Islam Dalam Tamadun Melayu Serta Peranannya Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

  • View
    56

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Islam Dalam Tamadun Melayu Serta Peranannya Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

Text of Islam Dalam Tamadun Melayu Serta Peranannya Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

  • ISLAM DALAM TAMADUN

    MELAYU SERTA

    PERANANNYA DALAM

    PEMBINAAN TAMADUN

    MALAYSIA

    1

  • Pendahuluan

    2 Islam mempunyai kaitan yang rapat terhadap perkembangan tamadun manusia termasuklah di Malaysia. Perkataan Islam itu sendiri berasal daripada perkataan Arab salima bererti selamat sentosa atau kedamaian.

    Dari perkataan salima ini lahir perkataan aslama yang bermaksud terpelihara dalam keadaan selamat sentosa. Ia juga bererti menyerah diri, tunduk patuh dan taat.

  • 3

    Islam secara umumnya adalah sejahtera di mana sistem Allah s.w.t. adalah seimbang dan sejahtera. Seluruh makhluk Allah s.w.t. mengikut dengan patuh terhadap sistem Allah s.w.t. seperti firmanNya di dalam surah al-'Imraan ayat 83 yang bermaksud:

    "Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu mereka mencari lain daripada agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk (taat) sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun dengan paksa, dan kepadaNyalah mereka dikembalikan"

  • PANDANGAN SEMESTA DAN TAMADUN ISLAM 4

    Menurut Lucien Goldmann, unsur utama yang membezakan antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain ialah pandangan semesta (worldview / weltanschauung) yang mendasarinya.

    Ibn Khaldun mengatakan bahawa suasana persekitaran merupakan unsur terpenting dalam membentuk pandangan semesta sesebuah masyarakat.

  • Pandangan semesta 5

    Secara umumnya, pandangan semesta merupakan satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai tertentu.

    Syed Naquib al-Attas : pandangan semesta Islam merangkumi dunia dan akhirat yang mana aspek dunia merupakan persediaan bagi aspek akhirat. Oleh itu pandangan semesta dari perspektif Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam.

  • Sifat-sifat Tamadun Islam 6

    1. Kesejagatan

    2. Keterbukaan

    3. Sepanjang zaman

    4. Toleransi Terhadap Agama Dan Budaya

    Lain

    5. Kesatuan Dalam Kepelbagaian

    6. Keseimbangan Antara Rohani Dan

    Jasmani

  • CIRI-CIRI KHUSUS TAMADUN ISLAM 7

    1. Rabbani

    2. Sempurna dan menyeluruh

    3. Umum

    4. Idealistik dan realistik

  • MATLAMAT TAMADUN ISLAM

    8

    Matlamat umum : mewujudkan perhubungan yang sejahtera sesama manusia dan alam

    Matlamat khusus : mewujudkan hubungan dengan Pencipta iaitu Allah s.w.t. iaitu beribadat mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya Nabi Muhammad s.a.w.

  • Hubungan manusia dengan Allah s.w.t.

    9

    Hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t. bersifat hubungan antara hamba dengan Penciptanya.

    Hubungan tersebut merupakan hubungan paling tinggi dan paling mulia dalam kehidupan manusia, mengatasi hubungan yang wujud antara manusia tersebut dengan mana-mana manusia atau makhluk lain.

  • Hubungan manusia dengan manusia 10 Masyarakat muslim adalah masyarakat yang

    terbentuk berdasarkan konsep kesatuan ummah. Ini menjadikan masyarakat Islam sebuah masyarakat yang berbentuk sejagat, tidak bersifat perkauman, tidak bersifat kebangsaan serta tidak terbatas dalam lingkungan sempadan geografi dan politik.

    Bagi masyarakat muslim, hanya satu ukuran yang mendapat tempat di sisi Allah Yang Maha Mencipta iaitu ketakwaan kepadaNya, di samping berbuat baik kepada sesama manusia.

  • Hubungan manusia dengan alam

    11

    Allah s.w.t. telah mencipta alam semesta ini

    untuk dinikmati oleh makhluk ciptaanNya

    Manusia sebagai khalifah Allah s.w.t. di muka

    bumi ini telah dipertanggungjawabkan untuk

    memelihara alam ini.

    Allah s.w.t. telah memberikan panduanNya

    kepada manusia berhubung dengan hubungan

    yang sepatutnya antara manusia dengan alam.

  • 12

    "Dan tiada satu pun di antara haiwan melata di bumi atau pun burung terbang dengan dua sayapnya melainkan mereka juga umat-umat seperti kamu; tiada satu pun yang Kami lupakan di dalam Kitab, kemudian kepada Tuhannya mereka dikumpulkan.

    (al-Anaam, 6 : 38)

  • 13

    Memberikan makanan dan minuman kepada haiwan, khususnya yang dipelihara, apabila diperlukan. Sabda Rasulullah s.a.w.:

    "Sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani"

    Mengasihani haiwan. Sabda Rasulullah s.a.w. apabila baginda melihat beberapa orang menjadikan burung sebagai sasaran panah mereka:

    "Allah melaknat orang yang menjadikan sesuatu yang mempunyai roh sebagai sasaran"

  • 14

    Tidak menyiksa binatang dengan apa cara sekalipun. Sabda Rasulullah s.a.w.:

    "Seorang perempuan dimasukkan ke dalam neraka disebabkan seekor kucing yang dikurungnya hingga mati, perempuan itu akan masuk neraka kerana kucing itu tidak diberi makan, tidak diberi minum dan tidak dibiarkan memakan binatang-binatang tanah". (Bukhari)

  • SUMBER TAMADUN ISLAM 15

    Sumber utama tamadun Islam ialah al-Quran dan al-Sunnah.

    Al-Quran menggariskan prinsip-prinsip asas, kemudian dijelas dan diperincikan oleh al-Sunnah.

    Kedua-duanya ini merupakan sumber inspirasi umat Islam untuk membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun mereka.

  • TUJUAN TAMADUN ISLAM

    16

    Tujuan utama tamadun Islam ialah memelihara keperluan manusia yang lima iaitu:

    1. menjaga agama

    2. menjaga jiwa

    3. menjaga keturunan

    4. menjaga akal

    5. menjaga harta

  • al-Dharuriyyat

    17

    al-Dharuriyyat ialah perkara yang mesti wujud

    bagi mendirikan maslahah-maslahah (kebaikan-

    kebaikan) terhadap al-din (agama) dan dunia.

    Ketiadaannya akan menyebabkan maslahah

    dunia tidak berada dalam keadaan stabil bahkan

    mendatangkan kerosakan dan huru hara serta

    musnahnya kehidupan atau dengan kata lain,

    luputnya keselamatan dan kenikmatan sehingga

    membawa kerugian yang amat besar.

  • 18

    al-Hajiyyat bermaksud keperluan kepada perkara yang membawa kelegaan dan mampu menghilangkan kesusahan dan masyaqqah (kesulitan).

    Apabila luputnya perkara al-hajiyyat akan membawa individu atau masyarakat kepada kesukaran walaupun tidaklah sampai kepada kesukaran yang amat sangat seperti tahap al-daruriyyat yang boleh membinasakan.

    Hal ini juga melibatkan soal ibadat (khusus), adat kebiasaan, muamalat dan juga jenayah.

  • 19

    al-Tahsiniyyat

    al-Tahsiniyyat pula bermaksud mengambil perkara-perkara yang selayaknya menerusi kebaikan-kebaikan dan menjauhi perkara-perkara dipandang keji oleh akal yang rasional.

    Hal ini terangkum dalam maksud kemuliaan akhlak.

  • ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

    20

    Islam merupakan suatu elemen yang sangat penting dan signifikan dalam membincangkan tamadun Melayu.

    Ini kerana, Islam banyak mempengaruhi perkembangan tamadun Melayu. Kesan dan nilai Islam dapat ditemui pada hampir segenap aspek dalam kehidupan masyarakat dan tamadun Melayu.

  • TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU 21 Beberapa teori telah dikemukakan :

    Dari segi masa, ada yang menyatakan bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu bermula pada abad ke lapan Masehi dan ada yang berpandangan bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu adalah pada abad ke sembilan Masehi.

    Dari segi sumbernya, ada mengatakan Islam datang secara langsung dari negeri Arab, ada yang mengatakan dari India dan ada yang mengatakan dari China.

  • KESAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

    22 Kedatangan Islam telah banyak mencorakkan suasana masyarakat di Alam Melayu.

    Kesan dan pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu dapat dilihat dalam beberapa aspek, antaranya: Akidah

    Politik

    Sosial

    undang-undang

    Ekonomi

    Kebudayaan

    Bahasa dan sastera

    Kesenian Pendidikan dan Ilmu Syariah

  • Islam dan Pembentukan Tamadun Melayu

    23

    Tamadun Melayu ialah sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang dogolongkan secara luas sebagai kumpulan orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Alam Melayu, Nusantara, Tanah Jawi, Gugusan Kepulauan Melayu dan sebagainya.

    Wilayah ini ditandai dengan dua elemen iaitu bahasa Melayu sebagai lingua franca dan agama Islam sebagai anutan majoriti

    penduduknya.

  • 24

    Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memantapkan keseluruhan pandangan semesta Melayu dan berlaku pentakrifan semula tentangnya.

    Pandangan semesta Melayu yang berpusatkan manusia Melayu (man-centered) dan kesedaran bahawa seluruh hidup terfokus ke arah tuhan (god-centered) membuatkan manusia Melayu menyedari serta meyakini bahawa Allah Yang Maha Berkuasa, Maha Mengasihani.

    Ini seterusnya menjadikan pandangan semesta Melayu juga dibentuk berasaskan hubungan manusia dengan Allah (hablum minalLah) dan hubungan dengan sesama manusia (hablum minannas).

  • Kedudukan Islam dalam Perlembagaan

    25 Kedudukan agama Islam yang telah menjadi sebati dengan kehidupan masyarakat Melayu khususnya di Negeri-negeri Melayu hanya berubah selepas kedatangan British ke Tanah Melayu bermula dengan Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura), Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Borneo (Sabah dan Sarawak).

    Undang-undang Inggeris dilaksanakan di negeri-negeri Melayu melalui piagam Keadilan I (1807), Piagam Keadilan II (1826) dan