38
[Type the document title] [Yea r] FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK MATRICULATION NO : 721016135728001 IDENTITY CARD NO. : 721016135728 TELEPHONE NO. : 0196978246 E-MAIL : [email protected] LEARNING CENTRE : Seksyen 13,Shah Alam 1

Perkembangan Seni Kanak Kanak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Artikel

Citation preview

[Type the document title][Year]

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI 2012

HBAE1203

PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

MATRICULATION NO: 721016135728001IDENTITY CARD NO.: 721016135728TELEPHONE NO.: 0196978246E-MAIL : [email protected] CENTRE: Seksyen 13,Shah Alam

KandunganMuka suratPENGENALAN3Kepentingan pemikiran kreatif3Perkembangan Kreativiti Fisher ( 1943 )3PERINGKAT RANSANGAN 4PERINGKAT PENEROKAAN8PERINGKAT PERANCANGAN11PERINGKAT AKTIVITI13KAJIAN SEMULA20Pemikiran kreatif22Kepentingan pemikiran kreatif untuk meransang minda kanak-kanak22Kepentingan Penjanaan Soalan untuk merangsang minda kanak-kanak24Kesimpulan25Rujukan26

PENGENALANPelbagai definisi yang diberikan oleh pujangga seni Eropah kepada kreativiti dalam seni visual iaitu kreativiti ialah menghasilkan sesuatu yang baharu. Mengikut Kamus Dewan ( 2002 ), mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekereatifan seseorang. Namun yang pasti menurut de Bono ( 1970 ), kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini terdapat ribuan maksud berkenaan pemikiran kreatif dan kesemuanya dapat disimpulkan sebagai berikut ( Hassan, 1989 ) dan ( Nik Azis, 1994 ); Terminologi kreatif berasal daripada perkataan Latin creare yang bermaksud membuat ( to make ). Manakala dalam bahasa Greek pula, Krainein yang membawa makna memenuhi. Dalam bahasa Inggeris create atau cipta dalam bahasa Melayu,Antara definisi lain, June King McFee mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaaan seseorang mencipta sesuatu yang baharu dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea tersebut kepada idea yang baharu seterusnya dapat melahirkan satu idea lain yang lebih bermakna. Walaupun terdapat pelbagai takrifan tentang maksud kreativiti, namun secara ringkasnya kreativiti melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir dalam melahirkan sesuatu idea yang baharu dan asli. Jelasnya menurut Leonard M S Yong ( 1994 ), semua manusia dilahirkan dengan potensi untuk bersifat kreatif dan dengan adanya persekitaran serta teknik-teknik yang sesuai maka potensi ini boleh dikenali, dipupuk dan diukur ( Jones 1972 )

Kepentingan pemikiran kreatifAktiviti estetika dan kreativiti sememangnya memberi peranan yang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kanak menyampaikan perasaan, karya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara. Malah aktiviti ini menggalakkan mereka untuk berfikir. Misalnya, selepas melukis kanak-kanak merancang untuk mempamerkan hasil kerja mereka.Mereka juga belajar untuk membuat keputusan terutamanya dalam memilih lukisan yang harus mereka pamerkan, bagaimana ia diuruskan dan adakah mereka berpuas hati dengan hasil kerja mereka.Perkembangan Kreativiti Fisher ( 1943 )5 Tahap dalam Pemikiran Kreatif:1. Peringkat Ransangan beri soalan kritikal/boleh mendorong perasaan ingin tahu2. Peringkat Penerokaan pelajar cuba mencari jawapan terhadap soalan yang telah diberikan/pelajar kreatif akan cuba pelbagai cara, gaya, teknik.3. Peringkat Perancangan melalui perancangan secara verbal & visual4. Peringkat Aktiviti lakukan tindakan berdasarkan persoalan bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut5. Kajian Semula membuat penilaian/refleksi terhadap keberkesanan tindakan yang telah dijalankan untuk tujuan penambahbaikan.PERINGKAT RANSANGANDi dalam mengajar, guru perlu dapat membangkitkan perhatian pelajar kepada pelajaran yang diajarkan oleh guru. Perhatian akan memberi impak yang lebih besar apabila pelajar mempunyai minat dan bakat. Apabila pelajar memberi perhatian di dalam kelas, maka dengan mudah pelajaran yang diajarkan dapat diterima, dihayati, diolah sehingga pelajar tersebut mampu menghubungkn antara suatu pengetahuan dengan pengetahuan yang lain. Oleh yang demikian, menarik perhatian pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran diperlukan supaya guru dapat mengawal keadaan bilik darjah dengan baik dan melahirkan pelajar-pelajar yang dapat memberikan perhatian di dalam sesuatu perkara yang penting dalam hidup mereka khususnya pembelajaran akademik di dalam kelas. Dalam proses mengajar pelajar, guru perlu melakukan aktiviti samada berfikir mahupun melakukan atau melaksanakan sesuatu aktiviti.Hal ini mampu memberi kesan yang baik kepada pelajar itu sendiri iaitu ilmu yang diajarkan tidak berlalu begitu sahaja tetapi dapat difikirkan, diolah kemudian dikeluarkan bentuk yang berbeza. Melalui aktiviti juga membolehkan pelajar bertanya, mengajukan pendapat serta melakukan perbincangan dengan guru serta mematuhi arahan guru yang mengajar, melaksanakan tugas, membuat grafik, diagram serta maklumat yang diberikan oleh guru. Apabila pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti maka pelajar lebih mudah memiliki dan menggunakan ilmu itu dengan baik.Teknik dan cara pengolahan guru juga satu tarikan dan ransangan kepada murid dan menjadikan pembelajaran dalam kelas lebih menarik. Dalam penyoalan, guru mestilah mengambil tahu tentang aras soalan sesuai mengikut umur, kebolehan dan pengalaman murid dalam pelajaran yang dipelajari. Perancangan awal guru juga memainkan peranan penting iaitu guru perlu merancang jenis-jenis solan yang berkaitan dengan pembelajaran yang dijalankan. Istilah dan perkataan yang mudah difahami, digunakan mengikut tahap umur murid. Selain itu, bentuk soalan diubah dari masa ke semasa. Soalan yang diberi juga haruslah merupakan soalan yang dapat menjana pemikiran murid. Beri pujian kepada murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul. Guru hendaklah mengelakkan amalan mengulangi jawapan murid kerana ini akan menggalakkan murid lain tidak mendengar jawapan yang diberi oleh rakan mereka sebaliknya menunggu ulangan daripada guru. Jika jawapan kurang tepat, minta murid lain cuba menjawab atau guru boleh memberi maklumat tambahan uuntuk melengkapkan jawapan. Jika murid tidak dapat menjawab soalan, guru perlu membantu dengan mengubah soalan kepada aras yang lebih rendah. Larang murid untuk menjawab soalan beramai-ramai, jangan memarahi murid jika jawapan yang diberikan salah.

Peringkat-peringkat aras Taksonomi Blom boleh dijadikan penanda aras dalam sesi rangsangan penyoalan di dalam kelas.6 peringkat dalam Taksonomi Blom:Perhatian: Peringkat-peringkat dalam Taksonomi Blom tidak semestinya diaplikasikan/diterjemahkan dalam bentuk soalan secara kesemuanya sekali gus tidak kira untuk mana-maan tahap.PengetahuanTujuan: mengingat semula perkara yang sudah dipelajari tanpa berlaku sebarang perubahan.Objektif am: mengetahuiObjektif khusus/spesifik: melabelkan, menyatakan, menuliskan, menamakanAras pengetahuan: Apa, siapa, bilakah, nyatakan, terangkanPerhatian: soalan berbentuk negative ( mengandungi perkataan kecuali ) tidak boleh melebihi 20% dalam pembinaan soalan.Kefahaman Kebolehan memberi penjelasan/ makna sesuatu perkara Aras tinggi sedikit daripada pengetahuan.Aras;1. Menterjemahkan isi kepada huraian.2. Memberi tafsiran. Makna sesuatu maklumat.3. Aras ektrapolasi( tafsiran yang dibuat lebih panjang daripada aras memberi tafsiran )4. Tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan.Tujuan:1. Memahami sesuatu2. Menjelaskan. Menjangka kemungkinanObjektif am: - memahami, menjelaskan, menterjemahkan, menelaahObjektif khusus/spesifik:- menjelaskan, menerangkan, membezakan, merumuskan, menulis, meringkaskan.Jenis: Jelaskan, bezakan, bandingkan, ringkaskan, nyatakan contoh: meringkaskan cerita, karangan/ perkataan berlawan atau perkataan seerti.Apabila kita faham, kita boleh jelaskanContoh soalan membezakan: kebaikan tinggal di kampong daripada di Bandar.

Aplikasi Penggunaan maklumatTujuan:

1. Untuk pengetahuan mujarat ( abstrak )2. Untuk menyelesaikan masalah/ situasi yang abstrak kepada konkrit ( maujud )Objektif am:- menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan.Objektif khusus/spesifik:- menggunakan, menyelesaikan, mengira, menghubungkan, mengendalikan.Jenis: Bagaimana./ Berikan.Aras aplikasi juga menekankan kaedah, prinsip, hukum dan teori.Contoh soalan: Bagaimanakah pemburu selamat daripada dimakan harimau?Perbincangan mengenai perkaitan di antara pengujian, pentaksiran dan penilaian dengan Taksonomi Bloom serta Domain Krahtwol Membantu bagaimana untuk mendapatkan tahap/kemajuan mengikut p&p yang dirancang Membina soalan berdasarkan panduan mengikut aras yang telah ditetapkan.

Analisis

Kebolehan menceritakan dan menyusun perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian.

Tujuan: menaakul sebab meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian.Contoh soalan= Berikan sebab atau faktor.

Objektif am menjelaskan, menilai kerelevenan data, mencerakinkan, menaakul..

Objektif spesifik mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan struktur dan organisasiContoh soalan = yang maankah tidak menggunakan kata kerja dengan betul

Kosa kata popular bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan, bahagikan, klasifikasikan sebab, mengapa, huraikan menaakul mencerakinkan

Sinteksis-mencantumkan, menghubungkan, mengintergrasikan fakta-fakta atau idea yang berkaitan.Tujuan-membentuk sesuatu yang baharuObjektif am-menulis karangan, mencadangkan sesuatu pandangan, menghasilkan karyaObjektif spesifik-menggabungkan, mengubah, mereka cipta, merancangkan, menulis, menciptaContoh = diberi perkataan inisiatif maka pelajar hendaklah membuat ayat berdasarkan perkataan tersebut.Kosa kata popular-gabungkan, mereka bentuk, kumpulan, susunkan, gubahkan, karangkanContoh-Senaraikan beberapa cara kamu untuk mengatasi masalah itu.-Huraikan satu perancangan yang boleh membuktikan

Penilaian -menguji kebolehan calon-membuktikan, menilai, mengesahkan, memberi pendapat sesuatu penyataan dllTujuan-membuat penilaian dan pertimbangan berdasarka kriteria tertentu.Objektif am-menimbang menilai, ketekalan dan kecukupan data.Objektif spesifik-menilai, membuat pertimbanganJenis-sejauh mana, nilaikan, apa pendapat kamu.Contoh = Berikan pendapatKota kata popular-nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikan, bandingkan, ulaskan, huraikan, buktikanContoh soalan-Pada pendapat kamu-Berbagai factor perlu dipertimbangkan dalam proses penilaian program. Bincangkan.

PERINGKAT PENEROKAANPeringkat ransangan telah berjaya meransang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. Pada peringkat ini, kanak-kanak berfikiran kreatif akan cuba mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara, gaya dan teknik. Peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran ke hadapan, peringkat ransangan telah meransang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. Untuk itu latihan dan pendedahan seperti eksperimentasi dan kajian atau latihan menyelesaikan masalah boleh membantu. Pada peringkat ini, kanak-kanak berfikiran kreatif amat gemar mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai gaya dan teknik.Dalam mencari jawapan dan menjawab persoalan daripada peringkat ransangan, Kaedah Inkuiri merupaakn satu teknik penerokaan dalam pengajaran yang sesuai bagi murid-murid di sekolah rendah. Teknik inkuiri telah diperkembangkan berdasarkan prinsip-prinsip dan prosedur-prosedur yang digunakan oleh ahli-ahli sains untuk mengumpul data bagi menyelesaikan sesuatu fenomena atau masalah.

Apakah InkuiriInkuiri merupakan suatu teknik pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai ciri-ciri yang berikut:a) Berasaskan proses penyelesaian masalah.b) Berpusat kepada murid iaitu murid mengambil bahagian aktif.c) Memberi latihan sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.d) Menggalak murid-murid sendiri mencari dan menerokai ilmu pengetahuan.e) Menggalak murid-murid mengalami proses pembelajaran secara mengalaminya.f) Menggalak murid-murid membuat penyelidikan.

Inkuiri merupakan aktiviti yang dapat meransang pembelajaran murid. Murid-murid akan bertanya, mencari dan mendapatkan maklumat, menjalankan kajian dan membuat penyelidikan sendiri. Teknik inkuiri mengandungi proses yang berikut: Mengenali masalah Mengkaji ramalan Mengumpul maklumat Menganalisis Membuat rumusanPengendalian aktiviti inkuiriAktiviti inkuiri merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Mereka terlibat dalam proses inkuiri secara aktif dan mereka sendiri mengambil inisiatif untuk mencari dan menyelesaikan masalah atau fenomena yang telah dirancang. Urutan dan langkah aktiviti dalam teknik inkuiri adalah seperti berikut:a) Pemerhatianb) Pengelasanc) Membuat ramaland) Uji kajie) Merekod, melabel dan melaporf) Pentafsiran dan pengamatan

Peranan GuruOleh sebab teknik inkuiri lebih merypakan pembelajaran berpusatkan murid, guru mempunyai berbagai-bagai peranan. Antara peranan guru adalah seperti berikut:a) Pembimbing yang memberi peransangb) Fasilitator / pemudah carac) Membantu murid mengenal pasti soalan-soalan yang dikemukakan untuk mendapatkan maklumat dan panduan.d) Menyediakan suasana dan keadaan yang selesa terhadap aktiviti mengumpul data atau maklumat.e) Mewujudkan hubungan mesra, membantu dan menyokong.f) Memberi pertolongan kepada murid tentang cara untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.g) Membantu mengumpul maklumat daripada sumber.h) Mengenal pasti tindak balas murid terhadap maklumat dan memberikan saranan terhadap beberapa pilihan huraian ramalan data.i) Tidak menetapkan keputusan ramalan data. Murid boleh memberikan ramalan yang berlainan yang berlainan daripada apa yang diharap oleh guru.j) Menentukan soalan-soalan yang berkaitan supaya mendorong pemikiran yang kritis untuk menyelesaikan masalah.Peranan MuridSemua peringkat dalam proses inkuiri melibatkan murid. Mereka akan mengalami dan mengkaji sesuatu masalah. Oleh itu, peranan murid adalah penting. Antara peranan murid dalam pembelajaran dengan menggunakan teknik inkuiri adalah seperti berikut:a) Murid hendaklah melibatkan diri secara langsung.b) Murid tidak boleh ketinggalan dalam proses mencari maklumat.c) Murid digalakkan menyoal dan mempersoalkan apa yang diperoleh.d) Murid dapat membuat penentuan dalam masa yang ditetapkan dengan bantuan guru supaya dapat mencapai matlamat.e) Murid mempunyai kebebasan untuk mengeluarkan pendapat.f) Murid digalakkan menggunakan peluang sebanyak mungkin untuk membuat pilihan.g) Murid digalakkan meluaskan bidang masalah atau kajian untuk mendapatkan maklumat atau data.h) Murid tidak terikat dengan soalan-soalan yang telah disediakan oleh guru.i) Murid boleh membuat soalan yang dapat meneroka pengetahuan dalam bentuk pertanyaan dan kajian.Pelaksanaan aktiviti inkuiriDalam pelaksanaan aktiviti inkuiri, guru tidak semestinya menggunakan bahan-bahan atau alat bantu mengajar dalam proses pengajaran yang khusus. Sumber-sumber yang biasa digunakan seperti buku teks, gambar, lawatan dan bacaan tambahan boleh digunakan dengan berkesan.Murid-murid digalak menggunakan pebagai jenis sumber. Guru perlu memberitahu murid, sumber-sumber yang boleh digunakan untuk mengumpul data atau maklumat. Yang lebih penting lagi, ialah guru memberitahu punca dari mana sumber itu daapt diperoleh dan bagaimana menggunakan sumber itu.

PERINGKAT PERANCANGANPeringkat Perancangan- menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:Perancangan secara verbal melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya.Perancangan secara visual melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.Dalam strategi pembelajaran melalui pengalaman, perkara penting pada peringkat awal ialah perancangan yang teliti. Ini perlu dilakukan untuk menentukan pengalaman yang diberi itu sesuai dan menarik.Pengalaman yang diberi boleh terdiri daripada tiga jenis pengalaman iaitu:a) Pengalaman Sedia AdaGuru haruslah mengenalpasti pengalaman sedia ada murid-murid dan meminta mereka mengingatinya semula.b) Pengalaman BaruPengalaman baru ini boleh diberikan kepada murid-murid mengikut jangka masa yang sesuai, contohnya dalam masa sehari, seminggu aatu sebulan lebih awal. Apa yang perlu ditegaskan di sini ialah pengalaman tersebut perlu dirancang bersesuaian dengan objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditentukan.c) Pengalaman Sedia Ada Sebagai Teras Pengalaman BaruPengalaman yang telah sedia ada pada diri murid akan menjadi asas untuk digunakan dalam situasi dan perspektif yang baru. Di sini, murid-murid akan dapat memanfaatkan pengalaamn dan pengetahuan sedia ada mereka untuk memahami pengalaman baru.Untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dan mencapai objektif, guru boleh menggunakan pelbagai model pengajaran mengikut kesesuaian isi kandungan yang hendak diajar.

Terdapat lapan komponen utama yang perlu diambil kira dalam merancang pengajaran sesuatu topik iaitu:Analisis keperluan dan kesediaan muridGuru boleh membuat analisis kesediaan murid dari segi pengetahuan sedia ada atau miskonsepsi murid dengan memberi ujian ringkas atau pra ujian mengenai topik, contohnya menyoal secara lisan, melihat rekod dan buku latihan, kerja rumah serta maklumat daripada guru.Analisis isi kandungan topik yang hendak diajarGuru membuat analisis tentang pengetahuan isi kandungan topic iaitu konsep, fakta, klasifikasi, prosedur, prinsip dan teori.Contohnya, analisis kemahiran seperti melukis peta, rajah, graf menulis laporan, membuat ujikaji dan projek.

Hasil pembelajaranUntuk menentukan hasil pembelajaran, guru mestilah mengenal pasti objektif spesifikasi berdasarkan Taksonomi Bloom yang mempunyai 6 aras, pemikiran induktif dan deduktif, objektif afektif ( sikap ) dan objektif kemahiran: domain psikomotor.Susun unit-unit pengajaranSupaya sesuatu pengajaran itu berkesan, guru haruslah menyusun unit pengajaran agar terdapat kesinambungan dan turutan antara satu topik dengan topik yang lain.Guru boleh membuna jadual penentu kandungan untuk sesuatu unit pengajaran dan topik yang hendak diajar.

Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuaiDalam konteks ini, guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, teknik dan strategi yang sesuai dengan isi kandungan berdasarkan tahap, kemampuan dan minat murid seperti yang telah diterangkan sebelum ini.Pemilihan alat bantu mengajar yang sesuaiGuru boleh menggunakan apa-apa sahaja alat bantu mengajar yang sesuai dengan topik yang diajar, pelajar dan konteks pembelajaran. Guru juga boleh menggunakan alat bantu multimedia dan bukan multimedia dan bahan-bahan yang terdapat di sekitar sekolah dan tempat tinggal murid.Latihan yang sesuai dan mencukupiGuru boleh menguji kefahaman murid dengan memberi latihan atau ujian sebagai satu cara penilaian untuk memastikan pengajaran guru berkesan, difahami dan mencapai objektif penilaian atau tidak. Latihan juga boleh diberi kepada murid sebagi satu cara pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Latihan atau ujian boleh diberi pada setiap sesi pengajaran atau di akhir sesuatu unit pengajaran( ujian formatif ) dan pada akhir semester ( ujian sumatif ). Ia juga boleh dijalankan secara individu mahupun kumpulan.

Kaedah penaksiran yang sesuaiPenaksiran dilakukan untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai. Ia juga boleh digunakan sebagai refleksi kepada guru itu sendiri untuk menguji keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Penaksiran boleh dijalankan secara formatif atau sumatif.

PERINGKAT AKTIVITIMelakukan tindakan berdasarkan persoalan bagaimana harus kita mengambil tindakan ke aats cadangan tersebut.Ini adalah merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan kepada objektifnya ( Edward M.Anthony 1963 ). Ianya merupakan satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur-unsur aksiomatik ( kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan ).Model pembelajaran diperlukan sebagai rujukan untuk menentukan pendekatan yang dijalankan sesuai digunakan dan mendatangkan keberkesanan. Pendekatan ini berteraskan kepada prinsip atau teori pembelajaran: konkrit ke abstrak mudah ke kompleks keseluruhan ke sebahagian umum ke spesifik ( deduktif )Pendekatan mengajarSemasa pengajaran dan pembelajaran seseorang guru boleh menggunakan kaedah-kaedah yang telah dipelajari. Kaedah yang dipilih haruslah bersesuaian dengan tahap kognitif dan psikomotor pelajar. Bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran, dicadangkan guru mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik dan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan murid. Pendekatan pengajaran berpusatkan guru, pelajar dan berpusatkan bahan seperti penggunaan ICT.

KaedahKaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.Merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektif pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih ( Edward M. Anthony 1963 )

Jenis kaedahKedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani adalahKaedah TradisionalIa meliputi Tugasan membaca teks Kuliah Mengucap dengan kuat Tumpuan kepada perbendaharaan Laporan secara lisan oleh murid Mengkaji semula ( review ) Ujian, kuiz dan peperiksaanKaedah-kaedah Inkuiri ( Penemuan )Kaedah Inkuiri ( Penemuan ) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu:P1 - Kenal pasti masalahP2 Rancang penyelesaianP3 Kumpul maklumatP4 Buat tafsiranP5 Buat kesimpulanKaedah kumpulan Perbincangan kumpulan Kuliah perbincangan Kerja jawatankuasa Main peranan Sesi Buzz Sumbangsaran Wawancara Konferen

Kaedah penyelesaian masalahIa meliputi Projek Tinjauan Penyelidikan atau penjelajahan Tunjukcara atau demonstrasi Kelab Kesihatan LawatanGaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan yang panjang, memahami masalah dan memikir dengan logic dan sistematik. Dalam kelas Pendidikan Jasmani, pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah berikut:Menganalisis dan memahami masalah.Menyenaraikan syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah.Guna pelbagai strategi untuk mendapatkan maklumat.Membentuk jawapan yang mungkin.Pilih dan uji penyelesaian alternative.Pilih penyelesaian yang sesuai.Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.

Kelebihan1.Menggalakkan interaksi antara pelajar2.Memupuk tahap pemikiran kognitif yang tinggi.3.Menggalakkan ingatan tentang apa yang diuji.

Kelemahan1.Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusatkan guru.2.Kadangkala sukar untuk melibatkan setiap pelajar dengan berkesan.3.Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.

Kaedah KolaboratifKolaboratif bermakna satu situasi di mana terdapat unsur bermuafakat serta tolak ansur di antara beberapa individu atau pihak untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan. Maka pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah di mana sekumpulan bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti pembelajaran dengan bimbingan rakan sebaya demi untuk menuju ke arah satu matlamat. Ahli kumpulan berbincang, merancang dan membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan oleh guru. Pembelajaran kolaboratif memerlukan semangat setiakawan, saling percaya, mempercayai dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Prinsip pembelajaran ini ialah kesebayaan, eksperimen, berinteraksi dan kepimpinan.Kaedah KoperatifUnsur-unsur pembelajaran koperatif ialah-murid terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan-ahli berinteraksi di antara satu sama lain untuk mewujudkan pesefahaman dan kemajuan-murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Ahli kumpulan bergantung secara positif.-murid belajar secara aktif dan bukan bergantung kepada guru. Ahli kumpulan bertanggungjawab untuk pencapaian pembelajaran kumpulan.-murid tidak terlalu bergantung kepada guru untuk menyelesaikan masalah. Ahli berusaha untuk menyumbangkan idea dan pendapat untuk menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan.-ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut giliran, memberi galakan, mendengar, memberi pertolongan, memberi penjelasan untuk membolehkan kumpulan berfungsi dengan efektif.-ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian matlamat.

TeknikKemahiran ini merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main peranan, simulasi, sumbang saran dan lain-lain. Untuk menentukan keberkesanan pengajaran di tahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut: Umur Kebolehan Kecerdasan MinatTeknik simulasiSimulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat. Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit. Salah satu kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer.Teknik main perananSatu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan spontan mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang dipilih. Melalui aktiviti ini murid boleh mendapat gambaran dan pengalaman yang baru. Lakonan ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip. Ia boleh dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur.Teknik latih tubiMerupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau konsep baru dengan lancer. Aktiviti ini boleh dilakukan secara lisan, amali dan bertulis. Latihan seperti ini boleh memperkukuhkan fakta, konsep dan kemahiran Pendidikan Jasmani yang dipelajari.Teknik demontrasiTeknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran. Murid lain memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dengan cara ini diharapkan murid dapat melakukan aktivitidengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan.Guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak ditunjukkan serta segala alat kelengkapan yang diperlukan. Demonstrasi boleh dilakukan dengan menggunakan model hidup, model simbolik dan model persepsi. Contoh, guru boleh mendemonstrasikan cara menendang bola mengikut teknik yang betul di padang.

Teknik sumbangsaranSumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternative penyelesaian masalah. Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topic yang dibincangkan. Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan, prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan perjalanan aktiviti berjalan lancar setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik

Contoh teknik mengajar kemahiran asasTeknik adalah merupakan cara bagaimana melakukan sesuatu kemahiran dengan betul. Lazimnya apabila teknik lakuannya betul maka hasilnya pastilah betul. Contohnya dalam permainan hoki, kemahiran yang dipilih adalah memukul. Bagaimanakah lakuan memukul dilakukan? Ia melibatkan butiran mengajar bagaimana perlakuan memukul itu dilaksanakan berasaskan kepada cara-cara memegang kayu; iaitu pegangan rapat, kedudukan kaki, kedudukan bola, hayunan, ikut lajak, sentuh bola dan sebagainya.StrategiIalah merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang. Konsepnya adalah berteraskan kepada; Kebijaksanaan memilih pendekatan Kecekapan merancang kaedah dan teknik Berdasarkan objektifnya

Prinsip dan Strategi Pengajaran dan PembelajaranPengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam menangani sesuatu penyampaian maklumat kepada pelajar dapat dicapai melalui pelbagai cara. Kepelbagaian cara dapat mengatasi masalah yang dijangkakan atau terutamanya dalam pengajaran Pendidikan Jasmani yang dijalankan bukan sahaja di bilik darjah tetapi di luar bilik dengan pelbagai situasi ransangan.Oleh itu strategi pengajaran yang menekankan prinsip-prinsip pengajaran berikut perlu diguna pakai sebagai panduan;Adakan tujuan khas yang biasanya ditulis dalam bentuk objektif pengajaran yang berteraskan kepada domain psikomotor, domain kognitif dan domain afektif.Domain psikomotor merujuk kepada perkembangan kemahiran manipulative atau motor.Domain kognitif merujuk kepada pengiktirafan pengetahuan dalam perkembangan kebolehan dan kemahiran intelek.Domain afektif merujuk kepada pernyataan nilai, sikap dan penghargaan individu.Objektif psikomotor ditulis dalam bentuk eksplisit dan sebaiknya ditulis dalam bentuk SMART iaitu menekan perkara berikut: Kemahiran yang khusus Boleh diukur Boleh dicapai Munasabah Masa mencukupiDedahkan hanya satu kemahiran baru sahaja dalam sesuatu kemahiran yang diajar bagi satu sesi pengajaran.Masa yang mencukupi untuk sesuatu gerak kerja yang dijalankan.Masa dihadkan bagi setiap gerak kerja perlu untuk mengawal perjalanan kelas.Beri peluang kepada murid untuk berlatih atau melakukan latih tubi atau mengambil bahagian sepenuhnya dalam satu sesi pengajaran.Latih tubi secara ansur maju dengan mempelbagaikan gerak kerja dan bentuk latihannya perlu ada kesinambungan atau berhubung kait.Adakan pertandingan bersyarat atau permainan kecil yang boleh menimbulkan motivasi murid atau perangsang.Langkah mengajar perlu mengandungi aspek 5P:P1 Penerangan ( semasa, maklum balas )P2 Praktik ( pengelolaan )P3 Pelakuan ( tunjuk cara, tepat dan berulang )P4 Permainan atau pertandinganP5 Penyeliaan atau pembetulanPengajaran latihan perlu dirancang terlebih dahulu.Guru perlu berada di tempat yang strategik semasa memberikan arahan agar mudah dilihat oleh murid-murid.Elakkan bercakap atau memberi arahan selagi pelajar tidak menumpukan atau memberi perhatian.Penilaian atau refleksi perlu dijalankan untuk mengesan keberkesanan pengajaran pembelajaran.

KAJIAN SEMULAPeringkat ini menilai keberkesanan yang telah diambil dan aktiviti yang telah dijalankan bagi proses penambahbaikan selain melihat tahap pencapaian objektif kerja. Pada peringkat ini, pemikiran kreatif akan memberikan cadangan bernas bagi mengelakkan perkara tidak diingini terjadi semula, contohnya kegagalan dalam ujian. Murid-murid juga digesa memberi pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.Apakah peranan refleksi dalam belajar mengajar? Pertamanya dengan melakukan refleksi ianya membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula pengajarannya. Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan menentukan alternatif-alternatif dalam membuat keputusan. Antara peranan utama refleksi dalam amalan guru ialah dapat menentukan justifikasi untuk mengubah tingkahlaku atau amalannya.Anatara kepentingan refleksi ialah guru permulaan boleh dibantu melaksanakan refleksi dan mempelajari nilai refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran. Malahan, sama ada di dalam ataupun di luar Negara, kita melihat seperti telah berkembang suatu budaya di mana bakal guru digalakkan untuk memperaktikkan amalan refleksi sebagai satu cara membuat penilaian kendiri.Calderhead ( 1989 ) yang mengkaji hasil kerja Handal dan Lauvas merumuskan bahawa amalan refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran membolehkan seseorang menilai keberkesanan dirinya sebagai seorang guru dan menyoal tujuannnya. Saranan ini selaras dengan pandangan yang menganggap bahawa amalan refleksi memberi peluang kepada kita untuk menyiasat secara kritis kepercayaan, anggapan-anggapan yang tersirat, amalan pengajaran dan akibat amalan pengajaran tersebut ( Dewey, 1933; Schon, 1987 ). Bagi John Dewey ( 1933 ), seseorang yang mengamalkan pemikiran reflektif akan terhindar daripada bersifat impulsive. Seseorang yang reflektih adalah lebih berhati-hati dan ini membolehkan guru membuat keputusan dalam proses pendidikan.Seterusnya, pandangan tentang terdapatnya kata sepakat bahawa amalan reflektif membawa ke arah pertumbuhan professional ( Van Manen, 1977), menyokong pandangan Wildman, et al, ( 1990 ). Kepentingan amalan reflektif ini juga ditegaskan oleh Steffy B.E, et al, ( 2000 ) yang menyatakan bahawa adalah sukar untuk mencapai pertumbuhan professional tanpa amalan reflektif dalam karier seorang guru.Seterusnya amalan reflektif juga membolehkan guru menjadi self-directed, iaitu mempunyai tanggungjawab terhadap perkembangan kendiri. Pandangan lain menjelaskan bahawa amalan reflektif menghasilkan kemajuan kepada bakal guru melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif, perkembangan dari guru pelatih kepada guru pelatih dan membolehkan mereka menganggap pengajaran dari perspektif yang lebih interpretif dan kritikal.Ringkasnya, dalam belajar mengajar, refleksi membolehkan seseorang guru: membuat penilaian kendiri berfikir secara analitik, kritis dan kreatif menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerja melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusan mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai & estetika mengubah tingkahlaku

Pemikiran kreatifPemikiran kreatif merupakan kecekapan menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea, menciota sesuatu yang baharu, asli, luar biasa, pelbagai dan bernilai. Sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. Pemikiran kreatif juga merupakan kecekapan menggunakan minda untuk menerokai dan mencari makna, pemahaman dan penyelesaian masalah secara inovatif.Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:i. Mencipta analogiii. Menjana dan menghasilkan idea baharuiii. Mencipta metafora

Mengikut Torrance ( 1966, 1990 ) kemahiran berfikir kreatif bermaksud keupayaan berfikir dengan menggunakan pelbagai operasi mental iaitu kelancaran, kelenturan, keaslian dan penghuraian idea untuk menghasilkan sesuatu yang asli, baru dan bernilai. Ini bermaksud semasa menjana idea baru, otak berfikir untuk penghasilan idea yang banyak ( kelancaran ), idea yang pelbagai atau berbeza-beza ( kelenturan ), idea yang unik ( asli ), mempunyai penghuraian yang terperinci dan berguna ( bernilai ).Menurut Willen ( 1994 ), tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkukuhkan daya fikir seseorang ke tahap maksimum supaya daya fikir seseorang itu bersifat inovatif, kreatif dan imaginatif. Dengan mencerakinkan keseluruhan yang berkaitan kemahiran berfikir dalam pengajaran, memudahkan hasrat untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis.

Kepentingan pemikiran kreatif untuk meransang minda kanak-kanakPemikiran kreatif guru akan menjana aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran. Pemikiran kreatif ini banyak memberi implikasi kepada perkembangan kanak-kanak dan membangunkan individu terutama semasa di bangku sekolah dan melahirkan murid yang kreatif.Kreativiti dapat difahami sebagai sesuatu yang dibuat dan dihasilkan oleh individu-individu kreatif dengan menggunakan daya imaginasi dan pemikiran mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru, kreatif dan berguna bagi manusia ( Jauhara Hj.Tak. 1995 ). Hal ini merujuk kepada kebolehan serta kemahiran yang dapat dimanipulasi untuk menghasilkan sesuatu yang asli, bermutu dan berkualiti tinggi. Oleh itu, penghasilan satu bentuk pengajaran melalui daya kreativiti disifatkan sebagai satu wadah pembelajaran yang memberi kesan ke atas satu-satu isi pelajaran. Justeru, adanya daya kreativiti bagi seseorang guru yang dapat disesuaikan dengan proses pengajarannya akan menghidupkan lagi suasana dan meransang penyertaan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.Kemantapan proses pengajaran menerusi adunan kaedah, teknik dan pendekaatn kreatif oleh seseorang guru menjanjikan suatu proses pembelajaran yang menarik minat pelajar dalam mengikuti isi pelaajran yang disampaikan oleh guru tersebut. Pelajaran menarik akan membawa kaank-kanak ke luar kotak pemikiran dalam kelas. Segala ilmu yang dipelajari di sekolah mungkin sentiasa bergerak bersama mereka di luar kelas dan meransang mereka untuk sentiasa berfikir bagi apa yang sentiasa mereka lihat di luar. Ini mungkin berlaku dalam pelajaran Sains, Kemahiran Hidup dan Pendidikan Seni.Kreativiti guru yang mewarnai proses pengajarannya akan menjadikan suasana pembelajaran yang kondusif selain membuka ruang untuk pelajar dalam memaahmi sepenuhnya isi pelajaran yang disampaikan dan sentiasa mengingati terhadap apa yang telah mereka pelajari itu. Malahan kreativiti guru tersebut juga secara langsung menanam nilai murni kepada pelajar supaya melahirkan sesuatu yang berinovasi dalam pemikiran mereka.Di samping itu, penghasilan proses pengajaran berkesan juga meliputi hubungan dua hala antara guru dan murid. Bagi menjamin kelangsungan setiap isi pelajaran yang disampaikan, hubungan ini akan merangsang tindak balas ( respon ) daripada kedua-dua pihak. Perhubungan guru dan pelajar terutamanya dalam bilik darjah berperanan sebagai medium yang menghubungkan isi pelajaran supaya ia dapat diterima sepenuhnya oleh para pelajar. Sehubungan itu, kemahiran berkomunikasi guru yang melibatkan gabungan kreativiti dapat mewujudkan suatu suasana yang dapat mempengaruhi minda dan respons pelajarnya.Kreativiti dalam proses pengajaran juga melibatkan teknik atau kaedah yang digunakan oleh seorang guru terhadap penyampaian kandungan pelajarannya. Kemahiran yang ada dalam menguruskan hal-hal ini akan menjana kemajuan dan prestasi pelajar ke arah membentuk kefahaman mereka. Abd Ghafar Md. Din ( 2003 ) menyatakan hal ini bergantung kepada beberapa factor yang melibatkan masa pengajaran, jumlah pelajar, bahan pengajaran dan lain-lain lagi. Menurut beliau lagi, dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran atau teknik, pelajar tidak akan bosan. Oleh demikian, teknik atau kaedah pengajaran yang bersesuaian akan menjadikan pengajaran guru lebih menarik dan berkesan. Oleh itu, ia melibatkan kemahiran dan idea-idea kreatif seorang guru bagi menguruskan hal-hal ini.Dalam proses pengajaran, ia melibatkan gabung jalin isi pelajaran dan aktiviti pelajar. Bagi mencapai matlamat pengajaran sekaligus menjamin keberkesanannya, ia haruslah memberi fokus kepada kecenderungan pelajar. Ini melibatkan kebebasan memilih pendekatan serta teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut kemampuan pelajar agar dapat memberi sepenuh perhatian. Dengan demikian, daya kreativiti guru menjadi asas dalammencorakkan proses pengajaran supaya dapat mewujudkan keceriaan pelajar menerusi aktiviti-aktiviti pengajaran seperti melakukan eksperimen, demonstrasi, lakonan dan sebagainya yang memperlihatkan perkara-perkara praktikal.Selain itu, kreativiti guru dapat diwujudkan dalam menyampaikan isi pelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaitkannya dengan isu-isu semasa yang menjadi sumber maklumat tambahan kepada para pelajar. Penerangan isi pelajaran dengan perkaitan sumber maklumat semasa akan mencambahkan minda dan pengetahuan sedia ada pelajar. Seterusnya hal ini akan membentuk kefahaman maksimum dan penerapan ilmu serta mendedahkan mereka kepada reality dunia semasa. Secara tidak langsung, perkaitan seperti ini akan menjadikan para [elajar terus menerokai secara mendalam lagi berkenaan isi pelajaran yang disampaikan.Tuntasnya, kemahiran dan kebolehan para guru dalam mengendali setiap proses pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada keupayaan kreativiti mereka dalam mempelbagaikan corak penyampaian isi pelajaran. Justeru, proses pengajaran sedemikian akan menjadikan pelajar dapat mengikuti setiap isi pelajaran yang disampaikan serta dapat menguasai pemikiran mereka supaya dapat memberi sepenuh perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Kepentingan Penjanaan Soalan untuk merangsang minda kanak-kanakMelalui aktiviti soal jawab, kanak-kanak akan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Kemahiean guru menyoal juga boleh menggalakkan kanak-kanak yang pasif menjadi lebih aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, minat kanak-kanak terhadap pelajaran akan bertambah dan mendorong mereka memberi perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. Kesannya ialah kanak-kanak dapat belajar sesuatu dengan lebih menyeluruh dan berkesan.Dengan pelbagai tahap dan soalan yang diberikan kepada kanak-kanak akan menjadikan daya pemikiran kanak-kanak ini dapat dikembangkan kepada tahap yang lebih tinggi atau di luar kotak pemikiran lingkungan pelajaran yang mereka pelajari.Dengan soalan menguji pengetahuan lepas pelajar, guru boleh merancang aktiviti pengajaran yang sesuai berdasarkan jawapan pelajar. Kesannya ialah pelajar dapat mengikuti pelajaran dengan lebih bermakna dan mudah difahami.Soalan digunakan sebagai aktiviti penilaian akan membolehkan guru mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar. Kesannya ialah membolehkan guru merancang aktiviti pengayaan, pemulihan atau aktiviti pengajaran yang selanjutkan dengan lebih berkesan.Melalui aktiviti soal jawab, perhubungan guru dan pelajar dapat dijalin dengan baik. Pelajar akan menyukai pengajaran guru dan tidak merasa segan dan malu untuk bertanya kepada guru apabila mereka menghadapi masalah dalam pembelajaran. Selain itu, soalan boleh digunakan untuk menolong pelajar mengulangkaji pelajaran akan menambah prestasi mereka dalam peperiksaan.Dengan teknik penyoalan yang betul dapat membantu pelajar mengukuhkan konsep-konsep yang baru dipelajari.

KesimpulanKeberkesanan proses pengajaran, dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek yang sangat penting dalam sistem pendidikan. Justeru, bagi meningkatkan dan memperhebat usaha-usaha kea rah amalan pengajaran berkesan memerlukan kepada daya kreativiti guru yang dapat menggunakan segala kebolehan dan kemahiran dalam menyampaikan isi pelajaran. Ini dapat dilakukan berdasarkan ketajaman idea-idea baru bagi menjana penguasaan maksimum para pelajar terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan. Sungguhpun kemudahan teknologi pengkomputeran menjadi arus perdana masa kini menjadi dasar kemajuan pembangunan baru, namun keberkesanannya dalam proses pengajaran hanya dilihat sebagai suatu sumber kemudahan yang tidak bersifat sepenuhnya. Oleh itu, adalah menjadi keutamaan bagi para guru menggunakan daya kreativiti mereka bagi mewujudkan kedinamikan proses pengajaran dan pembelajaran tanpa bergantung sepenuhnya dengan kemudahan teknologi pengkomputeran.

RUJUKANAtan Long ( 1982 ), Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar BaktiAbd. Ghafar Md. Din ( 2003 ), Prinsip Dan Amalan Pengajaran, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Isahak Haron & Koh Boh Boon ( 1992 ), Asas-Asas Dalam Amalan Pedagogi, Kuala Lumpur: Heinemann educational books ( Asia ) LtdJauhara Hj. Tak ( 1995 0, Penyelesaian Masalah Dan pemikiran Kreatif Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan PustakaV.Pang, Y.K. Yap & Y. M. Tam( 1992 ), Buku Sumber Komputer Dalam Pendidikan, Selangor:Longman Malaysia Sdn. Bhd.G.S Rao, A.K. Roa, Zoraini Wati Abas & Wan Fauzy Wan Ismail ( 1991 ), Pembelajaran Berbantukan Komputer, Selangor: Penerbik Fajar Bakti Sdn.BhdYusri Mat Johor ( 2004 ), Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Sejarah Tingkatan Tiga, Kertas Projek Ijazah Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.Zawawi Hj.Ahman ( 1992 ), Strategi Pengajaran Pendidikan Islam KBSM, edisi kedua, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.Robiah Sidin & Hassan Langgulung ( 1980 ), Ke Arah Pembentukan Guru-Guru Yang Kreatif, Kertas Kerja Tambahan Konvensyen Pendidikan Kelima, Jab.Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor.

1