173

Click here to load reader

Modul Sinergi Komsas 2014 Pelajar T4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ok

Citation preview

Modul Sinergi Komsas Tingkatan 4

Novel Azfa hanani

Nama: ________________________

Soalan Pemahaman 2(b) 2(d) PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN KOMSAS

1. Baca ceraian soalan terlebih dahulu sebelum membaca petikan .2. Jawapan hendaklah ditulis dalam ayat yang sempurna dan jangan menulis dalam bentuk poin.

3. Jumlah isi yang perlu dikemukakan ialah sejumlah peruntukan markah atau lebih.

4. Cara menyampaikan isi hendaklah berdasarkan kata kunci dalam soalan iaitu;

i) Nyatakan isi tidak perlu dihuraikan.

ii) Jelaskan, huraikan, terangkan isi hendaklah dihuraikan secara ringkas.

5. Setiap kesalahan ejaan dan bahasa akan ditolak markah bagi setiap ceraian solalan.

6. Pastikan pelajar tidak kehilangan markah bagi ceraian (i) setiap soalan kerana jawapannya ada dalam petikan.

7. Pastikan pelajar dapat membezakan teknik menjawab berkaitan unsur sastera iaitu antara persoalan, nilai, latar masyarakat dan pengajaran Contoh;

NilaiPersoalanL. MasyarakatPengajaranContoh

KetabahanKetabahan menghadapi dugaan hidup.Masyarakat yang tabah.....Kita hendaklah tabah.........Awanis reda dengan kematian kedua-dua ibu bapanya.

8. Dalam menjawab unsur sastera jawapan hendaklah mengandungi isi/penyataan dan contoh/huraian. Tanpa contoh/huraian 0 markah.

9. Masalah utama pelajar dalam menjawab soalan pemahaman ialah isi tidak cukup dan teknik menjawab yang salah.

10. Sekiranya jawapan dapat disampaikan secara berkesan iaitu menggunakan teknik yang betul pelajar tidak akan menanggung risiko dalam apa jua situasi.

KATA KUNCI CONTOH CERPEN DAN DRAMA

1 Kasih sayang(KS)2 Bertanggungjawab(BT)3 Kegigihan(KG)(a)Cerpen Ibu dan CeperKS Penulissayangakan ibu dan bapa yang sudah tua dan uzur.

BT Penulis merupakan seorang anak yang bertanggungjawab dengan membantu orang tuanya bekerja dan menjaga ibu

bapanya semasa mereka sudah uzur.

KG Ibu gigih bekerja di sawah membanting tulang empat kerat untuk menyara keluarganya.

(b)Cerpen Memori Seorang TuaKS Pak Itam amat menyayangi isteri dan dua orang anaknya yang telah meninggalkannya semasa dia berada di dalam

penjara dan dia menanti kehadiran isterinya pada majlis hari jadinya sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhirnya.

BT Pak Itam bertanggungjawab terhadap bangsa dan negaranya dengan menentang penjajah Inggeris melalui mata penanya

dan juga penentangan secara terus.

KG TukMatdan keluarganya gigih membantu Pak Itam dalam membuat persiapan untuk mengadakan majlis sambutan hari jadi Pak Itam yang ke-85.

(c)Cerpen IsrakKS Wah, nenek Israk dan Mikraj tetap menyayangi cucunya, Israk walaupun cucunya bersikap agresif dan menyakitkan hatinya.

BT Mikraj menasihati abangnya, Israk supaya menghormati Wah kerana Wah lebih tua daripada mereka.

KG Wah gigih membesarkan membesarkan Adam tanpa bantuan seorang suami kerana suaminya telah meninggalkan dunia

ketika kandungannya berusia sembilan bulan tiga hari.

(d)Cerpen Pemain CaturKS Uj amat sayang akan ibunya yang menghidapi penyakit darah tinggi.

BT Um seorang anak yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri. Dia kurang mengambil berat hal ibu

kerana menganggap bahawa telahadadoktoryang diupah untuk merawat sakit ibunya.

KG Uj gigih menerangkan sejarah keturunan moyangnya yang berketurunan juara catur terkemuka dunia sebelum abad ke-17

dengan panjang lebar.

(e)MelissaKSMelissamenyayangi Hisyam, kawannya semasa kecil walaupun Hisyam telah terkorban dalam rusuhan kaum 13 Mei

1969.

BT Melissa menyertai angkatan tentera untuk menjaga keamananegara.

KG Melissa gigih berusaha untuk mengumpulkan maklumat bagi menyiapkan latihan ilmiahnya / tesisnya.

(f)Biarkan SamuderaKS Amirah amat sayang akan ayahnya dan sentiasa mengenangkan nasib ayahnya.

BT Hakimah seorang kawan yang bertanggungjawab. Dia membawa Amirah ke rumahnya untuk bertemu dengan ibunya

yang mahu membantu untuk memulihkan semangat Amirah.

KG Ayah Amirah seorang nelayan yang gigih kerana sudah bertahun-tahun lamanya, ayahnya bergelumang dengan laut dan

ombak untuk menyara kehidupannya.

IBU DAN CEPER Karya Shahnon Ahmad

SINOPSIS

Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang. panjang dan berliku-liku, samalah seperti ibu yang sentiasa aktif melakukan aktiviti bersawah. Pada waktu malam, Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. Pada sebelah malam, ibu berehat dan esoknya kembali cergas. Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat dan melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung makan ubi gadung kerana padi musnah. Selepas Ceper melimpahkan air, tiba pula musim kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah kering sehingga menyebabkan ibu menggunakan telaga sebagai sumber. Keadaan ini ialah keadaan 40 tahun yang lalu, iaitu semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda. Kini, ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud tetapi sudah mula berubah sejak ibu terjatuh, lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu sepuluh tahun sebelum ibu meninggal. Pada masa itulah, keluarga aku menderita dan aku berkahwin dengan gadis di kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila burung lagi sebaliknya dia hanya menjaga cucu dan menjaga ibu. Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya mengalir lesu bersama-sama sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu. Aku dan isteri telah tua dan kini duduk di rumah menjaga cucu. Pada masa ini, Ceper telah mati dan tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud, tidak seperti ibu yang telah tiada di dunia ini.

TEMA - Kegigihan seorang ibu dalam mengharungi kehidupan.

Ibu gigih mencari rezeki dan banyak bergantung kepada Sungai Ceper yang berfungsi sebagai sumber air kepada tanaman.

PERSOALAN

1.Persoalan kepentingan air dalam kehidupan.

Air Sungai Ceper yang deras dan jernih digunakan oleh ibu untuk mengairi sawahnya.

2 Persoalan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar.Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam sampah sedangkan sungai ini semakin cetek dan tidak berdaya membawa sampah yang ada di dalamnya.

3.Persoalan kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam.Kasih sayang aku kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di kampungnya.

PLOT-Binaan Plot

Permulaan

Aku menerangkan perasaan sayang dan cinta akan Sungai Ceper dan ibu yang banyak berjasa kepadanya. Aku terkenang akan sungai ini yang jernih .tenteram, deras dan menjadi lubuk ikan. Ibu juga seperti Ceper yang aktif bersawah dan bekerja. Namun, ibu berehat pada waktu malam manakala Ceper sama sahaja pada siang atau malam.

Perkembangan

Kemarahan ibu kepada Sungai Ceper yang melimpah akibat hujan lebat sehingga memusnahkan tanaman . Ibu juga memarahi sikap suaminya yang sambalewa terhadap tanggungjawab keluarga dan asyik dengan ketitir. Kemarahan ibu semakin memuncak apabila Sungai Ceper semakin cetek akibat kemarau. Hal ini menyebabkan sawah-sawahnya kering , sumber makanan dan minuman terjejas sehingga memaksa ibu menggunakan telaga sebagai sumber air. Setelah 40 tahun berlalu:Sungai Ceper semakin tercemar akibat pengabaian masyarakat. Ibu dan ayah sudah meninggal dunia dan aku telah pun berkeluarga dan mempunyai cucu.

Klimaks

Ibu meninggal dunia dan Sungai Ceper semakin sakit. Sungai ini semakin cetek, alirannya lambatdan banyak sampah daripada pelbagai bahan buangan berada di perutnya. Airnya busuk kerana bangkai binatang , kain-kain buru , plastik, dan sisa-sisa makanan dibuang ke dalamnya. Bapa juga telah meninggal dunia.

Peleraian

Sungai Ceper masih mengalir tetapi amat lambat. Keadaannya semakin parah. Aku dan isteri telah tua dan anak-anak pula menggantikan kami. Ceper dikatakan sudah mati kerana airnya sudah tidak bergerak dan timbunan sampah tindih-menindih. Ibu benar-benar telah mati tetapi Ceper walaupun masih wujud tetapi sudah tidak berfungsi lagi.

TEKNIK PENCERITAAN

1.Pemerian

Ceper pun serupa. .la memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas dari busurnya. Dan pancutan itu menebuk tebing hingga mencipta lubuk yang dalam-dalam, menyusur dasar bersama-sama ikan yang bercahaya matanya, bersama anak-anak dan bapa-bapa udang, bersama lumut yang lembut kehijau-hijauan dan bercahaya seperti manik-manik dipanah cahaya lampu.

2 Dialog

Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita, awak masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ini!

3.Imbas Kembali

Aku masih ingat waktu itu ibu pun mengamuk juga. Dia marah sangat kepada Ceper sampai menyumpah-nyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas

WATAK DAN PERWATAKAN Watak Utama

Cekap bekerja

Ibu boleh melakukan sesuatu kerja dengan cepat bermula selepas Subuh sehingga hampir Maghrib, malah ibu melakukan hampir semua jenis kerja.

Rajin.

Ibu rajin membuat pelbagai kerja menggunakan tulang empat keratnya, tanpa bantuan suaminya yang menjadi kaki burung.

Bermasyarakat.

Walaupun ibu sibuk bekerja, dia tidak lupa untuk menghadiri kenduri-kendara di kampungnya dan menziarahi orang yang meninggal dunia.

Kuat semangat.

Walaupun Sungai Ceper telah memusnahkan padinya akibat banjir namun ibu tidak berputus asa untuk mengusahakan sawahnya semula.

Watak Sampingan Aku

1. Anak tunggal dalam keluarga.

2. Mewarisi pekerjaan keluarga sebagai pesawah.

3. Sudah berumah tangga.

4. Bertanggungjawab

5. Aku bertanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh dan ayahnya yang tua.

LATAR -Latar Masa

1. Masa kini - Aku telah tua. ada anak yang telah besar dan telah bercucu.

2. 10 tahun yang lalu setelah ibu jatuh, lumpuh dan meninggal dunia-ibu sudah tidak dapat bergerak lagi dan kerja-kerja di sawah diteruskan oleh aku dan isteri.

3. 40 tahun yang lalu - Ketika ibu masih muda dan aku masih teruna.

4. Siang - sewaktu ibu turun mengerjakan sawah padinya.

5. Malam - gambaran tentang Sungai Ceper yang tetap cergas.

Latar Tempat

1. Di sebuah desa - tempat tinggal ibu. aku dan ayah.

2. Kawasan sawah padi - tempat ibu dan orang kampung bekerja.

3. Sebatang sungai - tempat anak-anak kampung merangau ikan.

4. Telaga - tempat ibu mengambil air ketika kemarau.

5. Rimba belantara - tempat bapa berdenak ketitir.

6. Sungai Ceper - tempat penduduk kampung termasuk ibu mendapat sumber air.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat petani

2. Mereka mengusahakan tanaman padi secara tradisional. Keluarga aku mewakili sebahagian daripada anggota masyarakat yang mengusahakan tanaman padi secara tradisional seperti menajak dan menyisir selut.

3. Masyarakat yang menghadapi kepayahan hidup.

4. Penduduk di desa aku mengalami kesempitan hidup apabila Sungai Ceper melimpah kerana banjir dan airnya kering sehingga tidak dapat mengairi sawah ketika musim kemarau.

5. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

6. Bapa sanggup menghabiskan masa mendenak burung ketitir di rimba sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarganya.

GAYA BAHASA

1.Kata ganda - kehijau-hijauan

2.Simpulan bahasa - naik angin3.Simile - Ibu tidak lagi cergas waktu malam kerana ibu tidur tergolek bagaikan batang pisang4 Personifikasi -... kudengar ngauman Ceper

5. Hiperbola - ...Ceper yang memukul dan membedal tebing hingga runtuh tanah-tanah, hingga terbongkeh perdu-perdu buluh yang mengapuk tebing

nilaipengajaran

Nilai bertanggungjawab

Sikap bertanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri yang ditunjukkan oleh ibu yang mengusahakan sawah padi bagi menampung kehidupan keluarganya.Kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga agar mereka tidak hidup dalam kesusahan.

Nilai kesabaran

Ibu terpaksa bersabar melayani kerenah suaminya yang kurang memberikan perhatian terhadap kebajikan keluargaKita hendaklah menjaga kerukunan rumah tangga agar tidak berlaku perselisihan faham antara suami dengan isteri.

Nilai kegigihan

Walaupun terpaksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja menyara keluarga.

Kita mestilah menyayangi ibu bapa yang telah tua agar kebajikan mereka terpelihara.

Kita janganlah mencemarkan alam sekitar kerana perbuatan itu akan membawa keburukan kepada masyarakat

BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN

BENTUK SOALAN

Soalan pemahaman cerpen lazimnya ditanya dalam soalan 2(b). Walau bagaimanapun, soalan 2(b) ini akan bertukar ganti antara genre cerpen dengan genre drama yang memperuntukkan sembilan (9) markah keseluruhannya. Terdapat tiga pecahan dalam soalan ini seperti yang berikut:

Soalan (i); pemahaman berdasarkan isi dalam petikan Soalan (ii): soalan kemahiran berfikir Soalan (iii): soalan aspek sastera

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/lengkap.

Peruntukan markah bagi setiap pecahan soalan menggambarkan jumlah isi yang dikehendaki.

Kesalahan bahasa dan ejaan akan menjejaskan markah penuh setiap pecahan soalan.

CERPEN IBU DAN CEPER

Ibu juga bergerak di mana saja dia berada. Kalau di baruh; ibulah yang menajak dan menyisir selut. Ibulah yang pikul gemal dan tanam benih-benih itu dengan tulang empat kerat ibu yang tidak pernah tidak bermaya itu. Kelak ibulah yang mengejar burung apabila padi menguning. Dan ibu jugalah yang menuai apabila padi masak sampai habis gemal-gemal itu dijunjung naik masuk jelapang.

Ceper pun serupa. la memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas dari busurnya. Dan pancutan itu menebuk tebing hingga mencipta lubuk yang dalam-dalam, menyusur dasar bersama ikan-ikan yang bercahaya matanya, bersama anak-anak dan bapa-bapa udang, bersama lumut yang lembut kehijau-hijauan dan bercahaya seperti manik-manik dipanah cahaya lampu.

Aku bersama sahabat-sahabat sebaya bersorak dengan penuh tenaga apabila sekali-sekala kami turun ke lubuknya meragau ikan atau sekadar menyembunyikan pucuk-pucuk buluh bermain acilut.

Selesai sahaja subuh, ibu sudah berada di bumi. Kalau musim bersawah di sawahlah. Kalau musim tetak mengkuang, di payalah. Kalau musim berderau di rumah kenduri atau bersama keluarga menziarahi mayat, ibu ada-ada saja kerjanya.

Begitulah Ceper pun, tetapi waktu malam Ceper cergas juga, malah terasa lebih cergas lagi kerana dari rumahku dapat juga kudengar ngauman Ceper, terutama sewaktu air pasang kerana hujan di hulu turun dengan lebatnya.

i. Bagaimanakah keadaan ibu :aku; semasa Ceper masih aktif? (2 markah)Keadaan ibu aku semasa Ceper masih aktif ialah ibu menajak dan menyisir selut di baruh. Selain itu: ibu juga memikul gemal, menanam benih-benih, mengejar burung dan menuai padi yang masak.

ii. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan untuk membahagiakan ibu?(3 )Pada pendapat saya, cara untuk membahagiakan ibu adalah dengan sentiasa mendoakan kesejahteraannya. Selain itu, saya juga akan membantunya dalam menjalankan kerja-kerja seharian. Di samping itu, saya juga akan sentiasa mendengar dan mematuhi segala nasihat yang diberikan olehnya.

iii. Huraikan satu perwatakan ibu yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu perwatakan ibu daripada keseluruhan cerpen.(4 markah)

Perwatakan ibu yang terdapat dalam petikan ialah seorang yang rajin. Contohnya, ibu: rajin melakukan kerja-kerja di sawah seperti menajak dan menyisir selut, menghalau burung dan menuai padi yang masak. Manakala perwatakan ibu daripada keseluruhan cerpen ialah seorang yang suka bermasyarakat. Misalnya, walaupun ibu sibuk bekerja, dia tidak lupa untuk menghadiri kenduri-kendara di kampungnya dan menziarahi orang yang meninggal dunia.

PRAKTIS 1(permulaan)Sebelum itu ibu tidak pernah berleter apa-apa, malah ibu bagaikan takut pada bapa yang telah menjadi kaki burung ketitir itu hingga semua hal rumah dan keluarga diserahkan bulat- bulat kepada ibu. Tetapi siang itu: sebelum bapa melangkah pergi bersama-sama denak rajanya, ibu menjerit. Nyaring betul suara ibu.

;Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita, awak masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ini!

Mungkin suara ibu macam suara air Ceper yang memukul dan membedal tebing hingga tanah-tanah, hingga terbongkah perdu-perdu buluh yang mengapuk tebing.

Aku masih ingat lagi. Bapa dengan mudah sangkut kembali sarang denaknya ke paku di conggoh dan terus randuk banjir masuk ke dalam petak baruh untuk menolong ibu yang bergelumang dengan air keruh dan sampah sarap. Tetapi bapa tidak boleh buat apa-apa juga.

Himbauan air ceper kuat sangat sehingga bapa sendiri beberapa kali terkial-kial jatuh.

i. Berikan dua perwatakan bapa menurut pandangan ibu.(2 markah)

ii. Pada pendapat anda, nyatakan tiga langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah banjir.(3 markah)

iii. Nyatakan satu persoalan daripada petikan dan satu persoalan daripada keseluruhan petikan.

PRAKTIS 2

Sungai Ceper semakin hari semakin tohor sehingga air sampai paras buku lali. Ikan-ikan terperangkap dan banyak yang mati kerana tidak boleh main air lagi. Sungai menjadi busuk kerana najis tidak boleh mengalir. Hendak mandi menyelam kepala dalam-dalam pun tidak boleh lagi kerana air Ceper betul-betul tohor.

Ibu mengamuk juga. Dia maki-maki Ceper yang boleh jadi begitu sehingga menyusahkan semua. Baruh habis kering. Padi pun kecut di dalam sawah. Yang sudah menguning boleh jadi tahan-tahan sampai benar-benar tunduk. Tetapi banyak yang belum masuk isi habis kering dan mati menjadi jerami begitu saja. Yang kuning pun nampak saja besar biji-biji padinya, tetapi banyak yang hampa kerana kemarau panjang sangat dan air Sungai Ceper tidak boleh menolong langsung.

Dalam hati ibu memang Ceper itu bedebahlah. Ibu tidak turun ke Ceper lagi kerana airnya sedikit. Ibu berbaik dengan telaga. Meskipun telaga di penjuru tanah kami itu amat dalam, ibu tarik juga tali timba membawa naik air ke atas.

i. Berikan dua alasan yang menunjukkan Sungai Ceper tidak selamat digunakan.

ii. Pada pendapat anda: nyatakan tiga tindakan yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah bekalan air di kampung anda.

iii. Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu latar masyarakat lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.

PRAKTIS 3

Ibu terus lumpuh dan tidak boleh bergerak lagi. Hanya mata ibu dan mulut ibu yang rancak bergerak seperti arus Ceper pada usia yang lebih muda. Semenjak itu bapa tidak berdenak ketitir lagi meskipun keliling rumah masih tersangkut sangkar-sangkar ketitir yang berbagai-bagi bentuk.

Itulah zaman menderita yang amat pedih bagi kami sekeluarga. Aku sudah kahwin waktu itu dan sudah pun memperoleh dua orang anak. Mujur juga aku peroleh isteri anak kampung yang tidak pantang turun ke sawah dan tidak takut pada lintah dan pacat. Kami berdualah menggantikan tempat ibu.

Meskipun bapa sudah tidak lagi menjadi kaki burung ketitir, bapa sudah agak tua dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Bapa hanya berada di rumah makan dan tidur saja. Sikit-sikit boleh juga jaga cucu dan picit-picit tubuh ibu: tetapi bapa sebenarnya sudah dimakan tua waktu itu.

Bapa tidak dapat ampu ibu lagi. Pasti juga tidak boleh angkat ibu ke tandas lagi. Mujurlah yang lumpuh cuma ibu seorang. Kalau bapa juga lumpuh, entahlah. Aku tidak dapat membayangkan masalahnya.

Suatu hari. entah bagaimana, aku menjerit kuat sedikit sewaktu ibu sedang berak kerana lama sangat najisnya tidak terbit-terbit. Aku sudah naik kejang kaki tangan kerana lama ampu ibu. Dan aku lihat pipi ibu basah kerana air mata meleleh turun. Isteriku menerpa dan apabila melihat air mata ibu sedang mengalir melalui retak-retak di pipi ibu yang kendur hodoh itu, dia mengambil tempatku.

i. Nyatakan dua keadaan ibu selepas ibu lumpuh.

ii. Pada pandangan anda, bagaimanakah seseorang anak berbakti kepada ibu bapa?

iii. Nyatakan nilai daripada petikan dan satu nilai daripada keseluruhan petikan.

PRAKTIS 4

Itulah detik-detik yang tidak dapat aku lupakan. Aku menyesal dan memohon ampun banyak-banyak daripada ibu. Aku sendiri tidak sedar sewaktu aku menjerit itu.

Barangkali niatku bukan kutujukan kepada ibu, tetapi kepada orang lain. Dan siapa orang lain itu tidak pula dapat aku pastikan. Kalau tidak kepada ibu, kepada siapa lagi kalau bukan kepada diri sendiri.

Hal itu menusuk masuk ke dalam diriku hinggalah ibu meninggal. Ibu meninggal dengan aman damai. Tidak sedikit pun menempuh kerumitan. Malam itu kami sudah pun berkumpul kerana ibu mulai memandang langit. Isteriku membaca Yasin. Aku duduk di sisi ibu sambil berbisik ke telinganya tidak putus-putus agar ibu jangan lupakan Allah.

Ceper masih keruh airnya, tetapi masih sedikit-sedikit boleh mengalir meskipun langkahnya lambat kalau dibandingkan dengan waktu ibu rancak melompat ke sana dan berlari ke sini dulu. Waktu itu Ceper bukan main lagi cergasnya bagaikan hendak bertanding dengan kecergasan ibu sendiri. Tetapi semenjak ibu lumpuh dan kemudian ibu mati, Ceper langsung tidak berbusa dan berombak lagi. Tebing-tebingnya pun tidak ditendang lagi. Lubuk- lubuknya pun tidak dikorek lagi. kerana Ceper mulai kenyang sangat-sangat dengan serbaneka serdak yang bersisa.

i. Berikan dua bukti yang menunjukkan aku menyedari kesilapannya terhadap ibu.

ii. Sekiranya anda ialah 'aku', nyatakan tiga cara yang boleh anda lakukan untuk memulihara Sungai Ceper.

iii. Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.

PRAKTIS 5

Kucintai Sungai Ceper sama seperti kucintai ibu. la bermula dari satu titik dan kemudian berkembang menjadi besar dan akhirnya membentuk dirinya sebagai sebuah sungai yang panjang berliku-liku membawa kejernihan yang benar-benar sejahtera dengan arus yang kuat mendukung ketenteraman. Pasir-pasir yang berbiji halus, batu-batu kerikil yang berkilat mengalir di bawah bersama ikan yang cergas.

Saling tidak tumpah seperti ibu yang rancak ke sana rancak ke sini seperti air terjun. Ibu tidak boleh tinggal diam sepanjang hari, sama seperti air Sungai Ceper yang bergerak bersama ikan, menampar tebing yang berselekoh, memasuki lubuk- lubuk yang dalam. Ibu juga bergerak di mana saja dia berada. Kalau di baruh, ibulah yang menajak dan menyisir selut. Ibulah yang pikul gemal dan tanam benih-benih itu dengan tulang empat kerat ibu yang tidak pernah tidak bermaya itu. Kelak ibulah yang mengejar burung apabila padi menguning. Dan ibu jugalah yang menuai apabila padi masak sampai habis gemal-gemal itu dijunjung naik masuk jelapang.

i. Gambarkan keadaan fizikal Sungai Ceper.

ii. Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan untuk membantu masyarakat petani meningkatkan taraf hidup mereka?

iii. Jelaskan satu perwatakan ibu daripada petikan dan satu perwatakan daripada keseluruhan cerpen.

MEMORI SEORANG TUA Karya Zahari Affandi

Sinopsis

Pak Itam digambarkan seorang sebagai pejuang yang cekal. Dia telah beberapa kali keluar masuk penjara kerana penentangannya terhadap Inggeris. Beliau berhasrat untuk mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85. Beliau turut bercadang untuk menjemput wartawan, mahasiswa universiti serta para penduduk Langat ke majlis berkenan bagi berkongsi kisah perjuangannya. Ketika Pak Itam membaca majalah Mastika lama, beliau tersentuh akan paparan Siti Nurhidayah yang menuntut fasakh ketika beliau ditahan di penjara Singapura. Itulah kali terakhir beliau menatap wajah dua orang anaknya. Izwan dan Nuryani Iman.

Tuk Mat merupakan orang yang banyak membantu Pak Itam menguruskan segala persiapan untuk majlis itu dan turut dibantu beberapa orang pemuda kampung seperti Isa, Latif dan Jali. Pada hari yang ditetapkan, Pak Itam lengkap berbaju Melayu menyambut tetamu. Orang kampung memenuhi tempat berlangsungnya majlis tersebut, namun Pak Itam kecewa kerana tetamu dari jauh masih belum sampai. Tambah mengecewakan Pak Itam kerana wartawan akhbar dan televisyen tidak muncul. Pak Itam merasakan segala pengorbanannya selama ini telah dilupakan.

Apabila tiba waktu Zuhur, Pak Itam masuk untuk menunaikan solat. Kaih yang cemas cuba memberitahu perkara yang berlaku kepada Pak Itam. Apabila Tuk Mat mendekati Pak Itam yang terbaring di sejadah, beliau dilihat sudah meninggal dunia. Tetamu yang hadir membacakan surah Yasin untuk jenazah. Pada ketika itu, datang seorang perempuan tua mendekati jenazah membawa sejambak ros. Tatkala orang ramai tercengang memikirkan identiti perempuan tersebut, Tuk Mat menyapu air matanya dan menganggap hajat Pak Itam untuk bertemu isterinya, Siti Nurhidayah telah tercapai.

TEMA

Semangat patriotik, iaitu tentang keinginan seorang tokoh yang ingin berkongsi memori lampaunya dengan masyarakat.

Pak Itam ingin berkongsi perjuangan yang telah dilaluinya dengan anak cucunya dalam usaha beliau membebaskan negara ini daripada penjajahan.

PERSOALAN 1.Persoalan kesediaan menghadapi cabaran.

Pak Itam terpaksa menempuh halangan dalam perjuangannya, iaitu terpaksa keluar masuk penjara kerana perjuangannya bertentangan dengan dasar pemerintahan pada masa itu.

2.Persoalan rasa tanggungjawab terhadap nasib yang akan dialami oleh anak bangsa.

Atas dasar tanggungjawab. Pak Itam berjuang untuk bangsa Melayu kerana dia ingin melihat bangsanya mendapat pendidikan yang tinggi serta tidak menjadi hamba di negara sendiri.

3.Persoalan jati diri yang teguh.Pak Itam mempunyai jati diri dan pendirian yang teguh dari usia muda sehingga usianya mencecah 85 tahun.

PLOT-Binaan Plot

Permulaan

Mengisahkan kehidupan zaman muda Pak itam yang sering keluar masuk penjara kerana menentang penjajah. Perjuangan untuk memartabatkan orang Melayu amat menebal dalam jiwa Pak Itam.

Perkembangan

Pak Itam melahirkan hasrat beliau untuk mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85 tahun. Sambutan yang julung kali diadakan ini turut bertujuan untuk berkongsi pengalamannya sebagai seorang pejuang. Pak Itam juga turut menyatakan harapannya untuk melihat anak bangsanya hidup dengan sempurna dan bebas daripada sebarang bentuk penjajahan. Tetamu yang hadir pada sambutan majlis hari jadinya agak kurang dan ini menjadikan Pak Itam berasa sedih dan beranggapan bahawa pengorbanannya selama ini kian dilupakan.

Klimaks

Pak Itam menghembuskan nafas terakhirnya di atas sejadah. Orang ramai yang hadir membaca surah Yasin untuknya.

Peleraian

Kehadiran seorang wanita yang sudah berumur pada hari kematiannya membawa sejambak ros merah menjadikan penduduk kampung tertanya-tanya. Hanya Tuk Mat mengerti dan berfikir dalam hatinya, hajat Pak Itam kesampaian juga.PENCERITAAN

Pemerian

Pak Itam toleh kiri kanan. Pokok pisang, pokok lengkuas. serai, betik dan rumput-rampai sekitar rumahnya mengangguk perlahan ditiup angin pagi. Nyaman benar hidup di perkampungan, tetapi...

Dialog

Dah kaujemput budak-budak surat khabar? tanya Pak Itam.

"Sudah! jawab Tuk Mat.

Imbas Kembali

Tiba-tiba hatinya dipintali kesayuan. Di mana Siti Nurhidayah? Di mana lzwan dimana Nuryani Iman? Sudah berpuluh tahun berpisah.

Monolog dalaman

Pak Itam sudah berfikir-fikir, budak-budak surat khabar sudah tentu akan mengerumuninya, menghulur berbelas, mungkin berpuluh kaset perakam suara mahu menemu ramahnya.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak UtamaPak Itam

i. Berasal dari Kuala Semantan, Pahang.

ii. Berumur 85 tahun.

iii. Mempunyai isteri iaitu, Siti Nurhidayah dan dua orang anak, iaitu lzwan dan Nuryani Iman yang terpisah sejak isterinya meminta fasakh ketika dia di penjara.

iv. Mempunyai seorang anak angkat bernama Sidah.v. Suka membaca. -, Pak Itam suka membaca akhbar dan majalah di kerusi malas di kaki lima rumahnya.vi. Seorang nasionalis tulen. - Pak Itam berjuang bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk bangsanya.vii. Seorang yang taat akan perintah agama,- Pak Itam sentiasa beribadat dan menggunakan waktu malam untuk mendekatkan diri kepada tuhan.viii. Baik hati - Pak Itam bersedia melayan tetamu yang datang untuk bertemu dengannya di rumah.

Watak Sampingan

Tuk Mat

Bekas anggota polis.

Jiran Pak Itam.

Bertubuh sasa, kulit dan batang lengannya masih pejal dan kemas.

Rajin. - beliau banyak membantu Pak Itam dalam usaha mengadakan sambutan hari lahirnya.

Boleh diharapkan dan berdisiplin -, hal ini diakui oleh Pak Itam apabila membandingkan sifat anak-anak muda seperti Isa dan Latif dengan watak Tuk Mat.Siti Nurhidayah

Bekas isteri Pak Itam yang menuntut fasakh ketika Pak Itam berada di dalam penjara.

Sempat hadir pada hari kematian Pak Itam.

Mempunyai dua orang anak, iaitu lzwan dan Nuryani Iman.

LATAR Latar Masa

i. Sehari sebelum hari lahir Pak Itam yang ke-85 tahun- Tuk Mat danpenduduk kampung sibuk menguruskan persiapan untuk majlis kenduri sempena hari jadi Pak Itam.

ii. Sebelum Zuhur - Pak Itam masih menanti. Dia amat kecewa. Tuk Mat menyuruhnya berehat.

iii. Selepas Zuhur - Kiah menjerit memberitahu Tuk Mat bahawa Pak Itam sakit. Pak Itam meninggal dunia dan bacaan Yasin diadakan.

Latar Tempat

i. Kediaman Pak Itam dan halaman rumahnya- tempat majlis kenduri sempena hari jadi Pak Itam dan pameran diadakan .

ii. Di kaki lima rumah Pak Itam - tempat Pak Itam duduk sambil membaca akhbar dan majalah seharian di atas kerusi malas.

iii. Kampung Pak Itam di Hulu Langat- perkampungan yang nyaman tetapi mula tercemar apabila dua buah kilang dari Korea dan Jepun mula beroperasi.

iv. Penjara di Singapura - Siti Nurhidayah, isteri Pak Itam datang bersama dua orang anaknya membawa surat kadi meminta fasakh ketika Pak Itam meringkuk di situ.

Latar Masyarakat

i. Masyarakat pejuang yang mencintai bangsa dan negara.

Pak Itam sanggup keluar masuk penjara kerana menentang Inggeris demi sayang akan bangsa dan negara.

ii. Masyarakat penulis dan wartawan.

Pak Itam mewakili golongan masyarakat yang menentang penjajah menggunakan mata pena.

iii. Masyarakat kampung yang masih mengamalkan amalan gotong royong serta bekerjasama.

Tuk Mat dan beberapa orang pemuda kampung yang membantu Pak Itam mengadakan majlis sambutan hari jadi Pak Itam secara besar-besaran.

GAYA BAHASA

Simile - ...kian mengecil seperti sebiji debu

Peribahasa - seperti enau di belukar

Metafora -tangisan ketakwaanPenggunaan Bahasa Inggeris - vision: Happy Birthday To You

Personifikasi - Pungguk di belakang rumah terus merintih: merindu bulan...

nilaipengajaran

Nilai cinta akan negara

Pak Itam berjuang untuk membebaskan anak bangsanya daripada dibelenggu kemiskinan dan mahu melihat anak bangsanya mendapat pendidikan tinggi.Kita hendaklah cinta akan bangsa dan negara agar tidak dijajah oleh bangsa lain.

Nilai bekerjasama

Semua penduduk kampung tidak kira muda atau tua berganding bahu menjayakan persiapan majlis sambutan hari jadi Pak Itam.Kita wajarlah saling membantu dalam setiap usaha agar pekerjaan menjadi mudah.

Nilai pengorbanan

Pak Itam sanggup menolak jawatan sebagai majistret demi cinta akan bangsa dan negara.Kita hendaklah sentiasa mentaati perintah tuhan dengan meningkatkan amal ibadah agar mendapat kesenangan di kemudian hari.

Kita haruslah mengenang jasa tokoh yang banyak berkorban untuk bangsa dan negara walaupun masa berubah.

PRAKTIS 1

Pak Itam toleh kiri dan kanan. Pokok pisang, pokok lengkuas, serai, betik, dan rumput-rampai sekitar rumahnya mengangguk perlahan ditiup angin pagi. Nyaman benar hidup di perkampungan, tetapi kenyamanan ini kian tergugat dari hari ke hari, lepas sebuah, ke sebuah bangunan kilang didirikan, satu dari Jepun dan yang satu lagi dari Korea.

Walaupun Pak Itam tidak berapa berkenan, tetapi dia terpaksa mengangguk juga, memandangkan kian ramai anak muda yang menganggur di perkampungan itu. Anak muda, seperti enau di belukar. walau bagaimanapun payah untuk melonjak naik, dihalang oleh pelbagai akar dan dahan-dahan pokok, tetapi ia terus juga memanjat menindih, memijak yang lain untuk melihat cahaya matahari.

Anak muda, kalau tidak ada kerja, macam-macam benda yang tidak baik boleh berlaku, jadi mahu tidak mahu, Pak Itam terpaksa menerima hakikat ini. Pak Itam sedar. zaman sekarang ini ialah zaman untuk mengisi kemerdekaan, bukan lagi zaman protes-memprotes melulu. Zaman dia dahulu lain. Orang Putih memang cekik darah, mulutnya manis, tetapi perutnya busuk dan cemar. Sebab itu, separuh daripada hidup Pak Itam hanya di dalam penjara. Keluar masuk penjara, sehingga kehidupan zaman remajanya kering, bagaikan rumput-rumput pada musim kemarau.

i. Nyatakan dua tanggapan Pak Itam tentang keadaan zaman sekarang.

ii. Pada pendapat anda, mengapakah ramai anak muda yang menganggur sering dikaitkan dengan kegiatan yang tidak bermoral?

iii. Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan dua dari keseluruhan cerpen.

PRAKTIS 2

Pak Itam mengiring langkah Tuk Mat yang bertubuh sasa itu dengan perasaan yang penuh kesyukuran. Budi Tuk Mat bukan sedikit, kalaulah Tuk Mat tidak ada, hajat dan niatnya sudah tentu tidak akan tercapai.

Kalau harapkan dia untuk menguruskan segala-segalanya. manakan terdaya. Usahkan untuk ke sana ke mari, mahu mengheret punggung sendiri pun rasanya sudah tidak terdaya. Tuk Mat dan keluarganya dirasakan sudah jadi bukan orang lain lagi. Rogayahlah yang menjaganya. Halimah anak gadisnya, bersama-sama Rokiah, selang berganti, menghantar nasi dan mengambil kain baju untuk dicuci. Yang memeningkan kepala Pak Itam, apabila dibagi duit, baik Tuk Mat, isterinya, Halimah dan Rokiah semuanya menolak. Moga-moga Tuhan sahaja yang akan membalas budi Tuk Mat sekeluarga.

Selepas sembahyang asar, ketika Pak Itam menghulur kepala ke luar tingkap, semua khemah sudah terdiri, kain belon yang berwarna-warni, biru, merah, kuning dan hijau, semuanya ada lapan buah, beralun dan berombak ditiup angin petang.

Isa, Latif, dan Jali tersengih di bawah khemah dekat busut jantan yang dikelilingi oleh rumpun pohon pisang lemak manis. Mereka berhenti rehat setelah habis menampal dan menyusun atur segala potongan akhbar, majalah, buku-buku, dan gambar-gambar Pak Itam untuk pameran.

i. Apakah pertolongan yang diberikan oleh keluarga Tuk Mat kepada Pak Itam.

ii. Pada pendapat anda: apakah kebaikan amalan saling membantu dalam masyarakat?

iii. Jelaskan satu perwatakan Tuk Mat berdasarkan petikan di atas dan satu perwatakan Tuk Mat dalam keseluruhan cerpen.

PRAKTIS 3

Pak Itam masih berdiri di pintu pagar menunggu tamu. Walaupun hari sudah tinggi, tamu yang jauh masih tidak nampak muka. Tempat letak kereta hanya ada dua tiga buah. Kereta yang lalu-lalang, bas dan teksi meluncur laju, tidak nampak oleh Pak Itam tanda-tanda akan berhenti. Di manakah jemputan yang lain? Di manakah budak-budak surat khabar? Televisyen pun tidak ada. Yang datang hanya anak-anak Langat, itu kerana adanya kumpulan Kopratasa.

Pak Itam tiba-tiba menjadi sayu. Terlalu cepat orang melupakan jasa dan pengorbanan orang tua. Pak Itam bukan minta disanjung. Pak Itam bukan minta dihormati tetapi sekadar ingin bersua muka. Pak Itam menarik sapu tangan dalam poket baju Melayunya, terketar-ketar menyapu peluh yang mulai merintik di seluruh mukanya.

Tuk Mat yang ikut mengerumuni pentas, terpesona dengan persembahan Teater Malini, cepat terasa. Dia terus mendapatkan Pak Itam yang masih tercegat di pintu pagar menunggu tamu, tetapi tamu yang diharapkan tidak datang.

Saya dah jemput semuanya, pak, orang surat khabar dan pihak TV saya hantar sendiri. Tuk Mat bersuara, ingin membela dirinya apabila melihat keredupan di wajah Pak Itam.

i. Mengapakah Pak Itam berasa sayu?ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk meningkatkan kesedaran pelajar agar tidak melupakan jasa pejuang tanah air?

iii. Huraikan satu persoalan berdasarkan petikan di atas dan satu persoalan berdasarkan keseluruhan cerpen.

PRAKTIS 4

Pak Itam sudah terfikir-fikir, budak-budak surat khabar sudah tentu mengerumuninya, menghulur berbelas, mungkin berpuluh kaset perakam suara mahu menemu ramahnya.

Sudah jelas dalam kepala Pak Itam, kalau ditanya kenapa merayakan hari jadi di kampung, di tengah hutan pokok-pokok pisang, pokok rambutan, langsat, duku. manggis. durian, rambai, dan macam-macam. bukan di hotel besar, di bawah lampu neon yang berwarna-warni, selesa dalam dewan yang terhampar dengan permaidani dan segar dengan serapan alat hawa dingin, Pak Itam senang sahaja menjawabnya; kalau buat di hotel selain daripada tidak berkemampuan. orang kampung tidak akan merasa, rakyat marhaen tetap terkulat-kulat menggigit jari. Bukankah dia pemimpin rakyat marhaen? Kalau dia mahu jadi kaya, buat apa dia masuk keluar penjara kerana membela hak dan maruah mereka? Kalau dia mahu kaya dari dahulu lagi dia sudah jadi jutawan, bukanlah dia anak Melayu pertama jadi majistret di Malaya. Belajar di tanah Inggeris. Orang Melayu masa itu huruf A pun dikatakan kayu pangkah, bukankah peluang untuk menjadi orang kaya menganga di depan mata? Pak Itam tidak mahu. kalau dia mati. matanya tidak akan tertutup rapat kalau memijak kepala anak bangsanya untuk mencari kepentingan diri.

i. Pada fikiran Pak Itam. apakah perkara yang akan ditanya oleh budak-budak surat khabar kepadanya?

ii. Pada pendapat anda: apakah kelebihan tinggal di kampung?

iii. Jelaskan satu latar masyarakat berdasarkan petikan di atas dan satu latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen?

PRAKTIS 5

Telegram Sidah dan suaminya dari UK yang tiba semalam dibacanya lagi, Moga-moga abah sihat dan panjang umur. Ringkas sahaja tulisannya.

Lepas itu dia tersilau sekeping gambar lamanya yang sudah kuning-kuning dan berbintik-bintik. Masa muda, dia handsome juga, di sebelahnya duduk Pak Berahim yang sama-sama memimpin PKMM di Singapura. Pagi petang, siang malam mereka bersama-sama, lepas itu berlabuh di gerai mamak serbat di Cecil Street, di depan pejabat Utusan Melayu.Wajah kawan-kawan lamanya mulai menerawang dalam kepalanya. Walaupun sudah berusia 85 tahun, tetapi ingatan Pak Itam masih baik. Dia teringat muka Si Mamat, Pak Rahim, Haji Badarudin, Si Melan, Si Osman, Kamaludin, Awang, dan teman-teman sasterawan yang menggunakan nama pena mereka, menerusi puisi, cerita pendek, dan novel mengutuk Inggeris dan menerapkan semangat kebangsaan ke dalam diri orang-orang lain. Tanah yang bersejarah, tempat tercurahnya air mata orang Melayu sudah hilang. Pak Itam tidak tahu, hendak dilempar ke manakah salah dan kecuaian ini? Yang jelas dalam kepalanya ialah kesalahan pucuk pimpinan orang Melayu ketika itu. Pak Itam rasa tidak merelakannya, tetapi untuk apa mahu ditangisnya lagi, semuanya sudah berlalu. Yang penting, apa yang berlaku, akan menjadi peringatan kepada anak cucu cicitnya. Hak dan tanah air. maruah bangsa dan agama tidak ternilai harganya. Hanya nyawalah taruhannya.

i. Apakah kenangan yang terlintas di fikiran Pak Itam setelah melihat sekeping gambar lamanya?

ii. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang harus ada pada seorang pemimpin pelajar?

iii. Nyatakan satu pengajaran berdasarkan petikan dan satu pengajaran berdasarkan keseluruhan cerpen.

ISRAK-Karya Erda Roslan Khairi SINOPSIS

Cerpen Israk mengisahkan Adam iaitu anak tunggal Wah, telah balik ke kampung bersama-sama isterinya Siti Hawa dan anak-anaknya, Israk dan Mikraj di Kampung Sayong Perak. Keadaan rumah yang serba kekurangan dari segi kemudahan asas dan keselesaan menyebabkan anaknya Israk berasa kurang senang dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung . Namun adiknya Mikraj suka akan suasana kampung dan menyebabkan mereka sering bertikam lidah. Hal ini berlaku kerana Israk telah dibesarkan di luar negara. Tindakan Israk yang sering menghina dan menggores perasaan Wah menimbulkan rasa kurang senang Mikraj dan dia sering mempertikaikan perbuatan Israk terhadap Wah. Perbezaan pendapat ini telah mencetuskan perang mulut antara mereka. Namun Wah tidak suka mereka bertengkar bagai anjing dengan kucing dan mahu mereka berbaik-baik semula walaupun hati Wah terluka. Suatu hari, bekalan air paip di kampung Sayong telah terputus menyebabkan Mikraj mencadangkan agar abangnya mandi di sungai. Namun, Israk telah terjatuh dan Wahlah yang berusaha menyelamatkan Israk sehingga naik ke tebing. Akhirnya, Israk insaf dan berubah. Dia mula memakai baju Melayu, makan nasi, dan mencari jering serta tempoyak untuk dimakan.

TEMA

Perbezaan budaya dan kehidupan dalam sebuah keluarga sehingga mencetuskan pertentangan pandangan dan nilai.

Israk yang dibesarkan di Perth, Australia mempunyai pandangan yang berbeza dengan adiknya tentang kampung, kehidupan dan diri neneknya Wah.

PERSOALAN

1.Persoalan jati diri

Israk yang dibesarkan di Perth Australia tidak mempunyai jati diri ketimuran akibat persekitaran dan cara dia dibesarkan. Hal ini bertentangan dengan sifat adiknya Mikraj yang lebih kukuh dan teguh jati dirinya dengan adat ketimuran.

2.Persoalan kasih sayang seorang nenek terhadap cucunya.

Wah seorang nenek yang menyayangi cucunya, walaupun cucunya amat ego dan selalu melukakan hatinya namun Wah tetap sabar. Hal ini terpancar apabila Wah menyelamatkan Israk yang hampir lemas dengan tenaga tuanya.

3.Persoalan tanggungjawab bapa terhadap keluarga

Adam menjalankan tanggungjawabnya kepada anak-anak. Dia membiasakan anak-anak dengan kehidupan kampung di tempat dia dibesarkan agar anak- anaknya tidak sombong dan lupa diri kerana biasa hidup mewah di bandar.

PLOT-Binaan Plot

Permulaan

Adam, Siti Hawa, Israk dan Mikraj telah pulang ke rumah Wah di Kampung Sayong. Israk anak teruna Adam, kelihatan kurang selesa dengan suasana di kampung kerana selama ini dia dibesarkan oleh datuknya di Perth Australia.

Perkembangan

Mikraj, adik kepada Israk seorang remaja yang mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung. Israk pula ego dengan statusnya sebagai orang bandar dan bakal bergelar ahli korporat. Perselisihan pendapat antara dua beradik ini semakin memuncak apabila kelakuan dan tingkah laku Israk semakin keterlaluan terhadap Wah. Israk tidak patut menyakiti hati Wah kerana Wahlah yang menjaganya sejak berumur sehari. Pertikaman lidah antara dua beradik itu berlarutan dan telah menyebabkan Wah masuk campur serta menasihati kedua-dua cucunya agar jangan bertekak pasal dirinya lagi.

Klimaks

Keputusan air di kampung Sayong telah memaksa Israk ke sungai untuk mandi, setelah dicabar oleh adiknya Mikraj. Israk telah terjatuh ke dalam sungai dan telah diselamatkan oleh neneknya.

Peleraian

Israk keluar dari bilik dengan berpakaian baju Melayu telah mengejutkan keluarganya. Israk mulai mencedok nasi dan gulai malah mencari jering dan tempoyak yang merupakan makanan yang paling tidak disukainya.

TEKNIK PENCERITAAN

Teknik Dialog

Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang menjadi ahli korporat nanti, rayu Mikraj.

Tak perlu! Israk menghayun kata-kata

Teknik Imbas Kembali

Mikraj teringat akan peristiwa yang berlaku pada Wah semasa muda. Ketika Wah masih remaja (tidak seperti remaja pada masa kini), Lebai Saleh pernah bertakhta di hati Wah. Tetapi terpisah setelah Lebai Saleh mengaji di Mesir. Mikraj tersentak daripada lamunan yang melangit ketika Wah mengacaunya.

Teknik Pemerian

Pagi nirmala. Camar menyanyi mesra bersaing dengan cengkerik menunjuk ketangguhan. Daun-daun melambai-lambai setenang air Sungai Perak. Bot tambang sudah mula beroperasi.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama-Israk

Anak teruna Adam dan Siti Hawa.

Merupakan cucu sulung Wah.

Ego dan sombong - Israk tidak selesa tinggal di kampung dan makan makanan kampung. seperti petai dan jering.

Biadap - Dia sering menyindir dan merungut tentang ketidakselesaan tinggal sehingga menyakiti hati neneknya.

Degil - Dia tidak menghormati Wah sebagai neneknya walaupun dinasihati oleh Mikraj.

Insaf- Dia sedar akan kesalahannya setelah dia jatuh ke dalam sungai dan diselamatkan oleh Wah.

Mikraj

Anak kedua pasangan Adam dan Siti Hawa.

Adik perempuan Israk dan cucu kedua Wah.

Berjiwa seni - dia berminat dalam bidang sastera dan mengajak Israk berkenalan dengan alam.

Penyayang - dia amat menyayangi Wah.

Bertanggungjawab - Tidak suka akan tindakan dan sikap abangnya yang keterlaluan terhadap neneknya Wah.Wah

Merupakan ibu kepada Adam dan nenek kepada Israk dan Mikraj.

Sudah lanjut usia tetapi masih kuat dan bertenaga.

Alim dan taat akan agama - dia sentiasa berwuduk .

Penyayang - dia amat menyayangi cucu-cucunya.

Tabah - Wah memelihara anaknya seorang diri setelah kematian suaminya yang meninggal dunia sebelum kelahiran anak mereka.

LATAR

Latar Masa

Musim durian

Pada waktu pagi - Israk jatuh di sungai ketika hendak mandi akibat ketiadaan air paip.

Kebanyakan peristiwa berlaku pada waktu siang.Latar tempat

Kampung Sayung iaitu tempat tinggal Wah.

Sungai Perak iaitu sungai yang terletak di tepi rumah Wah.

Rumah kayu milik Wah.

Latar Masyarakat

Masyarakat yang menghormati orang tua - Mikraj amat menghormati Wah Masyarakat muda yang sukar menyesuaikan diri dengan suasana kampung

Israk tidak selesa tinggal di kampung dan makan makanan kampung. seperti petai dan jering.

Masyarakat yang bertanggungjawab

Mikraj tidak suka akan tindakan dan sikap abangnya yang keterlaluan terhadap neneknya Wah.

Masyarakat yang penyayang

Wah amat menyayangi cucu-cucunya.

GAYA BAHASA

Simile

pantas dan teratur sekali laksana seorang primadona.

Dialog

Lama sampai? aju Wah dan salam dihulurkan oleh tetamu dari Bukit Antarabangsa itu disambut dengan pantas.

Baru".Adam, anak tunggal Wah, segera menjawab.

Peribahasa

Sudah terhantuk baru tengadah

Macam anjing dengan kucing .Bagai air dengan minyak. Entah bila akan bercantum.

Cari-cari bulu ayam bercantum jua akhirnya.

Personifikasi

Daun pokok pisang melambai-lambainya seolah-olah mengeji.

Metafora

Bara kata-kata

NilaiPengajaran

Nilai menghormati ibu bapa.

Israk menolak baik pelawaan ayahnya untuk makan durian bersama-sama keluarganyaKita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita terutama dari segi percakapan dan perbuatan kita.

Kita mestilah mengetahui asal usul kita agar kehidupan kita selari dengan kehendak agama dan masyarakat.

Nilai kasih sayang

Wah amat menyayangi anak cucunya, sehingga sanggup menggunakan tenaga tuanya untuk menyelamatkan cucunya yang jatuh ke dalam sungai walaupun Israk selalu menyakiti hatinya.Kita mestilah berterima kasih terhadap apa-apa bantuan yang telah diterima

Nilai keprihatinan

Mikraj amat prihatin akan perasaan neneknya yang sentiasa terguris dengan perbuatan dan kata-kata abangnya yang seolah-olah mengejek dan memperlekehkan kehidupan miskin neneknya.Kita haruslah menjaga perlakuan dan kata-kata kita terhadap sesiapa sahaja agar orang di sekeliling kita tidak merasa tersinggung dan kurang senang kepada kita.

Nilai ketabahan.

Wah amat tabah membesarkan anaknya tanpa kehadiran suami.Kita haruslah sentiasa bersyukur terhadap apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita.

PRAKTIS 1

Wow, lawanya! Mikraj berteriak ketika melihat isi buah durian yang keemas- emasan itu.

Seperti biasa pilihannya ialah kucing tidur. Siti Hawa turut berebut dengan anak gadisnya itu. Tetapi, yang tua biar beralah. Panjang umur, esok lusa boleh rasa. Israk tidak menyentuh walau sedikit pun buah-buahan tempatan itu. Dia tidak berbangga merasai buah-buahan tempatan secara percuma, tidak seperti di kota. Israk sugul. Matanya seolah-olah memperli keadaan sekeliling. Hidungnya pula mengejek aroma buah-buahan di hadapannya.

Israk, rasa ini, Adam menghulur sepulur durian.

Bertambah muaklah Israk. Dia menolak dengan baik. Maklumlah di hadapannya kini seorang wira keluarga. Israk terpaksa berlakon untuk memenuhi kehendak wira itu.

Dulu. buah dari kebun Wahlah yang menghantar pa menjadi seorang insan yang dominan. Pa bersyukur kerana Dia Yang Maha Kaya menganugerahkan rezeki seperti ini. Kalau tidak sudah tentu muka pa ini orang boleh jumpa di tapak binaan atau di ladang kelapa sawit. Adam bersuara untuk menyedarkan Israk akan asal usulnya.

i. Apakah reaksi Israk sewaktu dihidangkan buah-buahan tempatan?

ii. Pada pendapat anda, apakah kelebihan makan buah-buahan tempatan?

iii. Nyatakan nilai dalam petikan dan nilai dalam keseluruhan cerpen?

PRAKTIS 2

Cekodok aje? Airnya pula macam air Sungai Kelang! rungut Israk bagaikan tuan besar.

Abang ni macam perempuan. Cerewet tidak semena-mena. Makan sajalah! Atau abang mati kebuluran. Asap kemarahan dilepaskan sedikit demi sedikit.

Buang masa saja tinggal di sini! Bara kata-kata Israk itu memanaskan lagi telinga Mikraj.

Bersarang perasaan geramnya di dalam hati apabila Israk beredar. Lagak Israk menewaskan orang yang berlagak. Dia masih belum sedar daripada mimpinya. Agaknya kalau ditimpa musibah baru dia akan sedar. Sudah terhantuk baru tengadah.

Israk menekan punat televisyen. Malangnya tiada apa-apa pada skrin. Kaca TV hitam sahaja. Israk mencebik.

TV pun rosak! Sengaja ditinggikan suaranya seperti 'injak naik yang menaikkan jumlah voltan arus yang mengalir.

Dengan sopan kerusi ditolak ke bawah meja. Mikraj menapak ke ruang tamu seluas 4 m x 6 m itu. Mata bundarnya memandang Israk yang mundar-mandir di situ. Bagaikan cacing kepanasan. Sesungguhnya dia tidak serasi dengan situasi di situ: di rumah Wah, Kampung Sayong.

i. Mengapakah Israk dikatakan cerewet?

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya kita menyesuaikan diri apabila berada di tempat orang lain?

iii. Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu lagi daripada keseluruhan cerpen.

PRAKTIS 3

Jering tempoyak lagi! rungut Israk.

Terkedu Wah mendengarnya. Hati Wah luruh sedikit. Wah berasa rendah diri, serendah mutiara di lautan. Dipandangnya al-Maidah di atas meja. Itulah yang dimakannya hampir saban hari. Israk sahaja yang tidak mengerti.

Abang jangan cari pasal dengan saya. Kalau abang tak gemar, makan rumput. Harap belajar saja tinggi, tapi...

Tapi apa? Tapi aku bodoh? Israk berang.

Tengok tu. Membabi buta! Mikraj mengherdik.

Menyesal tinggal di sini. Israk berkawad meninggalkan dapur.

Kalau menyesal, baliklah KL! Tahukah abang cari bas? Beranikah naik bot tambang? sempat juga Mikraj melepaskan peluru perli ke atma Israk

Geram Israk memuncak. Dia mengganas dengan merentap langsir kuning raja Wah. Tupp! Dawai langsir terputus dan langsir menjilat lantai kayu merbau itu. Wah memandang Mikraj dan langsir silih berganti.

i. Apakah perasaan Wah selepas mendengar rungutan Israk tentang makanan yang dihidangkan di atas meja?

ii. Sekiranya anda Mikraj, apakah yang patut anda lakukan untuk menyedarkan Israk daripada keegoan dirinya?

iii. Huraikan satu perwatakan Israk yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan lagi daripada keseluruhan cerpen.

PRAKTIS 4

Israk memandang Mikraj, Mikraj tunduk. Israk bangun, Mikraj berundur.

Mengapa paksa aku? Aku bukannya nak jadi petani. Nanti aku bergelar ahli korporat.

Abang terlalu bangga, riak, ujub, sombong, bongkak, dan takbur! Kalau Allah tarik balik rezeki tu, macam mana? Abang jadi apa? Ahli keparat? Andai kata negara memajukan sektor pertanian, abang ke mana? Mungkin abang jadi ahli keparat yang memetik buah-buahan tempatan. Tak mustahil semua ini akan berlaku

Aku bukan kau. Kalau kau pergi, kau boleh cipta lima enam puisi. Tapi, kalau aku, ia hanya membuang masa. Lebih baik aku duduk di rumah saja.

Abang mahu jadi teruna yoghurt?" uji Mikraj.

Lebih baik daripada kau yang liar tu, sambung Israk membela diri sekali gus menggelapkan lagi warna merah di jiwa Mikraj.

"Kalau abang kata saya liar, abang tu lagi liar. Akar hati abang ke sana ke mari mencari kesalahan orang. Pucuk hati abang pula menari tanda riak, ujub, sombong, berlagak! Bom radang Ghaza dilepaskannya.

Hii, mengapa gaduh-gaduh ni! Adik-beradik tidak manis bertikam lidah. Kata orang tua-tua carik-carik bulu ayam bercantum jua akhirnya. Tapi, kamu berdua ni bila nak bercantum? Wah mula masuk campur.

i. Mengapakah Mikraj menyatakan bahawa Israk seorang yang liar?

ii. Pada pendapat anda, apakah cara untuk melahirkan remaja yang memiliki keteguhan jati diri?

iii. Nyatakan latar masyarakat dalam petikan dan latar masyarakat dalam keseluruhan cerpen.

PRAKTIS 5

Wah pandang Israk. Israk tunduk malu. Wah selami kolam mata Israk, Israk tersipu-sipu. Mutiara mata Wah luruh, tetapi Israk tidak pula.

Selamat juga cucu Wah ini, kata Wah lembut sambil tangannya mengusap kepala Israk.

Israk menepis.

Rumah Wah riuh. Hawa menghidang makanan. Wah membasuh apa yang patut.

Mikraj menolong juga. Adam sudah hendak duduk. Israk? Hampir separuh hari Israk berkurung di dalam bilik. Makan tidak, minum tidak. Solat? Wallahualam.Israk keluar dengan berbaju Melayu. Semua mata memandang Israk. Israk menarik kerusi, semua mata memandang kerusi. Israk duduk, semua mata terarah ke tubuh Israk. Israk mencedok nasi, semua mata memandang senduk nasi. Israk menimba gulai, semua mata memandang mangkuk gulai. Israk bersuara, semua memasang telinga.

Wah, mana jering dan tempoyak?"

i. Apakah tindakan Israk selepas keluar dari biliknya?

ii. Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak-anak?

iii. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lagi daripada keseluruhan cerpen.

PEMAIN CATUR Karya Zaharah Nawawi SINOPSIS

Enam beradik daripada keturunan ternama dalam permainan catur iaitu Uj, Ul, Us, Uk, Ur dan Um. Mereka terkenal kerana berketurunan al-Hakam iaitu rakan sepermainan Abu Bakar Muhammad Yahya as-Suli, iaitu salah seorang daripada dua pemain shatrani yang disegani di dunia. Uj merupakan anak sulung dalam keluarga tersebut mengajak Um adik bongsunya berlawan permainan catur. Bagi Uj, Um ialah adik yang paling mudah untuk dibentuk berbanding adik-beradiknya yang lain. Dia berharap Um dapat menggantikannya sebagai tonggak keluar. Um semakin berminat untuk bermain catur setelah mendengar kisah kehebatan pemain catur ternama di dunia. Kempen Uj berhasil. Uj mengajak Um berlawan catur untuk menguji pengetahuan. Um menolak dengan alasan bahawa dia hilang tokus ketika bermain kerana memikirkan soal ibunya yang sedang sakit. Um terpaksa menerima cabaran Uj untuk berlawan catur secara terbuka. Perlawanan berlangsung dengan sengit. Ahli keluarga yang lain tidak menyenangi perlawanan tersebut. Uj hampir kalah. Um berkalih untuk minum. Beberapa detik kemudian buah caturnya telah berubah. Um segera mengalih semula buah catur tersebut. Uj tidak berpuas hati lalu menjerit dan menghentak meja. Uj menuduh Um penipu dan memaksa Um mengaku kalah. Um ke bilik air mencuci muka untuk menenangkan diri. Sekembalinya ke meja apabila duduk. kakinya terkuis sebotol asid di bawah meja. Um berasa amat sakit. Ibunya yang ketika itu sedang sakit berasa amat hiba sehingga diserang angin ahmar. Keadaan semakin haru-biru: tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab meletakkan botol asid itu. Berlaku tuduh menuduh antara Um dengan Uj. Ibu meminta mereka bertenang namun, diabaikan. Keluarga tersebut mula berpecah kepada dua, iaitu ada yang menyokong Uj dan ada yang menyokong Um.

TEMA

Keruntuhan moral dalam institusi kekeluargaan yang menyebabkan berlakunya perpecahan.

Sikap tidak mahu mengalah dan bertolak ansur menyebabkan berlakunya pergaduhan antara Uj dengan Um. Mereka sanggup bertelingkah hanya kerana permainan catur. Malah pergaduhan itu juga telah menyebabkan perpecahan dalam keluarga mereka. Ibu mereka yang sedang sakit juga telah diabaikan.

PERSOALAN 1.Persoalan sikap bangga yang menguasai diri.

Sikap Uj dan Um yang tidak mahu mengalah dan mahu menang menyebabkan mereka bertelagah. Sedangkan hubungan mereka adalah sedarah iaitu adik- beradik.

2.Persoalan keharmonian dalam keluarga harus diutamakan.

Ibu yang sedang sakit amat risau tentang pergaduhan anak-anaknya yang boleh menyebabkan keharmonian terganggu.

3.Pengkhianatan sesama ahli keluarga.

Ahli keluarga terutama Uj dan Um bertindak di luar batasan semata-mata untuk menentukan kehebatan mereka dalam permainan caturPLOT-Binaan Plot

Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

Permulaan

Cerita dimulakan dengan apabila Um mengajak Uj berlawan catur bagi menentukan siapa yang lebih hebat.

Perkembangan

Uj berusaha menanam semangat dalam permainan catur kepada adiknya agar mengulangi sejarah kecemerlangan keluarga mereka sebagai pemain catur terhebat. Cerita diteruskan lagi dengan Uj dan Um mula berlawan catur. Perlawanan berlangsung dengan sengit untuk mencari kemenangan.

Konflik

Uk berbisik kepada Uj kononnya Um sedang membaca buku catur besar dan tebal yang dibelinya dari luar negara untuk mengalah Uj dan mendapatkan kehormatan keluarga.

Klimaks

Pengkhianatan berlaku apabila kaki Um terkena asid yang diletakkan di bawah meja catur.

Peleraian

Ibu mereka diserang angin ahmar dan keluarga mereka berpecah kepada dua. Satu pihak menyokong Um dan satu pihak lagi menyokong Uj.

TEKNIK PENCERITAAN

Pemerian

Pengarang menceritakan tentang watak Uj yang telah berjaya memperoleh gelaran IGM dalam permaian catur.

Perbualan di antara Uj dengan Um ketika hendak memulakan perlawanan catur sehingga menceritakan akan kehebatan keluarga mereka.

Imbas Kembali

Mengimbas kembali akan moyang mereka iaitu keturunan al-Hakam yang amat terkenal dalam permainan catur pada kurun ke 17.

Suspens

Pembaca tertanya-tanya akan keputusan perlawanan catur antara Uj dengan Um yang tidak berkesudahan.

WATAK DAN PERWATAKAN Watak Utama Uj Abang sulung yang menjadi ketua keluarga.

Mempunyai lima orang adik dan pandai bermain catur.

Beliau juga adalah penyandang anugerah IGM dalam pertandingan catur.

Pemarah - cepat panas baran apabila berhadapan dengan cabaran terutama ketika bermain catur.

Berbangga akan keturunan - Mendedahkan keturunannya yang hebat iaitu al- Hakam juara catur terbaik dunia pada kurun ke-17 kepada Um.

Bersemangat tinggi - sentiasa mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan yang disertai. serta mahu menaikkan nama keluarganya setarat dengan pemain catur ternama dunia.

Pilih kasih - hanya mengagungkan adik-beradiknya yang pandai bermain catur sahaja untuk mewarisi penguasaan keluarganya.

Watak Sampingan Um

Adik bongsu kepada Uj.

Masih muda dan berpotensi dalam permainan catur.

Mempunyai semangat juang yang tinggi - sanggup membaca buku dari luar negara untuk mendalami permainan catur.

Berani - sanggup menyahut cabaran abangnya walaupun sudah mengetahui akan kehebatan Uj dalam permainan catur. Mengambil berat - Um sentiasa berfikir tentang kesihatan ibunya sedang sakit darah tinggi. Mementingkan diri sendiri - Um tetap bertelingkah dengan Uj walaupun, telah dilarang oleh ibunya sehinggakan ibunya mengalami angin ahmar.

LATARLatar masa

Berlaku selama tiga hari tiga malam semasa pertandingan berlangsung antara Uj dengan Um.

Latar tempat

Rumah keluarga Uj

Latar masyarakat

Masyarakat yang mahir dalam permainan catur contohnya keluarga Uj.

Masyarakat yang bangga dengan keturunan contohnya Uj yang seringkali menceritakan kehebatan keluarganya bermain catur kepada Um.

Masyarakat yang kaya raya contohnya Uj dan adik beradiknya menugaskan dua orang doktor untuk merawat ibu mereka yang sakit.

GAYA BAHASA

Bahasa asing contohnya bahasa Indonesia (ruwet), bahasa Arab (kudrat)

Metafora contohnya cahaya kepintaran

Simile contohnya ... Abang Uj seperti David the Gnome...Sinkope contohnya ... kota saya tadi di kanan, ni kenapa di kiri pula? ...

Peribahasa contohnya ... batu api ....

NilaiPengajaran

Nilai keberanian contohnya Um menyahut cabaran abangnya Uj untuk bertanding catur.

Semangat keberanian perlulah dimiliki oleh setiap individu agar semua cabaran yang ditempuh dapat diatasi dengan baik.

Nilai kegigihan contohnya Um berusaha bersungguh-sungguh menelaah buku tentang permainan catur.

Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh agar berjaya dalam hidup

Nilai kasih sayang contohnya Uj menyayangi adiknya Um.

Kita hendaklah saling menyayangi antara adik-beradik kita agar kehidupan bahagia dan harmoni.

PRAKTIS 1

Uk berbisik suatu khabar buruk: kononnya Um tekun menelaah buku besar dan tebal mengenai permainan catur yang dibeli dengan harga mahal dari luar negara.

Untuk apa?" Uj mengerutkan dahi. Dia benar-benar tidak senang dengan bisikan tersebut.

Khabarnya Um mahu mengatasi kehandalan Uj.

Untuk apa?

Apalagi kalau bukan rasa hormatdan sanjungan keluarga?

Siapa Um yang hendak mengalahkan aku? Aku. Uj, sudah memiliki gelaran IGM. Engkau tahu kan, Uk?

Semua orang pun tahu. Um baru tiga tahun lalu berjaya meraih gelaran NM. Kemudian dengan pertolongan dan pengaruh Uj, barulah Um mendapat FM. Semua keluarga kita tahu, dia belum pun berjaya memiliki IM. Jadi siapakah Um kalau hendak menewaskan Uj pemilik IGM? Uk menjadi batu api membakar perasaan Uj.

Dia tidak sabar menunggu Abang Uj menyerahkan kuasa. Itulah hakikat yang sebenar.

Dengan berang, Uj memaksa Um supaya mengadakan perlawanan secara terbuka di hadapan keluarga. Tujuannya cuma satu: untuk memperlihatkan bahawa Um masih terlalu mentah jika dibandingkan dengan dia. Dia masih wajar dihormati dan disanjungi. Perjalanan Um masih jauh jika dibandingkan dengan Uj.

i. Berdasarkan petikan. nyatakan khabar buruk yang dibisikkan oleh Uk kepada Uj?ii. Sekiranya anda Uj, apakah tindakan yang akan anda lakukan apabila mendengar berita yang disampaikan oleh Uk?

iii. Nyatakan perwatakan Uj dari petikan dan perwatakan dalam keseluruhan petikan.

PRAKTIS 2

Sebaik-baik duduk, sesuatu yang maha menyakitkan menyembur di bawah meja. Sebotol asid yang terkuis kaki Um tumpah. Um menggelupur dan meraung kesakitan. Seisi keluarga menjadi gempar, rutup dan ruwet.

Ibu yang sedih kian berasa tertekan dengan perbalahan anak-anak: menelan air mata hiba. Ibu tidak pernah mendidik anak-anak berkelahi dan bermusuh-musuhan untuk mendapatkan sesuatu. Angin sakit berbuku di hulu hati ibu. Kerana tidak tertanggung dengan kesedihan yang dipendam: ibu kejang kaki tangan serta seluruh badan bahagian kiri. Ibu diserang angin ahmar.

i. Us. Uk, Ul dan yang lain-lain menatikan apabila ditanya apakah mereka yang bertanggungjawab meletakkan botol asid itu di bawah meja?

ii. Berdasarkan petikan. apakah kesan perbalahan anak-anak terhadap keadaan ibu?

Pada pendapat anda, bagaimanakah kita mewujudkan keharmonian dalam keluarga?

iii. Huraikan satu persoalan dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen

PRAKTIS 3

Kita ialah zuriat kebanggaan, kerana mampu meneruskan tradisi keluarga menjadi pemain catur yang disegani. Uj memberi kuliah panjang kepada Um yang ketika itu masih muda remaja.

Tapi Um tidak tahu apa-apa tentang catur. Um Cuma pandai main dam sedikit-sedikit. Dam haji dan dam apit. itu saja. Um merenung mata Uj yang tersorok di bawah cermin hitam yang dipakai Uj siang malam.

Pandai main dam ialah permulaan kepada catur. Uj menentang mata muda adiknya yang gemerlap dengan cahaya kepintaran.

Uj menggilap bakat Um dengan apa cara jua. Adik-adik lain tidak sesuai dengan jiwa Uj. Yang dia nampak Um sahaja punya bakat anugerah alam semula jadi. Um akan lebih mudah dibentuk. Tegal itu Uj hanya akan mengasuh Um. Diharap Um dapat menjadi tonggak keluarga menggantikannya apabila dia tiada nanti. Adik-adik yang lain boleh saja diketepikan. Um bertuah kerana diberi hak mutlak berbuat begitu. Itulah hak keistimewaan Uj sebagai ketua keluarga yang dihormati.

i. Kemukakan dua sebab Uj ingin menggilap bakat Um dalam permainan catur.

ii. Pada pendapat anda, nyatakan tiga usaha yang perlu diambil untuk menggalakkan lebih ramai golongan remaja melibatkan diri dalam permainan catur.

iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu latar masyarakat lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.

PRAKTIS 4

Sumpah tidak begitu, Uj. Mengapa Um mesti melawan abang? Um, bagi Abang Uj cuma seperti David the Gnome dalam siri kartun Awang Kenit itu. Um sebenarnya sedang memikirkan sesuatu. Biarpun muka dan mata Um merenung buah-buah catur yang berwarna hitam dan putih ini, tetapi Um tidak di situ. Fikiran Um melayang jauh. Um memikir bagaimana hendak mengubati ibu yang sedang menderita sakit darah tinggi."

Ibu? Itu tugas doktor memikirkannya. Kita sudah gaji dua orang doktor keluarga. Kita bayar saja bil yang disuakan nanti. Apa perlu Um memikir? Um bukan seorang doktor. Kemarahan Uj yang cuba disimpan dan disembunyikan terjengul juga. Derai bahang suaranya melibas telinga Um.

Uj tahu. Begitu juga Us. Uk. Ur dan seluruh adik-beradik serta saudara-mara daripada institusi keluarga besar dan unggul yang di bawah penerajuan Uj. Uj memang amat menyenangi Um. Um ditatang dalam dulang emas, kata Us yang terasa dikuak ke tepi untuk memberi laluan kepada Um mengatasi semua abang- abangnya yang lain. Um dididik dengan sepenuh kudrat. Apa saja yang tidak diajarkan kepada Um. Termasuk ilmu bermain catur yang menjadi kebanggaan keluarga.

i. Apakah bukti yang menunjukkan bahawa Uj melayan Um dengan baik berbanding adik-beradiknya yang lain?

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menghargai jasa seorang ibu?

iii. Jelaskan satu nilai yang anda peroleh daripada petikan dan satu nilai daripada keseluruhan cerpen.

PRAKTIS 5

Nama keluarga kita patut dilakar semula di papan catur. Biar kita dapat duduk sebaris dengan Gary Kasparov, Paul Keres atau MirSultan Khan. Dunia lebih kenal kepaada Bobby Fischer, atau Alexander Alekhine dan Anatoly Karpov sebagai juara catur abad lalu, tetapi tiada nama al-Hakam."

Um mengangguk. Tangannya mengurut janggut yang sejemput.

Sekarang, tanggungjawab kitalah untuk menampilkan kegemilangan keluarga. Jika bukan kita siapa lagi? Takkan kita hendak mengharap Boris Spassky pula?

Um yang sudah dirasuk semangat kegemilangan bangun. Disaksikan mata sih ibu, Um menggenggam erat tangan Uj sebagai ikrar taat setia untuk berjuang bersama menjulang nama al-Hakam yang pernah menjadi juara catur terbaik dunia sebelum kurun ke-17; biarpun tiada siapa mengenali nama tersebut sebelum ini. Uj menarik tangan Um lalu mendakap Um dengan erat sekali.

i. Berdasarkan petikan, mengapakah Um berazam untuk menjulang nama al- Hakam kembali?

ii. Nyatakan tiga faedah yang diperoleh seseorang jika menceburi permainan catur?

iii. Huraikan satu pengajaran dalam petikan di atas dan satu pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut.

MELLISA -Karya Abdullah Hussain SINOPSIS

Mellisa, seorang gadis Cina, berasa menyesal kerana mengikut ajakan Farid ke pejabat surat khabar yang menyebabkan dia berkenalan dengan Syahid. Peristiwa itu telah membuatkan dia teringat akan Hisyam. Wajah Syahid menyerupai wajah Hisyam iaitu kawannya sewaktu kecil dahulu. Mellisa terkenang akan kemesraannya bersama-sama dengan Hisyam. Mereka selalu bermain bersama-sama dan Hisyam pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Mellisa apabila mereka sudah besar nanti. Malangnya Hisyam telah terkorban dalam peristiwa 13 Mei. Peristiwa hitam itu sukar luput daripada ingatan Mellisa. Justeru, dia memilih peristiwa 13 Mei sebagai latihan ilmiah untuk sarjana muda dalam bidang Sejarah. Mellisa jatuh hati kepada Syahid kerana keberaniannya dan hubungan mereka semakin rapat. Namun, keakraban Mellisa dan Syahid tidak lama kerana Mellisa meninggalkan Syahid. Dia mengambil keputusan itu kerana tugas dan tanggungjawabnya kepada tanah air. Dia amat cinta akan negaranya dan memilih untuk mengetepikan perasaan hatinya. Dia menjadi anggota tentera kerana tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang lagi.

TEMA

Percintaan antara dua insan yang berbeza budaya.

Mellisa seorang gadis berketurunan Cina, pernah menyulam kasih semasa zaman kanak-kanaknya dengan budak keturunan Minang namun kecundang kerana kematian menjemput Hisyam akibat rusuhan 13 Mei. Setelah dewasa, Mellisa jatuh cinta dengan Syahid yang juga pemuda Melayu dan seiras Hisyam namun akhirnya terpaksa meninggalkan Syahid tanpa berita kerana telah dipanggil bertugas sebagai tentera.

PERSOALAN

1.Persoalan pengorbanan demi cinta akan negara.

Mellisa sanggup mengorbankan keperluan dirinya dengan meninggalkan orang yang dicintai untuk menyahut panggilan mempertahankan negara.

2.Persoalan persengketaan antara kaum

Hasyim dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan Petaling semasa dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negara.

3.Persoalan kesedaran terhadap sejarah negara.

Mellisa yang pernah melalui zaman 13 Mei mengkaji sejarah peristiwa itu melalui tesisnya hingga menimbulkan rasa tanggung jawab kepada negara dan tanah air.

PLOT -Binaan Plot Permulaan

Mellisa atau Mei terperanjat melihat Syahid yang persis Hisyam kekasih zaman kanak-kanaknya setelah diperkenalkan oleh Farid di pejabat surat khabar. Bagi Mei, Hisyam seolah-olah wujud dalam diri jejaka itu menyebabkan mereka mudah mesra dan akhirnya Mei menerima pelawaan Syahid untuk makan tengah hari. Mei seolah-olah telah jatuh cinta pandang pertama kepada Syahid.

Perkembangan

Mei teringat akan Hisyam, hero masa kecilnya yang selalu bermain dan menjaga keselamatannya. Hisyam juga sering menyatakan hasratnya akan mengahwini Mei apabila dewasa kelak. Kematian Hisyam dalam rusuhan kaum 13 Mei cukup berbekas dalam dirinya menyebabkan dia sering dihantui pertanyaan demi pertanyaan tentang punca peristiwa tersebut boleh meletus dalam kehidupan masyarakatnya. Akhirnya, persoalan tersebut mendapat penjelasan apabila Mei menjalankan latihan ilmiah untuk ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah. Hubungan kilatnya dengan Syahid semakin akrab.

Klimaks

Mei mendapat panggilan menjadi tentera setelah selesai menghabiskan pengajiannya dalam bidang Sejarah. Keputusan Mei meninggalkan Syahid untuk mencapai impiannya membuahkan perasaan marah dalam diri Syahid kerana Syahid berasa seolah-olah dipermain-mainkan oleh Mei.

Peleraian.

Akhirnya gadis keturunan Cina ini melupakan keperluan dan angan-angannya untuk menjadi kekasih yang baik dan isteri yang taat demi ingin melihat negara dan rakyatnya hidup dengan aman damai dan harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka. Yang penting sekali agar peristiwa 13 Mei itu tidak akan berulang lagi.

TEKNIK PENCERITAAN Imbas kembali

"Mei, Mei!" kata Hisyam.Apabila aku sudah bekerja nanti kita kahwin.Mak aku pasti suka. Aku akan ajar kau agama Islam.

Dia tersenyum. Terhibur dengan ingatannya masa kecil-kecil dahulu.

Teknik Pemeriaan

Dalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis dan komputer bercampur baur dengan deringan teleton dan suara manusia, seorang lelaki berjalan ke arahnya yang sedang berdiri di samping Farid.

Teknik Monolog Dalaman

Aku tidak pernah bertemu dengan orang ini sebelum ini, bawah sedarnya berbisik.

Teknik Dialog

Siapa?

Mei! Ada telefon."

Okey. Saya datang."

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Mellisa

i. Nama panggilannya ialah Mei.

ii. Gadis berketurunan Cina dan nenek moyangnya berasal dari Guangdong.

iii. Seorang yang lincah, suka bercakap dan bersifat terbuka.

iv. Bersemangat patriotik

v. Mellisa seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan diri semata-mata kecintaannya terhadap negara dengan menjadi tentera.

vi. Mempunyai daya ingatan yang tinggi.

vii. Ingatan Mellisa terhadap semua peristiwa yang pernah berlaku pada zaman kanak-kanaknya bersama Hisyam seolah-olah baru berlaku sedangkan pada masa itu dia baru berumur 5 tahun. Ingatannya ini juga yang menyebabkan dia nekad mencari jawapan punca rusuhan yang meragut nyawa heronya berlaku.

viii. Seorang yang terpelajar.

ix. Mellisa merupakan graduan ljazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera.

Watak Sampingan Hisyam

i. Berketurunan Minang.

ii. Seorang yang warak - rajin ke masjid terutama pada waktu maghrib.

iii. Penyayang - amat menyayangi Mellisa.

iv. Rajin - sering membantu ibunya menjual kuih koci dan nasi lemak setiap pagi.

v. Bercita-cita tinggi - dia ingin menjadi peguam atau tentera.

Syahid

i. Pengarah Syarikat surat khabar

ii. Wajahnya persis Hisyam.

iii. Berani - dia berani menghulurkan salam perkenalan kepada Mellisa.

iv. Suka berterus terang - dia berterus terang tentang perasaannya terhadap Mellisa.

LATAR Latar Masa

i. Siang - Pertemuan antara Farid dan Mellisa dengan Syahid di syarikat surat khabar.

ii. Senja atau waktu Maghrib- Hisyam ke masjid untuk sembahyang berjemaah.

iii. 13 Mei - berlakunya rusuhan kaum yang telah mengorbankan Hisyam.

Latar Tempat

i. Pejabat Syahid - Mellisa dan Farid berjumpa atas urusan kerja

ii. Rumah Mellisa - Hisyam menumbuk anak orang putih yang memegang tangan Mellisa.

iii. Kampung Baru - tempat responden Mellisa menghantar sahabat baiknya balik ke rumah pada 13 Mei 1969, yang akhirnya menyebabkan tunangnya meninggal dunia dan mukanya berparut semasa bergelut dengan perusuh.

iv. Jalan Petaling, tempat berakhirnya riwayat Hisyam dan ibunya yang dibunuh perusuh.

Latar Masyarakat

i. Masyarakat muda yang amat cinta akan negara

Mellisa amat cinta akan negara lebih-lebih lagi setelah mengetahui peristiwa yang menyebabkan rusuhan kaum yang berlaku pada zaman kanak-kanaknya dahulu.

ii. Masyarakat berbilang kaum yang hidup harmoni

Keluarga Mellisa yang berketurunan Cina duduk sekampung dengan keluarga Hisyam dengan aman dan damai sehinggalah peristiwa berdarah 13 Mei berlaku.

iii. Masyarakat pelajar yang gigih.

Mellisa amat tekun menyiapkan tesisnya dengan membuat rujukan terperinci dengan menyemak pelbagai dokumen, buku, akhbar dan majalah.

iv. Masyarakat miskin

Hisyam tinggal di rumah setinggan.

v. Masyarakat majmuk yang bersengketa

Akibat sentimen yang ditanam oleh penjajah kepada penduduk Tanah Melayu menyebabkan rusuhan kaum berlaku.

GAYA BAHASA

Simile

Kumisnya yang kecil bak satu garis hitam

Peribahasa

Bertegang urat leher Tidak lari gunung dikejar.

Personifikasi

Angin utara itu telah menyerbu masuk ke dalam biliknya.

Metafora

Bisul rusuhan

Nilaipengajaran

Nilai kasih sayang

Mellisa amat menyayangi Hisyam iaitu hero zaman kanak-kanaknya dan tetap terkenang akannya walaupun peristiwa yang meragut nyawa Hisyam telah lama berlalu.Kita janganlah mudah menyimpan dendam terhadap mereka yang melakukan kesalahan terhadap kita.

Nilai kegigihan.

Mellisa amat tekun dan gigih mencari maklumat tentang peristiwa yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969, dengan mengumpul bukti bukan sahaja melalui pembacaan daripada pelbagai dokumen, tetapi melalui pertemuan bersama-sama responden yang terlibat secara terus dengan peristiwa berdarah itu.

Nilai keberanian

Hisyam amat berani melindungi Mellisa. Hisyam telah menumbuk anak orang Inggeris yang memegang tangan Mellisa.Kita haruslah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara agar pekerjaan yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang memuaskan.

Cinta akan tanah air

Mellisa seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan diri semata-mata kecintaannya terhadap negara dengan menjadi tentera

Kita mestilah mempunyai semangat cinta akan negara kerana dengan semangat inilah kita boleh hidup dengan aman dan sejahtera.

Kita haruslah menyedari bahawa pertelingkahan antara kaum hanya akan menimbulkan masalah.

Dalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis dan komputer bercampur baur dengan deringan telefon dan suara manusia. seorang lelaki berjalan ke arahnya yang sedang berdiri di samping Farid. Farid memang banyak mempunyai kawan kenalan di sana. Berhenti di tiap-tiap meja. Menyapa dan bersalaman.

Ini Syahid. kata Farid memperkenalkan lelaki itu kepadanya.

Rasanya kita sudah pernah berjumpa, kata Syahid agak tidak malu apabila dia menghulurkan tangan sebaik sahaja mereka diperkenalkan. Perasaannya tergugah sedikit. Darah tersimbur naik ke mukanya. Seluruh kulit mukanya menjadi merah. Dia pun tiba-tiba menjadi gugup. Di mana? Mahu sahaja dia percaya pada waktu itu bahawa Syahid ini benar-benar penjelmaan daripada Hisyam. Aku tidak pernah bertemu dengan orang ini sebelum ini, bawah sedarnya berbisik. Namanya, ya pernah aku dengar sebab selalu disebut-sebut oleh Farid apabila sahaja makalahnya tersiar dalam surat khabar itu. Syahid yang menolong menyiarkannya.

Nama Syahid juga selalu muncul dalam akhbar itu kerana rencana yang ditulisnya di halaman rencana pengarang atau ada berita by line. Hanya dari situ sahajalah dia mengetahui nama lelaki itu, tetapi berjumpa belum.

i. Apakah reaksi Mellisa apabila Syahid memperkenalkan dirinya?

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang harus menyesuaikan diri ketika berada dalam sesuatu majlis?

iii. Nyatakan latar masyarakat dalam petikan dan keseluruhan petikan.

PRAKTIS 2

Dia mulai suka dengan anak muda ini. Sitatnya yang terbuka itu menyenangkan hatinya. Dia suka mendengar bicaranya. Suka melihat mimik mukanya. Suka melihat senyumannya. Dia seperti Hisyam. Barangkali juga Syahid telah jatuh cinta kepadanya dengan pertemuan pertama itu. Melihat gerak-gerinya yang agak kaku itu dia rasa yakin tentang anggapannya. Dia rasa Syahid sedang berusaha sungguh- sungguh untuk memikat perhatiannya. Ya, dia sudah terpikat pun dengan lelaki itu. Sebab itu tanpa banyak kerenah dia menerima ajakannya untuk makan tengah hari pada Sabtu depan. Dia menolak ajakan makan malam kerana terpaksa balik ke Seremban. Sebab itu jadual rutinnya pada tiap-tiap hujung minggu. Rumahnya di Seremban. Ibu bapanya di sana.

Dalam peijalanan pulang dari pejabat surat khabar itu, dia mulai diam. Perasaannya sedang bersimpang-siur. Dia cuba menilai kembali kisah pertemuannya dengan Syahid sebentar tadi. Mengapa dia begitu lekas tertarik kepadanya? Adakah kerana dia serupa dengan Hisyam?

i. Apakah sebab-sebab Mellisa menyukai Syahid?

ii. Pada pendapat anda, apakah alasan-alasan untuk menolak ajakan daripada seseorang yang tidak kita kenali?

iii. Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam cerpen ini dan satu daripada keseluruhan cerpen.

PRAKTIS 3

Hampir senja: Hisyam yang tinggal di kampung setinggan tidak jauh di belakang rumahnya itu akan berlari-lari pulang ke rumahnya. Tinggallah dia sendirian, berdiri melihat belakang Hisyam sampai hilang ditelan lorong ke rumahnya. Dia tidak berkecil hati atas tindakan Hisyam meninggalkannya tiba-tiba serupa itu, dengan pinggan mangkuk dan periuk belanga mainan mereka masih bersepah. Dia tahu Hisyam mesti pulang pada waktu itu. Waktu hampir maghrib sebelum kedengaran azan. Pada waktu serupa itu dia terus berdiri, tidak masuk ke dalam rumahnya. Dia terus berdiri di tepi pagar memandang ke arah rumah Hisyam. Dia mahu melihat Hisyam keluar ke masjid yang letaknya di hujung jalan. Hisyam akan memakai baju kurung putih, bersongkok hitam. Kain sarungnya diselempangkan sahaja menyilang melintasi bahu dan dadanya. Nampak seluar pendek yang dipakai waktu bermain tadi. Hisyam seperti sudah tahu dia ada di situ, akan mengangkat tangan rmelambai kepadanya dan dia membalas balik lambaian itu. Setelah Hisyam membelok ke dalam pekarangan masjid barulah dia masuk ke dalam rumah. Dia sangat suka dengan Hisyam.

Hisyam telah tidak ada. Dia dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum 13 Mei di Jalan Petaling. Hisyam dan ibunya dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negara waktu tragedi itu meragut nyawa mereka.

i. Mengapakah dia tidak masuk ke dalam rumahnya walaupun telah ditinggalkan oleh Hisyam?ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita mengenang rakan karib yang telah meninggal dunia?

iii. Nyatakan latar masyarakat dalam petikan dan keseluruhan petikan.

PRAKTIS 4

Syahid tidak tahu. Biarlah. Biarlah dia lupakan dulu angan-angannya mahu menjadi kekasih yang baik: isteri yang taat. Lima atau enam tahun lagi, andai kata mereka akan bertemu semula dan kalau ada jodoh. Dia tahu Syahid yang kacak itu akan mudah diapit oleh orang perempuan yang cantik, satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan. Dua puluh tahun lagi dia tentu sudah bercucu. Mungkin telah memandu sebuah motokar mewah yang diimport dan menjadi pengarah yang terkenal. Mungkin dia tidak kenal lagi dengan Mellisa yang memandu motokartua, ekzosnya menyembur keluar asap kotor.

Dia sayang kepada negara ini: bangsa ini. Walaupun dia lahir di luar negara tetapi dia warganegaranya. Dia besar dan bersekolah di sini. Baginya, dia tidak akan dapat hidup di negara lain biar bagaimana mewah dan maju sekalipun. Dia tidak akan dapat hidup di negeri China, walaupun dia berbangsa Cina. berkebudayaan Cina dan leluhurnya dahulu berasal dari Guangdong. Iklim di sana berbeza. Cara hidup di sana berbeza. Cara bertikirnya berbeza.

Sebelum dia mati, dia hanya ingin melihat negara dan rakyat negara ini hidup dalam aman dan damai. Semua suku kaum hidup dalam harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka dan berjaya. Peristiwa hitam 13 Mei itu tidak berulang lagi. Dia lalu memeluk dengan erat kekasihnya yang sejati, M16.

i. Nyatakan sebab-sebab Mellisa sayang akan negara Malaysia.

ii. Pada pendapat anda. apakah cara-cara lain yang sewajarnya anda lakukan untuk memastikan keamanan dan keharmonian masyarakat di Malaysia terpelihara?

iii. Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan dan satu nilai murni daripada keseluruhan cerpen.

PRAKTIS 5

Sambil berlari, dia teringatkan Atan. Atan tidak serupa dengan orang lain. Kulitnya putih dan rambutnya putih. Matanya merah redup. Budak-budak di kampung itu terutama budak-budak perempuan selalu mengusiknya. Mereka memanggilnya hantu bulai.

Budak-budak itu melempar-lemparkan lumpur dan kayu kepada Atan dan usikan mereka semakin menjadi-jadi apabila melihat Atan mengejarnya.

Syam! Tunggu aku!

Hisyam berhenti dan memandang ke belakang. Cepatr Tetapi belum dia dapat mencapainya, Hisyam telah berlari lagi. Dia memang tidak dapat mengejarnya. Dia lalu berhenti berlari dan berjalan perlahan-lahan. Sudah kelihatan tiga orang budak-budak berlari-lari berkeliling mengusik Atan. Mereka kemudian berlari ke arah hutan apabila melihat Hisyam datang.

Kasihan Atan! Dia sudah tidak punya ibu dan bapa. Tinggal dengan datuknya. Tiap-tiap hari dia turun ke sawah menjaga kerbau meragut rumput di tepi hutan. Dia masih ingat waktu dia datang dahulu, Atan itulah yang memanjat pokok kelapa mengambil kelapa muda untuk dia minum airnya. Hatinya baik. Atan juga yang telah berkejar ke rumah dukun apabila nenek Hisyam tiba-tiba jatuh sakit.

i. Mengapakah budak-budak di kampung itu memanggil Atan sebagai hantu bulai?

ii. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang wajar anda lakukan untuk membantu anak-anak yatim piatu?

iii. Nyatakan pengajaran dalam petikan dan keseluruhan petikan.

BIARKAN SAMUDERA Karya Raihanah Salleh SINOPSIS

Mir atau Amirah mengalami tekanan jiwa. Penyakit tersebut menyebabkan Mir tidak berminat terhadap banyak perkara dan sering menyisihkan diri daripada kawan-kawan serta masyarakat. Mir sering bercakap sendirian dan perlakuan peliknya itu telah disedari oleh sahabat baiknya Hakimah. Semuanya berpunca daripada rumahnya yang dahulu yang terletak di tepi pantai sudah dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan. Disebabkan itu: kehidupannya yang lampau hanya tinggal kenangan. Dia sering teringatkan masa silam bersama ayahnya yang bekerja sebagai nelayan serta pesanan-pesanan ayahnya. Keadaan Mir semakin membimbangkan disebabkan oleh ibunya juga telah meninggal dunia sejak dia kecil lagi. Semuanya datang menghantuinya. Menyedari hal itu, Hakimah sebagai kawan baik mengajak Mir ke kampungnya ketika cuti semester. Hakimah berusaha membantu Mir yang mengalami kontlik jiwa itu dengan bantuan ibunya. Ibu Hakimah yang tahu keadaan Mir yang sering menyendiri itu, lalu menghadiahkan telekong berenda. Ibu Hakimah mahu Hakimah membantu Mir mengenali Tuhan yang satu. Kesannya. Mir mula beransur pulih daripada konflik jiwa yang dihadapinya itu. Mir berjanji akan menggunakan telekong pemberian ibu Hakimah. Keadaan ini menggembirakan Hakimah apabila melihat Mir semakin tenang dan beransur pulih.

TEMA

Konflik dalaman yang dihadapi oleh seorang pelajar.

Konflik dalaman yang dihadapi oleh pelajar yang bernama Amirah atau Mir adalah disebabkan oleh rumah ayahnya akan dirobohnya untuk dijadikan tempat peranginan. Oleh itu, beliau sering memikirkan akan kesan kehilangan rumah tersebut yang akan menyebabkan kenangan bersama ayahnya juga akan hilang. Jadi beliau sering menyendiri sehingga ada kalanya bercakap sendirian sehinggakan kaunselor menganggap kelakuan tersebut sebagai penyakit skizofrenia.

PERSOALAN Persoalan kemiskinan para nelayan

Kehidupan nelayan yang digambarkan melalui watak ayah Amirah terlalu daif melalui keadaan rumah dan juga tempoh masa ayahnya yang berada di lautan. Malah segala-galanya serba kekurangan.

Persoalan keikhlasan dalam persahabatan

Keprihatinan seorang sahabat untuk membantu rakannya yang mengalami tekanan perasaan dapat dilihat melalui usaha ikhlas Hakimah. Hakimah membawanya pulang ke kampung untuk bercuti. Malah, dengan bantuan ibunya yang menghadiahkan telekung akhirnya Amirah beransur pulih daripada tekanan perasaan tersebut.

Persoalan keinsafan untuk mendekati ajaran agama.

Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung kepada Amirah agar beliau dapat mendekatkan diri kepada Tuhan. Usaha itu amat berkesan apabila Amirah mula berubah tingkah laku.

Persoalan kepentingan menjaga alam sekitar

Bapa Amirah sering berpesan kepadanya agar sentiasa menghargai lautan yang mempunyai banyak kepentingan kepada manusia. Oleh itu, Amirah sering membayangkan akan keindahan pantai dan bunyi ombak dalam kehidupannya.

PLOT-Binaan Plot

Secara keseluruhannya plot cerpen digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

Permulaan

Cerita dimulakan dengan memperkenalkan watak Amirah yang mengalami tekanan perasaan. Amirah dapat melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan tinggal bersama seorang rakan bernama Hakimah.

Perkembangan

Amirah sering memikirkan kehidupan ayahnya di kampung yang telah berpindah ke rumah panjang kerana rumah mereka di tepi pantai akan dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan. Dia juga sering teringat akan pesanan ayahnya untuk menjaga pantai daripada sebarang pencemaran. Sahabatnya Hakimah cuba membantu dengan cara membawanya pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibunya.

Konflik

Sikap Amirah semakin berubah kerana fikirannya semakin bercelaru memikirkan masalah keluarganya.

Klimaks

Ibu Hakimah menyuruhnya mengajar Amirah mendekati diri Tuhan lalu, Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung.

Peleraian

Amirah berjanji akan menggunakan kain telekung tersebut. Akhirnya Amirah sembuh dan kembali seperti biasa.

TEKNIK PENCERITAAN

Pemerian

Pengarang memerikan perihal kehidupan ayah Amirah yang bekerja sepanjang hari di dalam lautan mencari rezeki.

Dialog

Perbualan antara Amirah dengan Hakimah membincangkan soal lautan dan juga ombak yang sering didengari oleh Amirah.

Imbas Kembali

Mir mengimbas kembali kata-kata ayahnya yang menyuruh dan memesannya agar menjaga lautan daripada pencemaran.

Suspens

Pengarang