34
SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 2 KOMSAS Halaman 1 (PERCUBAAN BM SPM 2016 PERLIS) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. SEMUA PELAJAR: Assalamualaikum dan selamat sejahtera, cikgu. CIKGU DAHARI : Waalaikumussalam dan selamat sejahtera. Semua boleh duduk. Semua dah baca berita tentang murid yang terpilih dan penempatan untuk PLKN? NORA : Sudah cikgu. Ramai yang terpilih dan kami amat teruja untuk menyertainya. Tak sabar rasanya. CIKGU DAHARI : Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remaja seperti kalian. Sentiasa sedia berkhidmat untuk negara. SUNDARANI : Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN? CIKGU DAHARI : Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama ringkasnya PLKN merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang baru menamatkan persekolahan di Malaysia. Program ini bertujuan untuk pembinaan sahsiah diri. Bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut mana-mana model dari luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia. AH TIAU : Apakah objektifnya, cikgu? CIKGU DAHARI : Tiga objektif yang digariskan, iaitu yang pertama, menanam semangat patriotik dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia. Kedua, memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional, dan yang ketiga, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. (Dipetik daripada drama Berkhidmat Untuk Negara, Affix Zulkarnaen Adam Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Nyatakan objektif Program Latihan Khidmat Negara. [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda selain menyertai PLKN? [3 markah] (iii) Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu latar masyarakat yang lain daripada keseluruhan drama. [4 markah]

Komsas soalan 2 (b)

Embed Size (px)

Citation preview

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 1

(PERCUBAAN BM SPM 2016 PERLIS) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. SEMUA PELAJAR: Assalamualaikum dan selamat sejahtera, cikgu. CIKGU DAHARI : Waalaikumussalam dan selamat sejahtera. Semua boleh duduk. Semua dah

baca berita tentang murid yang terpilih dan penempatan untuk PLKN? NORA : Sudah cikgu. Ramai yang terpilih dan kami amat teruja untuk menyertainya.

Tak sabar rasanya. CIKGU DAHARI : Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remaja seperti kalian.

Sentiasa sedia berkhidmat untuk negara. SUNDARANI : Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN? CIKGU DAHARI : Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama ringkasnya

PLKN merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang baru menamatkan persekolahan di Malaysia. Program ini bertujuan untuk pembinaan sahsiah diri. Bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut mana-mana model dari luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.

AH TIAU : Apakah objektifnya, cikgu? CIKGU DAHARI : Tiga objektif yang digariskan, iaitu yang pertama, menanam semangat patriotik

dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia. Kedua, memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional, dan yang ketiga, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.

(Dipetik daripada drama Berkhidmat Untuk Negara, Affix Zulkarnaen Adam

Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan objektif Program Latihan Khidmat Negara.

[2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk

meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda selain menyertai PLKN?

[3 markah] (iii) Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama di atas dan

satu latar masyarakat yang lain daripada keseluruhan drama. [4 markah]

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 2

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH (i) Objektif PLKN P1 Menanam semangat patriotik dalam kalangan generasi muda / remaja

Malaysia 1

P2 Memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional 1 P3 Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni 1

(ii) Usaha-usaha yang boleh dilaksanakan selain PLKN P1 Ibu bapa membawa anak-anak menyertai Sambutan Bulan Kemerdekaan. 1 P2 Ibu bapa membawa anak-anak melancong / melawat tempat bersejarah. 1 P3 Kerajaan melancarkan kempen kesedaran tentang kepentingan semangat

patriotik. 1

P4 Media massa menyiarkan rancangan / filem / drama / dokumentari bertemakan semangat patriotik.

1

P5 Pihak sekolah / guru menubuhkan Kelab Rukun Negara / Persatuan Sejarah. 1 P6 Kerajaan mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan pada setiap tahun. 1

(iii) Latar masyarakat dalam petikan: P1 Masyarakat yang sedia berkhidmat untuk negara

Contoh: Cikgu Dahari memuji anak-anak muridnya yang sentiasa berkhidmat untuk negara kerana mereka teruja untuk menyertai PLKN.

2

P2 Masyarakat yang berpengetahuan / berilmu pengetahuan Contoh: Cikgu Dahari dapat menjelaskan secara mendalam tujuan dan objektif PLKN ditubuhkan.

2

P3 Masyarakat yang mempunyai semangat patriotik / cinta akan negara Contoh: Kawan-kawan sekelas Aiman yang terdiri daripada Nora, Syuhada, Ah Tiau dam SUndarani sangat teruja dan berbangga apabila nama mereka terpilih menyertai PLKN

2

Latar masyarakat dalam keseluruhan drama:

P1 Masyarakat yang kaya Contoh: Khir Ghazali dan Masnah merupakan golongan yang kaya, berpengaruh dan berkedudukan tinggi dalam masyarakat.

2

P2 Masyarakat yang amanah dan jujur Contoh: Posmen menghantar surat kepada Aiman dan menyambung tugasnya menghantar kepada orang lain.

2

P3 Masyarakat yang berpendirian tegas Contoh: Datuk Khir Ghazali tetap dengan keputusannya meminta Aiman menyertai PLKN walau dipujuk oleh Aiman dan Masnah.

2

P4 Masyarakat yang sombong dan berfikiran negatif Contoh: Aiman bongkak akan kekayaan keluarganya dan tidak mempunyai sikap cinta akan negara kerana tidak mahu menyertai PLKN.

2

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 3

(PERCUBAAN BM SPM 2016 NEGERI SEMBILAN) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Aku cepat-cepat beredar. Suara Doktor Murni melantun ke dinding pejal wad Unit Rawatan Rapi. Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovari, juga sedang koma. Al-Hafiz masih terlantar, tulang selangkanya patah riuk, diheret kereta sejauh dua meter di tar keras, tidak pernah pun dijenguk Profesor Doktor Juaidi. Juga si kecil, bayi buangan yang hampir kekeringan darah. Gadis malang yang dibelasah hingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukemia yang semakin cair sel darah merah di tubuhnya itu, tidak perlukah mereka itu diberi darah? “Hidup yang ditentukan oleh tangan manusia ini, tidak pernah adil, Solehah.” Titis air mataku gugur di hujung jari Solehah. “Engkau hanya memerlukan tiga pek darah sahaja, tetapi tidak diberikan. Tuan Besar Musa itu, tubuhnya tidak mahu menerima darah tetapi pakar-pakar itu...,” sebak menyendat di dadanya. “Dapatkan 10 pek darah sekarang!” Arah Doktor Juaidi apabila cupingnya diusapi suara lembut Doktor Murni, yang menyampaikan berita tentang bank darah yang kontang. “Dapatkan di hospital lain, segera.” Untuk siapa? Hatinya musykil sendiri. “Awak tahu siapa Tuan Besar Musa itu? Korporat, teknokrat yang banyak menyumbangkan dana kepada kelab elit kita. Kita tidak mahu dia mati. Dia dermawan yang prihatin. Kita begitu terhutang budi kepadanya. Makan malam tahunan kita yang beratus-ratus ribu itu ditaja olehnya.”

(Dipetik daripada Gerhana Manusia, Aminah Mokhtar Antologi Sejadah Rindu,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Profesor Doktor Juaidi bersungguh-sungguh mahu menyelamatkan Tuan Besar Musa?

[2 markah] (ii) Tabung darah di sesebuah hospital sering mengalami masalah kekurangan

darah. Pada pendapat anda, apakah langkah yang patut dilakukan untuk menggalakkan orang ramai supaya menderma darah?

[3 markah] (iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu

pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 4

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH (i) Sebab Profesor Doktor Juaidi bersungguh-sungguh: P1 Tuan Besar Musa banyak menyumbangkan dana kepada kelab elit mereka 1 P2 Tuan Besar Musa seorang dermawan yang prihatin 1 P3 Mereka banyak terhutang budi kepadanya 1 P4 Tuan Besar Musa menaja makan malam tahunan mereka beratus-ratus ribu 1

(ii) Pendapat: P1 Memperhebat kempen kesedaran tentang kepentingan derma darah. 1 P2 Pihak sekolah memberi didikan kepada murid tentang manfaat derma darah kepada

pihak yang memerlukan. 1

P3 Media massa menyiarkan program atau rencana yang berkaitan dengan kebaikan derma darah.

1

P4 Memberi keistimewaan rawatan kesihatan kepada penderma darah / memberi penghargaan kepada penderma darah.

1

P5 Memberi keistimewaan rawatan kesihatan kepada penderma darah.. 1

(iii) Pengajaran dalam petikan: P1 Kita mestilah cakna terhadap golongan yang memerlukan bantuan.

Contoh: Nusia cakna terhadap pesakit-pesakitnya yang sangat memerlukan darah. 2

P2 Kita hendaklah bertindak adil dalam sesuatu perkara. Contoh: Nusia tidak puas hati terhadap Profesor Doktor Juadi yang tidak berlaku adil kepada pesakitnya.

2

P3 Kita haruslah menghargai budi seseorang. Contoh: Profesor Doktor Juadi sangat menghargai Tuan Besa Musa dan berusaha memberi rawatan terbaik kepadanya.

2

P4 Kita mestilah bertindak dengan bijak untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh: Profesor Doktor Juaidi meminta Doktor Murni menghubungi hospital lain bagi mendapatkan bekalan darah untuk mengisi tabung darah di hospitalnya yang kehabisan stok.

2

Pengajaran dalam cerpen:

P1 Kita mestilah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Contoh: Nusia dengan penuh tanggungjawab telah memasukkan gelafundin ke dalam saluran darah Solehah untuk menyelamatkannya.

2

P2 Kita mestilah bersedia menderma darah demi menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan. Contoh: Nusia dan Doktor Murni telah menderma darah di bank darah hospital itu bagi menampung keperluan bekalan darah yang tidak mencukupi untuk kegunaan pesakit.

2

P3 Kita hendaklah memiliki nilai kemanusiaan yang tinggi dalam diri. Contoh: Doktor Murni meletakkan jawatannya di hospital itu kerana hospital tersebut telah mengetepikan nilai kemanusiaan kepada pesakit.

2

P4 Kita hendaklah saling menyayangi sesama insan. Contoh: Nusia menyayangi pesakitnya dan berusaha memberikan khidmat rawatan yang terbaik kepada mereka.

2

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 5

(PERCUBAAN BM SPM 2016 TERENGGANU) Soalan 2(b) - Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setiap kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda memberikan pelbagai alasan agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta ini. Kata bonda, ilmu agama sayang masih terlalu cetek dan nipis. Bimbang, saya akan hanyut dibawa arus hedonisme dan modenisme yang sedang melanda anak-anak muda kota. Malahan, kata bonda lagi, bahasa ibunda saya juga masih lemah. Bahasa yang membesarkan saya dengan segala adat resan dan nilai budaya warisan turun-temurun. Bahasa yang diwarisi nenek moyang sejak zaman berzaman.

Bonda tahu, secubit ilmu yang mengisi dada saya yang kerdil ini tidak akan mampu mengekang ledakan perubahan sosial yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi bermaruah. Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang menghinggapi sekian ramai anak-anak sebangsa saya. Kebanyakannya tergadai maruah dan harga diri dek mengejar dunia yang bergelar globalisasi dalam menuju arus perdana.

“Mei, agama dan bangsa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang! Jasad yang dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan kita yang masih ada. Andai kedua-dua sudah hilang di atas muka bumi ini, kita bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah.”

(Dipetik daripada Munsyi, Husna Nazri Antologi Jaket Kulit Kijang dari istanbul,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, nyatakan punca-punca bonda menghalang Mel untuk bermastautin di bandar.

[2 markah] (ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk meningkatkan semangat jati

diri remaja sekarang? [3 markah]

(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.

[4 markah]

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 6

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH (i) Usaha-usaha P1 Ilmu agama Mel masih kurang 1 P2 Bimbang Mel akan terpengaruh dengan budaya hedonisme dan

modenisme 1

P3 Bahasa ibunda Mel masih lemah 1

(ii) Cara-cara meningkatkan semangat jati diri remaja: P1 Memperkukuh ilmu agama 1 P2 Penerapan semangat cinta akan negara / jati diri dalam mata pelajaran di

sekolah 1

P3 Penggunaan bahasa kebangsaan dalam komunikasi rasmi dan harian 1 P4 Pengajaran tentang sejarah negara merentas kurikulum 1 P5 Kempen / program semangat jati diri secara berterusan 1 P6 Pemantauan ibu bapa terhadap aktiviti remaja / anak-anak 1

(iii) Pengajaran dalam petikan: P1 Kita hendaklah bersungguh memartabatkan bahasa ibunda agar bahasa

ibunda terus kekal dan dituturkan oleh generasi akan datang. 2

P2 Kita hendaklah mempunyai bekalan ilmu yang mencukupi sebelum merantau agar kita tidak mudah diperdaya atau hanyut dengan arus pemodenan

2

P3 Kita hendaklah mempertahankan agama dan bangsa agar maruah kita tidak tergadai / tercemar.

2

P4 Kita hendaklah taat pada perintah dan larangan ibu bapa agar kita dapat hidup bahagia.

2

Pengajaran dalam cerpen:

P1 Kita hendaklah rajin membaca bahan bacaan yang sesuai untuk meningkatkan pengetahuan.

2

P2 Kita hendaklah gigih apabila melakukan sesuatu pekerjaan supaya masa depan lebih terjamin.

2

P3 Kita janganlah mudah berputus asa apabila menemui kegagalan tetapi sebaliknya bangkit semula untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

2

P4 Kita hendaklah amanah dalam tugasan yang diberi agar kita dihormati dan disegani.

2

P5 Kita janganlah melakukan aktiviti yang tidak bermoral seperti terjebak dengan rasuah, kronisme dan hasad dengki kerana akan mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.

2

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 7

(PERCUBAAN BM SPM 2016 JOHOR) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Aku cepat-cepat beredar. Suara Doktor Murni melantun ke dinding pejal wad Unit Rawatan Rapi. Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovari, juga sedang koma. Al-Hafiz masih terlantar, tulang selangkanya patah riuk, diheret kereta sejauh dua meter di tar keras, tidak pernah pun dijenguk Profesor Doktor Juaidi. Juga si kecil, bayi buangan yang hampir kekeringan darah. Gadis malang yang dibelasah hingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukemia yang semakin cair sel darah merah di tubuhnya itu, tidak perlukah mereka itu diberi darah? “Hidup yang ditentukan oleh tangan manusia ini, tidak pernah adil, Solehah.” Titis air mataku gugur di hujung jari Solehah. “Engkau hanya memerlukan tiga pek darah sahaja, tetapi tidak diberikan. Tuan Besar Musa itu, tubuhnya tidak mahu menerima darah tetapi pakar-pakar itu...,” sebak menyendat di dadanya. “Dapatkan 10 pek darah sekarang!” Arah Doktor Juaidi apabila cupingnya diusapi suara lembut Doktor Murni, yang menyampaikan berita tentang bank darah yang kontang. “Dapatkan di hospital lain, segera.”

(Dipetik daripada Gerhana Manusia, Aminah Mokhtar Antologi Sejadah Rindu,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan keadaan pesakit yang bernama Solehah. [2 markah]

(ii) Peranan seorang doktor adalah memastikan pesakit dijaga dengan baik. Andaikan anda seorang doktor, apakah tindakan lain yang akan anda lakukan untuk menceriakan pesakit anda?

[3 markah] (iii) Kita haruslah bertanggungjawab terhadap pesakit.

Berdasarkan petikan cerpen di atas, nyatakan satu peristiwa yang menunjukkan pengajaran tersebut dan satu peristiwa lain daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 8

SKEMA JAWAPAN SOALAN SKEMA MARKAH

(i) Keadaan Solehah P1 Tenat 1 P2 Pundi janinnya pecah di ovari 1 P3 Sedang koma 1

(ii) Tindakan untuk menceriakan pesakit: P1 Memberikan rawatan yang terbaik. 1 P2 Memberikan kata-kata motivasi / positif 1 P3 Bercakap dengan suara yang lemah / tidak garang 1 P4 Mengambil hati pesakit / beri hadiah / cenderahati 1

(iii) Peristiwa dalam petikan: P1 Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni

mendapatkan sepuluh pek darah daripada hospital lain dengan segera setelah diberitahu bahawa bank darah di hospital sudah kehabisan agar lebih banyak nyawa dapat diselamatkan

2

Peristiwa dalam cerpen:

P1 Nusia meminta juruteknik makmal darah memberinya lima pek darah untuk menyelamatkan Solehah dan al-Hafiz kerana mereka amat diperlukan oleh ahli keluarga, agama dan negara.

2

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 9

(PERCUBAAN BM SPM 2016 SABAH) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. DOKTOR : (sambil menghampiri AZMIR. AZMIR kelihatan gusar). Assalamualaikum.

Saya Doktor Razi. Maafkan saya jika saya mengganggu. Encik Azmir ialah “Sahabat” saya. Saya datang ni nak bawa dia balik ke tempat rehatnya. (Beralih kepada AZMIR). Encik Azmir, apa khabar sekarang? Sudah tiga hari Encik Azmir tidak balik ke tempat rehat yang kita sediakan. Rakan-rakan yang lain amat bimbang akan Encik Azmir. Mari kita pulang, ya?

AZMIR : (Kelihatan takut dan tiba-tiba semacam orang bodoh). Saya tidak mahu pulang. (Sambil menggelengkan kepala). Saya rasa bahagia berehat di sini.

DOKTOR : Saya rasa kita pulang dulu. Encik Azmir perlu berehat sikit sahaja. Selepas itu, Encik Azmir boleh keluar semula. Kepala pun dah luka semula. Kita balik bubuh ubat dulu, OK?

(Para pembantu memegang tangan AZMIR untuk dibawa pergi. Dia meronta-ronta tidak mahu pergi).

AZMIR : Saudara-saudara tolong saya. Orang-orang ini hendak mengurung saya di tempat yang tidak ada kesejahteraan. Saudara-saudara mesti percaya akan cakap saya. Cakap saya semuanya betul. Mereka ini penipu. Cakap mereka manis, tapi dalam hati mereka jahat.

(Arif dan para pelakon memperlihatkan rasa simpati kepada Azmir)

(Dipetik daripada Bukan Gila, Sharif Shaary Antologi Sejadah Rindu,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan di atas, mengapakah Azmir kelihatan ketakutan dan meronta-ronta?

[2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang harus kita lakukan untuk

menangani masalah kemurungan dalam kalangan murid sekolah? [3 markah]

(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu persoalan yang lain daripada keseluruhan drama.

[4 markah]

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 10

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH (i) Azmir kelihatan ketakutan dan meronta-ronta kerana: P1 Dia tidak mahu pulang. 1 P2 Dia rasa bahagia berehat di sini. 1 P3 Dia takut dikurung di tempat yang tiada kesejahteraan. 1

(ii) Tindakan: P1 Peranan semua guru khususnya guru kaunseling untuk mengenal pasti murid-

murid yang murung dengan memberikan rawatan awal. 1

P2 Mengelakkan kes buli dalam kalangan murid. 1 P3 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan sekolah yang melibatkan kes

kemurungan. 1

P4 Memastikan kantin sekolah membekalkan makanan berkhasiat. 1 P5 Menyarankan ibu bapa supaya membekalkan anak-anak dengan makanan

berkhasiat. 1

P6 Menggalakkan murid-murid terlibat dengan kegiatan kokurikulum / perkhemahan / aktiviti koakedemik / bersukan.

1

(iii) Persoalan dalam petikan: P1 Persoalan kesakitan membawa penderitaan.

Contoh: Azmir yang menanggung kesakitan kerana menghidap barah otak. 2

P2 Persoalan dunia ibarat pentas lakonan. Contoh: Dalam kehidupan di dunia ini manusia ialah pelakonnya yang mampu membawa pelbagai watak dalam kehidupan.

2

Persoalan dalam cerpen:

P1 Persoalan perbezaan pemikiran dan tindakan menyebabkan seseorang itu dianggap janggal oleh masyarakat sekeliling. Contoh: Azmir dianggap gila kerana mempunyai pandangan yang berbeza tentang hidup (cinta, sifat kemanusiaan, prinsip hidup) berbanding dengan orang lain.

2

P2 Persoalan kepentingan cinta dan kasih sayang Contoh: Cinta dan kasih sayang amat penting bagi menjamin kebahagiaan.

2

P3 Persoalan sokongan daripada ahli keluarga terdekat boleh memberi kekuatan dalam menghadapi cabaran hidup. Contoh: Azmir menanggung cabaran hidup tanpa sokongan ibu bapa dan kekasih hati.

2

P4 Persoalan keprihatinan perlu ada dalam diri setiap manusia. Contoh: tindakan para pelakon yang mengunjungi rumah Azmir untuk mengetahui latar belakang hidup Azmir.

2

P5 Persoalan setiap orang perlu mempunyai sikap bantu-membantu. Contoh: Para pelakon yang membantu mengurangkan kesakitan dengan memicit-micit kepalanya.

2

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 11

(PERCUBAAN BM SPM 2016 MELAKA) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam dekad lampau. Sejarah yang meninggalkan parut luka sentimen yang bukan sedikit. Sejarah suram yang berparut duka angkara gelodak emosi dan kesumat yang mengalir dalam dada setiap warganya sejak sekian lama.

Dek benih penjajah yang menanamkan racun perkauman melalui sistem pecah dan perintah, bernanahlah segala prasangka buruk sebelum meletusnya tragedi sengketa dan rusuhan antara warga kota yang mewakili bangsa-bangsa yang berbeza fahaman, bahasa dan budaya.

Akibatnya, darah dan korban menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan sehingga mencetuskan huru-hara kepada negara yang baru setahun jagung menghirup udara kemerdekaan. Seperti kata bonda kepada saya setiap kali menjengah kalendar Mei pada wajah hari.

(Dipetik daripada Munsyi, Husna Nazri

Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istabul, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah kesan sistem pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh penjajah di negara kita?

[2 markah] (ii) Peristiwa 13 Mei betul-betul meninggalkan kesan mendalam kepada perpaduan

rakyat Malaysia. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan sejarah hitam tersebut berulang kembali?

[3 markah] (iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan

lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 12

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH (i) Kesan sistem pecah dan perintah: P1 Bernanahlah prasangka buruk 1 P2 Tragedi sengketa / rusuhan kaum antara warga kota 1 P3 Mencetuskan huru-hara kepada negara 1

(ii) Langkah-langkah mengelakkan sejarah hitam berulang: P1 Dasar / sistem pendidikan yang sama bagi semua kaum 1 P2 Merapatkan jurang ekonomi antara kaum 1 P3 Pemimpin jangan memainkan fahaman politik 1 P4 Peranan media menguar-uarkan kepentingan perpaduan. 1

(iii) Persoalan dalam petikan: P1 Kesan penjajahan kepada tanah air / negara

Contoh: Sistem pecah dan perintah menyebabkan perbezaan fahaman, bahasa dan budaya

2

Persoalan dalam cerpen:

P1 Pesanan ibu terhadap anak Contoh: Bonda berpesan kepada anaknya agar mempunyai pegangan agama dan memartabatkan bahasa Melayu jika ke bandar.

2

P2 Taat kepada ibu Contoh: Mel sanggup menundakan impiannya ke bandar setelah dinasihati oleh bondanya.

2

P3 Kepentingan pegangan agama dan bahasa ibunda Contoh: kedua-duanya merupakan maruah bangsa dan agama.

2

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 13

(PERCUBAAN BM SPM 2016 SBP) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Betapa tak bangganya? Aiman bermaksud insan yang beriman. Aduh, terukir senyuman lebar menabiri wajahnya! Aqil pula bermakna yang berakal. Insan dianugerahi akal untuk berfikir secara rasional dan matang, berbeza daripada haiwan. Kebanggaannya kian menguntum dan terkelopak kembang mawar mewangi menyentuhi deria penghiduan.

“Objek yang terlambung di udara pasti akan jatuh ke bumi kecuali tersangkut di dahanan utuh ataupun reranting teguh.” Ketawa berderai meriuhkan suasana kelas.

Perlahan-lahan Aiman bangun. “Newton ambil ingatan akan daya graviti dapat menetapkan kedekatan bulan dengan bumi.”

“Maksudnya?” Satu lagi pertanyaan terlantun daripada Cikgu Faridah, yang menggelari dirinya profesor, kerana yang didepaninya murid pintar dan mempunyai IQ yang tinggi.

“Alam semesta sebaik-baik kejadian pada sisi Allah Taala.” Riuh gemuruh terus berterusan menyambut jawapan ringkasnya.

Wajah Cikgu Faridah spontan berubah, memercikkan darah amarah yang nampaknya macam tidak terkawal, tidak terbatal. Sedar akan hakikat itu, cepat-cepat Aiman membetulkan jawapannya.

(Dipetik daripada Hipertensi, Illias Zaidi Antologi Sejadah Rindu,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud di sebalik nama Aiman Aqil? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah insentif-insentif yang boleh diberikan untuk mengembangkan potensi murid-murid yang cerdik seperti Aiman Aqil?

[3 markah] (iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan

lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 14

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH (i) Maksud di sebalik nama Aiman Aqil P1 Insan yang dianugerahi akal untuk berfikir secara rasional dan matang. 1

(ii) Insentif-insentif untuk mengembangkan potensi murid-murid cerdik P1 Menawarkan peluang belajar di Permata Pintar Negara. 1 P2 Memberikan biasiswa khas untuk menyambung pelajaran di universiti-universiti

terkemuka di dalam dan luar negara. 1

P3 Memberi peluang kepada mereka untuk mendalami bidang yang diminati. 1 P4 Menawarkan laluan terus untuk menamatkan zaman persekolahannya lebih

awal (lompat kelas) 1

(iii) Persoalan dalam petikan: P1 Persoalan kebanggaan terhadap identiti diri

Contoh: Aiman Aqil bangga akan nama yang diberikan kerana nama tersebut mempunyai makna yang terbaik.

2

P2 Persoalan kepekaan akan situasi sekeliling Contoh: Aiman cepat-cepat membetulkan jawapannya apabila dia menyedari wajah Cikgu Faridah berubah dengan jawapan awal yang diberikannya.

2

P3 Persoalan adab menuntut ilmu Contoh: Sikap Aiman yang tidak serius memberikan respons terhadap soalan Cikgu Faridah telah menyebabkan Cikgu Faridah naik marah.

2

Persoalan dalam cerpen:

P1 Persoalan sikap memandang rendah terhadap keupayaan orang lain Contoh: Aiman menyindir adik-adiknya dan rakannya Chee Keong kerana lambat menyelesaikan tugasan Matematik.

2

P2 Persoalan peranan ibu bapa dalam keluarga Contoh: Ayah dan ibu Aiman ingin mengetahui punca Aiman ponteng sekolah.

2

P3 Persoalan ketegasan guru dalam mendidik pelajar Contoh: Guru kelas Aiman memberi amaran keras kepadanya kerana mengganggu rakan-rakan.

2

P4 Persoalan kasih sayang seorang ibu Contoh: Ibu Aiman begitu tersentuh hati apabila melihat Aiman dirotan oleh ayahnya.

2

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 15

(PERCUBAAN BM SPM 2016 PULAU PINANG) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Kedua-dua belah tanganku menggigil di dalam poket jaket kain. Kedua-dua belah kakiku yang bersarung stoking bulu kambing di dalam kasut kulit, turut terasa dingin. Aku tidak dapat membayangkan jika aku menjadi wanita tua yang menjual makanan burung di situ. Pakaiannya hanya kain kapas nipis. Tudungnya ditarik menutupi sebahagian mukanya yang merah kesejukan. Kakinya berstoking lusuh. Kasutnya, aku tidak pasti sama ada aku sedang melihat warna stoking kehijauan di hujung kasutnya yang koyak, atau warna kasutnya. Aku membeli tiga piring makanan burung dan memberinya LT5 walaupun harga satu piring cuma LT1. Wanita tua itu menyusun sepuluh jari sebelum mengarahkan jarinya ke dada sebagai tanda terima kasih. Aku menaburkan bijirin. Beratus-ratus burung merpati berterbangan turun dari kubu tinggalan kerajaan Uthmaniah. Nasib burung itu jauh lebih baik daripada nasib wanita tua itu, dapat makanan percuma dan gambarnya diabadikan dalam kamera sedangkan wanita tua itu seakan-akan figura hidup yang tidak disedari kewujudannya. Seorang remaja kurus datang menghampiriku. Di tangannya terdapat sebuah beg plastik hitam yang besar. Matanya melingas ke kanan kiri. Dia bercakap separuh berbisik. “Black market, black market. Good price.” Aku teringat akan pesanan Encik Yuksel tentang bahaya membeli barang di tepi jalan. Aku menggelengkan kepala tanda tidak berminat. Remaja itu menghampiri Kak Chah dan Shahmeem. “Perfume. Wallet. Jacket. Please!”

(Dipetik daripada Jaket Kulit Kijang, Maskiah Haji Masrom Antologi Sejadah Rindu,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Gambarkan keadaan wanita tua seperti yang dinyatakan dalam petikan tersebut. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah warga emas yang hidup gelandangan?

[3 markah] (iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan

lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 16

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH (i) Gambarkan keadaan wanita tua seperti yang dinyatakan dalam petikan

tersebut.

P1 Memakai pakaian hanya kain kapas nipis 1 P2 Tudungnya ditarik menutupi sebahagian mukanya yang merah kesejukan 1 P3 Memakai kasut yang bahagian hujungnya koyak dan berstoking lusuh 1 P4 Figura hidup yang tidak disedari kewujudannya 1

(ii) Langkah-langkah pihak kerajaan P1 Menyediakan rumah / tempat penginapan 1 P2 Memberikan pekerjaan yang sesuai 1 P3 Memberikan bantuan perubatan / makanan 1 P4 Memberikan bantuan kewangan 1

(iii) Persoalan dalam petikan: P1 Persoalan tentang kemiskinan hidup warga emas

Contoh: Wanita tua yang memakai pakaian nipis dan berkasut koyak serta berstoking lusuh dalam cuaca yang amat dingin, menyara hidup dengan menjual makanan burung.

2

P2 Persoalan tentang pasaran gelap Contoh: Seorang pemuda datang menghampiri penulis dan bertanyakan sama ada ingin membeli Perfume, Wallet, Jacket sambil berkata ”Black market, black market. Good price.”

2

Persoalan dalam cerpen:

P1 Persoalan perasaan prihatin terhadap kehidupan haiwan liar. Contoh: Aku berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang terpaksa menjadi korban kerana kulitnya.

2

P2 Persoalan sikap berbudi bahasa sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan negara. Contoh: Pekedai Turki telah memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada pelanggannya.

2

P3 Persoalan kepandaian sikap puji-memuji dalam kalangan masyarakat Turki. Contoh: Masyarakat Turki memang panda memuji pelanggannya demi melariskan jualan.

2

P4 Persoalan kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan kewangan. Contoh: Aku telah membuat senarai nama barangan dan cenderamata yang akan dibeli untuk dibawa pulang ke Malaysia.

2

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 17

(PERCUBAAN BM SPM 2016 PERAK) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Hakim terus mengeluh, “Apalagi yang boleh aku buat selain meneruskan kerja-kerja

membela ayam dan mengharapkan hasil yang baik. Aku sudah berhutang dengan bank.

Hutang mesti dibayar, kalau tidak tanah aku akan dirampas. Kau ingat kan, tanah inilah

yang kita tuntut di mahkamah dengan susah payah. Bank akan merampas tanahku tidak

ubah seperti raja merampas tanah datukku dahulu.”

Hakim meluahkan segala yang telah bersarang di dadanya. “Banyak persamaan

antara aku dengan datukku. Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama

menggadai tanah. Kami sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa.

Walaupun namaku tidak lagi berunsur kolot dan kuno seperti nama datukku, tetapi itu tidak

bererti apa-apa. Sepatutnya namaku ialah Kaduk bin Kaduk.”

“Pada zaman ini tiada lagi raja yang menyabung ayam tetapi raja baharu telah muncul. Raja itu tetap menguasai seluruh hidup kita. Kita tidak dapat berbuat apa-apa selain mengikut telunjuk mereka. Mereka ialah golongan yang memegang kuasa ekonomi negara. Kita tetap kaduk dan mereka tetap raja,” luah Hakim lagi.

(Dipetik daripada Kaduk Ayam dan Raja, Zurinah Hassan Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan, nyatakan persamaan antara Hakim dengan datuknya, Kaduk.

[2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh Hakim

untuk mengurangkan beban hutang yang ditanggungnya? [3 markah]

(iii) Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.

[4 markah]

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 18

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH (i) Persamaan antara Hakim dengan datuknya, Kaduk ialah: P1 Mereka sama-sama membela ayam. 1 P2 Mereka sama-sama menggadai tanah. 1 P3 Mereka sama-sama di bawah cengkaman orang berkuasa. 1

(ii) Usaha-usaha yang perlu dilakukan ialah P1 Mengutamakan pembayaran hutang berbanding keperluan lain. 1 P2 Membayar hutang mengikut jadual yang ditetapkan. 1 P3 Berbincang semula dengan pihak peminjam untuk memanjangkan tempoh

bayaran. 1

P4 Mendapatkan khidmat nasihat agensi kewangan. 1 P5 Meminta nasihat dan bantuan ahli keluarga / rakan. 1

(iii) Latar masyarakat dalam petikan: P1 Latar masyarakat yang dibebani hutang

Contoh: Hakim terpaksa berhutang dengan pihak bank untuk meneruskan kerja-kerja menternak ayamnya.

2

P2 Latar masyarakat yang menindas golongan yang lemah. Contoh: Pihak bank telah merampas tanah Hakim tidak ubah seperti Raja merampas tanah datuk Hakim dahulu

2

Latar masyarakat dalam cerpen:

P1 Latar masyarakat yang suka membantu orang lain Contoh: Azam telah membantu Hakim mendapatkan tanah Pak Kaduk iaitu datuk Hakim yang terlepas ke tangan Raja suatu masa dahulu.

2

P2 Latar masyarakat yang setia kawan Contoh: Azam sahabat Hakim sentiasa menyokong tindakan Hakim untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi penternak ayam yang berjaya.

2

P3 Latar masyarakat yang tabah menghadapi cabaran. Contoh: Hakim terus bersabar dan tabah menghadapi masalah dalam mengusahakan reban ternakan ayamnya seperti masalah bayaran hutang, masalah upah, untung sedikit dan sebagainya.

2

P4 Latar masyarakat yang bertanggungjawab kepada keluarga Contoh: Hakim bertanggungjawab menebus kembali tanah datuknya kerana menganggap datuknya telah teraniaya.

2

P5 Latar masyarakat yang terpelajar Contoh: Azam merupakan lulusan undang-undang yang banyak menolong Hakim mendapatkan kembali haknya melalui proses perundangan mahkamah.

2

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 19

(PERCUBAAN BM SPM 2016 KELANTAN) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Di hadapan pagar estet, Ahmad Mutawakkil berjalan lesu. Sudah tiga tahun banglo dan

estet itu menjadi tempatnya menumpang nasib. Akhirnya, khabar tentang seraangan Jepun

mengakhiri kisah pergaulannya dengan keluarga Tuan Booth.

Malam itu, selepas solat isyak, Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau

dan esoknya, kami mendapat tahu dia pergi mencari Ahmad Mutawakkil. Budak itu dibawa

ke rumahnya. Sejak itu, dalam kesulitan hidup zaman Jepun, Ahmad Mutawakkil menjadi

anak angkatnya. Cuma kekerapan budak itu menghilang, lama-kelamaan diterima Imam

Ngah Deraman sebagai satu kebiasaan.

“Aku tak sangka budak tu pandai menulis. Anak Orang Putih tu ajar dia banyak benda.

Dia juga pandai cakap Orang Putih,” kata Imam Ngah Deraman.

Di surau, terutama, pada malam hari, di hadapan Penghulu Ibrahim Sigap, Imam

Ngah Deraman menyampaikan apa-apa sahaja berita yang dikhabarkan Ahmad Mutawakkil.

(Dipetik daripada Cinta Ahmad Mutawakkil, Zainal Rashid Ahmad

Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah yang berlaku kepada Ahmad Mutawakkil semasa penduduk kampung

menghadapi kesulitan hidup pada zaman Jepun? [2 markah]

(ii) Selain bercakap dalam bahasa Melayu, Ahmad Mutawakkil juga pandai berbahasa Inggeris. Pada pendapat anda, apakah faedah-faedahnya jika kita menguasai lebih daripada satu bahasa?

[3 markah] (iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu

pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 20

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH (i) Yang berlaku kepada Ahmad Mutawakkil P1 Menjadi anak angkat Imam Ngah Deraman 1 P2 Kerap menghilang 1

(ii) Faedah P1 Menambahkan / meluaskan ilmu pengetahuan 1 P2 Mudah berhubung / berkomunikasi dengan orang lain 1 P3 Meningkatkan keyakinan ketika berada di khalayak 1 P4 Mudah mencari / memahami maklumat daripada sumber lain 1 P5 Boleh menjadi sumber pendapatan / pengacara / penterjemah / guru 1

(iii) Pengajaran dalam petikan: P1 kita hendaklah bersikap prihatin terhadap nasib anak yatim.

Contoh: Imam Ngah Deraman telah mengambil Ahmad Mutawakkil yang telah kematian ayah sebagai anak angkatnya.

2

P2 Kita perlulah gigih untuk mempelajari sesuatu perkara. Contoh: Ahmad Mutawakkil belajar menulis dan bercakap dalam bahasa Inggeris daripada anak Tuan Booth.

2

Pengajaran dalam cerpen:

P1 Kita perlulah mempunyai semangat patriotik dalam kehidupan Contoh: Ahmad Mutawakkil meniupkan semangat patriotik melalui ceramah dan tulisannya di dalam akhbar.

2

P2 Kita mestilah berani untuk memperjuangkan hak. Contoh: Ahmad Mutawakkil dengan suara lantang mengkritik perjuangan komunis tanpa memikirkan keselamatan dirinya.

2

P3 Kita haruslah menyayangi ahli keluarga serta memastikan keselamatannya. Contoh: Tuan Booth menyayangi keluarganya dan telah menghantar mereka pulang ke England seminggu sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu.

2

P4 Kita perlulah mengamalkan nilai hormat-menghormati sesama jiran tetangga. Contoh: Tuan Booth dan isterinya menghormati adat resam masyarakat kampung, contohnya meraikan pasangan pengantin baharu di banglo / estetnya.

2

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 21

(PERCUBAAN BM SPM 2016 KEDAH) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Tapi dia degil. Hatinya seteguh karang di lautan, sekeras sinar suria berkedudukan 90

darjah tepat.

Babah dan ibu marah. Dendam yang bertakung sekian lama di dalam tasik hati

mencair dalam detik momen yang singkat. Aiman dirotan. Ibu mengemukakan bantahan dan

protes dalam hati.

Sepanjang minggu, murid bernama Aiman Aqil itu ponteng kelas; protes kepada

lebam-lebam di pinggul. Keriangan sudah tercantas, tapi masalah belum terurai dan

terungkai.

Spontan, dia mengambil kesempatan itu untuk mewujudkan suasana halusinasi

futuristik yang penuh cabaran, disaluti persaingan kompetitif yang menyengat hebat.

Betapa tidak; dia membayangkan dirinya sudah lulus pengajian tinggi, dapat ijazah

pertama dalam bidang aeroangkasa. Takah usia dianjakkan lebih sedekad ke hadapan.

Sebatang pohon nyiur dara di penjuru banglonya, sudah sekian lama menjadi idamannya.

Pijakan kakinya di bumi sudah utuh dan kukuh. Cengkaman pada batang pokok

kelapa itu turut tersentuh. Dia tidak menoleh ke bawah lagi. Tapak demi tapak tercengkam

dengan penuh yakin. Sedar-sedar sahaja, dia sudah sampai di puncak.

(Dipetik daripada Hipertensi, Illias Zaidi Antologi Sejadah Rindu,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan di atas, apakah perkara-perkara yang dibayangkan oleh Aiman Aqil?

[2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pihak

sekolah bagi menangani masalah ponteng? [3 markah]

(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.

[4 markah]

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 22

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH (i) Perkara-perkara yang dibayangkan oleh Aiman Aqil P1 Lulus pengajian tinggi 1 P2 Mendapat ijazah pertama dalam bidang aeroangkasa 1 P3 Takah usia dianjakkan sedekad ke hadapan 1 P4 Sebatang pohon nyiur dara di penjuru banglonya 1

(ii) Perkara yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah: P1 Guru-guru memberi kesedaran tenang keburukan ponteng / kepentingan datang ke

sekolah. 1

P2 Pihak sekolah bekerjasama dengan pihak berkuasa / PIBG memantau lokasi-lokasi yang menjadi tempat pelajar ponteng.

1

P3 Guru / kaunselor berkunjung ke rumah murid yang ponteng sekolah memberikan khidmat kaunseling.

1

P4 Pihak sekolah sentiasa memberitahu ibu bapa perihal kehadiran murid. 1 P5 Guru memastikan P&P menarik dan berkesan. 1 P6 Pihak sekolah mempelbagaikan / mengaktifkan aktiviti kokurikulum. 1 P7 Memberi ganjaran / hadiah kepada pelajar yang sifar ponteng 1 P8 Mengamalkan konsep sekolah penyayang 1 P9 Mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif 1

(iii) Persoalan dalam petikan: P1 Persoalan kasih sayang seorang ibu

Contoh: Ibu Aiman begitu tersentuh hati apabila melihat Aiman dirotan oleh ayahnya. 2

P2 Persoalan tanggungjawab ibu bapa mendidik anak Contoh: Ayah merotan Aiman Aqil kerana ponteng sekolah.

2

Persoalan dalam cerpen:

P1 Persoalan adab menuntut ilmu Contoh: Sikap Aiman yang tidak fokus dalam kelas Cikgu Faridah menyebabkan cikgu hilang sabar.

2

P2 Persoalan kebanggaan terhadap identiti diri Contoh: Aiman Aqil bangga dengan namanya yang mempunyai makna yang baik.

2

P3 Persoalan kebijaksanaan menyelesaikan masalah Contoh: Aiman cepat-cepat membetulkan jawapan apabila menyedari wajah Cikgu Faridah berubah dengan jawapan yang diberikannya.

2

P4 Persoalan kepentingan mempunyai prinsip hidup Contoh: Aiman bertekad tidak akan menjadi seperti Si Luncai dan Mat Jenin yang hanya memasang angan-angan tanpa merealisasikan angan-angan tersebut.

2

P5 Persoalan ketegasan guru dalam mendidik Contoh: Guru kelas Aiman memberi amaran keras kepadanya kerana mengganggu rakan-rakan.

2

P6 Persoalan sikap memandang rendah terhadap orang lain Contoh: Aiman menyindir adik-adiknya dan rakannya Chee Keong kerana lambat menyelesaikan tugasan Matematik.

2

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 23

(PERCUBAAN BM SPM 2016 MARA) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sekalipun secara terbuka Ahmad Mutawakkil berjuang menentang Inggeris, dia tetap akrab dan

mesra dengan keluarga Tuan Booth yang kembali ke estet sebaik-baik saja Jepun kalah.

“Saya suka pemuda yang berani,” kata Tuan Booth. “Sekarang,” kata Orang Putih itu lagi,

“di mana-mana, orang Melayu sudah lawan Inggeris, dan Ahmad Mutawakkil nasionalis Melayu

paling muda.”

Sejak kembali, Tuan Booth jauh berubah. Dia tidak lagi terperap di estet. Pada setiap

petang, biasanya selepas solat asar, dia akan menjengah ke surau. Dia akan duduk berbual-bual,

bercerita itu ini, terutama dengan Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap. Ada sekali,

sewaktu Ahmad Mutawakkil balik ke kampung, Tuan Booth mengundang kami ke banglonya.

“Dia pelawa kita minum teh di banglonya,” kata Ahmad Mutawakkil. “Saya fikir, Tuan Booth

ikhlas nak berbaik-baik.”

Kami terdiam, tak berani bersuara, menantikan kata putus daripada Imam Ngah Deraman

dan Penghulu Ibrahim Sigap.

Akhirnya, setelah agak lama buntu, Ahmad Mutawakkil meluahkan pandangan. “Selama

Tuan Booth di sini, sejak dulu lagi, tak pernah dia memusuhi kita. Jadi, saya fikir atas sifat hati

Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu penuh dengan

persahabatan.”

(Dipetik daripada Cinta Ahmad Mutawakkil, Zainal Rashid Ahmad

Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan pandangan Ahmad Mutawakkil terhadap orang Melayu.

[2 markah] (ii) Negara kita pernah dijajah oleh kuasa asing beberapa kali.

Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan negara kita dijajah oleh kuasa asing semula?

[3 markah] (iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan

lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 24

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH (i) Pandangan Ahmad Mutawakkil terhadap orang Melayu P1 Orang Melayu berbudi bahasa 1 P2 Hati Melayu tidak pandai / tidak mengerti bermusuhan 1 P3 Hati Melayu penuh dengan persahabatan / hati Melayu gemar akan persahabatan. 2

(ii) Untuk mengelakkan negara kita dijajah oleh kuasa asing semula P1 Kerajaan menyediakan pertahanan negara yang kuat daripada ancaman musuh 1 P2 Rakyat perlu mengekalkan perpaduan / saling menghormati antara kaum. 1 P3 Rakyat rela / bersedia menyumbang tenaga demi keselamatan negara. 1 P4 Pihak sekolah menanam / menyemai semangat cinta akan negara kepada para

pelajar melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran / kokurikulum. 1

P5 Kerajaan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara luar. 1

(iii) Persoalan dalam petikan: P1 Persoalan keberanian seorang anak muda dalam menyuarakan pendapat

Contoh: Ahmad Mutawakkil yang berani menyuarakan pendapat walaupun dia masih muda.

2

P2 Persoalan kehidupan masyarakat yang saling menghormati Contoh: Walaupun Tuan Booth berbangsa Inggeris, dia tetap bercampur gaul dengan masyarakat kampung di surau pada setiap petang.

2

P3 Persoalan sikap rasional sebelum bertindak Contoh: Ahmad Mutawakkil menjelaskan bahawa orang kampung patut berbaik-baik dengan Tuan Booth walaupun mereka berlainan bangsa.

2

Persoalan dalam cerpen:

P1 Persoalan kasih sayang terhadap keluarga Contoh: Tuan Booth yang amat menyayangi ahli keluarga bertindak membawa mereka berpindah seminggu sebelum kemaraan Jepun di Tanah Melayu.

2

P2 Persoalan kerjasama yang erat dalam masyarakat Contoh: Masyarakat kampung penulis bekerjasama mencari dan menjejaki kehilangan Ahmad Mutawakkil.

2

P3 Persoalan ketabahan dalam mengharungi kesulitan Contoh: penduduk kampung tabah mengharungi dugaan dan kesengsaraan semasa pendudukan Jepun dan Parti Komunis Malaya yang mengganas semasa zaman perang dahulu.

2

P4 Persoalan semangat patriotik yang tinggi Contoh: Ahmad Mutawakkil menggesa rakyat agar bersama-sama berjuang untuk memerdekakan tanah air daripada cengkaman penjajah Inggeris dan anasir komunis.

2

P5 Persoalan cinta yang mendalam Contoh: Sandra amat menyayangi Ahmad Mutawakkil sehingga sanggup kembali semula ke banglo peninggalan bapanya setahun selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

2

P6 Persoalan kekejaman pihak pengganas terhadap masyarakat Contoh: Serangan maut pengganas komunis telah mengorbankan tiga orang pengurus berbangsa Inggeris dalam serangan berkembar di Estet Emphili dan di Estet Sungai Siput.

2

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 25

(PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH TANGKAK, JOHOR) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Aku menjeling ke tubuh al-Hafiz. Tulang selangkaku yang remuk, salur darah di ruang foraks, memancut bagai paip bocor. Di katil nombor empat, gadis malang kaku dalam selimut merah jambu. Otak yang berdarah, hentaman beroti, anak mata yang membulat penuh, saat kematiannya begitu hampir. Penganiaya telah memberikannya tiket ke jannah. Kutinggalkan dinding pejal Unit Rawatan Rapi. “Hanya lima pek darah untuk lima orang yang sedang koma. Prognosisnya yang baik, kalau awak tidak melepaskan pek-pek darah ini, awak jadi pembunuh.” “Tapi darah ini untuk Tuan Besar Muda.” Juruteknik makmal darah berwajah kelat. Anak mataku bulat penuh. “Hanya adrenalina, dopamin dan atropina yang merangsang denyutan jantungnya. Tiada tanda-tanda hayat. Dia sudah mati.” “Tandatangan Profesor Doktor Juaidi ini bagaimana?” “Saya rela menerima herdiknya.” Terasa lelah tatkala kupanjat anak-anak tangga. Lima pek darah sejuk telah berada di tangan. Tarikan nafas Solehah, mampu menyusukan anak keenam, kelima-lima yang lain pula, gagah memanjat tangga sekolah. Denyutan jantung mahasiswa leukemia mampu menyudahkan tesis. Sinar mata al-Hafiz, ketujuh-tujuh anak masih belum yatim, beratus-ratus tahfiz kecil. Boleh menyejukkan bumi dengan merdu al-Quran. Besar sungguh nilai pembaziran Profesor Doktor Juaidi.

(Dipetik daripada Gerhana Manusia, Aminah Mokhtar Antologi Sejadah Rindu,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan di atas, apakah yang dilakukan oleh ‘Aku’ untuk menyelamatkan pesakit?

[2 markah] (ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah peribadi seorang doktor yang terpuji?

[3 markah] (iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu

pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 26

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH (i) Tindakan yang dilakukan oleh ‘Aku’ untuk menyelamatkan pesakit P1 Melangkah meninggalkan wad unit rawatan rapi 1 P2 Meminta lima pek darah daripada juruteknik makmal untuk kegunaan enam

orang pesakit yang sedang koma 1

(ii) Sumbangan yang boleh dilakukan oleh seorang doktor untuk pesakitnya P1 Perlu merawat pesakit tanpa mengira kedudukan dan status 1 P2 Bekerja dengan jujur dan bertanggungjawab 1 P3 Mendahulukan keperluan pesakit melebihi keperluan peribadi 1 P4 Mendahulukan pesakit yang benar-benar memerlukan rawatan 1 P5 Sentiasa bersikap belas terhadap orang yang memerlukan rawatan 1

(iii) Pengajaran dalam petikan: P1 Kita perlulah bersikap baik hati terutama kepada orang yang dalam kesusahan.

Contoh: Nusia mengambil lima pek darah daripada juruteknik untuk diberikan kepada pesakit yang lebih memerlukannya.

2

Pengajaran dalam cerpen:

P1 Kita hendaklah mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi. Contoh: Tindakan Doktor Murni yang meletakkan jawatan kerana ingin menjadi doktor yang berperikemanusiaan dapat membantu menyelamatkan pesakit yang memerlukan rawatan yang rapi dan sempurna.

2

P2 Kita perlulah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberi. Contoh: Nusia bertanggungjawab merawat semua pesakitnya tanpa mengira pangkat.

2

P3 Kita perlulah bersimpati terhadap orang yang bernasib malang. Contoh: Nusia bersimpati dan menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah.

2

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 27

(PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH SEGAMAT, JOHOR) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Ini arahan, Nusia.” Suara doktor yang berkerudung ungu itu kendur. Mukanya muram.

“Darah dan manusia itu, berbezakah nilainya? Kalau harganya pangkat dan darjat,

padamkan saja istilah kemanusiaan dalam hati. Untuk apa kalau semuanya boleh dibeli?”

“Nusia!”

Aku cepat-cepat beredar. Suara Doktor Murni melantun ke dinding pejal wad Unit Rawatan

Rapi. Solehah yang tenat, yang pundi janinnya pecah di ovari, juga sedang koma. Al-Hafiz masih

terlantar, tulang selangkanya patah riuk, diheret kereta sejauh dua meter di tar keras, tidak pernah

pun dijenguk Profesor Doktor Juaidi.

Juga si kecil, bayi buangan yang hampir kekeringan darah. Gadis malang yang dibelasah

hingga tinggal nyawa-nyawa ikan dan mahasiswa leukemia yang semakin cair sel darah merah di

tubuhnya itu, tidak perlukah mereka itu diberi darah?

“Hidup yang ditentukan oleh tangan manusia ini, tidak pernah adil, Solehah.” Titis air

mataku gugur di hujung jari Solehah. “Engkau hanya memerlukan tiga pek darah sahaja, tetapi

tidak diberikan. Tuan Besar Musa itu, tubuhnya tidak mahu menerima darah tetapi pakar-pakar itu

...,” sebak menyendat di dadanya.

“Dapatkan 10 pek darah sekarang!” Arah Profesor Doktor Juaidi apabila cupingnya diusapi

suara lembut Doktor Murni, yang menyampaikan berita tentang bank darah yang kontang.

“Dapatkan di hospital lain; segera.”

Untuk siapa? Hatinya musykil sendiri.

(Dipetik daripada Gerhana Manusia, Aminah Mokhtar

Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan keluhan hati Nusia ketika berhadapan dengan Solehah?

[2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah kesan jika masyarakat enggan menderma darah?

[3 markah] (iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu

pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 28

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH (i) Keluhan hati Nusia P1 Hidup yang ditentukan oleh manusia ini tidak pernah adil. 1 P2 Solehah hanya memerlukan tiga pek darah sahaja, tetapi tidak diberikan 1 P 3 Tuan Besar Musa itu diberikan darah walaupun tubuhnya tidak dapat

menerima darah yang diberikan. 1

(ii) Kesan P1 Tidak dapat menyelamatkan nyawa mangsa kemalangan / pesakit 1 P2 Operasi pembedahan tidak dapat dijalankan dengan lancar. 1 P3 Peluang hidup untuk pesakit leukemia, barah, jantung, pesakit hati / pesakit

penyakit lain tipis. 1

P4 Bekalan darah negara terjejas. 1

(iii) Pengajaran dalam petikan: P1 Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.

Contoh: Nusia menjalankan tugasnya sebagai jururawat dengan dedikasi. 2

P2 Kita hendaklah bersikap adil sesama manusia. Contoh: Nusia melayan pesakit-pesakit di wad itu dengan sama rata.

2

P3 Kita hendaklah bersimpati terhadap golongan yang ditimpa nasib malang. Contoh: Nusia bersimpati terhadap semua pesakit malang di wad itu.

2

Pengajaran dalam cerpen:

P1 Kita hendaklah bersikap bijak dalam membuat keputusan. Contoh: Nusia tidak suka menyalahkan takdir atas sesuatu kesilapan dalam membuat keputusan.

2

P2 Kita mestilah berani menanggung risiko demi nyawa orang yang kritikal. Contoh: Nusia mengambil darah dari bank tanpa persetujuan Profesor Doktor Juaidi untuk menyelamatkan pesakit yang koma di wad itu.

2

P3 Kita hendaklah menolong orang yang berada dalam kesusahan. Contoh: Nusia dan Doktor Murni sama-sama menderma darah untuk menolong dan menyelamatkan nyawa pesakit yang koma.

2

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 29

(PERCUBAAN BM SPM 2016 PAHANG) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Profesor Doktor Juaidi muncul, mukanya cemas berpeluh. “Tingkatan adrenalina, dopamin, atropina.”

“Sudah ke maksimum, Prof.”

Troli penyelamat diheret ke sisi, defibrilator menggetarkan jantung mengalirkan kuasa 20 Joule.

Tubuh lelaki tua yang bermulut hamis dek minuman keras terketar-ketar sebelum kaku semula di katil.

Tegang muka Profesor Doktor Juaidi, 300 botol kecil adrenalina tinggal kosong. Stok penyimpan

atropina kehabisan. Dua puluh botol gelafundin kosong tergolek di dalam tong sampah. Dua jam lalu

pesakit koma di Unit Rawatan Rapi ditinggalkan.

Masya-Allah, betapa agungnya tubuh Tuan Besar Musa.

“Dia sepatutnya tidak mati sebelum acara jamuan tahunan. Kelab akan kehilangan RM100 ribu.

Huh!” Profesor Doktor Juaidi terhenyak di kerusi. Tajam mata liar garangnya menangkap wajah lembut

Doktor Murni. “Tulis laporan kematian Tuan Besar Musa. Ke mana perginya lima pek darah yang saya

tahu ada di bank darah pagi tadi?” Suara memetir.

“Prof.”

Tidak percaya aku, Doktor Murni boleh tersenyum semanis itu. “Ini surat peletakan jawatan saya.

Tidak cukup menjadi doktor manusia, saya mahu menjadi doktor kemanusiaan juga. Kalau tiada di

hospital ini, saya yakin ada di hospital lain.”

Profesor Doktor Juaidi ternganga.

Doktor Murni berlari menggapai tanganku. “Nusia, kita ke bank darah. Dua pek darah daripada

awak, dua pek darah daripada saya, mampu menghidupkan semua yang koma dalam Unit Rawatan Rapi

kecuali Profesor Doktor Juaidi.”

(Dipetik daripada Gerhana Manusia, Aminah Mokhtar

Antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah yang mendorong Doktor Murni meletakkan jawatannya?

[2 markah] (ii) Dalam mengejar kemewahan, manusia sanggup mengetepikan soal kemanusiaan dalam

kehidupan. Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dalam kalangan masyarakat.

[3 markah] (iii) Jelaskan satu perwatakan Doktor Murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu

perwatakan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 30

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH (i) Perkara yang mendorong Doktor Murni meletakkan jawatannya ialah P1 Ingin menjadi doktor kemanusiaan. 1 P2 Yakin dapat berkhidmat dengan baik di hospital lain. 1

(ii) Cara menerapkan nilai kemanusiaan dalam kalangan masyarakat ialah P1 Didikan ibu bapa terhadap anak-anak sejak kecil 1 P2 Penerapan nilai kemanusiaan melalui sistem pendidikan 1 P3 Kempen memperjuangkan nilai kemanusiaan 1 P4 Media massa memaparkan dokumentari atau rencana mengenai kepentingan

nilai kemanusiaan. 1

P5 Pemimpin menunjukkan contoh perjuangan nilai kemanusiaan. 1

(iii) Perwatakan Doktor Murni dalam petikan: P1 Seorang yang rasional dalam membuat tindakan / berpendirian tegas.

Contoh: Doktor Murni sanggup meletakkan jawatan kerana yakin bahawa ada hospital lain yang akan mendapatkan khidmatnya.

2

P2 Seorang yang sanggup berkorban untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Contoh: Doktor Murni bersedia untuk menderma darah untuk menyelamatkan pesakit yang memerlukan darah di hospital tersebut.

2

P3 Seorang yang mementingkan aspek kemanusiaan. Contoh: Doktor Murni sanggup meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati dengan kaedah rawatan untuk pesakit lain di hospital tersebut.

2

Perwatakan Doktor Murni dalam cerpen:

P1 Seorang yang bertanggungjawab Contoh: Doktor Murni memaklumkan bahawa Profesor Doktor Juaidi mengenai bekalan darah di hospital itu telah kehabisan stok.

2

P2 Seorang yang bersifat tenang ketika merawat pesakit. Contoh: Doktor Murni menasihati Nusia agar tidak terlalu emosional ketika merawat Tuan Besar

2

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 31

(PERCUBAAN BM SPM 2016 DAERAH BELAGA, SARAWAK) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Cenderamata untuk diri sendiri, memadailah jika aku dapat membeli beberapa buah buku yang diterbitkan di Turki dan mengambil seberapa banyak gambar dengan menggunakan kamera digitalku. Aku menganggarkan perbelanjaan sekitar USD50 kerana harga buku biasanya mahal. Sebenarnya, setiap kali berpergian, aku berpeluang mengumpulkan banyak cenderamata secara percuma. Dari hotel, biasanya aku memperoleh botol syampu, botol sabun buih, poskad, mancis, selipar, pen, pensel, uncang teh, uncang gula, atau apa-apa sahaja termasuk alat pengilat kasut. Senarainya pasti bertambah panjang jika aku memasukkan bekas botol air mineral, pembungkus coklat, pembungkus gula- gula, resit pembelian, tiket feri, tiket muzium, beg plastik, dan baki duit syiling negara luar, kedalam kategori cenderamata. Jika semuanya dicampurkan, jumlah yang akan dibelanjakan sekitar USD300. Masih ada baki sebanyak USD100. Sengaja aku ketepikan untuk perkara-perkara yang tidak dijangkakan. Contohnya, barangkali ada persembahan kebudayaan yang perlu kubayar sendiri dan tidak termasuk dalam harga pakej lawatan. Rugi berjalan ke tempat orang kalau tidak sempat melihat kebudayaan dan kesenian mereka.

(Dipetik daripada Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Maskiah Haji Masrom Antologi Jaket Kulit Kijang dari Islanbul,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan, apakah barang yang dikumpul oleh penulis untuk dijadikan cenderamata?

[2 markah] (ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menaikkan nama negara dalam

bidang pelancongan? [3 markah]

(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.

[4 markah]

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 32

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH (i) Barang yang dikumpul oleh penulis P1 Beberapa buku, gambar, syampu, botol sabun buih, poskad, mancis, selipar,

pen, pensel, uncang teh, uncang gula, alat pengilap kasut. 1

(ii) Cara untuk menaikkan nama negara P1 Meningkatkan perpaduan 1 P2 Tambah baik infrastruktur 1 P3 Tahun melawat Malaysia 1 P4 Jaringan pengangkutan 1

(iii) Pengajaran dalam petikan: P1 Perbelanjaan berhemah

Contoh: sentiasa berhati hati..... 2

Pengajaran dalam cerpen:

P1 Mencintai binatang Contoh:

2

P2 Berfikiran rasional Contoh:

2

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 33

(PERCUBAAN BM SPM 2016 YAYASAN ISLAM KELANTAN) Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Pemimpin tertinggi sendiri pernah berkata, “Rakyat mesti membuka mata dan melihat potensi yang ada dalam

bidang pertanian. Saya menyeru kepada rakyat sekalian agar merebut peluang ini, terutama ribuan siswazah

Melayu yang masih menganggur. Kerajaan menyediakan banyak peluang terutama kepada keistimewaan dalam

Dasar Ekonomi Baru. Ada pelbagai bantuan dan skim pembiayaan untuk projek pertanian yang dikendalikan oleh

sebuah bank khusus. Nah, semuanya ada di hadapan anda! Yang diperlukan sekarang ialah kesanggupan anda

untuk bekerja kuat. Ingat slogan ini, ‘Pertanian adalah Perniagaan’.”

Hakim telah mendengar dengan penuh minat. Segala kata itu membakar semangatnya untuk memajukan

tanah yang ditebusnya. Dia juga berharap kejayaannya nanti akan menjadi contoh teladan kepada orang yang

seketurunan dengannya yang mendapat kelebihan daripada Dasar Ekonomi Baru dan pelbagai projek

pembangunan sebuah kerajaan yang prihatin.

Hakim perlu membina sebuah teban tertutup. Dia memulakan segala kerja, menebang pokok dan

meratakan tanah, berlori-lori tanah telah diangkut untuk menambak kawasan yang memang rendah dan berair itu.

Wang simpanannya hampir habis di situ.

Kos pembinaan sebuah reban ayam tertutup dengan sistem penyaman udara dan peralatan memberi

makanan semiautomatik melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim sudah beberapa kali turun naik tangga bank untuk

berbincang tentang pinjaman projek pertanian. Kertas kerja sudah beberapa kali dipinda sehingga akhirnya

pinjaman diluluskan. Pinjaman sebanyak itu memerlukan cagaran dan dia tidak ada harta yang lain selain tanah

Pak Kaduk yang baru ditebusnya dengan susah payah. Mujurlah seorang Yang Berhormat sanggup campur

tangan dan memujuk pihak bank untuk meluluskan pinjamannya. Dengan pertolongan itu terbinalah sebuah reban

yang boleh memuatkan sepuluh ribu ekor ayam.

Hakim menandatangani kontrak dengan pihak RAJA. Maka jadilah dia seorang petani moden merangkap

anak muda yang berjasa kepada nusa dan bangsa dengan menyumbang ke arah penambahan pengeluaran

makanan negara.

(Dipetik daripada Kaduk, Ayam dan Raja, Zurinah Hassan

Antologi Jaket Kulit Kijang dari Islanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Hakim untuk mendapat pinjaman daripada bank?

[2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah sumbangan sektor pertanian kepada negara?

[3 markah] (iii) Jelaskan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai murni lain

daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 2 KOMSAS

Halaman 34

SKEMA JAWAPAN

SOALAN SKEMA MARKAH (i) Usaha yang dilakukan oleh Hakim untuk mendapat pinjaman daripada

bank ialah

P1 Hakim sudah beberapa kali turun naik tangga bank untuk berbincang tentang pinjaman projek pertanian

1

P2 Kertas kerja sudah beberapa kali dipinda sehingga akhirnya pinjaman diluluskan.

1

P3 Meminta pertolongan daripada Yang Berhormat supaya campur tangan dan memujuk pihak bank untuk meluluskan pinjamannya.

1

(ii) Pada pendapat saya, sumbangan sektor pertanian kepada negara ialah P1 Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk 1 P2 Sumber pendapatan negara melalui eksport hasil pertanian 1 P3 Pertumbuhan industri hiliran 1 P4 Sumber bahan mentah untuk keperluan industri 1 P5 Dapat mengekalkan kepentingan alam sekitar melalui pertanian mesra alam 1 P6 Sumber makanan penduduk negara 1 P7 Meningkatkan kemajuan perhubungan dan pengangkutan 1 P8 Dapat mewujudkan bandar-bandar baharu 1

(iii) Nilai murni dalam petikan: P1 Nilai tolong-menolong

Contoh: Bank memberi pertolongan kepada Hakim untuk mendapatkan pinjaman.

2

P2 Nilai bekerjasama Contoh: Yang Berhormat memberi kerjasama kepada Hakim untuk mendapatkan kelulusan bank.

2

P3 Nilai kegigihan Contoh: Hakim berani menceburkan dalam usahawan walaupun banyak risiko.

2

Nilai dalam cerpen:

P1 Nilai ketabahan Contoh: Hakim tabah menghadapi dugaan dalam usaha menternak ayam walaupun dia dikelilingi oleh hutang.

2

P2 Nilai kesyukuran Contoh: Hakim bersyukur kerana dia berjaya memperoleh kembali harta datuknya.

2

P3 Nilai rasional Contoh: Hakim menuntut hak datuknya melalui saluran mahkamah.

2

P4 Nilai keadilan Contoh: Mahkamah bertindak adil mengembalikan hak Hakim.

2

P5 Nilai baik hati Contoh: Azam sangat baik hati terhadap Hakim.

2