40
Masalah Pembelajaran & Disleksia Muhammad Haziq Lim Abdullah & Syariffanor Hisham, UTeM 1

Masalah Pembelajaran & Disleksia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Masalah Pembelajaran & Disleksia Muhammad Haziq Lim Abdullah & Syariffanor Hisham, UTeM

1

Page 2: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Masalah Pembelajaran Masalah Pembelajaran adalah apabila seseorang mengalami masalah atau kesukaran untuk pelajari sesuatu. Kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan dan mengalami masalah dalam bidang berikut ;

daya tumpuan, ingatan, pemikiran, koordinasi, komunikasi / perhubungan, membaca, menulis , mengeja dan mengira, kemahiran sosial dan kematangan emosi.

(http://www.myhealth.gov.my, 2015)

2

Page 3: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Jenis Kategori Masalah Pembelajaran

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, masalah pembelajaran boleh dibahagikan kepada:- Lewat perkembangan: (Global Developmental Delay) bagi kanak-kanak yang di bawah umur

4 tahun Sindrom Down Autistik (Autisme) Masalah Intelek Masalah Pembelajaran Spesifik seperti Disleksia, Diskalkulia

(http://www.myhealth.gov.my, 2015)

3

Page 4: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Keluhan kanak-kanak Disleksia Pengalaman saya disekolah amat menyakitkan hati kerana saya tak suka belajar. Cikgu ajar saya tak faham. Cara cikgu ajar membosankan. Saya tak suka buat kerja sekolah. Cikgu beri terlalu banyak. Saya tak minat belajar memeningkan kepala saya. Muhammad Hafiz Alwi 12 tahun. Guru-guru di sekolah tidak memahami saya. Saya tidak mengetahui mengapa saya dihukum. Semua yang saya buat adalah salah. Tiada siapa yang memberitahu dimana kesilapan saya. Mirza Hassan Pelajar Disleksia

4

Page 5: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Keluhan kanak-kanak Disleksia Ibu suka marah-marah tak tentu pasal…saya tak faham.. saya rasa saya telah cuba buat yang terbaik tapi mak kata saya malas, saya cuai, saya mengada-ngada. Adik kau lebih pandai!! Tak malu ke? Orang kata saya tak betul…. Shahir 11 Tahun Saya benci Bahasa Melayu Bahasa Cina adalah musuh saya Pecah kepala saya dengan Bahasa Inggeris Tetapi saya sangat suka dengan Matematik Putra Amir Hamka 11 Tahun

5

Page 6: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Apakah itu Disleksia? Disleksia adalah masalah yang tidak kelihatan. Dari segi sosial kanak-kanak ini seperti kanak-kanak biasa tetapi mereka menghadapi masalah membaca, menulis dan mengira tanpa sebab-sebab tertentu. Kemahiran akademik amat berbeza dengan kebolehan amnya.

6

Page 7: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Masalah-masalah lain yang berkaitan dengan Disleksia

Disleksia adalah salah satu kategori bermasalah pembelajaran spesifik dan biasanya mengalami salah satu atau lebih daripada masalah yang berikut :-

7

Page 8: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Masalah-masalah lain yang berkaitan dengan Disleksia

Dysgraphia Masalah dalam menulis dan menyalin. Mengambil masa yang lama semasa menulis dan menyalin tetapi masih tidak kemas dan lengkap sehingga sukar untuk membaca

8

Page 9: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Masalah-masalah lain yang berkaitan dengan Disleksia

Dysparaxia Mudah gopoh dan sukar mengurus. Kerja-kerja tidak sistematik dan tersusun. Masalah dengan kedudukan dan arah. Kerap melanggar/terhantuk sudut meja, kaki kerusi dan lain-lain

9

Page 10: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Masalah-masalah lain yang berkaitan dengan Disleksia

Dysphasia Mengalami kesukaran memahami dan mengeluarkan perasaan dalam perkataan secara lisan dan bertulis. Masalah dalam penggunaan bahasa.

10

Page 11: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Masalah-masalah lain yang berkaitan dengan Disleksia

Dyscalculia Mengalami kesukaran memahami dan memanipulasikan nombor dan bilangannya. Masalah dari segi matematik.

11

Page 12: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Masalah-masalah lain yang berkaitan dengan Disleksia

Auditory/Visual In Perception Ketidakupayaan memberi tumpuan dan fokus kepada perkara-perkara yang di lihat mahupun yang didengar. Bermasalah untuk memproses apa yang didengar dan dilihat.

12

Page 13: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Apakah penyebab Disleksia?

Disebabkan oleh kelemahan fonologi -  Masalah memproses bunyi-bunyi bahasa -  Masalah menggabungkan bunyi-bunyi huruf -  Masalah mengagihkan sukukata dalam sesuatu

perkataan Tetapi seorang disleksia bukannya pelajar TIDAK CERDIK!!

13

Page 14: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Tahap kecerdasan kognitif tidak tergugat malah ditahap yang tinggi.

Permasalahan disleksia wujud semenjak lahir dan bukannya

berjangkit dari seseorang.

14

Page 15: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Kegagalan dalam akademik boleh membawa:

-  Kemurungan -  Rendah keyakinan diri -  Masalah emosi serta tingkah laku

15

Page 16: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Sekiranya seorang kanak-kanak:

-  Mempunyai kecerdasan yang mencukupi -  Menerima pembelajaran dan pengajaran yang

mencukupi -  Tiada masalah penglihatan -  Tiada masalah pendengaran -  Tiada masalah emosi Kita beranggapan dia boleh membaca. 16

Page 17: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Mengenalpasti Disleksia

-  Melalui pelbagai jenis ujian diagnostik piawai

-  Melalui pemerhatian yang teliti dan interaksi dengan kanak-kanak

17

Page 18: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Catatan -  Tidak kelihatan dari segi fizikal -  Satu petunjuk tidak mencukupi -  Petunjuk adalah tanda bukannya bukti -  Pemeriksaan kesihatan perlu untuk kenalpasti sama

ada tiada masalah kurang upaya yang lain

18

Page 19: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Petanda Bagi Kanak-kanak Pra-Sekolah

●  Lemah dalam kemajuan pertuturan ●  Sukar memahami dan mengingati arahan ●  Lemah kemahiran gerakan moto kasar, sebagai

contoh: sentiasa melanggar barang sekitar, sukar membaling atau menangkap bola

●  Lemah kemahiran gerakan moto halus, sebagai contoh: memegang alat tulis atau menggunting

●  Tiada tangan yang dominan 19

Page 20: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Petanda bagi Kanak-kanak Pra-Sekolah

●  Sukar mengesan perkataan berirama, contoh: kuah – buah

●  Sukar bertepuk mengikut irama. ●  Kesukaran dengan perkataan kata arah, sebagai

contoh: atas/bawah, dalam/luar, masuk/keluar ●  Berbakat kreatif dan/atau kesenian. ●  Cekap dengan mainan binaan.

20

Page 21: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Petanda bagi Kanak-kanak Pra-Sekolah

●  Fikir mengikut gerak hati – melihat penyelesaian masalah dengan pantas.

●  Sifat ingin tahu yang tinggi, berminat terhadap perkara baru, suka bertanya.

21

Page 22: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Petanda bagi Kanak-kanak Sekolah Rendah

●  Lemah dalam bacaan/ tulisan/ ejaan. ●  Kekeliruan b/d, p/q, m/w, n/u, y/j/g, s/z. ●  Pembalikan huruf dan nombor. ●  Masalah mengingati perkataan. ●  Kesukaran memahami konsep masa. ●  Kesukaran mengenali waktu.

22

Page 23: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Petanda Bagi Kanak-kanak Sekolah Rendah

●  Sering berangan-angan. ●  Pengetahuan am yang luas dan baik. ●  Bertutur dengan baik. ●  Tidak teratur dan tersusun. ●  Perbezaan ketara dalam pencapaian. ●  Nampak cerdik dan berkemampuan seperti murid

lain tetapi sentiasa mengalami masalah dalam kerja sekolah.

23

Page 24: Masalah Pembelajaran & Disleksia

“ Kanak-kanak disleksia membingungkan. Dia nampak cerdik dan berkemampuan, segar dan berminat, mempunyai kemahiran lisan yang baik……tetapi

kemahiran membaca dan menulis lemah daripada apa yang dijangkakan. Dia senang dianggap tidak menumpukan perhatian, malas atau cuai “

24

Page 25: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Petanda untuk Ibu Bapa

●  Kesukaran berpakaian sendiri, sebagai contoh: memakai butang, mengikat tali kasut.

●  Lambat atau menghadapi kesukaran, dalam kemajuan bertutur dengan jelas dan kerap salahguna perkataan.

●  Tidak cekap atau kekok dalam gerak-geri seperti melompat, meloncat, tangkap dan tendang bola.

25

Page 26: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Petanda Untuk Ibu Bapa

●  Terdapat ahli keluarga yang menghadapi kesukaran yang sama.

●  Enggan ke sekolah – bermula dengan cergas tetapi semakin ketinggalan atau kehilangan minat.

●  Masalah emosi dan kelakuan – menjadi pendiam atau suka menyendiri, degil, agresif dan memberontak.

26

Page 27: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Implikasi Disleksia Terhadap Kanak-kanak

●  Menyedari ada sesuatu yang “tidak kena” tetapi tidak dapat memahaminya.

●  Cuba menyembunyikan kesukaran yang dialami. ●  Menggunakan strategi-strategi seperti menyalin

kerja kanak-kanak lain untuk menyembunyikan masalah.

●  Mengelak dari membuat kerja sekolah.

27

Page 28: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Perasaan Kanak-kanak Disleksia

●  Otak saya macam ada terlalu banyak perkataan berpusing-pusing di dalamnya.

●  Setiap kali saya menulis, saya sendiri tidak dapat baca apa yang ditulis kerana begitu banyak kesilapan.

●  Saya cuba menulis dan mengeja apa yang saya fikirkan. Tetapi saya tidak dapat pindahkan fikiran saya daripada otak kepada tangan. Saya perlu fikir begitu lama susunan huruf sehingga saya lupa apa yang saya sedang cuba tulis

28

Page 29: Masalah Pembelajaran & Disleksia

INGATLAH – Kanak-kanak Disleksia

●  Mudah letih – kurangkan beban-kerja. ●  Sukar ingat arahan panjang. ●  Jangan berikan arahan yang banyak serentak. ●  Berikan arahan yang jelas.

29

Page 30: Masalah Pembelajaran & Disleksia

INGATLAH – Kanak-kanak Disleksia

●  Tidak teratur – susunkan struktur dan rutin. ●  Mungkin tidak upaya salin dari papanhitam –

sediakan salinan nota atau nomborkan setiap baris ayat.

●  Izinkan penggunaan kalkulator jika boleh.

30

Page 31: Masalah Pembelajaran & Disleksia

INGATLAH – Kanak-kanak Disleksia

●  Mungkin tidak berupaya menulis karangan dengan ejaan betul serentak – izinkan mereka tulis dahulu, betulkan ejaan kemudian.

●  Mungkin sukar mengukur masa, sediakan jam. ●  Mungkin sukar menentukan arah – tidak dapat

pastikan mana kiri/kanan.

31

Page 32: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Rumusan ●  Pengesanan dan intervensi awal sungguh penting. ●  Kefahaman, galakan dan sokongan dari ibubapa

dan guru-guru amat perlu. ●  Kaedah mengajar pelbagai deria dan pelbagai

kecerdasan memang berkesan.

32

Page 33: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Demo MyLexics

33

Page 34: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Cadangan

34

Page 35: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Guru/Sekolah •  menyaring pelajar yang mempunyai simptom disleksia

atau masalah pembelajaran yang berkaitan •  mencadangkan kepada ibu bapa untuk menghantar

anak mereka menjalani penilaian masalah pembelajaran di klinik kerajaan, swasta atau Persatuan Dyslexia Malaysia (PDM) untuk pengesahan.

•  mencadangkan kepada ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak menghadiri kelas intervensi.

35

Page 36: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Guru/Sekolah •  Guru menghadiri latihan/kursus bagi menguasai teknik

pengajaran yang efektif bagi membantu pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran.

•  Sekolah menyediakan kelas intervensi/tambahan dengan kerjasama PDM atau institusi lain yang menyediakan khidmat sokongan.

36

Page 37: Masalah Pembelajaran & Disleksia

PIBG •  mewujudkan kumpulan sokongan untuk ibu bapa. •  mendapatkan dana untuk kelas intervensi. •  bekerjasama dengan kumpulan/institusi sokongan

yang lain (e.g. PIBG sekolah-sekolah sekitar melaka, Rakan Disleksia Malaysia).

•  menganjurkan aktiviti-aktiviti bukan akademik yang mendorong perkembangan potensi kanak-kanak disleksia.

37

Page 38: Masalah Pembelajaran & Disleksia

JPN •  Menganjurkan kursus-kursus berkaitan disleksia dan

masalah pembelajaran untuk guru-guru. •  Menganjurkan program kesedaran disleksia untuk

semua sekolah-sekolah di sekitar negeri Melaka. •  Lawatan ke pusat-pusat PDM di Kuala Lumpur dan

Selangor. •  Menyediakan mekanisme saringan masalah disleksia

untuk sekolah-sekolah di Melaka.

38

Page 39: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Penilaian Disleksia Klinik Psikologi Kesihatan UKM Aras 2, BYS Kg.Baru Jalan Raja Muda Abdul Aziz, KL +603-2687 8198/ 8196 / +6012-6476401 email:[email protected]

39

Page 40: Masalah Pembelajaran & Disleksia

Penilaian Disleksia Persatuan Disleksia Malaysia 349, Jalan Ampang 55000 Kuala Lumpur Tel : 03-4265-1632

Puan Sariah Amirin (Presiden) http://dyslexiamalaysia.org.my/

40