of 14 /14
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DALAM KONTEKS PERSEKITARAN AMIRAH & ATIFAH PISMP SAINS JUN 2015 EDUP3023 Perkembangan Kanak-Kanak

EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kanak-kanak

Embed Size (px)

Text of EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kanak-kanak

PowerPoint Presentation

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAKDALAM KONTEKS PERSEKITARANAMIRAH & ATIFAHPISMP SAINS JUN 2015

EDUP3023 Perkembangan Kanak-Kanak

DEFINISI PERSEKITARAN

4

KELUARGAUnsur-unsur keluarga melibatkan corak kehidupan kanak-kanak di rumah, makanan, asuhan dan status ekonomi.Faktor ini akan mempengaruhi perbezaan perkembangan setiap individu.Contohnya: kanak-kanak yang dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat.Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna.Kanak-kanak diasuh dengan baik akan mengalami perkembangan emosi, tingkah laku dan potensi yang sempurna.

PENGARUH RAKAN SEBAYAMerangkumi perkembangan intelek,emosi, sahsiah dan sosial.Misalnya: kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong mereka dalam perkembangan intelek dan potensi diri ke tahap optimum.Kanak-kanak yang bergaul dengan rakan yang bersopan santun secara tidak langsung akan menyerap nilai-nilai murni daripada rakan mereka itu.

SOSIO-EKONOMIStatus sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum.Contohnya: ibubapa berupaya memberi makanan berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.

GURU DAN SEKOLAHGuru berperanan dalam perkembangan intelek, sosial dan emosinya.Guru yang penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, pintar, berakhlak dan bertanggungjawab.Iklim sekolah yang kondusif yang dilengkapi dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif , afektif dan psikomotor kanak-kanak.

KEBUDAYAAN DAN KEPERCAYAAN MASYARAKATMasyarakat merupakan alam kehidupan manusia.Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza akan mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak dari aspek sosio emosi, personaliti dan mental.Misalnya, perbezaan pegangan agama akan membezakan corak hidup dan perlakuan.

SUMBER TEKNOLOGISumber teknologi merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan seperti surat khabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer.Pendedahan kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak.Sebaliknya, kanak-kanak yang didedahkan kepada sumber tekologi yang berunsur keganasan, lucah atau kezaliman akan membentuk sikap dan personaliti yang negatif.

PENGARUH MEDIAMedia berfungsi untuk memberikan informasi mengenai segala aspek di dunia ini.Ibu bapa yang terdedah dengan informasi mengenai kesihatan, kehidupan dan budaya akan mementingkan dan mengutamakan faktor pemakanan, dan pendidikan anak-anak.Sebagai contoh, ibu bapa yang berpendidikan tinggi sering menggunakan media seperti majalah, bahan bacaan ilmiah dan internet sebagai sumber rujuk bagi pemakanan dan pendidikan anak secara sihat.

Ini dapat membantu anak-anak dalam mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang paling baik.Berbeza pula dengan ibu-bapa yang kurang mengambil berat tentang faktor ini.Gaya kehidupan yang kurang sihat dari segi pemakanan, pendidikan dan membantutkan pertumbuhan dan perkembangan anak-anak.

PUSAT IBADATPusat ibadat juga merupakan salah satu daripada faktor yang mempengaruhi perkembangan individu.Sebagai contoh, anak-anak yang tinggal berhampiran dengan pusat ibadat dan sering mengunjungi pusat ibadat dan sering mengunjungi pusat ibadat mampu membentuk sahsiah dan perkembangan jasmani dan rohani yang lebih positif.

KESIMPULANDapat disimpulkan bahawa faktor persekitaran(nurture) seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu.Jelaslah bahawa faktor persekitaran mempengaruhi perjalanan kehidupan kanak-kanak, dan memberi impak terbesar dalam perwatakan, pertumbuhan dan perkembangan sosioemosi kanak-kanak terutama yang sedang meningkat dewasa.