57
1.0 KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK- KANAK 1.1 konsep Setiap manusia pasti akan mengalami perubahan diri dan cara hidup dengan melalui proses pertumbuhan dan perkembangan mereka.Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas kelihatan berubah mengikut peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma. Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’. Ia juga cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Atan Long (1980), turut menyatakan perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Tetapi, sifat perubahan ini tidak dapat diukur, malahan jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma. Menurut Paul Eggan dan Don Kauchak pula, mereka berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Selain itu, Slavin (1997) berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Menurut Karl E. Garisson pula, EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 1

kajian perkembangan kanak-kanak

  • Upload
    hagemaru

  • View
    19.533

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nota perkembangan kanak-kanak dan kajian terhadap beberapa orang kanak-kanak berkaitan perkembangan fizikal,kognitif dan emosi.....

Citation preview

Page 1: kajian perkembangan kanak-kanak

1.0 KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK- KANAK 1.1 konsep

Setiap manusia pasti akan mengalami perubahan diri dan cara hidup dengan

melalui proses pertumbuhan dan perkembangan mereka.Perkembangan pada manusia

ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas

kelihatan berubah mengikut peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat

permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma.

Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara

‘kualitatif’. Ia juga cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral

dan sosial. Atan Long (1980), turut menyatakan perkembangan pada manusia ialah

perubahan yang bersifat kualitatif. Tetapi, sifat perubahan ini tidak dapat diukur, malahan

jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Tegasnya,

perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu

organisma. Menurut Paul Eggan dan Don Kauchak pula, mereka berpendapat

perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil

daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan.

Selain itu, Slavin (1997) berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan

mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada

persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Menurut Karl E. Garisson pula,

perkembangan jasmani dan pembelajaran merupakan satu tindakan yang saling

berkaitan. Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri

tingkah laku adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan bersifat sejagat.

D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang

berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam

keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 1

Page 2: kajian perkembangan kanak-kanak

1.2 Prinsip-Prinsip Perkembangan Kanak- Kanak

Di dalam prinsip perkembangan kanak- kanak, terdapat beberapa prinsip yang

boleh kita ketahui. Menurut buku perkembangan kanak- kanak oleh penulis Haliza

Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi dan penulis Mok Soon Sang, proses

perkembangan kanak- kanak berlaku mengikut arah tertentu mengikut aturan dan dapat

diramalkan seperti dari arah kepala ke kaki (cephalocaudal), mengikut struktur dan fungsi

(kepala dahulu sebelum badan dan kaki). Arah tengah ke tepi (proximodistal), dari tengah

menghala ke tepi badan (tangan gerak dahulu baru gerak tangan dan jari). Untuk melihat

perkembangan kognitif dan bahasa mereka, ia bermula daripada perkembangan konkrit

kepada abstrak.

Prinsip kedua ialah proses perkembangan mengikut susunan dan serupa bagi

semua ahli. Sebagai contoh, ada yang dahulu dan ada yang kemudian, tapi urutan tidak

berubah. Pada kebiasaannya bayi akan berdiri dahulu sebelum berjalan. Proses

perkembangan bayi sama dalam semua peringkat melainkan bayi yang lahir awal,

mungkin akan lambat dalam beberapa aspek.

Dalam prinsip ketiga, proses perkembangan kanak- kanak berlaku daripada keadaan

menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanya umum kemudian khusus. Otot- otot

besar akan berkembang dahulu berbanding otot yang kecil. Seterusnya, prinsip keempat

menyatakan bahawa perkembangan kanak- kanak berlaku secara berterusan iaitu

perkembangan berlaku berterusan daripada lahir kepada mati. Kemahiran yang dimiliki

kanak- kanak akan bertambah dan sentiasa menerima kemahiran yang baru mengikut

peringkat. Selain itu, perkembangan kanak- kanak berlaku mengikut kepantasan yang

berbeza walaupun corak dan aturan perkembangan mereka sama. Tidak semua kanak-

kanak mencapai tahap perkembangan yang sama. Perkembangan yang lambat akan

mengganggu perkembangan yang lain sebagai contoh sesetengah kanak- kanak boleh

berjalan pada umur 10 bulan tetapi ada juga kanak- kanak yang boleh berjalan pada umur

18 bulan. Ini akan menjejaskan perkembangan emosi dan sosial kanak- kanak tersebut.

Prinsip perkembangan seterunya berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir,

bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Perubahan dari segi bentuk tubuh

dan tingkah laku saling berkait dengan proses perkembangan. Ini bermakna, perubahan

ini melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 2

Page 3: kajian perkembangan kanak-kanak

Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah proses penyuburan. Oleh itu, proses

penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan.

2.0 Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak- kanak iaitu baka

dan persekitaran. Baka atau keturunan diperoleh daripada ciri- ciri perwarisan yang

dibawa daripada ibu bapa kepada anak- anak mereka. Oleh kerana itu, menurut hasil

kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo

(1962) setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza. Kajian

ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan

ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang pintar akan melahirkan anak yang juga pintar.

Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain amat dipengaruhi oleh

baka yang diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak mereka. Baka ini

boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga boleh mempengaruhi

kemampuan mental dan fizikal kita sama ada pandai atau tidak pandai.

Faktor baka atau keturunan dibawa oleh individu sejak dalam kandungan hingga

kelahiran lagi. Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA. Sifat baka

ibu bapa dibawa oleh gen- gen masing- masing di dalam bahan DNA dan RNA tersebut.

Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Dalam proses

persenyawaan, percantuman sel sperma dan sel ovum akan membentuk zigot yang mula

mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing- masing. Setelah proses pertukaran

kromosom berlaku, ciri- ciri baka tersendiri akan terbentuk dan akan diwarisi oleh bayi

yang akan dilahirkan. Setiap pasangan kromosom mempunyai gen- gen yang

mengandungi cetakan trait dan ciri- ciri kebakaan daripada ibubapa. Rajah 1 merupakan

proses persenyawaan yang akan menjadikan baka sebagai faktor yang mempengaruhi

perkembangan kanak- kanak.

Seperti yang telah difahami, baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada

anak-anak. Walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, kadar perkembangan

setiap individu tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Ini dibuktikan

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 3

Page 4: kajian perkembangan kanak-kanak

melalui kajian ahli-ahli psikologi seperti Arnold Gesell bahawa tidak ada dua orang individu

mempunyai kadar perkembangan yang sama. Bukan itu sahaja, kini faktor baka juga

dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri

keturunan. Gen ialah penentu utama dalam perwarisan. Ia terletak di lokus tertentu di

kromosom (sejenis benda seni berbentuk panjang) dalam nukleus sel sperma dan sel

ovum. Kajian menunjukkan DNA dan RNA yang terdapat dalam kromosom membawa

gen- gen yang mengandungi sifat- sifat baka.

Ciri- ciri perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi dapat dipengaruhi

oleh faktor genetik. Kajian membuktikan bahawa ciri- ciri fizikal luaran seperti warna

rambut dan organ deria adalah diwarisi oleh gen- gen ibu bapa. Berdasarkan kajian, baka

ibu bapa juga mewarisi emosi dalam diri anak- anak mereka. Misalnya, ibu bapa yang

mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang

agresif dan autokratik. Latar belakang keluarga yang porak peranda akibat perceraian,

kematian, perpisahan akan memberi kesan buruk kepada emosi kanak- kanak seterusnya

kepada perkembangan personaliti mereka.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 4

Page 5: kajian perkembangan kanak-kanak

Rajah 1 : Proses persenyawaan, percantuman dan pertukaran kromosom

Melalui hasil carian internet di laman web

http://peoplelearn.homestead.com/psycholearnPiaget.html, saya mendapati sistem

kelenjar yang menghasilkan hormon dinamakan sistem endoktrin. Contohnya, kelenjar

tiroid, tituitri dan adrenal. Hasil penelitian di lapangan indoktrinologi (kelenjar buntu) dalam

buku perkembangan kanak- kanak oleh Mok Soon Sang pula menunjukkan adanya

peranan penting dari sementara kelenjar-kelenjar buntu ini dalam pertumbuhan jasmani

dan rohani dan jelas pengaruhnya terhadap perkembangan anak di peringkat prenatal dan

posnatal. Terdapat lapan kelenjar utama yang dinyatakan iaitu pituari, pinel, tiroid, taimus,

adrenal, pankreas, ovari dan testis.

Untuk pengetahuan, sistem kelenjar akan menghasilkan hormon yang begitu

penting dalam menguruskan kelancaran fungsi pembiakan, perkembangan, tumbesaran

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 5

Page 6: kajian perkembangan kanak-kanak

dan tingkah laku manusia untuk berinteraksi dengan persekitaran. Perubahan di setiap

perkembangan banyak mempengaruhi perubahan hormon manusia. Terutama sekali pada

kanak- kanak yang masih dalam proses perkembangan tumbesaran yang sihat.

Perkembangan tumbesaran kanak- kanak akan terbantut jika keadaan hormon tidak stabil.

Penghasilan hormon akan melicinkan proses perkembangan badan dan sistem di dalam

badan. Ia akan disalurkan melalui peredaran darah dan terus ke organ yang lain.

Faktor kedua yang mempengaruhi perkembangan kanak- kanak iaitu faktor

persekitaran. Ia merujuk kepada pengalaman luar individu tersebut seperti pengalaman

sebelum dan selepas lahir. Dalam peringkat prenatal (sebelum lahir), ia bermula dari zigot,

hasil persenyawaan sperma dan ovum selama kira- kira 9 bulan. Kadangkala, lebih

daripada satu telur akan dihasilkan oleh seorang wanita dalam persenyawaan dan akan

menhasilkan anak kembar. Pengalaman sebelum lahir juga merangkumi gaya hidup ibu;

adakah ibunya merokok semasa hamil, usia, keadaan emosi ibu. Suasana kesihatan dan

kejiwaan ibu sangat mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan anak dalam

rahimnya.

Ibu sebaiknya sentiasa mewujudkan komunikasi dengan anak sejak di dalam

kandungan lagi. Apabila memasuki bulan keenam dan ketujuh waktu kehamilan, bayi

sudah boleh mendengar suara-suara seperti degup jantung ibu, suara usus dan paru-

paru, begitu juga dengan suara lain di luar rahim. Anak di dalam kandungan akan lebih

mengenali suara ibunya apabila ibunya sentiasa menepuk-nepuk perutnya sambil

membisikkan kata manis. Hal ini akan menggoreskan memori di otak anak. Oleh itu, ibu

sebaiknya membiasakan diri memperdengarkan bacaan kitab suci al- Quran kepada anak

di dalam kandungan. Bacaan ayat al- Quran daripada ibu adalah yang paling jelas sekali

dan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan.

Faktor posnatal (selepas kelahiran) melibatkan kesihatan, bayi, baka, dan khasiat

yang diterimanya sebelum dan selepas kelahiran. Semua ini dikatakan mempengaruhi

perkembangan kanak- kanak. Mengikut rujukan buku perkembangan kanak- kanak melalui

penulis Haliza Hamzah, Joy N, Samuel dan Rafidah Kastawi, apabila kesihatan bayi

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 6

Page 7: kajian perkembangan kanak-kanak

selepas lahir dijaga, ini akan mempercepatkan pertumbuhan gigi susu pada gusi bawah

ketika bayi berumur antara enam hingga lapan bulan. Seterusnya, khasiat yang diberikan

seperti susu ibu amat baik dalam mempengaruhi perkembangan fizikal dan mental bayi

tersebut. Pada tahap ini, perkembangan motor yang merangkumi kemahiran- kemahiran

kordinasi otot telah mula meningkat. Antara kemahiran motor yang disebut ialah

memegang, menyedut, menghisap, duduk, merangkak, berjalan, berlari dan sebagainya.

Selain itu, keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan

kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah turut menjadi faktor

perkembangan kanak- kanak. Perbezaaan gaya hidup sesebuah institusi keluarga seperti

suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga akan melahirkan

individu yang mengikut perbezaan kadar perkembangannya. Keluarga yang mempunyai

status sosio-ekonomi yang baik akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-

kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang berzat dan

seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak. Ibu bapa perlu

memastikan keperluan kasih sayang anak- anak dipenuhi dengan baik. Gaya hidup yang

sihat yang diamalkan oleh setiap ahli keluarga seperti sentiasa menjaga kesihatan,

bersenam, tidak merokok akan membentuk sebuah keluarga yang proaktif dan sempurna.

Selain itu, faktor pemakanan juga turut mempengaruhi perkembangan kanak-

kanak. Perkembangan ini meliputi fizikal, mental dan kerohanian kanak- kanak.

Pemakanan yang diambil kanak- kanak haruslah berzat, bersih dan seimbang. Makanan

yang boleh menjejaskan kesihatan mental, emosi dan fizikal perlu dijauhi supaya tidak

membantutkan perkembangan mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu mendidik anak supaya

kenal makanan yang baik dan mengamalkan kesederhanaan ketika makan dan minum.

Penyusuan susu ibu adalah lebih baik kerana susu ibu bebas dari jangkitan. Ketika sudah

mencecah umur 4 tahun, kanak-kanak haruslah disajikan dengan makanan yang

mempunyai banyak kandungan tenaga kerana pada masa ini kanak-kanak adalah sangat

aktif.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 7

Page 8: kajian perkembangan kanak-kanak

7.0 Data dan Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak

Profil Murid dan Data

MODEL KANAK-KANAK TAHAP 1

(2 TAHUN HINGGA 7 TAHUN)

MURID 1 MURID 2

Nama : Mohd Ammar Bin Rostam

Umur : 7 tahun

Kelas : 1 Intan

Ukuran Fizikal

Berat : 20.3 kg

Tinggi : 122.5 cm

Tangan : 43 cm

Pinggang-kaki : 71.7 cm

Perimeter kepala : 51.4 cm

Ukur lilit pinggang : 59 cm

Warna mata : Hitam

Warna kulit : Putih

Perkembangan Fizikal

(data berdasarkan ujikaji yang dijalankan

bersama perkembangan kognitif)

Boleh menulis huruf tetapi masih

tidak pandai menulis nama sendiri.

Boleh mengenal dan menulis nombor

tetapi tidak kemas.

Sentiasa aktif dalam aktiviti yang

dijalankan.

Boleh bertutur dengan baik.

Struktur badan yang kurus dan kecil.

Nama : Siti Zubaidah Binti Hairol

Umur : 7 tahun

Kelas : 1 Mutiara

Ukuran Fizikal

Berat : 25.5 kg

Tinggi : 123 cm

Tangan : 43.8 cm

Pinggang-kaki : 74.3

Perimeter kepala : 54 cm

Ukur lilit pinggang : 64 cm

Warna mata : Hitam

Warna kulit : Kuning langsat

Perkembangan Fizikal

(data berdasarkan ujikaji yang

dijalankan bersama perkembangan

kognitif)

Boleh menulis nama dan

mengenal huruf tetapi tidak kemas.

Tulisan sangat kecil.

Pandai mengira dan mengenal

nombor.

Boleh bertutur dengan bijak dan

baik.

Struktur badan yang gempal.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 8

Page 9: kajian perkembangan kanak-kanak

MODEL KANAK-KANAK TAHAP 2

(7 TAHUN HINGGA 11 TAHUN)

MURID 1 MURID 2

Nama : Muhammad Imran Hakimi Bin

Chairul

Umur : 9 tahun

Kelas : 3 Intan

Ukuran Fizikal

Berat : 25 kg

Tinggi :127.5 cm

Tangan : 45 cm

Pinggang-kaki : 76.8 cm

Perimeter kepala : 49 cm

Ukur lilit pinggang : 56.5 cm

Warna mata : Coklat

Warna kulit : Coklat gelap

Perkembangan Fizikal

(data berdasarkan ujikaji yang dijalankan

bersama perkembangan kognitif)

Boleh menulis nama dengan baik

dan kemas tetapi tulisannya kecil.

Berbadan kurus dan tinggi.

Pertumbuhan gigi kekal bermula.

Boleh bertutur dengan baik.

Pandai menguruskan diri dari segi

pakaian, pemakaian kasut dan

rambut.

Nama : Nur Najwa Khairina Binti Khairi

Umur : 9 tahun

Kelas : 3 Intan

Ukuran Fizikal

Berat : 24 kg

Tinggi :125 cm

Tangan : 43.8 cm

Pinggang-kaki : 79.3 cm

Perimeter kepala : 54 cm

Ukur lilit pinggang : 56.5 cm

Warna mata : hitam

Warna Kulit : Coklat cerah

Perkembangan Fizikal

(data berdasarkan ujikaji yang dijalankan

bersama perkembangan kognitif)

Badan yang kecil dan kurus

Boleh menulis nama dengan kemas.

Ketinggiannya lebih rendah daripada

Imran.

Setiap pergerakannya cekap dan

teratur.

Pandai menguruskan diri dari segi

pakaian, kebersihan diri dan

personaliti.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 9

Page 10: kajian perkembangan kanak-kanak

MODEL KANAK-KANAK TAHAP 3

(11 TAHUN KE ATAS)

MURID 1 MURID 2

Nama : Muhd. Faiz Bin Faizal

Umur : 12 tahun

Kelas : 6 Intan

Ukuran Fizikal

Berat : 45 kg

Tinggi :144 cm

Tangan : 49 cm

Pinggang-kaki : 92 cm

Perimeter kepala : 54 cm

Ukur lilit pinggang : 79.3 cm

Warna mata : Hitam

Warna Kulit : Sawo matang

Perkembangan Fizikal

(data berdasarkan ujikaji yang dijalankan

bersama perkembangan kognitif)

Perkembangan lebih bercorak

penambahbaikan kemahiran

psikomotor yang telah sedia ada.

Ketinggian lebih cepat bertambah.

Menjadi lebih kurus.

Kelihatan lebih kuat, cepat dan fokus

kepada aktiviti yang dijalankan.

Tulisan lebih kemas.

Cenderung kepada permainan

lasak.

Nama : Farah Najwa Binti Ismail

Umur : 12 tahun

Kelas : 6 Intan

Ukuran Fizikal

Berat : 52 kg

Tinggi :150 cm

Tangan : 55.2 cm

Pinggang-kaki : 89.5 cm

Perimeter kepala : 59 cm

Ukur lilit pinggang : 79.3 cm

Warna mata : Hitam

Warna Kulit : Coklat

Perkembangan Fizikal

(data berdasarkan ujikaji yang dijalankan

bersama perkembangan kognitif)

Tulisan semakin cantik dan kemas.

Boleh bertutur seperti orang dewasa.

Berat badan yang seimbang dengan

tinggi.

Pandai menjaga ketrampilan diri dan

mempunyai personaliti yang menarik.

Pergerakan yang cekap dan

mempunyai susuk badan yang agak

berisi.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 10

Page 11: kajian perkembangan kanak-kanak

7.1 JADUAL PURATA PERKEMBANGAN FIZIKAL TAHAP 1

TINGGI

(INCI)

PANJANG

TANGAN

(INCI)

PINGGANG

- KAKI

(INCI)

UKUR LILIT

PINGGANG

(INCI)

PERIMETER

KEPALA(INCI)

BERAT

(KG)

122.8 43.4 73 61.5 52.7 22.9

JADUAL PURATA PERKEMBANGAN FIZIKAL TAHAP 2

TINGGI

(INCI)

PANJANG

TANGAN

(INCI)

PINGGANG

- KAKI

(INCI)

UKUR LILIT

PINGGANG

(INCI)

PERIMETER

KEPALA(INCI)

BERAT

(KG)

126.3 44.4 78.1 56.5 51.5 24.5

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 11

Page 12: kajian perkembangan kanak-kanak

JADUAL PURATA PERKEMBANGAN FIZIKAL TAHAP 3

TINGGI

(INCI)

PANJANG

TANGAN

(INCI)

PINGGANG

- KAKI

(INCI)

UKUR LILIT

PINGGANG

(INCI)

PERIMETER

KEPALA(INCI)

BERAT

(KG)

147 52.1 90.8 79.3 56.5 48.5

Jadual perkembangan fizikal kanak- kanak

Perkembangan

fizikal

Tahap 1 (2 hingga 7

tahun)/ inci

Tahap 2 (7 hingga

11 tahun)/ inci

Tahap 3 (11 tahun

ke atas)/ inci

Tinggi 122.8 126.3 147

Panjang tangan 43.4 44.4 52.1

Pinggang- kaki 73 78.1 90.8

Ukur lilit pinggang 61.5 56.5 79.3

Perimeter kepala 52.7 51.5 56.5

Jadual berat kanak- kanak pada setiap peringkat

Perkembangan

fizikal

Tahap 1 (2 hingga 7

tahun)/ kg

Tahap 2 (7 hingga

11 tahun)/ kg

Tahap 3 (11 tahun

ke atas)/ kg

Berat 22.9 24.5 48.5

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 12

Page 13: kajian perkembangan kanak-kanak

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 13

Page 14: kajian perkembangan kanak-kanak

Model kanak- kanak yang ditunjukkan di atas merupakan kajian ke atas 3 peringkat

umur perkembangan fizikal kanak- kanak. Pada tahap 1, kanak- kanak yang berumur

antara 2 hingga 7 tahun mempunyai kadar pertumbuhan dan perkembangan yang stabil

dan tidak begitu pesat. Melalui profil dan data fizikal Ammar dan Siti, dapat dilihat bahawa

perkembangan Siti lebih cepat berbanding Ammar. Siti juga sudah pandai menulis nama

sendiri walaupun kurang kemas, berbanding Ammar, dia belum boleh menulis nama

sendiri. Kadar perkembangan ini mungkin disebabkan latar belakang keluarga dan faktor

genetik mereka. Di tahap 2 pula, kanak- kanak yang berumur antara 7 tahun hingga 11

tahun akan lebih mahir dalam kemahiran psikomotor yang telah mereka sedia ada.

Perkembangan fizikal Imran dan Najwa juga dilihat berbeza. Berdasarkan graf, fizikal

mereka pada tahap ini semakin meningkat berbanding tahap 1. Pengaruh baka dan

persekitaran amat member kesan terhadap perkembangan mereka. Di tahap 3 pula,

mereka yang berumur antara 11 tahun ke atas akan mengalami kadar pertumbuhan dan

perkembangan yang cepat dan pesat. Berdasarkan penulis buku Haliza Hamzah, Joy N.

Samuel dan Rafidah Kastawi, mereka menyatakan perubahan fizikal seperti ketinggian,

saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa. Berdasarkan graf, penyataan tersebut

adalah benar kerana perkembangan fizikal pada tahap 3 dilihat begitu cepat dan pesat

sekali. Mereka juga telah mula mencapai tahap kematangan yang sesuai dengan

peringkat umur.

Menurut teori Arnold Gesell, baka dan kematangan adalah faktor penting dalam

menentukan perkembangan kanak-kanak. Perkembangan mereka adalah unik antara satu

sama lain dan tempoh 5 tahun pertama merupakan perkembangan kanak-kanak dari

aspek fizikal,mental,emosi dan sosial. Mengikut teori perkembangan Robert Havighurst

pula, perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitarannya. Institusi keluarga

juga amat mempengaruhi personaliti mereka.

Kesimpulannya, berdasarkan data dan graf berkaitan perkembangan fizikal kanak-

kanak, peringkat- peringkat perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza bagi setiap

individu. Ibu bapa dan guru- guru perlu member perhatian terhadap setiap perkembangan

kanak- kanak kerana setiap perubahan itu akan mempengaruhi kebolehan dan minat

mereka dalam pembelajaran di sekolah.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 14

Page 15: kajian perkembangan kanak-kanak

8.0 Perkembangan Kognitif Kanak- Kanak

8.1 JENIS ”PIAGET’S CONSERVATION TASKS” YANG DIJALANKAN

8.1.1 NOMBOR/ BILANGAN

Gambar 1 Gambar 2

2 baris kereta api pada Rajah 1 ditunjukkan kepada kanak- kanak.

Kemudian, salah satu baris kereta api tadi dijarakkkan susunan seperti Rajah 2.

Pertanyaan : Adakah bilangan duit syiling di dalam setiap baris pada Rajah 2 adalah

sama?

8.1.2 PANJANG

Gambar 3 Gambar 4

2 batang straw disusun dalam dua baris seperti di Rajah 3.

Kemudian, salah satu batang straw tadi digerakkan ke kanan seperti Rajah 4.

Pertanyaan : Adakah panjang straw di kedua- dua baris adalah sama?

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 15

Page 16: kajian perkembangan kanak-kanak

8.1.3 KUANTITI CECAIR

Gambar 5 Gambar 6

Dua buah gelas disediakan dan diisikan air yang sama kuantiti seperti di Rajah 5.

Kemudian, air di dalam salah satu gelas dituang ke dalam sebuah bekas seperti di

dalam Rajah 6.

Pertanyaan : Adakah kuantiti air di dalam gelas dan di dalam bekas sama pada

Gambar 6?

8.1.4 ISIPADU AIR

Gambar 7 Gambar 8

Dua buah gelas disediakan dan diisi air yang sama kuantiti. Beberapa ketul batu

diletakkan di dalam kedua- dua gelas tersebut seperti di Rajah 7.

Kemudian, batu- batu dikeluarkan dari salah satu gelas yang ada seperti di Rajah 8.

Pertanyaan : Adakah isipadu di kedua- dua gelas adalah sama pada Gambar 8?

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 16

Page 17: kajian perkembangan kanak-kanak

4.2 Hasil kajian ”PIAGET’S CONSERVATION TASKS” YANG DIJALANKAN

PERINGKAT DAPATAN RUMUSAN

PERINGKAT PRA

OPERASI

1. Mohd. Ammar B. Rostam

2. Siti Zubaidah Bt Hairol

UJIAN 4.1.1

Ammar : baris yang

dipanjangkan mempunyai

lebih kereta api daripada

baris di atasnya.

Siti : kedua- dua baris

mempunyai bilangan

kereta api yang sama.

UJIAN 4.1.2

Ammar dan Siti :Kedua-

dua batang straw adalah

sama panjang.

UJIAN 4.1.3

Ammar dan Siti : kuantiti

air di dalam bekas lebih

banyak daripada air di

dalam gelas.

UJIAN 4.1.1

Ammar lebih tertumpu

pada keadaan fizikal

(panjang baris) kereta api

daripada konsep yang lebih

abstrak (nombor/ bilangan)

dan Siti dapat melakukan

transformasi mengingat

semula iaitu membalikkan

proses kepada asal.

UJIAN 4.1.2

Kedua- dua murid ini

dapat mengingat semula

secara mental bentuk asal

batang straw yang sama

panjang sebelum salah

satunya digerakkan ke

kanan.

UJIAN 4.1.3

Kedua- dua murid tidak

dapat menguasai konsep

prinsip keterbalikan.

Menganggap air yang

dituang ke dalam bekas

sebagai air yang baru,

bukan daripada air gelas

yang asal.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 17

Page 18: kajian perkembangan kanak-kanak

UJIAN 4.1.4

Ammar dan Siti : isipadu

air di dalam kedua- dua

gelas tidak sama.

UJIAN 4.1.4

Mereka lebih melihat

keadaan fizikal air di dalam

gelas dan membanding

antara dua gelas tersebut

apabila batu- batu

dikeluarkan.

PERINGKAT OPERASI

KONKRIT

1. Muhammad Imran Hakimi

Bin Chairul

2. Nur Najwa Khairina Bt

Mohd Khairi

UJIAN 4.1.1

Imran dan Najwa :

bilangan kereta api sama

di antara kedua- dua

baris.

UJIAN 4.1.2

Imran dan Najwa : kedua-

dua batang straw adalah

sama panjang.

UJIAN 4.1.3

Imran dan Najwa :

kuantiti air di dalam

bekas adalah sama

banyak dengan kuantiti

air dalam gelas.

UJIAN 4.1.4

Imran dan Najwa :

isipadu air di kedua- dua

gelas masih sama.

UJIAN 4.1.1

Mereka tidak melihat

pemanjangan baris sebagai

baris baru dan faham

konsep yang lebih

abstrak(nombor/ bilangan).

UJIAN 4.1.2

Mereka tahu dan faham

bahawa tiada perubahan

bentuk straw daripada

bentuk straw yang asal.

UJIAN 4.1.3

Mereka dapat berfikir logik

bahawa tiada pertambahan

air dan pengurangan air

dilakukan.

UJIAN 4.1.4

Mereka sudah berjaya

mencapai satu pemikiran

logik tetapi masih terikat

dengan situasi fizikal air di

dalam gelas.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 18

Page 19: kajian perkembangan kanak-kanak

PERINGKAT OPERASI

FORMAL

1. Muhd Faiz B Faizal

2. Farah Najwa Bt Ismail

UJIAN 4.1.1

Faiz dan Farah : kedua-

dua baris kereta api

adalah sama banyak.

UJIAN 4.1.2

Faiz dan Farah : kedua-

dua batang straw adalah

sama panjang.

UJIAN 4.1.3

Faiz dan Farah :

kandungan air di dalam

bekas adalah sama

banyak dengan

kandungan air di dalam

gelas.

UJIAN 4.1.4

Faiz dan Farah : isipadu

dalam kedua- dua gelas

adalah sama banyak.

UJIAN 4.1.1

Mereka dapat melakukan

proses balik semula secara

mental iaitu membalikkan

proses kepada asal.

UJIAN 4.1.2

Mereka dapat berfikir

secara abstrak dan

sistematik tentang kedua-

dua batang straw.

UJIAN 4.1.3

Mereka dapat berfikir logik

bahawa apabila air dalam

bekas dituang semula ke

dalam gelas asal ia akan

memberi paras yang sama

semula.

UJIAN 4.1.4

Mereka dapat menguasai

kemahiran membuat

hipotesis dan berfikir

dengan sistematik tentang

isipadu air di dalam gelas.

Berdasarkan kajian ”Piaget’s Conservation Tasks” yang dijalankan, hasil dapatan

menunjukkan perubahan- perubahan dalam perkembangan kognitif dari tahap 1, 2 dan 3

mengikut teori Jean Piaget. Bagi kesemua ujian yang dijalankan, kanak- kanak di tahap 1

belum mampu menguasai proses transformasi, keterbalikan dan menaakul seperti mana

yang dinyatakan oleh Piaget. Tetapi pada tahap 2, mereka sudah mampu berfikir logik

dengan member jawapan yang munasabah. Menurut Piaget, kanak- kanak pada tahap 2

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 19

Page 20: kajian perkembangan kanak-kanak

sudah boleh menguasai konsep pemuliharaan. Seterusnya, pada tahap 3 pula, mereka

telah menjawab kesemua ujian dengan sistematik. Menurut Piaget, kanak- kanak pada

tahap 3 sudah mampu berfikiran formal seperti berfikir secara abstrak, sistematik dan

boleh membuat hipotesis.

9.0 TEORI PERKEMBANGAN EMOSI (ERIK ERIKSON)

TAHAP PERINGKAT

UMUR

HURAIAN KONFLIK

PERTAMA 0 – 18 bulan Bayi perlu mendapat

kasih sayang dan

kepercayaan daripada

penjaganya.Jika

tidak,ketidakpercayaa

n akan timbul.

Pembentukan

perasaan percaya

lawan tidak percaya

KEDUA 18 bulan – 3 tahun Perkembangan fizikal

bermula pada tahap

ini. Jika berjaya dan

mendapat sokongan ia

akan menimbulkan

rasa percaya pada

keupayaan diri.

Tahap autonomi

lawan rasa malu/

sangsi

KETIGA 3 tahun – 6 tahun Kanak-kanak di tahap

ini cuba untuk

berdikari dan

melakukan sesuatu

dengan sendiri. Jika

gagal boleh membawa

kepada perasaan

bersalah.

Tahap inisiatif lawan

rasa rendah diri

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 20

Page 21: kajian perkembangan kanak-kanak

KEEMPAT 6 tahun – 12 tahun Penguasaan kanak-

kanak dalam

kemahiran tertentu di

alam persekolahan.

Jika gagal akan

membawa rasa

rendah diri.

Tahap industri

lawan kekeliruan

peranan

KELIMA 12 tahun – 20 tahun Golongan remaja yang

mencari identiti dalam

pekerjaan, kemahiran,

jantina dan bersosial.

Tahap identiti lawan

kekeliruan peranan

KEENAM 20 tahun – 40 tahun Hubungan intim mula

dibentuk yang menuju

ke alam perkahwinan

dan membina kerjaya.

Jika gagal, akan

membawa perasaan

terasing dan tersisih.

Tahap intimasi

lawan pengasingan

diri

KETUJUH 40 tahun – 60 tahun Kehidupan

berkeluarga dan

kerjaya yang baik. Jika

gagal akan membawa

rasa pentingkan diri.

Tahap generativiti

lawan stagnasi

KELAPAN 60 tahun – 80 tahun Berjaya dalam karier

dan keluarga. Jika

gagal, boleh

membawa kesedihan

dan kekecewaan.

Tahap integriti ego

lawan putus asa

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 21

Page 22: kajian perkembangan kanak-kanak

PERKEMBANGAN EMOSI (DATA DAN PERKEMBANGAN)

NAMA/ GAMBAR

MURID

UMUR &

TARIKH

LAHIR

EMOSI YANG

SERING

DIPERLIHATKAN

TAHAP SOSIO

EMOSI ERIK

ERIKSON

ULASAN

Mohd Ammar Bin

Rostam

7 tahun

13.04.2002

Periang, mudah

mesra, peramah

Tahap 4 :

Kerajinan lawan

kompleks

rendah diri

Semasa ujian

fizikal dan kognitif

dijalankan,

Ammar

bersungguh-

sungguh untuk

menyelesaikan

soalan yang

diberi walaupun

pada mulanya

beliau agak

kurang yakin

untuk member

jawapan.

Beliau mudah

memberi

kerjasama dan

aktif dalam aktiviti

yang dijalankan.

Ammar berasa

gembira

mendapat gula-

gula yang saya

berikan setelah

tugasan selesai

dijalankan.

Beliau

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 22

Page 23: kajian perkembangan kanak-kanak

mengucapkan

terima kasih dan

bersalam selepas

saya menyiapkan

tugasan padanya.

Siti Zubaidah Bt

Hairol

7 tahun

27.08.2002

Pemalu, kurang

mesra

Tahap 4 :

Kerajinan lawan

kompleks

rendah diri

Ketika ujian fizikal

dan kognitif

dijalankan, Siti

berasa malu

apabila

ditanyakan soalan

berkaitan aktiviti

dan tentang

dirinya.

Walaubagaimana

pun, beliau tetap

memberikan

kerjasama.

Siti kelihatan

agak takut dan

kurang yakin

untuk menjawab

setiap soalan

yang diberikan.

Setelah selesai

tugasan saya, Siti

bersalaman dan

mengucapkan

terima kasih

kepada saya

kerana

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 23

Page 24: kajian perkembangan kanak-kanak

memberikan gula-

gula kepadanya.

Muhammad

Imran Hakim Bin

Khairul

9 tahun

13.05.2000

Pendiam, kurang

mesra, pemalu

Tahap 4 :

Kerajinan lawan

kompleks

rendah diri

Ketika ujian fizikal

dan kognitif

dijalankan,Imran

agak takut dan

kurang

bersungguh-

sungguh

menyelesaikan

soalan dan agak

takut untuk

mengeluarkan

pendapat.

Walaubagaimana

pun, beliau tetap

memberikan

kerjasama yang

baik.

Lama kelamaan,

Imran berasa

selesa dengan

keadaan dan

mesra dengan

saya.

Setelah selesai

ujian dijalankan,

beliau bersalam

sambil tersenyum

sahaja.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 24

Page 25: kajian perkembangan kanak-kanak

Nur Najwa

Khairina Bt Mohd

Khairi

9 tahun

22.03.2000

Peramah, gembira,

mudah mesra,

tenang, periang

Tahap 4 :

Kerajinan lawan

kompleks

rendah diri

Ketika ujian fizikal

dan kognitif

dijalankan,Najwa

begitu teruja

untuk

menyelesaikan

setiap aktiviti

yang dijalankan.

Beliau

memberikan

kerjasama yang

baik dan bijak

mengeluarkan

pendapat.

Beliau

mengucapkan

terima kasih

dengan gula-gula

yang saya

berikan dan

bersalam selepas

saya menyiapkan

tugasan padanya.

Muhd Faiz Bin

Faizal 12 tahun

14.06.1997

Gembira, tenang,

pemalu

Tahap 5 :

Identiti lawan

kekeliruan

identiti

Ketika ujian fizikal

dan kognitif

dijalankan,Faiz

merasa malu

tetapi mempunyai

sikap ingin tahu

tentang aktiviti

yang dijalankan.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 25

Page 26: kajian perkembangan kanak-kanak

Beliau

memberikan

kerjasama yang

baik.

Beliau juga

memberikan

respons yang

baik ketika

ditanya berkaitan

aktiviti yang

dijalankan.

Farah Najwa Bt

Ismail

12 tahun

16.09.1997

Pemalu, tenang,

gembira

Tahap 5 :

Identiti lawan

kekeliruan

identiti

Ketika ujian fizikal

dan kognitif

dijalankan,Farah

kurang

bersungguh-

sungguh untuk

menyertai aktiviti

dan ujian yang

dijalankan.

Tetapi, beliau

mudah

memberikan

kerjasama.

Farah

memberikan

respon yang baik

ketika menjawab

soalan yang

diberi.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 26

Page 27: kajian perkembangan kanak-kanak

10.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL TERHADAP

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Faktor baka dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan manusia

melahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, emosi, intelek dan sosial di antara satu

sama lain. Sebagai guru, kita perlu faham bahawa di dalam bilik darjah kita mempunyai

murid- murid yang unik dan berbeza seperti mana ujian fizikal dan kognitif yang telah

dijalankan, hasil dapatan menunjukkan setiap peringkat mempunyai tahap perkembangan

yang berbeza. Menurut Piaget (1970), beliau melihat peranan persekitaran sebagai

penyumbang penyuburan bagi perkembangan otak kanak-kanak. Beliau percaya bahawa

kanak-kanak yang aktif ialah kanak-kanak yang belajar. Sebagai guru, elakkan daripada

membanding antara murid- murid yang lain. Oleh itu, guru harus merancang aktiviti

pengajaran-pembelajaran mengikut kebolehan pelajar. Strategi dan pendekatan yang

sesuai perlu dilakukan oleh guru pada setiap peringkat umur seperti aktiviti berkumpulan,

pemulihan, pengayaan dan sebagainya.

Dalam melaksanakan pengajaran-pembelajaran, murid- murid terutamanya yang

berumur 2 hingga 6 tahun perlu dibantu oleh guru tetapi hanya setakat mana yang perlu

sahaja kerana bantuan yang berlebihan akan menggalakkan pergantungan mereka

kepada guru dan ini menimbulkan rasa kurang yakin untuk melakukan sesuatu dengan

sendiri. Guru juga perlu melibatkan murid- murid dalam aktiviti permainan dan latihan-

latihan seperti berlari, melompat untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina

pergerakan yang lebih cekap terutama pada kanak- kanak yang berumur 7 hingga 11

tahun. Di samping itu, guru perlu sensitif dan memberi perhatian kepada perubahan-

perubahan yang dialami murid- murid pada setiap peringkat perkembangan mereka

sebagai contoh pada peringkat awal remaja (11 tahun ke atas), perubahan saiz dan

bentuk badan berlaku dengan cepat bermula satu atau dua tahun sebelum mencapai akil

baligh.

Berdasarkan laman web www.scribd.com/reader/related/2673642, jika terdapat

ramai murid di dalam kelas, sudah pasti perhatian tidak dapat diberikan terhadap setiap

murid sepenuhnya. Oleh itu, guru terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas dalam

aktiviti pengajaran mereka. Dalam keadaan ini, murid yang mempunyai kebolehan belajar

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 27

Page 28: kajian perkembangan kanak-kanak

yang rendah perlu melibatkan diri sepenuhnya dan peluang perlu diberi kepada mereka

untuk memberikan pendapat dan berbincang bagaimana membuat pilihan yang tepat.

Implikasi daripada dapatan/ hasil kajian

Jika dilihat semula pada data dan perkembangan fizikal kanak- kanak pada tahap

1, kajian menunjukkan kadar perkembangan kanak- kanak perempuan pada peringkat itu

lebih cepat daripada kadar perkembangan kanak- kanak lelaki. Kebolehan psikomotor

dalam diri mereka berubah mengikut aturan sebagai contoh, mereka telah mempelajari

bagaimana cara memegang pensel dengan betul sebelum pandai menulis nama mereka

sendiri. Kadar perubahan dan kebolehan psikomotor ini dipengaruhi oleh genetik. Fizikal

Ammar dan Siti adalah stabil dan sesuai dengan umur mereka.

Manakala di tahap 2 pula, kanak- kanak yang berumur antara 7 hingga 11 tahun

mempunyai ketinggian yang berbeza antara lelaki dengan perempuan. Seperti di dalam

data perkembangan fizikal, ketinggian Imran melebihi ketinggian Khairina. Kadar

pertumbuhan mereka stabil kerana pertumbuhan gigi kekal mereka telah bermula dan gigi

susu juga telah diganti. Selain itu, mereka sudah boleh bergantung pada diri sendiri untuk

menguruskan diri tanpa bantuan orang lain. Teori Piaget menyatakan perkembangan

kanak- kanak perempuan lebih cepat berbanding kanak- kanak lelaki, tetapi keputusan

yang saya perolehi adalah berbeza pada tahap ini. Ia bermakna, jika fizikal Khairina

kurang berkembang dengan stabil pasti ia membawa implikasi pada dirinya. Saiz

badannya yang kecil akan menyukarkannya melakukan aktiviti permainan bersama

kawan- kawan.

Pada tahap 3 pula, perubahan fizikal berlaku pada kanak- kanak yang berumur

antara 11 tahun ke atas(awal remaja). Berdasarkan hasil dapatan, kajian menunjukkan

bahawa kanak- kanak perempuan seperti Farah mengalami perubahan fizikal lebih awal

berbanding kanak- kanak lelaki seperti Faiz. Penyataan ini tidak dapat disangkal lagi

kerana menurut Piaget sendiri lazimnya perubahan fizikal mereka seperti ketinggian, saiz

dan bentuk badan sudah mula ke arah dewasa dan perkembangan pada peringkat ini

adalah cepat dan pesat. Bentuk badan Farah juga mula menunjukkan sifat kewanitaan

dan Faiz pula mula melalui perubahan suara. Tubuhnya yang tegap membuktikan Faiz

lebih kuat secara fizikal berbanding dengan Farah.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 28

Page 29: kajian perkembangan kanak-kanak

11.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF TERHADAP

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kajian pakar-pakar pendidik menyatakan bahawa kanak-kanak sebenarnya

mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan

menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Untuk membantu mereka mengatasi

masalah pembelajaran, program pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran

dan pembelajaran yang paling berkesan. Seperti yang diketahui, murid-murid di dalam

sesebuah kelas berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat,

bakat dan sebagainya. Tidak kiralah pada peringkat pra operasi, peringkat operasi konkrit

atau peringkat operasi formal, kesemuanya mempunyai perbezaan kognitif. Oleh yang

demikian, guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit yang dapat

meningkatkan perkembangan kognitif mereka. Pengalaman pembelajaran yang pelbagai

boleh disediakan guru agar dapat melatih murid- murid supaya lebih berfikir dan

mengingat pengalaman yang mereka lalui. Piaget juga berpendapat perubahan dari satu

peringkat ke peringkat seterusnya menyebabkan kanak-kanak akan mencapai tahap

kematangan yang sesuai. Hal ini disebabkan kanak-kanak telah terdedah dengan pelbagai

jenis pengalaman yang relevan.

Guru perlu sentiasa menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit pada setiap

peringkat umur kanak- kanak terutama sekali pada peringkat pra operasi apabila mereka

mempelajari kemahiran baru. Segala arahan dan pembentangan haruslah tersusun dan

ringkas supaya mereka mudah menerima dan faham apa yang guru kehendaki

sebagaimana yang dilakukan pada ujian Piaget di atas. Aplikasikan segala pengalaman

yang dilalui murid- murid sebagai contoh dalam pengajaran-pembelajaran di dalam kelas.

Melalui ujian seperti yang telah dijalankan, Piaget juga menyatakan supaya guru perlu

memberi peluang kepada pelajar berumur 7 hingga 11 tahun untuk memanipulasi dan

menguji objek- objek yang diajar. Soalan- soalan berbentuk penyelesaian masalah perlu

diperkenalkan supaya mereka lebih berfikiran logik dan analitik. Guru juga perlu

mengemukakan konsep yang luas kepada kanak- kanak di peringkat operasi formal

supaya mereka tidak terikat dengan fakta- fakta sahaja. Apabila perkembangan peringkat

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 29

Page 30: kajian perkembangan kanak-kanak

murid- murid semakin meningkat, guru perlu memberi peluang kepada mereka untuk

menyelesaikan masalah.

Implikasi daripada dapatan/ hasil kajian

Berdasarkan data dan perkembangan hasil kajian kognitif pada peringkat pra

operasi, Ammar dan Siti sudah boleh menggunakan skema- skema fizikal yang mudah

seperti ujian yang telah dilaksanakan. Tetapi mereka masih belum mampu mencapai

tahap pemikiran yang abstrak dan logik. Ammar dan Siti masih tidak dapat menguasai

proses transformasi, keterbalikan dan menaakul bagi sesetengah ujian yang dijalankan.

Mereka memahami persekitaran melalui perspektif sendiri yang disebut egosentrik.

Pada peringkat operasi konkrit pula, Imran dan Khairina berkebolehan berfikir

secara logik dalam menjawab segala ujian yang dijalankan. Walaubagaimanapun,

pemikiran mereka masih terikat dengan situasi fizikal yang konkrit. Saya perlu

menerangkan kepada mereka tentang sebab musabab setiap masalah yang dibuat. Imran

dan Khairina juga sudah boleh memahami proses transformasi, keterbalikan dan

menaakul sesuatu perkara atau kejadian.

Dalam peringkat operasi formal pula, Faiz dan Farah dapat menyelesaikan setiap

ujian dengan mudah kerana mereka sudah menguasai ciri- ciri pemikiran formal seperti

berfikir secara abstrak, sistematik dan dapat membuat hipotesis dengan tepat. Mereka

sudah boleh memberikan pendapat, idea dan pemikiran sendiri terhadap ujian yang

dijalankan.

Kesimpulannya, berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas ketiga- tiga peringkat

umur dengan teori yang dinyatakan oleh Piaget adalah sama. Ini bermakna teori

perkembangan kognitif akan berubah secara menyeluruh mengikut tahap peringkat umur

dan akhirnya mencapai kematangan individu itu sendiri. Di dalam laman web

http://teoripiaget.blogspot.com/, Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia

muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi,

perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku

apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada

pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak

dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 30

Page 31: kajian perkembangan kanak-kanak

12.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN EMOSI TERHADAP

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Berdasarkan ujian fizikal dan kognitif yang telah saya jalankan, sebagai seorang

guru kita perlulah peka terhadap perubahan emosi yang dipamerkan oleh murid-murid di

sekolah. Bagi mengatasi emosi murid-murid pada tahap 4 yang bercirikan kerajinan lawan

rasa rendah diri(6 hingga 12 tahun), guru perlu memberikan banyak aktiviti mencabar

yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan murid-murid. Apabila mereka berjaya

melakukan setiap aktiviti tersebut, guru perlu memberikan pujian dan penghargaan

walaupun usaha yang dilakukan mereka kecil tetapi ia amat bermakna buat mereka.

Penghargaan dan pujian tidak semestinya diberikan melalui kata-kata tetapi boleh juga

dilakukan dalam bentuk bertulis.Selain itu, murid- murid perlulah sentiasa diberi peluang

untuk berkongsi kejayaan di atas usaha yang mereka lakukan. Guru perlu sentiasa tahu

bagaimana untuk berkongsi kejayaan. Guru boleh memberi peluang kepada murid-murid

untuk membentangkan hasil usaha yang telah dihasilkan mereka. Selain itu, guru

hendaklah menggalakkan murid-murid supaya bersaing dengan keupayaan diri mereka

terutama sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bagi tahap 5 yang

bercirikan identiti lawan kekeliruan identiti (12 hingga 18 tahun) adalah berbeza jika

dibandingkan dengan tahap 4. Di peringkat ini, saya sebagai bakal guru perlu memberi

peluang kepada murid-murid untuk meneroka kebolahan diri sendiri supaya mereka lebih

mengenal dan mengetahui keupayaan diri mereka. Murid- murid juga perlu mencuba

pelbagai aktiviti yang sesuai dengan minat masing-masing di samping dapat

mendedahkan pelbagai pengetahuan dan pengalaman dalam diri mereka. Melalui aktiviti

dan ujian yang telah dijalankan ke atas beberapa orang murid pada tahap 5, saya

mendapati bahawa guru perlu mengadakan ceramah dan motivasi dengan menjemput

personaliti-personaliti yang berjaya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang

hamper serupa dengan murid- murid. Hasilnya, mereka akan mencontohi dan mengikut

jejak langkah personaliti jemputan tersebut dan ini akan menimbulkan rasa percaya pada

keupayaan diri sendiri. Guru juga perlu mendedahkan kemahiran berkomunikasi dan

mendengar supaya dapat mewujudkan perhubungan sosial yang baik dengan orang lain.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 31

Page 32: kajian perkembangan kanak-kanak

13.0 RUMUSAN/ CADANGAN

Perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami individu yang bersifat kualitatif

tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa. Perkembangan kanak- kanak akan

melalui proses yang berterusan sepanjang hayat. Perkembangan dipengaruhi oleh baka

dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan

membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan satu

bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara

kematangan jasmani dengan pembelajaran. Semua kanak-kanak akan mencapai titik

perkembangan yang sama pada umur yang sama tetapi corak perkembangan mereka

yang berbeza- beza. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum

lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.

Untuk membantu setiap perkembangan berikut supaya sentiasa stabil dan

meningkat mengikut aturan, pelbagai cara dan faktor yang boleh mempengaruhi

perkembangan itu. Seperti faktor baka dan persekitaran yang telah dibincangkan, kedua-

duanya amat penting dalam membentuk fizikal dan mental kanak- kanak yang baik. Oleh

itu, peranan ibu bapa dalam mendidik dan melatih anak- anak mereka untuk menjalani

gaya hidup yang sihat amat dititikberatkan.

Dewasa ini, banyak keperluan dari segi intelek, jasmani, rohani, sosial dan emosi

perlu diterapkan dalam diri kanak- kanak. Justeru itu, ibu bapa dan guru dilihat sebagai

individu perlu memberikan peluang kepada anak- anak mereka untuk meningkatkan

perkembangan kendiri agar mereka mempunyai kemahiran yang lebih tentang

menguruskan diri sendiri. Komunikasi antara ibu bapa dan anak- anak harus terjalin agar

anak- anak lebih yakin untuk berkomunikasi dengan orang lain pula. Selain itu, di setiap

kawasan perumahan juga perlu diadakan aktiviti mingguan bagi kanak- kanak. Ia

bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mereka untuk bergaul dengan rakan

sebaya, mengamalkan gaya hidup yang sihat, sekaligus dapat melatih komunikasi yang

berkesan antara mereka dengan rakan- rakan yang lain. Dengan cara ini, kanak- kanak

akan mempelajari bagaimana untuk bersosial dengan betul dan sihat. Aktiviti yang

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 32

Page 33: kajian perkembangan kanak-kanak

dilakukan oleh kanak- kanak juga perlu mendapat pengawasan daripada ibu bapa. Ia

bukan bererti mengongkong tetapi sebagai ibu bapa, mereka harus mengambil berat

tentang anak- anak mereka.

Bukan itu sahaja, langkah lain yang boleh dilakukan untuk membantu

perkembangan kanak- kanak ialah guru haruslah peka dengan kebolehan dan minat

murid- murid. Komunikasi dan interaksi yang baik dengan murid dapat membantu guru

mengetahui kebolehan dan minat mereka. Dengan cara ini, kendiri positif dapat

ditingkatkan dalam diri murid. Apabila mereka menyedari keupayaan diri mereka, maka

keyakinan diri akan meningkat. Ini membolehkan mereka menjalin persahabatan dengan

individu di persekitarannya, berinteraksi dengan baik, gaya percakapan, cara bertindak

dan tingkah laku yang baik.

Kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan dalam membentuk

perkembangan kanak- kanak agar mereka dapat menjalani kehidupan yang stabil dan

sempurna.

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 33

Page 34: kajian perkembangan kanak-kanak

BIBLIOGRAFI

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi. (2008), Perkembangan Kanak-

kanak

Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala

Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel. (2009), Perkembangan Kanak-kanak Untuk

Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala

Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2007), Perkembangan Kanak- Kanak. Selangor: Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd.

http://teoripiaget.blogspot.com/

http://teoripiaget.blogspot.com/2007/03/isu-isu-berkaitan-piaget.html

http://mechanism.ucsd.edu/~bill/teaching/philpsych/piaget.pdf

www.scribd.com/reader/related/2673642

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 34

Page 35: kajian perkembangan kanak-kanak

LAMPIRAN(video ujian ”Piaget’s Conservation Tasks”

terdapat di helaian terakhir lampiran)

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 35

Page 36: kajian perkembangan kanak-kanak

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 36

Page 37: kajian perkembangan kanak-kanak

Gambar 1 : ukuran fizikal dijalankan pada peringkat operasi konkrit

Gambar 2 : ukuran fizikal yang dijalankan pada peringkat operasi formal

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 37

Page 38: kajian perkembangan kanak-kanak

Gambar 3 : ujian perkembangan kognitif pada peringkat pra operasi

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 38

Page 39: kajian perkembangan kanak-kanak

Gambar 4 : ujian kognitif dilakukan pada peringkat pra operasi juga

BIODATA MURID

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 39

Page 40: kajian perkembangan kanak-kanak

Mohd. Ammar B. Rostam

7 tahun

Kelas 1 Intan

13.04.2002

Hospital Daerah Kluang

Pekerjaan bapa : Peladang estet

Pekerjaan ibu : Surirumah

Tempat tinggal : Kg. Sg. Linau Simpang

Renggam, Kluang, Johor.

Siti Zubaidah Bt Hairol

7 tahun

Kelas 1 Intan

27.08.2002

Hospital Daerah Kluang

Pekerjaan bapa : Tukang kebun

Pekerjaan ibu : Peladang

Tempat tinggal : Kg. Sg. Linau Simpang

Renggam, Kluang, Johor

Muhammad Imran

Hakimi Bin Chairul

9 tahun

13.05.2000

Hospital Sultanah

Aminah, JB

Pekerjaan bapa : Guru

Pekerjaan ibu : Ustazah

Tempat tinggal : Kg. Sg. Linau Simpang

Renggam, Kluang, Johor

Nur Najwa Khairina

Bt Mohd Khairi

9 tahun

22.03.2000

Hospital Daerah

Kluang

Pekerjaan bapa : Pekerja estet

Pekerjaan ibu : Pekerja estet

Tempat tinggal : Kg. Sg. Linau Simpang

Renggam, Kluang, Johor

Muhd Faiz B Faizal

12 tahun

14.06.1997

Hospital Daerah Kluang

Pekerjaan bapa : Peladang

Pekerjaan ibu : Pekerja Kilang

Tempat tinggal : Kg. Sg. Linau Simpang

Renggam, Kluang, Johor

Farah Najwa Bt Ismail

12 tahun

16.09.1997

Hospital Daerah

Kluang

Pekerjaan bapa : Peladang

Pekerjaan ibu : Pekerja Kilang

Tempat tinggal : Kg. Sg. Linau Simpang

Renggam, Kluang, Johor

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 40

Page 41: kajian perkembangan kanak-kanak

EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak | 41