29
3.0 Perkembangan Kanak-Kanak Pengenalan Perkembangan boleh didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku yang tersusun dan teratur. Semua perubahan dalam perkembangan ini akan membantu individu dalam proses mencapai kematangan. Perkembangan merupakan perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif. Perubahan menunjukkan sifat yang berbeza daripada tahap perkembangan yang terdahulu. Perkembangan juga adalah sebagai perubahan pada struktur, pendapat dan tingkah laku individu. Ia terhasil daripada fungsi biologi, faktor pemakanan dan pengaruh alam sekitar. Perkembanga juga merupakan perubahan yan bersifat kualitatif tetapi dapat dilihat dengan membandingkan sifat yang terdahulu dengan sifat yang terbentuk. Dengan kata lain, perkembangan boleh juga dianggap sebagai proses di mana individu itu mencapai kematangan, pengukuhan dan kestabilan. Menurut Crow dan Crow, perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Manakala menurut Karl E. Garrison, perkembangan adalah dihasilkan daripada tindakan yang saling berkaitan di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Sementara D.S Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan saling berkait serta berhubng dengan pertambahan umur. Atan Long menerangkan perkembangan merupakan perubahan yang bersifat kualiti. Perkembangan membawa seseuatu organisma keperingkat matang dan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan telah dilampaui. Perkembangan melibatkan perubahan kualitatif yang bermaksud proses perubahan yang dapat diperhatikan tetapi sukar ditentukan 1

Perkembangan Kanak asmnt

Embed Size (px)

DESCRIPTION

perkembangan kanak-kanak

Citation preview

3.0 Perkembangan Kanak-KanakPengenalanPerkembangan boleh didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku yang tersusun dan teratur. Semua perubahan dalam perkembangan ini akan membantu individu dalam proses mencapai kematangan. Perkembangan merupakan perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif. Perubahan menunjukkan sifat yang berbeza daripada tahap perkembangan yang terdahulu. Perkembangan juga adalah sebagai perubahan pada struktur, pendapat dan tingkah laku individu. Ia terhasil daripada fungsi biologi, faktor pemakanan dan pengaruh alam sekitar. Perkembanga juga merupakan perubahan yan bersifat kualitatif tetapi dapat dilihat dengan membandingkan sifat yang terdahulu dengan sifat yang terbentuk. Dengan kata lain, perkembangan boleh juga dianggap sebagai proses di mana individu itu mencapai kematangan, pengukuhan dan kestabilan. Menurut Crow dan Crow, perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Manakala menurut Karl E. Garrison, perkembangan adalah dihasilkan daripada tindakan yang saling berkaitan di antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Sementara D.S Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan saling berkait serta berhubng dengan pertambahan umur. Atan Long menerangkan perkembangan merupakan perubahan yang bersifat kualiti. Perkembangan membawa seseuatu organisma keperingkat matang dan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan telah dilampaui.Perkembangan melibatkan perubahan kualitatif yang bermaksud proses perubahan yang dapat diperhatikan tetapi sukar ditentukan dari satu tahap ke satu tahap yang lain seperti penguasaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif atau penguasaan kemahiran sosial seorang kanak- kanak. Terdapat lima ciri perkembangan iaitu perubahan sukar diukur, perubahan melibatkan sifat lain, berlaku secara berterusan, berbeza setiap individu, dan berlaku mengikut pola dan urutan. Antara perubahannya perubahan melibatkan kualitatif iaitu bermaksud tidak boleh diukur. Keduanya adalah perubahan berlaku memperlihatkan sifat yang berlainan iaitu perubahan yang tidak dapat diukur tetapi perubahan telah nyata berlaku melibatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang lebih dahulu. Selain itu berlaku secara berterusan semenjak lahir hinggalah ke akhir hayat. Perkembangan ini berlaku secara terhenti pada peringkat pertengahan tetapi perkembangan terus berlaku walaupun pada peringkat umur yang lanjut.3.1 Teori Kognitif Jean Piaget (1896 1980)

Piaget menekankan fungsi dan tindak balas minda terhadap persekitaran.Piaget melihat manusia sebagai penggerak dan bersifat rasional dan intelek.Kanak-kanak pula dilihat sebagai punya gagasan iaitu mempunyai daya ingin tahu dan aktif bergerak balas terhadap persekitaran mengikut fahaman kognitif kanak-kanak tersebut. Dua konsep penting yang diperkenalkan oleh Piaget ialah organisasi ( penyusunan) dan adaptasi (penyesuaian). Secara mudah,Piaget berpendapat manusia mesti menyusun atur pengetahuan mereka dan setiap manusia juga mesti menyesuaikan diri dengan persekitaranAsimulasi dan akomodasi akan berlaku sering .Kita akan menggunakan kedua-duanya untuk memahami pengalaman-pengalaman dan menyelesaikan masalah.Piaget berpendapat , selalunya kita akan menggunakan stuktur-stuktur kognitif semasa , walau bagaimanapun kadang-kadang kita dapati maklumat atau pemahaman semasa kita tidak betul.Ini menyebabkan kita akan menyemak semula pemahaman atau maklumat tersebut supaya stuktur kognitif selaras dengan reality.Proses pengekalan imbangan ini dipanggil keseimbangan.Perkembanagan kognitif kanak-kanak boleh dilihat dalam empat tahap.Tiap-tiap ini dikenali dengan persepsi terhadap dunia persekitaran dan keupayaan kanak-kanak tertentu untuk menyelesaikan masalah dan memahami persekitaran.Tahap-tahapperkembangan Piaget adalah seperti berikut:a) Tahap Sensorimotor (0-2 tahun)b) Tahap Praoperasi ( 2-7 tahun)c) Tahap operasi konkrit ( 7-12 tahun)d) Tahap operasi formal (remaja)Kesimpulanya, Piaget berpendapat keupayaan kognitif berubah secara dramatic dari peringkat kanak-kanak hingga remaja.Piaget menekankan faktor-faktor genetic dalam menjelaskan teorinya.Walau bagaimanapun beliau juga seorang interaksionis kerana beliau juga mengakui tentang faktor persekitaran dalam menentukan keupayaan kanak-kanak.

3.2 TEORI PERKEMBANGAN ERIK ERICKSON

Peringkat konflikCiri-ciri perkembangan emosiContoh / huraian

0 - 1tahun(bayi)

-Kepercayaan lawanketidakpercayaanRasa kepercayaan dibina dalam tahun pertama

membina rasa kepercayaan secara peringkat

membina rasa ketidakpercayaan jika keperluannya tidak dapat dipenuhi

ketidakpercayaan akan membentuk tingkah laku negatif

Bayi mestilah menjalinkan hubungan kasih sayang serta kepercayaan dengan pengasuh atau sebaliknya membentuk perasaan tidak percaya. Hal ini demikian bermakna, jika tidak diberi penjagaan yang sepatutnya seperti penyusuan, tidak dijaga atau lampin tidak bertukar, ketidakpercayaan kepada orang lain timbul dalam diri bayi yang akan menimbulkan ketakutan dan berprasangka

1 -3 tahun(awal kanak-kanak)

-Autonomi Lawan Malu/Ragu

Keinginan memiliki kuasa

keinginan membuat sesuatu dengan daya usaha sendiri

merasa malu jika tidak diberi kuasa

merasa malu didepan orang

merasa takut melakukan kesalahan.

Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu kepada perkembangan kemahiran fizikal seperti berjalan dan pelbagai lagi. Rasa percaya kepada keupayaan diri timbul jika berjaya dan menerima sokongan. Sekiranya gagal mereka akan ragu-ragu terhadap keupayaan diri

3-6 tahun( awal kanak kanak tadika )

- Inisiatif lawan serba salah belajar cepat

bergerak cepat

peka kepada yang betul dan salah

merasa serba salah jika ketawa

membina sikap negatif jika merasa serba salah

Kanak-kanak pada tahap ini akan cuba berdikari melakukan sesuatu dan jika gagal perasaan bersalah akan timbul. Mereka meneroka persekitaran dan mencuba kemahiran-kemahiran baru. Mereka juga suka bertanya dan meminta penjelasan dan rasa bersalah terhadap diri sendiri akan timbul apabila kanak-kanak dihukum atau tidak diberi peluang semasa mencuba kemahiran

6-11 tahun( kanak-kanak)

- kerajinan lawan rasa rendah diri.keinginan menguasai sesuatu

keinginan berjaya

menguasai kemahiran asas fizikal dan sosial

memerlukan peneguhan positif/ penghargaan terhadap tugas yang disempurnakannya

merasa komplek rendah diri jika dikritik.

Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap. Kemahiran yang diperoleh berkisar di alam persekolahan.Kanak-kanak yang gagal dalam peringkat ini akan merasa rendah diri dan tiada keupayaan bukan sahaja terhadap pencapaian akademik tetapi juga dalam hubungan sosial dengan individu di persekitaran mereka

12-20 tahun(remaja)

- Identiti lawan keliruanidentitiCuba memahami diri

menghadapi krisis identiti

sensitif kepada perubahan badan dan imej diri

membentuk konsep kendiri positif dan juga negatif

perkembangan emosi berlandaskan emosi dari peringkat peringkat dahulu.

Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pelbagai aspek seperti pekerjaan, peranan jantina, social, dan sebagainya jika tidak perasaan rendah diri akan timbul. Mereka akan meniru identiti orang lain di persekitaran. Sekiranya gagal, akan timbul kecelaruan identiti, rasa tidak selamat, ragu- ragu, dan akan mengalami pelbagai masalah di peringkat seterusnya

21-25 tahun(Awal Dewasa)

-Kemesraan lawan keterasinganberusaha terus mencari identity

berusaha membentuk ikatan kemesraan

sesetengah individu yang gagal kerana pengalaman kecewaan, terus keterasinganPada tahap ini manusia akan membentuk keintiman dalam perhubungan menuju ke alam perkahwinan serta membina kerjaya, sekiranya gagal akan merasa terasing dan tersisih. Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain (suami/isteri dan anak) tanpa hilang identiti diri

26-60 tahun

Generativiti bermaksud memberi sumbangan kepada generasi berikutnya atau melakukan aktiviti produktiviti

individu akan merasa kecewaan kerana gagal dalam pencapaian yang bermakna.Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik dapat memuaskan hati, atau sebaliknya akan membawa kepada perasaan mementingkan diri serta hanya memusatkan kepada perkembangan atau aktiviti diri. Mereka yang tidak dapat membentuk keintiman akan rasa terasing dan akan menghindari perhubungan dengan orang lain

61 ke atas tahun

Integriti adalah hasil kebangaan terhadap kehidupan yang berharga

orang tua yang kurang puas hati dengan kehidupannya akan takut mati.Merupakan kemuncak perkembangan iaitu berkaitan dengan kejayaan hidup berkeluarga dan karier akan menimbulkan kepuasan dalam diri. Perkara sebaliknya jika gagal akan membawa kepada kedukaan dan kekecewaan di hari tua dan berputus asa dengan kehidupannya.

4.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL, KOGNITIF, BAHASA, DAN SOSIOEMOSI

4.1 Perkembangan Fizikal

Perkembangan fizikal ditentukan oleh dua faktor iaitu baka dan persekitaraan. Proses perkembangan ini berlaku secara tersusun dan bersistematik. Perkembangan fizikal kanak-kanak merangkumi perubahan pada saiz badan dan kepala , kandungan dalam badan, pertumbuhan gigi dan rangka tulang.Berdasarkan teori perkembangan fizikal kanak-kanak yang berlaku boleh diukur dan diperhatikan berdasarkan dua cara iaitu kuantatif dan kualitatif.Perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak. Menurut kurikulum Prasekolah Kebangsaan (Kementerian PendidikanMalaysia, 2003), perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Proses ini juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunaakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti sehari-hariPerubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Secara langsung perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan dan permainan. Jika kanak-kanak tersebut tidak dapat bersaing, ia mungkin mengakibatkan mereka disisih daripada kumpulan rakan sebaya mereka. Secara tidak langsung, perkembangan fizikal mempengaruhi keyakinan terhadap diri sendiri dan orang lain. Kanak-kanak yang disisih daripada kumpulan mungkin mempengaruhi perkembangan personalitinya. Pertumbuhan, kemahiran psikomotor, struktur badan dan otak menjadi asas kepada perkembangan kognitif dan emosi.

4.2 Perkembangan Kognitif

Perkembangan kognitif merujuk pada proses perkembangan keupayaan berfikir dan menaakul yang berlaku seiringan dengan perkembangan sosioemosi. Proses kognitif merupakan dalaman dan hasilan minda yang membawa kepada pengetahuan. Perkembangan kognitif merupakan proses peningkatankeupayaan pemikiran, pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa, dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya. Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang.Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari lingkungannya. Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan mengklasifikasi, menghafal sajak atau doa, memecahkan soal-soal matematik, dan menceritakan pengalaman, merupakan proses kognitif dalam perkembangan anak. Menurut piaget beliau percaya pemikiran kanak-kanak berkembang mengikut satu siri peringkat yang kompleks dan setiap satunya berkait rapat antara satu dengan yang lain.Menurut beliau perkembangan kognitif kanak-kanak dibahagikan kepada empat peringkat iaitu: Peringkat Sensori Motor Peringkat Praoperasi Peringkat operasi Konkrit Peringkat operasi Formal

4.3 Perkembangan Bahasa

Bahasa merupakan anugerah istimewa yang ada pada setiap individu. Bahasa adalah suatu saluran yang membolehkan kanakkanak menyusun dan mengutarakan idea serta pengalamannya Perkembangan dan penggunaan bahasa sangat penting bagi membolehkan kanak kanak berhubung antara satu sama lain. Dengan bahasa manusia dapat berhubung dan berinteraksi. Melalui bahasa juga setiap individu dapat menyatakan perasaannya, memberi pendapat atau pendangannya. Pandangan Nativis Pandangan teori ini menyatakan bahawa anak yang lahir ke dunia sudah membawa kapasiti atau potensi bahasa. Kapasiti atau potensi bahasa ini akan menentukan struktur bahasa yang akan digunakan selanjutnya. Untuk itu kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur yang berada dipersekitarannya seperti keluarga, rakan dan masyarakat disekelilingnya. Ini bermakna persekitaran ini akan membantu serta mempengaruhi kebolehan bahasa kanak-kanak. Proses pemerolehan bahasa berlaku secara aktif pada kanak-kanak dalam lingkungan umur dua hingga enam tahun. Kebanyakannya hasil penyelidikan bahasa mendapati bahawa jangka masa pemerolehan bahasa yang paling kritikal di kalangan kanak-kanak ialah antara umur satu tahun hingga lima tahun. Sekiranya jangka masa ini terlangkau, maka perkembangan bahasa akan terhalang. Menurut model behaviouris pembelajaran bahasa merupakan kepada proses yang berdasarkan kepada peraturan pelaziman operan iaitu yang menjurus kepada model rangsangan gerak balas. kanak-kanak itu akan diberikan satu perkataan, dia meniru bahasa itu dan dia akan meniru lagi apabila dia menjumpai perkataan itu. Ibu bapa merangsang bahasa peringkat awal kanak-kanak dengan adanya tindak balas seperti senyuman, bertutur dan mengagah kanak-kanak menggunakan perkataan khusus seperti mama atau papa dan perkataan ini diulang berkali-kali dan dengan pengulangan ini kanak-kanak itu akan dapat mengikut

4.4 Perkembangan Sosioemosi

Emosi adalah perkatan yang berasal dari perkataan Greek emovere yang bermaksu untu keluar. Secara ringkas dapat difahamkan ianya meluahkan dan mengeluarkan perasaan . Berdasrkan kepada Oxford Dictionary emosi bermakna sebagai perasaan yang kuat dari dalaman terutamanaya daripada aspek mental atau naluriseperti kasih sayang , gembira , sedih atau takut.Emosi adalah perasaaan dan mood yang melibatkan reaksi psilogikal yang sukar dikesan dan ditunjukkan dengan cirri-ciri dan bentuk-bentu yang tertentu. Dalam perkembangan kanak-kanak ianya adalah aspek yang penting selain perkembangan kognitif iaitu fungsi otak dan juga pemikiran serta tingkahlaku kanak-kanak itu sendiri.Emosi memainkan peranan yang penting dalamkehidupan kanak-kanak. Ada perkara atau benda yang dialami seseorang mendatangkan rasa senang dan ada perkara yang tidak menyenangkan. Kadangkala perasaan ini menjadi matlamat yang hendak dicapai seseorang. Emosi juga mempengaruhi persepsi dan tingkah laku seseorang terhadapalam sekelilingnya dan seterusnya menentukan corak penyesuaian yang akan diambil.Kebolehan untuk menunjukan emosi telah sedia ada pada bayi yang baru dilahirkan. Keupayaan ini merupakan satudaripada proses perkembangan yang tidak perlu diajar atau diperlajari. Emosi yang ditunjukan oleh bayi yang baru dilahirkan hanya merupakan tindak balas kepada sesuatukeadaan kebangkitan seperti kelaparan atau ketidak selesaan. Emosiini diluahkan secara menyeluruh dan belummempunyai pengelasan emosi yang nyata. Apabila umur kanak-kanak meningkat, mereka semakinmatang dalam cara meluahkan emosinya. Kebolehan ini secara tidaklangsung dipengaruhi oleh keupayaan menggunakan bahasa untuk menyatakan emosi berbanding penggunaan pergerakan badan. Penyataan emosi kanak-kanak berubah dari zaman kanak-kanak sehingga zaman remaja.

4.5 Perkembangan murid dari segi Kognitif dan Fizikal

Pada pandangan saya perkembangan merujuk kepada proses perkembangan keupayaan berfikir dan menaakul yang berlaku seiringan dengan perkembangan sosioemosi, kognitif, fizikal dan penguasaan berbahasa. Berikut adalah jadual pemerhatian terhadap murid 7 tahun di SJK(T) Kuala Kurau dari segi Kognitif dan Fizikal.

Perkembangan Kognitif MuridPerkembangan Fizikal murid

Mendengar dengan teliti yang diajar oleh gurunya.Memberi senyuman kepada guru dan juga memberi salam kepada guru.

mempunyai pelbagai pemikiran dan memori tentang objek-objek yang konkrit seperti komputer, perabot dan benda-benda maujud.Ada murid memberi tumpuan terhadap guru semasa guru mengajar Dan juga menanya soalan kepada guru kalau tidak faham.

Kanak-kanak dapat memanipulasikan dan membentuk reprentasi mental secara dalamanSaiz badan murid berubah mengikut umur dan berat badan juga berbeza pada setiap murid.Pertumbuhan gigi juga mempunyai perbezaan. Struktur badan sangat berbeza

Boleh jawab soalan yang ditanya oleh guru tersebut dengan baikDari segi fizikal boleh memegang pensel tanpa bantuan guru dan menulisnya. Makan sendiri dan boleh mengikat tali kasut sendiri.

Boleh bertanya soalan kepada guru dengan tidak rasanya malu dan juga menjawab soalan yang ditanya oleh guru.Ada murid bermain sendiri, membaca, melukis, dan sebagainya sebelum guru masuk ke kelas dan juga suaranya tinggi bila guru tiada dalam kelas.

Tingkah laku pendengaran, penyusunan pergerakan tangan penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya.Dari segi fizikal murid itu boleh merangkak, berdiri, berlatih, berjalan dan sebagainya.Pemerhatian ini dilihat pada masa subjek pendidikan jasmani

4.6 Perkembangan murid dari segi Bahasa dan sosioemosi

Perkembangan murid dari segi Bahasa

Perkembangan murid dari segi sosioemosi

Kanak-kanak dapat mengambarkan bentuk bahasa yang jelas dan tepat

Tidak berasa merendah diri

Setengah murid boleh membaca petikan dengan teliti

Hasil kerja dan tugasan dilakukan dengan baik

Boleh faham bahasa yang diajar oleh guru

Membuat tugas dengan minat dan tekun

Dapat memperkembangkan pengetahuan mereka tentang objek-objek dalam persekitaran

Kanak-kanak berkeyakinan diri yang tinggi merasakan apa yang diberi oleh gurunya

Guru mengajar dalam bahasa yang tertentu mengikut subjeknya.Tetapi ada murid tidak faham bahasa dan guru mengajar balik dalam bahasa ibundanya

Mempunyai sifat rajin, bersopan santun, dan nilai-nilai murni lain dalam kalangan murid.

4.7 Kaedah Pemerhatian terhadap murid lelaki dan perempuan

Pelajar PerempuanTahun 1Nama: Pavitra A/P GopalUmur: 7 thnTinggi: 63cmBerat: 24 kgSekolah: SJK(T) Kuala Kurau, Perak.

dari segi fizikal sangat aktif dalam kelas, sebelum guru bertanya habis soalan dia sudah bangun untuk menjawabnya. berkomunikasi dengan kanak-kanak lain dengan baik dan fasih. tidak rasa malu untuk menjawab di hadapan kelas dan juga sangat aktif dalam kelas. menggunakan bahasa berkomunikasi mengikut subjek masing-masing. Semasa kelas bahasa melayu dan bahasa inggeris dia cuba berkomunikasi dalam bahasa tersebut dengan berani sangat aktif berbanding dengan murid lelaki di dalam kelas tersebut. Suka berkelompok.

Pelajar LelakiTahun 1

Nama : Kathir A/L GanesanUmur: 7 thnTinggi: 60 cmBerat: 19kgSekolah: SJK(T) Kuala Kurau , Perak.

tidak memberi tumpuan semasa guru mengajar di hadapan membuat kerja sendiri dan tidak memberi tumpuan apa yang diajar oleh guru. bermain dengan kawan-kawan yang lain dan juga membuat bising. rasa sangat malu jika guru bertanya soalan dan berdiam diri. sentiasa tunduk kepala bawah di dalam kelas semasa guru bertanya soalan. Pendiam sangat berbanding dengan murid perempuan Tidak pandai untuk melukis dan mewarna

Antaranya ialah perbandingan antara murid lelaki dan murid perempuan di kelas tahun 1 Mutiara. Pada pandangan saya perbezaan ini belaku kerana jantina.Perempuan secara amnya lebih cepat menunjukkan cirri-ciri pengelompokan sosial ini berbanding dengan kanak-kanak lelaki. Selain itu ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mendidik anaknya. Ini terjadi kerana anak lelaki selalunya kurang memberi tumpuan oleh ibu bapanya berbanding dengan anak perempuan.Menurut Slavin (1997), mengaitkan perbezaan individu dari segi perempuan dan lelaki dengan konteks pengajaran dan pembelajaran.Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif,etnik ,budaya,kelas sosial,bahasa,jantina,bakat dan minat .Masyarakat Asia menganggap kanak-kanak lelaki mesti berani,dianggap ketua keluarga, harapan yang tinggi.Di sekolah murid lelaki lebih nakal dan kurang berdisiplin, manakala murid perempuan lebih rajin dan berdisiplin serta berjaya dalam pelajaran. Aktiviti pengajaran harus disesuaikan dengan perkembangan jantina.Tahap perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak lelaki lambat 2 tahun daripada perempuan sebelum akil baligh. Selepas akil baligh perkembangan mereka hampir sama. Menuru Maccoby dan Jacklin (1974) kecergasan lisan murid perempuan lebih baik daripada lelaki, manakala murid lelaki lebih dari kecerdasan ruang.

Kaedah pemerhatian terhadap murid

20 sen20 sen20 sen20 sen

20 sen20 sen20 sen20 sen

Rajah 1: Menunjukkan kaedah pemerhatian terhadap murid

Eksperimen menggunakan duit syilingMurid lelaki 7 thnMurid lelaki menjawab Duit syiling dalam kedua-dua barisan mempunyai jumlah nilai yang sama.

Murid perempuan 7 thnMurid perempuan menjawab Duit syiling pada barisan pertama telah dijarakkan.

Seriasi dan mengklasifikan ialah dua aspek perkembangan kognitif yang diperlihatkan pada peringkat akhir operasi konkrit menandakan kanak-kanak Mempunyai keupayaan untuk mengaplikasikan penaakulan logical dalam proses penyelesaian masalah.Semasa eksperimen ini pelajar lelaki dan pelajar perempuan mempunyai kekeliruan semasa cuba menjawab soalan eksperimen duit syiling itu.Pada peringkat ini, pelajar lelaki dan perempuan mempunyai semangat ingin tahu dan keinginan untuk belajar tetapi jangka masa penumpuan amat singkat.

4.8 Implikasi Perkembangan kanak-kanak 6-12 thn terhadap pengajaran dan pembelajaran

Pada pandangan saya, pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru, daripada perkembangan fizikal individu. Mengikut Piaget dalam buku Mok Soon Sang (2009), pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya agar mengatasi keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Oleh kerana proses akomodasi bergantung kepada motivasi intrinsik individu, guru hendaklah menggalakan mereka melibatkan diri secara aktif dalam pengajarannya.Mengikut Joyce dan Weil, dan Slavin (ahli-ahli mazhab neokognitif: konstruktivisme) dalam buku Mok Soon Sang(2009) menyarankan dan mengaturkan langkah-langkah pengajaran yang berdasarkan implikasi Teori Pembelajaran Kognitif Piaget. Langkah pertama yang perlu dilakuakan oleh guru berdasarkan kajian mereka ialah merancang sesuatu situasi pembelajaran yang mencabar untuk pelajar. Langkah kedua ialah menimbulkan dan menggerakkan tindak balas pelajar, dan sengaja memberi idea yang bertentangan untuk memerhati tindak balasnya. Langkah seterusnya ialah dengan memberi kerja tugas yang berkaitan bagi pemindahan pembelajaran supaya mereka dapat mengaplikasikan apa yang diajar kedalam penyelesaian masalah. Langkah terakhir ialah dengan membentuk kumpulan yang mengandungi pelajar yang hampir sama peringkat perkembangan kognitif mereka, agar membolehkan pelajar yang berada di peringkat perkembangan kognitif lebih tinggi mengajar pelajar di bawah perkembangan kognitif yang rendah.Mengikut implikasi pengajaran dan pembelajaran oleh Jean Piaget pula guru boleh menggunakan bahan yang konkrit bagi mengilustrasikan konsep yang lebih kompleks. Penggunaan bahan berbentuk 3D, rajah, carta dan pengalaman pelajar itu memberi peluang pelajar. Selain itu, kemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat kepada fakta-fakta dengan cara membiarkan murid meneroka dan mengkaji konsep itu sendiri. Sebagai contoh, murid-murid boleh berfikir mengapa terjadinya siang dan malam. Melalui cara ini, sistem pembelajaran lebik baik pasti murid akan menghiburkan. Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak sangat penting untuk dipelajari oleh setiap guru dan bakal guru agar mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah difahami.5.0 KesimpulanTeori perkembangan Piaget memandang perkembangan kognitif sebagai suatu proses di mana anak secara aktif membangun sistem makna dan pemahaman realiti melalui pengalaman-pengalaman dan iteraksi-interaksi mereka. Teori-teori kognitif cuba menerangkan tentang peningkatan intelek dari segi kualiti dan kuantiti yang berlaku semasa perkembangan (Asmawati Desa, 2004). Teori ini turut menjelaskan perkembangan proses kognitif mengikut tahap umur manusia secara terperinci. Setiap perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor penting yang mempengaruhi pembentukan konsep, sama ada konkrit atau abstrak.Di dalam Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak yang telah dibincangkan, Piaget menekankan pengubahsuaian diri dalam alam sekitar adalah faktor yang penting dalam perkembangan kognitif individu. Beliau berpendapat di dalam proses pengubahsuaian diri dalam alam sekitar, pembelajaran sebenarnya telah berlaku apabila individu memperolehi pengalaman daripada proses interaksinya dengan orang lain, perkara atau benda yang terdapat dalam alam sekitar. Namun terdapat beberapa kelemahan terhadap teori beliau misalnya, beliau tidak menerangkan faktor motivasi yang mendorong individu untuk memperkembangkan kognitif dan memperolehi maklumat serta membina pengetahuan yang baru. Walaubagaimanapun teori perkembangan kognitif yang diilhamkan oleh Piaget menjadi rujukan dan panduan utama kepada penyelidik untuk menjalankan kajian yang berkaitan. Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak sangat penting untuk dipelajari oleh setiap guru dan bakal guru agar mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah difahami.

6.0 RefleksiSemasa menjalankan tugasan ini, saya Thilagess A/p Devarajoo telah membuat pemerhatian ke atas pengurusan bilik darjah sebuah kelas iaitu kelas 4 Melur di Sekolah Rendah Kuala Kurau,Perak. Saya memerhatikan dari segi perancangan , pengelolaan, pengawalan, dan arahan guru dalam kelas tersebut.Saiz bilik darjah agak besar dan mempunyai ruang yang banyak untuk pembelajarannya. Sistem pengudaraan lebih selesa dan pencahayaan yang mencukupinya. Di dalam bilik darjah hasil kerja murid yang digantung dan ditampal di sekeliling kelas menjadikan kelas kelihatan lebih cantik. Pemandangan kelas tersebut sentiasa ceria.Ini Mewujudkan pelajar bereminat belajar dalam kelas.Selain itu guru juga melekatkan aktiviti kumpulan yang di buat oleh pelajar di atas papan.Ini mewujudkan pelajar lebih berminat untuk belajar.Saya mendapati guru telah membuat perancangan pengajaran sehari sebelum pengajaran.Sebeluk memulakan pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut guru membuat set induksi untuk pelajar memahami tajuk yang pelajar belajar pada hari tersebut. lebih Waktu yang saya membuat pemerhatian adalah waktu Bahasa Melayu. Tajuk yang guru mengajar adalah karangan bergambar. Murid membuat aktiviti dalam kumpulan dan berkongsi bahannya dalam kumpulan. Watu pengajaran guru bermula dengan soalan yang berkaitan dengan tajuk pengajaran. Pelajar juga aktif dan dapat menjawab soalan yang ditanya oleh guru. Pelajar juga berkomunikasi dua hala dalam kelas.Guru menggunakan LCD untuk pengajaran pada hari tersebut. Cikgu menunjuk beberapa contoh karangan dan menerangkan cara menulis karangan bergambar. Pelajar juga dapat membaca contoh karangan yang ditunjuk oleh dengan betul dan teliti. Selepas itu cikgu mengagihkan kumpulan dan memberi tugas menulis karangan dalam kumpulan. Pelajar- pelajar aktif menulis karangan dalam kumpulan dan berkongsi idea semasa menulis karangan dalam kumpulan. Selepas itu cikgu menanda karangan yang ditulis oleh pelajar dan membuat pembetulan.Dengan itu pelajar dapat membetulkan kesilapan mereka dengan pada masa yang sama Semasa pemerhatian saya dapat mengetahui keadaan bilik darjah dengan baik. Pelajar- pelajar dapat menjawab soalan yang ditanya oleh guru dengan betul. Semasa waktu pengajaran pelajar- pelajar tidak membuat bising mendengar dengan betul apa yang diajar oleh. Arahan guru dapat difahami oleh semua pelajar. Bahasa yang digunakan oleh guru mudah difahami. Arahan guru tidak mengelirukan maka murid sangat jelas dan mengamalkannya.Setelah selesai membuat pemerhatian , saya membuat perbincangan dengan guru. Guru mengatakan bahawa untuk mengawal kelas tersebut tidak memberi masalahnya. Pelajar- pelajar dapat memberi kerjasama dan memberi tumpuan yang baik semasa pengajaran dan pembelajaran. Saya dapati guru tersebut merancang pengajaran beliau dengan baik dan guru juga pandai mengawal pelajar. Keadaan fizikal bilik darjah yang luas tidak mengganggu kepada murid. Mempunyai persekitaran yang baik. Dari segi Fizikal guru sukar mengawal masalah disiplin di dalam bilik darjah. Selain itu susun atur bilik darjah yang baik boleh merangsang pembelajaran murid.Berdasarkan pengurusan kelas yang saya telah diperhatikan, saya berpendapat guru sekolah tersebut perlu mewujudkan suasana kelas yang lebih kondusif dengan mengubah susunan meja dalam kelas supaya aada ruang untuk murid memudahkan membuat kerja. Bagi mengawal kelas dengan baik guru boleh mengubahsuai kedudukan pelajar. Guru boleh bertukar cara susunan meja supaya murid lebih suka keadaan baru untuk belajarnya.Saya berpendapat semasa pengajaran dan pembelajaran, selain daripada LCD guru perlu menggunakan banyak BBM. Ini kerana murid terlalu banyak dalam bilik darjah. Jika menggunakan BBM yang banyak pelajar lebih aktif untuk mempelajari pengajaran tersebut. Walaupun guru menggunakan LCD sahaja pelajar- pelajar kelas tersebut rajin dan aktif mempelajari pengajaran yang dirancang oleh guru pada hari tersebut. Semasa mengelolakan pengajaran dan pembelajaran arahan guru harus jelas dan tidak mengelirukan. Selain itu guru perlu sentiasa bersenyum terhadap murid semasa mengajarnya. Guru juga perlu berkomunikasi dengan baik dengan pelajar. Untuk menyeronokkan p&p guru boleh panggil pelajar ke hadapan untuk menyelesaikan masalah dan tanya pelajar apa yang mereka tidak faham. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu fikir cara menglibatkan pelajar penglibatan pelajar membantu meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Contoh penglibatan penyoalan, melibatkan pelajar dalam aktiviti, permainan. Guru perlu sentiasa peka dan prihatin dengan keperluan pelajar.Guru juga perlu memastikan perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut minat dan kebolehan murid.Selain itu guru juga perlu member penekanan kepada penerapan nilai murni dan elak daripada mengejek/ menghina murid di khalayak ramai.Guru juga perlu member peneguhan positif untuk mengekalkan tahap motivasi. Dan juga mengambil kira perbezaan individu dan jangan membuat perbandingan yang keterlaluan.Pengajaran yang melibatkan pelajar akan meningkatkan motivasi pelajar dalam apa yang dipelajari kalangan murid yg mengetahui kemajuan pelajaran adalah baik. Pada masa pemerhatian hati saya tersentuh apabila mengenangkan salah seorang murid yang menanggis setelah dimarahi oleh guru. Oleh itu saya sedar bahawa sebagai guru tahun satu kita tidak boleh terlalu berkasar dengan murid. Sebaliknya murid murid ini memerlukan perhatian dan kasih sayang. Guru-guru tahun satu perlu bersemangat terhadap murid dan perlu menunjukkan kasih sayang yang tinggi. Guru tahun satu tidak boleh mengabaikan aspek penilaian ke atas perkembangan murid kerana mereka berada pada tahap kognitif, emosi, bahasa dan sosial perlu diperhatikan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab.Kalau pelajar tidak faham atau membuat silap guru perlu member bimbingan kepada pelajar dan juga menasihati pelajar dengan bersenyum .Guru juga tidak lebih cenderung marah pada pelajar lelaki yang menunjukkan tingkah laku disruptif dalam kelas berbanding dengan pelajar perempuan yang menunjukkan tingkah laku yang sama.Ini mugkin menggambarkan yang guru percaya pelajar lelaki lebih cenderung buat hal atau nakal dalam bilik darjah berbanding dengan pelajar perempuan.Bukan itu sahaja guru juga lebih member perhatian kepada pelajar perempuan yang duduk diam dalam bilik darjah sebaliknya beri tumpuan perhatian yang tinggi pada pelajar lelaki tidak kira di mana ia duduk.Selain itu, pada awal pembelajaran sesuatu konsep atau topik, beri bimbingan terarah kepada murid-murid dengan cara seperti memulakan ayat, member petua, menunjuk cara dan maklum balas berperingkat.Apabila mereka bertambah yakin, kurangkan sokongan atau bantuan dan lebihkan peluang untuk pembelajaran kendiri.Selain itu guru juga perlu wujudkan situasi pembelajaran yang memerlukan murid-murid berusaha untuk mencapai kejayaan.Guru juga perlu memberi masa kepada mereka untuk meneroka dan memikirkan cara-cara penyelesaian sesuatu masalah.Guru juga perlu member galakan kepada murid-murid menggunakan bahasa untuk bicarakan proses pemikiran mereka.Guru oleh berbual, berdialog dan bersoal jawab dengan mereka supaya idea-idea dalam pemikiran dapat disusun atur dan diperjelaskan.Tanggungjawab guru amat besar dalam mendidik anak bangsa untuk berjaya dalam semua bidang matapelajaran. Peranan seseorang guru bukan sahaja untuk mendidik pelajar dalam matapelajaran yang diajar malah guru adalah pakar dalam bidang pengajaran serta dapat berkomunikasi dengan pelajar-pelajar berkaitan dengan semua matapelajaran. Sebagai kesimpulan , tugasan ini menyedarkan saya bahawa sebagai seorang guru tahun satu, saya perlu sentiasa peka kepada keperluan dan kehendak naluri kanak-kanak.

17