Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

  • View
    65

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

titas

Text of Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

Tamadun Islam Dan Tamadun Asia(SKP2203)Pahlawan Salahuddin Al Ayyubi

Nama ahli kumpulan:MOHD SHAHIRAN BIN MOHD SAKRI(180449)NUR AMEIRAH NABILA BINTI MOHD REDZUAN(180695)NIK NUR ATHIRA BINTI WAN ANUAR SHAIPUDIN(180354)MUHAMMAD ARIF SYAZANI BIN MOHD YAZID(180798)ABDUL HAZIM BIN MOHD ROSAIDI (180148)Pensyarah :EN. AZRIN BIN WAHID

KANDUNGAN

OBJEKTIF ..................................................................................................3PENGHARGAAN.........................................................................................4PENDAHULUAN..........................................................................................5PENGENALAN ...........................................................................................6KEPERIBADIAN .........................................................................................7KEBANGKITAN ..........................................................................................8 - 9MENENTANG TENTERA SALIB.................................................................10 - 13PENGIKTIRAFAN ......................................................................................14MAKAM........................................................................................................15PENUTUP....................................................................................................16RUJUKAN....................................................................................................17

OBJEKTIF

Antara objektif yang dijalankan:1. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui faktor-faktor terbinanya satu tamadun Islam yang hebat waktu ketika dahulu.2. Kajian ini dijalankan juga untuk mengetahui kehebatan kepribadian yang dimiliki oleh pahlawan-pahlawan Islam sebagai pemimpin yang hebat.3. Kajian ini untuk mengetahui bagaimana tercetusnya peperangan dan menjadikan punca-punca itu sebagai pengajaran buat generasi sekarang.

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.tBersyukur ke hadrat Illahi kerana berkat limpah kurniaNya,kami dari kumpulan Al-Khawarizmi dapat jua menyempurnakan kerja kursus Tamadun Islan Dan Tamadun Islam (TITAS) yang bertajuk Pahlawan Salahuddin Al Ayyubi dengan jayanya.Pertama sekali,kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada En Azrin Bin Wahid kerana memberi peluang kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan jangka masa yang ditetapkan iaitu pada minggu kesepuluh.Semestinya juga buat ahli-ahli kumpulan kami yang sentiasa memberi komitmen yang sangat tinggi kepada kerja kursus ini.Kumpulan kami terdiri daripada Mohd Shahiran,Nur Ameirah Nabila,Nik Nur Athira,Abdullah Hazim dan Muhammad Arif Syazani.Dalam jangka waktu yang diberikan,setiap ahli sanggup meluangkan sedikit masa untuk menyiapkan kerja kursus ini dan memberi idea-idea yang bernas untuk kerja kursus ini.Akhir sekali,kami berharap agar kerja kursus ini bukan sekadar kerja kursus tetapi sebagai nilai tambah untuk pengetahuan kami tentang pahlawan agung Islam terdahulu.Semoga dengan ilmu pengetahuan ini kami dapat menjalani kehidupan berteraskan nilai-nilai murni yang dipamerkan oleh pahlawan-pahlawan terdahulu.

PENDAHULUAN

Bagi subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia(TITAS),kami diwajibkan membuat satu kerja kursus yang akan dibentangkan pada minggu kesepuluh berserta dengan laporan kerja kursus.Dengan itu,kami mencapai kata sepakat untuk membuat kerja kursus bertajuk Pahlawan Salahuddin Al Ayyubi.

PENGENALAN

Salahuddin al-Ayyubi(Bahasa Arab: /al al-Dn al-Ayyuby), (Bahasa Kurdi: /Silhedn Eyb), (Bahasa Parsi: ), (Bahasa Turki:Selahaddin Eyyubi) atau nama sebenarnyaYusuf bin Ayyub(1137-1193) mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurdis diMesirdanSyria. Semasa beliau dilahirkan, keluarganya dihalau dari Tikrit oleh pemerintah Baghdad kerana dituduh pengkhianat. Dalam perjalanan ke Allepo Salahudin dilahirkan sehingga ayahnya berkata anakku ini dilahirkan ketika aku dalam kesusahan. Aku bimbang kelahirannya akan membawa sial. Tiada siapa menyangka bayi itu menjadi pahlawan terbilang. Di Barat beliau dikenali sebagaiSaladin. Dia juga terkenal dalam kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasaPerang Salib.

KEPERIBADIAN SALAHUDDIN

al al-Dn Ysuf ibn Ayyb

SultanMesirdanSyria

Pemerintahan11741193

Pertabalan1174,Kaherah

Nama penuhal ad-Dn Ysuf ibn Ayyb

DikebumikanMasjid Umayyad,Damsyik,Syria

PendahuluNur ad-Din Zangi

PenggantiAl-Afdal(Syria)Al-Aziz Uthman(Mesir)

Kerabat dirajaAyubiyyah

AyahandaNajm ad-Dn Ayyb

AgamaSunni Islam

KEBANGKITAN

Salahuddin dilahirkan di dalam sebuah keluargaKurdishdiTikritdan dihantar keDamsyikuntuk menghabiskan pelajarannya. Ayahnya,Najm ad-Din Ayyub, ialah gabenor wilayahBaalbek. Selama 10 tahun Salahuddin tinggal di Damsyik di kawasan istana milikNur ad-Din.Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya,Shirkuhyang juga ketika itu merupakan panglima kepada Nur al-Din dan sering mewakili Nur al-Din dalam kempennya menentangKerajaan FatimiyyahdiMesirsekitar tahun1160. Salahuddin kemudiannya mewarisi tugas menentang Kerajaan Fatimiyyah (akhirnya tumpas) daripada bapa saudaranya dan dilantik menjadi panglima pada tahun1169. Di sana, dia mengambil alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salib dibawahKerajaan Latin BaitulmuqaddispimpinanAlmaric I. Kemampuan Salahuddin diragui pada peringkat awal perlantikkannya sebagai panglima. Tiada sesiapa yang menyangka beliau dapat bertahan lama ekoran terdapat banyak perubahan dalam kerajaan dalam tahun sebelumnya seperti perebutan kuasa oleh gabenor-gabenor yang sedia ada dalam mendapat perhatian khalifah. Sebagai seorang ketua tentera asing dariSyria, Salahuddin tiada kuasa ke atas askar-askar Mesir yang terdiri daripada golonganSyiahyang ketika itu dipimpin oleh KhalifahAl-Adid.

Apabila khalifah itu meninggal dunia pada bulanSeptember1171, Salahuddin mengarahkan para imam mengumumkan nama KhalifahAl-Mustadi(KhalifahAbbasiyyahdiBaghdad) semasa solat Jumaat. Sekarang, walaupun Salahuddin yang memerintah Mesir tetapi hanya sebagai wakil Nur ad-Din. Selepas dilantik menjadi pemimpin Mesir, Salahuddin melakukan perubahan terhadap ekonomiMesir, menyusun semula angkatan tentera, dan menuruti nasihat ayahnya supaya mengelak daripada sebarang konflik dengan Nur ad-Din. Beliau menunggu sehingga Nur ad-Din meninggal dunia sebelum memulakan beberapa siri kempen ketenteraan. Pada awalnya terhadap beberapa kerajaan-kerajaan Muslim yang kecil kemudian ke atas tentera Salib. Dengan kewafatan Nur ad-Din pada tahun1174, beliau menjadiSultanMesir. Beliau kemudian mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaanSeljukdan mengasaskanKerajaan Ayubbiyyah. Beliau turut mengembalikan ajaranSunah Waljamaahdi Mesir.

MENENTANG TENTERA SALIB

Dalam dua peristiwa berbeza iaitu pada tahun1171dan1173, Salahuddin berundur setelah satu siri serangan oleh tentera Salib. Salahuddin berharap bahawa kerajaan Salib ini tidak diganggu selagi beliau tidak menguasai Syria. Nur ad-Din dan Salahuddin hampir-hampir berperang akibat daripada peristiwa tetapi dengan wafatnya Nur ad-Din pada1174, perang ini dapat dielakkan. Waris Nur ad-Din iaituas-Salih Ismail al-Malikhanya seorang kanak-kanak ketika dilantik bagi menggantikan ayahnya. Walau bagaimanapun dia meninggal dunia pada tahun1181.Sejurus selepas Nur ad-Din meninggal dunia, Salahuddin berarak keDamsyik, dan setibanya beliau di sana, dia diberi sambutan sambutan yang meriah. Dia mengukuhkan kedudukannya dengan mengahwini balu Nur ad-Din. Walaupun Salahuddin tidak memerintahAleppodanMosul(dua bandar yang pernah dikuasai Nur ad-Din), beliau dapat menggunakan pengaruhnya dan menguasai kedua bandar itu pada tahun1176(Aleppo) dan1186(Mosul).Sementara Salahuddin Al-Ayubbi menumpukan perhatiannya ke atas wilayah-wilayah di Syria, negeri-negeri Salib dibiarkan bebas, walaupun begitu beliau sering mencatatkan kemenangan ke atas tentera Salib di mana saja kedua-dua belah pihak bertempur. Beliau bagaimanapun tumpas dalamPerang Montgisardyang berlaku pada25 November,1177. Dia ditewaskan oleh gabungan tenteraBaldwin IV dari Baitulmuqaddis,Raynald dari ChatillondanKesatria Templar.

Keamanan di antara Salahuddin dannegeri-negeri Salibtercapai pada1178. Salahuddin meneruskan serangannya pada1179selepas daripada kekalahannya dalam Perang Montsigard, dan dalam serangannya ke atas sebuah kubu kuat tentera Salib beliau berjaya menumpaskan tentera Salib. Walau bagaimanapun, tentera Salib terus menyerang orang-orangMuslim. Raynald dari Chatillon mengganggu laluan perdagangan dan haji orang Islam dengan kapal-kapal laut diLaut Merah. Raynald juga mengancam menyerang kota suci Islam yakni KotaMekahdanMadinahmenjadikannya orang paling dibenci dalam dunia Islam. Sebagai tindak balas, Salahuddin Al-Ayubbimenyerang Kerak, sebuah kubu Raynald pada tahun1183dan1184. Raynald kemudian menyerang dan membunuh kabilah yang dalam perjalanan untuk menunaikanhajipada tahun1185.Dalam bulan Julai tahun1187, Salahuddin menyerang negeri-negeri Salib. Pada4 Julai1187, beliau bertempur dalamPertempuran Hattinmenentang gabungan kuasaGuy dari Lusignan(sebutangibukanguy), raja negeri-negeri Salib, danRaymond III dari Tripoli. Tentera Salib yang letih dan dahagakan air mudah ditumpaskan oleh tentera Salahuddin. Kekalahan tentera Salib ini membei tamparan yang besar buat mereka dan menjadi satu titik perubahan dalam sejarah Perang Salib. Salahuddin berjaya menangkap Raynald dan beliau sendiri memancung kepala Raynald akibat kesalahannya. Raja Guy juga berjaya ditangkap tetapi beliau tidak dipancung.Selepas tamatnya Perang Hattin, Salahuddin berjaya merampas kembali hampir keseluruhan kota-kota yang dikuasai tentera Salib. Beliau berjaya menawan s