Click here to load reader

assigment sumbangan tamadun islam kpd tamadun barat, melayu, china dan india

  • View
    9.596

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

menceritakan tentang sumbangan tamadun islam kepada tamadun barat, melayu, china dan india

Text of assigment sumbangan tamadun islam kpd tamadun barat, melayu, china dan india

PENDAHULUANSesungguhnya pelbagai pencapaian dalam pelbagai bidang ilmu telah berjaya dicapai oleh manusia hingga ke hari ini. Pencapaian dalam pelbagai bidang ilmu termasuklah ilmuilmu berkaitan perubatan, matematik, sains, fizik, astonomi, seni bina, penulisan dan pelbagai lagi. Sesungguhnya kejayaan dalam bidang-bidang yang dikecapi pada hari ini sangat berkait rapat dengan Islam. Dari sudut perkembangan tamadun-tamadun manusia seperti tamadun barat, Melayu, Cina dan India, sumbangan dalam bidang ilmu oleh para ilmuan islam adalah amat penting dalam proses menjadikan tamadun-tamadun ini merupakan salah sebuah tamadun yang terulung di dunia. Sumbangan dalam pelbagai bidang ilmu telah disalurkan oleh para Ilmuan Islam dalam bidang masing-masing untuk proses perkembangan dan pembangunan tamaduntamadun ini. Kesan daripada ilmu-ilmu yang disumbangkan, tamadun-tamadun ini telah berjaya bertapak dan kekal hingga ke hari ini. Pelbagai bidang ilmu ini juga telah berjaya memberikan kesan positif dalam pemikiran manusia. Masyarakat juga telah berjaya melahirkan genius-genius dan pemikir yang hebat dalam pelbagai bidang. Kewujudan Taj Mahal di India juga merupakan antara kesan daripada ilmu-ilmu yang disumbangkan oleh para ilmuan islam terhadap tamadun dunia. Hingga ke hari ini ilmu-ilmu yang disalurkan oleh para ilmuan Islam seperti Ibnu Sina, Ibnu Batutta, Al-Biruni, Al-Khawarizmi masih lagi digunakan. Ilmu-Ilmu seperti matematik dan sains bukan sahaja digunakan untuk kemajuan sesebuah negara malahan ia juga digunakan sebagai suatu medium pelajaran untuk para pelajar mempelajarinya.

1

1. TAMADUN BARAT 1.1 PengenalanKewujudan kuasa-kuasa Islam di tengah-tengah kuasa Eropah telah menyebabkan wujudnye interaksi tamadun antara dunia Islam dan Eropah. Hasilnya, pada abad ke-13M, kira-kira selepas 300 tahun menguasai Andalus (sebuah pusat tamadun Islam yang istimewa yang terletak di luar Semenanjung Arab), tamadun Islam telah mencapai kegemilangan. Perkembangan ilmu dalam bidang sains dan falsafah berlaku dengan pesat dan teleah melonjakkan dunia islam di mata dunia. Kegiatan terjemahan menjadi faktor utama kepada perkembangan tamadun di Andalus. Kegiatan ini menjadi alasan kuat kepada pengaliran tamadun Islam ke Eropah. Kegemilangan tamadun Islam telah menyebabkan pelajar dari pelbagai pelosok rantau di Eropah datang menimba ilmu. Rentetan kedatangan mereka itu telah mencetuskan minat di kalangan mereka untuk mendalami ilmu melalui kegiatan terjemahan. Proses penterjemahan dilakukan dalam bahasa Latin kerana bahasa ini merupakan bahasa perantaraan utama di Eropah ketika itu.

1.2 Pembentukan Tamadun BaratKemunculan para penterjemah memberi pengaruh besar dalam memastikan ilmuilmu yang dicipta ilmuan Islam ke Eropah. Abad ke-12M menyaksikan kegiatan penterjemahan mula berkembang dengan pesat. Kemunculan tokoh-tokoh penterjemah seperti Adelard of Bath, Plato of Tivoli, Robert of Chester, John of Sivelle, Hermann the Dalmation dan ramai lagi telah membuktikann aktiviti penterjemahan yang berlaku telah memberi impak yang besar kepada pembentukan Tamadun Barat. Aktiviti ini telah berjaya menggerakkan masyarakat Eropah untuk bangkit membina ketamadunan mereka sendiri sehingga dapat mencapai apa yang dinamakan sebagai zaman Renaissance (zaman

2

Kebangkitan) selepas Kejatuhan Empayar Rom pada kurun ke-5 telah membawa Eropah kepada Zaman Gelap atau dikenali sebagai Zaman Pertengahan. Zaman ini berlangsung selama 1000 tahun. Pada awal Zaman Gelap ini berlaku perpecahan politik, kemerosotan ekonomi dan kongkongan agama Kristian ke atas masyarakat Eropah.

1.3 Penterjemah Barat1. Adelard of Bath

Beliau dikenali sebagai Alard atau Aderlardus Bathoniensis, dilahirakan di Bath, England. Beliau telah mengembara sambil belajar ke Perancis, selatan Itali, Sicily dan Timur Tengah. Beliau merupakan seorang ahli falsafah, matematik, saintis terkenal berketurunan Inggeris, serta tokoh pelopor utama terjemahan dari bahasa Arab ke bahasa Latin. Adelard adalah individu yang berperanan penting dalam sejarah perkembangan intelektual pada zaman pertengahan. Antara penulisan yang diterjemah oleh beliau ialah: Jadual astronomi karya Maslamah b. Ahmad al-Majriti. Huraian matematik tulisan al-Khawarizmi di bawah tajuk Liber ysagogarum

Alchorismi. Huraian tentang ilmu burung (Falconry).

2. John of Sivelle

Beliau dikenali sebagai John of Spain, John of Toledo dan Joannes Hispalensis. Pada mulanya beliau adalah seorang penganut Yahudi dan kemudiannya telah memeluk agama Kristian. John telah banyak menterjemahkan karya Arab berkaitan bidang arithmetic, astronomi, perubatan dan falsafah. Antaranya:

3

Liber alghoarismi de practica arismetrice hasil huraian penulis-penulis Islam yang

dikumpul oleh beliau. Karya al-Farghani yang bertajuk Kitab fi Harakat al-Samawiyyah wa Jawami Ilm

al-Nujum. Diterjemah sekitar 1134-1135M. Karya Abu Mashar yang bertajuk Kitab al-madkhal ila Ilm ahkam al-nujum. Karya al-Battani dan dalam bahasa Latin dikenali dengan tajuk Centiloqiuum atau

Liber de consuetudidibus in judiciis astrorum. Karya al-Kindi dan dalam bahasa Latin dikenali dengan De intellectu.

3. Hermann the Dalmation

Beliau juga dikenali sebagai nama Hermann the Slav dan Hermann the Carinthian. Seorang ahli falsafah dan astronomi di samping tugas sebagai penterjemah. Hermann dikatakan telah biasa dengan bahasa Arab kerana telah menghasilkan terjemahan daripada huraian astronomi yang dihasilkan oleh seorang Yahudi bernama Sahl ibn Bishr di bawah tajuk Zaelis Fatidica atau Pronostica atau Liber Sextus Astronomie. Peranan beliau sebagai penterjemah semakin berkembang dengan banyak lagi karya terjemahan yang dapat dihasilkan. Antaranya ialah: Terjemahan jadual astronomi yang pernah dihasilkan oleh al-Khawarizmi. Terjemahan karya Abu Mashar yang bertajuk Kitab al-Madkhal ila Ilm ahkam al-

nujum. Terjemahan dari bahasa Arab karya Ptolemy yang bertajuk Planisphaerium yang

dibuat oleh Maslamah b. Ahmad al-Majriti.

4. Robert de Chester

Beliau dikenali juga sebagai Robertus Castrensis, Cestrensis, Retinensis, Ketenensis, Ostiensis, Astensis, Anglicus, Robert the Englishman dan Robert de Retines. Seorang

4

Inggeris yang mahir dalam bidang matematik, astronomi dan alkemi. Karya-karya terjemahan beliau ialah: Karya al-Kindi yang kemudiannya diberi tajuk Judicia. Terjemahan al-Quran pertama dalam bahasa Latin. Karya tentang algebra oleh al-Khawarizmi. Huraian tentang bidang alkemi yang ditulis oleh Khalid b. Yhazid.

5. Plato of Tivoli

Dikenali sebagai nama Plato Tiburtinus. Seorang ahli matematik, astronomi, astrologi, dan penterjemah berketurunan Itali. Beliau bertanggungjawab menterjemah karya dari bahasa Arab ke Hebrew ke bahasa Latin. Karya-karya terjemahan beliau ialah seperti berikut: Karya al-Imrani yang kemudiannya diberi tajuk De Electionibus Horarum yang

disiapkan sekitar tahun 1133-1134M. Karya al-Battani dan telah diterjemahkan di bawah tajuk De motu Stellarum. Karya Abu Bakr al-Hassan b. al-Khasib di bawah tajuk De Revolutionibus Navitatum.

6. Domingo Gundisalvo 7. Hugh of Santalla 8. Rudolf of Bruges 9. Gerard of Cremona 10. Marc of Toledo

1.4 Iktibar

5

Pihak Barat berusaha menafikan sumbangan Islam kepada tamadun dunia apa lagi memberi sumbangan terhadap tamadun mereka. Alasan yang diberikan bahawa bangsa mereka mencipta kegemilangan tamadun sejak awal iaitu sebelum kegemilangan tamadun Islam. Justeru itu, daripada penelitian yang dibincangkan di atas jelas menunjukkan bahawa pihak Barat memperoleh maklumat tentang tamadun melalui orang Islam. Kedatangan mereka ke Andalus dan melakukan pencernaan ilmu melalui kegiatan terjemahan, jelas bahawa tamadun Islam menjadi saluran penting kepada perkembangan tamadun Barat. Cuma persoalan sekarang adalah apakah orang Islam mampu mencerna dan menterjemahkan tamadun yang ada pada Barat hari in ke pangkuan Islam?

2. TAMADUN MELAYU 2.1 PengenalanTamadun melayu merupakan sebuah tamadun yang terbentuk daripada sekolompok manusia yang secara meluas digolongkan sebagai kumpulan orang-orang melayu dan tertumpu kepada pentempatan di sesuatu wilayah yang dikenali dengan pelbagai nama iaitu gugusan Kepulauan Melayu(Malay Archipelago), Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Alam Melayu dan Tanah Jawi. Selain itu, tamadun melayu mengandungi dua perkara utama yang menjadi asas kepada tamadun wilayah ini ialah bahasa melayu yang menjadi bahasa perhubungan yang luas (linguan franca) di seluruh kawasan alam melayu dan agama islam sebagai asas pembentukan tamadun melayu. Seterusnya,melayu boleh diistilahkan kepada 3 pengertian iaitu ras(gentetik atau biologi), kebudayaan, bahasa.

2.2 Sumbangan ilmuan Islam1. IBNU BATUTA6

Nama sebenar beliau Abu Abdillah Muhammad Ibn Abdillah Ibn Muhammad Ibn Ibrahim Al Lawati Al Tanjin. Beliau juga dikenali dengan name Syamsuddin di Negeri-negeri timur. Beliau dilahirkan di Tangier Maghribi 24 Februari 1304 bersamaan Rejab 704 Hijrah. Beliau juga terkenal dengan penjelajahan dan pengembaraan diserata dunia dan Berjaya merentasi benua Afrika dan Asia.Sumbangan beliau terhadap tamadun Melayu ialah Bahasa dan sastera dengan penghasilan satu-satunya karya pengembaraan arab di Asia Tenggara yang terbukti kesahihannya. Karya tersebut dikenali sebagai Rihlah ibn Batuta,di dalam karya tersebut menceritakan tentang budaya adab resam serta keadaan masyarakat dunia.

2. AL GHAZALI Nama beliau Abu Hamid Ibnu Muhammad al Tusi al ghazali dilahirkan di Tus,Parsi pada tahun 450 Hijrah.Beliau juga dikenali sebagai ulama tasawwuf dan akidah dan merupakan seorang ahli sufi yang digelar sebagai Hujjatul Islam.Sumbangan beliau terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak dapat dinafikan lagi.Beliau juga dianggarkan telah menghasilkan 300 buah buku da