Click here to load reader

NOTA Komsas Tg 5

  • View
    238

  • Download
    2

Embed Size (px)

Text of NOTA Komsas Tg 5

CerpenPengarangSinopsisTema / Persoalan

Pahlawan Buntung

S. Othman Kelantan Mengisahkan pertemuan Khalid (generasi muda) dengan Pak Husain, bekas pejuang negara. Khalid sangat menghormati Pak Husain (Pahlawan Buntung) yang banyak berjasa kepada negara, terutamanya kepada penduduk kampungnya semasa pendudukan Jepun. Dia sanggup bergadai nyawa menyelamatkan penduduk kampung Pulau Pak Amat daripada serangan Jepun. Pak Husain digelar Pahlawan Buntung kerana kakinya kudung akibat terkena bom tinggalan Jepun semasa berjalan di tepi pantai. Pada akhir cerita, Khalid mengiktiraf Pak Husain sebagai pahlawan negara kerana keberaniannya. Dalam cerpen ini plot ceritanya dikembangkan dengan berkesan, bermula dengan pertemuan generasi muda dengan bekas pejuang negara menerusi teknik imbas kembali. Cerpen ini juga sarat dengan mesej yang memberikan penekanan tentang perlunya patriotisme dalam diri seseorang-keberanian seorang pejuang tanah air yang sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan negara daripada penjajah- Semangat patriotik yang tinggi dalam diri pejuang negara- ketabahan penduduk kampung dalam mengharungi pelbagai kesulitan dankeperitan pada zaman perang- kasih sayang yang menebal dalamsesebuah keluarga- kerjasama yang erat dalam sebuah komuniti mampu mengeratkan perpaduan-Jasa dan pengorbanan tokoh pejuangyangingin membebaskan anak bangsadan negaranya daripada penjajah-Sikap masyarakat terhadap perjuangan tokoh kemerdekaan-Amalan bekerjasama untuk menjayakan sesuatu pekerjaan-Sikap prihatin dan menghormati orang tua-Menghargai dan mengenang jasapejuang tanah air

Nilai:

-Gigih-Rajin-Kasih sayang-Insaf-Patriotik-berani-kerjasama-simpati-sanggup berkorban

Prosa Moden

CerpenPengarangSinopsisTema / Persoalan

Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong

Mohamad Latiff Mohamed Mengisahkan Mak Timah, yang memelihara seorang anak angkat yang cacat, iaitu Pungut. Nama sebenar Pungut ialah Zahara, manakala nama asalnya Yap Siew Hong. Pungut sebenarnya cucu pemilik rumah yang disewa oleh Mak Timah, Bibik. Anak Bibik, Siew Lan tidak mahu memelihara Pungut kerana semasa dia dilahirkan saiznya sebesar sebiji buah betik. Pungut diramalkan oleh doktor akan hidup selama dua tahun sahaja tetapi kini sudah berusia 24 tahun. Kecacatan Pungut menyebabkan dia tidak tahu berdikari. Segala keperluannya diuruskan oleh Mak Timah walaupun ketika dia sakit. Mak Timah sentiasa berdoa agar Pungut akan mati dahulu sebelumnya kerana dia tahu tiada orang yang sudi menjaga Pungut. Mak Timah sangat sayang kepada Pungut walaupun anak-anaknya yang lain tidak menyenanginya. Akhirnya, Pungut tetap tinggal dengan Mak Timah kerana Mak Timah tidak mahu menghantarnya ke rumah kanak-kanak cacat seperti yang dicadangkan oleh anak lelakinya

- ketabahan seorang ibu dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat dengan penuh kasih sayang.- kasih sayang seorang ibu angkat terhadap anak angkatnya.- kepercayaan kepada kuasa Tuhan kerana manusia hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukannnya- ketabahan seorang ibu angkat membesarkan anak angkatnya yang cacat- kepercayaan terhadap amalam karut seperti anak yang membawa sial- sikap tidak berperikemanusiaan ibu kandung yang sanggup menyerahkan anak yang cacat kepada orang lain

Nilai:

-Gigih-Kasih sayang-Tabah-Ikhlas-Simpati-Amanah

CerpenPengarangSinopsisTema / Persoalan

Idola

Zaen Kasturi Mengisahkan seorang lelaki penjaga panggung yang menyimpan minat dan angan-angan untuk menjadi hero bangsawan idolanya. Dia sebenarnya seorang yang bertanggungjawab dan amanah terhadap tugasnya. Suatu hari, dia mendapat peluang berjumpa dengan pelakon bangsawan yang amat diminatinya itu. Dia telah melahirkan apa-apa yang terpendam di hatinya. Hero bangsawan pula melahirkan apa-apa yang dirasai dan dilaluinya dalam kehidupan. Menjadi hero bangsawan rupa-rupanya tidak seindah yang dipamerkan. Hero bangsawan menasihati si penjaga panggung agar berpijak di bumi nyata. Akhirnya, si penjaga panggung menerima kenyataan kehidupannya dengan hati kecewa dan dia sedar bahawa dia patut menjadi dirinya sendiri bukan orang lain. Masyarakat selalu memperkatakan bintang filem, pelakon atau filem. Namun, jarang-jarang sekali memaparkan persoalan yang berkisar tentang penjaga panggung. Cerita seperti ini jarang-jarang diketengahkan dan penulis berjaya menggarap rasa hati orang yang dekat dengan pelakon.

- kecelaruan mencari identiti diri dalam kehidupan sebenar- tanggungjawab seorang pekerja terhadap tugasnya- yakin akan kebolehan dan keistimewaan yang ada pada diri- rasional dalam membuat sebarang keputusan atau sesuatu perkara-kejujuran dalam menyatakan perkara sebenar

Nilai:

-Insaf-Bantu-membantu-Nasihat-menasihati-Kasih sayang-Rasional-Amanah-Berbudi bahasa-Sabar

CerpenPengarangSinopsisTema / Persoalan

Penanggungan

Wijaya Mala Watak Kapten Mamat mengimbau kecelakaan yang berlaku dalam kapalnya yang melibatkan kelasi yang bernama Baharum. Maznah, balu kepada Baharum tidak dapat menerima kenyataan dan menyalahkan takdir atas kejadian yang menimpa suaminya. Maznah mengadukan nasibnya yang malang kepada Kapten Mamat. Maznah menyalahkan kehidupan para kelasi yang sentiasa berada dalam keadaan bahaya. Kapten Mamat berjanji akan berusaha untuk mengurangkan beban keluarganya. Selain itu, Kapten Mamat memberikan kesedaran kepada Maznah bahawa setiap kematian itu telah ditentukan sebab-musababnya. Akhirnya, Maznah sedar bahawa sebagai manusia, dia perlu menerima kenyataan dan mengakui hakikat bahawa itulah lumrah kehidupan- Perasaan seorang isteri yang sukar menerima kenyataan bahawa suaminya sudah meninggal dunia dan menyalahkan takdir atas kejadian yang berlaku-Setiap manusia akan mati kerana itu merupakan hukum- Penderitaan balu bersama dengan anak-anaknya yang masih kecil- Ketabahan dalam menempuh dugaan hidup- Usaha pihak atasan dalam memperjuangkan nasib ahli dan keluarga mereka

Nilai:

-Kasih sayang-Bantu-membantu-Pasrah-Simpati-Hemah tinggi

CerpenPengarangSinopsisTema / Persoalan

Hutan Rimba

Sasjira Mengisahkan kekesalan Pak Tua sebagai pemandu traktor untuk tujuan pembangunan. Pak Tua mula berasa kesal akan tindak-tanduknya selama ini yang telah menyebabkan kemusnahan flora dan fauna. Namun, Pak Tua berbangga dengan kejayaan dan keberhasilan anak-anaknya dalam bidang akademik dengan hasil usahanya selama ini. Anaknya telah berjaya menjadi ahli perniagaan, pengurus ladang, pensyarah, dan guru yang bertauliah. Oleh sebab rasa bersalah kerana pekerjaannya itu telah memusnahkan hutan rimba, akhirnya Pak Tua telah mengusahakan hutan simpan bagi memulihara alam sekitar yang telah dimusnahkannya dahulu- Penyesalan seorang lelaki tua atasperbuatan lalunya yang banyak merosakkanalam sekitar dan usahanya untukmemulihara hutan rimba yang tercemar.-Kerakusan manusia merosakkan alamsemula jadi untuk memperoleh kesenangan hidup-Sikap ketua keluarga yang mementingkan pendidikan anak-anak-Kegiatan merosakkan alam semula jadi membawa musibah kepada kehidupan manusia sejagat-Usaha-usaha untuk melestarikan alamsemula jadi-Kesepakatan ahli keluarga untuk menguruskan perniagaan yang berasaskan industri pelancongan.

Nilai:

-Keinsafan-Bijak-Kerajinan-Sepakat

CerpenPengarangSinopsisTema / Persoalan

Tanggar Amanat

Amaruszati Noor Rahim

Mengisahkan seorang wanita bernama Hawa yang bakal menjadi seorang ibu. Dia amat menyayangi kandungannya yang berusia empat bulan. Zuriat itu telah dinantikannya hampir lapan tahun. Hawa telah menghadapi konflik sama ada mahu pulang ke tanah air atau terus berada di Amerika untuk mempertahankan empayar perniagaan Ahmad Abdullah. Adam, suaminya ingin pulang ke tanah air. Mereka harus pulang dan memulakan sesuatu yang baharu. Walau bagaimanapun, Hawa tetap mempertahankan hasratnya untuk terus berada di Amerika. Akhirnya, anak dalam kandungannya telah bertindak sebagai suara hati nurani untuk mengajak ibunya melihat secara mendalam akan rasional keputusan yang dibuat. Melalui dialog, anaknya berjaya menyedarkan Hawa bahawa dia tidak perlu bersekongkol dengan Amerika kerana keuntungan perniagaan tersebut secara tidak langsung membiayai musuh . Akhirnya, Hawa membuat keputusan untuk pulang ke tanah air bersama-sama suaminya, Adam.- Ketegasan seorang wanita dalam mempertahankan empayar perniagaanyang merupakan warisan keturunannya- Konflik jiwa seorang isteri / ibu- Perasaan simpati seorang anak terhadap masalah yang dihadapi oleh ibunya- Usaha gigih akan membawa kejayaan kepada seseorang itu walaupun berada di rantau orang- Kasih sayang seorang ibu terhadap anak melebihi segala-galanya- Kesabaran seorang suami amat penting untuk memastikan keluarganya harmoni- Sikap berpada-pada dalam memegang prinsip atau pendirian

NOTA DRAMA:DramaSinopsisTema / PersoalanNilai

Tiang Cengal Dinding Sayung(Suriani Mohd Yusof) Memaparkan kisah anak yang tidak sabar dan mementingkan kerja serta sikap ibu dan bapa yang sangat berdikari tanpa mengharapkan anak-anak. Plot dibina secara kronologi. Penulis menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami dan sesuai dengan pemikiran pembaca.

-Perasaan cinta seorang isteriterhadap suaminya.-Pengabaian kasih sayang dan perhatian anak-anak terhadap ibu bapa sebagai akibat kesibukan masing-masing dalam mengejar kerjaya dan kemewahan hidup-Kesetiaan seorang isteri terhadap suami-Kesibukan anak-anak dalam kerjaya sehingga mengabaikan ibu bapa-Jasa ibu bapa yang tidak ternilai harganya-Kasih sayang tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit

Kasih sayangHormat-menghormatiSabarMenghargai jasaPrihatinTanggungjawabKegigihanKeinsafanBerhemah tinggi

DramaSinopsisTema / PersoalanNilai

1400(Noordin Hassan)

Drama yang menarik dan mengandungi banyak mesej. Antaranya sikap manusia yang lupa asal usul. Akhirnya watak yang lupa diri dan asal usul