Author
syazwan-shukri
View
1.395
Download
9
Embed Size (px)
NAMA : NURFARHANA BINTI MD RAMLI NURUL NAZIERA BINTI MOHD NOH NURUL SHANIZA BINTI KHAIRUDIN I PISMP BM NAMA PENSYARAH : DR. SHARIFAH AMNAH BINTI SYED AHMAD
KANAK-KANAK Mengikut Kamus Dewan (2008) : kanak-kanak membawa maksud anak, anakanak, budak yang masih kecil (biasanya yang belum berumur tujuh tahun). Kanak-kanak juga digelar budak atau anak kecil ialah manusia yang muda iaitu seorang yang masih belum akil baligh.
PERKEMBANGAN : Wikepedia Bahasa Melayu: Menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak merujuk kepada perkembangan kualitatif biologi dan psikologi yang berlaku kepada manusia di antara kelahiran dan akhir masa remaja (zaman kanakkanak). Perubahan ini tidak boleh diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Contohnya melalui pertuturan dan kematangan individu.
Mengikut kajian ahli psikologiSosial Jasmani Emosi Rohani Kognitif
faktor genetik atau baka (nature)
faktor persekitaran (nurture)
BAKA (NATURE)
Baka atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai heredity berasal dari perkataan Latin iaitu heres. Ernest R. Hilgard :Mengatakan bahawa baka merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapanya kepada anaknya melalui gen. Definisi yang diberikan oleh Derville (1979):Keseluruhan ciri-ciri mental dan emosi fizikal yang telah diwariskan dari segi biologi daripada ibu bapa kepada anakanaknya
Amran Schienfed:Mengatakan bahawa baka menentukan persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu umpulan keluarga darisegi sifat-sifat seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi. Hujah ini turut disokong olehW.E Vinacke yang berpendapat :Baka ialah penentu struktur organ, arah perkembangan, sistem biologi serta potensi seseorang individu. J.A Thompson pula menyatakan bahawa baka merujuk kepada perkembangan genetik antara generasi manusia.
Menurut Norman L. Munn:Baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui genetik. Dari segi kecerdasan pula, sebilangan pakar psikologi seperti Newman (1937) & Sheldon (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan intelek yang berbeza.
Penjelasan dan huraian tentang baka menghasilkan beberapa ciri yang nyata seperti berikut iaitu baka diturunkan melalui gen ibu bapa kepada anak-anaknya. Tidak dapat dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan individu dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut. Sebagai contoh, paras rupa seperti warna mata,rambut, jenis rambut, kulit, saiz dan bentuk badan, ketinggian, tahap kecerdasan,personaliti, sikap, minat dan sebagainya.
KROMOSOM
HORMON
FAKTOR MEMPENGARUHI KEBAKAANGEN KELENJAR
Kromosom ialah selirat seperti benang yang terdiri daripada komponen protein yang membawa gen-gen organism terdiri daripada butir-butir halus yang terdapat dalam nukleus.
Manusia normal mempunyai 46 kromosom yang setiap kromosom mempunyai kumin kecil yang dikenali sebagai GEN
Gen ialah info biologikal yang membawa karekter yang diperturunkan daripada ibu bapa kepada anak-anaknya.
Gen mengandungi kandungan molekul protein yang mempunyai asid deoksiribonukliek yang membawa segala bentuk biologi ibu bapanya kepada anak Gen terbahagi kepada dua
Dominan
Resesif
Gen-gen ini dibawa oleh kromosom
Apabila anak dilahirkan, gen dominan akan mempengaruhi anaknya.
Contohnya : Rambut. Jika bapa berambut perang manakala ibunya berambut hitam, anak akan mengikut salah satu ciri rambut kedua ibu bapanya.
Melalui sistem kelenjar, hormon dapat disalurkan melalui sistem peredaran darah. Tujuan : melicinkan proses pertumbuhan tubuh. Kelenjar dapat mengeluarkan hormon tertentu :-
TIROID
PARATIROID
ADRENAL
PITUITARI
PANKREAS
SEKS
Hormon pula ialah bahan kimia yang diperbuat daripada sel-sel yang terdapat dalam kelenjar hormon. Bahan kimia akan dialirkan ke dalam darah untuk melaksanakan tugas-tugas seperti melancarkan proses pertumbuhan tubuh. Hormon mempunyai paras yang berubahubah pada peringkat awal ini akan menyebabkan ketidakstabilan emosi kepada kanak-kanak.
Selain itu hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar akan memberi kesan kepada organ-organ lain.
Kelebihan & kekurangan hormon :Kesihatan seseorang terganggu Kelakuan seseorang berubah
CONTOH HORMON
Sel merupakan organism hidup yang sangat kompleks. Gen ini berfungsi mengawal sifat luaran kanak-kanak seperti kebolehan menggulung lidah.
Melalui sistem kelenjar, hormon dapat disalurkan melalui sistem peredaran darah. Tujuan : melicinkan proses pertumbuhan tubuh. Kelenjar dapat mengeluarkan hormon tertentu :-
Menurut Amran Schienfeld:Persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya yang bermula daripada peringkat persenyawaan. Norman L. Munn :Mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat disekeliling unit-unit kebakaan.
W. Edger:Menerangkan bahawa persekitaran adalah kuasa ekstrinsik rumit yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Menurut Lee Shok Mee(1994),:Beliau mengatakan persekitaran ialah segala keadaan di sekeliling termasuk keadaan fizikal, iklim, sosiobudaya, politik dan interaksi sesama manusia serta alam sekitarnya.
Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir. Keadaan sebelum lahir : -- merujuk kepada corak pemakanan, gaya hidup dan kesihatan si ibu. Keadaan selepas lahir : -- dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan, keluarga, rakan-rakan, ibadat, media dan persekitaran dunia.
Mengikut teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak merangkumi lima lapisan sistem ekologi, iaitu : Mikrosistem, Mesosistem Ekosistem3MEK
Makrosistem Kronosistem
Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat dimana kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran itu. Sebagai contoh hubungan interaksi secara langsung antara kanak-kanak dengan ibu bapa, guru dan rakanrakan. Orang-orang dalam mikrosistem ini memainkan peranan yang tidak kurang penting di dalam perkembangan kanak-kanak.
Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan 2 mikrosistem. Hal ini bermaksud satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi sikap atau tingkah-laku di sekolah dan sebaliknya. Mengikut Bronfenbenner juga, kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kanak-kanak yang kekurangan peluang.
Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut. Misalnya sekolah dengan pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasa oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.
Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma, nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock,2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting.
Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan
dalam suatu tempoh masa. Sebagai contoh situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak pada zaman dahulu kala yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.
Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling berinteraksi antara satu sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka setiap individu pasti mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza.
TEORI EKOLOGI
1
3
DIPELOPORI OLEH : 1
2 2
3
SOALAN 1 & 2
Teori ini menarik perhatian pendidik agar bukan sahaja hanya mengutamakan alam belajar dalam bilik darjah, tetapi juga alam persekitaran di luar bilik darjah.
Guru harus berkomunikasi dengan keluarga murid secara formal dan informal. Merancang pelajaran berdasarkan perkembangan potensi yang khusus sesuai untuk murid-murid mereka.
Di samping pengaruh genetik, faktor-faktor lain yang mempengaruhi perkembangan individu dalam persekitaran (nurture ) : Keluarga Rakan sebaya Kebudayaan & kepercayaan masyarakat Sumber teknologi Guru & sekolah
Kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh kasih sayang, mengalami perkembangan emosi yang sihat. Pemakanan kanak-kanak perlu dijaga sejak peringkat awal lagi (peringkat pralahir). Menurut jurnal The Pediatric Clinic of North America yan ditulis oleh Birch Lean Lipps dan Davidson Kirsten Krahnstoever, mereka menyatakan bahawa faktor pemakanan ibu bapa boleh mempengaruhi corak pemakanan anak-anak mereka. Sebagai contoh, sebilangan ibu bapa yang gemar memilih makanan ringan dan makanan segera sedangkan kita mengetahui bahawa makanan tersebut boleh merencatkan tumbesaran fizikal dan mental kanak-kanak.
Pengaruh rakan sebaya penting khasnya dari perkembangan intelek,fizikal,emosi dan sosial. Guru yang bersikap penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Memerlukan iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan pengajaran pembelajaran yang canggih akan meningkatkan perkembangan kognitif, afektif, dan psikomotor pelajar ke tahap yang lebih tinggi.
Maka sama ada pengaruh baka ataupun persekitaran,setiap murid dalam sesebuah kelas adalah berbeza dengan rakan-rakan sedarjahnya. Misalnya, murid-murid berbeza daripada pelbagai kebolehan dengan darjah kecerdasan (IQ) ataupun kecerdasan emosi yang tidak sama.
Pengaruh rakan sebaya penting khasnya dari perkembangan intelek,sahsiah,emosi dan sosial. Misalnya, kanak-kanak yang bersosialiosasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan dipupuk dengan nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.
Perbezaan nilai hidup membentuk falsafah hidup yang berbeza di kalangan masyarakat. Begitu juga dengan perbezaan agama dan kebudayaan akan melahirkan cara hidup serta tingkah laku yang berbeza. Masyarakat yang suka mengamalkan gaya hidup yang sihat akan melahirkan gaya hidup yang positif. Amalan masyarakat yang menekankan soal kerohanian dan kejiwaan sebenarnya turut memberi impak dalam melahirkan kanak-kanak yang kreatif.
Sumber teknologi tersebut adalah merujuk kepada maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan. Individu yang terdedah kepada sumber tekologi yang sihat akan mempengaruhi perkembangan kreativiti kanak-kanak berdasarkan nilai-nilai yang terkandung di dalam pengaruh sumber teknologi itu. Pengaruh sumber teknologi terhadap perkembanganseseorang kanak-kanak itu ada kaitan dengan teori pembelajaran sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura. Beliau menyatakan bahawa kelakuan manusia saling bertindak antara kognitif, kelakuan dan ejen penentu persekitaran
Variasi atau ketidaksamaan individu dari norma kumpulannya,sama ada dari sifat-sifat kognitif,emosi,fizikal,moral,tingkah laku,sosial,bakat dan aspek-aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. -Dictionary of Psychology(1973)
ASPEK KOGNITIF
KEBOLEHAN/KEMAHIRAN Kebolehan individu menyelesaikan masalah, berbahasa, berfikir secara logik, menaakul dan mengira. Kebolehan, mengenali, mengawal dan mengurus perasaan serta sikap sabar dan toleransi terhadap orang lain. Kemahiran interaksi, bergantung sama ada individu tersebut bersifat introvet atau ekstrovet. Perbezaan dari segi jantina, paras rupa, berat, ketinggian, jenis dan warna rambut, warna mata. Perbezaan agama, sikap, kepercayaan serta nilai.
EMOSI
SOSIAL
FIZIKAL
ROHANI
TERIMA KASIH . . .