DISLEKSIA bahan Grafik

Embed Size (px)

Citation preview

NOTA GRAFIK

1

Definisi Disleksia Disleksia adalah suatu keadaan/ gangguan yang didapat secara keturunan yang menyebabkan kesulitan dalam membaca, menulis, dan mengeja bahasa asal seseorang.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB DISLEKSIA -PEMAKANAN -KETURUNAN - BAWAAN -PERKEMBANGAN -KOMPLIKASI OTAK

Jenis-jenis disleksia 1) Disleksia Visual Tidak dapat menterjemahkan lambing-lambang bahasa yang ditulis atau dicetak supaya ianya bermakna. Perkataan perkataan atau huruf-huruf yang dilihat terbalik. Sukar mengingati dan mengenal huruf, tidak berupaya menterjemah symbol. 2) Disleksia Auditori Tidak dapat membuat pengamatan pendengaran atau tidak dapat membezakan bunyi huruf yang diperdengarkan padanya. Sukar mengingatai bunyi huruf, memahami bunyi mengikut suku kata dan menyusun atau menggabungkan suku kata untuk menyebut perkataan. 3) Disgraphia Kesukaran dalam mengkoordinasikan tangan dan otot-otot tangan agar dapat menulis dengan baik dan tulisannya dapat dibaca.

2

CIRI CIRI UMUM MURID DISLEKSIA

1) perkembangan motor yang kurang matang termasuk kelakuan-kelakuan hiperkinetik 2) gangguan penglihatan 3) singkat ingatan 4) gangguan dalam bahasa 5) kebolehan kognitif yang rendah 6) kesukaran dalam kematangan emosi dan social 7) tidak dapat membezakan lambing bertulis dengan bunyi lambing tersebut 8) tidak dapat mengaitkan bunyi huruf dengan lambang iaitu tidak dapat mengingat lambang mana yang harus ditulis untuk dipadankan dengan bunyi-bunyi tersebut 9) tidak dapat menyusun lambang tulisan supaya betul dan bersesuaian dengan bunyi-bunyinya agar menjadi perkataan yang beermakna 10) tidak dapat menulis dari kiri ke kanan dan juga tidak dapat menulis susunan huruf atau perkataan agar tidak terbalik kedudukannya. 11) Tidak dapat menyusun atau mengurus masa dan ruang mengikut susunannya. 12) Tidak dapat membuat koordinasi motor mata-tangan kiri kanan serta menumpukan perhatian 13) Sukar mengikuti latihan sukan yang kompleks 14) Peningkatan tumpuan kepada aktiviti pendengaran 15) Lebih tumpuan kepada aktiviti pendebgaran yang mana menutup kemahiran pandangan 16) Sukar belalar bahasa, ketidakseimbangan kebolehan intelektual 17) Tidak lancar membaca,menulis daya tumpuan yang lemah

3

Ciri-ciri Disleksia Kanak-kanak pra-sekolah : - Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan - Suka mengganti perkataan dan hiperaktif - Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah - Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari - Tidak merangkak semasa bayi - Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri - Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalanKanakkanak Ciri-ciri Disleksia Kanak-kanak Sekolah Rendah :

Umur 6 hingga 9 tahun - Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor - Menggunakan jari untuk mengira dan membaca - Keliru dengan kiri dan kanan - Tulisan cermin atau terbalik

Umur 9 hingga 12 tahun - Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman - Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan - Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks - Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang - Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah - Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa Sekolah Menengah : - Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten - Kesukaran menulis karangan - Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral - Kesukaran mempelajari bahasa lain - Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan - Jenis orang yang suka senyap - Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten - Kurang kemahiran bersosial

4

UJIAN DIAGNOSTIK Ujian diagnostic adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas atau uru disleksia mengesan punca dan kawasan kelemaan secara terperinci yang dihadapi oleh murid.

TUJUAN UJIAN DIAGNOSTIK 1. Membantu guru mengenalpasti secara khusus kelemahan dihadapi murid. 2. Membantu guru mengenalpasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran 3. Membantu guru mengenalpasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi murid 4. Membantu guru merancang sesuatu program secara khusus terhadap individu dan kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik 5. Membolehkan guru merancang, membina program serta bahan bantu mengajar yang bersesuaian mengikut tahap murid

Membina Ujian Diagnostik 1. Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan : 1.1.Objektif ujian 1.2.Kemahiran yang hendak diuji 1.3.Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan. 1.4.Siapa yang hendak diuji sasaran. 2. Ujian yang dirancang dengan teliti, cermat dan sempurna dapat memberikan penilaian yang lebih adil terhadap murid pemulihan. Oleh itu, borang JPU perlu disediakan.3. Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran. 4. Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebut hendaklah disusun dari senang ke susah. 5. Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih dahulu.

5

Pelaksanaan dan Panduan Mentadbir ujian diagnostik

1. Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti murid-murid yang dipilih mengikuti program pemulihan Bahasa Melayu. 2. Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa. 3. Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang paling tinggi pengetahuan, pemahaman, penggunaan, maka hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis. 4. Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang di uji itu didapati gagal menjawab semua item dengan betul dalam TIGA kemahiran berturut-turut. 5. Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan. 6. Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada guru untuk menyusun satu program pengajaran kepada murid tersebut. 7. Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenag dan selesa. 8. Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-keterangan atau data-data yang diberi cara mana murid belajar. 9. Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak tahu dan di manaa kesilapan mereka. 10. Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain.

Analisis ujian diagnostik1- Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan dalam borang analisis. 2- Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas kepada guru untuk merancang Rancangan Pengajaran Kumpulan (RPK)

6

UJIAN DIAGNOSTIK DISLEKSIA Ujian Diagnostik yang ditadbir dapat mengenalpasti dengan lebih terpeinci daerah-daerah kelemahan kanak-kanak dalam membaca, mengeja, menulis, dan masalah-masalah yang berkaitan dengan disleksia untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.

MODEL INKLUSIF Murid yang mengalami masalah disleksia ringan Hanya matapelajaran Bahasa Melayu di kelas khas manakala matapelajaran lain diinklusifkan di kelas normal Jika perlu murid akan belajar dalam kelas, sama ada dalam pelajaran bahasa melayu atau dalam matapelajaran lain Guru khas disleksia akan membantu guru kelas dari segi kerja bertulis.

MODEL KELAS KHAS Murid yang mengalami masalah disleksia teruk Huraian Sukatan Pelajaran yang diubah suai pendekatannya Menggunakan strategi khusus Menggunakan pelbagai bahan bantu belajar Hanya matapelajaran tertentu diinklusifkan

7

UJIAN-UJIAN BINAAN GURU Ujian yang dibina guru untuk menguji kefahaman, penguasaan, dan kemajuan murid dalam pelajaran Soalan digubal berdasarkan isi pelajaran yang disampaikan Dibina dalam bentuk objektif dan subjektif menggunakan kertas dan pensel Skema pemarkahan ditetapkan oleh guru dan kerja pemeriksaan diuruskan oleh guru.

UJIAN UJIAN LAIN YANG SESUAI Ujian Kertas dan Pensel Ujian objektif dan subjektif sesuai digunakan untuk mengukur prestasi dan kemajuan murid. Soalan objektif boleh disediakan dalam bentuk o o o o Betul/salah Melengkapkan ayat Padanan Aneka pilihan

Ujian subjektif dicadangkan dengan menggunakan jenis respons terhad kerana soalan jenis ini sesuai digunakan untuk mengesan kemajuan pembelajaran murid dalam masa singkat.

8

KAEDAH MENGAJAR BAHASA KEPADA KANAK-KANAK DISLEKSIA LISAN MENGEJA MEMBACA

LISAN Seorang guru yang hendak mengajar kemahiran lisan perlu mempunyai strategi pengajaran yang jelas. Guru perlu jelas tentang: Pendekatan yang digunakan Kaedah yang ingin digunakan bersesuaian dengan tajuk Teknik yang digunakan yang sesuai dgn pendekatan dan kaedah yang digunakan.

MENGEJA Murid-murid yang menghadapi masalah ejaan yang serius perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dan guru. Antara kaedah yang boleh digunakan ialah: Mengeja dengan kaedah fonetik Mengeja dengan kaedah abjad

Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang bersesuai dengan kanak-kanak, antaranya: Latihan megeja suku kata KV Latihan mengeja dua suku kata KV+KV Latihan mengeja tiga suku kata KV+KVK+KV dan KVK+KV+KV

MEMBACA Kaedah Pemulihan Bacaan dan Strategi Membantu kanak-kanak kearah membaca 1. Mengenal pasti kanak-kanak 2. Mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut 3. Susun strategi pemulihan 4. Perlaksanaan 5. Penilaian

9

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK KAEDAH POLYA KAEDAH NEWMAN

KAEDAH POLYA 1. Memahami dan mentafsir sesuatu masalah 2. Merancang strategi penyelesaian 3. Melaksana strategi penyelesaian 4. Menyemak semula penyelesaian

KAEDAH NEWMAN 1. Pembacaan 2. Pemahaman 3. Transformasi 4. Kemahiran proses 5. Pengenkodan

10