of 21 /21
640901066062 PENDIDIKAN DISLEKSIA PKP3105 PEMERHATIAN DAN ANALISA MURID DISLEKSIA. CONTOH BORANG PENDAFTARAN DAN CADANGAN PENEMPATAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS 1

disleksia zaharah

Embed Size (px)

Text of disleksia zaharah

640901066062

PENDIDIKAN DISLEKSIA

PKP3105

PEMERHATIAN DAN ANALISA MURID DISLEKSIA.

CONTOH BORANG PENDAFTARAN DAN CADANGAN PENEMPATAN KANAKKANAK BERKEPERLUAN KHAS

1

640901066062

PENDIDIKAN DISLEKSIA

PKP3105

BIODATA MURID DISLEKSIA SK DESA CEMPAKA,NILAI ,NEGERI SEMBILAN

NAMA UMUR NO. SIJIL KELAHIRAN ALAMAT RUMAH

: FATIN SYAFIQAH BINTI ZAINUDDIN : 12 TAHUN : A116680 : NO. 11 ,BATU 10 KAWASAN MASJID BARU LABU,NEGERI SEMBILAN

NAMA BAPA PEKERJAAN BAPA NAMA IBU

: ZAINUDDIN BIN SARIF : OPERATOR KILANG :MAIMUN BINTI AHMAD

BILANGAN ADIK BERADIK : 2 ORANG ( ANAK PERTAMA)

2

640901066062

PENDIDIKAN DISLEKSIA

PKP3105

Fatin Syafiqah merupakan murid Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi SK Desa Cempaka ,Nilai. Dia merupakan anak pertama daripada dua orang adik beradik. Ayahnya merupakan seorang pekerja kilang manakala ibunya tidak bekerja. Fatin mula memasuki kelas khas ini seawal Tahun 2 lagi. Pertama kali melihat Fatin saya berasa sungguh terharu kerana dari wajahnya dapat diketahui bahawa dia memang mempunyai masalah pembelajaran. Menurut penerangan guru penolong kanan kelas khas ini, pada mulanya Fatin hanya didiagnos sebagai mempunyai masalah lembam tetapi setahun kemudian doktor pediatrik HUKM telah memberi laporan bahawa Fatin juga mempunyai masalah disleksia.

Semasa menjalankan kaji selidik ke atas kanak-kanak ini didapati dia mudah memberikan kerjasama untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan samada secara lisan dan bertulis. Cuma apabila disuruh membaca berulangkali, Fatin mula menunjukkan reaksi jemu dan bosan.

3

640901066062

PENDIDIKAN DISLEKSIA

PKP3105

MASALAH BAHASA YANG DIHADAPI OLEH FATIN SYAFIQAH

Semasa menjalankan kajian di Kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi di Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka, saya telah mengenal pasti beberapa kesalahan tulisan yang sering dilakukan oleh murid disleksia ini. Saya telah melihat beberapa contoh tulisan kanak-kanak ini serta menjalankan ujian Menulis dan Membaca bagi kanak-kanak disleksia ini. Antara contoh-contoh masalah tulisan yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia kajian saya ialah:

a. Tulisan yang tidak sekata dari segi bentuk dan jarak yang terlalu jauh antara perkataan dengan perkataan.

Tulisan responden yang diambil dari hasil kerja yang dilakukan di dalam bilik darjah. Bentuk tulisan yang tidak sekata dan jarak antara perkataan terlalu jauh. Huruf yang

4

640901066062

PENDIDIKAN DISLEKSIA

PKP3105

ditulis tidak mengikut cara yang betul. Contohnya huruf y dan g ditulis sama tinggi dengan huruf a dan n.

b. Tidak dapat menulis perkataan di atas garisan yang betul.

c. Tidak dapat menyalin huruf dengan betul

5

640901066062

PENDIDIKAN DISLEKSIA

PKP3105

d. Penggunaan huruf besar di tempat yang salah.

Gambar-gambar yang ditunjukkan merupakan antara contoh kesalahan tulisan yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak disleksia. Namun demikian melalui pemerhatian yang dibuat oleh saya terhadap hasil kerja responden saya dapati kesalahan paling banyak ialah tulisan yang tidak sekata, jarak antara perkataan dan penggunaan tanda baca. Masalah ini tidak boleh dipandang ringan oleh guru.

6

640901066062

PENDIDIKAN DISLEKSIA

PKP3105

Di samping melihat contoh-contoh tulisan, saya juga telah meminta murid disleksia ini menjalani ujian lisan, menulis dan membaca. Responden tidak mempunyai masalah dalam menyebut huruf. Tapi semasa disuruh membaca murid membaca teragak-agak dan tidak dapat menyebut perkataan dengan baik. Responden telah menyebut rangkaikata nasi basi sebagai nasi dasi. Di sini dapat dilihat bahawa responden tidak dapat membezakan huruf b dan huruf d. Selain itu semasa membaca, responden dilihat suka menambah atau meninggalkan perkataan. Apabila disuruh mengulang semula membaca, responden menunjukkan reaksi bosan dan tidak berminat.

Melihat hasil ujian bertulis yang dijalankan, responden telah melakukan beberapa kesalahan. Responden telah menulis perkataan buku menjadi baku. Selain itu perkataan bola ditulis sebagai balo. Manakala perkataan beca menjadi cade.Di sini dapat dilihat bahawa responden mempunyai kecelaruan dalam menulis perkataan dengan betul.

STRATEGI DALAM MENGATASI MASALAH BAHASA

Hasil daripada pemerhatian dan ujian yang diduduki oleh responden, saya dapat mengesan beberapa kesalahan tulisan dan bacaan yang dilakukan olehnya seperti yang ditunjukkan dalam gambar dan rakaman bacaan. Bagi mengatasi masalah tersebut , saya merasakan strategi latih tubi amat penting sama ada dalam tulisan mahupun bacaan. Latih tubi yang berterusan perlu diberikan kepada kanak-kanak disleksia ini. Dalam mengatasi setiap masalah yang berlainan harus digunakan supaya bersesuaian dengan jenis masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia namun demikian teras7

640901066062

PENDIDIKAN DISLEKSIA

PKP3105

utamanya masih menggunakan strategi latih tubi kerana seperti yang kita ketahui kemahiran menulis adalah kemahiran yang memerlukan latihan yang berterusan bagi mendapatkan hasil kerja yang baik. a. Tulisan yang tidak sekata dari segi bentuk dan jarak yang terlalu jauh antara perkataan dengan perkataan.

Bagi mengatasi masalah ini, murid perlu diajar menulis dengan cara yang betul,sama bentuk tulisan itu ditulis secara tegak,condong ke kanan atau ke kiri. Murid perlu ditunjukkan contoh tulisan yang baik dan sekata. Bagi membaiki tulisan yang terlalu jarak antara perkataan dengan perkataan, murid perlu diajar meletakkan satu jari selepas setiap perkataan yang ditulis. Langkah ini diteruskan sehingga murid siap menulis satu ayat lengkap. Teknik ini harus dilakukan berulang kali sehingga murid dapat membiasakan diri untuk menulis ayat dengan menggunakan jarak yang betul. Oleh itu, latih tubi yang berterusan dapat menjamin keberkesanan teknik ini. b. Tidak menulis perkataan di atas garisan yang disediakan dengan betul Seperti yang diketahui murid disleksia mempunyai tulisan tangan yang tidak kemas adalah disebabkan mereka tidak dapat menulis di atas garisan yang telah disediakan dengan betul. Oleh itu teknik yang boleh digunakan adalah menyuruh mereka menulis di atas garis pembaris yang diletakkan di atas kertas. Hal ini secara tidak langsung membantu murid untuk menulis dalam keadaan lurus dan berada pada garisan yang sama. Namun demikian guru harus memberikan bimbingan bagi huruf-huruf tertentu seperti y dan g supaya murid tidak menulis separuh sahaja akibat halangan daripada pembaris yang digunakan sebagai alat penahan untuk mereka menulis di atas garisan yang sama. Bimbingan dan peneguhan positif seperti kata-kata pujian yang berterusan akan membantu murid disleksia dengan lebih baik untuk mengatasi masalah ini.

8

640901066062

PENDIDIKAN DISLEKSIA

PKP3105

c. Tidak dapat menyalin huruf dengan betul. Teknik yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menggunakan kad-kad imbasan yang bersaiz besar dan ditampal di papan hitam. Hal ini mungkin disebabkan murid disleksia mengalami masalah pengamatan penglihatan yang menyebabkan mereka tertinggal beberapa huruf dalam mengeja sesuatu perkataan. Hal ini juga mungkin disebabkan oleh masalah ejaan yang dihadapi oleh mereka yang secara tidak lansung turut mempengaruhi kemahiran menulis mereka. Oleh itu kad-kad imbasan yang bersaiz besar mampu memberikan gambaran yang jelas terhadap setiap huruf yang digunakan untuk membina perkataan. Selain kad imbasan yang digunakan, murid juga disuruh untuk menulis dua contoh perkataan yang berlainan pada setiap hari persekolahan yang membolehkan mereka menulis pelbagai perkataan di dalam buku latihan mereka. Perkara ini secara langsung juga turut membantu murid memantapkan lagi kemahiran ejaan mereka. Aktiviti ini jika dilakukan secara berterusan melalui strategi latih tubi dapat membantu murid disleksia untuk menulis tanpa menulis huruf-huruf yang salah untuk sesuatu perkataan.

d. Penggunaan huruf besar di tempat yang salah. Malasah ini dikatogerikan sabagai masalah utama yang dihadapi oleh kanakkanak disleksia kerana mereka tidak dapat membezakan penggunaan huruf kecil dan huruf besar di dalam ayat serta huruf-huruf itu seakan-akan sama. Oleh itu bagi mengatasi masalah ini , strategi latih tubi sangat sesuai digunakan kerana dengan latihan yang berulang kali sahaja dapat membantu murid disleksia mengatasi masalah ini.

9

640901066062

PENDIDIKAN DISLEKSIA

PKP3105

MASALAH MATEMATIK YANG DIHADAPI OLEH MURID

Selain mengenal pasti masalah bahasa daripada aspek tulisan dan bacaan, saya juga turut memerhatikan masalah yang dialami oleh responden dalam proses pengajaran matematik. Responden lebih banyak mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran bahasa berbanding matematik . Bagi melihat masalah yang dihadapi oleh responden dalam Matematik yang telah melihat hasil kerja dan meminta responden menjawab soalan ujian yang telah saya sediakan. Dari hasil kerja yang saya lihat, murid ini tidak mempunyai banyak masalah dalam matematik . Cuma kerja yang dibuat tidak kemas dan sukar untuk dibaca. Responden juga tidak dapat menulis nombor di tempat atau petak yang betul.

Contoh hasil kerja responden yang tidak kemas.

10

640901066062

PENDIDIKAN DISLEKSIA

PKP3105

Dari ujian

Matematik bertulis yang dijalankan murid

ini didapati tidak mempunyai

banyak masalah dalam menjawab soalan-soalan yang diberikan. Cuma terdapat beberapa kesalahan di dalam melengkapkan turutan nombor menaik dan menurun. Responden juga dapat dilihat menulis nombor 7 dalam keadaan terbalik.

11

640901066062

PENDIDIKAN DISLEKSIA

PKP3105

STRATEGI DALAM MENGHADAPI MASALAH MATEMATIK.

Bagi mengatasi masalah kerja yang tidak kemas, guru perlu membantu murid membuat kerja dengan kemas serta menunjukkan contoh hasil kerja yang baik yang boleh dijadikan panduan oleh murid ini. Untuk mengatasi masalah menyusun nombor mengikut turutan menaik dan menurun, guru boleh menggunakan kad-kad nombor dan menyuruh murid menyusun secara berulang kali secara menaik dan menurun serta mencatat dalam buku latihan. Hal ini apabila dilakukan berulang kali akan mudah diingat oleh murid susunan nombor secara menaik dan menurun. Latihan amali juga boleh dilakukan oleh murid apabila naik dan turun tangga. Aktiviti yang menarik sebegini akan membuatkan murid lebih seronok dan apa yang dipelajari mudah diingati. Murid yang menulis angka secara terbalik perlu diberi latih tubi supaya kesalahan yang sedemikian tidak akan berulang.

12

640901066062

PENDIDIKAN DISLEKSIA

PKP3105

REFLEKSI

NORZAHARAH BINTI YUNUS (640901066062)

Syukur kerana saya telah dapat menyiapkan tugasan bertajuk Pendidikan Disleksia. Semasa menerima tajuk tugasan ini saya telah bertekad untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk ini. Saya telah membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mencari bahan yang boleh saya muatkan dalam KKBI ini. Walau pun sebagai guru,saya sudah biasa mendengar mengenai disleksia tetapi pengetahuan saya tentang disleksia tidak begitu meluas. Tanpa pembacaan yang meluas ,saya rasa tidak mungkin dapat menghasilkan penulisan ini. Saya juga telah membuat perbincangan dengan rakan sekumpulan dan juga berhubung melalui email.

Saya amat bertuah kerana pensyarah pembimbing iaitu Puan Zaleha binti Tambi begitu banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan sekumpulan dalam memperoleh ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan disleksia ini. Melalui nota-nota dan contoh yang telah beliau berikan sangat membantu saya untuk mendapatkan idea-idea untuk menyiapkan tugasan ini.

Walaubagaimanapun terdapat pelbagai cubaan dan permasalahan yang dihadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini. Saya terpaksa membahagikan masa antara tugas di sekolah dan tugas menyiapkan kerja kursus ini. Apatah lagi banyak fail mesyuarat dan aktiviti panitia yang perlu dikemaskini. Terkadang terasa terbeban sangat-sangat kerana terpaksa menghadapi semua ini. Saya selalu merasakan13

640901066062

PENDIDIKAN DISLEKSIA

PKP3105

keputusan saya untuk menyambung pelajaran,menghadkan masa saya dengan anakanak yang mana mereka semua tinggal di asrama. Saya cuba kuatkan semangat untuk menyiapkan kerja kursus ini. Saya amat bertuah kerana keluarga dan rakan-rakan snetiasa memberi semangat dalam meneruskan pengajian dan menyiapkan segala tugasan yang diberi.

Dengan penuh usahanya saya telah mencari bahan-bahan yang difikirkan sesuai untuk menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya. Saya telah banyak kali berhubung dengan rakan sekelas iaitu Puan Rosila demi membincangkan tajuk ini.Saya amat bertuah kerana mempunyai sahabat yang sentiasa sedia membantu saya. Semasa menjalankan proses menyiapkan tugasan ini, saya telah menggunakan semua maklumat dan pengalaman yang telah saya perolehi semasa proses pembelajaran secara kuliah dan lawatan amali yang telah dijalankan bagi menghasilkan satu tugasan yang yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Ternyata terdapat pelbagai tafsiran dan definisi mengenai masalah disleksia yang mana semuanya membawa makna yang hampir sama. Oleh itu, saya telah memahami semua definisi mengenai masalah disleksia dan melaluinya saya telah membuat kesimpulan sendiri. Hal ini secara tidak langsung membantu saya memahami secara mendalam mengenai maksud disleksia yang sebenarnya.

Selain itu, saya juga dapat memahami dengan lebih terperinci mengenai masalah-masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia ini, iaitu dari aspek bahasa, matematik,pengamatan, konsep kendiri dan mengingat. Hasil daripada proses ini telah membentuk diri saya lebih peka terhadap kanak-kanak yang menghadapi masalah seperti ini dan tidak sewenang-wenangnya melabelkan murid sebagai nakal atau malas kerana ada kemungkinan kanak-kanak tersebut merupakan kanak-kanak disleksia. Bagi melengkapkan tugasan ini, saya juga dikehendaki menghasilkan satu laporan lengkap berkaitan masalah kanak-kanak disleksia ini daripada aspek bahasa dan matematik. Dalam aspek bahasa , hasil laporan saya berfokuskan kepada tulisan14

640901066062

PENDIDIKAN DISLEKSIA

PKP3105

manakala matematik pula mengenai masalah diskakulia yang dihadapi oleh murid. Hasil daripada kaji selidik yang dibuat semasa lawatan amali yang direkodkan dan dimasukkan dalam laporan, saya turut membincangkan intervensi yang dapat membantu kanak-kanak disleksia mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka. Strategi pengajaran bahasa dan matematik yang dipilih adalah merupakan salah satu langkah membantu kanak-kanak disleksia ini supaya tidak terus ketinggalan dalam pembelajaran. Hal ini secara tidak langsung juga telah membantu diri saya untuk menjadi seorang guru yang lebih kreatif pada masa hadapan dalam usaha menghasilkan pelbagai bentuk intervensi pembelajaran untuk kanak-kanak disleksia.

Selepas siap menjalankan kajian dan tugasan yang telah diberi, pelbagai input dan pengetahuan baru yang telah saya perolehi sepanjang proses melengkapkan tugasan ini. Semua ilmu yang saya dapat banyak membantu dan membentuk diri saya supaya lebih bersedia berhadapan dengan murid disleksia supaya mereka juga dapat kejayaan seperti kanak-kanak normal yang lain. Sesungguhnya, saya telah mendapat pelbagai ilmu yang amat berguna buat diri saya sebagai seorang guru pendidikan pemulihan. Selain ilmu daripada bahan ilmiah saya juga telah mendapat peluang melihat sendiri reality mengenai pengurusan pendidikan khas yang melibatkan kanak-kanak disleksia di sekolah. Semua pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini akan saya aplikasikan kepada murid saya yang mempunyai cirri-ciri disleksia. Terima kasih sekali lagi kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Zaleha binti Tambi Adam.

15

640901066062

PENDIDIKAN DISLEKSIA

PKP3105

16