Author
adib-syahmeer
View
67
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
d
Slide 1
CIRI-CIRI KANAK-KANAK DISLEKSIA Disediakan oleh :Noorzaimah binti NoordinKartini binti Asmuni
Unit :PPG PEMULIHAN AMBILAN FEB 2012
Nama Pensyarah:Pn Zizawati binti FauziPKP 3105 PENDIDIKAN DISLEKSIA
CIRI-CIRI KANAK-KANAK DISLEKSIA DARI ASPEK:BAHASAMATEMATIKPENGAMATANKONSEP KENDIRIPEMPROSESAN MAKLUMAT
BAHASA
DEFINISI
Menurut Eric Lenneberg (1967), - bahasa adalah daya yang berfungsi secara semula jadi sama ada dalam bentuk tingkah laku bahasa meskipun belum ada perkembangan bertutur.
b. Menurut Pat Heaton dan Patrick Winterson (1996) - bahasa adalah ekspresi dari sifat keunikan manusia tanpa dipengaruhi oleh mana-mana makhluk.
ASHA Committee on Language, (1982) - mendefinisikan bahasa sebagai sistem simbol yang dikawal oleh peraturan yang kompleks dan digunakan untuk berkomunikasi mengikut budaya masing-masing.
1. Mengeja menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti : b d, c e, h n, m w, m n, p q, u n, dan y g j Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti: t h, f - v
2. Membaca Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung akan membuat kanak-kanak merasa rendah diri dan tidak berkenyakinan. Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti : batu tuba gula lagu Mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut: pada masa yang sama - dapa masa yang masa Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya: Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu jam jem cat - cat
3. Menulis Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik.
4. Bercakap dan mendengar
Terdapat juga di antara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau memperdulikan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.
MATEMATIK
MATEMATIK
Kanak-kanak ini menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dalam matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya : 3 5 - 8 9 6
PENGAMATAN
PENGAMATANKanak-kanak disleksia menghadapi masalah Pengamatan:Pengamatan pendengaran a. diskriminasi pendengaran - tidak dapat membezakan bunyi percakapan yang dituturkan secara halus. - masalah untuk membezakan bunyi konsonan dan vokal
b. Ingatan pendengaran (auditori memory) - kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata, perkataan dan menyusun atau menggabung perkataan untuk membentuk suku kata.
PENGAMATAN2. Pengamatan Penglihatan a. Diskriminasi Penglihatan - kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik. - Tidak dapat membezakan huruf-huruf tertentu b. Ingatan Visual - Kesukaran untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfigurasi perkataan.
KONSEP kENDIRI
KONSEP KENDIRI a. Konsep kendiri ditakrifkan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif.
b. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga perlu menerima penilaian daripada orang lain.
c. Carl Rogers (1950) mendefinisikan konsep kendiri sebagai satu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya berbanding dengan orang lain dan persekitarannya.
d. Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Stoarts (1963) berpendapat konsep kendiri dilihat melalui dua cara iaitu: i. tanggapan diri seseorang individu ii. Proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu.
e. Menurut Sharifah Alawiah (1987) kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku, perasaan dan fikiran.
f. Dr Samuel Orton menjelaskan bahawa peringkat pra sekolah, kanak-kanak disleksia masih mampu menyesuaikan diri dengan baik dan ceria. Masalah mula timbul apabila mereka merasakan bahawa arahan dan bimbingan guru adalah tidak selaras dengan gaya pembelajaran mereka.
g. Apabila kanak-kanak ini menyertai sekolah rendah, tekanan semakin hebat kerana pembelajaran yang semakin sukar dan mementingkan kecemerlangan akademik.
h. Oleh itu, mereka menjadi mudah berputus asa kerana tidak dapat mengikuti proses pembelajaran seperti rakan mereka yang lain dan secara tidak langsung menyebabkan mereka memberontak.
Antara kesan yang berkaitan dengan konsep kendiri yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia ialah:
Masalah fizikalMasalah pengurusan diri Masalah sosial
Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan silap membutangkan baju, kidal dan kurang pandai mengikat tali kasut.
Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh.
c. Skop penglihatan yang terhad. Keliru antara depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah serta pengamatan yang lemah.
PEMPROSESAN MAKLUMAT
PEMPROSESAN MAKLUMAT1. Penerimaan Maklumat a. Maklumat diterima oleh semua deria seperti penglihatan, pendengaran, sentuh, rasa dan bau. Sekiranya seseorang mempunyai masalah penglihatan, ini akan menyebabkan kesukaran untuk mengenal bentuk, kedudukan dan saiz sesuatu objek.
b. Masalah pendengaran pula akan menyebabkan kesukaran menyaring bunyi luar dalam usaha untuk memberi tumpuan kepada sesuatu ketika guru mengajar. Selain itu, ada juga pelajar tidak dapat memproses deria sentuhan seperti sakit.
2. Integrasi Maklumat a. Peringkat mentaksir segala maklumat dan seterusnya akan diletakkan dalam susunan yang mempunyai kaitan dengan pembelajaran dan pengalaman lalu.
b. Pelajar yang mempunyai masalah ini tidak dapat menceritakan sesuatu mengikut urutan yang betul.
c. Boleh memahami konsep baru tetapi gagal menggunakan dalam gambaran yang lebih luas.
d. Perbendaharaan kata lemah
3. Penyimpanan Maklumat a. Masalah timbul disebabkan oleh masalah kesukaran mengingat perkara yang baru berlaku (jangka pendek) menyebabkan sukar untuk mempelajari perkara yang baru.
b. Memerlukan pengulangan yang berulang kali untuk mengingat.
4. Pengeluaran Maklumat a. Maklumat dikeluarkan dengan menggunakan pertuturan, tulisan dan pengayaan.
b. Kesukaran pengeluaran maklumat akan menyebabkan masalah pertuturan.
c. Murid perlu mencari semula maklumat, mengatur dan mengeluarkan semula perkataan tersebut semasa bercakap.
d. Melibatkan masalah penulisan seperti kesukaran menghasilkan karangan.
Sekian Terima kasih