Author
aya-adam
View
174
Download
13
Embed Size (px)
PENGESANAN AWAL DISLEKSIA KANAK-KANAK PRASEKOLAH
PENGESANAN AWAL DISLEKSIA KANAK-KANAK PRASEKOLAH
Azmi bin Abu Bakar, Suraya bt. Bai
AbstrakKajian ini bertujuan mengenalpasti ciri-ciri disleksia yang terdapat dalam kalangan murid
prasekolah IPG Kampus Darulaman (IPDA). Kajian ini mengadaptasi instrument The Dyslexia
Early Screening Test (DEST) dan set Ujian Awal Pengesahan Disleksia (UAPD) yang
diubahsuai sebagai senarai semak untuk mengkaji kemahiran matematik, kemahiran bahasa
(lisan, bacaan dan tulisan), memori, pengetahuan, kemahiran motor halus dan deria persepsi.
Seramai 17 sampel murid prasekolah IPDA terlibat dalam kajian ini. Data kajian dianalisis
secara deskriptif menggunakan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan masalah ingatan
merupakan masalah utama dalam kalangan sampel dengan purata sebanyak 26.78%. Masalah
kemahiran menggabungkan bahasa lisan dan tulisan pula menyumbang sebanyak 23.52%.
Aspek kemahiran matematik yang berkaitan dengan nombor, membilang nombor dan
menentukan nilai nombor tidak menunjukkan masalah yang ketara dari segi penguasaan. Hasil
kajian menunjukkan perlunya dan pentingnya pengesanan dan intervensi awal simptom
disleksia di peringkat prasekolah. Pendedahan kepada guru mengenai simptom disleksia dan
perancangan cara menangani kesukaran yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia melalui
aktiviti yang bersesuaian hendaklah dilaksanakan supaya masalah penguasaan kemahiran 3M
ini tidak berlarutan apabila kanak-kanak memulakan persekolahan.
Abstract
This research meant to identify the characteristics of dyslexia in the preschool pupils at IPG
Kampus Darulaman (IPDA). This study adapts The Dyslexia Early Screening Test (DEST)
instrument and a set of Ujian Awal Pengesahan Disleksia (UAPD) which is modified as a check
list to examine mathematical proficiency, language proficiency (oral, reading and writing), recall
the memory, knowledge, fine motor skills and sensory perception. Sample, as 17 preschool
pupils of IPDA is involved in this study. The data was analyzed using descriptive study of
percentage. Study shows, acquired memories problems is a major problem in the sample with
the percentage of 26.78%. While the issue of combine spoken and written skills contributes as
much as 23.52%. Mathematical proficiency aspects related to the number, counting and specify
the value for number does not indicate a problem in terms of the mastery. The results of this
study indicate the needs of early intervention in early stage of dyslexia symptom primarily in
preschool ratings is important to alleviate the problems. Teacher’s exposure to the dyslexic
symptom and designing ways to handle the difficulties through appropriate activities should
carried out so that the issue can be minimize when a child begins school.
1. PENGENALAN
Kebiasaan seorang kanak-kanak yang normal yang berumur sekitar 5 atau 6 tahun, apabila
telah memasuki alam prasekolah, mereka sudah mampu untuk membaca suku kata yang
mudah, mampu mengikut arahan-arahan tertentu, mampu untuk membezakan bunyi-bunyian
yang mudah seperti perbezaan bunyi loceng atau tepukan tangan serta apa jua perkara yang
mampu dilakukan sebagai seorang kanak-kanak pra sekolah. Namun, jika seorang kanak-
kanak itu tidak mampu untuk melakukan perkara-perkara tersebut, kemungkinan kanak-kanak
tersebut menghidap disleksia.
1.1 Pendahuluan
1.1.1 Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Kementerian Pelajaran mendefinisikan kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah
kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai
mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh
dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut :
i. Kebolehan Kognitif
ii. Tingkahlaku Sosial / Perkembangan Sosial
iii. Penguasaaan Bahasa Lisan dan Pertuturan
iv. Penguasaan Membaca
v. Kemahiran Perkembangan(Developmental Skills)
vi. Kemahiran Matematik
vii. Daya Penglihatan
viii. Darjah Kebolehan Pendengaran
Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran memerlukan metodologi pengajaran yang
menggalakkan mereka berinteraksi dan bergantung kepada keupayaan guru bagi
mengenalpasti cara murid itu bertingkah laku. Kanak-Kanak ini juga sememangnya memberi
tekanan emosi kepada guru dan ini mencabar dari segi tingkah laku mereka . Guru yang
mengajar kanak-kanak ini perlu menggunakan pelbagai strategi yang efektif.
1.2 Latar Belakang
Murid disleksia merupakan sebahagian dari kategori murid bermasalah pembelajaran.
Mereka mengalami masalah dalam mengenal huruf iaitu semasa membaca. Jumlah murid yang
mengalami masalah ini di Malaysia masih belum diketahui. Mereka memerlukan bantuan
khusus atau program khusus yang sesuai dengan tahap masalah membaca yang mereka
hadapi. Murid disleksia ini tidakhanya terdapat dalam kalangan kanak-kanak, tetapi juga
terdapat dalam kalangan golongan dewasa.
Murid disleksia memerlukan program khas yang boleh menilai kebolehannya supaya
mereka dapat menerima pelajaran yang diajar sesuai dengan tahap penerimaan mereka. Hal ini
kerana mereka tidak mampu menyamai tingkat penguasaan sebagaimana murid normal.
Oleh itu, kajian ini akan menjelaskan mengenai pendidikan murid disleksia berkaitan
dengan hal-hal seperti berikut :
i. Pola program pendidikan murid disleksia dengan menggunakan program murid normal,
program pendidikan,murid disleksia menggunakan program murid normal yang telah
diubahsuaikan dan program pendidikan yang khusus untuk murid disleksia.
ii. Sistem pendidikan murid disleksia.
iii. Rancangan Pendidikan Individu.
2.0 Pernyataan Masalah
Disleksia bukanlah suatu konsep yang mudah untuk dijelaskan di mana kebanyakkan
penyelidik bersetuju bahwa disleksia bolehlah diterangkan sebagai keadaan seseorang yang
mengalami masalah membaca, menulis dan mengira yang agak serius. Masalah ini
kebiasannya berkait rapat dengan gangguan urat saraf. Kanak-kanak disleksia pada umumnya
adalah kanak-kanak normal tetapi mempunyai masalah yang berpunca dari kecelaruan pada
bahagian otaknya.
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan untuk menyelidik tahap kebolehpercayaan
pelajar prasekolah IPDA. Maklumat mengenai tahap kebolehpercayaan pelajar-pelajar
prasekolah ini dianggap penting bagi mengetahui sejauh manakah kebolehan mereka dalam
proses pembelajaran. Di samping itu, kita juga boleh mengenal pasti strategi-strategi
pengajaran yang lebih efektif dalam usaha untuk memperbaiki prestasi akademik di kalangan
pelajar-pelajar ini.
Menurut Mercer (1991), disleksia ialah ketidakupayaan yang teruk dalam membaca,
melibatkan kesukaran dalam kefahaman dan perhubungan antara bunyi-bunyi huruf. Menurut
Kementerian Pelajaran Malaysia pula, disleksia adalah masalah murid yang mempunyai
kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid biasa tetapi menghadapi kesukaran yang
tinggi dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengeja.
Selain masalah membaca dan mengeja, terdapat juga masalah sampingan yang lain
turut menyumbang kepada kesukaran dalam pembelajaran seseorang individu. Antaranya ialah
Disgrafia (Dysgraphia) yang melibatkan kesukaran menulis, Discalculia (Dyscalulia) yang
melibatkan kesukaran dalam pengajaran matematik dan masalah bahasa yang yang melibatkan
kesukaran mendengar dan bertutur. Masalah sampingan ini selalunya bertindihan antara satu
sama lain dan sukar untuk dikesan.
Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-
kanak disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah
berusaha bersungguh-sungguh. Mereka juga mempunyai keupayaan intelek yang normal dan
telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi. Masalah asasnya adalah
perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Mereka
mungkin mengalamikesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja dan mengira.
Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia dan kanak-kanak lelaki lebih
ramai bermasalah disleksia berbanding perempuan.
Antara ciri-ciri disleksia yang dapat dikenalpasti di peringkat pra sekolah
berkemungkinannya adalah lambat bertutur, mengalami kesukaran sebutan atau rima, sukar
menulis nama sendiri, sukar mengenal bentuk bentuk atau warna dan sukar memberitahu cerita
yang telah didengarinya.
Masalah yang berkaitan dengan murid disleksia ini berkaitan dengan kesilapan semasa
membaca huruf, perkataan atau nombor (bacaan terbalik), tidak dapat membezakan nombor
15 dengan 51 ,perkataan “was” menjadi “saw”, huruf “b” menjadi “d”. Mereka juga mengalami
kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan yang diberikan. Jika tidak dikenalpasti
dan dibantu di peringkat awal boleh menyebabkan gangguan emosi (kemurungan), masalah
tingkah laku (melawan, kecelaruan tingkah laku) dan rendah pencapaian akademik
(menyebabkan keciciran sekolah).
2.1 Objektif Kajian
i. Mengenalpasti ciri-ciri disleksia dalam kalangan murid prasekolah IPDA.
2.2 Soalan Kajian
i. Adakah terdapat ciri-ciri disleksia dalam kalangan murid prasekolah IPDA?
2.3 Kepentingan kajian
Kajian ini diharapkan dapat membantu guru prasekolah dalam mengenalpasti murid
bermasalah disleksia dan mengetahui tentang kepentingan mengenali simptom-simptom
disleksia dengan lebih jelas dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat
prasekolah.
Selain itu, hasil kajian ini juga dapat membantu guru-guru untuk mengkaji dan mengatasi
kelemahan serta kesilapan yang dilakukan oleh pelajar semasa menulis , mengeja serta dapat
membaca dengan baik.
Di samping itu, hasil kajian ini dapat membantu kanak-kanak prasekolah ini
mempertingkatkan lagi potensi pembelajaran mereka dengan
menggunakanpendekatan pelbagai deria seperti deria sentuhan dan deria pendengaran
melalui ritma atau bunyi perkataan dan huruf.
2.4 Batasan Kajian
Kajian ini hanya dijalankan di prasekolah IPDA. Segala maklumat dan data yang
diperolehi dari kajian adalah dari sumber soal selidik, senarai semak, temubual dan
pemerhatian. Kajian ini mempunyai batasan-batasan seperti berikut :
· Kajian ini terhad kepada hubungan antara kumpulan pelajar yang mengalami simptom
disleksia secara rawak.
· Pemilihan kumpulan sampel adalah secara rawak tanpa pertimbangan jantina dan umur.
2.5 Takrif Istilah
Bagi menjelaskan lagi kajian yang dijalankan ini, pengkaji akan mentakrifkan istilah-istilah
yang akan digunakan :
2.5.1 Simptom
Tanda-tanda yang dialami oleh seseorang individu yang tidak diketahui dan perlu
mendapat pengesahan dari pakar perubatan.
2.5.2 Disleksia
Ketidakupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman
dan perhubungan di antara bunyi-bunyi dan huruf-huruf.
2.5.3 Prasekolah
Murid yang berumur antara 5 - 6 hingga tahun, dipilih secara rawak tanpa pertimbangan
jantina dan bangsa.
2.6 Pola Program Pendidikan Murid Disleksia
Bagi memenuhi keperluan pendidikan murid disleksia maka beberapa bentuk program
alternatif dibentuk sesuai dengan kemampuan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia dengan
menggunakan kurikulum sekolah murid normal, menggunakan kurikulum sekolah murid normal
yang telah disesuaikan dan menggunakan kurikulum khusus. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa
kurikulum pendidikan yang diperuntukkan bagi murid disleksia ini fleksibel dan memiliki
alternatif yang pelbagai dan sesuai dengan keperluan mereka.
2.7 Menggunakan kurikulum sekolah biasa/normal.
Pengurusan pendidikan yang menyediakan program yang pelbagai memerlukan dana
yang banyak untuk persiapan dan perlaksanaannya. Pengguanan kurikulum pendidikan
bersama antara murid disleksia dan murid normal tidak menjadi masalah bagi mengembangkan
potensi murid disleksia, asalkan mereka mendapat perhatian khas sesuai dengan keperluan
mereka. Jadi pengembangan potensi murid disleksia yang menggunakan program pendidikan
murid normal tidak boleh diabaikan dengan pendidikan secara khusus.. Berdasarkan
penjelasan ini, maka halangan yang dihadapi pendidikan murid disleksia perlu ditiadakan.
Penggunaan kurikulum pendidikan bersama tersebut mempunyai beberapa masalah iaitu guru
tidak terlatih secara khusus serta tidak mampu menghadapi murid disleksia, dan murid
disleksia yang lambat menyesuaikan diri akan cepat merasa putus asa dan tertinggal dalam
pelajarannya.
2.8 Sistem Pendekatan Pendidikan Murid Disleksia
Pengurusan pendidikan murid disleksia dapat dilakukan dengan pelbagai pendekatan.
Misalnya melalui lawatan guru ke kelas-kelas khas , guru pembimbing dan kelas biasa. Jenis
pendekatan pendidikan bagi murid disleksia tersebut hendaklah bersesuaian dengan
perlaksanaanya kerana banyak bergantung pada keadaan dan keperluan murid disleksia,
sumber kewangan dan guru sebagai pelaksana program itu. Berikut adalah sistem pendekatan
pendidikan yang diterapkan .
2.8.1 Kelas Khas
Kelas Khas merujuk kepada sistem pentadbiran dan pelaksanaan pendidikan murid
disleksia bersama dengan murid normal. Pendekatan ini lebih baik kerana murid disleksia boleh
berinteraksi dengan murid normal dan tidak terbatas sesama mereka sahaja. Sistem ini juga
membolehkan mereka ini belajar bersama-sama murid normal bagi mata pelajaran pendidikan
jasmani sebagai contoh. Di samping itu kurikulum yang digunakan untuk murid disleksia ini
umumnya kurikulum sekolah biasa yang diubah bagi membolehkan murid disleksia ini
mengikutinya dan sesuai dengan keperluan dan keadaan mereka.
2.8.2 Ruang Sumber
Ruang sumber merujuk kepada pendekatan pendidikan murid disleksia di mana
perlaksanaan program pendidikannya bersama pendidikan murid normal menggunakan ruang
khusus sebagai tempat perunding. Mereka memerlukan layanan khusus dan tempat belajar
yang selesa.
2.8.3 Kelas Biasa
Kelas biasa merujuk pada pendekatan murid disleksia dan perlaksanaannya seiring
dengan pentadbiran pendidikan kanak-kanak normal dengan menggunakan khidmat guru
pembimbing yang khusus. Di Malaysia program ini telah diterapkan. Namun begitu
penekanannya amat lemah sekali dan inilah satu cabaran bagi pakar pendidikan khas di
Malaysia.
2.9 Teori/Model Kajian
Kanak-kanak khas dan bermasalah pembelajaran yang mereka hadapi untuk
membaca,menulis dan mengira berterusan ditemui oleh guru-guru khas. Belajar
membaca,menulis dan mengira dalam apa jua bahasa dianggap sebagai satu aktiviti manusia
yang sangat kompleks. Oleh sebab membaca, menulis dan mengira merupakan aktiviti yang
kompleks, pembelajaran mata pelajaran tersebut merupakan tugasan yang sukar bagi
kebanyakan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Tidak boleh
dinafikan bahawa ,kanak-kanak perlu mengembangkan kebolehan membaca, menulis dan
mengira sebagai bahagian penting kemahiran pembelajaran agar dapat berjaya dalam bidang
akademik.
2.10 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah kajian tinjauan dalam mengenalpasti kanak-kanak atau
pelajar yang mempunyai ciri-ciri disleksia. Dalam kajian ini telah melaksanakan pemerhatian
secara langsung ke atas sampel-sampel kajian dengan meliputi pemerhatian kemahiran,
pengetahuan dan tahap keupayaan mental dan fizikal bagi memperolehi dapatan kajian yang
lebih tepat. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif melalui instrument
kajian yang menghasilkan dapatan dalam bentuk numerik yang akan dihuraikan melalui
penulisan deskriptif.
Dalam proses mengenalpasti kanak-kanak bersimptom disleksia, terdapat dua kaedah
yang boleh dicadangkan (KPM 2001) iaitu secara ujian dan secara senarai semak. Kaedah
senarai semak bertujuan untuk mendapatkan butiran kelemahan murid jika tahap pencapaian
murid ketinggalan sebanyak dua tahun di belakang pencapaian rakan sebaya (Hammond,L &
Hughes,P. 1990). Bagi kaedah ujian seperti Ujian Kecerdasan (IQ), Ujian Bacaan dan Ujian
Saringan ianya mengandungi soalan-soalan pendek berkaitan masalah pembelajaran yang
dihadapi oleh murid dan Ujian Komprehensif yang mengandungi aktiviti bacaan, ejaan, lukisan,
matematik dan kecerdasan, penglibatan, literasi, urutan dan yang berkaitan.
3.0 Analisis Data
Penganalisaan data dilakukan dengan penjumlahan keputusan subujian secara manual
mengikut borang-borang tersedia dalam pakej ujian. Data-data dari rekod subujian akan
dianalisis untuk pengiraan indeks. Data yang telah diklasifikasikan indeksnya akan dirumuskan
dalam borang keputusan ujian yang akan menunjukkan kadar pencapaian setiap ujian dengan
jelas melalui paparan graf yang mudah untuk diinterpretasikan bagi pencapaian setiap individu
untuk tujuan tindakan perancangan pengajaran dan pembelajaran. Penganalisaan data juga
dibuat menggunakan kaedah peratusan. Statistik deskriptif akan digunakan bagi menerangkan
kadar bilangan kanak-kanak yang didapati mempunyai simptom disleksia dalam frekuensi
peratusan.
3.1 Dapatan Kajian
Data yang diperolehi adalah berdasarkan senarai semak yang dijalankan melalui
pemerhatian, perbincangan, temubual dan pemerhatian hasil kerja kanak-kanak. Senarai
semak berkaitan ialah Senarai Semak Disleksia, Borang Pemerhatian Disleksia Kanak-Kanak
Prasekolah, Senarai Semak Lambat Kematangan dan Senarai Semak Ujian Diagnostik
(Menulis). Senarai semak-senarai semak ini mengandungi beberapa subtopik yang memberi
fokus kepada simptom-simpton yang berkaitan dengan disleksia dalam kalangan kanak-kanak.
3.2 Senarai Semak Disleksia
Melalui Senarai Semak Disleksia terdapat beberapa subtopik yang diperhatikan untuk
menentukan ciri-ciri disleksia kanak-kanak. Diantaranya ialah masalah ingatan, masalah
pertuturan dan fonologikal, masalah menggabungkan bahasa lisan dan bahasa bertulis,
masalah tumpuan, dan masalah visual motor. Dapatan data adalah seperti jadual di bawah.
3.2.1 Masalah ingatan
Kemahiran
Bilangan
tidak
menguasai
Peratus (%)
1 Sukar mengingati arahan 4 23.52
2Masalah mempelajari kemahiran bahasa yang asas
seperti abjad dan bunyi.4 23.52
3 Sukar mengingati perkataan yang bari dibaca. 4 23.52
4Masalah mempelajari sesuatu yang melibatkan
urutan.2 11.76
5Sukar mengingati ejaan sesuatu perkataan untuk
tempoh lama.2 11.76
6Keliru dengan urutan huruf dan digit seperti 13 dan
31.3 17.64
7 Masalah matematik mengira dengan jari. 10 58.82
8 Menyalin dengan tidak tepat. 4 23.52
9 Kesalahan ejaan yang sama dan berulangan. 4 23.52
Jadual 1 Masalah Ingatan
Beberapa item penguasaan kemahiran dirujuk terhadap kanak-kanak berdasarkan
jadual di atas. Secara keseluruhannya sebanyak 24.17% dari kanak-kanak pra sekolah
mengalami masalah ingatan. Masalah ketara yang dapat dilihat ialah penguasaan dalam
kemahiran membilang menggunakan jari di mana 10 orang kanak-kanak iaitu 58.82% tidak
menguasai kemahiran tersebut.
3.2.2 Masalah pertuturan dan fonologikal
Kemahiran
Bilangan
tidak
menguasai
Peratus (%)
1Susah mendapat perkataan yang sesuai semasa
bercakap.2 11.76
2 Masalah menyebut perkataan yang panjang 2 11.76
3 Masalah menyebut perkatan bergabung. 2 11.76
4 Masalah mengenal pasti dan membaca ‘rhymes’. 2 11.76
5Masalah mengenal pasti dan membaca perkataan
yang bermula dengan sukukata yang hampir sama.2 11.76
6 Masalah mempelajari fonik. 2 11.76
7 Lewat menguasai kemahiran bertutur. 2 11.76
8 Masalah struktur bahasa dalam penulisan 2 11.76
Jadual 2 Masalah pertuturan dan fonologikal
Melalui pemerhatian penguasaan pertuturan dan fonologikal, secara keseluruhannya,
terdapat 2 orang kanak-kanak yang tidak menguasai semua kemahiran yang diuji. Jumlah ini
mewakili 11.76% dari jumlah keseluruhan kanak-kanak yang dikaji.
3.2.3 Masalah menggabungkan bahasa lisan dan bahasa bertulis.
Kemahiran
Bilangan
tidak
menguasai
Peratus (%)
1Lambat untuk mendapat perkaitan antara bunyi dan
huruf.4 23.52
2Mampu mengeja sesuatu perkataan secara lisan
tetapi tidak dapat menuliskan perkataan tersebut.4 23.52
3 Sukar menyampaikan idea secara bertulis. 4 23.52
4
Sukar menyampaikan ideanya secara bertulis
Terlangkau atau terlebih perkataan dalam
penulisannya .
4 23.52
5 Membaca perkataan yang tidak ada pada buku 4 23.52
6Pembacaan yang kurang kelancaran dan kelajuan
yang tidak sesuai.4 23.52
Jadual 3 Masalah menggabungkan bahasa lisan dan bahasa bertulis.
Pemerhatian yang dijalankan berkaitan kemahiran menggabungkan bahasa lisan dan
bahasa bertulis menunjukan secara keseluruhannya terdapat sebilangan 23.52% kanak-kanak
yang tidak menguasai kemahiran ini. Purata seramai 4 orang kanak-kanak didapati tidak
menguasai keseluruhan kemahiran yang diperhatikan.
3.2.4 Masalah tumpuan
Kemahiran
Bilangan
tidak
menguasai
Peratus (%)
1 Selalu berkhayal atau berangan dalam kelas. 1 5.88
2 Senang tertarik kepada ransangan lain. 2 11.76
3 Didiagnostic bermasalah ADHD. 0 0
4 Tidak boleh duduk diam,selalu merengek. 1 5.88
5
Bertindak mengikut gerak hati, membuta tuli
(impulsive),selalu bergerak tanpa berfikir dan
menjerit dalam kelas.
1 5.88
6 Melakukan banyak kesilapan yang cuai. 1 5.88
7Hanya boleh bertumpu pada pembacaan untuk
jangka masa yang pendek.4 23.52
8Organisasi diri yang lemah, selalu lupa di mana
letaknya sesuatu.4 23.52
Jadual 4 Masalah tumpuan
Sebanyak lapan item diperhatikan dalam penguasaan tumpuan. Melalui pemerhatian
yang dijalankan terdapat sebilangan 10.97% kanak-kanak tidak menguasai atau kurang
memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Kebanyakan
kanak-kanak ini hanya dapat memberi tumpuan singkat sepanjang proses atau aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
3.2.5 Masalah visual motor
Kemahiran
Bilangan
tidak
menguasai
Peratus (%)
1Lambat menguasai kemahiran menulis berbanding
kanak-kanak lain.4 23.52
2Hasil kerja yang lemah, tidak kemas, comot dan
gaya menulis yang tidak sesuai. 4 23.52
3 Keliru dengan huruf kecil dan huruf besar. 4 23.52
4 Lambat menghabiskan kerja sekolah. 4 23.52
5Koordinasi fizikal yang lemah dan pergerakan yang
kekok.4 23.52
6 Hilang baris semasa membaca. 4 23.52
7Menulis huruf dan nombor secara terbalik,contohnya
“b” dan “d”.4 23.52
8Tidak suka bermain “puzzle” dan melukis semasa
peringkat awal kanak-kanak. 2 11.76
9 Tangan mudah menjadi letih. 2 11.76
10Postur yang tidak betul dan tidak stabil semasa
bekerja di meja atau duduk di lantai. 2 11.76
Jadual 5 Masalah visual motor
Pemerhatian penguasaan kemahiran visual motor menunjukkan 19.99% kanak-kanak
prasekolah tidak menguasai kemahiran ini. Keseluruhannya terdapat seramai 4 orang kanak-
kanak yang menunjukkan kurang penguasaan visual motor melalui pemerhatian hasil kerja,
koordinasi dan postur fizikal yang ditunjukkan.
3.3 Pemerhatian Disleksia Kanak-Kanak Prasekolah (Bahasa)
3.3.1 Masalah Bacaan
Kemahiran Bilangan
tidak
Peratus (%)
menguasai
1 Bacaan yang lemah. 2 11.76
2 Tidak tahu intonasi yang betul. 2 11.76
3 Sebutan yang tidak betul. 2 11.76
4 Bacaan dengan tiada perasaan. 2 11.76
5 Lemah dalam kefahaman. 2 11.76
6
Tertinggal perkataan bila membaca atau
menambahkan perkataan. 2 11.76
7Gagal untuk mengenali perkataan biasa.
2 11.76
8Gagal untuk memahami apa yang dibaca.
2 11.76
Jadual 6 Masalah Bacaan
Pemerhatian berkaitan kemahiran bacaan menunjukkan terdapat 2 orang kanak-kanak
tidak menguasai kemahiran bacaan dengan baik. Bilangan ini membawa kepada 11.76% dari
jumlah keseluruhan mereka. Sebanyak 8 item kemahiran yang diperhatikan dalam kemahiran
ini.
3.3.2 Masalah tulisan
Kemahiran
Bilangan
tidak
menguasai
Peratus (%)
1Lambat menyalin
2 11.76
2Penat bila banyak menulis.
2 11.76
3Kesilapan ejaan yang banyak dalam rencana.
2 11.76
4 Kerja tulis lemah banding dengan lisan. 2 11.76
5Tulisan kotor ( potong sana-sini)
2 11.76
6Keliru dengan huruf seakan-akan b/d , p/g, p/q.
4 23.52
7Mengeja perkataan dengan pelbagai cara.
2 11.76
8 Tulisan tidak mengikut garisan. 4 23.52
9 Tidak ada tanda bacaan. 4 23.52
10Huruf besar/kecil permulaan ayat, nama am/khas.
4 23.52
11Cara memegang pensil yang tidak betul.
0 0
Jadual 7 Masalah tulisan
Kemahiran menulis pula menunjukkan pencapaian 83.58% kanak-kanak menguasai
kemahiran dengan baik. Ini menunjukkan sebilangan 16.42% kanak-kanak kurang menguasai
kemahiran ini berdasarkan 11 item yang diperhatikan.
3.3.3 Masalah nombor
Kemahiran
Bilangan
tidak
menguasai
Peratus (%)
1Keliru dengan nombor.
2 11.76
2Keliru dengan symbol + atau -.
2 11.76
3
Susah dalam mengingati perkara yang berturutan
seperti hari, bulan, tahun, abc dan sebagainya. 2 11.76
4Sifir 2 hingga 10
2 11.76
Jadual 8 Masalah nombor
Penguasaan kemahiran nombor menunjukkan hanya 2 orang kanak-kanak tidak
menguasai dengan baik. Secara keseluruhan bilangan ini menunjukkan nilai 11.76% dari jumlah
keseluruhan kanak-kanak prasekolah yang dikaji.
3.3.4 Masalah mengenal masa
Kemahiran
Bilangan
tidak
menguasai
Peratus (%)
1Susah dalam memberitahu masa.
4 23.52
2Tidak pandai mengawal masa.
4 23.52
3Organisasi dan pengurusan diri yang lemah.
4 23.52
4
Susah untuk mengingati tarikh lahir dan tarikh
penting. 4 23.52
5Konsep yang lemah.
4 23.52
Jadual 9 Masalah mengenal masa
Sebanyak 5 item yang berkaitan dengan kemahiran mengenal masa digunakan dalam
senarai semak ini. Penguasaan kemahiran berkaitan masa menunjukkan seramai 4 orang murid
masih belum menguasainya dengan baik. Bilangan ini merupakan 23.52% dari jumlah semua
kanak-kanak yang diperhatikan.
Graf di bawah menunjukkan keseluruhan data berkaitan pemerhatian simptom disleksia kanak-
kanak prasekolah.
Rajah 2 Graf pemerhatian Disleksia kanak-kanak prasekolah(bahasa)
3.4 Senarai Semak Lambat Kematangan
3.4.1 Masalah Main dan Rekreasi
Kemahiran
Bilangan
tidak
menguasai
Peratus (%)
1Lebih suka bermain dengan kanak-kanak yang lebih
muda 1 5.88
2
Lebih suka bermain mainan aktiviti yang biasanya
diminati oleh kanak-kanak yang lebih
muda
1 5.88
3
Masih menikmati rancangan TV yang diminati
semasa peringkat yang sangat
kecil
1 5.88
4Gurauan yang mirip kepada kanak-kanak yang lebih
kecil 1 5.88
5
Berada pada peringkat main khayalan dan
imaginative (main peranan) untuk masa yang
panjang berbanding kanak-kanak lain
1 5.88
6
Takut pada cerita serta wayang gambar yang
seram berbanding dengan kanak-kanak
sebaya.
1 5.88
Jadual 10 Masalah Main dan Rekreasi
Pemerhatian seterusnya yang dijalankan adalah berkaitan senarai semak lambat
kematangan. Terdapat 5 subtopik yang diperhatikan dalam kajian yang berkaitan aspek
kematangan ini. Dalam pemerhatian yang dijalankan berkaitan kemahiran berinteraksi sosial
iaitu bermain dan rekreasi, hanya seorang murid sahaja yang kurang menguasai item-item yang
diperhatikan. Jumlah ini mewakili sebanyak 5.88% dari jumlah keseluruhan kanak-kanak
prasekolah yang dikaji.
3.4.2 Masalah Ketidakmatangan Sosial
Kemahiran
Bilangan
tidak
menguasai
Peratus (%)
1Takut dan tidak mengambil inisiatif berkenalan
dengan rakan baru yang sebaya.1 5.88
2Tidak dapat memulakan sesuatu permainan
dengan rakan sebaya.1 5.88
3Tidak menyertai rakan sebaya kecuali dijemput atau
diberi galakan.1 5.88
4Meminta bantuan orang dewasa untuk
menyelesaikan masalah kecil dengan kawan lain.1 5.88
5Senang mempercayai orang lain dan lebih
menyenangi dipimpin.1 5.88
6
Sering menangis apabila berhadapan dengan
masalah.
1 5.88
7Tidak pandai mengawal tingkah laku sendiri.
1 5.88
8
Bercakap dan bertingkah laku yang tidak sesuai
untuk peringkat umurnya. 1 5.88
Jadual 11 Masalah Ketidakmatangan Sosial
Pemerhatian berkaitan kematangan sosial menunjukkan hanya seorang kanak-kanak
prasekolah sahaja yang belum mengusai item-item yang diperhatikan berbanding rakan-rakan
yang lain. Oleh itu bilangan ini hanya mewakili 5.88% dari keseluruhan kanak-kanak yang dikaji.
3.4.3 Masalah Tumpuan Lemah
Kemahiran
Bilangan
tidak
menguasai
Peratus (%)
1 Tumpuan yang lemah berbanding kanak-kanak 2 11.76
dalam kumpulan umur yang sama.
2Sukar member komitmen kepada kerja yang
tertentu, lebih suka bermain.2 11.76
3 Sukar duduk diam, selalu bergerak. 2 11.76
Jadual 12 Masalah Tumpuan Lemah
Pemerhatian berkaitan masalah tumpuan hanya melibatkan tiga item. Hasil pemerhatian
mendapati hanya 2 orang kanak-kanak prasekolah sahaja yang kurang memberi tumpuan
sepenuhnya dalam aktiviti dan proses pengajaran dan pembelajaran. Bilangan ini mewakili
11.76% dari jumlah keseluruhan kanak-kanak yang diperhatikan.
3.4.4 Masalah Ketidakmatangan Akademik
Kemahiran
Bilangan
tidak
menguasai
Peratus (%)
1
Tidak dapat setanding dengan kanak-kanak lain
dalam bahasa, sperti kemahiran membaca, mengeja
dan menulis.
2 11.76
2Tidak dapat standing dengan kanak-kanak lain
dalam matematik.2 11.76
3 Tidak meminta bantuan apabila diperlukan. 2 11.76
4 Hasil kerja, tulisan yang tidak matang. 2 11.76
5 Tidak boleh belajar atas inisiatif sendiri. 2 11.76
Jadual 13 Masalah Ketidakmatangan Akademik
Kematangan akademik merupakan salah satu aspek yang dinilai dalam kajian ini.
Terdapat lima item yang diperhatikan berkaitan kematangan akademik. Dapatan menunjukkan
terdapat 2 orang kanak-kanak prasekolah yang masih lagi kurang menguasai tahap yang
sepatutnya dikuasai di peringkat prasekolah dengan peratusan sebanyak 11.76%.
3.4.5 Masalah Ketidakmatangan Bahasa
Kemahiran
Bilangan
tidak
menguasai
Peratus (%)
1 Pertuturan yang tidak matang. 2 11.76
2Kadang-kadang menggunakan bahasa seperti
kanak-kanak kecil( “wee wee”).2 11.76
3Kosa kata dan pengetahuan am tidak mencukupi
berbanding kanak-kanak sebaya. 2 11.76
4 Bercakap pada peringkat umur yang lebih lewat. 2 11.76
Jadual 14 Masalah Ketidakmatangan Bahasa
Kemahiran penguasaan berbahasa yang diperhatikan, mendapati terdapat 2 orang
kanak-kanak masih belum menguasai kemahiran ini berbanding rakan-rakan mereka yang lain.
Jumlah peratusan yang masih tidak menguasainya ialah 11.76%.
3.5 Senarai Semak Matematik
3.5.1 Masalah Menamakan Nombor
Kemahiran
Bilangan
tidak
menguasai
Peratus (%)
1Mengenal angka 0-5 (menyebut)
0 0
2
Menayangkan kad imbasan secara rawak, murid
sebut 0 – 5.(menamakan) 1 5.88
Jadual 15 Masalah Menamakan Nombor
Dalam kemahiran matematik terdapat beberapa aspek yang diperhatikan. Diantaranya ialah
menamakan nombor. Pemerhatian yang dibuat berkaitan kemahiran ini menunjukkan hanya
seorang kanak-kanak masih belum menguasainya dengan peratusan sebanyak 5.88%.
3.5.2 Masalah Membilang Objek 1-10
Kemahiran
Bilangan
tidak
menguasai
Peratus (%)
1
Bilang tertib menaik dan menurun.
Membilang objek satu-satu 1 – 10. 0 0
2
Penekanan diberikan kepada langkauan genap dan
ganjil seperti :
2, 4, 6, 8.... 1, 3, 5, 7………..
2 11.76
3
Menyuruh murid membilang nombor sambil menaiki
tangga. 0 0
Jadual 16 Masalah Membilang Objek 1-10
Dalam kemahiran membilang, hanya 2 orang kanak-kanak masih belum menguasai
kemahiran membilang secara gandaan dua-dua atau tiga-tiga. Dua lagi item yang dinilai dalam
aspek ini menunjukkan penguasaan 100% kanak-kanak prasekolah.
3.5.3 Masalah Rangkaian Nombor
Kemahiran
Bilangan
tidak
menguasai
Peratus (%)
1Melengkapkan rangkaian nombor (1- 10)
2 11.76
2 Nombor mempunyai kuantiti 1 – 10 2 11.76
3 Memadankan beberapa benda maujud dengan kad 2 11.76
nombor yang sama nilai.
Jadual 17 Masalah Rangkaian Nombor
Kemahiran membilang rangkaian nombor juga dinilai dalam kajian ini. Dapatan
menunjukkan seramai 2 orang kanak-kanak masih belum menguasainya dengan baik.
4.0 Rumusan
Bahagian ini membincangkan keputusan yang diperolehi melalui kajian. Perbincangan
dalam bahagian ini ialah mengenai hasil atau dapatan kajian yang dijalankan. Secara
umumnya, perbincangan kajian ini dibahagikan kepada perbincangan dan rumusan hasil
kajian.
4.1 Perbincangan hasil kajian
Pengesanan awal risiko disleksia ini mengandungi 4 ujian utama yang menguji pelbagai
kemahiran. Ujian atau pemerhatian yang dijalankan adalah merujuk kepada senarai semak
disleksia (umum), pemerhatian disleksia kanak-kanak prasekolah (bahasa), senarai semak
kematangan dan senarai semak matematik. Setiap ujian ini mengandungi beberapa item yang
diperhatikan untuk menilai simptom disleksia yang mungkin ada pada kanak-kanak-kanak
prasekolah dalam kajian yang dijalankan.
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan melalui senarai semak disleksia, keupayaan
ingatan dan kemahiran menggabungkan bahasa lisan dan bertulis merupakan masalah utama
yang di hadapi oleh kanak-kanak prasekolah tersebut. Berhubung dengan masalah ingatan juga
seramai 10 orang kanak-kanak prasekolah masih tidak menguasai kemahiran membilang
menggunakan jari. Pemerhatian mengenai kemahiran menggabungkan bahasa lisan dan
bahasa bertulis mendapati seramai 4 orang kanak-kanak tidak menguasai kesemua enam item
yang diperhatikan. Kesemua kanak-kanak ini mampu bertutur dengan baik dan lancar, namun
apabila diminta untuk melahirkan idea atau jawapan secara bertulis, mereka mengalami sedikit
kesukaran untuk melakukannya.
Melalui pemerhatian ciri-ciri disleksia kanak-kanak prasekolah di dalam aspek bahasa,
terdapat seramai 4 orang kanak-kanak keseluruhannya yang masih tidak dapat menguruskan
masa atau menguasai kemahiran berkaitan masa dengan baik. mereka juga didapati sukar
untuk mengingati tarikh serta sukar untuk memberitahu waktu dalam jam. Dalam penulisan
yang berkaitan dengan nombor, kanak-kanak ini juga didapati mengalami kesukaran.
Senarai semak ketiga yang diperhatikan ialah senarai semak mengenai kematangan
kanak-kanak. Hasil pemerhatian menerusi senarai semak menunjukkan terdapat beberapa
aspek yang kurang dikuasai oleh kanak-kanak. Di antaranya ialah aspek tumpuan, kematangan
akademik dan kematangan bahasa. Ketiga-tiga aspek ini menunjukkan sebilangan 11.76%
kana-kanak masih belum menguasai kemahiran ini. Namun begitu, untuk aspek kematangan
sosial hanya seorang kanak-kanak sahaja yang didapati masih belum dapat menguasai
kemahiran bersosialisasi dengan baik.
Senarai semak keempat yang diperhatikan ialah senarai semak kemahiran matematik.
Melalui senarai semak ini didapti seramai 2 orang kanak-kanak masih gagal menguasai dengan
baik kebanyakan item yang diperhatikan. Kemahiran membilang rangkaian nombor dan
membilang objek merupakan dua masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak ini
berbanding kemahiran menamakan nombor.
4.2 Rumusan perbincangan
Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati kanak-kanak prasekolah di IPG
Kampus Darulaman boleh dikatakan tidak mengalami risiko simptom disleksia yang tinggi.
Kegagalan sebilangan kecil mereka menguasai kemahiran yang diperhatikan melalui senarai
semak mungkin bersifat sementara.
Oleh itu bagi memastikan kanak-kanak ini mampu menguasai kemahiran dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, mereka perlu diberi latihan, sokongan dan
galakan yang berterusan. Guru perlu berusaha menerusi pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik untuk memastikan
mereka berminat melakukan aktiviti yang memerlukan penumpuan yang tinggi (menulis,
melukis, membaca). Aktiviti-aktiviti yang menarik dan mudah diterima adalah alternatif atau
penambahbaikan kepada cara pelaksanaan semasa. Cara ini dapat membantu mereka lebih
berminat dan fokus terhadap pembelajaran seperti menulis, membaca dan sebagainya.
5.0 Kesimpulan
Bab ini menerangkan rumusan hasil yang diperolehi. Terdapat dua perkara utama yang
dibincangkan dalam bab ini iaitu rumusan kajian yang merangkumi bab 1 hingga bab 4 dan
bahagian yang kedua merangkumi implikasi, masalah, limitasi, pendapat dan pandangan
pengkaji terhadap hasil kajian yang diterangkan dalam bahagian ini.
5.1 Rumusan Kajian
Seperti yang diketahui, disleksia merupakan masalah dalam pembelajaran. Disleksia
adalah masalah kurang kemampuan dari segi pembelajaran menyebabkan mereka bermasalah
untuk membaca, mengeja dan memahami. Ia bukan masalah intelektual kerana dari segi IQ
mereka bijak tetapi ketidakupayaan membezakan huruf, nombor, menterjemahkan bunyi dan
visual dalam penulisan menyebabkan mereka gagal untuk belajar. Disleksia sebenarnya
berpunca daripada perbezaan otak memproses bahasa penulisan dengan bahasa pertuturan.
Dipercayai sistem neurologi yang tidak berfungsi dengan betul menyebabkan gangguan pada
struktur otak.
Jika dahulu, masyarakat kurang diberi pendedahan mengenainya, namun sekarang ia
semakin mendapat perhatian oleh pelbagai pihak. Media-media elektronik dan media cetak
turut menyumbang dalam memberi maklumat mengenai disleksia. Para ibu bapa juga turut
memberi perhatia tentang masalah pembelajaran ini.
Kajian mengenai simptom disleksia ini amat penting dalam mengesan masalah disleksia
pada peringkat awal. Mengesan disleksia pada peringkat awal sangat membantu dalam
menentukan strategi yang sesuai. Strategi yang sesuai ini akan memberi peluang kepada
kanak-kanak yang menghidap disleksia untuk lebih berjaya dalam kehidupan seperti insan
normal lain. Kewujudan persatuan-persatuan yang berkaitan seperti Persatuan Disleksia
Malaysia telah memberi ruang kepada kanak-kanak yang menghidap disleksia agar mempunyai
masa depan yang lebih berjaya dan mampu untuk berdikari dengan sendirinya.
5.2 Implikasi kajian
Melalui kajian ini pelbagai pihak semakin sedar akan tanggungjawab dan peranan
mereka untuk membantu kanak-kanak yang mempunyai risiko disleksia agar dapat menangani
masalah yang dihadapi. Hal ini seterusnya membantu kanak-kanak untuk menguasai proses
pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Akhirnya akan membentuk generasi akan datang
yang tinggi pengetahuan dan menjadi pelapis negara yang cemerlang.
Keputusan kajian telah mendapati sindrom disleksia tidak dihadapi semua kanak-kanak
prasekolah, namun begitu terdapat beberapa peratus kanak-kanak yang menghadapinya harus
diberikan bantuan dan sokongan. Oleh itu senarai semak pengesanan awal yang digunakan
untuk mengenalpasti ciri-ciri disleksia boleh diaplikasi dalam ujian seterusnya. Dengan
pengenalpastian ini, langkah-langkah pada peringkat awal dapat dilakukan bagi membentuk
kanak-kanak yang menguasai pembelajaran dan pengajaran yang diberikan.
RUJUKAN
Abd.Rahim bin Talib (2007),HSBL1103 Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak
Masalah Pembelajaran.Fakulti Pendidikan dan Bahasa,Open Universiti
Malaysia (OUM),Meteor Doc.Sdn.Bhd.
Bold, 2000. Disleksia : kit penerangan asas. Pulau Pinang : Bureau on Learning.
Chua Tee Tee,Koh Boh Boon (1992),Pendidikan Khas dan Pemulihan-Bacaan
Asas,Dewan Bahasa dan pustaka,Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala
Lumpur.
Hammond, L & Hughes, P.1990. When bright kids fail:how to help children overcome
specific learning difficulties. Australia : Simon and Schuster.
Jamila K.A Mohamed.(2006).Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa.PTS Profesional
Publishing Sdn.Bhd.Kuala Lumpur.
Mohd.Sharani Ahmad(2004),Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar, PTS
Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Musa Abdul Wahab. 2002. Tinjauan Ciri-Ciri Disleksia Di Kalangan Murid-Murid
Pemulihan di Zon Pudu, Wilayah Persekutuan. Latihan Ilmiah. Universiti
Kebangsaan Malaysia.