25
KOMSAS CIKGU SUGUZ Probably Malaysia’s most creative BM coach ! more than 750,000 views on youtube.com/cikgusuguz Last Minute Input BM SPM 2016

Komsas nota 2016

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Komsas   nota 2016

KOMSAS

CIKG

USU

GU

ZProbably

Malaysia’s

most creativeBM

coach !

more than 750,000 view

s on youtube.com

/cikgusuguz

Last Minute Input

BM SPM

2016

Page 2: Komsas   nota 2016

TINGKATAN

4

Page 3: Komsas   nota 2016

3

[email protected] 6626 057 Cikgu Suguz [email protected]

019 6626 057 Cikgu Suguz

[email protected] 6626 057 Cikgu Suguz [email protected]

019 6626 057 Cikgu [email protected]

019 6626 057 Cikgu Suguz

1Dengarkan tuan suatu riwayat,Raja di desa Negeri Kembayat,Dikarang fakir dijadikan hikayat,Supaya menjadi tamsil ibarat.

2 Ada raja suatu negeri,Sultan halifah akas bestari,Asalnya baginda raja yang bahari,Melimpah ngadil dagang senteri.

3 Hairan orang empunya temasya,Baginda itulah raja perkasa,Sangat tiada merasai susah,Entah pada esok dan lusa.

4 Seri sultan raja bestari,Setelah ia sudah beristeri,Beberapa bulan beberapa hari,Hamillah puteri permaisuri.

5 Beberapa lamanya dalam kerajaan,Baginda duduk bersuka-sukaan,Datanglah beroleh kedukaan, Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

6 Datanglah kepada suatu masa,Melayanglah unggas dari angkasa,Unggas gurda sangat perkasa,Menjadi negeri rosak binasa.

7 Datanglah menyambar suaranya bahana,Gemparlah sekalian mulia dan hina,Seisi negeri gundah-gulana,Membawa diri ke mana-mana.

8 Baginda pun sedang dihadap orang,Mendengar gempar seperti perang,Bertitah baginda raja yang garang,“Gempar ini apakah kurang.”

Maksud Rangkap

Rangkap 1Kisah raja negeri Kembayat yang dapat dijadikan teladan.

Rangkap 2Sultannya tangkas dan bijak, cemerlang serta adil. Pedagang dan ilmuwan agama suka mengunjungi negeri Kembayat.

Rangkap 3Rakyat berasa hairan kerana raja tidak pernah ditimpa kesusahan.

Rangkap 4Setelah berkahwin, raja semakin berseri kerana permaisuri baginda telah hamil.

Rangkap 5Suatu hari, negeri Kembayat telah dilanda musibah.

Rangkap 6Burung geroda telah menyerang negeri Kembayat sehingga membawa kemusnahan.

Rangkap 7Bunyi gegak-gempita burung geroda telah menyebabkan rakyat huru-hara.

Puisi Tradisional

Syair Bidasari

Rangkap 8Raja yang berada di istana menjadi murka apabila mendengar keriuhan dan bertanyakan punca kejadian.

TemaCabaran yang dihadapi oleh seorang raja sewaktu mentadbirkan negara.

Persoalana. Kebijaksanaan memimpin sebuah kerajaan.b. Tanggungjawab seorang pemimpin.c. Kasih sayang terhadap ahli keluarga.d. Keadilan dan kesaksamaan.e. Jangka hayat dan soal kematian di tangan

Tuhan.f. Musibah yang tidak boleh diramal.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

a. Pemilihan kata atau diksi yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis. Contoh: Dengarkan tuan suatu riwayat.

b. Repetisi atau perulangan. Contoh: Beberapa bulan beberapa hari.

c. Metafora. Contoh: takhta kerajaan. d. Hiperbola. Contoh: Datangnya menyambar

suaranya bahana. e. Simile. Contoh: Mendengar gempar seperti

perang.f. Inversi. Contoh: Dengarkan tuan suatu

riwayat. (sepatutnya: Tuan dengarkan suatu riwayat).

g. Asonansi. Contoh: Baginda duduk bersuka-sukaan (perulangan bunyi vokal u).

h. Aliterasi. Contoh: Beberapa bulan beberapa hari (perulangan bunyi konsonan b).

Nilai

a. Tanggungjawab. Contohnya, Raja Negeri Kembayat yang pertama bertanggungjawab mentadbir urus negerinya dengan sempurna.

b. Ketaatan. Contohnya, seluruh rakyat Negeri Kembayat taat dan setia terhadap Raja Negeri Kembayat.

c. Kebijaksanaan. Contohnya, Raja Negeri Kembayat yang pertama bijak dan cekap memimpin rakyat.

d. Keadilan. Contohnya, Raja Negeri Kembayat yang pertama memberikan layanan yang adil dan saksama kepada rakyat termasuklah kepada dagang senteri.

Pengajaran

a. Sebagai pemimpin, kita hendaklah menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat dengan amanah.

b. Kita mestilah taat dan patuh akan perintah ketua atau pemimpin demi keharmonian organisasi.

c. Kita perlulah bijaksana dalam merangka, menyusun, dan membuat segala perancangan tugas supaya tugasan itu terhasil dengan baik dan sempurna.

d. Sebagai pemimpin, kita hendaklah melayani setiap orang dengan adil dan saksama tanpa membeza-bezakan darjat atau kedudukan seseorang.

e. Kita haruslah bersedia setiap masa bagi menghadapi sebarang ancaman musuh atau malapetaka yang tidak dijangka.

f. Kita haruslah memupuk sifat kasih yang mendalam terhadap ahli keluarga demi melahirkan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni diamanahkan.

Page 4: Komsas   nota 2016

4

[email protected] 6626 057 Cikgu Suguz [email protected]

019 6626 057 Cikgu Suguz

[email protected] 6626 057 Cikgu Suguz [email protected]

019 6626 057 Cikgu [email protected]

019 6626 057 Cikgu Suguz

Apabila terpelihara mata,Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,Daripada berjalan yang membawa rugi

Maksud Rangkap

Rangkap 1Mata dijaga agar tidak timbul keinginan yang menyimpang.

Rangkap 2Telinga dijaga agar tidak mendengar hasutan.

Rangkap 3Lidah yang dijaga akan menentukan pertuturan agar beroleh kebaikan.

Rangkap 4Tangan dijaga supaya tidak mengambil hak orang.

Rangkap 5Jika nafsu tidak dikawal, perkara tidak elok akan berlaku.

Rangkap 6Sentiasa bersemangat menempuhi kehidupan.

Rangkap 7Setiap langkah mesti diawasi agar tidak berlaku kerugian.

TemaNasihat kepada murid agar memelihara anggotadiri dan berbudi pekerti mulia.

Persoalana. Kepentingan menjaga pancaindera, iaitu

penglihatan, pendengaran, dan pertuturan dalam kehidupan sehari-hari.

b. Kepentingan menjaga nafsu makan dan nafsu syahwat.

c. Kepentingan mengawal anggota badan terutama tangan dan kaki.

d. Kepentingan menjadi individu yang berbudi pekerti mulia.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

a. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis. Contoh: Apabila terpelihara mata, sedikitlah cita-cita.

b. Bahasa kiasan. Contoh: Apabila perut sudah penuh, keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Puisi Tradisional

Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)

c. Metafora. Contoh: takhta kerajaan. d. Inversi. Contoh:

i. Nescaya dapat daripadanya faedah (sepatutnya: Nescaya dapat faedah daripadanya).

ii. Khabar yang jahat tiadalah damping (sepatutnya: Tiadalah damping dengan khabar yang jahat).

c. Asonansi. Contoh: i. Daripada segala berat dan ringan

(perulangan bunyi vokal a).ii. Apabila perut terlalu penuh. (perulangan

bunyi vokal u).iii. Keluarlah fiil yang tiada senonoh

(perulangan bunyi vokal o).iv. Di situlah banyak orang yang hilang

semangat. (perulangan bunyi vokal i).e. Aliterasi. Contoh: Nescaya dapat

daripadanya faedah. (perulangan bunyi konsonan d).

f. Jeda. (pemberhentian suara sekejap di tengah baris). Contoh: Apabila perut / sudah penuh, Keluarlah fiil / yang tiada senonoh.

Nilaia. Kesopanan. Contohnya, kita dinasihati agar

sopan mengawal pancaindera agar tidak membawa kepada kerosakan.

b. Rasional. Contohnya, kita dinasihati agar tidak menurut kehendak nafsu makan dan nafsu syahwat.

c. Kebijaksanaan. Contohnya, kita dinasibati agar bijak mengawal anggota tangan dan kaki.

d. Kegigihan. Contohnya, kita dinasihati agar sentiasa berusaha menjadi seorang yang

berakhlak terpuji dan memiliki budi pekerti yang mulia.

Pengajaran

a. Kita hendaklah mengawal anggota pancaindera kerana banyak keburukan yang akan berlaku sekiranya kita gagal mengawal pancaindera dengan baik.

b. Kita tidak boleh terlalu menurut kehendak nafsu kerana tindakan itu akan menjerumuskan kita ke lembah kehinaan.

c. Kita hendaklah bijak mengawal anggota tubuh badan supaya kehidupan menjadi lebih sejahtera.

d. Kita hendaklah berusaha menjadi seseorang yang memiliki akhlak dan budi pekerti yang mulia.

e. Kita perlulah sentiasa bermuhasabah diri sekiranya ingin menjadi lebih baik.

Page 5: Komsas   nota 2016

5

[email protected] 6626 057 Cikgu Suguz [email protected]

019 6626 057 Cikgu Suguz

[email protected] 6626 057 Cikgu Suguz [email protected]

019 6626 057 Cikgu [email protected]

019 6626 057 Cikgu Suguz

Dia lelaki bergelar perkasadengan cemeti keberanian di tanganrembat angkuhnya memacu takutmenghalau kuda-kuda di padangberebutan memburu kandang.

Rumput dan jerami yang terhidangadalah kanun janji kesetiaandimamah rakus kala lapartak peduli nasib diri setelah kenyangjadi tunggangan memburu rakan.

Dia lelaki punya kuasasesekali suaranya lebih gempitadaripada ringkik kuda sekandangpacuannya diiring seribu keberanianmeredah onak di rimba perburuanmeranduk lumpur di paya penindasansambil melibas cemeti durjana dia melampar muslihat aku penyelamat maruahberjuang atas dasar kebenaranmenentang semua kebobrokan.

Dia lelaki sang gembala kudahanya mengenal pantas tunggangantanpa membaca keletihannyadia lelaki sang gembala kudahanya tahu mengejar kehebatantanpa menghitung kesakitannyadan kuda-kuda itu ditunggangiditunggangi dan ditunggangi!

Maksud Rangkap

Rangkap 1Lelaki yang gagah sedang melibas cambuk kerana menghalau kuda-kudanya.

Rangkap 2Kuda yang kelaparan telah diberi habuan rumput dan jerami. Setelah kenyang akan terus menjadi tunggangan.

Rangkap 3Suara sang gembala kuda amat lantang sambil menunggang kuda dan melibasnya dengan cambuk. Pelbagai kesukaran ditempuhi di hutan.

Rangkap 4Sang gembala kuda hanya inginkan yang terbaik daripada kuda-kudanya tanpa menghiraukan keletihan dan kesakitan yang dialami haiwan tersebut. Kuda terus ditungganginya.

TemaKekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan tenaga haiwan yang dilakukannya terhadap kuda-kuda tunggangannya.

Persoalana. Kekuasaan mempengaruhi gaya

kepemimpinan.b. Ketegasan dalam memimpin.c. Penganiayaan terhadap haiwan.d. Kepatuhan menurut perintah.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

a. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis. Contoh: rembat angkuhnya memacu takut.

Sang Gembala Kuda (Mohd Hashim Othman)

b. Epifora. Contoh: dan kuda-kuda itu ditunggangiditunggangi dan ditunggangi!

c. Repetisi atau perulangan. Contoh: ditunggangi dan ditunggangi!

d. Metafora. Contoh: i. Rimba perburuaii. paya penindasaniii. cemeti durjana.

e. Personifikasi. Contoh: rembat angkuhnya memacu takut.

f. Penggunaan hiperbola. Contoh: dimamah rakus kala lapar.

g. Sinkope. Contoh: tak peduli nasib diri setelah kenyang.

h. Inversi. Contoh: dan kuda-kuda itu ditunggangi (sepatutnya: kuda-kuda itu ditunggangi dan).

i. Asonansi. Contoh: sesekali suaranya lebih gempita (perulangan bunyi vokal i).

j. Aliterasi. Contoh: ditunggangi dan ditunggangi! (perulangan bunyi konsonan d)

Nilaia. Tanggungjawab. Contohnya, penjaga

kuda bertanggungjawab menjaga kuda tunggangannya dengan mengurus makan dan minum dengan baik.

b. Keberanian. Contohnya, penjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai kepayahan dan rintangan sewak tu menjaga kuda-kuda itu

c. Kebijaksanaan. Contohnya, penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya ketika dia menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang.

d. Kegigihan. Contohnya, penjaga kuda gigih melaksanakan tugasnya menjaga kuda-kuda tunggangan walaupun terpaksa menggunakan kekerasan terhadap kuda-kuda itu.

Pengajaran

a. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diberikan oleh ketua.

b. Kita mestilah berani menghadapi berbagai-bagai rintangan tanpa mudah berputus asa.

c. Kita perlulah gigih berusaha dalam melaksanakan satu-satu tugas agar kejayaan dapat dikecapi akhirnya.

d. Kita sewajarnya patuh akan arahan dan suru han ketua demi keharmonian sesebuah organisasi.

Puisi Moden

Page 6: Komsas   nota 2016

6

[email protected] 6626 057 Cikgu Suguz [email protected]

019 6626 057 Cikgu Suguz

[email protected] 6626 057 Cikgu Suguz [email protected]

019 6626 057 Cikgu [email protected]

019 6626 057 Cikgu Suguz

Aku mendongak langitmembaca garis dan titikmenaakuli kebesaran-Mudi bawahnya gumpalan mega

hembusan bayu dan banjaran gunung.

Kuselusuri alamkicauan burungdesiran ombak dan wajah pelangi

mewarnai kehidupan umat-Mu.

Aku mendongak langitmembaca langitdi dalamnya pohon-pohon kayan rapuhdahan dan ranting terkulaidaun-daun berguguranhelai demi helai

di lantai tanah airku yang makmur.

Aku membaca langitkutemuibulan dan bintang menangismeratapi luka nasib bangsa.

Aku mendongak lagimenitis air mata langitmembasahi bahasa Melayukuyang berdarah.

Maksud Rangkap

Rangkap 1Penyajak merenung langit dan menilai keagungan dan kekuasaan Allah SWT.

Rangkap 2Penyajak mengamati persekitaran seperti kejadian alam, tumbuhan dan mergastua yang mencorakkan kehidupan manusia.

Rangkap 3Penyajak merenung langit dan mentafsirkannya. Masalah pohon-pohon kayu rapuh, dahan dan ranting reput serta daun-daun berguguran di negara yang makmur jelas sekali. (perbandingan untuk bahasa).

Rangkap 4Penyajak mentafsir lagi. Kelihatan bulan dan bintang sedang berduka kerana malang yang menimpa bangsa.

Rangkap 5Penyajak kembali merenung langit. Penyajak dapat rasakan bahawa langit bersedih kerana nasib bahasa Melayu yang semakin terpinggir.

TemaNasib bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan oleh anak bangsa.

Persoalana. Bahasa sebagai maruah bangsa.b. Peranan bangsa untuk mendaulatkan bahasac. Jati diri anak bangsa yang kian terancam.

d. Kesyukuran terhadap kebesaran Tuhan.

Aku Membaca Lagi (Razati Mohd. Yussof)

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

a. Penggunaan unsur perlambangan. Contoh: langit, pohon-pohon kayan, dahan, ranting, daun-daun.

b. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis. Contoh. Contoh: desiran ombak dan wajah pelangi.

c. Repetisi atau perulangan. Contoh: helai demi helai.

d. Metafora. Contoh: i. wajah pelangiii. lantai tanah airku.

a. Personifikasi. Contoh: dahan dan ranting terkulai.

b. Inversi. Contoh:i. kicauan burung (perulangan bunyi vokal u).ii. Desiran ombak dan wajah pelangi.

(perulangan bunyi vokal a).iii. Menitis airmata langit. (perulangan

bunyi vokal i).d. Aliterasi. Contoh: Di dalamnya pohon-

pohon kayan rapuh. (perulangan bunyi konsonan d).

Nilai

a. Tanggungjawab. Contohnya, penyajak bertanggungjawab untuk menyeru anak bangsa agar mengangkat kembali martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang telah dipinggirkan oleh mereka.

b. Keinsafan. Contohnya, penyajak menyeru anak bangsa yang semakin hilang jati diri agar segera sedar dan insaf untuk mengenal diri.

c. Kegigihan. Contohnya, penyajak menyeru anak bangsa agar gigih mengangkat kembali martabat bahasa Melayu.

d. Patriotisme. Contohnya, penyajak menyeru anak bangsa agar mencintai dan mendaulatkan bahasa Melayu dengan sepenuh hati.

Pengajaran

a. Sebagai anak bangsa, kita hendaklah memikul tanggungjawab untuk mengangkat martabat bahasa Melayu yang semakin dilupakan.

b. Kita mestilah berani menghadapi berbagai-bagai cabaran untuk mempertahankan maruah bahasa Melayu daripada tercemar

c. Kita perlulah bersyukur kepada Tuhan atas ciptaan berbagai-bagai kejadian alam yang melengkapi kehidupan manusia.

d. Sebagai anak bangsa, kita perlulah menanamkan sifat jati diri yang kuat dalam diri masing-masing agar boleh menangkis segala bentuk ancaman yang berunsur negatif.

Puisi Moden

Page 7: Komsas   nota 2016

7

[email protected] 6626 057 Cikgu Suguz [email protected]

019 6626 057 Cikgu Suguz

[email protected] 6626 057 Cikgu Suguz [email protected]

019 6626 057 Cikgu [email protected]

019 6626 057 Cikgu Suguz

Dalam kebun dirikuaku tanam saujana rancanganuntuk memerdekakan warga susahkuhidup menentang senja dan malam.

Dalam parlimen dirikuaku bahas isu onak dan enakuntukku merdekakan warga fikirkumengelak hidup dikotak-katikkan

Dalam laut dirikuombak gelora menampar pantai amanuntuk menguji amal dan iman

Dalam gergasi dirikuterpedaya jua oleh permainan si kancilnamun sempat sedar dan beringat lagi.

Dalam pentas dirikuaku berlatih menangkis anginaku berlatih memunggah awanmenghayati skrip demi skripyang tak diduga klimaksnya.

Dalam dewan dirikuaku tak cemas lagioleh kata yang mengekangaku tak lemas lagi

Apabila sibermerdeka sampaike rumah cabarankuaku panggil diriku bermesyuarahmenyokong, berkecuali atau menentangaku ambil keputusanwaktu itu aku kenal batas diriuntuk tidak mengulangi kekalahan.

Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usiaaku turun darinya menghadapi hidup nyataperistiwa datang peristiwa pergibagai siang memanggil malamdan sibermerdeka terus berkacaterus mengalirkan arus ingatanelakkan dirimu menjadi sia-siahamparkan di persada Tuhan.

Maksud RangkapRangkap 1Penyajak bercita-cita untuk membebaskan dirinya daripada kepayahan hidup.

Rangkap 2Penyajak sering berfikir dan membicarakan kebaikan serta keburukan kebebasan berfikir untuk mengelakkan dirinya dipermainkan.

Rangkap 3Penyajak menyatakan bahawa cabaran telah menggugat ketenangan jiwanya kerana menguji keimanan.

Rangkap 4Penyajak menyatakan bahawa dalam keteguhan peribadinya, adakala tertipu juga. Namun demikian, sempat sedar dan sentiasa berwaspada.

Rangkap 5Penyajak menyatakan bahawa dia berusaha mengatasi halangan dan menelusuri rentak kehidupan yang belum pastinya cabarannya.

Rangkap 6Penyajak menyatakan bahawa dia tidak lagi lemah dengan kata-kata berunsur hasutan dan kritikan yang melampau.

Rangkap 7Penyajak berpendapat bahawa kehadiran Internet menyebabkannya membuat pelbagai pertimbangan dan tidak mudah terpengaruh oleh maklumat yang dilayari.

www.sibermerdeka.com.my(Abdul Ghaffar Ibrahim)

Rangkap 8Penyajak memutuskan bahawa dirinya perlu menghadapi realiti kehidupan melalui paparan di Internet. Elakkan terpedaya oleh unsur negatif dan sentiasa mendekatkan dirinya dengan Tuhan.

TemaNasib bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan oleh anak bangsa.

Persoalana. Perlunya perancangan dan persediaan untuk

mengharungi cabaran hidup.b. Kehidupan ini penuh dengan tipu muslihat

dan pancaroba.c. Keinginan untuk tidak mengulangi

kesilapan.d. Keinsafan untuk membaiki sisa-sisa

kehidupan.e. Kekuatan diri dalam melawan musuh.f. Keyakinan untuk menghadapi masa depan

apabila memiliki pendirian yang teguh.g. Keinginan untuk mendekatkan diri kepada

Tuhan.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

a. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis. Contoh: bagai siang memanggil malam.

b. Anafora. Contoh: aku berlatih menangkis anginaku berlatih memunggah awan.

c. Metafora. Contoh: i. kebun diriku iv) pangkalan usiaii. parlimen diriku v) warga fikirkuiii. arus ingatan

d. Sinkope. Contoh: yang tak diduga klimaksnya.

a. Personifikasi. Contoh: ombak gelora menampar pantai aman.

b. Asonansi. Contoh:i. Aku tanam saujana rancangan (perulangan

bunyi vokal a).ii. Menghayati skrip demi skrip (perulangan

bunyi vokal i).iii. Menitis airmata langit. (perulangan

bunyi vokal i).d. Aliterasi. Contoh: Peristiwa datang peristiwa

pergi (perulangan bunyi konsonan p).

Nilaia. Rasional. Contohnya, penyajak mempunyai

perancangan agar hidupnya tidak susah lagi.b. Kebebasan. Contohnya, penyajak tidak mahu

kehidupannya dipennain-mainkan orang.c. Kebijaksanaan. Contohnya, penyajak akan

berhujah dengan dirinya sebelum membuat sesuatu keputusan.

d. Keinsafan. Contohnya, penyajak tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini.

e. Tanggungjawab. Contohnya, penyajak sedar akan tipu daya dan akan lebih bertanggungjawab dengan berwaspada pada masa akan datang.

f. Kesyukuran. Contohnya, penyajak berasa bersyukur dan tidak mahu hidup ini dipersia-siakan.

Pengajarana. Kita hendaklah rasional dalam mengambil

sesuatu tindakan.b. Kita perlulah berfikir semasak-masaknya

sebelum membuat sesuatu keputusan.c. Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang

telah kita lakukan sebelum ini.d. Kita perlulah berwaspada akan tipu muslihat

pihak lawan.e. Kita hendaklah menghargai umur yang

diberikan oleh Tuhan.f. Kita perlulah bertakwa kepada Tuhan.

Puisi Moden

Page 8: Komsas   nota 2016

8

[email protected] 6626 057 Cikgu Suguz [email protected]

019 6626 057 Cikgu Suguz

[email protected] 6626 057 Cikgu Suguz [email protected]

019 6626 057 Cikgu [email protected]

019 6626 057 Cikgu Suguz

Ini gelanggang kitayang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih lima dekad yang lalusatu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucudi kemudian hari.

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat dan air matadengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat berpadukita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hatikita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahatkerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai keturunan.

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tomahandemi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci inisuara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh hati nuranikita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah gelanggangjangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwahelakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah iniagar kecemerlangan tercerna di persada arenaterus memacu kejayaan demi maruah harga jati dirimembina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormatikita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.

Maksud Rangkap

Rangkap 1Malaysia yang dibina melalui kerjasama kaum ialah warisan nenek moyang yang berjuang memerdekakannya sejak lebih 50 tahun lalu.

Rangkap 2Kita ialah pemilik negara yang dibina atas nama pengorbanan. Kita kecapi keamanan, kemakmuran dan kerjasama erat antara kaum. kedaulatannya dipelihara daripada sebarang anasir.

Rangkap 3Generasi kini mesti sanggup berkorban menentang anasir negatif tanpa toleransi demi pusaka moyang yang tercinta. Elakkan memperjudikan maruah negara kerana akan mengundang kemusnahan.

Rangkap 4Generasi sedia ada diseru agar mengekalkan silaturahim dan mengelakkan persengketaan.

Rangkap 5Sebagai pewaris kekal negara ini, kita perlu melaksanakan amanah agar dapat memajukan dan mengharumkan negara pada peringkat antarabangsa berterusan sehingga akhir hayat.

Puisi Moden

Gelanggang (Onn Malini)

TemaKepentingan mempertahankan kedaulatan tanah air kita yang tercinta.

Persoalana. Perlunya generasi kini menghargai usaha

yang dilakukan oleh nenek moyang terdahulu membangunkan negara.

b. Perpaduan dalam kalangan rakyat amat penting dalam sesebuah negara agar dapat mewujudkan negara yang berdaulat.

c. Pertelingkahan dan permusuhan akan menghancurkan negara.

d. Semua rakyat di negara ini wajib mencurahkan sepenuh ketaatan dan kasih sayang terhadap negara.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

a. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis. Contoh: Hari ini pewaris gelanggang yang terbina dari keringat.

b. Anafora. Contoh: Kita pelihara, kita mempertahankan

c. Metafora. Contoh: gelanggang keramat. d. Perlambangan atau imejan. Contoh: pewaris

gelanggang.“Pewaris” bermaksud generasi kini. Dalam sajak ini, “pewaris gelanggang” membawa maksud rakyat di negara ini.

e. Asonansi. Contoh: i. jangan sesekali bermain api kelak

membinasakan diri sendiri (perulangan bunyi vokal i)

ii. agar kecemerlangan tercerna di persada

arena (perulangan bunyi vokal a). c. Aliterasi. Contoh: elakkan pertelingkahan

sesama sendiri. (perulangan bunyi konsonan s).

Nilai

a. Cinta akan tanah air. Contohnya, nilai cinta akan negara perlulah dipupuk dalam diri setiap warganegara.

b. Mengenang jasa. Contohnya, jasa nenek moyang kita memerdekakan negara ini perlu dihargai.

c. Bersatu padu. Contohnya, kemerdekaan yang dikecap adalah hasil perpaduan antara kaum di negara ini.

d. Ketaatan. Contohnya, taat dan setia kepada negara tanpa berbelah bagi merupakan cara untuk menunjukkan kesetiaan.

e. Tanggungjawab. Contohnya, semua rakyat di negara ini bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara daripada ancaman anasir luar.

Pengajaran

a. Kita hendaklah memiliki perasaan cinta akan negara tanpa berbelah bagi.

b. Kita hendaklah menghargai jasa yang dicurahkan oleh nenek moyang kita yang berusaha memerdekakan negara ini.

c. Untuk menjamin keharmonian negara dikekalkan, rakyat di negara ini perlulah bersatu padu.

d. Kita perlulah bersedia untuk berkorban demi negara.

e. Setiap warganegara bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara daripada ancaman anasir luar.

Page 9: Komsas   nota 2016

9

[email protected] 6626 057 Cikgu Suguz [email protected]

019 6626 057 Cikgu Suguz

[email protected] 6626 057 Cikgu Suguz [email protected]

019 6626 057 Cikgu [email protected]

019 6626 057 Cikgu Suguz

SinopsisPembunuhan penjurit tujuh bersaudara dari Majapahit di Bukit Cina telah rnenimbulkan dendam. Hasrat rnenewaskan Melaka, gagal.Salah seorang anak penjurit telah dihantar ke Melaka. Kertala Sari yang buruk tingkah lakunya terkenal kerana rnemiliki ilmu penyarnaran yang rnernukau pandangan orang. Huru-hara berlaku akibat kecurian clan pencabulan isteri saudagar-saudagar di Melaka oleh Kertala Sari. Kawalan ketat oleh rakyat dan pembesar gagal rnengesan Kertala Sari. Akhimya, Kertala Sari dibunuh dengan ilrnu yang pernah dipelajari oleh Laksarnana.

TemaKepahlawanan seorang Laksamana yang mempertahankan negara daripada ancaman musuh dan anasir luar.

Persoalana. Kegagahan dan kehebatan pahlawan

Melayu.b. Kebijaksanaan menggunakan strategi dan

akal fikiran untuk menewaskan musuh.c. Taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi

terhadap pemerintah.d. Menuntut bela atas kematian orang

tersayang.e. Amanah dalam melaksanakan tugas

Watak dan Perwatakan

Laksamana

a. Beliau merupakan salah seorang hulubalang Melaka.

b. Beliau berjaya menewaskan Kertala Sari dan tujuh orang penjurit termasuklah Petala Bumi.

c. Seorang yang bijaksana.d. Seorang yang berani dan gagah.e. Seorang yang digeruni oleh pihak lawan.f. Seorang yang baik hati.

Kertala Sari

a. Seorang hulubalang kerajaan Majapahit.b. Bapanya, Petala Bumi telah dibunuh oleh

Laksamana.c. Seorang yang berani bertindak.d. Seorang yang kejam dan ganas.e. Seorang yang memiliki ilmu kesaktian.

Raja/Ratu Melaka

a. Baginda juga dikenali sebagai Tuanku Syah Alam.

b. Seorang yang adil dan saksama.c. Seorang yang mementingkan keharmonian

negara.d. Seorang yang mengenang jasa hulubalang.

Latar

Latar TempatMajapahit, rumah Petala Bumi, Bukit Cina, Istana Tuanku Syah Alam/Raja Melaka, tengah pasar, dan Melaka.

Prosa Tradisional

Kepimpinan Melalui Teladan

Latar Masyarakat a. Masyarakat Melayu yang hidup pada zaman

pemerintahan feudal yang taat dan patuh akan perintah raja.

b. Golongan istana yang terdiri daripada pemerintah, menteri-menteri, dan hulubalang.

c. Masyarakat yang ingin menuntut bela atas kematian orang tersayang.

d. Masyarakat yang bijak menggunakan tipu muslihat untuk menjerat musuh.

Nilai

a. Kasih sayang. Contohnya, Kertala Sari amat menyayangi bapanya, Petala Bumi yang telah mati dibunuh oleh Laksamana.

b. Kegigihan. Contohnya, Laksamana gigih menjejaki penjurit atau pencuri yang telah mencuri harta benda serta membuat kekacauan di Melaka.

c. Ketaatan. Contohnya, Kertala Sari taat dan patuh menjunjung titah Seri Betara yang mengarahkannya ke Melaka untuk membunuh Raja Melaka dan Laksamana

d. Semangat bermasyarakat. Contohnya, rakyat jelata dan pembesar Melaka bersatu hati mengawal kawasan kampung masing-masing daripada diceroboh oleh pencuri.

Pengajaran

a. Kita hendaklah cekap menyusun strategi bagi menumpaskan pihak musuh.

b. Kita mestilah bijak menggunakan tipu muslihat untuk menjerat musuh.

c. Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh.

d. Kita hendaklah mempunyai sikap taat dan setia terhadap pemerintah tanpa berbelah bahagi.

e. Kita hendaklah menghindarkan diri daripada menyimpan perasaan dendam terhadap orang lain.

Page 10: Komsas   nota 2016

10

[email protected] 6626 057 Cikgu Suguz [email protected]

019 6626 057 Cikgu Suguz

[email protected] 6626 057 Cikgu Suguz [email protected]

019 6626 057 Cikgu [email protected]

019 6626 057 Cikgu Suguz

Sinopsis

Kaduk jatuh miskin kerana kalah menyabung ayam dengan raja. Hidupnya merempat. Kaduk mempunyai cucu yang bernama Hakim. Hakim telah memperjuangkan hak arwah datuknya. Hakim berusaha mendapatkan kembali tanah yang dirampas oleh raja dengan bantuan sahabatnya seorang peguam yang bernama Azam. Tuntutan terhadap tanah empat ekar akhirnya berjaya. Hakim yang terpelajar telah melibatkan diri dalam penternakan ayam secara moden. Tujuannya adalah untuk menyahut seruan menteri agar mengusahakan tanah terbiar bagi pengeluaran makanan. Hakim mengusahakan penternakan ayam secara moden dengan mengeluarkan simpanannya dan membuat pinjaman bank melalui cagaran tanah. Genap setahun sebagai penternak ayam, Hakim bertemu dengan sahabatnya, Azam dan menceritakan masalah yang menimpanya. Hakim dibebani hutang kerana kos penternakan yang tinggi. Hakim berazam akan meneruskan pekerjaan sebagai penternak ayam walaupun menyamakan nasibnya seperti arwah datuknya yang mengalami penindasan.

Tema

Kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang pertanian dan keusahawaan.

Persoalan

a. Kegigihan seorang anak muda untuk mengusahakan penternakan ayam secara moden.

b. Halangan yang perlu ditempuhi dalam dunia perniagaan.

c. Usaha mengembalikan hak yang telah diambil oleh orang lain.

d. Kesusahan masyarakat yang mengusahakan bidang pertanian.

Watak dan Perwatakan

Hakim

a. Ayah Hakim bernama Hassan dan ayah Hassan bernama Kaduk.

b. Seorang yang terpelajar, iaitu lulusan sebuah universiti.

c. Dia ingin mendapatkan kembali haknya, iaitu tanah pusaka datuknya yang dirampas oleh raja suatu ketika dahulu.

d. Hakim menggunakan saluran yang betul dalam menuntut tanah milik datuknya.

e. Seorang yang bercita-cita tinggi.

Azam

a. Azam ialah sahabat baik Hakim.b. Dia merupakan lulusan jurusan undang-

undang.c. Seorang yang bijak dan petah berhujah.d. Seorang yang baik hati kerana banyak

memberikan nasihat kepada Hakim.e. Seorang yang bersimpati terhadap masalah

hutang yang menghimpit Hakim.

Cerpen

Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Chicken Global/Rangkaian Jasa Agrikultur/RAJA

a. Sebuah syarikat besar yang menandatangani kontrak dengan Hakim.

b. RAJA menyediakan keperluan membekalkan anak ayam, dedak, ubat-ub atan, serta keperluan yang lain.

c. RAJA mengambil peluang mengaut keuntun gan yang maksimum dengan mengenakan pelbagai caj kepada petani kecil.

Latar

Latar Tempat

Sebuah kampung, tanah kosong di tepi belukar

yang tidak diusahakan, sebuah kawasan penternakan ayam, dan mahkamah.

Latar Tempat

a. Pada zaman silam.

b. Pada zaman moden.

c. Pada waktu kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru.

Latar Masyarakat

a. Masyarakat rakyat jelata pada suatu ke tika dahulu yang menj adi mangsa penipuan raja.

b. Masyarak at generasi kini yang s edar akan hak-hak mereka.

c. Masyarakat generasi muda yang terpelajar.

d. Masyarakat yang ingin membersihkan nama dan maruah keluarga.

Nilai

a. Kegigihan. Contohnya, kegigihan seorang anak muda lepasan universiti untuk mengusahakan penternakan ayam secara moden.

b. Rasional. Contohnya, Hakim menuntut hak datuknya melalui saluran yang betul, iaitu melalui proses mahkamah.

c. Ketabahan. Contohnya, Hakim tabah untuk meneruskan usaha mentemak ayam walaupun dia terpaksa menanggung beban hutang dan menempuh pelbagai rintangan yang lain.

d. Tanggungjawab. Contohnya, Hakim berusaha untuk membersihkan nama dan maruah datuknya yang tercalar.

Pengajaran

a. Kita tidak seharusnya cepat berputus asa, sebaliknya mengusahakan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.

b. Kita tidak seharusnya terlalu mengharapkan bantuan orang lain, seba liknya kita hendaklah berdikari.

c. Kita sewajarnya bertanggungjawab menjaga dan membersihkan nama serta maruah keturunan kita.

d. Kita hendaklah menolong orang yang memerlukan bantuan kita.

Page 11: Komsas   nota 2016

11

[email protected] 6626 057 Cikgu Suguz [email protected]

019 6626 057 Cikgu Suguz

[email protected] 6626 057 Cikgu Suguz [email protected]

019 6626 057 Cikgu [email protected]

019 6626 057 Cikgu Suguz

Sinopsis

Mel bercita-cita untuk menetap di kota. Namun demikian, bondanya melarang selagi ilmu agamanya masih cetek dan penguasaan bahasa ibundanya masih lemah. Bonda sering mengingatkan Mel tentang gejala sosial yang menular di bandar, permasalahan bahasa dan agama. Selain itu, bonda turut bercerita kepada Mel tentang rusuhan kaum yang pernah melanda negara pada 13 Mei 1969. Mel nekad untuk mendalami bahasa ibunda. Pesanan bonda kepada Mel ialah agama merupakan baju peribadi bangsa, manakala bahasa ibunda ialah warisan kita. Akhirnya, Mel menjejakkan kaki di kota. Mel bertemu dengan Munsyi yang menerima pesanan kitab-kitab lama daripada bonda Mel yang memaklumkan bahawa hanya Munsyi yang layak menerima khazanah nenek moyangnya. Di kota, Mel menyaksikan kepincangan akhlak dan penggunaan bahasa ibunda yang dicampuradukkan dengan bahasa asing dan loghat daerah. Setelah sekian lama di kota, Mel mendapat khabar tentang perkampungan Melayu di pinggir bandar yang juga merupakan tempat tinggal Munsyi akan diroboh untuk pembangunan mewah oleh saudagar-saudagar asing. Mel telah menyaksikan rumah Munsyi diroboh. Buku-bukunya turut musnah. Munsyi gagal dikesan selepas peristiwa tersebut.

TemaSemangat cinta akan agama, bangsa, bahasa, dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warganegara.

Persoalan

a. Usaha menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam jiwa anak-anak muda.

b. Harapan warga tua agar agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-temurun dipertahankan.

c. Kecenderungan anak-anak muda melupakan dan memperlekeh bahasa dan budaya sendiri.

d. Kesan penjajahan kepada penduduk peribumi.

e. Kehidupan kota yang penuh dengan pelbagai

cabaran.

Watak dan Perwatakan

Mel

a. Anak lelaki kepada bonda.b. Dia patuh akan nasihat dan arahan bondanyac. Seorang yang rasional apabila bersetuju

dengan pandangan bondanya bahawa di kota terdapat berbagai-bagai ragam manusia yang kehilangan identiti dan jati diri.

d. Dia amat mengagumi tokoh-tokoh dahulu yang banyak berjasa kepada agama, bangsa, dan negara.

Bondaa. Ibu kepada Mel.b. Seorang insan yang kuat mempertahankan

agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-temurun.

Cerpen

Munsyi (Husna Nazri)

c. Seorang yang banyak memberikan kata-kata nasihat kepada anaknya.

d. Seorang yang berpengetahuan tentang selok-belok sejarah tanah air.

e. Beliau bnyak menyimpan khazanah lama khasnya kitab-kitab lama bertulisan jawi.

Munsyia. Sahabat baik kepada bonda dan tinggal di kota.b. Munsyi berusia emas dan mempunyai

janggut yang menutupi sebahagian mukanya yang putih bersih.

c. Orang yang layak menyimpan khazanah lama.

d. Rumahnya dirobohkan oleh pihak yang berkuasa untuk dibangunkan dengan bangunan mewah.

e. Seorang pejuang bahasa.

Latar

Latar TempatKampung, kota, dan sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota.

Latar Masaa. Lima ratus tahun yang lampau.b. Bulan Mei.c. Minggu pertama berada di kota.d. Beberapa pumama.e. Seminggu yang lepas.

Latar Masyarakat a. Masyarakat yang amat mencintai agama,

bahasa, budaya, dan adat resam turun-temurun.

b. Masyarakat yang amat mempertahankan maruah dan harga diri.

c. Masyarakat yang berjuang meningkatkan martabat bahasa ibunda.

d. Masyarakat kota yang hilang maruah dan jati diri.

Nilaia. Cinta akan agama, bahasa, budaya, dan

adat resam turun-temurun. Contohnya, nilai kecintaan ini terdapat pada diri bonda.

b. Mengenang Jasa. Contohnya, bonda mahu Mel menghargai usaha yang dilakukan oleh nenek moyang terdahulu yang berusaha memerdekakan negara.

c. Ketaatan. Contohnya, atas nasihat bonda, Mel akhirnya membatalkan keinginan meruap-ruap untuk mencari pengalaman baharu di kota.

d. Tanggungjawab. Contohnya, bonda bertanggungjawab menjaga khazanah dan buku-buku lama yang tidak temilai harganya.

e. Hormat-menghormati. Contohnya, Mel amat menghormati Munsyi sebagai seorang pejuang bahasa.

Pengajarana. Kita hendaklah mencintai agama, bahasa,

budaya, dan adat resam turun-temurun.b. Kita tidak seharusnya menggadai maruah

dan harga diri dek mengejar keduniaan.c. Kita hendaklah berjuang menegakkan jati

diri dan identiti diri.d. Kita hendaklah menguasai bahasa ibunda

dengan baik.e. Kita perlulah mengikut nasihat orang-orang

tua yang lebih berpengalaman.

Page 12: Komsas   nota 2016

12

[email protected] 6626 057 Cikgu Suguz [email protected]

019 6626 057 Cikgu Suguz

[email protected] 6626 057 Cikgu Suguz [email protected]

019 6626 057 Cikgu [email protected]

019 6626 057 Cikgu Suguz

Sinopsis

Mas telah melancong ke Turki dengan bajet yang terhad, iaitu sebanyak USD400. Pembelian cenderamata telah dirancangnya lebih awal. Persiapan rapi telah dibuat. Mas dan peserta rombongan telah melawati tempat-tempat bersejarah, Grand Bazaar dan Egyptian Market. Di Grand Bazaar, Mas dan rakan-rakannya memasuki kedai jaket kulit. Layanan mesra pekedai bertukar menjadi bengis kerana Mas tidak jadi membeli jaket dengan harga yang ditawarkannya. Di Egyptian Market, Mas melihat wanita tua yang menjual makanan burung dan remaja kurus yang ditendang oleh polis kerana menjual barangan pasaran gelap. Sewaktu menaiki feri pula, Shahmeem telah membeli jaket kulit pasaran gelap yang berwarna hitam. Malangnya, jaket tersebut tidak sesuai lalu dijual kepada Mas dengan harga USDl00. Setibanya di Malaysia, Mas bercadang untuk menjual jaket kulit kijang tersebut kepada pekedai menjual pakaian terpakai. Tujuannya agar pekedai dan pembeli kelak berasa gembira. Mas berharap agar bakal pembeli kelak tidak berasa bongkak kerana jaket kulit tersebut merupakan sisa orang lain.

TemaPengalaman seorang pelancong yang suka melancong.

Persoalana. Kemewahan dan gaya hidup moden yang

mengancam kehidupan haiwan liar.b. Sikap peniaga yang ti dak bertanggungjawab

kerana gagal mematuhi etika perniagaan.c. Aktiviti pelancongan banyak memberikan

pengalaman dan pengetahuan.d. Idea dan amanat penulis dahulu yang wajar

dicontohi.

Watak dan Perwatakan

Penulis (Mas)

a. Mas ialah seorang daripada peserta pakej pelancongan ke Istanbul, Turki.

b. Seorang yang bersopan santun.c. Seorang yang baik hati kerana membeli

cenderamata untuk keluarga dan sahabat handainya.

d. Seorang yang berhemat ketika berbelanja.e. Mas suka membaca terutama hasil karya

penulis tersohor.f. Seorang yang sensitif dan perasa.g. Seorang yang mencintai hidupan liar.

Lelaki Turkia. Lelaki ini bemiaga di Grand Bazaar, Istanbul.b. Seorang yang berpura-pura untuk

memenangi hati pelanggan.c. Seorang yang tidak beretika ketika berniaga.

Cerpen

Jaket Kulit Kijang dari Istanbul(Maskiah Haji Masrom

Shahmeema. Rakan Mas yang turut serta dalam

pelancongan ke Istanbul.b. Dia membeli jaket kulit tetapi menjualnya

semula kerana jaket itu tidak sepadan dengannya.

c. Seorang yangbaik hati apabila menjual harga jaket kepada Mas lebih murah daripada harga asal yang dibelinya.

LatarLatar TempatIstanbul, Turki, Grand Bazaar, sebuah kedai di Grand Bazaar, dan bas.

Latar Masa a. Hari kelima lawatan ke Turki.b. Hari keenam lawatan ke Turki.c. Malam terakhir di Istanbul.

Latar Masyarakat

a. Masyarakat yang suka melancong.b. Masyarakat yang baik hati.c. Masyarakat peniaga yang tidak beretika.d. Masyarakat yang suka membaca.e. Masyarakat yang mencintai hidupan liar.f. Masyarakat yang pandai berpura-pura.

Nilaia. Baik hati. Contohnya, penulis telah

merancang membeli cenderamata untuk keluarga dan sahabat handainya di tanah air.

b. Kebijaksanaan. Contohnya, penulis bijak membuat perancangan lebih awal bagi mengawal perbelanjaannya.

c. Kesabaran. Contohnya, penulis masih dapat bersabar terhadap tindakan peniaga yang menghamburkan kata-kata kesat dan memaksanya membeli jaket.

d. Cinta akan hidupan liar. Contohnya, penulis sanggup mendermakan basil jualan jaket kepada zoo yang ada kandang kijang kerana perasaan sayangnya terhadap hidupan liar

e. Hemah tinggi. Contohnya, penulis tetap menunjukkan sikap sopannya walaupun menerima layanan buruk daripada pekedai

f. Kerajinan. Contohnya, penulis minat dan rajin membaca terutama hasil karya penulis tersohor.

Pengajaran

a. Sekiranya berkemampuan, kita hendaklah menambahkan pengetahuan dan pengalaman dengan melancong ke luar negara.

b. Kita perlulah bijak merancang perbelanjaanc. Para peniaga sewajamya mematuhi

etika pemiagaan dan tidak mengugut atau menggunakan kekerasan terhadap pelanggan.

d. Kita perlulah beiwaspada terhadap muslihat para peniaga yang cuba menjerat pelanggan

e. Kita perlulah berusaha menyelamatkan hidupan liar yang semakin mengalami kepupusan.

f. Kita hendaklah memiliki perasaan simpati terhadap golongan miskin.

Page 13: Komsas   nota 2016

13

[email protected] 6626 057 Cikgu Suguz [email protected]

019 6626 057 Cikgu Suguz

[email protected] 6626 057 Cikgu Suguz [email protected]

019 6626 057 Cikgu [email protected]

019 6626 057 Cikgu Suguz

Sinopsis Kisah seorang remaja yang bemama Aiman, kehidupannya dilimpahi kemewahan dan kesenangan sehingga menyebabkannya terlalu dimanjakan dan malas. Aiman juga kurang berbudi bahasa, bercakap kasar dengan orang gaji di rumah dan rakan-rakan sebayanya

di sekolah. Aiman enggan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atas beberapa alasan yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan sahabatnya walaupun Cikgu Dahari telah memperincikan manfaatnya.

Aiman telah memujuk ayahnya agar memohon pengecualian untuknya menyertai PLKN. Namun demikian, ayahnya enggan berbuat demikian. Akhimya, Aiman sedar dan ingin menyertai PLKN setelah melayari Internet dan melihat sendiri perubahan yang berlaku pada diri rakan-rakannya yang telahmenyertai PLKN.

Tema

Kesedaran generasi muda dalam memupuk semangat cinta akan negara yang diperoleh melalui penglibatan mereka dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Persoalana. Kesediaan generasi muda mengikuti dasar

kerajaan.b. Tanggungjawab ibu bapa dalam menentukan

keberkesanan dasar kerajaan.c. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.d. Kesedaran tentang kepentingan menyertai

program kerajaan.e. PLKN membentuk sikap berdikari dan jati

diri dalam diri generasi muda.

Watak dan Perwatakan

Aimana. Nama penuhnya ialah Aiman Faizullah bin

Khir Ghazali.b. Dia merupakan anak bongsu daripada dua

orang adik-beradik.c. Dia berumur 17 tahun.d. Seorang yang bersifat agresif.e. Seorang yang suka tidur.f. Seorang yang bersikap biadap dan kurang

sopan.g. Seorang yang sedar akan kesilapan dan

ingin berubah.

Khir Ghazalia. Bapa kepada Aiman dan Dapnia.b. Suami kepada Masnah.c. Beliau berpangkat Datuk.d. Seorang yang gigih bekerja.e. Seorang yang berpengaruh dalam kalangan

masyarakat.f. Seorang yang berpendirian tegas.

Drama

Berkhidmat untuk Negara(Affix Zulkarnaen Adam)

Masnaha. Ibu kepada Dapnia dan Aiman.b. Beliau bergelar datin.c. Seorang yang penyayang.d. Seorang yang sibuk dengan bebagai-bagai

urusan.e. Seorang yang mudah mengakui kesilapan

diri.

Latar

Latar TempatRumah Khir Ghazali, sekolah, dan bilik Aiman.

Latar Masyarakat a. Pada cuti hujung minggu.b. Pada waktu tengah hari.

Latar Masyarakat a. Masyarakat yang mementingkan semangat

patriotik/cinta akan negara.b. Masyarakat yang menyayangi ahli keluarga.c. Masyarakat yang berintegriti dan amanah

dalam memikul tanggungjawab.d. Masyarakat yang berpandangan jauh.e. Masyarakat yang mempunyai pengaruh dan

kedudukan dalam kalangan masyarakat.

Nilai

a. Kasih sayang. Contohnya, Datuk Khir Ghazali amat menyayangi Aiman dan keluarganya. Beliau memutuskan agar Aiman menyertai PLKN untuk membentuk peribadi anaknya itu menjadi seorang insan yang berguna kepada nusa dan bangsa.

b. Baik hati. Contohnya, Encik Posmen telah menyerahkan surat tawaran PLKN kepada Aiman sambil menasihatinya agar menerima tawaran tersebut.

c. Tanggungjawab. Contohnya, Cikgu Dahari melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang guru dengan baik apabila turut menyentuh tentang pelaksanaan dan keberkesanan PLKN untuk membentuk generasi muda yang berjiwa patriotik.

d. Cinta akan negara. Contohnya, kawan-kawan sekelas Aiman yang terdiri daripada Nora, Syuhada, Ah Tiau, dan Sundarani sangat teruja dan berbangga apabila nama mereka terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara.

Pengajaran

a. Kita hendaklah memupuk semangat patriotik/cinta akan negara dalam kalangan generasi muda.

b. Kita perlulah menjadi seorang insan yang berintegriti dan amanah dalam memikul tanggungjawab.

c. Kita mestilah rajin membaca bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan luas dalam satu-satu perkara.

d. Kita hendaklah bersabar menghadapi kerenah manusia yang biadap.

Page 14: Komsas   nota 2016

14

TINGKATAN

5

Page 15: Komsas   nota 2016

15

[email protected] 6626 057 Cikgu Suguz [email protected]

019 6626 057 Cikgu Suguz

[email protected] 6626 057 Cikgu Suguz [email protected]

019 6626 057 Cikgu [email protected]

019 6626 057 Cikgu Suguz

Fikir dan KataKurang fikir, kurang siasat,Tentu dirimu kelak tersesat.Fikir dahulu sebelum berkata,Supaya terelak silang sengketa.

Perkataan tajam jika dilepas,Ibarat beringin, racun dan upas.

Kalau mulut tajam dan kasar,Boleh ditimpa bahaya besar.

Silang SengketaSiapa menggemari silang sengketa,Kelaknya pasti berdukacita.

Silang selisih jangan dicari.Jika tersua janganlah lari.

IlmuJikalau ilmu tiada sempurna,Tiada berapa ia berguna.

Ilmu kepandaian boleh dikejar,Asal mahu rajin belajar.

Dunia pergaulanDunia ini taman pergaulan,Hendaklah pilih sahabat dan taulan,

Manusia dikenal sifat budinya,Dengan dilihat siapa kawannya.

Burung yang sama corak dan bulu,Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.

Sifat-sifat yang BaikJikalau kamu bersifat budiman,Dipandang sebagai bunga di taman.

Jikalau kamu bersifat dermawan,Segala orang dapat kautawan.

Jikalau kamu bersifat pemurah,Segala manusia datang menyerah.

Perbuatan yang BaikBarang siapa berbuat jasa,Mulia namanya segenap masa.

Menolong sesama wajib dan perlu,Tetapi tolonglah dirimu dahulu.

Sifat-sifat yang JahatTelunjuk lurus kelengkeng berkait,Hati sesama menjadi pahit.

Barang siapa berbuat khianat,Tuhan kelak memberi laknat.

Maksud RangkapFikir dan KataSeseorang yang kurang berfikir dan kurang teliti mudah melakukan kesilapan.Sebelum berkata hendaklah berfikir dahulu bagi mengelakkan salah faham.Lontaran kata yang kesat akan mengundang bahaya.Mulut yang celopar akan mengundang kebinasaan.Silang SengketaSeseorang yang suka berselisih faham akan mudah kecewa.Elakkan selisih faham tetapi hadapilah jika terjadi.IlmuIlmu pengetahuan yang kurang mencukupi akan mengurangkan manfaatnya.Ilmu pengetahuan boleh dicari asalkan rajin.Dunia pergaulanKita hendaklah memilih antara sahabat dengan kawan di dunia ini.Budi baik seseorang dapat kita lihat melalui kawan pilihannya.Kumpulan yang sama akan sama hala tujunya.Sifat-sifat yang Baik

Puisi Tradisional

Beberapa Petua Hidup (Za’ba)

Orang yang budiman dipandang elok dan dihormati.Sifat dermawan mampu menambat hati sesiapa pun.Sifat pemurah membawa hubungan baik sesama manusia.Perbuatan yang BaikOrang berjasa namanya selalu menjadi sebutan.Kita hendaklah membantu diri sendiri sebelum membantu orang lain.Sifat-sifat yang JahatManusia hipokrit sentiasa berprasangka.Sesiapa yang melakukan penganiayaan akan dilaknati Tuhan.TemaNilai-nilai mumi yang dapat dijadikan pegangan dalam kehidupan manusia sehari-hari.

Persoalana. Kegigihan dalam membudayakan nilai-nilai

murni dalam kehidupan harian manusia.b. Kesungguhan dalam mengamalkan nilai-nilai

murni.c. Rasional dalam membuat sebarang tindakan.d. Ketekunan dalam menuntut ilmu.e. Sanjungan masyarakat terhadap orang yang

berjasa dan berhati mulia.f. Kerjasama dan budaya tolong-menolong sesama

manusia.g. Keadilan Tuhan terhadap setiap tindak-tanduk

manusia.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyia. Kata arkaik (kata klasik). Contohnya: upas. b. Kata pinjaman bahasa Arab. Contohnya: khianat,

laknat. c. Perulangan atau repetisi. Contohnya: Kurang

fikir, kurang siasat. d. Peribahasa. Contohnya: Telunjuk lurus kelengkeng

berkait. e. Simile. Contoh: Ibarat beringin, racun dan upas.f. Metafora. Contoh: mulut tajam dan kasar, taman

pergaulan.g. Inversi. Contoh: Tentu dirimu kelak tersesat

(sepatutnya: Kelak tersesat tentu dirimu).

h. Asonansi. Contoh: Perkataan tajam jika dilepas (perulangan bunyi vokal a) (sepatutnya: Kelak tersesat tentu dirimu)

i. Aliterasi. Contoh: Supaya terelak silang sengketa (perulangan bunyi konsonan s).

Nilaia. Kebijaksanaan. Contohnya, kita perlu bijak

dalam memilih sahabat dan taulan di dunia yang diibaratkan sebagai sebuah taman pergaulan.

b. Rasional. Contohnya, kita dinasihatkan agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan sebarang salah faham dan sengketa sesama manusia.

c. Kesopanan. Contohnya, kita dituntut agar menjaga tutur kata supaya tidak menggores hati orang lain.

d. Kerajinan. Contohnya, kita dinasihatkan agar rajin belajar untuk menambahkan ilmu dan kemahiran.

e. Baik hati. Contohnya, kita dituntut agar sentiasa berbudi sesama manusia.

Pengajarana. Sebagai pemimpin, kita hendaklah menjalankan

tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat dengan amanah.

b. Kita mestilah taat dan patuh akan perintah ketua atau pemimpin demi keharmonian organisasi.

c. Kita perlulah bijaksana dalam merangka, menyusun, dan membuat segala perancangan tugas supaya tugasan itu terhasil dengan baik dan sempurna.

d. Sebagai pemimpin, kita hendaklah melayani setiap orang dengan adil dan saksama tanpa membeza-bezakan darjat atau kedudukan seseorang.

e. Kita haruslah bersedia setiap masa bagi menghadapi sebarang ancaman musuh atau malapetaka yang tidak dijangka.

f. Kita haruslah memupuk sifat kasih yang mendalam terhadap ahli keluarga demi melahirkan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni diamanahkan.

Page 16: Komsas   nota 2016

16

Baginda menitahkan orang besar empat,Membuat istana puri berkota;Lalu dipanggil Pawang Raja.Pawang mengerah orang bekerja,Empat puluh empat tukang dan utas,Siang malam tidak berhenti.

Tujuh bulan tujuh purnama,Istana siap dengan alatnya;Besar tersergam sembilan ruang,Sepuluh dengan rembat guntung,Sebelas dengan pancung serong,Dua belas dengan anjung tinggi.

Tiga sudut menteri delapan,Tiang panjang maharaja lela,Tiang tengah syukur menanti;Galang-galangnya ular berang,Kasau kecil puteri menyembah,Kasau lentik helang berbega.

Berbunga sawa mengelempai,Bertakuk bersedelinggam,Berjenang berbatu kawi,Berselimpat ukir Jawa,Lilit-melilit akar Cina;Garam sebuku sisa jeragan,Bunga kenanga dimakan ular,Layang-layang di pintu Raja.

Istana siap tukang pun mati,Tiada orang dapat meniru:Dipersembahkan kepada baginda suami isteri

Maksud RangkapRangkap 1Sultan menitahkan pembesar berempat membina mahligai istana yang mempunyai benteng. Pawang Raja telah dipanggil lalu mengerahkan 44 orang tukang bekerja siang dan malam tanpa henti.

Rangkap 2Setelah genap tujuh bulan penuh, istana berjaya disiapkan dengan alatannya. Istana yang tersergam terdiri daripada sembilan ruang, sepuluh kayu palang, sebelas kain yang disusun serong dengan hujungnya tergantung dan 12 anjung yang tinggi.

Rangkap 3Terdapat tiga sudut untuk menteri berlapan, tiang panjang maharaja lela, tiang tengah, galang-galang berbentuk ular berang, kasau kecil berbentuk puteri menyembah dan kasau lentik berbentuk helang terbang.

Rangkap 4Ukiran yang dibuat adalah unik, indah dan halus. Istana tersebut diwarnakan dengan warna yang menyerupai ular sawa berbaring.Tiang untuk tingkap pula dibina daripada batu kawi dan diukir dengan motif tumbuh- umbuhan.

Rangkap 5Semua tukang telah meninggal dunia setelah istana siap dibina. Tiada sesiapa dapat meniru hasil kerja para tukang tersebut. Istana telah dipersembahkan kepada baginda dan permaisuri.

TemaKetaatan dan kesetiaan rakyat kepada pemerintah.

Puisi Tradisional

Berbuat Istana Zaman Dahulu (Za’ba)

Persoalana. Kegigihan dalam melakukan tugas.b. Kesetiaan rakyat tanpa berbelah bahagi

kepada pemerintah.c. Kehalusan seni ukiran dan keunikan seni

bina.d. Tanggungjawab seorang pemerintah

terhadap rakyat.e. Ketelitian dalam reka bentuk istana.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

a. Kata arkaik (kata klasik). Contohnya: utas, berbega, bersedelinggam.

b. Perulangan atau repetisi. Contohnya: Empat puluh empat tukang dan utas, Tujuh bulan tujuh purnama.

c. Responsi. Contohnya: Sepuluh dengan rembat guntung, Sebelas dengan pancung serong, Dua belas dengan anjung tinggi.

d. Anafora. Contohnya: Tiang panjang maharaja lela, Tiang tengah syukur menanti.

e. Personifikasi. Contohnya: Tiang tengah syukur menanti. i. Daripada segala berat dan ringan

(perulangan bunyi vokal a).ii. Apabila perut terlalu penuh. (perulangan

bunyi vokal u).iii. Keluarlah fiil yang tiada senonoh

(perulangan bunyi vokal o).iv. Di situlah banyak orang yang hilang

semangat. (perulangan bunyi vokal i).e. Metafora. Contohnya: tiang tengah, anjung

tinggi.).f. Inversi. Garam sebuku sisa jeragan

(sepatutnya: Sisa jeragan garam sebuku).g. Asonansi. Contohnya: Galang-galangnya

ular berang (perulangan bunyi vokal a).h. Aliterasi. Contohnya: kasau kecil puteri

menyembah (perulangan bunyi vokal k).

Nilaia. Ketaatan. Contohnya, orang besar berempat

menjunjung titah raja untuk membina dan menyiapkan sebuah istana yang dikelilingi parit dan tembok.

b. Kebijaksanaan. Contohnya, raja menitahkan orang besar berempat untuk membina dan menyiapkan sebuah istana yang dikelilingi parit dan tembok untuk tujuan keselamatan.

c. Tanggungjawab. Contohnya, empat puluh empat tukang yang mahir bertanggungjawab untuk menyiapkan istana.

d. Kerajinan. Contohnya, empat puluh empat tukang yang mahir begitu rajin untuk menyiapkan istana raja dengan sanggup bekerja siang dan malam.

e. Kasih sayang. Contohnya, raja membina sebuah istana yang dikelilingi parit dan tembok untuk melindungi permaisuri daripada musuh.

Pengajarana. Kita hendaklah setia kepada pemerintah

yang berkuasa.b. Kita mestilah taat dan patuh akan perintah

ketua atau pemimpin demi keharmonian sesebuah negara.

c. Kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan penuh integriti.

d. Kita mestilah rajin bekerja dengan sungguh-sungguh untuk memastikan segala perancangan yang dibuat be1jaya membuahkan hasil.

e. Kita haruslah mengamalkan sikap kerjasama dan bantu-membantu dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

f. Kita hendaklah gigih berusaha tanpa mengenal erti penat dan lelah.

Page 17: Komsas   nota 2016

17

Terkedu akudi sejadah rindumengungkap kalimah syahdubait bicara tersentuh kalbumerekah keinsafan di hati yang bekumengenang dosaku yang terdahulu.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhankupohon kembali nafas kehidupandalam keterhadan dan keterbatasan insanmoga terbuka ruang keampunansebelum saat aku dinisankandi masa yang Kautetapkan.

Air mata menjadi saksikeikhlasan menjadi buktiakhirnyaaku sujud menghadap Ilahidi keheningan yang sepilafaz taubat mengiringinafas sebak kian mengikuti.

Hati ini luluhjiwa yang kaku tersentuhayat-ayat cinta disusun kukuhdi sejadah rindu yang lusuhkemaafan yang kupohon sungguhdari Pencipta dalam gemuruh

Ungkapan doa pada Yang Esaizinkan aku menjadi manusia

yang taat sentiasapada perintah Maha Kuasaagar aku tidak lupadunia ini hanya bersifat sementara.

Maksud Rangkap

Rangkap 1Penyajak membaca ayat-ayat suci yang menyentuh jiwa dan membangkitkan keinsafan kerana terkenangkan dosa yang lalu.

Rangkap 2Penyajak memohon umur yang panjang dan keampunan sebelum ajal tiba.

Rangkap 3Pada waktu yang hening, air mata penyajak yang berlinangan membuktikan keikhlasannya dalam bertaubat dengan mengerjakan solat.

Rangkap 4Penyajak berdoa dan memohon keampunan daripada Allah SWT dengan penuh kesungguhan di sejadah yang lusuh.

Rangkap 4Penyajak berdoa agar dikurniakan ketaatan dalam melaksanakan perintah Allah SWT sebagai peringatan kepada diri bahawa dunia hanyalah sementara.

TemaKetuhanan dan ketaatan kepada agama.

Persoalana. Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang

menghantui hidup.b. Pengharapan terhadap pengampunan

daripada Pencipta sebelum meninggal dunia.

Sejadah Rindu (Mohd. Haikal Aminuddin)

c. Keikhlasan dalam memohon keampunan daripada Pencipta.

d. Taubat yang dilakukan dengan sungguh-sungguh sehingga menitiskan air mata.

e. Keampunan yang diharapkan hanyalah daripada Pencipta.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

a. Pemilihan kata dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu indah dan berkesan. Contohnya: bait bicara tersentuh kalbu.

b. Inversi. Contohnya: terkedu aku. (sepatutnya: aku terkedu)

c. Personifikasi. Contoh: Air mata menjadi saksi.

d. Metafora. Contoh: i. sejadah rindu;ii. nafas kehidupan.

e. Penggunaan bahasa Arab. Contoh: i. kalimah;ii. Ilahi;iii. taubat.

f. Asonansi. Contoh: bait bicara tersentuh kalbu (perulangan bunyi vokal a).

g. Aliterasi. Contoh: kupohon kembali nafas kehidupan (perulangan bunyi konsonan k)

Nilaia. Keinsafan. Contohnya, penyajak menginsafi

segala dosa-dosan ya yang lalu.b. Kegigihan. Contohnya, penyajak

bersungguhsungguh dan gigih untuk mendapatkan keampunan sebelum meninggal dunia.

c. Keikhlasan. Contohnya, penyajak bertaubat

dengan penuh keikhlasan sehingga menitiskan air mata.

d. Ketaatan. Contohnya, penyajak taat kepada Pencipta dan hanya berharap kepada pengampunan daripada Pencipta.

Pengajarana. Kita mestilah segara insaf akan dosa dan

kesalahan yang lalu supaya kita tidak menjadi orang yang rugi di akhirat nanti.

b. Kita hamslah berusaha dengan gigih dan tidak berputus asa untuk memperoleh keampunan agar kita memiliki hati yang bersih.

c. Kita hendaklah memohon keampunan dengan penuh keikhlasan agar dosa-dosa yang lalu dia.mpunkan oleh Tuhan dan tidak berulang lagi.

d. Kita mestilah taat kepada Pencipta supaya kita sentiasa sedar diri dan mengejar pengampunan daripada Pencipta.

e. Kita hendaklah sedar bahawa dunia ini hanya sementara supaya kita tidak melakukan perbuatan yang salah.

Puisi Moden

Page 18: Komsas   nota 2016

18

Kuhantar kau mengecapi angin baruudara lain dari kampung bendang kuningmubumantara asing dari yang sering kaumesraiyang sama sekali berbezadengan suasana suntimukaunikmatilah angin dan udara ilmu itumemesrai azimat dan tangkaldari tangga gading.

Kulepaskan kau menjadi burung putihdengan sayap berkembangmenongkah awan perak dan kabut dinginmengenal kalimat hujan dan bilah petirmenyelit antara sembilu nasibdan waras akal.

Di awan kampus yang sarat ilmuhadir sihir angin bernafas apidi pohon kampus yang tegar statusberceracak selumbar noda mengabur fikirdi padang kampus yang hijau pertimbangantumbuh gunung ego menghalau pekerti.

Pandai-pandailah kau terbangmenongkah awan mulus dan kabus dinginjangan kau pulangdengan percikan duka dan balutan lukadi sayapmu yang patah

Maksud Rangkap

Rangkap 1Penyajak menghantar anaknya ke tempat menimba ilmu yang baharu. Suasana di kampus berbeza dengan kehidupannya di kampung.

Rangkap 2Penyajak memberi ruang dan peluang kepada anaknya untuk mengharungi kehidupan yang rencam dengan kewarasan fikiran.

Rangkap 3Suasana kehidupan di kampus penuh dengan dugaan yang mampu menguji minda terutama kepada mereka yang masih baharu. Adakalanya, akan terbit keegoan yang menjejaskan pekerti seseorang.

Rangkap 4Penyajak menasihati anaknya agar pandai membawa diri dan tidak pulang ke kampung halaman dengan kegagalan.

TemaNasihat ibu bapa kepada anak-anak gadis yangakan melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi.

Persoalana. Perbezaan antara kehidupan di desa dengan

kehidupan di kampus.b. Harapan seorang ayah supaya anaknya dapat

menikmati peluang untuk menimba ilmu di menara gading.

c. Keberanian seorang bapa yang melepaskan anak gadis suntinya untuk menuntut ilmu di menara gading.

d. Kehidupan di kampus yang banyak cabaran.

Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus (Sazalee Yacob)

e. Kebijaksanaan untuk menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan di kampus.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

a. Pemilihan kata dan pembinaan ungkapan

oleh pengarang begitu indah dan berkesan.

Contohnya:i. memesrai azimat dan tangkal;ii. menongkah awan perak dan kabut dingin

b. Personifikasi. Contoh: i. hadir sihir angin bernafas api;ii. tumbuh gunung ego menghalau pekerti

c. Unsur alam. Contohnya:i. anginii. burung putih

d. Penggunaan bahasa klasik. Contohnya:i. bumantaraii. sunti

e. Asonansi. Contohnya: bumantara asing dari yang sering kau mesrai (perulangan bunyi vokal a).

f. Aliterasi. Contoh: Kuhantar kau mengecapi angin baru (perulangan bunyi konsonan k)

Nilaia. Keberanian. Contohnya, keberanian

penyajak sebagai seorang bapa yang melepaskan anak gadis suntinya untuk menuntut ilmu.

b. Kasih sayang. Contohnya, penyajak sebagai seorang bapa amat sayang akan anak gadis suntinya.

c. Baik hati. Contohnya, penyajak sebagai bapa bersikap baik hati dengan memberikan

nasihat kepada anak gadis suntinya yang berada jauh di kampus.

d. Kecekalan. Contohnya, anak gadis sunti dinasihatkan oleh bapanya agar cekal menghadapi cabaran dan dugaan di kampus.

Pengajaran

a. Kita mestilah bersikap berani untuk melepaskan anak-anak demi kebaikan masa hadapan mereka.

b. Kita hendaklah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak agar mereka sentiasa diberi perhatian yang sewajamya.

c. Kita mestilah bersikap baik hati supaya orang di sekeliling kita mendapat manfaat apabila mereka berada di sisi kita.

d. Kita haruslah cekal berhadapan dengan segala cabaran agar matlamat yang ditetapkan tercapai.

Puisi Moden

Page 19: Komsas   nota 2016

19

Aku selalu didatangimalam sepibagai kalungyang melingkari leherkutidak berubah keesokan harisiapa yang akan datang menjengukkukeluhan seorang tua sunyi.

Keheningan tasikkehijauan rumputhanya menjadi bayangandi penjuru ruang zamancinta dalam rahim dilupaidari sulung ditendang ke bongsudari angah ditendang ke sulung balikkucari erti hidupmenderita mengerang sakitberdiri tanpa ruang.

Aku bagi merekatiada maknaanakku bakakubaik setia mahupun derhakasemoga disirami benih keinsafanmenjadi penawar dalam hatiembun cinta atasi angin dinginjangan terpegunada yang matiada yang hiduptiada yang kekal kecuali Tuhan.

Maksud Rangkap

Rangkap 1Penyajak sentiasa berasa sunyi pada waktu malam. Penyajak turut mengeluh tentang kehadiran anak-anaknya yang tidak pernah berlaku pada keesokannya.

Rangkap 2Penyajak menghabiskan sisa-sisa usia tanpa ditemani anak-anaknya. Keceriaan hidup hanya igauan. Anak-anak lupa penderitaan yang dilaluinya untuk melahirkan mereka.

Rangkap 3Bagi penyajak, dirinya tidak bererti pada pandangan anak-anaknya. Namun demikian, penyajak tetap mendoakan agar mereka sentiasa insaf sebagai penawar hatinya yang lara serta menerima hakikat bahawa yang kekal hanyalah Tuhan.

Rangkap 4Generasi sedia ada diseru agar mengekalkan silaturahim dan mengelakkan persengketaan.

Rangkap 5Sebagai pewaris kekal negara ini, kita perlu melaksanakan amanah agar dapat memajukan dan mengharumkan negara pada peringkat antarabangsa berterusan sehingga akhir hayat.

TemaKesunyian hidup yang dilalui oleh golonganwarga tua.

Persoalana. Kesunyian bidup yang dirasai oleh seorang

tua.

Puisi Moden

Erti Hidup Bererti (Teo Wei Sing)

b. Kehidupan seorang tua yang tidak dijenguk dan tidak dipedulikan oleh anak -anak.

c. Kasih dan sayang orang tua yang tidak dihargai oleh anak-anak.

d. Kegembiraan seorang ibu atau bapa pada masa lalu hanya tinggal kenangan.

e. Harapan orang tua yang tetap sayang akan anak-anaknya.

f. Harapan orang tua agar anak-anaknya diberi keinsafan.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyia. Pemilihan kata dan pembinaan ungkapan

oleh pengarang begitu indah dan berkesan. Contoh: dari sulung ditendang ke bongsu

dari angah ditendang ke sulung balik

b. Simile. Contohnya: bagai kalung. c. Metafora. Contoh: benih keinsafan.

d. Hiperbola. Contohnya:

i. cinta dalam rahim dilupai;ii. embun cinta atasi angin dingin.

c. Anafora. Contohnya:

i. dari sulung ditendang ke bongsuii. dari angah ditendang ke sulung balik;

c. Unsur alam. Contohnya:

i. malamii. tasikiii. angin

d. Asonansi. Contohnya: semoga disirami benih keinsafan (perulangan bunyi vokal i)

e. Aliterasi. Contoh: menderita mengerang sakit. (perulangan bunyi konsonan m).

Nilaia. Keinsafan. Contohnya, penyajak sedar

bahawa yang kekal hanyalah Tuhan.b. Kasih sayang. Contohnya, kasih sayang

seorang tua terhadap anaknya tetap utuh walaupun anaknya itu setia atau derhaka.

c. Ketabahan. Contohnya, ketabahan dalam mengbarungi kehidupan seorang diri dan kesunyian tanpa dihiraukan oleh anak-anak

d. Bertanggungjawab. Contohnya, sikap tanggungjawab ibu bapa terhadap anakanaknya dengan mendoakan mereka agar dikurniakan keinsafan.

Pengajaran

a. Kita hendaklah berasa insaf dan sedar bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara dan Tuhan sahaja yang kekal

b. Sebagai ibu bapa, kita mestilah bersikap penyayang terbadap anak-anak supaya kehidupan anak-anak itu mendapat berkat

c. Kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup agar tidak dirundung rasa putus asa.

d. Sebagai ibu bapa, kita hendaklah sentiasa bertanggungjawab terhadap anak-anak supaya mereka memperoleh keredaan ibu bapa menerusi doa dan restu.

Page 20: Komsas   nota 2016

20

Sementara dia bergelar panglimalaskar perang; yang terus-menerusmembajakan kezaliman - seringmengudupkan putik dendamkita masih perlu berterima kasihkepada jari-jemari takdirkerana membenarkan sepasang matauntuk berlari dengan tangan bergarisempat juga menadah sejambak puisiuntuk sehari lagi; sambil bertanya;siapakah pahlawan yang asli?

Memang kita tidak sempat menjengukke luar jendela; sewaktu fajar menghembusringkik kuda, gemerincingpedang pusakadan darah yang tiba-tiba membuakdi daerah angkara - perciknyamenumbuhkan kelopak rahsiadalam keliru, tertanya-tanya kitatangan mana yang memenggalleher sang pendusta?

Andai namamu Tuah, kita masihtidak mahumenyanjungnya pendekar paling gagahkerana takhta setia terbinadi istana wangsabukanlah penjamin kukuhnyapasak saksamasesekali turut direntakan daki pendustamelekatlah selumbar sengsaradi tiang maruah kota.

Andai namamu Jebat, kita masih tidakmenggelarnya sebagai pengkhianat

kerana kita masih menangisipeta keadilan yang tersirat - nun, karamdi lautan kesumatsedang warga memanggilnya keramat.

Perang pun melecurkan lidah muslihatbercabang lalu bertemu bayu palsu;bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnyamewarnakan keindahan pada hodohnyamenjungkitkan amarah pada damainyateramat Iara kita menjahit semulaperca-perca bahagia - seperti perawanyang dibungkamkan cinta pertama

Sehingga senja tiba,kita masih bertengkartentang siapapahlawan sebenarnya

Maksud Rangkap

Rangkap 1Penyajak menyatakan bahawa seorang panglima perang yang zalim selalunya berdendam. Selain itu, masyarakat perlulah bersyukur kerana masih ada orang yang membebaskan tahanan yang berjasa. Dalam hal ini, penyajak telah mempersoalkan, siapakah pahlawan sebenar yang dimaksudkan.Rangkap 2Penyajak menegaskan bahawa masyarakat sememangnya tidak dapat mempersoalkan peristiwa perang atau pertumpahan darah yang pernah berlaku. Dalam hal ini, masyarakat yang keliru, ingin tahu tentang individu yang bertanggungjawab menghukum pembelot.Rangkap 3Watak Tuah bukanlah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaannya hanya di istana yang sering menjadi sasaran pemfitnah.

Puisi Moden

Kudup Perang (Tuah Sujana)

Rangkap 4Watak Jebat bukanlah sebagai pengkhianat kerana diadili secara tidak adil, sedangkan masyarakat menganggapnya keramat.Rangkap 5Peperangan yang melanda telah ditafsirkan dalam pelbagai maksud. Peperangan telah membawa perubahan yang drastik. Ada yang baik, ada yang buruk. Yang pasti, kita bangkit semula untuk mencipta kebahagiaan.Rangkap 5Sehingga kini, kita masih mempertikaikan pahlawan yang sebenarnya.

TemaKepentingan kewibawaan dan ketokoban pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi.

Persoalana. Peperangan akan mewujudkan perasaan

dendam.b. Usaha untuk mencari kebenaran tentang

pahlawan dan pengkbianat yang sebenarnyac. Kekeliruan dalam mengenal pasti orang

sebenar yang telab membunuh pendusta.d. Sikap tidak mahu memuji dan berpihak

antara Tuah yang setia dengan Jebat yang menuntut keadilan.

e. Keadilan dan kesaksamaan selalu digugat oleh pendustaan.

f. Perbalahan boleh menjadikan perkara yang tidak benar sebagai benar.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyia. Pemilihan kata dan pembinaan ungkapan

oleh pengarang begitu indah dan berkesan. Contohnya: mengudupkan putik dendam.

b. Simile. Contohnya: seperti perawan.c. Metafora. Contoh: peta keadilan.

d. Inversi. Contohnya: sesekali turut direntakan daki pendusta (sepatutnya: daki pendusta sesekali tuntt direntakan).

e. Personifikasi. Contohnya: takhta setia; putik dendam

f. Hiperbola. Contohnya: jari-jemari takdir; daerah angkara.

g. Unsur alam. Contohnya: putik; fajarh. Penggunaan bahasa klasik. Contohnya:

kesumat; keramati. Asonansi. Contoh: mewarnakan keindahan

pada hodohnya (perulangan bunyi vokal a). j. Aliterasi. Contoh: pedang pusaka. (perulangan

bunyi konsonan p).

Nilaia. Keberanian. Contohnya, penyajak berani

mencari jawapan dan kepastian antara pahlawan dengan pengkhianat.

b. Keadilan. Contohnya, Tuah dan Jebat hendaklah diadili dengan saksama.

c. Keinsafan. Contohnya, penyajak berasa insaf bahawa peperangan dan perbalahan akan menggugat kedamaian hidup.

d. Kerajinan. Contohnya, usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh untuk membina kebahagiaan hidup semula selepas peperangan perlu dilakukan.

Pengajarana. Kita mestilah bersikap berani untuk mencari

jawapan yang sahih agar kita tidak tersilap membuat keputusan.

b. Kita haruslah bersikap adil dan saksama supaya tidak melakukan kezaliman.

c. Kita hendaklah insaf bahawa peperangan tidak akan mendatangkan kebaikan.

d. Kita mestilah gigih berusaha untuk membina kebahagiaan supaya hidup lebih bermakna.

Page 21: Komsas   nota 2016

21

Sinopsis

Paduka Bubunnya, iaitu Raja Benua Siam menitahkan Sultan Muzaffar Syah menghantar surat sembah ke Siam. Malangnya, baginda enggan berbuat demikian. Panglima Awi Cakri dititahkan menyerang Melaka. Sultan Melaka telah mengumpulkan rakyat Melaka. Tun Perak pula telah membawa orang Kelang yang terdiri daripada lelaki dan perempuan ke Melaka. Perbuatan Tun Perak itu telah dipersoalkan oleh Seri Amerta sebanyak tiga kali. Tun Perak memaklumkan bahawa pihak lelaki akan berperang bersungguh-sungguh apabila ahli keluarga dibawa bersama. Seri Amerta telah menyampaikan jawapan Tun Perak kepada Sultan Melaka yang menimbulkan rasa sukacita baginda. Baginda telah menitahkan Tun Perak agar tinggal di Melaka. Sementara itu, Siam kalah dalam peperangan.

Suatu hari, Seri Amerta telah menyiasat aduan orang Kelang tentang Tun Perak. Persoalan diajukan kepada Tun Perak sebanyak tiga kali. Jawapan Tun Perak telah dipersembahkan kepada Sultan Melaka yang berkenan dengan kebijaksanaannya. Tun Perak telah dilantik sebagai Perdana Menteri dan duduk setara dengan Seri Nara Diraja. Kedua-duanya tiada muafakat dalam pelbagai perkara sehingga Sultan Muzaffar Syah berasa dukacita. Baginda telah menceraikan permaisurinya, Tun Kudu, iaitu kakak Paduka Raja lalu dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja yang telah tua atas alasan untuk mendamaikan

kedua-dua pihak yang tidak sehaluan. Seri Nara Diraja telah bersetuju melepaskan jawatannya sebagai bendahara kepada Paduka Raja. Siam telah merancang untuk menyerang Melaka yang diketuai oleh Panglima Awi Dicu. Serangan dibatalkan apabila taktik yang digunakan oleh Bendahara Paduka Raja menimbulkan kegerunan pihak Siam lalu berpatah balik ke Siam. Tiba di Siam, anakanda Paduka Bubunnya, iaitu Cau Pandan, bercadang menyerang Melaka. Namun demikian, niat Cau Pandan tidak kesampaian kerana dipercayai terkena panahan keramat Tuan Sidi Arab yang melakukannya di hadapan Sultan Muzaffar Syah. Sultan telah mengurniakannya hadiah. Sultan Muzaffar Syah mangkat setelah memerintah Melaka selama 42 tahun. Anakanda baginda, iaitu Raja Abdullah, telah menaiki takhta dengan gelaran Sultan Mansur Syah. Baginda berkahwin dengan Tun Putih Nur Pualam, iaitu anak Seri Nara Diraja.

TemaKebijaksanaan seorang raja dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam kalangan pembesar negeri.

Persoalana. Kebijaksanaan menggunakan strategi dan

akal fikiran untuk menyelesaikan masalah.b. Perpecahan dalam kalangan pembesar

akan membahayakan kedaulatan dan keharmonian negara.

c. Kepentingan ilmu dalam kehidupan.d. Keberanian dalam menghadapi cabaran.e. Taat setia kepada pemimpin dapat menjamin

kesejahteraan dan keharmonian negara

Prosa Tradisional

Burung Terbang Dipipiskan Lada

Watak dan PerwatakanTun Peraka. Tun Perak merupakan pembesar Melaka

yang menjaga daerah Kelang.b. Beliau dilantik menjadi Bendahara Paduka

Raja oleh Sultan Muzaffar Syah.c. Beliau seorang yang bijaksana.d. Beliau seorang yang baik hati.e. Beliau seorang yang berani.

Sultan Muzaffar Syaha. Baginda amat mementingkan keharmonian

Melaka.b. Baginda seorang yang prihatin.c. Baginda seorang yang bijaksana.d. Baginda seorang yang tidak terburu-buru.e. Baginda seorang raja yang menghargai rakyat.

Seri Nara Dirajaa. Beliau merupakan Bendahara Melaka.b. Beliau sudah tua sehingga bulu kening dan

bulu matanya telah bercantum.c. Beliau telah berkahwin dengan Tun Kutlu,

iaitu bekas isteri Sultan Melaka.d. Beliau mempunyai anak daripada hubungannya

dengan gundik, iaitu Tun Nina Madi.

Sultan Mansur Syaha. Baginda ialah Raja Abdullah, iaitu anak

kepada Sultan Muzaffar Syah. b. Baginda telah menaiki takhta Melaka

selepas ayahanda baginda mangkat.c. Sultan Mansur Syah seorang yang kacak,

adil, dan pemurah.d. Baginda telah berkahwin dengan Tun Patih

Nur Pualam.

LatarLatar TempatMelaka, Muar, Batu Pahat, Hulu Muar, Kelang,

Siam, Istana Siam, dan Seri balai.

Latar Masyarakat a. Golongan istana yang terdiri daripada

pemerintah, menteri, dan hulubalang.b. Masyarakat gundik.c. Masyarakat yang tidak bersatu.d. Masyarakat yang takut akan isteri.e. Masyarakat yang bijaksana.

Nilai

a. Kebijaksanaan. Contohnya, Tun Perak bijaksana dalam menghadapi ancaman Siam ke atas negeri Melaka.

b. Baik hati. Contohnya, Sultan Muzaffar Syah bersikap baik hati dengan menganugerahkan persalinan kepada Tun Perak dan tenteranya selepas mereka berjaya mengusir tentera Siam.

c. Keikhlasan. Contohnya, Seri Nara Diraja dengan ikhlas hati menyokong pelantikan Paduka Raja sebagai Bendal1ara Melaka.

d. Keberanian. Contohnya, Tun Perak dan tentera Melaka berani menentang tentera Siam.

Pengajaran

a. Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh negara.

b. Kita haruslah bijak menggunakan strategi untuk menyelesaikan masalah.

c. Kita hendaklah ikhlas semasa melakukan sesuatu tindakan.

d. Kita mestilah sanggup berkorban untuk memperoleh kebaikan.

Page 22: Komsas   nota 2016

22

Sinopsis

Seorang pemuda yatim piatu yang bernama Ahmad Mutawakkil peka tentang perkembangan tanah air. Pelbagai cabaran terpaksa dilalui untuk memperjuangkan kemerdekaan. Ahmad pernah bekerja membaca dan menjawab surat-surat rahsia daripada Inggeris untuk kumpulan anti-Jepun.

Pada usia 17 tahun, Ahmad Mutawakkil sangat berpengaruh dan disegani lalu terpilih sebagai orang kuat sayap parti PEKEMBAR di daerahnya. Pidatonya melalui ceramah kemerdekaan mampu membangkitkan jiwa merdeka dalam kalangan pendengar. Walaupun berjuang menentang Inggeris, namun Ahmad Mutawakkil tetap akrab dan mesra dengan keluarga Tuan Booth yang berbudi terhadapnya serta penduduk kampung. Tambahan pula, anak gadis Tuan Booth yang bernama Sandra pernah mengajar Ahmad Mutawakkil menulis dan berbahasa Inggeris dengan baik. Kerjasama tetap terjalin dalam pelbagai perkara.

Pada usia 24 tahun, Ahmad Mutawakkil terpilih untuk menduduki kerusi pemimpin nombor dua dalam parti di peringkat daerah. Ahmad Mutawakkil juga terlibat dalam dunia kewartawanan. Penulisannya telah merangsang orang Melayu agar sedia mengisi kemerdekaan. Ahmad Mutawakkil sering mengingatkan bangsa agar berjuang mengubah sikap dan pandangan sempit yang melingkari kehidupan. Akhirnya, Ahmad Mutawakkil gugur sebagai bunga bangsa sebelum sempat mendengar laungan kemerdekaan.

TemaKegigihan dan keberanian seorang pemuda yang menghadapi pelbagai cabaran dan tentangan dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

Persoalan

a. Kasih sayang sebagai tali pengikat hubungan sesama anggota keluarga.

b. Ketabahan dalam mengharungi pelbagai kesulitan semasa zaman perang.

c. Semangat patriotisme yang tinggi dalam diri pejuang.

d. Kerjasama yang erat dalam kalangan masyarakat dapat mengeratkan perpaduan dan keselamatan penduduk.

e. Kekejaman dan kezaliman pihak pengganas terhadap masyarakat.

Watak dan Perwatakan

Ahmad Mutawakkila. Ahmad Mutawakkil berusia 25 tahun ketika

dia meninggal dunia.b. Beliau merupakan anak yatim piatu.c. Beliau boleh membaca dan menulis bahasa

Inggeris dengan baik.d. Beliau bekerja sebagai wartawan.e. Beliau petah berpidato.f. Ahmad Mutawakkil sanggup berkorban

nyawa demi kemerdekaan tanah air.

Tuan Bootha. Tuan Booth merupakan pengurus ladang

getah di estetnya.b. Dia berbangsa Inggeris.c. Dia mempunyai seorang isteri dan seorang

anak perempuan.

Cerpen

Cinta Ahmad Mutawakkil (Zainal Rashid Ahmad)

d. Dia seorang yang baik hati.e. Dia seorang yang peramah.

Sandraa. Sandra ialah anak gadis tunggal Tuan Booth.b. Dia seorang gadis yang bermata biru lembut

dan berambut perang.c. Dia fasih berbahasa Melayu.d. Dia seorang yang baik hati. Dia menyimpan

perasaan cinta terhadap Ahmad Mutawakkil.

Imam Ngah Deramana. Imam Ngah Deraman ialah seorang imam

surau di kampung penulis.b. Dia seorang yang taat terhadap ajaran agama

Islam.c. Dia seorang yang bertanggungjawab.d. Dia seorang yang penyayang.

LatarLatar Tempat

Surau kampung penulis, banglo estet Tuan Booth, Estet Ephill, Estet Sungai Siput, kampung penulis, Estet Tuan Booth, kawasan kebun getah, sawah, dan England.

Latar Masaa. Pertengahan tahun 30-an.b. Seminggu sebelum Jepun mendarat di

Tanah Melayu.c. Malam Jumaat, bulan Ogos tahun 1953.d. 31 Ogos 1957.

Latar Masyarakat

a. Masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.

b. Masyarakat yang menjadi mangsa keganasan daripada pihak pengganas.

c. Masyarakat yang sanggup menjadi pembelot terhadap negara.

d. Masyarakat penjajah asing yang mengaut keuntungan ekonomi tanah air.

Nilai

a. Patriotisme. Contohnya, Ahmad Mutawakkil berjuang meniupkan api semangat patriotik melalui penulisan dan ceramah.

b. Keberanian. Contohnya, Ahmad Mutawakkil berani bersuara dengan lantang untuk membidas perjuangan pihak komunis.

c. Ketabahan. Contohnya, Ahmad Mutawakkil tabah berdepan dengan pelbagai cabaran dalam perjuangannya.

d. Kerjasama. Contohnya, tiga kumpulan pencari bekerjasama untuk mencari jejak Ahmad Mutawakkil yang hilang.

Pengajarana. Kita hendaklah berani dalam melakukan

sebarang tindakan.b. Kita perlulah bekerjasama dalam melakukan

sesuatu perkara.c. Kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai

keperitan hidup pada zaman perang.d. Kita mestilah mengenang budi seseorang

yang banyak berjasa kepada agama, bangsa, dan tanah air.

Page 23: Komsas   nota 2016

23

Sinopsis Aiman merupakan remaja yang bijak sejak zaman kanak-kanaknya. Aiman cenderungdalam bidang sains sehingga mampu membayangkan sesuatu yang di luar jangkauan akal orang lain. Aiman suka mewujudkan suasana halusinasi futuristik. Kepintaran Aiman dapat dilihat sewaktu gurunya mengajukan topik tertentu. Jawapannya akan menyebabkan rakan-rakan sekelasnya terdiam dan terpegun. Adakalanya, jawapan Aiman mengandungi unsur humor. Aiman membayangkan dirinya berkelulusan bidang aeroangkasa. Tanpa rasa takut, Aiman berhalusinasi ke angkasa dengan menganjakkan usianya. Aiman memanjat pokok kelapa dara di penjuru banglonya hingga pucuk. Aiman telah menerokai keunikan angkasa lepas. Pelbagai penemuan berlaku dan pelbagai teori bermain di mindanya yang sememangnya meminati sains angkasa. Aiman terasa sunyi dan amat asing dalam pengembaraannya sehingga terdengar suara halus yang menginsafkan dirinya dan mengundang rasa sayu kerana berada di tempat yang luar biasa. Aiman berasa terpenjara agak lama dan ingin pulang segera ke planet bumi. Aiman juga mempersoalkan dirinya yang dikatakan gagap berkemungkinan berpunca daripada ibu bapanya. Akhirnya, Aiman teringat akan suara ghaib yang berpesan kepadanya agar mendekati Tuhan dan memelihara habitat semula jadi di planet bumi. Bagi Aiman, itulah terapi yang terbaik buat dirinya.

TemaKeinginan yang tinggi dalam bidang sains angkasa.

Persoalana. Tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya.b. Kebijaksanaan dalam menyelesaikan

sesuatu perkara.c. Rasional dalam membuat sebarang

keputusan atau tindakan.d. Pengorbanan seorang guru terhadap anak

murid.e. Impian dan angan-angan yang tidak

kesampaian.

Watak dan Perwatakan

Aiman Aqila. Aiman Aqil berumur hampir 20 tahun.b. Dia merupakan anak sulung dan mempunyai

dua orang adik perempuan.c. Aiman seorang yang gagap.d. Dia seorang murid yang pintar.e. Aiman bercita-cita tinggi untuk menjadi

angkasawan yang berjaya.f. Dia seorang yang suka memberontak.g. Aiman seorang yang insaf.

Bapa Aimana. Bapa Aiman mempunyai tiga orang anak,

iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin, dan Azilah Atiqah.

b. Dia bertugas sebagai seorang jurutera mekanikal.

c. Dia seorang yang bertanggungjawab.d. Dia seorang yang bengis dan garang.e. Dia seorang yang penyayang.

Cerpen

Hipertensi (lllias Zaidi)

Ibu Aimana. Ibu kepada tiga orang anak, iaitu Aiman

Aqil, Fadilah Fatnin, dan Azilah Atiqah.b. Ibu Aiman bertugas sebagai seorang saintis

dalam bidang geologi.c. Dia seorang yang penyayang.d. Dia seorang isteri yang taat akan suami.

Cikgu Faridaha. Cikgu Faridah ialah seorang guru Sains di

sekolah Aiman.b. Dia seorang yang dedikasi.c. Dia seorang yang cepat marah.d. Cikgu Faridah seorang yang bijak melihat

potensi muridnya.

Latar

Latar TempatSekolah, rumah banglo Aiman, Stesen Angkasa Antarabangsa, ruang udarakasa bulan, dan pohon kelapa dara di penjuru banglo.

Latar Masa

a. Waktu siang.b. Waktu pagi.c. Zaman sekolah rendah.d. Zaman remaja.

Latar Masyarakat a. Masyarakat yang bercita-cita tinggi untuk

menjadi seseorang yang diidamkannya.b. Masyarakat yang bijak dan pintar dalam

pelajaran.c. Masyarakat yang bekerja sebagai pendidik.

d. Masyarakat yang penyayang terhadap ahli keluarga.

e. Masyarakat yang bertanggungj awab terhadap penyakit anaknya.

Nilaia. Kasih sayang. Contohnya, ibu Aiman amat

menyayangi anak-anaknya.b. Kebijaksanaan. Contohnya, Aiman boleh

menyelesaikan latihan Matematik murid tingkatan lima walhal umurnya ketika itu baru lapan tahun.

c. Dedikasi. Contohnya, Cikgu Faridah menerangkan ilmu Teori Graviti dengan bersungguh -sungguh.

d. Keinsafan. Contohnya, Aiman sedar akan

kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi.

Pengajarana. Kita mestilah menyayangi ahli keluarga

kita.b. Kita hendaklah bijaksana dalam

menyelesaikan sesuatu masalah.c. Kita mestilah dedikasi dan amanah dalam

melaksanakan tugas yang diberikan.d. Kita perlulah bertanggungjawab terhadap

aspek kesihatan ahli keluarga.

Page 24: Komsas   nota 2016

24

Sinopsis Profesor Doktor Juaidi yang merawat Tuan Besar Musa bertindak tidak adil. Tuan Besar Musa seorang korporat yang banyak menyumbang dana kepada kelab elit hospital. Tabiat Tuan Besar Musa yang suka minum minuman keras telah memudaratkan dirinya sendiri sehingga terlantar di wad Unit Rawatan Rapi. Penggunaan pek darah yang banyak hanya untuk Tuan Besar Musa menyebabkan simpanan bank darah di hospital agak kritikal. Pesakit-pesakit yang tenat tidak mampu dirawat dengan sempurna sedangkan setiap pesakit tersebut bukannya mencipta masalah yang memudaratkan diri. Nusia yang bertugas di hospital tersebut telah menunjukkan ketegasan denganmengkritik dan menyelar secara berhemah sikap Doktor Murni dan Profesor Doktor Juaidi. Nusia tidak sanggup melihat nilai kemanusiaan yang semakin gersang hanya untuk menyelamatkan Tuan Besar Musa yang koma dan sememangnya tidak boleh diselamatkan. Nusia mempertahankan hak pesakit-pesakit lain untuk mendapatkan pek darah atas alasan yang munasabah. Akhirnya, Tuan Besar Musa meninggal dunia sebelum acara jamuan tahunan berlangsung dan menyebabkan kelab elit kehilangan dana RMl00 ribu. Pada masa yang sama, Doktor Murni pula bertindak tegas dengan menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Professor Doktor Juandi.

TemaKepentingan ganjaran material membatasi nilaikemanusiaan dalam proses rawatan kepada pesakit.

Persoalana. Perasaan kasih sayang sesama manusia.b. Pengabaian nilai kemanusiaan akibat

ganjaran material.c. Ketabahan pesakit melawan penyakit yang

dihadapi.d. Kebijaksanaan dalam menyelesaikan

masalah.e. Tanggungjawab dan amanah dalam

melaksanakan tugas.

Watak dan Perwatakan

Nusia

a. Nusia ialah seorang jururawat.b. Dia merupakan seorang yang akur akan

perintah ketua.c. Nusia seorang yang penyayang.d. Nusia seorang yang bertanggungjawab.e. Dia seorang yang berhati mulia.

Doktor Murnia. Doktor Murni merupakan pegawai

perubatan muda di sebuah hospital.b. Doktor Murni mementingkan aspek

kemanusiaan pesakit.c. Dia seorang yang prihatin dan

bertanggungjawab.d. Doktor Murni rasional dalam membuat

tindakan.

Cerpen

Gerhana Manusia (Aminah Mohktar)

Profesor Doktor Juaidia. Profesor Doktor Juaidi merupakan pegawai

perubatan senior di sebuah hospital.b. Dia merupakan ketua jabatan kepada Doktor

Murni dan Nusia.c. Profesor Doktor Juaidi sudah berumur,

bermata bulat, dan berkening lebat.d. Dia amat mementingkan ganjaran material

daripada nilai kemanusiaan.

Tuan Besar Musaa. Tuan Besar Musa merupakan seorang ahli

korporat dan teknokrat yang memiliki gedung perniagaan yang besar.

b. Dia merupakan seorang dermawan.c. Dia mengambil minuman keras selama

bertahun-tahun.d. Dia merupakan penyumbang utama dana

kepada kelab elit hospital.

LatarLatar TempatWad Unit Rawatan Rapi, bank darah, dan hospital.

Latar MasaPeristiwa dalam cerpen ini berlaku sepanjang dua hari, iaitu hari ini dan semalam.

Latar Masyarakat a. Masyarakat yang bersimpati atau prihatin

terhadap pesakit.b. Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan.c. Masyarakat yang hanya mementingkan

ganjaran material semata-mata.

d. Masyarakat yang akur akan perintah ketua.e. Masyarakat yang bertugas di hospital.

Nilai

a. Kasih sayang. Contohnya, Nusia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya.

b. Belas kasihan. Contohnya, Nusia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah.

c. Tanggungjawab. Contohnya, Nusia bertanggungjawab merawat semua pesakitnya tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang.

d. Baik hati. Contohnya, Doktor Murni bersedia mendermakan darahnya untuk bekalan darah yang kehabisan di bank darah, hospital.

Pengajaran

a. Kita mestilah bersifat penyayang sesarna insan tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang.

b. Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang bernasib malang.

c. Kita perlulah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberi.

d. Kita hendaklah bijak berikhtiar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Page 25: Komsas   nota 2016

25

Sinopsis

Azmir merupakan seorang pemuda yang bijak dan petah berkata. Namun demikian,

dia telah dihantar ke wad pesakit jiwa kerana menunjukkan perlakuan yang ganjil. Semua orang menganggapnya gila kerana suka menghantuk-hantukkan kepala dan menarik-narik rambutnya. Azmir sering merpersoalkan kebenaran apabila berbual-bual dan membuat penilaian yang pelbagai tentang sikap manusia di sekelilingnya.

Keanehan sikap Azmir akhirnya dapat dikesan oleh Arif dan para pelakon drama “Sasau” kerana secara tiba-tiba Azmir menyertai mereka. Sikap Azmir menimbulkan

minat mereka untuk menjejakinya walaupun telah dibawa pulang ke wad pesakit jiwa oleh doktor dan petugas hospital. Kesungguhan mereka untuk merungkai masalah yang tersirat tidak kesampaian walaupun berjaya berjumpa dengan ibu bapa Azmir. Azmir yang sering berhalusinasi berjumpa dengan kekasihnya Ani, didapati meninggal dunia sendirian di wad pesakit jiwa.

Khabar duka yang tersiar di akhbar telah menyebabkan Ani berasa bersalah dan menyesal kerana meninggalkan Azmir yang disangkanya tidak siuman.

Tema

Ketabahan seorang anak muda yang terpaksa melawan penyakit barah otak bersendirian.

Persoalana. Ketabahan seorang pesakit barah otak

melawan penyakitnya seorang diri.b. Penghargaan seorang anak terhadap ibu dan

bapanya.c. Kesetiaan seseorang terhadap kekasihnya.d. Sikap tidak ambil peduli masyarakat

terhadap kesusahan orang lain.e. Kebenaran hanya bersifat luaran dan terbit

dalam kata-kata.

Watak dan Perwatakan

Azmira. Azmir menghidap penyakit barah otak.b. Dia dikatakan telah mengalami sakit jiwa.c. Dia bersikap gila-gila sejak tingkatan enam.d. Dia bercinta dengan Ani tetapi Ani telah

meninggalkannya sewaktu dia berhadapan dengan penyakit barah otak.

e. Azmir boleh bercakap loghat Indonesia.

Arifa. Arif merupakan pengarah drama Sasau.b. Dia prihatin terhadap keadaan Azmir.c. Arif telah menasihati ibu Azmir berkaitan

dengan kasih sayang ibu terhadap anaknya.d. Dia seorang yang berjiwa besar.

Doktor Razia. Beliau merawat Azmir yang dikatakan

menghidap sakit jiwa.

Drama

Bukan Gila (Sharif Shaary)

b. Doktor Razi tidak memahami penyakit yang dialami oleh Azmir.

c. Doktor Razi bersikap baik terhadap Azmir kerana telah membenarkan Azmir bersiarsiar di luar.

Ibu Azmira. Beliau tidak mampu mengurus Azmir.b. Beliau telah mengesan sikap gila-gila Azmir

sejak anaknya itu di tingkatan enam.c. Ibu yang tidak menjaga anaknya kerana

Azmir lebih suka tinggal di rumah neneknya.d. Ibu yang berasa malu dengan sikap anaknya

yang gila-gila.

Latar

Latar TempatWad pesakit jiwa, Hospital Besar, pentas, rumah ibu dan bapa Azmir, rumah Ani.

Latar Masa a. Waktu siang.b. Waktu latihan.c. Zaman tingkatan enam.d. Zaman belajar di universiti.

Latar Masyarakat a. Masyarakat yang p1ihatin terhadap keadaan

sebenar yang dihadapi oleh orang lain.b. Masyarakat yang tidak setia.c. Masyarakat yang tidak ambil peduli akan

orang lain.d. Masyarakat ibu dan bapa yang tidak

membelikan kasih sayang yang cukup kepada anak mereka.

Nilaia. Keprihatinan. Contohnya, Arif prihatin akan

penderitaan yang ditanggung oleh Azmir.b. Kesetiaan. Contohnya, Azmir setia dengan

cintanya terhadap Ani walaupun Ani telah meninggalkannya.

c. Baik hati. Contohnya, doktor bersikap baik hati terhadap Azmir dan dia telah membenarkan Azmir untuk bersiar-siar.

d. Tanggungjawab. Contohnya, doktor bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya dengan mencari dan membawa Azmir ke wad pesakit jiwa semula.

Pengajarana. Kita hendaklah sentiasa prihatin terhadap

nasib orang lain supaya kita dapat membantu mereka.

b. Kita hendaklah setia kepada pasangan supaya kita tidak melakukan perbuatan khianat.

c. Kita mestilah bersikap baik hati kepada orang lain.

d. Kita mestilah berilmu dan berpengetahuan untuk memahami kebenaran dan kepalsuan.