewarisi bakat arwah ayahnya. Haikal berasa seolah-olah dia mengenali Swee Hwa mungkin kerana manuskrip

yang dibacanya.

4. RUMAH HAIKAL Haikal membaca SMS kiriman adiknya Nurul Aisyah yang menyatakan

kerinduan kepadanya. Haikal teringat kemanjaan adiknya.

LATAR MASYARAKAT1. MASYARAKAT YANG AMANAH Tauke Ong seorang yang amanah kerana menjaga harta pusaka arwah ayah

Haikal sehingga Haikal pulang ke kampung itu

2.MASYARAKAT PELBAGAI KAUM YANG PRIHATIN

45

45Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Tauke Ong amat mengambil berat tentang keselesaan Haikal di Kampung Seri Purnama. Tauke Ong memastikan makan minum Haikal terurus sebaik sahaja Haikal tinggal di rumah arwah ayahnya. Dia membawa Haikal makan di restoran mamak di pekan

3. GOLONGAN MUDA YANG MEMINATI SASTERA TANAH AIR. Swee Hwa dan Haikal meminati karya karyawan sastera negara seperti Abdullah

Hussain, A.Samad Said dan Shahnon Ahmad.BAB 10: PUSARASINOPSIS

Tauke Ong meminjamkan motosikal kegunaan anak keduanya See Hui kepada Haikal untuk kemudahan Haikal bergerak di dalam kampung itu. Setelah diberitahu tentang lokasi pusara arwah ayahnya di kawasan perkuburan kampung itu, Haikal terus menghidupkan motosikal. Sebelum beredar Haikal terpandang Swee Hwa yang tercegat di depan pintu rumahnya. Haikal berasa satu getaran aneh apabila membalas senyuman Swee Hwa.

Sampai di kawasan perkuburan, Haikal mencari sepohon pokok kemboja besar seperti yang diberitahu oleh Tauke Ong. Melihat pokok kembja yang berada di sebelah kanan tanah perkuburan, Haikal terus menuju ke situ dan terlihat nama Abdullah bin Kayan di atas batu nisan putih.Haikal mengusap lembut batu nisan ayahnya. Bacaannya terhenti beberapa kali ketika membaca yasin. Haikal terus menangis kerana kerinduan yang terlalu dalam kepada arwah ayahnya. Haikal bermohon kepada tuhan agar meletakkan arwah ayahnya di sisi orang yang beriman.. Terlalu sukar untuk Haikal meninggalkan pusara ayahnya namun dipujuk hatinya bahawa esok masih ada untuk dia datang lagi.

Haikal membonceng motosikal melalui kebun kelapa sawit sebaik sahaja beredar dari pusara ayahnya. Tiba-tiba Haikal tergerak untuk berhenti berhampiran sekumpulan remaja yang sedang memancing di tepi parit. Hikal memberi salam kepada seorang lelaki yang berusia sekitar 40-an di dalam kumpulan remaja yang diapnggil Pak Cik Bakar atau Pak Cik Burn dalam kalangan anak muda kampung.

Pak Cik Bakar terus bercerita tentang kehebatan arwah ayah Haikal. Seorang yang berjiwa besar, banyak berjasa kepada masyarakat tetapi biasanya orang yang baik begitu akan pergi menemui tuhan mendahului yang lain.. Pak Cik Bakar amat rapat dengan arwah ayah Haikal. Dia menganggap arwah ayah Haikal seperti saudara kandungnya sendiri. Pak Cik Bakar seolah-olah melihat arwah ayahnya apabila melihat Haikal masuk ke warung Wak Min. Sehingga dia masih terbayang-bayang wajah arwah ayah Haikal. Haikal berjanji akan ke rumah Pak Cik Bakar kerana banyak perkara yang dia perlu tahu tentang bapanya daripada Pak Cik Bakar.

Senja itu Haikal menunaikan solat berjemaah di masjid kampung untuk berkenal-

46

46Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

kenalan dengan penduduk kampung.. Selesai solat isyak dia terus ke gerai Wak Min. Hanya Mak Menah yang sibuk mengurus kedai. Mak Menah sempat bertanya tentang perancangan Haikal selepas mendapat keputusan peperiksaan STPM nanti. Daripada Mak Menah, Haikal mendapat tahu bahawa sejak kematian ayahnya, budak-budak kampung itu mulai berfoya-foya membuang masa dengan bermotosikal berbanding semasa ayahnya aktif menggerakkan aktiviti kemasyarakatan di kampung, tidak ada anak-anak muda yang berfoya-foya di tepi jalan di kampung itu. Mendengar kisah arwah ayahnya Haikal semakin teruja untuk menyelami kisah hidup arwah ayahnya.

Lamunan tentang ayahnya terhenti apabila Pak Cik Bakar menepuk belakang bahunya. Sebenarnya Pak Cik Bakar tidak menyangka Haiikal akan kembali ke kampung itu. Malah Pak Cik Bakar menberitahu Haikal bahawa kampung itu sudah lama sepi sambil merenung gelas yang dipegangnya. Sekali lagi dia memberitahu Haikal bahawa dia seolah-olah bermimpi melihat kedatangan Haikal. Haikal mulai rasa bersalah kerana berasa kehadirannya menyebabkan orang yang rapat dengan ayahnya teringat kembali arwah ayahnya.

Haikal hanya melihat Pak Cik Bakar meluahkan persaannya apabila dua jemaah masjid Wak Arif dan Haji Salim masuk ke warung. Selepas menyapa sambil bergurau senda, Pak Cik Bakar memperkenal mereka kepada Haikal, ahli kumpulan zapin kampung itu dahulu. Namun sekarang, menurut Haji Salim orang muda sudah tidak meminati tarian zapin. Haikal yang tidak pernah mendengar lagu-lagu zapin seperti yang dinukil oleh ayahnya dalam manuskrip teragak-agak menjawab pertanyaan Haji Salim tentang minatnya dengan zapin. Daripada Pak Cik Bakar Haikal mendapat tahu kumpulan zapin kampung itu sudah enam atau tujuh tahun tidak aktif apabila seorang demi seorang ahlinya meninggal dunia termasuk ayahnya.

Pak Cik Bakar terus bercerita tentang ayah Haikal ketika mereka berbual di anjung rumah Pak Cik Bakar setelah bersantai di warung Wak Min.Keengganan Haikal untuk masuk berbual di dalam rumah mengingatkan Pak Cik Bakar akan sikap arwah ayahnya yang juga suka berbual-bual di anjung rumahnya sehingga pukul 2 atau 3 pagi.

Haikal menyatakan perasaan ralatnya tidak dapat hidup bersama-sama ayahnya Haikal mendapat tahu yang dia cuba dibawa tinggal di Kampung Seri Purnama tetapi tidak berjaya. Namun ayahnya seorang yang tabah, sabar dan tenang. Haikal mengakui bahawa tidak banyak yang dia ketahui tentang ayahnya dan itulah penyebab yang kuat yang mendesak hatinya datang ke kampung arwah ayahnya. Pak Cik Bakar juga tidak mengetahui penyakit yang dideritai oleh arwah ayah Haikal Segala-galanya ditanggung sendiri. Tiada siapa yang tahu penderitaan yang ditanggung.. Termasukkah Swee Hwa? Mendengar Haikal menyebut nama Swee Hwa Pak Cik Bakar merenung tepat ke wajah Haikal lalu tersenyum.

Pak Cik Bakar memberitahu arwah ayahnya meletakkan diri Haikal dalam diri Swee

47

47Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Hwa. Mungkin itulah cara ayahnya mengubati luka hatainya. . Pak Cik Bakar amat yakin Haikal akan dapat merasa ada sesuatu yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya dalam diri Swee Hwa untuk dia selami. Haikal hanya mengangguk-ngangguk tanda bersetuju.

Malam semakin lewat sedangkan mereka terus berbual-bual. Pak Cik Bakar amat gembira jika Haikal mahu tinggal lebih lama di kampung. Dia membayangkan itulah keinginan arwah ayahnya jika arwah masih hidup iaitu ingin Haikal kembali tinggal bersama-samanya di kampung.. Haikal berjanji akan tinggal lebih lama jika segala urusannya selesai. Lebih-lebih lagi dia sedang menunggu keputusan STPMnya. Namun Pak Cik Bakar berasa amat baik jika Hikal terus menetap di Kampung Seri Purnama lantas mengusik-usik Haikal dengan anak Tauke Ong sambil ketawa.

Perbualan mereka menjangkau ke pukul 2.00 pagi. Haikal meminta izin untuk pulang kerana ingin berehat. Pak Cik Bakar mempelawa Haikal untuk bertamu di rumahnya jika ada kelapangan.

PERSOALAN1.KERINDUAN ANAK TERHADAP KASIH SAYANG SEORANG AYAH Haikal terlalu sayu, rindu dan sebak apabila menziarahi pusara ayahnya. Air mata

mengalir ketika membaca Yassin. Haikal berasa terlalu berat untuk meninggalkan pusara ayahnya yang tidak pernah ditemui.

2. BUDAYA BANGSA YANG SEMAKIN DILUPAKAN Pak Cik Bakar memberitahu Haikal bahawa tarian zapin jincat yang popular di

Kampung Seri Purnama semakin dilupakan oleh generasi muda. Apabila ramai ahli kumpulan zapin itu meninggal dunia enam atau tujuh tahun yang lalu kumpulan zapin itu mulai sepi.Yang tinggal hanya ahli kumpulan yang terlalu tua seperti Wak Arif dan Haji Salim.

3. SIKAP BERFOYA-FOYA GENERASI MUDA Mak Menah risau melihat anak-anak muda Kampung Seri Purnama membazir

masa berfoya-foya dengan motosikal, berlonggok di tepi jalan dan bersembang hingga larut malam tanpa matlamat.

4. TRADISI BUDAYA YANG MASIH UTUH .SEMANGAT KEMASYARAKATAN DALAM MASYARAKAT YANG SUDAH MEMBANGUN Haikal mendapati Kampung Seri Purnama sudah mengalami pembangunan.

Jalan raya sudah berturap, lampu jalan di sepanjang jalan. Lengkap dengan sekolah, sebuah klinik, balai raya dan pusat komoditi pertanian. Tetapi hubungan akrab dan mesra antara golongan muda dan tua masih kelihatan. Anak -anak

48

48Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

muda yang masuk ke warung Wak Min bersalaman dengan Pak Cik Bakar, Wak Arif dan semua orang di dalam warung itu. Mereka kelihatan mesra.

5. PENDERITAAN JIWA/KERINDUAN SEORANG AYAH YANG KEHILANGAN KASIH ZURIAT SENDIRI Pak Cik Bakar menceritakan penderitaan arwah ayah Haikal kerana tidak dapat

hidup bersama-samanya. Arwah ayahnya membayangkan Haikal di dalam diri Swee Hwa bagi mengubat kedukaan yang ditanggung.

6. KASIH SAYANG YANG ABADI TERHADAP RAKAN SEPERJUANGAN SEHINGGA AKHIR HAYAT Pak Cik Bakar terlalu menyayangi arwah ayah Haikal. Dia menganggap ayah

Haikal seperti saudara kandungnya sendiri.. Pak Cik Haikal tidak dapat melupakan wajah arwah ayah Haikal walaupun sudah

enam atau tujuh tahun meninggal dunia. Pak Cik Haikal berasa seolah-olah melihat arwah ayah Haikal apabila melihat

Haikal di warung Wak Nin.

WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK

1.HAIKAL

BERHEMAH TINGGI/BERBUDI BAHASA Memberi salam kepada Pak Cik Bakar ketika bertemu di tepi parit tempat Pak

Cik Bakar memancing. Haikal membalas lambaian anak-anak muda yang sedang memancing ikan di tepi

parit dengan senyuman.

BIJAK Haikal bijak menyesuaikan diri di kampung. Haikal menunaikan solat maghrib

dan isyak di masjid kampung untuk berkenal-kenalan dengan penduduk kampung.

GIGIH/BERSUNGGUH-SUNGGUH Haikal bersungguh-sungguh mencari maklumat tentang ayahnya daripada Pak

Cik Bakar. Mereka berbual sehingga lewat 2.00 pagi di anjung rumah Pak Cik Bakar. Daripada Pak Cik Bakar, Haikal mengetahui tentang penderitaan ayahnya, sikap tenang , dan sabar ayahnya dan punca hubungan erat antara Swee Hwa dengan arwah ayahnya ada kaitan dengan kerinduannya terhadap Haikal.

49

49Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

2.PAK CIK BAKAR Sahabat yang sangat akrab dengan arwah ayah Haikal Banyak menyimpan kisah hidup arwah ayah Haikal Berusia dalam lingkungan 40-anBERBUDI BAHASA Menjemput Haikal ke rumahnya untuk berbual-bual tentang arwah ayah Haikal.

MAK MENAH Isteri Wak Nin Berniaga makanan di warung suaminya Wak Nin

RINGAN TULANG/RAJIN Mak Menah mengurus warung Wak Nin ketika Wak Nin bersolat jemaah di

masjid.

PERAMAH Mak Menah dengan ramah bercerita kepada Haikal tentang anak-anak muda

yang lebih suka berfoya-foya menaiki motosikal di kampung . Mak Menah sambil ketawa mengusik Pak Cik Bakar yang jarang-jarang makan

pada waktu malam kerana menjaga perut.

NILAINILAI KEMASYARAKATAN1.BERHEMAH TINGGI Haikal membalas lambaian tangan anak-anak muda kampung yang sedang

mengail ikan di tepi parit debngan senyuman. Haikal terlebih dahulu menyapa dengan memberi salam kepada Pak Cik Bakar

yang sedang mengail ikan di parit

NILAI KEMANUSIAAN 1.KEBIJAKSANAAN Haikal bijak menyesuaikan diri apabila berada di Kampung Seri Purnama.

Haikal menunaikan solat Maghrib berjemaah dan Isyak di masjid kampung.. Haikal menggunakan keakraban arwah ayahnya dengan Pak Cik Bakar untuk

menggali kisah hidup arwah ayahnya dan Swee Hwa.

2.KERAJINAN Mak Menah rajin membantu suaminya Wak Nin mengurus warung ketika Wak

Min solat berjemaah di masjid

3. KEGIGIHAN/KESUNGGUHAN Haikal berbual-bual dengan Pak Cik Bakar sehingga 2.00 pagi bagi mendapatkan

50

50Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

maklumat tentang arwah ayahnya.

4.KASIH SAYANG Arwah ayah Haikal terlalu sayang akan Haikal sehingga menjadikan Swee Hwa

sebagai bayangan Haikal untuk melepaskan kekecewaannya tidak dapat hidup bersama-sama Haikal.

PENGAJARAN

1. KITA PERLU MENGEKALKAN TRADISI BANGSA WALAUPUN SUDAH MAJU Anak-anak muda kampung yang datang ke warung Wak Min bersalaman dengan

Pak Cik Bakar, Wak Arif , Hahi Salim , Haikal dan semua pelanggan yang ada di dalam warung Wak Min.

2. KITA HENDAKLAH BIJAK MENYESUAIKAN DIRI APABILA BERADA DALAM PERSEKITARAN BARU Haikal mengambil keputusan untuk bersolat jemaah di masjid kampung untuk

berkenal-kenalan dengan penduduk kampung.

3.KITA BIJAK HENDAKLAH MEREBUT PELUANG YANG ADA UNTUK KEJAYAAN MATLAMAT YANG DIIMPIKAN Haikal menggunakan hubungan akrab arwah ayahnya dengan Pak Cik Haikal

untuk mengorek rahsia hidup ayahnya yang penuh rahsia, terutama hubungan ayahnya dengan Swee Hwa.

Haikal berjaya mendapat tahu bahawa ayahnya meletakkan dirinya di dalam diri Swee Hwa untuk mengubat luka hatinya daripada Pak Cik Bakar.

4. GOLONGAN MUDA PERLU MENGHORMATI GOLONGAN TUA DEMI KEHARMONIAN MASYARAKAT. Anak-anak muda kampung Seri Purnama amat menghormati golongan tua di

kampung itu. Mereka bersalaman dengan Wak Arif, Pik Cik Bakar dan Haji Salim ketika masuk ke warung Wak Min. Mereka begitu mesra antara satu sama lain.

5. KITA HENDAKLAH MENYAYANGI DARAH DAGING KITA SENDIRI WALAUPUN TTERPISAH JAUH Haikal berasa amat menyayangi arwah ayahnya. Haikal menangis dan sebak

ketika menziarahi pusara arwah ayahnya. Haikal berdoa agar Tuhan meletakkan arwah ayahnya di sisi orang yang beriman.

51

51Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

LATAR LATAR MASA 1.PETANG Tauke Ong meminjamkan motosikal untuk kegunaan Haikal semasa di Kampung

Seri Purnama. Haikal menziarahi pusara ayahnya Haikal bertemu Pak Cik Bakar sedang memancing ikan di tepi parit di sepanjang

jalan Pak Cik Bakar memberitahu Haikak arwah ayahnya seorang yang berjiwa

besar,disukai masyarakat dan banyak jasanya. Pak Cik Bakar mempelawa Haikal ke rumahnya untuk berbual-bual. Haikal meberitahu Pk Cik Bakar dia mahu bertanya banyak perkara tentang

arwah ayahnya dan berjanji akan ke rumahnya.

2.MAGHRIB Haikal bersolat maghrib di masjid untuk berkenal-kenalan dengan penduduk

Kampung Seri Purnama.

LATAR TEMPAT

1.WARUNG WAK MIN Mak Menah menyatakan kerisauannya kepada Haikal kerana melihat anak-anak

muda kampung berpoya-poya seperti tiada matlamat hidup. Haikal mendapat tahu daripada Mak Menah, semasa arwah ayahnya masih

hidup,sukar untuk melihat anak-anak muda berpeleseran kerana ayahnya sering mengadakan aktiviti kemasyarakatan, berkompang dan berzapin.

Pak Cik Bakar memberitahu Haikal bahawa dia tidak menyangka Haikal akan datang ke Kampung Seri Purnama

Pak Cik Bakar memberitahu Haikal terasa seolah-olah melihat arwah ayah Haikal apabila melihat Haikal.

Pak Cik Bakar memperkenal Haji Salim kepada Haikal sebagai pemain gambus dan Wak Arif sebagai penari zapin bagi kumpulan zapin kampung itu dahulu.

Haji Salim meluahkan keluhannya tentang anak-anak muda yang tidak lagi menggemari tarian zapin.

Haji Salim memberitahu Haikal,Pak Cik Bakar dan Tauke Ong sangat tahu akan kisah hidup arwah ayahnya.

Anak-anak muda kampung mula memenuhi warung, mereka bersalam dengan semua pelanggan yang ada di situ

2.RUMAH PAKCIK BAKAR

52

52Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Di anjung rumah Pak Cik Bakar , AHaikal berbual-bual dengan Haikal tentang arwah ayahnya

Haikal memberitahu punca dia ke kampung itu untuk mencari kisah hidup ayahnya

Pak Cik Bakar menggambarkan arwah ayahnya seorang yang sabar dan tabah Pak Cik Bakar menasihati Haikal agar mendekati Swee Hwa agar jika mahu tahu

tentang arwah ayahnya kerana mereka sangat akrab. Pak Cik Bakar memberitahu Haikal, dia tidak mengetahui penyakit arwah

ayahnya kerana ayahnya seorang perahsia. Pak Cik Bakar amat mengalu-alukan kepulangan Haikal ke Kampung Seri

Purnama dan berasa arwah ayah Haikal menanti-nanti saat itu.

3.PUSARA ABDULLAH KAYAN Haikal membaca yassin untuk arwah ayahnya Haikal menangis sebak kerana terlalu merindui arwah ayahnya Haikal menyapu batu nisan dan mencabut rumput di atas pusara ayahnya Haikal berdoa agar tuhan meletakkan roh arwah ayhnya di sisi orang beriman

4.TEPI PARIT SEPAJANG JALAN Haikal berkenalan dengan Pak Cik Bakar yang sedang memancing ikan. Haikal dan Pak Cik Bakar tentang arwah ayah Haikal

5.MASJID KAMPUNG SERI PURNAMA Haikal menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah.

LATAR MASYARAKAT

1.MASYARAKAT VETERAN YANG TERLIBAT DENGAN KEBUDAYAAN Pak Cik Bakar , Haji Salim dan Wak Arif ialah ahli kumpulan zapin kampung itu.

2. MASYARAKAT PENIAGA Mak Menah dan Wak Min berniaga di warung makanan di Kampung Seri

Purnama

3.MASYARAKAT YANG KAYA DENGAN ADAT SUSILA Anak-anak muda bersalaman dengan semua pelanggan yang ada di warung Wak

Min sebelum duduk dan memesan makanan.

4. MASYARAKAT REMAJA YANG TIDAK BIJAK MENGURUS MASA Mak Menah bimbang akan anak-anak muda yang tidak pandai mengurus masa

dengan berfoya-foya dengan motosikal, berlonggok di tepi jalan dan bersembang-sembang hingga larut malam.

53

53Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

BAB 11: SUASANA BAHARUSINPOSIS

Sudah seminggu Haikal berada di Kampung Seri Purnama. Semua wang simpanan ayah Haikal telah diserahkan oleh Tauke Ong kepadanya. Walaupun Haikal memberitahu Tauke Ong bahawa kedatangannya bukan untuk menuntut harta peninggalan arwah ayahnya tetapi Tauke Ong menegaskan tindakannya itu bagi melaksanakan amanah arwah ayahnya Tauke Ong meminta Haikal menguruskan sendiri harta arwah ayahnya dengan baik dan sedia membantu jika ada masalah. Walaupun Haikal lebih suka Tauke Ong yang terus menguruskannya kerana tiada pengalaman mengurus kebun tetapi ditolak oleh Tauke Ong. Sebaliknya meminta Haikal belajar mengurus harta peninggalan ayahnya. Tauke Ong terus bercerita tentang kesusahan hidupnya kerana sikap abangnya yang kaki judi. Sepanjang bercerita Tauke Ong sentiasa memuji-muji kebaikan arwah ayah dan datuknya. Tauke Ong berjanji akan membantu Haikal menguruskan kebunnya jika Haikal menyambungkan pengajiannya nanti.

Haikal terus mencari Abang Bidin dan Abang Salleh di warung Wak Min setelah diberitahu oleh Tauke Ong tentang mereka. Mereka berdua yang menjaga kebun kelapa sawit Haikal dengan baik dan bersih. Mereka berbincang tentang pengurusan dan upah kebun kelapa sawit Haikal. Menurut saranan Tauke Ong adalah lebih baik Haikal mengekalkan perkhidmatan Abang Bidin dan Abang Salleh kerana cara kerja mereka yang sistematik dan upah yang tidak mahal.

Dalam seminggu itu juga , Haikal sempat berkenalan dengan beberapa orang remaja di Kampung Seri Purnama. Mereka amat mesra dan menerima kehadiran Haikal di situ dengan baik. Haikal diajak memancing bersama-sama pada waktu petang. Lazim anak Haji Salim yang sebaya dengannya dan sedang menunggu keputusan STPM menjadi paling rapat dengan Haikal. Lazim bekerja sambilan di kilang tekstil di Batu Pahat untuk mengumpul wang bagi kegunaan semasa menyambung pelajaran nanti. Masa lapangnya dipenuhi dengan aktiviti mengail ikan untuk dijual bagi mengisi duit poket kerana malu untuk meminta-minta daripada ibu bapanya. Haikal memberitahu Lazim tujuan dia kembali ke kampung untuk merungkai misteri di sebalik manuskrip novel ayahnya dan menziarahi pusaranya bukan untuk mendapatkan harta peninggalan arwah ayahnya setelah diusik oleh Lazim sebagai orang kaya baru. Lazim mahu menghabiskan malam minggunya di rumah Haikal kerana tidak mahu melepak di beteng. Haikal tidak keberatan asalkan tidak menyusahkan Lazim. Ayah Haikal mengajarnya subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani semasa dia bersekolah rendah. Tetapi antara pelajar, ayahnya amat rapat dengan Swee Hwa yang pada pandangan Lazim seorang yang agak pendiam tetapi mudah diajak berbual-bual. Haikal juga berasa Swee Hwa sangat rapat dengan arwah ayahnya. Sambil berbual-bual Haikal teruja melihat sekumpulan kanak-kanak riang berbasikal.. Haikal

54

54Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

menyatakan keseronokan tinnggal di kampung tetapi Lazim berpendapat orang kampung berasa seronok dengan kehidupan di bandar. Namun bagi Haikal dia berasa kehilangan saat-saat gembira yang dilihatnya pada zaman kanak-kanaknya dan berasa Lazim amat bertuah kerana dapat menikmati detik-detik gembira itu. Spontan itu Lazim menyedarkan Haikal yang dia sekarang sudah berada di kampung itu dan memberi semangat agar Haikal memulakan usahanya meneruskan cita-cita arwah ayahnya. Namun Haikal kesal kerana tindakannya menyebabkan dia terpaksa membelakangkan uminya. Haikal keliru , kerana diia menjadi mangsa perselisihan faham ibu bapanya .

Malam itu Lazim sampai di rumah Haikal ketika bulan mengambang. Haikal menyediakan mi goreng untuk Lazim. Lazim sempat mengusik Haikal sebaik sahaja tiba di hadapan rumah Haikal kerana Haikal leka memerhati ke arah rumah Tauke Ong. Mereka masuk ke dalam rumah dan Haikal mempelawa Lazim makan mi goreng yang dibelinya. Tanda tanya Haikal tentang kesediaan Lazim bermalam di rumahnya tejawab apabila Lazim bertanya sama ada Haikal telah masuk ke dalam balai raya kampung itu. Apabila tahu Haikal belum lagi masuk ke dalam balai raya Kampung Seri Purnama, Lazim segera berjanji akan membawa Haikal ke situ keesokan petangnya. Lazim yakin semua yang mahu diketahui oleh Haikal akan ditemui di dalam balai raya itu kelak. Malahan inilah peluang untuk Haikal merapati Swee Hwa yang dia percaya menyimpan banyak rahsia arwah ayahnya. Balai raya yang umpama rumah kedua arwah ayah Haikal. Balai raya yang dulu sunyi sepi menjadi ceria dengan kepulangan arwah ayah Haikal ke Kampung Seri Purnama. Lazim sendiri sering mengikut ayahnya ke balai raya jika ada aktiviti. Sambil makan Lazim bercerita tentang tarian zapin dan kebolehannya menari zapin jincat ketika di sekolah rendah. Tetapi tarian itu sudah lama dilupakan. Sebaliknya Haikal berasa terkilan kerana langsung tidak tahu tentang tarian zapin. Lantas, Lazim memberi semangat kepada Haikal agar menggunakan kesempatan yang ada untuk meneruskan hasratnya.

Lazim berjanji akan membantu Haikal bersama-sama orang-orang kampung. Akan tetapi impian Haikal tidak akan tercapai sepenuhnya jika dia tidak merapati Swee Hwa kerana Swee Hwa banyak menyimpan rahsia hidup ayahnya. Akhirnya, perbualan terhenti apabila Lazim terus lelap santak ke subuh.

Pagi sesudah solat subuh berjemaah di masjid, Haikal duduk di tangga rumah apabila Swee Hwa tiba-tiba muncul menyapanya lalu bertanya tentang Lazim. Lazim telah pulang ke rumahnya sebaik sahaja kedengaran azan subuh. Swee Hwa menyampaikan pesanan ayahnya yang mahu membawa mereka ke pekan untuk bersarapan. Peluang bersarapan dengan Swee Hwa digunakan untuk bertanya tentang arwah ayahnya. Swee Hwa mengakui sesiapa yang rapat dengan arwah ayahnya akan berasa ayahnya seolah-olah belum mati. Malahan Swee Hwa mengakui dialah tempat arwah ayahnya menumpahkan kasihnya kepada Haikal walaupun dia sedar dia tidak layak mengambil tempat Haikal. Tetapi Swee Hwa yakin Haikal memang wujud

55

55Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

kerana ayahnya pernah bercerita tentang Haikal. Haikal sebak sambil mengucapkan terima kasih kepada Swee Hwa kerana mampu membahagiakan ayahnya sehingga akhir hayatnya.

PERSOALAN

1. GOLONGAN MUDA YANG BIJAK MERANCANG WAKTU DAN MASA DEPAN Lazim menghabiskan masa lapangnya semasa menunggu keputusan peperiksaan

STPM dengan mengail ikan di parit dan menjualnya untuk menambah duit poket Lazim menghabiskan waktu malam dengan berbual-bual dengan Haikal di rumah

Haikal tentang arwah ayah Haikal daripada melepak di beteng.

2. TANGGUNGJAWAB ANAK MENUNAIKAN AMANAH IBU DAN BAPA Haikal terus berjumpa Abang Bidin dan Abang Salleh bagi mempelajari cara-

cara mengurus kebun kelapa sawit setelah Tauke Ong menyerahkan kebun tersebut kepadanya kerana itulah pesanan arwah ayahnya kepada Tauke Ong.

3. PENYESUAIAN DIRI DALAM SUASANA DAN BUDAYA KEHIDUPAN DI TEMPAT BARU Dalam masa seminggu Haikal sudah dapat berkenalan dengan beberapa orang

remaja kampung dan paling rapat dengan Lazim. Haikal turut mengikut Lazim memancing ikan puyu di tepi parit. Haikal terpukau dengan suasana pagi kampung yang riuh dengan kicauan

beburung murai yang riang dan nyaring.

WATAK DAN PERWATAKAN1.HAIKAL Mudah mesra Dalam masa seminggu di Kampung Seri Purnama, Haikal diajak memancing

oleh bererapa orang remaja kampung. Mereka bersedia meminjamkan pancing kepada Haikal

Haikal berkawan rapat dengan Lazim dan mereka bermalam bersama-sama di rumah Haikal.

BERHEMAH TINGGI Mengucapkan terima kasih kepada Swee Hwa kerana sanggup membahagiakan

arwah ayahnya dengan membenarkan ayahnya mencurahkan kasih sayang kepada Swee Hwa kerana perpisahannya dengan Haikal.

BERTANGGUNGJAWAB Haikal seorang anak yang bertanggungjawab. Sebaik sahaja Tauke Ong

menyerahkan kebun kelapa sawit kepadanya, Haikal terus berjumpa dengan dua

56

56Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

orang pekerja kebun itu , Abang Salleh dan Abang Bidin untuk meninjau dan belajar cara mengurus kebun kelapa sawit.

2.LAZIM Anak Haji Salim Sebaya dengan Haikal Sedang menunggu keputusan STPM Hobi mengail ikan puyu Pandai menari zapin Anak murid kepada arwah ayah Haikal Berkawan rapat dengan Haikal

RAJIN Lazim rajin mengail ikan puyu pada masa lapang untuk menambah duit

poketnya.

SUKA MEMBANTU Lazim berjanji untuk membawa Haikal ke balai raya Kampung Seri Purnama

bagi mencari lebih banyak maklumat tentang arwah ayahnya.

3.ABANG SALLEH DAN ABANG BIDIN Pekerja yang mengambil upah menjaga kebun kelapa sawit Haikal Askar pencen

BERDISPLIN Menurut Tauke Ong, kedua-duanya sangat sistematik semasa menjaga kebun

kelapa sawit. Mereka menjaga kebun dengan baik sekali. Kebun di baruh sangat bersih dan kemas. Pelepah-pelepah dipotong dan disusun dengan kemas dan elok.

NILAINILAI KEMANUSIAAN

1.KERAJINAN Lazim rajin mencari duit poket dengan menjual ikan puyu yang dikail di parit

kampung itu.

2.KETANGGUNGJAWABAN Haikal terus berjumpa Abang Salleh dan Abang Bidin sebaik sahaja menerima

tanggungjawab mengurus kebun kelapa sawit arwah ayahnya daripada Tauke Ong. Haikal terus bertanya tentang upah dan bercadang untuk mengikut mereka menyabit buah kelapa sawit.

Abang Sakleh dan Abang Bidin menjaga kebun kelapa sawit arwah ayah Haikal

57

57Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

dengan penuh tanggungjawab. Mereka mengemas kebun dengan bersih dan menyusun pelepah-pelepah sawit dengan teratur dan kemas.

PENGAJARAN

1. KITA HENDAKLAH MUDAH MENERIMA NASIHAT DARIPADA ORANG YANG LEBIH BERPENGALAMAN AGAR SEGALA TUGAS MENJADI MUDAH Haikal menerima nasihat Tauke Ong agar belajar mengurus sendiri kebun kelapa

sawit ayahnya lalu terus sahaja berjumpa Abang Salleh dan Abang Bidin untuk mendapat ilmu cara-cara mengurus kebun kelapa sawit.

2. KITA HENDAKLAH PANDAI MENGGUNAKAN MASA LAPANG AGAR TIDAK MENYUSAHKAN IBU BAPA Lazim menggunakan masa lapangnya menunggu keputusan STPM dengan

mengail ikan puyu dan dijual dengan harga RM10.00 sekilogram bagi mengisi duit poket kerana tidak mahu meminta-minta daripada ibu bapanya.

3. SEBAGAI ORANG BARU KITA MESTILAH PANDAI MENYESUAIKAN DIRI AGAR DISENANGI OLEH MASYARAKAT SEKELILING Dalam masa seminggu Haikal sudah boleh bergaul rapat dengan beberapa orang

remaja kampung dan dia paling rapat dengan Lazim yang sebaya dengannya. Haikal turut mengikut Lazim memancing ikan puyu pada waktu petang.

4. KITA MESTI BIJAK MEREBUT PELUANG AGAR MUDAH UNTUK MENCAPAI MATLAMAT Haikal dengan senang hati menerima permintaan Lazim untuk bermalam di

rumahnya kerana dia yakin ada sesuatu yang Lazim mahu diceritakan oleh Lazim kepadanya.

Pada malam itu Lazim bercerita rahsia balai raya kampung yang perlu Haikal tahu jika mahu tahu tentang arwah ayahnya.

Lazim juga menasihati Haikal agar berkawan rapat dengan Swee Hwa kerana Swee Hwa amat rapat dengan arwah ayahnya. Lazim yakin Swee Hwa banyak menyimpan kisah hidup arwah ayah Haikal.

Haikal menggunakan peluang masa bersarapan dengan Swee Hwa di pekan untuk bertanya tentang hubungan Swee Hwa dengan arwah ayahnya. Swee Hwa mengakui bahawa dialah tempat arwah ayah Haikal mencurahkan kasih sayang seorang ayah.

LATARLATAR MASA

58

58Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

1. SEMINGGU Haikal telah mewarisi semua harta arwah ayahnya iaitu kebun kelapa sawit,

kebun getah, rumah dan akaun bank. Haikal mahu Tauke Ong terus mengurus harta pusaka arwah ayahnya tapi ditolak

oleh Tauke Ong Tauke Ong meminta Haikal belajar mengurus sendiri dan mengekalkan

perkhidmatan Abang Salleh dan Abang Bidin Haikal sudah berkenalan dengan beberapa orang remaja dan paling rapat dengan

Lazim

2. MALAM MINGGU Lazim bemalam di rumah Haikal Haikal menyediakan mi goreng yang dibeli di warung Wak Min untuk Lazim Lazim memberitahu Haikal arwah ayahnya amat rapat dengan Swee Hwa. Lazim berjanji membawa Haikal ke balai raya Kampung Seri Purnama bagi

mendapat lebih banyak maklumat tentang arwah ayahnya. Haikal memberitahu Lazim, Swee Hwa yang mengirim manuskrip arwah

ayahnya kepadaya.

3. PAGI Swee Hwa muncul di depan tangga rumah Haikal/arwah ayah Haikal untuk

mempelawanya bersarapan di pekan bersama-sama Tauke Ong Mereka bersarapan lontong Haji Halim yang paling sedap di daerah Batu Pahat,

yang terletak di tengah-tengah kompleks perniagaan. Tauke Lim meninggalkan Haikal dan Swee Hwa untuk bertemu Tauke Leong

bagi mengambil wang. Haikal bertanya Swee Hwa tentang keakrabannya denngan arwah ayah Haikal. Swee Hwa memberitahu Haikal dia menjadi tempat arwah ayahnya mencurahkan

kasih sayang Haikal mengucapkan terima kasih kerana membahagiakan ayahnya.

LATAR TEMPAT

1. WARUNG WAK MIN Haikal bertemu abang Salleh dan Abang Bidin bersama-sama Tauke Ong bagi

berbincang tentang urusan kebun kelapa sawit

2. KEBUN KELAPA SAWIT Haikal bertanya Abang Salleh dan Abang Bidin tentang kerja-kerja di kebun

kelapa sawit. Mereka berdua memaklumkan kepada Haikal tentang masa tanaman semula, upah dan jumlah yang dipungut mengikut musim.

Haikal mahu mengikut mereka memotong kelapa sawit

59

59Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

3. TEBING /TEPI PARIT Haikal menemani Lazim memancing ikan puyu Lazim bercerita tentang arwah ayah Haikal iaitu arwah ayahnya ialah guru

Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani Lazim memancing ikan untuk dijual bagi mengisi duit poket. Haikal mendapat tahu Lazim berkerja sambilan di kilang tekstil di pekan. Haikal gembira melihat keriangan kanak-kanak berbasikal namun hatinya sayu

kerana tidak dapat merasai detik-detik itu

4.RUMAH HAIKAL/ARWAH AYAH HAIKAL Lazim bermalam di rumah Haikal Lazim berjanji membawa Haikal ke balai raya Kampng Seri Purnama bagi

mencari maklumat tentang arwah ayah Haikal Lazim meminta Haikal mendekati Swee Hwa jika mahu pencarian kisah hidup

ayahnya berjaya

5. TANGGA RUMAH HAIKAL Usai solat subuh Haikal duduk di tangga rumah memerhati dan mendengar

kicauan burung. Swee Hwa muncul untuk memberitahu Haikal bahawa ayahnya Tauke Ong

mengajak mereka bersarapan di bandar.

6. GERAI HAJI HALIM Haikal, Tauke Ong dan Swee Hwa bersarapan lontong Haji Halim yang paling

sedap di daerah Batu Pahat Haikal bertanya tentang keakraban Swee Hwa dengan arwah ayahnya Haikal mengucapkan terima kasih kepada Swee Hwa kerana dapat

membahagiakan arwah ayahnya.

LATAR MASYARAKAT1. MASYARAKAT PETANI/USAHAWAN TANI Haikal segera mengurus kebun kelapa sawit yang diwarisi daripada arwah

ayahnya. Abang Salleh dan Abang Bidin bekerja mengambil upah menyabit kelapa sawit,

menanam semula dan membersihkan kebun kelapa sawi arwah ayah Haikal

2. MASYARAKAT YANG JUJUR DAN AMANAH Tauke Ong menyerahkan semua harta pusaka kepada Haikal seminggu selepas

Haikal pulang ke Kampung Seri Purnama.

3. MASYARAKAT YANG PRIHATIN DAN SUKA MEMBANTU Lazim prihatin akan konflik antara Haikal dan uminya kerana minat ayahnya di

bidang sastera dan budaya lalu memberi semangat agar Haikal meneruskan hasratnya

60

60Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Lazim membantu Haikal untuk mencari maklumat tentang ayahnya di balai raya Kampung Seri Purnama.

4. MASYARAKAT YANG TELAH MENGALAMI ASIMILASI BUDAYA Tauke Ong sangat gemar makan lontong Haji Salim yang paling sedap di daerah

Batu Pahat.

BAB 12: RAHSIA BALAI RAYASINOPSISPetang minggu itu, Haikal dibawa oleh Lazim ke balai raya Kampung Seri Purnama. Mereka ditemani oleh Swee Hwa. Haikal dibawa ke dalam bilik bacaan yang

61

61Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

menempatkan banyak buku, majalah dan makalah. Bilik bacaan yang diilhamkan oleh arwah ayah Haikal malah merupakan penyumbang terbesar buku-buku di dalam bilik bacaan itu. Di bilik bacaan itulah anak-anak kampung berkumpul sambil membaca buku dan majalah. Kini bilik itu diurus oleh Swee Hwa pada setiap hujung minggu.

Selepas meninjau-ninjau bilik bacaan Haikal dibawa oleh Lazim ke sudut galeri balai raya. Terkesima Haikal tidak percaya apabila melihat buku-buku yng tersimpan di dalam sebuah almari kaca ialah hasil karya ayahnya. Haikal terasa kehebatan ayahnya. Sejarah hidup ayahnya juga dipamerkan berserta sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar arwah ayahnya. Melihat sahaja gambar-gambar itu, Haikal langsung percaya ayahnya benar-benar seorang penari zapin. Malahan menurut Lazim ayahnyalah orang yang bertanggungjawab menghidupkan semula kumpulan zapin D’Purnama yang telah lama berkubur akibat sengketa sesama ahli. Lazim memberitahu Haikal, yang mungkin ada lagi ialah pemain-pemain muziknya sedangkan penari-penari zapin semuanya sudah tiada. Lazim mencadangkan agar Haikal berbincang dengan orang-orang tua di kampung itu jika mahu meneruskan hasratnya menghidupkan semula aktiviti zapin di kampung itu.

Selesai meninjau-ninjau balai raya, mereka bertiga singgah di warung Wak Min. Lazim meninggalkan Haikal dan Swee Hwa di situ kerana mahu pergi memancing. Kesempatan itu digunakan oleh Haikal bertanya tentang Aksara yang tertulis dalam manuskrip novel arwah ayahnya. Daripada Swee Hwa, Haikal mendapat tahu Aksara ialah singkatan bagi Akademik Sastera Rakyat. Satu impian ayah Haikal yang belum terlaksana; menjadikan kampung Seri Purnama sebagai pusat pengembangan sastera di daerah itu. Maka cerita yang dibaca Haikal dalam manuskrip itu adalah satu realiti. Arwah ayahnya mahu Swee Hwa menyerahkan manuskrip itu kepada Haikal kerana mahu Aksara direalisasikan oleh Haikal. Betapa beratnya amanah yang terpaksa ditanggung oleh Haikal. Dalam keadaan Haikal sendiri tidak begitu arif dan masih mentah dalam dunia sastera dan kebudayaan.

Malam itu Haikal membaca catatan di dalam sebuah buku catatan lama milik arwah ayahnya. Catatan tentang tarian dan alat-alat muzik zapin. Haikal teringat akan keinginannya menonton tarian zapin. Ada seorang sahaja yang dapat membantunya; Pak Cik Bakar. Sebaik sahaja Haikal menyampaikan hasratnya kepada Pak Cik Bakar, Dia hanya mendiamkan diri. Wak Arif dan Haji Salim yang turut ada di situ membatukan diri. Akhirnya, Haji Salim bersuara, mereka menglami masalah penari zapin kerana hanya ada dua atau tiga orang yang telah tua. Pak Cik Bakar memberi jaminan untuk berbincang dengan ketua kampung. Malahan Pak Cik Bakar memberitahu Haikal betapa bersyukurnya penduduk kampung dengan kepulangan Haikal ke kampung itu.

Sedang Haikal memikirkan betapa beratnya tanggungjawab baru yang akan digalasnya. Tak semena-mena dia teringat akan uminya di kampung halamannya di

62

62Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Pantai Timur. Belum ada tanda-tanda uminya akan berlembut hati dengannya. Haikal tidak sekali-kali mahu melukakan hati uminya. Namun dia berasa dia juga berhak untuk menyayangi ayahnnya dan melakukan sesuatu untuk menghargai perjuangan sastera dan budaya yang diperjuangkan oleh arwah ayahnya. Haikal sering berdoa agar suatu hari nanti uminya faham akan hatinya.

Kini, baru sebulan Haikal berada di kampung Seri Purnama. Haikal mulai serasi dengan kehidupan di situ. Penduduknya amat baik dan peramah. Haikal yakin jika dia bukan anak Abdullah Kayan, dia tetap akan dilayan dengan baik. Haikal juga amat berterima kasih dengan Swee Hwa kerana banyak membantunya mengenali arwah ayahnya dengan lebih dekat. Swee Hwa yang diberi kepercayaan untuk menyimpan koleksi buku yang ditulis arwah ayahnya berjanji akan memberikan koleksi itu kepadanya. Haikal terasa betapa istimewanya hubungan Swee Hwa dengan arwah ayahnya.

PERSOALAN1. USAHA MENGHIDUPKAN SEMULA KEBUDAYAAN BANGSA YANG TELAH LAMA DILUPAKAN OLEH MASYARAKAT Haikal berhasrat menghidupkan semula tarian zapin jincat yang telah lama

hilang di Kampung Seri Purnama setelah kematian ayahnya dan sengketa ahli-ahli kumpulan zapin itu.

Haikal meminta bantuan Pak Cik Bakar, Wak Arif dan Haji Salim untuk mengaktifkan semula tarian itu .

Pak Cik Bakar berjanji akan berbincang dengan ketua kampung tentang hasrat Haikal mahu mengaktifkan semula zapin jincat.

Haikal meminta Lazim membantunya menghidupkan semula tarian zapin jincat di Kmpung Seri Pernama

2. CITA-CITA DAN HARAPAN YANG BELUM TERCAPAI Swee Hwa memberitahu Haikal arwah ayah Haikal bercita -cita menjadikan

Kampung Seri Purnama sebagai pusat pengembangan sastera di daerah itu dengan penubuhan Aksara iaitu Akademik Sastera Rakyat, namun tidak kesampaian. Maka dia mahu Haikal merealisasikan cita-citanya.

3. HARAPAN GENERASI TUA KEPADA GENERASI MUDA UNTUK MENGHIDUPKAN SEMULA KEBUDAYAAN BANGSA YANG HAMPIR PUPUS Pak Cik Bakar memberitahu Haikal betapa bersyukurnya penduduk kampung

dengan kepulangan Haikal ke Kampung Seri Purnama. Penduduk Kampung Seri Purnama amat berharap ada golongan Muda seperti Haikal yang berminat untuk mengembalikan zaman kegemilangan sastera dan budaya di dalam kampung itu,kerana generasi yang ada sudah terlalu tua untuk bergiat aktif.

WATAK DAN PERWATAKAN

63

63Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

1. SWEE HWA

RAJIN Swee Hwa mengemas bilik bacaan di balai raya kampung Seri Purnama setiap

hujung minggu. Bilik itu kelihatan bersih dan kemas.

JUJUR DAN AMANAH Swee Hwa satu-satunya anak murid arwah ayah Haikal yang diberikan

kepercayaan menyimpan koleksi buku yang ditulis oleh arwah ayahnya.

2. HAIKAL

BERCITA-CITA TINGGI Haikal bersungguh-sungguh mahu menghidupkan semula tarian zapin jincat di

Kampung Seri Purnama. Dia terus berjumpa Pak Cik Bakar untuk berbincang tentang hasratnya itu pada malam itu juga setelah meninjau-ninjau balai raya bersama-sama Lazim dan Swee Hwa pada petang itu.

AMAT MENGHARGAI DAN MENCINTAI DUNIA SASTERA DAN KEBUDAYAAN Haikal amat mencintai dunia sastera dan kebudayaan. Dia amat menghargai dan

mengagumi pencapaian arwahnya dalam bidang penulisan dan tarian zapin. Dia berhasrat menghidupkan semula tarian zapin di Kampung Seri Purnama.

4. PAK CIK BAKAR

RASIONAL Pak Cik Bakar mahu berbincang dengan ketua kampung dulu apabila Haikal

menyatakan hasrat untuk menghidupkan semula tarian zapin jincat di Kampung Seri Purnama. Dia berasa perkara yang dibawa Haikal adalah suatu perkara yang besar dan tidak boleh dibuat sembarangan.

NILAI

NILAI KEMANUSIAANKERAJINAN Swee Hwa rajin mengemas bilik bacaan di balai raya setiap minggu. Bilik

bacaan tersebut bersih dan kemas.

KEJUJURAN Swee Hwa seorang yang jujur dan amanah. Arwah ayah Haikal menyerah-kan

64

64Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

koleksi buku hasil penulisannya untuk dibaca dan disimpan oleh SweeHwa dan Swee Hwa berjanji akan memberi Haikal membaca buku-buku

tersebut.

KESUNGGUHAN Haikal bersungguh-sungguh mahu menghidupkan semula tarian zapin jincat di

Kampung Seri Purnama. Dia terus berjumpa Pak Cik Bakar untuk berbincang tentang hasratnya itu pada malam itu juga setelah meninjau-ninjau balai raya bersama-sama Lazim dan Swee Hwa pada petang itu.

RASIONAL Pak Cik Bakar mahu berbincang dengan ketua kampung dulu apabila Haikal

menyatakan hasrat untuk menghidupkan semula tarian zapin jincat di kampung Seri Purnama. Dia berasa perkara yang dibawa Haikal adalah suatu perkara yang besar dan tidak boleh dibuat sembarangan.

KEILTIZAMAN YANG TINGGI Haikal terus beriltizam untuk menghidupkan semula kumpulan zapin

D’Purnama setelah melihat dan membaca pencapaian arwah ayahnya dalam sastera dan kebudayaan yang tersimpan di balai raya Kampung Seri Purnama.

Haikal terus beriltizam untuk meneruskan agenda ayahnya yang terbengkalai iaitu merealisasikan AKSARA dan menyudahkan manuskrip yang diterimanya setelah diberitahu oleh Swee Hwa.

Haikal terus meminta Lazim dan Pak Cik Bakar membantunya menghidupkan semula tarian zapin di Kampung Seri Purnama.

NILAI KEMASYARAKATAN

1. SEMANGAT TOLONG-MENOLONG Lazim membantu Haikal mendapatkan maklumat tentang arwah ayahnya dengan

membawa Haikal melihat sendiri koleksi dan pengkisahan hidup ayahnya di balai raya Kampung Seri Purnama.

Swee Hwa membantu Haikal mengenali arwahnya dengan lebih dekat dengan meminjamkan koleksi buku-buku penulisan arwah ayah Haikal yang disimpannya kepada Haikal.

PENGAJARAN1.GOLONGAN MUDA PERLU BERUSAHA MENGHIDUPKAN KEBUDAYAAN BANGSA SENDIRI AGAR TIDAK PUPUS DITELAN MASA Haikal segera mengajak Lazim menghidupkan semula tarian zapin jincat yang

terkubur di Kampung Seri Purnama setelah kematian ayahnya. Haikal mahu menghidupkan semula tarian zapin jincat setelah mendapat tahu

tentang kehebatan dan kesungguhan ayahnya menghidupkan tarian zapin jincat

65

65Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

yang pernah popular di Kampung Seri Purnama. Haikal segera bertemu Pak Cik Bakar, Wak Arif dan Haji Salim di warung Wak

Min bagi meminta sokongan dan kerjasama mereka pada malam itu juga selepas mendapat maklumat tentang penglibatan arawah ayahnya dalam tarian zapin jincat.

LATARLATAR MASA DAN LATAR TEMPAT

1.PETANG MINGGU DAN BALAI RAY A KAMPUNG SERI PURNAMA Lazim dan Swee Hwa membawa Haikal meninjau-ninjau balai raya kampung

Seri Purnama Haikal melihat-lihat bilik bacaan di balai raya itu yang merupakan idea arwah

ayahnya Haikal melihat galeri pameran yang mempamerkan pencapaian arwah ayahnya

dalam bidang sastera Haikal melihat gambar arwah ayahnya berbaju Melayu Teluk Belanga bersama-

sama kumpulan zapin Di sudut pameran itu Lazim memberitahu Haikal ayahnyalah yang

menghidupkan semua Kumpuln Zapin D’Purnama setelah lama terkubur. Haikal terfikir untuk menghidupkan semula kumpulan itu setelah kembali

terkubur selepas kematian arwah ayahnya.

2.PETANG DAN WARUNG WAK MIN Haikal bertanya Swee Hwa tentang Aksara Swee Hwa memberitahu Haikal Aksara ialah satu-satunya impian arwah

ayahnya yang belum tercapai iaitu Akademik Sastera Rakyat. Swee Hwa mengakui tujuan manuskrip diserahkan kepada Haikal bagi

memenuhi amanat ayahnya agar Haikal menyudahkan manuskrip tersebut Haikal memberitahu Swee Hwa dia khuatir tidak dapat melaksanakan tugas

yang berat itu

3.MALAM DAN WARUNG WAK MIN Haikal menyelak-nyelak buku catatan lama milik ayahnya yang mengandungi

maklumat tentang 15 jenis tarian zapin dana alat-alat muzik gambus,rebana, gendang, dok,akordian,biola dan markas.

Haikal membayangkan keharmonian irama muzik dan benar-benar mahu mendengar alunan iramanya

Haikal terus ke warung Wak Min bagi menyampaikan cadangannya kepada Pak Cik Bakar untuk menghidupkan semual tarian zapin.

Pak Cik Bakar berjanji akan mengusulkan hal tersebut kepada ketua kampung kerana menganggap cadangan haikal suatu perkara yang besar.

Haji Salim dan penduduk berasa bersyukur dengan kepulangan haikal ke

66

66Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

kampung seri Purnama. Haikal teringat akan adiknya Nurul Aisyah dan walid serta uminya . Haikal

teringat kata-kata walid yang umi amat terkilan dengan tindakan Haikal.

LATAR MASYARAKAT

1. GOLONGAN PENCINTA SASTERA DAN KEBUDAYAAN Arwah ayah Haikal menghidupkan semula kumpulan zapin D’Purnama di

Kampung Seri Purnama yang telah lama berkubur . Haikal berusah menghidupkan semula Kumpulan Zapin D’Purnama setelah

terkubur juga selepas kematian arwah ayahnya. Haikal segera berjumpa Pak Cik Bakar untuk menyampaikan cadangannya itu pada malam itu juga.

Di sudut pameran balai raya, Haikal berasa ayahnya benar-benar seorang yang hebat dalam dunia sastera dan budaya apabila melihat koleksi buku karya arwah ayahnya dan gambar ayahnya dalam pakaian zapin pencapaian yang dicapai oleh ayahnya.

Golongan veteran ;Wak Arif, Haji Salim dan Pak Cik Bakar yang meruapakan ahli kumpulan zapin D’Purnama amat mencintai tarian zapin jincat. Mereka memberi kerjasama kepada Haikal untuk menghidupkan semula kumpulan D’Purnama .

BAB 13; SINAR HARAPANSINOPSIS

Haikal menarik nafas lega apabila Pak Cik Bakar memberitahunya kesediaan Ketua Kampung iaitu Haji Jamil mengadakan pertemuan dengan JKKK dalam masa terdekat. Haikal segera memaklumkannya kepada Swee Hwa ketika bertemu Swee Hwa di rumah Tauke Ong pada petang itu. Haikal mengucapkan terima kasih kepada Swee Hwa kerana meminjamkan buku-buku koleksi ayahnya kepadanya. Bagi Swee Hwa itu merupakan amanah daripada arwah ayah Haikal. Namum Haikal berasa ada sebab tertentu arwah ayahnya menjadi sangat percaya akan Swee Hwa.

Bagi Swee Hwa arwah ayah Haikal terlalu baik sehingga ayah dan ibu Swee Hwa

67

67Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

berasa amat sedih dengan kematiannya. Mereka tidak tahu tentang penyakit yang dihidapi oleh arwah ayah Haikal. Dia terlalu perahsia orangnya. Prinsip hidupnya ialah biar dia bersusah untuk orang lain tetapi dia tidak mahu menyusahkan orang lain. Swee Hwa sekeluarga amat terhutang budi dengan arwah datuk dan arwah ayah Haikal. Swee Hwa meyakinkan Haikal bahawa arwah ayahnya benar-benar sayang akan Haikal. Swee Hwa yakin doa arwah ayahnya sudah termakbul dengan kepulangan Haikal ke Kampung Seri Purnama. Swee Hwa berjanji untuk membantu Haikal merealisasikan cita-cita arwah ayahnya sebagai memenuhi pesanan arwah ayah Haikal kepadanya.

Tauke Ong juga memuji usaha Haikal mahu menghidupkan tarian zapin di kampung itu semula. Dia yakin Kampung Seri Purnama akan meriah kembali. Namun begitu bagi Haikal dia hanya mencadangkan sahaja dan selebihnya akan diusahakan oleh Pak Cik Bakar dan kawan-kawannya kerana Haikal tahu bukan kerja yang mudah untuk menghidupkan kumpulan Zapin D’Purnama semula. Akan tetapi Tauke Ong yakin penduduk kampung akan memberi kerjasama. Haikal bimbang kerana penari zapin tidak mencukupi namun Tauke Ong memberi jaminan ada beberapa orang muda di kampung itu yang pandai menari zapin. Tauke Ong memeberi keyakinan kepada Haikal dia akan boleh menari zapin dengan tunjuk ajar Pak Cik Bakar nanti.

Suasana mesra keluarga Tauke Ong menjadikan Haikal tidak kekok untuk berada di tengah-tengah keluarga itu. Haikal tidak berasa dirinya orang asing kerana layanan mesra daripada keluarga itu. Haikal dengan senang meluahkan konfliknya dengan uminya kepada Swee Hwa. Swee Hwa menasihatinya agar sabar dan tabah menghadapinya. Swee Hwa mengingatkan Haikal, hubungannya dengan uminya tidak mungkin akan putus. Suatu hari hati uminya akan lembut. Begitu juga harapan Haikal. Hanya Haikal berasa mungkin uminya terkejut dengan tindakan nekadnya sedangkan tindakan arwah ayahnya dulu masih berbekas dalam diri umi. Bagi Haikal hanya penulis yang faham diri mereka sendiri.

Swee Hwa meminta Haikal tidak menyia-siakan bakat menulis yang ada dalam dirinya. Sambil mengingatkan Haikal pesanan arwah ayahnya yang menganggap bakat yang ada jika disia-siakan seumpama mengkhianati anugerah tuhan.. Swee Hwa berjanji akan menjadi orang pertama yang membaca hasil karya Haikal nanti. Lantas Swee teringat setiap kali membaca manuskrip cerpen dan novel kanak-kanak, Swee Hwa akan diminta memberi pendapat . Haikal mulai merasa bibit kemesraan dan berharap ia hanyalah kemesraan antara sahabat.

Haikal akan menghabiskan masanya membaca novel karangan ayahnya jika tidak ke baruh melihat Abang Salleh dan Abang Bidin bekerja di kebun sawitnya. Adakala Tauke Ong mengajaknya ke kampung-kampung sebelah unruk meraih hasil tani. Ternyata Tauke Ong amat disenangi penduduk kampung. Tauke Ong membayar tunai hasil tani yang diraih. Tauke Ong berpesan kepada Haikal dalam perniagaan mereka

68

68Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

mesti ada kejujuran dan jangan suka berhutang.

Dalam masa beberapa hari kesemua antologi cerpen karya arwah ayahnya habis dibaca Haikal. Hanya beberapa buah novel yang menunggu untuk diusaikan. Melalui cerpen Haikal dapat mengenali arwah ayahnya. Dunia keguruan , kehidupannya dalam masyarakat setempat dan kebudayaan masyarakat. Haikal terasa kagum dengan bakat kepengarangan arwah ayahnya.

Ketika sedang membaca novel sulung arwah ayahnya Pak Cik Bakar muncul di hadapan rumahnya. Haikal diminta hadir ke mesyuarat di balai raya selepas waktu isyak bagi membincangkan tentang tarian zapin yang dicadangkan oleh Haikal. Haikal mencongak-congak masanya hanya tinggal sebulan untuk merealisasikan hasratnya sebelum pengumuman keputusan STPM.Tauke Ong dan Swee Hwa juga dijemput menghadiri mesyuarat itu. Mesyuarat JKKK yang dipengerusikan oleh Haji Jamil memberi persetujuan sebulat suara dengan cadangan Haikal untuk menghidupkan semula kumpulan zapin D’Purnama di kampung itu. Dengan persetujuan sebulat suara Haji Jamil berharap semua penduduk memberi kerjasama dari awal hingga akhir sebagai cara menghargai jasa-jasa arwah ayah Haikal yang berjaya mengharumkan nama kampung itu. Haji Jamil juga memaklumkan bahawa dia telah mengundang Datuk Syaiful Azizi, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan kampung Seri Purnama. Malam itu juga disusun pembahagian tugas bagi majlis itu. Tauke Ong bersetuju untuk menaja makanan bagi jamuan pada malam itu nanti. Pada akhir mesyuarat Haji Jamil berharap majils itu berjalan dengan lancar dan baik.

Haikal tidak terus pulang. Sebaliknya dia berbual-bual dengan Pak Cik Bakar , beberapa penari zapin dan dua orang JKKK. Daripada Pak Cik Bakar, Haikal mendapat tahu tentang kumpulan zapin D’Purnama, Aksara dan ayahnya dengan balai raya kampung itu. Semasa arwah ayahnya masih hidup, balai raya itu tidak pernah sunyi. Balai raya itu bagai pusat kegiatan sastera dan kebudayaan kampung itu. Walaupun ada usaha untuk menghidupkan semula tetapi gagal kerana beberapa orang penarinya yang telah tua telah meninggal dunia . Aksara juga menerima nasib yang sama. Selepas arwah ayahnya meninggal dunia, Aksara seperti bahtera kehilangan nakhoda, turut terbiar dan mati. Arwah ayah Haikal digambarkan mempunyai pengaruh yang kuat. Ketokohannya diiktiraf oleh kerajaan negeri. Arwah ayah digambarkan sebagai seorang yang cekal, kuat keazaman dan sentiasa berkobar-kobar semangatnya. Pak Cik Bakar membayangkan andai kata arwah ayah masih ada. Keluhannya ditenangkan oleh Haji Salim. Pak Cik Bakar terus mengeluh. Suasana menjadi sunyi sepi. Hanya ditingkahi dengan suara katak menyeru hujan dan cengkerik kemudian kembali sunyi.PERSOALAN1. KERJASAMA DALAM MASYARAKAT UNTUK MEMARTABATKAN KEBUDAYAAN BANGSA JKKK memberi persetujuan sebulat suara dengan cadangan Haikal

69

69Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

menghidupkan semula kumpulan zapin D’Purnama di Kampung Seri Purnama JKKK dipengerusi oleh ketua kampung, Haji Jamil membentuk jawatankuasa

bagi majlis persembahan zapin yang akan dihadiri oleh Datuk Syaiful Azizi, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kampung Seri Purnama.

2. SEMANGAT KEMASYARAKATAN PELBAGAI KAUM YANG TINGGI DALAM MASYARAKAT DESA Tauke Ong memberi sokongan kepada program menghidupkan semula tarian

zapin di kampung Seri Purnama. Dia menghadiri mesyuarat bersama-sama Swee Hwa di balai raya pada malam itu.

Tauke Ong memberi persetujuan kepada Haji Jamil untuk menaja makanan untuk majlis persembahan zapin nanti.

3. DILEMA ANAK : ANTARA HARAPAN AYAH DENGAN HARAPAN IBU YANG TIDAK SEALIRAN. Haikal tersepit antara kemahuannya iaitu menjadi guru seperti ayahnya dengan

hasrat uminya yang mahu mengambil jurusan pengajian perniagaan di luar negara bagi mewarisi perniagaanya.

4. PENGORBANAN DEMI KECINTAAN YANG MENDALAM TERHADAP SASTERA DAN KEBUDAYAAN BANGSA Haikal terpaksa membelakangkan perasaan uminya apabila mengambil

keputusan untuk pulang ke kampung ayahnya bagi mencari rahsia hidup arwah ayahnya.

5. HARAPAN YANG TINGGI KEPADA GENERASI MUDA UNTUK MENGHIDUPKAN KEBUDAYAAN BANGSA DALAM MASYARAKAT Swee Hwa memberitahu Haikal, hasrat ayahnya yang tidak tercapai perlu

direalisasikan. Berdasarkan manuskrip yang tidak siap itu bermakna arwah ayahnya mahu Haikal meneruskan cita-citanya memartabatkan sastera dan kebudayaan di kampung Seri Purnama. Haikal perlu menghidupkan tarian zapin jincat kembali. Haikal perlu meneruskan Aksara impian ayahnya.

Tauke Ong memuji tindakan Haikal mahu menghidupkan kumpulan zapin D’Purnama semula. Tauke Ong juga memberitahu Haikal bahawa dia sudah lama tidak berhibur di balai raya dan berharap Kampung Seri Purnama akan kembali meriah dengan aktiviti itu.

WATAK DAN PERWATAKAN1.ARWAH AYAH HAIKAL Abdullah Kayan atau Cikgu Abdullah Guru sekolah rendah Penerima Anugerah peringkat negeri Pengasas bilik bacaan di balai raya Kampung Seri Purnama

70

70Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Pengasas Aksara Penulis cerpen Sahabat yang sangat akrab dengan Pak Cik Bakar Sangat akrab dengan anak muridnya Swee Hwa Penggerak aktiviti kemasyarakatan di balai raya Kampung Seri Purnama

PERWATAKAN1.PERAHSIA Cikgu Abdullah sangat perahsia. Tiada siapa yang tahu akan sakit yang dideritai

sehingga kematiannya termasuk Pak Cik Bakar dan Swee Hwa yang paling rapat dengannya.

2.SANGAT PEKA AKAN KEADAAN SEKELILING Melalui pembacaan cerpen-cerpen karya arwah ayahnya, Haikal mendapati

arwah ayahnya seorang yang peka akan persekitarannya. Kisah penulisannya sekitar dunia keguruan dan masyarakat sekelilingnya.

3.KUAT SEMANGAT , KEAZAMAN DAN CEKAL Pak Cik Bakar memberitahu Haikal, arwah ayahnya seorang yang cekal, kuat

semangat dan azamnya sehingga pengaruhnya begitu kuat di Kampung Seri Purnama. Kesungguhannya memartabatkan sastera dan kebudayaan mendapat pengiktirafan daripada kerajaan negeri.

4.AMAT PENYAYANG Swee Hwa meyakinkan Haikal, arwah ayahnya terlalu sayang akan Haikal. Swee

Hwa meyakinkan Haikal, kepulangannya ke Kampung Seri Purnama kerana doa arwah ayahnya yang telah makbul.

2. SWEE HWA Orang yang menyimpan koleksi buku arwah ayah Haikal Murid yang rapat dengan Cikgu Abdullah , arwah ayah Haikal Banyak menyimpan rahsia hidup arwah ayah Haikal Anak Tauke Ong dan Puan Khei

PERWATAKANMUDAH MESRA/PERAMAH Baru sebulan berada di Kampung Seri Purnama , Swee Hwa berkawan baik

dengan Haikal tanpa rasa kekok. Haikal amat senang berbual-bual dengan Swee Hwa pada suatu petang di rumah Tauke Ong. Haikal tanpa segan silu meluahkan masalahnya tentang hubungannya yangan uminya yang tegang kerana tindakannya pulang ke Kampung Seri Purnama.

BERKEYAKINAN TINGGI Swee Hwa amat yakin umi Haikal akan lembut hatinya kerana hubungan anak

71

71Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

dengan ibu tidak akan putus. Swee Hwa yakin umi Haikal akan faham akan perkara yang sedang dilakukan oleh Haikal.

BERBUDI BAHASA/ LEMAH LEMBUT Haikal menganggap Swee Hwa seorang gadis yang berbudi bahasa. Apabila

Haikal mengucapkan terima kasih kerana meminjamkan koleksi buku karya arwah ayahnya sendiri kepadanya, Swee Hwa membertahu Haikal itu adalah tanggungjawabnya mengotakan amanah arwah ayah Haikal dan akan berdosa jika mmengengkarinya.

3. PUAN KHEI Isteri Tauke Ong Ibu Swee Hwa Suri rumahtangga

PERAMAH Puan Khei ramah melayan Haikal yang bertamu ke rumahnya petang itu. Dia

menyediakan Pisang Tanduk goreng untuk Haikal dan Swee Hwa.

PERIANG DAN CERIA Puan Khei senang bergurau senda dengan Tauke Ong. Dia amat ceria dan ketawa

apabila Tauke Ong mengusiknya untuk menari zapin sambil memberitau bahawa mereka sudah tua.

Puan Khei sekeluarga ketawa apabila mengetahui Haikal tidak tahu menari zapin.

4.TAUKE ONG Ayah Swee Hwa Suami Puan Khei Akrab dengan penduduk Kampung Seri Purnama

PERIANG Tauke Ong seorang bapa dan suami yang yang periang. Bergurau senda sambil ketawa dengan Swee Hwa dan Puan Khei apabila

berbual-bual tentang tarian zapin, ketika Haikal bertamu di rumah mereka.

PEMURAH Tauke Ong nenaja jamuan makan untuk majils persembahan zapin di Kampung

Seri Purnama.

SEMANGAT BERMASYARAKAT YANG TINGGI Tauke Ong bersama-sama Swee Hwa hadir mendengar mesyuarat JKKK tentang

cadangan Haikal menghidupkan semula kumpulan zapin D’Purnama, selepas

72

72Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

waktu isyak di balai raya.

SETIAKAWAN Swee Hwa berjanji akan membantu Haikal menjayakan hasratnya mahu

mengikuti jejak arwah ayahnya dalam bidang penulisan dan kebudayaan.

5. HAJI JAMIL Ketua kampung bagi Kampung Seri Purnama Pengerusi mesyuarat JKKK kampung Seri Purnama

BERTANGGUNGJAWAB Haji Jamil terus mengadakan mesyuarat JKKK Kampung Seri Purnama bagi

mendapatkan mandat untuk menghidupkan semula kumpulan zapin D’Purnama.

6. PAK CIK BAKAR Ahli kumpulan zapin D’Purnama Ketua bagi latihan persembahan zapin Sumber maklumat Haikal

AMAT PENYAYANG Terlalu menyanjung jasa dan menyayangi arwah ayah Haikal. Pak Cik Bakar

amat terasa akan kematian arwah ayah Haikal. Dia mengeluh dan masih berharap arwah ayah Haikal masih hidup sehingga ditenangkan oleh Hji Salim agar meredai kematian arwah ayah Haikal.

7. HAIKAL Pencadang kepada penubuhan semula kumpulan zapin D’Purnama Berkawan baik dengan Swee Hwa

PERWATAKAN

SENTIMENTAL Haikal seorang anak muda yang sentimental. Jiwanya amat terkesan dengan

kisah hidup ayahnya yang penuh penderitaan. Jiwanya amat sayu kerana berasa Swee Hwa lebih beruntung kerana dapat

merasai kasih sayang arwah ayahnya sedangkan dia hanya mampu mngutip kenangan hidup arwah ayahnya.

NILAI

NILAI KEMANUSIAAN1.RASIONAL

73

73Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Swee Hwa bertindak rasional apabila memujuk Haikal bersabar dengan uminya. Swee Hwa berpendapat hubungan anak dan ibu tidak akan putus. Suatu hari ibunya akan menerima tindakan Haikal mahu meneruskan perjuangan ayahnya dalam dunia sastera dan kebudayaan.

2.KASIH SAYANG Pak Cik Bakar terlalu mengingati arwah ayah Haikal kerana terlalu

mengasihinya. Dia mengeluh dan masih berharap ayah Haikal masih hidup.

NILAI KEMASYARAKATAN3.SEMANGAT KEMASYARAKATAN YANG TINGGITauke Ong bersama-sama Swee Hwa menghadiri mesyuarat JKKK bagi mendapat mandat untuk menghidupkan semula kumpulan zapin D’Purnama,di balai raya apabila diberitahu oleh Haikal.

4.KETANGGUNGJAWABAN Haji Jamil seorang ketua kampung yang bertanggungjawab. Haji Jamil bersetuju mengadakan mesyuarat JKKK Kampung Seri Purnama dan

mempengerusikannya bagi mendapat mandat untuk menghidupkan semula kumpulan zapin D’Purnama.

KERJASAMA YANG ERAT Penduduk kampung Seri Purnama berkerjasama membentuk pembahagian tugas

bagi majlis persembahan zapin nanti. Pak Cik Bakar akan mengetuai latihan tarian zapin AJKKK lelaki mengetuai tugas memasang balai, seranta, sistem pembesar suara

dan persiapan tempat AJKKK wanita ditugaskan menghias pentas dan jamuan Haji Jamil member kerjasama dengan terlebih awal menjemput Ahli Dewan

Undangan Negeri Kawasan itu , Datuk Syaiful Azizi untuk hadir di majils itu.

NILAI KEAGAMAAN/KEROHANIAN

KETAATAN PADA AJARAN AGAMA Mesyuarat JKKK diadakan setelah usai solat isyak .

KEPATUHAN PADA NILAI MORAL DALAM MASYARAKAT Swee Hwa memberitahu Haikal bahawa dia akan berdosa jika tidak menunaikan

amanah arwah ayah Haikal yang mahu dia menyerahkan koleksi buku karya arwah ayahnya kepada Haikal untuk dibacanya.

PENGAJARAN

74

74Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

1. KITA HENDAKLAH MEMPUNYAI KEAZAMAN YANG TINGGI UNTUK MEMARTABATKAN BUDAYA BANGSA AGAR TIDAK DITELAN ZAMAN Arwah ayah Haikal mempunyai keazaman yang tinggi untuk memartabatkan

sastera dan kebudayaan bangsa seperti diakui oleh Pak Cik Bakar. Dia menghasil banyak cerpen. Dia berusaha gigih menghidupkan tarian zapin jincat hingga Kampung Seri Purnama mejadi terkenal.

2. KITA MESTI MENGAMALKAN SIKAP BEKERJASAMA DAN SEMANGAT KEMASYARAKATAN YANG TINGGI AGAR MUDAH MENCAPAI SASARAN YANG DIRANCANG Penduduk Kampung Seri Purnama berkerjasama dengan menjadi ahli jawatan

kuasa bagi majlis persembahan zapin nanti. Pak Cik Bakar akan mengetuai latihan tarian zapin AJKKK lelaki mengetuai tugas memasang balai, seranta, sistem pembesar suara

dan persiapan tempat AJKKK wanita ditugaskan menghias pentas dan jamuan Haji Jamil memberi kerjasama dengan terlebih dulu menjemput Ahli Dewan

Undangan Negeri Kawasan itu, Datuk Syaiful Azizi untuk hadir di majils itu sebelum mengadakan mesyuarat .

LATARLATAR MASA DAN LATAR TEMPAT

1.PETANG DI RUMAH TAUKE ONG Haikal ke rumah Tauke Ong untuk memberitahu Swee Hwa tentang mesyuarat di

balai raya pada malam nanti Swee Hwa meminjamkan koleksi buku arwah ayah Haikal yang disimpannya

kepada Haikal. Swee Hwa memberitahu Haikal arwah ayahnya seorang yang baik. Ibu dan

ayahnya terlalu sedih apabila arwah ayahnya meninggal dunia. Swee Hwa meberitahu Haikal yang arwah ayahnya terlalu sayang akan Haikal. Tauke Ong menyatakan kegembiraannya dengan usaha Haikal mahu

menubuhkan semula kumpulan Zapin D’Purnama. Tauke Ong menberi jaminan usaha Haikal akan berjaya. Haikal meluahkan konfliknya dengan umi dan Swee Hwa meyakinkannya

hubungan ibu dan anak tidak akan putus. Swee Hwa meminta Haikal terus menulis supaya bakatnya tidak sia-sia. Swee

Hwa berjanji akan menjadi orang pertama membacanya.

2.PAGI DI RUMAH HAIKAL/ARWAH AYAH HAIKAL Pakcik Bakar datang mengundang Haikal untuk menghadiri mesyuarat JKKK

untuk mendapat persetujuan menghidupkan semula kumpulan zapin D’Purnama Pak Cik Bakar meminta Haikal menjemput Swee Hwa dan Tauke Ong.

75

75Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

3.MALAM DI BALAI RAYA KAMPUNG SERI PURNAMA Haji Jamil mempengerusi mesyuarat JKKK bagi mendapat persetujuan

penubuhan kumpulan zapin D’Purnama Semua ahli JKKK bersetuju dengan cadangan Haikal menghidupkan semula

kumpulan D’Purnama Pembahagian tugas dilakukan, Pak Cik Bakar menjadi ketua latihan tarian,

AJKK mengendalikan persiapan pentas,seranta ,perseiapan tempat dan pentas serta jamuan.

4.MALAM DI PERKARANGAN BALAI RAYA Pak Cik Bakar bercerita tentang balai raya itu kepada Haikal Balai raya yang menyimpan banyak kenangan tentang kumpulan zapin

D’Purnam, Aksara dan arwah ayah Haikal. Balai raya itu tidak pernah mati dan menjadi paksi kegiatan kebudayaan dan sastera di kawasan itu. Pak Cik Bakar bercerita tentang usaha-usaha menghidupkan semula aktiviti-aktiviti itu tetapi gagal kerana ramai ahlinya tyang tua telah meninggal dunia. Aksara juga mengalami nasib yang sama.

Haikal diberitahu arwah ayahnya seorang yang berpengaruh dan ketokohannya diiktiraf oleh kerajaan negeri.

Haji Salim menenangkan Pak Cik Bakar yang mengeluh mengenangkan kematian arwah ayahnya yang terlalu awal.

4. TENGAH HARI DI RUMAH HAIKAL Haikal mengira-ngira hari keputusan peperiksaan STPM diumumkan dan perlu

pulang ke Kuala Terenganu. Haikal mengira masa dia di Kampung Seri Purnama hanya sebulan sahaja lagi. Haikal menjangka akan berlaku pertentangan dengan uminya lagi.

LATAR MASYARAKAT1. MAYARAKAT YANG ERAT HUBUNGAN KEKELUARGAANNYA Tauke Ong , Puan Khei dan Swee Hwa ketawa bergurau senda usik-mengusik

ketika Haikal bertamu ke rumah mereka. Mereka bertiga ketawa apabila Tauke Ong mengatakan mereka sudah tua untuk menari zapin tetapi Puan Khei mengatakan hatinya masih muda.

2. GOLONGAN PEMIMPIN YANG KOMITED DENGAN TANGGUNGJAWAB Haji Jamil sebagai ketua kampung yang komited telah mengetuai mesyuarat

JKKK Kampung Seri Purnama dengan lancar. JKKK bersetuju menghidupkan semula Kumpulan D’Purnama. Haji Jamil seterusnya mengagih pembahagian tugasan.

Haji Jamil terlebih dahulu menjemput Ahli Dewan Undangan negeri, Datuk Syaiful Azizi untuk menyaksikan persembahan tarian zapin kampung Seri

76

76Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Purnama sebelum mesyuarat diadakan. Ahli JKKK lelaki memberi kerjasama sebagai ketua petugas bahagian

pemasangan balai, seranta, pembesar suara dan persiapan tempat manakala ahli JKKK wanita mengetuai pengurusan persiapan pentas dan jamuan.

3. MASYARAKAT YANG TINGGI SEMANGAT KEJIRANANNYA Pak Cik Bakar meminta Haikal menjemput Tauke Ong dan Swee Hwa untuk

hadir bersama-sama dalam mesyuarat tentang cadangan Haikal menghidupkan semula Kumpulan Zapin Seri Purnama.

Tauke Ong dan Swee Hwa hadir pada malam mesyuarat dan Tauke Ong dengan senang hati menaja jamuan makan pada malam persembahan zapin nanti

BAB 14: MENCARI KESERASIANSINOPSISSejak kebelakangan ni, Haikal semakin sibuk dan sentiasa menghabiskan masa di balai raya. Haikal meninjau persiapan di balai raya selepas solat isyak. Pentas telah dibina. Ada penduduk kampung yang hadir menonton latihan zapin. Golongan veteran, Pak Cik Bakar, Haji Salim Wak Arif Pak Cik Tasrif dan Haji Leman semuanya telah dimamah usia tetapi masih bertenaga bermain alat muzik zapin. Tauke Ong juga turut bergoyang-goyang kakinya mengikut alunan muzik zapin. Akhirnya Haikal akur dengan desakan Pak Cik Bakar danTauke Ong untuk sama-sama menari tarian zapin. Namun begitu Wak Arif sedih kerana anak-anak muda kampung itu masih tidak menunjukkan minat kecuali Lazim yang pandai menari Zapin. Akan tetapi, Lazim tidak dapat hadir kerana berkerja syif malam. Haji Salim memberi jaminan Lazim akan ikut serta pada minggu hadapan kerana pada minggu itu dia berkerja syif malam.

Haikal cuba menolak ajakan Pak Cik Bakar kerana tidak tahu menari zapin tapi akhirnya akur apabila Pak Cik Bakar, Wak Parmin, Abang Ramlan dan Wak Seman bersungguh-sungguh mahu mengajarnya. Semasa latihan Tauke Ong tekun memerhati Haikal menari lalu tersenyum seperti ada menyimpan sesuatu rahsia. Selesai latihan, Haikal diajar secara teori tarian zapin ketika berehat di warung Wak Min. Tarian yang memenatkan bagi Haikal. Haikal mula berasa seronok berada di

77

77Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

tengah-tengah kumpulan zapin itu dan menunggu Lazim untuk turut serta. Namun jiwa Haikal tersentuh kerana anak-anak muda kampung tidak menunjukkan minat terhadap seni ini. Haikal berasa jika hal ini berterusan, seni zapin jincat akan pupus. Haikal meluahkan kebimbangan kepada Pak Cik Bakar. Bagi Pak Cik Bakar, semuanya kerana tiada minat sedangkan zapin dan kompang ialah warisan budaya. Anak-anak muda kampung patut berasa bertanggungjawab mewarisinya turun-temurun.

Bagi Haikal, dia amat suka tinggal di Kampung Seri Purnama yang kaya dengan kebudayaan. Mungkin itulah sebabnya arwah ayahnya sanggup pulang dan tinggal di kampung itu. Bagi Pak Cik Bakar pula, arwah ayah Haikal seorang yang kuat keinginan dan luar biasa orangnya. Arwah ayahnya sanggup berpisah dengan uminya hanya kerana kecintaan yang terlalu dalam terhadap kebudayaan yang ada di Kampung Seri Purnama. Dia tidak mahu tarian zapin jincat lenyap begitu sahaja. Haikal berasa jiwa orang seni sememangnya halus.

Pak Cik Bakar cuba menangkap punca sebenar Haikal kembali ke Kampung Seri Purnama ialah kerana manuskrip yang diterimanya. Maka, isi manuskrip terakhir karangan arwah ayahnya yang belum selesai diceritakan kepada Pak Cik Bakar. Watak-watak dalam manuskrip seperti Ai Ling, Tauke Lim, Abang Bakir, Pak Haji Salam, Roslan, Ramli diceritakan kepada Pak Cik Bakar. Ai Ling digambarkan pandai menari zapin. Haikal berasa sangsi sama ada Ai Ling ialah Swee Hwa anak Tauke Ong yang menari zapin. Lalu Pak Cik Bakar menasihati Haikal berusaha mengenali Swe Hwa bagi mencari rahsia di sebalik manuskrip itu. Namun, Haikal kurang pasti cara untuk memenuhi saranan Pak Cik Bakar kerana sedar akan kampung itu penuh dengan adat dan kebudayaan yang perlu dihormati. Jangan hanya kerana dia anak Abdullah Kayan, dia boleh berbuat sesuka hati. Kepercayaan penduduk kampung perlu dijaga.

Pujian Tauke Ong bahawa Haikal pandai menarikan tarian zapin amat mengejutkan Haikal. Haikal berasa langkahnya masih sumbang berbanding Lazim yang masih boleh menangkap gerak zapin walaupun sudah lama tidak menari. Terasa malu apabila menjadi tumpuan semasa latihan tarian zapin.

Haikal mula melihat sambutan anak-anak muda dengan aktiviti yang dirancang. Beberapa orang anak muda mulai hadir menonton latihan yang bagi Haikal sudah cukup sebagai sokongan kepada kumpulan Zapin D’Purnama. Termasuklah Swee Hwa, Puan Khei dan Tauke Ong. Haikal sedar Swee Hwa sentiasa memerhati dirinya semasa dia berlatih menari.

Haikal sentiasa sentiasa ditunjukajarkan oleh Lazim tentang rentak tarian zapin jincat. Lazim memang penari zapin jincat yang hebat. Haikal berasa beberapa anak muda kampung perlu dilatih bermain muzik untuk digandingkan dengan Lazim agar zapin jincat tidak terkubur.

78

78Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Haikal sering tidur agak lewat sejak malam kebelakangan. Adakalanya mencecah subuh matanya masih segar. Ingatannya merewang-rewang mengingati kata-kata Lazim dan Pak Cik Bakar. Ingatannya merewang-rewang pada jalan cerita manuskrip arwah ayahnya, bagaikan ada sinkronisasi dengan realiti yang dihadapinya. Haikal sedar dia mesti mendekati Swee Hwa dan tidak boleh menyia-siakan peluang yang ada itu. Benarkah Ai Ling itu Swee Hwa? Benarkah Swee Hwa pandai menari zapin seperti yang digambarkan di dalam manuskrip? Tetapi mengapa Swee Hwa tidak mahu menunjukkan bakatnya sebaliknya hanya memerhati sahaja latihan zapin dijalankan.

Dalam keadaan masih berteka-teki, Swee Hwa mempelawanya bersiar-siar di pantai. Pantai yang tidak terlalu cantik tetapi penuh kenangan bagi Swee Hwa. Swee Hwa menceritakan keistimewaan pantai itu kepada Haikal. Swee Hwa memberitahu Haikal pantai itu penuh dengan kenangan. Kenangan dia bersama-sam arwah ayah Haikal. Di pantai itu arwah ayah Haikal membeitahu Swee Hwa betapa dia terlalu menyayangi Haikal. Ayahnya bercerita tentang Haikal sehinggakan Swee Hwa berasa jika haikal tidak kembali ke kampung Seri Purnama, Swee Hwalah yang akan ke Kuala Terengganu mencari Haikal. Haikal melepaskan pandangan ke laut lepas lalu bertanya sama ada manuskrip itu satu kenyataan hidup ayahnya bukan rekaan. Swee Hwa hanya menganggukkan kepalanya. Tetapi Haikal keliru kerana manuskrip itu tidak disudahkanoleh ayahnya. Bagi Swee Hwa, anya Haikal dan arwah ayahnya yang tahu sebabnya. Swee Hwa hanya bertugas menyerahkan manuskrip itu kepada Haikal. Sedarlah Haikal,manuskrip itu perlu mencapai penutupnya.

Tiba-tiba Seww Hwa memberitahu Haikal bahawa dia suka melihat Haikal menari zapin yang sama seperti arwah ayahnya. Swe Hwa meyakinkan Haikal bahawa dia memang pandai menari dan mesti berganding dengan Lazim pada majlis persembahan pada minggu hadapan. Sebaliknya Haikal menguja Swee Hwa yang Swee Hwa pandai menari zapin, seperti yang tertulis di dalam manuskrip ayahnya.. Haikal terus meminta Swee Hwa menari zapin jika mahu Haikal menari zapin. Swee Hwa hanya mendiamkan diri, sementara Haikal berharap Swee Hwa memberikan jawapannya.

PERSOALAN1. KESUNGGUHAN GENERASI TUA MAHU MEWARISKAN SENI BUDAYA BANGSA KEPADA GENERASI MUDA Pak Cik Bakar, Wak Arif dan Haji Salim bersungguh-sungguh mengajar Haikal

zapin jincat semasa latihan zapin di balai raya sehingga Haikal berasa suka akan tarian itu.

Pak Cik Bakar menunjuk ajar tarian itu secara teori pula kepada Haikal di warung Wak Min .

Tauke Ong yang hadir menyaksikan latihan zapin bersungguh-sungguh memberi galakan kepada Haikal untuk cuba menari zapin dengan tunjuk ajar Pak Cik

79

79Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Bakar.

2. USAHA MERUNGKAI RAHSIA KEHIDUPAN SEBENAR SEORANG TOKOH KEBUDAYAAN Haikal menggunakan kesempatan bersiar-siar di tepi pantai untuk mendapat

kepastian tentang watak Ai Ling di dalam manuskrip arwah ayahnya. Swee Hwa mengaku Ai Ling ialah dirinya. Usahanya berjaya apabila segalanya terjawab setelah Swee Hwa mengakui bahawa jalan cerita di dalam manuskrip itu ialah satu realiti dan Haikal perlu menyudahkannya.

3. GOLONGAN MUDA YANG MASIH MENGHORMATI DAN MENGAMALKAN ADAT SOPAN DALAM MASYARAKAT Haikal tidak mahu menggunakan kesempatan sebagai anak Abdullah Kayan

untuk melanggar adat dan budaya yang masih kuat dalam masyarakat Kampung Seri Purnama. Walaupun dia perlu merapati Swee Hwa untuk mendapat rahsia hidup arwah ayahnya. Dia bimbang jika terlalu rapat dengan Swee Hwa akan mengundang rasa kurang senang penduduk kampung itu.

WATAK DAN PERWATAKAN1. HAIKAL Meminati tarian zapin MATANG FIKIRANNYA Haikal tidak mahu melanggar adat dan budaya Kampung Seri Purnama hanya

semata-mata mahu mendekati Swee Hwa. Haikal tidak mahu merosakkan kepercayaan orang kampung kepadanya.

TEKUN Haikal tekun mempelajari rentak tarian zapin jincat dengan tunjuk ajar Pak Cik

Bakar.

2. SWEE HWA Pandai menari zapin Menyimpan rahsia hidup Cikgu Abdullah Kayan

PERAHSIA Swee Hwa masih tidak mahu mengaku bahawa dia pandai menari zapin setelah

diuja oleh Haikal. Dia beseloroh mengatakan dia hanya pandai menari tarian Singa.

Swee Hwa hanya mengangkat bahu apabila Haikal mengatakan Swee Hwa pandai menari zapin berdasarkan manuskrip ayahnya.

3. PAK CIK BAKAR Penari zapin

80

80Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

Banyak menyimpan kisah hidup Abdullah Kayan

TEKUN Tekun berlatih tarian zapin sehingga tengah malam Tekun mengajar Haikal tarian zapin jincat secara praktikal dan teori tarian itu.

NILAINILAI KEMANUSIAAN1. KETEKUNAN Haikal tekun mempelajari tarian zapin jincat daripada Pak Cik Bakar Pak Cik Bakar bersungguh-sungguh mengajar Haikal teknik menari zapin jincat

dan teorinya.

NILAI KEMASYARAKATAN

2. KETINGGIAN BUDI Haikal amat menghormati kepercayaan penduduk Kampung Seri Purnama dan

tidak mahu melanggar adat kampung itu semata-mata mahu merapati Swee Hwa. Haikal amat menjaga nama baik arwah ayahnya.

PENGAJARAN

1.KITA HENDAKLAH BERSUNGGUH-SUNGGUH BERUSAHA MENGHIDUPKAN SEMULA SENI BANGSA DEMI JATI DIRI BANGSA Haikal bersungguh-sungguh mengikuti latihan tarian jincat yang tidak pernah

dikenalinya semata-mata mahu melihat tarian itu hidup dan menjadi kebanggaan penduduk Kampung Seri Purnama

Haikal terfikir untuk mencari anak-anak muda pemain muzik untuk digandingkan dengan Lazim yang pandai menari zapin agar tarian itu tidak terkubur.

2. GOLONGAN VETERAN HENDAKLAH MEWARISKAN SENI WARISAN BANGSA KEPADA GENERASI MUDA DEMI KESINAMBUNGAN WARISAN BANGSA Pak Cik Bakar menurunkan ilmu tentang tarian zapin kepada Haikal semasa

latihan zapin di balai raya. Antara perkara penting ialah penari mesti peka dengan paluan marwas untuk melajukan atau melambatkan gerakan tarian,

LATARLATAR MASA DAN LATAR TEMPAT

1.MALAM DI BALAI RAYA KAMPUNG SERI PURNAMA Penduduk Kmapung Seri Purnama membuat pesiapan di balai raya. Pentas

81

81Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

dibina dan dialas dengan ambal Penari zapin giat berlatih Haji Sulaiman, Haji Salim, Wak Arif, PAk Cik Bakar, Haji Leman dan Pak Cik

Tasrif giat berlatih memainkan alat-alat muzik. Haikal mencuba bermain tamborin apabila diajak oleh Pak Cik Bakar berkali-

kali. Haji Salim memberitahu Pak Cik Bakar Lazim tidak dapat menghadiri latihan

tarian zapin kerana berkerja syif malam dan akan hadir pada minggu hadapan Haikal berasa gelisah kerana tidak tahu menari zapin menolak ajakan Pak Cik

Bakar Haikal belajar tarian zapin dengan tunjuk ajar Pak Cik Bakar Beberapa anak muda kampung hadir menyaksikan latihan tarian zapin. Tauke Ong, Puan Khei dan Swee Hwa datang menyaksikan latihan tarian zapin.

Swee Hwa sentiasa fokus pada langkah tarian Haikal.

2. MALAM DI WARUNG WAK MIN Haikal diberi tunjuk ajar tentang tarian zapin secara teori oleh Pak Cik Bakar

3. PETANG DI RUMAH PAK CIK BAKAR Haikal bertanya tentang penglibatan anak-anak muda dengan aktiviti tarian zapin

kepada Pak Cik Bakar. Haikal diberitahu oleh Pak Cik Bakar, anak-anak muda kampung itu tidak

meminati tarian zapin dan kompang juga. Pak Cik Bakar meluahkan kekhuatirannya kerana baginya mati budaya bermakna

bangsa itu seakan-akan sudah mati. Pak Cik Bakar memberitahu Haikal, arwah ayahnya sangat luar biasa dan kuat

kezamannya. Dia sanggup berpisah dengan umi Haikal semata-mata mahu kembali ke kampung Seri Purnama untuk menghidupkan semula kebudayaan yang ada di kampung itu.

Pak Cik Bakar diberitahu bahwa manuskrip arwah ayahnya belum selesai. Haikal menceritakan semua watak-watak yang ada dalam manuskrip kepada Pak

Cik Bakar. Pak Cik Bakar menasihati Haikal untuk mendekati Swee Hwa apabila Haikal

meluahkan kesangsiannya tentang watak Ai Ling dalam manuskrip itu.

4. BEBERAPA MALAM KEBELAKANGAN Haikal tidak dapat tidur lena ketika kokokan ayam telah sayup-sayup

kedengaran. Haikal terkenang-kenang kata-kata Pak Cik Bakar tentang Swee Hwa. Haikal teringat manuskrip yang ditulis arwah ayahnya dan berasa ada

sinkronasasi antara Swe Hwa dan Ai Ling. Haikal terikir-fikir cara untuk mendekati Swee Hwa kerana tidak mahu

menggangu emosi Swee Hwa.

82

82Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

5. PETANG DI PANTAI Haikal teringat akan Ratna yang lama menyepikan diri dan Pantai Batu Buruk Swee Hwa berjalan beriringan dengan Haikal di tepi pantai Beberapa orang kanak-kanak mengutip kulit-kulit siput ditemani ibu bapa

mengingatkan Swe Hwa pada zaman kecilnya. Sambil jalan beriringan, Haikal bertanya kepada Swee Hwa tentang realiti

sebenar di sebalik manuskrip dan sebab manuskrip itu tidak ada penutupnya. Swee Hwa mengaku semua yang tertulis ddalam manuskrip itu ialah kisah benar

dan Haikal dan arwah ayahnya sahaja yang tahu jawapan tentang kisah di dalam manuskrip itu

Haikal buntu memikirkan cara untuk menyudahkan manuskrip itu. Ketika duduk di sebuah bongkah batu besar di pantai Haikal diberitahu Swee

Hwa yang cara dia menari sama seperti arwah ayahnya menari. Haikal meminta Swee Hwa menari zapin dengan Lazim kerana dia yakin Swee

Hwa pandai menari zapin.

LATAR MASYARAKAT

1. MASYARAKAT DESA YANG CINTA AKAN WARISAN BUDAYA BANGSA SENDIRI Pak Cik Bakar, Wak Arif, Haji Salim, Pak Tasrif antara golongan veteran yang

terlalu mencintai seni tarian zapin. Mereka memberi komitmen yang tinggi untuk menghidupkan semula tarian zapin jincat. Mereka berlatih bersungguh-sungguh dan Haikal mendapati mereka masih mahir memainkan alat muzik zapin walupun dimamah usia.

83

83Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

BAB 15: TETAMU ISTIMEWASINOPSISBalai raya semakin ceria dan berseri. Haji Jamil tersenyum melihat anak-anak buahnya menyiapkan balai raya. Pak Cik Bakar, Haji Salim dan Wak Arif menjadi orang yang paling sibuk mengurus persiapan di balai raya. Haikal dan Swee Hwa turut membantu. Penduduk kampung bergotong-royong memasak di belakang balai raya. Haikal pula telah memberitahu walid, umi dan adiknya Nurul Aisyah tentang majils tersebut. Haikal memohon restu daripada mereka.

Namun, lewat petang, Haikal menerima berita Lazim yang akan berpasangan dengannya pada malam persembahan telah ditimpa kemalangan jalan raya, Lazim tidak dapat membuat persembahan. Pak Cik Bakar dan Wak Arif kebimbangan kerana tidak sempat melatih orang baru bagi menggantikan Haikal. Hampir terbeliak mata Haikal apabila Haji Salim mencadangkan tempat Lazim digantikan oleh Swee Hwa. Haji Salim mencadangkan agar Haikal yang memujuk Swee Hwa.

Haikal cuba menolak tetapi akhirnya akur setelah diingatkan oleh Haji Salim betapa pentingnya persembahan malam itu kepada mereka. Usai solat maghrib, Haikal ke rumah Tauke Ong. Tauke Ong sempat bertanya tentang pengganti Lazim. Haikal memberitahu Tauke Ong ,Swee Hwa yang akan mengambil tempat Lazim. Haikal terkejut melihat Swee Hwa sedang menyiapkan pakaian zapin. Ahkirnya Swee Hwa berterus terang bahawa dia dan Lazim akan membuat persembahan untuk Haikal sebagai satu kejutan pada malam nanti.Tetapi semuanya berubah kerana Lazim

84

84Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

kemalangan dan Swee Hwa bersetuju untuk berpasangan dengan Haikal.

Malam itu, Haikal memberi persembahan yang baik sekali. Lazim juga hadir untuk memberi sokongan kepada Haikal. Sedang asyik menari, Haikal terpandang susuk diri walid, umi dan Nurul Aisyah berdiri di belakang dewan sambil tersenyum. Mahu sahaja Haikal agar muzik cepat berhenti. Haikal mahu berlari dan mendakap tiga batang tubuh yang amat dirinduinya. Haikal menangis sebagai tanda kesyukuran di tanah daksina itu.

PERSOALAN1. SEMANGAT GOTONG-ROYONG DALAM MASYARAKAT DESA Penduduk Seri Purnama bergotong-royong menyediakan nasi jagung , kurma

kambing dan daging di belakang balai raya untuk jamuan tetamu pada majis persembahan zapin pada malam itu.

2. IKATAN KASIH SAYANG ANTARA KELUARGA YANG TIDAK AKAN PUTUS SAMPAI BILA-BILA Ketika sedang membuat persembahan, umi, walid dan adiknya Nurul Aisyah

muncul di belakang balai menyaksikan persembahan Haikal. Haikal tidak menduga mereka akan hadir tanda merestui perjuangan seninya setelah umi begitu kuat menetang kehendaknya. Wajah-wajah yang dirinduinya membuat Haikal mahu berlari memeluk mereka dan menagis sepuas-puasnya tanda kesyukuran.

3. SEMANGAT SETIAKAWAN YANG TINGGI Lazim dan rakan-rakan hadir memberi sokongan kepada Lazim pada malam

persembahan. Lazim hadir dengan dipapah oleh rakan-rakan kerana kemalangan dan tidak dapat menari pada malam itu.

Pada malam persembahan zapin pada malam itu, Swe Hwa bersetuju menggantikan tempat Lazim yang tidak dapat menari berpasangan dengan Haikal kerana kemalangan jalan raya.

WATAK DAN PERWATAKAN

1.HAIKAL

PENYAYANG Haikal menangis melihat umi, walid dan adiknya Nurul Aisyah hadir pada

malam persembahan zapin di Kampung Seri Purnama. Dia ingin memeluk mereka kerana terlalu merindui wajah-wajah yang amat disayanginya.

PANDAI MEMUJUK Haikal berjaya memujuk Swe Hwa untuk menari zapin berpasangan dengannya

85

85Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

bagi menggantikan tempat Lazim. Haikal menggunakan alasan yang Swee Hwa menari itu demi arwah ayahnya dan tetamu-tetamu yang hadir jika tidak mahu menari untuknya.

2.SWEE HWA

SETIAKAWAN Swee Hwa bersetuju menari dengan Haikal demi memenuhi kehendak Haikal

agar Swee Hwa menari untuk tetamu yang hadir.

3.LAZIM

SETIAWAKAN Walaupun kakinya cedera akibat kemalangan jalan raya, Lazim datang dipapah

oleh rakan-rakan untuk memberi sokongan kepada Haikal yang akan membuat persembahan zapin pada malam itu.

NILAINILAI KEMANUSIAAN

1. KASIH SAYANG Haikal menangis melihat walid, umi dan Nurul Aisyah adiknya hadir pada

malam persembahan zapin. Haikal ingin berlari memeluk mereka yang amat disayangi dan dirinduinya.

NILAI KEMSYARAKATAN

2. SETIAKAWAN Swee Hwa bersetuju menarik zapin menggantikan tempat Lazim setelah dipujuk

oleh Haikal. Lazim yang ditimpa kemalangan jalan raya datang dipapah oleh rakan-rakan

untuk menyaksikan persembahan tarian zapin yang ditarikan oleh Haikal.

3. TOLONG-MENOLONG Haji Jamil tersenyum puas melihat anak-anak buahnya bergotong royong

membuat persiapan. Haikal membantu menyusun kerusi-kerusi plastik untuk jamauan tetamu khas. Swee Hwa mengemas bahagian di dalam balai raya agar kelihatan cantik. Di belakang balai raya penduduk kampung berkerjasama memasak nasi jagung,

kurma daging kambing dan lembu, ayam masak merah dan dalca.

NILAI KEROHANIAN/KEAGAMAAN

86

86Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

1. KESYUKURAN Haikal menangis kesyukuran melihat walid, umi dan Nurul Aisyah muncul

menyaksikan persembahan tarian zapinnya pada malam itu.

PENGAJARAN

1. KITA HENDAKLAH MENGAMALKAN SEMANGAT KERJASAMA AGAR SEMUA YANG DIRANCANG MENCAPAI MATLAMAT Penduduk kampung, Haikal dan Swee Hwa berkerjasama membuat persiapan

untuk majlis persembahan zapin pada malam itu. Haikal menyusun kerusi-kerusi plastik untuk jamuan tetamu khas Swee Hwa mengemas dan menghias di dalam balai raya agar kelihatan cantik. Penduduk kampung memasak makanan di belakang balai raya.

2. KITA JANGAN LUPA MEMINTA RESTU IBU BAPA AGAR SEGALA URUSAN KITA MUDAH TERLAKSANA Seminggu sebelum majlis persembahan, Haikal memaklumkan kepada walid

agar walid, umi dan adiknya Nurul Aisyah memohon restu mereka dan mendoakannya agar dapat membuat persembahan dengan jayanya..

3. KITA JANGAN MEMUTUSKAN HUBUNGAN KELUARGA WALAUPUN BERLAINAN PANDANGAN Umi Haikal yang menentang keputusan Haikal untuk pulang ke kampung Seri

Purnama akhirnya muncul memberi sokongan kepada Haikal pada malam persembahan zapin. Umi , walid dan adinya Nurul Aisyah tersenyum melihat Haikal menari.

LATARLATAR MASA DAN LATAR TEMPAT

1.PETANG DI BALAI RAYA KAMPUNG SERI PURNAMA Haikal membantu menyusun kerusi-kerusi plastik untuk jamuan tetamu khas Swe Hwa mengemas di dalam balai raya agar kelihatan cantik dan kemas Di belakang balai raya, penduduk kampung bergotong-royong memasak

makanan untuk hidangan para tetamu.

2.LEWAT PETANG DI BIRAI PENTAS BALAI RAYA Haikal dan ahli kumpulan zapin D’Purnama mendapat berita Lazim mengalami

kemalangan jalan raya dan tidak dapat menari pada malam itu. Haji Salim mencadangkan agar Haikal memujuk Swee Hwa menggantikan

87

87Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

tempat Lazim

3. SELEPAS SOLAT MAGHRIB DI RUMAH TAUKE ONG Haikal terkejut melihat Swee Hwa menggosok sepasang baju kurung berkilat dan

selendang serta sanggul di atas meja yang merupakan baju zapin Swee Hwa mendedahkan rahsia sebenar, iaitu dia dan Lazim akan

mempersembahkan tarian zapin khas untuk Haikal sebagai satu kejutan pada malam itu.

Haikal meminta Swee Hwa menari berpasangan dengannya demi arwah ayahnya dan para tetamu.

Swee Hwa memberi persetujuan untuk menari berpasangan dengan Haikal

4. MALAM DI BALAI RAYA KAMPUNG SERI PURNAMA Haikal membuat persembahan tarian berpasangan dengan Swee Hwa di hadapan

YB Datuk Syaiful Azizi. Lazim hadir memberi sokongan dengan dipapah oleh rakan-rakan. Umi , walid dan adik Haikal, Nurul Aisyah berdiri di belakang balai tempat

duduk penonton menyaksikan Haikal menari dengan tersenyum. Haikal tiba-tiba teras mahu berlari memeluk ketiga-tiga insan yang disayangi dan

dirindui tanda kesyukuran.

LATAR MASYARAKAT

1.MASYARAKAT YANG MENGAMALKAN SEMANGAT KEJIRANAN YANG TINGGI Haikal, Swe Hwa dan penduduk kampung Seri Purnama berkerjasama membuat

persiapan bagi persembahan zapin pada malam itu. Haikal membantu menyusun kerusi-kerusi plastik untuk jamuan tetamu khas Swe Hwa mengemas di dalam balai raya agar kelihatan cantik dan kemas Di belakang balai raya, penduduk kampung bergotong-royong memasak

makanan untuk hidangan para tetamu.

2.MASYARAKAT YANG TINGGI NILAI SETIAKAWAN Swee Hwa bersetuju menggantikan tempat Lazim menari tarian zapin

berpasangan dengan Haikal kerana Lazim ditimpa kemalangan jalanraya. Lazim hadir menyaksikan Haikal menari tanda sokongan walaupun terpaksa

dipapah oleh rakan-rakan.

88

88Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

BAB 16: BERMULALAH EPISODSINOPSISHaikal berasa silir daksina mendakap erat tubuhnya. Silir irtu terus meniup kenangan-kenangan silam. Haikal berasa silir itu mengajaknya kembali ke Kampung Seri Purnama. Haikal kini berada di sebuah universiti di bumi Kenyalang. Haikal damai di sana.

Haikal yakin dendam umi terhadap ayahnya sudah terpadam. Apabila melihat umi menangis di pusara ayah. Umi akhirnya sedar dan akur, darah yang mengalir dalam diri Haikal ialah darah Abdullah Kayan. Satu ketentuan Allah yang tidak boleh disangkal. Haikal berharap agar cukuplah umi menghukum ayah.

[RATNA]Setelah pulang ke Kuala Terengganu, Haikal mendapat tahu Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda. Mereka akan menjadi rakan kongsi perniagaan. Mereka akan mendirikan rumahtangga pada hujung tahun itu. Patutlah Ratna hanya menyepi diri apabila dihubungi oleh Haikal.

[SWEE HWA]Ketika Haikal melangkah meninggalkan Kampung Seri Purnama, Haikal melihat gadis ini menangis. Gadis itu di mata Haikal tetap menawan walau pun waktu menangis, ketawa atau waktu tersenyum. Tauke Ong meminta Haikal kembali lagi ke Kampung Seri Purnama kerana percaya ada seseorang sentiasa merindui Haikal. Haikal tidak mampu berjanji tetapi sering teringat kata-kata Pak Cik Bakar yang mahu dia merebut peluang untuk mendekati Swee Hwa. Pak Cik Bakar yakin ada sesuatu di sebalik manuskrip itu. Bagi Haikal dia akan berusaha mendekati Swee Hwa walau di mana-manapun dia berada. Selebihnya Haikal menyerahkannya kepada takdir.

89

89Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

[AKSARA]Haikal berazam untuk menjadi seperti arwah ayahnya demi merealisasikan Aksara walaupun berasa ia sesuatu yang masih jauh dari jangkauan. Haikal berasa masih kerdil dan kecil untuk memimpin Aksara. Tiada ada apa-apa kehebatan dalam dirinya untuk menerajui Aksara buat masa ini.

]MANUSKRIP LAMA]Kekal dalam bentuk asal tanpa tambahan muka surat. Tiada ada yang berubah. Bgai Haikal, manuskrip yang mewakili suatu perjalanan masa

Ketika malam yang sunyi dan damai, Haikal meenjawab pesanan ringkas SMS kepada Swee Hwa. Haikal menberitahu Swee Hwa yang dia akan tetap mencari jejak ayahnya walaupun ayahnya bukan suatu nama yan besar. Malahan ,jika benar Ai Ling itu Swee Hwa, Haikal tetap akan menjejaki Swee Hwa. Silir Daksina benar-benar mendamaikan jiwa Haikal.

PERSOALAN

1. KEDAMAIAN YANG DIKECAPI SETELAH BERJAYA MENCAPAI MISI Haikal berasa amat tenang dan damai setelah berupaya menunaikan amanah

ayahnya untuk menghidupkan kebudayaan bangsa yang menjadi kebanggaan Kampung Seri Purnama;zapin jincat.

Haikal damai di Bumi Kenyalang apabila yakin uminya tidak lagi mendendami ayahnya. Uminya akur darah yang mengalir dalam dirinya ialah darah Abdullah Kayan.

2. PERASAAN CINTA YANG TERPENDAM Haikal berjanji akan terus menjejaki Swee Hwa walau pun di mana-mana dia

berada. Titipan Haikal untuk Swee Hwa ketika membalas SMS Swee Hwa.

3. AZAM UNTUK TERUS MENERUSKAN VISI DEMI ORANG TERSAYANG Haikal berazam untuk membina nama besar dalam dunia sastera dan kebudayaan

sehebat arwah ayahnya demi melihat kejayaan Aksara seperti yang diimpikan oleh arwah ayahnya.

4. PENGHARGAAN TERHADAP USAHA GIGIH SEORANG TOKOH BESAR Haikal terus menyimpan manuskrip lama tanpa judul karya ayahnya tanpa suatu

pun perubahan. Baginya, manuskrip itu mewakili suatu perjalanan masa

90

90Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

kehidupan arwah ayahnya.

WATAK

1.HAIKAL

BERCITA-CITA TINGGI Haikal memasang cita-cita untuk mencipta nama dan menjadi seperti arwah

ayahnya sebelum berusaha mewujudkan Aksara impian arwah ayahnya.

UMI Ibu kandung Haikal NILAINILAI KEMANUSIAAN

1.KEPASRAHAN Umi Haikal akhirnya pasrah bahawa darah yang mengalir dalam tubuh Haikal

ialah darah bekas suaminya Abdullah Kayan, suautu ketentutan tuhan yang tidak boleh uminya ingkar.

PENGAJARAN

1.KITA HENDAKLAH MELUPAKAN PERISTIWA YANG MELUKAKAN HATI AGAR TIDAK BERPANJANGAN MENYIMPAN DENDAM Umi Haikal menagis di pusara bekal suaminya Abdullah Kayan, ayah Haikal dan

Haikal yakin dendam uminya telah padam.

2.KITA HENDAKLAH AKUR AKAN KETENTUAN TUHAN AGAR TIADA DENDAM DI HATI Haikal percaya uminya sudah akur akan ketentuan Allah yang darah yang

mengalir dalam dirinya ialah darah Abdullah Kayan.

3. KITA PERLU BERFIKIRAN POSITIF AGAR TERUS MENGECAPI KEJAYAAN Haikal menanam azam untuk mencipta nama sehebat arwah ayahnya agar Aksara

impian arwah ayahnya menjadi kenyataan. Haikal terus berazam untuk mengenali Swee Hwa atau Ai Ling dalam manuskrip

lama ayahnya.

LATAR

91

91Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

LATAR TEMPAT

1.BUMI KENYALANGTEMPAT HAIKAL MELANJUTKAN PELAJARAN DI SEBUAH UNIVERSITI

Haikal teringat akan Ratna Haikal berasa gembira uminya telah dapat merestui hasratnya mengikut jejak

seni arwah ayahnya Haikal melihat Swee Hwa menangis ketika Haikal melangkah meninggalkan

Kampung Seri Purnama. Tauke Ong meminta Haikal pulang semula ke kampung Seri Purnama sambil

meyakinkan Haikal ada orang yang akan merinduinya. Haikal teringat kata-kata Pak Ci Bakar agar merebut peluang mengenali Swee

Hwa sementara masih ada d Kampung Seri Purnama. Haikal berazam menghidupkan semula Aksara Haikal menyimpan kemas manuskrip lama tanpa judul milik arwah ayahnya

LATAR MASA

1. MALAM

Haikal menerima pesanan ringkas SMS daripada Swee Hwa Haikal memberitahu Swee Hwa dia akan terus menjejaki Swee Hwa jika benar

Swee Hwa ialah Ai Ling seperti dalam manuskrip lama ayahnya.

LATAR MASYARAKAT

PELAJAR UNIVERSITI Haikal menuntut di sebuah universiti di Bumi Kenyalang.

92

92Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

93

93Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016

94

94Analisis NOVELSILIR DAKSINANormarjana IbrahimZaleha Masiman jANUARI 2016