21
Jawapan mestilahberdasarkan salah sebuah novel yang anda kaji di Tingkatan 1, Tingkatan 2 atau Tingkatan 3. Soalan Huraikan tiga latar tempat beserta peristiwa yang berlaku di tempat-tempat yang anda nyatakan itu. Jawapan: Novel yang saya kaji ialah Kapten Hassan Wira Bangsa karya Haron Johari. Latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah Kampung Sega yang terletak di Daerah Kuala Sawah, rantau. Di sini terdapat sebuah pondok, iaitu Sekolah Pengajuan Pondok Kampung Sega. Hassan belajar di sekolah ini sebelum pendudukan Jepun. Latar tempat yang kedua ialah Ladang Getah Waterfall. Di sini Kapten Hassan bertempur dengan komunis yang merancang mengagalkan sambutan kemerdekaan. Batu 8, Jalan Jelebu juga merupakan latar tempat yang terdapat dalam novel ini. Di sini telah berlaku pembunuhan terhadap keluarga Hassan oleh Kumpulan Bintang Tiga. Soalan Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut. Jawapan: Berdasarkan novel yang saya kaji, iaitu novel Merdeka! Merdeka! Karya Abdul Rahman Hanafiah, terdapat pelbagai unsur pengajaran yang dapat diambil ikhtibar. Kita mestilah mempunyai semangat cinta akan tanah air. Sifat ini ditonjolkan oleh watak Kudin dan rakan- rakannya yang sanggup berjuang mempertahankan tanak air daripada pengganas komunis. Kita juga mestilah mempunyai sifat bekerjasama dalam mencapai sesuatu matlamat, contohnya penduduk kampung Teras Jernag bekerjasama membina kubu bagi menentang pengganas komunis. Pengajaran seterusnya ialah kita mestilah mempunyai sifat berani dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air.

Contoh Soalan Komsas

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Contoh Soalan Komsas

Jawapan mestilahberdasarkan salah sebuah novel yang anda kaji di Tingkatan 1, Tingkatan 2 atau Tingkatan 3.

SoalanHuraikan tiga latar tempat beserta peristiwa yang berlaku di tempat-tempat yang anda nyatakan itu.

Jawapan: Novel yang saya kaji ialah Kapten Hassan Wira Bangsa karya Haron Johari. Latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah Kampung Sega yang terletak di Daerah Kuala Sawah, rantau. Di sini terdapat sebuah pondok, iaitu Sekolah Pengajuan Pondok Kampung Sega. Hassan belajar di sekolah ini sebelum pendudukan Jepun. Latar tempat yang kedua ialah Ladang Getah Waterfall. Di sini Kapten Hassan bertempur dengan komunis yang merancang mengagalkan sambutan kemerdekaan. Batu 8, Jalan Jelebu juga merupakan latar tempat yang terdapat dalam novel ini. Di sini telah berlaku pembunuhan terhadap keluarga Hassan oleh Kumpulan Bintang Tiga.

SoalanHuraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut.

Jawapan:Berdasarkan novel yang saya kaji, iaitu novel Merdeka! Merdeka! Karya Abdul Rahman Hanafiah, terdapat pelbagai unsur pengajaran yang dapat diambil ikhtibar. Kita mestilah mempunyai semangat cinta akan tanah air. Sifat ini ditonjolkan oleh watak Kudin dan rakan-rakannya yang sanggup berjuang mempertahankan tanak air daripada pengganas komunis. Kita juga mestilah mempunyai sifat bekerjasama dalam mencapai sesuatu matlamat, contohnya penduduk kampung Teras Jernag bekerjasama membina kubu bagi menentang pengganas komunis. Pengajaran seterusnya ialah kita mestilah mempunyai sifat berani dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Umpamanya, Kudin yang baru berusia 15 tahun, tetapi beliau berani berucap dalam perhimpunan di Padang Kelab Sultan Sulaiman.

Page 2: Contoh Soalan Komsas

Soalan

Pengajaran

Huraikan persamaan pengajaran diatas dalam mana-mana dua novel yang anda kaji.

Jawapan.Novel yang saya kaji di Tingkatan 1 ialah novel Aku Anak Timur karya Siti Aminah Hj. Yusof manakala di tingkatan 2 ialah Kapten Hasan Wira Bangsa. Kita mestilah cinta akan tanah air. Dalam Novel Aku Anak Timur Zarina amat marah apabila masyarakat di Belanda tidak mngenali Malaysia tetapi lebih mengetahui tentang Singapura. Dalam novel kapten Hassan Wira Bangsa pula peristiwa yang berlaku ialah ialah Kapten Hassan menjadi anggota tentera untuk mempertahankan negara daripada ancaman komunis. Kita haruslah berani mempertahankan maruah. Hal ini diceritakan dalam novel Aku Anak Timur apabila Zarina berani melarikan diri dari majlis hari jadi Niek demi mempertahankan maruah diri , manakala dalam Novel Kapten Hssan Wira Bangsa, Kapten Hassan menunjukkan keberanian apabila beliau berjaya membunuh 40 orang komunis demi mempertahankan maruah negara.

SoalanHuraikan pengajaran yang terdapat dalan salah sebuah novel tersebut.

Jawapan.Novel yang saya kaji ialah ”Aku Anak Timur” karya Siti Aminah Hj. Yusuf. Pengajaran yang diperoleh daripada novel tersebut ialah kita mestilah mendengar nasihat dan ajaran ibu bapa. Zarina hampir diperkosa oleh kawan Niek semasa menghadiri majlis hari jadi rakan Niek lantaran tidak menasihat ibu bapanya.

Selain itu, kita hendaklah saling bermaafan. Pengajaran ni dibuktikan apabila ibu bapa Zarina telah memaafkan kesilapannya.

Di samping itu kita hendaklah mengamalkan adat ketimuran. Encik Ali menghalang pergaulan bebas antara Zarina dengan Niek.

cinta akan tanah airberani mempertahankan maruah

Page 3: Contoh Soalan Komsas

Soalan ;Huraikan maksud tema dan terangkan tema yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

Novel kajian saya ialah Novel Merdeka! Merdeka!, Karya A.Rahman Hanafiah.Tema ialah persoalan pokok yang disampaikan oleh pengarang dalam sesebuah novel.Novel ini bertemakan perjuangan membebaskan Negara daripada ancaman pengganas dan penjajahan Inggeris yang menyebabkan ramai yang hidup menderita.Kudin dan Datuk Onn mempengaruhi rakyat tempatan supaya berjuang menentang Malayan Union.Perjuangan Kudin dan Datuk Onn akhirnya membuahkan hasil apabila Malayan Union dibubarkan oleh pihak Inggeris.

Soalan ;Persoalan merupakan tema sampingan yang hendak disampaikan oleh pengarang.Berdasarkan novel yang anda pelajari,berikan tiga persoalan .

Novel yang telah saya pelajari semasa di tingkatan tiga ialah novel Merdeka! Merdeka! Hasil karya A.Rahman Hanafiah.Persoalan yang terdapat didalam novel ini adalah sikap berani menentang keganasan dan penjajahan.Hal ini,dapat dilihat semasa Kudin,Datuk Onn dan seluruh rakyat Tanah Melayu menentang Malayan Union.Mempertahankan maruah bangsa dan negera adalah salah satu persoalan yang terdapat di dalam novel ini.Hal ini dapat dibuktikan melalui semangat penduduk Tanah Melayu untuk menentang penjajahan Inggeris. Penjajahan hanya mendatangkan kesusahan kepada rakyat.Perkara ini dapat dibuktikan dengan penderitaan yang dialami oleh penduduk Tanah Melayu semasa penjajahan Inggeris.

Soalan:Watak memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Nyatakan watak utama dalam novel yang telah anda pelajari dan jelaskan perwatakkannya.

Tajuk novel yang saya kaji ialah “Merdeka! Merdeka!” karya Rahman Hanafiah. Watak utama dalam novel ini ialah Kudin. Kudin berumur lima belas tahun iaitu anak tunggal kepada sepasang suami isteri Pak Awang dan Mak Bibah. Kudin tinggal di Kampung Teras Jernang. Dia adalah seorang pemuda yang berambut kerinting, berbadan gempal dan bermuka bulat. Dia tidak meneruskan persekolahnya kerana keadaan tidak stabil. Dia juga memiliki jiwa yang penyayang, patuh serta hormat kepada ibu bapa. Dia juga memiliki cita-cita untuk menjadi seorang ahli politik seperti Dato Onn Jaafar.

Soalan:Kemukakan tiga nilai murni berserta contoh berdasarkan novel yang anda kaji.

Jawapan:Nilai murni yang terdapat dalam novel “Merdeka! Merdeka!” adalah kerjasama. Contohnya ialah Kudin dan Bustam bersama-sama melindungi kubu yang berada berhampiran dengan sungai. Dia juga memiliki sifat cintakan negara kerana ingin menuntut kemerdekaan dan menghalang Malayan Union. Dia juga mempunyai sifat berani melindungi Kampungnya daripada diceroboh oleh Komunis walaupun usianya masih muda lagi

Soalan:Berdasarkan novel yang anda kaji,berikan satu contoh peristiwa untuk menerangkan setiap pengajaran yang disenaraikan di bawah.

Bagi pengajaran yang pertama iaitu kita hendaklah mencintai negara kita,contoh peristiwa bagi pengajaran ini ialah ketika keluarga Pak Awang memiliki semangat tersebut hingga rela berjuang untuk kemerdekaan Tanah Melayu.Pengajaran yang kedua iaitu,kita hendaklah menyayangi keluarga kita,contoh peristiwa dapat dibuktikan oleh ibu Kudin yang sanggup bekerja menjual kuih-muih demi menampung nafkah hidup dan juga membantu pejuang

Page 4: Contoh Soalan Komsas

kemerdekaan.Selain itu,pengajaran terakhir iaitu mestilah bekerjasama demi mencapai matlamat,contoh ini dapat dibuktikan ketika orang Melayu bekerjasama di bawah pimpinan Datuk Onn untuk menentang Malayan Union.

Soalan:Berdasarkan novel yang anda kaji,kemukakan dua contoh konflik yang dialami oleh watak utama tersebut.

Jawapan: Watak utama dalam novel ini ialah Kudin. Berdasarkan novel yang telah saya kaji,iaitu novel Merdeka!Merdeka!,dua contoh konflik yang dialami oleh watak utama tersebut ialah ketika Bustam iaitu rakannya diculik oleh pengganas komunis.Bustam diculik ketika Kudin dan Ibrahim menghadiri Persidangan Kongres Agung di Kuala Lumpur.Selain itu,konflik yang dialami oleh Kudin juga merupakan watak utama dalam novel ini ialah ketika kematian bapa Kudin.Hal ini menimbulkan konflik dalam diri beliau.Bapa Kudin telah dibunuh oleh pengganas komunis ketika Kudin dan Ibrahim terpaksa pergi ke Kuala Lumpur kerana telah diamanahkan untuk menyampaikan ucapan dalam perhimpunan agung tersebut.

SOALAN :Latar tempat merujuk kepada kawasan sesuatu peristiwa dalam novel itu berlaku. Berikan tiga contoh latar tempat beserta dengan peristiwa yang berlaku berdasarkan novel yang anda kaji.

JAWAPAN :

Berdasarkan novel yang telah saya kaji di tingkatan 3 iaitu merdeka! Merdeka! Karya A. Rahman Hanafiah. Berdasarkan novel tersebut latar tempat yang terdapat di dalamnya adalah seperti berikut.Latar tempat yang pertama ialah Kampung Teras Jernang, iaitu tempat kelahiran Kudin telah menjadi sasaran pengganas komunis.Kampung ini didiami oleh penduduk yang bersemangat politik.Latar tempat yang kedua ialah Bangunan Kelab Sultan Sulaiman,Kuala Lumpur yang menjadi tempat perhimpunan persatuan – persatuan melayu untuk bermesyuarat dan mengadakan kongres peringkat kebangsaan.Latar tempat yang ketiga ialah di Hotel Stesen dan kawasan sekitarnya merupakan tempat orang melayu mengadakan tunjuk perasaan menentang Malayan Union dan mencuba untuk memujuk raja dan memulaukan perasmian Malayan Union.

Soalan:Berdasarkan Novel Merdeka!Merdeka! jelaskan tiga contoh latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang anda pelajari

Jawapan: Berdasarkan novel Merdeka!Merdeka! yang telah saya pelajari tiga contoh latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut ialah masyarakat kampung iaitu masyarakat Kampung jernag yang terdiri daripada orang melayu .Kebanyakannya adalah pesawah padi,menjual kuih-muih dan ada jua yang berkerja dengan Kerajaan Inggeris.Yang kedua ialah masyarakat yang bersepadu padu dalam menghadapi ancamam pengganas.ia dapat dilihat ketika golongan pemuda menggali kubu pertahanan untuk menyerang musuh dan mereka bergilir-gilir mengawal dan meronda di kawasan kampung tersebut.terakhir sekali ialah masayarakat yang berjiwa patriotik yang berjuang untuk membebaskan tanah air daripada cengkaman pangganas .Contohnya ,Kudin dan Dato’ Onn berusaha menentang penubuhan Malayan Union sehingga ia dibubarkan oleh Kerajaan Inggeris.

Soalan:Nyatakan tiga latar masa yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

Page 5: Contoh Soalan Komsas

Kisah dalam novel ini berlaku pada zaman penjajahan Inggeris, iaitu selepas Perang Dunia Kedua . jangka masa cerita ini berlaku lebih kurang 2 bulan sahaja iaitu pada awal tahun 1946 hingga 1 april 1946 pada 1 hingga 4 mac 1946 berlaku perhimpunan raksasa iaitu perhimpunan Kongres Kebangsaan. 1 april 1946 berlaku tunjuk perasaan dikalangan orang melayu yang menentang Malayan Union.

SOALAN:Nyatakan tiga peristiwa yang memberikan kesan kepada anda sebagai pembaca dalam novel yang anda pelajari.

JAWAPAN: Novel yang saya kaji ialah novel Merdeka!Merdeka! karya A.Rahman Hanafiah. Peristiwa yang memberi kesan kepada saya sebagai pembaca ialah seperti Kudin mewakili pemuda dalam persatuan pahlawan kemerdekaan dan diberikan kepercayaan memberikan ucapan dalam persidangan kongres Agung di Kuala Lumpur.Peristiwa yang kedua ialah Datuk Onn berjaya mempengaruhi orang melayu supaya menentang Malayan Union.Manakala peristiwa seterusnya ialah Raja-raja melayu memulaukan Malayan Union.JAWAPAN: Novel yang saya kaji ialah novel Merdeka!Merdeka! karya A.Rahman Hanafiah. Peristiwa yang memberi kesan kepada saya sebagai pembaca ialah seperti Kudin mewakili pemuda dalam persatuan pahlawan kemerdekaan dan diberikan kepercayaan memberikan ucapan dalam persidangan kongres Agung di Kuala Lumpur.Peristiwa yang kedua ialah Datuk Onn berjaya mempengaruhi orang melayu supaya menentang Malayan Union.Manakala peristiwa seterusnya ialah Raja-raja melayu memulaukan Malayan Union.

SOALAN:Jelaskan maksud watak protagonis dan terangkan satu watak protagonis berdasarkan novel yang anda kaji.

JAWAPAN:Watak protagonis ialah watak baik yang terdiri daripada watak utama atau watak

sampingan yang membantu watak utama tersebut.Berdasarkan novel Merdeka!Merdeka! yang telah saya kaji,watak protagonist yang terdapat dalam novel tersebut ialah Kudin. Dia merupakan seorang pemuda Kampung Teras Jernang.Dia berusia 15 tahun tetapi tidak meneruskan persekolahan kerana keadaan tidak stabil. Namun begitu dia mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu untuk menjadi seorang ahli politik.Dia memiliki jiwa yang penyayang dan patuh kepada kedua ibu bapanya.

Soalan:Berdasarkan novel yang telah anda kaji nyatakan sinopsis tentang novel tersebut.

Jawapan:Berdasarkan novel MERDEKA! MERDEKA! Saya mendapati bahawa novel ini

mengisahkan tentang perjuagan orang Melayu yang diwakili oleh golongan muda untuk membebaskan tanah air daripada pengganas dan penjajah. Keganasan kominis menyebabkan banyak penduduk kampung dibunuh. Datuk Onn dan Kudin berusaha mempengaruhi orang-orang melayu supaya menentang Malayan Union, Raja- raja melayu turut memulaukan majlis perasmian Malayan Union.

Page 6: Contoh Soalan Komsas

SOALAN:Berdasarkan novel Merdeka! Merdeka!, nyatakan satu watak sampingan dan tiga perwatakannya.

Watak sampingan dalam novel ini ialah Mak Bibah. Mak Bibah merupakan ibu kepada Kudin dan isteri kepada Pak Awang. Beliau merupakan seorang ibu yang bertangungjawab. Dengan tulang empat keratnya, beliau berusaha mencari wang untuk kegunaan seharian setelah Pak Awang meletak jawatan. Beliau juga merupakan seorang yang penyayang, sebagai contoh Mak Bibah tidak sanggup melepaskan kudin pergi tinggal di Kuala Lumpur bersama-sama dengan Datuk Onn. Selain itu, Mak bibah juga seorang yang rajin. Beliau membuat kuih-muih untuk dijual bagi menambah pendapatanya.

Soalan:Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan contoh peristiwa yang dapat menggambarkan nilai –nilai murni.

Jawapan:Berdasarkan novel yang telah saya pelajari , nilai murni yang dapat saya ambil dari novel ini ialah kerjasama.Hal ini dapat diketahui melalui peristiwa Kudin dan penduduk kampung bekerjasama membina benteng pertahanan di hutan Kampung Teras Jernang.Mereka sanggup berpenat lelah untuk menyiapkan kubu pertahanan bagi mengelakkan serangan musuh yang akan memusnahkan kampung mereka. Dalam novel ini juga terdapat nilai cinta akan negara.Hal ini dapat diketahui semasa Kudin membuat ucapan di Padang Kelab Sultan Sulaiman.Kudin begitu bersemangat ketika memberi ucapan walaupun dia telah kematian ayahnya.Selain itu novel ini juga memaparkan sikap tanggungjawab yang dapat dilihat melalui sifat Mak Bibah yang sanggup bersusah payah menjual kuih untuk mencari rezeki untuk mereka sekeluarga.

SOALAN:Jelaskan maksud watak protagonis dan terangkan satu watak protagonis berdasarkan novel yang anda kaji.

JAWAPAN:Watak protagonis ialah watak baik yang terdiri daripada watak utama atau watak

sampingan yang membantu watak utama tersebut.Berdasarkan novel Merdeka!Merdeka! yang telah saya kaji,watak protagonist yang terdapat dalam novel tersebut ialah Kudin. Dia merupakan seorang pemuda Kampung Teras Jernang.Dia berusia 15 tahun tetapi tidak meneruskan persekolahan kerana keadaan tidak stabil. Namun begitu dia mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu untuk menjadi seorang ahli politik.Dia memiliki jiwa yang penyayang dan patuh kepada kedua ibu bapanya.

Page 7: Contoh Soalan Komsas

Jawab soalan yang berikut. Jawapan hendaklah berdasarkan sebuah novel yang anda kaji daripada novel-novel yang berikut.

i. Aku anak timur, karya Siti aminah Haji Yusuf.ii. Kapten hassan Wira Bangsa, karya Harun Johari.iii. Merdeka ! Merdeka! , karya A. Rahman Hanafiah.

Jelaskan tiga nilai yang terdapat dalam novel yang anda kaji

Jawapan

Novel yang saya kaji ialah Merdeka! Merdeka! Karya A.Rahman HanafiahNilai yang terdapat dalam novel tersebut ialah cinta akan tanah air. Hal ini diperlihatkan melalui watak Pak Awang, Kudin, Dato’ Onn dan beberapa orang lain yang sanggup berjuang dan berkorban demi negara tercinta.

Selain itu, nilai keberanian juga terdapat dalam novel ini. Contohnya, Kudin dan rakan-rakannya berani mempertahankan kampung mereka daripada ancaman pengganas komunis yang cuba menguasai kampung mereka iaitu kampung Teras Jernang.

Semangat kerjasama juga merupakan antara nilai ynag terdapat dalam novel ini. Sikap ini ditonjolkan melalui tindakan penduduk kampung Teras Jernang yang bekerjasama membina kubu untuk mempertahankan kampung mereka daripada ancaman komunis.Selain itu, semangat kerjasama ini juga dapat dilihat melalui peristiwa Pak Awang bersama-sama penduduk kampung masuk ke hutan mencari Bustam yang telah diculik oleh pengganas komunis.

Page 8: Contoh Soalan Komsas

Nyatakan persamaan nilai yang terdapat dalam novel-novel tersebut.

JawapanNilai yang terdapat dalam novel kapten Hassan Wira bangsa dan Merdeka! Merdeka! Ialah semangat patriotic. Nilai ini diperlihatkan menerusi watak Kapten hassan yang berjuang bermati-matian menentang pengganas komunis. Nilai ini juga wujud dalam novel Merdeka! Merdeka! Melalui watak Kudin yang sanggup berjuang untuk mempertahankan kampong Teras Jernang daripada jatuh ke tangan pihak musuh, iaitu pengganas komunis.

Nilai yang kedua ialah nilai ketabahan. Dalam novel Kapten Hassan sifat tabah ini diperlihatkan tatkala kapten hassan menerima berita kematian ahli keluarganya yang dibunuh oleh pengganas komunis. Dalam novel Merdeka! Merdeka!, Kudin tabah menerima berita kematian ayahnya, pak awing yang mati dibunuh oleh pengganas semasa dia masuk ke hutan untuk mencari Bustam.

Nilai yang seterusnya ialah nilai tanggungjawab. Hal ini jelas diperlihatkan menerusi watak Kapten hassan sendiri yang sanggup mengetepikan kepentingan peribadi(sibuk mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan kenaikan pangkat) kerana menerima arahan untuk menjalani operasi di dalam hutan. Dalam novel Merdeka! Merdeka! Pula, nilai ini terdapat melalui watak pak awing selaku pengasas Persatuan pahlawan Kemerdekaan(PPK) yang bertanggungjawab atas kehilangan Bustam dan berusaha mencarinya.

Bandingkan latar masyarakat dalam kedua-dua novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah ‘Kapten Hassan Wira Bangsa’ karya Harun Johari dan Novel ‘Merdeka! Merdeka!’ karya A. Rahman Hanafiah.

Latar masyarakat dalam kedua-dua novel tersebut digambarkan sebagai masyarakat yang berani berjuang menentang komunis. Dalam novel Kapten Hassan Wira Bangsa, Kapten Hassan dengan platun 12 sanggup berjuang menentang pengganas komunis. Manakala dalam novel Merdeka! Merdeka!, Kudin bersama dengan penduduk Kampung Teras Jernang berani bertempur dengan pengganas komunis.

Selain itu, masyarakat dalam kedua-dua novel tersebut juga hidup bersatu padu dalam menghadapi ancaman pengganas komunis, contohnya dalam novel Kapten Hassan , penduduk bersama-sama menunaikan solat hajat bersama-sama dengan harapan pihak pengganas membebaskan datuk Hassan. Dalam novel !Merdeka! Merdeka! pula, penduduk Kampung Teras Jernang bersama-sama membina kubu pertahanan bagi menghalang ancaman dan serangan komunis.

Latar masyarakat dalam kedua-dua novel tersebut ialah masyarakat kampong.. Dalam novel Kapten Hassan, penduduk Kampung Pantai yang majoritinya orang Melayu yang hanya bekerja sendiri. Dalam novel Merdeka! Merdeka pula penduduk Kampug Teras Jernang terdiri daripada orang Melayu juga yang bekerja sebagai pesawah padi.

Page 9: Contoh Soalan Komsas

Soalan

Watak dan perwatakan merupakan unsur penting dalam sesebuah novel.Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan persamaan perwatakan watak utama berdasarkan ciri-ciri berikut:

Jawapan:

Dua novel yang saya kaji ialah Kapten Hassan Wira Bangsa dan Aku Anak Timur. Dalam novel Aku Anak Timur, watak utamanya ialah Zarina yang mempunyai semangat patriotik. Sebagai contoh, Zarina memarahi Niek Van Hoeve kerana tidak mengenali Malaysia tetapi lebih mengenali Singapura. Sementara itu, dalam novel Kapten Hassan Wira Bangsa, watak utamanya iaitu Kapten Hassan juga mempunyai semangat patriotik. Beliau sanggup berjuang bermati-matian mempertahankan negara daripada ancaman komunis. Selain semangat patriotik, kedua-dua watak ini juga mempunyai sifat berani, iaitu Zarina berani pulang ke rumah seorang diri selepas berjaya melepaskan diri daripada diperkosa oleh rakan Niek., manakala Kapten Hassan pula berani menentang pengganas komunis dan berjaya membunuh seramai 54 orang demi negara tercinta. Kedua-dua watak ini juga mempunyai sifat penyayang. Sebagai contoh, Zarina sayang akan keluarganya. Dia berasa cemas semasa adiknya hilang di kedai menjual bunga. Kapten Hassan pula amat menyayangi keluarganya dan bertekad untuk berjuang menentang komunis apabila ahli keluarganya dibunuh oleh pengganas komunis.

Ciri – ciri perwatakan watak utama

Semangat patriotik

Berani Penyayang

Page 10: Contoh Soalan Komsas

Soalan.

Huraikan perwatakan watak utama berdasarkan salah satu novel yang anda kaji.

Jawapan.

Novel yang saya kaji ialah Merdeka! Merdeka!. Watak utama dalam novel ini ialah Kudin.Kudin seorang yang bersemangat patriotik. Sebagai contohnya, dia bersama-sama penduduk kampung membina kubu pertahanan bagi melindungi kampung mereka daripada ancaman dan serangan pengganas komunis kerana sangat cinta akan negara. Kudin juga seorang yang bertanggungjawab. Buktinya, dia sanggup menerima dan melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya untuk menyampaikan ucapan dalam persidangan di Kuala Lumpur walaupun beliau menerima berita kematian bapanya. Sifat sabar Kudin terserlah dalam novel ini. Ketika beliau menerima berita kematian ayahnya, Kudin menerima berita tesebut dengan tenang. Kudin juga seorang yang berani. Beliau berani masuk ke hutan bersama-sama orang kampung untuk menentang pengganas komunis.

Jawapan:

Dalam novel Kapten Hassan Wira Bangsa, watak utamanya iaitu Kapten Hassan merupakan seorang yang penyayang. Beliau sangat menyayangi isteri dan keluarganya yang mati dibunuh oleh pengganas komunis. Beliau bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian ahli keluarganya. Kapten Hassan juga seorang yang gigih.Beliau amat gigih menuntut ilmu mempertahankan diri dan kebatinan sebagai pelengkap untuk membebaskan tanah air daripada cengkaman komunis. Kapten Hassan juga seorang yang berani. Dia berani menentang komunis dan berjaya membunuh seramai 54 orang pengganas komunis.

Jawapan:

Dalam novel Aku Anak Timur, watak utama ialah Zarina. Zarina seorang yang mempunyai semangat patriotik. Sebagai contoh, Zarina memarahi Niek Van Hoeve kerana tidak mengenali Malaysia tetapi lebih mengenali Singapura. Zarina juga seorang yang berani kerana dia berani pulang ke rumah seorang diri selepas berjaya melepaskan diri daripada diperkosa oleh rakan Niek. Zarina mempunyai sifat penyayang. Sebagai contoh, beliau amat menyayangi keluarganya. Dia berasa amat cemas apabila adiknya hilang di tempat menjual bunga.

Page 11: Contoh Soalan Komsas

Soalan.

Berdasarkan novel dalam tingkatan 2 dan 3, bandingkan pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut.

Jawapan.

Berdasarkan novel Kapten Hassan Wira Bangsa yang yang saya kaji dalam tingkatan 2 dan novel Merdeka! Merdeka! Dalam tingkatan 3. Pengajaran yang kita peroleh antaranya ialah kita mestilah memiliki sifat berani dalam menghadapi segala cabaran menentang musuh negara. Sifat berani yang ditunjukkan Kapten Hassan Wira Bangsa semasa beliau berjuang menentang komunis. Dalam novel Merdeka! Merdeka! pula, kita dapat melihat sifat keberanian yang dimiliki oleh Kudin ketika menentang Bintang Tiga dalam usaha mempertahankan kampungnya daripada serangan pengganas. Selain itu, kita haruslah patuh kepada arahan .Hal ini jelas dilihat melalui watak Hassan yang patuh kepada arahan pegawai atasannya supaya mencari bangkai pesawat di Bukit Tinggi. Dalam novel Merdeka! Merdeka! pula, Kudin sentiasa menurut dan patuh akan arahan ketua Kampung Teras Jernang. Seterusnya , kita mestilah mempunyai sifat cinta akan negara. Sifat ini jelas dilihat pada diri Kapten Hassan yang sanggup menggadai nyawa demi mempertahankan tanah air tercinta. Dalam novel Merdeka! Merdeka! Kudin memperlihatkan sifat ini ketika beliau dan rakan-rakannya bekerjasama membina kubu bagi mempertahankan kampungnya daripada diserang oleh kumpulan Bintang Tiga.

Berdasarkan novel yang anda kaji di tingkatan 2, huraikan pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut.

Berdasarkan novel yang saya kaji, antara pengajaran yang boleh kita ambil ialah kita hendaklah patuh kepada perintah Allah. Sebagai contohnya, Kapten Hassan tidak pernah meninggalkan sembahyang walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Page 12: Contoh Soalan Komsas

Selain itu, kita mesta mempunyai sifat cinta akan tanah air, contohnya Kapten Hassan sangup berjuang menentang pengganas komunis demi mempertahankan tanah air yang tercinta.

Kita juga harus memiliki sifat sabar dan tabah alammengharungi segala cabaran. Contohnya, Kapten Hassan tetap sabar da tabah dalam mengharungi segala cabaran walaupun ahi keluarganya dibunuh oleh komunis.

Huraikan latar tempat bersama peristiwa dalam ketiga-tiga novel yang telah anda kaji.

Contoh Jawapan

Novel yang saya kaji ialah Aku Anak Timur. karya Siti Aminah Hj Yusuf, Kapten Hassan Wira Bangsa, karya Harun Johari dan Merdeka! Merdeka!, karya A. Rahman Hanafiah.

Latar tempat yang terdapat dalam novel Aku Anak Timur ialah Universiti Leiden yang terletak di Belanda.. Universiti tersebut merupakan tempat bertugas En. Ali iaitu ayah Zarina.

Sementara itu, dalam novel Kapten Hassan Wira Bangsa pula, latar tempatnya ialah Kampung Sega yang terletak di daerah Kuala Sawah, Rantau. Di sini terdapat sebuah sekolah pondok, iaitu Sekolah Pengajian Pondok Kampung Sega di mana Hassan pernah belajar di sekolah ini sebelum pendudukan Jepun.

Selain itu, dalam novel Merdeka! Merdeka! pula latar tempatnya ialah Kampung Teras Jernang. Kudin dan rakan-rakannya berjuang mati-matian menentang ancaman pengganas komunis di kampong ini.

Page 13: Contoh Soalan Komsas

Berdasarkan novel tingkatan 2 dan tingkatan 3, huraikan persamaan dari segi tema dan persoalan yang terdapat dalam novel tersebut.

Jawapan

Dua buah novel yang saya pilih ialah novel Kapten Hassan Wira Bangsa dan novel Merdeka! Mereka!. Dalam novel tersebut terdapat persamaan dari segi tema dan persoalan. Novel-novel ini memaparkan tema tentang semangat perjuangan orang-orang Melayu menentang musuh negara. Kedua-dua novel ini juga mempunyai persamaan dari segi persoalan iaitu semangat cinta akan tanah air. Berdasarkan novel Merdeka! Merdeka1, Pak Awang sanggup berhenti kerja dengan Tuan White sebagai kerani rendah hanya kerana tidak mahu menjadi tali barut Inggeris. Manakala dalam novel Kapten Hassan Wira Bangsa, Hassan sanggup menyertai angkatan tentera demi mempertahankan tanah air daripada dikuasai oleh Bintang Tiga. Seterusnya, persoalan yang kedua ialah tentang keberanian menentang musuh negara. Dalam novel Merdeka! Merdeka!, Kudin dan rakan-rakannya berani menentang pengganas komunis walaupun mereka tidak mempunyai senjata yang mencukupi. Kudin pula pada ketika itu baru berusia 15 tahun.

Page 14: Contoh Soalan Komsas

Soalan:1. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, sama ada di tingkatan 1,2 atau 3. bandingkan pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut.2. Berdasarkan mana-mana novel yang anda kaji sama ada di tingkatan 1,2

atau tiga, huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel yang saya kaji semasa di Tingkatan 1 ialah Aku Anak Timur karya Siti Aminah bt Yusuf. Pengajaran yang terdapat dalam novel ini ialah kita hendaklah mendengar nasihat ibu bapa. Zarina tidak mendengar nasihat ibu bapanya agar tidak berkawan dengan Niek, akibatnya dia hampir diperkosa ketika menghadiri majlis hari jadi bersama-sama Niek.

Selain itu, kita hendaklah cinta akan tanah air. Hal ini diperlihatkan melalui watak Zarina yang sangat marah kepada orang Barat yang tiak mengetahui kedudukan negara Malaysia. Di samping itu, kita hendaklah menghormati jiran tetangga. Puan Ros menutup tingkap untuk mengelakkan bau masakannya mengganggu jirannya yang kurang senang dengan bau masakan orang Timur.

Seterusnya, kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain. Zarina memaafkan Niek yang telah membawanya ke parti hingga menyebabkan dia hampir diperkosa.

Berdasarkan novel yang saya kaji di Tingkatan 2, kapten Hassan Wira Bangsa hasil karya Harun Johari terdapat beberapa pengajaran yang boleh diambil iaitu kita hendaklah berani menentang musuh. Hal ini boleh dirujuk kepada Kapten Hassan yang berani menentang pengganas Komunis semasa menyertai pasukan tentera.

Di samping itu, kita mestilah mempunyai semangat cinta akan tanah air. Contohnya, Kapten Hassan yang berjuang bermati-matian mempertahankan tanah air daripada ancaman pengganas komunis.

Selain itu, kita perlulah tabah menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Kapten Hassan masih tabah dan cekal hati walaupun isteri dan keluarganya menjadi mangsa kekejaman komunis.

Pengajaran daripada novel Merdeka! Merdeka!Novel yang saya kaji ialah Merdeka! Merdeka! Karya A. Rahman Hanafiah.

Pengajaran yang terdapat dalam novel ini ialah kita hendaklah cinta akan tanah air. Hal ini dapat dilihat dalam diri watak Kudin. Kudin bersama-sama Dato’ Onn telah menentang penubuhan Malayan Union.

Selain itu, kita mestilah mempunyai sifat bekerjasama. Contohnya, penduduk Kampung Teras Jernang bekerjasama mendirikan khemah dan menggali kubu untuk mempertahankan kampung mereka daripada serangan pengganas.

Di samping itu, kita janganlah mengkhianati bangsa dan negara. Hal ini dapat dibuktikan melalui sikap Osman dan Kassim yang sanggup menjadi tali barut Inggeris untuk kepentingan sendiri.

Perbandingan Pengajaran antara Novel Kapten Hassan Wira Bangsa dan Merdeka! Merdeka!

Saya memilih novel Kapten Hassan Wira Bangsa dan Merdeka! Merdeka! Pengajaran yang terdapat dalam kedua-dua novel ini ialah kita hendaklah cinta akan

Page 15: Contoh Soalan Komsas

tanah air. Hal ini dapat dilihat dalam diri watak Kapten Hassan dan Kudin. Kapten Hassan bermati-matian berjung mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh. Begitu juga dengan Kudin yang besama-sama Dato’ Onn menentang penubuhan Malayan Union. Di samping itu, kita perlulah tabah menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Kapten Hassan masih tabah dan cekal hati walaupun isteri dan keluarganya menjadi mangsa kekejaman komunis. Kudin juga tabah meneruskan ucapannya walaupun mengetahui ayahnya telah dibunuh oleh pengganas.

Selain itu, kita hendaklah berani menentang musuh. Hal ini boleh dirujuk kepada Kapten Hassan yang berani menentang pengganas komunis semasa menyertai pasukan tentera. Sementara itu, dalam novel Merdeka! Merdeka!, Bustaman menentang pengganas sehingga akhirnya dia mati dibunuh.