26
SINOPSIS NOVEL Novel ini mengisahkan tentang kenangan hidup Badri bersama-sama kawan-kawannya pada zaman persekolahan.Badri,watak utama dalam novel ini berusaha untuk membantu kawan-kawannya yang terlibat dalam masalah disiplin sekolah untuk keluar daripada permasalahan ini.Badri murid tingkatan lima dilantik menjadi pengawas sekolah.Di sinilah bermulanya Badri bekerjasama dengan guru-guru untuk mengatasi masalah disiplin di sekolah. Meng Kong, Kumar dan Shahrul merumitkan lagi permasalahan ini apabila mereka bukan sahaja menjual kad prabayar tetapi juga menjual telefon bimbit kepada murid sekolah itu. Mereka menjual telefon bimbit secara ansuran. Ini menimbulkan masalah kerana murid kerap meminta belanja sekolah yang lebih daripada ibu bapa.Kegiatan Meng Kong, Kumar dan Shahrul akhirnya tertumpas apabila Meng Kong tertangkap di kedai ayahnya sendiri. Hal ini menambahkan lagi sakit hati Shahrul dan Kumar terhadap Badri.Kumar pula akhirnya insaf apabila dia tertangkap ketika memasukkan kotak rokok ke dalam beg Meng Kong.Ini menyebabkan Shahrul berseorangan. Dendam dan iri hati Shahrul terhadap Badri semakin bertambah apabila Nadira murid perempuan yang agak menarik di sekolah itu, yang sebelum ini menjadi kawan rapatnya berpaling arah ke Badri.Walaupun menerima pelbagai tekanan semasa menjalankan tugasnya sebagai pengawas,namun Badri tetap tidak putus asa. Page 1

Nota Komsas Merenang Gelora

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Novel Komsas Tingkatan 3 ; Merenang Gelora*sumber dari internet

Citation preview

SINOPSIS NOVEL

Novel ini mengisahkan tentang kenangan hidup Badri bersama-sama kawan-kawannya pada zaman persekolahan.Badri,watak utama dalam novel ini berusaha untuk membantu kawan-kawannya yang terlibat dalam masalah disiplin sekolah untuk keluar daripada permasalahan ini.Badri murid tingkatan lima dilantik menjadi pengawas sekolah.Di sinilah bermulanya Badri bekerjasama dengan guru-guru untuk mengatasi masalah disiplin di sekolah. Meng Kong, Kumar dan Shahrul merumitkan lagi permasalahan ini apabila mereka bukan sahaja menjual kad prabayar tetapi juga menjual telefon bimbit kepada murid sekolah itu. Mereka menjual telefon bimbit secara ansuran. Ini menimbulkan masalah kerana murid kerap meminta belanja sekolah yang lebih daripada ibu bapa.Kegiatan Meng Kong, Kumar dan Shahrul akhirnya tertumpas apabila Meng Kong tertangkap di kedai ayahnya sendiri. Hal ini menambahkan lagi sakit hati Shahrul dan Kumar terhadap Badri.Kumar pula akhirnya insaf apabila dia tertangkap ketika memasukkan kotak rokok ke dalam beg Meng Kong.Ini menyebabkan Shahrul berseorangan. Dendam dan iri hati Shahrul terhadap Badri semakin bertambah apabila Nadira murid perempuan yang agak menarik di sekolah itu, yang sebelum ini menjadi kawan rapatnya berpaling arah ke Badri.Walaupun menerima pelbagai tekanan semasa menjalankan tugasnya sebagai pengawas,namun Badri tetap tidak putus asa.

SINOPSIS BAB

BAB 1 T U G A S B A H A R UBadri anak sulong daripada dua orang adik beradik mula bertugas sebagai seorang pengawas sekolah Adiknya bernama Badrul. Beliau seorang yang tegas dan berdisiplin. Bercita-cita ingin menjadi pemimpin pada masa hadapan. Jamil merupakan kawan baik kepada Badri, manakala Shahrul seorang murid yang nakal, Siti Cahaya Nadira seorang murid baharu yang cantik menjadi rebutan murid-murid lelaki di sekolah tersebut. Jamil dicabar oleh Badri dan sebaliknya untuk mendapatkan Siti Cahaya Nadira.

BAB 2A P I Y A N G M U L A M E M B A R ABadri melakukan muhasabah (penilaian kendiri, introspektif) tentang matlamat dirinya dalam pelajaran, serta peranan sebagai anak kepada pasangan pegawai kerajaan dan suri rumah yang hidup sederhana. Badri rela dianggap kolot kerana tidak terpengaruh dengan pergaulan bebas atau lepak. Ajakan Jamil untuk melepak di Mastika Mall ditolak dengan alasan lebih baik dia membantu ibunya kalau sekadar untuk menghilangkan tekanan (stres). Entah macam mana mereka boleh rapat dengan prinsip hidup yang berbeza. Sedang Badri mengelamun, motosikal Shahrul meluncur ke kawan sekolah. Hari itu kebetulan Badri sakit perut dan berulang-alik ke tandas. Di situ, dia disiram dengan air daripada mangkuk tandas. Pelaku (suspek) lari, tetapi Badri kemudian teringat tanda leher pada budak India tingkatan 5 itu. Badri terus ke kelas, tetapi terus disindir oleh Nadira. Badri hairan bahawa begitu cepat Nadira tahu. Tiba-tiba Jamil pula muncul dan membuat andaian Badri sebagai mangsa balas dendam budak tingkatan 2 yang ditangkap ponteng kelas. Jamil juga cuba mempengaruhi Badri supaya tidak mencampuri urusan murid lain kerana mungkin hal itu menyakitkan hati mereka. Badri sebaliknya mempertahankan tanggungjawab pengawas untuk membantu pihak sekolah supaya mematuhi disiplin.

Jamil juga terperangkap dengan soalan Badri akan sebab dia tahu Badri berada di kelas. Jamil mengatakan cerita itu tersebar di kantin, tetapi dia mengelak daripada menyebut nama sesiapa. Badri bingkas ke bilik guru bertemu Cikgu Jailani. Badri disuruh pulang menukar baju.Di rumah, Badri membuat helah kepada ibunya, Mak Siti bahawa dia terjatuh lopak . pada sebelah petang Badri ke perpustakaan, tetapi dia gagal memberi tumpuan. Dia keluar merayau-rayau di bandar tanpa tujuan khusus. Setelah minum teh O ais di gerai, Badri ternampak Nadira membonceng motosikal Shahrul. Kemudian, Badri menuju rumah Pak Alang, bapa saudaranya. Rupa-rupanya ada tetamu. Badri terkejut kerana tetamu itu ialah Nadira, anak buah Mak Alang. Nadira resah, tetapi Badri puas

BAB 3B E R M A I N A P IRentetan peristiwa Badri dianiaya di tandas, Cikgu Jailani mengrahkan pengawasn ketat hingga kelibat Meng Kong tidak kelihatan pada waktu rehat. Namun, Badri terserempak dengan suspek dengan tanda lahir di leher, Kumar yang kebetulan tidak memakai lencana dan tanda nama. Ketika dibawa berjumpa Cikgu Jailani, sekali lagi Kumar terperangkap (kantoi - bahasa pasar) apabila telefon bimbit dalam kocek seluarnya bergetar. Badri kemudian mendapat maklumat tentang kegiatan Kumar bersama Meng Kong dan Shahrul apabila berbual dengan rakan sekelas, Ah Chun dan Selva. Mereka syak bahawa Meng Kong, Shahrul dan Kumar menjual telefon bimbit dan kad prabayar di sekolah, tetapi tidak cukup bukti.Sementara itu, Jamil kelihatan gelisah dan aneh. Jamil kemudian seolah-olah jurucakap Kumar yang meminta Badri tidak terlalu memerhatikan Meng Kong, tetapi Badri menafikannya kerana perkara itu kebetulan sahaja. Badri cuba menebak perkara yang cuba disembunyikan oleh Jamil, tetapi tidak sempat, malah ketika pula Jamil tergesa-gesa pergi. Sebaliknya, Badri seperti diberi amaran oleh Nadira supaya pandai menjaga mulut dan terus dilabel (dicap) sebagai tukang lapor (kepada Mak Alang).Di perhentian bas, Badri dirempuh dengan kuat (oleh Bob) hingga dia tersungkur dan beg sekolahnya tercampak. Nadira ketawa mengejek, manakala Kumar yang sengaja mencari gara-gara mengajak Bob berlalu sambil ketawa terbahak-bahak. Badri bertekad untuk melawan dan terus melaksanakan amanah tanpa menggunakan kekerasan. Ketika turun daripada bas, baru Badri perasan ada kertas kecil telah diselitkan dalam saku seluarnya. Nota itu hanya menghendaki dia pergi ke sebuah pasar raya pada pukul 4.00 petangnya.Rasa ingin tahu menyebabkan Badri akur dengan nota tadi. Setelah 15 minit, ada suara seorang gadis yang tidak dikenalinya, memperkenalkan diri sebagai murid tingkatan 5. Siew Mei ingin meluahkan perkara penting dan rahsia. Mereka ke restoran makanan segera di situ, lalu Siew Mei mengatakan dia tahu peristiwa yang menimpa Badri.

BAB 4D U R I D A L A M D A G I N GKumar tiba kemudian sedikit daripada Meng Kong dan Shahrul di pusat boling. Kumar kelihatan muram dan enggan bermain boling. Shahrul lalu mengajak mereka makan dan Meng Kong akan membelanja mereka stik. Kumar nyata maih begitu marah kepada Badri ekoran peristiwa telefon bimbit miliknya dirampas oleh Cikgu Jailani. Meng Kong berjanji untuk mengganti telefon itu dengan set yang baharu sebagai balasan kepada Kumar yang tidak membocorkan rahsia kegiatan mereka di sekolah. Kumar menganggap Badri sebagai penghalang urus niaga mereka. Nadira juga dimasukkan sebagai sasaran baharu mereka walaupun Shahrul rapat dengannya. Meng Kong mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya, lalu dijual kepada murid secara ansuran. Shahrul yang menerima panggilan Nadira meninggalkan mereka sebentar. Kemudian, Shahrul memberitahu bahawa Nadira mengajaknya makan dan berjalan-jalan di sekitar bandar raya Kuala Lumpur.BAB 5P E R T E M U A NBadri berjumpa dengan Jamil dan bertanya adakah dia juga terlibat dalam kegiatan menjual kad prabayar. Semua rahsia itu diceritakan oleh Siew Mei setelah diberitahu oleh abangnya yang bekerja di kedai telefon ayah Meng Kong, iaitu Encik Tan. Hal ini kerana kerap berlaku kehilangan kad prabayar dan telefon di kedai Encik Tan. Badri pula melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Nadira dari terus berkawan dengan Shahrul. Kemungkinan Shahrul turut terlibat dengan aktiviti tidak bermoral.BAB 6K E M U N C A K D U N I ANadira dimarahi oleh Nurul Ain, iaitu kakaknya kerana berpakaian sendat untuk keluar pada Sabtu pagi. Nadira menunggu Shahrul dalam keadaan marah kerana selalu lewat, tetapi sering terpujuk oleh kata-kata manis Shahrul. Nadira marah kepada Badri kerana menegurnya berkawan dengan Shahrul. Nadira mengikut Shahrul bersiar-siar dengan menunggang motosikal. Shahrul bertemu dengan rakannya, mat motor yang selalu berlumba haram. Nadira tidak senang dengan Aziz iaitu salah seorang kawan dalam kumpulan mat motor Shahrul. Mereka telah diserbu oleh anggota polis tetapi Shahrul, Aziz dan rakan-rakannya dapat melarikan diri. Nadira terperangkap kerana ditinggalkan oleh Shahrul. Akhirnya, Nadira ditangkap dan dihantar pulang ke rumahnya oleh pihak polis. Pihak polis menerangkan bahawa Nadira telah berkawan dengan mat rempit yang diburu oleh pihak polis. Ada kalangan mereka yang terlibat dengan jenayah. Nadira dimarahi kakaknya.BAB 7S E C A R I K S I N A RJamil menjauhi diri daripada Badri. Taufik kawan sekelas Badri ingin mengetahui masalahnya. Badri menyembunyikannya dan memarahinya kerana bersikap menjaga tepi kain orang lain. Taufik memberitahu kejadian yang menimpa Nadira dan Shahrul. Nadira telah ditangkap dan disoal oleh pihak polis. Hal ini telah diketahui oleh pengetua dan menyebabkan Nadira dipanggil untuk menceritakan situasi sebenar kejadian tersebut. Nadira berjumpa dengan badri di perpustakaan untuk meminta maaf atas kesalahannya terhadap Badri. Nadira menyatakan hasratnya ingin berkawan dengan Badri tetapi Badri serba salah dan malu. Pertemuan dengan Shahrul membuatkan Nadira amat marah kepada Shahrul. Badri dicabar oleh Shahrul.BAB 8M E N G H A R U N G B A D A IJamil menceritakan kepada Badri yang dia telah dituduh mencuri telefon bimbit di kedai ayah Meng Kong. Nasibnya baik kerana bapa Meng Kong tidak membuat laporan kepada pihak polis dan sekolah. Dia tidak dapat membela diri. Badri bersyukur kerana Jamil sudah insaf atas perbuatannya. Nadira masih berharap Badri tidak masuk campur urusan Meng Kong dan kawan-kawannya, tetapi Badri masih tekad menyelongkar kebenarannya. Siew Mei mengajak Badri berjumpa di bengkel dan menasihati Badri tentang pergaduhannya dengan Shahrul kerana Nadira. Siew Mei meminta Badri membimbing Nadira . Akhirnya Badri bertanya kepada Siew Mei mengapa dia mengambil berat tentangnya. Siew hanya menutup mulut dan lari tergesa-gesa kerana malu. BAB 9R A H S I A H A M P I R T E R B O N G K A RBadri meneruskan rutin joging tiap hujung minggu. Selepas tiga pusingan, Badri berehat di pondok (wakaf) yang disediakan. Tiba-tiba Badri ternampak Meng Kong, Shahrul dan Kumar yang sedang berbincang sesuatu. Badri memasang telinga untuk mengumpul bukti kegiatan tiga orang budak nakal sekolahnya itu. Mereka bercakap tentang Jamil yang penakut dan perihal CCTV dipasang di kedai ayah Meng Kong. Mereka bimbang tentang Badri, lebih-lebih lagi apabila Nadira mula berbaik-baik dengannya. Urus niaga mereka di sekolah juga merosot akibat pelbagai larangan dan pemeriksaan. Setelah berpuas hati dengan maklumat yang didengarnya, Badri keluar dari persembunyian dan menegur mereka. Shahrul membentak Badri, lalu terus menyerang. Badri yang penuh ilmu silat di dada bagai pendekar dengan mudah menewaskan Shahrul. Shahrul cabut lari dengan memecut motosikal, diikuti oleh Meng Kong dan Kumar. Kebetulan, Siew Mei pula muncul di situ. Dia gembira justeru Badri mendapat bukti tambahan untuk dipanjangkan kepada Cikgu Jailani. Badri beriringan dengan Siew Mei ke tempat letak basikal.

BAB 10S E M A R A K A P IShahrul tidak selesa tinggal di rumah teres walaupun sudah tiga tahun mendiaminya. Dia masih lagi rindu akan rumah lamanya yang besar dan mewah itu. Rakan-rakan Shahrul sering menganggapnya daripada golongan yang berada, namun sebaliknya. Dia telah dipanggil oleh Cikgu Jailani kerana menyerang Badri. Apabila Shahrul bertemu dengan Badri yang sedang makan bersama-sama Nadira, hatinya marah dan dia cuba mengungkit rancangan mereka dahulu untuk mengenakan Badri. Tujuannya adalah untuk memisahkan Badri dengan Nadira. Suatu hari, Shahrul dan Kumar memungut hutang daripada Amir yang membeli telefon tetapi dibayar separuh sahaja kerana emaknya tidak membenarkan dia membelinya dan meminta dipulangkan kembali. Apabila Amir memulangkan telefon itu kepada Shahrul, telefon tersebut telah jatuh dan dilihat oleh Cikgu Jailani. Amir dibawa ke bilik guru. Amir telah diugut oleh Shahrul dan Kumar agar tidak menceritakan hal sebenar kepada Cikgu Jailani, sebagai balasan hutang Amir akan dihapuskan. Amir telah berbohong kepada Cikgu Jailani untuk menutup rahsia daripada siapa dia membeli telefon itu agar hutangnya lupus. BAB 11T E R T A N G K A PPagi Sabtu itu, pukul 8.30 pagi, sebelum Ah Meng tiba di kedai, Meng Kong sudah datang, lalu terus mencuri 4 set telefon bimbit stok baharu sampai dii kedai ayahnya. Sejam kemudian, Ah Meng sampai. Meng Kong keluar dengan alasan membeli air, tetapi dia menyerahkan telefon bimbit curi kepada Kumar. Meng Kong tidak menyedari perbuatannya dirakam oleh CCTV yang dijadikan bukti oleh Ah Meng. Walaupun mulanya cuba berhelah, Meng Kong tidak dapat menafikan perbuatannya kepada Encik Tan. Sebagai hukuman, Meng Kong akan ditempatkan di asrama sekolah. Dalam pertemuan dengan pengetua, Encik Tan diminta mengesahkan nombor siri telefon bimbit yang dirampas daripada murid. Setelah itu, Shahrul dan Kumar dipanggil, lalu dikenakan hukuman tiga kali sebatan. Dalam mesyuarat PIBG, isu telefon bimbit turut dibangkitkan. Ahli PIBG menyokong Meng Kong ditempatkan di asrama. Murid hanya boleh membawa wang kocek tidak lebih RM10 sehari.BAB 12S U A S A N A B A H A R UMeng Kong mendaftar sebagai penghuni asrama putera, sambil dibantu oleh Taufik, penghuni sejak tingkatan satu. Meng Kong gelisah apabila perlu berkongsi empat orang penghuni sebilik. Dia juga rimas dengan jadual asrama, tetapi lebih baik begitu daripada harus memilih rumah datuknya yang garang di kampung. Sikap penghuni asrama yang baik dan tidak bertanya punca Meng Kong masuk asrama membuat Meng Kong selesa. Meng Kong juga mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Kamarul yang mengingatkan dirinya tentang waktu belajar (prep) di bilik bacaan. Buat pertama kali Meng Kong membuka buku teks Prinsip Akaun dan menyiapkan kerja yang diberikan oleh Cikgu Rina. Walaupun gelisah kerana tiada pendingin hawa, Meng Kong terlelap jua. Dia memberi laluan kepada murid Islam dahulu yang perlu berada awal di surau. Di sekolah, Meng Kong terserempak dengan Shahrul dan Kumar. Mereka tidak senang dengan cerita Meng Kong yang gembira berjaya menyiapkan kerja sekolah. Meng Kong juga menolak untuk melanjutkan urus niaga kad prabayar dan telefon bimbit curi. Shahrul melabel Meng Kong sebagai pengecut dan bodoh menyebabkan Meng Kong mahu pergi, tetapi dia dihalang. Apabila diugut, Meng Kong mahu melaporkan hal itu kepada Cikgu Jailani. Shahrul geram, lalu mencekak kolar baju Meng Kong dan mahu melepaskan tumbukan. Mujur Badri ada di situ dan mengarahkan mereka berjumpa Cikgu Jailani. Shahrul dan Kumar didapati bersalah, lalu dihadapkan kepada pengetua untuk hukuman rotan. Mereka bertambah geram dan mencari jalan untuk mengenakan Badri, serta mahu Meng Kong dibuang asrama supaya dapat bergabung semula dengan mereka berdua.BAB 13J I W A R E M A J ABadri berpakaian segak dan siap dengan bau minyak wangi hingga menarik perhatian Badrul dan Mak Siti. Badri tidak dapat berahsia dengan adiknya yang selamba memberitahu Badri mahu berjumpa si buah hati, malah dua orang sekali gus. Mak Siti hanya tersenyum walaupun Badri cuba mengelak. Ketika mahu melangkah keluar, telefon berdering dan suara Nadira di hujung talian yang sudah resah menunggu Badri, walhal teater hanya bermula sejam lagi. Sebaik tiba, Nadira melontarkan nada merajuk, tetapi Badri bukan jenis lelaki memujuk, sebaliknya menjaga akhlak diri. Hanya Badri yang asyik dengan persembahan teater, sedangkan Nadira mengelamun tentang Siew Mei yang menjadi saingan dalam hubungan dirinya dengan Badri. Nadira cemburu. Tamat persembahan, mereka berbual sebentar sebelum pulang. Badri perasan Nadira lebih banyak mengelamun justeru tidak memahami naskhah teater yang ditonton.

Di rumah, Badrul memberitahu Jamil membuat panggilan telefon untuk berjumpa dengan Badri. Badri menjadi resah apabila Jamil enggan bercerita di talian, sebaliknya mahu bersemuka keesokan paginya. Namun, Jamil telah menghilang, lalu Badri membuat keputusan untuk mencari Kumar kalau-kalau boleh mendapat maklumat. Bersama Taufik, Badri terserempak dengan Kumar yang sedang cuba memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg Meng Kong pada waktu rehat. Kumar dibawa berjumpa Cikgu Jailani dan dia mengaku bahawa dia sekadar mengikut rancangan Shahrul yang berharap Meng Kong akan dibuang daripada asrama. Kumar dan Shahrul menjalani sesi kaunseling, tetapi pendirian Shahrul masih sama, iaitu nekad mahu terus nakal.BAB 14D I P E R S I M P A N G A NKumar insaf perbuatannya lalu mengelak diri daripada dihasut oleh Shahrul yang memyebabkan dia terikut-ikut dengan gaya mewah Sahrul. Shahrul tetap bertegas untuk memastikan Kumar masih mahu menjadi ahli kumpulannya dan tidak membocorkan rahsia mereka apabila Jamil dan Meng Kong tidak lagi terlibat dalam kumpulan mereka. Shahrul tetap memujuk Kumar mengikutnya untuk membalas dendam terhadap Badri.BAB 15K E H I L A N G A N Y A N G M I S T E R IBadri gagal menghubungi Jamil, malah keluarga Jamil hanya membisu. Badrti juga kelihatan mula rapat dengan Kumar. Setelah sebulan berlalu, Jamil mula dilupakan, tetapi Badri masih teringat akan sahabat baiknya itu. Siew Mei pula terbaca berita tentang Amran, rakan Shahrul di luar sekolah, terbunuh dalam kejadian tembak-menembak dengan polis. Dia terus mencari Badri untuk menyampaikan berita itu. Badri cemas kalau-kalau nama Jamil tersenarai, tetapi dia berasa lega bahawa hal itu tidak berlaku.BAB 16T E R S A Y A T P E D I HShahrul ketakutan mendengar berita kematian Amran dan mengurung diri serta mencari jalan untuk mendekati Nadira semula sebagai sahabat. Shahrul mula merasakan kehilangan rakan-rakannya dan mula bergaul dengan rakan-rakan yang lebih dewasa. Apabila melihat Badrul, Shahrul ingin membalas dendam terhadap Badri dengan mengupah Din memukul Badrul iaitu adik Badri. Din tidak mahu terlibat dan hal ini menyebabkan Shahrul marah lalu memecut motosikalnya menyebabkan dia terjatuh. Badrul dan kawan-kawannya menolong menghantar Shahrul ke hospital. Persahabatan Kumar dengan Badri menyebabkan Siew Mei tidak berpuas hati. Apabila berjumpa Badri, Kumar menceritakan niat sebenar Shahrul melalui maklumat yang diperoleh melalui Din tetapi Nadira curiga dengan kata-kata Kumar, sebaliknya Siew Mei tidak bersetuju dengan pendapat Nadira yang menyatakan Shahrul telah berubah.BAB 17M A N G S A F I T N A HBadri makin rapat dengan Kumar. Dia sering mengajak Kumar bermalam di rumahnya untuk belajar bersama. Badri kesal dengan sikap Siew Mei, tetapi Kumar menganggap Badri sebagai lurus bendul, serta tidak faham perasaan perempuan (Nadira dan Siew Mei) yang berebut dirinya. Badri mengelak, dan bertekad mahu menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Pada hari Rabu, di perpustakaan, Badri disapa oleh Meng Kong. Di kelas, Cikgu Jailani mahu murid berbincang tentang latihan Matematik. Ketika Badri sedang menunjukkan halan hitungan di papan putih, terdengar deringan telefon bimbit dalam beg Badri. Walaupun Badri membuat penafian, Nadira pula yang menuduh Badri bersalah. Di bilik pengawas, Cikgu Jailani memberi jaminan kepada Badri bahawa dia akan terus melakukan siasatan dengan bantuan rakan di syarikat telekomunikasi. Dalam pada itu, Badri mengimbas kembali perbualannya dengan Taufik. Badri menyamakan Taufik dengan Siew yang selalu menaruh syak wasangka terhadap Kumar yang dikatakan masih digunakan oleh Shahrul untuk menganiaya dirinya. Akibat peristiwa itu, Badri lebih banyak menyendiri. Dia dipandang serong. Dua hari selepas itu Cikgu Jailani membawa khabar gembira bahawa terbukti Badri tidak bersalah. Cikgu Jailani juga setuju dengan Badri bahawa 'musuh' Badri ialah Shahrul. Namun, banyak murid telah termakan fitnah itu. Shahrul mengambil peluang menekan Badri, tetapi dia yang terkena. Nadira pula mudah dipengaruhi, malah dia memalingkan muka ketika Badri cuba menguntum senyuman. Ketika harapan Badri kian pudar, Siew Mei muncul memberi sokongan. Siew Mei menegur Badri yang bersifat lurus bendul dan naif terhadap muslihat licik Shahrul. Siew Mei juga memberitahu Taufik belum berani lagi mendekati Badri. Mereka berdua tertawa.BAB 18P E N T A S S A N D I W A R ABadri dan Taufik mendengar perbualan Shahrul dan Kumar. Mereka mendapati Shahrul telah mengarahkan Kumar meletakkan telefon bimbit ke dalam beg Badri tetapi Kumar tidak mematuhi arahan tersebut. Hal ini menyebabkan Shahrul berasa marah. Pertengkaran antara Shahrul dan Kumar telah dilihat oleh Lokman dan Badri. Mereka dibawa ke bilik pengawas oleh Lokman, iaitu ketua pengawas. Badri diberi semangat oleh Taufik dan Lokman berkenaan fitnah yang ditabur kepadanya.

BAB 19C E R I T A B A H A R UMeng Kong berjumpa dengan Badri, Taufik dan Siew Mei di kantin. Mereka bersimpati dengan nasib Badri. Badri menyatakan bahawa Kumar tidak terlibat dalam hal tersebut. Mereka berbincang tentang sikap Shahrul yang tidak serik dengan kejadian yang telah berlaku kerana ibu bapanya tetap menyokongnya walaupun Cikgu Jailani pernah ke rumah Shahrul memberitahu sikap Shahrul kepadanya.BAB 20H A T I Y A N G L U K AHubungan Nadira dan Shahrul kembali mesra. Hal Ini menimbulkan sedikit rasa cemburu di hati Badri. Semasa mengelamun, Badri tersalah menyebut nama Nadira kepada Siew Mei menyebabkan Siew Mei agak berkecil hati. Doa Badri agar dia ditemukan dengan Nadira untuk mengetahui pandangan Nadira terhadapnya. Akhirnya dia bertemu dengan Nadira yang ditemani Shahrul di rumah Pak Alangnya. Badri menyatakan kesalahan Shahrul telah dikesan oleh Cikgu Jailani menyebabkan Shahrul berasa bimbang. Badri menyindir sikap Nadira. BAB 21H A R A P A NShahrul terlibat dalam kemalangan selepas balik dari rumah Pak Alang Nadira. Shahrul menduduki SPM di hospital. Kesan daripada kemalangan tersebut, kaki Shahrul tempang sebelah. Badri meminta maaf kepada Siew Mei akan sikapnya tempoh hari. Badri menyatakan cita-citanya untuk berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia bukan untuk mengejar cinta. Hal ini disokong oleh Siew Mei. Badri, Taufik dan Siew Mei sama-sama belajar untuk menduduki SPM dan berjaya menjawab soalan dengan baik. Selepas tamat peperiksaan, mereka sama-sama berbincang tentang cara untuk menghabiskan masa cuti mereka. Taufik akan mengikut Badri berkerja di resort bapa saudara Badri. Badri dan Siew Mei berjaya mendapat 9A dalam SPM. Taufik pula mendapat 7A. Selepas mendapat keputusan, Badri bergegas pergi membeli tiket untuk balik bekerja semula. Badri telah memohon kemasukan ke universiti.

BAB 22S E N J A B E L U M B E R L A B U HPertemuan semula antara Badri dengan Jamil berlaku di resort milik Jamil setelah masing-masing berjaya dalam kehidupan. Mereka mengimbau kembali kenangan lalu. Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan akan bertugas sebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan di UiTM. Taufik mendapat ijazah dalam bidang perniagaan. Jamil dan Taufik berkongsi membuka resort di Terengganu. Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam jurusan kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka beberapa cawangan bengkel kereta di Kuala Lumpur. Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira berjaya membuka sebuah butik setelah memperoleh kelulusan diploma fesyen di UiTM. Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi. Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka dan berharap berjaya merenang gelora yang akan mendatang.

TEMACabaran dan tanggungjawab yang ditanggung oleh seorang pelajar demi menjalankan tugasnya sebagai seorang pemimpin sekolah iaitu badan pengawas sekolah.

PERSOALAN1 // Ibu bapa yang mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak yang terlibat dalam gejala sosial.Contoh // Shahrul yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya telah terlibat dalam masalah displin sekolah dan bercampur dengan kumpulan motor.

2 //Hasad dengki dalam persahabatan.Contoh // Shahrul mengarahkan Kumar memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg sekolah Meng Kong dibuang dari asrama.

3 //Sikap gigih golongan perlajar untuk mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan.Contoh // Badri,Siew Mei dan Taufik mengadakan belajar berkumpulan dan akhirnya berjaya memperoleh keputusan 9A dan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

4 //Sikap perpaduan kaumContoh // Badri,Siew Mei,Tufik dan Kumar belajar bersama-sama walaupun mereka berlainan agama dan bangsa.

LATARTempat1 // Tepi tasikContoh // Badri berjoging pada waktu pagi.

2 // Pondok kecilContoh // Shahrul, Kumar dan Meng Kong duduk berbicara tentang aktiviti menjual telefon bimbit dan kad prabayar.

3 // Rumah BadriContoh // Ibu Badri iaitu Mak Siti menyediakan sarapan.

4 // Tempat menunggu basContoh // Badri dan Badrul menunggu bas untuk ke sekolah.

Masa1 // PagiContoh // Mak Siti memasak nasi lemak dan sambal sotong untuk pada waktu pagi untuk sarapan mereka sekeluarga.

2// PetangContoh // Shahrul berkumpul dengan budak-budak motor

3// Selepas waktu persekolahanContoh // Shahrul, Kumar dan Meng Kong melepak di kompleks beli-belah selepas waktu persekolahan

Masyarakat1// Masyarakat yang prihatin terhadap anakContoh // Encik Tan menguruskan kemasukan anaknya, Meng Kong ke asrama supaya Meng Kong berdisiplin dan berjaya dalam peperiksaan.

2// Masyarakat yang bijak menguruskan masaContoh // Badri dan Badrul berada di tempat menunggu bas seawal pukul 6.40 pagi agar tidak tertinggal bas.

3// Masyarakat guru yang tegas dan adilContoh // Cikgu Jalani dapat menyelesaikan masalah disiplin pelajar dengan berkesan

GAYA BAHASAPersonifikasiContoh// ketakutan menerpa dalam hatinya matanya tajam menikam wajah TaufikSimileContoh// garang macam singa dia terasa seperti hendak meraungRepetisiContoh// "Aku tak bermaksud begitu, Taufik. Aku tak pernah gilakon Nadira. Aku tak pernah juga bermaksud untuk menyakitkan hati Siew Mei".

"Dia benar-benar bencikan kau. Dia merasakan kau sabagai batu penghalang kegiatannya. Dia juga menyatakan dalam hati kecilnya, sebenarnya dia mencemburui kau".

PeribahasaContoh// buah mulut mengadu untung terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata inilah padahnya memulangkan paku buah keras macam pinang dibelah duabiar pecah di perut jangan pecah di mulut menang jadi arang kalah jadi abuSinkopeContoh//"Apa tengok-tengok? Tak puas hati? Bob, pengawas baharu tak puas hati dengan engkau. Dia nak pukul engkau tu. Jaga Bob! Lari Bob!"HiperbolaContoh// dengan kemarahan yang menggunung; seribu penyesalan bertakhta dalamm sanubari Badri taufan maha besar yang menguji kesabaran mereka

MetaforaContoh// lembah hina

Bahasa lnggerisContoh//- race- best- enjoy - understanding

WATAK DAN PERWATAKANBadri - Anak sulung kepada Mak Siti, abang kepada Badrul. - Seorang pengawas sekolah - Berperawakan segak, berdedikasi dan berwibawa - Bertanggungjawab - sebagai seorang pengawas sekolah, Badri sedar dia harus menggalas tugas berat dan perlu menunjukkan perilaku yang baik -Berdisiplin - Badri tidak pernah melanggar peraturan sekolahShahrul- Salah seorang rakan Badri, anak orang berada- Berkawan baik dengan Kumar dan Meng Kong- Berlagak dan sombong - Shahrul tidak betah tinggal di rumah teres kerana selama ini dia tinggal di rumah banglo.- Materialistik - Shahrul terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit yang dicuri semata-mata untuk memperoleh wang bagi membeli barangan mewah dan berjenama.- Suka berfoya-foya - bercampur gaul dengan budak-budak motor dan melepak di kompleks beli-belah.Nadira- Seorang pelajar perempuan baru berpindah dari Sekolah Menengah Badrul Shah, Kedah yang mengikut ayahnya bertugas di Kuala Lumpur.- Sahabat Badri dan Shahrul dalam kelas 5 Bestari.- Tidak berpendirian tegas - Nadira mudah dipengaruhi Shahrul untuk mempercayai kes telefon bimbit yang dijumpai di dalam beg Badri.- Mengalami kejutan budaya - setelah berada di Kuala Lumpur dan berkawan dengan Shahrul, Nadira memakai jeans ketat dan baju senteng.

NILAI1 - Nilai Kasih SayangBadri tetap meneruskan hasrat untuk menceritakan perihal Shahrul kepada Nadira walaupun tahu Nadira tidak akan mempercayai. Hal ini demikian kerana Badri sayang akan masa depan Nadira.

2 - Nilai KetabahanBadri tetap dengan tugasnya sebagai pengawas walaupun berbagai-berbagai dugaan,cemuhan, ugutan dan tindakan yang dihadapi dengan tabah

3 - Nilai KegigihanBadri gigih berusaha sehingga memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan SPM

4 - Nilai BertanggungjawabMak Siti seorang ibu yang bertanggungjawab memasak nasi lemak dan sambal sotong untuk sarapan pagi anak-anaknya

PENGAJARAN

1. Kita perlulah tabah menghadapi cabaran untuk menyelesaikan masalah.Contoh, Badri tabah menghadapi cabaran ketika menjalankan tugas sebagai seorang pengawas sehingga dia berjaya menyelesaikan masalah disiplin pelajar.

2. Kita haruslah mempelajari seni mempertahankan diri untuk menjaga keselamatan.Contoh, Badri dapat mengelakkan serangan Shahrul secara spontan dengan menggunakan ilmu silatnya.

3. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.Contoh, Badri dan Siew Mei gigih belajar sehingga memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan SPM.

4. Kita mestilah tegas dan adil menyelesaikan sesuatu masalah agar tidak menganiaya orang lain.Contoh, Cikgu Jailani menyelidiki secara terperinci penemuan telefon bimbit di dalam beg Badri.

5. Kita hendaklah berani memberikan maklumat yang benar untuk mengatasi sesuatu masalah.Contoh, Siew Mei membantu Badri memberikan maklumat berkaitan masalah disiplin pelajar.

SEKIAN ,T E R I M A K A S I H0018 // 050515Page 20