Click here to load reader
View
379
Download
20
Embed Size (px)
DESCRIPTION
kkp titas
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT(TITAS) WAJ 3101Ahli Kumpulan : Ooi Wei Tong Jong Siaw Mei : PISMP SEM 1
Kumpulan
Nama Pensyarah : En. Mohd Radzi Bin Lebai Mat
SOALAN TUGASAN: Tamadun Islam dan Tamadun Barat: Satu Perbandingan
Tamadun Islam
Latar Belakang Tamadun Islam
Latar Belakang:Diwujudkan dan dikategorikan antara tamadun manusia yang terunggul di dalam dunia
Ilmuan serta cendekiawan Islam menyumbang kepada pembangunan dalam pelbagai bidang.
Diakui sebagai pemangkin kepada Zaman Pembaharuan di Eropah melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.
Bangsa barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemahkan dan mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam
Ilmu-ilmu yang diterjemah itu termasuklah ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra.
Lahirlah Universiti-unversiti seperti Universiti Naples di Bologna, Universiti Paris di Oxford
Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju ke Zaman Pembaharuan yang baru.
Asal Usul Tamadun Islam
Cetusan daripada Islam itu sendiri. Menurut Syed Qutb, Islam itulah tamadun (Rasid Muhamad, 1996: 8). Perkataan Islam tidak dikaitkan dengan mana-mana individu, bahkan perkataan Islam itu sendiri mengandungi maknanya yang tersendiri. Dari segi etimologi, Islam bermaksud tunduk, patuh, menyerah diri dan sejahtera. Dari sudut istilah pula, Islam membawa maksud taat kepada Allah S.W.T. dengan sepenuh hati tanpa ragu serta tunduk dan patuh kepada segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya.
Manisfestasi daripada definisi tersebut,Islam mengajak manusia: Taat kepada Allah S.W.T. Mengikuti segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Agama yang universal yang tidak dikhususkan kepada bangsa tertentu sahaja mahupun dibatasi oleh sempadan waktu yang tertentu.
Ajaran yang dibawa dan disampaikan oleh nabi-nabi dan rasul-rasul semenjak nabi Adam A.S sehinggalah rasul yang terakhir iaitu nabi Muhammad S.A.W. Berpegang kepada prinsip mengajak manusia beriman kepada Allah S.W.T. Tuhan Yang Esa, pencipta dan pemilik segala yang ada di bumi dan di langit seluruhnya. Allah mengutuskan rasul dan nabi silih berganti untuk mengajak dan mengembalikan manusia mengikuti jalan kehidupan yang benar.
Tugas para nabi dan rasul: menjelaskan ajaran Islam kepada manusia Dipercayai tanpa petunjuk dari Allah S.W.T., manusia akan sesat kerana akal fikiran dan pengalaman yang amat terbatas. Tidak sekadar agama yang mengatur hal-hal kerohanian, malah juga merupakan cara hidup (way of life) yang menyediakan panduan alam segenap aspek kehidupan manusia.
Ciri- Ciri Tamadun Islam
Kesejagatan
Sifat yang istimewa yang bermaksud dapat dilihat dan dikesan di mana sahaja tanpa sempadan geografi, asalkan Islam dijadikan sebagai al-din. Di mana sahaja agama Islam wujud, di situlah juga tamadun Islam diwujudkan. Dapat menerima, menggalakkan penerusan unsur-unsur yang terdapat dalam tamadun lain, selagi tidak bertentangan dengan ajaran syariat Islam
Keterbukaan
Kewujudannya sepanjang zaman
Tamadun Islam bermula dengan penurunan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira. Bermula dari saat tersebut, tarikh kelahiran Tamadun silam mula dan terus wujud tanpa sempadan masa.
Sifat toleransi serta keterbukaannya terhadap agama dan budaya lain
Diterima oleh masyarakat yang lain dengan mudah. Sbb: menjamin hak-hak asasi masyarakat tempatan, sama ada beragama Islam atau bukan Islam. Hak-hak kemanusiaan agama yang lain juga terpelihara(sudut kebebasan beragama, kebudayaan mahupun keselamatan) Akidah: asas serta titik tolak yang mendasari Tamadun; menyatukan segala bentuk kemajuan yang dicapai. mewujudkan satu tamadun yang mempunyai nilai setara dari semua sudut. Mengajar umatnya mewujudkan keseimbangan antara rohani dengan jasmani, antara spiritual dengan fizikal. Mengiktiraf kewujudan manusia dalam dua entiti utama(rohani dan jasmani/fizikal) yang seimbang.
Kesatuan dalam kepelbagaian
Keseimbangan antara rohani dan jasmani
Rabbani
Realistik Ciri-ciri yang khusus
Sifatnya yang menyeluruh(sempurna)
Ideal
Umum
Kenapa tamadun Islam berbeza dengan tamadun yang lain??Sebab: Ia banyak didasari oleh nilai-nilai ketuhanan dan keagamaan. Sumber, matlamat, cara dan tujuan kehidupan manusia dalam Islam ditetapkan oleh Allah S.W.T. Aspek akidah dan kepercayaan, peraturan dan kehakiman, akhlak dan hubungan antara manusia sesama manusia atau hubungan sekelilingnya adalah disampaikan oleh Rasulullah SAW.
Konsep Tamadun Islam
1. Muhammad Abdul Jabbar Beg menyatakan terdapat dua konsep tamadun. a)Konsep pertama ialah daripada tamadun Islam. dibina atas kerangka agama Islam itu sendiri sebagai al-din. diasaskan pada akidah, diikat dengan syariah, akhlak dan prinsip-prinsip tertentu. menekankan fungsi Quran terhadap perkembangan ummah muslim b)Konsep kedua ialah daripada tamadun barat. 2.Muhammad Asad pula menyifatkan Tamadun Islam sebagai tamadun yang bersifat ideologi, rujukan yang dipegang adalah Quran. syariah juga dikatakan sebagai konseptual pembentukan tamadun Islam.
3) Oswald Spengler: Tamadun Barat lebih mementingkan kebendaan kerana dipercayai ia mampu membawa kepada kemajuan tamadun.
4) J.K Fiebleman Tamadun ialah kepandaian masyarakat mengeksploitasi material. 5) Menurut Sayyid Qutb (m.1966) pula, Tamadun Islam merupakan segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai akhlak Islam.
6) Said Hawa(m. 1989) Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu. 7) Abu Bakar Hamzah(m. 1972)-Sarjana tempatan Tamadun Islam sebagai sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada sesuatu yang bersifatkan kebendaan ataupun sebaliknya. 8) Syed naquib al-Attas Tamadun adalah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat (Osman Bakar, 2009:38).
Pandangan yang berbeza dengan yang lain, 1) Ibn Khaldun Tamadun Islam sebagai pencapaian masyarakat yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni.Secara umumnya, tamadun Islam adalah cetusan daripada memartabatkan Islam sebagai al-din (suatu cara hidup yang lengkap selaras dengan fitrah manusia) penekanan kepada hubungan manusia dengan Allah S.W.T., hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam.
Sumber Tamadun Islam
Tamadun Islam dibangunkan berpandukan dua panduan sumber. a) Sumber ketuhanan (wahyu) sumber utama Quran dan Sunnah. bersifat mutlak serta sesuai sepanjang zaman dan keadaan. b) sumber kemanusiaan (akal fikiran) sumber sampingan ijitihad, khazanah tamadun dan budaya yang lain. berubah mengikut keperluan dan situasi semasa. peranan cendekiawan Muslim untuk mengolah hukum berkenaan penemuan-penemuan baru ini berdasarkan keilmuan dan kepakaran yang dimilikinya. adalah sistem berfikir yang dinamik dan sama sekali bertentangan dengan sistem berfikir tradisional yang statik.
1) Quran wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril A.S Quran. dalamnya mengandungi prinsip-prinsip asas agama Islam dan ilmu pengetahuan yang boleh digunakan oleh manusia bagi membangunkan ketamadunan mereka, juga meliputi ilmu kerohanian dan kebendaan yang menjadi ramuan kepada kelahiran sesebuah tamadun yang maju seperti akidah, syariah, akhlak, bahasa, persejarahan, pemikiran dan intelektual, ekonomi, politik, sosial, budaya dan sebagainya. pencetus dan pendorong utama pembentukan Islam.(apabila wahyu pertama kepada Rasullulah S.A.W dimulakan dengan perintah membaca, menunjukkan bahawa untuk membangunkan manusia yang hidup dalam kejahilan hendaklah dengan ilmu pengetahuan.) banyak menyeru dan menggesa manusia menggunakan akal fikiran dan segala sumber yang ada bagi mencapai kesejahteraan dan kejayaan hidup.
2) Sunnah setiap perlakuan, perkataan dan pengakuan yang dibuat oleh Rasullulah S.A.W. sumber utama tamadun Islam selepas Quran. Quran mengariskan prinsip-prinsip asas kehidupan beragama dan pendekatan ilmu pengetahuan yang bersifat umum, kemudian dihuraikan dan diperincikan oleh Sunnah Rasulullah S.A.W. pelengkap kepada Quran, sumber inspirasi umat Islam dalam membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun mereka berpandukan Sunnah ini, manusia dapat memahami dengan lebih jelas sesuatu perkara yang dilaksanakan dalam kehidupan mereka tanpa sesuatu perkara yang dilaksanakan dalam kehidupan mereka tanpa melanggar prinsip yang ditetapkan oleh Quran.
Dalam membina tamadun, Islam juga bersifat terbuka menerima nilai-nilai dan idea-idea daripada tamadun lain yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. nilai dan idea yang ada dalam tamadun lain diasimilasikan dengan tamadun Islam melalui proses interaksi yang sihat. proses ini dilakukan dengan penuh waspada agar prinsip-prinsip dalam tamadun Islam tidak tercemar. contoh: sistem kementerian yang dierkenalkan oleh Khalifah Umar al-Khattab semasa pemerintahannya adalah mencontohi sistem yang dipratikkan oleh kerajaan Romawi tetapi digarap semula untuk disesuaikan oleh roh ajaran Islam. prinsip keterbukaan menerima ilmu-ilmu daripada tamadun asing yang lain secara tidak langsung telah membantu memperkayakan lagi khazanah ilmu Islam.
Asas Tamadun Islam
dibangunkan di atas dasar akidah(kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak) diikat dengan syariah(undang-un