7
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB KPT 6044 ULASAN JURNAL NORLAILAH BT AWANG ANAK M20112001683

Ulasan Jurnal Menggunakan Animasi Bagi Disleksia

Embed Size (px)

Citation preview

PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

KPT 6044

ULASAN JURNAL

NORLAILAH BT AWANG ANAK

M20112001683

PROF MADYA DR ABD LATIF HJ GAPOR

Ulasan Jurnal

Tajuk Jurnal :

Menggunakan Animasi Di Dalam Instruksi Khas Untuk Kanak-Kanak Disleksia

Penulis Jurnal :

Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias

Sumber Jurnal :

Jurnal Teknologi Pendidikan MalaysiaJilid 1, Nombor 2, Jun 2011

Pengenalan

Pengkaji berpendapat bahawa pembelajaran menggunakan perisian multimedia iaitu penggunaan learning object (LO) dapat memberi keseronakkan dan pembelajaran yang bermakna kepada pelajar disleksia. Menurut Hodgins, (2000) LO merupakan cara terkini dan teknologi masa akan datang dalam penghasilan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar disleksia memerlukan kombinasi kesan alat pandang dengar dengan gabungan visual yang bergerak, animasi, teks, muzik dan grafik yang menarik untuk meningkatkan proses pembelajaran.

Pernyataan Masalah

Pengkaji mendapati bahawa tiada pendekatan multimedia yang sesuai untuk digunakan sebagai strategik pengajaran untuk mengajar matematik di kalangan sekolah disleksia, apatah lagi menggunakan LO. Pengkaji juga mendapati kurangnya penyelidikan tentang disleksia yang bermasalah numerasi di Malaysia. Oleh yang demikian, kajian ini akan menyediakan empirical evidence dalam merekabentuk animasi di dalam pembangunan instruksi khas untuk pelajaran matematik di Malaysia. Justeru itu pengkaji cuba mengenalpasti animasi yang sesuai untuk menyampaikan teknik pengajaran pendaraban dua mengikut kehendak dan ciri-ciri pelajar disleksia.

Kepentingan Kajian

1. Pembangunan dan penilaian LO dibuat berdasarkan keperluan kanak-kanak disleksia yang bermasalah matematik.

2. Kajian ini menyediakan maklumat yang berkaitan dengan pelbagai gaya pembelajaran disleksia dan secara tidak langsung juga dapat membantu guru dalam merancang strategic pengajaran ke arah proses pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan.

Metodologi Kajian

Kaedah yang digunakan adalah kaedah tinjauan dengan menggunakan borang penilaian yang dihasilkan oleh Leeder (2003) dari Universities Collaboration in eLearning. Ia mengandungi 7 item soalan yang dipilih daripada 23 soalan mengikut kesesuaian proses pembangunan animasi. Item dalam tinjauan terdiri daripada dua bahagian iaitu Penggunaan LO dan Nilai Pembelajaran. Peratus respons pelajar atas setiap item dianalisis dan kemudian purata jumlah keseluruhan dikira bagi mendapatkan rumusan. Bagi memastikan kesahihan jawapan, pengkaji cuba bertanyakan setiap soalan tersebut melalui proses temuduga yang direkodkan kedalam video dan ditayangkan semula untuk tujuan pengamatan dan pengesahan jawapan pelajar. Untuk melengkapkan proses analisis, pengkaji mendapatkan pandangan guru untuk mengesahkan sekali lagi ke atas setiap jawapan yang diberikan oleh pelajar. Kajian dijalankan di dua buah sekolah iaitu SK TTDI 2 Kuala Lumpur dan SK Bandar Tasik Puteri Rawang. Setakat ini hanya kedua-dua sekolah ini sahaja yang mempunyai program pembelajaran matematik untuk pelajar disleksia. Secara demografiknya, pelajar disini terdiri daripada berbilang kaum dengan pelbagai status ekonomi. Disebabkan jumlah pelajar yang terhad di setiap sekolah, jumlah pelajar yang terlibat bagi kajian ini adalah seramai 11 orang (populasi). Mereka datang dari pelbagai latarbelakang bangsa Melayu, Cina dan India dengan tahap pencapaian tiga peringkat iaitu baik, sederhana dan lemah. Kesemua pelajar dikehendaki mengakses LO yang telah disimpan di dalam computer. Selepas menggunakannya mereka dikehendaki menilai LO menggunakan borang tinjauan penilaian yang disediakan.

Dapatan Kajian

Borang Tinjauan Penilaian :

a. Penggunaan LO

Semua pelajar bersetuju bagi kesemua soalan dibahagian 1. Ini menunjukkan bahawa pelajar disleksia mempunyai persepsi betapa mudah dan jelasnya mereka dapat mengikut pengajaran dan aktiviti yang disimpan menggunakan teknik animasi yang telah direka khas.

b. Nilai Pembelajaran LO

Pada bahagian 2 iaitu nilai pembelajaran didapati majority persetujuan untuk kesemua item dan rumusan kepada animasi yang telah direka khas berkesan didalam membantu mereka belajar dan memahami kandungan yang relevan

Cadangan

Beberapa cadangan kajian telah diutarakan oleh pengkaji iaitu dalam membuat satu kajian mengenai disleksia perlulah merujuk ciri-ciri disleksia terlebih dahulu, memahami masalah topic pembelajaran dengan teliti dan mengenalpasti kaedah strategic pengajaran. Pengkaji berharap pada masa akan datang, kajian ini dapat diteruskan kepada topic-topik bagi matapelajaran yang lain untuk melihat keberkesanan kaedah LO agar dapat memotivasikan pembelajaran mereka khususnya kanak-kanak berkeperluan khas.

Penutup

Kajian ini telah menjawab pernyataan masalah yang telah ditimbulkan oleh penyelidik. Tidak dapat disangkal lagi penggunaan teknologi dalam bentuk LO dapat memotivasikan pelajar bukan sahaja pelajar disleksia malahan mereka berkeperluan khas yang lain. Ini dapat dibuktikan dengan persepsi terhadap penggunaan LO dalam pengajaran dan pembelajaran matematik( topic pendaraban dua) yang positif dan memberangsangkan. Perkembangan teknologi ini dapat memberi pengaruh kepada pengalaman pendidikan dan perkembangan seseorang pelajar yang berkeperluan khas (Hagen 1984). Guru merupakan golongan professional yang terlibat secara langsung dalam proses pendidikan. Justeru itu, strategic, kaedah dan teknik pengajaran guru amat penting dalam mempengaruhi setiap insane yang dididik. Apabila guru mengaplikasikan kaedah LO sebagai mod penyampaian pengajaran, ini tidak bermakna kaedah penyampaian yang lain tidak lagi berfungsi sebagai mod penyampaian isi pengajaran. Pada hakikatnya kaedah LO merupakan salah satu pelengkap kepada kaedah pengajaran di bilik darjah. Aspirasi negara akan menjadi kenyataan jika semua pelajar di Malaysia tanpa mengira kecacatan telah diberi pendedahan,tunjuk ajar dan latihan dengan kaedah LO dalam proses pembelajarannya.