Upload
byla-casey
View
296
Download
4
Embed Size (px)
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
1/45
CERPEN : ANNYSS SOPHILLEA
Soalan 2(b) - Set 1
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya
dengan menggunakan perkataan anda sendiri.
PERSINGGAHANNYA ke Bumi banyak melukiskan detik-detik indah bersama. Siapasangka seorang gadis lemah lembut ini sanggup meredah alam yang jauh lagi asingdemi yang dikasihi. Ternyata lemahnya bukan bererti kalah dan lembut tidak bermaknamenyerah.
Sesuai dengan namanya persinggahan, Annyss hanya hinggap sebentar diBumi,kalau-kalau ada orang yang dicarinya di sini. Saatnya telah tiba kini. Persinggahan pastimenuntut perpisahan yang seterusnya mengemis air mata. Bagai mutiara terputus darirangkaian, gerimis sendu mula rebas.
Akmal sedar betapa kasihnya Annyss pada Eyrique. Seribu lautan sanggup
direnangi, sejuta bintang sanggup dilewati.Apabila kau sudah kembali ke Alstonia, katanya, adakah kau akan kembali
semula?Jika ditakdirkan.Kalau sudah muktamad keputusanmu, Annyss, apa lagi yang boleh
kuperkatakan, Akmal mengeluh. Sesungguhnya Annyss umpama akar tunjang, lemahdan liat, desis hati kecilnya, dilentur mahu tetapi dipatah tidak dapat.
Hakikat bahawa Annyss seorang perantau dunia luar sudah lama sebati denganakalnya. Kalau dahulu, pertama kali Annyss menyatakan tentang kebenaran itu, hampirsasau dia memikirkannya. Siapa yang akan percaya jika Akmal mencanangkan bahawadia mempunyai seorang teman baru daripada dimensi Alstonia? Sejagat raya akanberdekah-dekah mentertawakannya. Tetapi kini dia sedar,dia adalah insan yang
istimewa yang diberi kesempatan waktu untuk berkenalan dengan Annyss.
(Dipetik daripada cerpen Annyss Sophillea,antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Nyatakan sifat Annyss seperti yang dikenali oleh Akmal dalam petikan diatas?
[3 markah]
(ii) Apakah tindakan anda sekiranya anda bertemu dengan manusia yangberasal dari planet lain?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan dua persoalan lainyang terdapat dalam cerpen.
[3 markah]
1
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
2/45
Soalan 2(b) - Set 2
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnyadengan menggunakan perkataan anda sendiri.
Bagaimana dengan Eyrique? Sudah ditemui? Pertanyaan Strenn berbau sinis.Lupakan dia Annyss, kalau kau menjadi isteriku, sekaligus kau adalah PermaisuriAlstonia. Tapi Eyrique naik takhta, kau tidak akan dapat apa-apa. Strenn telahmerasakan kemenangannya. Untuk pengetahuan kau, aku sudah pun berjumpadengan Eyrique. Annyss cukup nekad dengan jawapannya. Esok akan kubawa dia keistana. Bersedialah! Dengan hemburan kata-kata itu, Annyss meninggalkan Strennyang amat terkejut. Air mukanya jelas berubah tatkala Annyss menekan perkataansudah.
Annyss sendiri agak tergamam dengan tindakannya. Entah mengapa lancarbenar lidahnya mendustai Strenn. Dalam diam dia memasang tekad. Eyrique harus
muncul esok walau apa sekalipun halangannya.Annyss menghempaskan diri di atas katil peraduannya. Kekecohan ini timbul
semenjak Maharaja Alstonia yang ke-73 mangkat, Eyrique sebagai pewaris tunggalbelum mencapai usia kedewasaannya. Oleh itu, adinda baginda dilantik sebagaipemangku. Namun setelah masanya tiba, kehilangan Eyrique yang mendadak menjadisatu misteri. Ada yang berkata, dia merajuk kerana ayahanda saudaranya engganmenyerahkan takhta kepadanya. Kemangkatan bonda Annyss pula menambahkankekeruhan suasana.
Tetapi Annyss amat mengenali perilaku Eyrique. Sejak kecil lagi, Eyriquelahmusuh dan Eyrique juga teman sepermainan. Annyss tahu, merajuk bukanlah sifatEyrique.
(Dipetik daripada cerpen Annyss Sophillea,antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan
Pustaka)
(i) Mengapakah berlaku pertelingkahan antara Strenn dengan Annyss?[3 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri pemimpin yang baik?[3 markah]
(iii) Huraikan satu perwatakan Annyss Sophillea yang terdapat dalam petikan dandua lagi perwatakannya dalam cerpen.
[3 markah]
2
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
3/45
CERPEN : LAMBAIAN MALAR HIJAU
Soalan 2(b) Set 1
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Demi malar hijau yang kamu cintai, kamu perlu belajar. Hutan ini memerlukankamu.
Apa maksud cikgu?Tidakkah kamu tahu bahawa di seluruh dunia, hutan diancam aktiviti
pembalakan. Sindiket yang gila akan duit menceroboh dan membunuh fauna dan flora dikawasan hutan simpan. Bukan sahaja di Malaysia, malah hutan malar hijau diLembangan Amazon juga terancam.
Pohon-pohon tembusu padang, meranti seraya, dan meranti tembaga dikawasan simpan, 20km dari sini sudah tiada lagi cikgu, kata Daneng terputus-putus.
Suaranya ditenggelami kekecewaan yang pedih. Apakah yang dapat saya lakukan.Apabila tiba di sana, mereka sudah tiada, pokok-pokok ini juga sudah tiada.
Sebab itulah kamu harus belajar, Daneng. Mungkin kamu dapat menjadipegawai perhutanan negara, dan melaksanakan satu rancangan yang lebih agresifuntuk membanteras kelompok musuh ini, atau kamu dapat menjadi saintis, menciptasesuatu yang dapat menggantikan tempat kayu. Barulah hutan akan terselamat. Masadepan pohon tualang pujaanmu juga akan terjamin, hujah Jo.
Daneng merenung wajah Jo, Wajahitu diselubung awan kerisauan. Perasaantakut, bingung dan sedih bercampur baur, berombak kencang dalam dadanya. Terasamahu sahaja dia berlari meninggalkan guru kesayangannya itu.
(Dipetik daripada cerpen Lambaian Malar Hijau,antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah kata-kata semangat yang diluahkan oleh Cikgu Jo agar Danengmeneruskan persekolahannya?
[3markah]
(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk mengekalkan hutan?[3 markah]
(iii) Huraikan satu pengajaran daripada petikan dan dua pengajaran daripadakeseluruhan cerpen.
[3markah]
3
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
4/45
Soalan 2(b) Set 2
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya
dengan menggunakan perkataan anda sendiri.
Daneng memperbaiki kailnya sambil melihat ke dalam tin yang berisi dua ekorikan haruan perang yang besar. Anak matanya yang keperangan memancar dalamgenangan air mata.
Daneng, cikgu meminta maaf jika menyinggung perasaanmu. Cikgu perluberterus terang. Daneng perlu meneruskan pelajaran sampai SPM, sampai menaragading. Kau bijak, Daneng. Gunakanlah kebijaksanaanmu itu, mungkin untuk membantukaummu. Setakat ini, Cuma ada lebih 50 atau 60 orang sahaja, mahasiswa kaummu diuniversiti.
Daneng merenung jauh ke tengah danau biru.
Cikgu kasihan melihat cara hidup masyarakatmu.Cikgu menganggap kami miskin, bukan? Bukan sahaja cikgu, ramai orang luar
yang simpati akan kami. Tetapi konsep miskin itu tidak ada dalam kamus kami. Seluruhhutan dan belantara ini, danau dan tanah ini, milik kami bersama, milik kami sejakberzaman. Hutan ini tidak membenarkan sebarang kekurangan kepada kami. Danengbersuara dengan agak serius.
Kekaguman mengisi benak Jo sekali lagi melihat kepetahan anak muridnya ituberpidato. Tidak dapat disangkal lagi bahawa Daneng memang bijak dan mempunyaimasa depan yang cerah jika diberi peluang. Keinginan untuk meneruskan niatnya terusmembara.
(Dipetik daripada cerpen Lambaian Malar Hijau,antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah alasan Cikgu Jo untuk memujuk Daneng meneruskan persekolahan?[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untukmenangani masalah penebangan hutan yang berleluasa akhir-akhir ini?
[3
markah]
(iii) Nyatakan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan dan tiga lagi nilai murniyang terdapat dalam keseluruhan cerpen.
[4 markah]
4
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
5/45
CERPEN : VIRUS ZEL UNTUK ABAH
Soalan 2(b) Set 1
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnyadengan menggunakan perkataan anda sendiri.
Abah, Zel dah hampir 20 tahun. Anak abah ni dah dewasa. Jangan abah lupa,Zel sebahagian daripada abah dan mama.
Akhirnya kuperoleh juga kesempatan yang telah kuintai hampir sekian lama
untuk meluahkannya. Meluahkan segalanya kepada abah. Rupanya aku masih gagahuntuk mencapai kesempatan ini buat mencungkil resah kalut abah selama ini, lebih-lebihlagi tentang mama. Sesungguhnya sejak dulu lagi lubuk hatiku terbeban dengansaratnya timbunan persoalan tentang mama-abah. Malah kurang lebih lewat sepuluhtahun lalu aku mula mencipta, mencanai, mentafsir tentang mereka. Apalagi dengankeresahan dan nanarnya aku memastikan jawapan terbaik untuk kawan-kawan sekolahyang kerap menujah aku dengan deretan soalan yang menyentuh, menggigit danmenghiris, malah harus sahaja menyeksa perasaan anak gadis seperti aku yang tidakmengerti apa-apa ketika itu. Apa yang abah cuba cipta sebagai penyelesaian ialah:
Memang itu kenyataannya. Zel perlu berterus-terang kepada kawan-kawan Zelyang antara mama dan abah memang dah tiada jodoh. Zel tidak perlu berdalih,mencipta sesuatu lain yang tak benar. Abah tak pernah mengajar Zel untuk berbohong.
Ah, abah tidak pernah hendak mengetahui , apalagi memahami tentang itusemua sejak sepuluh tahun lalu hinggalah detik ini!
(Dipetik daripada cerpen Virus Zel Untuk Abah,antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah perkara yang berlaku antara mama dan abah Zel?[2 markah]
(ii) Sekiranya anda sahabat baik Zel, bagaimanakah anda dapat membantuZel untuk menangani masalahnya?
[3 markah]
(iii) Jelaskan dua konflik yang dialami oleh Zel dalam petikan tersebut dandua konflik lain yang dialaminya dalam cerpen ini.
[4 markah]
5
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
6/45
Soalan 2(b) Set 2
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnyadengan menggunakan perkataan anda sendiri.
Mama kau tu advanced. Patutlah abah kau rasa inferior. Pernah Win berbisikbegitu apabila kami terserempak dengan ma di ruang legar pusat membeli-belah dibandar. Ketika itu ma sedang sibuk mengadakan pameran komputer Powerbookterbarunya.
Apakah maksud kau? Aku menarik lengan Win, mengajaknya keluar dari ruanglegar menerusi pintu automatik.
Yalah, lelaki mana yang tak rasa tercabar apabila lihat wanita berjaya begitu,lebih-lebih lagi wanita itu isterinya. SorryZel, aku tak bermaksud untuk merendahkanabah kau. Tapi aku fikir reputasi abah kau sebagai guru sekolah rendah tercabar apabilamelihat mama kau jauh lebih berjaya. Huh, wanita sukses dalam bidang komputer danperniagaan. Wow, thats great enough for a woman like your mum!
Kembang kuncup dadaku apabila mendengar kata-kata Win, teman baik sejakkecil. Tetapi sebentar itu aku hampir terduduk apabila memikirkan sesuatu yang jahat,sesuatu yang tidak wajar, sesuatu yang menyimpang jauh daripada pemikiran luhur. Ya,adakah mama career woman yang sengaja mahu mengeksploitasi keintelektualannya,kebijaksanaannya, kecerdasannya, kebolehannya, kelebihannya agar abah rasainferior?
(Dipetik daripada cerpen Virus Zel Untuk Abah,antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Mengapakah Win berpendapat reputasi abah Zel tercabar oleh mamanya?[3 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang patut dilakukan oleh abah untukmenyahut cabaran itu?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan dua nilailain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen ini.
[3 markah]
6
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
7/45
DRAMA : SERUNAI MALAM
Soalan 2(b) Set 1
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutdengan menggunakan ayat anda sendiri.
IBU : Apa salahnya, biarlah kalau dia suka.
SAFIAH : Mak tak tahu hal! Ayah pun tak setuju kalau Umar jadi guru.IBU : Habis?
SAFIAH : Piah mahu dia masuk MCS, jadi ADO.
IBU : Ya, besar pangkatnya tu! Kenapa dia tak mahu! ( Tersentak mendengar
bunyi teksi di luar) Eh, itu bunyi kereta, agaknya ayah Umar sampai!
(Bangkit melihat di jendela ) Ya, dia datang? ( Menoleh melihat Piah,gugup ) Eh, Piah, kau berseluar begini, apa kata orang tua tu nanti!
SAFIAH : Ah, apa salahnya pakaijeans?IBU : Ya, tapi itu bakal ayah mentua kau..
MAJID : (Dari luar) Assalamualaikum!
(Ibu Safiah sedikit kelam-kabut, buru-buru ke pintu )IBU : Ya!...Ah, waalaikumussalam! Eh, Bang Majid, masukla! Eh, mana
Kak Minah?
MAJID : ( Masuk) Dia berkirim salam sahaja, tak dapat datang. Ada anakbuahnya potong jambul, jadi kenalah menolong-nolong.
( Dipetik daripada Drama SerunaiMalam karya Usman Awang, dalamAntologi Anak Laut, DBP, 2000,
halaman 130dan 131 )
(i) Berdasarkan petikan drama di atas, nyatakan satu perwatakan ibu Safiah
beserta contoh yang sesuai.
( 2 markah )
(ii) Pada pendapat anda, wajarkah Safiah mengikut teguran ibunya dengan
menukar jeans yang dipakainya dengan pakaian lain?
Berikan alasan anda.( 4 markah )
(iii) Berikan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan dua nilai lain yang bolehdidapati dalam keseluruhan drama tersebut.
( 3 markah )
7
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
8/45
2(b) Set 2
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan berikutnya denganmenggunakan perkataan anda sendiri.
SAFIAH : Ha itulah susahnya kalau fikiranyou asyik ke guru sahaja! Nak jadi guru,sampai you tak mahu tempat lain. Father Ibilang kalau masukForeign
Service ada can ke luar negeri. (memandang Umar, sedikit keanank-anakan) You tak suka ke luar negeri?
UMAR : Ini bukan soal suka tak suka ke luar negeri, Piah. Kalau jadi guru punbukan tak mungkin Ike luar negeri.
SAFIAH : Ke luar negeri sebulan dua melawat-lawat sahaja, buat apa?
UMAR : Habis maksudyou?SAFIAH : I mahu duduk di luar negeri, bekerja di luar negeri. (Memandang ke
kejauhan, matanya penuh impian, bangga dan bergaya) Di Paris, di
London, diUMAR : (Sinis) Di United States, di Hollywood
SAFIAH : ( Terhenti, menjeling masam pada Umar, terdiam seketika tapibersemangat semula) Kalau you bercita-cita hanya nak jadi guru, tak
payah masuk universiti punyou boleh jadi guru. Apa susahnya? Tengok, berapa banyak orang yang boleh jadi guru, tak payah pandai cakap
Inggeris pun boleh jadi guru.
UMAR : (Sedikit kesal) You terlalu memikirkan diri sendiri. Isuka jadi guru dankita pun memang kekurangan guru.
SAFIAH : (Tak sabar) You nasionalis sangat..
UMAR : (Memandang penuh pada Safiah) Ya, nasionalis tak nasional, cuba you
tengok. Tiap tahun beribu-ribu murid masuk sekolah, tapi berapa orang
guru yang bertambah? Berapa orang mahasiswa-mahasiswa yang mahu
jadi guru?
( Dipetik daripada Drama Serunai Malam karya
Usman Awang, dalamAntologi Anak Laut, DBP,
2000,halaman 128 dan 129)
(i) Mengapakah Safiah ingin tunangnya memilih kerjaya sebagai pegawai di luar
negeri? ( 2 markah)
(ii) Pada pandangan anda, apakah sikap yang patut Safiah tunjukkan terhadapUmar?
( 4 markah)
8
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
9/45
(iii) Berikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan duapengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan drama.
(3 markah)
DRAMA : JANGAN BUNUH RAMA-RAMA
2(b) Set 1
Baca petikan drama di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Masuk rombongan Permaisuri sambil menyanyi dan menari-rancak . Pelakon-
pelakon lain turut menyanyi sama,riuh Badut menjadi Raja.
ROMBONGAN PERMAISURI:
Cantik tuanku berseri-seri
Bagai jelma si bidadari
Tak setara seluruh negeriPuji puja dagang santeri
Bila dengar suara bermadahLemak lunak begitu indah
Berhenti burung telinga ditadah
Teringat-ingat dendam tak sudah
PERMAISURI: Kakanda, carilah rama-rama yang cantik-cantik supaya adindatambah berseri dan indah ; lebih daripada perempuan-perempuan lain.BADUT ( RAJA ) : Janganlah adinda gundah gulana. Kakanda telah pun memerintah
beberapa orang panglima untuk pergi menangkap rama-rama yang adinda idamkan
itu.
PERMAISURI: Adinda tak hendak rama-rama itu . Adinda mahu rama-rama yangKakanda sendiri tangkap, sebab kakanda lebih arif dalam hal ini.
BADUT ( RAJA ) : Jika begitu idaman adinda, menjelang subuh berangkatlah kakanda.
(Antologi Kerusi)
(i) Apakah tujuan Permaisuri meminta raja mencarikannya rama-rama?
(2 markah)
(ii) Katakanlah raja menolak permintaan Permaisuri itu, apakah yang mungkin akanberlaku?
(3 markah)
9
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
10/45
(iii) Nyatakan dua perwatakan Permaisuri yang terdapat dalam petikan tersebut dan dualagi perwatakan Permaisuri berdasarkan drama ini.
(4 markah)
2(b) Set 2
Baca petikan drama di bawah dengan teliti dan kemudian jawabsoalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
WAKKELETUNG
: Bidan Tuk Mah pun merantaulah bersamarombongan ini,mengembara ke seluruh pelosoknegara.Hidup bukanlah senang tapi hidup bergunadan membawa erti.Tuk Mah lebih aman.
BIDAN TUKMAH
: Pada suatu malam kami bermain di sebuahkampung.orang-orang yang datang menonton ialahoang buta.Rupa-rupanya,sekalian penduduk
kampung ini ialah orang buta belaka.Peran begituterharu dengan apa yang dilihatnyaWAKKELETUNG
: Dan Peran terus bertapak di kampung itu supayadapat menolong orang-orang buta ni.Dia berusahamenolong di mana yang boleh.Dan pada suatumalam,ribut sebegitu menggila di kampungitu.Hujan,ribut,dahsyat.Ada rumah yang runtuh,pohon tumbang,air membanjir dan satu perkarayang sungguh aneh pun berlaku.
BIDAN TUKMAH
: Semua penduduk yang buta di kampung itu tiba-tiba boleh lihat.Dan dalam ribut yang dahsyat ini
Peran pun hilang.Berhari-hari orang-orangkampung yang sekarang boleh lihat,mencariPeran;hingga melangkah sungai-sungai.Tak jumpa- jumpa.Ke mana agaknya Peran?Tiga hari tigamalam Tuk Mah tak sedar.Dalam masa ini,Tuk Mahseakan-akan bermimpi,dinasihati jangan bimbangtentangPeran.Dia tak apa-apa.Dan selepas tiga hari tigamalam ini,Tuk Mah pun boleh jadi bidan dan bolehbuat ubat orang sakit.Di mana dijemput,Tuk Mahpergilah.Tuk Mah jadi begini adalah kerana
Peran.Alhamdulillah.
(i) Apakah peristiwa yang berlaku di kampung tersebut?[3 markah]
(ii) Sekiranya anda berada di kampung itu,apakah perasaan anda?
10
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
11/45
[3markah]
(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam petikan drama di atasdan satu nilai lagi daripada keseluruhan drama tersebut.
[3 markah]
PROSA TRADISIONAL : SABOR
2(c) Set 1
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka Jibor pun segera pergi pada suatu tempat sunyi. Maka disuruhnya panggil empat
orang sipahi seraya diberinya seratus dinar pada seorang, katanya, Apabila waktu
Maghrib sekarang, segala orang pergi sembahyang ke dalam masjid, tatkala itu barangsiapa memakai kopiah kaulihat buatan Rom, maka kamu penggal lehernya, tatkala ia
pergi sembahyang, orang bertandakan kopiah itu.
Maka kata sipahi, Baiklah, tuan hamba, serta dengan takzimnya.
Setelah sudah ia bersetia itu, maka Jibor pun kembalilah ke rumahnya lalu ia tidur.Maka hari pun malamlah. Maka Jibor pun terkejut daripada tidurnya lalu ia keluar
mengambil air sembahyang. Setelah sudah lalu ia masuk masjid.
Bahawa pada ketika itu Sabor itu pun ada hadir di dalam masjid memakai kopiah yangdiberi Jibor itu. Maka dirasanya oleh Sabor itu kepalanya pening. Maka kopiah di atas
kepalanya itu ditanggalkannya. Maka diletakkannya di atas mihrab. Maka ia memakai
saputangan bertelepuk intan baiduri. Setelah itu, maka bilal pun banglah. Maka dengan
takdir Allah taala menggerakkan hati jauhari itu, maka dilihatnya kopiah itu di atasmihrab itu. Maka oleh jauhari diambilnya lalu dipakainya kopiah itu, daripada sangat ia
ingin akan kopiah itu. Lalu kamat lalu takbiratulihram.Maka segala makmum pun takbirlah. Baharulah imam membaca fatihah, maka sipahi
yang keempat itu pun datanglah lalu diparangnya leher jauhari itu putus terpelanting pada
kaki Jibor itu. Maka Jibor pun terkejut lalu ia melompat. Maka segala orang yang
sembahyang itu pun habis pecahlah lari.(Dipetik daripada
Sabor
Dalam antologiKerusi,Dewan Bahasa & Pustaka)
i) Nyatakan maksud bersetia seperti yang digunakan dalam petikan di atas.(2 markah)
ii) Bagaimanakah Sabor terselamat daripada menjadi mangsa pembunuhan sipahi itu?
(3 markah)
iii) Pada pendapat anda, mengapakah sesuatu pembunuhan kejam sentiasa mendapat
11
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
12/45
perhatian masyarakat?
(3 markah)
2(c) Set 2
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunaka ayat anda sendiri.
Maka ia berkata serta marahnya, Hai Saidah, engkau ini gatal rela sangat, perempuan
celaka yang kena lanatullah, maka demikian pekertinya bahawa aku ini sekali-kali tiada
mahu derhaka pada saudaraku, maka engkau suruh menurut katamu yang jahat itu.
Engkau orang yang tiada takut akan Allah taala dan tiada malu akan Rasulullah, lagipunsuamimu itu saudaraku, engkau pun saudaralah kepada aku dari dunia sampai akhirat.
Setelah Siti Saidah mendengar kata Sabor, beberapa dipujuk dengan cumbu yang
lemah lembut memberi berahi dikatakan oleh Saidah, tiada juga ia mahu menurut
perkataan Saidah, maka ia pun terlalu marah akan Sabor, katanya, Jika tiada engkau
menurut kataku hingga kuceraikan nyawamu daripada badanmu itu, maka puas rasa
hartiku.Maka akan Sabor itu semata-mata menyerahkan dirinya kepada Allah subhanahu
wataala Tuhan sarwa alam sekalian. Kata Sabor, Jika sungguh seperti katamua itu,
sudahlah hokum Allah taala diatasku ini, syukurlah aku kepada Allah subhanahuwataala.
Setelah Siti Saidah mendengar kata Sabor demikian, maka makin bertambah-tambah
marahnya lalu ia kembali kepada tempatnya, seraya tidur di sisi suaminya. Adapun akanSabor itu, telah sudah dilihatnya Saidah sudah kembali, maka ia pun mengucap,
Alhamdulillah! Syukurlah aku kepada Allah subhanahu wataala.
(Dipetik daripadaSabor
dalam antologiKerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
i) Berikan maksud rangkai kata dipujuk dengan cumbu yang lemah lembut.
(2 markah)
ii) Mengapakah Sabor tidak mahu menurut keinginan Siti Saidah?
(3 markah)
iii) Pada pendapat anda, apakah sifat-sifat negatif yang ada pada Siti Saidah yang tidak
patut dicontohi oleh seseorang yang bergelar isteri?
(3 markah)
12
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
13/45
PROSA TRADISIONAL : KEPAHLAWANAN TUN BERAIM BAPA
2(c) Set 1
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka dilihat oleh Tun Beraim Bapa sultan keluar itu, maka Tun Beraim Bapa pun
berdiri dengan khidmatnya di hadapan sultan itu lalu ia sujud. Maka sultan pun bersabda
kepada Bermamat P.nti. dan Maidana P.nti. Katakanlah kepada anakku Si Beraim Bapa,aku menyuruhkan ia menaiki kuda itu di hadapan jamu helat asing, tandilnya lasykar
pendekar Keling itu, suruh pacu kudanya itu ke Tukas. Maka Bermamat P.nti. danMaidana P.nti. pun menjunjungkan sabda yang maha mulia itu kepada Tun Beraim Bapa.
Ya tuanku Tun Beraim Bapa, sabda paduka ayahanda naiklah tuanku ke atas kuda itu di
hadapan jamu helat asing laskyar pendekar Keling itu.
Maka Tun Beraim Bapa pun menyembah sultan, lalu baginda naik ke atas kudanya.Maka dipacunya lalu ditarikkannya di medan. Maka ia pun berkhidmat kepada sultan,
tatkala akan naik kuda itu, maka dipacunya pula. Maka (kuda) itu pun bangkit lalu ke
udara. Maka dipacunya pula lalu dihalakannya pula ke Tukas. Maka dengan seketika itu juga lenyaplah daripada mata sultan. Maka sultan pun berbiji sabak, katanya, Wah,
anakku lenyaplah ia! Di mana kutaha engkau kucari, kataku tiada diturutnya, kerana kuda
itu gila tiada pernah dikenderai orang. Maka Tun Beraim Bapa pun tiba-tiba dengansesaat itu juga raiba ia dihadapan sultan itu serta bermain-mainkan kudanya, seperti
merak menggigal lakunya. Maka sultan pun haibat melihat dia seperti gajah meta
lakunya.(Dipetik daripada
Kepahlawanan Tun Beraim Bapa
Dalam antologiKerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
i) Siapakah yang diperintah oleh sultan untuk menyampaikan pesanannya kepada Tun
Beraim Bapa?
(2 markah)
ii) Nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan Tun Beraim Bapa ialah seorang yang
menghormati ayahandanya.
(3 markah)
13
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
14/45
iii) Pada pendapat anda, wajarkah Tun Beraim Bapa menunjukkan ketangkasannya
menunggang kuda semberani gila itu kepada pendekar Keling?(3 markah)
2(c) Set 2
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka Tun Beraim Bapa pun melompat ke kanan sekali dan ke kiri sekali serta
dikertangkannya perisai itu, lalu ghaib tiada kelihatan kiamnya pada tangan kirinya.
Maka pedang itu pun diketarkannya lalu ghaib matanya tinggal ulunya pada tangankanannya. Maka Tun Beraim Bapa pun sujud menyembah Sultan Ahmad dan semua
gurunya sujud menyembah Sultan Ahmad. Setelah dilihat oleh segala pendekar Keling perkasanya Tun Beraim Bapa itu semuanya amat dahaha dan hairan dan gementar
dagunya seperti ayam takutkan helang, demikianlah lakunya. Maka segala pendekar
Keling itu berkata sama sendirinya. Seumur kita ini belum pernah kita melihat sikap
manusia seperti kelakuan Tun Beraim Bapa ini, janganlah kita melawan dia, memandangmatanya pun takut rasanya.
Maka sabda sultan, Hai segala kamu pendekar Keling, lawanlah olehmu
hulubalangku ini dan pendekarku ini. Maka segala pendekar Keling itu pun berdiamdirinya, lalulah ia kembali ke kapalnya dengan malunya menunduk kepalanya, lalulah ia
belayar.
(Dipetik daripadaKepahlawanan Tun Beraim Bapa
Dalam antologiKerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
i) Nyatakan kehebatan Tun Beraim Bapa berdasarkan petikan di atas.(2 markah)
ii) Apakah tindakan pendekar Keling selepas melihat kehandalan Tun Beraim Bapa?(3 markah)
iii) Pada pandangan anda, mengapakah sifat-sifat kepahlawanan harus ada pada seorangputera raja?
(3 markah)
14
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
15/45
PROSA TRADISIONAL : ASAL USUL RAJA KECIL
2(c) Set 1
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yangberikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dan selama anak raja itu di Johor, sehari-hari ia pergi bermain di makam paduka
ayahanda di Kota Tinggi. Dan segala budak-budak mengikut pergi. Serta sampai dimakam itu, anak raja itu makan rumput, dan budak-budak lain hendak mengikut,
semuanya muntah akan darah. Menjadi lahirlah khabar itu. Maka kedengaranlah kepadaYang Dipertuan Muda, orang menyembahkan, ada budak, rupanya bagaimana pinang
dibelah dua dengan paduka marhum yang mangkat, Dan segala budak-budak hendak
mengikut, tiada boleh naik ke atas makam itu, sakit, muntah akan darah,. Dan Yamtuan
Muda pun menyuruh mencari budak itu.Maka kedengaranlah kepada Laksamana, mengatakan hal anak raja itu, sudah
diketahui orang. Maka Laksamana muafakat dengan Raja Negara, mengatakan hal anak
raja itu, sudah diketahui oleh Yamtuan Muda, Baiklah kita suruh larikan. Jikalausaudara kita, Temenggung Muar, membawa ke Muar, nescaya tahu juga orang, kerana
anak raja itu sudah dikenal orang.
(Dipetik daripada
Asal Usul Raja Kecil
Dalam antologiKerusi,Dewan Bahasa dan Pustaka)
i) Apakah maksud rangkai kata rupanya bagaimana pinang dibelah dua?
(2 markah)
ii) Nyatakan keistimewaan anak raja yang diceritakan dalam petikan.
(3 markah)
iii) Pada pendapat anda, wajarkah anak raja itu dilarikan? Berikan alasan anda.
(3 markah)
15
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
16/45
2(c) Set 2
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah didengar oleh Yamtuan Sakti akan kata Nakhoda Malim itu, maka terlalulahsangat sukacita baginda, lalu dipintanya kepada Nakhoda Malim. Maka sembah Nakhoda
Malim, Sepatut-patutlah tuanku memelihara paduka anakanda ini, lalu dibawanya
menghadap paduka bonda baginda, Puteri Jilan. Maka Puteri Jilan terlalu sukacita
melihat cucunda baginda datang itu, kerana Puteri Jilan terus mata akan akan TuanBujang itu, Putera Raja Johor. Maka Puteri Jilan bertitah kepada paduka anakanda Yang
Dipertuan Sakti, Dan seperti Si Bujang ini, sangat bertuahnya, peliharakan baik-baik,kerana terlalu kasihan aku akan dia, kerana tiada bapanya. Dan dialah yang
membalaskan kematian ayahnya.
Maka diamlah ia di Pagaruyung. Dan sehari-hari ia naik bermain-main ke atas
peterana itu. Maka dilarangkan oleh dayang-dayang, takut ia tulah. Maka kata PuteriJilan, Jangan dilarang Si Bujang itu, ia hendak melihat mahkotanya. Ialah yang
warisnya, dan tiada ia tulah, kerana ia anak adikku, di Johor. Dan bermainlah ia
bersama-sama dengan anak Yamtuan Sakti.Dan Tuan Bujang pun sampailah umur tiga belas tahun. Maka Tuan Bujang pun pergi
minta pergi ke Batanghari, hendak mencari ilmu.
(Dipetik daripadaAsal Usul Raja Kecil
Dalam antologiKerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
i) Apakah maksud rangkai kata terus mata?
(2 markah)
ii) Mengapakah Puteri Jilan mengamanahkan Yang Dipertuan Sakti menjaga Tuan
Bujang dengan baik?
(3 markah)
iii) Pada pendapat anda, wajarkah Tuan Bujang bermain di atas peterana? Berikan alasan
anda.
(3 markah)
16
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
17/45
PROSA TRADISIONAL : PERTARUNGAN TUAH DENGAN JEBAT
2(c) Set 1
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yangberikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka kata Hang Jebat, Adapun aku tiada mahu turun dari istana ini berlawan dengan
engkau, kerana engkau hulubalang besar lagi ternam; tiada boleh kupermudahkan sepertilawan yang dahulu itu dan engkau saudara tua padaku; tiada baik. Jika engkau hendak
bertikam dengan aku, marilah naik. Maka sahut Laksamana, Bukakanlah pintu itu.Maka kata Hang Jebat, Nantilah aku seketika lagi; aku hendak berlangirkan kerisku.
Hang Jebat pun menutup pintu istana empat puluh itu. Setelah sudah maka Hang Jebat
pun menghunus kerisnya, maka ditikamnya segala perempuan isi istana yang tujuh ratus
itu, seorang pun tiada tinggal. Maka darah pun seperti hujan yang lebat turun ke bawahistana. Maka Laksamana pun berseru-seru, katanya, Hai Si Jebat, pekerjaan apa kau
kerjakan ini? Alangkah dosanya. Maka sahut Hang Jebat, Inilah pekerjaan yang
sempurna. Sepala-pala jahat jangan kepalang, seperti perumpamaan Melayu, rosakbawang ditimpa jambaknya. Maka Laksamana berkata pula, Hai Si Jebat, segeralah
bukakan aku pintu ini!
(Dipetik daripadaPertarungan Tuah dengan Jebat
Daripada AntologiAnak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
i) Berikan alasan yang menyebabkan Hang Jebat tidak sanggup berlawan denganLaksamana.
(2 markah)
ii) Nyatakan tindakan yang dilakukan oleh Hang Jebat setelah menerima cabaran
daripada Laksamana?
(3 markah)
iii) Jika anda di tempat Hang Jebat, apakah yang akan anda lakukan?
(3 markah)
17
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
18/45
2(c) Set 2
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka kata Laksamana. Akulah Hang Tuah dititahkan Duli Yang Dipertuan
membunuh engkau, kerana aku tiada mati; aku ditaruh oleh Bendahara di Hulu Melaka.
Setelah Hang Jebat mendengar kata Laksamana demikian, maka ia pun hairan, serayaberkata, Hai orang kaya Laksamana, keranamulah maka aku berbuat pekerjaan ini! Pada
bicaraku engkau tiada dalam dunia ini lagi. Jika aku tahu akan engkau ada hidup, demiAllah dan Rasul-Nya, tiada aku berbuat pekerjaan ini. Maka kata Laksamana, Hai Si
Jebat, menyesalkah engkau? Maka kata Hang Jebat, Hai Laksamana, sekali-kali tiada
aku menyesal dan takut akan mati, tetapi aku sudah tahu akan kematianku ini pada
tanganmu,, di mana dapat kusalahi lagi? Tetapi tuan hamba lihatlah tikam Si Jebatderhaka ini, empat puluh hari orang Melaka membuangkan bangkai dalam negeri Melaka
ini tiada menderita bau busuk bangkai. Sepala-pala jahat jangan kepalang; kuperbuat
sungguh-sungguh. Maka sahut Laksamana, Hai Si Jebat, tersalah citamu itu! Adapunpekerjaanmu derhaka pada tuanmu itu beberapa dosanya kepada Allah, tiada tertanggung
olehmu di dalam akhirat jemah, akan sekarang engkau hendak membunuh orang yang
tiada berdosa pula berpuluh-puluh ribu itu; benarkah bicaramu itu? Maka kata HangJebat, Apatah dayaku? Sekalian itu dengan kehendaknya juga; tiada dengan kuasaku
perbuat itu, supaya namaku masyhur pada segala negeri.
(Dipetik daripada
Pertarungan Tuah dengan Jebat
Daripada AntologiAnak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
i) Terangkan maksud rangkai kata Sepala-pala jahat jangan kepalang.
(2 markah)
ii) Apakah reaksi Hang Jebat apabila mendengar suara Laksamana?
(3 markah)
iii) Mengapakah tindakan Hang Jebat itu dikatakan tidak wajar?
18
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
19/45
(3 markah)
PUISI TRADISIONAL : SELOKA PAK KADUK
2(d) Set 1
Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SELOKA PAK KADUK
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang;
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuhbayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk.
AntologiAnak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
(i) Berikan dua sebab Pak Kaduk mengalami nasib malang.
[2 markah]
19
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
20/45
(ii) Berdasarkan sikap yang ditunjukkan,pada pendapat anda, apakah nasib Pak
Kaduk seterusnya? [3 markah]
(iii) Jelaskan empatpersoalan daripada Seloka Pak Kaduk.
[4 markah]
2(d) Set 2
Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SELOKA PAK KADUK
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang;
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuhbayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk.
AntologiAnak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
(i) Apakah yang terjadi kepada Pak Kaduk seperti yang digambarkan dalam
seloka di atas? [3 markah]
(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah Pak Kaduk boleh mengubah nasib
dirinya yang malang? [3 markah]
20
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
21/45
(iii) Nyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam Seloka Pak Kaduk.
[3 markah]
PUISI TRADISIONAL : PANTUN ENAM KERAT2(d) Set 1
Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Jelaskan tentang
akhlak seperti yangdinyatakan dalam
rangkap kedua
pantun
di atas.
[3markah]
(ii) Pada pendapat
anda,
bagaimanakah
hendak membentuk
akhlak yang terpuji
dalam kalangan
generasi muda pada masa
sekarang?
[3markah]
PANTUN ENAM KERAT
Ular tedung jangan dipermudah,
Bisanya dapat membawa maut,
Jika tak maut merana juga;
Berhujan berpanas aku tak endah,
Keris lembing aku tak takut,
Kehendak hati kuturut juga.
Kuda liar berkeliling kota,
Kota terbuat dari kayu,
Tempat berkawal lasykar Feringgi;
Kami mendengar khabar berita,Bunga kembang sudah pun layu,
Gugur ke bumi tak harum lagi.
Penakik pisau raut,
Ambil galah sebatang lintabung,
Seludang dijadikan nyiru;
Setitik dijadikan laut,
Sekepal dijadikan gunung,
Alam terbentang dijadikan guru.
Sultan muda dari Lampung,
Memikul cangkul dengan bajak,
Singgah minum di lepau nasi;
Sudah sekah tempat bergantung,
Telah patah tempah berpijak,
Ke mana hendak digapai lagi.
21
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
22/45
(iii) Berdasarkan rangkap kedua pantun di atas, bincangkan bentuknya.
[3markah]
2(d) Set 2
Baca pantun di bawah
dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang
berikutnya dengan
menggunakan ayat anda
sendiri.
PANTUN ENAM KERAT
Ular tedung jangan dipermudah,
Bisanya dapat membawa maut,
Jika tak maut merana juga;
Berhujan berpanas aku tak endah,
Keris lembing aku tak takut,
Kehendak hati kuturut juga.
Kuda liar berkeliling kota,
Kota terbuat dari kayu,
Tempat berkawal lasykar Feringgi;
Kami mendengar khabar berita,Bunga kembang sudah pun layu,
Gugur ke bumi tak harum lagi.
Penakik pisau raut,
Ambil galah sebatang lintabung,
Seludang dijadikan nyiru;
Setitik dijadikan laut,
Sekepal dijadikan gunung,
Alam terbentang dijadikan guru.
Sultan muda dari Lampung,
Memikul cangkul dengan bajak,
Singgah minum di lepau nasi;
Sudah sekah tempat bergantung,
Telah patah tempah berpijak,
Ke mana hendak digapai lagi.
22
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
23/45
(i) Berikan maksud baris alam terbentang dijadikan guru dalam pantun di atas.
[2 markah]
(ii) Apakah pendapat anda tentang musibah yang akan dihadapi oleh seseorang
jika menurut kehendak hati?
[4 markah]
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam pantun di atas.
[3 markah]
23
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
24/45
PUISI TRADISIONAL : SYAIR KELEBIHAN ILMU
2(d) Set 1
Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya denganmenggunakan ayat anda sendiri.
Syair Kelebihan Ilmu
Ilmu itu gemala sakti, Bagi yang duka ia penghibur,
Sinarnya cerah cahaya sejati, Ia penerang bagi yang kabur,Asal puncanya lamun didapati, Ia kandil di dalam kubur,
Sukar bercerai sehingga mati. Lamun dengannya beramal subur.
Harganya tidak dapat dinilaikan, Ia penerang jalan ke syurga,Sebuah dunia belinya bukan, Ia pemuas tekak yang dahaga,
Kuasanya besar sukat digunakan, Ialah sungai ialah telaga,Di laut di darat di rimba di pekan. Laut yang luas ialah juga.
Masa seorang ialah taulan, Ialah alat sangat berguna,
Teman berbeka suluh berjalan, Idaman orang yang bijaksana,Masa berhimpun ia pengenalan, Hamparnya luas amat saujana,
Hias penyata polan si pilan. Tepinya ajal sempadannya fana.
(i) Jelaskan maksud rangkap terakhir syair di atas.
[2 markah]
(ii) Apakah kebaikan apabila seseorang itu bersahabat dengan orang bijak pandai?
Berikan pendapat anda.
[4 markah]
(iii) Berikan empatpengajaran yang terdapat dalam puisi di atas.
[4 markah]
24
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
25/45
2(d) Set 2
Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnyadengan menggunakan ayat anda sendiri.
Syair Kelebihan Ilmu
Ilmu itu gemala sakti, Bagi yang duka ia penghibur,Sinarnya cerah cahaya sejati, Ia penerang bagi yang kabur,
Asal puncanya lamun didapati, Ia kandil di dalam kubur,
Sukar bercerai sehingga mati. Lamun dengannya beramal subur.
Harganya tidak dapat dinilaikan, Ia penerang jalan ke syurga,
Sebuah dunia belinya bukan, Ia pemuas tekak yang dahaga,
Kuasanya besar sukat digunakan, Ialah sungai ialah telaga,
Di laut di darat di rimba di pekan. Laut yang luas ialah juga.
Masa seorang ialah taulan, Ialah alat sangat berguna,Teman berbeka suluh berjalan, Idaman orang yang bijaksana,
Masa berhimpun ia pengenalan, Hamparnya luas amat saujana,
Hias penyata polan si polan. Tepinya ajal sempadannya fana.
(i) Terangkan maksud baris-baris yang berikut berdasarkan penggunaannya
dalam syair tersebut.
[2 markah]
(ii) Pada pandangan anda, apakah kelebihan ilmu dalam kehidupan kita?
[4 markah]
(iii) Jelaskan tiga nilai dalam syair tersebut..
[3 markah]
Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan si polan.
25
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
26/45
SAJAK : DERITA PERTAMA
2 (d) Set 1
Baca puisi di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnyadengan menggunakan ayat anda sendiri.
DERITA PERTAMA
Adam ialah bapa kita
yang tercampak dari seberang dunia
kerana mencari syurga
di celah buah khuldi.
Waktu terlantar di dunia baru
hari tengah malamia tidak mengerti apa yang terjadi
mulutnya bisu
Ia melihat sekelilingmulai merasa cemas akan kegelapan
Segumpal awan hinggap ke kening
ia tidak tahu apakah itu.
Sepanjang malam ia tercengang
dari hatinya mengalir sungai duka
bagaimana akan kutempuh rimba kegelapan
tubuh seorang.
Sepanjang malam air matanya
membelah muka bulan.
Suhaimi Haji Muhamad
Antologi Anak Laut
Dewan Bahasa dan Pustaka
(i) Nyatakan maksud rangkai kata mulutnya bisu berdasarkan sajak di atas.
[ 2 markah]
(ii) Pada pandangan anda, mengapakah penyajak memilih nama Derita Pertama
sebagai tajuk sajak beliau ?[ 3 markah ]
(iii) Nyatakan dua pengajaran yang dapat diperoleh daripada sajak di atas.[ 4 markah ]
26
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
27/45
2 (d) Set 2
Baca puisi di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
DERITA PERTAMA
Adam ialah bapa kita
yang tercampak dari seberang dunia
kerana mencari syurgadi celah buah khuldi.
Waktu terlantar di dunia baru
hari tengah malam
ia tidak mengerti apa yang terjadi
mulutnya bisu
Ia melihat sekeliling
mulai merasa cemas akan kegelapan
Segumpal awan hinggap ke keningia tidak tahu apakah itu.
Sepanjang malam ia tercengan
dari hatinya mengalir sungai dukabagaimana akan kutempuh rimba kegelapan
tubuh seorang.
Sepanjang malam air matanyamembelah muka bulan.
Suhaimi Haji Muhamad
Antologi Anak LautDewan Bahasa dan Pustaka
(i) Nyatakan maksud rangkai kata mencari syurga di celah buah khuldi
berdasarkan sajak di atas.
[ 3 markah]
(ii) Pada pendapar anda, bagaimanakah caranya untuk menghadapi sesuatu
penderitaan dalam hidup ini ?[ 3 markah ]
(iii) Huraikan tiga persoalan seperti yang terdapat dalam sajak di atas.[ 3 markah ]
27
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
28/45
SAJAK : ANAK LAUT
2(d) Set 1
Baca sajak berikut dengan telti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikut denganmenggunakan ayat anda sendiri.
Anak Laut
Segar angin laut
Mengembalikan rindunya pada kolek
Bagai buih kecil terapung di air
Menjaringkan sedikit rezekiDan sisik ikan
Kulit ketam
Kepala sotong
danKaki udang yang bersimpati.
Seperti kolek terdampar di pasirMenampakkan urat jalur jalur tua
Anak laut itu sudah dapat menerka
Langkahnya hampir tiba
Pada muara Pencipta.
Ramidin Zahari
AntalogiAnak LautDewan Bahasa dan Pustaka
i. Apakah nostalgia laut bagi anak laut?
( 2 m )
ii. Pada pendapat anda,mengapakah masalah kemiskinan dalam
kalangan nelayan sukar untuk diatasi ?
(4m )
iii. Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.
( 3 m )
28
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
29/45
2(d) Set 2
Baca sajak berikut dengan telti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Anak Laut
Segar angin laut
Mengembalikan rindunya pada kolek
Bagai buih kecil terapung di airMenjaringkan sedikit rezeki
Dan sisik ikan
Kulit ketamKepala sotong
dan
Kaki udang yang bersimpati.Seperti kolek terdampar di pasirMenampakkan urat jalur jalur tua
Anak laut itu sudah dapat menerka
Langkahnya hampir tibaPada muara Pencipta.
Ramidin Zahari
AntalogiAnak Laut
Dewan Bahasa dan Pustaka
i. Gambarkan diri anak laut ketika tua.
(3m )
ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya hendak
mengatasi kemiskinan dalam kalangan nelayan di negara kita ?
29
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
30/45
( 3 m )
iii. Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut
(3 m )
SAJAK : DUHAI PENTAFSIR
2(d) Set 1
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan kata-kata anda sendiri
DUHAI PENTAFSIR
Pentafsir ,sebenarnya telah lama kucari
Suaramu yang saratKe mana jatuhnya gema itu?
Di mana tempatnya istirahat
Setelah pengembaraan yang penatdi manakah telah kaurakamkan
Pertemuan matahari, rimba dan lautan?
Senja ini menemuiku
dengan lusuh catatanmu
Angin sedang cuba mengoyak-ngoyakkan lembar-lembar buku
Sedang aku belum ketemuSurat yang kautuliskan padaku
30
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
31/45
Telah hilangkah ia
atau kau tidak pernah menulisnya
ah,aku tidak bisa tidur dan melupakanracun keresahan telah membunuh lenaku
sejak kudahagai penawar dalam lautan nota-notamu
kiranya terdampar dalam angin yang raguyang tidak mengenal arah tiupannya
angin tanpa sabar yang telah melunturkan
kehijauan dalam keriangan masa kecilku
Pentafsir,musim telah terlalu tua
kaca jendela menjadi kelabu
dan aku telah terlalu lesuuntuk menari bersama bayang-bayangmu
senja pun semakin larut
lembar-lembar jadi semakin kuning
apakah kau harus mengebumikan buku-buku inidi samping pusaramu yang sepi
Hentikan ejekanmu
biarkan kupecahkan kaca ini
melihat keluar. Lalu mengenal
rumpun-rumpun yang redupadalah pengakuanmu,Tuhanku!
yang menjernihkan mataku
ZURINAH HASSAN
AntologiKerusi
Dewan Bahasa dan Pustaka
i) Apakah yang dimaksudkan racun keresahan telah membunuh lenaku
[2 markah]
ii) Jika anda menjangkau usia tua apakah perkara-perkara yang bermanfaatyang harus anda lakukan?
[3 markah]
iii) Huraikan dua pengajaran yang terkandung dalam sajak tersebut.
[4 markah]
31
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
32/45
SAJAK : DI RUANG GEMANYA
2(d) Set 1
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan kata-kata anda sendiri.
DIRUANG GEMANYA
Telah kurangkumkan rebah setiakupada setiap pilu dan rindu
melayang dan mengembang
ke hayat gemilang. Sejak itutidak kukesal lagi
goda dan duga
di gerimis senja.
Telah kupahatkan lelah umurku
pada setiap kerikil dan debu
datang dan menghilang
32
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
33/45
ke hujung kenang. Sesudah itu
tidak kukenal lagi
hampa dan deritadi gurun pagi.
Gerimis senja guruh pagiadalah titipan maya
bakal kukongsikan hati
mengukir tadbir di ruang gemanya.
DharmawijayaAntologi Kerusi
Dewan Bahasa dan Pustaka
(i) Apakah maksud rangkap kedua dalam sajak di atas? [3 markah]
(ii) Nyatakan kepentingan kita mempunyai semangat patriotik? [3 markah]
(iii) Huraikan nilai-nilai murni yang ditonjolkan dalam sajak ini? [3 markah]
SAJAK : JALAN-JALAN RAYA KOTAKU
2(d) Set 1
Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
JALAN-JALAN RAYA KOTAKU
Saban waktu sepanjang perjalanan
jalan-jalan raya kotakulewat senja begini
tika gerimis menabur benih
menerima kehadiran warga kotalemas dalam kesabaran
lelah meresahkan
dengan luka parah di hati.
Ketidaksabaran membengkak
kesombongan merajai setiap ruang
semakin padat dengan emosi
33
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
34/45
kebosanan menggigit pangkal rasa.
Demikian etika di perjalananbudi luhur warga kotaku
tidak lagi berlaku
yang hadir adalah keserakahanmemacu menghimpun kekuatan
menghakis sopan santun
seperti banjir kilatmelanda pinggir perjalanan
fitrah sang manusia
peradaban kota masa kini.
Jalan-jalan raya kotaku
adalah gelanggang kebuasan
perlumbaan kebiadaban
para pesakitkemanusiaan semakin mandul
pada penghujung musim.
Zam IsmailAntologi Anak laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
(i) Nyatakan sikap pengguna jalan raya seperti yang digambarkan oleh penyajak?
[3 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah yang seharusnya dilakukan oleh pemandu apabila
berhadapan dengan kesesakan lalu lintas?[3 markah]
(iii) Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak ini.[3 markah]
34
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
35/45
2(d) Set 2
Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
DI RUANG GEMANYA
Telah kurangkumkan rebah setiakupada setiap pilu dan rindu
melayang dan mengembang
ke hayat gemilang. Sejak itu
tidak kukesal lagigoda dan duga
di gerimis senja
Telah kupahatkan lelah umurku
pada setiap kerikil dan debu
datang dan menghilangke hujung kenang. Sesudah itu
tidak ku kenal lagi
hampa dan derita
di guruh pagi
35
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
36/45
Gerimis senja guruh pagi
adalah titipan mayabakal kukongsikan hati
mengukir tadbir di ruang gemanya
DHARMAWIJAYA
Antologi Kerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
(i) Apakah tekad yang dilakukan oleh penyajak?
[3 markah]
(iii) Ketaatan dan kesetiaan rakyat memainkan peranan yang penting bagi
sesebuah negara. Jelaskan kemungkinan yang akan timbul sekiranya
perkara yang sebaliknya berlaku. [3 markah]
(iii) Jelaskan persoalan-persoalan yang terdapat dalam sajak.
[3 markah]
2(d) Set 2
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan kata-kata anda sendiri
DUHAI PENTAFSIR
Pentafsir ,sebenarnya telah lama kucariSuaramu yang sarat
Ke mana jatuhnya gema itu?
Di mana tempatnya istirahat
Setelah pengembaraan yang penatdi manakah telah kaurakamkan
Pertemuan matahari, rimba dan lautan?
Senja ini menemuiku
dengan lusuh catatanmu
Angin sedang cuba mengoyak-ngoyakkan lembar-lembar bukuSedang aku belum ketemu
Surat yang kautuliskan padaku
Telah hilangkah ia
36
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
37/45
atau kau tidak pernah menulisnya
ah,aku tidak bisa tidur dan melupakan
racun keresahan telah membunuh lenakusejak kudahagai penawar dalam lautan nota-notamu
kiranya terdampar dalam angin yang ragu
yang tidak mengenal arah tiupannyaangin tanpa sabar yang telah melunturkan
kehijauan dalam keriangan masa kecilku
Pentafsir,musim telah terlalu tua
kaca jendela menjadi kelabu
dan aku telah terlalu lesu
untuk menari bersama bayang-bayangmusenja pun semakin larut
lembar-lembar jadi semakin kuning
apakah kau harus mengebumikan buku-buku ini
di samping pusaramu yang sepi
Hentikan ejekanmubiarkan kupecahkan kaca ini
melihat keluar. Lalu mengenal
rumpun-rumpun yang redup
adalah pengakuanmu,Tuhanku!yang menjernihkan mataku
ZURINAH HASSAN
AntologiKerusi
Dewan Bahasa dan Pustaka
i) Nyatakan perasaan penyajak dalam rangkap keempat sajak di atas
(3 markah)
ii) Pada pendapat anda mengapakah penyajak menjadi resah dalam sajak ini?
(3 markah)
iii) Jelaskan persoalan-persoalan yang digarapkan oleh penyajak dalam
sajak ini.
(3 markah)
37
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
38/45
2(d) Set 2
Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut denganmenggunakan ayat anda sendiri.
JALAN-JALAN RAYA KOTAKU
Saban waktu sepanjang perjalanan
jalan-jalan raya kotaku
lewat senja begini
tika gerimis menabur benihmenerima kehadiran warga kota
lemas dalam kesabaran
lelah meresahkandengan luka parah di hati.
Ketidaksabaran membengkak
kesombongan merajai setiap ruang
semakin padat dengan emosi
kebosanan menggigit pangkal rasa.
38
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
39/45
Demikian etika di perjalanan
budi luhur warga kotaku
tidak lagi berlakuyang hadir adalah keserakahan
memacu menghimpun kekuatan
menghakis sopan santunseperti banjir kilat
melanda pinggir perjalanan
fitrah sang manusiaperadaban kota masa kini.
Jalan-jalan raya kotaku
adalah gelanggang kebuasanperlumbaan kebiadaban
para pesakit
kemanusiaan semakin mandul
pada penghujung musim.
Zam Ismail
Antologi Anak laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
(i) Berikan maksud rangkai kata ketidaksabaran membengkakyang terdapatdalam baris pertama rangkap kedua sajak di atas.
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang dapat diambil untuk
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya?[4 markah]
(iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.[3 markah]
39
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
40/45
Soalan 4: Novel
(15 markah)
Set 1
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut.
(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh
(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj Yusof
(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Saamad Said
(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii) Julia karya Abu Hassan Morad
(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad
40
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
41/45
(a) Berdasarkan dua buah novel yang pernah anda kaji, bandingkan perwatakan
watak wanita dalam menghidupkan cerita.
( 7 markah)
(b) Berdasarkan dua buah novel yang pernah anda kaji, bandingkan perwatakan
watak sampingan.
( 8 markah)
Soalan 4: Novel
[15 markah]
Set 2
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i) Terminal Tiga karya Othamn Puteh
(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof
(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii) Julia karya Abu Hassan Morad
(viii)Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj.Muhammad
41
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
42/45
(a) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari,bandingkan nilai-nilai murni
yang disampaikan oleh pengarang dalam setiap novel itu.
(7 markah)
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari,huraikan persamaan nilai murni
yang ada pada watak utama.
(8 markah)
Soalan 4: Novel
[15 markah]
Set 3
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut.
(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh
(ii) PErlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof
(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah.
(vii) Julia karya Abu Hassan Morad
(viii)Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad
42
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
43/45
(a) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan unsur suspens yang
digunakan dalam plot.
( 7 markah)
(b) Jelaskan penggunaan teknik-teknik plot yang terdapat dalam dua buah novel yang
anda pelajari.
( 8 markah)
SOALAN 4 : NOVEL
[ 15 MARKAH]
Set 4
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut:
(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh
(ii) Seteguh Karangkarya Tuan Faridah Syed Abdullah
1(a) Penceritaan sesebuah novel yang telah anda pelajari ada memaparkan peristiwa-
peristiwa yang telah mencabar ketabahan watak utama.
Jelaskan unsur-unsur ketabahan serta peristiwa-peristiwa tersebut. [ 7 markah ]
2(a) Kritikan sosial/ kepincangan dalam masyarakat merupakan elemen penting yang
diterapkan oleh penulis dalam karya mereka.
43
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
44/45
Jelaskan dua kritikan sosial / kepincangan dalam masyarakat yang boleh dijadikan
panduan hidup dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. [ 7 markah]
3(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari jelaskan nilai tanggungjawab yangterdapat dalam novel tersebut. [ 7 markah]
SOALAN 4 : NOVEL
Set 5
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut :
i) Terminal Tiga karya Othman Puteh
ii) Seteguh Karangkarya Tuan Faridah Syed Abdullah
1(a)Kemukakan 2 nilai kesabaran dalam novel yang anda pelajari. [ 7 Markah ]
44
8/4/2019 SOALAN MODUL KOMSAS
45/45
2 (a)Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, bincangkan kritikan penulis
terhadap kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. [ 7 Markah ]
3(a)Pengarang lebih cenderung memilih nilai tanggungjawab yang terdapat dalam karya
mereka. Huraikan dua nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel yang anda
kaji.
[ 7 Markah ]