Penilaian Kanak-Kanak Disleksia

Embed Size (px)

Citation preview

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

Tajuk 3

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK DISLEKSIA

Sinopsis Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep pengurusan tingkah laku, faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku, kesan salah laku terhadap pembelajaran dan kepentingan pengurusan tingkah laku di kalangan murid-murid berkeperluan khas.

Hasil Pembelajaran 1. 2. 3. Memahami definisi dan konsep berkaitan dengan pentaksiran dan penilaian kanak-kanak disleksia. Menjelaskan kepentingan pentaksiran dan penilaian bagi mengenalpasti kanak-kanak yang mempunyai masalah disleksia Mengenal pasti bentuk-benmtuk ujian pengenalpastian/saringan serta ujian diagnostik yang boleh dijalankan oleh guru-guru mata pelajaran atau guruguru yang dilantik khas.

3.1

Pengenalan

25

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

Pentaksiran bermaksud memperoleh maklumat dengan cara yang objektif dan bersistem. Banyak perkara yang dijalankan dalam bilik darjah dapat dikategorikan sebagai pengujian. contohnya, ramai guru meminta murid-muridnya mengisi maklumat peribadi dalam suatu borang itu, antara perkara yang mungkin ditanya ialah hobi murid dan sebabnya mereka berminat dengan hobi itu. Persoalan seperti itu boleh dikategorikan sebagai pentaksairan. Pentaksiran biasanya melibatkan pengukuran. Pengukuran tidak semestinya melibatkan maklumat yang diperolehi dalam bentuk nombor. Menurut Stevens (1951), pengukuran ialah pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut kriteria tertentu dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan. Ringkasnya, pengukuran merupakan cara menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang diperoleh dengan ringkas dan mudah. 3.2 Kepentingan Pentaksiran dan Penilaian

Menurut Pierangelo & Giuliani (2006), pentaksiran adalah merujuk kepada pembangunan kemahiran-kemahiran yang memasukkan satu pengetahuan kerja bagi komponen-komponen berikut bagi proses penilaian yang teratur bagi menentukan jenis kecatatan yang sesuai : a. Koleksi (Collection) Merupakan koleksi penyurihan dan pengumpulan maklumat daripada puncapunca yang memberi maklumat daripada seseorang pelajar seperti maklumat latar belakang pelajar, rekod sekolah, pemerhatian, penglibatan ibu bapa dan laporan guru. b. Analisis (Annalysis) Pemerosesan dan pemahaman mengenai bentuk pendidikan pelajar, sosial, perkembangan, persekitaran, perubatan dan sejarah emosi. c. Penilaian (Evaluation)

26

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

Merujuk kepada penilaian pelajar, intelektual, psikologikal, emosi, persepsi, bahasa, kognitif dan sejarah perubatan bagi menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar. d. e. Keazaman (Determination) Untuk mengetahui ketidakupayaan dan kriteria pengetahuan setiap kategori. Syor/cadangan (Recommendation) Mencadangkan penempatan dan program bagi keperluan pelajar dari segi sekolah, guru dan penglibatan ibu bapa Tujuan pentaksiran merujuk kepada Pierangelo & Giuliani (2006), menyatakan bahawa pentaksiran dalam pendidikan mempunyai 5 tujuan iaitu : a. b. c. d. e. Pemeriksaan dan Pengenalpastian (Screening and Identification) Kelayakan dan Diagnosis (Eligibility and Diagnosis) Penempatan Placement) Perancangan Pengajaran (Instructional Planning) Penilaian (Evaluation) dan Perkembangan RPI (IEP Development and

3.2.1 Pengenalpastian masalah Murid-murid yang dikenal pasti mempunyai masalah pembelajaran khusus akan melalui proses pengenalpastian oleh guru-guru yang dilantik khas dalam bidang disleksia ataupun guru-guru mata pelajaran : a. Murid-murid dikenalpasti oleh guru kelas atau guru subjek. Mereka terdiri daripada murid-murid yang gagal dalam PKSR 1 setelah mengikuti pendidikan di arus perdana selama enam bulan. 3.2.2 Penempatan

27

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

Penempatan murid-murid yang dikenal pasti bermasalah dalam pembelajaran disleksia dikenal pasti melalui : a. b. c. Mereka di hantar ke kelas pemulihan khas selama empat bulan bagi mengikuti program tersebut dan melepasi ujian mode yang dijalankan. Sekiranya murid itu melepasi ujian mode yang diberikan oleh guru pemulihan, dia akan dirujuk kepada guru program disleksia. Guru program disleksia akan mengeluarkan satu salinan borang ISD (Instrumen Senarai Semak Disleksia) yang perlu diberikan kepada guru kelas untuk dibincang bersama guru subjek lain dan guru pemulihan. d. Borang ISD yang telah lengkap diisi akan dikembalikan kepada guru program disleksia untuk dinilai mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. e. Borang ISD beserta rumusan yang lengkap akan diserahkan kepada Penyelaras Pendidikan Khas dan Guru Besar, untuk diserahkan kepada ibu bapa atau penjaga murid tersebut bagi mendapatkan pengesahan pengamal perubatan (iaitu dari Institut Pediatrik). f. Sementara menunggu pengesahan doktor, murid tersebut akan diberi Ujian Diagnostik oleh guru program disleksia bagi mengenalpasti kelemahan dan kekuatannya dalam akademik. Selain dari itu dia mengikuti sesi pelajaran di kelas biasa. g. Setelah murid itu disahkan sebagai disleksik ia akan terus mengikuti program disleksia. Jika bukan, ia akan dihantar ke kelas yang sepatutnya. 3.2.3 Pemilihan strategi pemulihan Untuk melaksana P&P, guru-guru boleh mempelbagaikan strategi pemulihan. 3.3 Ujian-ujian Pengenalpastian / Saringan28

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

Untuk memastikan murid-murid yang dikenal pasti mempunyai masalah disleksia maka satu bentuk ujian pengenalpastian/saringan telah dibentuk. Justeru itu, maka sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Khas, KPM telah ditubuhkan dan telah menghasilkan ISD. Penghasilan ISD ini dibina oleh pakar-pakar dari USM, UKM, UM, UPM, KKM, JKM, JPK, Persatuan, Guru & JPN. Manakala British Psychological Society (1999) menyatakan bahawa murid mesti memenuhi dua pra-syarat sebelum ianya boleh disaring untuk menentukan sama ada ia mengalami disleksia atau tidak. Dua pra-syarat tersebut adalah: a. murid telah mendapat pengajaran yang sesuai, relevan dan memuaskan b. murid telah diberikan langkah-langkah pemulihan yang dirasakan sesuai. Kerangka penghasilan item-item senarai semak yang dijadikan panduan dalam pembinaan instrumen telah diubah suai daripada `checklist` yang dihasilkan oleh Payne dan Turner (1999) dan merangkumi ciri-ciri disleksia yang dusenaraikan oleh pakar-pakar disleksia Antara Bangsa yang lain. 3.3.1 Ujian Pengamatan Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. Pengamatan ini berkait rapat dengan pemikiran kita. Selain itu, pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh dikembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.

29

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

Pengamatan juga ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental. Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam buku Panduan Program Pemulihan Khas (1999) telah menjelaskaan bahawa pengamatan ditakrifkan sebagai kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui panca indera setelah perlakuan proses mental. Selain itu juga, pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. Manakala menurut Janet W Learner (1971) dalam bukunya Children With Learning Disabilities telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau pun mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek. Selain itu, Mohd Anuar Abdullah (2001), menjelaskan bahawa masalah pengamatan kanakkanak disleksia dibahagikan kepada jenis iaitu disleksia visual, disleksia Auditori dan disleksia visual Auditori atau tekstail dan koordinasi mata tangan. Menurut Janet W Learner pengamatan visual adalah kepayahan seseorang khususnya kanak-kanak disleksia dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad, perkataan serta mengecam angka, nombor, bentuk geometri dan gambar. Dalam kata lain masalah visual dilihat kepada beberapa aspek antaranya tentang perbezaan bentuk, saiz, mengecam bentuk huruf dan perkataan, serta tentang pembalikan sesuatu objek. Kanak-kanak disleksia kebiasaannya akan mempunyai gangguan dari aspek pengamatan visual ini yang menyebabkan mereka tidak dapat menguasai bahasa dengan baik. Manakala pengamatan auditori ialah keupayaan mengesan atau

mengenalpasti apa yang didengar menyumbang bahagian yang penting kepada pembelajaran. Kajian menunjukkan kebanyakan mereka yang mempunyai masalah membaca yang teruk mempunyai masalah dari aspek auditori, lingustik dan masalah30

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

phonological (Ball & Blachman, 1991,; Lyon, 1998,; dan Stahl & Murray, 1994). Antara aspek masalah pengamatan auditori yang terdapat di dalam masalah pengamatan auditori ialah masalah untuk membezakan bunyi, bunyi phonological, mengingat apa yang didengar, Mengingat urutan dan membentuk perkataan dari gabungan abjad. Kanak-kanak disleksia kebiasaannya memang mempunyai masalah pengamatan ini yang juga menyebabkan mereka tidak dapat menguasai bahasa dengan baik. Kedua-dua sistem ini merupakan dua sistem yang sangat penting untuk menerima maklumat. Pengamatan takhtil (tactile) merupakan keupayaan seseorang melakukan sesuatu dengan menggunakan jari dan deria rasa melalui kulit (sentuh). Keupayaan seseorang mengenal objek dengan deria sentuhan iaitu membezakan rasa keras dan lembut, mengenalpasti jari yang digunakan untuk menyentuh merupakan contoh pengamatan tactile. Pengamatan Koordinasi mata tangan merupakan gerak kerja dengan menggunakan pergerakan badan dan otot. Keupayaan posisi yang diperolehi daripada bahagian badan yang berbeza dan keupayaan otot, tension dan kerehatan merupakan contoh kepada pengamatan koordinasi. Sesetengah kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam menggunakan koordinasi mata tangan di mana apa yang dilihat tidak dapat diaplikasikan kepada tulisan atau gerak kerja yang melibatkan penulisan. Antara kesan sampingan yang dihadapi oleh murid yang mengalami ciri-ciri disleksia ialah: a. b. c. d. e. Pengurusan Penumpuan atau konsentrasi Bahasa Ingatan Emosi atau tingkah laku

Objektif Ujian Pengamatan31

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

Antara lain, ujian pengamatan ini akan membantu guru untuk mengesan masalah yang dihadapi oleh murid dalam : a. Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan. Selain itu, guru juga dapat mengenal pasti masalah murid dalam b. c. d. e. f. g. h. i. Menentukan sesuatu saiz, jarak, kri ke kanan serta hubungan antara satu objek objek yang lain. Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat. Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan, atau ke bawah dan dari bawah ke atas. Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing. Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Menyediakan program yang bersesuaian dengan masalah pengamatan kanak-kanak khas. Menyediakan penempatan yang bersesuaian. Mengenal pasti pasukan pelbagai disiplin.

Komponen Ujian Pengamatan Antara lain, ujian pengamatan yang boleh dijalankan merujuk kepada : a. Diskriminasi yang sama (Discrmination sameness) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya. b. Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama (Discrination of differences)

32

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya. c. Diskriminasi saiz (Discrimination of size) Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya. d. Diskriminasi kedudukan (Position in space) Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya. e. Koordinasi Motor-mata-tangan Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motormata-tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya. f. Pertalian jarak (Spatial Relationship) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz, jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain. g. Mazing Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah. h. Turutan (Sequencing) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri. i. Rajah latar belakang / Benda tersembunyi (Figure Ground) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah abstrak. j. Menyalin (Visual Copying) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat.

33

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

3.3.2 Senarai Semak Disleksia Senarai semak disleksia digunakan untuk mengenalpasti kanak-kanak yang dikenalpasti bermasalah secara khusus. Senarai semak disleksia telah merujuk kepada tiga elemen iaitu : a. b. c. Elemen 1 Elemen 2 Elemen 3 : Tahap penguasaaan mengeja, membaca dan menulis : Kekuatan pada murid yang dikenalpasti : Kelemahan yang ditunjukkan

Berikut adalah satu senarai semak yang boleh digunapakai untuk mengenalpasti kanak-kanak bermasalah khusus bagi tujuan pentaksiran awal. Sila rujuk lampiran mengenai Instrumen Senarai Semak disleksia. 7.3.3 Instrumen Saringan Disleksia (ISD) ISD adalah merupakan ujian saringan bagi mengenalpasti kebarangkalian seseorang murid itu mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia. Penyaringan muridmurid yang kebarangkalian mengalami masalah disleksia adalah bukan suatu perkara yang mudah (Jabatan Pendidikan Khas, 2003). Kebanyakan murid-murid disleksia dikenalpasti dengan menggunakan khidmat kepakaran psikologi klinikal melalui penggunaan instrumen yang dihasilkan oleh negara barat. Pembinaan ISD oleh JPK berasaskan kepada teori yang beranggapan

bahawa murid yang menghadapi masalah pembelajaran spesifik disleksia adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai antara lain ciri-ciri : a. b. c. d. Kecerdasan mental yang normal Memperolehi pencapaian prestasi akademik yang rendah Mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Mempunyai ciri-ciri disleksia yang boleh diterima oleh umum

34

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

e.

Ketinggalan 2 tahun secara umum di belakang rakan sebayanya dalam penguasaan kemahiran membaca dan menulis serta rendah dalam pencapaian akademik.

Antara lain ISD yang digunapakai untuk menilai pelajar yang dikenalpasti adalah merujuk kepada : a. b. c. Kriteria murid yang dinilai Kriteria Penilai Prosedur Penilaian

Pengoperasian ISD yang dijalankan mestilah : a. b. Setahun mengikuti P&P KIA2M/Program Pemulihan Khas Gagal lepasi IPP2M

Personel yang menjalankan ISD terdiri daripada : a. b. c. d. Guru Bahasa Melayu yang pernah mengajar murid berkenaan atau Guru Mata Pelajaran Lain yang pernah mengajar murid berkenaan. Rumusan dibuat oleh Guru Disleksia. Pengesahan dibuat oleh Pengamal Perubatan.

Sila rujuk kepada Instrumen Saringan Disleksia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Berikut adalah langkahlangkah dalam melaksana pentaksiran ISD.

35

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

Pencalonan

Pengoperasian ISD

P&P Kelas Biasa

Perumusan

TMMD

KMMDPelaporan

Tidak sahPengesahan Pengamal Perubatan

SahPelaporan

Petunjuk:

36

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

KMMD TMMD

: Kebarangkalian mengalami masalah disleksia : Tiada mengalami masalah disleksia

3.4

Ujian Diagnostik

Ujian Diagnostik yang ditadbir dapat mengenal pasti dengan lebih terperinci daerahdaerah kelemahan dalam membaca, mengeja, menulis, dan masalah-masalah yang berkaitan dengan disleksia untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran. Secara umumnya, ujian diagnostik digunakan untuk mengesan punca kelemahan murid tentang penguasaan kemahiran-kemahiran tertentu samada Bahasa Melayu ataupun Matematik. berdasarkan kepada keputusan ujian diagnostik ini, maka guru dapat merancang aktiviti pengajaran pemlihan Disleksia dengan lebih berkesan. 3.4.1 Ujian-ujian Binaan Guru Ujian ini dibina oleh guru berdasarkan kemahiran yang telah dipelajari oleh murid. Binaan ujian oleh guru adalah untuk memastikan setiap kemahiran yang telah dipelajari akan diuji bagi menentukan keberkesanan sesuatu kemahiran yang telah dipelajari. 3.4.2 Ujian-ujian lain yang sesuai Selain itu, guru juga boleh menggunakan analisis ralat sebagai salah satu cara untuk membuat pentaksiran terhadap kemahiran yang telah dipelajari oleh murid.

Latihan 3 : Untuk menguji kefahaman mengenai konsep penting dalam melaksanakan pentaksiran dengan membuat ulasan.

37

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

Anda dikehendaki menjalankan satu ujian saringan merujuk kepada Instrumen Saringan Disleksia (ISD) untuk mengenal pasti murid-murid di aliran perdana yang dikenal pasti kategori masalahnya.

Anda telah mengikuti tajuk tiga dengan tekun dan sabar. Selepas ini anda akan diperkenalkan dengan tajuk empat dan seterusnya. Berehatlah sebentar sambil minum secawan kopi.

INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Bahagian A BIODATA MURID Arahan : Tandakan atau tulis pada petak yang disediakan. 1. Nama Murid

2.

Jantina

3.

Mengikuti Program Pemulihan Khas

Lelaki PerempuanSedang

Tidak 4. Tahun Persekolahan Tahun 1 2 3 4 5 6 Nama Kelas 5. Keturunan Melayu Cina India Bumiputra Sabah Bumiputra Sarawak Bumiputra Orang Asli Lain-lain 38

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

6. Kedatangan ke sekolah Baik Memuaskan Sederhana Lemah

7. Pencapaian Akademik A Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Matematik Sains Kajian Tempatan Kemahiran Hidup Pend.Islam/Moral P.Jasmani &Kes Muzik B C D E

8.

Nama Sekolah

9.

Lokasi Sekolah Bandar Luar Bandar

10.

Negeri Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Selangor W.P.Kuala Lumpur Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Terengganu Kelantan Sarawak Sabah W.P.Labuan

11.

Daerah

12.

Nama Penilai

39

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

13.

Tarikh

14.

Tandatangan Penilai

Bahagian B SENARAI SEMAK Arahan : Tandakan pada petak yang sesuai. Elemen 1 A. : Tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis. Ya1.

Mengeja Tidak 1

Murid sukar mengeja perkataan mudah.

1

2.

Murid sering mengeja perkataan yang tiada langsung kaitan makna dengan perkataan asal. 2 3. Murid kerap melakukan kesalahan ; 3 4

i. menyusun abjad dalam perkataan ii. menggabung suku kata terbalik 4. Murid keliru membezakan bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata.40

5

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

B. 5. 6.

Membaca Murid ketinggalan dalam kebolehan membaca berbanding rakan sebaya Kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid Semasa membaca ialah ; i. Tidak menghiraukan tanda bacaan; ii. Menggugurkan perkataan; iii.Menambah perkataan pada bacaannya; iv. Melangkau baris; 6 7 8 9 10 11 Ya 7. Murid mengalami kesukaran dalam membaca Perkataan yang mempunyai vokal berganding, diftong. 12 Tidak

v. Menggantikan perkataan.

8. C. 9. 10.

Murid sukar membaca ayat panjang. Menulis Hasil kerja murid tidak kemas. Murid sukar menyalin maklumat ; iii. dari papan tulis iv. yang diperdengarkan

13

14

15 16 17 18 18

11. 12. 13.

Tulisan murid sukar dibaca Murid menulis lambat berbanding dengan rakan sebaya Murid menulis secara terbalik ;41

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

vi. vii. Elemen 2 14.15.

abjad-abjad tertentu ; perkataan

19 20

: Kekuatan pada murid 21

Murid boleh bertutur dengan baik

Murid boleh menjawab soalan secara Lisan dengan baik. 22 Murid boleh menghasilkan cerita berpandukan gambar ; i. Tunggal ; 23 ii. Bersiri 24 Ya Tidak 25 26

16.

17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24.

Murid berminat terhadap perkara baru. Murid mempunyai kebolehan lisan setanding dengan rakan sebaya. Murid mempunyai kecenderungan dalam bidang-bidang tertentu. Murid kelihatan berpotensi untuk berjaya tetapi pencapaian akademiknya rendah. Murid mempunyai banyak idea (full of ideas) Murid mempunyai idea yang baik tetapi gagal untuk memindahkannya dalam bentuk tulisan. Isi kandungan penulisan murid baik tetapi mengandungi banyak kesalahan bahasa. Murid mempunyai pencapaian yang baik dalam subjek-subjek kemahiran berbanding dengan subjek-subjek akademik. Murid boleh menjawab secara lisan soalan kefahaman daripada bahan yang diperdengarkan.

27 28 29 30 31

32 33

25.

42

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

26. 27. 28. 29. 30. 31. 32.

Murid boleh menceritakan semula petikan yang diperdengarkan. Murid yang kreatif. Murid boleh menyesuaikan diri dalam pergaulan. Murid boleh bertindak mengikut situasi. Murid berkebolehan dalam membuat jangkaan Murid mempunyai pengetahuan am yang baik Murid mempunyai sifat-sifat ingin tahu yang tinggi. : Kelemahan yang ditunjukkan

34 35 36 37 38 39 40

Elemen 3

Ya 33. 34. Murid mempunyai masalah rendah diri. Murid kerap memberi alas an untuk mengelak daripada membuat kerja sekolah yang melibatkan bacaan dan penulisan. Murid mengalami masalah tingkahlaku. Murid mempunyai daya tumpuan yang singkat. Murid keliru dengan konsep arah. 41 42 43 44 45 45

Tidak

35. 36. 37. 38. 39.

Murid menghadapi kesukaran dengan konsep urutan.46 Murid menghadapi masalah dengan pengurusan masa Murid tidak dapat mengingati arahan yang panjang.43

47 48 48

40.

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

41. 42.

Murid sering gopoh semasa bertindak. Murid sering cuai dalam pergerakan.

49 50 50

PEMARKAHAN

BAHAGIAN A (diisi oleh penilai) Jumlah Ya Elemen 1 Elemen 2 Elemen 3 : : : Tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis. Kekuatan pada murid Kelemahan yang ditunjukkan Jumlah Tidak

BAHAGIAN B (diisi oleh guru pendidikan khas disleksia) Kod Elemen 1 Elemen 2 Elemen 3 : : : Tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis. Kekuatan pada murid Kelemahan yang ditunjukkan

44

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PGSR

BAHAGIAN C (diisi oleh guru pendidikan khas disleksia) Rumusan Murid berkemungkinan mengalami kebarangkalian Disleksia Murid berkemungkinan tidak mengalami kebarangkalian Disleksia Tandatangan Nama Disahkan T/T Guru Besar Cop Sekolah Nama : ___________________________________ : ___________________________________ : ___________________________________ : ___________________________________

Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri (U.P Unit Pendidikan Khas)

45