Author
660209085732
View
1.233
Download
11
Embed Size (px)
1.0 Pengenalan
Anak adalah anugerah yang tidak ternilai dalam sesebuah rumahtangga.
Kehadirannya dinanti oleh setiap pasangan yang telah berkahwin. Kehadiran
cahaya mata di dalam sesebuah keluarga merupakan kejayaan dan harapan. Seorang
anak yang ‘normal’ menggambarkan kesempurnaan diri seseorang itu dan seorang
anak yang cacat menggambarkan satu kegagalan (Gargiulo, R.M.., 1985). Ibu bapa
yang mempunyai anak yang cacat akan mengharungi satu proses yang sungguh
memedihkan setelah diberitahu mengenai masalah yang dihadapi. (Bentovim, A.,
1972). Mereka berperasaan negatif, berkabung, berasa dukacita, kemarahan atau
enggan menerima hakikat sebenar dan juga dalam keadaan yang sungguh
mengharukan (Weisebren, S.E., 1980).
Anak-anak yang bermasalah pembelajaran adalah anak-anak yang mempunyai
masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh
mendapat manfaat pendidikan formal. Kategori kanak-kanak bermasalah
pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah;
(a) Sindrom Down;
(b) Autisme ringan;
(c) Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disorders / ADHD);
(d) Terencat akal minima;
(e) Kurang upaya dalam pembelajaran (Learning Disability); dan
(f) Kurang upaya dalam pembelajaran khusus (Contoh: Disleksia).
SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA
1
Anak-anak yang bermasalah pembelajaran seperti disleksia ini tidak patut
disisihkan oleh keluarga dan masyarakat. Mereka sepatutnya mendapat pendidikan
yang sewajarnya berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara iaitu semua
kanak-kanak berhak untuk mendapat pendidikan yang sempurna mengikut
keupayaan masing-masing. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas seperti disleksia,
mereka juga tidak terkecuali untuk mendapat pendidikan yang sebaik mungkin
melalui program pendidikan khas yang disediakan untuk mereka.
2.0 Definisi
Perkataan disleksia (dyslexia) adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu ‘dys’
bermaksud ‘kesukaran’ dan ‘lexia’ yang bererti ‘perkataan’. Terjemahannya
membawa maksud ‘ kesukaran dengan perkataan bertulis’. Pelbagai interpretasi dan
definisi yang diberikan terhadap disleksia, namun begitu semuanya membawa
maksud kepada kelemahan atau kesukaran membaca yang dialami kanak-kanak.
Menurut Mercer (1991), disleksia ialah ketidakupayaan yang teruk dalam
membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman serta perhubungan antara
bunyi-bunyi dan huruf-huruf. Manakala menurut Fadhilah Fitri (2009), perkataan
disleksia berasal daripada bahasa Yunani iaitu dys “kesulitan untuk” dan lexis
(“huruf” atau “leksikal”). Walau bagaimanapun terdapat beberapa pandangan dan
pendapat penulis serta pengkaji yang memberi takrifan tentang disleksia. Menurut
Choong Lean Keow (2009) “…disleksia didefinisikan sebagai kesukaran
SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA
2
menggunakan perkataan yang dihadapi oleh murid yang mengalami kecelaruan
bahasa.” (halaman 158)
Dari sudut pengistilahan, penggunaan perkataan disleksia amat terhad
kerana istilah tersebut merujuk kepada murid-murid yang mengalami kesukaran
menguasai kemahiran membaca (Hammond & Hughes, 1996). Malah terdapat
penulis-penulis dalam bidang disleksia di peringkat antarabangsa (British
Psycological Society, 1999; Spafford & Grosser 1996) yang mengiktirafkannya
sebagai “kesukaran atau ketidakbolehan menguasai kemahiran membaca oleh
seseorang individu walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi” iaitu
merujuk khusus kepada kesukaran literasi.
The Orton Dyslexia Society’s (1994) telah mendefinisikan disleksia sebagai
ketidakupayaan memperoleh pengetahuan daripada proses pembelajaran.
Masalah ini adalah disebabkan kesukaran untuk menggambarkan atau mentafsirkan
satu kod ayat yang selalunya menunjukkan ketidakupayaan pemprosesan tentang
bunyi bahasa. Kesukaran-kesukaran dalam mentafsir satu kod ayat adalah selalunya
tidak dijangkakan bersangkutan dengan umur dan kebolehan akademik. Terdapat
pelbagai kesukaran yang ditunjukkan oleh disleksia. Antaranya adalah seperti
bentuk bahasa, masalah membaca dan masalah menulis dan mengeja.
SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA
3
3.0 Faktor –faktor Disleksia
Faktor yang sebenar yang menyebabkan kanak-kanak mengalami disleksia tidak
diketahui (Bradford, 2011). Namun mengikut kajian-kajian yang telah dijalankan,
secara teorinya disleksia adalah disebabkan oleh genetik, biologi dan kematangan
(Mercer, 1997; Hammond & Hughes, 1999).
3.1 Faktor Genetik
Menurut pendapat dan kajian Bradford (2001), dalam kebanyakan kes murid
disleksia, terdapat tanda-tanda berkemungkinan disleksia berpunca daripada faktor
genetik atau keturunan. Contohnya terdapat beberapa orang ahli keluarga sama ada
ibu bapa, adik-beradik atau saudara terdekat yang turut mengalami masalah yang
sama. Ini menunjukkan disleksia boleh diwarisi. Namun demikian, darjah
keterukkan disleksia yang dialami oleh seseorang individu itu mungkin berbeza
antara satu sama lain. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, terbukti bahawa
disleksia adalah disebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang diwarisi secara
turun-temurun (British Psychological Society, 1991).
3.2 Faktor kongenital
Disleksia juga terjadi disebabkan oleh faktor kongenital atau biologi. Pada
kebiasaanya kanak-kanak disleksia merupakan anak yang dilahirkan tidak cukup
bulan atau pramatang, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau komplikasi yang
dihadapi oleh ibu semasa proses kelahiran. Semua faktor ini merupakan penyebab
SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA
4
kepada kelambatan atau ketidak sempurnaan perkembangan sebahagian daripada
kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak tersebut menghadapi masalah
disleksia (Hammond & Hughes, 1996) dan kerosakan otak ini adalah dianggap
minimum.
3.3 Faktor Perkembangan lewat
Faktor perkembangan lewat juga merupakan salah satu daripada kemungkinan
punca disleksia. Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada
bahagian tertentu dalam sistem saraf, dan kebiasaannya, kanak-kanak lelaki lebih
lambat matang daripada kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya
(Hammond dan Hughes 1996). Oleh itu, masalah disleksia sering berlaku di
kalangan lelaki dan kerap berlaku juga kepada pasangan kembar. Kanak-kanak ini
akan mengalami masalah pembelajaran apabila bersekolah kelak nanti.
Selain itu, disleksia juga berlaku secara perkembangan atau pembinaan,
iaitu berkembang sedikit demi sedikit. Bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak
berapa matang atau dengan kata lain pertumbuhannya tidak seimbang lalu
menyebabkan bahagian otak yang mengawal bacaan dan ejaan tidak dapat
berfungsi dengan sepenuhnya. Berlaku kecelaruan dalam dua hemisfera cerebral
untuk menguasai kemahiran bacaan dan ejaan. Pada kebiasaannya hemisfera kiri
yang menguasai bacaan. Oleh sebab hemisfera kiri ini lemah, maka terjadilah
keterbalikan huruf dan perkataan yang dialami oleh kanak-kanak disleksia ini.
SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA
5
Kanak-kanak yang mengalami disleksia juga mempunyai pelbagai defisit
atau kekurangan yang disebabkan oleh kurang fungsian otak (Rourke 1991). Ini
bermakna otak kanak-kanak disleksia beroperasi secara berbeza dengan kanak-
kanak yang normal. Menurut Galaburda dan Tallal (1991), sistem pemprosesan
auditori dan visual pada otak individu yang mengalami disleksia selalunya lebih
kecil sebanyak 27% berbanding dengan individu lain.
Tanda-tanda masalah pembelajaran bagi kanak-kanak disleksia boleh
dikenal pasti seawal usia tiga tahun. Sering kali ianya dikesan oleh ibu bapa atau
penjaga. Kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat, dalam beberapa
bidang perkembangan, mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami masalah
pembelajaran apabila remaja dan dewasa kelak. Antara tanda-tanda kanak-kanak
mungkin mengalami masalah pembelajaran terutamanya bagi kanak-kanak disleksia
ialah:-
Tanda-tanda Semasa Pra Sekolah
Tanda-tanda Semasa Awal Persekolahan(7-8 tahun)
Kurang tumpuan
Masalah menyebut perkataan
Tidak menggunakan banyak
perkataan
Tidak pandai bergaul dengan
kawan
Masalah mengaitkan abjad dan
bunyi.
Keliru dengan makna perkataan
mudah contoh makan, lari dan
lain-lain.
SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA
6
Tidak dapat mengikut arahan
Lewat bercakap
Masalah belajar nombor dan
abjad
Sukar memegang pensel
Pakaian tidak kemas
Penglihatan terhad, dan
bermasalah untuk menentukan
bahagian hadapan, belakang, kiri,
kanan, atas atau bawah.
Buat kesilapan dalam
menggunakan abjad (b dan d) dan
(m dan w)
Masalah transposisi iaitu
kesilapan dalam susunan suku
kata contoh baldi dikatakan bladi,
Keliru dengan tanda matematik
(+, -, x, /, =)., kanan dan kiri
Lebih bergantung kepada
kebolehan menghafal
Tidak pandai merancang.
Masalah dalam pergaulan
Gambarajah 1: Perbezaan otak yang normal dengan otak yang mengalami disleksia
SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA
7
3.5 Faktor Neurogikal
Menurut Kirk, Kliebhan dan Lerner (1978), Kebanyakan kanak-kanak disleksia
dikenal pasti cenderung mengalami gangguan saraf otak atau kecederaan otak.
Namun begitu, kebanyakan kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar saraf, mereka
belum dapat menemukan suatu gangguan neurologis yang sebenar.
4.0 Kategori Disleksia
Pada dasarnya, kanak-kanak disleksia boleh dikategorikan kepada tiga iaitu
disleksia perolehan, disleksia perkembangan dan disleksia pembawaan.
4.1 Disleksia Perolehan
Menurut Ott (1997), disleksia perolehan (acquired dyslexia) adalah kesan dari
kerosakan pada otak seperti kecederaan pada otak atau ketumbuhan dalam otak
yang dialami sejak kelahiran. Terdapat empat jenis simptom yang berlainan pada
kanak-kanak yang mengalami disleksia perolehan, iaitu :
Dieleksia yang dalam teruk (deep dyslexia) dan dikenali juga (phonemic
dyslexia) yang melakukan kesilapan menyebut ketika membaca yang
menyebabkan berubah makna.
Disleksia phonologi (phonological dyslexia) yang tidak boleh menyebut
atau membaca perkataan dan bukan perkataan.
SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA
8
Disleksia permukaan (surface dyslexia) yang melibatkan gangguan
penglihatan seseorang kanak-kanak dalam mendiskriminasi abjad atau
perkataan yang rupanya agak sama.
Disleksia huruf (word form dyslexia) dan dikenali juga sebagai Deterine’
Syndrom di mana seseorang yang mengalami disleksia ini hanya boleh
faham apa yang dibaca secara kuat dengan menyebut setiap huruf dalam
sesuatu perkataan.
4.2 Disleksia Perkembangan
Menurut Kennedy (1984), disleksia perkembangan developmental dyslexia ialah
kanak-kanak yang membaca kurang baik berbanding dengan kanak-kanak lain,
yang lebih muda dua tahun atau lebih darinya. Ini berpunca daripada kerosakan
tisu-tisu tertentu atau gagal untuk berfungsi secara keseluruhannya kerana
jangkitan penyakit atau ketidak seimbangan kimia dalam badan. Kanak-kanak ini
mempunyai intelek yang normal serta tidak mempunyai kekurangan daripada segi
persekitaran dan sosial.
4.3 Disleksia Bawaan
Disleksia bawaan atau kongenital dalam kalangan kanak-kanak boleh berlaku sejak
mereka dilahirkan akibat jangkitan kuman pada sistem saraf otak atau kecederaan
akibat kemalangan semasa proses perkembangan. Kanak-kanak yang sering
mengalamai demam selesema dan kepala yang sering terhantuk boleh menyebabkan
SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA
9
gangguan pada perkembangan saraf otak. Sistem saraf otak yang terganggu secara
berterusan boleh menyebabkan kanak-kanak gagal menguasai pemerolehan
kemahiran bahasa.
5.0 Ciri-ciri Disleksia
Terdapat beberapa kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji dalam dan luar
negara yang menyatakan bahawa masalah pembelajaran seperti disleksia
mempunyai hubungan yang signifikan dengan masalah pemulihan (Chow, 1992).
Menurut Sanders dan Myers (1996), kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri
disleksia mempunyai kesukaran-kesukaran khusus dalam bacaan, menulis dan
mengeja. Kesukaran-kesukaran ini termasuklah masalah yang serupa dalam kerja
nombor dan mengenali simbol-simbol seperti not muzik atau simbol Matematik.
Masalah disleksia dirujuk kepada beberapa ciri iaitu seperti:
(a) Kesukaran berbahasa.
(b) Ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual.
(c) Tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetak.
(d) Tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru tulisan
dari papan hitam atau buku).
(e) Mata mudah menjadi penat setelah beberapa minit menumpu perhatian
SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA
10
kepada tulisan.
(f) Daya tumpuan yang terhad( pendengaran dan pengamatan visual).
5.1 Pra Sekolah
Bagi kanak-kanak pra sekolah yang mengalami masalah disleksia akan mengalami
perkara-perkara seperti berikut:
Kemajuan pertuturan yang lambat.
Susah faham atau untuk mengingati arahan.
Lemah kemahiran kasar seperti membaling atau menangkap bola.
Sukar menepuk tangan mengikut irama.
Kesukaran dengan preposisi ( Contoh: atas/ bawah, kiri/ kanan).
Tidak tentu arah.
Hyperaktif.
Cekap dengan mainan binaan.
5.2 Sekolah Rendah
Bagi mereka yang mengalami masalah disleksia di sekolah rendah pula, kita dapat
mengecam mereka jika mereka ada masalah –masalah seperti berikut:
Lemah dalam bacaan, tulisan dan ejaan.
Selalu terbalikkan perkataan, huruf dan nombor.
Keliru dengan preposisi.
Kemahiran konsentrasi.
SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA
11
Berbakat kreatif.
Sifat ingin tahu tinggi dan suka bertanya.
Sering berangan-angan.
Pengetahuan am baik.
Perbezaan ketara dalam pencapaian mata pelajaran.
Nampak cerdik dan pandai.
5.3 Fizikal/ Pengurusan Diri
Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah disleksia ini kita dapat juga melihat
mereka daripada segi fizikal dan pengurusan diri yang agak berbeza dengan kanak-
kanak normal. Ciri-ciri yang dapat kita lihat pada diri mereka adalah seperti
berikut:
Pakaian tidak kemas tetapi tidak kotor.
Butang baju salah butang.
Tali kasut tidak diikat rapi.
Kidal.
Tidak berminat belajar.
Perhatian singkat.
Pengamatan lemah.
Perangai/ kelakuan tidak konsisten.
SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA
12
6.0 Sejauh mana faktor-faktor genetik, kongenital, neurogikal dan
perkembangan lewat yang menyebabkan kejadian Disleksia
Berdasarkan huraian di atas, memang terbukti bahawa faktor-faktor genetik,
kongenital, neurogikal dan perkembangan lewat merupakan salah satu faktor
menyebabkan berlakunya disleksia. Contohnya faktor keturunan di mana masalah
disleksia telah sedia ada dalam gen keluarga kanak-kanak disleksia. Ini telah
dibuktikan oleh Hallgren (1970) yang membuat kajian ke atas 12 pasangan kembar
monozygote dan mendapati kesemua keluarga 12 kes tersebut menghadapi masalah
dalam bacaan dan ejaan semasa zaman kanak-kanak. Hallgren mendapati bahawa
masalah disleksia banyak dihadapi oleh kanak-kanak lelaki berbanding kanak-
kanak perempuan dengan kadar 3:1 atau 2:1. Menurut beliau, hal ini disebabkan
oleh orang lelaki lebih banyak memikul tanggungjawab berbanding orang
perempuan.
Bagi pendapat John Bradford (1999) pula, simptom disleksia juga terdapat
pada keluarga yang mempunyai anggota kidal. Menurut beliau, orang tua yang
disleksia tidak secara automatik menurunkan gangguan ini kepada anak-anaknya
atau anak kidal yang dikenal pasti disleksia. Berdasarkan penelitian yang dilakukan
di Amerika, beliau menemui indikator bahawa 80 peratus daripada seluruh subjek
yang diteliti mempunyai sejarah atau latar belakang anggota keluarga yang
mengalami masalah pembelajaran (learning disabilities) dan 60 peratus memiliki
anggota kidal.
SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA
13
Selain itu, disleksia akibat daripada faktor kongenital di kalangan kanak-
kanak juga boleh berlaku sejak mereka dilahirkan akibat jangkitan kuman pada
sistem saraf otak atau kecederaan akibat kemalangan semasa proses perkembangan.
Kanak-kanak yang sering demam selesema dan kepala yang sering terhantuk boleh
menyebabkan gangguan pada perkembangan sistem saraf otak. Sistem saraf otak
yang terganggu secara berterusan boleh mengakibatkan kanak-kanak gagal
menguasai pemerolehan kemahiran bahasa.
Di samping itu, masalah disleksia juga berpunca daripada akibat daripada
cara kerja otak yang berbeza daripada yang normal. Ujian imbasan yang dijalankan
ke atas penghidap disleksia, mendapati cara mereka memproses maklumat adalah
berbeza daripada orang biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan
pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan atau kemalangan. Pengambilan
ubat-ubatan yang dilarang juga mungkin menjadi punca kepada masalah disleksia
ini.
Berdasarkan faktor-faktor genetik, kongenital, neurogikal dan
perkembangan lewat inilah menyebabkan kanak-kanak disleksia ini akan
mengalami kelemahan dari segi mengeja. Kesan daripada kelemahan mengeja ini
akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperoleh
menjadi terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang, kelemahan dalam proses
mengeja akan memberikan kesan terhadap kelemahan membaca. Masalah ini
terjadi disebabkan oleh timbulnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf seperti
yang berikut:
SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA
14
m - w
y –g - j
u - n
m - n
c - e
p - q
h - n
b - d
Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti yang berikut:
t - h
f - v
l - l
Selain itu, kanak-kanak disleksia juga cenderung menterbalikkan perkataan.
Contohnya, batu menjadi tuba dan gula menjadi lagu. Mereka juga melakukan
“pembalikan perkataan dalam ayat”. Contohnya, pada masa yang sama menjadi
dapa sama yang masa.
Masalah kekeliruan perkataan antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris juga
berlaku, seperti yang berikut:
SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA
15
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
jam jem
cat cat
Di samping itu, kesan daripada faktor-faktor genetik, kongenital,
neurogikal dan perkembangan lewat akan menyebabkan kanak-kanak disleksia
mengalami masalah dalam bahasa dan pertuturan. Malahan ada sesetengah kanak-
kanak disleksia turut mengalami kesukaran untuk bertutur. Oleh itu, mereka
kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikan percakapan orang lain
disebabkan oleh kelambatan dalam proses memperoleh maklumat. Selain itu,
kanak-kanak disleksia juga didapati tidak boleh melakukan atau menyusun sesuatu
mengikut susunan. Kanak-kanak disleksia juga keliru terhadap simbol dan suka
menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya, 3-5-8 dan 9-6. Hal ini
menyebabkan kanak-kanak disleksia menghadapi kesukaran dalam pembelajaran
yang berkaitan dengan matematik mental.
Menurut Snowling (1987), kanak-kanak yang bermasalah dalam bahasa
mungkin mengalami sebahagian atau semua kesukaran seperti bermasalah dalam
menamakan perkataan, salah sebut perkataan, mencampur adukkan perkataan,
lemah penggunaan sintak, sukar menyebut perkataan berirama dan literasi,
berkecenderungan menggunakan banyak perkataan untuk menerangkan sesuatu,
SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA
16
pertuturan yang teragak-agak dan perlu mendengar sesuatu perkataan lebih kerap
sebelum menggunakan dengan tepat dan konsisten.
Selain itu, kanak-kanak disleksia juga menghadapi masalah besar dan
berterusan dalam urutan. Kanak-kanak ini lebih kerap melakukan kesalahan
berbanding kanak-kanak normal. Masalah urutan boleh dibahagikan kepada
kesukaran visual dan kesukaran urutan ingatan auditori. Kesukaran visual boleh
dikesan apabila kanak-kanak lemah dalam lukisan, sukar dalam maze, sukar
mengasingkan manik mengikut bentuk, sukar untuk memakai pakaian, bermasalah
dalam membuka dan menutup paip kerana tidak ingat arah, sukar untuk memasang
butang baju dan sukar untuk membuka pintu yang menggunakan tombol.
Di samping itu, kesan daripada salah satu faktor disleksia yang
dibincangkan tadi juga menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah dalam
kemahiran motor halus dan kemahiran motor kasar. Contohnya, kanak-kanak ini
mempunyai masalah dalam menggunakan sudu atau garpu sewaktu makan, sukar
menggunakan gunting terutamanya jika kidal, sukar untuk menekap, memegang
pensel secara ganjil, sukar untuk mengikat tali kasut dan sangat sukar untuk
memakai tali leher. Dalam aspek penulisan pula, kanak-kanak disleksia ini
mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga
sukar untuk memegang pensel atau untuk menulis mengikut garisan yang
disediakan. Kalaupun boleh menulis, mereka cenderung menulis perkataan yang
pelik yang sukar untuk difahami.
SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA
17
6.1 Faktor-faktor lain yang menyebabkan masalah pembelajaran kanak-
kanak disleksia
Disleksia bukan sahaja terjadi disebabkan oleh faktor-faktor genetik, kongenital,
neurogikal dan perkembangan lewat tetapi juga disebabkan faktor sampingan yang
lain seperti gangguan persepsi penglihatan. Menurut Kinsbourmen dan Warrington
menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia mungkin mengalami kesukaran dalam
mentaksir rangsangan, sehingga banyak bahagian kata atau ayat tidak dapat
membuat tanggapan yang betul. Selain itu, kanak-kanak disleksia juga mengalami
kesukaran dalam mengalami kesulitan dari kiri ke kanan sehingga
cenderung melihat perkataan secara sembarangan. Kanak-kanak disleksia juga tidak
mampu mengenal huruf atau kata secara visual, namun mampu mengenalinya jika
menunjuk pada bahan bertulis tersebut.
Pengabaian penjagaan kesihatan juga boleh menyumbang boleh berlakunya
masalah disleksia dalam kalangan kanak-kanak. Oleh yang demikian, penjagaan
kesihatan perlu diberi perhatian oleh ibu bapa terhadap anak-anak khususnya ketika
janin masih dalam kandungan, selepas kelahiran bayi sehingga usia enam tahun dan
ketika usia persekolahan sehingga dewasa.
Manakala menurut Dechant (1982) “… pengalaman kehidupan khusus
seseorang merupakan penentuan umur hakikat interprestasi yang akan diberikan
SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA
18
pada suatu peristiwa. Individu adalah gudang pengalaman atau rangsangan-
rangsangan baru. Gangguan pengalaman pahit boleh mengakibatkan gangguan dan
kecelaruan fikiran yang memungkinkan berlakunya masalah disleksia.”(halaman
30)
Selain itu, faktor kekurangan vitamin juga boleh menyebabkan disleksia
terjadi. Individu yang mengalami kekurangan vitamin A secara berterusan, lama
kelamaan boleh mengalami tunanetra atau menjadi buta. Individu yang kekurangan
vitamin C mudah diserang penyakit selesema. Selesema yang dibiarkan berlarutan
atau tidak dirawat dengan sempurna akan mengakibatkan radang pada hidung atau
tenggorok pengidap. Individu yang kekurangan vitamin B atau B kompleks akan
mudah diserang penyakit, mudah lelah, perkembangan fizikal terganggu dan
konsentrasi untuk berfikir menjadi kurang. Sekiranya penyakit-penyakit yang
mengggangu perkembangan fizikal menjangkiti perkembangan organ otak dan
kematangan fungsi-fungsi organ otak maka, risiko individu mengalami disleksia
amat tinggi.
Faktor pemakanan juga boleh diambil kira. Berdasarkan beberapa kajian
penyelidikan, kajian dan penemuan, terdapat beberapa unsur penyedap makanan,
bahan awet dan pewarna tiruan yang dipercayai serta dikenal pasti yang boleh
mengganggu otak jika diambil secara berlebihan dalam tempoh yang lama.
Gangguan terhadap otak ini terjadi bukan melalui reaksi imunologi akan tetapi
kesan bahan pencemar atau racun yang terkandung di dalam bahan-bahan makanan.
Antaranya ialah Salicylates, tartarzine (zat pewarna makanan), nitrat, amine,
SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA
19
monosodium glutamate (MSG), antioksidan, ragi, laktosa, benzoate dan
seumpamanya. Para pengkaji berpendapat bahawa gangguan terhadap otak akibat
bahan pencemar ini dipercayai penyebab disleksia.
7.0 Rumusan
Disleksia bukanlah merupakan sejenis penyakit. Disleksia hanyalah merupakan
satu gangguan dalam proses pembelajaran yang dialami oleh kanak-kanak.
Disleksia terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti genetik, kongenital,
neurologikal dan perkembangan lewat. Kesan daripada faktor di atas akan
menyebabkan beberapa kesukaran atau masalah dalam pembelajaran kepada kanak-
kanak disleksia. Antara kesukaran yang dialami oleh kanak-kanak disleksia ini ialah
sukar mengenal huruf, mengira, membaca, menulis, mendengar arahan dan
sebagainya.
Kanak-kanak disleksia ini boleh dibantu dengan menggunakan teknik yang
betul agar mereka dapat keluar dari masalah atau kepompong kesukaran yang
dihadapi oleh mereka. Melalui sistem pembelajaran yang betul tidak mustahil
kanak-kanak disleksia ini berpotensi untuk berjaya dan menjadi seorang yang hebat.
Ramai tokoh dan individu disleksia yang telah berjaya dan telah mencipta nama
terkenal seperti Albert Einstein (saintis terkenal), John F. Kennedy (Presiden
Amerika Syarikat ke-35), Leonardo Da Vinci (pelukis dan arkitek), Tom Cruise
(pengarah dan pelakon) dan ramai lagi. Selain itu, peranan ibu bapa, guru dan
SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA
20
masyarakat amat penting untuk memotivasikan kanak-kanak disleksia ini agar dapat
berdaya saing dan dapat menikmati ‘Pendidikan untuk Semua’ seperti kanak-kanak
lain.
8.0 Penutup
Masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia sangat mempengaruhi
aktiviti komunikasi mereka dengan ibu bapa, rakan-rakan, guru dan masyarakat
sekitar. Semua pihak perlu memahami lebih dekat permasalahan ini agar usaha
membantu mereka berbahasa dan berkomunikasi dengan betul dan teratur dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Oleh yang demikian, guru perlu membantu kanak-
kanak disleksia mempertingkatkan aspek perkembangan bahasa dengan memberi
peluang kepada mereka berinteraksi untuk kemahiran sosial.
Keupayaan untuk belajar bagi setiap individu dengan individu lain adalah
berbeza memandangkan kemampuan otak, konsepsi dan pengamatan setiap
individu itu juga adalah tidak sama. Oleh yang demikian, program pengurusan
disleksia perlulah menitikberatkan aspek yang memerlukan perhatian dan bantuan.
Proses pengajaran dan pembelajaran disleksia dapat berjalan lancar dengan
mengambil kira kesesuaian sukatan, masa belajar dan menjawab soalan
peperiksaan. Selain itu, khidmat sokongan daripada agensi kerajaan dan badan
bukan kerajaan juga amat penting untuk memastikan kanak-kanak disleksia
mendapat pembelaan. Ibu bapa juga berperanan untuk memberikan kerjasama dan
komitmen yang baik demi menjayakan program-program yang dilaksanakan oleh
SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA
21
pihak sekolah, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan untuk membantu kanak-
kanak disleksia ini. Hasil kerjasama semua pihak, pengurusan program disleksia
dapat dilaksanakan dengan teratur dan akan mencapai matlamat yang disasarkan.
RUJUKAN
Abd. Rahim Talib. (2010). Pengenalan kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
SGRS 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA
22
Selangor: Open Universiti Malaysia.
Cikgu Cam. (2010). Punca-punca disleksia. Capaian 4 Oktober 2012,
http://pemulihankhascikgucam.blogspot.com/2010/09/punca-punca-disleksia.html
Mya Afifi. (2011). Punca-punca disleksia. Capaian 2 Oktober 2012,
http://pelangipetang89.blogspot.com/2011/05/punca-punca%20disleksia.html
Unit Disleksia Bahagian Pengurusan Sekolah.(2007). Modul kursus pendedahan bermasalah
pembelajaran spesifik disleksia. Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Vijayaletchumy Subramaniam. (2011, September). Menangani masalah disleksia. Dewan
Bahasa, 6.
Zainal Kassan & Suhaila Abdullah. (2010). Pendidikan disleksia. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.