Upload
hishamuddin-salim
View
464
Download
21
Embed Size (px)
DESCRIPTION
UNTUK DI KONGSI
1
Isi Kandungan
Sekapur sireh ………………… …………………………………………………….…..
Isi Kandungan …………………………………………………………………………….
1.0 Pengenalan ……………………………………………………………………………
1.1 Definisi Sastera
2.0 Sejarah Komsas……………………………………………………………………..
2.1 Pra 2000
2.2 Pascatahun 2000
3.0 Kewajaran KOMSAS dalam Subjek Bahasa Melayu………………………………
3.1 Membantu meningkatkan proses belajar
3.2 Meningkatkan penguasaan dan perkembangan bahasa
3.3 Memperluaskan perbendaharaan kata
3.4 Memberi keseronokkan
3.5 Memupuk semangat membaca
3.6 Mendekatkan pelajar bukan Melayu kepada budaya Melayu
4.0 Kepentingan Pengajaran KOMSAS Membentuk Jati Diri Bangsa Malaysia……..
4.1 Membentuk emosi
4.2 Menanam semangat cinta akan tanah air
4.3 Pembentukan sifat-sifat yang mulia
4.4 Pembinaan peribadi yang baik
4.5 Pembentukan citra/imej yang baik
4.6 Pembentukan kecerdasan jasmani
5.0 Rumusan …………………………………………………………………………….
6.0 Apendiks…………………………………………………………………………….
2
1.0 Pengenalan
Sistem pendidikan di Malaysia sering melalui perubahan yang positif bagi meningkatkan mutu
pendidikan di negara kita . Ledakan maklumat yang sedang berkembang serta kemajuan
teknologi maklumat dan komunikasi yang pesat dalam era globalisasi dirasakan oleh pemimpin
kita . Perubahan sistem pendidikan yang drastik telah dilakukan pada tahun 1999 . Kerajaan
mengambil keputusan menambah baik medium pengajaran dengan mewujudkan Komponen
Kesusasteraan Melayu ( KOMSAS ) bersesuaian dengan teknologi , sosial serta budaya masa
kini .
Sebelum meneruskan lagi perbincangan ini adalah lebih baik jika kita memahami tentang definisi
sastera dan sejarah KOMSAS yang merupakan aspek penting dalam merealisasikan hasrat
kerajaan seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara . Ini kerana menurut akhbar
Utusan Malaysia Ahad 15 Mei 2011 yang dikarang oleh Dr. Aminudin Mansor , Shahnon
Ahmad menyatakan, pendidikan kesusasteraan ini penting dalam peranannya membina
pemikiran dan sahsiah manusia kerana dalam kesusasteraan itu banyak mengandungi unsur-
unsur mendidik nilai kemanusiaan yang tinggi.
1.1 Definisi Sastera
Aftarudin (1990) dalam buku Teknik Mengajar Sastera mengatakan,”Sastera adalah komunikasi
seni yang hidup bersama bahasa. Tanpa bahasa, sastera tak mungkin ada. Melalui bahasa, ia
dapat mewujudkan dirinya berupa sastera lisan mahupun bertulis.” Satu pihak menjelaskan
sastera adalah bentuk ungkapan bahasa dan satu pihak lagi mengatakan bahawa lebih hidup
daripada berkat sentuhan estetik unsur-unsur sastera.
Kesimpulannya bolehlah dikatakan sastera adalah jendela dunia. Ia membolehkan
pembaca mendapat imbasan dan cebisan berkaitan realiti budaya dan tradisi masyarakat tertentu,
walaupun realiti budaya itu suatu gubahan seni. Menggunakan teks sastera penting dalam
mempelajari bahasa kerana ia membantu membina kemahiran dalam memberi makna. Teks
sastera menampilkan contoh bagaimana sumber bahasa digembleng secara kreatif dan
dimanfaatkan sepenuhnya.
2.0 Sejarah KOMSAS
3
Shamsudin Othman (2006 : 301 ) dalam Kertas Kerjanya yang bertajuk “ Hala Tuju Bahasa dan
Kesusasteraan Melayu Dalam Wahana Pendidikan Nasional “menyatakan bahawa hubungan
bahasa Melayu dengan kesusasteraan Melayu wujud sejak ratusan tahun dahulu.Hubungan ini
dibentuk melalui media tulisan seperti yang terakam dalam ribuan nafkah karya kesusasteraan
tradisional Melayu khususnya yang dipelajari oleh Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir melalui
Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan dan Hikayat Abdullah pada pertengahan kurun ke -19.
2.1 Pra 2000
Pembelajaran berunsur sastera bagi pelajar sekolah sememangnya sudah sedia terdapat dalam
kurikulum Bahasa Melayu sejak Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ) dilaksana
pada tahun 1987 di Malaysia. Di peringkat sekolah menengah , peruntukan waktu bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu sebanyak enam waktu atau 240 minit seminggu.Satu waktu atau 40
minit diperuntukan bagi pengajaran unsur sastera.Walau bagaimanapun , penilaian dan
pandangan para pendidik mengenainya mendapati bahawa pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran unsur sastera di bilik darjah kurang berkesan.Ini disebabkan ketiadaan teks wajib
yang ditetapkan manakala soalan peperiksaan , kebanyakkan memberi tumpuan pada aspek
pemahaman yang lebih menekankan kemahiran bahasa dan bukan aspek sastera.
Lantaran itu , pada 22 Jun 1999 , komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu ( KOMSAS ) diperkenalkan.Menteri Pendidikan Malaysia mengumumkan
bahawa semua pelajar sekolah menengah aliran Sastera, Sains , teknik , Vokasional dan agama
diwajibkan mempelajari kesusasteraan Melayu. Kementerian Pelajaran telah mengambil
ketetapan memberi penekanan pada pembelajaran sastera di peringkat sekolah menengah dengan
menetapkan teks yang wajib dipelajari dan diuji dalam peperiksaan awam.
2.2 Pascatahun 2000
Pelaksanaan KOMSAS disekolah dijalankan secara berperingkat mulai Mac , 2000 bagi murid
tingkatan satu dan empat , tahun 2001 bagi tingkatan dua dan lima serta tahun 2002 bagi
tingkatan tiga.Calon Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) yang sulung mengambil peperiksaan
dengan kurikulum baru ini pada tahun 2001 , manakala calon Penilaian Menengah Rendah (
PMR ) pada tahun 2002.
4
Dengan terlaksanannya dasar ini makan semua murid daripada tingkatan satu hingga lima
telah mendapat pendedahan asas mengenai sastera Melayu . Secara tidak langsung , pengajaran
komponen sastera ini juga dapat memertabatkan kesusasteraan Melayu secara lebih meluas di
kalangan pelajar serta dapat memeupuk dan mengembangkan jiwa bangsa yang merdeka.
Menurut Kamaruzaman Abdullah dalam “Simposium Pendidikan Bahasa Melayu 2002
Peringkat Kebangsaan” , Kementerian Pelajaran telah menetapkan 5 novel ( dipilih daripada 15
judul ) , 30 cerpen , 15 drama , 30 puisi moden ( sajak ) , 30 puisi tradisional dan 20 prosa
tradisional yang perlu dipelajari oleh setiap pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan
lima.Karya – karya ini terdiri daripada hasil karya sasterawan negara , pemenang anugerah
sayembara , penulis mapan , penulis baru serta penulis remaja . Pemilihan karya berasaskan pada
aras kesukaran bahasa dan cerita karya , ilmu pengetahuan yang terkandung dalam karya ,
keindahan bahasanya , nilai – nilai murni , kepelbagaian tema , ketiadaan unsur – unsur sensitif
serta pemilihan latar .
Juga dipentingkan ialah aspek sastera merentasi kurikulum iaitu teks yang dibaca harus
mampu menyentuh mata pelajaran lain yang dipelajari oleh pelajar seperti sejarah, teknologi
maklumat , sains , moral dan sebagainya.Dengan ini cerita dalam karya berkenaan bukan sahaja
boleh digunakan oleh guru Bahasa Melayu tetapi juga boleh dimanfaatkan oleh guru mata
pelajaran lain seperti sains, pendidikan Islam , sejarah , geografi dan teknologi maklumat.
3.0 Kewajaran Sastera dalam Mengajar Bahasa Melayu
Sebelum Komsas dilaksanakan , pelajar sudah didedahkan dengan unsur atau bahan sastera
dalam pendidikan bahasa.Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa sastera dan bahasa
tidak dapat dipisahkan kerana kedua – dua aspek ini lahir daripada sosio budaya
masyarakat.Lantaran itu , Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah tidak memisahkan
5
pengajaran dan pembelajaran bahasa dan sastera.Banyak kelebihan dan kewajaran menggunakan
bahan sastera dalam pendidikan. Antaranya ialah :
3.1 Membantu meningkatkan proses belajar dan mengajar bahasa Melayu
Antara kemahiran asas yang diberi penekanan dalam bahasa Melayu adalah seperti kemahiran
lisan, membaca, bertutur dan menulis yang memerlukan penghayatan dan pengukuhan dengan
bahasa sastera.
Bagi mengukuhkan kemahiran lisan para pelajar, guru boleh menerapkan bahan sastera
melalui drama dan puisi.Beberapa aktiviti boleh dilakukan seperti mengucapkan kata bual
sesuatu watak dalam cerita, melakonkan episod drama dengan dialog yang sudah
dihafal,berpantun, bersyair dan membaca puisi mengikut intonasi, sebutan, rima dan irama yang
sesuai.Contoh puisi seperti persahabatan karya Mohd.Amran Daud ( 2010 : 20 )
Mengajar bahan sastera dalam pendidikan bahasa Melayu berbeza daripada mengajar
Kesusasteraan Melayu diajar secara khusus. Segalanya tinjauan dan kajian yang dibuat pada
teks-teks banyak difokuskan kepada struktur. Antaranya seperti tema, persoalan, aliran dan aspek
luaran karya seperti sejarah perkembangan sesuatu genre dan latar belakang pengarang.
3.2 Meningkatkan penguasaan dan perkembangan bahasa
Menggunakan bahasa sastera begitu relevan dalam mengajar bahasa Melayu. Dalam mencipta
karya sastera, pengarang menggunakan bahasa sebagai media utama dalam menyampaikan
mesej, idea dan pandangan hidup dunianya. Cara ini secara tidak langsung dapat memberikan
sumbangan bagi meningkatkan penguasaan dan perkembangan bahasa seseorang.
Sifat sastera adalah mementingkan kehalusan dan keindahan. Bahasanya indah dengan
susunan yang membentuk irama dan bunyi yang menarik. Bahasa dan sastera tidak dapat
dipisahkan. Sekiranya membicarakan keindahan sastera, kita memperkatakan unsur keindahan
daripada segi bahasa yang sebenarnya. Karya sastera mempunyai daya tarikan supaya pembaca
terus berminat membacanya. Dengan ciri-ciri ini, bahan sastera dapat dijadikan sumber bagi
mengajar bahasa yang berkesan.
6
Sebagai contoh cerpen “Gema Sepi Gadis Genius “ karya Azmah Nordin ( 2010 :104)
bertemakan teknologi maklumat dan komunikasi ( TMK ) releven dengan perkembangan
terkini.Laras bahasa TMK yang digunakan boleh memperkayakan dan menambah
perbendaharaan kata murid.Malah jalan cerita dan gaya bahasanya mudah difahami.
Ia berbeza dengan mengajar bahan sastera dalam pendidikan bahasa Melayu iaitu pelajar-
pelajar tidak diajar Kesusasteraan Melayu sebagai bidang ilmu yang khusus tetapi hanya sebagai
komponen yang menjadi sumber tambahan bagi mengukuhkan penguasaan bahasa Melayu.
Apabila membaca karya sastera, pelajar dapat menikmati serta menghayati Kesusasteraan
Melayu yang disampaikan dalam struktur bahasa yang indah. Manakala penggunaan bahan
sastera dalam pengajian bahasa digunakan bagi mengajar kefahaman, perbendaharaan kata dan
sebagainya.
3.3 Memperluaskan perbendaharaan kata
Proses belajar dan mengajar bahan sastera dalam pendidikan bahasa Melayu bersifat kognitif. Ini
kerana guru dapat mengukur perluasan perbendaharaan kata pelajar berhubung bahasa yang
digunakan dalam karya sastera. Fokus mengajar adalah objektif kognitif khusus bagi
meningkatkan kemahiran berbahasa seperti membaca,bertutur, menulis, serta mempelajari
peribahasa dan tatabahasa. Oleh itu, guru perlu bijak memilih, merancang dan melaksanakan
pengajaran menggunakan bahan sastera dalam pendidikan bahasa Melayu.
Bagi menambah penguasaan bahasa Melayu, pelajar diasuh dan diberi latih tubi. Latihan
ini bagi mengukuhkan kefahaman di samping latihan membina ayat, memberi makna
perbendaharaan kata, menggunakan peribahasa dengan betul dan memperbaiki struktur
tatabahasa yang salah.Sebagai contoh karya sajak bagi murid tingkatan 2 menggunakan istilah ,
ejaan dan tatabahasa yang baik dan sesuai dengan tahapnya. “Ketenangan “, “Warkah kepada
Generasi” dan sebagainya sesuai dengan tahap murid.
3.4 Memberi keseronokan
Seterusnya bahan sastera juga memberikan keseronokan kepada pelajar. Ini kerana karya sastera
adalah karya indah dan mempunyai huraian hal-hal yang aneh dan ajaib. Ia disusun dengan kata-
kata terbaik dan sekali gus menyeronokkan pelajar kerana mempunyai unsur kelucuan. Karya
7
sastera boleh digunakan bagi mengajar bahasa Melayu mengikut peringkat kesukaran pelajar. Ini
terpulang pada kebijaksanaan guru memilih, menilai dan menyesuaikan bahan-bahan yang
digunakan.Contohnya “Seloka Si Luncai” dalam antologi teks Komsas tingkatan 5 ( 2010 : 13 )
3.5 Memupuk semangat membaca
Menggunakan bahan-bahan sastera semasa mengajar dan memahami sesuatu mata pelajaran
dapat memupuk semangat membaca di Jiwa pelajar. Dengan itu, pelajar-pelajar yang ingin
mengetahui kesudahan kisah atau cerita yang dibaca dalam kela, perlu membaca novel, cerpen,
drama ataupun prosa klasik itu di perpustakaan ataupun di rumah. Dalam jangka masa panjang,
aktiviti membaca dapat memahirkan mereka dalam aspek bacaan dan kefahaman.
Di samping itu juga, para pelajar dapat memahami perbendaharaan kata, struktur
tatabahasa Melayu dan meningkatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis
dalam bahasa Melayu.
3.6 Mendekatkan pelajar bukan Melayu dengan budaya Melayu
Bahan sastera bentuk prosa moden ataupun klasik mengandungi banyak gambaran adat istiadat
dan kebudayaan masyarakat Melayu. Dengan menggunkan bahan sastera semasa mengajar
bahasa Melayu, secara tidak langsung boleh mendekatkan pelajar bukan Melayu dengan
kebudayaan orang-orang Melayu. Demikian juga bahan sastera yang ditulis oleh masyarakat
Cina dan India, ia akan didedahkan pula kepada pelajar Melayu dan seterusnya membolehkan
mereka mengenali dan memahami kaum-kaum itu.
“ Di bawah langit yang sama “ ( 2010 : 27 ) karya Lim Swee Tin , “ Hutan rimba “( 2010
:166 ) karya Sasjira merupakan bahan sastera yang ditulis oleh penulis Cina dan India bagi
memberi pendedahan kepada murid Melayu.
Dalam pendidikan bahasa Melayu, komponen sastera diperkenalkan di dekolah rendah
dan menengah. Ia selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi
memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Dalam
konteks pendidikan negara, komponen sastera memiliki rasional dan falsafah tersendiri, mengapa
ia perlu dipelajari dan berada seiring dengan pendidikan bahasa Melayu.
8
4.0 Kepentingan Pengajaran KOMSAS bagi Membentuk Jati Diri Bangsa Malaysia
Merujuk artikel Berita Harian 16.3.2011 oleh Toe Kok Seong , dalam Malaysia cuba membentuk
dan mengekalkan jati diri nasional , sudah tentu bahasa mempunyai peranan. Untuk ini ,
pengetahuan dan penguasaan terhadap satu bahasa yang dokongsi bersama adalah penting. Ini
dapat dilakukan antaranya melalui jati diri nasional yang dimiliki semua lapisan masyarakat
selepas dipupuk melalui penggunaan satu bahasa yang dituturkan serta difahami bersama.
Penggunaan bahasa lebih lagi sastera dilihat sebagai satu pembentukan perpaduan dan
jati diri nasional yang dihasratkan.Berdasarkan ideologi nasionalisme , khususnya dalam sistem
pendidikan negara, sastera didapati berjaya membentuk dan mengekalkan jati diri
9
nasional.Dalam konteks ini , sastera didapati amat berkesan untuk menonjolkan jati diri nasional
, malah ia perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa supaya keutuhan bentuk dan amalan
dalam sastera dapat sentiasa dipelihara.Penguasaan ilmu bahasa dan sastera untuk membina dan
meningkatkan jati diri pelajar jelas tergambar dalam matlamat pengajaran Komsas.
Sebelum diterangkan dengan lebih jelas tentang kepentingan Komsas dalam membentuk
jati diri bangsa Malaysia eloklah difahami apa yang dikatakan dengan jati diri.Kamus Dewan
(2000) memberi pengertian sebagai sifat atau ciri yang unik dan istimewa dari segi adat, bahasa,
budaya dan agama.Ia menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau sesuatu
bangsa. Jati diri itu akan menunjukkan citra identiti sesebuah bangsa.
Menurut budayawan, A Aziz Deraman ( Berita Harian Khamis 28.4.2011 ) berkata
persoalan bahawa jati diri Malaysia tidak boleh dilakukan secara caca-marba, berasaskan kepada
kesamarataan semua bidang termasuk ke arah kewujudan budaya bangsa.Sebaliknya, beliau
berkata, ia mendukung matlamat ke arah menegakkan keperibadian bangsa dan kejatidirian
dalam konteks pembangunan negara. Keunikan situasi kepelbagaian di Malaysia ini katanya lagi,
jarang terdapat di negara lain.“Jati diri itu banyak berkaitan dengan kebudayaan. Di Malaysia isu
dan masalah kebudayaan timbul lazimnya disebabkan persepsi dan perspektifnya yang
diletakkan dalam kerangka yang begitu sempit dan terhad. katanya sebagai panel Forum Jati
Diri 1Malaysia bertajuk Jati Diri Pembinaan Negara Bangsa di Institut Pendidikan Guru (IPG)
Kampus Perempuan Melayu di Durian Daun, Melaka, baru-baru ini.
Manakala sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 peringkat Wilayah
Persekutuan Putrajaya (PPj), PPj dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah
mengadakan Syarahan Pendeta yang bertajuk “Peranan Bahasa Kebangsaan dalam Membina
Jati Diri Negara Bangsa” pada 12 Oktober lalu. Syarahan tersebut disampaikan oleh Dato’ Dr.
Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan yang juga mantan Ketua Pengarah DBP.
Dalam syarahannya, Dato’ Dr. Hassan menjelaskan makna jati diri atau juga disebut
identiti. Menurut beliau terdapat dua makna perkataan tersebut, iaitu pertama makna dari segi
sosiobudayanya sebagai identiti atau jati diri bangsa atau kumpulan etnik. Setiap bangsa atau
kumpulan etnik mempunyai jati diri masing-masing, termasuklah bangsa Melayu. Beberapa
tanda yang menunjukkan atau menjadi petanda jati diri sesuatu bangsa atau etnik ialah bahasa,
10
budaya, sejarah keturunan nenek moyang, dan agama. Oleh itu, jati diri dari segi makna
sosiobudaya merupakan takrif antropologi atau takrif budaya, bukan takrif politik.
Setelah kita teliti maksud jati diri, bolehlah dikatakan bahawa jati diri merupakan identiti
diri bangsa Malaysia.Di sini dijelaskan pula kepentingan komsas dalam pembentukan jati diri
bangsa Malaysia.
4.1 Pembentukan emosi
Kesusasteraan Melayu , khususnya komsas boleh memainkan peranan penting dalam
pembentukan emosi. Ini kerana kesusasteraan Melayu merupakan wadah fikiran dan perasaan
yang dijalin oleh bahasa yang indah .Ini membenarkan murid sedar akan perasaan sendiri semasa
mereka memikirkan perasaan orang lain.Kesusasteraan Melayu seperti karya seni yang lain
bukan sahaja memukau deria rasa dan intelek pembacanya, bahkan memaparkan kehidupan,
menenangkan keadaan huru- hara, menerangkan yang gelap dan mencadangkan alternatif untuk
mengatasi masalah.
Secara ringkas bermakna unsur kesusasteraan Melayu yang dibaca oleh murid dalam bahasa
Melayu berupaya untuk membentuk dirinya agar menghormati orang lain , membina sahsiah
yang elok dan bersikap toleransi. Selain itu, nilai – nilai estetik yang diajar dalam pengajaran dan
pembelajaran komponen sastera dapat mendidik murid mengamalkan keperibadian yang
seimbang.Proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu akan
mewujudkan jati diri murid serta berilmu pengetahuan.Seperti contoh cerpen “ Dendam “
(2010:84 ) karya Shariza A.Rahman memaparkan secara langsung dunia murid. Pengarang
memaparkan konflik dalam kehidupan adik-adik yang biasa berlaku dalam kehidupan
seharian.Plot cerpen ini diolah dengan menarik dan berkesan serta perkembangan ceritanya
penuh konflik.Peleraian cerita berakhir apabila watak Along mulai sedar akan kesalahannya
selama ini.Karya ini lebih dekar dalam jiwa murid dengan memaparkan konflik dan nilai kasih
sayang.
Unsur emosi yang diwujudkan bagi mendidik dan memandu emosi murid supaya lebih
stabil apabila berdepan dengan sesuatu tragedi , tekanan emosi dan kemelut hidup.
Sesungguhnya masyarakat dulu telah banyak menjadikan sastera sebagai panduan bagi tujuan
tersebut.
11
Pembentukan emosi yang betul membolehkan murid mengawal sikap dan perasaannya ,
memahami orang lain seterusnya berjaya menjalinkan hubungan positif sesama insan.Sebagai
contoh cerpen “Israk“ karya Erda Roslan Khairi mengungkapkan persoalan jati diri dalam diri
murid.Cerpen ini menggarap nilai kasih sayang seorang nenek yang tinggal di kampung dengan
keegoan seorang cucu yang mendapat pendidikan Inggeris.
4.2 Semangat cinta akan tanah air
Melalui komponen kesusasteraan Melayu , murid akan diperkenalkan dengan unsur patriotik ,
perpaduan negara dan kebudayaan kebangsaan.Melalui ini semangat cinta akan tanah air akan
tersemat dalam dada setiap murid sekiranya didedahkan dengan pengajaran komponen
kesusasteraan Melayu dalam proses pembelajaran mereka.
Sebagai contoh novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid bin Hamzah yang
menekan persoalan jati diri bangsa yang menjadi tunjang seorang insan.Kisah perjalanan hidup
Faridah dan anak-anaknya tidak terbatas oleh sempadan negara,melangkaui benua untuk
kelangsungan hidup.Namun jati diri bangsa tetap berakar kukuh dan kecintaan kepada tanah air
sentiasa kekal di hatinya.
Oleh itu , semangat cinta akan tanah air akan tersemat sekiranya murid dengan bantuan
guru dapat menilai dan mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan
Melayu . Malah dengan demikian akan meningkatlah rasa cinta mereka kepada tanah air.
4.3 Pembentukan sifat – sifat yang mulia
Melalui pembacaan bahan kesusasteraan Melayu murid dapat meneladani dan menambahkan
ilmu pengetahuan , menyuburkan emosi , membina moral dan pengajaran , unsur
kemasyarakatan dan nilai kemanusiaan dan estetik. Hal ini kerana dalam proses pengajaran dan
pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu terdapat pelbagai gubahan yang menyingkap
nilai budaya masyarakat setempat.
Bahan kesusasteraan Melayu yang bertemakan moral dapat membantu murid menghayati
nilai – nilai murni.Perkara ini disebabkan murid dapat belajar melalui peniruan watak baik yang
ditonjolkan dalam sesebuah karya kesusasteraan Melayu.Keadaan ini secara tidak langsung dapat
mengurangkan masalah disiplin pada kalangan murid kerana murid tertarik dengan cerita
12
tersebut. Mereka akan mendengarnya atau membacanya dengan teliti dan tidak mungkin akan
menimbulkan masalah disiplin .
Sebagai contoh dalam “Gurimdam Tonggak Dua Belas “ karya Mohd Sidek Mohd Dollah
(2010 : 11 )pengarang mengajak murid untuk membina jati diri sebagai orang yang baikdan
berguna untuk bangsa dan negara.Nilai – nilai seperti menghargai masa, tekun berusaha , bijak
bertindak dan bersifat sederhana merupakan nilai positif yang mampu membentuk remaja
sebagai generasi masa hadapan yang mewarisi tampuk pemerintahan kelak.Murid perlu
mengambil nilai – nilai positif ini sebagai pegangan dalam hidup.
Hendak pandai menghargai masa,
Jangan dinanti esok lusa.
Ketekunan akan membawa kejayaan ,
Kegigihan bekerja dengan keupayaan,
(Dirgahayu Bahasaku 2010:11)
Oleh itu, wajarlah karya – karya kesusasteraan Melayu yang dipilih perlu memancarkan nilai –
nilai murni yang dapat membentuk konsep kebaikan , keikhlasan dan kebenaran dalam
pemikiran dan perasaan murid yang mempelajari kesusasteraan Melayu.Hal bersesuaian dengan
dasar pendidikan kebangsaan yang bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum.
4.4 Pembinaan peribadi yang baik
Apabila dikaitkan dengan masyarakat , karya kesusasteraan Melayu seperti novel,cerpen dan
sajak seolah – olah mencatat perihal masyarakat.Bahkan jika diteliti kesusasteraan Melayu
mempunyai sumber yang kaya dengan nilai emosi yang bermanfaat untuk membentuk
keperibadian generasi muda. Karya- karya kesusasteraan Melayu bukan sahaja berperanan
sebagai wahana tetapi mampu mengilap potensi diri murid.
Karya sastera yang dihasilkan bukan sahaja secara terang menyatakan pandangan tetapi
secara sinis bagi membentuk peribadi yang baik bagi murid atau pembaca.Ini jelas dipaparkan
dalam “kecek-(V)” oleh Awang Abdullah yang menyentuh sikap manusia. Dalam sajak ini
penyair secara sinis telah menegur sikap orang berada yang tidak jujur dalam mengumpul harta
untuk diri dan keluarganya.Mereka sanggup melihat orang lain hidup susah asalkan mereka
hidup senang.Berbanding dengan orang miskin seperti petani dan nelayan walaupun hidup susah
13
tetapi mereka tidak pernah menyusahkan orang lain untuk mendapatkan sesuap nasi untuk diri
dan keluarga mereka.Penyair secara sinis mengingatkan pembaca bahawa apa – apa sahaja yang
kita lakukan di dunia ini semuanya tidak terlepas daripada pengetahuan Allah.Perbuatan yang
baik pasti mendapat balasan yang baik, sementara perbuatan yang jahat pasti akan menerima
balasan yang setimpal.
Seorang pengarah
Membuka akaun semasanya
Disebuah bank ternama
Tetapi dalam diam
Dia mencantum kemiskinan
Orang lain
Ke dalam amanahnya
Yang telah lama pecah
(Dirgahayu Bahasaku 2010:22)
4.5 Pembentukan citra atau imej yang baik
Kesusasteraan Melayu juga menekankan pembentukan citra atau imej yang baik kepada
khalayaknya iaitu murid.Imej dalam konteks ini menjurus pembinaan insan.Hal ini terpapar
melalui pelbagai genre kesusasteraan Melayu.Malah, hal ini sesuai pula dengan disiplin
kesusasteraan Melayu itu sendiri iaitu mendidik dan membina nilai – nilai akhlak murid.Sebagai
contoh antara karya kesusasteraan Melayu yang memaparkan unsur rohani ialah cerpen
“Tanggar Amanat “ karya Amaruszati Noor Rahim kerana berpusatkan nilai – nilai murni
melalui watak utamanya yang memiliki jiwa yang penuh kasih sayang dan bertanggungjawab
mengambil masa yang lama bagi bertindak mengikut hati nurani.
Unsur emosi mengandungi hikmah yang mempunyai matlamat iaitu kepercayaan kepada
Tuhan , kepercayaan beragama , kemantapan jiwa , menghubungkan nilai murni dengan norma
masyarakat dan mempunyai sahsiah yang mulia.
4.6 Penerapan kecerdasan jasmani
Perkembangan daripada segi jasmani boleh diterapkan melalui teknik yang biasa digunakan oleh
guru yang terlatih seperti teknik penggunaan deria, main peranan , simulasi , bercerita , lakonan
waima secara spontan atau berskrip, pentomin, boneka , perbincangan , permainan bahasa
kesusasteraan dan kuiz.Murid – murid yang didedahkan dengan pelbagai teknik dalam
14
pengajaran kesusasteraan Melayu secara tidak langsung berupaya dalam pergerakkan .Malah
mereka akan lebih aktif.
Selain itu, perkembangan daripada segi jasmnai bukan sahaja melibatkan aktiviti di
dalam bilik darjah , malahan melalui pelbagai aktiviti di luar kelas. Contohnya apabila pihak
sekolah mengadakan aktiviyti seperti pertandingan pementasan drama , teater atau sebagainya
yang melibatkan murid untuk bergiat aktif dalam sesuatu aktiviti yang dijalanakn.
Teknik sosiodrama misalnya yang dilaksanakan oleh guru adalah untuk mewujudkan
perhubungan antara insan dan masyarakat. Antara langkah yang boleh dijalankan dengan
meninta murid mengemukakan sesuatu masalah. Selepas itu guru akan meminta murid agar
melakonkan permasalahan tersebut.Melalui aktiviti ini , murid akan belajar untuk bergerak
secara berkumpulan , tidak kira kumpulan kecil atau besar .Oleh itu semngat kerjasama dan
kesefahaman akan terbentuk.
4.7 Membentuk insan berfikir secara kreatif dan kritis
Konsep kreatif merujuk kepada perihal individu yang membentuk semua hal tentang pemaknaan
, penilaian , kelilmuan waima yang tersurat atau tersirat serta membuat pertimbangan ,
kesimpulan dan keputusan.Manakala konsep kritis merujuk hal yang berhubung dengan
penghayatan terhadap penilaian dan penaakulan bahan sastera.
Bahan yang dibaca sering disifatkan sebagai bahan yang mempunyai hubungan dengan
pemikiran.Penghasilan sesebuah karya dan teknik penyampaian turut membawa kita yang
membacanya berfikir,merenung dan menilai simbol yang ada. Sebagai contoh “Dato’ Onn “
karya Othman Haji Zainuddin yang mengungkap semangat kebangsaan dan penentangan
Malayan Union.Drama muzikal ini memberikan pengetahuan sejarah tentang isu Malayan Union
dan bagaimana orang Melayu yang diketuai oleh Dato’ Onn berusaha menentangnya bagi
mendapatkan kemerdekaan .Penulis telah menggunakan bahasa yang diselang-seli dengan watak
pencerita.Kegigihan dan ketegasan Dato Onn dipaparkan dengan jelas dan usaha tersebut berjaya
membawa negara untuk mencapai kemerdekaan.Drama ini membawa mesej tentang kegigihan
tokoh terdahulu memperjuangkan kemerdekaan dan betapa pentingnya kita sebagai generasi kini
menjaga kemerdekaan tersebut.
15
5.0 Kesimpulan
Pengenalan komponen sastera dalam kurikulum Bahasa melayu merupakan satu dasar yang
bijak. Di samping memberi pendedahan asas sastera Melayu kepada pelajar , pembelajarannya
telah mampu meningkatkan lagi mutu penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar dari segi
kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kejayaan
setakat ini memberi suntikan pada kedudukan sastera dalam kurikulum sekolah manakala
kelemahan yang dikenal pasti boleh memberi panduan tentang apa yang perlu diperbaiki.
Pengenalan komponen sastera juga diharapkan dapat membina pelajar Malaysia yang
gemar membaca sepanjang hayat dan secara tidak langsung pelajar juga dididik membaca karya
sastera yang bermutu tinggi. Melalui pengajaran dan pembelajaran komponen sastera, apresiasi
sastera dapat dipertingkatkan di kalangan pelajar. Daripada apa yang telah dibincangkan sebelum
ini, pendeknya, pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah bukan sahaja mampu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek,rohani, emosi dan jasmani
seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tetapi juga bertujuan untuk
melahirkan murid yang memiliki keterampilan dalam bahasa, dan menghargai serta menghayati
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
Bahkan, pengajaran kesusasteraan Melayu penting dalam pembinaan manusia yang
seimbang, matang , prihatin dan beretika tinggi. Pengajaran kesusasteraan Melayu atau komsas
ini penting kepada pelajar , bukan setakat menghafal cerita , malah karya komsas yang
disenaraikan dalam bahasa Melayu kaya dengan khazanah ilmu , nilai , budaya , pengalaman ,
etik dan pelbagai lagi. Bahkan didapati di dalamnya terangkum dunia keilmuan kesusasteraan
yang tidak ada akhirnya yang sekali gus memancarkan perkembangan tamadun sesuatu bangsa
termasuk budaya dan evolusi masyarakat. Dengan demikian tidaklah lagi timbul masalah atau
perkara yang mengelirukan guru dan pelajar kerana hakikatnya, pengajaran dan pembelajaran
komsas dapat memperlengkap pengetahuan dan persediaan untuk mengajar dan belajar dengan
yakin.
16
6.0 Apendiks
1. Naffi Mat. ( 2005 ). Teknik Mengajar Komsas Komponen Sastera. Selangor : PTS
Professional.
2. Sulaiman Masri,Abdullah Yusof, Mohd Ra’in Shaari. ( 2006 ). Bahasa Melayu Dimensi
Pengajaran dan Pembelajaran . Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributor Sdn.Bhd.
3.Yahya Othman, Roselan Baki,Naffi Mat .( 2009 ).Pemerkasan Pendidikan Bahasa Melayu dari
Teori ke Praktik . Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.
4.Toe Kok Seong. ( 16 Mac 2011 ) . Malaysia Cuba Membentuk Jati Diri Nasional . Berita
Harian.
5.Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir ( 2007 ).Kewajaran Pengajaran Komsas dalam Bahasa Melayu
.Jurnal Peradaban Melayu Jilid 5 .Diambil pada 27 Mei 2011 dari
http://jurnalperadabanipm.bolgspot.com/2008/08/jurnal-peradaban-melayu.
6. Siti Khariah Mohd Zubir (2007 ). Peranan Bahasa dan Sastera:Umpama Irama dan Lagu.
Jurnal Peradaban Melayu Jilid 5 .Diambil pada 27 Mei 2011 dari
http://jurnalperadabanipm.bolgspot.com/2008/08/jurnal-peradaban-melayu.
7. Kamaruzaman Abdullah.( 2002 ).Komponen Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu
Sekolah Menengah di Malaysia . Simposium Pendidikan Bahasa Melayu 2002 Peringkat
Kebangsaan.Maktab Perguruan Besut terengganu.
8. Mohamad Kholid bin Hamzah.(2010).Kabus di Perbukitan Tingkatan 5. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
9. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010 ).Dirgahayu Bahasaku Tingkatan 5 . Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
10. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010 ).Gema Sepi Gadis Genius Tingkatan 2 . Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
17
11. Dr. Aminudin Mansor ( 15 Mei 2011 ) Subjek Sastera Membina Insan . Kuala Lumpur
:Utusan Malaysia.
12. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga ( 2000 ).Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
13. Berita Harian 28 April 2011
14. Mohd Rasdi bin Saamah ( 2002 ). Pelaksanaan Komsas dalam Pelajaran Bahasa Melayu di
Sekolah Menengah Satu Tinjauan . Kuala Lumpur : Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan.