Click here to load reader

Teknik Pengajaran Komsas

  • View
    106

  • Download
    5

Embed Size (px)

Text of Teknik Pengajaran Komsas

1.0 PENDAHULUANSastera merupakan satu bidang seni kreatif di mana bahasa adalah medium pengantarnya. Sastera ditandai dengan beberapa unsur khusus yang mampu membentuk tamadun dan peradaban sesuatu masyarakat selain memperlihatkan sikap dan pandangan pengarangnya. (Arbaie et al,2008) Secara ringkasnya sastera dilengkapi dengan unsur-unsur yang berikut:S Seni bahasa yang indahA Akaliah atau sisipan ilmu dan pemikiran pengarangS Sensori atau daya sensitiviti pengarangT Tersurat & tersiratE Estetika atau keindahan dari segi bahasaR Realiti kehidupanA Alternatif

Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun. Diksi yang digunakan dapat memberi kesan penghayatan kepada pembaca. Ianya mempamerkan kepakaran dan keahlian seorang pengarang itu untuk meluahkan dan mengungkapkan makna yang difikirkan.Adunan teknik-teknik yang sesuai dan ketepatan diksimenjadikan sesebuah karya itu hidup dan bertenaga.Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dipengaruhi oleh beberapa unsur penting iaitu guru, murid, persekitaran dan bahan bantu mengajar. Namun, guru memainkan peranan penting dalam menentukan murid belajar. Teknik yang diaplikasikan oleh guru merupakan aset penting sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai atau sebaliknya. Kaedah yang menarik dan berkesan amat penting khususnya dalam mengajar subjek Bahasa Melayu.

Sehubungan dengan itu, kebanyakan murid beranggapan bahawa mengikuti pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah amat membosankan berbanding dengan mata pelajaran lain. Bagi pihak guru pula mereka berpendapat bahawa pengajaran Bahasa Melayu agak sukar untuk menarik perhatian murid. Kesannya ialah mata pelajaran Bahasa Melayu kurang diminati oleh murid dan tiada komitmen yang sewajarnya daripada guru.

2.0 KOMSASPerkataan sastera berasal daripada bahasa Sanskrit,castrayang membawa maksud kitab suci. Kesusasteraan pula membawa pengertian sebagai segala penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan, baik melalui tulisan dan pembacaan mahupun melalui lisan dan pendengaran, (Harun Mat Piah et al;2006 hlm 6). Sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang medium pengantarnya adalah bahasa. Sastera bermula dari tradisi lisan dan semakin berkembang mengikut peredaran semasa.Pernyataan ini disokong oleh M.K Danziger dan W.S Jahnson (1983:2) yang mendefinisikan sastera sebagai satu seni yang menggunakan kata-kata sama ada lisan atau bertulis. Bahkan sastera juga merangkumi semua aspek yang menggunakan bahasa yang bersifat kreatif, menurut Ismail Husein (1998:23). Ini juga ditegaskan oleh Abu Bakar Hamid (1997:13) yang memberi pengertiansastera sebagai satu seni yang bercorak intelektual dan gabungan kepuasan intelek dan kepuasan estetik.Selain daripada penggunaan bahasa-bahasa yang indah dan tersusun, sastera juga diiringidengan unsur akaliah. Dalam erti kata lain, seorang pengarang perlu memikirkan perutusan, amanat, atau lontaran idea yang ingin disampaikan atau dikongsi dan direnungi bersama oleh pembaca.(Arbaie et al,2008 hlm 1) Unsur akaliah ini merupakan langkah pertama yang perlu ditetapkan sebelum terhasilnya sesebuah karya.Dengan perutusan yang diingin disampaikan, seorang pengarang perlu mengolah dan menggabungkan serta melengkapi karyanya itu dengan daya rasa atau sensitiviti mereka. (Arbaie et al,2008 hlm 1). Untuk itu, seorang pengarang haruslah bersifat sensitif atau peka dan prihatin akan masyarakatnya. Pengamatan pengarang akan masyarakatnya dijadikan sumber asas dalam menghasilkan sesebuah karya. Kewujudan pelbagai daya rasa ini akan membangkitkan dan meninggalkan kesan perasaan kepada pembacanya. Daya rasa seperti belas simpati, benci , marah atau geram akan dihubungkaitkan dengan fenomena yang dipaparkan. Karya itu akan lebih bernilai sekiranya apa yang dipaparkan pernah dilalui atau dialami oleh pembaca.Sastera juga mempunyai unsur tersurat dan tersirat. Sastera tidak terhasil dengankekosongan.(Araie et al,2008 hlm 5). Ianya terhasil atas dorongan tertentu dengan menggunakan sumber-sumber yang terdapat di persekitaran. Penafsiran pembaca yang berencam mengundang pembaca memikirkan mesej yang ingin disampaikan. Namun tidak semua lambang yang tersurat itu memberi erti apa yang tersirat. Akan wujud makna-makna simbolik di sebalik kata-kata yang diungkapkan.Dalam kesusasteraan Melayu, pengkategorian sastera dilakukan berdasarkan zaman atau masa sesebuah hasil sastera itu dikesan atau wujud. (Arbaie et al,2008 hlm 8). Secara umumnya, pengkategorian sastera akan merujuk kepada tradisional dan moden. Sastera Melayu tradisional meliputi dua genre iaitu prosa dan puisi.

Genre prosa dan puisi moden :

Genre prosa dan puisi tradisional adalah seperti yang tersenarai:

Sastera Melayu tradisional merupakan karya-karya yang telah diwarisi secara turun-temurun. Sastera tradisional disebarluaskan melalui lisan dan memberi gambaran cara hidup atau budaya sesuatu masyarakat. Ia bersifat kolektif atau hak milik bersama. Tiada sesiapa yang tahu siapa pengarangnya dan tidak diketahui tarikh sesuatu sastera itu dihasilkan. Ianya lahir di kalangan masyarakat masa lampau dan disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi yang lain kerana pada umumnya masyarakat pada zaman tersebut masih belum mengenal huruf dan tidak tahu menulis. Penyebaran sastera Melayu tradisional juga terhad disebabkan khalayak yang terbatas dan bersifat esklusif.Oleh kerana ianya disampaikan melalui lisan, banyaklah berlakunya perubahan dan tokok tambah serta penyesuaian. Tema, latar serta watak dalam sastera tradisional berpusat kepada masyarakat yang mewarisinya dan dipandang tinggi oleh masyarakat tersebut sehinggakan karya-karya itu dianggap suci dan keramat.Sastera Melayu Moden pula mempunyai ciri-ciri yang berlainan dengan sastera Melayu tradisional. Jika sastera Melayu tradisional tersebar melalui lisan, maka sastera Melayu moden pula disebarkan melalui tulisan. Penyebaran hasil-hasil sastera yang berbentuk tulisan ini semakin berkembang dengan kehadiran mesin cetak. Penyebaran ini semakin meluas dan berjaya menembusi masyarakat pembaca yang ramai. Ini berbeza dengan sastera tradisional yang hanya diketahui oleh golongan tertentu sahaja. Jika sastera Melayu tradisional terhad kepada sesebuah masyarakat tertentu sahaja yang bersifat esklusif, sastera Melayu moden pula merupakan sebaliknya. Ianya bersifat individu atau perseorangan kerana disertakan dengan nama pengarangnya. Ianya tidak lagi bersifat kolektif atau kepunyaan umum tetapi khusus dimiliki oleh pengarangnya. Bahkan sastera Melayu moden mempunyai sistem hak cipta terpelihara. Walaupun ciri-ciri sastera tradisional dan moden ini bertentangan, namun masih terdapat persamaan dari segi fungsi sesebuah karya sastera itu dihasilkan.Kesusasteraan Melayu, khususnya komsas boleh memainkan peranan penting dalam pembentukan emosi kerana kesusasteraan Melayu yang merupakan wadah fikiran, dan perasaan yang dijalin oleh bahasa yang indah membenarkan murid-murid atau kanak-kanak sedar akan perasaan sendiri semasa mereka memikirkan perasaan orang lain.Kesusasteraan Melayu, seperti karya-karya seni yang lain bukan sahaja memukau deria rasa dan intelek peminatnya, bahkan memaparkan kehidupan, menenangkan keadaan huru-hara, menerangkan yang gelap dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah. Secara singkat hal ini bermakna bahawa unsur-unsur kesusasteraan Melayu yang dibaca oleh murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berupaya untuk membentuk dirinya agar menghormati orang lain, membina sahsiah yang elok, dan bersikap toleransi. Selain itu, nilai-nilai estetik yang diajar dalam pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dapat mendidik murid mengamalkan keperibadian yang seimbang. Proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu akan mewujudkan jati diri murid serta berilmu pengetahuan. Sebagai contoh cerpen Diari Seorang Pengawas memaparkan secara langsung dunia murid. Pengarang mengemukakan watak murid yang bertanggungjawab terhadap tugasnya, dan ia merupakan satu role model yang wajar bagi seorang murid yang menjadi pengawas di sekolah (Sehijau Warna Daun, 2002: 50).Di samping itu, proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu akan dapat memotivasikan murid untuk belajar melalui bahan-bahan yang dibaca. Dengan ini, bahan yang dibaca atau yang didengar akan menyalurkan pemikiran positif, kreatif, dan kritis dalam proses pendidikan seumur hidup. Bahan-bahan komponen kesusasteraan Melayu akan dapat menarik perhatian murid terhadap topik yang akan disampaikan. Keadaan ini akan memupuk perkembangan daya cipta atau imaginasi murid dalam proses pembelajaran secara berterusan.

3.0 TEKNIK PENGAJARAN KOMSASPelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu baru diperkenalkan pada tahun 2000, oleh itu kajian terperinci terhadap hasil perlaksanaannya masih belum banyak dilakukan oleh mana-mana penyelidik bahasa atau mana-mana ahli pendidik setakat ini. Walau bagaimanapun sudah banyak kajian serta penulisan yang berkaitan dengan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah yang telah dibuat oleh para pengkaji bahasa atau ahli-ahli akademik serta para pelajar di institusi pengajian tinggi. Othman (2001) dalam artikelnya Strategi Pengajaran Bahan Sastera Dalam Bahasa Melayu antara lain menulis, bagi mencapai keberkesanan maksimum dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, haruslah wujud perancangan atau strategi yang mantap dari pihak guru, pelajar, dan teks yang dipilih. Guru yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang 2 kesusasteraan akan membawa pengajaran di dalam kelas ke tahap yang lebih tinggi yang mendorong pelajar-pelajar melalui proses pemikiran aras tinggi (Cohen 1991). Mempelajari komsas kadang-kadang membosankan para pelajar terutama bagi mereka yang kurang meminati bidang