Tamadun Islam vs Tamadun Barat-final

  • View
    19.636

  • Download
    5

Embed Size (px)

Text of Tamadun Islam vs Tamadun Barat-final

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN BARAT

Perbezaan konsep

Disediakan Oleh: NURUL AIMAN BINTI ABDUL KHALID DIPLOMA KAUNSELING NO. MATRIK : 0901 2046

MAKNA PERADABAN / TAMADUN DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT SERTA PERBEZAAN DI ANTARA KEDUA-DUA PERADABAN / TAMADUN TERSEBUT

1.0 PENDAHULUAN

Memperkatakan tentang tamadun dan ketamadunan membuka ruang kepada beberapa persoalan asas - Apakah tamadun dan apakah yang melandasi pengertian dan konsepnya? Sudut dalaman Islam, seperti ajaran Islam, al-Quran, al-Sunnah, kepimpinan dan peribadi Rasulullah s.a.w., tauhid, syariah, pendidikan Islam dan lainlain, adalah sudut terpenting untuk melihat bagaimana Islam membentuk tamadun. Inilah sudut tamadun yang lebih penting yang diketepikan atau kurang difahami sesetengah sarjana bukan Islam bila mereka mengulas tentang tamadun Islam. Sesungguhnya peranan Islam dalam mengasas dan membangunkan tamadun adalah satu fakta yang tidak dapat ditolak. Sebagai perbandingan dengan peradaban barat, didapati identiti tamadun barat adalah aspek pemikiran yang muncul jauh lebih awal daripada kemajuan fizikal. Konsep sekularisme, modernisme, liberalisme, humanisme, rasionalisme adalah dasar tamadun barat dan menjadi pencetus kepada sains dan teknologi. Pemikiran dan falsafah barat juga menentukan identiti, halatuju dan destinasi peradaban barat.

2.0 PELBAGAI ISTILAH TAMADUN

i.

UMRAN Istilah yang terkenal pada abad ke 14-18. Diperkenalkan oleh ibn khaldun (1332-1406M) dalam al-Muqaddimah, terbitan dari perkataan Amara yang merujuk kepada pembangunan/kemajuan, kehidupan Bandar/kota, teratur dan stabil.

ii.

HADHARAH Istilah ini juga diperkenalkan oleh Ibn Khaldun dan popular pada abad ke 20, merujuk satu wilayah/ daerah/ kawasan/ atau2

kampung. Berasal dari hadara yang

bererti Kehidupan menetap @

wilayah yang maju. Tempat lahirnya perkembangan ilmu, kesenian, kesusasteraan, undang-undang dan kemasyarakatan serta mencapai tahap kehidupan lebih tinggi, bukan liar dan ganas (al-hadarah lawan albadawah). Hadharah adalah lawan bagi istilah Badw : berpindah randah/ kehidupan padang pasir.iii. Perkataan MADANIYYAH yang diperkenalkan oleh Farid Wajdi (al-

Madaniyyat wa al-Islam) dan Syaikh Muhammad Abduh (al-Islam wa alNasraniyyat Maa al-Ilm wa al-Madaniyyat) diperkenalkan pada kurun ke20. Berasal dari kata akar madinah yang membawa pengertian kehidupan Bandar/kota. Walaubagaimanapun, istilah ini kurang popular.iv. Pada kurun ke 20M juga muncul perkataan

TAMADDUN yang membina

diperkenalkan oleh Jurji Zidan (Tarikh al-Tamaddun al-Islami), dari kata ad-din (agama) maddana, yang bermaksud bandar/masyarakat yang teratur, pencapaian manusia dalam semua bidang kehidupan iaitu rohani dan kebendaan. Namun istilah yang digunakan kini adalah terjemahan dari CIVILIZATION yang diperkenalkan oleh Adam Ferguson, seorang penulis dari barat. Civilization bermaksud Keadaan bersifat kebandaran atau kemajuan yang diambil dari bahasa Latin civitas bererti bandar.v.

Dalam kamus dewan, terdapat dua istilah popular yang dipinjam dari perkataan Arab iaitu TAMADUN bermaksud masyarakat yang memiliki taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi dan PERADABAN yang bermaksud keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa, masyarakat dan sebagainya. Manakala dalam kamus besar bahasa Indonesia menulis peradaban bermaksud kemajuan (kecergasan,kebudayaan) lahir batin.

3.0 CIRI-CIRI SESEBUAH TAMADUN DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT

3

i.

PERSPEKTIF ISLAM Karya-karya Seperti Tarikh altamaddun al-islami (jurji Zaidan), tarikh al-hadharah al-islamiah fi alsarq (jamal al-din al-surur) the image of islamic civilization (MAJ Berg)

i. ii.

PERSPEKTIF BARAT Wujudnya penempatan masyarakat manusia di sesebuah kawasan. Peningkatan kualiti kehidupan ke arah lebih positif dan sempurna.

iii. Wujudnya sistem organisasi dan institusi sosial yang baik serta sistematik. iv. Wujudnya bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan sistem tulisan tersendiri. v. Wujudnya sistem undang-undang dan sistem moral berwibawa. vi. Wujudnya daya kekreatifan yang tinggi seperti seni, sastera dan sebagainya.

ii.

Negara pemerintahan yang teratur

iii. Kota Bandar iv. Ilmu pendidikan, sains, intelektual v. Seni senibina,khat,lukisan yang teratur dan baik vii. Kehidupan ekonomi perdagangan dan perindustrian vi. Masyarakat kehidupan sosial

4.0

KONSEP TAMADUN ISLAM4.1

Definisi sebuah tamadun yang dibangunkan atas asas takwa dan keredhaan Allah SWT melengkapi syarat-syarat dan ciri-ciri yang ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah sehingga wujud sebuah masyarakat yang aman harmoni dan mendapat keampunan ilahi. Agama islam merupakan ad-din, merupakan cara hidup yang syumul membawa perubahan yang menjadi pemangkin kepada peradaban. Allah SWT telah berfirman;Demi sesungguhnya bagi penduduk Saba satu tanda (kemurahan Allah) terdapat di tempat tinggal mereka dua kebun (yang luas dan subur) di kiri kanan mereka (lalu dikatakan kepada mereka) makanlah rezeki tuhanmu dan bersyukurlah kepadaNya (atas kurniaan) sebuah negeri yang aman dan makmur serta mendapat keampunan ilahi. (Saba, 34:35) 4

4.2 Asas-asas tamadun islam:i.

Akidah Keimanan kepada perkara ghaib yang diwajibkan oleh Allah dan Rasulnya dalam Al-Quran dan As-Sunnah terikat kukuh dalam sanubari setiap mukmin.

ii. Syariat Peraturan yang digariskan oleh Allah dalam pelbagai

persoalan perlu dipatuhi untuk mendapatkan kesejahteraan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat kelakiii. Akhlak Menurut Imam Al Ghazali, akhlak ialah suatu keadaan

yang wujud dalam sanubari setiap insan yang menerbitkan sesuatu tingkahlaku tanpa teragak-agak. Kebiasaan yang dilakukan oleh seseorang samada baik (akhlak terpuji) atau buruk (akhlak tercela), membabitkan hubungannya dengan Allah, sesama manusia atau makhluk-makluk Allah yang lain. Contoh aklah terpuji ialah seperti redha, sabar, ikhlas, adil, amanah dan sebagainya. 4.3 Faktor-Faktor Pendorong Peradaban Islam i. Dorongan al-quran untuk maju ii. Pematuhan terhadap ajaran al-quran iii. Penekanan kepada ilmu pengetahuan iv. Dorongan untuk berfikir v. Dorongan untuk merekacipta4.4

Keistimewaan Tamadun Islam:i.

Rabbani - bersumberkan wahyu, asli daripada Allah SWT dan bukan pemikiran manusia. Bersifat mutlak - Ketentuan syariat dan sifatnya ditentukan Allah dan RasulNya.

ii. Syumul dan universal Menyeluruh dan mencakupi semua

bidang kehidupan. Sejagat dan sepanjang zaman, tidak terikat oleh sempadan masa, geografi, budaya, bangsa, politik dan sentiasa menjamin 5 kepentingan; agama, nyawa, akal, harta benda dan maruah (maqasid al-syariah)

5

iii. Mudah dan jelas boleh difahami dan diamalkan oleh semua,

pada semua keadaan dan ketika kerana sesuai dengan fitrah dan akal manusia.iv. Terbuka dan bertoleransi menerima dan mengiktiraf semua

kebaikan dan sumbangan dari orang lain yang membawa kebaikan dan tidak bertentangan dengan perundangan islam. Bertolak ansur kepada mereka yang berlainan agama serta memiliki pegangan berbeza, tanpa mengenepikan kepada asas akidah, syariat dan akhlak yang perlu dipegang oleh tamadun islam.v. Bergerak dalam wadah keagamaan - Dengan bimbingan wahyu

lebih menekankan aspek pembangunan spiritual berbanding material. Mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat, di antara pembangunan intelektual, spiritual, emosional (akhlak) dan material.(keperluan rohani dan jasmani).vi. Tegak di atas dasar kerelaan - Bukan paksaan, tunduk di bawah

kuasa Allah Tuhan yang esa. Bermatlamatkan keredhaan Allah swt pembinaan tamadun tidak berlandaskan hawa nafsu dan akal fikiran, tetapi tunduk kepada kehendak dan tuntutan wahyu Allah swt.vii. Unggul dan praktikal matlamat kesempurnaan, namun realistik

dengan

mengambilkira

keadaan

manusia

dan

persekitaran.

Gemilang Dan Agung, mampu mengimbangi perkembangan zaman yang menonjulkan imej kebendaan. 4.5 Sumber Tamadun Islami.

Al-Quran Perkataan Allah yang diturunkan melalui malaikat jibril kepada Nabi Muhammad SAW, berbahasa arab, dipindahkan secara beransur-ansur, dipindahkan secara mutawatir dan ibadah bagi sesiapa yang membacanya.

ii. As-sunnah Segala perkataan, perbuatan dan keperibadian Nabi

Muhammad SAW perlu dijadikan contoh dan ikutan setiap orang islam.

6

iii. Al-ijtihad kesungguhan di kalangan para ulama ketika mebuat

keputusan terhadap sesuatu persoalan yang belum dinaskan secara qati (samada al-quran dan as-sunnah). Contohnya dalam meletakkan hukum dadah, rokok dan seumpamanya.iv. Tamadun-tamadun asing segala kebaikan yang terdapat dalam

tamadun asing yang tidak bertentangan dengan syariat islam boleh dimanfaatkan oleh umat islam untuk mebangunkan tamadun mereka. Contohnya ilmu sains dan teknologi. Dalam hal ini Allah SWT telah berfirman;maka berikanlah khabar gembira kepada hamba-hamba yang mendengar segala perkataan lalu ia mengikuti yang terbaik. Merekalah (sebenarnya) orang-orang diberi hidayah oleh Allah dan merekalah orang-orang yang mepunyai mata hati yang terang (alZumar,17:18)

5.0 KONSEP TAMADUN BARAT 5.1 Definisi Sebuah tamadun yang diasaskan kepada Faham Sekular (sekularisme) dokrin bahawa moral bersandarkan semata-mata kepada kepentingan manusia di dunia dan menafikan sama sekali pertimbangan kepercayaan kepada tuhan atau hari akhirat (Oxford English Dictionary) serta kepercayaan bahawa agama tidak patut dilibatkan dalam aktiviti-aktiviti sosial dan politik dalam sesebuah negara. (Cambridge international Dictionary Of English). Istilah secular berasal dari bahasa latin, saeculum bermaksud tempat-di sini, masamasakini (kedisinikinian). Yang hakiki,be