Author
smofaz-aledroos
View
470
Download
3
Embed Size (px)
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR
Tajuk 3 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK DISLEKSIA
Sinopsis
Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep pengurusan
tingkah laku, faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku, kesan salah laku terhadap
pembelajaran dan kepentingan pengurusan tingkah laku di kalangan murid-murid
berkeperluan khas.
Hasil Pembelajaran
1. Memahami definisi dan konsep berkaitan dengan pentaksiran dan penilaian
kanak-kanak disleksia.
2. Menjelaskan kepentingan pentaksiran dan penilaian bagi mengenalpasti
kanak-kanak yang mempunyai masalah disleksia
3. Mengenal pasti bentuk-benmtuk ujian pengenalpastian/saringan serta ujian
diagnostik yang boleh dijalankan oleh guru-guru mata pelajaran atau guru-
guru yang dilantik khas.
3.1 Pengenalan
Pentaksiran bermaksud memperoleh maklumat dengan cara yang objektif dan
bersistem. Banyak perkara yang dijalankan dalam bilik darjah dapat dikategorikan
25
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR
sebagai pengujian. contohnya, ramai guru meminta murid-muridnya mengisi
maklumat peribadi dalam suatu borang itu, antara perkara yang mungkin ditanya
ialah hobi murid dan sebabnya mereka berminat dengan hobi itu. Persoalan seperti
itu boleh dikategorikan sebagai pentaksairan.
Pentaksiran biasanya melibatkan pengukuran. Pengukuran tidak semestinya
melibatkan maklumat yang diperolehi dalam bentuk nombor. Menurut Stevens
(1951), pengukuran ialah pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut
kriteria tertentu dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan. Ringkasnya,
pengukuran merupakan cara menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang
diperoleh dengan ringkas dan mudah.
3.2 Kepentingan Pentaksiran dan Penilaian
Menurut Pierangelo & Giuliani (2006), pentaksiran adalah merujuk kepada
pembangunan kemahiran-kemahiran yang memasukkan satu pengetahuan kerja bagi
komponen-komponen berikut bagi proses penilaian yang teratur bagi menentukan
jenis kecatatan yang sesuai :
a. Koleksi (Collection)
Merupakan koleksi penyurihan dan pengumpulan maklumat daripada punca-
punca yang memberi maklumat daripada seseorang pelajar seperti maklumat
latar belakang pelajar, rekod sekolah, pemerhatian, penglibatan ibu bapa dan
laporan guru.
b. Analisis (Annalysis)
Pemerosesan dan pemahaman mengenai bentuk pendidikan pelajar, sosial,
perkembangan, persekitaran, perubatan dan sejarah emosi.
c. Penilaian (Evaluation)
Merujuk kepada penilaian pelajar, intelektual, psikologikal, emosi, persepsi,
bahasa, kognitif dan sejarah perubatan bagi menentukan kekuatan dan
kelemahan pelajar.
26
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR
d. Keazaman (Determination)
Untuk mengetahui ketidakupayaan dan kriteria pengetahuan setiap kategori.
e. Syor/cadangan (Recommendation)
Mencadangkan penempatan dan program bagi keperluan pelajar dari segi
sekolah, guru dan penglibatan ibu bapa
Tujuan pentaksiran merujuk kepada Pierangelo & Giuliani (2006), menyatakan
bahawa pentaksiran dalam pendidikan mempunyai 5 tujuan iaitu :
a. Pemeriksaan dan Pengenalpastian (Screening and Identification)
b. Kelayakan dan Diagnosis (Eligibility and Diagnosis)
c. Penempatan dan Perkembangan RPI (IEP Development and
Placement)
d. Perancangan Pengajaran (Instructional Planning)
e. Penilaian (Evaluation)
3.2.1 Pengenalpastian masalah
Murid-murid yang dikenal pasti mempunyai masalah pembelajaran khusus akan
melalui proses pengenalpastian oleh guru-guru yang dilantik khas dalam bidang
disleksia ataupun guru-guru mata pelajaran :
a. Murid-murid dikenalpasti oleh guru kelas atau guru subjek. Mereka
terdiri daripada murid-murid yang gagal dalam PKSR 1 setelah
mengikuti pendidikan di arus perdana selama enam bulan.
3.2.2 Penempatan
Penempatan murid-murid yang dikenal pasti bermasalah dalam pembelajaran
disleksia dikenal pasti melalui :
27
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR
a. Mereka di hantar ke kelas pemulihan khas selama empat bulan bagi
mengikuti program tersebut dan melepasi ujian mode yang dijalankan.
b. Sekiranya murid itu melepasi ujian mode yang diberikan oleh guru
pemulihan, dia akan dirujuk kepada guru program disleksia.
c. Guru program disleksia akan mengeluarkan satu salinan borang ISD
(Instrumen Senarai Semak Disleksia) yang perlu diberikan kepada guru
kelas untuk dibincang bersama guru subjek lain dan guru pemulihan.
d. Borang ISD yang telah lengkap diisi akan dikembalikan kepada guru
program disleksia untuk dinilai mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
e. Borang ISD beserta rumusan yang lengkap akan diserahkan kepada
Penyelaras Pendidikan Khas dan Guru Besar, untuk diserahkan kepada
ibu bapa atau penjaga murid tersebut bagi mendapatkan pengesahan
pengamal perubatan (iaitu dari Institut Pediatrik).
f. Sementara menunggu pengesahan doktor, murid tersebut akan diberi
Ujian Diagnostik oleh guru program disleksia bagi mengenalpasti
kelemahan dan kekuatannya dalam akademik. Selain dari itu dia
mengikuti sesi pelajaran di kelas biasa.
g. Setelah murid itu disahkan sebagai disleksik ia akan terus mengikuti
program disleksia. Jika bukan, ia akan dihantar ke kelas yang
sepatutnya.
3.2.3 Pemilihan strategi pemulihan
Untuk melaksana P&P, guru-guru boleh mempelbagaikan strategi pemulihan.
3.3 Ujian-ujian Pengenalpastian / Saringan
Untuk memastikan murid-murid yang dikenal pasti mempunyai masalah disleksia
maka satu bentuk ujian pengenalpastian/saringan telah dibentuk. Justeru itu, maka
28
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR
sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Khas, KPM telah
ditubuhkan dan telah menghasilkan ISD. Penghasilan ISD ini dibina oleh pakar-pakar
dari USM, UKM, UM, UPM, KKM, JKM, JPK, Persatuan, Guru & JPN.
Manakala British Psychological Society (1999) menyatakan bahawa murid
mesti memenuhi dua pra-syarat sebelum ianya boleh disaring untuk menentukan
sama ada ia mengalami disleksia atau tidak. Dua pra-syarat tersebut adalah:
a. murid telah mendapat pengajaran yang sesuai, relevan dan
memuaskan
b. murid telah diberikan langkah-langkah pemulihan yang dirasakan
sesuai.
Kerangka penghasilan item-item senarai semak yang dijadikan panduan
dalam pembinaan instrumen telah diubah suai daripada `checklist` yang dihasilkan
oleh Payne dan Turner (1999) dan merangkumi ciri-ciri disleksia yang dusenaraikan
oleh pakar-pakar disleksia Antara Bangsa yang lain.
3.3.1 Ujian Pengamatan
Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas
pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. Pengamatan ini
berkait rapat dengan pemikiran kita. Selain itu, pengamatan ialah satu kemahiran
yang boleh dikembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah
kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak
lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.
Pengamatan juga ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi
melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental. Pengamatan berkait
rapat dengan pemikiran manusia. Pengamatan merupakan satu proses yang
menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan
29
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR
pengalaman-pengalaman lalu. Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam
buku Panduan Program Pemulihan Khas (1999) telah menjelaskaan bahawa
pengamatan ditakrifkan sebagai kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi
melalui panca indera setelah perlakuan proses mental. Selain itu juga, pengamatan
berkait rapat dengan pemikiran manusia.
Manakala menurut Janet W Learner (1971) dalam bukunya “ Children With
Learning Disabilities “ telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses
untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau pun mekanisme
yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek. Selain
itu, Mohd Anuar Abdullah (2001), menjelaskan bahawa masalah pengamatan kanak-
kanak disleksia dibahagikan kepada jenis iaitu disleksia visual, disleksia Auditori dan
disleksia visual – Auditori atau tekstail dan koordinasi mata tangan.
Menurut Janet W Learner pengamatan visual adalah kepayahan seseorang
khususnya kanak-kanak disleksia dalam melakukan tugasan untuk membezakan
abjad, perkataan serta mengecam angka, nombor, bentuk geometri dan gambar.
Dalam kata lain masalah visual dilihat kepada beberapa aspek antaranya tentang
perbezaan bentuk, saiz, mengecam bentuk huruf dan perkataan, serta tentang
pembalikan sesuatu objek. Kanak-kanak disleksia kebiasaannya akan mempunyai
gangguan dari aspek pengamatan visual ini yang menyebabkan mereka tidak dapat
menguasai bahasa dengan baik.
Manakala pengamatan auditori ialah keupayaan mengesan atau
mengenalpasti apa yang didengar menyumbang bahagian yang penting kepada
pembelajaran. Kajian menunjukkan kebanyakan mereka yang mempunyai masalah
membaca yang teruk mempunyai masalah dari aspek auditori, lingustik dan masalah
phonological (Ball & Blachman, 1991,; Lyon, 1998,; dan Stahl & Murray, 1994).
Antara aspek masalah pengamatan auditori yang terdapat di dalam masalah
pengamatan auditori ialah masalah untuk membezakan bunyi, bunyi phonological,
mengingat apa yang didengar, Mengingat urutan dan membentuk perkataan dari
30
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR
gabungan abjad. Kanak-kanak disleksia kebiasaannya memang mempunyai masalah
pengamatan ini yang juga menyebabkan mereka tidak dapat menguasai bahasa
dengan baik.
Kedua-dua sistem ini merupakan dua sistem yang sangat penting untuk
menerima maklumat. Pengamatan takhtil (tactile) merupakan keupayaan seseorang
melakukan sesuatu dengan menggunakan jari dan deria rasa melalui kulit (sentuh).
Keupayaan seseorang mengenal objek dengan deria sentuhan iaitu membezakan
rasa keras dan lembut, mengenalpasti jari yang digunakan untuk menyentuh
merupakan contoh pengamatan tactile.
Pengamatan Koordinasi mata tangan merupakan gerak kerja dengan
menggunakan pergerakan badan dan otot. Keupayaan posisi yang diperolehi
daripada bahagian badan yang berbeza dan keupayaan otot, tension dan kerehatan
merupakan contoh kepada pengamatan koordinasi.
Sesetengah kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam menggunakan
koordinasi mata tangan di mana apa yang dilihat tidak dapat diaplikasikan kepada
tulisan atau gerak kerja yang melibatkan penulisan. Antara kesan sampingan yang
dihadapi oleh murid yang mengalami ciri-ciri disleksia ialah:
a. Pengurusan
b. Penumpuan atau konsentrasi
c. Bahasa
d. Ingatan
e. Emosi atau tingkah laku
Objektif Ujian Pengamatan
Antara lain, ujian pengamatan ini akan membantu guru untuk mengesan masalah
yang dihadapi oleh murid dalam :
31
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR
a. Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk,
corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan. Selain itu,
guru juga dapat mengenal pasti masalah murid dalam
b. Menentukan sesuatu saiz, jarak, kri ke kanan serta hubungan antara
satu objek objek yang lain.
c. Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk,
corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat.
d. Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke
kanan, atau ke bawah dan dari bawah ke atas.
e. Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing.
f. Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah.
g. Menyediakan program yang bersesuaian dengan masalah pengamatan
kanak-kanak khas.
h. Menyediakan penempatan yang bersesuaian.
i. Mengenal pasti pasukan pelbagai disiplin.
Komponen Ujian Pengamatan
Antara lain, ujian pengamatan yang boleh dijalankan merujuk kepada :
a. Diskriminasi yang sama (Discrmination sameness)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang
terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan
sebagainya.
b. Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama (Discrination of differences)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang
terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan
sebagainya.
c. Diskriminasi saiz (Discrimination of size)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek,
bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya.
32
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR
d. Diskriminasi kedudukan (Position in space)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu
objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya.
e. Koordinasi Motor-mata-tangan
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-
mata-tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya.
f. Pertalian jarak (Spatial Relationship)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz, jarak kiri
ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang
lain.
g. Mazing
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah
melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang
susah.
h. Turutan (Sequencing)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula
aktiviti-aktiviti bersiri.
i. Rajah latar belakang / Benda tersembunyi (Figure – Ground)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah
abstrak.
j. Menyalin (Visual Copying)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah
dilihat.
3.3.2 Senarai Semak Disleksia
Senarai semak disleksia digunakan untuk mengenalpasti kanak-kanak yang
dikenalpasti bermasalah secara khusus. Senarai semak disleksia telah merujuk
kepada tiga elemen iaitu :
a. Elemen 1 : Tahap penguasaaan mengeja, membaca dan menulis
b. Elemen 2 : Kekuatan pada murid yang dikenalpasti
33
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR
c. Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan
Berikut adalah satu senarai semak yang boleh digunapakai untuk mengenalpasti
kanak-kanak bermasalah khusus bagi tujuan pentaksiran awal. Sila rujuk lampiran
mengenai Instrumen Senarai Semak disleksia.
7.3.3 Instrumen Saringan Disleksia (ISD)
ISD adalah merupakan ujian saringan bagi mengenalpasti kebarangkalian seseorang
murid itu mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia. Penyaringan murid-
murid yang kebarangkalian mengalami masalah disleksia adalah bukan suatu
perkara yang mudah (Jabatan Pendidikan Khas, 2003). Kebanyakan murid-murid
disleksia dikenalpasti dengan menggunakan khidmat kepakaran psikologi klinikal
melalui penggunaan instrumen yang dihasilkan oleh negara barat.
Pembinaan ISD oleh JPK berasaskan kepada teori yang beranggapan
bahawa murid yang menghadapi masalah pembelajaran spesifik disleksia adalah
terdiri daripada mereka yang mempunyai antara lain ciri-ciri :
a. Kecerdasan mental yang normal
b. Memperolehi pencapaian prestasi akademik yang rendah
c. Mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca dan
menulis.
d. Mempunyai ciri-ciri disleksia yang boleh diterima oleh umum
e. Ketinggalan 2 tahun secara umum di belakang rakan sebayanya dalam
penguasaan kemahiran membaca dan menulis serta rendah dalam
pencapaian akademik.
Antara lain ISD yang digunapakai untuk menilai pelajar yang dikenalpasti
adalah merujuk kepada :
a. Kriteria murid yang dinilai
b. Kriteria Penilai
34
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR
c. Prosedur Penilaian
Pengoperasian ISD yang dijalankan mestilah :
a. Setahun mengikuti P&P KIA2M/Program Pemulihan Khas
b. Gagal lepasi IPP2M
Personel yang menjalankan ISD terdiri daripada :
a. Guru Bahasa Melayu yang pernah mengajar murid berkenaan atau
b. Guru Mata Pelajaran Lain yang pernah mengajar murid berkenaan.
c. Rumusan dibuat oleh Guru Disleksia.
d. Pengesahan dibuat oleh Pengamal Perubatan.
Sila rujuk kepada Instrumen Saringan Disleksia yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Berikut adalah langkah-
langkah dalam melaksana pentaksiran ISD.
35
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR
TMMD
KMMD
Tidak sah
Sah
Petunjuk:
KMMD : Kebarangkalian mengalami masalah disleksiaTMMD : Tiada mengalami masalah disleksia
36
Pencalonan
Pengoperasian ISD P&P Kelas Biasa
Pelaporan
Pengesahan Pengamal Perubatan
Perumusan
Pelaporan
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR
3.4 Ujian Diagnostik
Ujian Diagnostik yang ditadbir dapat mengenal pasti dengan lebih terperinci daerah-daerah kelemahan dalam membaca, mengeja, menulis, dan masalah-masalah yang berkaitan dengan disleksia untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.
Secara umumnya, ujian diagnostik digunakan untuk mengesan punca kelemahan murid tentang penguasaan kemahiran-kemahiran tertentu samada Bahasa Melayu ataupun Matematik. berdasarkan kepada keputusan ujian diagnostik ini, maka guru dapat merancang aktiviti pengajaran pemlihan Disleksia dengan lebih berkesan.
3.4.1 Ujian-ujian Binaan Guru
Ujian ini dibina oleh guru berdasarkan kemahiran yang telah dipelajari oleh murid. Binaan ujian oleh guru adalah untuk memastikan setiap kemahiran yang telah dipelajari akan diuji bagi menentukan keberkesanan sesuatu kemahiran yang telah dipelajari.
3.4.2 Ujian-ujian lain yang sesuai
Selain itu, guru juga boleh menggunakan analisis ralat sebagai salah satu cara untuk membuat pentaksiran terhadap kemahiran yang telah dipelajari oleh murid.
Latihan 3 : Untuk menguji kefahaman mengenai konsep penting dalam melaksanakan pentaksiran dengan membuat ulasan.
Anda dikehendaki menjalankan satu ujian saringan merujuk kepada Instrumen Saringan Disleksia (ISD) untuk mengenal pasti murid-murid di aliran perdana yang dikenal pasti kategori masalahnya.
37
Anda telah mengikuti tajuk tiga dengan tekun dan sabar. Selepas ini anda akan diperkenalkan dengan tajuk empat dan seterusnya.
Berehatlah sebentar sambil minum secawan kopi.
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR
INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Bahagian A
BIODATA MURID
Arahan : Tandakan atau tulis pada petak yang disediakan.
1. Nama Murid
1. Jantina 3. Mengikuti Program Pemulihan Khas
SedangTidak
6. Kedatangan ke sekolah 7.Pencapaian Akademik
38
LelakiPerempuan
MelayuCinaIndiaBumiputra SabahBumiputra SarawakBumiputra Orang AsliLain-lain
Tahun Nama Kelas
1 2 3 4 5 6
BaikMemuaskanSederhanaLemah
A B C D EBahasa MalaysiaBahasa InggerisMatematikSainsKajian TempatanKemahiran HidupPend.Islam/MoralP.Jasmani &KesMuzik
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR
8. Nama Sekolah
9. Lokasi Sekolah 10. Negeri
11. Daerah
12. Nama Penilai
13. Tarikh 14. Tandatangan Penilai
Bahagian B
39
BandarLuar Bandar
PerlisKedahPulau PinangPerakSelangorW.P.Kuala LumpurNegeri SembilanMelakaJohorPahangTerengganuKelantanSarawakSabahW.P.Labuan
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR
SENARAI SEMAK
Arahan : Tandakan pada petak yang sesuai.
Elemen 1 : Tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis.
A. MengejaYa Tidak
1. Murid sukar mengeja perkataan mudah. 1 1
2. Murid sering mengeja perkataan yang tiada langsung kaitan makna dengan perkataan asal. 2
3. Murid kerap melakukan kesalahan ;
i. menyusun abjad dalam perkataan 3
ii. menggabung suku kata terbalik 4
4. Murid keliru membezakan bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata. 5
B. Membaca
5. Murid ketinggalan dalam kebolehan membaca berbanding rakan sebaya 6
6. Kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid Semasa membaca ialah ;i. Tidak menghiraukan tanda bacaan; 7
ii. Menggugurkan perkataan; 8
iii. Menambah perkataan pada bacaannya; 9
iv. Melangkau baris; 10
v. Menggantikan perkataan. 11
Ya Tidak
40
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR
7. Murid mengalami kesukaran dalam membaca 12 Perkataan yang mempunyai vokal berganding, diftong.
8. Murid sukar membaca ayat panjang. 13
C. Menulis
9. Hasil kerja murid tidak kemas. 14
10. Murid sukar menyalin maklumat ;
iii. dari papan tulis 15
iv. yang diperdengarkan 16
11. Tulisan murid sukar dibaca 17
12. Murid menulis lambat berbanding dengan rakan sebaya 18 18
13. Murid menulis secara terbalik ;
vi. abjad-abjad tertentu ; 19
vii. perkataan 20
Elemen 2 : Kekuatan pada murid
14. Murid boleh bertutur dengan baik 21
15. Murid boleh menjawab soalan secara Lisan dengan baik. 22
16. Murid boleh menghasilkan cerita berpandukan gambar ;i. Tunggal ; 23
ii. Bersiri 24 Ya Tidak
17. Murid berminat terhadap perkara baru. 25
41
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR
18. Murid mempunyai kebolehan lisan setanding 26 dengan rakan sebaya.
19. Murid mempunyai kecenderungan dalam bidang-bidang tertentu. 27
20. Murid kelihatan berpotensi untuk berjaya tetapipencapaian akademiknya rendah. 28
21. Murid mempunyai banyak idea (full of ideas) 29
22. Murid mempunyai idea yang baik tetapi gagaluntuk memindahkannya dalam bentuk tulisan. 30
23. Isi kandungan penulisan murid baik tetapimengandungi banyak kesalahan bahasa. 31
24. Murid mempunyai pencapaian yang baikdalam subjek-subjek kemahiran berbandingdengan subjek-subjek akademik. 32
25. Murid boleh menjawab secara lisan soalankefahaman daripada bahan yang diperdengarkan. 33
26. Murid boleh menceritakan semula petikan yangdiperdengarkan. 34
27. Murid yang kreatif. 35
28. Murid boleh menyesuaikan diri dalam pergaulan. 36
29. Murid boleh bertindak mengikut situasi. 37
30. Murid berkebolehan dalam membuat jangkaan 38
31. Murid mempunyai pengetahuan am yang baik 39
32. Murid mempunyai sifat-sifat ingin tahu yang tinggi. 40
Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan
42
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR
Ya Tidak
33. Murid mempunyai masalah rendah diri. 41
34. Murid kerap memberi alas an untuk mengelak daripada membuat kerja sekolah yang melibatkan 42
bacaan dan penulisan.
35. Murid mengalami masalah tingkahlaku. 43
36. Murid mempunyai daya tumpuan yang singkat. 44
37. Murid keliru dengan konsep arah. 45 45
38. Murid menghadapi kesukaran dengan konsep urutan.46
39. Murid menghadapi masalah dengan pengurusanmasa 47
40. Murid tidak dapat mengingati arahan yang panjang. 48 48
41. Murid sering gopoh semasa bertindak. 49
42. Murid sering cuai dalam pergerakan. 50 50
PEMARKAHAN
BAHAGIAN A(diisi oleh penilai)
43
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR
Jumlah Jumlah Ya Tidak
Elemen 1 : Tahap penguasaan mengeja,membaca dan menulis.
Elemen 2 : Kekuatan pada murid
Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan
BAHAGIAN B(diisi oleh guru pendidikan khas disleksia)
Kod
Elemen 1 : Tahap penguasaan mengeja,membaca dan menulis.
Elemen 2 : Kekuatan pada murid
Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan
BAHAGIAN C(diisi oleh guru pendidikan khas disleksia)
Rumusan
Murid berkemungkinan mengalami kebarangkalian Disleksia
Murid berkemungkinan tidak mengalami kebarangkalian Disleksia
Tandatangan : ___________________________________
Nama : ___________________________________
Disahkan
T/T Guru Besar : ___________________________________ Cop Sekolah
44
PKP 3105 Pendidikan Disleksia PGSR
Nama : ___________________________________
Pengarah PelajaranJabatan Pelajaran Negeri(U.P Unit Pendidikan Khas)
45