22
1.2. PERANAN TAMADUN ISLAM DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA Tamadun Melayu ialah sebuah tamadun oleh sekelompok manusia yang digolongkan sebagai kumpulan orang-orang melayu. Ia bertempat di wilayah Asia Tenggara dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu, Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi. Pembentukan Tamadun Melayu adalah berasaskan Agama Islam yang menjadi anutan penduduknya. Kedatangan Agama Islam telah memantapkan lagi tamadun melayu. Proses islamisasi Tamadun Melayu berlaku dengan kedatangan Agama Islam di mana kesan- kesannya dapat dilihat dalam sejarah. Kehidupan masyarakat melayu turut berubah dalam pelbagai aspek kehidupan seperti rohani, intelektual dan kemasyarakatan. Namun begitu, unsur- unsur budaya hindu-budha dan animisme masih kekal diamalkan Masyarakat melayu.Namun begitu bukan semua unsur budaya hindu- budha yang diamalkan. Hanya budaya yang tidak bertentangan dengan ajaran islam dikekalkan dan diamalkan.

Peranan Tamadun Islam Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Peranan Tamadun Islam Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

1.2. PERANAN TAMADUN ISLAM DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

Tamadun Melayu ialah sebuah tamadun oleh sekelompok manusia yang

digolongkan sebagai kumpulan orang-orang melayu. Ia bertempat di wilayah Asia

Tenggara dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu,

Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi.

Pembentukan Tamadun Melayu adalah berasaskan Agama Islam yang

menjadi anutan penduduknya. Kedatangan Agama Islam telah memantapkan lagi

tamadun melayu. Proses islamisasi Tamadun Melayu berlaku dengan kedatangan

Agama Islam di mana kesan-kesannya dapat dilihat dalam sejarah. Kehidupan

masyarakat melayu turut berubah dalam pelbagai aspek kehidupan seperti rohani,

intelektual dan kemasyarakatan. Namun begitu, unsur-unsur budaya hindu-budha

dan animisme masih kekal diamalkan Masyarakat melayu.Namun begitu bukan

semua unsur budaya hindu-budha yang diamalkan. Hanya budaya yang tidak

bertentangan dengan ajaran islam dikekalkan dan diamalkan.

Page 2: Peranan Tamadun Islam Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

1.3 ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

Kedatangan Islam dalam tamadun melayu diterima pakai oleh masyarakat

melayu tanpa paksaan. Proses islamisasi semakin pesat berlaku bila mana kerajaan

islam yang berpusat di Baghdad jatuh ke tangan tentera Monggol pada tahun

1258M. Peristiwa ini menyebabkan usaha islamisasi menghala ke kawasan-

kawasan baru termasuklah Nusantara. Selepas 1258M muncul kerajaan-kerajaan

islam seperti kerajaan Acheh, Terengganu, Melaka, Patani dan banyak lagi.

Kedatangan Islam telah membawa perubahan besar kepada masyarakat nusantara.

Ini jelas dapat dilihat melalui sistem pentadbiran, pendidikan, perundangan ekonomi

dan agama.

Perubahan ini tetap berterusan walaupun Nusantara mengalami proses

penjajahan barat yang lama dengan kejatuhan kerajaan Islam Melaka pada tahun

1511. Kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957 membolehkan proses islamisasi

terus berkembang dalam kehidupan masyarakat nusantara. Islam akhirnya menjadi

“ad-deen” sebagai cara hidup dalam semua aspek keperluan masyarakat menurut

Lucien Goldman. Unsur utama yang membezakan antara sesebuah tamadun

dengan tamadun yang lain ialah pandangan semesta (worldview) yang

mendasarinya. Ibn Khaldun mengatakan bahawa persekitaran merupakan unsur

terpenting dalam membentuk pandangan semesta sesebuah masyarakat.

Page 3: Peranan Tamadun Islam Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

1.4 TEORI KEDATANGAN ISLAM KE TAMADUN MELAYU

Terdapat pelbagai teori yang memperkatakan tentang kedatangan Islam ke

Tanah Melayu. Secara umumnya Islam yang datang ke tanah melayu dikatakan

datang dari tanah Arab, China dan India. Melaka ialah negeri yang paling awal

menerima ajaran Islam. Sultan Melaka yang pertama iaitu Parameswara dikatakan

telah memeluk Islam pada tahun 1414.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa Islam yang datang ke tanah melayu

datangnya dari tanah arab. Contohnya, Raja Kedah telah diislamkan pada tahun

531H/1136M oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad al-Qaumiri al-Yamani,

seorang ulama’ berbangsa arab Yaman. Hamka adalah bukti orang arab telah

belayar ke Indonesia sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW untuk membeli

rempah ratus dan kapur barus yang hanya terdapat di tanah melayu sahaja. Ini

menunjukkan peta lokasi tanah melayu telah dihafal oleh orang arab. Pada zaman

pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Malik, beliau telah menghantar 35 buah armada

ke muara Sabak di Jambi. Armada ini dikatakan bertolak dari Ceylon ke Palembang

pada 717M sebelum berlayar ke China.

Islam telah sampai sejak pertama Hijrah (abad ke-7M) dibuktikan dengan

wujudnya perkampungan Islam di utara Sumatera yang dikenali sebagai Ta-Shih.

Terdapat pengaruh arab dalam perkataan melayu seperti kitab, surat, kertal dan lain-

lain. Selain itu terdapat juga nama-nama orang melayu yang berunsurkan arab

seperti Hassan, Malik, Abdullah dan lain-lain.

Menurut Prof S. Q. Fatimi, perpindahan beramai-ramai orang Islam dari

Canton pada tahun 876/878 kerana pemberontakan telah membawa Islam ke Alam

Melayu. Ini berdasarkan bukti dari batu nisan Sheikh Abdul Qadir yang ditemui di

Langgar, batu bersurat Phan-rang di Kemboja dan batu bersurat di Terengganu

1303M. Pengaruh China ini dibuktikan juga dengan bentuk masjid di Melaka dan

Jawa yang berbentuk seperti pagoda.

Page 4: Peranan Tamadun Islam Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

Orientalis seperti R.O. Winstedt dan B.Harrison menyokong teori yang

dikemukakan oleh Snouck Hurgronje yang mengatakan bahawa Islam dibawa ke

Alam Melayu melalui pedagang-pedagang India yang datang berdagang di

Nusantara. Teori ini diperkukuhkan dengan bukti batu-batu nisan yang dijumpai di

Alam Melayu telah dibawa dari Kembayat Gujerat. Selain itu tradisi kesusasteraan

melayu lebih mirip kepada tradisi India Islam. Ada catatan yang mendakwa Marco

Polo dan Ibn Batutah telah melawat Alam Melayu sekitar abad ke-13 dan 14M.

Penemuan makam Sultan Malik al-Salleh yang disebut sebagai pemerintah Pasai

dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-Raja Pasai mengukuhkan teori bahawa

Islam hanya tersebar sekitar abad ke-13M.

1.5 PENGARUH DAN KESAN TAMADUN ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

Kedatangan Islam telah membawa wajah baru dan mamberi kesan yang amat

besar terhadap masyrakat melayu. Mengikut Prof S.M. Naquib al-Attas : Islam telah

membawa zaman baru di Nusantara yang berjaya mengubah wajah dan jiwa Alam

Melayu. Dengan kedatangan Islam, kehidupan masyarakat melayu banyak didasari

adat dan ajaran agama Islam. Kedatangan Islam member kesan dan pengaruh

kepada agama/ kepercayaan, social dan budaya, pendidikan, perundangan, adat

dan kepercayaan, ekonomi dan cara hidup.

Page 5: Peranan Tamadun Islam Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

1.6 PENGARUH TAMADUN ISLAM TERHADAP AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Dengan kedatangan tamadun Islam, masyarakat melayu yang pada awalnya

beragama Hindu-Budha dan menganut kepercayaan animisme mula percaya

kepada konsep ketuhanan, hormat-menghormati dan persamaan taraf. Tamadun

Islam telah menghapuskan kepercayaan sinkritime Hindu-Budha-Hyang dan diganti

dengan akidah tauhid. Pada peringkat awalnya masyarakat melayu percaya kepada

kepercayaan animisme. Mereka percaya alam semulajadi.mempunyai semangat dan

kuasa ghaib. Dengan itu mereka memuja dan menyembah batu-bata, pokok-pokok

dan fenomena alam yang lain. Mereka percaya adanya kuasa ghaib seperti jin atau

hantu yang menghuni atau menjadi penunggu objek yang mereka sembah. (Harun

Daud. 1989:26).

Tamadun Islam telah mengubah kepercayaan masyarakat melayu untuk

mempercayai Tuhan yang esa, adanya nabi-nabi dan rasul, kitab-kitab malaikat dan

suci. Pentauhidan mereka diikuti dengan ibadah-ibadah seperti sembahyang, puasa,

menunaikan zakat dan menunaikan haji. Mereka turut meraikan hari-hari kebesaran

Islam seperti Maalhijrah, Maulidulrasul dan Nuzul al-Quran. Pentauhidan mereka

menyebabkan mereka mula meninggalkan zaman kehidupan Hinduisme dan

Buddhisme dan agama Islam mula disebarkan melalui aktiviti pendidikan formal

(Azhar Hj Md. Aros 2003:304).

Di Melaka agama Islam mula dihayati sejak agama itu diterima oleh Raja

Mahkota Iskandar Shah. Perubahan cara hidup menunjukkan penerimaan dan

penghayatan mereka terhadap Islam. Majlis bercorak islamik seperti muzakarah,

kuliah dan ceramah dianjurkan dengan penuh penghayatan. Proses mempelajari

dan ilmu tafsir giat dijalankan melalui ulamak setempat (Zainal Abidin bin Abdul

Wahid 1992: 29). Dalam pada itu kepercayaan dan tradisi lama tetap diamalkan

seperti bacaan mentera dalam perubatan melayu kerana dianggap tidak

bertentangan dengan ajaran Islam.

Page 6: Peranan Tamadun Islam Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

1.7 PENGARUH ISLAM DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Sebelum kedatangan tamadun Islam, masyarakat melayu peringkat bawahan

tidak layak mendapat pendidikan. Pendidikan hanya untuk golongan istana dan

golongan pertengahan. Selepas kedatangan tamadun Islam sistem pendidikan Alam

Melayu mula mengalami perubahan. Pendidikan dapat diikut oleh semua golongan

tanpa mengira status atau kedudukan. Sistem pendidikan yang pada awalnya

berpusat di istana mula beralih ke institusi pendidikan islam seperti pondok dan

madrasah. Ilmu yang disampaikan lebih tersusun dan tertumpu pada pengajaran al-

Quran dan kitab-kitab agama.

Golongan pemerintah dan pembesar istana turut memainkan peranan

penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan. Dengan itu lahirlah para

cendikiawan melayu dan ilmuan melayu yang kemudiannya dilantik menjadi pegawai

pemerintah, guru dan ahli agama. Diantara tokoh melayu yang termasyur ialah

Syeikh Abdul Malik Abdullah dan Syeikh Wan Hassan Wan Ishak (Hashim Hj. Musa,

2004 : 46). Keilmuan nasional dan intelek yang diperkenalkan oleh islam membawa

pendekatan baru dalam membentuk cara berfikir di kalangan masyarakat melayu.

Masyarakat mula mengamalkan cara pemikiran yang mementingkan akal,

pemahaman dan pandangan hidup yang munasabah dan diterima akal waras (Kasid

Muhammad, 1994 : 140).

Istana bukan hanya berfungsi sebagai tempat pemerintahan dan

pentadbiran, malahan turut menjadi tempat penyimpanan, penyalinan dan

penterjemahan kitab-kitab agama. Ilmu-ilmu yang diajar ialah ilmu usuluddin,fiqh dan

tasawwuf diajar oleh guru-guru agama terdiri dari bangsa Arab. Ulama’ agama juga

diberi kedudukan yang tertinggi hierarki social Melaka. Ulama’ ini mempunyai

kedudukan yang setaraf dengan pembesar dan pentadbir istana (Abdullah Ishak,

1990 : 192).

Page 7: Peranan Tamadun Islam Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

1.8 PENGARUH TAMADUN ISLAM TERHADAP BAHASA DAN

KESUSASTERAAN

Bahasa melayu telah mula menerima pengarah agama islam sejak abad ke-

14 masihi. Ia sejajar dengan perkembagan agama islam itu sendiri yang semakin

meluas dan teguh di Asia Tenggara. Buktinya dapat dilihat melalui penggunaan

tulisan jawi oleh masyarakat melayu ketua itu.bahasa melayu juga dijadikan bahasa

lingua franca kepada lapan puluh empat bahasa yang dituturkan oleh masyarakat

Melaka ketika itu.

Bahasa melayu klasik pula melalui zaman peralihan (abad ke19 M) dan

zaman moden (abad ke-20 M) (Mahayudin Hj. Yahya, 1998 : 91). Perubahan besar

berlaku apabila masyarakat melayu mula menyesuaikan perkataan arab dalam

bahasa melayu. Perubahan ini turut dipermudahkan setelah tulisan Arab diubah suai

sebagai tulisan jawi.

Bahasa melayu mula digunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat-

hikayat, undang-undang dan pentadbiran dalam tulisan jawi. Selain itu bahasa

melayu turut menjadi bahasa pengantara persuratan, penyebaran dan penyampaian

agama islam diseluruh Alam Melayu. Sifat bahasa melayu yang fleksibel dalam

menerima pengarah penyerapan bahasa arab menjadikannya mudah diterima pakai

sebagai bahasa pengantar penyebaran dan penyampaian persuratan islam.

Apabila digunakan sebagai bahasa pengantara Agama Islam, bahasa melalui

telah menaikkan taraf, kecekapan dan kewibawaannya. Pemindahan ilmu dari

bahasa Arab ke dalam bahasa melayu menyebabkan berlakunya perkembangan

keilmuan yang pesat di Alam Melayu. Martabat bahasa melayu telah diangkat

kearah bahasa bersifat ilmiah dan saintifik sehingga mencapai taraf lingua franca.

Malah terdapat penggunaan perkataan bahasa arab yang dipinjam dan diguna pakai

dalam bahasa melayu.

Warisan kesusasteraan melayu turut mengalami perubahan yang besar

dengan kedatangan Agama Islam. Banyak hasil-hasil kesusasteraan melayu yang

dihasilkan seperti Hikayat Nabi Muhammad S.A.W, Hikayat Para Nabi dan

Page 8: Peranan Tamadun Islam Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

Rasul,Hikayat Para Sahabat,Hikayat Para Pahlawan Islam, Hikayat Ahli-ahli Sufi dan

orang-orang yang salih. Puisi-puisi yang bertemakan islam turut dihasilkan seperti

syair Perahu, syair Burung Pingai dihailkan/ ditulis oleh Hamzah Kansuri dan syair

Makrifat oleh Abdul rauf Kansuri. Selain itu buku-buku sejarah yang dihasilkan turut

mengekalkan tajuk asal dalam bahasa arab seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-

Nafis, Bustanus-salatin (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992 : 28). Karya-karya yang

dihasilkan bukan sahaja bercorak fiksyen, tetapi turut meliputi ilmu fekah, ilmu

tasawwuf, ilmu kalam, falsafah dan sebagainya (Ismail, 1985 : 101). Pelbagai hasil

kesusasteraan yang bertemakan sejarah islam atau ajaran islam turut dihasilkan

seperti Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Bercuckur

dan Hikayat Nabi Mikraj.

Page 9: Peranan Tamadun Islam Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

1.9 PENGARUH ISLAM DALAM BIDANG PERUNDANGAN

Kedatangan agama islam telah mengubah sistem perundangan tempatan

seperti Hukum Kanun Melaka, Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Akan tetapi

hukum adat yang tidak bertentangan dengan masih diamalkan dan dikekalkan.

Perlembagaan Malaysia hari ini menjadikan urusan islam sebagai urusan

negeri.bidang kuasanya amat terbatas dan dinyatakan secara terperinci. Diperingkat

negeri terdapat beberapa undang-undang yang telah dikuatkuasakan seperti

undang-undang pentadbiran islam, undang-undang mahkamah syariah,undang-

undang sivil, jenayah islam dan lain-lain.

Hukum Kanun Melaka wajar dijadikan contoh kerana ia merangkumi undang-

undang induk yang meliputi undang-undang laindi dalam negeri melayu. Mengikut

sarjana barat, Willian R. Roff dan Alfred P. Robin, Hukum Kanun Melaka atau

undang-undang Melaka pada dasarnya berasaskan undang-undang islam disamping

berpegang kepada hukum akal dan hukum adat. Terdapat juga undang-undang

yang berhubung dengan jenayah, muamalah, kekeluargaan dan cara yang

berpandukan undang-undang islam (Afifah Abu Yazid, 2003 :41).

Page 10: Peranan Tamadun Islam Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

1.10 PENGARUH ISLAM DALAM BIDANG POLITIK DAN PEMERINTAHAN

Apabila islam diisytiharkan sebagai agama islam di Melaka, beberapa

institusi islam didirikan dengan tujuan untuk mengukuhkan sistem pentadbiran yang

berlandaskan islam. Antara contoh institusi yang didirikan ialah Jabatan Agama

Islam dan Syariah. Kitab Hukum Kanun Melaka dan undang-undang laut turut

dihasilkan untukdijadikan panduan kepada masyarakat. Bagi melaksanakan

peraturan-peraturan yang ditetapkan jawatan seperti kadi, imam dan sebagainya

diwujudkan.

Kedatangan islam kenusantara telah mengubah sistem politik dan

pentadbiran masyarakat melayu. Sistem politik dan pentadbiran yang sedia ada

telah dipadankan dengan ajaran islam. Gelaran raja yang diguanakan ditukar

kepada sultan dan disamakan dengan khalifah dalam sistem politik islam. Dalam

sistem politik islam rakyat mempunyai kuasa untuk menentukan penubuhan sistem

beraja. Rakyat boleh mengubah perjanjian jika didapati syarat-syarat dilanggar oleh

raja. Hal ini bertentangan dengan asas penubuhan yang disarankan oleh Tajus-

salatin dan Bustanun Salatin. Tajus-salatin dan Bustanun Salatin menekankan

bahawa hanya orang yang terpilih sahaja dapat menerima tanggungjawab sebagai

pewaris kedudukan.

Konsep dewaraja telah ditukar kepada konsep sultan. Sultan merupakan

gelaran kepada pemegang amanah untuk mentadbir negeri dan berperanan sebagai

khalifah Allah S.W.T. Kepatuhan kepada sultan adalah kepatuhan bersyarat. Agam

islam juga tidak mengamalkan sistem kasta. Masyarakat dibentuk berasaskan

keadilan dimana raja dan rakyat, tua dan muda, kaya danmiskin bersama-sama

memainkan peranan dalam masyarakat (Afifah Abu Yazid, 2003 : 54). Sultan

mempunyai kuasa penuh dalam urusan pentadbiran. Sultan juga berperanan

sebagai ketua Agama Islam dan ketua Negara.

Page 11: Peranan Tamadun Islam Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

Tanggungjawab mempastikan keberkesanan dan kelancaran pentadbiran

dipikul oleh sultan. Sebagai bukti kerajaan Melaka telah berkembang pesat dan

stabil berikutan langkah-langkah yang diambil oleh pemerintah

(Zulkefli Haron, 2005 : 81).

a) Penghulu bendahara mempastikan kelicina perbelanjaan Negara dan

pungutan cukai berjadual.

b) Bendahara menjadi penasihat sultan.

c) Temenggung menjadi ketua pasukan keselamatan.

d) Laksamana dilantik sebagai Ketua Angkatan Tentera.

e) Para pembesar membantu sultan dalam pentadbiran.

f) Syahbandar menguruskan pentadbiran pelabuhan perdagangan asing.

Keagungan kerajaan Melaka terserlah apabila ia mengamalkan dasar luar yang

pragmatik iaitu dasar berbaik-baik dengan kuasa besar asing seperti Siam,

Majapahit dan China. Dasar ini telah menstabilkan politik Melaka dan membawa

peluang kepada perkembangan ekonomi dan pentadbiran

(Afifah Abu Yazid, 2003 : 3).

Page 12: Peranan Tamadun Islam Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

1.11 PENGARUH ISLAM DALAM SISTEM KEKELUARGAAN

Keluarga merupakan agen sosialisasi. Dengan itu pembetukan peribadi, dan jati diri

yang baik amat dititik beratkan. Sistem kekeluargaan melayu berteraskan islam dan

adat. Contohnya bayi lelaki akan diazan dan bayi perempuan akan diiqamatkan oleh

bapa atau datuk sebaik sahaja lahir. Ia bertujuan untuk memperdengarkan seruan

azan dan kalimah syahadat serta meniup roh islam kepada bayi. Proses sosialisasi

pada tahap kanak-kanak memperlihatkan penerapan unsur-unsur islam secara

berterusan.

Perkahwinan merupakan satu cara menjaga maruah dan pengembangan zuriat

serta keturunan. Selain member kasih sayang ibu bapa perlu menerapkan ajaran

islam kepada anaknya seperti sembahyang, puasa dan sebagainya. Dengan

kedatangan islam institusi keluarga menjadi lebih tersusun. Islam menentukan garis

panduan dalam membina keluarga. Contohnya selain dari mendidik anak, ibu bapa

perlu meletakkan nama yang baik kepada anak, mengadakan akikah dan

menyusukan anak.

Page 13: Peranan Tamadun Islam Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

1.12 PENGARUH ISLAM DALAM ADAT DAN CARA HIDUP

Islam telah mengubah cara hidup masyarakat melayu dalam segala aspek

kehidupan. Walaupun adat resam diperkemaskan dengan ajaran islam, adat dan

cara hidup yang tidak bertentengan dengan ajaran islam masih/ tetap diamalkan.

Masyarakat melayu menganggap adat sebagai undang-undang.Melanggar adat

merupakan sikap buruk yang akan merosakkan diri dan mencemar kesejahteraan

masyarakat (Asmad, 1990 : 4).

Selain mengubah sistem kepercayaan kita, islam turut mengenepikan adat yang

bercanggah dengan akidah dan kepercayaan islam. Kelahiran bayi yang disambut

dengan tujuh lapis kain kuning ditukar dengan azan dan iqamat. Islam telah

mengangkat taraf manusia dan menyamakan kedudukan mereka disisi Allah S.W.T.

Golongan bawahan mula mendapat perhatian dan penghormatan. Komunikasi

berjalan dengan baik menerusi sifat tolong-menolong, hormat-menghormati dan

bantu-membantu.

Page 14: Peranan Tamadun Islam Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

1.13 KESIMPULAN

Kedatangan islam membawa pengaruh besar kepada masyarakat dan tamadun

melayu. Proses penyerapan islam berlaku secara berperingkat-peringkat bermula

dari golongan istana, pembesar hingga kepada rakyat. Keistimewaan ajaran islam

yang sederhana dan tiada paksaan memudahkan ia diterima oleh masyarakat

melayu. Agama islam telah membentuk cara hidup baru dalam masyarakat. Amalan

yang bertentangan dengan ajaran islam ditinggalkan secara beransur-ansur.

Galakan dari golongan pemerintah telah melahirkan masyarakat yang celik ilmu.

Agama islam dijadikan sebagai asas dalam membina tradisi budaya melayu. Orang-

orang melayu berusaha menyesuaikan warisan tradisi budaya mereka dengan

kehendak-kehendak islam. Institusi-institusi social dan agama turut memainkan

peranan penting dalam usaha memupuk dan mempertahankan nilai-nilai social dan

agama yang mereka bina.

Page 15: Peranan Tamadun Islam Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

1.1 Pengenalan.

Perkataan “tamadun “ telah diperkenalkan oleh seorang penulis kristian yang

telah menulis tentang sejarah islam dan sastera arab.Perkataan ini telah diterima

sebagai perbendaharaan kata bahasa melayu sejak dulu lagi.Perkataan tamadun

membawa pelbagai erti yang berbeza mengikut bahasa yang menterjemahkannya.

Bahasa Inggeris menyebut tamadun sebagai memperbaiki tingkah

laku,menjinakkan dan menyelaraskan mengikut keperluan masyarakat.Bahasa Arab

pula memberi erti tamadun sebagai pembangunan atau perbandaran serta keadaan

budi bahasa yang terpuji

Menurut Kamus Dewan tamadun didefinisikan sebagai kemajuan kebendaan

atau pemikiran, budaya,sosial, politik, peradapan dan lain-lain ( Teauku Iskandar :

1994 ).Dalam bahasa inggeris perkataan yang biasa digunakan untuk ialah culture,

renaissance, Urbanization dan Civilazation.

Sejarah ketamadunan manusia bermula sejak kewujudan Adam dan ia

sentiasa berkembang tanpa had. Secara Umumnya tamadun dapat dikatakan

sebagai suatu perubahan atau pembangunan yang berlaku dalam kehidupan

masyarakat secara keseluruhan.

Page 16: Peranan Tamadun Islam Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

ISI KANDUNGAN.

1.1 Pengenalan

1.2 Peranan Tamadun Islam dalam pembukaan Tamadun melayu.

1.3 Islam dalam Tamadun Melayu.

1.4 Teori kedatangan Islam Ketamadun Melayu.

1.5 Pengaruh dan Kesan Tamadun Islam Dalam Tamadun Melayu.

1.6 Pengaruh Tamadun Islam terhadap agama dan kepercayaan.

1.7 Pengaruh Tamadun Islam dalam bidang pendidikan.

1.8 Pengaruh Tamadun Islam terhadap bahasa dan kesusasteraan Melayu.

1.9 Pengaruh Tamadun Islam dalam bidang Perundangan .

1.10 Pengaruh Tamadun Islam dalam bidang polotik dan Pemerintahan.

1.11 Pengaruh Tamadun Islam tehadap sistem kekeluargaan.

1.12 Pengaruh Tamadun Islam Terhadap adat dan cara hidup.

1.13 Kesimpulan.