Upload
yievia
View
107
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
dhmdhgm
GURINDAM TONGGAK DUA BELAS
Hendak pandai menghargai masa,
Jangan dinanti esok lusa.
Ketekunan akan membawa kejayaan,
Kegigihan bekerja dengan keupayaan.
Wajah ceria keseronokan bekerja,
Usah berduka bermuram durja.
Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,
Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.
Ketinggian peribadi jadi amalan,
Ketelusan hati jadi bekalan.
Kekuatan sifat baik hati,
Bertimbang rasa dan bersimpati.
Pengaruh kepimpinan melalui teladan,
Baik buruk jadikan sempadan.
Menjadi kewajipan menjalan tugas,
Walaupun sederhana tetapi tegas.
Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,
Tidak membazir teliti saksama.
Keutamaan kesabaran fikiran tenang,
Perkara susah menjadi senang.
Peningkatan bakat diberi sokongan,
Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.
Nikmat mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat semoga aktif.
Soalan berdasarkan petikan
(i) Sebagai pekerja dalam sesebuah organisasi, seseorang perlulah memiliki dan mengamalkan
beberapa sifat baik. Berdasarkan gurindam nyatakan sifat-sifat tersebut. [3M]
Sifat baik seorang pekerja :
- menghargai masa
- tekun dan gigih bekerja
- tidak membazir
- teliti / adil dan saksama
- sabar / tenang
- tunjukkan kebolehan ikut kemampuan
(ii) Apakah nasihat penyair kepada mereka yang berbakat? [3M]
- memberikan tunjuk ajar kepada orang lain
- meningkatkan bakat yang ada supaya lebih maju
- jangan bersikap sombong dengan bakat yang ada
(iii) Berdasarkan gurindam tersebut, nyatakan tiga ciri penting untuk melahirkan pekerja cemerlang.
[3M]
- bijak menghargai masa
- gigih ketika menjalankan tugas yang diamanahkan
- mempunyai perasaan gembira ketika bekerja
(iv) Apakah kebaikan nilai kesabaran dalam gurindam tersebut? [2M]
- fikiran menjadi tenang
- pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah
- keputusan yang dibuat tidak mengikut perasaan
Soalan berdasarkan maksud
(i) Berikan maksud ‘perkara susah menjadi senang’. [2M]
- sesuatu hal/ masalah / kesulitan dapat diselesaikan dengan mudah
(ii) Berikan maksud rangkap pertama “Gurindam Tonggak Dua Belas”. *2M+
Maksud rangkap pertama - masa yang ada hendaklah digunakan dengan sebaik-
baiknya dan jangan membazirkan masa
(iii) Berikan maksud rangkai kata 'baik buruk dijadikan sempadan'. [2M]
- perkara yang elok atau tidak menyenangkan perlu dijadikan panduan hidup.
(iv) Berikan maksud ‘Pengaruh kepimpinan melalui teladan, baik buruk jadikan sempadan’. *2M+
Maksud - Seseorang pemimpin menjadi teladan kepada orang lain, setiap kejadian dapat dijadikan
panduan hidup
(v) Apakah maksud baris ‘jangan dinanti esok lusa’?. *2M+
Maksud - usah / tidak bertangguh
(vi) Apakah maksud ‘ketelusan hati jadi bekalan’? *2M+
Maksud - kejujuran sebagai amalan hidup
Soalan berdasarkan pendapat (KBAT)
(i) Pada pandangan anda, apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang pekerja untuk mendapat
nikmat keseronokan bekerja? [3M]
Cara-cara untuk mendapat nikmat keseronokan bekerja:
- menanam minat kepada kerja / tugas
- menganggap kerja sebagai ibadat
- bergaul dengan semua orang / tidak
sombong
- sentiasa jujur dan ikhlas
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita dilarang menangguh-nangguhkan pekerjaan yang telah
diamanahkan kepada kita? [3M]
- untuk mengelakkan berlakunya kerugian
- agar kerja yang dilakukan tidak bertimbun / tidak menjadi beban / dapat diselesaikan dengan segera
- agar tidak membazirkan masa
- kita tidak tahu apakah yang berlaku pada masa hadapan yang menghalang kita untuk bekerja.
- untuk menghindari sifat tidak bertanggung jawab / tidak berdisiplin dalam pekerjaan / tidak
mematuhi waktu bekerja @ peraturan kerja
- untuk menghindari sifat pemalas
- untuk mengelakkan bekerja pada saat akhir yang akan menjejaskan kualiti kerja / produktiviti
(iii) Sekiranya anda merupakan seorang pemimpin, apakah ciri-ciri kepimpinan yang anda harap
dapat diteladani oleh rakyat bawahan? [3M]
Ciri-ciri kepimpinan yang dapat diteladani oleh rakyat:
- bersikap amanah dalam menjalankan tugas
- cekap dalam menjalankan tugas
- berilmu tinggi
- berakhlak baik/ mulia
- mempunyai wawasan dan matlamat yang
jelas
- memimpin ke arah kebaikan sejagat
- berintegriti dan berlaku adil
- tidak mementingkan diri sendiri
- bertanggungjawab kepada orang yang
dipimpin
- tidak egois dan sombong
- bertimbang rasa
(iv) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menghargai masa?
Kita perlu menghargai masa kerana masa yang lepas tidak akan berulang lagi. Kita perlu menghargai
masa agar kita tidak ketinggalan dalam mengejar kemajuan. Dengan menghargai masa, kita dapat
menyiapkan kerja kita dengan lebih sempurna.
(v) Sekiranya anda merupakan seorang pemimpin, apakah ciri-ciri kepimpinan yang anda harap
dapat diteladani oleh rakyat bawahan?
- bersikap amanah dalam menjalankan tugas;
- bertindak adil dalam mengambil sesuatu tindakan;
- cekap dalam menjalankan tugas.
(vi) Mengapakah bakat yang ada harus dikembangkan?
- agar kebolehan diri dapat dikenal pasti;
- dapat menjadi haluan kepada kerjaya masa hadapan;
- untuk menunjukkan potensi diri agar dapat dinilai oleh orang lain.
(v) Berikan pandangan anda tentang cara-cara untuk menjadi insan yang cemerlang.
- melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan;
- sentiasa berfikiran positif;
- bijak dalam mengambil sesuatu tindakan.
(vi) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bergembira semasa bekerja?
- agar tidak mengalami tekanan perasaan atau stres;
- supaya waktu bekerja berlalu dengan cepat;
- dapat menghasilkan kerja yang berkualiti.
(vii) Sikap berjimat cermat perlu ada pada seseorang pekerja. Jelaskan.
- untuk mengelakkan berlakunya amalan membazir;
- barangan yang dibeli haruslah mengikut keperluan;
- wang yang dijimatkan dapat digunakan pada masa depan;
- dapat memaksimumkan keuntungan syarikat atau jabatan.
(viii) Pada pendapat anda, apakah kesan buruk amalan suka menangguhkan kerja?
- akan hilang kepercayaan orang ramai atau pelanggan;
- kerja tidak dapat disiapkan mengikut jadual;
- akan menimbulkan masalah kepada orang ramai.
(ix) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bersikap sabar dalam menjalankan tugas? [3M]
Sebab-sebab:
- hasil kerja lebih berkualiti
- tidak melakukan sebarang kesilapan
- tidak membazir masa / tenaga
(x) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu perlu mempunyai keperibadian mulia dalam
kehidupan. Berikan tiga sebab. [3M]
Sebab-sebab:
- sentiasa mengamalkan nilai baik
- dihormati / dipandang mulia
- jujur / amanah dalam menjalankan tugas
- mendapat keberkatan hidup
(xi) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri pemimpin yang dapat dijadikan teladan oleh orang
bawahannya. [3M]
Ciri-ciri:
- tidak sombong
- sedia mendengar pendapat orang lain /
berfikiran terbuka
- bekerja bersama-sama pegawai bawahan
- menjaga/ mengambil berat kebajikan pekerja
- bijak menyelesaikan masalah
Soalan berdasarkan aspek KOMSAS
(i) Nyatakan tiga pengajaran yang boleh diambil daripada Gurindam Tonggak Dua Belas. [3M]
Pengajaran daripada gurindam:
- Kita hendaklah bijak menguruskan masa. Contoh: tidak bersikap suka menangguhkan kerja
- Kita hendaklah tekun dan gigih melaksanakan tugas. Contoh: melakukan kerja yang diamanahkan
dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya
- Kita hendaklah bijaksana dalam membuat keputusan. Contoh: tidak terburu-buru dalam tindakan dan
sentiasa berbincang atau bermesyuarat.
(ii) Huraikan dua nilai murni dalam gurindam. [4M]
- Kesederhanaan – mengamalkan sifat sederhana dalam kehidupan
- Kebijaksanaan – bertindak dengan bijaksana
- Ketelusan – peribadi yang baik dijadikan amalan
- Baik hati – sentiasa bertimbang rasa dan bersimpati
(iii) Nyatakan bentuk gurindam di atas. [4M]
Bentuk gurindam:
- Puisi terikat/ tidak bebas
- Mempunyai 12 rangkap
- Setiap rangkap mengandungi 2 baris
- Mengandungi 4 patah perkataan dalam satu baris
- Suku kata antara 9 hingga 15 suku kata. Contohnya: Ja/ngan di/nan/ti e/sok lu/sa iaitu 9 suku kata
dan Ke/bi/jak/sa/na/an ber/he/mat per/lu di/u/ta/ma iaitu 15 suku kata sebaris
- Rima akhir aa. Contohnya : Nikmat mencipta budaya kreatif, Kembangkan bakat semoga aktif
(iv) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam puisi tersebut. [4M]
Persoalan;
- persoalan menghargai / menepati masa dalam menjalankan tugas - Contoh: tidak bersikap suka
menangguhkan kerja
- persoalan kegigihan bekerja demi mencapai kejayaan - Contoh: melakukan kerja yang diamanahkan
dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya
- persoalan kebijaksanaan dalam membuat keputusan - Contoh: tidak terburu-buru dalam tindakan dan
sentiasa berbincang atau bermesyuarat.
CERPEN PENANGGUNGAN
Petikan 1
Beberapa minit kemudian, mereka terpegun melihat Masnah mengerang. Dia
bergerak............Malangnya masing-masing ada dengan penyakitnya." (m.s.163)
i. Mengapakan isteri Kapten Mamat menyangka bahawa Masnah dirasuk polong? [2m]
- Muka Masnah terlalu pucat
- Mata Masnah liar
ii. Sekiranya anda ialah Kapten Mamat, apakah bantuan yang yang akan anda berikan kepada
Masnah dan anak-anaknya? Berikan tiga contoh bantuan tersebut.
- bantuan kewangan untuk meringankan beban Masnah
- bantuan dalam bentuk pakaian dan peralatan sekolah anak-anaknya
- bantuan dalam bentuk barangan keperluan harian.
i. Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan dan satu nilai murni lain yang terdapat
dalam keseluruhan cerpen.
Nilai murni dalam petikan;
- Baik Hati
Cth: Kapten Mamat berjanji akan memastikan Masnah dan anak-anaknya tidak akan disia-siakan.
Nilai dalam keseluruhan cerpen;
- Prihatin
Cth: Kapten Mamat begitu prihatin akan nasib isteri dan anak-anak
pekerja yang ditimpah kemalangan.
Petikan 2
“Abang Mat lupa…. “Engkau dan anak-anak akan dibayar pampasan.” (m.s.160)
i. Apakah kata-kata semangat yang diberikan oleh Kapten Mamat untuk menyedarkan Mas
tentang kematian suaminya? [2m]
Kata-kata semangat yang diberikan oleh Kapten Mamat untuk menyedarkan Mas tentang kematian
suaminya ialah:
- Kematian Baharum adalah suatu pengorbanan
- Kecintaan Baharum terhadap negara amat tinggi
- Bahrum sanggup berkhidmat untuk bangsa dan negara
ii. Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pekerja
yang berkhidmat di dalam kapal? [3m]
Antara cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pekerja yang berkhidmat di dalam kapal ialah:
- Berada di laut dalam tempoh masa yang lama
- Terpaksa meninggalkan/ berjauhan daripada keluarga
- Sentiasa berhadapan dengan bahaya/ risiko
- Persekitaran kerja yang kurang selesa
iii. Berikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen dan satu pengajaran lain yang
terdapat dalam keseluruhan cerpen.
Pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen ialah:
- Kita hendaklah sedar bahawa hidup mati seseorang telah ditentukan oleh Allah.
Contohnya, Kapten Mamat menjelaskan kepada Masnah bahawa ajal Baharum telah ditetapkan oleh
Allah.
Pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan cerpen ialah:
- Kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan. Contohnya, Kapten
Mamat berjanji akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Masnah.
CERPEN TANGGAR AMANAT
Petikan:
Pipinya bergerak-gerak mendengar saranan itu. Ikut pulang meledak. Adam tidak pernah
begitu…(m.s.178)
i) Apakah dua perkara yang diperlukan untuk mempertahankan warisan nenek moyang? (2m)
- keberanian - kekuatan
ii) Sekiranya anda ialah Hawa, apakah pilihan anda, mengikut Adam pulang atau meneruskan usaha
Ahmad Abdullah? Nyatakan empat alasan anda. (4m)
- Mematuhi perintah suami dituntut oleh agama
- Keputusan tinggal di situ mengancam nyawa
- Dapat meneruskan usaha Ahmad Abdullah di tempat lain
- Berdosa jika mengingkari kata-kata Adam.
iii) Nyataka satu perwatakan Hawa dalam petikan dan dua perwatakan lain yang terdapat dalam
keseluruhan cerpen. (3m)
Perwatakan dalam petikan:
- seorang yang keras hati
Cth: enggan mengikut Adam pulang ke Malaysia
Pewatakan keseluruhan petikan:
- seorang yang berani
Cth: Janin dalam kandungan Hawa berani berhadapan dengan risiko yang mungkin akan meragut
nyawanya.
iv) Pengajaran:
- Kita hendaklah bijak dalam berhujah.
Cth: Si anak berjaya meyakinkan bondanya bahawa usaha perniagaan boleh dilakukan di tempat lain.
- kita hendaklah sabar dengan kerenah ahli keluarga.
Cth: Adam tidak jemu-jemu memujuk Hawa yang enggan berpindah ke Malaysia.
v) Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan apabila berhadapan dengan kejadian luar
biasa?
- berfikiran rasional, sama ada hendak menerima atau tidak kejadian yang berlaku
- kuatkan semangat untuk menghadapi sebarang kemungkinan
- berdoa dan berserah kepada Tuhan.
vi) Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi jika Hawa masih berdegil mahu tinggal di
Yellowstone?
- nyawanya terancam
- dia akan kehilangan suaminya
- usahanya untuk menyelamatkan warisan Ahmad Abdullah hanya sia-sia
PROSA PELAYARAN PENUH PERISTIWA
PETIKAN 1
Mendengar suara itu lanun-lanun itu mulai gementar. Mereka kenal itulah suara Awang Sulung, “Hai,
baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri dan kepada diri kita sendiri!” bisik
mereka sesama sendiri.
“Ampun Tuanku, patik tidak tahu bahawa Tuanku rupanya di dalam geliung panjang ini,” sembah
mereka beramai-ramai dengan tubuh yang gementar.
“Beta tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa kembali ke negerinya. Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh lapan rial batu
dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta kepada Datuk Batin Alam”.
“Ampun Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu. Sekiranya Tuanku hendak kembali ke
Bandar Mengkaleh, biarlah patik isikan geliung ini penuh sarat dengan rial batu dan emas”.
Mendengar percakapan itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak bersabar lagi lalu menyampuk, “Wahai
tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial kepada patik? Sebenarnya dagang
yang hina inilah yang telah menjadi tawanannya. Dia seorang pahlawan yang handal.
“Kalau begitu,” kata Awang Sulung pula, “Memanglah benar kata adinda itu, kerana kakanda telah
menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas kakanda daripada tangan adinda
dan sekarang hutang pun sudah berbayar, piutang pun sudah diterima, maka memohonlah kakanda
kembali ke Bandar Mengkaleh.”
(i) Berikan maksud rangkai kata sudah derhaka kepada penghulu kita sendiriberdasarkan petikan di
atas? [2M]
- Telah khianat terhadap pemimpin kita
(ii) Apakah alasan yang telah diberikan oleh Awang Sulung Merah Muda untuk membolehkan
baginda pulang semula ke Bandar Mengkaleh? [3M]
- Baginda telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas baginda
daripada tangan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
- Hutang baginda sudah berbayar
- Piutang pun sudah diterima
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mentaati ketua yang telah dilantik secara
majoriti? [3M]
- ketua telah dilantik oleh masyarakat dan sudah pastinya ketua merupakan orang yang paling layak
diikuti nasihat atau arahannya.
- ketua orang yang paling mahir mentadbir organisasi dan selalunya mereka orang yang
berpengalaman.
- keputusan mesyuarat merupakan keputusan ramai dan jika menentangnya bermakna tindakan kita
bertentangan dengan budaya hidup bermasyarakat.
PETIKAN 2
Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar. Sesetengahnya
terpinga-pinga sambil bertanya-tanya dimanakah mereka berada sekarang, tetapi jurumudi pula apabila
tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran
darah itu pergilah dia mendapatkan Tuanku Nakhoda Tua.
“Ampun Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ini daripada amuk Tuan Puteri Dayang Nuramah
kelmarin.”
Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek-belek keris jurumudi yang
penuh berdarah itu. Fikirnya sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu amuk itu berlaku beta jatuh
pengsan.
(i) Berikan maksud rangkai kata memeliharakan geliung ini ? [2M]
Maksud rangkai kata - Menjaga keselamatan kapal tersebut
(ii) Apakah yang dilakukan oleh jurumudi setelah tersedar daripada pengsan? [3M]
- mencabut keris
- menikam seekor ayam
- dengan keris berlumuran darah pergi berjumpa Tuanku Nakhoda Tua
(iii) Sekiranya anda Tuanku Nakhoda Tua, bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk membalas
perbuatan jurumudi? [3M]
Sekiranya saya Tuanku Nakhoda Tua
Positif:
- mengucapkan terima kasih
- memberikan hadiah
- mengiktiraf sebagai pahlawan atau wira
- mengahwinkannya dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
Negatif:
- menyelidik pengakuan jurumudi
- memeriksa keris dan kesan darah pada keris jurumudi
- meminta untuk melihat musuh yang dibunuh
PETIKAN 3
Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar. Sesetengahnya
terpinga-pinga sambil bertanya-tanya di manakah mereka berada sekarang, tetapi jurumudi pula apabila
tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran
darah itu pergilah dia mendapatkan Tuanku Nakhoda Tua.
"Ampun Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ini daripada amuk Tuan Puteri Dayang Nuramah
kelmarin."
Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek-belek keris jurumudi yang
penuh berdarah itu. Fikirnya, sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu amuk itu berlaku beta jatuh
pengsan.
Tiga hari tiga malam lamanya geliung itu berlabuh di Pulau Tapai. Anak-anak geliung bersuka ria dengan
pelbagai jamuan. Kemudian Tuanku Nakhoda Tua berkata, "Jikalau selamat geliung ini sampai ke Tanah
Jawa, akan kukahwinkan puteriku Dayang Seri Jawa dengan sesiapa yang dapat menyelamatkannya."
"Ampun Tuanku, patiklah akan menjadi galang gantinya hingga selamat sampai ke Tanah Jawa," sembah
jurumudi.
"Sabarlah wahai jurumudi, sekarang kita masih dalam perjalanan, kita belum lepas daripada bahaya
yang besar, kerana bajak laut terlalu banyak di lautan depan ini."
(i) Apakah perkara yang dilakukan oleh jurumudi sebaik-baik sahaja dia tersedar daripada
pengsan? [2M]
Perkara yang dilakukan :
- segera mencabut kerisnya.
- lalu menikam seekor ayam
- mendapatkan Tuanku Nakhoda Tua
- memberitahu bahawa dia yang memelihara geliung itu daripada amukan Tuan Puteri Dayang
Nuramah
(ii) Mengapakah Tuanku Nakhoda Tua enggan menerima pengakuan yang dibuat oleh jurumudi?
[3M]
Enggan terima pengakuan :
- perjalanan belum sampai ke destinasi / masih dalam perjalanan
- masih berhadapan / belum terlepas bahaya besar
- lautan yang akan ditempuhi dipenuhi bajak laut
(iii) Pada pandangan anda, mengapakah jurumudi beria-ia hendak mengambil hati Tuanku
Nakhoda Tua? [3M]
Sebab beria-ia mengambil hati:
- ingin mengahwini puteri
- ingin membolot kekayaan / kekuasaan
- ingin mengalahkan pesaing-pesaingnya
- berpendapat tuanku Nakhoda Tua mudah dipengaruhi
PETIKAN 4
Melihatkan lanun itu telah pergi, jurumudi segera mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam lagi,
kemudian dengan keris berdarah itu pergilah dia menghadap Tuanku Nakhoda Tua mengatakan dialah
yang telah menyelamatkan geliung itu daripada dirampas oleh lanun.
Dengan tidak berfikir panjang lagi, Tuanku Nakhoda Tua percaya dengan kata-kata jurumudi yang palsu
itu, lalu baginda menitahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu.
Apabila jurumudi dan mualim sudah sedia di depan Tuanku Nakhoda Tua, masuklah Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa dengan geramnya, "Ya ayahanda, tua orang tua, berakal; makin tua makin berminyak, tetapi
tua ayahanda tua cendawan makin tua makin busuk!"
Tuanku Nakhoda menjadi tersentak, "Hai anakku yang tidak tahu dek untung, mengapakah kau
berkelakuan demikian ini di depan orang tua?"
"Kerana mata ayahanda sudah kabur dan telinga ayahanda sudah pekak, sebab itulah anakanda berkata
demikian. Cubalah ayahanda lihat siapakah di dalam petak jubung yang dilingkari tali sauh itu?"
Tuanku Nakhoda Tua segera menjengah ke petak jubung. Dilihatnya ada seorang muda yang sangat
tampan dengan wajahnya berseri-seri bagai purnama empat belas hari bulan. Baginda tertegun kaum
lalu kembali bertanya kepada puterinya, "Hai anakanda, siapakah pemuda yang di dalam jubung itu?"
"Dialah budak hitam yang meminta tOlcing bayarkan hutangnya kepada ayahanda dulu,
tetapi telah ayahanda nyahkan dia."
(i) Berikan maksud rangkai kata tidak tahu dek untung. [2M]
- tidak menghargai / tidak bersyukur dengan kelebihan yang dimiliki
(ii) Apakah kata-kata Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menyebabkan ayahandanya begitu
marah? [3M]
- Tuan Puteri menyatakan bahawa ayahandanya tidak seperti orang lain yang semakin tua semakin
berakal.
- Tuan Puteri menyatakan bahawa ayahandanya ibarat cendawan, semakin tua semakin
tidak berguna
- Tuan Puteri menyatakan bahawa penglihatan ayahandanya kabur dan pendengarannya tidak jelas.
(iii) Pada pendapat anda, wajarkah Tuanku Nakhoda Tua menitahkan puterinya bernikah dengan
jurumudi? [3M]
Wajar kerana:
- jurumudi dianggap lelaki yang hebat kerana dialah yang menyelamatkan geliung itu.
- Tuanku Nakhoda Tua percaya akan jurumudi apabila melihat bukti keris jurumudi yang
berlumuran darah.
- Jurumudi ialah orang pertama yang menemuinya dan mengaku menyelamatkan geliung itu.
- Anak sepatutnya mengikut perintah ayahnya
- Tuanku Nakhoda Tua perlu mengotakan janjinya.
TIDAK WAJAR kerana:
- Tuanku Nakhoda Tua mengambil keputusan tanpa usul periksa kebenaran kata-kata jurumudi
- Tuanku Nakhoda Tua langsung tidak menanyakan pendapat orang lain / puterinya sebelum
membuat keputusan
- Tuanku Nakhoda Tua terus mempercayai jurumudi hanya dengan bukti keris yang berlumuran
darah
- Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak menyukai jurumudi
- Jurumudi seorang yang pengecut dan gemar mengambil kesempatan atas susah payah orang lain.
PETIKAN 5
Dayang Seri Jawa mengajak Awang Sulung melabuhkan geliung panjang di pulau itu untuk mengambil
kayu dan air yang telah kehabisan, tetapi gelombang sangat besar dan geliung tidak dapat rapat ke tepi.
Awang Sulung segera ke petak jubungnya mengambil bungkusan tulang pelanduk putih lalu
mengikatkannya pada benang pancar warna, dicampakkannya ke laut. Seketika kemudian laut menjadi
tenang bagai air di kuali dan dapatlah geliung itu berlabuh dengan eloknya.
Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar. Sesetengahnya
terpinga-pinga sambil bertanya-tanya di manakah mereka berada sekarang, tetapi jurumudi pula apabila
tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran
darah itu pergilah dia mendapatkan Tuanku Nakhoda Tua.
“Ampun Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ni daripada amuk Tuan Puteri Dayang Nuramah
kelmarin.”
Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek-belek keris jurumudi yang
penuh berdarah itu. Fikirnya, sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu mabuk itu berlaku beta jatuh
pengsan.
(i) Berikan maksud rangkai kata memeliharakan geliung. [2M]
- menjaga / melindungi kapal layar
(ii) Apakah tindakan yang dilakukan oleh Awang Sulung setelah melihat ombak yang terlalu
besar dan geliung tidak dapat dirapatkan ke tepi pulau? [3M]
Tindakan Awang Sulung:
- Awang Sulung segera ke petak jubungnya
- mengambil bungkusan tulang pelanduk putih
- mengikat bungkusan pada benang pancar warna
- mencampakkan bungkusan tersebut ke laut
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Tuanku Nakhoda Tua tidak wajar mempercayai kata-kata
jurumudi itu. [3M]
Tidak wajar kerana:
- Tuanku Nakhoda Tua tidak melihat sendiri jurumudi menghadapi amukan Tuan Puteri Dayang
Nuramah
- Jurumudi tidak jujur / mempunyai muslihat
- Tuanku Nakhoda Tua tidak dapat berfikir dengan baik / waras pada waktu itu
Wajar kerana:
- Jurumudi telah menunjukkan keris yang berdarah sebagai bukti
- Jurumudi telah lama berkhidmat dengan Nakhoda Tua
- Geliung tidak lagi dalam keadaan bahaya / terancam
PETIKAN 6
“Beta tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa kembali ke negerinya. Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh lapan rial batu
dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta pada kepada Datuk Batin Alam.”
“Ampun Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu. Sekiranya Tuanku hendak kembali ke
Bandar Mengkalih, biarlah patik isikan geliung ini penuh sarat dengan rial batu dan emas.”
Mendengar percakapan itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak tersabar lagi lalu menyampuk, “Wahai
tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial kepada patik? Sebenarnya dagang
yang hina inilah yang telah menjadi tawanannya. Dia seorang pahlawan yang handal.”
“Kalau begitu,” kata Awang Sulung pula, “memanglah benar kata adinda, kerana kakanda telah
menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas kakanda daripada tangan adinda
dan sekarang hutang pun sudah berbayar, piutang pun sudah diterima, maka memohonlah kakanda
kembali ke Bandar Mengkalih.”
(i) Siapakah “adinda” dalam petikan tersebut? (2M)
“Adinda” dalam petikan tersebut ialah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
(ii) Nyatakan tiga alasan Awang Sulung ingin kembali ke Bandar Mengkalih. (3M)
Awang Sulung ingin kembali ke Bandar Mengkalih kerana dia telah berjaya menewaskan lanun-lanun
yang menyerang geliung yang dinaikinya. Selain itu, hutangnya sebanyak dua puluh lapan rial batu dan
emas sejangka tiga kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah dilangsaikan oleh lanun-lanun apabila
lanun-lanun tersebut mengisikan rial batu dan emas ke dalam geliung. Awang Sulung juga telah berjaya
menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah, oleh itu hutangnya dianggap sudah berbayar.
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah rakyat perlu mentaati sultan? (3M)
Pada pendapat saya, rakyat perlu mentaati sultan kerana sebagai pemerintah negeri, sultan mempunyai
darjat yang tinggi. Selain itu, rakyat perlu mentaati sultan supaya tidak dianggap penderhaka kerana
penderhaka akan dihukum. Sultan juga dipercayai mempunyai daulat.
PETIKAN 7
Mendengar percakapan itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak tersabar lagi lalu menyampuk, “Wahai
tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial kepada patik? Sebenarnya dagang
yang hina inilah yang telah menjadi tawanannya. Dia seorang pahlawan yang handal.”
“Kalau begitu,” kata Awang Sulung pula, “memanglah benar kata adinda, kerana kakanda telah
menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas kakanda daripada tangan adinda
dan sekarang hutang pun sudah berbayar, piutang pun sudah diterima, maka memohonlah kakanda
kembali ke Bandar Mengkalih.”
Oleh sebab terlupa hampa mendengarkan titah Awang Sulung itu, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa hendak
terjun ke laut, tetapi segera dihalang oleh hulubalang yang ada di situ lalu dibawanya masuk ke magun.
Di situ Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah tidak sedarkan diri.
“Ampun Tuanku, janganlah Tuanku sakat lagi puteri itu, kalau berlaku sesuatu hal kita juga yang susah,”
sembah hulubalang itu.
Kemudian si Kembang Cina pun berpantun:
“Jangan ditebang gelanggang itu,
Pucuknya ada berjurai-jurai;
Jangan dikenang yang hilang itu,
Sudah jauh digonggong murai.”
Balas Awang Sulung:
“Bagaimana tidak dikenang,
Pucuknya pauh selasih Jambi;
Bagaimana tidak dikenang-kenang,
Dagang yang jauh kekasih kami.”
(i) Apakah maksud magun? [2M]
Maksud kata ‘magun’ ialah bilik kurungan di buritan kapal layar / bilik rehat jurumudi.
(ii) Mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak sedarkan diri? (3m)
Tuan puteri tidak sedarkan diri kerana
- Enggan berpisah dengan Awang Sulung Merah Muda.
- Gagal terjun ke dalam laut kerana dihalang oleh hulubalang.
- Hendak bermanja dengan Awang Sulung Merah Muda.
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa berpantun sedemikian dan
apakah maksud pantun tersebut? (3 m)
Tuan puteri berpantun sedemikian kerana tidak mahu Awang Sulung Merah Muda:
- pulang ke negeri asalnya.
- Menasihati Awang Sulung merah supaya melupakan kekasih lamanya kerana kekasihnya itu telah
dimiliki oleh orang lain.
- Mempunyai perasaan sayang dan cinta kepada Awang Sulung Merah Muda
PETIKAN 8
Mendengar suara itu lanun-lanun itu mulai gementar. Mereka kenal itulah suara Awang Sulung, “Hai,
baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri dan kepada diri kita sendiri!” bisik
mereka sesama sendiri.
“Ampun Tuanku, patik tidak tahu bahawa Tuanku rupanya di dalam geliung panjang ini,” sembah
mereka beramai-ramai dengan tubuh yang gementar.
“Beta tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa kembali ke negerinya. Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh lapan rial batu
dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta kepada Datuk Batin Alam.”
“Ampun Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu. Sekiranya Tuanku hendak kembali ke
Bandar Mengkalih, biarlah patik isikan geliung ini penuh sarat dengan rial batu dan emas.”
(i) Apakah maksud rangkai kata isikan geliung ini penuh sarat? (2m)
- memuatkan kapal layar yang besar dengan padat
(ii) Mengapakah Awang Sulung tidak menghebahkan tentang pelayarannya?
Nyatakan tiga sebab beliau berbuat demikian berdasarkan petikan di atas. (3m)
- menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya
- berhutang kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sebanyak lapan rial batu
- menyelesaikan hutang kepada Datuk Batin Alam sebanyak emas sejangka tiga
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah lanun-lanun begitu menghormati Awang
Sulung? Berikan tiga sebab. (3m)
- mempunyai sifat yang mulia
- seorang yang sangat bijaksana
- seorang pahlawan yang handal
- suka memaafkan kesalahan orang lain
- seorang yang sangat merendah diri
PETIKAN 9
Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar. Sesetengahnya
terpinga-pinga sambil bertanya-tanya di manakah mereka berada sekarang, tetapi jurumudi pula
tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran
darah itu pergilah dia mendapatkan Tuanku Nakhoda Tua.
“Ampun Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ini daripada amuk Tuan Puteri Dayang Nuramah
kelmarin.”
Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek-belek keris jurumudi yang
penuh berdarah itu. Fikirnya, sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu amuk itu berlaku beta jatuh
pengsan.
Tiga hari tiga malam lamanya geliung itu berlabuh di Pulau Tapai. Anak-anak geliung bersuka ria dengan
pelbagai jamuan. Kemudian Tuanku Nakhoda Tua berkata, “Jikalau selamat geliung inisamapai ke Tanah
Jawa, akan ku kahwinkan puteriku Dayang Seri Jawa dengan sesiapa yang dapat menyelamatkannya.”
“Ampun Tuanku, patiklah akan menjadi galang gantinya hingga selamat sampai ke Tanah Jawa,” sembah
jurumudi.
“Sabarlah wahai jurumudi, sekarang kita masih dalam perjalanan, kita belum lepas daripada bahaya
yang besar, kerana bajak laut terlalu banyak di lautan depan ini.”
Pada suatu hari ketika anak-anak geliung itu memikul kayu api dan mencari air di pulau, terlihatlah oleh
jurumudi itu akan Awang Sulung. “Eh, mengapa budak hitam itu duduk dan makan saja, Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa? Tidakkah ia disuruh bekerja seperti anak-anak geliung yang lain?”
Oleh sebab terlalu marah melihatkan telatah jurumudi itu, jawab Tuan Puteri Dayang Seri Jawa? “Apa
kau peduli, geliung ini bukan kepunyaanmu, bukan nasi kau yang dimakannya dan bukan air kau yang
diminumnya.”
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mulai terfikir hendak menguji kecekapan Awang Sulung lalu disuruhnya Si
Kembang Cina mengembalikan buyung suasa dan meminta Awang Sulung mengambil air, tetapi Awang
Sulung berkayuh ke tengah laut di tempat arus yang paling deras untuk mengambil air.
i) Apakah maksud rangkai kata menjadi galang ganti? [2m]
Maksud rangkai kata - mempertaruhkan diri
ii) Mengapakah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak menyuruh budak hitam itu
bekerja seperti anak-anak geliung yang lain? [3m]
Tuan puteri tidak menyuruh budak hitam itu bekerja kerana tuan puteri:
- Mengetahui budak hitam itu adalah anak raja yang berdaulat / Awang Sulung Merah Muda.
- Menyayangi budak hitam itu.
- Mahu menyuruhnya memenuhkan air dalam buyung suasa.
iii) Berdasarkan petikan di atas, tuliskan tiga watak dan perwatakan jurumudi. [3m]
Perwatakan jurumudi ialah:
- Mabuk laut
- Pembohong – mengaku menyelamatkan geliung daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah.
- Iri hati – dengki melihat Awang Sulung Merah Muda tidak bekerja seperti
anak-anak geliung yang lain.
PETIKAN 10
Melihatkan lanun itu telah pergi, jurumudi segera mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam lagi,
kemudian dengan keris berdarah itu pergilah dia menghadap Tuanku Nakhoda Tua mengatakan dialah
yang telah menyelamatkan geliung itu daripada dirampas oleh lanun.
Dengan tidak berfikir panjang lagi, Tuanku Nakhoda Tua percaya dengan kata-kata jurumudi yang palsu
itu, lalu baginda menitahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu.
Apabila jurumudi dan Mualim sudah sedia di depan Tuanku Nakhoda Tua, masuklah Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa dengan geramnya, “Ya, ayahnada, tua orang tua, berakal; makin tua makin berminyak, tetapi
tua ayahanda tua cendawan makin tua makin busuk!”
Tuanku Nakhoda menjadi tersentak, “Hai anakku yang tidak tahu dek untung, mengapakah kau
berkelakuan demikian ini di depan orang tua?”
1. Apakah maksud rangkai kata, tua orang tua, berakal; makin tua makin berminyak, tetapi tua
ayahanda tua cendawan makin tua makin busuk? [2m]
Maksud rangkai kata ini ialah orang tua sepatutnya bertambah cerdik kerana berpengalaman seperti
kelapa tua yang berminyak. Tetapi tua “ayahanda” diibaratkan cendawan yang semakin rosak dan
membusuk kerana terus mempercayai kata-kata jurumudi tanpa usul periksa.
2. Nyatakan siapakah “anakanda” dan siapakah “ayahanda” dalam petikan di atas? Apakah pula
penerangan yang dikemukakan oleh “anakanda” kepada “ayahanda” itu. *3m+
“Anakanda” ialah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menerangkan kepada “ayahanda”, iaitu Tuanku
Nakhoda Tua tentang jurumudi yang berbohong. Sebenarnya, Awang Sulung Merah Muda yang menjaga
dan menyelamatkan kapal tersebut daripada serangan lanun, bukannya jurumudi.
3. Pada pendapat anda, mengapakah jurumudi bersungguh-sungguh hendak memperisteri Tuan
Puteri sungguh-sungguh hendak memperisteri Tuan Puteri Dayang Seri Jawa? Berikan alasan anda.
[3m]
Pada pendapat saya, jurumudi hendak memperisteri Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kerana kecantikan
Tuan Puteri tersebut. Selain itu, keturunan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa merupakan golongan
bangsawan, dipandang tinggi oleh masyarakat dan berharta pula. Jadi, jurumudi berhasrat merampas
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa daripada Awang Sulung Merah Muda agar cita-citanya itu tercapai.
SOALAN-SOALAN KBAT
1. Pada pendapat anda, wajarkah Tuanku Nakhoda Tua mengahwinkan anaknya,
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan jurumudi? Nyatakan empat alasan anda. [4m]
Wajar:
… pada pandangan Tuanku Nakhoda Tua, jurumudi banyak jasanya.
…Tuanku Nakhoda Tua yakin bahawa jurumudi yang telah menghapuskan lanun.
…Tuanku Nakhoda perlu mengotakan janjinya
…anak seharusnya mengikut perintah ayahnya.
Tidak wajar:
… Tuanku Nakhoda Tua sepatutnya menyelidik kebenaran kata-kata jurumudi lebih dahulu
… Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak menyukai jurumudi
…jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua dengan mengatakan bahawa dia yang menyelamatkan geliung
itu daripada dirampas oleh lanun
…jurumudi seorang pengecut dan gemar mengambil kesempatan atas susah payah orang lain.
2. Pada pendapat anda, wajarkah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menolak permintaan ayahandanya
untuk memanggil Awang Sulung Merah Muda? Kemukakan tiga pendapat anda. [3m]
Wajar kerana:
…puteri akan dilihat sebagai tidak sopan
…Tuanku Nakhoda yang bersalah dan sepatutnya baginda yang berjumpa sendiri dengan Awang Sulung
Merah Muda
…Awang Sulung Merah Muda akan mentaati perintah Tuanku Nakhoda Tua
3. Pada pendapat anda, mengapakah aktiviti menyabung ayam tidak digalakkan dalam masyarakat?
[4m]
…kerana perbuatan itu dianggap menganiayai binatang
…unsur perjudian terdapat dalam aktiviti ini
…dalam Islam perkara ini haram
4. Sikap Tuan Puteri Dayang Seri Jawa terhadap ayahandanya dianggap kurang ajar. Pada pendapat
anda, mengapakah kita perlu berhemah ketika berkomunikasi dengan ibu bapa kita? [3m]
…kerana mereka yang melahirkan dan membesarkan kita dengan kasih sayang
…kata-kata yang kasar akan menyebabkan hati mereka tersinggung
…supaya hidup kita memperoleh keberkatan
5. Jika anda menghadapi situasi yang sama seperti Tuanku Nakhoda Tua, apakah yang akan anda
lakukan untuk memujuk orang yang berkecil hati? [3m]
…mengungkapkan kata-kata pujian
…kata-kata kita mesti bersikap lemah lembut agar orang yang mendengarnya memberikan respons
positif
…jika masih gagal, jangan berterusan mendesak, sebaliknya berikan masa dan datang pada waktu lain
untuk memujuknya.
6. Hasrat Awang Sulung Merah Muda yang mahu melangsaikan hutang wajar dicontoh. Berikan tiga
kesan jika sesuatu hutang tidak dilunaskan. [3m]
…tidak dapat menjalani kehidupan dengan aman dan tenang Cth: sentiasa diganggu orang yang
meminjamkan wang
…dihimpit pelbagai perasaan. Cth: fikiran tertekan – resah gelisah – kerja-kerja tergendala kerana
memikirkan hutang
…berlakunya pertengkaran,permusuhan, atau kejadian yang tidak diingini. Cth; diancam oleh pihak yang
berhutang.
7. Pada pendapat anda, mengapakah Awang Sulung enggan datang menghadap Tuanku Nakhoda
Tua? [3m]
…Awang Sulung berasa kecil hati kerana sebelum ini dia pernah diusir atau dihina oleh Tuanku Nakhoda
Tua untuk meminta pertolongan membayarkan hutang
…darjat dirinya tidak setaraf dengan baginda
…dia hanya menumpang teduh di dalam kapal dan masih berhutang
…dia bersikap rendah diri
8. Pada pendapat anda, mengapakah kedatangan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa disambut dengan
begitu meriah? [3m]
…kerana puteri itu daripada keturunan raja yang berpengaruh
…menunjukkan bahaw negeri mereka negeri berdaulat dan tahu adat
…sudah menjadi kebiasaan negeri-negeri pada zaman itu, tetamu daripada keturunan raja perlu
disambut meriah, seperti yang diterima apabila baginda melawat negeri lain.
9. Pada pendapat anda, mengapakah Awang Sulung memberi pelbagai alasan terhadap permintaan
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa? Nyatakan tiga alasan yang menjadi penyebab tindakan Awang Sulung.
[3m]
…Awang Sulung memberi pelbagai alasan untuk melihat kesungguhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
mahu mendapatkan khidmatnya
…dia tidak mahu berkawan rapat dengan puteri itu agar puteri itu tidak mengetahui latar belakang
hidupnya
…kemungkinan sememangnya tubuhnya letih dan tidak mampu membantu orang lain.
10.Pada pendapat anda, apakah tujuan Awang Sulung menyamar sebagai budak yang comot? [3m]
…merasai pengalaman sebagai orang biasa
…menguji pembesar-pembesar di sesuatu kawasan, sama ada menghormati orang ramai atau tidak
…mengetahui tahap layanan yang diterima oleh golongan bawahan
11.Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengetahui adat di negeri orang apabila kita
merantau di tempat orang? [3m]
…kita tidak akan dipandang serong
…orang lain akan menghormati kita
…kita mudah mendapat kawan
12.Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat dahulu gemar menyabung ayam? [3m]
…tidak ada pilihan hiburan yang lain
…untuk mengisi masa lapang
…kurang kesedaran dan pengamalan ajaran agama
…dianggap tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang