PENGENALAN KOMSAS

Embed Size (px)

Citation preview

KOMPONEN SASTERA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA (KOMSAS) Latar Belakang KOMSAS atau Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia telah diperkenalkan pada tahun 1999. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan teks yang wajib dipelajari dan diuji dalam peperiksaan awam. Pelaksanaan KOMSAS di sekolah dijalankan secara berperingkat mulai Mac 2000, bagi murid tingkatan satu dan tingkatan empat. Tahun 2001 bagi tingkatan dua dan tingkatan lima, serta tahun 2002 bagi tingkatan tiga. Dengan terlaksananya dasar ini maka semua murid, bermula daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima telah mendapat pendedahan asas mengenai sastera Melayu. Secara tidak langsung, mulai 2010 teks KOMSAS yang sedia ada telah ditukar kepada teks yang baharu bermula dengan Tingkatan 1 dan 4, pada tahun 2011 Tingkatan 2 dan 5, seterusnya pada tahun 2012 Tingkatan 3. Penukaran teks KOMSAS yang baharu ini menekankan 3 dimensi penting iaitu: i. dimensi bahan teks yang dipilih itu berkualiti, terbaik, sesuai dan menepati kurikulum kebangsaan. ii. dimensi guru teks boleh dilaksanakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran, menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. iii. dimensi murid teks mudah difahami, dekat dengan kehidupan murid, boleh menarik minat murid, mencetus kreativiti dan teks itu boleh dihayati oleh murid.

Teks yang dipilih bagi kesemua genre merangkumi atau mencakupi pelbagai tema. Antara tema yang dipilih adalah seperti patriotisme/sejarah, ICT/sains dan teknologi, jati diri/ kerohanian/moral, kemanusiaan/keamanan sejagat, perpaduan, kemasyarakatan/ kewarganegaraan, setiakawan/persahabatan, kekeluargaan, alam sekitar/pembangunan, sukan/gaya hidup sihat/kesihatan, budaya ilmu, budaya saing, cinta dan kasih sayang, perniagaan dan keusahawanan, dunia remaja, wawasan negara, kebebasan/hak asasi, kesenian, adat/ warisan, dan keselamatan, selaras dengan perubahan pendidikan negara. Pertimbangan juga melibatkan aspek-aspek intrinsik teks misalnya tema dan persoalan, plot, teknik penceritaan, watak dan perwatakan, latar (latar masa, latar tempat dan latar masyarakat), nilai dan pengajaran, gaya bahasa dan sudut pandangan dalam teks serta boleh dianalisis oleh guru dan murid. Pertimbangan turut mengambil kira aras kesukaran untuk setiap teks agar murid yang mempelajari KOMSAS boleh mengikuti pengajaran guru dengan berkesan.

1

Jenis dan bilangan teks KOMSAS masih dikekalkan selaras dengan kehendak Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Enam waktu seminggu telah diperuntukkan kepada murid bagi mengikuti mata pelajaran Bahasa Malaysia dengan nisbah empat waktu untuk Bahasa Malaysia dan dua waktu untuk KOMSAS. Berdasarkan Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu semakan 2002 yang telah diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia, KOMSAS tergolong dalam bidang estetik. Bidang ini memberikan fokus pada keupayaan murid untuk menguasai aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Selain itu, ia juga menekankan kepada penghayatan penghasilan dan persembahan sesebuah teks yang dikaji itu.

Objektif Hasrat memasukkan komponen sastera (KOMSAS) dalam kurikulum Bahasa Melayu adalah untuk membolehkan murid: Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera iaitu novel, cerpen, drama, prosa tradisional, puisi moden (sajak), dan puisi tradisional. Mengenal, menghayati dan menghargai karya sastera bagi mengukuhkan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Mengenal dan menggunakan istilah sastera, iaitu tema dan persoalan, watak dan perwatakan, gaya bahasa, latar, plot, sudut pandangan, nilai dan pengajaran. Mengenal pengarang berdasarkan karya yang telah diperakui seperti pengarang Sasterawan Negara dan penulis terkenal. Menghayati nilai murni dan pengajaran daripada karya sastera yang dibaca. Menghasilkan karya sastera yang kreatif seperti menghasilkan novel, cerpen, sajak dan drama yang bermutu tinggi dan boleh dibanggakan.

Oleh itu pendedahan komponen sastera bertujuan membolehkan murid menikmati dan mengapresiasi karya sastera, mengetahui ilmu sastera secara ringkas, mengenal penulis dan sejarah perkembangan tanah air berdasarkan karya yang dibaca serta mengukuhkan kemahiran berbahasa murid. Melalui pembacaan karya-karya ini, secara tidak langsung murid dapat memupuk tabiat minat membaca.

2

Senarai Judul Teks Baharu Berikut adalah judul teks yang telah ditetapkan bagi Tingkatan 1 : BIL 1 NOVEL Hikmah (Mohd Faris Ikmal) ZON Zon 1 Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Zon 2 Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Putrajaya Negeri Sembilan Zon 3 Melaka Pahang Terengganu Kelantan Zon 4 Johor Sabah Sarawak Wilayah Persekutuan Labuan

2

Sukar Membawa Tuah (M.Z. Erlysha)

3

Bukan Duniaku (Aida Shahira)

4

Istana Menanti (Abd. Latip Talib)

3

ANTOLOGI KOMPONEN SASTERA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA (KOMSAS) TINGKATAN 1 (KASUT KELOPAK JANTUNG) GENRE Puisi Tradisional JUDUL Pantun Dua Kerat (Nasihat) Pantun Empat Kerat (Agama) Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat) Pantun Empat Kerat (Teka-teki) Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman Kian Kita Lupa Lebah dan Madu Hari Akhir Persekolahan Jangan Diari Lama Asap Tajul Muluk Hikayat Marakarma Budi Seorang Bapa Angkat Kasut Kelopak Jantung Tempang Tukang Lama Yuran Trauma Embah Sepucuk Surat daripada Kawan Surat untuk Ina Arah ke Mana Mendung Hitam Beralih Jua

Sajak

Prosa Tradisional

Cerpen

Drama

4

TINGKATAN 2 BIL 1 NOVEL Erti Sebuah Pengorbanan ZON Zon 1 Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Zon 2 Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Putrajaya Negeri Sembilan Zon 3 Melaka Pahang Terengganu Kelantan Zon 4 Johor Sabah Sarawak Wilayah Persekutuan Labuan

2

Wira Pesona Avatari

3

Lestari Bukit Menghijau

4

Di Sebalik Wajah

5

ANTOLOGI KOMPONEN SASTERA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA (KOMSAS) (GEMA SEPI GADIS GENIUS) GENRE Puisi Tradisional JUDUL Pantun Dua Kerat (Nasihat) Pantun Empat Kerat (Muhibah dan Perpaduan) Pantun Agama Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah) Perang Saudara di Pahang Syair Mendapat Gemala Naga Persahabatan Hari Guru Burung-burung Pagi Ketenangan Sajak Laut Warkah Kepada Generasi Raja Muda Hikayat Daeng Upu Menambun Hikayat Inderaputera Hikayat Anggun Cik Tunggal Anak Penggunting Rambut Cepa Rengat Dendam Maafku Pinta Gema Sepi Gadis Genius Warkah Daripada Ibu Hemodialisis Inflakasta Di Sini Bakti Bersemadi

Sajak

Prosa Tradisional

Cerpen

Drama

6

TINGKATAN 4 BIL 1 NOVEL Azfa Hanani (Halis Azhan Hanafiah) ZON Zon 1 Mohd Perlis Kedah, Pulau Pinang Perak Papa ... Akhirnya Kau Zon 2 Tewas Jua Selangor (Deana Yusof) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Putrajaya Negeri Sembilan Zon 3 Renyah (Gunawan Mohamad) Melaka Pahang Terengganu Kelantan Zon 4 Melunas Rindu (Hartini Hamzah) Johor Sabah Sarawak Wilayah Persekutuan Labuan

2

3

4

7

ANTOLOGI KOMPONEN SASTERA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA (KOMSAS) TINGKATAN 4 (HARGA REMAJA) GENRE Puisi Tradisional JUDUL Pantun Empat Kerat (Budi) Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran) Syair Definsi Orang Berakal Syair Siti Sianah Gurindam 12 Fasal Yang Keenam Seloka Emak Si Randang Harga Remaja Di Perpustakaan Mengintai Ruang Insaf Mahsuri Adat Sezaman Tiba Waktunya Pelayaran Yang Penuh Peristiwa Merah Silu Hikayat Indera Nata Hikayat Khoja Maimun Ibu dan Ceper Memori Seorang Tua Israk Pemain Catur Mellisa Biarkan Samudera Gelanggang Tuk Wali Forum Remaja 2020 Cempaka Berdarah

Sajak

Prosa Tradisional

Cerpen

Drama

8

TINGKATAN 5 BIL 1 NOVEL Kembara Amira ZON Zon 1 Perlis Kedah, Pulau Pinang Perak Zon 2 Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Putrajaya Negeri Sembilan Zon 3 Melaka Pahang Terengganu Kelantan Zon 4 Johor Sabah Sarawak Wilayah Persekutuan Labuan

2

Interlok

3

Sutera Dalam Lukisan

4

Kabus Di Perbukitan

9

ANTOLOGI KOMPONEN SASTERA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA (KOMSAS) (DIRGAHAYU BAHASAKU) GENRE Puisi Tradisional JUDUL Pantun Empat Kerat Pantun Lapan Kerat Syair Makna Riak Syair Pemberontakan Patani Gurindam Tonggak Dua Belas Seloka Si Lunchai Dirgahayu Bahasaku Kecek (V) Bangkitlah Pasar Perasaan Di Bawah Langit Yang Sama Arkitek Kota Hikayat Langlang Buana Hikayat Siak Dua Geliga Hikmat Hikayat Daeng Upu Menambun Pahlawan Buntung Pungut Alias, Zahara Alias Yap Siew Hong Idola Penanggungan Hutan Rimba Tanggar Amanat Tiang Cengal Dinding Sayung 1400 Dato Onn

Sajak

Prosa Tradisional

Cerpen

Drama

10

ASPEK-ASPEK SASTERA

i)

Tema Tema ialah idea utama atau persoalan yang mengawal sesebuah, karya sama ada disampaikan secara langsung atau tidak langsung. Idea ialah fikiran atau sesuatu yang menjadi persoalan bagi pengarang dan persoalan itu merupakan tunjang kepada sesebuah karya. Tema yang ditulis akan menjadi panduan untuk memilih bahan dalam cerita, menyusun dan memantapkan cerita. Tema dalam sesebuah karya tidak dapat dikesan sehingga selesai cerita itu dibaca. Apa yang terkandung di sebalik sesebuah karya itu merupakan pokok persoalan atau tema. Tema itu lahir melalui pengalaman, imaginasi dan konflik.

ii) Persoalan Persoalan ialah perkara sampingan yang ada hubungan dengan tema yang hendak diungkapkan oleh pengarang bagi menguatkan sesuatu tema dalam sesebuah karya.

iii) Plot Plot ialah sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa dalam sesebuah karya yang pertaliannya dengan gerak laku fizikal dan rohani pelaku atau watak. Setiap peristiwa dan gerak laku yang berlaku adalah berdasarkan kepada hukum sebab dan akibat. Plot memaparkan tentang aksi dan mengapakah aksi itu terjadi. Aksi yang ditunjukkan oleh watak akan berkembang dan berhubungan antara satu sama lain. Kemungkinan besar plot yang disusun secara kronologi atau tidak kronologi. Plot kronologi ialah plot yang disusun mengikut urutan, iaitu peristiwa yang berlaku dahulu akan didahulukan dan kemudian akan dikemudiankan. Sementara plot tidak kronologi ialah peristiwa yang berlaku kemudian didahulukan sementara peristiwa yang berlaku dahulu dikemudiankan.

iv) Watak dan Perwatakan Watak ialah pelaku atau pelakon dalam sesebuah karya. Watak tidak semestinya manusia, tetapi boleh juga terdiri daripada haiwan, tumbuh-tumbuhan dan unsur alam. Perwatakan pula ialah sifat-sifat luaran dan sifat-sifat dalaman yang positif dan negatif secara menyeluruh yang disorot melalui perasaan, tindakan, pemikiran dan fizikal seseorang watak itu. Gambaran watak boleh disampaikan oleh pengarang secara langsung dan tidak langsung melalui tutur kata, aksi atau cara berfikir watak.

11

Watak terbahagi kepada dua iaitu watak utama dan watak sampingan. Watak utama ialah watak yang memainkan peranan penting dan menggerakkan sesebuah cerita. Sementara watak sampingan ialah watak yang menyokong watak utama untuk melengkapkan cerita. Peranan watak sampingan lebih kecil daripada watak utama. v) Latar Latar ialah latar belakang bagi sesebuah cerita. Latar terbahagi kepada tiga iaitu latar tempat, latar masa dan latar masyarakat. Latar masa ialah waktu atau tempoh masa sesuatu peristiwa itu berlaku. Contohnya pagi, tengah hari, senja, malam, zaman pendudukan Jepun, zaman moden dan sebagainya. latar tempat adalah tempat sesuatu peristiwa itu berlaku misalnya dalam rumah, di Ipoh, dalam hutan dan sebagainya. Latar masyarakat adalah keadaan atau gambaran masyarakat di tempat sesuatu peristiwa itu berlaku misalnya masyarakat kampung, masyarat bandar dan sebagainya. vi) Nilai Nilai Kemanusiaan Nilai kemanusiaan ialah nilai-nilai yang baik atau nilai positif yang terdapat dalam sesebuah karya cereka. Nilai-nilai baik seharusnya dimiliki, dihayati dan diamalkan oleh manusia. Antara nilai-nilai baik itu ialah: 1. Nilai keadilan 3. Nilai amanah 5. Nilai bertanggungjawab 7. Nilai berdikari 9. Nilai ketabahan 11. Nilai keinsafan 13. Nilai kejujuran 15. Nilai kesederhanaan 17. Nilai mengenang budi 19. Nilai bertolak ansur 21. Nilai hormat-menghormati 23. Nilai ketaatan Nilai Kemasyarakatan Nilai kemasyarakatan ialah nilai yang baik (positif) dan nilai buruk (negatif) yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Nilai positif dan nilai negatif ini dimiliki, dihayati dan diamalkan oleh sebahagian anggota masyarakat. Nilai kemasyarakatan merangkumi nilai yang tersenarai di atas. Sementara nilai-nilai negatif misalnya masyarakat yang suka menyebarkan fitnah, masyarakat yang tidak taat kepada perintah Allah dan sebagainya. 12 2. Nilai kebijaksanaan 4. Nilai keberanian 6. Nilai berbudi bahasa 8. Nilai merendah diri 10. Nilai merendah diri 12. Nilai nasihat-menasihati 14. Nilai patriotik 16. Nilai kerajinan 18. Nilai kesabaran 20. Nilai simpati/belas kasihan 22. Nilai bekerjasama/tolong-menolong 24. Nilai keyakinan

vii)

Pengajaran Pengajaran ialah amanat yang hendak disampaikan oleh pengarang melalui karyanya, terutama dari segi moral dan pendidikan untuk menghayati konsep yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Pengajaran juga dikenali sebagai mesej, amanat dan nilai moral. Dalam hal ini pengarang mempunyai tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Karya yang baik seharusnya menyampaikan pengajaran, mesej dan amanat kepada pembaca. Gaya Bahasa Gaya bahasa dilihat daripada dua aspek iaitu unsur bahasa dan unsur bunyi. Unsur bahasa dalam sesebuah karya tercipta daripada beberapa unsur contohnya gaya bahasa perbandingan, gaya bahasa perulangan, penggunaan diksi, struktur ayat dan gaya bahasa yang mengandungi nilai estetika atau keindahan yang mampu menarik minat pembaca. Gaya bahasa perbandingan adalah seperti simile, personifikasi, metafora, peribahasa, simpulan bahasa dan hiperbola. Gaya bahasa simile bermaksud perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti bak, bagai, umpama, ibarat, dan seperti. Contohnya bagai ranting kering. Gaya bahasa personifikasi bermaksud memberikan maksud manusia atau unsur perorangan kepada sesuatu objek atau perkara. Contoh, daun kelapa melambai-lambai di tiup angin. Metafora merupakan sejenis gaya bahasa perbandingan yang menggabungkan unsur konkrit dan abstrak misalnya laut kasih. Gaya bahasa hiperbola pula bermaksud membandingkan sesuatu secara berlebih-lebihan. Misalnya marahnya berapi-api bila panggilan tidak dipedulikan. Unsur bunyi ialah aliterasi dan asonansi. Aliterasi ialah pengulangan huruf konsonan, iaitu huruf-huruf selain huruf-huruf vokal. Contohnya puisi Pasar Perasaan tulisan T. Alias Taib: yang diriuhkan kekosongan pengulangan konsonan n. Asonansi ialah pengulangan huruf-huruf vokal a, e, i, o dan u. Contohnya, berdasarkan puisi Pasar Perasaan tulisan T. Alias Taib: bagai ranting kering pengulangan vokal i

viii)

13