31
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEMESTER 1 AMBILAN JUN 2011 PENERAPAN NILAI – NILAI PELBAGAI TAMADUN ( ISLAM,MELAYU,CINA,INDIA DAN JEPUN ) DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA PENGAJIAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (WAJ 3101) NAMA PELAJAR : HASMIDA BINTI HJ. IBRAHIM NO KAD PENGENALAN : 730416-05-5270 UNIT : BAHASA MELAYU (PM 3 ) NAMA PENSYARAH : USTAZAH MUKHARAMAH TARIKH HANTAR : 24 .9 .2011

Tamadun Islam

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tamadun Islam

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

SEMESTER 1

AMBILAN JUN 2011

PENERAPAN NILAI – NILAI PELBAGAI TAMADUN

( ISLAM,MELAYU,CINA,INDIA DAN JEPUN ) DALAM PEMBINAAN

TAMADUN MALAYSIA

PENGAJIAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

(WAJ 3101)

NAMA PELAJAR : HASMIDA BINTI HJ. IBRAHIM

NO KAD PENGENALAN : 730416-05-5270

UNIT : BAHASA MELAYU (PM 3 )

NAMA PENSYARAH : USTAZAH MUKHARAMAH

TARIKH HANTAR : 24 .9 .2011

Page 2: Tamadun Islam

ISI KANDUNGAN

BI

L

PERKARA MUKA SURAT

BIODATA

SOALAN TUGASAN

PERAKUAN I

PENGHARGAAN II

1.0 PENGENALAN

1.1 CIRI-CIRI TAMADUN

1.2 PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN

1

2

3

2.0

3.0

4.0

5.0

6.0

7.0

8.0

9.0

10.0

11.0

12.0

13.0

14.0

15.0

TAMADUN ISLAM

TAMADUN MELAYU

TAMADUN INDIA

TAMADUN CHINA

JEPUN

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN

PENERAPAN NILAI TAMADUN ISLAM

PENERAPAN NILAI TAMADUN MELAYU

PENERAPAN NILAI TAMADUN INDIA

PENERAPAN NILAI TAMADUN CHINA

PENERAPAN NILAI TAMADUN JEPUN

REFLEKSI

RUMUSAN

4 - 7

8 – 10

11 – 12

13 – 15

16 - 17

18 – 24

25 - 31

32 – 35

36 – 38

39 – 41

42 – 43

44 – 45

46 – 47

48

15 - 16

47

Page 3: Tamadun Islam

17

18

47

Page 4: Tamadun Islam

PERAKUAN

Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan nukilan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : .........................................

Nama Pelajar : Hasmida binti Hj. Ibrahim

No. Kad Pengenalan : 730416-05-5270

Program : Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ijazah Sarjana Muda

Perguruan Dengan Kepujian Bahasa Melayu

Sekolah Rendah

Tarikh : 24 September 2011

47

Page 5: Tamadun Islam

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, maka

saya telah dapat menyiapkan kerja kursus ini bagi memenuhi syarat untuk

mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Dengan Kepujian (Sekolah Rendah).

Dalam ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustazah Mukharamah, selaku

pensyarah pembimbing atas segala bimbingan dan tunjuk ajar, nasihat serta teguran

sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus ini.

Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan sesi 2011/2015 yang

berkongsi maklumat dan bantuan dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada suami, anak-anak,

rakan-rakan setugas dan juga semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama

secara langsung atau tidak langsung bagi menyiapkan kerja kursus ini. Semoga

mendapat keberkatan di dunia dan akhirat hendaknya.

Sekian, terima kasih.

HASMIDA BINTI HAJI IBRAHIM

2011/2015

47

Page 6: Tamadun Islam

1.0 Pengenalan

Menurut kamus dewan ‘ Tamadun ‘ bermaksud kebudayaan, kemajuan atau

peradaban. Jika di rujuk daripada makna perkataan ‘peradaban ‘ membawa pengertian

tingkah laku atau tutur kata yang halus( sopan ) dan juga boleh di takrif sebagai maju

tingkat kehidupan (jasmani dan rohani ). Tamadun awal bermula di lembah-lembah

sungai kerana manusia berhijrah dan membina penempatan awal serta membina

ekonomi setempat seperti pertanian dan perdagagan. Bagi penempatan yang tidak

menghasilkan pertanian, barangan seperti logam dan kayu- kayan dijadikan tukaran

kepada bahan makanan. Kehidupan masyarakat bertukar daripada tidak bertamadun

kepada lebih bertamadun secara perlahan-lahan.

Sejarah Malaysia sendiri berubah secara perlahan kearah ketamadunan.Ianya

bermula dari kehidupan di zaman paleolitik, Kehidupan masyarakat berpindah-randah

untuk mencari kawasan penempatan. Zaman ini juga dikenali sebagai zaman

batu .Tamadun Malaysia berubah ke zaman neolitik yang bermula kira-kira 7000

tahun dahulu .Zaman ini menunjukkan masyarakat telah berada di satu tahap

ketamadunan yang yang lebih maju apabila pada zaman ini telah wujud sistem

bermasyarakat iaitu kehidupan yang mempunyai ketua, tinggal berhampiran sungai,

bercucuk tanam,mencipta tembikar, berdagang, mencipta barang kemas dan mula

mempercayai kewujudan roh( animisme ). Pada zaman ini dipercayai telah ada

pencampuran tamadun luar mungkin tamadun hindu iaitu dengan adanya penciptaan

tembikar dan kepercayaan animisme.Begitu juga telah ada sedikit penyerapan

tamadun arab apabila sistem perdagagan mula menular di kalangan masyarakat zaman

neolitik. Tamadun Malaysia terus berubah apabila masyarakat Malaysia berubah ke

zaman logam. Tamadun masyarakat Malaysia melalui satu frasa yang baru apabila

sewaktu di zaman logam masyarakat mula hidup menetap, mempunyai adat resam,

menghasilkan bahan logam daripada gangsa dan besi,mempunyai kepercayaan dan

menjalankan pengkebumian. Pada zaman ini dipercayai telah ada penerapan nilai

tamadun cina apabila proses mencari bijih besi dan gangsa menggunakan sistem

berdulang.

Bertitik –tolak pada zaman ini tamadun Malaysia mula berkembang sehingga

menjadi sebuah empayar pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

Masyarakat Malaysia pada masa itu telah menerima dan menyerap ketamadunan

islam yang di bawa oleh pedagang Arab . Masyarakat Malaysia sekali lagi menerima

47

Page 7: Tamadun Islam

perubahan dalam tamadunnya sejurus selepas di jajah oleh kuasa barat seperti

Portugis, Belanda dan Inggeris. Berada di dalam kancah perang dunia ke-2 telah

menyumbang sekali lagi kepada perubahan tamadun Malaysia .Semangat jiwa

merdeka telah membawa kepada kemerdekaan tanahair daripada gengaman penjajah

sehingga Malaysia menjadi negara maju sehingga kini.

2.0 Pengertian Tamadun

Masyarakat dunia sangat mempopularkan istilah tamadun ini untuk

menggambarkan tentang kemajuan,kebudayaan,pembangunan,peradaban dan

kemakmuran yang di capai oleh sesuatu bangsa. Pendek kata masyarakat yang tidak

bertamadun adalah masyarakat yang tidak maju, tidak beradab, tidak membangun dan

tidak makmur. Sejarah telah membuktikan kayu ukur sesuatu tamadun yang agung

ialah apabila satu-satu kerajaan mempunyai bandar-bandar yang besar. Tamadun

terbentuk melalui agama. Kemunculan tamadun dunia dahulu merupakan manifestasi

kehidupan beragama yang berperanan membentuk pandangan semesta dan nilai

kehidupan yang terpuji dalam masyarakat. Selain itu tamadun juga menunjukkan

pencapaian intelektual yang dapat di lihat dari segi penemuan fikiran yang baru yang

membuahkan sistem falsafah, sains dan teknologi. Ambil saja contoh tamadun mesir,

pembinaan ‘piramid’ adalah bukti ketamadunan bangsa mesir pada ketika itu.

Ketamadun cina begitu tersohor hingga kini, sebagai contoh ‘tembok besar

china’.Kekuatan politik dan ketaatan rakyat kepada pemimpin juga adalah

penyumbang kepada pembinaan tamadun.Ini boleh dicontohi dari ketamadunan jepun.

Ketamadunan bangsa India tidak boleh dinafikan lagi dengan begitu banyak kesan

peninggalan tamadun silam, bukan sahaja ’Taj Mahal’yang dianggap lambang cinta

suami kepada isterinya, ianya juga menunjukkan bagaimana budaya , agama dan

kasih sayang memainkan peranan penting dalam pembinaan tamadun. Tamadun

yang paling bernilai di antara semua tamadun di dunia ini ialah Tamadun

Islam. Tamadun yang di bawa oleh Rassullah saw melalui ajarannya iaitu Islam

memberi impak yang sangat besar kepada pembinaan tamadun dunia secara

amnya dan tamadun Malaysia khasnya terutama kepada masyarakat melayu.

Tamadun sangat berkait rapat dengan agama dan kerohanian. Tamadun juga terbentuk

daripada penghayatan yang tinggi terhadap moral dan nilai terpuji. Selain itu

kesengsaraan hidup, ekonomi, politik,tolenrasi terhadap tamadun luar,interaksi

dengan tamadun luar merupakan faktor-faktor mendorong kepada pembentukan

tamadun Malaysia. Dalam konteks islam, agama menjadi sumber inspirasi dan

47

Page 8: Tamadun Islam

kekuatan umat untuk membentuk tamadun. Keazaman untuk menyebarkan ajaran

agamalah yang menyuntik semangat pedagang dan pemerintah islam untuk menjadi

penakluk dunia pada zaman kegemilangan islam. Ini terbukti bagaimana Melaka

menjadi sebuah empayar selepas rajanya memeluk islam. Kegemilangan tamadun

islam sehingga sekarang masih membawa Malaysia ke mata dunia.Sistem pembankan

islam Malaysia menjadi ”role model” dalam sistem pembankkan dunia. Tamadun

juga terbentuk merentasi sempadan geografi sebagai contoh tamadun india dan

tamadun cina. Selain itu perkahwinan antara etnik, bangsa dan agama menyebabkan

berlakunya asimilasi antara satu sama lain. Ketamadunan juga berlaku melalui

panaklukan , penjajahan atau kerjasama antara pelbagai negara.

3.0 Huraian Latarbelakang Tamadun.

Tamadun Malaysia banyak dipengaruhi banyak tamadun luar.Hidup masyarakat

majmuk telah banyak membawa interaksi kaum dan budaya.Interaksi kaum telah itu

telah mambawa kepada pembentukan tamadun Malaysia moden. Tamadun Malaysia

bukan menyerap budaya tetapi juga bahasa, makanan dan cara hidup. Masyakat

Malaysia mempunyai sikap tolak –ansur yang paling terbaik di dunia ini. Hal ini

berlaku kerana penyerapan nilai – nilai tamadun cina, india, jepun dan islam.

3.1.1 Contoh interaksi tamadun asing ke dalam tamadun Malaysia.

Bahasa:-

Pencampuran bahasa antara sanskrit ( india ) dengan bahasa melayu menambahlkan

kosa kata . Sebagai contoh perkataan seperti amma,appa,pancaindera , maharaja,

mahaguru. Begitu juga dengan pencampuran bahasa antara cina dengan bahasa

melayu seperti mi hoon,taufu ,tauke, teh.Begitu juga dengan bahasa arab sebagai

contoh haji,wali, imam, masjid dan sebagainya.

Kebudayaan:-

Wujudnya masyarakat india muslim adalah hasil daripada perkahwinn masyarakat

india dan masyarakat tempatan. Majlis persandingan yang diadakan dalam majlis

perkahwinan masyarakat melayu adalah diserap daripada budaya masyarakat

india.Seni budaya arab juga menyerap masuk dalam budaya masyarakat melayu.

Sebagai contoh ghazal, qhasidah dan tulisan jawi.

Kesenian:

47

Page 9: Tamadun Islam

Lahirnya seni taman dan seni bina berunsur india dan cina dalam pembinaan masjid.

Hasil kaligrafi arab dan cina memainkan peranan penting dalam sistem penulisan

masyarakat melayu. Hasil seni bina Malaysia juga banyak menyerap bentuk seni bina

arab, india dan cina.Contohnya Masjid Tanjung Kling Melaka dan Masjid Cina .

4.0 Konsep Tamadun Islam.

Dalam bahasa arab tamadun bererti kemajuan atau peradaban. Tamadun islam ialah

tamadun yang bersifat keagamaan dan bermatlamat keredaan Allah SWT. Tamadun

islam dibimbing oleh akidah dan di atur oleh syariah serta di awasi oleh nilai-nilai

akhlak yang mulia. Tamadun islam merupakan peraturan hidup yang merangkumi

aspek rohaniah serta jasmaniah insan yang menjadikan al-Quran dan al-Sunnah

sebagai pedoman. Status islam dalam perlembagaan negara tidak boleh di sangkal

lagi. Islam sebagai agama rasmi termaktub dalam perkara 3(1) Perlembagaan

Persekutuan Malaysia.Ini membawa maksud sebagai agama persekutuan ,kerajaan

mempunyai kuasa istimewa untuk menubuh,menyelenggara dan membantu

penubuhan institusi islam. Ini secara tidak langsuang memberi kebenaran kepada

kerajaan membantu atau membina institusi pendidikan islam atau mengadakan ajaran

islam termasuklah perbelanjaannya sebagaimana yang diperlukan.

5.0 Kesan dan nilai kepelbagaian tamadun dalam tamadun Malaysia.

Kepelbagaian tamadun memberi beberapa kesan dan nilai kepada tamadun

Malaysia.Tamadun dunia boleh di lihat terutama dalanm konteks teologi dan etika

begitu juga dengan tamadun Malaysia. Tamadun memberi perlindungan dan

keamanan kepada masyarakat. Tamadun juga mengembangkan perdagagan dan

ekonomi. Tamadun juga memungkinkan penyebaran agama.Tamadun juga

menyebabkan hubungan diplomatik semakin berkembang.

5.1 .1 Kesan dan nilai tamadun islam dalam tamadun Malaysia.

Sosial

Semenjak kemerdekaan kerajaan telah menggubal dan melaksanakan program

pembangunan umat islam. Antara projek dan program pembangunan ialah

pembinaan institusi-institusi agama seperti sekolah agama, pembinaan surau,

universiti-universiti islam , intitusi tahfiz AL- Quran, pusat-pusat latihan

dakwah,IKIM, pembiayaan kelas-kelas fardhu ain dan lain-lain.

47

Page 10: Tamadun Islam

Ekonomi

Malaysia ialah negara pelopor pembangunan institusi kewangan islam di dunia.

Sistem kewangan islam terawal yangmenguruskan dana umat islam ialah

Lembaga Urusan Dan Tabung Haji. Kerajaan telah membangunkan pelbagai

institusi kewangan Islam seperti Baitulmal Wilayah, Bank Islam Malaysia,

Syarikat Takaful Malaysia, Bank Muamalat Malaysia, sistem pajak gadai islam.

Sistem pinjaman secara Islam untuk pinjaman perumahan bagi kakitangan awam

dan pinjaman pelajaran. Malaysia pusat kewangan halal dan pusat produk halal

dunia.

Politik dan Pentadbiran

Kerajaan telah menubuhkan Jabatan Kemajuan Islam ( JAKIM ) Seorang menteri

penuh yang bertanggungjawab secara langsung kepada Perdana Menteri dalam

soal-soal berkaitan islam. Pada tahun 1985 Dasar Penerapan nilai-nilai islam

dalam pentadbiran. Dasar ini berperanan sebagai panduan dan bimbingan ke arah

pembentukan akhlak yang baik dan terpuji di kalangan umat islam dan

kakitangan awam khususnya. Penghayatan nilai-nilai islam seperti jujur,benar

dan amanah boleh meningkatkan integriti masyarakat. Kerajaan telah

menggariskan 11 nilai murni yang patut diamalkan iaitu

amanah,bertanggungjawab,ikhlas,dedikasi,sederhana,tekun,bersih,berdisiplin,

bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur. Langkah kerajaan membenarkan

pekerja-pekerja wanita memakai pakaian menutup aurat iaitu tudung dan arahan

agar syarikat swasta memberi pelepasan untuk menunaikan solat

Jumaat.Kerajaan juga mewartakan hari-hari kebesaran islam sebagai cuti umum

seperti Awal Muharam, Hari Raya Puasa , Hari Raya Haji,Maulidur Rasul dan

Nuzul Quran ( bagi sesetengah negeri ).Mahkamah Syariah dinaik taraf

setanding dengan mahkamah sivil

Islam Hadhari

Islam Hadhari merupakan satu pendekatan islam yang komprehensif bertujuan

membangunkan umat islam dalam segala aspek kehidupan. Ini merupakan satau

pendekatan bersepadu bagi membangunkan jasmani dan rohani insan ke arah

melahirkan individu Muslim yang berketrampilan , berdaya saing,bijaksana, cekap

menangani segala bentuk cabaran semasa, futuristik,objektif dan

praktikal.Pelaksanaan islam Hadhari didasarkan kepada 10 prinsip iaitu

47

Page 11: Tamadun Islam

a) Keimanan dan ketakwaan kepada ilahi .

b) Kerajaan adil dan beramanah,

c) Rakyat yang berjiwa merdeka.

d) Penguasaan ilmu pengetahuan

e) Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komperhensif.

f) Kehidupan yang berkualiti.

g) Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.

h) Keutuhan budaya dan moral.

i) Kekuatan pertahanan.

5.1.2 Kesan Tamadun Melayu Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia.

Malaysia wujud sebagai sebuah negara bangsa sebenarnya merupakan lanjutan

daripada kemunculan kerajaan- kerajaan melayu yang lebih awal seperti Srivijaya,

Temasik, Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Johor Riau-lingga dan sebagainya.

Tamadun Melayu sewajarnya menjadi asas dan landasan bagi Tamadun Malaysia. Ini

jelas apabila sistem beraja masih diamalkan dalam konteks pemerintahan di

Malaysia.Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan Raja-raja Melayu lain

berperanan sebagai ketua negeri.

Perundangan.

Negeri- negeri Melayu mempunyai undang-undangnya sendiri. Sebagai contoh

Hukum Kanun Melaka, Undang-undang laut Melaka. Undang-undang Tubuh Negeri

Johor,Undang-undang Kedah,Undang-undang Pahang, Undang-undang 99 Perak.

Undang-undang yang terbentuk dahulunya memainkan peranan yang sangat penting

terutamanya berkenaan agama dan hak keistimewaan Raja-raja Melayu dan orang

Melayu.

Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu

Islam memainkan peranan penting dalam tamadun Malaysia.Islam dan adat melayu

saling berintergrasi dalam mewujudkan wadah kemelayuan. Ini jelas terbukti dalam

Perlembagaan Negara yang mana orang melayu didefinisikan sebagai orang yang

berbahasa melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama islam.

Islam dijadikan salah satu daripada asas bagi mengiktiraf seseorang itu melayu.

Begitu juga untuk perlantikan Sultan setiap negeri mestilah beragama islam.Namun

47

Page 12: Tamadun Islam

begitu kebebasan mengamalkan agama mengikut kefahaman kaum ataupun bangsa

adalah digalakkan. Namun begitu terdapat peruntukan dalam Perlembagaan Negara

yang menghalang perkembangan agama lain di kalangan penganut yang beragama

islam. Begitu juga penyelewengan samada dalam bentuk kepercayaan dan adat yang

bertentangan dengan syarak akan dapat di halang.

Peradaban Tamadun Melayu.

Nilai asas kepada Tamadun Melayu berteraskan nilai-nilai agama islam. Nilai tersebut

berkait rapat dengan konsep iman yang terdapat dalam agama islam.Lantaran itu nilai

keimanan itu dapat memperkukuhkan akhlak dalam tamadun melayu. Nilai-nilai

tamadun melayu itu ialah :-

a) Keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

b) Ketaatan kepada Sultan dan menghormati pemimpin.

c) Kepatuhan kepada undang-undang dan adat

d) Mendahului yang Tua

e) Saling menghormati.

f) Meraikan tetamu.

g) Bertimbang rasa.

h) Bersopan –santun dan berbudi pekerti

i) Bermesyuarah.

j) Bergotong-royong.

k) Bekerja bersungguh-sungguh.

l) Semangat Kebangsaan dan Jati diri

Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Tamadun Melayu.

Nilai-nilai islam telah menjadi akar umbi kepada semua dasar dan polisi yang

dijalankan oleh kerajaan . Nilai islam yang suci dan universal telah dapat di terima

oleh semua bangsa. Keistimewaan agama islam menjadi identiti bangsa Melayu telah

menjadikan tamadun Melayu sebagai asas tamadun Malaysia.

47

Page 13: Tamadun Islam

10.1 Penerapan nilai Tamadun India dalam pembinaan Tamadun Malaysia.

Islam di India

Penyebaran Islam di India bermula pada akhir abad ke 10 masihi. Khalifah dari

Baghdad dan Turkilah yang bertanggungjawab membawa Islam ke India.

Sabuktigin dari Kerajaan Ghazni telah berjaya meluaskan wilayah jajahannya ke

utara dan barat benua India. Islam telah banyak membawa pengaruh baru

dikalangan masyarakat India beragama Hindu. Antaranya ialah perkahwinan

campur. Penghapusan sistem kasta apabila penganut Hindu memeluk

Islam.Ketaksamaan hak telah berjaya dihapuskan.Penyebaran bahasa Arab

sebagai bahasa ilmu. Wujudnya bahasa Urdu iaitu bahasa campuran pentadbir

muslim dan Hindu. Sastera Indo-Parsi telah wujud dengan adanya penterjemahan

hasil karya sastera. Bidang muzik juga menerima tempiasnya. Amir Khusraw

telah memperkayakan muzik india dengan penemuan irama baru seperti Mujir,

Sazgari, Aiman, muzik memainkan peranan penting dalam penyatuan masyarakat

India.

Tamadun India di Asia Tenggara

Tamadun India di Asia Tenggara berpunca dari keinginan mencari kekayaan.

Kegiatan penyebaran agama Buddha dan Hindu serta pelayaran putera-putera

raja talah mempercepatkan hubungan India dan negara sekitar Asia Tenggara.

Hubungan awalnya bukan bersifat penaklukan kecuali ekspedisi Rajendra Chola

berjaya menguasai Kedah di utara Tanah Melayu.Penyebaran Tamadun India di

Asia Tenggara berjaya kerana pada masa itu hanya wujud budaya primitif.

Tamadun India dalam Tamadun Malaysia.

Penemuan tentang Tamadun India banyak di perolehi sekitar negeri Kedah.

Kuala Merbok adalah pelabuhan bagi kapal-kapal dari India.Penyebaran agama

Buddha dan Hindu juga berkembang . Masyarakat India beragama Hindu ramai

yang tinggal di sepanjang lereng Gunung Jerai. Ini dibuktikan dengan penemuan

beberapa akeologi.Pada abad ke- 4 Masihi H.G..Q. Wales, seorang ahli kaji

47

Page 14: Tamadun Islam

purba menemukan banyak patung mazhab saivisme di sepanjang Sungai Bujang

dan di Lembah Merbok. Pengaruh India juga bertapak kuat di alam melayu

dalam konsep Devaraja, iaitu raja dianggap sebagai pembayang Tuhan.Ini

merupakan tradisi Hindu yang amat berpengaruh di alam Melayu. Seseorang raja

diwajibkan mengikut beberapa acara keagamaan yang dijalankan oleh para

Brahmana yang mengiktiraf raja menjadi raja. Masih terdapat beberapa

perkataan yang masih mempunyai pengaruh Hindu yang masih di pakai sehingga

kini seperti Menjunjung Duli Seri Paduka Baginda. Pengaruh Hindu juga

terdapat dalam karya sastera melayu.Antara epik Hindu yang sangat terkenal

seperti Ramayana, Hikayat Seri Rama dan Hikayat Sang Boma. Adat istiadat

perkahwinan,pemikiran,kepercayaan,keseniaan,makanan,aspek ekonomi dan

politik masyarakat Malaysia banyak di pengaruhi oleh corak ketamadunan India.

Kesimpulannya tamadun India telah mula bertapak di Malaysia semenjak zaman

kolonial lagi. Kebanyakkan berketurunan Tamil. Peradaban India seperti agama

Hindu, bahasa Tamil dan sebagainya memperkayakan negara dengan pelbagai

kebudayaan, kesusteraan dan politik.

47

Page 15: Tamadun Islam

5.1.4 Penerapan Nilai Tamadun China Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia.

Di percayai orang cina berasal dari negara China ataupun daerah lain di bahagian

timur Asia dan berasal daripada keturunan bangsa Monggol.Orang cina juga

merupakan salah satu bangsa yang mencapai peradaban paling awal.China mengalami

berbagai peringakat perkembangan tamadun . Dinasti Shang wujud pada zaman

tamadun Pembinaan. Seterusnya wujud pula Dinasti Chou. Pada zaman dinasti inilah

terbentuknya sistem feudalisme kemudian wujudlah beberapa dinasti yang membawa

berbagai perubahan pada negara China. Antaranya ialah Dinasti Chin dan Han,Dinasti

Sui dan Dinasti Tang.

Agama dan Kepercayaan masyarakat cina mulanya terbahagi kepada dua iaitu

konfucianisme dan legalisme. Dua agama ini lebih mempercayai roh nenek moyang

dan dewa-dewi.Penyembahan bulan, sungai,binatang telah dilakukan . Ada

segelintirnya masih lagi diamalkan sehingga kini.Perkembangan agama buddha di

negara China berlaku pada pemerintahan Dinasti Han. Ajaran buddha bermula dari

tamadun India. Agama buddha mandapat sambutan yang luas semasa zaman Dinasti

Wei Utara. Hal ini berlaku akibat daraipada kurangnya pengaruh cendikiawan

Konfucianisme. Dikatakan juga agama buddha di bawa masuk ke Malaysia melalui

imigran-imigran dan pedagang-pedagang dari cina sewaktu zaman kesultanan Melaka

lagi. Namun begitu agama islam yang juga dibawa oleh pedagang-pedang cina telah

lebih di terima oleh masyarakat Melaka pada masa itu. Negara China menerima

ajaran islam semenjak abad ke 7 masihi lagi melalui laluan sutera. Penduduk cina

yang beragama islam di gelar Hui. Bukti pengaruh islam dalam masyarakat cina

masih wujud lagi dengan terdiri megah masjid-masjid. Masyarakat Hui masih

meneruskan akidah walaupun berada dalam cengkaman komunis.

Pengaruh tamadun cina dalam pembinaan tamadun Malaysia seterusnya ialah

sistem tulisan dan bahasa. Masyarakat cina sebenarnya mempunyai 50 000 patah

perkataan tetapi hanya 3000 patah perkataan sahaja yang di ketahui dan di guna di

kalangan masyarakat cina. Tamadun Malaysia ada juga meminjam perkataan cina.

47

Page 16: Tamadun Islam

Perkataan itu adalah seperti perkataan mi, mi hoon, tauke dan berbagai lagi.

Pengaruh seterusnya ialah perkahwinan. Sebelum kedatangan islam masyarakat

Melaka yang menerima berbagai tamadun pada masa itu turut juga terpengaruh

dengan adat perkahwinan cina. Setelah perkahwinan Sultan Muzaffar Syah dengan

Puteri Hang Li Po maka telah wujud masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka.

Malahan masyarakat ini masih wujud lagi sehingga ke hari ini.

6.0 Perbandingan dan Persamaan nilai pelbagai Tamadun dalam Tamadun

Malaysia.

Perbandingan / perbezaan

Terdapat banyak perbandingan tamadun yang menyerapi tamadun Malaysia dan

begitu juga persamaannya. Perbandingan yang amat ketara ialah agama. Tamadun

arab membawa pengaruh agama islam . Masyarakat india pula membawa ajaran

hindu. Begitu juga dengan masyarakat cina yang membawa ajaran buddha. Keadaan

ini secara tidak langsung banyak mempengaruhi masyarakat asal Tanah Melayu pada

masa itu. Bermula daripada itulah wujudnya masyarakat majmuk yang masih kekal

hingga ke hari ini. Begitu juga dengan kebudayaan. Pengaruh kebudayaan memang

membawa banyak perubahan dalam masyarakat melayu khasnya dan Malaysia

amnya.Antara contohnya tarian, bahasa, sastera dan makanan. Bahasa yang berbeza

akhirnya menjadi penghalang komunikasi sehinggalah banyak perkataan dari tamadun

lain dipinjamkan ke dalam Bahasa Malaysia. Pegangan agama yang berbeza juga

menimbulkan konflik pada peringkat awalnya. Penyembahan terhadap alam sekitar

dalam beberapa tamadun kerana dikatakan sebagai Divine Power . Tamadun Jepun

yang mengamalkannya kurang berjaya mempengaruhi tamadun Malaysia. Sistem

kasta yang diamalkan oleh masyarakat india sangat bertentangan dengan ajaran islam.

Fahaman buddha yang melarang pembunuhan makhluk yang bernyawa ,menyebabkan

ketidaksenangan di kalangan masyarakat islam. Terdapat perbezaan makanan yang

juga menyebabkan timbulnya isu seperti halal dan haram.Dalam Tamdun islam

prinsip halal dan haram berkait rapat dengan persoalan akhlak. Konsep ’laba’,

’ganjaran’ ’pasaran’ dan sebagainya sangat mempegaruhi kegiatan ekonomi

masyarakat islam tetapi isu ini tidaklah menjadi onar dalam ekonomi tamadun yang

lain. Isu ini sehingga ke hari ini masih lagi menjadi masalah.Masyarakat islam sering

digemparkan dengan isu penyediaan makanan dan hasil sembelihan yang diragui

status halalnya. Perbezaan juga turut terdapat dalam tulisan yang sangat berbeza.

47

Page 17: Tamadun Islam

Huruf jawi , kaligrafi cina dan tulisan sanskrit sangat berbeza .Perbezaan juga terdapat

dalam bidang pendidikan. Tamadun islam memberi penekanan terhadap ilmu tauhid .

Berbeza dengan tamadun hindu dan cina yang menyatakan transformasi diri hanya

dapat di capai melalui proses mencari diri sendiri. Masing- masing mempunyai

ketamadunan yang berbeza. Ini secara tidak langsung memperkayakan ketamadunan

Malaysia. Kebebasan beragama yang di pelopori oleh ajaran islam telah diamalkan

dalam pembinaan Tamadun Malaysia. Namun begitu amalan ini tidak diamalkan di

China sewaktu di zaman komunis. Komunis melarang amalan beragama. Inilah

perbezaan Tamadun luar dan Tamadun Malaysia.

Persamaan .

Pertamanya semua tamadun mengajar masyarakatnya hidup secara harmoni

dengan alam sekitar. Memelihara alam sekitar bermakna menggunakan anugerah

Tuhan secara bertanggungjawab.Kedua prinsip meletakkan keluarga sebagai asas

pembentukan masyarakat begitu di patuhi. Semua tamadun menyatakan bahawa

kesetiaan dan pertalian kekeluargaan yang erat merupakan konsep kekeluargaan yang

paling penting. Persamaan yang ketiga ialah komuniti. Hidup bermasyarakat sangat

penting. Nilai-nilai dan norma-norma murni dalam masyarakat sentiasa di hormati.

Komuniti sentiasa menyokong anggotanya. Keempat pula ialah kerajaan. Peranan

dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan dengan peranan dan tanggungjawab

pemimpin. Sifat-sifat pemimpin yang saksama dan adil merupakan tema utama

tamadun-tamadun silam. Rakyat setia kepada pemimpin dan pemimpin memberi

perlindungan kepada rakyatnya. Persamaan yang kelima ialah persamaan dari segi

ekonomi. Kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks ”Moral Semesta ” iaitu

perkongsian hasil kekayaan dengan sama rata. Keenam ialah persamaan dari segi

pendidikan. Tamadun menggalakkan perkembangan pendidikan . Proses pengajaran

ilmu sangat berkait rapat dengan pembinaan sifat-sifat seseorang. Persamaan yang ke

tujuh ialah kesihatan. Pandangan tentang kesihatan sangat berkait rapat dengan ajaran

agama.. Kesihatan seseorang di pengaruhi oleh alam sekitarnya.

Kahwin campur juga telah mewujudkan bangsa baru di Malaysia seperti Baba dan

Nyonya , jawi peranakan dan masyarakat serani.Tamadun india dan tamadun cina

juga menerima kesan begini sewaktu proses ketamadunan berlaku. Budaya

percakapan dan makanan masyarakat mendatang ini juga telah mula mampengaruhi

47

Page 18: Tamadun Islam

masyarakat setempat sehingga sekarang. Sebagai contoh pakaian kebaya nyonya

sedikit masa dulu telah menjadi satu trend di Malaysia.Sehingga baju kebaya menjadi

pakaian rasmi para pramugari penerbangan MAS .

7.0 Refleksi

TAMADUN satu perkataan yang sangat besar maknanya. Nilai-nilai tamadun yang

mempengaruhi tamadun Malaysia begitu banyak sekali.. Sewaktu saya menyiapkan

kerja kursus ini secara tidak langsung saya terpaksa membaca serta memahami dan

seterusnya mengetahui tentang sejarah tamadun Islam dan Asia. Melalui pembacaan

dan hasil kajian saya dapatlah saya simpulkan di sini bahawa sejarah ketamadunan

manusia berubah dari tahun ke tahun mengikut perkembangan arus globalisasi dan

putaran dunia. Bermula dari zaman neolitik, poliolitik hinggalah ke zaman logam

manusia melalui satu proses kematangan dan pemodenan. Tamadun juga tidak dapat

lari daripada agama. Perkembangan agama di Malaysia telah membawa masyarakat

Malaysia ke satu tingkat kehidupan yang lebih beradab. Kedatangan agama islam

membawa satu perubahan dari segi anutan, bahasa ,budaya dan sosial masyarakat

Tanah Melayu pada masa itu.Kedatangan islam telah membentuk wajah baru dan

memperkukuhkan identiti melayu yang sebelum ini dibayangi oleh elemen-elemen

rapuh dan tidak kukuh. Islam menjadi sebagai identiti bangsa maka dapatlah

masyarakat melayu menjayakan pepatah ” takan melayu hilang di dunia ”. Kejituan

tamadun melayu berlandaskan islam telah membentuk lakaran tamadun Malaysia.

Perluasan Tamadun sejajar dengan perluasan kuasa ataupun dengan kata nama lain

penjajahan. Perluasan kuasa oleh kerajaan islam di India membawa satu fenomena

baru yang sangat terkesan sehingga sekarang. Begitu juga apabila tamadun Jepun

diperluaskan dengan cogan kata ’Asia untuk Asia’ telah membawa perubahan besar

terhadap penjajahan Inggeris di Malaysia. Masyarakat mula menentang Malayan

Union lebih-lebih lagi apabila hak istimewa raja-raja melayu cuba diinjak-injak.

Kedatangan Jepun dan penyeksaan yang di tanggung oleh penduduk Tanah Melayu

pada masa itu serta sikap lepas tangan Inggeris akhirnya menyatukan penduduk Tanah

Melayu. Masyarakat Tanah Melayu akhirnya memperolehi satu keyakinan dan

47

Page 19: Tamadun Islam

keberanian untuk menentang penjajahan sehinggalah berjaya mencapai kemerdekaan

pada tahun 1957. Mengkaji kesan tamadun China, India , Islam dan Jepun terhadap

tamadun Malaysia menyedarkan saya bahawa bangsa yang maju adalah bangsa yang

mampu dan boleh menerima pengaruh tamadun lain tanpa menggadaikan nilai-nilai

yang baik dalam tamadun sendiri. Tamadun berkait rapat dengan budaya sesuatu

masyarakat.Masyarakat yang berbudaya tinggi sudah pasti mempunyai kehalusan

budi dan kesempurnaan moral yang juga merupakan ciri-ciri kehidupan yang

bertamadun.Dalam mengejar arus pemodenan tamadun, rakyat Malaysia tidak boleh

mengabaikan ciri-ciri seperti di atas.Kita tidak melupakan peranan tamadun dalam

membentuk bangsa Malaysia yang sempurna dari segala segi.

Rumusan

Penerapan nilai-nilai tamadun Islam,China, India dan Jepun dalam pembinaan

Tamadun Malaysia adalah tajuk untuk kerja kursus bagi subjek Tamadun Islam

Kedatangan islam telah membentuk wajah baru dan memperkukuhkan identiti melayu

yang sebelum ini dibayangi oleh elemen-elemen rapuh dan tidak kukuh. Islam sebagai

identiti bangsa maka dapatlah masyarakat melayu menjayakan pepatah ” takan

melayu hilang di dunia ”.Penerapan nilai – nilai tamadun India dalam Tamadun

Malaysia mula bertapak dengan kukuh di zaman kolonial British.Masyarakat India

berketurunan Tamil. Peradaban India seperti bahasa tamil, kesusteraan,struktur politik

dan kerajaan. Peradaban seperti bahasa tamil, agama hindu buddha dan sebagainya

menjadikan Malaysia sebuah negara kaya dengan kebudayaan pelbagai.Keunikan

tamadun China menyediakan potensi yang hebat bagi Tamadun Malaysia untuk maju

dan bertambah moden. Kehadiran masyarakat cina serta perkembangan budayanya

yang unik telah memperkaya dan memperkukuhkan lagi peradaban dan keharmonian

pelbagai kaum. Pada pendapat saya Tamadun Malaysia bukan sahaja menerima nilai-

nilai tamadun di atas tetapi juga nilai-nilai tamadun barat seperti Portugis, Inggeris

dan Belanda.Ketiga-tiga bangsa ini membawa impak yang besar dalam pembinaan

tamadun Malaysia. Selepas penyerapan tamadun islam , kuasa Eropah ini juga berjaya

menyerapkan tamadun mereka.Di samping itu sewaktu kemasukan tamadun barat,

Tanah Melayu juga menerima perkembangan tamadun India dan China .Antara

perkembangan tamadun barat sebagai contoh ialah penyebaran agama kristian telah

diterima oleh segelintir masyarakat tempatan sehingga wujudnya masyarakat Portugis

di Melaka dan Serani. Tamadun barat secara umumnya lebih maju daripada seluruh

tamadun masyarakat dunia. Namun sikap mereka yang terlalu rakus telah

47

Page 20: Tamadun Islam

mengundang konflik dan permusuhan. Apa yang berlaku sekarang ialah apabila

berlaku konflik masyarakat dunia umumnya dan Malaysia khasnya perlu

memperkasakan diri melalui pendidikan,pemantapan ekonomi dan penguasaan

teknologi. Tamadun sering berubah. Dalam alaf ke 21, teknologi maklumat

memainkan peranan yang penting dalam pemantapan tamadun. Masyarakat yang

dapat menguasai teknologi maklumat akan lebih cepat ke hadapan dan akan di anggap

lebih bertamadun. Malaysia mempunyai resepi dan acuannya sendiri dalam mengejar

arus kemodenan dan ketamadunan. Nilai-nilai tamadun yang baik dijadikan panduan

dan yang buruk dijadikan sempadan.

Rujukan

Ahmad Zaki Abd Latif,Azam Hamzah,Azhar Mad Aros. Tamadun Islam dan

Tamadun Asia ( TITAS ).2009 : Penerbitan Oxford Fajar Sdn .Bhd.

Ahmad Fawzi Mohd Basri,Mohd Fo’ad Sakdan,Azami Man .2002. Sejarah

Tingkatan 1 Buku Teks : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Azhar Hj Mad Aros et al .2002. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia : Fajar

Bakti, Petaling Jaya.

Tamadun Islam dan Tamadun Asia.2001.Siri Teks Pengajian Tinggi Kuala

Lumpur : Penerbit Universiti Malaya (UM ).

Azam Hamzah.1996. Islam dan Tamadun,Klang : Fontarz Enterprise.

A.Aziz Deraman .2003. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia: Suatu Analisa

Pekembangan Kebudayaan di Malaysia,Edisi Baharu, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Abdullah.2002.Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara sebelum

dan selepas pengaruhIslam.Siri Pengajian Sejarah,Kuala Lumpur : Utusan

Publications &Distributors Sdn.Bhd.

Abdullah Jusoh .1989. Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia,Kuala Lumpur

: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ayadurai Letchumanan dan Sivachandralingan Sundara Raja .1999 .

47

Page 21: Tamadun Islam

Tamadun Dunia, Shah Alam :Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Wang Gungwu .1978.Latar Belakang Kebudayaan Penduduk-penduduk di

Tanah Melayu Bahagian Kebudayaan Cina, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid et al .2008. Islam Hadhari: Pendekatan

Pembangunan Peradaban,Kuala Lumpur:Yayasan Dakwah Islamiah

Malaysia.

Azam Hamzah .2006. Sumbangan Tamadun Islam Kepada Peradaban Dunia,

Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti ( UPENA ).

12.0 Penerapan Nilai Tamadun Jepun Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

Pembudayaan tamadun Jepun dalam membina budaya masyarakat Malaysia ini

boleh dikaitkan secara langsung dengan Dasar Pandang Ke Timur yang telah

diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Dr Mahathir Mohamad pada 8

Februari 1982. Dasar Pandang Ke Timur ini bermakna kerajaan akan membuat

pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang

baik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan

keadaan dan kesesuaian di Malaysia.

Rasional dasar ini ialah kerana Jepun merupakan sebuah negara maju dalam

beberapa bidang, malah mereka lebih maju daripada negara barat sendiri.

Kejayaan mereka boleh dijadikan contoh dan teladan kepada Malaysia dan

seterusnya diteladani dan dipraktikkan untuk pembangunan negara. Antara

perkara positif yang diambil dari budaya masyarakat Jepun ialah kerajinan dan

displin kerja mereka, kesetiaan kepada negara , perusahaan dan perniagaan di

47

Page 22: Tamadun Islam

mana pekerja bekerja, memberi keutamaan kepada kerja kumpulan melebihi dari

kerja secara individu, produktif dengan mutu penghasilan yang berkualiti tinggi,

meningkatkan kecekapan, mengurangkan jurang perbezaan antara eksekutif

dengan golongan pekerja dan sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan

jangka panjang serta lain-lain aspek positif dari budaya dan sikap masyarakat

Jepun yang sesuai dan boleh diteladani untuk pembangunan negara dan

masyarakat Malaysia.

Sebagai sebuah negara membangun, etika dan nilai-nilai kerja di atas diamalkan

kerana ia sesuai diterapkan dalam budaya masyarakat majmuk Malaysia. Dasar

ini mewujudkan kerjasama yang rapat antara Malaysia dan Jepun terutama di

bidang ekonomi, industri, latihan teknikal dan akademik serta bidang

penyelidikan dan pengurusan.

Sebagai kesimpulan, Dasar Pandang Ke Timur merupakan satu usaha positif oleh

kerajaan Malaysia untuk meningkatkan lagi prestasi pengurusan dan

pembangunan negara. Dasar ini memberi kesan merubah budaya kerja

masyarakat Malaysia dan meninggikan prestasi dan pengeluaran negara. Di

sanmping itu ia menjadi asas kewujudan sebuah masyarakat yang dinamik dan

progresif.

47

Page 23: Tamadun Islam

14.0 Refleksi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Pertama sekali saya ingin melafazkan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan

keizinan dan rahmatNya, dapatlah saya menghasilkan kerja kursus Tamadun Islam

dan Tamadun Asia (WAJ3101) ini dengan jayanya.

.

Tugasan ini memerlukan saya mencari maklumat mengenai penerapan nilai tamadun-

tamadun dalam pembinaan tamadun Malaysia. Pada peringkat awal mendapat tugasan

ini saya merasakan tekanan untuk menyiapkan kerja kursus ini kerana dalam masa

yang sama saya juga perlu menyiapkan tiga tugasan kerja kursus yang lain, tetapi

Alhamdulillah rakan-rakan sekuliah lain sudi berkongsi maklumat yang diperolehi

sama ada dari internet atau buku-buku rujukan dan ini menambahkan keyakinan saya

untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan lebih baik lagi.

Melibatkan diri sepenuhnya di dalam kerja kursus ini serta membuat kajian mengenai

47

Page 24: Tamadun Islam

tamadun awal dan tamadun dunia telah menambahkan pengetahuan saya mengenai

perkembangan tamadun manusia. Setiap tamadun yang pernah wujud mempunyai

keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan

perkembangannya. Agama dan kepercayaan memainkan peranan penting dalam

perkembangan tamadun. Perkembangan agama di Malaysia telah membawa

masyarakat Malaysia ke satu tingkat kehidupan yang lebih beradab. Kedatangan

agama Islam membawa satu perubahan dari segi anutan, bahasa ,budaya dan sosial

masyarakat Tanah Melayu pada masa itu.Kedatangan Islam telah membentuk wajah

baru dan memperkukuhkan identiti Melayu yang sebelum ini dibayangi oleh elemen-

elemen rapuh dan tidak kukuh. Kejituan tamadun Melayu berlandaskan Islam telah

membentuk lakaran tamadun Malaysia.

Kesan interaksi di antara tamadun Islam, Melayu, India, China dan Jepun terhadap

tamadun Malaysia menyedarkan saya bahawa bangsa yang maju adalah bangsa yang

mampu dan boleh menerima pengaruh tamadun lain tanpa menggadaikan nilai-nilai

yang baik dalam tamadun sendiri. Sebagai contoh budaya kerja Jepun dan nilai-nilai

baik yang dipraktikkan oleh masyarakat Jepun kita teladani dan jadikan contoh selagi

ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam ke arah untuk menjadikan negara kita maju

dan bertamadun. Tamadun berkait rapat dengan budaya sesuatu masyarakat.

Masyarakat yang berbudaya tinggi sudah pasti mempunyai kehalusan budi dan

kesempurnaan moral yang juga merupakan ciri-ciri kehidupan yang bertamadun.

” Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang di jalanNya dalam barisan

yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bengunan yang tersusun kukuh.” (al-

Saff:4)

47

Page 25: Tamadun Islam

dan

” Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga

mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

15.0 Rumusan

Interaksi antara tamadun Islam, Melayu, India, China dan Jepun telah meninggalkan

kesan ke atas masyarakat Malaysia. Terdapat banyak kesan positif dan juga kesan-

kesan negatif. Walaubagaimanapun, apa yang dapat dirumuskan ialah pertembungan

interaksi di antara tamadun ini mewujudkan banyak perkara-perkara baru seperti

percambahan ilmu pengetahuan, hubungan perdagangan dan banyak lagi.

Penerapan nilai-nilai tamadun Islam, Melayu, India, China dan Jepun dalam

pembinaan Tamadun Malaysia telah merperkukuhkan tamadun Malaysia.

47