Perbezaan Takrif Tamadun Mengikut Sarjana Barat Dan Islam

Embed Size (px)

Citation preview

  • Terangkan Perbezaan Takrif Tamadun Mengikut Sarjana Barat Dan Islam

  • PengenalanPelbagai takrifan dibuat untuk mendifinisikan tamadun itu sendiri. Ianya boleh dilihat dari pelbagai sudut. Setiap bahasa mempunyai pelbagai tafsiran yang sama mahupun yang berbeza beza. Bukan sahaja berbeza dari segi ejaan malah ianya juga berbeza dari segi konsep tamadun itu sendiri. Definisi tamadun itu telah dikupas dan dibicarakan oleh para sarjana dari pelbagai sudut mengikut pandangan masing masing. Biarpun begitu, disebabkan kelainan oleh latar belakang ilmu menyebabkan wujudnya penafsiran yang pelbagai.

  • Dalam bahasa Inggeris, istilah civilizations paling meluas digunakan bagi merujuk kepada istilah tamadun. Perkataan civilize merujuk kepada memperbaiki tingkahlaku yang kasar atau kurang sopan dan menyelaraskan mengikut keperluan masyarakat. Secara ringkasnya, civilized bolehlah dikatakan sebagai keluar daripada kehidupan primitif atau barbarian kepada kehidupan yang mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan.

    Melalui penafsiran civilize juga dapat menggambarkan bahawa ianya lebih kepada penekanan aspek tingkahlaku atau moral manusia atau kelompok manusia itu sendiri.

    Istilah civilizations dalam bahasa Inggeris hasil atau terbit dari perkataan Latin iaitu civitas yang membawa maksud city atau bandar. Perkataan tamadun itu sendiri lebih sinonim dengan bandar atas alasan tiap tiap tamadun yang terkemuka memiliki bandar bandar yang besar dan ciri - ciri sesebuah tamadun mudah ditemui di kawasan bandar.

  • Dalam masyarakat China pula, tamadun disebut wen ming yang bererti cerah, terang atau bercahaya yang merujuk kepada tamadun. Wen merujuk kepada keindahan, kelembutan, keelokkan atau budi pekerti. Ming pula merujuk kepada cahaya atau kecerahan. Istilah tersebut juga dikaitkan dengan amalan tradisi yang perlu dipraktikkan, pemikiran yang bijaksana, pemahaman yang jelas dan bertutur secara terbuka. Daripada definisi ini, dapatlah dikatakan bahawa ianya memberi penekanan kepada unsur unsur yang baik, menghormati amalan tradisi dan bertindak secara tradisional

  • Dalam masyarakat India pula, tamadun dikaitkan dengan istilah nakarikam. Nakar membawa maksud kota atau bandar, manakala ikam pula membawa erti pembentukan. Nakar juga merupakan simbol tentang penjelmaan Tuhan Siva iatu tuhan yang menciptakan bandar. Ini adalah mengikut kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

  • Takrif Tamadun Mengikut Pandangan Sarjana Islam.

    Perkataan tamadun secara umumnya dikaitkan dengan konsep pembangunan, perubahan, kemajuan dan peradaban yang dicapai oleh sesuatu bangsa atau kaum di dunia. Pelbagai takrifan tamadun telah wujud mengikut aliran dan bidang pemikiran tersendiri. Terdapat tiga golongan yang secara langsung memberikan sumbangan dalam membantu memberikan definisi tamadun. Golongan pertama ialah ahli sejarah, golongan kedua ialah ahli antropologi dan golongan yang ketiga ialah ahli sejarah. Golongan ketiga merupakan golongan yang memberikan takrifan yang paling tepat mengenai takrifan tamadun ini berbanding dengan golongan pertama dan kedua.

  • Mengikut Ghazali Basri (1984), tamadun itu ialah kata kerja madana yang bererti membina atau mengasas sesebuah bandar. Perkataan maddana ini juga didapati beberapa istilah terbitan masing-masing memperlengkapkan pengertian diantara satu sama lain, umpamanya madinah bererti bandar. Madinah bererti kebudayaan yang tinggi nilainya dan istilah tamadun ini memberi erti civilization.

  • Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, yamuddunu, madinatan. Madani adalah sifat nama yang membawa maksud sifat pembangunan atau perbandaran serta keadaan budi bahasa yang terpuji. Ini bererti pembangunan sifat kekotaan dan insaniah di dalam diri. Perkataan lain yang biasa digunakan dalam bahasa Arab ialah thafaqah, madaniyat, umran dan hadharah

  • Para Sarjana telah memilih tema tertentu bagi mengupas maksud atau konsep tamadun. Sarjana sarjana seperti Said Hawa, Abu Bakar Hamzah telah menonjolkan tema pencapaian dalam bidang material dan spiritual bagi menjelaskan konsep tamadun. Said Hawa membahagikan tamadun itu kepada dua iaitu tamadun Islam dan tamadun Jahiliyah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam manakala tamadun jahiliyah ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral. Abu Bakar Hamzah pula menitikberatkan soal pembangunan yang sepadu antara dua unsur iaitu unsur kerohanian dan unsur kebendaan. Pembangunan itu lahir seiring dan serentak dengan perkembangan kehidupan manusia, sama ada dalam bentuk pemikiran atau kebendaan.

  • Menurut Syed Naquib Al-Attas, tamadun ialah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Ahmad Bek Kamal menjelaskan tamadun dengan menekan aspek daya usaha ke arah mengeluarkan masyarakat daripada suasana hidup liar atau nomad kepada hidup berpendidikan dan pembentukan moral tanpa mengira sama ada di Timur mahupun di Barat.

  • Ahli antropologi , Wan Hashim Wan Teh menegaskan bahawa konsep tamadun dalam sains sosial merujuk kepada pencapaian tinggi pemikiran ahli masyarakatnya dalam aspek budaya dan kesusasteraan, agama dan moral, pelbagai aspek kesenian, tatasusila serta organisasi politik atau kemampuan mewujud dan menguruskan sebuah kerajaan yang demokratis.

  • Ada juga dikalangan sarjana Islam yang menjangkau definisi tamadun yang dikupas oleh sarjana sarjana Barat. Tamadun yang difahami oleh Saiyyid Qutb bukan kemajuan kebendaan tetapi tamadun tauhid yang dilahirkan oleh sistem Islam yang menyempurnakan manusia dengan kemanusiaanya, menimbulkan makna sebenar ubudiyah kepada Allah dan keseimbangan yang menyeluruh dalam hisup individu dan masyarakat.

    Ahmad Syalaby pula mengkategorikan tamadun kepada dua jenis iaitu temadun teori dan tamadun eksperimen. Tamadun teori ialah tamadun tulen yang menjadikan Islam sebagai sumbernya yang tunggal. Ianya dikatakan lahir dalam perkara perkara yang tidak terdaya dicapai oleh fikiran manusia seperti dalam sistem politik, perundangan dan moral. Manusia tidak terdaya mencipta sistem politik yang sihat, tidak terdaya mengendalikan isu isu sosial yang menjadi perselisihan dikalangan manusia sejagat. Tamadun eksperimen pula ialah kemajuan yang dicapai oleh manusia dalam bidang bidang matematik, perubatan, astronomi dan sebagainya.

  • Ada pula sarjana yang mendefinisikan tamadun berdasarkan sifat-sifat fizikal tamadun itu sendiri. Syirazi mendefinisikan tamadun sebagai sesuatu kekuasaan, kehebatan, kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintahan yang menjurus kepada perbahasan tentang sejarah keilmuan, kemajuan industri dan pembangunan ekonomi sesebuah negara.

  • Menurut Abu Nasir al Farabi dan Jurji Zaidan, tamadun itu sebenarnya lahir apabila manusia menetap dalam kumpulan kumpulan besar di bandar dan mengamalkan pengkhususan dalam pekerjaan, mencipta barang baru yang berkualiti yang akhirnya membawa kemajuan dalam bidang bidang lain seperti intelektual dan kesenian.

  • Profesor Madya Dr LutfinIbrahim menyatakan bahawa madaniyat ialah kemajuan yang dicapai oleh sesuatu bangsa di dalam membangun dan memodenkan diri agar dapat berada di tahap yang lebih tinggi. Ianya dilihat dari segi alat teknologi yang digunakan dalam pertanian, pengeluaran, pengangkutan dan seni bina. Abu Nasir al-Farabi telah memperkenalkan istilah al-madaniyat dalam kitabnya, Al-Siasah Al-Madaniyat yang membawa maksud kota, kehidupan yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak. Muhammad Farid Wajdi(Al-Madaniyat wa al-Islam) juga menggunakan istilah yang sama.

  • Hadharah menurut Ibnu Khaldun ialah sekumpulan manusia yang tinggal kekal disesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian. Istilah ini juga telah digunakan oleh Kurdi Ali dalam kitabnya yang menjelaskan hadharah dan umran mempunyai pengertian yang sama. Hadharah mengikut Dr Lutfi Ibrahim juga menegaskan bahawa ianya adalah merupakan pencapaian dalam hal kerohanian seperti pemikiran dan sebagainya yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak. Ianya merupakan hubungan manusia dengan manusia yang bersumberkan wahyu.

  • Teuku Iskandar (1994) di dalam Kamus Dewan mendifinisikan tamadun sebagai keadaan kemajuan kebendaan atau pemikiran, budaya sosial, politik, beradaban dan lain lain. Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf perkembangan pemikiran yang melibatkan sosial dan budaya yang tinggi. Negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf perkembangan pemikiran sosial dan budaya yang tinggi. Ianya juga merujuk kepada budaya hidup atau cara hidup orang orang atau negara, kawasan atau sesuatu zaman tertentu. Keadaan pemikiran yang halus dan teliti.

  • Ibnu Khaldun menerangkan tamadun ialah sekumpulan manusia yang mendiami sebidang tanah yang mempunyai perbekalan tanah yang mencukupi, keselamatan nyawa serta harta yang terjamin yang membolehkan mereka mencapai kemajuan dalam berbagai bidang.

    Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi pula mentakrifkan tamadun sebagai kehalusan budi pekerti orang yang hidup di kota yang memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran dan penghasilan teknologi yang sempurna.

  • Muhammad Rasyid Redha pula berpendapat agama adalah merupakan asas yang penting dalam pembentukan tamadun. Ini kerana peningkatan unsur maknawi( spiritual) akan mendorong kebanyakkan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama dan sebaliknya. Sayyid Qutb menyifatkan Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat.

    Said Hawa juga mendefinisikan tamadun itu jika dilihat secara umum ianya terbahagi kepada dua iaitu tamadun Islam dan Tamadun Jahiliah. Tamadun Islam itu tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu. Tamadun Jahiliah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral.

  • Umar Audah al-Khatib pula menyifatkan bahawa tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan.

    Pendapat Muhammad al bahiy pula lebih kepada pencapaian atau produk yang dihasilkan. Ianya mentakrifkan tamadun sebagai keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik kesusasteraan dan lain lain.

  • Takrif Tamadun Mengikut Sarjana Barat.

    Arnold Toybee menerangkan bahawa tamadun ialah sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Beliau juga berpendapat bahawa tamadun ini ialah satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral atau dengan kata lain tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.

  • A.S. Hornby dan E.C. Parnwell menyatakan dalam bukunya The Progessive English Dictionary bahawa tamadun ini bermaksud meningkatnya pencapaian hidup manusia daripada kemunduruan kepada kemajuan dalam bidang sains, teknologi, politik, moral dan sebagainya.J.R. Strayer dalam bukunya yang bertajuk The Mainstream of Civilization menjelaskanperkataan tamadun amat rapat hubungannya dengan perbandaran. Beliau mengatakan tamadun itu lahir di bandar.

    J.K. Fiebleman berpendapat tamadun ialah kepandaian mengekspoitasi material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, ianya adalah proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatu keperluan.

  • E.B. Taylor menyatakan tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang mengandungi aspek aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.

    Oswald Spengler berpendapat, tamadun barat lebih mementingkan kebendaan, kerana kebendaan itu membawa kepada kemajuan. Will Durat pula menyatakan tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi epmpat elemen iaitu sumber ekonimi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian.

  • Perbezaan

    Berdasarkan pendapat tokoh sarjana Islam terdapat perbezaan di antara tamadun barat dengan tamadun Islam. Tamadun barat lebih mementingkan ciri-ciri luaran seperti seni bina, tugu dan lain-lain, manakala tamadun Islam meliputi kedua-dua aspek iaitu material dan akidah.

  • Kesimpulannya, tamadun Islam lebih luas skopnya yang meliputi kemajuan dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berlandaskan serta bersumberkan kepada wahyu, al-Sunnah dan akal fikiran.

    Mengikut Mustafa Haji Daud (1991), tamadun Islam dapat dijelaskan dengan erti kata yang paling ringkas sebagai pencapaian manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk skrip, seni bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi, kepercayaan, undang-undang politik dan sebagainya yang berasaskan kepada akidah, syariat dan akhlak dan bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.

  • Manakala mengikut Abu Bakar Hamzah (1972), tamadun dan kebudayaan Islam ialah sesuatu hasil pemikiran orang-orang Islam berlandaskan kepada ad-din Islam sendiri dan termasuklah semua kebendaan yang digunkan dalam kehidupan mereka seharian. Tamadun yang ditakrifkan oleh para sarjana barat pula hanya meliputi aspek aspek material seperti sumber ekonomi, politik, tradisi dan sosial serta aspek kesenian dan kebudayaan. Hidup bagi kumpulan yang tidak bertamadun akan menjadikan masyarakat itu mundur dan amat susah untuk berkembang. Manusia memerlukan sistem yang efisien mengikut peredaran zaman untuk membolehkan masyarakat atau sesuatu kaum itu hidup dengan maju, aman dan berkembang.