16
FACULTY OF SCIENCE & TECHNOLOGY (FST) MPU3123 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA SEMESTER MAY 2015 ASSIGNMENT SEMESTER: MAY 2015 NAMA: AHMAD MIRZA RUSYAIDI BIN MOHD RAFI NO IC: 930930-11-5375 NO TEL: 010-9184212 EMAIL: [email protected] TUTOR NAME MOHD DOM BIN ISA LEARNING CENTRE SHAH ALAM LEARNING CENTRE 1 | Page

MPU3123 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA SEMESTER MAY 2015 ASSIGNMENT

Embed Size (px)

DESCRIPTION

MPU3123 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA SEMESTER MAY 2015 ASSIGNMENT SEMESTER 3 OUM OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

Citation preview

FACULTY OF SCIENCE & TECHNOLOGY (FST)MPU3123TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIASEMESTER MAY 2015ASSIGNMENT SEMESTER:MAY 2015NAMA:AHMAD MIRZA RUSYAIDI BIN MOHD RAFI

NO IC:930930-11-5375

NO TEL:010-9184212

EMAIL:[email protected]

TUTOR NAMEMOHD DOM BIN ISA

LEARNING CENTRESHAH ALAM LEARNING CENTRE

SEMESTER: 3ISI KANDUNGAN

TOPIKMUKA SURAT

Penghargaan3

Pengenalan4

Dapatan Kajian6

PENGHARGAAN

Dalam usaha menyiapkan kerja tugasan yang diberikan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Mohd Dom Bin Isa, tutor subjek MPU3123 kerana telah banyak membimbing saya bagi menyiapkan tugasan ini mengikut dengan kehendak soalan dan bagi memenuhisegala keperluan bagi mendapatkan hasil tugasan yang cemerlang. Beliau turut memberi perancangan bagi menyiapkan tugasan ini walaupun di dalam kesibukan bekerja dengan teratur dan ini telah banyak membantu saya bagi menyiapkan tugasan ini di dalam jangka masa yang diberikan di masa yang sama tidak menjejaskan waktu kerja saya. Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan sekerja dan juga penduduk tempatan Lembah Subang, Ara Damansara kerana banyak memberi kerjasama bagi saya menyiapkan projek ini. Tidak lupa juga segala ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan yang aktif di dalam e-forum kerana sedikit sebanyak telah memberikan saya idea-idea bagi memudahkan perjalanan saya bagi menyiapkan tugasan yang diberikan ini.

PENGENALAN

Tamadun Islam di Malaysia sudah berkembang sejak beberapa abad lalu berikutan dengan lokasi Negara Malaysia sebagai negeri melayu yang mempunyai kedudukan yang strategic di dalam peta dunia bagi kapal dagang dan menjadi pusat interport bagi perjalanan kapal dagang dari barat ke timur dan dari timur ke barat. Negara Malaysia yang terkenal sebagai satu pusat persinggahan para pedagang telah didedahkan dengan pelbagai gaya hidup dari Negara luar dan secara tidak langsung agama islam telah diserap di dalam budaya hidup kaum melayu di negara kita pada ketika itu. Sehingga kini, tamadun islam berkembang dari pelbagai sudut seperti terjemahan, seni bina, keilmuan, reka cipta dan lain-lain lagi. Menurut Roziah Sidik (2011) perkembangan tamadun sering dikaitkan dengan peranan aktif semua pihak termasuk pemerintah dan juga orang perseorangan di dalam satu masyarakat. Antara pencapaian di dalam tamadun islam ini adalam kemajuan dari segi bidang seni bina terutamanya seni bina bangunan-bangunan seperti masjid yang terdapat di Malaysia. Bagi memenuhi objektif tugasan ini saya akan menghuraikan satu contoh seni bina masjid yang dapat membuktikan kehebatan tamadun islam yang terdapat di penempatan di kawasan Lembah Subang, Ara Damansara, Selangor.

DEFINISI TAMADUN ISLAM

Tamadun islam telah menjadi suatu perbincangan sejak dahulu lagi, menurut pandangan tokoh seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas(1972) telah mendefinasikan tamadun sebagai kehidupan manusia yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi sesebuah masyarakat. Ini bermakna tamadun islam bukan didirikan oleh satu bangsa sahaja malah telah didirikan oleh semua umat islam di atas dasar satu pegangan tauhid (mengesakan ALLAH S.W.T) dan juga dibantu oleh beberapa golongan minoriti orang bukan islam menyumbang terhadap negara islam bagi mencapai tamadun islam.Daripada sudut bahasa arab pula Ibnu Khaldun telah menjelaskan istilah tamadun islam adalah Madaniah, Tamadun, dan Hadarah. Penjelasan tamadun islam bagi Ibnu Khaldun adalah, pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapatmembuka jalan ke arah pemikikran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai syumuliah.CIRI-CIRI TAMADUN

Dari zaman ke zaman, peradaban manusia kian berkembang terus maju setapak dari tempat asal mereka berdiri. Semakin lama semakin ramai pemikir-pemikir telah lahir dan berinovatif bagi menyesuaikan diri mereka dengan peredaran zaman. Ini telah menjana kepada kemajuan dari segi bidang keilmuan dan kekuatan rohaniah mereka. Perubahan yang dapat dilihat dalam pembentukan tamadun antaranya adalah pertumbuhan suatu pembinaan dan perkembangan kota (urbanisasi), statifikasi dan organisasi sosial, kesenian dan estetika, tulisan dan komunikasi, sistem agama dan kepercayaan, pembahagian kerja secara kolektif dan juga penggantian kehidupan nomad kepada kehidupan moden melalui kemajuan sains dan teknologi.Setiap satu daripada ciri tamadun ini adalah saling berkait antara satu sama lain dan tidak dapat dipisahkan. Jika satu darinya tidak ada adalah belum dinamakan ia satu tamadun. Pembinaan suatu tamadun telah tercipta apabila suatu organisasi sosial mula terbentukdaripada sebuah keluarga kepada sebuah masyarakat yang kompleks dengan sistem sosial yang berlapis yang ditakbir oleh pemerintah dan golongan rakyat di bawah. Manakala bahasa pertuturan dan penulisan merupakan bahan pengantara bagi suatu masyarakat. Ia penting bagi komunikasi dan penyebaran suatu ilmu. Setelah itu, agama mula muncul sebagai suatu pegangan di dalam masyarakat kerana lumrah manusia memerlukan agama bagi mengetahui matlamat hidup mereka agar tidak tersasar. Setelah itu kehidupan masyarakat yang nomad telah berubah dari semasa ke semasa. Daripada kehidupan nomad manusia pemikiran manusia makin berkembang ke arah kehidupan moden dan pada ketika ini segala ciptaan dan pembangunan telah berevolusi dan semakin canggih. Apabila suatu pencapaian telah dapat dilihat nilai kesenian mula timbul dan ini dapat lebih merangsang suatu pertumbuhan di dalam kemajuan teknologi kehidupan moden melalui kemajuan sains dan teknologi. Dengan ini, terbinalah suatu tamadun yang berkembang dengan teratur dan nilai seni mula digunakan di dalam suatu pembangunan bagi menggambarkan suatu masyarakat bertamadun tersebut. Hal ini dapat dilihat dripada seni bina dan seni ukir terhadap suatu pembangunan utama di dalam suatu kawasan yang maju dan telah mencapai suatu tamadun.

DAPATAN KAJIAN

Walaupun baru menetap di sini, akan tetapi melalui apa yang dapat dilihat dengan mata kasar dan perbualan orang ramai dapat dirumuskan bahawa Masjid Ara Damansara ini merupakan sebuah masjid yang begitu unik dan mempunyai ciri-ciri yang lengkap sebagai contoh seni bina yang dapat dilakukan sebagai bahan kajian di kawasan yang di diami sekarang. Kita sedia maklum bahawa masjid merupakan tempat beribadat bagi umat islam. Di sini merupakan tempat untuk umat islam bersolat dan beriktikaf sebagai tanda umat islam adalah hamba hamba yang berserah diri kepada ALLAH SWT. Sejak dahulu lagi, masjd tidaklah terbatas kepada tempat untuk bersolat sahaja, akan tetapi masjid merupakan tempat untuk umat islam berkumpul dan sejarah membuktikan bahawa pembangunan sesuatu penempatan juga telah terbina dengan wujudnya masjid di kawasan tersebut. Ini kerana masjid sejak dahulu lagi telah digunakan sebagai pusat segala perbincangan, perundangan, perdangangan dan juga turut menjadi pusat pembelajaran bagi penuntut-penuntut ilmu. Kajian yang dilakukan adalah berdasarkan kaedah temu bual penduduk di kawasan setempat, lawatan dan pemerhatian, rujukan buku ilmiah dan muat turun maklumat daripada laman sesawang internet. Sumber-sumber ini banyak membantu bagi menyelesaikan kerja tugasan yang diberikan ini dan turut memberi pengetahuan mengenai wujudnya satu nilai kesenian di kawasan setempat yang didiami sekarang. Kajian telah mula dilakukan sejak permulaan semester dengan pencarian lokasi yang sesuai di laman sesawang internet yang dapat menepati tugasan soalan untuk mengkaji bangunan seni di kawasan setempat yang memberi impak positif kepada masyarakat setempat. Setelah mendapat hasil, saya mula turun ke tapak kajian selepas mula kelas kuliah ke dua setelah mendapat nasihat daripada tutor subjek ini cara yang perlu dilakukan bagi menyiapkan tugasan ini. Walaupun mengambil masa yang lama bagi menyiapkan tugasan ini atas kerana kerja yang tidak mengizinkan untuk turun ke tapak kajian akan tetapi tugasan ini dapat juga di siapkan pada masa yang diberikan oleh OUM.

MASJID ARA DAMANSARA

Pengenalan Masjid Ara DamansaraMasjid Ara Damansara ini bertempat di alamat No.3, Jalan PJU 1A/37, Ara Tropika, Ara Damansara, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor. Kedudukan masjid ini adalah teramat strategik kerana dikelilingi dengan penempatan penduduk tanpa mengira golongan yang berada ataupun yang hidup sederhana. Sejarah pembinaan masjid ini adalah projek ini telah dibeli oleh syarikat Sime Darby Ara Damansara Developments Sdn Bhd dan telah dirasmikan pada 29 Jan 2015, (Khamis) pada waktu solat Maghrib. Masjid ini telah dibina dengan konsep Green Building Index (GBI) dan telah memenangi anugerah melalui konsep tersebut. Daripada reka bentuk masjid tersebut dapat dilihat melalui gambar dimana masjid ini dibina tanpa dinding konkrit dan hanya disokong dengan struktur besi yang kukuh. Tambahan lagi struktur besi pada masjid ini juga mempunyai ketinggian yang berbeza daripada setiap sudut, ini menjadikan pandangan daripada luar masjid ini kelihatan berbeza dari setiap sudut di sekeliling masjid tersebut. Reka bentuk unik tanpa dinding konkrit ini pula memberikan suatu kelainan berbanding masjid biasa kerana tanpa bantuan kipas elektrik ataupun penghawa dingin para jemaah masjid tersebut dapat merasai tiupan angin semula jadi secara terus dari dalam masjid yang sememangnya mempunyai kedudukan yang strategik dimana angin sentiasa bertiup di kawasan ini. Walaupun begitu kemudahan kipas elektrik juga turut disediakan bagi keselesaan jemaah.Mengikut kepada konsep seni yang ingin ditampilkan pada masjid ini, dapat dilihat keunikan tempat mengambil wudhu yang telah direka dikelilingi dengan taman di mana daun-daun hijau mekar menjalar di sekelilingnya dan air kolah dimana terdapat air pancur dan terdapat ikan yang berenang didalamnya. Ini menghasilkan suatu ilusi dimana para jemaah akan terfikir air yang keluar daripada paip adalah daripada kolah tersebut. Selain daripada itu, satu lagi kelainan yang dapat dilihat melalui Masjid Ara Damansara ini adalah taman rekreasi bagi kanak-kanak (taman permainan), jalan berbatu bagi refleksologi pada tapak kaki, taman dengan reka bentuk yang unik dan juga taman rekreasi untuk bersenam. Dengan kesenian yang ditonjolkan pada masjid ini, dapat dibuktikan bahawa masjid ini bukan sahaja digunakan bagi menjalankan ibadah solat malah turut digunakan bagi keluarga berkumpul untuk berekreasi untuk kesihatan dan juga untuk merapatkan hubungan silaturahim di antara pengguna masjid ini.Warna asas yang dapat dilihat pada Masjid Ara Damansara ini adalah warna putih pada setiap struktur bangunan dan hiasan disekeliling dan warna lain yang turut menjadi warna asas adalah warna hijau daripada pokok-pokok dan rumput disekelilng bangunan masjid ini. Jelas pereka masjid ini ingin menonjolkan konsep seni yang berkonsepkan GBI dimana warna putih merupakan warna neutral yang dapat menyerlahkan lagi warna kehijauan daripada tumbuhan disekeliling masjid ini. Ini secara tidak langsung dapat memberikan ketenangan kepada setiap orang yang melihat masjid ini tanpa mengira bangsa dan agama. Ini kerana dapat dibuktikan daripada kajian bahawa warna hijau yang dipancarkan daripada tumbuhan dapat memberikan kesegaran dan ketenangan malah juga dapat memangkin minda supaya menjadi lebih cerdas dan pintar. Bagi memenuhi konsep hijau yang ingin dibawa daripada masjid ini juga adalah tempat parking hijau. Di masjid ini keutamaan diberikan kepada pengguna kenderaan berkuasa hybrid yang menggunakan teknologi separa elektrik bagi menggerakkan fungsi enjin. Pada tempat parking ini rumput hijau ditanam bagi membuktikan dengan kualiti enjin yang tidak menggunakan petrol secara 100% sebagai bahan asas mampu menjaga kehijauan alam sekitar.

Aktiviti Yang Dijalankan di Masjid Ara DamansaraMasjid Ara Damansara ini telah diuruskan oleh para kakitangan masjid yang telah dilantik khas daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan juga daripada penduduk setempat turut terlibat di dalam pengurusan masjid ini. Ini adalah penting bagi memastikan aktiviti masjid ini dapat dijalankan dengan sempurna daripada orang berpengalaman dan juga dapat membimbing masyarakat setempat bagi mempelajari selok belok pengurusan masjid bagi generasi akan datang di kawasan Ara Damansara ini. Aktiviti masjid ini akan sentiasa dihebahkan melalui kain rentang, pamplet, pengumuman sebelum dan selepas solat jumaat dan juga pada laman media rasmi masjid ini sendiri di dalam laman sesawang https://www.facebook.com/masjidaradamansara.Aktiviti yang dijalankan oleh kakitangan masjid ini bukan sahaja bertumpu kepada kuliah agama malah banyak aktiviti lain yang berunsur kemasyarakatan turut dijalankan disini bagi memupuk nilai kemasyarakatan di kawasan Ara Damansara ini. Antara aktiviti yang dijalankan di Masjid Ara Damansara ini adalah aktiviti gotong royong bersama penduduk kawasan setempat yang dijalankan pada hari perasmian masjid tersebut. Aktiviti gotong royong adalah suatu aktiviti yang tidak lagi asing bagi kita di mana masyarakat setempat akan berkumpul bagi menjalankan suatu aktiviti yang mendatangkan manfaat kepada semua terutamanya terhadap hubungan sesama individu di dalam suatu masyarakat. Ini adalah kerana penduduk yang menyertai program ini akan saling bantu membantu bagi meringankan beban sesama peserta lain bagi memudahkan suatu urusan seperti mengumpul sampah dan lain-lain.Selain daripada itu, aktiviti yang dijalankan di Masjid Ara Damansara ini adalah kem motivasi pelajar Membina Sahsiah Cemerlang yang telah diadakan pada 30 Mei 2015 yang lalu. Di dalam program ini para pelajar telah didedahkan dengan sifat-sifat yang sewajarnya diamalkan sebagai seorang pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik malah dari sudut sahsiah diri juga adalah penting bagi membentuk diri sebagai individu yang cemerlang. Kem tersebut telah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Hasnil B. Abu Bakar dan Prof. Dr. Muhammad Kamil yang telah membimbing para pelajar sepanjang hari tersebut bermula daripada awal pagi sebelum solat subuh sehingga selepas maghrib. Program ini dijalankan atas insiatif ibubapa dan sekolah terdekat bagi menghantar anak-anak mereka untuk menghadiri program ini.Terdapat juga program yang telah dijalankan oleh masjid ini juga sedikit sebanyak membawa kepada kemakmuran di dalam kawasan ini. Seperti sedia maklum, fardhu kifaiyah adalah wajib dipelajari bagi sekurangnya satu orang di dalam suatu kawasan bagi memastikan apabila berlakunya sesuatu adanya seseorang untuk menguruskannya. Masjid ini juga telah mengadakan program kursus pengurusan jenazah kepada anak-anak muda dan orang dewasa di kawasan ini. Program ini telah dijalankan pada 29 Mac 2015 lalu dan telah dianjurkan oleh Ustaz Amir Muttakin dan Puan Siti Fadzilah sebagai tetamu jemputan bagi menunjukkan cara-cara melakukan pengurusan jenazah. Sebagai seorang anak haruslah setiap daripada kita mempelajari ilmu ini bagi suatu hari ketika ibu atau bapa kita meninggal kita merupakan salah seorang yang akan menguruskan jenazah mereka. Sesungguhnya menguruskan jenazah ibubapa merupakan khidmat terakhir yang dapat dijalankan oleh seorang muslim maka jika kita terlepas maka teramatlah ruginya.Di dalam bulan puasa Ramadhan pada tahun ini, Masjid Ara Damansara juga telah mengadakan suatu aktiviti utama yang dijalankan setiap hari sepanjang bulan puasa iaitu majlis berbuka puasa dan solat terawih. Majlis berbuka puasa yang diadakan di masjid ini diadakan setiap hari dengan tempahan daripada pihak katering daripada luar yang menyediakan jamuan makan kepada tetamu seramai 200 orang satu hari. Jamuan makanan yang disediakan juga adalah bertaraf jamuan besar seperti di restoran-restoran. Program yang memakan belanja yang besar ini membuktikan bahawa para jemaah yang hadir ke masjid ini amat menghargai segala program kemasyarakatan yang dijalankan oleh masjid ini dan tanpa halangan mereka terus menyumbang kepada masjid supaya lebih banyak aktiviti kemasyarakatan dijalankan setiap hari. 3 | Page