Click here to load reader

Komsas

  • View
    1.275

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

komsas

Text of Komsas

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

CERPEN

Set 1 Cerpen Hutan Rimba

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dalam seketika sahaja hutan dara itu telah ternoda. Kini, hutan itu telanjang polos, sedangkan selama ini busana hijau yang menutupinya. Segala-galanya sirna dalam sekelip mata. Yang tinggal hanyalah serpihan kayu dan tunggul-tunggul mati. Perasaan kesal telah menggores dada Pak Tua. Matanya berkaca-kaca. Beribu-ribu dan mungkin berjuta-juta iklim alam mengambil masa menenun busana hijau untuk bumi. Tetapi dalam sekelip mata jentolak yang dipandu oleh Pak Tua telah merobek dan mengoyak habis busana rimba. Sesal Pak tua semakin melebat. Pak Tua cuba meraih kembali ingatannya sewaktu 30 tahun yang lalu. Jemari tangannya terketar-ketar mengurut kerut di dahinya yang menyimpan memori yang begitu banyak. Setitis dua air mengalir di sudut kelopak matanya.Aku ingin kawasan hutan ini kembali rimbun. Kata Pak Tua sendirian sambil memejamkan mata.Dalam layar gelap yang nampak hanya lori-lori balak yang mengaum sombong sambil mengangkut batang-batang kayu sebesar sepemeluk hingga dua pemeluk orang dewasa. Timbunan batang-batang kayu itu terikat kemas di atas tubuh sang lori. Sesekali tubuh lori-lori balak itu terhenjut-henjut ketika lapan biji rodanya melalui jalan tanah merah yang berdebu dan tidak rata. Musim hujan antara bulan Oktober dan Disember sering membina lopak yang akan menghiasi sepanjang jalan tanah merah itu.

(Dipetik daripadaCerpen Hutan RimbaOleh SasjiraDalam antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud rangkai kata segala-galanya sirna dalam sekelip mata?[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang perlu diambil untuk memastikan kawasan hutan terus kekal di negara ini?[3 markah]

(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan yang lain daripada keseluruhan cerpen.[4 markah]

Set 2 Cerpen Hutan Rimba

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pak Tua tergamam. Hairan bercampur bingung. Dia seperti tidak percaya menyaksikan kehadiran anak-anaknya yang secara tiba-tiba di tengah rimba yang sudah tiada hutan rimbanya itu. Terbersit juga rasa bangga. Bagai mimpi menyaksikan keberhasilan anak-anaknya dalam bidang akademik. Ahli perniagaan, pengurus ladang, pensyarah, dan guru yang bertauliah. Pak Tua memanjatkan syukur. Syukur kerana dapat membesarkan dan kemudian menyekolahkan anak-anaknya sehingga mereka berhasil dalam usaha mencapai cita-cita masing-masing. Pak Tua mengukir senyum bangga. Kelihatan gagah sekali keempat-empat orang anak-anaknya itu dengan pakaian profesion masing-masing. Segagah pohon-pohon belian, salangan batu, keruing, dan seraya yang dahulu pernah ditumbangkan oleh Pak Tua dengan terjahan jentolaknya. Sememangnya pendapatan Pak Tua sebagai pemandu traktor yang mencecah ribuan ringgit dalam sebulan memang cukup untuk membiayai perbelanjaan keluarga dan persekolahan anak-anaknya.Ya, pokok-pokok dalam hutan inilah yang banyak berjasa kepadaku. Secara suka atau tidak pohon-pohon ini telah banyak berkorban untukku. Barangkali inilah yang dimaksudkan oleh Melati bahawa dalam setiap pembangunan sesebuah negara selalu ada sisi lain daripada kehidupan ini yang perlu dikorbankan, gumam Pak Tua bagai baru tersedar daripada mimpi. Pak Tua mengurut dada. Dia cuba memahami erti pengorbanan yang sebenarnya, tetapi rasa sesalnya masih belum mahu menerima hakikat bahawa kayu-kayan di rimba yang menjadi korban.

(Dipetik daripadaCerpen Hutan RimbaOleh SasjiraDalam antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah perkara-perkara yang menyebabkan Pak Tua berasa bangga dan bersyukur?[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang anak dapat membalas jasa ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk membesarkan dan mendidik mereka?[3 markah]

(iii) Nyatakan satu pengajaran yang diperoleh dalam petikan dan tiga pengajaran yang lain daripada keseluruhan cerpen.[4 markah]

Set 3 Cerpen Hutan Rimba

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pak Tua hanya mendengar perbincangan keempat-empat orang anaknya itu sambil disampuk oleh menantu-menantunya. Dia lantas mendapatkan Mak Tua yang sibuk melayan kerenah cucu-cucu mereka. Hari itu mereka sekeluarga bermalam di rumah kebun dekat hutan simpan Pak Tua. Mak Tua dengan dibantu oleh Melati dan ketiga-tiga orang menantunya sudahpun menyiapkan hidangan makan malam yang sangat menyelerakan. Goreng ikan lais, sambal belacan, ulam pucuk lamiding dan masak lemak pedas ikan tapa.Malam itu, Pak Tua tidur di ruang utama dengan dikelilingi oleh cucu-cucunya sambil dia bercerita tentang kehidupan sebuah hutan rimba yang indah dan damai. Pepohonan merimbun dan kayu-kayan menjulang perkasa ditingkah aneka tumbuhan menjalar dan melata. Bunga-bunga anggerik liar yang cantik. Pelbagai hidupan liar bebas menikmati santapan dan buah-buahan dalam hutan itu. Sebatang sungai kecil dihiasi batu-batan mengalir jernih tempat hidupan hutan menghilangkan dahaga. Semua tampak indah dan harmoni.Pak Tua terus mendongeng sambil membelai manja seorang cucu lelakinya yang paling kecil dan sudah pun terlelap di lengannya. Sesekali Pak Tua merujuk pada nyanyian cengkerik dan aneka bunyi-bunyian unggas malam yang menghuni hutan simpan itu.

(Dipetik daripadaCerpen Hutan RimbaOleh SasjiraDalam antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata terus mendongeng.[2 markah]

(ii) Pada pandangan anda, apakah faedah yang diperoleh sekiranya kerajaan mengekalkan banyak kawasan hutan di negara ini?[3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan Pak Tua dalam petikan dan satu perwatakan Pak Tua yang lain dalam keseluruhan cerpen.[4 markah]

Set 1 Cerpen IdolaBaca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.Apakan daya aku hanya si penjaga panggung, bukan si hero dalam cerita yang dipersembahkan itu. Aku hanya penonton yang hanya diperuntukkan dengan segumpal rasa kekaguman terhadap si hero, bidik si penjaga panggung lagi, membiarkan sejenak fikirannya menerawang, mengingat-ingat kembali babak demi babak cerita yang mengisahkan perjalanan si hero ke istana impian lalu bertarung dengan dugaan demi dugaan, dan segala yang berantakan itu dapat dipatahkan dengan semangat kekar dan nyali pejal hingga benar-benar menampilkan kejantanan.Malam semakin merapat ke pagi, bisiknya lagi, hampir tidak dapat didengarnya sendiri apa-apa yang dibisikkan itu. Apa khabar isteri dan sepuluh putera puteriku? Apa khabar rumahku di sebatang lorong sempit dengan bau longkang dan dengingan nyamuk menakluki suasana?Si penjaga panggung memerhatikan kerusi-kerusi yang telah disusunnya.Setiap malam aku menyusun mimpi demi mimpi wangi yang anehnya kerap bertukar hanyir dan meloyakan. Setiap malam aku berdaya menyusun kamu, namun setiap detik aku masih belum berjaya menyusun hidupku sendiri. Kalaulah aku dapat menjadi seperti si hero dalam setiap pementasan di sini, alangkah bahagianya anak isteriku, wahai kerusi!(Dipetik daripada cerpen Idola, oleh Zaen Kasturi dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakan si penjaga panggung kagum dengan watak hero dalam sesuatu pementasan?[2 markah](ii) Bagaimanakah cara untuk menarik orang ramai datang menonton sandiwara dalam pementasan sesebuah panggung? [3 markah](iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran daripada keseluruhan cerpen.[4 markah]

Set 2 Cerpen IdolaBaca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.Nasib si penjaga panggung memang ternyata baik. Dia sampai di panggung itu ketika para pelakon sudah selesai menjalani latihan. Sewaktu para pelakon bubar dan bersiap sedia untuk pulang, si penjaga panggung mendekati si hero, lalu berjabat salam dengan si hero pujaannya itu.Memang hebat lakonan saudara. Biasa saja, sambut si hero, merendah diri. Hebat di atas pentas tidak semestinya saya juga hebat dalam kehidupan yang sebenarnya.Si penjaga panggung sedikit tertunduk, seolah-olah malu menatap wajah si hero.Memang saya hero dalam sandiwara ini, tetapi hero bikinan orang. Bukan hero bikinan saya sendiri. Saya menjadi hero kerana sutradara mempercayai saya untuk membawakan watak itu. Tidak lebih daripada itu, sambung si hero.Tapi ... tapi saudara memang benar-benar hebat. Err ... maksud saya, hebat sebagai pelakon.Ya, mungkin juga. Sebagai pelakon, saya harus menunjukkan keterampilan saya yang sebenarnya. Meski ini hanya lakonan, bukan kehidupan saya yang sebenarnya, namun saya bertanggungjawab dalam memikul amanah ini. Ya, amanah sutradara, juga harga beberapa helai wang kertas yang dikeluarkan oleh penonton untuk menyaksikan sandiwara ini.(Dipetik daripada cerpen Idola, oleh Zaen Kasturi dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud rangkai kata para pelakon bubar? [2 markah](ii) Jika anda si penjaga panggung, bagaimanakah cara untuk anda merealisasikan impian untuk memegang watak hero dalam sesebuah pementasan? [3 markah](iii) Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai daripada keseluruhan cerpen.[4 markah]

Set 3 Cerpen IdolaBaca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.Sau ... saudara seperti tidak suka dipuji.Ya, kadangkala pujian itu merup