Upload
suraya-syafiqa-husain
View
246
Download
0
Embed Size (px)
8/2/2019 KOMSAS Renyah
1/26
MAKTAB RENDAH SAINS MARA TUN ABDUL RAZAK, PEKAN, PAHANG.
2012
FOLIO NOVEL RENYAH
Rujukan Komsas Bahasa Melayu
Suraya Syafiqa binti Husain
4 U N I V E R S I T Y O F D U K E : )
8/2/2019 KOMSAS Renyah
2/26
GUNAWAN MAHMOOD berasal dari Ulu Tiram, Johor. Beliau dilahirkan di Parit Raja,
Batu Pahat, Johor pada 29 Januari 1959 dan dibesarkan di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram
Johor.Beliau mendapat pendidikan awal di Felda Ulu Tebrau, kemudian di Sekolah
Aminuddin Baki dan Institut Malaysia Johor Bahru sehingga selesai STPM. Melanjutkan
pengajian luar kampus di Fakultas Bahasa dan Sastera, Universiti Nasional, Jakarta (UNAS).
Memperolehi PhD melalui tesisnya berjudul Pemikiran dalam Sajak-sajak Dr.Mahathir
Mohamad di Institut Pembangunan dan Pengurusan Antarabangsa Indonesia dengan
kerjasama Berkeley International University. Beliau sering memenangi hadiah dalam
pelbagai sayembera antaranya hadiah utama cerpen Utusan Melayu-Public Bank 1989, puisi
xzKebangsaan Hari Merdeka 1989 dan saguhati anugerah novel sejarah kebangsaan 1989.
Cerpen beliau Harga Sebuah Kematian memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1988/89 dan
novel remajanya Tanah Ini memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/97. Beliau
pernah meraih Hadiah Novel Remaja HSKU (Hadiah Sastera Kumpulan Utusan) untuk empat
tahun berturut; Namaku Ayoko(1993), Renyah(1994), Tanah Ini(1995) dan Cinta Daerah
Perjuangan(1996). Dianugerahkan Hadiah Cipta Karyawan Muda Johor yang pertama,
Hadiah Sastera Darul Tazim pada 1996. Beliau merupakan penerima anugerah Generasi
Baru oleh FELDA pada tahun 2008. Beliau pernah bertugas sebagai Setiausaha Politik
kepada Menteri Besar Johor. Namun, pada 6 september 2010, beliau disahkan meninggal
dunia di pejabatnya di Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Kota Iskandar Nusajaya selepas
mengadu sakit dada. Beliau menghidapi penyakit diabetis sejak sekian lama.Jenazah dihantar
keHospital Sultanah Aminah, Johor Baharu untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan
sebagai mati mengejut.Jenazah dikebumikan di tempat kelahirannya di tanah perkuburan
Felda Ulu Tebrau.
BIODATA PENGARANG
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hospital_Sultanah_Aminahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Johor_Baharuhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Felda_Ulu_Tebrau&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Felda_Ulu_Tebrau&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Johor_Baharuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hospital_Sultanah_Aminah8/2/2019 KOMSAS Renyah
3/26
Bab 1:
Datuk Dolhi dan isterinya, Datin Tominah risau apabila memikirkan anak-anak merekayang tidak berminat untuk menguruskan perniagaan mereka.
Hasnol lebih berminat untuk bekerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik.
Amera memilih untuk menjadi pendidik.
Ilham pula menyertai pertubuhan yang memperjuangkan alam sekitar.
Mukhlis ke sana dan ke mari dengan kerja-kerja dakwahnya.
Dani dengan impiannya menjadi pemuzik rock.
Albert Lee, rakan niaga Datuk Dolhi mahu melamar Amera untuk anak lelakinya, Robert
Lee, tetapi Amera tidak berkenan.
Bab 2:
Datuk Dolhi dan Albert Lee pergi berjoging di Bukit Serakah sambil membincangkan
soal perniagaan dan anak-anak mereka.
Datin Tominah pula sibuk menelefon rakan-rakannya yang berpangkat Datin. Mereka
bercadang mahu menubuhkan kelab untuk datin-datin.
Bab 3:
Di pejabatnya, Datuk Dolhi menerima panggilan daripada Wahi yang berada di Jepun.
Wahi menceritakan percutiannya di Jepun dan bertanyakan perkembangan perniagaan
mereka.
Datuk Dolhi mengingatkan Wahi agar menimba pengalaman dan mempelajari selok-
belok perniagaan di negara Jepun.
Pagi itu, Datuk Dolhi ada mesyuarat dengan Raj Hussein daripada Ramaco Colsultant
untuk membincangkan nama vila yang akan dibina oleh syarikat Datuk Dolhi.
Raj Hussein mencadangkan supaya vila yang bakal dibina itu diberikan nama yang
mempunyai unsur kemelayuan.
Petangnya pula, Datuk Dolhi akan memberikan ceramah kepada para usahawan muda di
Institut Perdagangan Kebangsaan.
Tengah hari itu, Datuk Dolhi pulang ke rumah untuk menikmati juadah tengah hari yang
disediakan oleh pembantu rumah yang baru.
Bab 4:
Petang itu, Datuk Dolhi memberikan ceramah keusahawanan kepada sekumpulan pelajar
perdagangan.
Malamnya, Datuk Dolhi menemani isterinya ke pertunjukan fesyenbusana Islam.
Beliau berasa bosan di situ.
Sinopsis Bab
8/2/2019 KOMSAS Renyah
4/26
Pulang dari pertunjukan fesyen itu, Datin Tominah menyatakan hasratnya untuk
membuka butik busana Islam tetapi Datuk Dolhimeminta dia memikirkan rancangan itu
semasak-masaknya dahulu.
Dalam masa yangsama, anak-anak Datuk Dolhi ada dirumah. Di halaman rumah, Dani
sedang memetik gitar, manakala Ilham mencatatsesuatu di meja batu.
Di ruang tamu, Amera sedang menyemak buku anak-anak muridnya.Mukhlis pula
beratib kuat di tingkat atas.
Bab 5:
Ilham berbual-bual dengan Dani. Dia mencadangkan Dani mencipta
lirik lagu yang dapa tmembuat para pendengar berfikir.
Amera mencelah perbualan mereka, lebih bertujuan menegur sikapIlham yang masih
tidak bekerja, sebaliknya hanya mengikutiperjuangan untuk memelihara alam sekitar.
Bab 6: Hasnol datang ke rumah Datuk Dolhi untuk meminjam wang sebanyak RM10 ribu
daripada Datuk Dolhi, tetapi tidak diberikan oleh DatukDolhi atas alasan beliau tidak
boleh selalu mengeluarkan duit.
Lantaran jawapan bapanya itu, Hasnol segera berlalu.
Datuk Dolhi bermenung. Dia memikirkan siapa antaraanaknya yangakan mengambil alih
syarikatnya, Dolhi-Albert Holding.
Dia turut memikirkan keinginan Albert Lee mahu berbesan dengannyatentu bersebab.
Bab 7: Datuk Dolhi meneliti ketras cadangan Wahi yang difaks dari Tokyo.
Wahi mencadangkan Dolhi-Albert Holding melaksanakan Kawalan MutuMenyeluruh
(KMM) seperti yang dilakukan syarikat-syarikat Jepun.
Kemudian, Datuk Dolhi termenung. Beliau memikirkan Rozie,sekretarinya yangmuda
tetapi berpengetahuan dan berpandangan jauh,serta cekap menjalankan tugas.
Beliau rurut memikirkan Wahiyang sarat dengan idea dan rahsiapenting tentang Wahi.
Datuk Dolhi teringat pada anaknya Mukhlis yang berlegar ke sana kesini atas nama
dakwah, tetapi tidak bekerja.
Pintu biliknya terbuka dan muncul Rozie yangmemaklumkankedatangan Mukhlis. Mukhlis menyatakan maksud kedatangannya, iaitu mahu meminjamwang untuk
berdakwah ke India tetapi Datuk Dolhi enggan memberi.
Bab 8:
Datuk Dolhi pulang ke rumah dengan disambut oleh Amera.
Amera memberitahu bapanya bahawa dia telah dipilih sebagai PendidikTerbaik
peringkat negeri dan meminta Datuk Dolhi hadir pada majlispenyampaian anugerah itu.
Mukhlis dan rakan-rakannya datang ke rumah Datuk Dolhi.
Mereka berhujah dengan Datuk Dolhi tentang tafsiran dakwah.
8/2/2019 KOMSAS Renyah
5/26
Mukhlis menjadi ragu-ragu dengan perjuangan yang disertainya.
Datuk Dolhi dan Datin Tominah pergi ke Dewan Jubli Intan bagimenyaksikan majlis
Anugerah Pendidik Terbaik peringkat negeri.
Bab 9:
Amera memikirkan siapa peminat misteri yangmengirim bunga danmenelefonnya.
Inem memohon berhenti kerja secara tiba-tiba.
Seminggu kemudian, Datin Tominah menerima surat daripada Inem yang menjelaskan
sebab dia berhenti kerja, iaitu Ilham yang telahmenceroboh biliknya beberapa kali.
Petang itu, Hasnol menelefon emaknya untuk meminjam wang lagi.
Datin Tominah menjelaskan bahawa dia tidak ada wang untukdipinjamkan pada Hasnol.
Datin Tominah menasihati Hasnol supaya menyertai bisnes untukmemperoleh
pendapatan yang lumayan.
Hasnol enggan dan terus menghempaskan gagang telefon.
Bab 10:
Datuk Dolhi terkejut apabila diberitahu oleh rakan Mukhlis bahawaMukhlis telah
mengahwini janda tuk gurunya.
Datuk Dolhi bertambah marah apabila diberitahu oleh Datin Tominahtentang perbuatan
Ilham yang menceroboh bilik Inem.
Datuk Dolhi makin berang apabila mendapat tahu bahawa Ilham beradadi Sarawak
kerana terlibat dengan gerakan menentang pembalakan.
Albert Lee menelefon Datuk Dolhi untuk memberitahunya tentangperbuatan Ilham
bersama-sama dengan kaum Penan membina banteng manusia bagi menghalang
kegiatan pembalakan.
Datuk Dolhi teringatkan Wahi yang berada di Tokyo dan rahsiaantaranya dengan Wahi.
Bab 11:
Datuk Dolhi mengambil keputusan untuk berehat di Jepun selamaseminggu dan meminta
Rozie mengurus penerbangannya ke sana.
Keputusan itu mengejutkan Datin Tominah.
Dalam penerbangan ke Jepun, Datuk Dolhi terkenang akan kisahsilamnya ke Jepun buat
pertama kali dan kemudian terkenang pulaakan kisahnya dengan Mastura.
Mukhlis termenung memikirkan tindakannya berkahwin dengan Hanisah, iaitu janda tuk
gurunya yang mempunyai tiga orang anak.
Dia pulang sendirian ke rumah ibu bapanya serra mengadu kepada ibunya dan
menyatakan rasa kesalnya atas tindakannya.
Hasnol pula memujuk Linda agar meminjam wang daripada bapanyatetapi isterinya
enggan kerana mereka pernah meminjam sebelum inidan belum berbayar.
Bab 12:
Amera mengambil keputusan untuk memenuhi undangan peminatmisterinya ke Kelab
Mawar.
8/2/2019 KOMSAS Renyah
6/26
Rupa-rupanya lelaki itu ialah YB Wahab, Timbalan Menteri. Masing-masing menaruh
harapan untuk mengikat hubunganyanglebih serius.
Dani mengingatkan Amera supaya datang ke majlis pelancaran albumsulungnya kelak.
Amera menasihati Dani agar menjadi penyanyi yang berjaya, kaya, dandihormati serta
menjaga imej dan disiplin diri.
Amera memikirkan hubungannya dengan YB Wahab.
Bab 13:
Datuk Dolhi tiba di Lapangan Terbang Narita dan disambut oleh Wahiserta seorang
rakannyayang berbangsa Jepun.
Mereka ke Hotel Tokyo Metropolitan dan sepanjang perjalanan, DatukDolhi teringatkan
kisah silamnya semasa tinggal di Jepun danmenyanyikan lagu-lagu Jepun
yangdiingatinya.
Datuk Dolhi memberitahu Wahi suatu rahsia, iaitu Wahi adalah anaknya. Namun, Wahi
tidak terkejut kerana dia telah mengetahuirahsia itu daripada neneknya.
Beliau berasa lega kerana telah meluahkan perkara itu kepada Wahi.
Paginya, Datuk Dolhi bersiar-siar bersama'Wahi dan melawat tempat-tempat menarik di
sekitar Shibuya.
Datuk Dolhi meminta Wahi memanggilnya "bapak".
Datuk Dolhi meluahkan perasaan kecewanya terhadap anak-anaknyayanglain kepada
Wahi.
Beliau akan memberitahu isterinya tentang hubungannya dengan Wahi.
Bab 14:
Hasnol berjumpa dengan Tengku Munir di Teratai Inn.
Tengku Munir mahu agar Hasnol mempengaruhi jabatan tender supayameluluskan
permohonannya untuk projek Jambatan Kota yang bernilaiRM80 juta.
Sebagai imbuhannya, Hasnol akan diberi sebanyak RM300 ribu.
Tengku Munir juga mengugut akan menjadikan hidup Hasnol susahsekiranya Hasnol
tidak menuruti kehendaknya.
Hasnol pulang ke rumah selepas bertemu dengan Tengku Munir dandisambut oleh Linda
yangbertanyakan hasrat ke Eropah.
Hasnol telah menyuruh Linda membuat rancangan ke Eropah.
Di Sarawak, pihak berkuasa sedang mencari aktivis Barat yang menghasut masyarakat
peribumi supaya membuat benteng rnanusia bagi menghalang pembalakan.
Hasnol datang menemui Datin Tominah di rumah dengan wajah yangberseri-seri dan
memulangkan wang sebanyak RM10 ribu yangdipinjamnya dahulu.
Bab 15:
Albert Lee sekeluargaberkumpul dan berbincang tentang keluarga danperniagaan
mereka.
Dia agak kecewa kerana rancangannya untuk menjodohkan anak-anaknya dengan anak-
anak Datuk Dolhi tidak berjaya.
8/2/2019 KOMSAS Renyah
7/26
Robert juga kecewa kerana tidak beriayamemikar Amera.
Albert melahirkan pendapatnya tentang anak-anak Datuk Dolhi yangtelah merosakkan
bapanya sendiri.
Lantaran itu, dia berharap agar mereka dua beranak dapat menguasaiDolhi-Albert
Holding suaru hari nanti.
Albert menyatakan bahawa Datuk Dolhi mempunyai waris lain selainanak-anaknya itu.
Malamnya, Robert menelefon Amera untuk mengajaknya keluarmakan tetapi Amera
menolak dengan mengatakan bahawa dia adalatihan walaupun esoknya adalahhari Ahad.
Bab 16:
Datuk Dolhi dan 'wahi berada di Lapangan Terbang Narita.
Datuk Dolhi memberitahu Wahi bahawa dia kini berasa lapang setelahperkara yang
terpendam di dalam dadanya telah diluahkan sertamenyatakan hasratnya untuk bersara
lantaran kesihatannya yangmulaterganggu.
Wahi mencadangkan agar Datuk Dolhi mengurangkan penglibatan disyarikat, namun
beliau kurang percayauntuk melepaskan pengurusansyarikat sepenuhnya kepada Albert
Lee.
Beliau amat berharap agar Wahi dapat menerajui Dolhi-Albert Holding.
Wahi menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan gadis Jepun,iaitu Yuka dan
menjelaskan bahawa Yuka telah memeluk Islam.
Semasa di dalam kapal rerbang, Datuk Dolhi mengimbau kisahsilamnya dengan
Mastura, 28 tahun yang lampau.
Bab 17:
Datin Tominah menceritakan kisah Ilham yangmelarikan diri kePerancis dan meminta
Datuk Dolhi agar mencari Ilham di sana tetapiDatuk Dolhi enggan.
Datin Tominah juga menyatakan bahawa Hasnol telah memulangkanwang sebanyak
RM10 ribu yangdipinjamnya. Datuk Dolhi terkejut.
Dia juga bercadang mahu memberikan sedikit wang kepada Mukhliskerana Mukhlis
telah pulang dan menyatakan kesusahannya,namunDatuk Dolhi enggan membantu.
Dani masuk ke ruang ramu dengan rambut yangpanjang dan seluarbertampal-tampal.
Datuk Dolhi menegur cara berpakaian Dani yang selekeh dan mengingatkan Dani agar
tidak terlibat dengan dadah.
Malamnya, Datuk Dolhi mengisytiharkan bahawa Wahi adalah anak kandungnya
daripada isteri kedua.
Sebagai akibatnya, hubungannya dengan Datin Tominah renggang.
Amera membantah sikap ibunya itu dan meminta ibunya berbaik-baikdengan bapanya
semula.
Bab 18:
Wakil Timbalan Menteri datang ke rumah Datuk Dolhi untuk merisikAmera.
Majlis perkahwinan Amera dengan YB Silahab disegerakan untukmengelakkan fitnah.
8/2/2019 KOMSAS Renyah
8/26
Semasa majlis pernikahan Amera, Datuk Dolhi bertemu semula denganUstazHashim,
sahabat lamanya semasa belajar dulu.
Ustaz Hashim menceritakan keadaan Mukhlis yang amat daif di sebuahperkampungan.
Perkhabaran itu menyebabkan mereka berdua ke Kampung SungaiBakau untuk mencari
Mukhlis tetapi Mukhlis gagal ditemui.
Menurut penduduk di situ, Mukhlis dikatakan tidak siuman.
Bab 19:
Seminggu lagi Hasnol dan keluarganya akan bercuti di Eropah.
Pagi itu, dia dipanggil oleh Tengku Munir ke pejabatnya.
Tengku Munir mahu agar Hasnol meluluskan kesemua 12 tender yangdimohon nya,
bukannya empat sahaja.
Hasnol menjelaskan kesukaran yang dihadapi untuk meluluskan 12tender daripada
syarikat yangsama.
Tengku Munir tetap berkeras. Imbuhan telah diberikan kepada Hasnol.
Hasnol berlepas juga ke London bersama dengan keluarganya. Namun,fikiran Hasnol
kusut memikirkan permintaan Tengku Munir yangpastinya tidak dapat ditunaikan.
Apabila permintaannya tidak ditunaikan, Tengku Munir melaporkankepada Menteri
Besar bahawa Hasnol telah meminta rasuah sebanyak RM1 juta bagi meluluskan 12
tender yang dimohonnya.
Laporan itu telah disiarkan di akhbar.
Sebagai akibatnya, rumah Datuk Dolhi diserbu pegawai-pegawai Badan Pencegah
Rasuah (BPR) Datuk Dolhi disoat siasat. Imejnya sebagai jutawan terjejas.
Hasnol menelefon ibunya dari London dan menyatakan kekesalannya.
Ibunya mahu agar dia pulang dan menyelesaikan masalah tersebut.
Bab 20:
Dani dan kumpulannya, Young Rock Band akan mengadakan persembahan di Ekspo
Perdagangan Pemuda.
Dani tidak dapat naik ke pentas kerana ketagihan dadah.
Dia telah ditangkap polis ketika sedang mencari bekalan dadah di pekan.
Berita Dani ditangkap telah terpampang di akhbar dan sekali lagi, Datuk Dolhi menjadi
tumpuan wartawan.
Malam itu, Datin Tominah ke lapangan terbang menjemput Hasnol.
Ketika mahu beredar, Hasnol telah ditahan beberapa orang lelaki yangmemperkenalkan
diri mereka sebagai pihak berkuasa.
Hasnol sedia bertanggungjawab dan ingin menebus dosa-dosanya.
Bab 21:
Ilham telah mendalangi tunjuk perasaan semasa lawatan MenteriKanan Malaysia ke
London. Hasil wawancara stesen TV antarabangsa dengan Ilham yangmengutukpembalakan di
Malaysia, Datuk Dolhi dan YB Wahab disiasat.
8/2/2019 KOMSAS Renyah
9/26
Albert Lee berasa amat marah dengan kenyataan Ilham dalam temuramah itu kerana
bimbang kontrak balak mereka di Sarawak dibatalkan.
Dia mahu merampas tampuk kekuasaan syarikat lantaranDatuk Dolhisudah ditimpa
bermacam-macam masalah keluarga.
Usahanya terhalang kerana Datuk Dolhi masih mempunyai seorang lagiwaris, iaitu
Wahi.
Bab 22:
Datuk Dolhi lega kerana wahi akan purang bersama dengan isterinya.
Hasnol dibebaskan dengan jaminan dan pasport anrarabangsanya dirampas.
Dani juga dijamin dan Datuk Dolhi berusaha memasukkannya ke pusatserenti.
Di rumah, Datuk Dolhi, Dadn Tominah, Hasnol, Amera, dan Dani menunggu
kepulangan Wahi dan isterinya.
Datin Tominah menerima kedatangan Wahi dengan dada terbuka.
Datuk Dolhi menerima panggilan telefon yangmengatakan bahawa Mukhlis dimasukkan
ke hospital kerana dilanggar motosikal ketika merayau-rayau di pekan tidak jauh dari
Kampung Sungai Bakau.
Bab 23:
Mukhlis beransur pulih dan Datuk Dolhi akur akan nasihat doktor
supayamenghantarMukhliskepusatrawatanmental.
Datuk Dolhi memutuskan untuk menghantar Dani ke pusat pemulihanapabila kesnya
selesai di mahkamah.
Pagi itu, Dolhi-Albert Holding dijadualkan mengadakan mesyuarat lembaga pengarah.
Pada akhir mesyuarat itu Datuk Dolhi mengumumkan Wahi sebagaipenggantinya.
KenyataanDatuk Dolhi itu disambut dengan tepukan sebaliknya AlbertLee terus
meninggalkan bilik mesyuarat.
Albert Lee memberitahu anaknya, Robert bahawa mereka akanmenarik diri daripada
Dolhi-Albert Holding.
Bab 24:
Datuk Dolhi dan isterinya berehat-rehat di anjung banglo mereka. Datuk Dolhi bertanyakan projek yang ingin dijalankan oleh DatinTominah suatu ketika
dulu namun Datin Tominah sudah melupakantentang projek butik busana Islam itu.
Datuk Dolhi mencadangkan kepada Datin Tominah agar mereka ketanah suci Makkah
untuk menunaikan umrah dan ziarah.
8/2/2019 KOMSAS Renyah
10/26
Tema dalam novel Renyah ialah ketabahan dalam
menghadapi tekanan hidup.
Datuk Dolhi merupakan seorang tokoh koporat yang berjaya tetapi
menghadapi tekanan hidup dalam menangani kerenah anak-anaknya.
Sebagai seorang bapa, beliau mahukan yang terbaik buat anak-anaknya,
walaupun anak-anaknya hanyut dalam keinginan sendiri hingga
mendatangkan masalah dan tekanan kepadanya.
Datuk Dolhi juga berasa bimbang terhadap anak-anaknya yang tidak
berminat mengurus perniagaannya.
Kebimbangan itu bertukar menjadi kecewa apabila anak-anaknya
terlibat dalam pelbagai salah laku.
Walau bagaimanapun, masalah yang datang itu dapat dihadapi dan
diselesaikan dengan cara yang baik.
TEMA
8/2/2019 KOMSAS Renyah
11/26
Harapan seorang ayah.
Datuk Dolhi amat mengharapkan anak-anaknya dapat mengikut jejaknya sebagai ahli
perniagaan.
Datuk Dolhi meletakkan harapan yang tinggi kepada Wahi, iaituanak isteri keduanya
untuk menerajui syarikatnya. Lantaran itu, beliau menghantar Wahi ke Jepun untuk
menimba ilmu danpengalaman dalam bidang perniagaan.
Minat dan kecenderungan seseorang tidak dapat diubah.
Anak-anak Datuk Dolhi tidak berminat untuk menceburi bidang perniagaan walaupun
Datuk Dolhi seorang usahawan yang Berjaya. Anak-anak Datuk Dolhi mempunyai minat masing-masing. Hasnol menjadi Pegawai
Tadbir Diplomatik, Amera sebagai pendidik, Ilham memperjuangkan alam sekitar,
Mukhlis dengan dunia dakwahnya, dan Dani meminati bidang muzik.
Kefahaman yang betul mengenai agama.
Mukhlis yang cetek pengetahuan agamanya terikut-ikut dengan ajaran songsang
kumpulan dakwahnya tanpa menyelidiki kebenaran ajaran kumpulan itu.
Sebagai akibatnya, dia mengalami tekanan daripada kesusahan hidup yangdihadapi
hingga menjadi kurang siuman.Sikap menghargai barangan dan jenama tempatan. Datuk Dolhi lebih gemar menggunakan Limosin Saga keluaran tempatan apabila
menghadiri majlis rasmi.
Datuk Dolhi juga memakai baju batik Kelantan ketika menghadiripertunjukan busana
Islam.
Sikap tamak dan ingin hidup mewah hingga sanggup melibatkan diridengan rasuah.
Tengku Munir yangtamak sanggup memberikan rasuah kepada Hasnol agar
meluluskan kesemua tender yang dimohonnya.
Hasnol pula yangingin hidup mewah sanggup menerima rasuah sehingga dia didakwa
oleh pihak berkuasa.
Kepentingan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang yang dapatditambah melalui pembacaan.
Datuk Dolhi rajin membaca buku-buku ilmiah untuk dijadikansebagai bahan dalam
ceramahnya.
PERSOALAN
8/2/2019 KOMSAS Renyah
12/26
Watak Utama
Watak Sampingan
WATAK-WATAK
Datuk Dolhi
Datin Tominah
HasnolAmera
Mukhlis
Ilham
Dani
Wahi
Albert Lee
Robert Lee
YB Wahab
Ustaz Hashim
dan lain-lain lagi
8/2/2019 KOMSAS Renyah
13/26
Datuk Dolhi Suami kepada Datin Tominah.
Berusia 60-an dan sering sakit-sakit di bahagian dada.
Bapa kepada Hasnol, Amera, Ilham, Mukhlis, dan Dani serta Wahi.
Rakan niagaAlbert Lee.
Pandai dalam perniagaan. Buktinya, beliau merupakan usahawan yang berjaya dan
memiliki syarikat Dolhi-Albert Holding.
Seorang yang bertanggungiawab. Buktinya,beliau telah membiayai Wahi, iaitu anaknya
dengan Mastura walaupun setelah Mastura meninggal dunia ketika melahirkan Wahi.
Penyayang. Buktinya, beliau tetap sayang kepada semua anaknya walaupun anak-
anaknya itu banyak menimbulkan masalah kepadanya sehingga mencemarkan nama
baiknya.
Seorang yang berani. Buktinya, beliau telah membuat keputusan untuk melantik Wahi
sebagai penggantinya dalam Dolhi-AlbertHolding walaupun dia tahu bahawa Albert
Lee ingin menguasaiDolhi-Albert Holding. Sebagai akibatnya, persahabatannya dengan
Albert terlerai begitu sahaja.
Seorang yang rajin. Buktinya, beliau rajin mengikuti seminar keusahawanan dan
membaca buku-buku motivasi.
Penyabar. Buktinya,beliau tidak memaksa tetapi sabar menunggu Hasnol membuat
keputusan untuk menyertainya dalam Dolhi-Albert Holding.
Hasnol Hasnol merupakan anak sulung Datuk Dolhi dan Datin Tominah.
Bekerja dalam sektor keraiaan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik.
Berkahwin dengan Linda, iaitu anak seorang diplomat yang mempunyai gaya hidup
yang mewah.
Mempunyai dua orang anak.
Hasnol tidak berani menghadapi cabaran. Buktinya, beliau tidak mahu meneruskanusaha bapanya dalam perniagaan kerana dia tidak sanggup menghadapi cabaran dan
risiko dalam bidang itu.
Ilham Ilham ialah anak ketiga Datuk Dolhi dan Datin Tominah.
Ilham seorang pencinta dan pejuang alam sekitar.
Seorang yang berbakat dalam seni sastera kerana sering mendeklamasi sajak.
Buktinya, dia telah memberikan puisi yang dikarangnya kepada Dani untuk dilagukan.
Tidak mempunyai sifat patriotik. Buktinya, sewaktu media elektronik memaparkan
temu ramah Ilham dengan stesen TV antarabangsa , dia telah mengecam kerajaan
Malaysia kerana membiarkan balak terus ditebang secara berleluasa.
PERWATAKAN
8/2/2019 KOMSAS Renyah
14/26
Mukhlis Mukhlis anak keempat Datuk Dolhi dan Datin Tominah.
Mukhlis mudah terikut-ikut dalam beragama tetapi sebenarnya dia tidak
memahami agama yang sebenar. Buktinya, oleh sebab mahu mengikut sunah
Nabi yang berkahwin dengan janda, dia sanggup mengahwini janda tuk gurunyatanpa usul periksa.
Seorang yang mempunyai sifat belas kasihan. Buktinya, dia berasa kasihan
terhadap Hanisah yang diceraikan oleh gurunya.
Akhirnya dia mengalami tekanan mental sehingga menjadi tidak siuman.
Buktinya, seorang pemuda yangdi temui oleh Datuk Dolhi dan Ustaz Hashim di
Kampung Sungai Bakau mengatakan bahawa Mukhlis tidak siuman kerana cuba
menyerang tuk gurunya.
Dani
Dani anak bongsu Datuk Dolhi dan Datin Tominah.
Dani berambut panjang, selekeh, dan tidak terurus. Buktinya,bapanya menegur
rambut dan pakaiannya yang tidak terurus dan menasihatinya agar memakai
pakaian yang lebih elok.
Seorang artis rakaman dan telah bejaya merakamkan album bersama kumpulan
muzik rocknya, iaitu Young Rock Band.
Terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Buktinya, dia ditangkap oleh polis ketika
mencari bekalan dadah di sebuah pekan kecil.
Wahi Wahi ialah anak Datuk Dolhi dengan Mastura.
Dibesarkan oleh neneknya selepas ibunya meninggal dunia ketika
melahirkannya.
Wahi bekerja di Dolhi-Albert Holding dan merupakan orangkepercayaan Datuk
Dolhi.
Seorang yang kaya dengan idea. Buktinya, Wahi mencadangkanagar Dolhi-
Albert Holding melaksanakan Kawalan MutuMenyeluruh (KMM) sebagaimana
yangdilaksanakan olehsyarikat-syarikat Jepun.
Wahi seorang yang bijak dan cekap bekerja. Buktinya, Datuk Dolhimengakuibahawa Wahi seorang yang bijak dan cekap serta akanmenguasai syarikat suatu
hari kelak.
8/2/2019 KOMSAS Renyah
15/26
Watak-watak lain: Amera ialah satu-satunya anak gadis Datuk Dolhi dan Datin
Tominah dan menjadi pendidik yang berdedikasi. Albert Lee ialah rakan kongsi Datuk Dolhi dalam Dolhi-
AlbertHolding.
YB Wahab ialah suami Amera yang juga merupakan
TimbalanMenteri Tugas-tugas Khas.
Linda ialah isteri Hasnol yang suka akan gayahidup mewah.
Robert Lee ialah anak Albert Lee yang mahu dijodohkan
denganAmera. Rozie, setiausaha Datuk Dolhi yang cekap menjalankan tugas.
Tengku Munir merupakan kerabat rajayangtelah
menyebabkanHasnol ditangkap BPR kerana kes rasuah.
8/2/2019 KOMSAS Renyah
16/26
Latar TempatPejabat Datuk Dolhi. Di sinilah berlakunya pelbagai peristiwa penting dalam novel
ini. Antaranya termasuklah Mukhlis yang datang untuk meminjam wang dan
peristiwa Datuk Dolhi mengumumkan Wahi sebagai penggantinya.
Rumah Datuk Dolhi. Di sini juga banyak berlakunya peristiwa penting dalam novel
ini. Antaranya termasuklah Datuk Dolhi mengisytiharkan bahawa Wahi adalah anak
kandungnya daripada isteri keduanya.
Sarawak. Di Sarawak, Ilham menghasut orang-orang Penan supaya membinabenteng manusia bagi menghalang kegiatan pembalakan.
Tokyo. Datuk Dolhi ke sana kerana ingin berehat dan melupakan masalah anak-
anaknya buat seketika.
Perkampungan jemaah Kampung Sungai Bakau. Di sini, Mukhlis tinggal
bersama dengan isterinya yang merupakan janda tuk guru yang mempunyai tiga
orang anak.
Kelab Mawar. Di sini, Amera telah berjumpa dengan YB Wahab buat pertama kali.
Teratai Inn. Di sini, Hasnol telah berjumpa dengan Tengku Munir yang
menjanjikan habuan rasuah kepada Hasnol dengan syarat Hasnol membantunya
memperoleh semua tender yang dimohonnya.
Latar MasaLatar masa bagi novel ini adalah pada zaman Tun Mahathir menjadi Perdana
Menteri dan Tun Ghaffar Baba menjadi Timbalan PerdanaMenteri.
Peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu siang dan malam.
Pada waktu pagi. Buktinya, Datuk Dolhi ada mesyuarat dengan Raj Hussein padapukul sepuluh.
Pada waktu petang. Buktinya, Datuk Dolhi ada ceramah di Institut Perdagangan
Kebangsaan.
Pada waktu tengah hari. Buktinya, Datuk Dothi pulang ke rumah untuk makan
tengah hari sebelum ke Institut Perdagangan Kebangsaan bagi menyampaikan
ceramah.
Pada waktu malam. Buktinya, Datuk Dolhi berlepas ke Tokyo pada pukul 10.45
malam dari Lapangan Terbang Subang.
LATAR
8/2/2019 KOMSAS Renyah
17/26
Latar MasyarakatMasyarakat yang merupakan golongan usahawan. Datuk Dolhi danAlbert Lee
merupakan usahawan yang berjaya dan memiliki Dolhi-Albert Holding. Malah,
Datuk Dolhi merupakan seorang jutawan.
Masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan. Datuk Dolhi banyak mempunyai
pengalaman dan ilmu pengetahuan disebabkan beliau rajin membaca buku.
Masyarakat yang boros dan tamak. Contohnya, Tengku Munir bersikap tamak
hingga sanggup memberikan tekanan kepada Hasnol bagi memperoleh semua tender
yang dimohonnya. Hasnol boros kerana menurutkan perangai isterinya yang gemar
berbelanja secara mewah.
Masyarakat majmuk. Kehidupan majmuk dalam negara yang terdiri daripada
bangsa Melayu yang diwakili oleh keluarga Datuk Dolhi,bangsa cina yang diwakili
oleh keluarga Albert Lee, dan bangsa Jepun yang diwakili oleh Yuka.
Masyarakat yang berani. Contohnya, Amera berani menegur Ilham dan Dani yang
tidak mahu bekerja dan tidak berdisiplin. Wahi juga berani berjumpa dengan bapa
Yuka untuk melamar Yuka.
8/2/2019 KOMSAS Renyah
18/26
Permulaan:-Datuk Dolhi resah apabila mengenangkan lima orang anaknya tidak berminat untuk melibatkan
diri dalam perniagaan bagi menggantikan tempatnya dalam syarikat Dolhi - Albert
Holding.Hasnol memegang jawatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik amat
mementingkan kedudukannya sebagai pegawai tinggi dan kuasa yang ada padanya.Amera amat
mencintai bidang perguruan.Ilham pula merupakan penyair, penulis dan aktivitis alam
sekitar.Mukhlis terlibat dengan sebuah pertubuhan dakwah Islamiah songsang dan tidak mahu
bekerja. Dani berminat dalam bidang muzik, menjadi penyanyi sebuah kumpulan muzik rock
dan akan merakam lagu.Datuk Dolhi dan Albert Lee menjalankan pelbagai jenis perniagaan
melalui syarikat Dolhi - Albert Holding.Anak Albert Lee iaitu Robert Lee turut terlibat dalam
perniagaan itu.Albert Lee ingin memperkukuh kedudukan keluarganya dalam DolhiAlbert
Holding dengan berhasrat untuk menjodohkan Robert Lee dengan Amera.Datuk Dolhi
mempunyai seorang anak lelaki bersama isteri keduanya yang telah meninggal dunia.Kesibukan
Datuk Dolhi sebagai usahawan.Dia memeriksa projek, menghadiri seminar, ke luar negara untuk
mencari rakan kongsi, mencari peluang perniagaan di luar negara dan memberikan ceramah
kepada usahawan muda.Gambaran kehidupan para datin. Datin Tominah dengan beberapa orang
datin yang lain mengadakan pertemuan untuk membincangkan penubuhan kelab baharu yang
berfungsi menjaga kepentingan datin dan memulakan perniagaan butik busana Islam.
Perkembangan:-
Cerita berkembang dengan beberapa peristiwa antaranya Datuk Dolhi keluar joging bersama
albert Lee yang memperlihatkan hubungan rapat mereka berdua sebagai partner-niaga.
Seterusnya Datuk Dolhi pulang sebaik selesai memberi ceramah dan seminar yang diadakan di
beberapa tempat dalam usaha berkongsi ilmu, menyuntik semangat demi hasratnya mahu
melihat lebih ramai bangsa Melayu yang terlibat dalam dunia korporat yang menjanjikan
pulangan lumayan dan kekayaan.Ilham mencadangkan Dani menerbitkan lagu yang mempunyaiilmu supaya dapat mengajak masyarakat berfikir.Hasnol menegaskan pendiriannya mahu terus
berkhidmat sebagai pegawai kerajaan.Mukhlis datang ke pejabat untuk meminjam wang
daripada ayahnya untuk berdakwah ke India.Datuk Dolhi tidak memberinya.Amera memberitah
yang dirinya terpilih sebagai Tokoh Pendidik Cemerlang Negeri dan berharap ayahnya hadir
dalam majlis penyampaian anugerah tersebut.
PLOT
8/2/2019 KOMSAS Renyah
19/26
Perumitan:-
Konflik terjadi apabila Datuk Dolhi beranggapan aktiviti anak-anaknya itu menyimpang dari
landasan sebenar, sia-sia serta tidak berfaedah.Kesemua mereka langsung tidak mahu terlibat
untuk membantu tenaga dalam perniagaan bapa mereka melainkan hanya tahu meminjam danmeminta wang sahaja kecuali Amera.Amera tertanya-tanya siapakah peminat misteri yang
mengiriminya kad dan jambangan bunga.Inem pembantu rumah Datuk Dolhi memaklumkan
mahu berhenti kerja secara tiba-tiba. Seminggu selepas itu, Datin Tominah menerima surat
daripada Inem memberitahu Ilham telah beberapa kali cuba menceroboh masuk ke biliknya.
Datuk Dolhi terkejut apabila diberitahu anaknya Mukhlis telah berkahwin secara senyap-senyap
dengan bekas isteri tuk gurunya.Anaknya itu kini dikatakan tinggal di Kampung Sungai Bakau,
tempat perkampungan jemaah dakwahnya.Datuk Dolhi menjadi bertambah bimbang apabila
diberitahu oleh Albert bahawa Ilham ada bersama-sama orang asli mahu membuat benteng
manusia bertujuan menghalang kerja-kerja pembalakan.Hasnol menemui Tengku Munir di
Teratai Inn.Tengku Munir mahu Hasnol mempengaruhi jabatan tender agar meluluskan
permohonannya untuk projek Jambatan Kota. Sebagai imbuhannya, Hasnol bakal diberi sagu
hati sebanyak RM300 ribu yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank luar Negara. Datuk
Dolhi mengistiharkan bahawa Wahi merupakan anak kandungnya daripada isteri
keduanya.Berita tersebut amat mengejutkan isteri dan anak-anak Datuk Dolhi sehingga Datin
Tominah bersifat dingin terhadap suaminya.
Klimaks:-
Datuk Dolhi diberitahu oleh Ustaz Wahab mengenai keadaan Mukhlis yang hidup
menderita.Mukhlis tidak siuman selepas menyerang tuk gurunya kerana marah isterinya lari
meninggalkannya dan kembali semula ke pangkuan bekas suaminya. Hasnol yang melarikan diri
ke London memberitahu ibunya melalui telefon, bertemu Ilham di sana. Ilham menjadi buruan
polis akibat aktivis yang dilakukannya.Dani pula tiba-tiba gagal membuat persembahan
sulungnya kerana ketagih.Dia ditangkap polis ketika sedang berurusan mendapatkan dadah.
Mukhlis hampir gila, Ilham menjadi buruan pihak berkuasa, manakala Hasnol dan Dani bakaldibicarakan di mahkamah.
8/2/2019 KOMSAS Renyah
20/26
Peleraian:-
Hasnol dibebaskan dengan jaminan dan diarah bercuti sehingga siasatan selesai.Datuk Dolhi
terpaksa menjamin Dani dan bercadang untuk memasukkannya ke pusat serenti.Mukhlis yang
kemalangan ketika merayau-rayau dimasukkan ke hospital dan dilaporkan semakin
sembuh.Datuk Dolhi bercadang untuk memasukkan Mukhlis ke pusat rawatan mental.Wahi
pulang berkursus dari Jepun bersama isterinya, Yuka.Kepulangan mereka disambut mesra oleh
semua ahli keluarga Datuk Dolhi termasuk Datin Tominah. Pengumuman Datuk Dolhi bahawa
Wahi akan menggantikannya sebagai Pengarah Urusan, disambut rasa syukur oleh semua ahli
syarikat, kecuali Albert Lee dan Robert Lee yang bertindak keluar dari syarikat. Hubungan
Datuk Dolhi dengan Albert Lee mulai retak.Datuk Dolhi menarik nafas lega kerana masalah-
masalah yang dihadapi beransur pulih, beliau bercadang untuk berehat dan ke Tanah Suci,
Mekah bersama isteri.
8/2/2019 KOMSAS Renyah
21/26
1. Teknik Dialog
a. Dialog ialah pertuturan antara watak yangterpapar dalam cerita.
b. Contoh: Siapa yang akan menyambung perniagaan abang, Tom? Datuk Dolhi
mengeluh.(Hal.2)
2. Teknik Imbas kembali
a. Imbas kembali ialah ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang
telah berlaku atau yang telah dialaminya.
b. Contoh: Datuk Dolhi teringat kembali ketika Hasnol lahir dia masih menjadi
pegawai kerajaan bertugas sebagai Pengarah Jabatan. Ketika itu dia berdoa agar
suatu hari Hasnol akan menjadi pegawai tadbir dan diplomatik.(Hal.3)
3. Teknik Pemerian
a. Pemerian ialah penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau keterangan tentang
sesuatu watak secara langsung oleh pengarang.
b. Contoh: Pengarang memerihalkan suasana meriah di rumah Datuk Dolhi setelah
kepulangan Wahi an isterinya, Yuka dari Jepun. (Hal. 210)
4. Teknik Monolog
a. Monolog ialah tutr atau pengucapan sesuatu watak, sama ada ditujukan kepada
dirinya sendiri atau kepada orang lain.
b. Contoh: Datuk Dolhi bagaikan ingin menulis surat yang panjang lebar kepada
anak-anaknya untuk berpesan supaya mereka meninggalkan kerja mereka yang
tiada jaminan masa depan kepada dunia perniagaan yang lebih cemerlang.
(Hal.107)
5. Teknik Suspens
a. Suspens bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-
tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang
akan berlaku.
b. Contoh: Amera mendapat jambangan bunga daripada peminat misterinya. Dia
tertanya-tanya siapakah sebenarnya pengirim bunga itu. (Hal. 91 & 92)
6. Teknik Kejutan
a. Kejutan bermaksud perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-
tuba tanpa diduga.
b. Contoh: Keputusan Albert Lee keluar daripada rakan kongsi Syarikat Dolhi
Albert Holding bersama Robert sebaik saja Datuk Dolhi mengumumkan
pelantikan Wahi sebagai Pengarah Urusan menggantikan beliau.(Hal. 213)
TEKNIK PENCERITAAN
8/2/2019 KOMSAS Renyah
22/26
7. Teknik Imbas Muka:
a. Imbas muka ialah baying-bayang peristiwa yang bakal berlaku kepada pembaca.
b. Contoh: Datuk Dolhi percaya Wahi diramalkan mampu menjadi pengurus yang
baik beberapa tahun yang akan datang.(Hal. 27)
8. Teknik Konflik
a. Konflik bermaksud pertentangan pendapat, idea, sikap, fikiran dan emosi sama
ada sesama watak, dalam diri watak atau persekitarannya.
b. Contoh: Datuk Dolhi beranggapan aktiviti anak-anaknya itu menyinggung dari
landasan sebenar, sia-sia serta tidak berfaedah. Kesemua mereka langsung tidak
mahu terlibat untuk membantu tenaga dalam perniagaan bapa mereka melainkan
hanya tahu meminjam dan meminta wang sahaja kecuali Amera.(Hal.2)
8/2/2019 KOMSAS Renyah
23/26
1) DIKSI
a. perniagaan
b. jutawan
c. pengarah Urusan
d. projek Pembinaan
e. tender
f. datin
2) BAHASA JEPUN
a. konbanwa
b. genki desu
c. dozod. ohayo gozaimasu
e. hajimemashite
f. wakaretemo sukina hito
3) BAHASA INGGERIS
a. entrepreneur
b. complain
c. top
d. rocker
e. sporting
f. confirm
g. sponsor
h. rock of the year
i. hard rock
j. heavy metal
4) BAHASA ARAB
a. ana
b. anta
c. assalamualaikum
d. astagfirullah
e. insya-Allah
f. masya-Allah
g. rahmatullah
GAYA BAHASA
8/2/2019 KOMSAS Renyah
24/26
5) PERIBAHASA
a. Jual mahal
b. Panas darah
c. Hangat-hangat tahi ayam
d. Lembut gigi daripada lidah
e. Menatang bagai minyak yang penuhf. Kalau guru kencing berdiri, anak-anak murid kencing berlari,
g. Langit mana yang sentiasa cerah, bumi mana yang tidak ditimpa hujan.
6) SIMILE
a. Simile atau perbandingan ialah gaya bahasa yang membandingkan sesuatu
dengan sesuatu yang lain.
b. Contoh:
i. macam gasing (hal. 15)
ii. seperti mata air (hal. 20)iii. seperti sagu pecah (hal. 39)
iv. sacam nangka masak (hal.43)
v. seperti lilin yang membakar diri (hal. 89)
7) METAFORA
a. Metafora merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa
menggunakan perkataan seperti, bagai, bak, laksana, umpama, macam, dan
sebagainya.
b. Contoh:
i. tugu-tugu kenangan (hal. 26)
ii. benih keusahawanan (hal. 38)
iii. sawah menewahan (hal. 79)
8) PERSONAFIKASI
a. Personafikasi ialah pemberian sifat manusia kepada benda-benda mati seperti
objek dan sebagainya.
b. Contoh:
i. Tasik dan pohon-pohon menjadi saksi (hal. 24)
ii. segala masalah yang mengacau benak (hal. 113)iii. tulang tuanya terasa digigit cuaca sejuk (hal. 127)
iv. Mata Datuk Dolhi menikam tampang (hal. 174)
v. Lopak-lopak menyambut kedatangan (hal. 184)
9) SINKOPE
a. Sinkope bermaksud penyingkatan kata.
b. Contoh: ni, tu, bang, mak, pak, dah, mau, tak, tapi, nak, kau, dank u.
10)HIPERBOLA
a. Contoh: menjamu mata dengan kehijauan bukit bukau yang saujana mata
memandang.(Hal.19)
8/2/2019 KOMSAS Renyah
25/26
Kasih sayang.
Datuk Dolhi dan Datin Tominah sayang akan anak-anaknya. Oleh sebab itulah,mereka berusaha menyelamatkan anak-anak mereka yang bermasalah dengan
pelbagai cara.
Kesabaran.Datuk Dolhi begitu sabar menghadapi kerenah anak-anaknya yang tidak mahu
meneruskan usahanya dalam perniagaan.
Tanggungjawab.Datuk Dolhi menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan memberikan
pendidikan kepada anak-anaknya, termasuk Wahi yang dijaga oleh neneknya.
Patriotik.Datuk Dolhi menggunakan Limosin Saga untuk ke majlis-majlis rasmi.
Berani.Amera berani menegur Ilham yang tidak bekerja dan hanya mundar-mandir.
Rajin.Datuk Dolhi rajin membaca buku-buku ilmiah untuk menambah pengetahuannya.
Berdikari.Wahi pandai berdikari dan bijak walaupun tidak dibesarkan oleh ibu bapanya
sejak kecil.
Menghormati.Wahi menghormati Datuk Dolhi sebagai ketua dan patuh kepada semua arahan
Datuk Dolhi
Kegigihan.Amera seorang yang gigih menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru
sehingga dia terpilih sebagai guru cemerlang seluruh negeri.
NILAI-NILAI
8/2/2019 KOMSAS Renyah
26/26
Ibu bapa dan anak-anak hendaklah saling sayang-menyayangi antara satu
dengan yang lain.
Datuk Dolhi dan anak-anaknya yang saling sayang-menyayangi walaupun mereka sering
menimbulkan masalah kepada bapa mereka itu.
Kita mestilah bersabar dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan. Datuk Dolhi sabra menerima berita bahawa Dani telah ditangkap polis kerana memiliki
dadah. Beliau tidak memarahi Dani sebaliknya menjamin Dani dan berusaha
memasukkan Dani ke pusat pemulihan.
Kita hendaklah mengutamakan barangan buatan tempatan bagi
menyokong ekonomi negara.
Datuk Dolhi menggunakan Limosin Saga untuk ke majlis-majlis rasmi.
Kita hendaklah rajin membaca dan menuntut ilmu untuk memajukan diri
dan negara.
Datuk Dolhi dan Wahi rajin membaca buku-buku ilmiah untuk menambahkan
pengetahuan mereka dalam bidang perniagaan.
Janganlah mudah terpengaruh apabila ditawarkan kemewahan melalui
jalan yang salah.
Hasnol mudah terpengaruh apabila diberikan rasuah oleh Tengku Munir sebagai imbuhan
untuk meluluskan tendernya.
Kita janganlah memburuk-burukkan nama baik negara. Ilham menjadi buruan pihak berkuasa negara Malaysia kerana dia memburuk-burukkan
negara berkaitan isu pembalakan dan pelestarian alam sekitar.
Kita haruslah mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial. Hasnol dan Dani ditahan polis kerana terlibat dalam menerima rasuah serta
penyalahgunaan dadah. Perbuatan mereka telah menyusahkan keluarga serta menjejaskan
reputasi Datuk Dolhi dan syarikatnya.
PENGAJARAN