Tamadun Islam Dan Tamadun Barat

  • View
    86

  • Download
    13

Embed Size (px)

DESCRIPTION

satu

Text of Tamadun Islam Dan Tamadun Barat

  • Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia.

  • Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.Kehebatan tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah tamadun yang hebat hingga ke hari ini.

  • Kajian demi kajian dibuat terhadap tamadun Islam telah melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara kasar tamadun Islam lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa membezakan setiap bangsa. Namun tamadun barat lebih mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialistik (kebendaan) walaupun soal ahklak insan terbiar.

  • Definisi Sebuah tamadun yang diasaskan kepada Faham Sekular (sekularisme) dokrin bahawa moral bersandarkan semata-mata kepada kepentingan manusia di dunia dan menafikan sama sekali pertimbangan kepercayaan kepada tuhan atau hari akhirat (Oxford English Dictionary) serta kepercayaan bahawa agama tidak patut dilibatkan dalam aktiviti-aktiviti sosial dan politik dalam sesebuah negara. (Cambridge international Dictionary Of English).Istilah secular berasal dari bahasa latin, saeculum bermaksud tempat-di sini, masa- masakini (kedisinikinian). Yang hakiki,benar dan mutlak hanyalah dunia ini sahaja. Dengan erti kata lain, pemikiran dan keinginan nafsu manusia menjadi sumber dan rujukan utama dalam pembangunan dan pembinaan tamadun mereka.

  • Sumber utama pemikiran tamadun barat ialah tamadun greek yunani yang mementingkan logik akal dan kepercayaan kepada apa yang mampu dicapai oleh pancaindera. Tokoh utama Socrates,plato dan Aristotle. Dalam satu dialog, Aristotle pernah berkata; pada hakikatnya nilai moral dan spiritual yang mutlak tidak ada. Oleh itu, manusia hendaklah berseronok semasa hidup di dunia ini. Hanya itu satu-satunya matlamat hidup manusia, memenuhi, keseronokan, pancaindera dan syahwat kebinatangannya. (faham hedonism) . Ini diikuti dengan tamadun Romawi di mana kehidupan hanya berpaksikan kebendaan semata. Zaman ini telah memberikan sumbangan yang penting dari segi undang-undang. Pada zaman Kristian barat, gereja dan dunia (politik) mula terpisah. Pihak gereja yang mempunyai autoriti bertindak menghukum para ilmuan dan saintis sehingga menyebabkan barat mengalami zaman gelap selama kira-kira 1000 tahun. Ketika inilah tamadun islam mula bersinar di timur. Kemunculan tamadun barat bermula dengan kebangkitan masyarakat eropah yang tidak senang dengan pemerintahan golongan gereja katolik yang terlalu mengongkong,menindas dan menzalimi rakyat yang inginkan perubahan dalam Negara.

  • Pengaliran tamadun islam ke eropah sejak abad ke 9-12 telah berjaya membuka pemikiran masyarakat barat yang datang ke pulau silicy yang terletak antara selatan itali dengan benua Afrika untuk menimba ilmu pengetahuan yang dipelopori oleh ilmuan islam.Kemunculan tamadun barat bermula dengan kebangkitan masyarakat eropah yang tidak senang dengan pemerintahan golongan gereja katolik yang terlalu mengongkong,menindas dan menzalimi rakyat yang inginkan perubahan dalam Negara.Pengaliran tamadun islam ke eropah sejak abad ke 9-12 telah berjaya membuka pemikiran masyarakat barat yang datang ke pulau silicy yang terletak antara selatan itali dengan benua Afrika untuk menimba ilmu pengetahuan yang dipelopori oleh ilmuan islam.

  • 8.Akhirnya timbul kesedaran yang membawa kepada tercetusnya zaman peralihan (renaisance) menyebabkan pemikiran masyarakat barat terbuka luas dan menimbulkan permusuhan terhadap gereja yang berakhir dengan kejatuhan golongan gereja. Muncul mazhab baru dalam agama kristian iaitu progestant. Para saintis dan para pemimpin revolusi muncul dengan slogan baru; give it to ceaser what it is and give it ti God what every things belongs to god. Penafian hak gereja dalam sistem pemerintahan bermula apabila gereja diketepikan dan dianggap sebagai hak peribadi, bukan lagi sebagai hak masyarakat dan Negara.

  • Zaman pencerahan(enlightment), bermula dengan revolusi perindustrian perancis yang membangkitkan pemikiran barat untuk maju dalam bidang sains dan teknologi, sehingga mendewakan sains moden barat yang berjaya menguasai timur apabila sedikit demi sedikit wilayah islam ditakluki dan berakhir dengan kejatuhan khilafah Uthmaniah di Turki pada tahun 1924m.

  • Berpijak kepada fahaman pemikiran falsafah sebagai alternatif kepada agama.Sekularisme; suatu faham falsafah yang memisahkan pemikiran dan kegiatan hidup beragama dalam seluruh kegiatan hidup bermasyarakat dan bernegara. Merupakan fahaman induk kepada seluruh fahaman moden. Terdapat pelbagai fahaman yang hakikatnya berpaksikan fahaman sekular seperti berikut: Modenisme; mengajak masyarakat meninggalkan segala amalan tradisional ke arah hidup secara moden. Lantaran itu, agama juga mesti diubah supaya selari dengan pemikiran moden. Rasionalisme; mengajak masyarakat berfikir secara logik dan menolak segala yang bertentangan dengan logik akal. Lantaran itu, kepercayaan kepada kuasa ghaib, alam akhirat, syurga, neraka dan sebagainya perlu ditolak.

  • Liberalism; mengajak masyarakat berfikir secara liberal-bersikap terbuka menerima apa sahaja pemikiran dan budaya tanpa kawalan peraturan agama dan adat tradisi. Kapitalisme; memberi kebebasan sepenuhnya untuk mengaut keuntungan dan faedah untuk peribadi tanpa mengambilkira kepentingan masyarakat. Pragmatism; mementingkan kehendak majoriti dalam masyarakat walaupun salah dan member kesan kepada akidah dan akhlak umat. Kolonialisme; penjajahan yang bukan sahaja menjajah aspek fizikal dan materialnya tetapi termasuk pemikiran dan adat tradisi masyarakat sehingga yang terjajah sukar untuk bangkit sebagai bangsa merdeka dan berdaulat kerana perasaan dan pemikiran mereka sentiasa terkongkong dan terjajah.

  • Materialism; mementingkan kekayaan dan segala yang bersifat fizik dan menolak aspek spiritual yang dianggap sebagai penghalang tamadun. Kuasa ghaib dan dosa pahala diketepikan oleh fahaman ini. Selain itu, terdapat banyak lagi fahaman yang lahir dari faham sekular sepertihedonism (hidup hanya untuk berseronok) dan sebagainya

  • ASPEK TAMADUN ISLAM TAMADUN BARAT

    PUNCA Allah swt Akal TAKRIF Jasmani + Rohani Akal (fikir dunia) + Jasmani SUMBER Al-Quran & As-SunnahAlam fizikal dan pengalaman manusia FOKUS Ilmu + akhlak Kebendaan AKTIVITI Kawalan akhlak Logik dan nafsu TUMPUAN Duniawi-ukhrawi Duniawi sahaja MATLAMATKeredhaan Allah, kebahagiaan dunia dan akhiratKepuasan diri semata-mata

  • Tamadun islam berasaskan akidah,syariah dan akhlak sedangkan asas tamadun barat adalah materialism. Contonya denda hukuman berdasarkan benda, kuasa tuhan tidak ada, malah kuasa fizik lebih mendominasi. Sumber asasi dan mutlak pemikiran tamadun islam ialah wahyu sedangkan tamadun barat adalah pemikiran manusia semata-mata. Sekularisme menolak unsur ghaib seperti tuhan,roh,akhirat, syurga neraka, mengiktiraf hanya unsur fizikal dan keduniaan, memisah dan meminggirkan agama dalam semua bidang kehidupan seperti politik,sosial dan ekonomi, menolak nilai-nilai kudus,tetap dan murni sebaliknya berpegang dengan nilai-nilai profan dan nisbi.

  • Tamadun barat menolak segala yang bersifat tradisional termasuk kehidupan beragama yang dianggap sebagai penghalang kemajuan sedangkan tamadun islam berpegang kepada agama sebagai ad-din/cara hidup yang syumul. Tamadun islam tegak atas dasar takwa dan keredhaan Allah sedangkan tamadun barat tegak atas dasar keinginan nafsu dan matlamat hidup hanya keduniaan dan keseronokan. Contoh, mengharuskan pembunuhan untuk mencapai matlamat nafsu, serangan ke atas Negara Afghanistan, Iraq dan Lubnan. Tamadun islam bermatlamatkan keampunan dan keredhaan Allah, kebahagiaan dunia dan akhirat, sedangkan tamadun barat bermatlamatkan kepuasan segelintir manusia dan keseronokan hidup dunia semata-mata. Contoh, Negara barat yang mempunyai kuasa veto tidak mengendahkan kehendak PBB, negara membangun dan negara miskin.